budaya dan pembelajaran

14

Click here to load reader

Upload: anonymous-fyb8io

Post on 21-Dec-2015

18 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Nama : Umur : Pekerjaan : Alamat : Pendidikan : Pengalaman : Pencapaian :

TRANSCRIPT

Page 1: Budaya Dan Pembelajaran

EDU3063 [BUDAYA DAN PEMBELAJARA]

1 | MOHAMAD FAKHRI FAIZ BIN MOHD AZLI LEE

PENGHARGAAN

Terlebih dahulu saya bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya saya dapat

menjayakan kerja kursus ini dalam tempoh yang telah ditetapkan. Saya ingin merakamkan

ribuan terima kasih kepada pensyarah bimbingan saya, Puan Mirin Merylene Magabi kerana

telah memberi peluang kepada saya untuk menyiapkan kerja kursus ini tepat pada

waktunya.Tanpa bimbingan daripada beliau saya tidak akan dapat menyiapkan kerja kursus ini

dengan jayanya. Beliau telah memberi bimbingan dan panduan sepanjang kerja kursus ini

dijalankan. Tunjuk ajar daripada beliau akan saya kenang sampai bila-bila.

Seterusnya saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada kedua ibu bapa saya

kerana telah memberi sokongan padu dan idea yang bernas sepanjang kerja kursus ini

dijalankan. Selain daripada itu juga, sumber kewangan yang telah diberikan sedikit sebanyak

membantu saya menghasilkan kerja kursus ini dengan sempurna. Tanpa bantuan daripada ibu

bapa saya, kerja kursus ini tidak akan berjaya dilaksanakan sengan sempurna dan lengkap.

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan saya yang telah

banyak membantu saya dalam tempoh kerja kursus ini dijalankan. Pelbagai maklumat telah

dikongsi bersama untuk menyiapkan kerja kursus ini dengan jayanya. Saya mengucapkan

ribuan terima kasih kepada seluruh ahli kelas saya kerana telah banyak membantu saya untuk

menyiapkan kerja kursus ini. Tanpa bantuan daripada mereka saya tidak akan dapat

menjayakan kerja kursus ini dengan sempurna.

Akhir sekali, saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada pihak yang telah

membantu saya secara langsung atau tidak lansung sepanjang kerja kursus ini dijalankan. Jasa

kalian tidak akan saya lupakan kerana tanpa bantuan dan bimbingan yang sempurna saya tidak

akan dapat melaksanakan kerja kursus ini dengan sempurna.

Page 2: Budaya Dan Pembelajaran

EDU3063 [BUDAYA DAN PEMBELAJARA]

2 | MOHAMAD FAKHRI FAIZ BIN MOHD AZLI LEE

PENGENALAN

Perpaduan merupakan satu proses yang menyatupadukan anggota masyarakat dan negara

seluruhnya melalui ideologi negara supaya tiap-tiap anggota masyarakat dapat membentuk

satu identiti dan nilai bersama serta satu perasaan kebangsaan bersama dalam kalangan

mereka. Sejak merdeka, dan apabila isu perkauman kadang-kala menjadi masalah utama

negara, setiap agenda nasional yang dianjurkankerajaan pastinya meletakkan perpaduan dan

integrasi nasional sebagai satu agenda utama. Setiap peluang digunakan dalam pelbagai

bidang, pendidikan, sukan, kebudayaan. Sejak tahun 2004, Program Latihan Khidmat Negara

(PLKN) dijadikan sandaran kerajaan untuk menyemarakkan perpaduan nasional. Perpaduan

masyarakat merupakan sebahagian yang penting daripada perpaduan negara. Oleh itu adalah

mustahak bagi kita meneliti latar belakang dan ciri-ciri masyarakat majmuk di negara kita.

Oleh hal demikian, soal perpaduan dan hubungan di antara kaum merupakan agenda penting

negara dalam memastikan kestabilan politik sentiasa terjamin. Namun begitu, sejauh manakah

situasi integrasi perpaduan nasional dapat dipupuk dalam kalangan mahasiswa pendidik

terutama dalam kalangan siswazah daripada Institut Pendidikan Guru Kampus Kent. Hal ini

merupakan satu kepentingan bagi mengenalpasti situasi integrasi perpaduan nasional pada

masa kini dalam kalangan pelajar kampus. Integrasi perpaduan nasional penting kerana ia akan

menentukan sentimen perkauman yang boleh merobohkan benteng perpaduan sebagaimana

yang telah berlaku pada 13 Mei 1969. Nilai perpaduan di kalangan masyarakat pelbagai kaum

harus dipertahankan agar ia dapat mengekalkan keharmonian kaum. Oleh itu untuk memupuk

semangat perpaduan di kalangan rakyat Malaysia perlulah bermula dari akar umbinya

termasuklah pelajar di institusi-institusi pengajian tinggi terutama Institut Pendidikan yang bakal

melahirkan golongan guru yang bakal menjadi pewaris kepada peneraju negara pada masa

akan datang kelak.

Sebagai salah sebuah institusi pendidikan tinggi, Institut Pendidikan Guru tidak boleh terpisah

dari konsep organisasi pembelajaran, hal ini kerana ia berkait rapat dengan pendidikan, latihan,

pengajaran dan pembelajaran. Sebagai pendokong di antara peneraju utama dalam bidang

akademik, seterusnya melahirkan para pendidik.

Page 3: Budaya Dan Pembelajaran

EDU3063 [BUDAYA DAN PEMBELAJARA]

3 | MOHAMAD FAKHRI FAIZ BIN MOHD AZLI LEE

PROGRAM BINA INSAN GURU (BIG) - ANAK ANGKAT

Bina Insan Guru (BIG) merupakan satu usaha ke arah pembinaan dan pembentukan kualiti

insan guru yang dihasratkan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan

Falsafah Pendidikan Guru (FPG). Program ini melibatkan semua pelajar Program Ijazah

Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian.

Sewaktu Bina Insan Guru Fasa 4, aktiviti perkhemahan dan juga khidmat masyarakat telah

digabungkan untuk menjadi salah satu aktiviti Bina Insan Guru. Dalam BIG tersebut, Program

Anak Angkat telah dijadikan salah satu pengisian aktiviti. Program Anak Angkat tersebut telah

dijalankan di Kampung Mantob, Kiulu. Dalam program Anak Angkat ini, ia memberi peluang

kepada saya dan rakan yang lain untuk mengaplikasi kemahiran berfikir aras tinggi dalam

membentuk perpaduan. Pada masa yang sama, kami juga dapat memupuk kesedaran tentang

pentingnya perpaduan dalam khidmat kemasyarakatan melalui penglibatan langsung atau tidak

langsung dalam aktiviti yang dijalankan.

Melalui Program Anak Angkat ini, banyak kebaikan yang dapat dilihat terutama sekali dari segi

semangat perpaduan. Pelajar IPG terdiri daripada berbilang bangsa, kaum dan etnik. Seperti

saya sendiri, saya berasal dari semenanjung dan berbangsa Melayu. Saya masih kurang

memahami norma budaya dan cara hidup masyarakat Sabah. Lain tempat lain caranya. Begitu

juga situasi yang berlaku semasa program ini dijalankan.

Semasa bersama dengan keluarga angkat, saya dapat melihat budaya dan cara hidup yang

berbeza antara cara keluarga saya sendiri dan mereka. Cara percakapan yang berbeza dan

cara hidup yang berbeza membuatkan saya banyak berfikir bahawa perbezaan antara seorang

individu dengan individu yang lain bukan menjadi batu penghalang untuk membentuk

perpaduan antara kaum. Contohnya dari segi bahasa. Memang diakui bahasa antara orang

Sabah dan Semenanjung agak berbeza dari segi sebutan, intonasi, nada, jeda dan beberapa

perkara lain. Semasa bersama keluarga angkat, ada kalanya terdapat sedikit kesukaran untuk

memahami maksud pertuturan mereka. Tetapi saya mudah untuk berbahasa seperti orang

Sabah walaupun tidak selancar orang Sabah itu sendiri. Ini mungkin disebabkan majoriti pelajar

di IPG Kent ialah orang Sabah dan ini memudahkan saya untuk memahami dan belajar

memahami bahasa dan loghat Sabah. Bagaimana bahasa boleh membentuk perpaduan

melalui program ini?

Page 4: Budaya Dan Pembelajaran

EDU3063 [BUDAYA DAN PEMBELAJARA]

4 | MOHAMAD FAKHRI FAIZ BIN MOHD AZLI LEE

Kita lihat kembali kepada fungsi bahasa itu sendiri. Bahasa berfungsi sebagai alat komunikasi.

Bahasa rasmi di Malaysia ialah bahasa Melayu dan dijadikan sebagai bahasa rujukan bangsa

dan budaya. Apabila wujudnya komunikasi, pasti ada tolerasi. Daripada toleransi tersebut, akan

wujud perasaan tolak ansur yang menyumbang sedikit sebanyak kepada perpaduan. Walaupun

berbeza dari segi sebutan, intonasi, nada, jeda dan beberapa perkara lain, tetapi bahasa yang

digunakan tetap sama iaitu bahasa Melayu. Bahasa Melayu juga merupakan bahasa

kebangsaan yang berperanan untuk melahirkan semangat perpaduan, kekitaan dan

kebangsaan. Dalam erti kata lain “Satu Bangsa, Satu Negara, Satu Bahasa”.

Selain itu, perpaduan antara kaum dan keturunan, perpaduan politik dapat dibentuk serta

menimbulkan sikap bersatu terhadap kesetiaan bahasa. Misalnya, apabila orang berlainan

bangsa bertemu, mereka dapat mengeratkan hubungan di antara satu sama lain dengan

penggunaan bahasa kebangsaan. Walaupun bahasa pertama keluarga angkat saya iaitu

bahasa yang dipertuturkan di rumah ialah bahasa dusun tetapi apabila bersama anak-anak

angkat, mereka tetap menggunakan bahasa Melayu yang digunakan oleh seluruh rakyat

Malaysia sebagai bahasa rasmi. Ini membuktikan, mereka mempunyai rasa tolak ansur kepada

orang lain terutama sekali orang yang tidak berasal dari Sabah untuk saling berkomunikasi

antara satu sama lain.

Program Anak Angkat ini bukan sahaja mampu memupuk semangat perpaduan antara keluarga

angkat dan pelajar IPG, malah ia mampu memupuk semangat perpaduan antara pelajar IPG.

Hal ini kerana, walaupun kami semua berada dalam satu kelompok yang sama tetapi masih

terdapat antara kami yang masih tidak pernah berkomunikasi ataupun tidak berkomunikasi

dengan baik dan kerap. Ini mungkin disebabkan kesibukan masing-masing semasa berada di

IPG. Masalah komunikasi antara pelajar ini juga mungkin disebabkan beberapa faktor lain

seperti kurang mengenali antara satu sama lain. Bagaimana perpaduan antara pelajar IPG ini

dapat dikaitkan dengan Program Anak Angkat? Seperti yang diketahui, beberapa orang pelajar

IPG akan berkongsi satu keluarga angkat. Pelajar ini biasanya dipilih secara rawak dan

mungkin berasal dari latar belakang yang berbeza, agama dan bangsa yang berbeza. Mungkin

sebelum ini, pelajar-pelajar IPG tersebut tidak merasakan perlu untuk berkomunikasi antara

satu sama lain disebabkan dari unit yang berbeza, tetapi apabila berkongsi keluarga angkat

yang sama, secara tidak langsung komunikasi dua hala itu wujud. Apabila wujudnya

komunikasi, perpaduan pula dapat dibentuk secara beransur-ansur. Perpaduan ini tidak

semestinya dapat dipupuk secara mendadak tetapi dengan hanya memahami cara seseorang

itu ia akan membantu dalam memupuk perpaduan kerana tidak kenal maka tidak faham.

Page 5: Budaya Dan Pembelajaran

EDU3063 [BUDAYA DAN PEMBELAJARA]

5 | MOHAMAD FAKHRI FAIZ BIN MOHD AZLI LEE

Apabila sudah mula mengenali, secara tidak langsung kefahaman tentang cara dan budaya

hidup seseorang dapat difahami. Seperti saya sendiri, saya berkongsi keluarga angkat

bersama-sama dengan rakan dari unit PISMP Bahasa Arab, Sejarah dan Bahasa Inggeris.

Apabila bersama-sama dalam keluarga angkat yang sama, berkongsi keluarga angkat yang

sama, ini membuatkan saya mula memahami cara setiap rakan yang lain. Walaupun tidak

secara keseluruhannya tetapi saya boleh mendapatkan sedikit sebanyak gambaran tentang

mereka. Tetapi yang pastinya, cara dan budaya kami berbeza.

Semua perbezaan yang saya lihat ini tidak menjadi batu penghalang kepada kami untuk saling

bertolak ansur dan bertoleransi antara satu sama lain. Bagaimana semangat 1 Malaysia ingin

dibentuk sekiranya semangat perkauman ataupun kenegerian masih tertanam dalam diri

masing-masing. Di IPG Kent, pelajar-pelajarnya berasal dari negeri yang berbeza. Walaupun

majoriti pelajar adalah berasal dari Sabah, tetapi terdapat juga sebahagiannya berasal dari

Semenanjung Malaysia dan Sarawak. Dari apa yang saya lihat, semangat perpaduan antara

kaum di IPG Kent ini dalam tahap yang baik dan tidak membimbangkan kerana semua pelajar

boleh berkomunikasi dengan baik. Apa yang membezakan ialah tahap komunikasi sahaja sama

ada secara kerap atau hanya sekadar bertegur sapa. Dalam program ini, kami sememangnya

rapat antara satu sama lain. Walupun saya dari unit PISMP Bahasa Arab, tetapi saya masih

boleh bergaul dengan rakan-rakan dari unit yang lain tanpa mengira asal usul, bahasa dan

budaya.

Page 6: Budaya Dan Pembelajaran

EDU3063 [BUDAYA DAN PEMBELAJARA]

6 | MOHAMAD FAKHRI FAIZ BIN MOHD AZLI LEE

PROGRAM HARI 1 MALAYSIA

Program hari satu Malaysia merupakan program yang dijalankan oleh Jabatan Pengajian Ilmu

Pendidikan. Program ini dianjurkan bagi memenuhi kehendak pencapaian subjek Budaya dan

Pembelajaran bagi siswa pendidik semester 5. Oleh demikian, program ini dikhususkan kepada

semua warga semester 5 sahaja. Melalui pengamatan saya mengikuti program yang dianjurkan

ini, tidak dinafikan bahawa program ini telah berjaya membentuk serta memperkukuhkan

perpaduan dalam kalangan siswa pendidik. Tambahan pula, program ini telah memberikan

saya satu ilmu serta pengetahuan yang baru berkaitan dengan budaya-budaya yang wujud

dalam negara Malaysia. Program ini juga banyak mengajar saya tentang semangat kerjasama

antara pasukan. Hal ini kerana, banyak aktiviti yang dilakukan bersama rakan IPG Kent dan

semua itu dapat dilakukan dengan semangat kerjasama yang tinggi dan baik. Bagaimana

semangat kerjasama boleh membentuk perpaduan melalui program ini?

Bagi membentuk semangat perpaduan, tidak perlu adanya satu program khusus yang menjurus

kepada perpaduan. Sebagai contoh ialah program ini sendiri. Jika dilihat kepada objektif yang

terdapat dalam kertas kerja ialah untuk mendedahkan guru pelatih dengan norma-norma

budaya masyarakat Malaysia. Pada masa yang sama, ia juga memberi peluang kepada guru

pelatih untuk mengasah kemahiran sosial mereka dan belajar cara-cara yang sesuai untuk

membawa identiti guru dalam masyarakat. Objektif ini tidak mejelaskan secara terus tujuannya

adalah untuk membentuk semangat perpaduan dalam diri guru pelatih IPG Kent. Dalam

program ini, Semangat sepasukan akan mula berbunga dan bertambah apabila menjalankan

aktiviti-aktiviti secara kumpulan dan berkerjasama. Sebagai contoh, terdapat beberapa perkara

yang memerlukan semangat kerjasama yang tinggi antara guru pelatih bagi menjayakan

program ini. Antaranya adalah dari segi penyediaan makanan serta pakaian mengikut budaya

yang telah ditetapkan. Kerjasama antara satu sama lain dan tolong-menolong akan membentuk

sikap bersatu padu. Dengan ini akan wujud semangat perpaduan di antara guru pelatih yang

datang dari latar belakang yang berbeza dan kebudayaan berbeza. Jangan kita anggap

perbezaan itu sebagai satu masalah dan alasan untuk memupuk semangat perpaduan dalam

diri masing-masing. Melentur bulu biarlah dari rebungnya.

Page 7: Budaya Dan Pembelajaran

EDU3063 [BUDAYA DAN PEMBELAJARA]

7 | MOHAMAD FAKHRI FAIZ BIN MOHD AZLI LEE

Dari IPG lagi, para pelajar harus mempunyai semangat perpaduan yang tinggi kerana apabila

ditempatkan di sekolah sebagai guru sebenar, tidak sukar untuk menyesuaikan diri dengan

keadaan sekeliling yang penuh dengan perbezaan sama ada dari segi bahasa, latar belakang

ataupun budaya hidup. Ini kerana, tidak mustahil kita akan ditempat di negeri yang lain dan

bukan negeri asal. Apabila berada di tempat orang, kita harus bijak menyesuaikan diri bagi

memudahkan proses adaptasi dan pergaulan dengan orang sekeliling. Perpaduan akan mudah

dibentuk sekiranya kita mudah menerima perbezaan orang lain dan tidak bersifat pentingkan

diri atau perkauman. Di IPG Kent, banyak program yang telah dibuat bagi memastikan

semangat perpaduan tertanam dalam diri setiap pelajar. Selain itu, program ini juga banyak

membantu saya belajar untuk bersikap terbuka dan matang. Kematangan fikiran membuatkan

saya lebih bersikap mudah menerima perbezaan dan menyesuaikan diri dengan perbezaan

tersebut. Saya telah banyak belajar sepanjang pengalaman istimewa ini.

Program Anak Angkat ini sebenarnya banyak memberikan manfaat kepada pelajar / guru

pelatih terutama sekali dalam membentuk perpaduan. Terpulang kepada individu sahaja sama

ada mahu berusaha untuk membentuk semangat itu atau hanya duduk mendiamkan diri

dengan harapan semangat perpaduan itu akan datang bergolek kepada kita. Usaha itu tangga

kejayaan. Pihak IPG telah melakukan banyak usaha bagi melahirkan seorang guru yang

mempunyai semangat perpaduan yang tinggi.

Page 8: Budaya Dan Pembelajaran

EDU3063 [BUDAYA DAN PEMBELAJARA]

8 | MOHAMAD FAKHRI FAIZ BIN MOHD AZLI LEE

PROGRAM SUKAN TAHUNAN KAMPUS

Menurut Mohd Suhaimi (2012), generasi muda Malaysia harus mempunyai ketahanan diri yang

diasaskan dengan nilai-nilai murni jasmani dan rohani. Ini merupakan benteng penting bagi

rakyat Malaysia sewaktu berdepan dengan pelbagai cabarn dalam dan luar kompleks. Kejayaan

mencapai wawasan murni yang mantap mampu membentuk sesebuah bangsa Malaysia yang

kuat semangat, tekad dan iltizam untuk bangkit membanteras segala gejala negatif. Oleh

demikian, saya dapat mengamati bahawa kejohanan sukan yang dilaksanakan di kampus ini

telah berjaya membawa kepada pencapaian hasrat perpaduan kaum melalui bidang sukan.

Bagaimana sukan boleh membentuk perpaduan melalui program ini?

Sukan bukanlah semata-mata aktiviti fizikal yang dilakukan untuk mengisi masa lapang atau

sebagai riadah kecil mengeluarkan peluh. Pada masa kini ,pemodenan sukan bergerak seiring

dengan kemajuan dunia dan membawa falsafah yang lebih berat. Pertumbuhan pelbagai

bidang sukan yang rancak ini digerakkan dengan lebih dinamik dan profesional. Penglibatan

masyarakat dalam bidang sukan juga telah banyak membawa manfaat. Ironinya, penglibatan

masyarakat dalam bidang sukan dapat menunaikan pelbagai hasrat bukan sekadar pertarungan

di gelanggang sahaja.

Tambahan pula, sukan merupakan salah satu instrumen penting untuk mengeratkan hubungan

perpaduan dan integrasi masyarakat. Hal ini demikian kerana, melalui pengamatan saya dalam

kegiatan sukan di kampus Kent adalah dapat melahirkan semangat kekitaan dalam pasukan

untuk meraih kemenangan. Hal ini kerana dalam sesebuah pasukan rumah sukan terdiri

daripda pelbagai lapisan bangsa. Sifat bersatu padu juga dapat dipupuk melalui penglibatan

dalam kegiatan sukan kerana bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat.

Lantaran itu, hubungan yang erat dapat melahirkan sebuah pasukan yang kuat. Para

penyokong juga dapat menyatupadukan rakan siswazah yang berbilang kaum di samping

berkongsi minat dalam sukan yang sama. Dengan ini, nilai-nilai perpaduan seperti

bekerjasama, bertoleransi dan meletakkan kepentingan negara dan pasukan melebihi

kepentingan diri dapat dilahirkan melalui penglibatan diri dalam bidang sukan. Justeru, sukan

dapat mendidik masyarakat bekerjasama dan bersatu padu serta mengeratkan hubungan.

Page 9: Budaya Dan Pembelajaran

EDU3063 [BUDAYA DAN PEMBELAJARA]

9 | MOHAMAD FAKHRI FAIZ BIN MOHD AZLI LEE

Selain itu, dalam kejohanan sukan kampus Kent terdapat perarakan unit beruniform yang terdiri

daripada pelbagai bangsa yang terdapat di kampus ini. Tambahan pula, pengelola kejohanan

juga terdiri daripada pelbagai bangsa dan budaya. Hal ini juga memainkan peranan yang

penting dalam mewujudkan perpaduan semasa kejohanan sukan berlangsung. Tambahan pula,

setiap unit mampu mendengar setiap arahan yang diketuai oleh selain bangsa sendiri. Oleh

demikian ini membuktikan bahawa siswa pendidik kampus Kent mampu menerima arahan

walaupun berbeza bangsa. Dalam masa yang sama menunjukkan bahawa siswa Kent mampu

mematuhi segala arahan yang dikeluarkan oleh pihak pentadbiran negara walaupun berbeza

bangsa dan budaya.

Setiap kejohanan sukan yang dilaksanakan dalam negara Malaysia berjaya memupuk serta

memperkukuhkan perpaduan dalam diri rakyat Malaysia. Hal ini menunjukkan bahawa sukan

memainkan peranan yang penting dalam perpaduan negara. Oleh demikian, saya merasakan

bahwa pihak kampus Kent mengekalkan serta mempertingkatkan mutu kejohanan agar menjadi

lebih menarik serta menjadi satu alternatif yang kuat di mana mampu memperkukuhkan

semangat perpaduan yang telah terbina dalam kalangan siswa pendidik kampus Kent.

Page 10: Budaya Dan Pembelajaran

EDU3063 [BUDAYA DAN PEMBELAJARA]

10 | MOHAMAD FAKHRI FAIZ BIN MOHD AZLI LEE

PROGRAM RIANG RAYA KENT

Menurut Mohd Suhaimi (2012), kebudayaan merupakan satu aspek yang sangat meluas dan

merangkumi keseluruhan cara hidup. Kebudayaan terbukti elemen yang berkesan dalam

memupuk perpaduan masyarakat. Tambahan pula, kebudayaan negara haruslah berteraskan

penduduk asli negara ini disamping unsur kebudayaan lain yang sesuai wajar diterima dan

menjadi sebahagian daripada unsur kebudayaan kebangsaan. Melalui pernyataan yang

diberikan, saya dapat merangkumkan bahawa masyarakat di negara kita perlu mengamalkan

serta menghormati kesemua budaya bangsa lain. Namun begitu, masyarakat pada masa kini

lebih tertumpu hanya kaum dengan budayanya sahaja tanpa penglibatan kaum serta bangsa

lain. Bagaimana aktiviti perayaan menjadi terhad dalam membentuk perpaduan melalui

program ini?

Program Riang Raya Kent dilaksanakan pada setiap tahun. Program ini bertujuan memupuk

semangat perpaduan yang tinggi dalam warga siswa pendidik di kampus Kent. Tambahan pula

semangat kerjasama amat diperlukan dalam setiap unit agar program ini berlangsung dengan

jayanya. Namun demikian, program ini hanya bertumpu kepada satu kaum sahaja di mana

majlis ini dilakukan sempena meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Bermula dari segi pakaian, sewaktu Riang Raya Kent berlangsung semua warga siswa pendidik

bebas memakai pakaian apa sahaja. Hal ini menyebabkan pemakaian yang mengikut ciri

perayaan aidilfitri tidak dapat diterapkan. Tambahan pula, bagi bangsa melayu sendiri tidak

menghargai serta tidak memakai pakaian kaum melayu itu sendiri. Hal ini menyebabkan konsep

perpaduan yang ingin diwujudkan amat terhad. Oleh demikian, semua warga siswa pendidik

hanya tertumpu dengan keadaan diri sendiri sahaja tanpa mengambil ahu keadaan pemakaian

yang sebenar masyarakat kaum melayu.

Selain itu dari segi pemakanan juga menjadikan Riang Raya Kent ini menjadi terhad dalam

membentuk perpaduan kaum. Hal ini kerana makanan yang disediakan kesemuanya hampir

sama. Jika dilihat sewaktu perayaan di Malaysia sewajarnya tidak perlu difokuskan kepada satu

makanan sahaja seperti ketupat, rendang dan sebagainya. Sewajarnya dalam masa yang sama

pemakanan kaum lain juga dapat diperkenalkan agar semua warga siswa pendidik mengetahui

pemakanan tradisional masyarakat kaum lain. Secara tidak langsung, keadaan tersebut dapat

memupuk semangat perpaduan disebabkan keunikan pemakanan kaum lain. Oleh demikian,

konsep pemakanan yang diadakan pada Riang Raya Kent ini perlu diperbaiki serta ditambah

baik agar perpaduan kaum dapat dibentuk.

Page 11: Budaya Dan Pembelajaran

EDU3063 [BUDAYA DAN PEMBELAJARA]

11 | MOHAMAD FAKHRI FAIZ BIN MOHD AZLI LEE

Pada hakikatnya memang tidak dinafikan bahawa program ini bertujuan membentuk perpaduan

dengan konsep kaum melayu. Namun demikian, pada setiap tahun negara kita mempunyai

pelbagai perayaan. Tambahan pula nama program ini juga telah menjurus kepada Riang Raya

Kent. Oleh demikian, sewajarnya semua peraan pelbagai kaum perlu dilaksanakan agar kaum

lain tidak terasa disamping dapat mengukuhkan lagi perpaduan yang sedia ada.

Kesimpulannya, program yang dianjurkan ini kurang berjaya. Hal ini kerana, konsep perayaan

yang dilaksanakan dalam program ini amat terhad dan tidak menunjukkan kebudayaan yang

selari dengan objektif dasar kebangsaan iaitu, mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara

melalui kebudayaan. Memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan yang tumbuh

daripada kebudayaan kebangsaan dan mempertingkatkan kualiti kehidupan kemanusiaan dan

kerohanian yang seimbang dengan pembangunan sosioekonomi.

Page 12: Budaya Dan Pembelajaran

EDU3063 [BUDAYA DAN PEMBELAJARA]

12 | MOHAMAD FAKHRI FAIZ BIN MOHD AZLI LEE

PROGRAM MAKAN MALAM BERSAMA PEMIMPIN

Negara kita berada di ambang perkiraan kaum yang mana setiap orang hanya berkepentingan

dengan kaumya sendiri. Oleh demikian, kelemahan ini perlu diperbaiki agar tidak timbul isu

serta permasalah yang akan berlaku berkaitan dengan perpaduan nasionalis rakyat negara.

Saya sebagai seorang rakyat Malaysia tidak mahu agar tragedi 13 Mei 1969 tidak berulang

kembali. Hal ini mungkin dipersetujui oleh keseluruhan rakyat Malaysia. Oleh demikian, sebagai

salah satu institut yang akan melahirkan generasi pembentukan negara pada masa akan

datang dan lebih-lebih lagi melahirkan seorang guru untuk mendidik negara pada masa

hadapan saya merasakan kelemahan ini perlu diperbaiki demi kebaikan masa akan datang.

Program makan malam bersama pemimpin merupakan satu program yang mana akan

dilaksanakan pada penghujung bulan Ramadhan. Program ini lebih bertujuan kepada jemputan

berbuka puasa bersama pemimpin serta anak-anak yatim. Namun begitu, program ini tidak

mampu meningkatkan kemahiran sosial dalam kalangan pelajar. Ini kerana, banyak aktiviti yang

dilakukan hanya tertumpu kepada pemimpin serta kalangan yang diraikan sahaja tanpa ada

komunikasi terhadap warga kampus yang lain. Bagaimana kemahiran sosial yang lemah

boleh membentuk perpaduan melalui program ini?

Program makan malam ini mempunyai beberapa kelemahan yang mungkin boleh diperbaiki

agar perpaduan dapat dijamin dalam mengukuhkan perpaduan siswa pendidik kampus Kent

disamping membentuk negara maju. Hal ini dapat merosakkan perpaduan negara sekiranya

tidak diperbaiki. Antara kelemahan yang saya dapati semasa mengikuti makan malam bersama

pemimpin ini adalah kurangnya komunikasi antara siswa pendidik serta warga jemputan. Hal ini

kerana kedudukan guru pelatih telah ditentukan mengikut tempat yang telah ditetapkan. Oleh

demikian, komunikasi serta kemahiran sosial bagi memupuk perpaduan dalam kalangan siswa

pendidik amatlah terhad.

Tambahan pula, tempat yang telah ditetapkan juga antara salah satu faktor yang menyebabkan

kemahiran sosial tidak dapat dijalankan dalam kalangan siswa pendidik. Hal ini kerana tempat

yang ditetapkan hanya mengikut jabatan dan menyebabkan jabatan yang tidak mempunyai

semua bangsa dan kaum dapat begaul. Contohnya Jabatan Pendidikan Islam dan Moral

kesemuanya warga muslim dan masih lagi duduk di bawah satu payung yang sama sedangkan

Page 13: Budaya Dan Pembelajaran

EDU3063 [BUDAYA DAN PEMBELAJARA]

13 | MOHAMAD FAKHRI FAIZ BIN MOHD AZLI LEE

jika diberikan tempat yang berbeza kelas boleh menjamin kemahiran sosial yang bagus dalam

kalangan pelajar.

Hal ini tidak selaras dengan kehendak pentadbiran negara dalam pembentukan perpaduan

kaum. Jika dilihat kembali kepada prinsip dasar Belia Negara yang dinyatakan oleh Tun.Dr

Mahathir Mohamad bahawa kalangan belia negara seharusnya mewujudkan semangat

perpaduan dan sukarelawan disamping mewujudkan sifat-sifat kepimpinan yang matang.

Namun begitu, disebabkan kemahiran sosial yang terhad menyebabkan prinsip dasar Belia

Negara tidak dapat diaplikasikan sepenuhnya oleh warga siswa pendidik kampus Kent.

Oleh demikian, bagi mewujudkan kemahiran sosial yang berkesan melaui program ini, pihak

penganjur perlu mempertingkatkan usaha mengubah kedudukan semasa siswa pendidik agar

semua warga kampus dapat bersama walaupun berbeza jabatan. Tambahan pula, secara tidak

langsung program yang dilaksanakan mampu meneratkan silaturrahim antara siswa pendidik

kampus Kent.

Page 14: Budaya Dan Pembelajaran

EDU3063 [BUDAYA DAN PEMBELAJARA]

14 | MOHAMAD FAKHRI FAIZ BIN MOHD AZLI LEE

KESIMPULAN

Budaya kepelbagaian kaum merupakan perkara yang sangat penting bagi masyarakat Malaysia

yang bersifat majmuk. Perkara ini akan melahirkan masyarakat Malaysia yang harmonis, saling

bekerjasama dan bersefahaman dan sentiasa menghayati perjanjian sosial yang telah

dipersetujui sejak awal kemerdekaan lagi.

Usaha-usaha perlu diambil secara berterusan bagi memastikan hubungn kaum di Malaysia

sentiasa berada dalam keadaan yang baik. Usaha-usaha ini adalah melibatkan peranan

kerajaan, masyarakat dan pertubuhan bukan kerajaan. Apa yang penting dalam memastikan

hubungan etnik sentiasa dalam keadaan baik, segala usaha ini perlu disahut oleh setiap lapisan

masyarakat.

Kepelbagaian budaya dalam negara Malaysia seharusnya tidak menimbulkan masalah

perkauman. Setiap kaum ataupun etnik perlu tahu dan memainkn peranan mereka dalam

memastikan konflik perkauman seperti peristiwa 13 Mei berulang semula. Perpaduan kaum ini

amatlah penting bagi menyumbang ke arah menjadikan Malaysia sebuah negara maju

menjelang 2020.

Sehubungan dengan ini, perpaduan yang sedia terjalin antara kaum di negara ini perlu

diperkukuhkan lagi bagi mewujudkan suasana negara yang lebih aman, maju, selamat dan

makmur. Oleh itu, segala kerjasama semua pihak seperti kerajaan, masyarakat dan pertubuhan

badan bukan kerajaan amatlah diperlukan untuk meningkatkan hubungan etnik di nagara

Malaysia.