universiti teknologi malaysia borang pengesahan … filesaya mengaku bahawa universiti teknologi...

21
PSZ 19:16 (Pind. 1/07) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika Tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS Nama Penulis : SHAHELIZA BINTI AMRAN Tarikh Lahir : 18 NOVEMBER 1982 Judul : SOMATOTAIP, PERATUSAN LEMAK DAN KETANGKASAN DI KALANGAN ATLET KARATE PERINGKAT UNIVERSITI Sesi Pengajian : 2007/2008 Saya dengan ini mengakui bahawa tesis ini diklasifikasikan sebagai: SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/ badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Saya mengaku bahawa Universiti Teknologi Malaysia mempunyai hak untuk menyimpan tesis ini seperti berikut : 1. Tesis ini adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. Disahkan oleh: (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) 821118-08-6486 EN SYAHRUL RIDHWAN MORAZUKI (NO. KAD PENGENALAN) (NAMA PENYELIA) Tarikh : 29 April 2008 Tarikh : 29 April 2008

Upload: doankhanh

Post on 19-Apr-2019

232 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … fileSaya mengaku bahawa Universiti Teknologi Malaysia mempunyai hak untuk menyimpan tesis ini seperti berikut ... karate iaitu (5

PSZ 19:16 (Pind. 1/07)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan.

** Jika Tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali tempoh tesis ini perlu

dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

Nama Penulis : SHAHELIZA BINTI AMRAN

Tarikh Lahir : 18 NOVEMBER 1982

Judul : SOMATOTAIP, PERATUSAN LEMAK DAN KETANGKASAN DI KALANGAN

ATLET KARATE PERINGKAT UNIVERSITI

Sesi Pengajian : 2007/2008

Saya dengan ini mengakui bahawa tesis ini diklasifikasikan sebagai:

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan

Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/

badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD

Saya mengaku bahawa Universiti Teknologi Malaysia mempunyai hak untuk menyimpan tesis ini seperti berikut :

1. Tesis ini adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.

2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja.

3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian

tinggi.

Disahkan oleh:

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

821118-08-6486 EN SYAHRUL RIDHWAN MORAZUKI

(NO. KAD PENGENALAN) (NAMA PENYELIA)

Tarikh : 29 April 2008 Tarikh : 29 April 2008

Page 2: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … fileSaya mengaku bahawa Universiti Teknologi Malaysia mempunyai hak untuk menyimpan tesis ini seperti berikut ... karate iaitu (5

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana

Muda”

Tandatangan :

Nama Penyelia : EN. SYAHRUL RIDHWAN BIN MORAZUKI

Tarikh : 29 APRIL 2008

Page 3: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … fileSaya mengaku bahawa Universiti Teknologi Malaysia mempunyai hak untuk menyimpan tesis ini seperti berikut ... karate iaitu (5

SOMATOTAIP, PERATUSAN LEMAK DAN KETANGKASAN DI

KALANGAN ATLET KARATE PERINGKAT UNIVERSITI

SHAHELIZA BINTI AMRAN

Tesis ini dikemukakan sebagai

memenuhi sebahagian syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda

Sains Serta Pendidikan (Sains Sukan)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2008

Page 4: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … fileSaya mengaku bahawa Universiti Teknologi Malaysia mempunyai hak untuk menyimpan tesis ini seperti berikut ... karate iaitu (5

ii

“Saya akui bahawa karya ini hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang setiap satunya telah saya perjelaskan sumbernya.”

Tandatangan : ______ ______

Nama Pelajar : SHAHELIZA BINTI AMRAN

Tarikh : 29 APRIL 2008

Page 5: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … fileSaya mengaku bahawa Universiti Teknologi Malaysia mempunyai hak untuk menyimpan tesis ini seperti berikut ... karate iaitu (5

iii

DEDIKASI

“Alhamdulillah kepadaMU Ilahi kupanjatkan kesyukuran”

Buat ibu Siti Aishah Abu Bakar dan ayah Hj Amran Hj Osman yang disayangi

dan sentiasa diingati ”segala jasa dan pengorbanan selama ini amat kuhargai, hanya

doa kepada yang ESA yang mampu kuhadiahkan sebagai balasan untukmu berdua

yang sangat kukasihi”

KHAS BUAT ADIK-BERADIK TERSAYANG

Mohd Shahrizan

Shaha’alia

Mohd Shahzerin

Mohd Shahril Shafri

Terima kasih atas segalanya....

Khas buat teman-teman seperjuangan kerjasama yang diberikan tidak akan

dilupakan.

Semoga kalian sentiasa dilimpahi rahmat dan keberkatan....

Page 6: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … fileSaya mengaku bahawa Universiti Teknologi Malaysia mempunyai hak untuk menyimpan tesis ini seperti berikut ... karate iaitu (5

iv

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah dan

kurniaNya dapat juga saya menyempurnakan penulisan kajian ilmiah ini. Saya

merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada En Syahrul

Ridhwan Bin Morazuki selaku pensyarah Penyelia Projek Sarjana muda yang

banyak berkorban masa dalam memberi segala tunjuk ajar, cadangan dan bimbingan

ke arah menyempurnakan penulisan kajian ilmiah ini.

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas galakkan, sokongan

dan dorongan ahli keluarga sepanjang menjalani penyelidikan tesis ini sehingga

penyelidikan tesis ini berjaya disiapkan.

Saya juga ingin merakamkan penghargaan kepada para subjek yang sudi

membantu dan memberi kerjasama sepanjang kajian ini dijalankan. Tidak lupa juga

kepada rakan-rakan seperjuangan dan mereka yang memberi bantuan dan sokongan

secara langsung atau tidak langsung sepanjang projek penyelidikan ini.

Wassalam…

Page 7: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … fileSaya mengaku bahawa Universiti Teknologi Malaysia mempunyai hak untuk menyimpan tesis ini seperti berikut ... karate iaitu (5

v

ABSTRAK

Tujuan kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti ciri-ciri somatotaip atlet-

atlet karate peringkat universiti dan melihat perkaitan di antara peratusan lemak

dengan tahap ketangkasan mengikut kumpulan somatotaip. Seramai 8 orang atlet

karate iaitu (5 lelaki dan 3 perempuan) terlibat di dalam kajian ini. Subjek menjalani

2 sesi pengujian iaitu ujian klasifikasi somatotaip (Heath and Carter) dan ujian tahap

ketangkasan. Ujian yang dijalankan ialah ujian lipatan kulit (triceps, subscapula,

suprailiac dan calf), pengukuran lilitan lengan (biceps dan calf) pengukuran lebar

tulang (humerus dan femur) dan ujian ‘Hexagon Drill’ untuk ujian ketangkasan.

Daripada hasil kajian, didapati bahawa 4 daripada subjek lelaki dan 2 subjek

perempuan berada dalam kumpulan endormorphic/mesomorf manakala 2 orang lagi

subjek ( seorang lelaki dan seorang perempuan) berada dalam kumpulan

mesomorf/endomorph. Hasil ujian korelasi mendapati terdapat perkaitan yang positif

tinggi di antara peratusan lemak dengan ketangkasan (r=0.884) bagi kumpulan

endomorphic/mesomorf manakala terdapat perkaitan negatif yang sangat tinggi bagi

kumpulan mesomorf/endomorf (r=1.000). Ini menunjukkan terdapat perkaitan yang

signifikan antara peratusan lemak dengan tahap ketangkasan di kalangan atlet karate

mengikut kumpulan somatotaip.

Page 8: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … fileSaya mengaku bahawa Universiti Teknologi Malaysia mempunyai hak untuk menyimpan tesis ini seperti berikut ... karate iaitu (5

vi

ABSTRACT

The purpose of this study was to identify the characteristics of somatotype

among university level karate athlete and to correlate the percentage of fat and

agility according to somatotype groups. Eight athletes (5 males and 3 females) were

involved in this study. Two sessions of measurement have been carried out which

were classification somatotype test (Heath and Carter) and agility test. Skinfold

measurement involved of triceps, subscapula, suprailiac and calf, girth measurement

of biceps and calf, two bone breadths of femur and humerus and Hexagon Drill tests

for agility. Results of this study revealed that 4 males and 2 females subject were

categorized in endomorphic/mesomorp group whereas another two subjects (one

male and one female) were found to be in mesomorp/endomorph group. There was a

high positive correlation between fat percentage and agility (r=0.884) in

endomorphic/mesomorp group whereas a very high negative correlation (r=1.000)

was found between mesomorp/endomorph group. This is turn indicates that there

was a correlation between percentage of fat and agility among karate athletes

according to their somatotype group.

Page 9: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … fileSaya mengaku bahawa Universiti Teknologi Malaysia mempunyai hak untuk menyimpan tesis ini seperti berikut ... karate iaitu (5

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

ISI KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL x

SENARAI RAJAH xii

SENARAI LAMPIRAN xiii

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 5

1.4 Objektif Kajian 5

1.5 Hipotesis Kajian 6

1.6 Kepentingan Kajian 6

1.7 Limitasi Kajian 6

1.8 Definisi Istilah 7

Page 10: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … fileSaya mengaku bahawa Universiti Teknologi Malaysia mempunyai hak untuk menyimpan tesis ini seperti berikut ... karate iaitu (5

viii

BAB 2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Somatotaip 8

2.2 Komposisi Tubuh Badan dan Lemak 10

2.3 Ujian-Ujian Yang Dijalankan 13

2.3.1 Pengukuran Lipatan Kulit 13

2.3.2 Pengukuran Panjang Anggota 15

2.3.3 Pengukuran Pergelangan 15

2.4 Ketangkasan 16

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Rekabentuk Kajian 19

3.2 Subjek Kajian 19

3.3 Tempat Kajian 19

3.4 Instrumen Kajian 20

3.5 Kebolehpercayaan Ujian 20

3.6 Prosedur Kajian 20

3.6.1 Pengukuran Lipatan Kulit 21

3.6.2 Pengukuran Lebar Tulang

Femur dan Humerus 23

3.6.3 Pengukuran Pergelangan 25

3.6.4 Kaedah Menentukan Somatotaip

Heath & Carter 26

3.6.5 Pemplotan Nilai Somatotaip

Ke dalam Somatocarta 27

3.6.6 Pengukuran Peratusan Lemak 27

3.7 Ujian Ketangkasan : ’Hexagon Drill’ 29

3.8 Kaedah Pengumpulan Data 31

3.9 Kaedah Penganalisaan Data 31

Page 11: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … fileSaya mengaku bahawa Universiti Teknologi Malaysia mempunyai hak untuk menyimpan tesis ini seperti berikut ... karate iaitu (5

ix

BAB 4 PENGANALISAAN DATA

4.1 Analisis Diskriptif 32

4.2 Analisis Inferensi 40

BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Perbincangan 42

5.2 Rumusan 46

5.3 Cadangan 47

5.3.1 Bilangan Subjek 47

5.3.2 Ujian Kecergasan Dipelbagaikan 48

RUJUKAN 49

LAMPIRAN 52-66

Page 12: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … fileSaya mengaku bahawa Universiti Teknologi Malaysia mempunyai hak untuk menyimpan tesis ini seperti berikut ... karate iaitu (5

x

SENARAI JADUAL

NO.JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Rumus kumpulan Somatotaip 26

3.2 Formula Pengiraan Peratusan Lemak 28

3.3 Skala Bacaan Peratusan Lemak Bagi Lelaki 28

3.4 Skala Bacaan Peratusan Lemak Bagi Perempuan 29

3.5 Norma Ujian ketangkasan ‘ Hexagon Drill’ 30

4.1 Data Mentah Latar Belakang Sukan bagi Subjek Lelaki 32

4.2 Data Mentah Latar Belakang Sukan bagi

Subjek Perempuan 33

4.3 Umur, Ketinggian dan Berat Badan

bagi Sampel Lelaki dan Perempuan 34

4.4 Somatotaip Subjek Lelaki dan perempuan 35

4.5 Peratusan Lemak dan Tahap ketangkasan

Subjek Lelaki dan Perempuan 38

4.6 Peratusan Lemak dan tahap

Ketangkasan Mengikut Kumpulan Somatotaip 39

4.7 Purata Jumlah 4 Bahagian Lipatan Kulit

(4 Skinfolds) bagi subjek lelaki dan perempuan. 39

Page 13: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … fileSaya mengaku bahawa Universiti Teknologi Malaysia mempunyai hak untuk menyimpan tesis ini seperti berikut ... karate iaitu (5

xi

4.8 Korelasi Ketangkasan terhadap Peratus lemak

mengikut kumpulan Somatotaip endomorphic/mesomorf. 40

4.9 Korelasi Ketangkasan terhadap Peratus lemak

mengikut kumpulan Somatotaip mesomorf/endomorf. 41

Page 14: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … fileSaya mengaku bahawa Universiti Teknologi Malaysia mempunyai hak untuk menyimpan tesis ini seperti berikut ... karate iaitu (5

xii

SENARAI RAJAH

NO.RAJAH TAJUK MUKA SURAT

3.1 Pengambilan Ukuran Triceps Skinfold 21

3.2 Pengambilan Ukuran Subscapula Skinfold 22

3.3 Pengambilan Ukuran Suprailiac Skinfold 22

3.4 Pengambilan Ukuran Calf Skinfold 23

3.5 Pengambilan Lebar Tulang Humerus 24

3.6 Pengambilan Lebar Tulang Femur 24

3.7 Pengambilan Ukuran Lilitan Biceps 25

3.8 Pengambilan Ukuran Lilitan Calf 26

3.9 ‘Hexagon Drill’ 30

4.1 Somatocarta Lelaki dan Perempuan

Mengikut Kumpulan Somatotaip 36

4.2 Somatocarta Purata Subjek Lelaki dan Perempuan 37

5.1 Perbezaan Carta Kumpulan Somatotaip Antara

Atlet Karate dan Judo 43

Page 15: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … fileSaya mengaku bahawa Universiti Teknologi Malaysia mempunyai hak untuk menyimpan tesis ini seperti berikut ... karate iaitu (5

xiii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Alat Ujian Klasifikasi Somatotaip

(Heath & Carter) 52

B1 Contoh Teknik Dan Prosedur

Mengambil Ukuran Lipatan Kulit 53

B2 Contoh Teknik Dan Prosedur

Mengambil Ukuran Lipatan Kulit 54

C1 Gambarajah ’Hexagon Drill’ 55

C2 Gambar Lakuan Ujian ’Hexagon Drill’ 56

D1 Dua dimensi somatocarta dengan

koordinasi x dan y 57

D2 Somatocarta yang kosong 58

D3 Somatocarta yang dilabelkan dengan kategori

somatotaip 59

E Skor korelasi pearson bagi kumpulan

endomorphic/mesomorf dan

mesomorf/endomorf 60

F1 Borang maklumat peribadi subjek 61

Page 16: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … fileSaya mengaku bahawa Universiti Teknologi Malaysia mempunyai hak untuk menyimpan tesis ini seperti berikut ... karate iaitu (5

xiv

G Borang ukuran badan 63

H Borang Ujian ’Hexagon Drill’ 64

I Surat lepasan tanggungjawab 65

J Surat perlantikan subjek 66

Page 17: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … fileSaya mengaku bahawa Universiti Teknologi Malaysia mempunyai hak untuk menyimpan tesis ini seperti berikut ... karate iaitu (5

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Pada masa kini, sukan memainkan peranan penting dalam membangunkan

negara. Sukan telah menjadi salah satu bidang yang penting dalam setiap negara.

Setiap negara juga berusaha untuk menghasilkan atlet yang elit untuk bertanding di

peringkat antarabangsa.

Dalam usaha memajukan sukan, banyak negara telah mempromosikan dan

mempertingkatkan nama sukan. Keadaan ini secara tidak langsung telah

mengakibatkan semakin banyak acara yang suatu masa dahulu tidak popular serta

terkenal turut menjadi semakin digemari. Salah satu acara yang semakin popular

dipertandingkan pada masa ini ialah karate. Ini terbukti dengan kejayaan atlet-atlet

karate negara yang memenangi pelbagai kejohanan di peringkat tempatan dan

antarabangsa.

Karate atau karate-do merupakan salah satu seni bela diri timur. Pada

umumnya, karate lebih digambarkan dengan gerakan serangan dan belaan kaki dan

tangan secara menyeluruh. Konsep yang diamalkan adalah berdasarkan kepada

kefahaman umum adalah serangan-serangan lurus dan mendatar. Variasi belaan

juga

Page 18: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … fileSaya mengaku bahawa Universiti Teknologi Malaysia mempunyai hak untuk menyimpan tesis ini seperti berikut ... karate iaitu (5

2

adalah lebih kepada kaedah mudah yang mana apabila difikir secara mudah, karate

adalah satu seni yang ringkas dan lebih berpandukan kepada konsep ‘tinju’ teratur.

Asas latihan karate dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu kihon, kata dan

kumite. Kihon adalah latihan teknik asas karate sepeti menumbuk, menendang,

menangkis dan mengelak. Kata pula adalah latihan jurus atau bunga karate dan

terakhir kumite adalah latihan bela diri atau seni tempur. Dalam sukan karate di

Malaysia dua kategori di pertandingkan iaitu kata dan kumite.

Seperti sukan-sukan lain, untuk mempersembahkan pencapaian yang

cemerlang dalam acara seni mempertahankan diri, seseorang atlet memerlukan

kekuatan otot dan kekuatan mental yang tinggi. Terdapat kenyataan yang

menyatakan bahawa bentuk tubuh badan merupakan salah satu faktor yang penting

dalam usaha mencapai prestasi yang tinggi (Thorland et al. 1981).

Menurut Sheldon (1940), anthropometri adalah sangat berkait rapat dengan

teori somatotaip yang terdiri daripada tiga kategori iaitu ektomorf, mesomorf dan

endomorf. Sharkey, B. J. (1990) dan Baumgartner dan Jackson (1991)

mengklasifikasikan komposisi badan sebagai lemak dan kandungan tidak berlemak

adalah terdiri daripada otot, tendon, air, tulang, organ dan tisu-tisu penghubung

(connective tissue).

Setiap atlet yang berjaya boleh dikenal pasti bakatnya daripada pemerhatian

faktor bentuk tubuh badan mereka. Kebanyakkan bentuk tubuh badan

mencerminkan prestasi yang akan dipamerkan ketika pertandingan. Atas faktor

inilah penentuan aktiviti sukan yang akan diceburi dilakukan mengikut kesesuaian

ciri-ciri fizikal bentuk tubuh badan mereka (Carter 1990). Dalam permainan bola,

seni mempertahankan diri dan olahraga, bentuk tubuh badan mesomorf

menunjukkan perkaitan yang positif dengan prestasi. Ini akan memudahkan

jurulatih membuat pemilihan awal berdasarkan faktor bentuk tubuh badan (Gualdi-

Russo dan Graziani, 1993). Hazeldine (1992), menyatakan paras kandungan lemak

yang tinggi mempengaruhi kecergasan kardio-respiratori dan perlakuan motor.

Page 19: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … fileSaya mengaku bahawa Universiti Teknologi Malaysia mempunyai hak untuk menyimpan tesis ini seperti berikut ... karate iaitu (5

3

Corbin dan Lindsey (1988), berpendapat, ketangkasan adalah kebolehan

untuk menukar arah keseluruhan badan atau sebahagiannya dalam ruang dengan

tepat dan pantas. Berkenaan dengan tahap ketangkasan ia amat penting kepada atlet

terutama bagi sukan seni mempertahankan diri seperti sukan karate.

Menurut Harman et al. (2000), ketangkasan adalah kemampuan untuk

berhenti, bergerak dan menukar arah pergerakan badan atau bahagian badan dengan

pantas dalam pelbagai gaya lakuan. Dalam hal ini, sekiranya seseorang pemain itu

kurang tangkas, mungkin disebabkan oleh sistem biomekanik dan pergerakan badan

yang kurang lancar. Menurut Thomas (2005) ketangkasan ialah kunci kepada sukan

yang memerlukan ketangkasan. Ia bukan hanya salah satu dari komponen kepada

peningkatan prestasi, tetapi ia memberi sumbangan yang amat besar di dalam

pencegahan kecederaan.

1.2 Latar Belakang Masalah

Secara umumnya, bentuk fizikal seseorang atlet karate berpotensi dalam

memainkan peranan sekaligus mempengaruhi prestasi dan pencapaian atlet ketika

bertanding. Komposisi badan merujuk kepada peratusan lemak badan berbanding

dengan isi kandungan otot, lemak, tulang dan tisu badan yang lain. Lebihan

peratusan lemak dalam badan akan menimbulkan masalah kegemukan (obesiti).

Terdapat kenyataan yang menyatakan bahawa bentuk tubuh badan

merupakan salah satu faktor yang penting dalam usaha mencapai prestasi yang

tinggi (Thorland et al. 1981). Secara umum ciri-ciri komposisi badan atlet, didapati

berbeza mengikut sukan masing-masing.

Menurut Vhi Healthcare Editorial Team (2005), somatotaip seseorang atlet

memberi kesan kepada potensi terhadap sesuatu sukan yang diceburi. Dengan ini,

jika fizikal seseorang atlet, iaitu bentuk tubuh badannya mempunyai perkaitan yang

rapat dengan prestasinya, maka, jurulatih dapat memilih atlet yang lebih baik. Ini

Page 20: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … fileSaya mengaku bahawa Universiti Teknologi Malaysia mempunyai hak untuk menyimpan tesis ini seperti berikut ... karate iaitu (5

4

kerana jangkaan awal tentang prestasi atlet dapat dibuat berdasarkan bentuk tubuh

badan.

Namun, mengikut ukuran yang diberi oleh Battery of Physical and

Physiological Tests and Measurements dalam Mohoni (2005), somatotaip hanya

merupakan suatu elemen dalam analisis sesuatu keperluan sukan. Seseorang atlet

yang mempunyai bentuk tubuh badan yang unggul dan tepat dengan kemampuan

sukan, tidak bermakna dia akan berjaya dalam sukan tersebut, tetapi mempunyai

peluang yang lebih tinggi.

Menurut Chelladurai dan Yuhasz (1977), prestasi ketangkasan bergantung

khusus kepada tugasan yang dilakukan. Komponen-komponen seperti kuasa,

kelenturan, imbangan dan koordinasi memainkan peranan penting dalam

membentuk prestasi ketangkasan. Di samping itu, ketangkasan merupakan aspek

utama yang perlu dititik beratkan dalam sukan karate. Kebolehan untuk bergerak

dengan pantas, berhenti dengan tiba-tiba dan kemudiannya bertukar arah dan

pergerakan adalah penting di dalam permainan. Oleh itu, penyelidik ingin membuat

perkaitan di antara peratusan lemak dengan tahap ketangkasan atlet karate mengikut

kumpulan somatotaip. Ujian ketangkasan yang digunakan ialah ‘Hexagon Drill’.

1.3 Pernyataan Masalah

Acara seni mempertahankan diri iaitu karate dibahagikan kepada dua

kategori, iaitu acara kata dan kumite. Dalam dua acara itu terdapat ciri-ciri yang

berbeza berdasarkan acara yang disertai.

Mengikut ujian potensi penglibatan sukan yang dijalankan oleh Mohoni

(2005), sehingga ini, sudah terdapat kajian yang mengkaji perkaitan tubuh badan

dengan potensi penglibatan sukan. Mengikut Safrit (1981), ketangkasan hanya boleh

ditingkatkan dengan beberapa latihan spesifik yang dijalankan secara teratur. Ia

juga melibatkan aspek kemahiran terbuka dan kemahiran tertutup yang ada pada

Page 21: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … fileSaya mengaku bahawa Universiti Teknologi Malaysia mempunyai hak untuk menyimpan tesis ini seperti berikut ... karate iaitu (5

5

seseorang atlet. Semua ini adalah berkait rapat antara satu sama lain. Latihan yang

dijalankan ini mestilah bermula dengan gerakan kaki yang baik dan gerakan ini

banyak mempengaruhi ketangkasan atlet.

Sehubungan dengan itu, kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti ciri-ciri

somatotaip dikalangan atlet karate lelaki dan perempuan serta membandingkan tahap

ketangkasan dengan peratusan lemak atlet karate mengikut kumpulan somatotaip.

1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah untuk:

1.4.2 mengenalpasti ciri-ciri somatotaip atlet-atlet karate lelaki dan perempuan

peringkat universiti

1.4.1 melihat perkaitan di antara peratusan lemak dengan tahap ketangkasan atlet

karate peringkat universiti mengikut kumpulan somatotaip