borang sinopsis kaedah pembacaan buku-2011

Upload: razak-aziz

Post on 07-Apr-2018

449 views

Category:

Documents


11 download

TRANSCRIPT

  • 8/6/2019 Borang Sinopsis Kaedah Pembacaan Buku-2011

    1/6

    BORANG SINOPSIS KAEDAH PEMBACAAN BUKU

    NAMA SEKTOR/UNIT/SEKOLAH SEKOLAH KEBANGSAAN SIMPANG RAWAI

    1 Nama Pegawai / Kakitangan NORMA BT MUDA

    2 Judul BukuPENGENALAN PEDAGOGI PENGURUSAN BILIKDARJAH

    3 Nama Pengarang ESAH SULAIMAN 4 Tahun diterbitkan: 2004

    5Tarikh Hantar

    6 Bidang / Fokus PENGURUSAN DALAM BILIK DARJAH

    7 Ringkasan Eksekutif / Sinopsis: ( Jika ruang tidak mencukupi sila gunakan lampiran )

    Buku Pengenalan Pedagogi hasil karya Esah Sulaiman, pensyarah di Fakulti Pendidikan UTMini dapat membantu kaum pendidik memahami dan menguasai kemahiran mengajar di dalambilik darjah seiring dengan saranan dalam etika perguruan yang memerlukan guru meningkatkanpengetahuan dan kemahiran.

    Buku ini mengandungi 12 bab yang merangkumi segala aspek berkaitan pedagogi untukmembantu para pendidik melaksanakan tugas dengan cekap dan berkesan. Perbincangan awal

    dimulakan dengan meneroka maksud pedagogi, kepentingan guru menguasai ilmu pedagogi,dan elemen dalam P&P. Selanjutnya, perbincangan mencakupi model pengajaran dan ciri-ciripengajaran yang berkesan.

    Strategi pengajaran di bilik darjah juga dibincangkan dan merangkumi beberapa pendekatanserta gaya P&P yang diaplikasi pada masa kini. Antaranya strategi pengajaran KBSM yangmenghuraikan pendekatan bersepadu yang meliputi Bahasa Melayu Merentas Kurikulum(BMMK), nilai merentas kurikulum, dan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif.

    Selain itu, penggunaan objektif pengajaran dalam sesi pengajaran, khususnya objektif tingkahlaku turut dibincangkan. Buku ini turut menganalisis komponen dalam perancangan pengajarandan menyediakan beberapa contoh perancangan pengajaran bagi memenuhi keperluan guru

    pelatih.

    Aspek pengurusan bilik darjah, masalah disiplin, dan teknik meningkatkan disiplin di dalam bilikdarjah juga dihuraikan dengan berkesan. Untuk meningkatkan lagi keberkesanan pengajaranguru, isu berkaitan profesionalisme guru turut dibincangkan. Buku ini sesuai dijadikan bahanrujukan kepada semua pendidik dan sesiapa sahaja yang berminat tentang bidang

  • 8/6/2019 Borang Sinopsis Kaedah Pembacaan Buku-2011

    2/6

    8 Pembelajaran yang diperolehi: ( Jika ruang tidak mencukupi sila gunakan lampiran )

    Esah Sulaiman mengatakan bahawa guru perlu memahami dan mempunyai kemahiran dalamaspek pengurusan bilik darjah, menanangi masalah disiplin di kalangan pelajar dan juga teknikmeningkatkan disiplin di dalam bilik darjah

    9 Aplikasi dalam organisasi : ( Jika ruang tidak mencukupi sila gunakan lampiran )

    Buku yang ditulis oleh Esah Sulaiman ini merupakan buku panduan yang khusus ditujukan bagipendidik yang berdedikasi yang ingin mempromosikan pengajaran yang berkesan dikalanganpelajar Dengan menarik perhatian pelajar cerdas pada subjek yang diajarkan, untuk mendengarlebih dekat apa masalah yang dihadapi pelajar; untuk lebih menafsirkan keputusan ujian danmemanfaatkan positif dari maklumat yang mereka kumpulkan, Buku ini juga boleh digunakanuntuk meningkatkan kaedah dalam pembelajaran dan pengajaran dalam bilik darjah sertamerupakan bahan tambahan penting untuk rujukan.

    Disediakan oleh : Disahkan oleh:

    .............................................. ............................................( NORMA BT MUDA ) ( )

  • 8/6/2019 Borang Sinopsis Kaedah Pembacaan Buku-2011

    3/6

    BORANG SINOPSIS KAEDAH PEMBACAAN BUKU

    NAMA SEKTOR/UNIT/SEKOLAH SEKOLAH KEBANGSAAN SIMPANG RAWAI

    1 Nama Pegawai / Kakitangan NORMA BT MUDA

    2 Judul Buku GURU PEMIMPIN 360 DARJAH

    3 Nama Pengarang KHUZAIMAH SULAIMAN 4 Tahun diterbitkan: 2010

    5Tarikh Hantar

    6 Bidang / Fokus PENDIDIKAN - PENGURUSAN SEKOLAH

    7 Ringkasan Eksekutif / Sinopsis: ( Jika ruang tidak mencukupi sila gunakan lampiran )

    Buku Guru Pemimpin 360 Darjah hasil karya Khuzaimah Sulaiman yang merupakan PengetuaCemerlang JUSA C.

    Buku ini mengandungi 8 bab yang merangkumi segala aspek berkaitan pedagogi untukmembantu para pendidik melaksanakan tugas dengan cekap dan berkesan. Perbincangan awaldimulakan dengan meneroka maksud Prinsip Lead Up, Prinsip Lead Across dan Prinsip LeadDown.

    Bagi memenangi hati sesiapa sahaja, orang itu perlu berpengaruh kerana Pemimpin sebenaradalah pemimpin yang berpengaruh tidak lebih dan tidak kurang. Maxwell Blurb

    Pemimpin 360 adalah orang yang mampu mempengaruhi orang di sekelilingnya yang terdiridaripada orang atasannya (bos), rakan sejawat, dan orang bawahan. Guru Pemimpin 360mampu memberikan sumber inspirasi, motivasi dan bimbingan kepada semua peringkat guru,dari guru biasa di bilik darjah hingga kepada pemimpin atasan bagi menjadi pemimpin 360yang berkesan dan cemerlang.

    8 Pembelajaran yang diperolehi: ( Jika ruang tidak mencukupi sila gunakan lampiran )

    Khuzaimah Sulaiman mengatakan bahawa seseorang itu perlu mempunyai keistimewaansendiri untuk menjadi pemimpin yang berkesan dan berkebolehan dalam menguruskan pegawi-pegawai bawahannya dengan jayanya.

  • 8/6/2019 Borang Sinopsis Kaedah Pembacaan Buku-2011

    4/6

    9 Aplikasi dalam organisasi : ( Jika ruang tidak mencukupi sila gunakan lampiran )

    Buku Guru Pemimpin 360 Darjah ini sangat sesuai bagi membantu dalam memberikan sumberinspirasi, motivasi dan bimbingan kepada semua peringkat guru, dari guru biasa di bilik darjahhingga kepada pemimpin atasan bagi menjadi pemimpin 360 yang berkesan dan cemerlang.

    Disediakan oleh : Disahkan oleh:

    .............................................. ............................................( NORMA BT MUDA ) ( )

  • 8/6/2019 Borang Sinopsis Kaedah Pembacaan Buku-2011

    5/6

    BORANG SINOPSIS KAEDAH PEMBACAAN BUKU

    NAMA SEKTOR/UNIT/SEKOLAH SEKOLAH KEBANGSAAN SIMPANG RAWAI

    1 Nama Pegawai / Kakitangan NORMA BT MUDA

    2 Judul Buku MEMBINA IMAGINASI CEMERLANG

    3 Nama PengarangDR. HM TUAH ISKANDAR

    AL-HAJ4 Tahun diterbitkan: 2010

    5Tarikh Hantar

    6 Bidang / Fokus KAUNSELING MOTIVASI DIRI

    7 Ringkasan Eksekutif / Sinopsis: ( Jika ruang tidak mencukupi sila gunakan lampiran )

    Buku Membina Imaginasi Cemerlang hasil karya DR. HM Tuah Iskandar al-Haj mempunyai320 halaman.

    Antara isi menarik yang telah dipaparkan dalam buku ini adalah mengenai penggunaan otakkita. Yang mana menurut kajian Dr. Roger Sperry dari Institut California dan Dr. Paul Macleanmengatakan manusia cuma menggunakan potensi otak sebanyak 10% sahaja, 90% lagi hanyamenunggu untuk dikembangkan.

    Otak kiri dan otak kanan mempunyai fungsi yang berlainan : yang mana sekiranya kita inginmenjadi seseorang yang boleh dianggap 'cemerlang' kita perlulah menggunakan kesepaduandua bahagian otak ini secara harmoni dan sempurna.

    Sebab itulah apabila seseorang yang tidak hanya terlibat dalam bidang yang diceburinya bolehdianggap hebat dan cemerlang.

    Dalam bukunya Dr.Tuah memberi contoh seorang yang meminati seni lukis, menceburkanbidang dalam perakaunan sebagai kegiatan sampingan.

    Macam keadaan sekarang ni, seorang guru boleh menjalankan kegiatan perniagaan sebagaikegiatan sampingan kerana dia meminati bidang itu.

    8 Pembelajaran yang diperolehi: ( Jika ruang tidak mencukupi sila gunakan lampiran )

    DR. HM Tuah Iskandar al-Haj mengatakan bahawa Binalah angan-angan yang cemerlanguntuk mencapai kejayaan. Beliau membimbing pembaca menjadikan angan-angan sesuatuyang berharga dan alat untuk mencapai kecemerlangan hidup.

  • 8/6/2019 Borang Sinopsis Kaedah Pembacaan Buku-2011

    6/6

    9 Aplikasi dalam organisasi : ( Jika ruang tidak mencukupi sila gunakan lampiran )

    Buku ini merupakan satu-satunya buku motivasi Melayu yang mendapat pengiktirafanantarabangsa dan sangat sesuai bagi membantu para guru dan pelajar dalam menjadi insanyang cemerlang

    Disediakan oleh : Disahkan oleh:

    .............................................. ............................................( NORMA BT MUDA ) ( )