judul: pembangunan perisisan berasaskan web … · universiti teknologi malaysia dengan...

118
PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: PEMBANGUNAN PERISISAN BERASASKAN WEB BAGI SUBJEK “BASIC RADIOCHEMISTRY” MENGGUNAKAN PENDEKATAN INKUIRI-PENEMUAN BERBANTUKAN SIMULASI DAN ANIMASI SESI PENGAJIAN: 2008/2009 Saya: MOHD SHAFIE BIN ROSLI ( HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/ Sarjana/ Doktor Falsafah )* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( ) (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan SULIT atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam akta rahsia rasmi 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: NO 2 JLN. MASJID, DR. NORAFFANDY BIN YAHAYA KG. KENANGAN 85100 (Nama Penyelia) BATU ANAM SEGAMAT JOHOR Tarikh: 24 APRIL 2009 Tarikh:24 APRIL 2009 CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/ organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

Upload: dinhnhu

Post on 25-Mar-2019

226 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: JUDUL: PEMBANGUNAN PERISISAN BERASASKAN WEB … · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia

PSZ 19:16 (Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL: PEMBANGUNAN PERISISAN BERASASKAN WEB BAGI

SUBJEK “BASIC RADIOCHEMISTRY” MENGGUNAKAN PENDEKATAN INKUIRI-PENEMUAN BERBANTUKAN SIMULASI DAN ANIMASI

SESI PENGAJIAN: 2008/2009

Saya: MOHD SHAFIE BIN ROSLI ( HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/ Sarjana/ Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan

Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.

2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja.

3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

institusi pengajian tinggi.

4. ** Sila tandakan ( )

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan SULIT atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam akta rahsia rasmi 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: NO 2 JLN. MASJID, DR. NORAFFANDY BIN YAHAYA KG. KENANGAN 85100 (Nama Penyelia) BATU ANAM SEGAMAT JOHOR Tarikh: 24 APRIL 2009 Tarikh:24 APRIL 2009

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada

pihak berkuasa/ organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

Page 2: JUDUL: PEMBANGUNAN PERISISAN BERASASKAN WEB … · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia

i

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya

ini adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan”

Tandatangan : .............................................................

Nama Penyelia : DR. NORAFFANDY BIN YAHAYA

Tarikh : .............................................................

Page 3: JUDUL: PEMBANGUNAN PERISISAN BERASASKAN WEB … · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia

ii

PEMBANGUNAN PERISIAN BERASASKAN WEB BAGI SUBJEK “BASIC

RADIOCHEMISTRY” MENGGUNAKAN PENDEKATAN INKURI-

PENEMUAN BERBANTUKAN SIMULASI DAN ANIMASI

MOHD SHAFIE BIN ROSLI

Tesis ini dikemukakan bagi memenuhi sebahagian syarat penganugerahan ijazah sarjana

muda sains dan komputer dengan pendidikan (Kimia)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

Mei 2009

Page 4: JUDUL: PEMBANGUNAN PERISISAN BERASASKAN WEB … · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia

iii

Saya akui bahawa tesis bertajuk “Pembangunan Perisian Berasaskan Laman Web

Bagi Subjek Basic Radiochemistry Menggunakan Pendekatan Inkuiri-Penemuan

Berbantukan Simulasi dan Animasi” adalah keputusan kajian saya sendiri kecuali

seperti yang dinyatakan di dalam rujukan sahaja.

Tandatangan : .............................................

Nama : .............................................

Tarikh : .............................................

Page 5: JUDUL: PEMBANGUNAN PERISISAN BERASASKAN WEB … · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia

iv

ABSTRAK

Kajian ini adalah untuk membangunan laman web berasaskan pendekatan

inkuiri-penemuan berbantukan simulasi dan animasi dan mengaplikasikan teori

pembelajaran konstruktivisme mengenai subjek “Basic Radiochemistry”. Pengaplikasian

pendekatan inkuiri penemuan diaplikasikan kepada bahagian-bahagian yang

menglibatkan simulasi dan bahagian yang menglibatkan animasi kebanyakannya hanya

menegaskan elemen pendekatan penemuan. Kandungan utama meliputi Type of

Radiations, Radiation Detectors dan Nuclear Reactor . Rekabentuk dan pembangunan

pula dilaksanakan berdasarkan Model ADDIE dan Model Motivasi ARCS. Ianya

dibangunkan menggunakan perisian Adobe Dreamweaver 8 dengan sokongan Adobe

Flash 8 Professional, Adobe Photoshop CS2 dan Sony Sound Forge 8.0. Hasil kajian ini

diharapkan dapat membantu pembelajaran pelajar dan sebagai rujukan serta medan

bicara para intelektual.

Page 6: JUDUL: PEMBANGUNAN PERISISAN BERASASKAN WEB … · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia

v

ABSTRACT

Purpose of this research was to develop a web site based on inquiry-discovery

learning with the aid of simulation and animation that applied the theory of

constructivism regarding subject “Basic Radiochemistry”. Application of inquiry-

discovery was made at certain parts and most part were implementing discovery

approach. The topics of this web site were Type of Radiations, Radiation Detectors and

Nuclear Reactor. Design and development was made based on ADDIE Model and

ARCS model of motivation. It was developed by using software like Adobe

Dreamweaver 8 with support from Adobe Flash 8 Professional, Adobe Photoshop CS2

and Sony Sound Forge 8.0. Hopefully, this research will aid students and act as

reference or even as the discussion site for intellectuals.

Page 7: JUDUL: PEMBANGUNAN PERISISAN BERASASKAN WEB … · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia

vi

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

ABSTRAK i

ABSTRACT ii

KANDUNGAN iii

SENARAI JADUAL ix

SENARAI RAJAH x

SENARAI SINGKATAN xi

BAB 1 PENDAHULUAN 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 6

1.4 Objektif Kajian 7

1.5 Rasional Kajian 8

1.6 Kepentingan Kajian 9

1.7 Skop dan Batasan Kajian 10

1.8 Definisi Istilah 11

1.8.1 Radiokimia atau Basic Radiochemistry 11

1.8.2 Konvensional 11

1.8.3 Kontemporari 12

1.8.4 Plutonium 12

1.8.5 Radioaktif 12

Page 8: JUDUL: PEMBANGUNAN PERISISAN BERASASKAN WEB … · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia

vii

1.8.6 Animasi Berkomputer 12

1.8.7 Halaman Web 13

1.8.8 Miskonsepsi 13

1.9 Penutup 14

BAB 2 SOROTAN KAJIAN 15

2.1 Pengenalan 15

2.2 Simulasi dan Pendidikan 17

2.3 Simulasi dan Pendekatan Inkuiri-Penemuan 17

2.4 Animasi Berkomputer dalam Pendidikan 18

2.4.1 Animasi 2D 19

2.4.2 Animasi 3D 20

2.5 Pendidikan dan Animasi 21

2.6 Miskonsepsi Dalam Kmia dan Fizik 22

2.7 Kesukaran Pelajar dalam Subjek Basic Radiochemistry 24

2.8 Teori Pembelajaran Konstruktif 25

2.9 Pendekatan Inkuiri-Penemuan 27

2.9.1 Kepentingan Pendekatan Inkuiri-Penemuan 28

2.9.2 Model Pembelajaran Inkuiri-Penemuan 29

2.10 Elemen Multimedia 32

2.10.1 Teks 32

2.10.2 Grafik 32

2.10.3 Video 33

2.10.4 Animasi 33

2.10.5 Audio 34

2.10.6 Hipermedia 34

2.11 Model Rekabentuk perisian 34

2.11.1 Model ADDIE 34

2.11.1.1 Analisis 35

2.11.1.2 Rekabentuk 35

Page 9: JUDUL: PEMBANGUNAN PERISISAN BERASASKAN WEB … · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia

viii

2.11.1.3 Pembangunan 35

2.11.1.4 Pelaksanaan 36

2.11.1.5 Penilaian 36

2.11.2 Model ADDIE dan Elemen Motivasi 39

2.12 Model Motivasi: Model ARCS 37

2.13 Penutup 38

BAB 3 REKABENTUK LAMAN WEB DAN SIMULASI 39

3.1 Pengenalan 39

3.2 Rekabentuk Am 40

3.3 Rasional Pemilihan Tajuk 41

3.4 Model Rekabentuk 42

3.5 Rasional Model ADDIE 43

3.6 Model Rekabentuk yang Digunakan 44

3.6.1 Fasa Analisis 45

3.6.1.1 Fasa Analisis Pengguna 46

3.6.1.2 Fasa Analisis Pembangunan 47

3.6.2 Fasa Rekabentuk 50

3.6.2.1 Rekabentuk Antaramuka 51

3.6.2.2 Rekabentuk Hiperteks 51

3.6.2.3 Rekabentuk Animasi dan

Simulasi Berkomputer 52

3.6.3 Fasa Pembangunan 53

3.6.3.1 Carta Alir 54

3.6.4 Fasa Penilain 59

3.7 Model ARCS 59

3.7.1 Elemen Perhatian 60

3.7.2 Elemen Relevan 61

3.7.3 Elemen Keyakinan 61

3.7.4 Elemen Kepuasan 62

Page 10: JUDUL: PEMBANGUNAN PERISISAN BERASASKAN WEB … · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia

ix

3.8 Penutup 62

BAB 4 PEMBANGUNAN LAMAN WEB 63

4.1 Pengenalan 63

4.2 Struktur Asas Laman Web 63

4.2.1 Paparan Halaman Introduction To Nuclear

Reactor 64

4.2.2 Paparan Halaman Gas Filled Detector

Animation 66

4.2.3 Paparan Halaman Scintillation Detector 67

4.2.4 Paparan Halaman Simple Rector 68

4.3 Penutup 70

BAB 5 PERBINCANGAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN 71

5.1 Pengenalan 71

5.2 Perbincangan Pembangunan Laman Web Berdasarkan

Model ADDIE 71

5.2.1 Analisis 72

5.2.2 Rekabentuk 73

5.2.2.1 Rekabentuk Antaramuka 73

5.2.2.2 Rekabentuk Hiperteks 73

5.2.2.3 Rekabentuk Animasi dan Simulasi

Berkomputer 74

5.2.3 Fasa Pembangunan 74

5.2.4 Fasa Pelaksanaan 75

5.2.5 Fasa Penilaian 75

5.3 Rumusan Laman Web 75

5.4 Rintangan Dalam Membangunkan Laman Web 77

5.4.1 Kekurangan Sumber 78

5.4.2 Kekurangan Teknologi dan Kemahiran 78

5.5 Keistimewaan Laman Web 79

Page 11: JUDUL: PEMBANGUNAN PERISISAN BERASASKAN WEB … · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia

x

5.5.1 Penerapan Elemen Autentik Menerusi

Pendekatan Inkuiri-Penemuan Berbantukan

Simulasi dan Animasi 79

5.5.2 Animasi Sebagai Pembina Konsep Dengan

Pendekatan Penemuan 80

5.5.3 Laman Web Berkaitan Basic Radiochemistry

Pertama Di Malaysia 80

5.5.4 Perbincangan Dan Perkongsian Maklumat

Melalui Forum 81

5.5.5 Mengaplikasi Pendekatan Inkuiri-Penemuan 81

5.6 Kekurangan Laman Web 82

5.7 Cadangan 83

5.8 Kesimpulan 83

5.9 Penutup 84

RUJUKAN 85

Page 12: JUDUL: PEMBANGUNAN PERISISAN BERASASKAN WEB … · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia

xi

SENARAI JADUAL

RAJAH TAJUK MUKASURAT Jadual 2.0 Motivasi dalam Proses Reka Bentuk

Perisian (Baharuddin Aris et. al, 2002) 40

Jadual 3.0: Fasa-fasa Model ADDIE (Betsy, 2002) 52

Page 13: JUDUL: PEMBANGUNAN PERISISAN BERASASKAN WEB … · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia

xii

SENARAI RAJAH

RAJAH TAJUK MUKASURAT

Rajah 2.1 Model pembelajaran inkuiri-penemuan 33

Rajah 2.2 Proses inkuiri-penemuan dalam penyiasatan 34

Rajah 2.3 Model Waterfall 41

Rajah 2.4 Model Rapid Prototyping (S.Dijkstra et al., 1997) 44

Rajah 4.1 Paparan Home Page 73

Rajah 4.2 Paparan Introduction To Nuclear Reactor 75

Rajah 4.3 Paparan Topic 76

Rajah 4.4 Paparan Alpha Particle Decay (a) 77

Rajah 4.5 Paparan Alpha Particle Decay (b) 78

Rajah 4.6 Paparan Beta Decay 79

Rajah 4.7 Paparan Gas Filled Detector Animation 80

Rajah 4.8 Paparan Scintillation Detector 81

Rajah 4.9 Paparan Photo Multiplier Tube 82

Rajah 4.10 Paparan How Nuclear Plan Work 83

Rajah 4.11 Paparan Simple Nuclear Reactor Simulation 84

Page 14: JUDUL: PEMBANGUNAN PERISISAN BERASASKAN WEB … · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia

xiii

SENARAI SINGKATAN

SINGKATAN PENERANGAN 2D Animasi 2 Dimensi 3D Animasi 3 Dimensi ADDIE Analyze, Design, Development,

Implementation, Evaluation ARCS Attention, Relevence, Confidence, Satisfaction

Page 15: JUDUL: PEMBANGUNAN PERISISAN BERASASKAN WEB … · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia

1

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Revolusi dalam pendidikan telah lama tercetus di Malaysia yang membawa

kepada satu bentuk paradigma baru dalam sistem, bentuk serta pendekatan dalam

pendidikan. Transaksi serta perolakan daripada pendekatan pengajaran berasaskan cara

konvensional kepada cara kontemporari, perubahan dari pendekatan unilateral kepada

pendekatan bilateral serta perubahan pembelajaran berorentasikan pengajar kepada

pembelajaran berorentasikan pelajar merupakan antara impak major daripada ledakan

revolusi pendidikan yang telah dan sedang berlaku. Pendekatan pengajaran berasaskan

komputer kini telah dilaksanakan secara holistik dari peringkat sekolah rendah hingga

kepada peringkat sekolah menengah dan pengajian tinggi dalam usaha memajukan

pendidikan di Malaysia bagi melahirkan modal insan untuk pembangunan negara.

Guru-guru di negara maju dan membangun secara bersungguh-sungguh serta

konsisten mengintegrasikan teknologi di dalam pengajaran dan pembelajaran mereka

sama ada dalam skala menyeluruh mahu pun sederhana. Namun, kebanyakan mereka

masih tidak benar-benar memahami atau arif mengenai impak teknologi yang digunakan

kepada pemikiran dan perhubungan sosial. Maka, timbul soalan-soalan seperti

bagaimana komputer telah mengubah ekologi kelas dan sekolah? Bagaimana ianya

Page 16: JUDUL: PEMBANGUNAN PERISISAN BERASASKAN WEB … · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia

2

mengubah pembelajaran? Serta bagaimana ianya mengubah pengajaran? Ianya seperti

mana yang dipertikaikan oleh seorang ahli falsafah Jerman, Martin Heidegger (Eugene,

1999).

Penggunaan komputer telah secara jelas menunjukkan kesan positif yang

signifikan terhadap pembelajaran bagi pelajar-pelajar di Eropah Barat dan Amerika

Utara sebelum ianya turut di bawa masuk ke dalam sistem pendidikan Malaysia.

Komputer memberikan implikasi yang lebih baik kepada pembelajaran dan pengajaran

kerana ianya dapat meningkatkan kefahaman serta ingatan pelajar mengenai pelajaran

melalui penegasan yang lebih berkesan serta dapat memberikan fokus yang lebih

tertumpu dan konjugen. Penerapan elemen simulasi dalam penggunaan komputer dapat

memudahkan pengajar untuk menerangkan sesuatu konsep yang bersifat abstrak dan

memerlukan daya imaginasi yang tinggi dengan lebih mudah, berkesan, dan pantas.

Kontrasnya, pendidikan secara konventional memerlukan penerangan yang panjang

lebar mengenai sesuatu konsep yang abstrak dan memerlukan pelajar yang benar-benar

berbakat untuk memahami pengajaran yang diberikan dengan sebaik-baiknya. Namun,

komputer juga mempunyai kelemahan di dalam pembelajaran. Komputer mempunyai

kemampuan yang terhad dalam menghasilkan animasi 3 dimensi secara tepat (Eugene,

1999 ; John & Reynolds, 1997).

Subjek dalam bidang sains secara umumnya memerlukan daya imaginasi yang

tinggi kerana kebanyakan fenomena, situasi atau konsep yang dipelajari adalah bersifat

abstrak atau sangat abstrak berbanding subjek bukan sains seperti sejarah dan geografi

ataupun bahasa yang lebih berbentuk konkrit dan realia serta mudah difahami. Ini

membawa kepada keperluan untuk mempelajari bidang sains berdasarkan kepada teori

konstruktivis yang mementingkan kepada aktiviti hand-on dan mind-on dalam

pembelajaran agar pelajar meneroka sendiri pembelajarn untuk mengukuhkan

kefahaman mereka. Namun, terdapat juga beberapa keadaan di dalam subjek sains yang

mana sesuatu situasi yang spesifik itu tidak dapat dilakukan secara hand-on dan mind-on

berbentuk terus kerana batasan waktu, kos mahupun keselamatan. Eksperimen yang

berbahaya sudah pasti akan membawa kesan risiko kepada pengajar dan pelajar itu

sendiri, maka untuk memastikan pelajar dapat menguasai cara-cara atau teknik-teknik

Page 17: JUDUL: PEMBANGUNAN PERISISAN BERASASKAN WEB … · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia

3

yang betul dalam menjalankan eksperimen tersebut tanpa terdedah secara terus kepada

bahaya dapat dicapai melalui penggunakan komputer dalam pengajaran dan

pembelajaran dengan cara penerapan elemen simulasi dalam pembelajaran (Cohen 1990

; Slavin, 1977).

1.2 Latar Belakang Masalah

Radiokimia (Basic Radiochemistry) dan Fizik Nuklear adalah antara dua subjek

yang memerlukan pelajar untuk menguasai cara kawalan asas terhadap instrumen utama

dalam kedua-dua subjek secara teori dalam usaha untuk menghasilkan pelajar kedua-dua

subjek yang kompetan, komited serta berkemampuan dalam mengendalikan instrumen

yang berkaitan dengan subjek berkenaan dalam keadaan sebenar ataupun di alam

pekerjaan mereka kelak. Namun, kajian ini akan hanya difokuskan kepada subjek Basic

Radiochemistry, SSC 2792 yang ditawarkan di Fakulti Sains, Universiti Teknologi

Malaysia bagi pelajar Fakulti Sains dan Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi

Malaysia.

Subjek Basic Radiochemistry memperkenalkan pelajar kepada pelbagai jenis dan

bentuk instrumen yang kebanyakannya baru bagi pelajar. Setiap instrumen juga

mempunyai berbagai-bagai variasi serta mengaplikasikan konsep-konsep yang berbeza

sama ada dari sudut teori mahupun praktikalnya. Instrumen utama yang paling penting

dalam subjek ini adalah reaktor nuklear yang digunakan oleh kebanyakan negara-negara

maju dan membangun dengan kapasiti nuklear bagi penjanaan tenaga secara aman

mahupun mengasingkan Plutonium dari sisa rod nuklear bagi tujuan ketenteraan dan

pertahanan. Pengendalian instrumen seperti ini memerlukan kemahiran yang sangat

tinggi kerana ianya bakal memberikan kesan negatif yang buruk sekiranya kesilapan

dalam kawalan berlaku (Rhodes, 1986).

Page 18: JUDUL: PEMBANGUNAN PERISISAN BERASASKAN WEB … · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia

4

Oleh kerana disebabkan oleh halangan kos yang tinggi dan risiko yang tinggi

kepada nyawa, kawalan sebenar dalam sesebuah reaktor nuklear tidak dapat

dilaksanakan oleh pelajar subjek Radiokimia Fakulti Sains dan Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia. Bagaimana sesebuah instrumen pengesan sinaran

radioaktif berfungsi tidak dapat juga ditunjukkan secara sebenar kerana risiko terdedah

kepada sinaran Radioaktif. Selain itu, tindak balas nuklear dan tindak balas berantai

nuklear tidak dapat difahami dengan mudah kerana ianya merupakan sesuatu yang

abstrak dan tidak dapat dilihat dengan menggunakan mata kasar.

Menurut Syarifah Fetom Syed Zain & Mohd Yusof Arshad (1999), para pelajar

sebelum memasuki ke dalam kelas telah mempunyai idea-idea tersendiri mengenai

konsep-konsep sains atau kimia. Idea-idea ini adalah sebagai pengetahuan sedia ada

mereka yang mana kebanyakannya melalui pengalaman harian mereka. Kadang kala

pengetahuan sedia ada mereka tidak selari atau seiring dengan konsep-konsep sains atau

kimia yang sebenar. Oleh yang demikian, salah konsep dikalangan pelajar adalah

sesuatu yang sukar untuk diatasi dan ianya telah menjadi lumrah dalam mempelajari

subjek sains. Miskonsepsi atau salah tanggapan menjadi fokus kepada para pelajar

dalam pembentukan ilmu pengetahuan dalam struktur kognitif mereka. Fenomena alam

semula jadi antara penyumbang kepada miskonsepsi ini. Kejadian yang dialami oleh

pelajar menyebabkan para pelajar membentuk idea-idea mereka sendiri yang tidak

selaras dengan konsep kimia yang sebenar ( Lilia Halim et al., 2002).

Masalah-masalah di atas perlu diatasi kerana ianya akan menyebabkan

pencapaian pelajar yang rendah dan meningkatkan peluang dan juga bilangan pelajar

yang terpaksa mengulang subjek berkenaan akibat gagal pada semester yang sepatutnya.

Ini akan menjatuhkan imej Universiti Teknologi Malaysia secara amnya dan Fakulti

Pendidikan dan Fakulti Sains secara khususnya. Kefahaman dan pencapaian pelajar yang

rendah akan menjejaskan kualiti graduan yang akan dihasilkan oleh Universiti

Teknologi Malaysia sekaligus menjatuhkan prestij Universiti Teknologi Malaysia

dikalangan bakal mahasiswa, kerajaan dan para majikan. Kesukaran pelajar untuk

menguasai subjek ini akan menyebabkan kesukaran kepada pensyarah yang

Page 19: JUDUL: PEMBANGUNAN PERISISAN BERASASKAN WEB … · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia

5

dipertanggungjawabkan dalam mengajar subjek ini dan pasti akan membebankan

pensyarah tersebut.

Kajian ini kelak akan dapat membantu pelajar Radiokimia dari seluruh pelusuk

dunia mempelajari cara mengendalikan reaktor nuklear secara interaktif dan selamat

tanpa risiko dalam bentuk yang agak mudah. Malah, ianya juga boleh digunakan untuk

melatih jurutera dan juruteknik nuklear dalam mendapatkan kemahiran mengawal

sesebuah reaktor pada peringkat awal dalam bentuk realiti maya. Simulasi dari laman

web ini akan dapat membantu pelajar untuk memahami mekanisma kawalan yang

berlaku dalam sesebuah reaktor nuklear dengan mudah serta mengenal pasti bahan-

bahan yang dapat digunakan dalam mengawal tindak balas dalam sesebuah reaktor

nuklear. Laman web ini juga akan dapat membantu pelajar dari seluruh pelusuk dunia

dalam memahami konsep-konsep dalam Basic Radiochemistry dan konsep dalam

instrumen pengesan sinaran radioaktif dengan lebih mudah melalui penerangan-

penerangan isi-isi penting yang disediakan.

Penggunaan laman web dalam mempelajari subjek Radiokimia akan dapat

membantu pelajar dalam memahami konsep-konsep asas di dalam subjek Basic

Radiochemistry, tindak balas radiokimia serta tindak balas rantaian radioaktif,

instrumen-instrumen asas dalam sesebuah reaktor nuklear dan cara mengawal sesebuah

reaktor nuklear. Ianya adalah lebih mudah difahami, lebih interaktif dan lebih menarik

daripada buku kerana ianya disediakan dengan simulasi, penerangan dan boleh diakses

pada bila-bila masa sahaja. Laman web ini memungkinkan Fakulti Sains dan Fakulti

Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia untuk melahirkan graduan yang lebih

berkualiti dan berkemahiran tinggi dalam bidang Radiokimia.

Page 20: JUDUL: PEMBANGUNAN PERISISAN BERASASKAN WEB … · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia

6

1.3 Pernyataan Masalah

Subjek Radiokimia memperkenalkan pelajar kepada satu bentuk dimensi baru

kimia kepada pelajar kerana subjek ini menyerupai subjek Fizik Nuklear di dalam

bidang Fizik. Tokoh-tokoh terkenal dalam bidang ini juga merupakan tokoh-tokoh

terkemuka daripada bidang Fizik. Oleh kerana para pelajar yang mengambil subjek

Radiokimia adalah daripada bidang kimia, ianya agak merumitkan mereka untuk

mempelajari subjek Radiokimia yang lebih berorientasikan kepada Fizik (Seaborg dan

Loveland & Starke).

Para pelajar masih mempunyai pengetahuan yang sangat sedikit mengenai subjek

yang bakal diajarkan kepada mereka. Justeru itu, mereka bergantung sepenuhnya kepada

pembelajaran yang mereka alami untuk mendapatkan pengetahuan yang diperlukan.

Maka, tugas pensyarah adalah untuk melengkapakan para pelajar dengan ilmu

pengetahuan yang memenuhi kehendak konsep sains (Lilia Halim et al.2002).

Para pelajar sering mengalami masalah untuk memahami subjek Basic

Radiochemistry. Ini adalah kerana kebanyakan konsep yang diutarakan adalah berbentuk

abstrak dan sukar difahami. Ini menyebabkan ramai pelajar mengugurkan subjek ini

pada semester yang sepatutnya atau terpaksa mengulang subjek ini akibat gagal pada

semester yang diambil.

Sebab lain yang membawa kepada masalah pelajar untuk memahami subjek

Basic Radiochemistry adalah kerana ianya banyak menglibatkan instrumen yang hanya

mampu dipelajari secara teori. Oleh kerana risiko yang timbul jika menggunakan

instrumen berkenaan dalam keadaan sebenar, pelajar tidak mendapat kefahaman yang

mendalam kerana mereka hanya belajar daripada gambar-gambar yang berbentuk statik

yang memerlukan mereka mempunyai daya imiginasi yang tinggi untuk memahami

tindak balas yang sedang berlaku.

Page 21: JUDUL: PEMBANGUNAN PERISISAN BERASASKAN WEB … · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia

7

Instrumen yang bersaiz lebih besar dan jauh lebih mahal serta komplek seperti

sebuah reaktor nuklear penjana tenaga merupakan di luar kemampuan Universiti

Teknologi Malaysia. Namun, subjek ini masih memerlukan pelajar untuk menguasai

cara untuk mengawal sesebuah reaktor nuklear dengan baik supaya tenaga yang terhasil

memadai untuk menjana tenaga elektrik dan tidak terlalu tinggi sehingga menyebabkan

letupan ataupun terlalu rendah sehingga tidak menjanakan sebarang bentuk tenaga.

Oleh yang demikian, bagi merealisasikan objektif Universiti Teknologi Malaysia

untuk melahirkan graduan yang lebih baik dan berdaya saing dalam bidang pekerjaan

serta memudahkan pelajar untuk menguasai subjek Radiokimia, sebuah laman web bagi

subjek Radiokimia akan dibangunkan. Ianya bertujuan mengatasi masalah dan

kesukaran pelajar dalam membentuk pemahaman yang mendalam dan jelas ketika

mempelajari subjek tersebut. Dengan adanya laman web ini kelak, ianya dapat

membantu memudahkan proses pembelajaran dan pengajaran subjek Radiokimia di

Fakulti Sains dan Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia khususnya dan

pelajar Radiokimia dari seluruh dunia amnya.

1.4 Objektif Kajian

i. Merekabentuk sistem pembelajaran menerusi web yang mengaplikasikan

strategi pembelajaran konstruktif melalui hand-on dan mind-on

menggunakan pendekatan pembelajaran inkuiri-penemuan berbantukan

kaedah simulasi dan animasi.

ii. Membangunkan laman web yang menarik serta berkesan dalam membantu

pelajar Fakulti Sains dan Fakulti Pendidikan mempelajari subjek Basic

Radiochemistry (SSC2792) dengan lebih berkesan menggunakan

Page 22: JUDUL: PEMBANGUNAN PERISISAN BERASASKAN WEB … · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia

8

pendekatan pembelajaran inkuiri-penemuan berbantukan simulasi dan

animasi.

1.5 Rasional Kajian

Kajian ini menerangkan mengenai pembangunan laman web yang

mengintegrasikan elemen interaktiviti menggunakan perisian Adobe Flash 8 bagi tujuan

simulasi, animasi dan konstruktif. Laman web akan dibangunkan menggunakan

Dreamweaver 8.

Subjek Basic Radiochemistry dipilih sebagai subjek dalam kajian ini kerana

ianya merupakan satu subjek yang abstrak dan menglibatkan pelbagai instrumen yang

hanya dipelajari secara teori. Pendekatan pembelajaran secara realiti tidak dapat

dilaksanakan kerana setiap peralatan yang digunakan menglibatkan sinaran radioaktif

sama ada sinaran yang membahayakan manusia seperti sinaran Gamma, dan sinaran

Beta ataupun sinaran yang tidak memberhayakan manusia seperti sinaran Alpha. Oleh

kerana risiko tersebut, ianya tidak dapat dilaksanakan. Terdapat juga instrumen lain yang

lebih kompleks, mahal dan merbahaya seperti reaktor nuklear yang sememangnya diluar

kemampuan Malaysia untuk disediakan pada masa ini. Natijahnya, bagi mengatasi

masalah ini laman web ini dibangunkan bagi membantu pelajar Radiokimia seluruh

dunia amnya dan pelajar Basic Radiochemistry Fakulti Sains dan Fakulti Pendidikan

secara khususnya dalam memahami subjek ini dengan lebih mudah dan mendalam.

Ianya dibangunkan dalam bentuk laman web bagi memudahkan capaian dilakukan pada

bila-bila masa dan dimana-mana juga.

Rasional penggunaan pendekatan konstruktif secara inkuiri-penemuan adalah

kerana ianya akan menglibatkan penerokaan dan pembinaan pengetahuan pelajar secara

aktif. Ini akan menambahkan ingatan pelajar mengenai pelajaran mereka dan

Page 23: JUDUL: PEMBANGUNAN PERISISAN BERASASKAN WEB … · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia

9

mengekalkan ingatan tersebut dengan lebih lama. Pendekatan konstruktif sememangnya

sangat sesuai untuk digunakan di dalam subjek sains yang abstrak. Dengan

menggunakan konstruktif, fakta-fakta dapat diingati dengan lebih mudah kerana proses

pembelajaran menglibatkan lebih daripada satu pancaindera pada satu-satu masa.

1.6 Kepentingan Kajian

Kajian ini akan membantu pelajar dalam memahami dan menguasai subjek Basic

Radiochemistry dengan lebih baik dan berkesan. Ianya dapat meningkatkan kefahaman

pelajar melalui simulasi yang disediakan serta penerangan isi-isi penting yang

disediakan dalam laman web ini nanti. Hasil kajian ini akan membantu pelajar dalam

pembelajaran kendiri mereka kerana mereka boleh mendapatkan akses kepada laman

web ini pada bila-bila masa dengan hanya memerlukan sebuah komputer dan talian

Internet. Ianya juga akan dapat dijadikan sebagai bahan rujukan oleh pelajar dan

pengajar dalam kajian, tugasan mahupun penilaian mereka.

Pengajar akan dapat menyediakan bahan bantuan mengajar atau bahan bantuan

menerang untuk pengajaran mereka dengan menggunakan hasil kajian ini. Pengajar

boleh melayari laman web ini semasa pengajaran dan menggunakan ianya sebagai

elemen utama pengajaran iaitu sebagai bahan rujukan utama atau menjadikan ianya

sebagai elemen sampingan pengajaran iaitu sebagai bahan rujukan sampingan kepada

pengajaran dengan cara mengintegrasikan laman web ini dengan nota yang disediakan

oleh mereka. Pengajar juga boleh menjadikan hasil kajian ini sebagai bahan rujukan

yang boleh dirujuk oleh pelajar melalui penyediakan alamat laman web ini di dalam

kuliah. Hasil kajian ini akan membantu pengajar untuk memudahkan pelajar mencapai

objektif pembelajaran melalui penerangan ringkas dalam laman web tersebut dan

menggunakan simulasi yang disediakan untuk menerangkan konsep-konsep abstrak

dalam subjek berkenaan.

Page 24: JUDUL: PEMBANGUNAN PERISISAN BERASASKAN WEB … · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia

10

Hasil kajian ini membolehkan sesiapa sahaja yang berminat dalam bidang

Radiokimia untuk mempelajari ilmu tersebut tanpa perlu mendaftar dimana-mana

institut pengajian iaitu mendapatkan pendidikan secara informal. Ianya juga dapat

membetulkan perspektif tidak tepat masyarakat mengenai teknologi nuklear. Tanggapan

bahawa reaktor nuklear merbahaya kepada kesihatan manusia dapat diperbetulkan

melalui penerangan mengenai bagaimana sinaran Radioaktif dapat dihindari dan tindak

balas dalam reaktor dapat dikawal supaya tidak memudaratkan manusia.

Hasil kajian ini boleh dijadikan sebagai satu titik tolak kepada penggunaan

kaedah simulasi dalam pembelajaran kepada Universiti Teknologi Malaysia. Ianya akan

membantu Universiti Teknologi Malaysia untuk mengenalpasti potensi pendekatan

pembelajaran secara simulasi dan konstruktif dalam meningkatkan kefahaman pelajar di

setiap fakulti.

1.7 Skop dan Batasan Kajian

Ruang lingkup kajian ini adalah seperti berikut:

i. Skop projek ini meliputi sukatan subjek Basic Radiochemistry, SSC 2792

yang ditawarkan Fakulti Sains, Universiti Teknologi Malaysia.

ii. Isi kandungan yang digunakan adalah berdasarkan kepada bahagian-

bahagian penting yang sukar difahami oleh pelajar dalam subjek Basic

Radiochemistry.

iii. Laman web ini menglibatkan pembelajarn secara aktif melalui penggunaan

pendekatan pembelajaran inkuiri penemuan berbantukan simulasi dan

animasi.

Page 25: JUDUL: PEMBANGUNAN PERISISAN BERASASKAN WEB … · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia

11

1.8 Definisi Istilah

1.8.1 Radiokimia atau Basic Radiochemistry

Satu bidang ilmu Kimia yang berkait rapat dengan ilmu Fizik. Perkataan radio

menunjukkan atau mengaitkan ianya dengan sinaran dan kimia mengaitkan ianya

dengan ilmu Kimia. Subjek ini mengkaji mengenai sinaran radioaktif, pereputan

bahan radioaktif dan nuklear. Pada masa yang sama juga, subjek ini mempunyai

kaitan dengan pengaplikasian fenomena pereputan radioaktif dan teknik-teknik

di dalam fizik nuklear untuk menyelesaikan masalah di dalam bidang

Kimia.(Willian dan Dianne, 1991).

1.8.2 Konvensional

Satu cara atau pendekatan yang bersifat tradisional atau lama.

1.8.3 Kontemporari

Satu cara atau pendekatan yang bersifat terkini dan lebih moden.

Page 26: JUDUL: PEMBANGUNAN PERISISAN BERASASKAN WEB … · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia

12

1.8.4 Plutonium

Unsur radioaktif yang dapat dihasilkan atau lebih tepat lagi diekstrak daripada

sisa rod Uranium, U256 yang merupakan unsur yang dapat menjanakan tenaga

secara mega dan berskala besar melalui tenaga yang terdapat pada nukleasnya

(Willian dan Dianne, 1991).

1.8.5 Radioaktif

Bahan atau jisim yang mengeluarkan atau menghasilkan sinaran yang boleh

menembusi sesuatu jisim lain kerana mempunyai tenaga yang sangat tinggi

(Willian dan Dianne, 1991).

1.8.6 Animasi Berkomputer

Menurut Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir (2000), animasi berkomputer

merujuk kepada animasi yang dibentuk dan dihasilkan dengan menggunakan

teknologi berkomputer dan elektronik. Terdapat pelbagai kaedah di dalam

penghasilan animasi berkomputer daripada animasi mudah iaitu sekadar

pergerakan objek secara linear merentasi skrin sehinggalah kepada animasi 3

dimensi yang mengkagumkan.

Page 27: JUDUL: PEMBANGUNAN PERISISAN BERASASKAN WEB … · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia

13

1.8.7 Halaman Web

Laman web terdiri daripada pautan halaman web yang mempunyai tema atau

fokus yang serupa (Scheider et al., 2002). Menurut Alessi & Trollip (2001),

laman web juga ditakrifkan sebarang koleksi fail yang dilanggan mengikut

piawaian web dan boleh dicapai melalui internet. World Wide Web (WWW) pula

ditafsirkan sebagai jaringan sejagat yang terdiri daripada koleksi fail dalam talian

yang dipanggil tapak jaring atau homepage (Zainuddin Zakaria, 2001). Laman

web selalunya boleh jadi terbuka kepada semua pengguna dan memberikan

semua pengguna mengakses namun laman web juga boleh jadi laman web sulit

di mana ia memerlukan pengguna memasukkan kata laluan untuk mengakses.

1.8.8 Miskonsepsi

Menurut Tamby Subahan (1999), miskonsepsi atau pengetahuan sedia ada para

pelajar yang diperoleh secara tidak langsung dalam kehidupan masing-masing.

Pada kebiasaannya miskonsepsi ini adalah tidak saintifik atau kurang saintifik

dan berada kukuh dalam pemikiran atau kognitif pelajar. Ini secara tidak

langsung akan menghalang pembelajaran konsep sains yang sebenarnya. Apabila

para pelajar telah memegang kukuh mengenai sesuatu konsep yang salah, apabila

menerima mata pelajaran yang baru akan menimbulkan salah faham terhadap

para pelajar.

Page 28: JUDUL: PEMBANGUNAN PERISISAN BERASASKAN WEB … · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia

14

1.9 Penutup

Kesukaran pelajar untuk menguasai subjek Radiokimia dengan hanya

menggunakan pendekatan konvensional perlu dilihat sebagai satu kekurangan yang perlu

diatasi dengan segera. Hasil kajian ini akan dapat meningkatkan kefahaman pelajar

sekaligus meningkatkan pencapaian dan kemahiran pelajar.

Hasil kajian ini diharapkan dapat membantu Fakulti Sains dan Fakulti

Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia memperbaiki pencapaian pelajar dalam

subjek Radiokimia. Ianya juga diharapkan dapat membantu para pensyarah subjek ini di

dalam pengajaran mereka dan memudahkan mereka mencapai objektif pengajaran

mereka dengan lebih cepat dan menjimatkan masa.

Hasil kajian ini juga diharapkan dapat menarik minat pelajar subjek Radiokimia

untuk mempelajari subjek ini dengan lebih gigih lagi, mengukuhkan pemahaman mereka

serta meningkatkan pencapaian mereka di dalam subjek Radiokimia.

Page 29: JUDUL: PEMBANGUNAN PERISISAN BERASASKAN WEB … · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia

15

BAB 2

SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan

Pada bab ini, penulis akan membincangkan kaitan antara kesukaran dalam

mempelajari subjek Radiokimia dengan simulasi dan bagaimana simulasi di dalam

laman web ini dapat membantu dalam mempelajari subjek Radiokimia. Bab ini juga

akan menggutarakan kajian-kajian lepas sama ada dari dalam atau pun luar negara yang

mempunyai kaitan dengan pendekatan, cara, teori atau teknik yang akan digunakan di

dalam laman web ini kelak.

Bab ini juga akan membincangkan mengenai penyelesaian masalah yang

dihadapi melalui penggunaan laman web bersimulasi. Kebanyakan rujukan yang

diutarakan dan digunakan adalah buku-buku yang diperolehi secara online, jurnal-jurnal

online, buku-buku tulisan pensyarah UTM, buku-buku dari Perpustakaan Sultanah

Zanariah, UTM, Skudai, modul pengajaran, kajian-kajian lepas, kertas kerja seminar luar

negara serta Projek Sarjana Muda dan Projek Sarjana daripada Fakulti Pendidikan,

Universiti Teknologi Malaysia yang telah dinyatakan rujukan setiap daripadanya.

Pendidikan berbantukan komputer bukanlah sesuatu yang baru di Malaysia,

ianya telah lama diperkenalkan dalam usaha untuk memajukan lagi sistem pendidikan

Page 30: JUDUL: PEMBANGUNAN PERISISAN BERASASKAN WEB … · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia

16

Malaysia supaya sebaik atau lebih baik daripada pendidikan yang disediakan di negara-

negara maju Asia, Eropah Barat mahupun Amerika Utara.

Namun, masih terdapat cabaran untuk memastikan pendidikan berbantukan

komputer ini mendatangkan hasil yang baik dan signifikan terhadap pembelajaran

pelajar. Guru terpaksa menyesuaikan diri dan mendapatkan kemahiran yang secukupnya

untuk mengendalikan pengajaran dan pembelajaran berasaskan komputer ini. Guru perlu

memahami pendekatan yang perlu digunakan jika mengajar menggunakan komputer dan

cara untuk mengatasi masalah teknikal dan kesukaran lain yang mungkin dihadapi

mereka (Alessi & Trollip, 2001).

Kajian ini akan mengaplikasikan pendekatan pengajaran konstruktif supaya

pelajar dapat membina pengetahuan menggunakan pengetahuan sedia ada dan

mendapatkan pengetahuan melalui penerokaan secara hand-on dan mind-on. Teori

konstruktif berpendapat bahawa para pelajar membina makna tentang dunia dengan

mensintesiskan pengalaman baru kepada apa yang mereka fahami sebelum ini. Ianya

merupakan pendekatan yang bersifat lebih teratur serta dapat memberikan impak yang

lebih baik terhadap pelajar serta meningkatkan kemahiran memanipulasi dan pemikiran

mereka secara keseluruhannya. (Baharuddin Aris et al., 2002 ; Suffian Hussin, 1996).

Kajian ini akan menglibatkan subjek Radiokimia dalam usaha memudahkan

pelajar memahami subjek tersebut dan mengatasi masalah salah konsep pelajar. Model

rekabentuk yang akan diguna pakai di dalam kajian ini adalah Model ADDIE yang

dibantu dengan model ARCS sebagai satu elemen sokongan motivasi kepada pengguna

bagi mendapatkan, mengekalkan dan mengawal tumpuan pengguna (Keller, 1983).

Page 31: JUDUL: PEMBANGUNAN PERISISAN BERASASKAN WEB … · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia

17

2.2 Simulasi dan Pendidikan

Simulasi mampu memberikan kesan yang signifikan terhadap pembelajaran

pelajar secara berkesan dan mudah kerana ianya mudah difahami. Simulasi adalah salah

satu teknik pengajaran yang berkesan dimana ianya mengajar menggunakan salah satu

aspek yang berlainan iaitu melalui kaedah contoh atau replika (Alessi dan Trollip, 1985).

Simulasi mampu memberikan kesan rangsangan positif terhadap pembelajaran

pelajar melalui interaktiviti yang mampu disediakan dan berbentuk mudah serta

menggunakan lebih daripada satu pancaindera. Penyelesaian masalah, membentuk dan

mengesahkan hipotesis, pengajaran dan pembelajaran berorientasikan penemuan serta

eksperimen, pembangunan model mental dan pembelajaran berdasarkan teori konstruktif

adalah tujuan utama simulasi diterapkan kepada pendidikan sebagai agen motivasi

pengguna (Duffy & Cunningham, 1996).

Simulasi amat bersesuaian dengan pengajaran berorientasikan konstruktif dan

pengajar bertindak sebagai pemudahcara dan pemantau. Latihan dalam simulasi adalah

berdasarkan kepada kaedah bantuan berperingkat (scaffolding) dalam membantu

memberikan tindak balas (Alessi & Trollip, 2001 ; Duffy & Cunningham, 1996).

Berdasarkan rujukan dan kajian di atas, ianya menunjukkan bahawa pengintergrasian

simulasi ke dalam pendidikan dapat membantu pelajar memahami pelajarn dengan lebih

baik dan menjadikan mengaplikasian simulasi di dalam laman web ini sebagai relevan

dan dapat memberikan kesan yang signifikan.

Page 32: JUDUL: PEMBANGUNAN PERISISAN BERASASKAN WEB … · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia

18

2.3 Simulasi dan Pendekatan Inkuiri-Penemuan

Simulasi di dalam pendidikan bukan sahaja memberi peluang kepada pelajar

untuk mengembangkan dan membangunkan pemahaman mereka tetapi turut

menyumbang kearah perkembangan kaedah penyiasatan saintifik dan inkuiri (Escalada

& Zollman, 1997). Penyelidikan oleh Cadmus (1990) menunjukkan bahawa penvisualan

fenomena menerusi simulasi berkomputer meningkatkan kefahaman pelajar dengan cara

menggunakan imej mental terhadap konsep tersebut melalui simulasi.

Pelajar akan terdedah kepada konflik di dalam usaha untuk memahami perkara-

perkara baru terutamanya apabila maklumat baru tersebut menimbulkan masalah atau

kompleks hingga seseorang itu tidak mampu untuk menyelesaikanya. Keinginan untuk

menghadapi masalah ini akan diikuti oleh konflik kognitif. Masalah ini dapat diatasi

melalui visualisasi fenomena fizikal melalui simulasi komputer yang dinamik (Sopiah &

Merza, 2006). Pengalaman melalui inkuiri memberikan sesuatu yang relevan, bermakna

dan mengembangkan pemikiran yang lebih tinggi kepada pelajar (Roth &

Roychoudhury, 1993).

2.4 Animasi Berkomputer Dalam Pendidikan

Animasi dalam pendidikan bukanlah sesuatu yang asing lagi pada masa kini.

Sistem pendidikan kita telah banyak mengaplikasikan cara dan pendekatan ini dalam

pengajaran dan pembelajaran disemua peringkat pendidikan. Lazimnya, animasi

berkomputer boleh dibahagikan kepada empat bentuk utama iaitu animasi menggunakan

pendekatan 2 dimensi atau lebih dikenali sebagai animasi 2D dan animasi yang

menggunakan pendekatan 3 dimensi atau lebih dikenali sebagai animasi 3D, animasi

Page 33: JUDUL: PEMBANGUNAN PERISISAN BERASASKAN WEB … · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia

19

realiti maya (virtual reality) yang berkait rapat dengan simulasi dan animasi kesan khas

yang selalunya digunkan lebih secara linear dan kurang dinamik.

2.4.1 Animasi 2D

Ianya melibatkan pergerakan yang biasa dan primitif seperti objek tertentu

merentasi skrin namun ianya sangat popular pada pembangun multimedia dalam

membangunkan aplikasi mereka kerana ianya mudah dan tidak bersaiz besar serta tidak

kompleks. Teknik yang lazim digunakan dalam menghasilkan animasi ini adalah seperti

teknik animasi laluan, teknik animasi skrin, teknik animasi sel (Jamalludin & Zaidatun,

2000).

Menurut Shaharuddin Md Salleh et al., 2008 animasi 2D juga dikenali sebagai

animasi digital linear, dimana objek yang ringkas bergerak sepanjang skrin. Objek

disusun sehingga menghasilkan pergerakan yang nampak berterusan dan bersambungan.

Memori menyimpan imej yang diterima mata kurang daripada satu saat dan

menyebabkan memori menyatukan pergerakan dilihat sebagai berterusan. Sebagai

contoh, kartun Kluang Man dan Doreamon.

Menurut Shaharuddin Md Salleh et al., 2008 animasi 2D boleh dihasilkan

melalui beberapa teknik seperti:

i. Animasi sel

ii. Animasi ikon

iii. Animasi skrin

iv. Animasi objek

v. Animasi laluan (Path animation)

Page 34: JUDUL: PEMBANGUNAN PERISISAN BERASASKAN WEB … · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia

20

Menurut kajian yang telah dilaksanakan oleh Mayer (2001) mendapati bahawa

pembelajaran menggunakan animasi 2 dimensi yang mudah iaitu hanya terdiri daripada

kombinasi garisan selama 140 saat memberikan kesan yang lebih signifikan dan

berkesan dari aspek pengekalan maklumat dan perpindahan maklumat berbanding

penggunaan kaedah verbal yang dilakukan secara bercerita.

2.4.2 Animasi 3D

Animasi 3D lebih kompleks dan sukar dihasilkan berbanding animasi 2D. Ian

merujuk kepada proses memanipulasikan objek 3D dalam bentuk animasi dengan

menggunakan kaedah permodelan, pemetaan, pencahayaan, penggunaan kamera, dan

proses render yang terdapat dalam produk perisian animasi (Mark Glambruno, 2002

dalam Shaharuddin Md Salleh et al., 2008).

Menurut Shaharuddin Md Salleh et al., 2008, animasi 3D merujuk kepada

penggunaan objek 3 dimensi dalam satu paparan. Keadaan ini terbentuk menerusi

formula matematik, dimana objek dilihat dalam 3 paksi (paksi-x, paksi-y, paksi-z).

Objek-objek 3D boleh digerakkan atau diputarkan bebas pada paksi-x, paksi-y, dan

paksi-z. Setiap objek yang terhasil dapat dilihat daripada pelbagai sudut menyebabkan

objek yang dilihat kelihatan seolah-olah hidup. Animasi 3D mampu menimbulkan kesan

lebih realistik berbanding anaimasi 2D kerana ia mempunyai kedalaman. Kedalaman ini

terhasil disebabkan wujudnya paparan pada paksi-z selain daripada paparan pada paksi x

dan paksi y yang sedia ada.

Animasi 3D mempunyai 3 dimensi yang dibentuk berdasarkan kepada

permodelan dan formula matematik. Ianya mampu memberikan kesan seperti objek

sebenar kerana ianay mempunyai lebih daripada 2 dimensi. Kelebihan 3D berbanding

Page 35: JUDUL: PEMBANGUNAN PERISISAN BERASASKAN WEB … · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia

21

2D adalah kepada kedalaman yang dimiliki yang menambahkan ciri kerealistikannya

(Jamalludin & Zaidatun, 2000).

Kajian mendapati bahawa antara kelebihan animasi berkomputer (2D atau 3D)

adalah ianya amat bersesuaian digunakan untuk membuat demonstrasi bagi

konsepkonsep yang memerlukan ilustrasi, lakaran dan imaginasi yang susah dan sukar

serta mustahil untuk dilukis dan dilakarkan dengan menggunakan kapur dan papan hitam

(Narayanan & Hegarty.s, 2002). Namun, pembangun akan membangunkan laman web

yang mengaplikasikan animasi 2D sahaja kerana ianya lebih mudah dihasilkan, ringkas

dan murah.

2.5 Pendidikan dan Animasi

Pendidikan zaman informasi telah berubah dan berbeza daripada pendidikan

zaman moden. Kini, pendekatan lebih menarik, interaktif, aktif dan terbukti jauh lebih

berkesan dan baik. Pendekatan beranimasi mula diperkenalkan pada penghujung zaman

moden dan semakin berkembang pesat pada zaman informasi kini. Perkembangan ini

dapat dilihat melalui pengeluaran animasi yang hebat dan penghasilan perisian animasi

yang semakin maju dan fleksible. Kelebihan animasi adalah ianya dapat menyediakan

satu parameter seolah-oleh suasana sebenar. Menurut Bentracourt & Tverskys (2000),

animasi berkomputer merujuk kepada apa-apa aplikasi yang dilakukan terhadap

beberapa siri bingkai (frames), selanjutnya setiap bingkai akan dihubungkan kepada

bingkai yang terdahulu yang mana setiap bingkai ditentukan oleh pembangun atau

pengguna. Tujuan animasi berkomputer dalam pendidikan adalah untuk memberikan

motivasi kepada pengguna kerana memberikan gambaran animasi yang menarik minat

pengguna. Animasi berkomputer juga boleh digunakan untuk fenomena visual yang

tidak spontan yang memerlukan pengguna berfikir di dalam keadaan saintifik. (Mayer,

2001).

Page 36: JUDUL: PEMBANGUNAN PERISISAN BERASASKAN WEB … · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia

22

Faktor utama yang menggalakkan perkembangan animasi berkomputer dan

simulasi adalah faktor keselamatan yang terjamin dan selamat. Dalam kajian ini, reaktor

nuklear adalah amat berbahaya dan kesilapan boleh membunuh berpuluh-puluh nyawa

seperti letupan empat reaktor nuklear di Cherbonyl pada tahun 1986 di Ukraine, Union

of Soviet Socialist Republic (kini Ukraine-bermula pada tahun 1991 selepas kejatuhan

Soviet) yang mewujudkan zon ekslusif radiaktif di Ukraine hingga sekarang. Ini

menunjukkan bahawa jika dilakukan dalam situasi sebenar ia adalah tidak praktikal dan

memberikan risiko tinggi kepada para pelajar. Maka, animasi berkomputer menjanjikan

sebuah demonstrasi yang tidak dapat dilakukan dalam keadaan yang sebenar dan dalam

keadaan bahaya (Mayer, 2001).

Burke et al. (1998) menyatakan bahawa kimia menglibatkan perkara-perkara

simbolik, makroskopik dan mikroskopik. Mereka mencadangkan bahawa animasi

berkomputer jika digunakan dengan betul akan memberikan kesan yang baik dalam

mempersembahkan proses kimia yang bersifat kompleks, abstrak dan dinamik yang

dapat meningkatkan perubahan konsep pelajar. Oleh yang demikian, penggunaan

animasi berkomputer di dalam subjek Basic Radiochemistry adalah sesuatu yang wajar

dilaksanakan kerana ianya bakal memberikan kesan yang signifikan terhadap

pembelajaran pelajar.

2.6 Miskonsepsi dalam Kimia dan Fizik

Kimia adalah ratu kepada subjek sains dan bidang sains. Setiap cabang sains

menglibatkan kimia dan kimia meliputi setiap cabang bidang sains. Malahan, terdapat

berbagai-bagai bidang di dalam kimia itu sendiri seperti kimia analisis (forensik), kimia

organik, kimia inorganik, kimia fizikal (fizik termodinamik, fizik kinetik dan kalkulus),

kimia alam sekitar (biologi), kimia polimer, kimia gunaan, kimia kejuruteraab, kimia

Page 37: JUDUL: PEMBANGUNAN PERISISAN BERASASKAN WEB … · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia

23

petrokimia, kimia bahan, biokimia dan radiokimia (fizik nuklear) (International Union of

Pure and Applied Chemistry, 1982).

Miskonsepsi di dalam subjek sains adalah sesuatu yang lazim terjadi di dalam

bidang pendidikan Malaysia. Ini menjejaskan kualiti pelajar yang dihasilkan oleh sistem

pendidikan Malaysia. Pelajar yang mempunyai daya imaginasi yang rendah akan

mengalami kesukaran untuk memahami subjek ini dengan lebih baik kerana mereka

tidak dapat membayangkan model yang diajar kepada mereka dengan baik. Ini

membawa kepada masalah-masalah lain seperti mereka mengalami masalah untuk

memberikan definisi dengan tepat (Olle Eskilsson, 2000).

Manakala, Fizik pula menglibatkan pelbagai fenomena yang bersifat fizikal, dan

memerlukan pelajar untuk secara berterusan dan terus-menerus mengenalpasti pelbagai

bentuk concept yang bersifat abstrak, mematuhi hukum serta teori yang menglibatkan

kebolehan untuk berfikir dan memberikan sebab yang sangat tinggi dan berdasarkan

kajian yang telah dilaksanakan, para pelajar perlu terlibat dengan proses pembinaan

model bagi membantu mereka memahami dan membezakan setiap hubungan antara

konsep. Mereka yang mempunyai kebolehan yang rendah akan mempunyai pencapaian

yang lebih rendah berbanding pelajar yang lebih mahir dalam kebolehan membezakan

konsep melalui pemberian sebab dan hujah (Cavallo, 1996). Pelajar yang terletak di

dalam kumpulan concrete operational dan empirical-inductive (EI) banyak bergantung

kepada penglihatan dan pemerhatian secara terus dengan mata kasar, mereka pada

kebiasaaanya tidak dapat memahami konsep fizik dengan baik (Lawson, 1975).

Miskonsepsi ini membawa kepada kesukaran bagi pelajar untuk menguasai

subjek Basic Radiochemistry dengan baik lantaran asas yang tidak kuat di dalam subjek

Kimia dan Fizik. Kesukaran ini di tambah pula dengan kerumitan dan sifat abstrak serta

kompleks pada subjek Basic Radiochemistry itu sendiri.

Page 38: JUDUL: PEMBANGUNAN PERISISAN BERASASKAN WEB … · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia

24

2.7 Kesukaran Pelajar dalam Subjek Basic Radiochemistry

Basic Radiochemistry menglibatkan pelbagai jenis instrumen dan peralatan yang

kompleks serta berkos tinggi. Ianya menglibatkan konsep dan hukum yang abstrak dan

sukar difahami dengan menggunakan mata kasar. Pelajar sering menghadapi kesukaran

di dalam memahami mekanisme rantaian radioaktif di dalam reaktor nuklear. Pelajar

menghadapi masalah dalam memahami bagaimana rantaian ini dicetuskan, dihentikan

dan dikawal oleh reaktor serta bagaimana sinaran dapat dihentikan. Antara perkara

utama yang dihadapi oleh pelajar adalah konsep penyerapan neutron berkelajuan tinggi,

fungsi quenching reagent, kesan kedalaman controlling rod terhadap tenaga yang dijana

dan bagaimana tenaga dijanakan (George Marx, 1982).

Pelajar juga menghadapi masalah dalam memahami bagaimana sinaran dapat

dikesan menggunakan detector dan variasi-variasi detector. Pelajar tidak dapat

menguasai konsep pemecahan ion di dalam gas-filled detector kerana ianya

menglibatkan pemerhatian peringkat tinggi serta daya imaginasi bagi membayangkan

bagaimana sinaran pemecahkan gas kepada ion-ion yang bercas (George Marx, 1982).

Masalah lain adalah kesukaran pelajar memahami prinsip photon, dan phonon di

dalam bidang fizik. Pelajar sering kali gagal membezakan antara photon, proton dan

phonon. Ianya membawa kepada kesukaran pelajar memahami multiplication of signal

di dalam Photo Multiplier Tube serta bagaimana dynodes menghasilkan penggandaan

photon (George Marx, 1982).

Oleh yang demikian, pembangun merasakan ianya satu keperluan untuk

membangunkan laman web ini kerana ianya dapat membantu pelajar belajar dengan

lebih baik serta memudahkan mereka menguasai konsep-konsep penting di dalam subjek

ini. Malahan, pendekatan yang digunakan oleh pembangun juga dapat meningkatkan

daya kreativiti dan aras pemikiran pelajar.

Page 39: JUDUL: PEMBANGUNAN PERISISAN BERASASKAN WEB … · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia

25

2.8 Teori Pembelajaran Konstruktif

Penulis akan menggunakan pendekatan teori konstruktif di dalam kajian ini.

Konstruktif adalah tidak lebih daripada satu komitmen terhadap pandangan bahawa

manusia membina pengetahuan sendiri. Ini bermakna bahawa sesuatu pengetahuan yang

dipunyai oleh seseorang individu adalah hasil daripada aktiviti yang dilakukan oleh

individu tersebut, dan bukan sesuatu maklumat atau pengajaran yang diterima secara

pasif daripada luar. Pengetahuan tidak boleh dipindahkan daripada pemikiran pengajar

kepada pelajar. Sebaliknya setiap insan membina pengetahuan sendiri dengan

menggunakan pengalamannya secara terpilih (Nik Azis Nik Pa, 1996).

Pembelajaran sains adalah merupakan satu penyiasatan atau pun kajian yang

bersifat sangat saintifik. Pengetahuan sains dapat dibina secara berkesan melalui aktiviti

penerokaan dan penyiasatan yang dapat membantu pembelajaran dan terdapat keadaan

di mana pembelajaran secara konstruktif tidak memberikan kesan kepada pelajar.

Pendekatan ini memerlukan dan menekankan kepada proses pengembangan dan

penerokaan pengetahun, selepas pengetahuan ini diperolehi ianya perlu disusun

mengikut turutan bagi memudahkan asimilasi dengan pemikiran dan ingatan

dilaksanakan (Peter et al,. 1994).

Menurut Abu dan Meor (2006), pengajaran secara konstruktivisme mengandungi

ciri-ciri berikut:

i. Mengambil kira kepercayaan dan sikap yang dibawa oleh pelajar.

ii. Mengambil kira dapatan kajian tentang bagaimana pelajar belajar konsep

atau idea.

iii. Menggalakkan proses inkuiri pelajar melalui kajian dan eksperimen

iv. Memberi peluang pelajar membina pengetahuan baru dengan

memahaminya melalui penglibatan mereka dengan situasi dunai yang

sebenar.

Page 40: JUDUL: PEMBANGUNAN PERISISAN BERASASKAN WEB … · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia

26

v. Menggalakkan dan menerima daya usaha dan autonomi pelajar.

vi. Menyokong pembelajaran secara koperatif.

vii. Menganggap bahawa pembelajaran sebagai satu proses yang sama

penting dengan hasil pembelajaran.

viii. Menggalakkan pelajar bertanya dan berdialog dengan pelajar lain dan

guru.

ix. Menggalakkan soalan idea yang dimulakan oleh pelajar dan

menggunakannya sebagai panduan merancang pengajaran.

Ciri-ciri di atas dapat diuraikan seperti berikut. Guru atau pengajar tidak boleh

sesekali mengabaikan pengetahuan yang sedia ada dimiliki oleh pelajar serta mesti

mengetahui bagaimana pelajar dapat mempelajari sesuatu konsep atau idea baru.

Malahan pembelajaran perlu menekankan kepada pendekatan berpusatkan pelajar

melalui penerokaan dan berfikir secara aktif. Interaksi dalam kelas secara dua hala dan

pelbagai hala harus digalakkan dan dipupuk bagi membina pemikiran, idea, dan sahsiah

(Abu dan Meor, 2006).

Konstruktif adalah salah satu pendekatan pengajaran berdasarkan penyelidikan

tentang bagaiman manusia belajar. Kebanyakan penyelidik berpendapat setiap individu

membina pengetahuan dan bukannya menerima pengetahuan daripada orang lain

(McBrien & Brandt, 1997).

Menurut Abu dan Meor (2006), konstruktivisme merupakan proses pembelajaran

yang menerangkan bagaiman pengetahuan disusun dalam minda manusia. Setiap idea

dan imej dalam minda individu diwakili melalui struktur mental yang dikenali sebagai

skema. Skema akan menentukan bagaiman data dan maklumat yang diterima akan

difahami oleh manusia.

Pembelajaran sains menggunakan pendekatan konstruktif adalah sangat relevan.

Ini kerana sains merupakan satu matapelajaran dan cabang ilmu yang berbentuk

dinamik. Ianya perlu relevan dengan kehidupan seharian pelajar dan ianya perlu

Page 41: JUDUL: PEMBANGUNAN PERISISAN BERASASKAN WEB … · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia

27

dijadikan sebagai intipati pembelajaran mereka. Maka timbul keperluan untuk

mengaitkan pembelajaran dengan isi-isu semasa, hobi pelajar, cara hidup moden pelajar

serta kreativiti dalam melakukan sesuatu pekerjaan (Peter et al,. 1994).

Daripada pandangan di atas maka pengertian konstruktivisme dapat dirumuskan

ada salah satu fahaman bahawa pelajar membina sendiri pengetahuan atau konsep secara

aktif berdasarkan pengetahuan tau pengalaman sedia ada. Dalam proses ini, pelajar akan

menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk

membina pengetahuan baru. Daripada teori pengajaran konstruktivisme ini, penulis

membina pembangunan simulasi berasaskan web menerusi teori yang dihuraikan. Oleh

itu, produk yang akan dibangunkan ini akan menggunakan pendekatan pengajaran

konstruktivisme.

2.9 Teori Pembelajaran Tingkah Laku (Tradisional)

Menurut Abu dan Meor (2006) fahaman teori tingkah laku adalah perubahan

tingkah laku adalah dianggap sebagai hasil pembelajaran dan ianya tidak mementingkan

struktur mental yang terlibat seperti pemikiran yang mana teori ini beranggapan bahawa

minda hanyalah seuah kotak hitam. Ianya bagitu menekankan kepada tindakan dan pola

perlakuan yang menglibatkan tindak balas pasif. Ciri-ciri teori tingkah laku adalah

seperti berikut:

i. Penekanan pembelajaran adalah terhadap tingkah laku yang bolej

diperhatikan.

ii. Perlakuan boleh diperkukuh atau dihentikan melalui ganjaran atau

hukuman.

iii. Pengajaran dirancang berdasarkan objektif perlakuan yang boleh diukur

atau diperhatikan.

Page 42: JUDUL: PEMBANGUNAN PERISISAN BERASASKAN WEB … · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia

28

iv. Guru tidak mengambil tahu pengetahuan sedia ada pelajar dan perubahan

yang berlaku dalam minda semasa proses pengajaran.

Penekanan yang hanya lebih tertumpu kepada apa yang boleh dilakukan oleh

pelajar dan perubahan tingkah laku tidak memerlukan teori ini mengambil tahu

mengenai kefahaman dan pemikiran pelajar. Ini membawa kepada pengukuhan positif

seperti ganjaran dan hukuman bagi memastikan perubahan tingkah laku berlaku semasa

pengajaran dan selepas pengajaran (Peter, 1994).

2.9.1 Kelemahan Teori Tingkah Laku

Kelemahan teori ini adalah ianya hanya menumpukan kepada tingkah laku dan

tidak mengambil kira aspek pemikiran manusia. Ianya tidak mengambil kira mengenai

hasil idea yang dijana oleh pelajar dan perubahan dan objektif pembelajaran adalah

tertumpu kepada tingkah laku dan kelakuan yang boleh diukur dan berubah akibat

daripada hasil pembelajaran. Ianya juga mempunyai pendapat bahawa pembelajaran

boleh terjadi secara celik akal tanpa pembelajaran secara cuba jaya. Pendapat mengenai

pembelajaran cara ini agak kabur dan berbeza dari individu ke individu lain dan berbeza

antara satu organisma dengan organisma lain (Kohler dan Koffka dalam Sharifah

Alwiyah Alsagoff, 1986).

2.10 Teori Pembelajaran Kognitif

Jean Piaget merupakan pelopor kepada teori ini dan berpendapat bahawa

perkembangan intelek kanak-kanak melalui tiga fasa iaitu asimilasi, akomodasi dan

Page 43: JUDUL: PEMBANGUNAN PERISISAN BERASASKAN WEB … · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia

29

keseimbangan. Hasil kajian ahli kognitif mendapati bahawa organisasi pengetahuan

antara pakar dengan novis adalah sangat berbeza. Pakar cenderung membina

pengetahuan secara chunking dan seterusnya membentuk skema. Organisasi

pengetahuan novis pula mempunyai ciri pengetahuan yang terpisah dan tidak lengkap.

Pengetahuan novis kerap mempunyai miskonsepsi. Terdapat dua jenis pengetahuan

secara umumnya iaitu pengetahuan prosedur dan kemahiran mendapatkan pengetahuan.

Contoh kepada pengetahuan prosedur ialah kemahiran menyelesaikan pengetahuan.

Kemahiran mendapatkan pengetahuan pula lebih berbentuk penerokaan dan penemuaan

(Baharuddin Aris et al., 2002).

Menurut Good dan Brophy (1990), pembelajaran akan menglibatkan penyusunan

maklumat di dalam minda manusia. Kemudian, ianya kan diproses dan disimpan.

Kognitif sains adalah sains yang mengkaji mengenai pemikiran dan mekanisme yang

digunakan dalam usaha mendapatkan, memproses dan menggunakan ilmu pengetahuan.

Teori pembelajaran kognitif menghuraikan bagaimana proses ingatan dan pemikiran

berlaku, teori mengenai memori manusia, jenis-jenis ilmu pengetahuan dan dapat

disimpulkan sebagai teori yang berpusatkan kepada pemikiran semasa pembelajaran

serta bagaimana maklumat yang diperolehi itu diproses (Kate, 1994).

Menurut Abu dan Meor (2006), fokus utama teori ini adalah kepada aktiviti

mental pelajar dan bukan hanya kepada tingkah laku pelajar. Pembelajaran akan lebih

berkesan jika pelajar berhadapan dengan tugasan yang telah biasa ditemui termasuk

tujuan, keinginan, kepercayaan, emosi dan sebagainya. Pembelajaran yang bermakana

akan membantu pelajar memahami sesuatu konsep dengan mudah, disamping membantu

pengingatan lebih lama.

Page 44: JUDUL: PEMBANGUNAN PERISISAN BERASASKAN WEB … · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia

30

2.10.1 Kelemahan Teori Kognitif.

Kelemahan teori ini adalah pelajar hanya diajar dan belajar menggunakan satu

kaedah sahaja di dalam pembelajaran dan timbul kemungkinan bahawa kaedah yang

digunakan itu bukan merupakan kaedah yang terbaik untuk pelajar (Baharuddin Aris et

al., 2002). Pemikiran manusia hanya dapat dijelaskan menggunakan pendekatan

kuantitatif serta agak kabur jika ditafsirkan secara kualitatif kerana setiap manusia

mempunyai pemikiran yang berbeza-beza antara satu sama lain (Klein, 1996).

Selain itu, teori ini terlalu menumpukan kepada proses pemikiran tanpa

mengambil kira faktor-faktor luaran lain seperti aktiviti, inkuiri dan penerokaan secara

aktif (Kate, 1994).

2.11 Pendekatan Inkuiri-Penemuan

Menurut Abu dan Meor (2006), inkuiri bermaksud proses mencari dan menyiasat

maklumat atau fenomena atau masalah yang berlaku di sekeliling, membina hipotesis,

mereka bentuk eksperimen, mengumpul data dan membuat kesimpulan untuk

menyelesaikan masalah secara bersistem. Dengan kata lain, proses inkuiri melibatkan

usaha untuk mencari kebenaran, maklumat atau pengetahuan melalui kaedah penyoalan.

Proses inkuiri bermula dengan pengumpulan maklumat melalui panca indera,

membuat pengukuran yang terliti, membuat hipotesis, menterjemah dan membina teori.

Inkuiri memerlukan kemahiran mengeksperimen, refleksi dan mengambil kira kekuatan

dan kelemahan kaedah yang digunakan (Hebrank, 2000). Manakala, penemuan

merupakan proses mental mengasimilasikan konsep dan prinsip (Shulman, 1968). Proses

mental yang terlibattermasuk membuat pemerhatian, pengelasan, pengukuran, meramal,

Page 45: JUDUL: PEMBANGUNAN PERISISAN BERASASKAN WEB … · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia

31

menerangkan dan membuat inferens. Penemuan berlaku apabila pelajar menggunakan

proses mental – membuat pemerhatain, pengelasan, pengukuran, meramal,

menerangkan, membuat inferens dan sebagainya dalam usaha membentuk sesuatu

konsep atau prinsip (Abu dan Meor, 2006).

Menurut Abu dan Meor (2006), langkah yang terlibat dalam pendekatan inkuiri-

penemuan adalah seperti berikut:

i. Mengenal pasti masalah

ii. Membuat hipotesis

iii. Merancang eksperimen

a. Mengawal pemboleh ubah

b. Menentukan peralatan dan bahan

c. Menentukan langkah eksperimen, kaedah pengumpulan data dan

menganalisis data.

iv. Menjalankan eksperimen

v. Mengumpulkan data

vi. Menganalisis data

vii. Mentafsir data

viii. Membuat kesimpulan

ix. Membuat pelaporan

2.11.1 Kepentingan Pendekatan Inkuiri-Penemuan

Menurut Abu dan Meaor (2006), pendekatan inkuiri-penemuan berlaku apabila

konsep, hukum dan prinsip dibina melalui pemerhatian terhadap sesuatu fenomena atau

Page 46: JUDUL: PEMBANGUNAN PERISISAN BERASASKAN WEB … · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia

32

situasi yang membolehkan pelajar membuat sesuatu kesimpulan. Antara faedah yang

dapat diperolehi daripada pengamalan pendekatan inkuiri-penemuan ialah:

1. Aktiviti inkuiri-penemuan merangsang pelajar berfikir dan seterusnya

mengembangkan daya intelek mereka.

2. Kepuasan intelek yang berpunca daripada kejayaan membuat penemuan

akan menjadi motivasi kepada pelajar.

3. Pengetahuan yang diperolehi lebih kekal

4. Pendekatan ini membolehkan pelajar menguasai teknik merancang dan

menjalankan penyiasatan.

5. Aktiviti pengajaran-pembelajaran yang menggunakan pendekatan inkuiri-

penemuan menggalakkan pembelajaran berfikrah

2.11.2 Model Pembelajaran Inkuiri-Penemuan

Pembelajaran melibatkan proses penerokaan secara aktif dan mendorong kepada

pertanyaan dan penemuan dalam usaha mendapatkan ilmu pengetahuan. Ianya banyak

didorong oleh keinginan untuk tahu dan memahami serta menyelesaikan permasalahan.

Penyelesaian masalah menglibatkan proses kognitif, metakognitif, afektif serta

psikomotor dalam usaha mendapatkan penyelesaian, fakta, konsep dan prinsip (Abu dan

Meor, 2006)

Page 47: JUDUL: PEMBANGUNAN PERISISAN BERASASKAN WEB … · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia

33

INKUIRI

Pertanyaan

Pemerhatian

Situasi

Ingin tahu, Pertanyaan

Meneroka dan merancang pemikiran

Memantau tindakan melalui soalan dan penyoalan

Memilih tindakan yang selari dengan situasi

Memfokus penerokaan terhadap situasi yang ditentukan

Membuat andaian

Menguji hipotesis PENEMUAN Mengumpul data

Menyusun data, membuat hubungkait.

Membuat hipotesis

Data dan hipotesis dihubungkaitkan serta diintegrasikan

Rajah 2.1: Model pembelajaran inkuiri-penemuan Model pembelajaran inkuiri-

penemuan oleh Abu dan Meor (2006)

Page 48: JUDUL: PEMBANGUNAN PERISISAN BERASASKAN WEB … · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia

34

Mengenal Pasti Masalah

Menyiasat Masalah

Membuat Hipotesis

Mereka Bentuk Penyiasatan

Melaksanakan Penyiasatan dan Mengumpul Data

Menganalisis dan Mentafsir Data

Membuat Kesimpulan

Rajah 2.2: Proses inkuiri-penemuan dalam penyiasatan Proses inkuiri-penemuan dalam

aktiviti penyiasatan (Abu dan Meor, 2006)

Page 49: JUDUL: PEMBANGUNAN PERISISAN BERASASKAN WEB … · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia

35

2.12 Elemen Multimedia

Menurut Jamalludin & Zaidatun (2005), multimedia bermaksud suatu proses

komunikasi interaktif berdasarkan penggunaan teknologi komputer yang merangkumi

penggunaan media audio visual seperti teks, grafik, audio, video, animasi dan

hipermedia. Projek ini akan menglibatkan penggunaan elemen di atas bagi memastikan

simulasi yang dihasilkan mempunyai kesan yang optimum.

Multimedia juga merupakan kombinasi antara pelbagai elemen atau media yang

saling berkiatan seperti elemen-elemen teks dalam bentuk digital, photo, grafik, bunyi,

dan video disatukan dan diintergrasikan menjadi satu kombinasi yang baru (Tay, 2004).

2.12.1 Teks

Teks merupakan asas utama bagi penyaluran maklumat. Terdapat pelbagai jenis

tulisan (typefaces) dan juga font yang memberi daya tarikan. Teks boleh juga digunakan

untuk memberikan penekanan bagi sesuatu isi kandungan. Elemen teks boleh menarik

perhatian pelajar dengan menggunakan kesan-kesan tertentu yang boleh dicipta melalui

perisian komputer.

2.12.2 Grafik

Grafik digunakan bagi memberi penekanan secara visual terhadap sesuatu

persembahan. Selain itu, grafik juga membantu dalam menerangkan sesuatu maklumat

Page 50: JUDUL: PEMBANGUNAN PERISISAN BERASASKAN WEB … · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia

36

secara lebih berkesan kerana ia lebih menarik dan hidup. Ia juga boleh memendekkan

penyampaian teks yang panjang lebar kepada satu muka surat sahaja.

2.12.3 Video

Elemen video digunakan dalam suatu perisian sebagai kaedah penyaluran

maklumat secara menarik dan hidup. Ia merupakan satu media paling dinamik dan

efektif dalam menyampaikan sesuatu maklumat. Sebagai contoh aktiviti pembelajaran

yang boleh menggunakan elemen ini adalah seperti membahagikan buah epal kepada

dua bahagian untuk menunjukkan 50% daripada sebiji epal dan sebagainya.

2.12.4 Animasi

Animasi menghidupkan grafik dan teks dengan kesan khas melalui komputer. Ia

membantu dalam menerangkan sesuatu konsep yang kompleks dengan mudah.

Jamalludin & Zaidatun (2005) melaporkan bahawa penggunaan animasi dapat

meningkatkan pembelajaran pelajar dan mengurangkan masa pembelajaran.

Menurut Gonzales (1996), animasi adalah jujukan pelbagai imej yang

dipersembahkan secara dinamik berdasarkan kepada tindakan pengguna dalam keadaan

yang dapat membantu pengguna untuk meneruskan dan menerima perubahan serta

membentuk model minda yang sesuai untuk tujuan atau tugas yang diberikan.

Page 51: JUDUL: PEMBANGUNAN PERISISAN BERASASKAN WEB … · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia

37

2.12.5 Audio

Audio berupaya untuk membantu meningkatkan daya tarikan terhadap sesuatu

persembahan. Audio dalam bentuk suara atau narration digunakan untuk membantu

penyampaian sesuatu maklumat dengan lebih berkesan. Akhir sekali, audio berperanan

untuk membantu meningkatkan mood dan daya tumpuan terhadap sesuatu isi

persembahan. Audio juga digunakan untuk memainkan kesan latar perisian multimedia.

2.12.6 Hipermedia

Hipermedia merujuk kepada penggunaan konsep hiperteks dan hotwords. Ia

adalah satu kaedah capaian media yang tidak linear. Contohnya, gambar boleh di klik

dan membawa kita ke laman atau tetingkap pop-up yang berlainan.

2.13 Model Reka Bentuk Perisian

2.13.1 Model ADDIE

Model rekabentuk perisian ADDIE adalah model yang akan digunakan dalam

pembangunan laman web hasil kajian ini kelak. Ianya melibatkan penggunaan dan

susunan cara pembangunan perisian yang mudah dan jelas serta berkait rapat diantara

satu sama lain.

Page 52: JUDUL: PEMBANGUNAN PERISISAN BERASASKAN WEB … · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia

38

2.13.1.1 Analisis (A)

Pada fasa ini, pembangun akan mengkaji masalah yang dihadapi oleh pelajar

serta mengenalpasti masalah dalam pembelajaran pelajar dan isi atau kandungan

sukatan pelajaran diselidik dan diketahui. Menurut France dan Dianne (2000),

tujuan fasa analisis adalah untuk bertanya dan menjawab kesemua soalan yang

berkaitan dengan sumber yang menekankan kepada impak kejayaan rekabentuk

dan kejayaan mengaplikasikan sistem arahan.

2.13.1.2 Rekabentuk (Design-D)

Pembangun akan merangka susunatur (layout) antaramuka dan merekabentuk

sistem. Strategi motivasi bagi memastikan pelajar atau pengguna kekal

menggunakan laman web yang dibangunkan akan dikenalpasti dan strategi

terbaik akan diimplimentasikan. Pemilihan tema yang bersesuian juga

dilaksanakan. Menurut France dan Dianne (2000), fasa ini digunakan untuk

membentuk objektif arahan (instructional objectives) dan strategi yang bakal

digunakan. Pada fasa ini juga, kandungan isi pelajaran ditentukan dan papan

cerita (storyboard) disediakan.

2.13.1.3 Pembangunan (Development-D)

Sistem dan bentuk sistem dibangunkan daripada prototaip kepada sistem yang

sempurna dan penyelarasan sistem utama dan membangunkan elemen motivasi

Page 53: JUDUL: PEMBANGUNAN PERISISAN BERASASKAN WEB … · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia

39

dilaksanakan. Pada fasa pembangunan, perkara-perkara yang perlu diberikan perhatian

dan tumpuan adalah pembentukan antaramuka bagi perisian yang dibangunkan,

pembangunan pengkalan data, kemudahan komunikasi untuk teks, audio dan video serta

pendokumenan dilaksanakan (France dan Dianne, 2000).

2.13.1.4 Pelaksanaan (Implimentation-I)

Perisian digunakan di dalam keadaan sebenar dan keberkesananya diuji dan

segala kesukaran dan masalah dikenalpasti. Pada fasa ini, perisian sudah boleh

dihasilkan dan latihan sudah mula dilaksanakan (France dan Dianne, 2000).

2.13.1.5 Penilaian (Evaluation-E)

Ujian dilakukan bagi mengenal pasti sebarang bentuk kelemahan untuk tujuan

penambahbaikan pada masa akan datang. Pada fasa ini, kebolehan perisian untuk

berfungsi secara efektif diuji dan mekanisme penghantaran (penghantaran

maklumat) dan kecekapanya juga diuji (France dan Dianne, 2000).

2.13.2 Model ADDIE dan Elemen Motivasi

Fasa Proses Memasukkan Unsur Motivasi

Analisis • Buat keputusan mengenai jenis atau masalah motivasi yang

Page 54: JUDUL: PEMBANGUNAN PERISISAN BERASASKAN WEB … · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia

40

dihadapi oleh pengguna perisian berdasarkan kepada analisis

pengguna.

• Nyatakan objektif yang melibatkan unsur-unsur motivasi.

Reka bentuk • Senaraikan strategi motivasi yang berpotensi untuk menyelesaikan

masalah motivasi ynag dikenal pasti.

• Pilih strategi motivasi yang terbaik daripada senarai tadi yang

mampu menyelesaikan masalah motivasi yang dihadapi.

Pembangunan • Bangunkan elemen motivasi.

• Integrasikan elemen motivasi ke dalam perisian.

Pelaksanaan • Laksanakan pengajaran dengan menggunakan perisian

Penilaian • Nilaikan implikasi daripada motivasi yang diberikan sama ada

berkesan atau tidak dengan melakukan penilaian sumatif atau

formatif.

Jadual 2.0 Motivasi dalam Proses Reka Bentuk Perisian (Baharuddin Aris et. al,

2002)

2.13.3 Model Waterfall

Model waterfall telah dilupakan dan jarang digunakan kerana ianya sukar untuk

digunakan kerana terdapat keperluan untuk membuat keputusan dan keperluan untuk

bekerja di dalam fasa aktiviti yang terpisah. Model ini juga mendedahkan pembangun

kepada risiko yang tinggi. Model ini juga semakin dilupakan akibat daripada

kemunculan model rapid prototyping yang lebih moden dan berkesan (S.Dijkstra et.al,

1997).

Menurut Baharuddin Aris et al., 2002, kaedah waterfall adalah baik jika proses

yang dilakukan memerlukan pengkomputeran yang jelas. Jika keperluan tidak jelas,

ataupun situasi kerap berubah kaedah ini didapati tidak sesuai.

Page 55: JUDUL: PEMBANGUNAN PERISISAN BERASASKAN WEB … · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia

41

Analisis

Rekabentuk

Pembangunan

Pengujian

Penyelenggaraan

Implementasi

Rajah 2.3: Model Waterfall Model Waterfall (Baharuddin Aris et al., 2002)

2.13.3.1 Analisis

Menurut Baharuddin et al,. (2002) fasa analisis melibatkan kajian feasibiliti iaitu

menilai sama ada penyelesaian adalah menjimatkan dari segi kos dan praktikal dari segi

teknologi. Analisis keperluan juga perlu dilakukan kerana ianya memberikan gambaran

masalah. Ini melibatkan fungsi perisian, dokumentasi yang diperlukan, dan keperluan

performans seperti masa maklum balas. Ia juga melibatkan persekitaran penggunaan

perisian itu (perkakasan, perisian, organisasi, dan pengguna). Dalam lain perkataan, fasa

ini menerangkan apa yang diperlukan.

Page 56: JUDUL: PEMBANGUNAN PERISISAN BERASASKAN WEB … · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia

42

2.13.3.2 Reka bentuk

Fasa ini melibatkan proses penghasilan perisian yang memenuhi keperluan

pengguna. Keperluan sistem dibahgikan mengikut keperluan pengguna yang disasarkan,

dan rekabentuk antara muka dilakukan dengan teliti serta kesesuaian antaramuka

ditentukan berdasarkan kepada beberapa prototaip yang telah disediakan (Baharuddin et

al, 2002).

2.13.3.3 Produksi

Menurut Baharuddin Aris et al., (2002) produksi (biasa bermaksud pengkodan

atau implementasi) melibatkan pembinaan perisian yang boleh digunakan. Produksi

dijalankan modul demi modul.

2.13.3.4 Pengujian

Pengujian adalah berbentuk formatif. Lazimnya pengujian dan debugging

dilakukan pada setiap modul manakala tuning dan optimization dilakukan apabila modul

telah siap dibina. Pengesahan daripada penilai yang pakar dan sample pengguna

selalunya digunakan bagi memastikan spesifikasi dan keperluan pengguna (Baharuddin

Aris et al., 2002).

Page 57: JUDUL: PEMBANGUNAN PERISISAN BERASASKAN WEB … · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia

43

2.13.3.5 Penyenggaraan

Perisian berkemungkinan mempunyai kesilapan yang tidak dapat dikesan dan

memerlukan pengubahsuaian dan peningkatan selepas dilaksanakan (Baharudddin Aris

et al., 2002).

2.13.4 Model Rapid Prototyping

Model ini adalah antara model yang popular dan sering digunakan di dalam

pembangunan perisian dan halaman web. Ini kerana model ini membenarkan

pembangun untuk mendedahkan prototaip yang dibangunkan kepada pengguna. Ini

membolehkan berlakunya interaksi bilateral antara pembangun dan pengguna dalam

usaha mendapatkan hasil yang terbaik. Malahan, tindakan ini dilihat sebagai dapat

menggurangkan risiko di dalam pembangunan dan dapat memastikan projek yang

dibangunkan akan dapat memuaskan hati pengguna. Malahan model ini memudahkan

pembangun kerana ianya menyediakan kerangka kerja yang tersusun dan mudah

dilaksanakan (S.Dijkstra et al., 1997).

Model ini melibatkan aspek pembelajaran dan penggunaan teknologi yang

merangkumi lima peringkat proses iaitu analisis, rekabentuk, pembangunan, pelaksanaan

dan penilaian. Bagi mengelakkan wujudnya jurang diantara keperluan pengguna dengan

kemampuan perisian, satu prototaip akan dibina bagi memberikan gambaran kepada

pengguna dan prototaip yang dihasilkan adalah mirip perisian sebenar yang bakal

dibangunkan dan dihasilkan. Namun, masih terdapat perbezaan diantara prototaip dan

produk akhir seperti fungsi yang tidak lengkap, performans yang rendah dan

ketidakmampuan meneriam input pengguna tetapi masih berkemampuan untuk

menggambarkan usatibiliti dan prinsip asas produk akhir (Baharuddin Aris et al., 2002).

Page 58: JUDUL: PEMBANGUNAN PERISISAN BERASASKAN WEB … · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia

44

Perumusan Matlamat

Perumusan Penyelesaian

Penyemakan Matlamat

Menyemak Penyelesaian

Membina Prototaip Untuk Menyelesaikan

Masalah

Rajah 2.4: Model Rapid Prototyping (S.Dijkstra et al., 1997).

2.13.4.1 Perbezaan Antara Rapid Prototyping dan Waterfall.

Model waterfall mendedahkan risiko kegagalan kepada pembangun untuk

memuaskan hati dan memenuhi keperluan pengguna, manakala model rapid prototyping

meningkatkan kejayaan pembangun untuk menghasilkan perisian yang benar-benar

sesuai dan memenuhi keperluan pengguna (S.Dijkstra et al., 1997).

Menurut Baharuddin Aris et al., 2002, kaedah waterfall melibatkan sedikit

maklumat daripada pengguna pada satu atau dua atau semua peringkat. Tetapi kaedah

rapid prototyping melibatkan maklum balas secara berulangan pada setiap peringkat.

Oleh itu adalah wajar menggunakan rapid prototyping untuk membangunkan perisian

pendidikan.

Page 59: JUDUL: PEMBANGUNAN PERISISAN BERASASKAN WEB … · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia

45

2.14 Model Motivasi: Model ARCS

Model ini telah dikemukan oleh Keller yang dikenali secara umumnya sebagai

model ARCS. Membuat pilihan tentang pengalaman, matlamat yang ingin diterokainya

dan membuat pilihan tentang kuantiti usaha yang perlu dijana untuk mencapai pilihan

tersebut berdasarkan kecenderungan merupakan motivasi (Keller, 1983).

2.15 Penutup

Pengaplikasian pembelajaran berbantukan komputer dapat meningkatkan

kefahaman pelajar disamping menjadikan pembelajaran lebih menarik serta bermakna.

Selain itu, penggunaan komputer dapat mengekalkan maklumat yang diperolehi oleh

pelajar dengan lebih lama. Malahan, ianya dapat menyediakan satu keadaaan

pembelajaran yang selamat dan berciri-cirikan situasi sebenar.

Oleh yang demikian, pembangunan halaman web mahu pun perisian

pembelajaran haruslah dilaksanakan mengikut serta berpandukan pendekatan, teori dan

model yang telah dikaji keberkesananya bagi memastikan projek yang dibangunkan

memberikan kesan yang signifikan terhadap pembelajaran pengguna.

Page 60: JUDUL: PEMBANGUNAN PERISISAN BERASASKAN WEB … · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia

46

BAB 3

REKABENTUK LAMAN WEB DAN SIMULASI

3.1 Pengenalan

Bab ini akan menerangkan mengenai langkah-langkah dan cara pembangunan

simulasi berkaitan dengan subjek Radiokimia yang akan diintegrasikan ke dalam laman

web ini dan langkah-langkah dan juga cara pembangunan laman web ini sebagai elemen

utama dalam kajian ini. Pembangunan laman web ini akan menggunakan perisian Adobe

Dreamweaver 8 dan simulasi akan dibangunkan menggunakan Adobe Flash 8

Professional. Skop kandungan laman web ini adalah berdasarkan kepada subjek

SSC2792 Asas Radiokimia yang diambil oleh pelajar Fakulti Sains dan Fakulti

Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.

Bagi membangunkan laman web ini, pelbagai aspek dan elemen-elemen

pembangunan penting perlu diambil kira untuk membangunkan perisian yang telah

dirancang. Masalah-masalah ini perlu diambilkira dan diteliti bagi mengelakkan

sebarang bentuk masalah timbul serta mengganggu kelancaran proses pembangunan

laman web.

Page 61: JUDUL: PEMBANGUNAN PERISISAN BERASASKAN WEB … · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia

47

Selain itu, bab ini juga akan memberi penjelasan mengenai elemen-elemen

interaktif yang bakal disediakan di dalam perisian ini dan menyatakan secara jelas

mengenai aliran penggunaan perisian oleh pengguna menggunakan flow chart.

3.2 Rekabentuk Am

Rekabentuk laman web ini adalah sama sahaja dengan kebanyakan laman web

yang lain. Ianya dibangunkan untuk kegunaan sistem dengan OS Windows XP

berlandaskan atau digunakan untuk flatform PC (Personal Computer) dan tidak

mengambilkira penggunaan berdasarkan atau berasaskan flatform Macintosh dan Linux.

Dari segi pendekatan pula, ianya akan menggunakan pendekatan yang dapat membantu

pengguna melayari dan menggunakan laman web ini dengan baik serta menyediakan

grafik dan butang navigasi yang berbentuk piawai, umum dan boleh difahami serta

bermakna kepada kumpulan sasaran.

Elemen-elemen asas seperti hiperteks akan digunakan di dalam laman web ini

sebagai penghubung satu helaian dengan helaian lain atau kepada rangkaian luar dan

laman web yang lain. Namun, perhubungan atau pengaliran kepada rangkaian luar akan

dilakukan menggunakan tetingkap yang baru bagi memastikan pengguna tidak akan

meninggalkan laman web ini buat selama-lamanya. Selain itu, butang-butang dalam

bentuk grafik yang piawai, bermakna dan mudah difahami digunakan di dalam laman

web ini. Namun, kebanyakan butang yang akan digunakan akan dilabelkan

menggunakan teks bagi mengelakkan sebarang kekeliruan berlaku.

Simulasi dan animasi di dalam laman web ini juga akan menglibatkan

penggunaan actionscript bagi menambahkan elemen interaktiviti dalam penggunaannya.

Perisian yang akan menggunakan kepakaran actionscript ini adalah Adobe Flash 8.

Selain itu, laman web ini juga memerlukan pembangun untuk menguasai kemahiran

Page 62: JUDUL: PEMBANGUNAN PERISISAN BERASASKAN WEB … · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia

48

dalam perisian pembangunan laman web yang digunakan iaitu Adobe Dreamweaver 8.

Bagi penilaian pula, animasi berkomputer ini akan dinilai melalui pakar iaitu di kalangan

pakar atau rakanrakan. Penilaian ini bertujuan untuk mengetahui sejauh mana

keberkesanan animasi berkomputer berasaskan web ini. Penilaian dilakukan untuk

mengetahui kelancaran persembahan animasi berkomputer dan sekiranya perlu

diperbaiki, pembangun akan memperbaikinya demi kelancaran animasi berkomputer

laman web ini.

3.3 Rasional Pemilihan Tajuk

Radiokimia ada satu subjek yang bukan sesuatu yang biasa terutamanya di

negara-negara dunia ketiga dan negara-negara tanpa kapasiti nuklear. Oleh itu, di

Malaysia, sudah tentu para pelajar subjek ini mengalami kesulitan untuk memahami

subjek ini dengan baik. Ini kerana, pembelajaran hanya berlaku dalam bentuk teori 100

peratus tanpa sedikit pun menglibatkan elemen sebenar dan praktikal. Sudah pasti,

penerapan elemen teoritikal sahaja semata-mata adalah tidak memadai untuk pelajar

menguasai subjek ini. Tambahan pula, subjek ini adalah salah satu cabang dalam bidang

sains yang sememangnya menglibatkan konsep-konsep berbentuk abstrak dan

memerlukan daya imaginasi yang tersangat tinggi bagi menguasainya. Oleh yang

demikian, laman web ini secara teorinya dapat meningkatkan kefahaman dan

penguasaan pelajar terhadap subjek ini. Namun, secara praktiknya dan dari segi

keberkesananya, ianya belum dapat dibuktikan lagi. Ini adalah kerana kajian ini

merupakan penulisan ilmiah dan penyelidikan untuk Projek Sarjana Muda yang tidak

memerlukan refleksi dan kajian keberkesanan dilaksanakan di dalam ruang lingkup dan

skop kajian.

Subjek ini menglibatkan salah konsep atau juga dikenali sebagai miskonsepsi

dikalangan pelajar. Walaupun Malaysia tidak mempunyai kemampuan dan kapasiti

Page 63: JUDUL: PEMBANGUNAN PERISISAN BERASASKAN WEB … · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia

49

nuklear, pelajar masih boleh mendapatkan pengetahuan mengenai teknologi ini melalui

bahan-bahan bacaan. Malah, para pelajar juga boleh mendapat miskonsepsi melalui

kesalahan mentafsir dan memahami pengajaran pensyarah ketika di dalam kuliah dan

akibat daripada tidak menumpukan perhatian di dalam kuliah semasa sesi pengajaran

dan pemnbelajaran.

Oleh kerana masalah-masalah di atas, penulis sangat yakin dengan pemilihan

subjek ini untuk projek akhir Projek Sarjana Mudanya. Faktor-faktor dan rasional lain

yang lebih berbentuk inferior daripada kenyataan di atas adalah kerana terdapat beberapa

bahagian di dalam subjek ini yang mengandungi elemen-elemen dan konsep yang sama

dengan subjek Fizik Tingkatan 5 KBSM Kementerian Pelajaran Malaysia tajuk

Radioaktiviti namun dalam skop yang lebih kecil dan cetek. Maka dengan ini, hasil

kajian ini nanti akan dapat membantu pelajar-pelajar tingkatan 5 yang mengambil subjek

Fizik dalam memahami topik radioaktiviti dengan lebih berkesan, mudah, cepat dalam

parameter yang berbentuk dan berorientasikan interaktif dan active learning.

3.4 Model Rekabentuk

Terdapat pelbagai model pembangunan (Instructional Design-ID) yang telah

dikemukan oleh ahli-ahli yang pakar di dalam bidang rekabentuk perisian multimedia.

Contoh-contoh utama model pembangunan yang sering kali diutarakan dan dicanang

oleh ahli-ahli dan pakar rekabentuk adalah seperti berikut:

i. Model ADDIE

ii. Model ASSURE

iii. Model Dick dan Carey

iv. Model Waterfall (tradisi dan moden)

v. Model Hannafin dan Peck

Page 64: JUDUL: PEMBANGUNAN PERISISAN BERASASKAN WEB … · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia

50

Namun, di dalam kajian ini, penulis akan menggunakan dan

mengimplementasikan model ADDIE dalam pembangunan laman web ini dan rasional

penggunaan model ADDIE dalam pembangunan akan dinyatakan pada hujung bahagian

Bab 3 ini. Model ini agak kontemporari dan mengandungi langkah-langkah yang mudah

serta saling berkaitan. Ianya terdiri daripada lima fasa yang utama yang saling berkaitan

serta bergantung antara satu sama lain. Menurut Betsy (2000), fasa-fasa di dalam model

ADDIE adalah seperti berikut:

i. Analysis-analisis

ii. Design-rekabentuk

iii. Development-pembangunan

iv. Implementation-implimentasi

v. Evaluation-penilaian

Setiap fasa mengandungi langkah-langkah yang perlu diambil oleh seorang

pembangunan laman web mahupun pembangun perisian multimedia dalam usaha

membangunkan projek mereka masing-masing.

3.5 Rasional Model ADDIE

Model ADDIE dipilih kerana ianya mengandungi elemen yang sentiasa berkaitan

antara satu sama lain. Setiap elemen akan memastikan kesempurnaan antara satu sama

lain. Ianya juga membolehkan pembangun bergerak dari satu fasa kepada satu fasa yang

lain secara bebas. Ini memudahkan pembangun kerana pembangun dapat memperbaiki

sebarang kelemahan pada mana-mana fasa sekiranya kelemahan dikesan dan baik pulih

diperlukan. Malahan model ini tidak kompleks serta mudah digunakan berbanding

dengan model-model lain selain daripada ianya dapat memudahkan proses pembangunan

dilaksanakan langkah demi langkah. Model ini juga boleh dianggap sebagai model

Page 65: JUDUL: PEMBANGUNAN PERISISAN BERASASKAN WEB … · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia

51

piawai dikalangan pembangun laman web berbentuk elearning. Ianya juga telah

didokumenkan serta dikaji dengan teliti sejak sekian lama (Betsy, 2002).

3.6 Model Rekabentuk yang Digunakan.

Pada masa kini, kita telah didedahkan dengan pelbagai bentuk model rekabentuk

sama ada yang terkini mahupun yang terdahulu. Tujuan utama model rekabentuk adalah

bagi membantu pembangun membangunkan perisian, laman web atau aplikasi

multimedia mereka dengan teratur, sistematik dan terancang.

Bagi pembangunan laman web ini, pembangun telah memilih Model ADDIE

sebagai model rekabentuk yang akan diaplikasikan untuk pembangunan. Model ADDIE

adalah seperti berikut:

• Penetapan masalah, objektif, matlamat.

• Pengetahuan dan kemahiran sedia ada kumpulan sasaran

dikenal pasti dan dikaji serta di dalami.

• Kumpulan sasaran dan ciri-ciri kumpulan sasaran

dikenalpasti (laporan secara analisis).

• Mengumpulkan maklumat mengenai pencapaian

pengguna.

Analysis Phase (Fasa

Analisis)

• Mengenalpasti kesukaran pembelajaran pengguna.

• Menyenaraikan objektif pembelajaran dan pengajaran.

• Menyenaraikan soalan pengujian dan latihan. Design Phase

(Fasa Rekabentuk) • Penentuan dan pembentukan rancangan pengajaran dan

media yang digunakan..

Page 66: JUDUL: PEMBANGUNAN PERISISAN BERASASKAN WEB … · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia

52

Jadual 3.0: Fasa-fasa Model ADDIE (Betsy, 2002)

3.6.1 Fasa Analisis

Pada fasa analisis, pelbagai bentuk analisis akan dijalankan bagi mendapatkan

maklumat bagi tujuan pembangunan laman web ini. Antara analisis yang paling asas

adalah analisis terhadap pengguna atau lebih spesifik lagi analisis terhadap kumpulan

sasaran. Tujuan analisis adalah bagi menetapkan matlamat, objektif, masalah serta bagi

tujuan perancangan sepanjang tempoh pembangunan laman web ini dijalankan. Semasa

fasa analisis, pembangun mengenalpasti bahagian-bahagian atau subtopik subjek

Radiokimia yang sukar difahami serta mudah terjadinya salah konsep. Malahan,

bahagian-bahagian penting juga akan diteliti dan dipertimbangkan untuk dimuatkan di

Development Phase

(Fasa Pembangunan)

• Menghasilkan template dan elemen-elemen yang

digunakan dan diperlukan.

• Mendapatkan fail-fail media seperti gambar, audio, dan

video.

Implementation Phase

(Fasa Implementasi)

• Mengguji dan menggunakan laman web secara atas

talian.

• Menghantar laman web ke pelayan.

Evaluation Phase

(Fasa Penilaian)

• Penilaian dilaksanakan berdasarkan kepada dua bentuk

iaitu penilian formatif dan penilian sumatif

Page 67: JUDUL: PEMBANGUNAN PERISISAN BERASASKAN WEB … · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia

53

dalam laman web yang bakal dibangunkan. Kesemua bahagian analisis akan diterangkan

dengan lebih jelas pada bahagian berikutnya.

Menurut Chuck (2006), fasa analisis menglibatkan pengumpulan data yang

berkaitan dengan projek yang bakal dibangunkan. Keputusan yang berkaitan dengan

setiap aspek projek akan dibuat dan setiap maklumat yang dikumpulkan pada fasa ini

akan digunakan untuk keseluruhan proses pembangunan.

3.6.1.1 Analisis Pengguna

Pada fasa ini, pembangun akan meneliti, mengkaji serta menganalisis pengguna.

Pengguna akan dianalisis daripada segi keperluan, pengetahuan sedia ada, kemahiran

serta tahap kecekapan menggunakan komputer serta melayari laman web. Cara

maklumat yang diperlukan dikumpul adalah melalui pemerhatian, temuduga, dan

berdasarkan kepada kajian-kajian lepas serta pengalaman pembangun sendiri.

Fasa analisis juga akan memberikan maklumat mengenai pengguna kepada

pembangun. Melalui maklumat yang dikumpulkan ini, pembangun akan memilih strategi

pembelajaran yang paling sesuai dengan keperluan pengguna atau lebih spesifik lagi

kumpulan sasaran. Strategi dan pendekatan yang dipilih adalah berdasarkan kepada

keperluan pengguna dan keberkesanan pendekatan dan strategi yang digunakan penting

bagi memastikan matlamat pembelajaran serta objektif pembelajaran tercapai dengan

mudah dan pantas.

Page 68: JUDUL: PEMBANGUNAN PERISISAN BERASASKAN WEB … · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia

54

3.6.1.2 Analisis Pembangunan

Analisis yang berkaitan rapat dengan keperluan untuk membangunkan laman

web ini dari aspek perkakasan serta perisian akan dilaksanakan pada fasa pembangunan.

Segala keperluan akan dinilai dan dipertimbangkan bagi memastikan kesempurnaan fasa

pembangunan dan memastikan pembangunan dapat dilaksanakan dalam tempoh masa

yang telah ditetapkan.

Hasil daripada analisis ini akan memberikan spesifikasi komputer, perkakasan

dan perisian yang diperlukan dalam usaha membangunkan perisian ini. Ianya akan

memberikan anggaran mengenai perbelanjaan yang diperlukan serta peruntukan yang

diperlukan bagi membangunkan laman web ini.

i. Analisis Keperluan Perkakasan

Bagi membangunkan laman web ini, perkakasan dengan spesifikasi yang tinggi

diperlukan bagi mendapatkan hasil yang terbaik disamping menjimatkan masa dan

meningkatkan kualiti produk. Namun, semasa pembangunan dilakukan, aspek

bandwidth yang rendah amat dititkberatkan bagi memastikan segala maklumat yang

ingin disampaikan memenuhi objektif pembangun dan pengguna. Spesifikasi desk top

yang digunakan adalah seperti berikut:

i. CPU (central processing unit): Intel Pentium IV 2.4 GHz

ii. RAM (random access memory): 1 GB DDR

iii. Kad Grafik: 256 MB

iv. Cakera Liut: 160 GB

v. Pemacu Optik: DVD-RAM

Page 69: JUDUL: PEMBANGUNAN PERISISAN BERASASKAN WEB … · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia

55

vi. OS (operating system): Windows XP Service Pack II

vii. Perkakasan Input: Tetikus, papan kekunci

viii. Perkakasan Output: Monitor, pencetak

Pembangun juga mengambil kira menggenai spesifikasi minimum yang

diperlukan bagi pengguna untuk menggunakan laman web ini. Spesifikasi minimum

bagi pengguna adalah seperti berikut:

i. CPU (central processing unit): Intel Celeron 1.8 GHz

ii. RAM (random access memory): 128 MB

iii. Kad Grafik: -

iv. Cakera Liut: 40 GB atau kurang

v. Pemacu Optik: -

vi. OS (operating system): Windows XP Service Pack II

vii. Perkakasan Input: Tetikus, papan kekunci, modem

viii. Perkakasan Output: Monitor

ix. Talian Internet: 56 KB persaat

Penggunaan komputer berspesifikasi tinggi untuk membangunkan laman web ini

tidak akan menjejaskan penggunaanya oleh pengguna. Ini adalah kerana ianya

merupakan sebuah laman web dan kemampuan menggunakannya pada majoritinya

bergantung kepada talian internet yang mereka gunakan. Talian yang lebih pantas akan

memberikan respon yang lebih pantas dan begitu juga sebaliknya.

ii. Keperluan Perisian

Laman web ini akan menerapkan elemen interaktiviti dan simulasi di dalam

usaha untuk mencapai matlamatnya. Oleh yang demikian, dua perisian utama dan

Page 70: JUDUL: PEMBANGUNAN PERISISAN BERASASKAN WEB … · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia

56

beberapa perisian sokongan diperlukan bagi membangunkan laman web ini. Perisian

yang digunakan untuk membangunkan laman web ini adalah perisian Adobe

Dreamweaver 8. Ianya dipilih atas kriteria-kriteria berikut:

i. Ianya lebih berkuasa daripada perisian lain.

ii. Kawalan yang mudah dikendalikan

iii. Antaramuka yang mesra pengguna.

iv. Tidak memerlukan bahasa pengaturcaran JAVA.

v. Manual dan pandauan penggunaan yang mudah diperolehi.

Perisian utama yang kedua yang akan digunakan untuk membangunkan laman

web ini adalah perisian untuk membangunkan simulasi. Untuk membangunkan simulasi,

perisian yang digunakan adalah perisian Adobe Flash 8 dan akan dibantu oleh perisian

SWISHmax. Faktor-faktor yang membawa kepada pemilihan perisian Adobe Flash 8

adalah seperti berikut:

i. Ianya lebih berkuasa dan fleksible daripada perisian-perisian lain.

ii. Penggunaan time line membolehkan pembangun mementukan masa yang

diperuntukan untuk simulasi dipaparkan.

iii. Ianya berkemampuan untuk membentuk persembahan yang realistik

iv. Kemampuan untuk mewujudkan interaktiviti yang tinggi seperti interaksi

tetikus dan persembahan.

Perisian sampingan untuk membangunakan laman web ini adalah seperti perisian

Adobe Photoshop CS2, Adobe Illustrator CS3 dan Sony Sound Forge 8.0. Perisian

Adobe Photoshop CS2 digunakan kerana ianya berkemampuan menukar format sesuatu

grafik dengan mudah dan ianya dapat memberikan kesan grafik yang cantik dan

menarik. Perisian Sony Sound Forge 8.0 digunakan untuk membangunkan perisian ini

kerana ianya mudah digunakan dan berkemampuan untuk mengubah format fail dengan

mudah dan pantas. Kesemua perisian yang digunakan dapat disimpulkan seperti berikut:

Page 71: JUDUL: PEMBANGUNAN PERISISAN BERASASKAN WEB … · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia

57

i. Perisian untuk menghasilkan animasi: Adobe Flash 8, SWISHmax, swift 3D

ii. Perisian untuk membangunkan web: Adobe Dreamweaver 8

iii. Perisian menyunting audio: Sony Sound Forge 8.0

iv. Perisian menyunting grafik: Adobe Photoshop CS2, Adobe Illustrator

CS3

3.6.2 Fasa Rekabentuk

Fasa ini memerlukan pembangun untuk menjalankan proses rekabentuk ke atas

laman web yang sedang dalam usaha pembangunan. Fasa ini menitik beratkan keperluan

dan kepentingan rekabentuk laman web serta keperluan kepada rekabentuk yang

mempunyai nilai-nilai artistik serta daya penarik yang dapat mengekalkan penggunaan

dan tumpuan pengguna. Diantara elemen-elemen penting dan utama yang diambilkira

serta dititik beratkan di dalam laman web ini adalah aspek pelayaran, keberkesanan dan

kreativiti.

Menurut Chuck (2006), fasa rekabentuk merupakan fasa bagi membangun untuk

membentuk cetakan biru atau “blue print”projek berdasarkan kepada kesemua

spesifikasi yang diperlukan. Pada fasa ini juga mereka akan menulis objektif, dan

melengkapkan rancangan rekabentuk.

Page 72: JUDUL: PEMBANGUNAN PERISISAN BERASASKAN WEB … · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia

58

3.6.2.1 Rekabentuk Antaramuka

Bagi membangunkan antaramuka bagi laman web ini, pembangun akan

menggunakan konsep tema bagi membentuk suatu identiti laman web berkenaan dan

memastikan keseragaman dapat dicapai dengan baik.

Penggunaan warna amat dititik-beratkan dalam rekabentuk antaramuka kerana

ianya memainkan peranan yang sangat penting bagi memastikan keberkesanan laman

web ini. Penggunaan warna yang sesuai akan dapat mempengaruhi emosi dan mood

pengguna, jadi amatlah penting penggunaan warna dititik-beratkan dalam pembangunan

antaramuka. Warna yang akan dipilih adalah warna yang dapat menarik perhatian

pengguna iaitu warna biru tua dan kuning. Ini adalah berdasarkan rasional bahawa warna

ini dapat menarik perhatian pengguna dan kombinasi dua warna ini dapat memberikan

aras keterangan, kejelasan dan kontra yang mencukupi kepada penglihatan pengguna.

Manakala dari aspek penggunaan teks, pembangun akan menggunakan teks dari kategori

sans sarif bagi memastikan ianya dapat dibaca dengan mudah oleh pengguna. Oleh yang

demikian, teks yang akan digunakan adalah dari jenis teks Arial. Rasionalnya mudah,

ianya adalah daripada kategori sans sarif dan menyebabkan ianya mudah untuk dibaca.

Selain itu, ianya juga boleh serta mudah didapati dimana-mana komputer dan seterusnya

dapat menggelakkan masalah berkaitan dengan teks apabila dipaparkan di komputer

pengguna kelak (Noor Azean, 2007).

3.6.2.2 Rekabentuk Hiperteks

Pada kebiasaanya, laman web memerlukan kepada hiperteks dalam usaha untuk

membantu pengguna melayarinya dengan lebih baik dan mudah serta berkesan .

Page 73: JUDUL: PEMBANGUNAN PERISISAN BERASASKAN WEB … · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia

59

Menurut Noor Azean Atan et al,. (2007), hiperteks akan membenarkan pengguna

melayari apa sahaja pada laman web dan selalunya berwarna biru atau ungu.

Penggunaan hiperteks juga mengehadkan lambakan informasi di dalam satu

halaman web dan ini dapat mengelakkan pengguna daripada cepat bosan atau tidak

dapat menyerap maklumat yang diberikan dan disediakan dengan baik serta berkesan.

Ianya juga membolehkan pembangun menguruskan maklumat dengan lebih sistematik

serta berkesan serta mengelakkan serakan maklumat secara tidak terkawal ataupun

serakan maklumat secara rawak mahupun serakan maklumat berkala dan tertumpu

(Noor Azean Atan, 2007).

3.6.2.3 Rekabentuk Animasi dan Simulasi Berkomputer

Animasi dan simulasi berkomputer yang dipilih untuk laman web ini adalah

daripada jenis 2 dimensi (2D) . Jelasnya di sini, pengguna dapat memanipulasikan

animasi berkomputer mengikut kesesuaian mengikut masa atau persekitaran yang

disediakan. Pengguna juga boleh untuk menggunakan animasi berkomputer secara

berulang kali dan melihat modifikasi yang berlaku dan juga menginterpretasikan

keputusan yang diperoleh. Animasi dan simulasi yang akan dibangunkan adalah

mengikut kesesuaian isi kandungan dan beberapa situasi yang berkaitan. Setiap animasi

dan simulasi dipastikan dapt memberikan input kepada pengguna dan pengujian akan

dilaksanakan secara formatif dengan cara membuat kesimpulan selepas aktiviti inkuiri-

penemuan atau secara sumatif melalui tutorial yang disediakan.

Page 74: JUDUL: PEMBANGUNAN PERISISAN BERASASKAN WEB … · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia

60

3.6.3 Fasa Pembangunan

Menurut Chuck (2006), fasa ini menglibatkan pembangunan bahan dan pilot

testing. Pembangun juga akan memastikan bahawa bahan yang ingin disampaikan akan

dapat disampaikan kepada pengguna bagi memastikan projek mencapai matlamatnya.

Bagi laman web ini, pembangun akan membangunkan laman web mengikut dua

fasa yang saling berturutan. Fasa pertama yang akan dilaksanakan adalah fasa

pembangunan simulasi. Fasa ini dilaksanakan terlebih dahulu berdasarkan kepada

arahan pakar (Penyelia Projek Sarjana Muda) bagi memastikan simulasi yang diperlukan

dapat dibangunkan dengan sempurna pada akhir tempoh pembangunan.

Fasa pembangunan simulasi memerlukan satu perisian simulasi yang berkuas.

Untuk tujuan tersebut, pembangun telah menggunakan perisian Adobe Flash 8 dengan

kepakaran dan kemahiran action script pada peringkat dan aras tinggi bagi membentuk

satu elemen interaktivi yang hebat serta berkesan. Pembangunan simulasi ini juga

dibantu oleh perisian Swish 2.0 bagi memudahkan pembangunan dilaksanakan.

Prototaip simulasi ini telah dipersembahkan kepada pakar dan dinilai secara sumatif

pada fasa pertama.

Fasa kedua iaitu fasa pembangunan laman web pula dilaksanakan selepas fasa

pertama sempurna dan siap dibangunkan sepenuhnya. Ianya kan dibangunkan

menggunakan perisian Adobe Dreamweaver 8 dengan bantuan dan sokongan daripada

perisian Adobe Photoshop CS2.

Page 75: JUDUL: PEMBANGUNAN PERISISAN BERASASKAN WEB … · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia

61

3.6.3.1 Carta Alir

Mula

Mula Ya

Home Subtopic Tutorial Forum

Reference

D

BA C

E

Contact Us

Teruskan

A

Mula Tidak Ya

Topik 1 Topik 2 Topik 3

A1 A2 A3

Teruskan

Page 76: JUDUL: PEMBANGUNAN PERISISAN BERASASKAN WEB … · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia

62

A1

Tidak Ya

Mula

Mula

Nota

Simulasi / animasiI

Teruskan

B Tidak Ya

Tutorial A Tutorial B

d2 d1

Teruskan

Page 77: JUDUL: PEMBANGUNAN PERISISAN BERASASKAN WEB … · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia

63

d1

Mula

Mula

Tidak Ya

Soalan

Teruskan

d2 Tidak Ya

Soalan

Teruskan

Page 78: JUDUL: PEMBANGUNAN PERISISAN BERASASKAN WEB … · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia

64

Tidak

Ya

C

Pilih Forum

Forum Sedia ada Forum Baru

Teruskan

Mula

Page 79: JUDUL: PEMBANGUNAN PERISISAN BERASASKAN WEB … · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia

65

D

Site Map Glossary External Links

Kredit

Teruskan

Mula

YaYa

Page 80: JUDUL: PEMBANGUNAN PERISISAN BERASASKAN WEB … · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia

66

Ya Ya

E

Profil Pembangun

Teruskan

Mula

Page 81: JUDUL: PEMBANGUNAN PERISISAN BERASASKAN WEB … · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia

67

3.6.4 Fasa Penilaian

Terdapat dua peringkat dan jenis penilaian yang akan digunakan untuk menilai

laman web ini. Ianya adalah penilaian sumatif dan penilaian formatif dan kedua-dua

penilaian ini dilakukan pada masa yang berbeza-beza serta matlamt yang berbeza. Pada

peringkat pembangunan, penilaian formatif akan dilakukan secara berterusan dan

berperingkat. Matlamat penilaian ini adalah supaya pembangunan laman web ini selari,

selaras dan bertepatan dengan matlamat dan objektif pembangunan. Ianya akan

dilakukan oleh pembangun sendiri dan mendapatkan bantuan daripada rakan-rakan serta

penyelia projek bagi mendapatkan pandangan, kritikan dan komen mereka mengenai

projek yang dibangunkan.

Penilaian sumatif akan diadakan pada akhir proses pembangunan laman web ini.

Ianya akan dilaksanakan oleh pakar-pakar di dalam bidang laman web, reka bentuk dan

teori pembelajaran. Tujuan ianya dilaksankan adalah untuk tujuan penilaian dan

memberikan cadangan kepada pembangun untuk menambahbaik hasil yang

dibangunkan untuk tujuan akan datang. Penilaian sumatif dilakukan menggunakan

prototaipyang telah siap dibangunkan sepenuhnya atau berada pada peringkat terakhir

pembangunan namun telah dapat memberikan gambaran sepenuhnya mengenai hasil

akhir yang akan dihasilkan.

3.7 Model ARCS

Model ini juga dikenali dengan pangilan Model Motivasi ARCS. Ianya telah

diperkenalkan pada tahun 1987 oleh ahli motivasi terkenal iaitu Keller. Motivasi

merujuk kepada kecenderungan manusia untuk membuat pilihan tentang pengalaman,

matlamat,yang ingin diterokainya dan membuat pilihan tentang kuantiti usaha yang

perlu dijana untuk mencapai pilihan tersebut (Baharuddin Aris et al., 2002).

Page 82: JUDUL: PEMBANGUNAN PERISISAN BERASASKAN WEB … · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia

68

Model ini terdiri daripada beberapa elemen utama iaitu attention (perhatian),

relevance (relevan), confidence (keyakinan), dan satisfaction (kepuasan). Setiap elemen

menyatakan dan mencadangkan cadangan yang sesuai untuk dilaksanakan dan

diimplimentasikan bagi memastikan moral dan motivasi pengguna kekal tinggi ketika

menggunakan laman web atau perisian yang dibangunkan.

3.7.1 Elemen Perhatian

Elemen ini memberikan tumpuan kepada mendapatkan perhatian pengguna

terhadap perisian atau laman web yang dibangunkan. Perhatian pengguna boleh

diperolehi melalui penggunaan contoh yang konkrit atau dekat dengan pengguna

mahupun penggunaan gambaran visual yang menarik perhatian. Selain daripada itu,

persembahan montage yang berkemampuan menarik minat pengguna juga merupakan

antara cadangan yang dicadangkan dibawah elemen perhatian. Malahan, pembangun

laman web juga boelh mempelbagaikan media pengajaran seperti menggunakan pelbagai

elemen multimedia dalam perisian mereka seperti memperbanyakkan unsur-unsur audio,

video dan animasi. Kepelbagaian susun atur pada skrin dan aktiviti berbentuk

penyelesaian masalah juga dapat digunakan bagi mendapatkan perhatian pengguna

(Baharuddin Aris et al., 2002).

Pembangun boleh mengekalkan dan mendapatkan perhatian pengguna melalui

pendekatan yang lebih mencabar. Iaitu, pembangun seharusnya mendedahkan pengguna

dengan maklumat dan ilmu pengetahuan baru, kemahiran yang baru bagi mereka atau

melakukan pergerakan pada antaramuka halaman web yang dibangunkan (American

College of Sport Medicine, 2007).

Page 83: JUDUL: PEMBANGUNAN PERISISAN BERASASKAN WEB … · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia

69

3.7.2 Elemen Relevan

Pengguna tidak akan mendapat apa-apa input daripada pelajaran yang diajarkan

atau maklumat yang ditujukan kepada mereka sekiranya mereka tidak sedar bahawa

maklumat tersebut relevan terhadap mereka. Maka, pembangun perlu menekankan

elemen relevn dalam isi kandungan mereka bagi memastikan mereka dapat mengekalkan

motivasi pengguna (American College of Sport Medicine, 2007).

3.7.3 Elemen Keyakinan

Pembangun perlu memastikan keyakinan pengguna sentiasa tinggi semasa

menggunakan perisian atau laman web yang mereka hasilkan. Untuk mencapai matlamat

itu, pembangun seharusnya memastikan pengguna berasa yakin bahawa mereka akan

dapat mencapai matlamat pembelajaran. Pembangun juga harus memastikan bahawa

pengguna berasa bahawa latihan yang diberikan memandu mereka kearah menguasai

pengetahuan yang diperlukan (American College of Sport Medicine, 2007).

Elemen keyakinan pula mencadangkan supaya matlamat dan objektif

pembelajaran dinyatakan serta kriteria penilian dinyatakan. Ini kerana ianya dapat

memudahkan pengguna dalam menguasai sesuatu topikyang diberi serta dapat bersiap

sedia dengan baik untuk dinilai. Penyusunan bahan pengajaran mestilah daripada yang

mudah kepada sukar. Ini dapat membantu pembelajaran pelajar disamping mengekalkan

motivasi mereka untuk terus belajar serta dapat mengelakkan mereka kehilanagan

motivasi dengan segera. Pengguna juga seharusnya dibiarkan mempelajari sesuatu

konsep yang baru dalam situasi yang berisiko rendah dan kemahiran yang dikuasai

mestilah dilaksanakan di dalam situasi yang seakanakan benar (Baharuddin Aris et al.,

2002).

Page 84: JUDUL: PEMBANGUNAN PERISISAN BERASASKAN WEB … · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia

70

3.7.4 Elemen Kepuasan

Elemen ini pula menekankan kepada kepuasan yang diperolehi oleh pengguna

melalui penggunaan laman web yang disediakan. Ianya mesti dapat memberikan

kepuasan kepada pengguna agar ianya dapat memotivasikan pengguna untuk terus

menggunakan atau menggunakan laman tersebut pada masa akan datang. Cara untuk

memberikan kepuasan kepada pengguna adalah seperti memberikan insentif yang

menarik dan tidak dijangkakan kepada pengguna seperti memberikan pujian secara lisan

kepada pengguna. Penggukuhan juga harus dilakukan secara berulang-ulang kepada

pengguna supaya ianya menggukuhkan pengguna terhadap kemahiran yang ingin

dikuasai. Manakala pengukuhan yang terlalu berat harus dielakkan sekiranya kesilapan

berlaku supaya tidak menjatuhkan moral pengguna (Baharuddin Aris et al., 2002).

3.8 Penutup

Dalam usaha untuk membangunkan laman web yang dapat memenuhi

keperluan pengguna dan bersesuaian serta memberikan kesan yang signifikan,

pembangun akan menggunakan Model ADDIE dan Model Motivasi ARCS. Selain itu,

pembangun juga menggunakan model ADDIE supaya mempunyai satu cara

pembangunan yang teratur dan sistematik.

Page 85: JUDUL: PEMBANGUNAN PERISISAN BERASASKAN WEB … · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia

71

BAB 4

PEMBANGUNAN LAMAN WEB 4.1 Pengenalan Bab 4 : Pembangunan Laman Web akan menerangkan hasil daripada laman web

yang telah pun berjaya dibangunkan oleh pembangun. Pembangunan di jalankan dengan

teliti mengikut model ADDIE seperti mana yang dicadangkan sebelum ini. Laman web

ini amat sesuai digunakan oleh pelajar dan pensyarah yang mengajar dan mengambil

subjek SSC2792 Basic Radiochemistry bagi Fakulti Sains dan Fakulti Pendidikan.

Medium bahasa yang digunakan adalah bahasa Inggeris seperti mana medium yang

digunakan di dalam subjek berkenaan.

4.2 Struktur Asas Laman Web Laman web ini mempunyai struktur dan aliran yang hampir sama seperti laman-

laman web yang lain. Ianya disusun mengikut kepentingan dan keperluan masing-

masing dan terdapat pecahan di dalam sebahagian daripada struktur utama ini. Struktur

utama bagi laman web ini adalah halaman utama (home page), subtopik, tutorial, forum,

rujukan (reference) serta contact us. Setiap struktur utama ini diintegrasikan di dalam

satu laman web dengan kaitan antara satu sama lain.

Pembangunan laman web ini adalah berdasarkan kepada teori pembelajaran

konstruktif dan pembelajaran berasaskan animasi serta simulasi.

Page 86: JUDUL: PEMBANGUNAN PERISISAN BERASASKAN WEB … · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia

72

4.2.1 Paparan Halaman Utama (Home Page)

Halaman utama berfungsi untuk membawa pengguna serta menyediakan mereka

kepada proses pembelajaran yang akan berlaku. Pada halaman utama terdapat enam

butang bagi membantu pengguna melayari laman web ini. Butang–butang tersebut

adalah Home, Topics, Tutorial, Forum dan Contact Us. Terdapat juga gambar seorang

jurutera bagi memberikan pendedahan kepada pengguna mengenai kaitan radiokimia

dan kejuruteraan secara khususnya kejuruteraan nuklear dan kimia letupan. Objektif

pembelajaran turut dinyatakan bagi memastikan pengguna tahu apa yang perlu mereka

kuasai pada akhir proses pembelajaran dan input yang mereka perolehi daripada

pembelajaran menggunakan laman web ini. Gambar reaktor nuklear diletakkan pada

halaman utama dalam usaha untuik menekankan unsur kejuruteraan nuklear di dalam

laman web ini. Terdapat juga pautan kepada laman web enjin carian Google dan Yahoo!

Bagi membantu pengguna mendapatkan maklumat yang mereka perlukan menggunakan

Internet. Pada bahagian sokongan, turut dinyatakan nombor telefon yang boleh

dihubungi jika pengguna mengalami sebarang masalah yang berkaitan dengan laman

web ini dan sokongan disediakan 24 jam sehari dan 7 hari seminggu. Pengguna juga

dinyatakan mengenai resolusi dan jenis browser yang sesuai untuk laman web ini bagi

membolehkan ianya memberikan paparan terbaik. Berikut adalah paparan bagi halaman

utama:

Page 87: JUDUL: PEMBANGUNAN PERISISAN BERASASKAN WEB … · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia

73

Rajah 4.1: Paparan Home Page

4.2.2 Paparan Halaman Introduction To Nuclear Reactor

Pada halaman ini, pengguna akan dipersembahkan dengan animasi mengenai

reaktor nuklear bagi menarik perhatian pengguna dan menyediakan minda mereka untuk

proses pembelajaran berlaku. Objektif animasi adalah untuk menarik perhatian

pengguna dan memberikan gambaran bagaimana sebuah reaktor nuklear menjana tenaga

elektik serta perbandingan mengenai jumlah tenaga yang dapat dihasilkan. Pada animasi

ini, pengguna diberikan kebebasan untuk mana-mana bahagian di dalam reaktor nuklear

untuk diterokai seperti fission reaction, cooling mechanisms, dan generator and turbine.

Page 88: JUDUL: PEMBANGUNAN PERISISAN BERASASKAN WEB … · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia

74

Pada bahagian fission reaction animasi ini, pengguna akan diterangkan secara

ringkas reactor vessel, steam generation, turbine, reactor core perbandingan antara

uranium dan bentuk-bentuk sumber tenaga yang lain. Manakala, pada bahagian turbine

and generator pengguna akan dipersembahkan dengan animasi bagaimana turbin di

dalam sebuah reaktor nuklear diputarkan dan bagaimana tenaga dijanakan. Ianya juga

menerangkan mengenai bagaimana sumber air diperolehi. Pada bahagian cooling,

pengguna akan dipersembahkan dengan animasi bagaimana air dibekalkan kepada steam

generator. Tujuan utama halaman ini adalah untuk menyediakan minda pengguna

mengenai konsep penjanaan tenaga di dalam reaktor nuklear dan untuk menarik dan

mengarahkan perhatian pengguna. Namun, pengguna boleh terus ke halaman subtopic

tanpa perlu melalui halaman ini terlebih dahulu.

Animasi ini menekankan elemen penemuan dalam pendekatan inkuiri-penemuan.

Pada tahap ini, elemen inkuiri diabaikan buat sementara bagi menyediakan pengguna

dengan pendekatan inkuiri penemuan yang lebih tinggi tahapnya pada bahagian

selanjutnya di dalam laman web ini. Animasi ini menekankan kepada pengumpulan

maklumat melalui deria dan penglibatan pemikiran kognitif dalam mendapatkan fakta

serta konsep. Animasi ini menglibatkan deria penglihatan pengguna dan pemikiran

kognitif mereka dalam usaha mendapatkan maklumat. Oleh itu, bahagian ini

diperbanyakkan dengan elemen grafik dan animasi bagi memberikan maklumat kepada

pengguna agar mudah difahami. Melalui grafik dan animasi yang disediakan, pengguna

dapat memahami struktur asas bagi reaktor nuklear dan bagaimana ianya menjalankan

fungsi masing-masing. Manakala penerangan dalam bentuk teks pula adalah untuk

menglibatkan pemikiran kognitif pengguna dalam mendapatkan fakta dan konsep. Ianya

juga bertujuan untuk mengisi tempat kosong di dalam pemikiran pengguna.

Page 89: JUDUL: PEMBANGUNAN PERISISAN BERASASKAN WEB … · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia

75

Rajah 4.2: Paparan Introduction To Nuclear Reactor

4.2.3 Paparan Halaman Topic

Halaman ini masih mengekalkan ciri-ciri yang terdapat pada halaman utama bagi

memastikan terdapat unsur integriti dan identiti pada laman web yang dibangunkan oleh

pembangun. Pada halaman ini, pengguna akan disediakan dengan empat hyperlink yang

akan membawa pengguna kepada empat subtopik utama di dalam laman web ini.

Subtopik-subtopik bagi laman web ini adalah type of radioactive radiation, chain

reaction, nuclear radiation detector, dan nuclear reactor. Pada setiap hyperlink topik

laman web ini, pengguna akan dipaparkan dengan paparan lain dan pada paparan

tertentu, terdapat maklumat, nota, animasi, simulasi dan aktiviti (latihan).

Page 90: JUDUL: PEMBANGUNAN PERISISAN BERASASKAN WEB … · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia

76

Rajah 4.3: Paparan Topic

4.2.4 Paparan Halaman Alpha Particle Decay

Pada halaman ini, pembangun menggunakan elemen-elemen multimedia seperti

teks dan animasi untuk memberikan penerangan kepada pengguna. Tujuan utama

penggunaan animasi adalah untuk memudahkan kefahaman pengguna dengan masa yang

lebih singkat, meningkatkan motivasi dan kefahaman serta ingatan pengguna.

Pengguna diterangkan mengenai ciri-ciri sinaran alpha dan cara mengira tenaga

lepasan dari sinaran tersebut. Animasi juga disediakan dan pengguna hanya perlu

menekan butang yang disediakan untuk melihat paparan animasi dan animasi yang

disediakan adalah berbentuk tidak linear.

Page 91: JUDUL: PEMBANGUNAN PERISISAN BERASASKAN WEB … · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia

77

Animasi yang digunakan juga menekankan kepada elemen penemuan di dalam

pendekatan inkuiri penemuan. Melalui animasi yang disediakan, pengguna akan dapat

mengumpulkan data dan maklumat melalui pemerhatian mereka. Bahagian ini juga

menekankan kepada aras kedua di dalam tahap pembelajaran inkuiri-penemuan iaitu

melihat hubungan. Melalui animasi ini, pengguna dapat melihat hubungan antara jenis

sinaran dan hasil yang diperolehi.

Rajah 4.4: Paparan Alpha Particle Decay (a)

Page 92: JUDUL: PEMBANGUNAN PERISISAN BERASASKAN WEB … · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia

78

Rajah 4.5: Paparan Alpha Particle Decay (b)

4.2.5 Paparan Halaman Beta Decay

Paparan ini mempunyai ciri-ciri yang sama seperti halaman alpha particle decay

tetapi terdapat elemen tambahan iaitu elemen grafik digunakan di sini. Tujuan

penggunaan elemen grafik pada paparan ini adalah kerana terdapat dua mode beta decay

dan penggunaan paparan grafik dengan kombinasi animasi dapat meningkatkan

kefahaman pengguna dan membolehkan mereka membezakan dua jenis mode ini dengan

lebih baik.

Page 93: JUDUL: PEMBANGUNAN PERISISAN BERASASKAN WEB … · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia

79

Rajah 4.6: Paparan Beta Decay

4.2.6 Paparan Halaman Gas Filled Detector Animation

Pada paparan ini, pengguna akan dipersembahkan dengan animasi mengenai

konsep operasi gas filled detector. Pengguna akan ditunjukkan dengan bagaimana

detector jenis ini menghasilkan isyarat dan bagaimana sinaran radioaktif menyebabkan

pengecasan ion berlaku dan kekonduksian elektik oleh gas dapat dijalankan. Penggunaan

animasi membolehkan penerangan mengenai konsep pengecasan dan pengionan

dijelaskan dengan lebih mudah dan merendahkan keabstrakkan konsep tersebut.

Paparan ini adalah sebahagian daripada aktiviti dalam mempelajari bagaimana

gas filled detector berfungsi. Pengguna terlebih dahulu akan dikehendaki membuat

Page 94: JUDUL: PEMBANGUNAN PERISISAN BERASASKAN WEB … · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia

80

hipotesis, penyoalan dan membuat andaian yang merupakan sebahagian elemen inkuiri

di dalam pendekatan inkuiri penemuan. Pada paparan ini, pengguna dikehendaki

melakukan penyiasatan melalui demonstrasi oleh animasi seterusnya menguji hipotesis

mereka dan mengenalpasti sama ada ramalan mereka tepat atau tidak melalui

kesimpulan.

Rajah 4.7: Paparan Gas Filled Detector Animation

4.2.7 Paparan Halaman Scintillation Detector

Pada paparan ini, pengguna akan dipaparkan dengan simulasi tentang

scintillation detector dan pengguna perlu berinteraksi dengan simulasi ini bagi

Page 95: JUDUL: PEMBANGUNAN PERISISAN BERASASKAN WEB … · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia

81

membolehkan mereka memahami cara scintillation detector berfungsi dan bagaimana

cahaya atau photon terhasil dari scintillation detector. Terdapat butang back yang akan

membawa pengguna kehalaman sebelum halaman scintillation detector.

Rajah 4.8: Paparan Scintillation Detector

4.2.8 Paparan Halaman Photo Multiplier Tube

Pada paparan ini, pengguna akan dipaparkan dengan simulasi pengandaaan

isyarat atau photo yang diterima oleh PMT supaya isyarat yang diterima dapat

memberikan bacaan yang cukup besar dan boleh diterima. Simulasi ini juga memerlukan

input dang interaksi daripada pengguna. Terdapat juga butang back bagi membolehkan

pengguna kembali kepda paparan asal.

Page 96: JUDUL: PEMBANGUNAN PERISISAN BERASASKAN WEB … · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia

82

Rajah 4.9: Paparan Photo Multiplier Tube

4.2.9 Paparan Halaman How Nuclear Plant Work

Halaman ini memaparkan kepada pengguna dengan animasi tentang komponen

reaktor nuklear, penerangan mengenai fission process, dan penjanaan tenaga oleh

reaktor nuklear. Ianya memerlukan interaksi daripada pengguna untuk mengawal

perjalanan animasi tapi tidak memerlukan pengguna untuk memasukkan input atau data.

Terdapat juga button back bagi membolehkan pengguna kembali kepada halaman

sebelumnya.

Page 97: JUDUL: PEMBANGUNAN PERISISAN BERASASKAN WEB … · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia

83

Rajah 4.10: Paparan How Nuclear Plan Work

4.2.10 Paparan Halaman Simple Rector

Halaman ini menyediakan pengguna dengan simulasi mudah bagaimana

mengendalikan sesebuah reaktor nuklear. Pengguna perlu berinteraksi dengan pengguna

bagi membolehkan mereka memahami bagaimana sesebuah reaktor nuklear ini berfungsi

dan bagaimana ianya dapat dikawal dengan baik serta bagaimana tenaga dapat dijana

dengan kuantiti yang diinginkan.

Halaman ini menekankan kepada kedua-dua elemen di dalam pendekatan inkuiri-

penemuan iaitu elemen inkuiri dan seterusnya diikuti oleh elemen penemuan. Pada

paparan sebelum paparan ini, pengguna di berikan masalah berkaitan dengan tindak

Page 98: JUDUL: PEMBANGUNAN PERISISAN BERASASKAN WEB … · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia

84

balas nuklear. Pengguna kemudian dikehendaki melaksanaakan brainstorming,

melaksanakan andaian, menimbulkan penyoalanan dan membuat hipotesis. Bagi

menguji hipotesis dan mencari jawapan kepada persoalan yang diberikan, pengguna

dikehendaki melakukan eksperimen menggunakan simulasi yang disediakan. Ini

menglibatkan tahap tertinggi di dalam tahap pembelajaran inkuiri-penemuan iaitu

mengeksperimen. Secara tidak lansung, proses melaksanakan penyiasatan, pengumpulan

data, serta menganalisis dan mentafsirkan data dapat dilaksanakan secara sekali gus.

Hasil pembelajaran dapat dilihat melalui kesimpulan yang akan dilakukan oleh pelajar

pada akhir eksperimen ini dilaksanakan.

Rajah 4.11: Paparan Simple Nuclear Reactor Simulation

Page 99: JUDUL: PEMBANGUNAN PERISISAN BERASASKAN WEB … · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia

85

4.3 Penutup

Halaman web Basic Radiochemistry telah berjaya di hasilkan dengan kombinasi

pembelajaran melalui teks, grafik, animasi dan simulasi menggunakan teori

konstuktivisme. Terdapat kesukaran yang dihadapi oleh pembangun semasa

membangunkan laman web ini dan ianya akan dibincangkan pada bab seterusnya.

Page 100: JUDUL: PEMBANGUNAN PERISISAN BERASASKAN WEB … · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia

86

BAB 5

PERBINCANGAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN

5.1 Pengenalan

Bab ini akan membicarakan mengenai laman web yang telah berjaya

dibangunkan ini secara holistik, kekuatan dan unsur-unsur konstruktif yang membina di

dalam laman web ini serta cadangan bagi kajian lanjutan mahupun penambahbaikan

untuk pembangun lain dan pembangun sendiri laksanakan pada masa hadapan.

5.2 Perbincangan Pembangunan Laman Web Berdasarkan Model ADDIE

Pembangun telah menggunakan model rekabentuk ADDIE bagi membangunkan

laman web ini. Pembangunan telah berjaya dilaksanakan mengikut fasa yang terdapat di

dalam model ADDIE secara sistematik. Pembangunan juga dilaksanakan dan dilakukan

mengikut turutan berdasarkan kepada model tersebut.

Page 101: JUDUL: PEMBANGUNAN PERISISAN BERASASKAN WEB … · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia

87

5.2.1 Analisis

Pada fasa analisis, pembangun telah melaksanakan analisis mengenai keperluan

pengguna dari aspek keperluan, pengetahuan sedia ada mereka serta kemahiran

menggunakan laman web. Maklumat dikumpulkan oleh pengguna melalui kaedah

pemerhatian dan kajian-kajian lepas serta pengalaman pembangun sendiri. Hasil

daripada analisis yang telah dilakasanakan oleh pembangun, pembangun mendapati

pendekatan yang paling sesuai dilaksanakan adalah pendekatan inkuiri-penemuan kerana

ianya dapat mengurangkan, mengelakkan serta membetulkan miskonsep pelajar.

Malahan pendekatan ini mempunyai pelbagai-bagai kelebihan Kelebihan pendekatan

inkuiri-penemuan oleh Abu dan Meor (2006) adalah seperti berikut:

i. Aktiviti inkuiri-penemuan merangsang pelajar berfikir dan seterusnya

mengembangkan daya intelek mereka.

ii. Kepuasan intelek yang berpunca daripada kejayaan membuat penemuan akan

menjadi motivasi kepada pelajar.

iii. Pengetahuan yang diperolehi melalui pendekatan ini adalah lebih kekal.

iv. Pendekatan ini membolehkan pelajar menguasai teknik merancang dan

menjalankan penyaisatan.

Pembangun juga telah melaksanakan analisis dari segi pembangunan. Perisian

yang digunakan adalah seperti yang dirancangkan oleh pembangun. Pada permulaan

proses pembangunan, pembangun merancang untuk menggunakan bahasa

pengaturcaraan java di dalam laman web ini bagi meningkatkan elemen interaktiviti.

Namun, semasa pembangunan dilaksanakan, pembangun menghadapi masalah di dalam

menggunakan bahasa pengaturcaraan java dan menggunakan perisian Adobe Flash 8

dengan bantuan Actionscript bagi elemen interaktiviti di dalam laman web.

Page 102: JUDUL: PEMBANGUNAN PERISISAN BERASASKAN WEB … · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia

88

5.2.2 Rekabentuk

Pada fasa rekabentuk, pembangun telah membahagikan fasa ini kepada tiga

bahagian yang utama iaitu rekabentuk antaramuka, rekabentuk hiperteks dan rekabentuk

animasi dan simulasi berkomputer. Setiap bahagian di berikan penekanan yang

sepatutnya supaya laman web yang dihasilkan menepati objektif pembangun.

5.2.2.1 Rekabentuk Antaramuka

Pembangun telah menetapkan tema bagi laman web ini. Tema yang digunakan

adalah warna putih pada bahagian atas dan coklat pada bahgain bawah. Warna utama

yang digunakan adalah warna coklat dan putih digunakan sebagai ruang kosong bagi

membolehkan pengguna melihat laman web yang dibangunkan dengan selesa.

Penggunaan warna ini bersesuaian dengan kumpulan fokus pembangun iaitu pelajar

sekitar 20 tahun. Warna yang digunakan dapat kelihatan lebih matang dan bercirikan

akademik. Teks yang digunakan adalah dari jenis verdana dan arial. Rasionalnya adalah

ianya merupakan font yang mudah dibaca terutamanya pada paparan skrin komputer dan

mudah didapati pada mana-mana komputer.

5.2.2.2 Rekabentuk Hiperteks

Pembangun pada awalnya ingin menggunakan hiperteks dengan warna biru dan

unggu. Tetapi, setelah pembangun mengadakan perbincangan dengan penyelia dan

melihat kepda tema yang digunakan, pembangun menukar kepada warna yang lebih

Page 103: JUDUL: PEMBANGUNAN PERISISAN BERASASKAN WEB … · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia

89

sesuai iaitu warna putih, coklat dan hitam serta digunakan berdasarkan kepada

kesesuaian latar belakang hiperteks berkenaan. Pembangun juga menggunakan flash

button dengan kombinasi warna coklat dan hitam bagi menimbulkan rasa menarik

kepada pengguna.

5.2.2.3 Rekabentuk Animasi dan Simulasi Berkomputer

Pembangun telah menggunakan warna putih atau coklat sebagai latarbelakang

kepada animasi dan simulasi yang dibangunkan. Pengguna warna juga bergantung

kepada kesesuaian warna grafik di dalam animasi atau simulasi tersebut. Terdapat

animasi yang memberikan arahan kepada pengguna dan ada juga yang dibangunkan

dengan tanpa arahan bergantung kepada keadaan dan kesesuaian menerapkan elemen

penemuan dalam pembelajaran.

5.2.3 Fasa Pembangunan

Setiap pembangunan animasi, simulasi dan laman web dipersembahkan kepad

penyelia pada setiap minggu. Perubahan akan dibuat berdasarkan saranan penyelia,

pakar, rakan-rakan dan pertimbangan pembangun sendiri. Pembangun menghadapi

masalah dengan errors semasap enggunaan actionscript dan pembetulan atau

penyingkiran dilaksanakan mengikut kepada kesesuaian.

Page 104: JUDUL: PEMBANGUNAN PERISISAN BERASASKAN WEB … · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia

90

5.2.4 Fasa Pelaksanaan

Laman web ini dipersembahkan kepada penyelia dan rakan-rakan. Sebarang

kelemahan yang dikenalpasti diatasi dan masalah paparan cuba diperbaiki oleh

pembangun dengan segera. Masalah-masalah teknikal diperbaiki dari semasa ke semasa

dan penerapan elemen pembelajaran inkuiri-penemuan diterapkan pada bahagian-

bahagian tertentu.

5.2.5 Fasa Penilaian

Fasa penilaian dilaksanakan oleh penyelia yang menglibatkan penilaian formatif

dan sumatif. Manakala penilaian sumatif dilaksanakan oleh pakar yang terdiri daripada

panel penilai. Penilaian dari segi keberkesanan laman web ini terhadap kumpulan

sasaran tidak dilaksanakan kerana ianya bukan satu kewajiban bagi Projek Sarjana

Muda.

5.3 Rumusan Laman Web

Projek pembangunan laman web ini dilaksanakan secara berperingkat-peringkat

seperti perancangan, pembangunan dan seterusnya refeleksi.. Terdapat empat topik yang

diberikan penerangan berbantukan animasi, simulasi serta elemen grafik serta teks

terutamanya.

Page 105: JUDUL: PEMBANGUNAN PERISISAN BERASASKAN WEB … · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia

91

Perisian utama yang digunakan di dalam membangunkan laman web ini adalah

Adobe Dreamweaver 8, Adobe Flash 8 dan Adobe Photoshop CS2. Adobe Dreamwever

8 digunakan untuk tujuan membina laman web dan css. Manakala Adobe Flash 8

digunakan untuk tujuan pembangunan animasi dan simulasi. Pada masa yang sama,

Adobe Photoshop CS2 digunakan bagi elemen grafik yang digunakan di dalam Adobe

Dreamweaver 8 dan Adobe Flash 8.

Teori pembelajaran yang diaplikasikan pada laman web ini adalah teori

pembelajaran konstruktivisme dengan pendekatan inkuiri-penemuan. Pembangun telah

melaksanakan pendekatan inkuiri-penemuan ini dengan berbantukan animasi dan

simulasi serta penekanan elemen inkuiri-penemuan dilaksanakan mengikut kesesuaian

dimana terdapat bahagian yang hanya menekankan elemen penemuan dan terdapat

bahagiann yang menekankan elemen inkuiri-penemuan. Penekanan diberikan kepada

elemen konstruktivisme dialektik dengan memberikan pengguna pengalaman yang

realistik serta aktiviti autentik. Laman web ini juga berorientasikan kepada pembelajaran

berpusatkan pelajar serta autoriti kepada pelajar dalam membuat sebarang pilihan.

Ciri-ciri konstruktif yang diaplikasikan di dalam laman web ini adalah seperti

bentuk laman web yang berstruktur bagi memudahkan kefahaman pelajar. Ianya dapat

dilihat melalui penyusunan topik bermodul tetapi pelajar diberikan autoriti untuk

mengawal pembelajaran mereka sendiri. Pembelajaran yang berpusatkan pelajar dapat

dilihat melalui kebebasan pelajar untuk memilih topik yang mereka hendak pelajari

tanpa perlu belajar secara turutan dari satu topik kepada satu topik lain melalui susunan

yang rigid. Pelajar juga boleh belajar pada bila-bila masa dan menamatkan sesi

pembelajaran mahupun memulakan sesi pembelajaran tanpa sebarang sekatan. Malahan,

pelajar boleh mengetepikan elemen-elemen yang tidak mereka mahu pelajari dan terus

menuju kepada bahagian yang mereka hendak pelajari

Ciri konstruktif lain yang diterapkan adalah pembelajaran menggunakan alatan

dan situasi autentik. Pada laman web ini, pembangun menyediakan simulasi untuk

digunakan oleh pengguna dan simulasi yang dibina adalah berdasarkan kepada alatan

Page 106: JUDUL: PEMBANGUNAN PERISISAN BERASASKAN WEB … · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia

92

sebenar yang dipermudahkan mahupun diubah suai sedikit agar memenuhi keperluan

simulasi. Namun, pengubahsuaian yang dilaksanakan telah dipastikan tidak akan

mengubah konsep asal teori dan situasi tersebut. Simulasi dan animasi yang dihasilkan

mengalakkan proses penemuan di dalam pembelajaran dan pelajar menemui prinsip

pembelajaran seperti konsep, teori, mekanisma dan aplikasi melalui animasi dan

simulasi tersebut melalui eksperimen, pemerhatian secara aktif dan menggunakan

pemikiran kognitif mereka serta penglibatan aktiviti hand on dan mind on yang meluas.

Melalui animasi dan simulasi ini, pengguna diberikan kemampuan untuk melakukan

sesuatu yang diluar kemampuan mereka mahupun manusia. Antaranya adalah

memerhatikan proses penguraian atom berlaku tanpa terdedah kepada sinaran radioaktif,

memerhatikan perubahan aras tenaga elektron dan penjanaan photon serta pengandaan

isyarat di dalam Photo Multiplier Tube yang bersifat abstrak.

Selain itu, pengaplikasian strategi penemuan dalam pembelajaran membolehkan

pelajar untuk membina prinsip mereka sendiri dan menemui prinsip tersebut berbanding

memberikan prinsip tersebut kepada pelajar. Malahan, pelajar memperolehi motivasi

instrinsik melalui kepuasan daripada tugasan yang diberikan.

Laman web ini juga menekankan kepada prinsip kesatuan dan keseragaman dari

segi teks, saiz teks, saiz tajuk, warna latar belakang, warna simulasi dan animasi bagi

memastikan elemen identiti dan integrasi dapat diterapkan.

5.4 Rintangan Dalam Membangunkan Laman Web

Pembangun mengalami pelbagai masalah semasa pembangunan laman web ini di

jalankan terutamanya semasa awal proses pembangunan laman web ini. Pembangun juga

mengalami masalah ketika membina simulasi untuk laman web ini. Namun, masalah ini

berjaya diatasi dengan jayanya melalui inisiatif yang dilakukan oleh pembangun.

Page 107: JUDUL: PEMBANGUNAN PERISISAN BERASASKAN WEB … · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia

93

5.4.1 Kekurangan Sumber

Pembangun menghadapi masalah di dalam mendapatkan sumber bagi

pembangunan laman web ini. Sumber yang dimaksudkan adalah kajian lepas, thesis,

perisian serta laman web yang berkaitan rapat dengan subjek Basic Radiochemistry ini.

Pembangun mengambil inisiatif mencari sumber alternatif seperti dari lapangan Nuclear

Physic, dan Nuclear Technology. Namun, bahan-bahan ini wujud didalam bilangan yang

terhad kerana tidak semua negara mempunyai pengetahuan mengenai nuklear dan

berkapasiti nuklear. Pembangun bertindak mendapatkan buku berkaitan bidang

Radiochemistry dan Nuclear Analysis yang digunakan sebagai buku teks untuk subjek

SSC2792 – Basic Radiochemistry membawa kepada masalah kekurangan sumber dapat

diatasi.

Kekurangan dari segi kajian lepas dapat diatasi oleh pembangun dengan bantuan

penyelia. Alternatif yang dicadangkan oleh penyelia adalah mengemukan bukti dari

kajian lepas bahawa pelajar menghadapi masalah mempelajari subjek kimia dan fizik.

Kajian yang diperolehi telah dapat membuktikan bahawa pelajar menghadapi masalah

mempelajari subjek Basic Radiochemistry melalui teknik generalisasi deduktif.

5.4.2 Kekurangan Teknologi dan Kemahiran

Masalah terbesar dihadapi oleh pembangun di dalam membangunkan laman web

ini adalah kekurangan teknologi dan kemahiran. Kekurangan teknologi dan kemahiran

yang dikatakan adalah teknologi dan kemahiran berkaitan dengan Adobe Flash 8 dan

lebih spesifik adalah kemahiran di dalam penggunaan actionscript peringkat tinggi.

Pembangun tidak mempunyai kemahiran mahupun pengetahuan menggunakan

actionscript peringkat tinggi di dalam perisian Adobe Flash 8.

Page 108: JUDUL: PEMBANGUNAN PERISISAN BERASASKAN WEB … · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia

94

Bagi mengatasi masalah ini, pembangun cuba mendapatkan bahan rujukan

melalui Perpustakaan Sultanah Zanariah. Malangnya Perpustakaan Sultanah Zanariah

gagal menyediakan sebarang buku yang mampu memenuhi keperluan pembangun dan

maklumat mengenai actionscript dan contoh terkini. Pembangun mengatasi masalah ini

dengan mendapatkan buku dari luar.

5.5 Keistimewaan Laman Web

Laman web yang dibangunkan telah dikenalpasti mempunyai bebrapa elemen

yang memberikan keistimewaan dan kelebihan serta kekuatan kepada laman web ini.

Ianya dikenalpasti melalui pemerhatian dan analisis yang dilaksanakan oleh pembangun

serta perbincangan yang dilakukan bersama dengan penyelia.

5.5.1 Penerapan Elemen Autentik Menerusi Pendekatan Inkuiri-Penemuan

Berbantukan Simulasi dan Animasi

Pembangun menerapkan elemen simulasi yang menyediakan pengguna dengan

keadaan sebenar aatu autentik bagi membolehkan mereka memahami dengan jelas

proses yang berlaku di dalam keadaan yang amat mirip kepada keadaan sebenar. Ianya

membolehkan penguna merasai keadaan sebenar dan berinteraksi dengan interface dan

simulasi yang disediakan. Ini akan melibatkan lebih daripada satu deria pengguna dan

membawa kepada pemahaman dan ingatan yang lebih tinggi tentang apa yang mereka

sedang pelajari.

Page 109: JUDUL: PEMBANGUNAN PERISISAN BERASASKAN WEB … · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia

95

5.5.2 Animasi Sebagai Pembina Konsep Dengan Pendekatan Penemuan

Penerapan elemen animasi di dalam laman web ini bertujuan untuk membina

pengetahuan pelajar tentang konsep yang dibincangkan. Malahan, ianya juga boleh

digunakan sebagai pendekatan yang berkesan untuk membetulkan miskonsepsi pelajar

serta memberikan analogi tentang sesuatu konsep atau fenomena yang abstrak.

Pengetahuan pelajar tentang konsep yang abstrak dapat dibina dengan mudah melalui

animasi kerana pelajar dapat memerhatikan sendiri bagaimana, dimana dan mengapa

sesuatu fenomena itu berlaku. Penggunaan animasi juga dapat menarik minat pelajar

melalui penggunaan grafik yang menarik dan animasi yang sentiasa bergerak. Ianya

dapat menarik, mengarah dan membentuk perhatian pelajar.

5.5.3 Laman Web Berkaitan Basic Radiochemistry Pertama Di Malaysia.

Laman web ini merupakan laman web pertama berkaitan subjek Basic

Radiochemistry di Malaysia. Ianya tidak mendapat perhatian selama ini kerana Malaysia

tidak mempunyai kemampuan memiliki reaktor nuklear berskala besar untuk penjanaan

tenaga. Malaysia memiliki sebuah reaktor nuklear bersaiz kecil untuk tujuan

penyelidikan dan penghasilan bahan radioaktif untuk tujuan perubatan di MINT

(Malaysian Institute of Nuclear Technology). Harapan pembangun adalah, dengan

kejayaan menghasilkan laman web berkaitan subjek Basic Radiochemistry yang pertama

ini akan menetuskan ilham kepada pembangun lain untuk menghasilkan laman web

dalam bidang yang sama untuk memajukan teknologi nuklear di Malaysia seiring

dengan keperluan Malaysia untuk menghasilkan tenaga yang lebih bersih dan murah

berikutan krisis minyak global serta kemungkinan Malaysia terpaksa menjadi negara

mengimport minyak mentah pada masa akan datang ekoran kemungkinan kekeringan

telaga minyak di Malaysia akan berlaku kelak.

Page 110: JUDUL: PEMBANGUNAN PERISISAN BERASASKAN WEB … · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia

96

5.5.4 Perbincangan Dan Perkongsian Maklumat Melalui Forum

Pembangun telah menyediakan satu ruangan forum di dalam laman web yang

telah dihasilkan ini. Matlamat forum ini adalah untuk membolehkan perbincangan

mengenai teknologi yang masih baru di Malaysia ini dilaksanakan. Forum boleh

menglibatkan pelbagai lapis pengguna seperti pelajar. Pelajar boleh berbincang

mengenai subjek ini di forum yang disediakan. Mereka boleh berkonsi-kongsi pendapat,

maklumat dan pengetahuan. Malahan pelajar juga boleh berbincang bersama-sama

dengan pensyarah mereka di dalam laman web ini.

Forum ini juga boleh digunakan oleh ahli-ahli akademik, intelektual, ilmuan,

saintis, sarjana dan penyelidik untuk berkongsi pendapat, ilmu mahu pun hasil

penemuan dan kajian mereka. Ianya dapat dijadikan medan untuk berbicara dan

menyatakan pendapat serta hujah mereka.

5.5.5 Mengaplikasi Pendekatan Inkuiri-Penemuan

Pendekatan inkuiri-penemuan membolehkan pelajar untuk mempelajari sesuatu

konsep dengan cara seperti mana ahli sains lakukan di dalam makmal. Ianya

memberikan pemahaman yang lebih mendalam dan kesan ingatan yang lebih lama.

Pendekatan ini membolehkan pelajar berfikir diluar skop biasa dan mengalakkan pelajar

berfikir secara kreatif dan kritis sesuai dengan cabaran masa kini.

Page 111: JUDUL: PEMBANGUNAN PERISISAN BERASASKAN WEB … · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia

97

5.6 Kekurangan Laman Web

Berdasarkan analisis oleh pembangun dan pemerhatian oleh rakan-rakan, laman

web ini mempunyai kelemahan dari segi penggunaan audio dan video. Pembangun

kurang menerapkan elemen audio secara signifikan dan penggunaan video dielakkan

dengan tujuan untuk memastikan laman web yang terhasil mempunyai saiz yang kecil

supaya dapat digunakan oleh pengguna yang mempunyai bandwidth yang rendah dan

supaya masa untuk laman web dimuat turun dapat disingkatkan.

Kelemahan lain laman web ini adalah kurangnya tutorial yang disediakan untuk

pengguna. Ini kerana pembangun telah melaksanakan penilaian secara formatif semasa

aktiviti inkuiri-penemuan digunakan. Namum, refleksi kepada pengguna masih kurang.

Pembangun juga tidak mempunyai kemampuan untuk melihat hasil pembelajaran

pengguna kerana pembangun tidak menyediakan kemudahan log in dan log out iaitu

pembangun tidak menggunakan log untuk memantau pembelajaran pengguna. Laman

web ini juga tidak menglibatkan penggunaan laman web yang lebih canggih seperti .php

dan elemen web 2.0 yang lebih interaktif lebih menarik serta membolehkan data

pengguna disimpan oleh database.

Skop pembelajaran juga tidak meluas kerana pembangun hanya menekankan

kepada bahagian-bahagian yang rumit serta abstrak sahaja dan ianya adalah diluar

kemampuan pembangun untuk mengliputi keseluruhan skop subjek ini kerana

kekurangan masa dan sumber. Kesukaran pelajar juga tidak dapat dikenalpasti dengan

baik kerana terdapat sangat sedikit rujukan dan kajian lepas yang mengfokuskan kepada

subjek radiokimia dan kesukaran pelajar adalah berdasarkan kajian mengenai kesukaran

pembelajaran fizik dan kimia sahaja. Ini kerana subjek ini hanya ditawarkan oleh institut

pengajian tinggi oleh sesetengah negara sahaja dan ianya diluar kemampuan pembangun

untuk melaksanakan kajian tersebut.

Page 112: JUDUL: PEMBANGUNAN PERISISAN BERASASKAN WEB … · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia

98

5.7 Cadangan

Terdapat beberapa cadangan yang dirasakan oleh pembangun sebagai penting

dan perlu diberikan perhatian oleh pembangun sendiri dan pembangun-pembangun lain

pada masa akan datang serta proses pembangunan lanjutan yang dirancang oleh

pembangun. Cadangan tersebut adalah:

a. Meningkatkan interaktiviti di dalam laman web supaya pelajar menjadi lebih

aktif. Contohnya menyediakan sesi refleksi yang lebih mendalam selepas

pelajar menggunakan simulasi atau memerhatikan animasi yang disediakan.

b. Menghasilkan simulasi yang lebih kompleks dan mempunyai daya

interaktiviti yang lebih tinggi daripada yang sedia ada.

c. Penerapan elemen web 2.0 di dalam pembangunan yang selanjutnya supaya

pembangun mempunyai kemampuan untuk memantau pembelajarn

pengguna.

d. Mengliputi subtopk yang lebih besar dan meluas bagi membantu pengguna

belajar dengan lebih mudah pada masa yang sama.

e. Penerapan elemen video dan audio yang lebih baik dan berkesan serta dapat

menarik perhatian pengguna dengan baiknya.

5.8 Kesimpulan

Segala kelemahan perlu diperbaiki untuk meningkatkan keberkesanan laman web

ini bagi tujuan penyearan ilmu pengetahuan kepada kumpulan fokus dan segenap lapis

masyarakat Malaysia khususnya. Elemen interktiviti yang lebih tinggi diperlukan untuk

Page 113: JUDUL: PEMBANGUNAN PERISISAN BERASASKAN WEB … · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia

99

membantu pengguna serta penerapan pendekatan inkuiri-penemuan yang lebih meluas

diperlukan agar pelajar menjadi lebih kreatif dan kritis dalam membina prinsip dan

knosep pembelajaran mereka sendiri.

5.9 Penutup

Secara keseluruhannya, pembangun masih belum berpuas hati dengan laman web

yang dihasilkan kerana pembangun ingin melaksanakan pendekatan inkuiri-penemuan

yang mengaplikasikan kedua-dua elemen utamanya secara holistik dan seiringan.

Lantaran kekurangan masa, pembangun hanya dapat menekankan elemen tersebut pada

bahagian-bahagian tertentu dan bahagian-bahagian lain hanya menekankan kepada

elemen penemuan melalui pembinaan konsep secara aktif.

Diharapkan laman web ini kelak dapat membantu pelajar di dalam subjek Basic

Radiohemistry dengan baik dan membantu pembangun lain untuk membangunkan laman

web yang hampir sama bagi membantu pelajar Malaysia mempelajari subjek ini dengan

lebih mudah dan memajukan teknologi nuklear di Malaysia agar kita dapat menikmati

elektrik dengan kos yang jauh lebih rendah dan mengurangkan bebanan rakyat terhadap

bil tenaga dan bebanan negara terhadap memenuhi keperluan kapasiti tenaganya.

Page 114: JUDUL: PEMBANGUNAN PERISISAN BERASASKAN WEB … · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia

100

RUJUKAN

Abu Hassan Kassim, Meor Ibrahim Kamaruddin (2006). Ke Arah Pengajaran Sains dan

Matematik Berkesan. Unpublished note, Fakulti Pendidikan UTM.

American College of Sport Medicine (2007) ACSM's Resources for the Personal

Trainer: Techniques, Complications, and Management. USA: Lippincott

Williams & Wilkins.

Alessi, S.M dan Trollip, S.R (2001). Multimedia for Learning : Methods and

Development. Third Edition. Boston : Allyn & Bacon

Baharuddin Aris, Rio Sumarni Shariffudin, Manimegalai Subramaniam (2002). Reka

Bentuk Perisian Multimedia. Skudai: Penerbit UTM.

Betrancourt M. , dan Tversky, B. (2000). Effect of Computer Animation On Users

Performance: A Review. Le travail Humain, 63, 300

Betsy Bruce (2002). Elearning with Dreamweaver MX: Building Online Learning

Applications. Peachpit Press.

Burke, K.A., Greenbowe, T.J., & Windschitl, M.(1998). Developing and using

conceptual computer animation for chemistry instruction. Journal of Chemical

Education, 75(12), 1658-1661.

Cavallo, A. M. (1996). Meaningful learning, reasoning ability, and students’

understanding and problem solving of topics in genetics. Journal of Research in

Science Teaching, 33, pp. 625 – 656.

Page 115: JUDUL: PEMBANGUNAN PERISISAN BERASASKAN WEB … · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia

101

Chuck Hodell (2006). SD from the Ground Up: A No-nonsense Approach to

Instructional Design. USA: American Society for Training and Development.

Cohen (1990). Continuing to Cooperate: Prequisities for Persistence.

Duffy, T. Dan Cunningham, D. (1996). Constructivism: Implication for the Design and

Delivery of Instruction. In D. Jonassen (Ed). Handbook of Research on

Educational Communication and Technology. New York: Simon and Schuster.

Eugene F. Provenzo, Eugene F. Provenzo, Jr., Arlene Brett, Gary N. McCloskey (1999).

Computers, Curriculum and Cultural Change: An Introduction for Teachers.

London: Lawrence Erlbaum Associates.

France Belanger, Dianne H. Jordan (2000). Evaluation and Implementation of Distance

Learning: Technologies, Tool and Technique. Idea Group Publishing.

Frank Restle, N. John Castellan, Richard M. Shiffrin (1975). Cognitive Theory.

London:Lawrence Erlbaum Associates.

George Marx (1982). Nuclear Physics, Nuclear Power. University of Michigan,

Michigan: Akadémiai Kiadó.

Gonzales, C. (1996). Does Animation in User Interface Improve Making Decision. R.

Bilger, S. Guest, & M. J. Trauber (Eds.),

Good, T. L., dan Brophy, J.E. 1990. Educational Psychology: A Realistic Approach

Edition 2. White Plains, New York: Longman.

Jamalludin Harun, Baharuddin Aris dan Zaidatun Tasir (2001). Pembangunan Perisian

Multimedia Satu Pendekatan Sistematik. Selangor: Venton Publishing (M) Sdn.

Bhd.

Page 116: JUDUL: PEMBANGUNAN PERISISAN BERASASKAN WEB … · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia

102

Jamalludin Harun dan Zaidatun Tasir (200). Pengenalan Kepada Multimedia. Kuala

Lumpur: Venton Publishing.

Jamalludin Harun dan Zaidatun Tasir (2005). Multimedia: Konsep dan Praktis.

Selangor: Venton Publishing (M) Sdn Bhd.

John Burgoyne, Michael Reynolds (1997). Management Learning: Integrating

Perspectives in Theory and Practice. USA:SAGE

Keller, J. M. (1983). Motivational Design of Instruction.In C.M. Reigeluth (Ed.)

Instructional Design Theories and Models: An Overview of Their Current Status

(m.s. 386-429). Hillsdale, NJ: Lawrence Erlbaum Associates.

Klein, S.B. (1996). Learning Principles and Applications, 3rd edition. New York:

McGraw-Hill.

Lilia Halim, T Subahan, M Meerah dan Zolkepeli Haron (2002). Strategi Pengajaran

Fizik Untuk Guru Sains. Selangor: Prentige Hall

Mayer, R. E (2001). Multimedia Learning. Cambridge: Cambridge University Press.

Mayer, R. E (2005). The Cambridge Handbook of Multimedia Learning. Cambridge:

Cambridge University Press.

Narayanan, N. H., dan Hegarty, M. (2002). Multimedia design for communication of

dynamic information. International Journal of human-computer studies, 57, 217-

315

Nik Aziz Nik Pa (1996). Pembelajaran, Praktikal dan Falsafah Konstruktivisme.

Hikmah

Page 117: JUDUL: PEMBANGUNAN PERISISAN BERASASKAN WEB … · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia

103

Noor Azean Atan, Juhazren Junaidi, Shaharuddin Md Salleh, Zaleha Abdullah,

Baharuddin Aris (2007). Pembangunan Web Interaktif: Satu Pendekatan

Sistematik. Selangor: Venton

Olle Eskilsson (2000). A congitudinal Study on 10-12 years old Conceptions of The

Transformation of Matter. Doctor Philosophy.

Peter J. Fensham, Richard F. Gunstone, Richard Thomas White (1994). The Content of

Science: A Constructivist Approach to Its Teaching and Learning. London:

Routledge.

Rhodes, R. (1986). The Making of the Atomic Bomb (History of The Discovery of

Nuclear Fission and The Manhanttan Project in World War II). New York:

Simon & Schuster

Roni Linser dan Som Naidu (1999). Web-based Simulations as Teaching and Learning

Media in Political Science. Paper Presented in AusWeb99 : Fifth Australian

World Wide Web Conference.

S.Dijkstra, Robert D. Tennyson, Franz Schott, Nobert Seel (1997). Instructional Design:

International Perspectives.

Seaborg, G.T., dan W.D. Loveland (1982). Nuclear Chemistry Benchmark Papers. New

York: Van Nostrand Reinhold.

Shaharuddin Md Salleh, Rozita Abd Jalil dan Siti Norul Azizah Abd Wahab (2008).

Modul Teknologi Multimedia (Versi 1.0). Skudai: Desktop Publisher.

Sharifah Alwiyah Alsagoff (1986). Psikologi Pendidikan II. Kuala Lumpur: Heinemann.

Page 118: JUDUL: PEMBANGUNAN PERISISAN BERASASKAN WEB … · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia

104

Slavin, R.E. (1977). Students Team Learning Technique Narrowing the Achievement

Gap between the Race. Baltimore: The John Hopkins University Center for

Social Organization of Schools.

Starke, K. (1979). The Detours Leading to The Discovery of Nuclear Fission. J. Chem.

Ed. 56: 771-775.

Suffian Hussin (1996). Pendidikan di Malaysia: Sejarah, Sistem dan Falsafah. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Tamby Subahan Mohd Meerah (1999). Dampak Penyelidikan Pembelajaran Sains

Terhadap Perubahan Kurikulum. Bangi : Universiti Kebangsaan Malaysia.

Tay Vaughan (2004). Multimedia: Making it Work. London: McGraw-Hill Professional.

International Union of Pure and Applied Chemistry (1982). Glossary of terms used in

nuclear analytical chemistry-(Provisional), Prepared for publication by M. De

Bruin, Pure Appl. Chem. 54: 1533.

William D. Ehmann, Diane E. Vance (1991). Radiochemistry and Nuclear Method of

Analysis. Volume 116. USA: John Wilet & Sons, Inc.

Scheider, G.P, Evans, J. dan Carry, P. (2002). New Perspective on the Internet-

Comprehensive. 3rd ed. Massachusettes : Course Technology

Zainuddin Zakaria (2001). Memahami Internet : Mudah dipelajari. Kuala Lumpur: Win

Publication Sdn. Bhd.