tinjauan mengenai kategori masalah - fp.utm.my€¦ · vaskalista dua nurak pelipos universiti...

28
TINJAUAN MENGENAI KATEGORI MASALAH DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN SATU, FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, SKUDAI, JOHOR DARUL TAKZIM. VASKALISTA DUA NURAK PELIPOS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: others

Post on 06-Sep-2019

29 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

TINJAUAN MENGENAI KATEGORI MASALAH

DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN SATU, FAKULTI PENDIDIKAN,

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, SKUDAI, JOHOR DARUL TAKZIM.

VASKALISTA DUA NURAK PELIPOS

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ♦

JUDUL: TINJAUAN MENGENAI KATEGORI MASALAH DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN SATU, FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, SKUDAI, JOHOR DARUL TAKZIM.

SESI PENGAJIAN : 2007/2008

Saya VASKALISTA DUA NURAK PELIPOS (HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian

sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA

RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD

Disahkan oleh

____________________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap:

KG. JAWA, JLN. MAWAR, TN. HJ. HASSAN BIN HUSHIN PETI SURAT 60100, Nama Penyelia 91010 TAWAU, SABAH

Tarikh : Tarikh : _____________________

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan.

** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kejuruteraan Elektrik)’’

Tandatangan : ……………………………………………

Nama Penyelia : TN. HJ. HASSAN BIN HUSHIN

Tarikh : ....................................................................

TINJAUAN MENGENAI KATEGORI MASALAH

DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN SATU, FAKULTI PENDIDIKAN,

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, SKUDAI, JOHOR DARUL TAKZIM.

VASKALISTA DUA NURAK PELIPOS

Laporan projek ini dikemukakan

Sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda

Teknologi serta Pendidikan (Kejuruteraan Elektrik)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2008

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya’’

Tandatangan : ……………………………………………

Nama Penulis : VASKALISTA DUA NURAK PELIPOS

Tarikh : .....................................................................

iii

Untuk Ayah & Ibu yang penuh kasih dan kesabaran,

Bpk. Pelipos Beo dan Ibu Florentina Ignasia Kuwawi

Untuk kakak-kakak & adik-adik yang kusayangi,

Kak Lia, Kak Rina, Watie, Yuven, Julie dan Lius

Untuk teman-teman sepermainan,

Juslia, Ivylyenda, Christie, Roslind, Mailin, JC Marrie (Seniors)

Nani, Colista dan Loura (Juniors)

Kalian adalah kekuatanku untuk melangkah.

iv

PENGHARGAAN

Terlebih dahulu saya ingin menzahirkan rasa kesyukuran dengan limpah berkat

dan rahmatNya, saya dapat menyempurnakan kajian ini.

Penghargaan ini saya tujukan khas kepada pensyarah pembimbing PSM iaitu

Tuan Haji Hassan bin Hushin atas segala kesabaran dan bimbingan yang beliau berikan

dengan penuh dedikasi sepanjang tempoh perlaksanaan kajian ini.

Ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada pihak pentadbiran, Fakulti

Pendidikan UTM atas bantuan dan kerjasama yang diberikan dalam membekalkan

maklumat yang diperlukan untuk kegunaan PSM ini.

Saya juga ingin merakamkan penghargaan buat semua pihak yang terlibat sama

ada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan kajian ini. Semoga segala

bantuan yang dihulurkan memberi manfaat bersama.

v

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kategori-kategori masalah yang

dihadapi oleh para pelajar Tahun Satu Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi

Malaysia. Begitu juga dengan mengenalpasti masalah utama dari segi demografi

(jantina, kursus pengajian dan aliran sekolah menengah). Jumlah responden yang

terlibat adalah seratus dan tiga puluh orang. Instrumen kajian yang digunakan adalah

‘Mooney Problem Check List’ (MPCL). Cara data kajian dikumpulkan adalah melalui

soal selidik dan diproses dengan SPSS/PC+. Hasil kajian yang didapati oleh penyelidik

menunjukkan kategori masalah yang paling mengganggu para pelajar ialah kewangan,

keadaan kehidupan dan pekerjaan (42.3%), penyesuaian terhadap kerja-kerja tugasan

akademik (30.9%), pelajaran dan kerjaya masa depan serta perhubungan peribadi dan

psikologi (emosi) dengan peratus yang sama (21.5%). Manakala kategori masalah yang

kurang mengganggu pelajar ialah rumahtangga dan keluarga (8.9%), moral dan agama

(8.1%) serta kesihatan dan pertumbuhan jasmani (4.9%). Oleh itu, beberapa cadangan

dikemukakan untuk mengatasi masalah tersebut.

vi

ABSTRACT

The purpose of this research is to identify the main problem’s categories faced

by first year students of Faculty of Education, Universiti Teknologi Malaysia. Besides,

there is a need to identify the problem based on demography (sex, course, and stream

during secondary school). Total respondents were hundred and thirty persons. ‘Mooney

Problem Check List’ (MPCL) was the research’s instrument. The data was collected by

using questionnaire and analysed by SPSS/PC+. From the study, the most distracting

factors faced by the student were financial, life situation and job (42.3%), the ability to

overcome academic’s assignments (30.9%), followed by studies and future careers and

personal relationship and psychology with the same percent (21.5%). While the less

disturbances were families (8.9%), moral and religion (8.1%) and health and physical

growth (4.9%). Therefore, few suggestions were made to overcome the problems.

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

HALAMAN JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL x

SENARAI SINGKATAN xiv

SENARAI LAMPIRAN xv

BAB 1 PENGENALAN 1

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 2

1.3 Pernyataan Masalah 5

1.4 Objektif Kajian 5

1.5 Persoalan Kajian 6

1.6 Kepentingan Kajian 6

1.7 Batasan Kajian 7

1.8 Definisi Istilah 8

1.8.1 Pelajar 8

viii

1.8.2 Kategori Masalah 9

1.8.3 Demografi 9

1.9 Penutup 9

BAB 2 SOROTAN PENULISAN 10

2.1 Pengenalan 10

2.1.1 Kajian Luar Negara 11

2.1.2 Kajian di Malaysia 12

2.2 Kajian Masalah 14

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 15

3.1 Pengenalan 15

3.2 Reka Bentuk Kajian 15

3.3 Lokasi Kajian 16

3.4 Populasi dan Sampel Kajian 16

3.4.1 Kaedah Pensampelan 17

3.5 Instrumen Kajian 18

3.5.1 Bahagian A (Biodata) 18

3.5.2 Bahagian B (Kategori Masalah) 18

3.5.3 Bahagian C (Item Kategori Masalah) 19

3.5.4 Kesahan Instrumen Kajian MPCL 19

3.5.5 Kebolehpercayaan Instrumen Kajian 20

3.6 Prosedur Kajian 21

3.7 Analisis Kajian 21

3.7.1 Memproses Data 21

3.7.2 Pengiraan Peratus 22

3.8 Penutup 22

ix

BAB 4 ANALISIS DATA DAN KEPUTUSAN 23

4.1 Pengenalan 23

4.2 Analisis Latar Belakang Responden 24

4.3 Analisis Deskriptif Kategori-kategori Masalah 25

4.4 Analisis Deskriptif Bagi Kategori Masalah

Berdasarkan Demografi 37

BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN, DAN

CADANGAN 67

5.1 Pendahuluan 67

5.2 Perbincangan 68

5.3 Rumusan 69

5.4 Cadangan 69

5.4.1 Pelajar 70

5.4.2 Ibu/Bapa 71

5.4.3 Universiti 71

5.4.4 Lain 72

5.5 Penutup 72

BIBLIOGRAFI 73

LAMPIRAN

Lampiran A – C 75 - 92

x

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT 3.1 Taburan Jumlah Sampel Yang Terlibat di Fakulti Pendidikan 17 3.2 Taburan Item Soalan Bagi Persoalan Kajian 19 3.3 Nilai ‘Alpha’ Bagi Kategori Masalah 20 4.1 Taburan Bilangan dan Peratusan Responden Mengikut Jantina 24 4.2 Taburan Bilangan dan Peratusan Responden Mengikut Kursus Pengajian 24 4.3 Bilangan dan Peratusan Responden Mengikut Aliran di Sekolah Menengah 25 4.4 Taburan Reaksi Pelajar Terhadap Item-item Sub Skala Masalah Kesihatan dan Pertumbuhan Jasmani 26 4.5 Taburan Reaksi Pelajar Terhadap Item-item Sub Skala Masalah Kewangan, Keadaan Hidup dan Pekerjaan 27 4.6 Taburan Reaksi Pelajar Terhadap Item-item Sub Skala Masalah Kegiatan Sosial dan Hiburan 28 4.7 Taburan Reaksi Pelajar Terhadap Item-item Sub Skala Masalah Pergaulan Muda-mudi, Perkahwinan dan Seks 29 4.8 Taburan Reaksi Pelajar Terhadap Item-item Sub Skala Masalah Perhubungan Sosial Psikologi 30 4.9 Taburan Reaksi Pelajar Terhadap Item-item Sub Skala Masalah Perhubungan Peribadi dan Psikologi (emosi) 31 4.10 Taburan Reaksi Pelajar Terhadap Item-item Sub Skala Masalah Moral dan Agama 32 4.11 Taburan Reaksi Pelajar Terhadap Item-item Sub Skala Masalah Rumatangga dan Keluarga 33

xi

4.12 Taburan Reaksi Pelajar Terhadap Item-item Sub Skala Masalah Pelajaran dan Kerjaya Masa Depan 34 4.13 Taburan Reaksi Pelajar Terhadap Item-item Sub Skala Masalah Penyesuaian Terhadap Kerja-Kerja Tugasan Akademik 35 4.14 Taburan Reaksi Pelajar Terhadap Item-item Sub Skala Masalah Kurikulum dan Kaedah Mengajar 36 4.15 Kesimpulan Taburan Respon Pelajar Terhadap Item-item Dalam Kategori Masalah Mengikut Peratusan Tertinggi Hingga Terendah 37 4.16 Lima Masalah Utama Kategori Kesihatan dan Pertumbuhan Jasmani Mengikut Kursus 38 4.17 Lima Masalah Utama Kategori Kewangan, Keadaan Kehidupan dan Pekerjaan Mengikut Kursus 39 4.18 Lima Masalah Utama Kategori Kegiatan Sosial dan Hiburan Mengikut Kursus 40 4.19 Lima Masalah Utama Kategori Pergaulan Muda-mudi, Perkahwinan dan Seks Mengikut Kursus 42 4.20 Lima Masalah Utama Kategori Perhubungan Sosial Psikologi Mengikut Kursus 43 4.21 Lima Masalah Utama Kategori Perhubungan Peribadi dan Psikologi (emosi) Mengikut Kursus 44 4.22 Lima Masalah Utama Kategori Moral dan Agama Mengikut Kursus 46 4.23 Lima Masalah Utama Kategori Rumahtangga dan Keluarga Mengikut Kursus 47 4.24 Lima Masalah Utama Kategori Pelajaran dan Kerjaya Masa Depan Mengikut Kursus 48 4.25 Lima Masalah Utama Kategori Penyesuaian Terhadap Kerja-Kerja Tugasan Akademik Mengikut Kursus 50 4.26 Lima Masalah Utama Kategori Kurikulum dan Kaedah Pengajaran Mengikut Kursus 51 4.27 Lima Masalah Utama Dalam Sub Skala Kesihatan dan Pertumbuhan Jasmani Mengikut Jantina 52

xii

4.28 Lima Masalah Utama Dalam Sub Skala Kewangan, Keadaan Kehidupan dan Pekerjaan Mengikut Jantina 53 4.29 Lima Masalah Utama Dalam Sub Skala Kegiatan Sosial dan Hiburan Mengikut Jantina 53 4.30 Lima Masalah Utama Dalam Sub Skala Pergaulan Muda-mudi, Perkahwinan dan Seks Mengikut Jantina 54 4.31 Lima Masalah Utama Dalam Sub Skala Perhubungan Sosial Psikologi Mengikut Jantina 55 4.32 Lima Masalah Utama Dalam Sub Skala Perhubungan Peribadi dan Psikologi (emosi) Mengikut Jantina 55 4.33 Lima Masalah Utama Dalam Sub Skala Moral dan Agama Mengikut Jantina 56 4.34 Lima Masalah Utama Dalam Sub Skala Rumahtangga dan Keluarga Mengikut Jantina 57 4.35 Lima Masalah Utama Dalam Sub Skala Pelajaran dan Kerjaya Masa Depan Mengikut Jantina 57 4.36 Lima Masalah Utama Dalam Sub Skala Penyesuaian Terhadap Kerja-Kerja Tugasan Akademik Mengikut Jantina 58 4.37 Lima Masalah Utama Dalam Sub Skala Kurikulum dan Kaedah Pengajaran Mengikut Jantina 59 4.38 Lima Masalah Utama Dalam Sub Skala Kesihatan dan Pertumbuhan Jasmani Mengikut Aliran Sekolah Menengah 59 4.39 Lima Masalah Utama Dalam Sub Skala Kewangan, Keadaan Kehidupan dan Pekerjaan Mengikut Aliran Sekolah Menengah 60 4.40 Lima Masalah Utama Dalam Sub Skala Kegiatan Sosial dan Hiburan Mengikut Aliran Sekolah Menengah 61 4.41 Lima Masalah Utama Dalam Sub Skala Pergaulan Muda-mudi, Perkahwinan dan Seks Mengikut Aliran Sekolah Menengah 61 4.42 Lima Masalah Utama Dalam Sub Skala Perhubungan Sosial Psikologi Mengikut Aliran Sekolah Menengah 62 4.43 Lima Masalah Utama Dalam Sub Skala Perhubungan Peribadi dan Psikologi (emosi) Mengikut Aliran Sekolah Menengah 63

xiii

4.44 Lima Masalah Utama Dalam Sub Skala Moral dan Agama Mengikut Aliran Sekolah Menengah 63 4.45 Lima Masalah Utama Dalam Sub Skala Rumahtangga dan Keluarga Mengikut Aliran Sekolah Menengah 64 4.46 Lima Masalah Utama Dalam Sub Skala Pelajaran dan Kerjaya Masa Depan Mengikut Aliran Sekolah Menengah 65 4.47 Lima Masalah Utama Dalam Sub Skala Penyesuaian Terhadap Kerja-kerja Tugasan Akademik Mengikut Aliran Sekolah Menengah 65 4.48 Lima Masalah Utama Dalam Sub Skala Kurikulum dan Kaedah Pengajaran Mengikut Aliran Sekolah Menengah 66

xiv

SENARAI SINGKATAN

MPCL Mooney Problem Check List SPSS Statistical Packages for the Social Sciences SPC Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Kimia) SPM Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Matematik) SPI Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam) SPL Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (TESL) SPS Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Sains Sukan) SPK Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Kimia) SPH Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) UTM Universiti Teknologi Malaysia

xv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT A Surat Permohonan Senarai Bilangan Pelajar Tahun Satu Fakulti Pendidikan 75 B Jadual Penentuan Sampel 77 C Borang Soal Selidik 79

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Setelah menamatkan zaman persekolahan, tiba masanya untuk melangkah ke

satu tahap pendidikan yang lebih tinggi iaitu ke menara gading. Secara formalnya

setiap individu menerima pendidikan seawal usia tujuh tahun, kemudiannya melalui

beberapa tahap tertentu yang telah ditentukan oleh sistem pendidikan sehinggalah

sampai ke peringkat universiti. Pemilihan pelajar ke universiti ditentukan

berdasarkan kelayakan akademik mereka sama ada daripada Sijil Tinggi Pelajaran

Malaysia (STPM), Matrikulasi ataupun lepasan Diploma.

Pelbagai cabaran terpaksa ditempuh terutama apabila berlaku perubahan baru

kepada diri pelajar selepas sahaja melangkah masuk ke universiti. Adakalanya

berlaku kejutan budaya kepada para pelajar baru dan jika tersalah langkah akan

memberi kesan negatif kepada mereka. Cabaran dan perubahan ini menyebabkan

mereka secara paksa perlu menyesuaikan diri dengan persekitaran baru ini.

2

Masalah-masalah yang mengganggu pelajar-pelajar baru ini dapat

dikategorikan kepada sebelas permasalahan yang dinyatakan dalam alat ukur

“Mooney Problem Check List” (MPCL) yang direka oleh Mooney pada tahun 1942

dan diuji kembali pada tahun 1950. Kategori-kategori masalah ini terdiri daripada

kesihatan, kewangan, rekreasi, sosial, peribadi, seks, keluarga, akhlak, pengajian dan

pembelajaran.

Banyak kajian sama ada di dalam atau luar negara menunjukkan pelajar-pelajar

universiti menghadapi masalah. Sepertimana masalah-masalah lain seperti masalah di

tempat kerja, masalah keluarga dan masalah kehidupan, jika tidak mempunyai daya

tindak yang baik akan memberi kesan mendalam kepada individu yang mengalaminya.

Apa yang paling penting ialah bagaimana pelajar-pelajar universiti dapat berdaya tindak

terhadap masalah-masalah yang dihadapi di samping mempunyai sistem bantuan dan

sokongan yang baik.

Selain daripada itu, keputusan tentang pemilihan kerjaya, masalah persahabatan

serta masalah dalam institusi pendidikan itu sendiri turut menyumbang kepada tekanan

kepada pelajar. Kehidupan universiti yang mencabar juga menyumbang kepada tahap

permasalahan yang dihadapi oleh pelajar.

1.2 Latar Belakang Masalah

Dalam tempoh sedekad ini, pelbagai perubahan dilakukan dalam sistem

pendidikan sama ada di peringkat sekolah mahupun di universiti. Perubahan-

perubahan yang dibuat ini sedikit sebanyak mengganggu proses pembelajaran

3

pelajar dan memberi kejutan terutama kepada pelajar-pelajar yang baru

melangkahkan kaki ke universiti. Mereka perlu menyesuaikan proses pembelajaran,

persekitaran dan pengajaran yang berbeza di antara alam persekolahan dengan

suasana yang baru di universiti.

Kegagalan pelajar-pelajar baru dalam proses penyesuaian ini menyebabkan

pelbagai masalah timbul. Kurangnya pendedahan dan persediaan adakalanya

menyebabkan pelajar yang cemerlang semasa di sekolah atau pun di Matrikulasi

menemui kegagalan apabila berada di universiti.

Antara masalah yang sering dihadapi ialah masalah dalam pelajaran. Ishak

Haron (2001) dalam kertas kerjanya yang bertajuk ‘Prestasi Pelajar Melayu dan

Bumiputra di peringkat Sekolah Rendah (UPSR), Menengah (PMR, SPM, STPM)

dan Institusi Pendidikan Tinggi (IPT)’, mengupas secara terperinci mengenai

kemunduran prestasi pelajar Melayu. Jika dilihat dari sudut demografi, masalah ini

berkaitan dengan latar belakang pelajar. Dalam satu artikel Berita Harian, 9 Januari

2002, petikan yang berbunyi “...seorang pelajar tahun dua, Universiti Teknologi

Malaysia, Skudai kemungkinan dikenakan tindakan buang universiti jika terlibat

bersalah kerana terbabit dalam gerakan parti politik pada pilihanraya kecil di Indera

Kayangan, Perlis...”. Ini menunjukkan pelajar IPT tidak menumpukan perhatian

terhadap pelajaran.

Ramai juga kalangan pelajar yang mengalami masalah moral dan agama. Tun

Dr. Mahathir Mohamad (2002) pernah berkata beliau menggesa Institusi Pengajian

Tinggi (IPT) melengkapkan pelajar dengan pendidikan moral supaya mereka

memiliki sikap dan peribadi mulia. Beliau menambah penguasaan pengetahuan

tinggi sahaja tidak mencukupi kerana hanya rakyat yang bermoral tinggi, sedar

tanggungjawab terhadap masyarakat. Utusan Malaysia, Selasa, 2 Disember 2003

4

yang bertajuk “Gejala Sosial Remaja Membimbangkan”, membahaskan gejolak

remaja yang gagal ditangani dengan sempurna telah membawa mereka jauh

menyimpang dari laluan yang sepatutnya. Akhirnya, anak-anak remaja yang baru

mengenal dunia ini terdampar dalam kancah gejala sosial seperti pergaulan bebas,

penagihan arak dan dadah, malah ke lembah pelacuran. Hal ini menunjukkan

bahawa mereka bukan sahaja mengalami masalah moral dan agama tetapi juga

pergaulan muda-mudi dan seks.

Menurut Utusan Malaysia, Selasa 13 Julai 2004 yang bertajuk “Bunuh diri:

Pelajar terpinggir dan terasing”, terdapat pelajar membunuh diri dilihat tidak

mempunyai masalah dan apabila ia berlaku, semua pihak termasuk ibu bapa dan

pihak sekolah tidak menyangka perkara tersebut boleh berlaku. Tingkahlaku

tersebut disebabkan pelajar berasa terasing kerana tidak mempunyai kumpulan

sendiri di sekolahnya.

Bukti-bukti di atas menunjukkan bahawa terdapat pelbagai kategori masalah

yang berlaku di kalangan pelajar, namun pelajar tidak harus menjadikan masalah

yang tercetus sebagai hambatan untuk menuntut ilmu.

Kesimpulannya, kecemerlangan dan kejayaan dalam bidang pelajaran

merupakan satu agenda yang patut diutamakan oleh setiap pelajar. Pengurangan

kategori permasalahan semasa menuntut ilmu akan meningkatkan lagi prestasi

akademik pelajar serta mengurangkan gejala sosial dalam kehidupan seseorang

pelajar pada masa hadapan.

5

1.3 Pernyataan Masalah

Terdapat pelbagai masalah yang biasa melanda di kalangan mahasiswa. Para

pelajar terutamanya yang baru melangkah ke menara gading sudah tentu menghadapi

pelbagai masalah dalam menyesuaikan diri dengan persekitaran baru yang berbeza

berbanding sebelum ini.

Namun, kategori masalah utama yang dihadapi oleh golongan pelajar ini tidak

diketahui. Oleh yang demikian, penyelidik ingin mengenalpasti kategori masalah yang

dihadapi oleh para pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT), khususnya Pelajar Tahun

Satu (sesi 2007/2008) Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia yang terdiri

daripada latar belakang yang berbeza.

1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah seperti yang tersenarai di bawah:

i. Mengenalpasti kategori-kategori masalah yang dihadapi oleh para pelajar

Tahun Satu, Fakulti Pendidikan di Universiti Teknologi Malaysia.

ii. Mengenalpasti masalah dari segi demografi terpilih (jantina, kursus

pengajian dan aliran di sekolah menengah).

6

1.5 Persoalan Kajian

Beberapa persoalan yang menjadi panduan kajian ini adalah seperti berikut:

i. Apakah kategori masalah yang dihadapi oleh para pelajar Tahun Satu,

Fakulti Pendidikan di Universiti Teknologi Malaysia?

ii. Apakah masalah yang dihadapi dari segi demografi terpilih (jantina,

kursus pengajian dan aliran di sekolah menengah)?

1.6 Kepentingan Kajian

Kajian ini adalah penting untuk mendapatkan maklumat tentang kategori

masalah yang melanda para pelajar yang pertama kali menjejakkan kaki ke universiti.

Di samping itu, kajian ini juga penting untuk melihat hubungan kategori masalah dengan

faktor demografi.

Dengan adanya kajian ini, ia boleh dijadikan satu garis panduan bagi para pelajar

dan pihak universiti untuk membendung permasalahan ini daripada menjadi kritikal dan

seterusnya memainkan peranan yang aktif dan berkesan dalam menangani perkara ini

secara efektif.

7

Hasil kajian juga dapat dimanfaatkan untuk membantu para pelajar dalam

menyediakan diri dengan panduan dan pengetahuan yang bersesuaian bagi

menggalakkan gaya hidup yang positif sejak dari peringkat awal mereka berada di

universiti.

1.7 Batasan Kajian

Pengumpulan maklumat bagi menentukan kategori masalah di kalangan pelajar

dijalankan terhadap pelajar-pelajar Tahun Satu, Fakulti Pendidikan, Universiti

Teknologi Malaysia. Kesemua sampel kajian adalah daripada kursus-kursus berikut:

i. Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Kimia)

ii. Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Matematik)

iii. Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Kimia)

iv. Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam)

v. Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (TESL)

vi. Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Sains Sukan)

vii. Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)

Oleh itu, dapatan kajian tidak dapat dijadikan asas untuk membuat kesimpulan

tentang masalah-masalah yang dihadapi oleh semua pelajar di UTM atau seluruh negara.

8

1.8 Definisi Istilah

Beberapa istilah diperjelaskan di bawah bagi menerangkan dengan lebih tepat

kehendak dan kaitannya dengan perkara-perkara yang dibincangkan penyelidik dalam

kajian ini.

1.8.1 Pelajar

Pelajar merupakan orang yang sedang belajar atau berguru (Kamus Dewan

Bahasa dan Pustaka, 1986). Dalam kajian ini, pelajar adalah merujuk kepada pelajar-

pelajar Tahun Satu di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia (Kampus

Skudai, Johor)

1.8.2 Kategori Masalah

Dalam kajian ini, kategori masalah merujuk kepada instrumen “Mooney Problem

Check List” (MPCL) yang mengandungi sebelas kategori masalah dan telah dicipta oleh

Mooney bagi mengesan masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar sebelum dimulakan

dengan terapi. Kajian ini hanya merujuk kepada masalah-masalah yang berpunca

daripada kehidupan harian pelajar-pelajar.

9

1.8.3 Demografi

Demografi kajian merujuk profil jantina, kursus pengajian dan aliran sekolah

menengah dengan masalah yang dihadapi pelajar-pelajar Tahun Satu Fakulti Pendidikan.

1.9 Penutup

Dalam bab ini pengkaji menerangkan pendahuluan kajian yang mengandungi

pelbagai aspek termasuklah latar belakang masalah, pernyataan masalah, objektif kajian,

persoalan kajian, kepentingan kajian, batasan kajian, tempat kajian dan definisi konsep.

Di dalam bab ini ianya lebih menerangkan tentang kajian yang akan dilakukan bagi

memenuhi kehendak penyelidik.