budaya dalam pembelajaran

14
1.0 PENGENALAN Perbezaan dan kepelbagaian sosio-budaya sukar untuk dinafikan dalam sebuah Negara seperti Malaysia yang lahir dari kelompok masyarakat yang berbilang etnik seperti Melayu, cina dan India yang menjadi majority terbesar serta kaum pribumi Sabah dan Sarawak serta orang asli dan kaum- kaum lain yang menjadi kaum minoriti. Setiap etnik membawa sosio-budaya yang berbeza yang diwarisi dari nenek-moyang terdahulu. Dalam konteks pendidikan, kepelbagaian sosio-budaya individu itu bukan sahaja dilihat dari aspek ras, etnik dan adat budaya mereka sahaja. Malah, ia juga merangkumi skop yang lebih besar. Menurut Papalia (2001), individu manusia itu berbeza dari segi jantina, saiz badan, kesihatan , tahap tenaga, personaliti dan emosi. Slavin (1997) pula mengaitkan perbezaan individu dengan konteks pengajaran dan pembelajaran. Kepelbagaian sosio-budaya dalam sistem masyarakat majmuk di negara kita memberikan kesan secara langsung kepada perkembangan sistem pendidikan secara umumnya dan kepada suasana pembelajaran secara khasnya. Sebagai pendidik, adalah sangat penting untuk mengetahui peranan guru, murid, sekolah dan kurikulum tersirat dalam usaha memberikan pendidikan yang seimbang kepada semua murid dari pelbagai kaum dan latar belakang. Pengetahuan ini akan menghakis sikap prejudis guru dalam menangani kepelbagaian sosio-budaya murid, khususnya ketika mengendalikan aktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran. 2.0 TUJUAN PANTANG LARANG 1

Upload: nur-fateha

Post on 22-Jun-2015

4.103 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: budaya dalam pembelajaran

1.0 PENGENALAN

Perbezaan dan kepelbagaian sosio-budaya sukar untuk dinafikan dalam sebuah

Negara seperti Malaysia yang lahir dari kelompok masyarakat yang berbilang etnik

seperti Melayu, cina dan India yang menjadi majority terbesar serta kaum pribumi

Sabah dan Sarawak serta orang asli dan kaum-kaum lain yang menjadi kaum minoriti.

Setiap etnik membawa sosio-budaya yang berbeza yang diwarisi dari nenek-moyang

terdahulu.

Dalam konteks pendidikan, kepelbagaian sosio-budaya individu itu bukan sahaja

dilihat dari aspek ras, etnik dan adat budaya mereka sahaja. Malah, ia juga merangkumi

skop yang lebih besar. Menurut Papalia (2001), individu manusia itu berbeza dari segi

jantina, saiz badan, kesihatan , tahap tenaga, personaliti dan emosi. Slavin (1997) pula

mengaitkan perbezaan individu dengan konteks pengajaran dan pembelajaran.

Kepelbagaian sosio-budaya dalam sistem masyarakat majmuk di negara kita

memberikan kesan secara langsung kepada perkembangan sistem pendidikan secara

umumnya dan kepada suasana pembelajaran secara khasnya. Sebagai pendidik,

adalah sangat penting untuk mengetahui peranan guru, murid, sekolah dan kurikulum

tersirat dalam usaha memberikan pendidikan yang seimbang kepada semua murid dari

pelbagai kaum dan latar belakang. Pengetahuan ini akan menghakis sikap prejudis

guru dalam menangani kepelbagaian sosio-budaya murid, khususnya ketika

mengendalikan aktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran.

1

Page 2: budaya dalam pembelajaran

2.0 TUJUAN PANTANG LARANG

Pantang larang adalah peraturan larangan bagi sesebuah kehidupan dalam sesuatu

bangsa. Pantang larang orang tua-tua bertujuan untuk mendidik masyarakat,

khususnya generasi muda agar dapat membawa kepada penerapan dan pemupukan

nilai-nilai murni yang boleh diamalkan dalam kehidupan. Contohnya, dalam masyarakat

Melayu, ada menyebut jangan duduk di atas bantal kerana dipercayai boleh naik bisul.

Hakikatnya, pantang larang tersebut wujud supaya menjaga bantal daripada dipecah

atau dikoyak, dan tidak sopan jika perkakas yang digunakan untuk melapik kepala

diletakkan di bawah punggung. Oleh itu, masyarakat yang mempercayai kebenaran

maksud sebalik pantang larang tersebut akan mengelakkan diri daripada berkelakuan

tidak sopan seperti duduk di atas bantal kerana mereka khuatir terkena bisul.

Penggunaan pantang larang yang sebegini akan dapat mendisiplinkan

masyarakat serta dapat membina tingkah laku yang baik. Hal ini kerana, mereka akan

memikirkan kesan yang berlaku akibat daripada perbuatan yang telah mereka lakukan

dan berfikir kesan jika patuh kepada pantang larang tersebut. Pantang larang biasanya

terangkum dalam acuan adat dan budaya, bukannya terus dari agama. Oleh itu sedikit

sebanyak adat dan budaya itu didirikan atas prinsip agama.

Pantang larang yang masih digunakan juga bertujuan menjadi contoh dan

panduan kepada generasi muda mengenai larangan orang tua-tua dalam kehidupan.

Hal ini dapat mengelakkan perlakuan yang tidak sopan yang dapat melanggar batas-

batas adat dan budaya serta agama sesebuah masyarakat. Seperti contoh, dalam

pantang larang masyarakat Melayu juga menyebut jangan keluar dengan pasangan

2

Page 3: budaya dalam pembelajaran

selama 40 hari sebelum diijabkabul. Pada hakikatnya, pantang larang tersebut

digunakan untuk mengelak berlaku tohmahan masyarakat. Ia juga bertujuan untuk

mengawal hawa nafsu bagi pasangan yang berdua-duaan sebelum berkahwin. Maksud

pantang larang tersebut jelas menyatakan bahawa pasangan yang belum berkahwin

dilarang keluar berdua-duaan sehingga boleh mendatangkan fitnah masyarakat. Oleh

itu, ia sememangnya menjadi panduan kepada generasi berdarah muda untuk

mematuhi pantang larang tersebut.

Pantang larang juga bertujuan memberi jaminan keselamatan bagi individu.

Antaranya, dalam pantang larang masyarakat Cina, mereka tidak dibenarkan

melakukan kerja-kerja seperti memaku kerana dikhuatiri bayi yang lahir akan

mengalami kecacatan. Namun, ia dicipta supaya ibu yang mengandung tidak aktif

melakukan kerja-kerja yang boleh membahayakan diri dan kandungannya. Oleh itu,

dengan adanya pantang larang yang digunakan, mereka akan memahami dan dapat

memikirkan kesan negatifnya.

Pantang larang juga diamalkan bertujuan mengekalkan harta pusaka nenek

moyang mereka dan supaya mereka bertanggungjawab untuk mengamalkannya dan

menurunkan tradisi itu kepada anak-anak atau cucu-cucu mereka. Dalam sebuah

pantang larang mempunyai erti sendiri yang akan memberi manfaat dalam hidup

masing-masing. Ia dicipta dan masih digunakan lagi sehingga ke hari ini bagi

meneruskan kesinambungan tradisi generasi zaman lampau supaya ia masih lagi

bertahan digunakan sehingga kini.

3

Page 4: budaya dalam pembelajaran

3.0 PETA MINDA FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI KETAKSAMAAN

PELUANG PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Rajah 1 : Faktor-faktor mempengaruhi ketaksamaan peluang pendidikan

4

Page 5: budaya dalam pembelajaran

4.0 HURAIAN FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI KETAKSAMAAN PELUANG

PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Dalam aspek pendidikan, menurut Noriati Abd Rashid et al, dalam bukunya Budaya dan

Pembelajaran, pelajar yang mempunyai latar belakang yang baik dan berpendapatan

tinggi akan dihantar ke sekolah-sekolah yang bagus manakala pelajar yang mempunyai

latar belakang yang kurang mewah terpaksa bersekolah di sekolah yang mempunyai

kekurangan kemudahan infratstruktur. Hal ini menyebabkan mereka terpaksa bersusah-

payah untuk mendapatkan pendidikan yang baik namun, kekurangan kemudahan di

sekolah tidak memungkinkan mereka mengecapi pendidikan yang lebih baik. Senario ini

disebabkan oleh ketidakseimbangan pencapaian di antara individu di dalam masyarakat

yang telah mewujudkan pengkelasan sosial. Konsep kelas sosial ini tidak lepas lari

daripada kejadian ‘social inequality’ atau ketidaksamaan sosial yang merujuk kepada

ketaksamaan peluang-peluang pendidikan yang berbeza akibat sistem strasifikasi.

Pengkategorian kelas sosial ini secara tidak langsung memberi impak kepada

pencapaian akademik pelajar sama ada di peringkat sekolah rendah, menengah,

institut kemahiran mahupun di institut pengajian tinggi. Pelajar daripada kelas atasan

dan pertengahan tidak menghadapi banyak cabaran dan dugaan semasa pembelajaran

mereka. Hal ini adalah disebabkan keluarga mereka berkemampuan untuk memenuhi

segala permintaan dan kehendak yang berkaitan dengan pendidikan anak-anak

mereka.

Sebagai contoh untuk kelas tambahan, ibu bapa pelajar berkemampuan untuk

menggajikan guru untuk mengajar anak mereka di rumah atau menghantar anak

5

Page 6: budaya dalam pembelajaran

mereka ke kelas tambahan, mampu membelikan komputer riba atau komputer,

mempunyai pemandu untuk menghantar, menunggu dan menjemput pelajar dari

sekolah, pelajar-pelajar ini dapat makan makanan seimbang dan makanan tambahan

untuk kecerdasan otak dan lain-lain kemudahan yang mungkin tidak tercapai oleh

pelajar dari kategori bawahan. Perbezaan kelas sosial ini telah mewujudkan jurang

khasnya dalam kalangan bangsa Melayu sendiri.

Faktor jantina juga sangat mempengaruhi ketaksamaan peluang pendidikan di

Malaysia. Dalam proses pendidikan di sekolah, murid perempuan dan lelaki cenderung

untuk memilih mata pelajaran yang bersesuaian dengan sifat dan naluri mereka.

Sebagai contoh, dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup, murid perempuan akan

memilih bidang Ekonomi Rumah Tangga kerana ia lebih bersifat keperempuanan

manakala murid lelaki akan cenderung memilih bidang kemahiran Teknikal kerana

bersesuaian dengan jiwa mereka.

Semasa era penjajahan pula, peluang melanjutkan pelajaran diberi keutamaan

kepada golongan lelaki manakala golongan perempuan dinafikan peluang untuk

menerima pendidikan. Hal ini kerana, ibu bapa pada masa itu berfikiran kolot kerana

lebih mengharapkan anak perempuan tinggal di rumah untuk membantu membuat kerja

rumah. Mereka juga beranggapan pendidikan tidak penting kepada perempuan kerana

akhirnya mereka akan berumahtangga dan membantu suami di rumah.

Aminah Ahmad (2000), menyatakan penglibatan wanita dalam pendidikan

sangat menggalakkan tetapi masih wujud segregasi mengikut jantina dalam pendidikan

di peringkat menengah, terutamanya di sekolah vokasional dan teknik serta di institut

6

Page 7: budaya dalam pembelajaran

pengajian tinggi. Pada masa sekarang, golongan perempuan dapat dilihat memonopoli

ruang dan kejayaan menempatkan diri di institut pengajian tinggi atas faktor pencapaian

akademik yang lebih baik.

Murid Berkeperluan Khas juga merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi

ketaksamaan peluang pendidikan di Negara ini. Murid berkeperluan khas mempunyai

kecerdasan yang sangat rendah berbanding dengan kecerdasan purata dan golongan

ini menghadapi masalah penyesuaian diri dalam masyarakat dan program sekolah

biasa. Pengajaran mereka dikendalikan oleh guru khas dalam sesuatu masalah

pembelajaran. Golongan yang dikategorikan murid berkeperluan khas ini kebiasaannya

mempunyai kecerdasan yang amat rendah atau kebolehan mental yang lebih tinggi.

Kanak-kanak pintar cerdas mempunyai kebolehan mental yang lebih tinggi

berbanding rakan sebaya mereka. Oleh itu, mereka tidak memanfaatkan sistem

pendidikan sedia ada dengan sepenuhnya. Hal ini kerana, murid pintar cerdas

beranggapan bahawa diri mereka tidak perlu mengikuti pembelajaran dalam kelas

kerana perkembangan kebolehan mental mereka lebih maju. Kanak-kanak

berkeperluan khas juga menghadapi kecelaruan tingkah laku iaitu tingkah laku terbias.

Mereka mempunyai tingkah laku yang suka menentang autoriti dan suka menyerang

orang kerana sifat hiperaktif yang ada.

Selain itu, golongan ini mempunyai sifat pengongkongan dalaman iaitu boleh

bersifat pendiam, sensitif, pasif dan sering melakukan tindakan luar kawalan. Oleh itu,

mereka kurang menumpukan perhatian dalam pelajaran dan lebih suka bermain.

Mereka juga sering menghadapi masalah menyesuaikan diri di sekolah biasa dan

7

Page 8: budaya dalam pembelajaran

dalam masyarakat. Murid berkeperluan khas juga kurang memberi perhatian dan

terlibat dalam setiap aktiviti serta tidak dapat menyempurnakan tugasan yang guru

berikan. Oleh sebab itu murid-murid ini kurang mendapat pendidikan yang sewajarnya

atas faktor diri mereka sendiri. Maka, guru perlu merancang strategi yang berkesan

untuk menarik perhatian murid. Persekitaran yang kurang “mesra” menyebabkan

golongan ini tertinggal. Golongan ini juga mesti diberi peluang supaya tidak tertinggal

dalam arus pendidikan nasional.

Kumpulan minoriti juga merupakan faktor terpenting yang mempengaruhi

ketaksamaan peluang pendidikan kerana ia merupakan sebuah kumpulan etnik yang

mempunyai bilangan ahli yang kecil. Ia disebut sebagai minoriti kerana kumpulan ini

tidak dapat mempengaruhi kumpulan-kumpulan etnik yang lain dalam pelbagai aspek

terutamanya pendidikan. Mereka hanya menerima pendidikan tidak formal sahaja

melalui keturunan atau warisan daripada ibu bapa mereka. Kumpulan minoriti yang

bersifat negatif di sekolah merupakan golongan yang sering ponteng kelas, pembuli,

suka merokok, melepak dan sebagainya. Tingkah laku sebegini dapat menggugat

keharmonian sekolah walaupun jumlah mereka sedikit.

Kumpulan minoriti bersifat positif pula merupakan golongan ulat buku, suka

mencari maklumat di internet, cenderung kepada keagamaan dan sebagainya. Namun

begitu, kumpulan minoriti perlu diberi perhatian supaya mereka tidak terus trcicir dalam

asrus pendidikan dengan jumlah mereka yang sedikit. Perhatian harus diberikan oleh

guru supaya mereka tidak terus mendominasi situasi dan terus dikhuatiri akan

membentuk satu sitasi yang membantutkan suasana pembelajaran di sekolah.

8

Page 9: budaya dalam pembelajaran

4.0 CABARAN GURU MENGAJAR DALAM KELAS PELBAGAI BUDAYA

Masyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum. Oleh yang demikian,

seorang guru harus peka dengan kepercayaan dan amalan sosiobudaya yang berbeza

dalam kalangan muridnya. Persekitaran bilik darjah yang mesra budaya merupakan

salah satu faktor yang boleh meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan

pembelajaran (P&P). Secara ringkasnya, guru harus peka kepada perbezaan ini supaya

tiada murid daripada golongan yang tertentu berasa tersisih disebabkan

ketidakprihatinan guru terhadap keperluan mereka. Persoalannya kini apakah cabaran-

cabaran yang akan dihadapi oleh guru-guru semasa mengajar dalam sebuah kelas

yang terdiri dari pelbagai budaya. Sebagai seorang bakal guru, saya amat menyedari

bahawa permasalahan ini amat rencam dan boleh menjadi permasalahan yang berat

jika bakal guru sendiri tidak berusaha untuk mempelajari dan mendalami sendiri bagi

menyelesaikannya.

Antara cabaran terbesar bagi guru-guru semasa mengajar sebuah kelas yang

terdiri daripada pelbagai budaya ialah persediaan murid-murid untuk menerima

perbezaan dan kepelbagaian budaya kaum lain. Seperti yang kita sedia maklum,

setiap kaum mempunyai budaya yang merangkumi bahasa, adat, kepercayaan dan

amalan mereka yang tersendiri. Sebagai seorang bakal guru, adalah amat penting bagi

kita menyedari akan besarnya masalah perbezaan ini dan implikasinya semasa proses

pengajaran dan pembelajaran berlaku di bilik darjah. Terdapat sesetengah murid yang

kurang diberi pendedahan tentang budaya masyarakat lain. Kemungkinan ini boleh

berlaku kepada murid-murid tahun 1 yang baru sahaja menjejakkan kaki ke alam

9

Page 10: budaya dalam pembelajaran

persekolahan. Mereka saling tidak mengenali antara satu sama lain dan belum pernah

mengetahui tentang adat dan budaya kaum lain. Sebagai contoh seorang murid Melayu

tidak mengetahui adat dan budaya murid India di dalam kelas yang sama. Seperti yang

kita ketahui, masyarakat India akan membuat tanda putih di dahi bagi orang lelaki

manakala ‘pottu’ di dahi pula dipakai oleh orang perempuan. Apa yang boleh terjadi

ialah murid-murid dari kaum lain akan mengejek dan mempersendakan mereka oleh

kerana tanda-tanda yang dipakai oleh mereka. Hal ini seterusnya akan membawa

kepada pendiskriminasian kaum India dalam kalangan murid-murid. Oleh yang

demikian, sebagai seorang guru yang mengajar murid-murid pelbagai bangsa dalam

sesebuah kelas hendaklah bertindak sebagai penyelesai masalah dan penasihat

kepada murid bagi mereka memahami serta menerima perbezaan mereka antara satu

sama lain.

Cabaran yang seterusnya ialah penerimaan guru sendiri terhadap budaya,

amalan, adat resam serta bahasa kaum lain di Malaysia. Kerjaya professional

sebagai guru ini memerlukan guru mendalami dan mengenalpasti ciri-ciri dan latar

belakang murid supaya guru dapat menyediakan pengajaran dan pembelajaran yang

baik dan berkesan. Oleh sebab itu, budaya persekitaran dan amalan kepercayaan

murid yang berbeza hendaklah dikaji dan diselidiki oleh guru supaya isu-isu sensitiviti

perkauman tidak akan berlaku.

Guru hendaklah menerima setiap budaya dan kepercayaan murid dengan

terbuka dan tidak sesekali merendah-rendahkan budaya mereka. Sebagai contoh,

seorang guru berbangsa India ditempatkan di kawasan pedalaman Sabah dan

10

Page 11: budaya dalam pembelajaran

Sarawak. Mungkin budayanya sebagai seorang India sangat berbeza daripada

masyarakat di situ, namun dia harus mempelajari dan mengkaji adat dan budaya serta

bahasa mereka supaya guru India tersebut tidak dianggap seorang yang tidak

menghormati budaya mereka. Cabaran ini mungkin amat berat, namun pemikiran positif

terhadap sesuatu perkara dapat menjadikan cabaran ini menarik dan menyeronokkan.

Selain daripada itu juga, guru-guru perlu menghadapi cabaran menyediakan

pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan aktiviti, bahan bantu mengajar

serta strategi yang sesuai mengikut budaya murid-murid. Hal ini adalah amat

penting bagi guru-guru memperlihatkan kesan-kesan daripada proses pengajaran dan

pembelajaran yang dijalankan. Aktiviti yang disediakan hendaklah dirancang secara

holistik dan menyeluruh dan bahan bantu mengajar yang hendak disediakan perlu

menepati keperluan isi pelajaran bagi semua murid pelbagai bangsa ini. Guru juga

perlulah melengkapkan diri dengan ilmu pedagogi pendidikan agar strategi yang

dirancang dapat digunakan dengan mudah semasa pengajaran dan pembelajaran.

Guru boleh menyelitkan aktiviti menyanyikan lagu pelbagai kaum dalam satu

pembelajaran dan ini menjadikan murid gembira tanpa mengira lagu bangsa apa dan

siapa. Tentunya murid akan teruja apabila mampu menyanyikan lagu kaum lain.

Guru juga hendaklah prihatin dengan tahap pemahaman murid-murid yang

diajar. Sebagai contoh, apabila guru mengajar di kawasan penempatan orang asli, guru

hendaklah menyediakan pengajaran yang boleh difahami bersesuaian dengan tahap

pembelajaran mereka. Guru hendaklah bijak membezakan tahap pengetahuan mereka

dan mengenalpasti kelemahan mereka dalam pembelajaran.

11

Page 12: budaya dalam pembelajaran

Cabaran yang seterusnya pula ialah motivasi murid-murid pelbagai budaya

untuk mencapai kejayaan. Menurut kajian, murid-murid daripada pelbagai budaya

mempunyai cara-cara yang berbeza dalam memotivasikan diri untuk mencapai

kejayaan. Guru perlu mengenalpasti cara-cara ini supaya dapat bertindak dan

berperanan menjadikan latar belakang budaya murid sebagai bahan pengajaran dan

melibatkan semua murid melalui pengalaman pembelajaran yang menarik. Hal ini akan

membuatkan murid-murid bermotivasi untuk belajar dengan baik serta dapat

meningkatkan keyakinan diri mereka apabila berhadapan dengan murid-murid yang

berbeza budaya dengannya.

Cabaran yang terakhir ialah pemupukan nilai dan budaya Malaysia dalam

kalangan murid-murid pelbagai budaya. Nilai dan budaya Malaysia yang perlu

diterapkan dalam diri murid-murid adalah berlandaskan prinsip Rukun Negara. Bagi

rakyat Malaysia, budaya Timur yang dikongsi bersama-sama banyak mempunyai

persamaan dan hal ini sepatutnya dijunjung bersama oleh seluruh rakyat Malaysia.

Guru perlu membina pendekatan yang boleh meningkatkan pemahaman murid

terhadap Rukun Negara dan boleh mengamalkan Rukun Negara dengan penuh

penghayatan. Dengan hal ini, persekitaran pembelajaran mesra budaya pasti dapat

dibina dan diwujudkan di dalam bilik darjah yang mempunyai pelbagai kaum.

Murid-murid juga perlu diingatkan bahawa sebagai rakyat Malaysia, kita perlu

hidup secara harmoni dan saling melengkapi dan mengelakkan daripada berlakunya

persengkataan atas sebab perbezaan agama, bahasa, adat dan budaya. Mereka perlu

diasuh supaya mengamalkan nilai-nilai murni yang diajar oleh semua agama.

12

Page 13: budaya dalam pembelajaran

Penerapan nilai murni ini hendaklah dilakukan secara berterusan semasa proses

pengajaran dan pembelajaran. Kesimpulannya, guru-guru perlu menyedari peranannya

dalam pengajaran dan pembelajaran agar Falsafah Pendidikan Kebangsaan akan

tercapai kelak.

5.0 RUMUSAN

Malaysia mempunyai pelbagai etnik yang memerlukan kesedaran guru dalam

menguruskan pengajaran dan pembelajaran. Realitinya, setiap guru perlu berhadapan

dengan murid-murid yang datang daripada pelbagai latar belakang sosiobudaya yang

berbeza. Dengan adanya kesedaran tentang adam resam, pantang larang dan

ketaksamaan peluang pendidikan yang wujud, guru akan lebih bertanggungjawab untuk

menjadi guru yang berhemah dan fleksibel seterusnya dapat melahirkan generasi guru

yang celik budaya kaum-kaum lain.

Bakal-bakal guru yang ingin dilahirkan wajar diberi pendidikan dan latihan yang

menjurus ke arah penguasaan pengetahuan dan kemahiran untuk memastikan guru

mampu menganalisis isu berhubung etnik, budaya dan amalan etnik-etnik secara

kritikal serta mengenlapasti pendekatan yang paling berkesan untuk memberi

pengalaman bermakna kepada murid berbilang kaum ini. Maka adalah amat wajar

Budaya dan Pembelajaran diterapkan kepada bakal-bakal guru untuk persediaan di hari

–hari mendatang.

13