budaya dan iklim sekolah

21
Soalan (a) Pengenalan Budaya sekolah dan iklim sekolah merujuk kepada sejumlah nilai, budaya, praktis-praktis keselamatan dan struktur organisasi di sekolh yang mempengaruhi dan memberi kesan kepada proses pembentukan tingkah laku dan keselamatan pelajar di sekolah. Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran (P&P), keterbukaan dan bentuk hubungan yang wujud antara pentadbir, guru, ibu bapa dan pelajar menyumbang kepada pembentukan iklim sekolah. Walau bagaimana pun, budaya sekolah dan iklim sekolah adalah dua bentuk yang saling berkaitan. Namun begitu, iklim sekolah lebih merujuk kepada kesan persekitaran sekolah ke atas pelajar manakala, budaya sekolah lebih merujuk kepada cara dan gaya guru dan staf bekerja dalam satu kumpulan. Budaya Sekolah Terry Deal dan Kent Peterson (1993) mentakrifkan budaya sekolah sebagai "realiti dalaman". Robbins dan Alvy (1995) pula meluaskan definisinya sebagai "This inner reality reflects what organizational members care about, what they are willing to spend time doing, what and how they celebrate, and what they talk about." Manakala Gary Phillips (1993) menyatakan budaya sekolah sebagai,"beliefs,attitudes, and behaviours that characterizes a school in terms of: how people treat and feel about each other; the extent to 1

Upload: chris-romico

Post on 10-Jun-2015

11.195 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

no more

TRANSCRIPT

Page 1: Budaya dan Iklim sekolah

Soalan (a)

Pengenalan

Budaya sekolah dan iklim sekolah merujuk kepada sejumlah nilai, budaya, praktis-praktis

keselamatan dan struktur organisasi di sekolh yang mempengaruhi dan memberi kesan

kepada proses pembentukan tingkah laku dan keselamatan pelajar di sekolah. Kaedah

Pengajaran dan Pembelajaran (P&P), keterbukaan dan bentuk hubungan yang wujud

antara pentadbir, guru, ibu bapa dan pelajar menyumbang kepada pembentukan iklim

sekolah. Walau bagaimana pun, budaya sekolah dan iklim sekolah adalah dua bentuk

yang saling berkaitan. Namun begitu, iklim sekolah lebih merujuk kepada kesan

persekitaran sekolah ke atas pelajar manakala, budaya sekolah lebih merujuk kepada cara

dan gaya guru dan staf bekerja dalam satu kumpulan.

Budaya Sekolah

Terry Deal dan Kent Peterson (1993) mentakrifkan budaya sekolah sebagai "realiti

dalaman". Robbins dan Alvy (1995) pula meluaskan definisinya sebagai "This

inner reality reflects what organizational members care about, what they are willing to

spend time doing, what and how they celebrate, and what they talk about."

Manakala Gary Phillips (1993) menyatakan budaya sekolah sebagai,"beliefs,attitudes,

and behaviours that characterizes a school in terms of: how people treat and feel about

each other; the extent to which people feel  included and appreciated; and rituals and

traditions refelecting collaboration and collegiality."  

Budaya sekolah merupakan sebahagian budaya masyarakat kerana sekolah itu lahir

daripada keperluan masyarakat.Semua pelajar sekolah terus didedahkan kepada norma,

nilai, simbol dan bahasa yang akan mencorak masa depan mereka. Budaya sekolah ialah

budaya yang dihasilkan oleh sebahagian pelajar dan sebahagian lagi oleh golongan

tertentu supaya aktiviti pelajar dapat dikawal. Pendidikan nilai amat

diutamakan.Pembudayaan di sekolah dilaksanakan menerusi kurikulum formal dan 

kurikulum tidak formal.

1

Page 2: Budaya dan Iklim sekolah

Budaya formal sekolah adalah apa yang telah dirancang seperti aktiviti kurikulum dan

kegiatan kokurikulum. Pelajar yang pandai dan aktif akan mendapat sanjungan puhak

guru dan sekolah. Manakala pelajar yang lemah dan kurang cerdik akan tesisih. Budaya

ini menyebabkan pelajar ini akan melakukan gelaja negatif bagi menarik perhatian pihak

tertentu atau pun untuk melepas naluri yang terhimpit. Mereka bebas memilih budaya-

budaya yang dianjurkan oleh rakan sebaya, media massa atau keluarga.Sekiranya mereka

memilih budaya negatif, maka akan  wujudlah masalah sosial.

Di dalam budaya sekolah ini, terkandungnya corak idea, norma, pemikiran, dan nilai-nilai

yang menyumbang kepada pembentukan kelakuan individu. Guru Besar dan Pengetua

sebagai ketua di sekolah haruslah mempelopori atau menjadi juara sesuatu budaya yang

positif dan kesannya, ini akan menjadi ikutan dan akan dikenang sepanjang zaman.

Terdapat beberapa contoh budaya yang perlu disemai seperti Budaya Penyayang, Budaya

hormat-menghormati, Budaya berani menyoal dan Budaya Membaca. Setiap budaya

yang dinyatakan perlulah diiringi dengan pelbagai aktiviti yang berkaitan contohnya

Budaya Membaca dimana, Projek Nilam diadakan pada setiap hari sebelum sesi

Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) dijalankan. Di dalam Projek Nilam ini, setiap pelajar

yang telah habis membaca sesebuah buku, haruslah mencatat laporan ringkas buku yang

telah dibaca itu tadi.

Iklim Sekolah

Iklim Sekolah ialah sifat dan suasana yang ada di sekolah yang membezakannya dengan

sekolah yang lain. Sifat dan suasana yang ada di sekolah adalah hasil interaksi antara

guru dan pelajar serta masyarakat yang terdapat di dalam sekolah tersebut secara

keseluruhannya.

Mengikut Moss(1979), beliau mendefinisikan bahawa Iklim Sekolah sebagai suatu

sistem sosial yang membentuk persekitaran pembelajaran. Fenomena ini berlaku adalah

kerana pelajar dari pelbagai latar dan pengalaman yang berbeza berada di dalam satu

2

Page 3: Budaya dan Iklim sekolah

kumpulan di mana tingkah lakunya banyak bergantung kepada bentuk protokol yang

diwujudkan oleh pentadbir dan guru-guru.

Iklim Sekolah sangant mempengaruhi perkembangan pelajar, terutamanya melalui

pengenalan konsep kendiri, keberkesanan keupayaan bekerja dan kemampuan membina

hubungan yang baik dengan orang lain. Pengaruh sekolah memainkan peranan utama

selepas keluarga dalam pembentukan personality pelajar. Ada juga sesetengah pelajar

menganggap sekolah merupakan pengganti keluarga. Pengaruh guru dan rakan sebaya

meninggalkan kesan yang mendalam kepada diri pelajar. Oleh yang demikian , peranan

iklim sekolah amat bersangkut paut dengan personaliti dan perkembangan

kecemerlangan akademik pelajar serta keberkesanan sesebuah organisasi sekolah itu

sendiri

Ringkasnya iklim sekolah adalah suasana yang menggambarkan sekolah yang teratur,

terkawal, tenang, dan tertib yang memungkinkan atau menyediakan satu suasana

yang kondusif kepada proses pengajaran dan pembelajaran berkesan dan positif, bukan

suasana sebaliknya seperti riuh-rendah ikut suka, kelam-kabut, hingar-bingar dan

seumpamanya.

Sekolah yang berkesan perlu mempunyai budaya dan iklim pengurusan yang baik. Setiap

sekolah perlu membina budaya dan iklim yang bersesuaian dengan matlamat dan

persekitaran sekolah tersebut. Berikut merupakan situasi-situasi yang menunjukkan

terbentuknya budaya dan iklim sekolah. Antaranya ;

Perhubungan Interpersonal

Berdasarkan instrumen profil iklim sekolah, guru-guru dan pelajar mempunyai hubungan

interpersonal yang lebih positif. Guru mempunyai semangat kekitaan terhadap sekolah

dan bangga menjadi guru di sekolah tersebut. Mereka sentiasa memandang ke hadapan

dalam usaha mereka dalam meningkatkan profesionalisme mereka. Pelajar-pelajar pula

merasa seronok menjadi pelajar di sekolah itu.

3

Page 4: Budaya dan Iklim sekolah

Pengajaran dan Pembelajaran

Pengajaran dan pembelajaran dianggap sangat penting oleh guru dan juga pelajar.

Walaupun mereka mengamalkan panduan kurikulum yang digariskan oleh Kementerian

Pendidikan, guru dibenarkan menggunakan kreativiti semasa mengajar. Pelajar mengikuti

aktiviti pengayaan mengikut keupayaan masing-masing. Guru di sekolah berkesan adalah

inovatif dalam pengajaran dan amalan penilaian mereka.

Kepimpinan Pentadbiran

Pengetua di sekolah berkenaan mempunyai polisi pintu terbuka di mana idea daripada

guru dan juga pelajar di ambil kira untuk dipraktikkan. Pengetua melibatkan staf dalam

pembuatan keputusan. Pengetua juga sentiasa memberi sokongan kepada guru terhadap

amalan penghajaran mereka dan menggalakkan mereka menggunakan inovasi dalam

kerja seharian mereka. Pihak pentadbiran mempunyai program pembangunan staf untuk

menggalakkan perkembangan profesional dikalangan mereka. Pelajar di sekolah berkesan

digalakkan bekerjasama dalam aktiviti pembelajaran mereka..

Kemudahan Fizikal

Pelajar dan guru disekolah merasa sangat selesa ketika berada di perkarangan sekolah.

Persekitaran sekolah sentiasa berada dalam keadaan bersih dan teratur. Sekolah yang

berkesan mempunyai ruang yang mencukupi untuk pengajaran dan pembelajaran. Pelajar

dan guru berbangga dengan kemudahan fizikal yang mereka ada dan sentiasa menolong

untuk mengekalkan keadaan kemudahan tersebut dalam keadaan yang sehabis baik.

4

Page 5: Budaya dan Iklim sekolah

Pencapaian Pelajar

Pencapaian pelajar dikesan secara sistematik melalui pengesanan yang teratur iaitu setiap

pengetua dan guru mengawasi kemajuan murid berpandukan kepada kehendak dan

objektif pengajaran. Pelajar digalakkan bertanggung jawab sepenuhnya menguruskan

kegiatan seharian mereka seperti menjaga alat-alat kemudahan sekolah dan buku mereka.

Sementara kerja rumah dan latihan diperbanyakkan dan diperiksa oleh guru. Keutamaan

adalah terhadap prestasi akademik yang tinggi dan murid digalakkan belajar dengan

bersungguh-sungguh untuk berjaya. Murid yang berjaya akan diberi penghargaan setrta

maklum balas yang cepat dan berterusan terhadap prestasi murid berkenaan.

Pelajar-pelajar juga memainkan peranan penting berbanding guru. Oleh itu, sekolah perlu

beri keyakinan kepada murid bahawa mereka bertanggung jawab sepenuhnya terhadap

pelajaran mereka.

Disiplin Sekolah

Pelaksanaan disiplin atau peraturan sekolah adalah penting untuk mewujudkan

persekitaran sekolah yang selesa dan harmonis. Sekolah mempunyai suasana disiplin

yang teratur tanpa perlu membina peraturan ketat, tenang tanpa penindasan yang secara

amnya adalah selesa untuk suasana proses pembelajaran.

Untuk membentuk budaya sekolah yang berdisiplin, pelajar-pelajar di sekolah berkenaan

perlulah diterapkan dengan nilai-nilai murni. Nilai murni akan membentuk membentuk

peribadi dan sahsiah pelajar yang cemerlang dan seterusnya masalah disiplin di sekolah

dapat diatasi. Ini kerana ada juga sesetengah pihak yang mengukur disiplin pelajar

sebagai ukuran output sesuatu sekolah itu.

Seperti yang kita sedia maklum, selalunya jika sesebuah sekolah mengalami masalah

disiplin, ini akan menjejaskan reputasi pengetua, guru-guru, pelajar dan sekolah itu

sndiri. Kadang kala masalah disiplin yang di alami disekolah inmi disusuli pula dengan

5

Page 6: Budaya dan Iklim sekolah

prestasi pencapaian pelajar yang teruk terutamanya dalam peperiksaan utama seperti

SPM dan PMR. Keadaan ini akan menjejaskan imej dan kepercayaan masyarakat

terhadap sekolah berkenaan

Pembentukan budaya dan iklim sekolah

Budaya dan iklim sekolah boleh dibentuk dengan cara;

Menghargai permuafakatan

Semua guru mesti mengambil berat terhadap 'kesihatan' sekolah sebagai organisasi.

Permuafakatan dapat menghindarkan keterasingan guru, sikap pentingkan diri sendiri

sehingga tidak mahu mengakui wujudnya masalah atau tidak mahu melihat masalah

orang lain. Dengan permuafakatan guru-guru bersama-sama menyelesaikan masalah

dan membuat keputusan di samping menghargai kesaling-bergantungan dan bantu-

membantu sesama staf.

Mengamalkan nilai kesejawatanan

Di dalam sesebuah organisasi manusia tidak bekerja seorang diri,

apa pun tugas dan peranannya seseorang itu tetap perlukan orang

lain membantunya atau terlibat sama. Kesejawatanan atau

"collegiality" bermaksud satu budaya kerja yang ada kaitannya

dengan perpaduan, kerjasama, bantu-membantu, hormat-

menghormati, nasihat-menasihati atau tegur-menegur di antara

ahli-ahli kumpulan atas dasar profesionalisme. Jadi pemimpin yang

berkesan mestilah berkeupayaan mewujudkan suasana

kesejawatanan ini di kalanngan guru-gurunya, mengekalkan

suasana harmoni dan perpaduan sepanjang masa di samping

mengelakkan dan mencegah unsur-unsur kronisme, nepotisme,

favouritisme, rodongisme, pilih-kasih, berat sebelah, adu-domba,

fitnah-memfitnah, hasad dengki, dan iri hati; di dalam interaksinya

dengan staf dan kakitangan lain di sekolah

6

Page 7: Budaya dan Iklim sekolah

Guru-guru berkeyakinan tinggi

Guru-gurunya penuh yakin dalam tugasnya setiap hari, mereka lebih bersedia

menerima cabaran-cabaran, mengambil risiko, dan melahirkan idea-idea kreatif serta

rumusan-rumusan. Ekoran daripada keyakinan ini akan wujud optimisme dan

iltizam.Tempat kerja menjadi lebih menyeronokkan sementara guru-guru mendapat

penyempurnaan dan kepuasan profesionalisme daripada kerja-kerja mereka menerusi

kawalan kepada penyelesaian masalah dan membuat keputusan, sokongan dari rakan

sejawat dan bertambahnya peluang-peluang belajar dengan berkongsi pengetahuan

dan pengalaman serta kepakaran.

Ada komitmen yang tinggi

Komitmen adalah satu sikap diri yang ditunjukkan dalam segala

tingkah-laku dan cara berfikir seseorang dalam melaksanakan

tugas dan tanggungjawabnya. Komitmen yang tinggi terhadap

kelangsungan organisasi dan kebajikan murid umpamanya dapat

dilihat daripada perilaku guru-gurunya yang datang awal,

mengajar dengan semangat, tidak curi tulang, tumpuan kepada

kerja dan mutu kerja, menepati masa dan paling utama meletakkan

kepentingan organisasi mengatasi kepentingan peribadi. Orang-

orang yang berkomitmen  yang tinggi juga sentiasa dapat

mematuhi dan menepati norma-norma organisasi atau masyarakat

sama ada norma-norma yang tersurat atau pun yang tersirat.

Soalan (b)

Budaya sekolah ditakrifkan sebagai cara hidup sekolah yang meliputi segala amalan

sekolah sama ada di luar dan di dalam bilik darjah. Budaya sekolah mencerminkan nilai,

kepercayaan dan norma yang dikongsi bersama oleh warga sekolah. Terdapat aspek-

aspek budaya sekolah yang diwarisi dan ada juga yang dibentuk oleh warga sekolah itu

sendiri dengan tujuan supaya budaya sekolah yang positif dapat dibentuk. Sebenarnya,

7

Page 8: Budaya dan Iklim sekolah

pembentukan budaya sekolah yang positif juga boleh dilakukan dengan pelbagai jenis

aktiviti-aktiviti contohnya ;

PROGRAM SEKOLAH SELAMAT

Program Sekolah Selamat dilancarkan di sekolah-sekolah di Malaysia bagi

membendung masalah disiplin para pelajar. Warga sekolah di Malaysia bermaksud guru,

pelajar, kakitangan sokongan, pentadbir sekolah, kaunselor dan sebagainya.

Setiap warga sekolah mestilah mempunyai kesedaran tentang keselamatan dan

diterjemahkan melalui sikap dan tingkahlaku sensitif, prihatin dan tanggungjawab

profesional untuk menjamin suasana pembelajaran dapat berjalan dengan baik

PROGRAM GOTONG-ROYONG PERDANA

Gotong-royong Perdana telah diadakan pada 14 Februari 2009 hari sabtu jam 8.00pagi-

12.00 tengahari di sekolah. Para guru dan pelajar-pelajar dibahagikan kepada 6

kumpulan. Kumpulan 1 bertugas membersihkan kawasan padang termasuk belakang

kantin, kumpulan 2 bertugas mengecat garisan keselamatan kuning di tepi longkang,

tangga dan mana-mana tempat yang dianggap bahaya kepada murid.Kumpulan 3

bertugas mengecat dan membersihkan surau dan kawasan sekelilingnya. Kumpulan 4

pula membersihkan kawasan bengkel pertanian dan tapak petanque. Kumpulan 5

bertugas membersihkan tumbuhan menjalar di pagar sekeliling sekolah. Manakala

kumpulan 6 pula mengemaskini papan-papan kenyataan serta membersihkan bilik-bilik

khas. Selepas aktiviti gotong-royong diadakan, kawasan sekitar sekolah telah menjadi

bersih dan ceria.

8

Page 9: Budaya dan Iklim sekolah

KURSUS KEMAHIRAN MAKLUMAT

Kursus Kemahiran Maklumat untuk pelajar Tahun 3 hingga Tahun 6 telah diadakan pada

16-17 Januari 2009. Objektifnya adalah untuk memberi input kepada pelajar berkaitan

cara terbaik untuk mencari maklumat di pusat sumber. Dalam kursus ini, pelajar telah

diberikan taklimat tentang kaedah pencarian maklumat serta peraturan asas dalam

penggunaan Pusat Sumber. Kursus ini telah berjaya membimbing pelajar mencari

maklumat secara lebih berfokus dalam Pusat Sumber Sekolah

HARI TERBUKA

Hari Terbuka telah diadakan pada 27 Jun 2008(Jumaat) bermula dari 8.00pagi sehingga

12.00 tengahari. Ibubapa atau penjaga pelajar telah datang ke sekolah untuk mengambil

slip keputusan anak jagaannya. Pada hari inilah, guru tingkatan berkesempatan untuk

berbincang dengan mereka tingkah laku anak jagaannya di sekolah cara-cara bagi

meningkatkan pencapaian akademik pelajar sekolah. Hari Terbuka tahun ini mendapat

sambutan yang baik.

MAJLIS PERASMIAN HARI KOPERASI SEKOLAH

Perayaan Hari Koperasi Sekolah (HKS) telah mula disambut sejak tahun 1995. Sambutan

ini diadakan bertujuan untuk memberitahu kepada warga sekolah dan masyarakat

setampat akan kewujudan koperasi sekolah dan peranan yang dimainkan untuk mendidik

para pelajar supaya mempunyai jatidiri yang murni selaras dengan prinsip, nilai dan

amalan koperasi. Bagi tahun 2008, HKS disambut di peringkat sekolah dan melibatkan

penyertaan yang menyeluruh di kalangan para pelajar, anggota koperasi, guru-guru,

kakitangan sekolah dan masyarakat setempat. Tema HKS tahun lepas ialah "Koperasi

Sekolah Memupuk Keusahawanan". Beberapa aktiviti bukan pertandingan dijalankan

sepanjang perayaan Hari Koperasi (23-27 Jun 2008) iaitu jualan penghabisan stok,

9

Page 10: Budaya dan Iklim sekolah

penanaman pokok, penyebaran informasi mengenai koperasi dan cabutan bertuah,

manakala aktiviti yang dipertandingkan ialah kuiz koperasi dan pertandingan poster.

PERKHEMAHAN PERDANA

Perkhemahan Perdana Pasukan Unit Beruniform telah diadakan pada 25-27 Julai 2008

bertempat di padang sekolah. Perkhemahan ini dianjurkan oleh Unit Kokurikulum SK

Green Road. Seramai 240 pelajar mengambil bahagian dalam perkhemahan ini. Objektif

perkhemahan kali ini adalah untuk membentuk disiplin diri murid dalam melaksanakan

rutin harian sebagai murid yang cemerlang, melahirkan murid yang bermotivasi tinggi

dalam era globalisasi serta mempunyai kualiti kecemerlangan dalam bidang kurikulum,

kokurikulum dan disiplin. Banyak aktiviti yang menarik telah diadakan dalam

perkhmahan kali ini. Antaranya adalah seperti Flying Fox, Abseilling/Repailing,

orienteering, Burma Bridge, mendirikan khemah, pertandingan memasak cara hutan,

malam kebudayaan, barbecue, nightwalk dan sebagainya

MAJLIS PELANCARAN KEMERDEKAAN

Sempena bulan kemerdekaan, Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan telah

diadakan pada 4 Ogos 2008. Beberapa persembahan pelajar ditunjukkan dalam majlis

pelancaran ini. Para pelajar juga menyanyikan lagu patriotik "Jalur Gemilang" dan

"Malaysiaku Gemilang". Aktiviti-aktiviti akan yang dipertandingkan dalam bulan

kemerdekaan adalah pertandingan membuat kain rentang, pertandingan mendeklamasi

sajak, pertandingan kholam, pertandingan menulis sajak, pertandingan Jigsaw Puzzle,

pertandingan melukis potret tokoh, pertandingan keceriaan kelas dan sebagainya

MINGGU ANTI DADAH KEBANGSAAN

10

Page 11: Budaya dan Iklim sekolah

Sempena dengan Minggu Anti Dadah Kebangsaan. Sambutan Hari Anti Dadah telah

berlangsung pada hari Sabtu, 5 April 2008 di dewan serbaguna SK St. James. Minggu

AntiDadah adalah anjuran bersama Unit HEM dan Unit Bimbingan dan Kaunseling

Sekolah Kebangsaan St. James. Program ini dirangka untuk mengzahirkan seruan

kerajaan supaya semua pihak terlibat secara langsung dalam membanteras

penyalahgunaan dadah.Dengan tema PERANGI DADAH HABIS-HABISAN dan

DADAH MUSUH NO. 1 NEGARA diharapkan program ini akan mendatangkan

kesedaran kepada pelajar tentang akibat buruk yang akan menimpa apabila terlibat dalam

penyalahgunaan dadah. Antara acara yang dijalankan adalah:

1. Ceramah kesihatan dan kesedaran dadah

2. Pertandingan Sajak Anti Dadah

3. Pertandingan Mewarna dan Melukis poster Anti Dadah.

Objektif pelaksanaan Minggu Anti Dadah Kebangsaan adalah untuk ;

1.    Melahirkan warga pelajar yang menjalani hidup sihat tanpa dadah

2.    Memberi kesedaran kepada pelajar-pelajar tentang bahaya penyalahgunaan dadah

dan kesan-kesan yang akan dihadapi akibat penyalahgunaan dadah

3.    Mewujudkan kerjasama di antara pihak sekolah dengan agensi seperti Kementerian

Kesihatan Malaysia,Agensi AntiDadah Kebangsaan dan Polis Diraja Malaysia.

4.    Mendedahkan kepada pelajar-pelajar usaha-usaha yang dijalankan oleh agensi-agensi

yang terlibat dalam memerangi dadah

5.    Mendedahkan kepada pelajar-pelajar tindakan undang-undang yang boleh diambil

terhadap penyalahgunaan dadah.

PROGRAM NILAM

Pada 17 Mac 2003 telah dilancarkan Program Nilam dengan rasminya oleh En Mohamad

Jafar b. Ibrahim, Guru Besar SK. St.James bertempat di dataran perhimpunan sekolah.

Matlamat Nilam ialah supaya terbina tabiat membaca di kalangan murid-murid. Ada dua

11

Page 12: Budaya dan Iklim sekolah

objektif program ini dilancarkan untuk menjadikan murid banyak membaca,

menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat

membaca dan membina tabiat membaca yang berkekalan di kalangan murid.

PROGRAM DISIPLIN SIFAR

1. Melahirkan dan membentuk pelajar yang berdisiplin dan bertanggungjawab serta

peka dengan peraturan dan undang-undang sekolah.

2. Melahirkan seorang ahli masyarakat yang bertatasusila, bersatu padu, demokratik,

adil, liberal dan progresif.

3. Melahirkan pelajar yang mengenal dan menilai diri sendiri dan orang lain secara

rasional dan bijaksana.

4. Melahirkan pelajar yang menyayangi dan menghormati diri sendiri, orang lain, dan

menghargai alam sekitar.

5. Melahirkan pelajar yang bersemangat tinggi, berilmu, berketerampilan serta

menjadikan sekolah sebagai landasan menuju ke arah kecemerlangan hidup.

6. Merealisasikan slogan ‘Sekolahku, Rumahku’.

7. Membebaskan pelajar dari semua gejala dan pengaruh tidak baik.

BULAN DISIPLIN

Disiplin adalah teras kejayaan seseorang pelajar serta menentukan kegemilangan

sesebuah sekolah itu. Memandangkan disiplin dan pelajar adalah dua unsur yang saling

berkait rapat, maka Unit Disiplin sebagai agenda tahunannnya. Di harapkan dengan

‘Bulan Disiplin’ ini dapat mencerna serta meningkatkan kesedaran dan tahap disiplin

12

Page 13: Budaya dan Iklim sekolah

para pelajar SK St.James.

Rasional pelaksanaannya

Kemantapan disiplin pelajar memerlukan satu program lebih sistematik. Berakhlak dan

berdisiplin adalah satu aspek kehidupan bagi mengawal sosial yang menjamin

keharmonian dan kesejahteraan hidup. Segala usaha ke arah mengukuh dan

meningkatkan disiplin, seharusnya dititikberatkan baik di rumah mahupun di sekolah.

Soalan c

Kemudahan alat tulis diberi kepada guru sebagaimana kerani sekolah dapat. Seorang

kerani dibelikan pen, pemadam, komputer dan bilik berhawa dingin. Sedangkan guru

yang sering menanda buku pelajar tidak diberi bantuan pen merah. Bilik guru tidak

ada komputer, tidak ada kerusi empuk dan tidak ada alat hawa dingin.

Bantuan kewangan untuk membuat alat bantu mengajar. Seringkali guru

menggunakan wang sendiri untuk membuat alat bantu mengajar.

Bilik atau meja yang selesa untuk guru. Di sekolah, guru hanya diberikan kerusi

seperti kerusi murid . Sedangkan kerani sekolah dibelikan kerusi empuk.

Lengkapkan sekolah dengan pelbagai jenis alat bantu mengajar seperti Overhead

Projektor, LCD Projektor, Video Kamera, kaset, VCD, Televisyen dan sebagainya.

Keadaan bilik kelas yang sempurna juga haruslah diambil kira seperti menggantikan

lampu yang telah rosak, memperbaiki kipas syiling yang rosak, menggantikan cermin

tingkap yang rosak, memperbaiki atap kelas yang bocor dan sebagainya.

KESIMPULAN

Dunia yang semakin kompetetif sesungguhnya memerlukan keberkesanan diperingkat

sekolah disebabkan Malaysia akan bertaraf antarabangsa dan memerlukan kepemimpinan

yang berwibawa, teknologi bertambah canggih serta ragam manusia yang berbagai-bagai.

Sememangnya Kementerian Pendidikan bertekad untuk melahirkan manusia insan kamil

13

Page 14: Budaya dan Iklim sekolah

yang seimang pembangunan rohani, emosi, jasmani dan intelek sebagaimana yang

dituntut oleh Falsafah Pendidikan Negara. Manusia beginilah yang nantinya berupaya

mendokong Wawasan 2020.

Akhirnya dalam usaha membina keberkesanan sekolah, reformasi atau program

pembaikan sekolah haruslah merupakan tindakan pembangunan dalaman sekolah.

Sememangnya dalam pelaksanaan reformasi di sekolah, penglibatan setiap masyarakat

sekolah amat penting, sungguhpun tugas utama guru berkaitan dengan pengajaran dan

pelaksanaan kurikulum, namun usaha meningkatkan kemajuan sekolah perlu dihayati dan

ditangani bersama demi membentuk sekolah berkesan.

Menjadi seorang pemimpin di peringkat sekolah, sama ada sebagai

Guru Besar, Penolong Kanan atau pun Guru Kanan Mata Pelajaran,

tidak semudah yang disangka. Sifat-sifat terpuji diri peribadi berserta

beberapa ciri kepemimpinan perlulah ada dan dikuasai pada tahap

yang cemerlang dan tinggi supaya matlamat, misi dan visi sekolah,

masyarakat dan negara dapat dicapai. Merealisasikan sebuah sekolah

yang berkesan dan berwatak, dengan iklim yang positif dan budaya

yang tersohor tidak mungkin dicapai dengan berangan-angan sahaja.

Semua warga sekolah mestilah memahami konsep berhubung

keberkesanan dan kecemerlangan in secara menyeluruh di samping

menumpahkan segala komitmen dengan semangat kesejawatanan

yang tinggi dalam menggarap dan mewujudkan sekolah berkesan dan

berwatak.

14

Page 15: Budaya dan Iklim sekolah

RUJUKSN

Abd. Shukor Abdulah, (1988). Pengurusan Penyeliaan Dalam Suasana Sekolah – Isu Strategi Dalam Jurnal Kementerian Pendidikan Malaysia. XXXII (71).. m.s 10-33.

Al Ramaiah, (1995). Penyeliaan ; Satu Beban & Kemudahan. Kuala Lumpur : Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya.

Al Ramaiah, (1999). Kepimpinan Pendidikan : Cabaran Masa Kini. Petaling Jaya : IBS Buku Sdn. Bhd.

Barkley, William M.; et. al. (1985) bertajuk " The Impact of Practicum Supervision with vs. without Audio Tapes" , ERIC_NO: ED264478

Benjamin, R. (1981). Making School Work. New York : The Continuum Publishing Company.

 Ellet, C.D., & Walberg, H.J. (1979). Principal's Competency, Enviroment, and Outcomes in H.J. Walberg (Ed), Educational Enviroment and Effects. Berkerly, Cal. : McCutchan Publishing Corporation.

Fullan, M. (1982). The Meaning of Educational Change. New York : Teacher College, Colombia University.

Ginsberg, R. (1988). Worhty Goal... Unlikely Reality : The Principal as Instructional Leader. NASSP Bulletin, Vol. 72 (507).p. 76-82.

Glickman, Carl D. (1989). Supervision Of Instruction; A Developmental Approach. Massachusetts : Allyn & Bacon, Inc.

15

Page 16: Budaya dan Iklim sekolah

Hoy, W.K. & Forsyth. P.H. (1986). Effective Supervision. New York : McGraw Hill.

Hussain Mahmood, (1997). Kepimpinan dan Keberkesanan Sekolah. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa & Pustaka.

Ibrahim Mamat, (1993). Kepimpinan Sekolah. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

16