borang pengesahan status tesis - fp.utm.my binti khamis.tp.pdf · kajian ini bertujuan untuk...

33
PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : MINAT, SIKAP, DAN PERSEPSI PELAJAR TINGKATAN TIGA TERHADAP FIZIK SESI PENGAJIAN : 2012/2013 Saya NOORZANA BINTI KHAMIS (HURUF BESAR) Mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( / ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamtan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) / TIDAK TERHAD Disahkan oleh __________________________________________ ____________________________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: DR. FATIN ALIAH PHANG Nama Penyelia 25, JALAN IMPIAN RIA 16, TAMAN IMPIAN JAYA, 81400 SENAI, JOHOR. Tarikh: ___________________________ Tarikh: _____________________________ CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Upload: others

Post on 06-Sep-2019

25 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Binti Khamis.TP.pdf · Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap minat, sikap dan persepsi pelajar tingkatan tiga terhadap mata pelajaran

PSZ 19:16 (Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESISּט

JUDUL : MINAT, SIKAP, DAN PERSEPSI PELAJAR TINGKATAN TIGA

TERHADAP FIZIK

SESI PENGAJIAN : 2012/2013

Saya NOORZANA BINTI KHAMIS (HURUF BESAR)

Mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( / )

SULIT

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamtan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD

(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

/ TIDAK TERHAD

Disahkan oleh

__________________________________________ ____________________________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap:

DR. FATIN ALIAH PHANG Nama Penyelia

25, JALAN IMPIAN RIA 16, TAMAN IMPIAN JAYA, 81400 SENAI, JOHOR. Tarikh: ___________________________ Tarikh: _____________________________

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan

tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan ּט

penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Page 2: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Binti Khamis.TP.pdf · Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap minat, sikap dan persepsi pelajar tingkatan tiga terhadap mata pelajaran

ii

MINAT, SIKAP DAN PERSEPSI PELAJAR TINGKATAN TIGA

TERHADAP FIZIK

NOORZANA BINTI KHAMIS

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 3: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Binti Khamis.TP.pdf · Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap minat, sikap dan persepsi pelajar tingkatan tiga terhadap mata pelajaran

iii

MINAT, SIKAP DAN PERSEPSI PELAJAR TINGKATAN TIGA TERHADAP

FIZIK

NOORZANA BINTI KHAMIS

Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan Ijazah Sarjana

Pendidikan (Fizik)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

JUN 2013

Page 4: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Binti Khamis.TP.pdf · Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap minat, sikap dan persepsi pelajar tingkatan tiga terhadap mata pelajaran

iv

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Sarjana

Pendidikan (Fizik)”

Tandatangan : -------------------------------------

Nama penyelia: DR. FATIN ALIAH PHANG

Tarikh : Jun 2013

Page 5: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Binti Khamis.TP.pdf · Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap minat, sikap dan persepsi pelajar tingkatan tiga terhadap mata pelajaran

v

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya kecuali nukilan dan ringkasan yang

setiap satunya telah saya perjelaskan sumbernya”

Tandatangan : -------------------------------------

Nama penyelia: NOORZANA BINTI KHAMIS

Tarikh : 17 Jun 2013

Page 6: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Binti Khamis.TP.pdf · Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap minat, sikap dan persepsi pelajar tingkatan tiga terhadap mata pelajaran

vi

DEDIKASI

Setinggi-tinggi ucapan terima kasih dan penuh kasih sayang buat suami yang

dihormati, Mohd Saleh bin Mohamed atas sokongan, kesabaran dan doa restu

darimu.

Anak-anak yang dikasihi,

Abdullah Qaasim

&

Ruqayyah Assyifa’

Semoga Allah memberi ganjaran kepada anak-anak yang sabar dan memahami.

Emak, abah dan adik-beradik serta keluarga mertua..

Sahabat-sahabat di Sek. Ren. Islam Hidayah yang banyak mendoakan dan membantu

tugas-tugas dai’.

Terima kasih diucapkan!

Dan untuk rakan-rakan seperjuangan dan sehaluan.

Segala sokongan, tunjuk ajar dan kerjasama hanya Allah yang dapat membalasnya.

Page 7: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Binti Khamis.TP.pdf · Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap minat, sikap dan persepsi pelajar tingkatan tiga terhadap mata pelajaran

vii

PENGHARGAAN

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah SWT atas segala limpah, berkat dan

kurnianya dapatlah saya menyiapkan laporan penulisan Projek Sarjana ini.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada penyelia projek saya Dr. Fatin

Aliah Phang atas segala bimbingan, sokongan dan tunjuk ajar yang dicurahkan dari

mula semester hingga akhir pengajian sarjana saya ini. Semoga Allah

mempermudahkan urusan beliau.

Sekalung budi juga diucapkan buat penyelia kedua Lilia Ellany binti Mohtar

yang banyak membantu, memberi tunjuk ajar dan sokongan sepanjang menyiapkan

projek ini. Terima kasih juga kepada sahabat-sahabat seperjuangan Ting Fang Ling

dan Siti Nor Hidayah binti Ismail yang selalu berkongsi suka duka sepanjang

pengajian ini.

Buat keluarga yang disayangi dan sahabat-sahabat Hidayah, sokongan kalian

menyebabkan hati ini tabah dalam menghadapi ujian dan cabaran. Semoga Allah

memberkati dan memberikan ganjaran kepada semua pihak yang terlibat secara

langsung dan tidak langsung dalam menjayakan penulisan ini. Alhamdulillah.

Page 8: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Binti Khamis.TP.pdf · Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap minat, sikap dan persepsi pelajar tingkatan tiga terhadap mata pelajaran

viii

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap minat, sikap dan persepsi

pelajar tingkatan tiga terhadap mata pelajaran fizik serta mengkaji hubungan antara

minat, sikap dan persepsi pelajar terhadap mata pelajaran tersebut. Seramai 112

orang pelajar tingkatan 3 yang terdiri daripada pelajar-pelajar kelas terbaik dari 4

buah sekolah menengah daerah Johor Bahru telah menjadi responden bagi kajian ini.

Kajian ini menggunakan soal selidik untuk mengukur tahap minat, sikap dan

persepsi pelajar serta hubungan antara ketiga-tiga konstruk tersebut. Soal selidik ini

telah disahkan oleh 2 orang pensyarah fizik dan kajian rintis menunjukkan nilai

kebolehpercayaan yang tinggi iaitu nilai Alpha Cornbach=0.85. Data kajian

dianalisis secara deskriptif dan inferensi menggunakan perisian komputer Statistical

Package for Social Science (SPSS) versi 15.0 untuk mendapatkan min, frekuensi,

peratusan, sisihan piawai dan kolerasi. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap

minat pelajar terhadap fizik adalah sederhana (min=3.52, SP=0.64) manakala tahap

sikap pelajar terhadap fizik adalah tinggi (min=3.89, SP=0.67) dan persepsi pelajar

terhadap pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran fizik juga tinggi (min=3.80,

SP=0.60). Selain itu, hubungan yang signifikan dan kuat juga dibuktikan terhadap

ketiga-tiga konstruk tersebut. Hubungan antara aliran pilihan dengan ketiga-tiga

konstruk pula dibuktikan lemah dan rendah. Keputusan kajian menunjukkan bahawa

penglibatan pelajar-pelajar tingkatan tiga dalam aliran sains tulen semasa tingkatan

empat berada di aras yang positif dan menggalakkan. Dicadangkan agar guru-guru

terus peka tentang pengendalian eksperimen dan proses pengajaran dan

pembelajaran yang mengaitkan fizik dengan kehidupan seharian agar pelajar sedar

akan kepentingan sains dan mampu menyokong serta menyahut cabaran abad ke 21

dengan memilih aliran sains sebagai pilihan utama.

Page 9: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Binti Khamis.TP.pdf · Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap minat, sikap dan persepsi pelajar tingkatan tiga terhadap mata pelajaran

ix

ABSTRACT

This study aims to determine the level of interest, attitude and perception of

form three students towards physics and to study the relationships between interest,

attitude and perception of the students. A total of 112 Form 3 top grade students

from 4 secondary schools in Johor Bahru became the respondents for this study. This

study used a survey questionnaire to gauge the level of interest, attitude and

perception as well as the relationship between the three constructs. This

questionnaire has been validated by two physics lecturers and the pilot study showed

a high reliability with the Cornbach Alpha value=0.85. The data was analyzed using

descriptive and inferential statistical software Statistical Package for Social Sciences

(SPSS) version 15.0 for the means, frequencies, percentages, standard deviations and

correlations. The results showed that the level of student interest towards physics is

moderate (mean=3.52, SD=0.64), while the attitude of the students is high

(mean=3.89, SD=0.67) and students' perception of the teaching and learning of

physics is also high (mean=3.80, SD=0.60). In addition, significant and strong

relationships are also found between the three constructs. The relationships between

stream options with the three constructs are weak and low. The results showed that

the involvement in pure science stream of form three students level is positive and

encouraging. It is suggested that teachers continue to be sensitive about the conduct

of the experiment and the process of teaching and learning physics by relating them

to everyday life so that students are aware of the importance of science. This will

enable them to meet the challenges of the 21st century in choosing science as their

major option.

Page 10: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Binti Khamis.TP.pdf · Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap minat, sikap dan persepsi pelajar tingkatan tiga terhadap mata pelajaran

x

ISI KANDUNGAN

BAB TAJUK MUKA SURAT

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS i

AKUAN PENYELIA iii

AKUAN PENYELIDIK iv

DEDIKASI v

PENGHARGAAN vi

ABSTRAK vii

ABSTRACT viii

ISI KANDUNGAN ix

SENARAI JADUAL xiii

SENARAI RAJAH xv

SENARAI SINGKATAN xvi

SENARAI LAMPIRAN xvii

1 PENGENALAN

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.2.1 Minat Pelajar Terhadap Fizik 4

1.2.2 Sikap Pelajar Terhadap Fizik 5

1.2.3 Persepsi Pelajar Terhadap Fizik 6

1.3 Penyataan Masalah 7

1.4 Objektif Kajian 8

1.5 Persoalan Kajian 9

1.6 Hipotesis 9

1.7 Kepentingan Kajian 10

1.8 Kerangka Kerja Konsep 11

1.9 Definisi Istilah 13

1.9.1 Minat 13

Page 11: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Binti Khamis.TP.pdf · Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap minat, sikap dan persepsi pelajar tingkatan tiga terhadap mata pelajaran

xi

1.9.2 Sikap 14

1.9.3 Persepsi Pelajar Terhadap 14

Pengajaran dan Pembelajaran Fizik

1.10 Rumusan 15

2 SOROTAN PENULISAN

2.1 Pendahuluan 16

2.2 Minat Pelajar Terhadap Fizik 16

2.3 Sikap Pelajar Terhadap Fizik 18

2.4 Persepsi Pelajar Terhadap Pengajaran 20

dan Pembelajaran Fizik

2.5 Kajian-Kajian Lepas Berkaitan Minat, 21

Sikap dan Persepsi Pelajar

2.5.1 Kajian Minat Terhadap Fizik 21

2.5.2 Kajian Sikap Terhadap Fizik 23

2.5.3 Kajian Persepsi Pelajar Terhadap 24

Pengajaran dan Pembelajaran Fizik

2.6 Rumusan 24

3 PENGKAEDAHAN KAJIAN

3.1 Pendahuluan 26

3.2 Reka Bentuk Kajian 26

3.3 Sampel Kajian 27

3.4 Kaedah Kajian 28

3.4.1 Soal Selidik 28

3.5 Instrumen Kajian 29

3.6 Kesahan 29

3.7 Kajian Rintis 30

3.8 Analisis Data 31

3.9 Rumusan 34

Page 12: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Binti Khamis.TP.pdf · Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap minat, sikap dan persepsi pelajar tingkatan tiga terhadap mata pelajaran

xii

4 ANALISIS DATA

4.1 Pendahuluan 35

4.2 Analisis Bahagian A 36

4.2.1 Sekolah 37

4.2.2 Jantina 38

4.2.3 Aliran Pilihan 39

4.3 Analisis Bahagian B 40

4.3.1 Tahap Minat Pelajar Tingkatan Tiga 40

Terhadap Mata Pelajaran Fizik

4.3.2 Tahap Sikap Pelajar Tingkatan Tiga 43

Terhadap Mata Pelajaran Fizik

4.3.3 Persepsi Pelajar Tingkatan Tiga 46

Terhadap Pengajaran dan

Pembelajaran Fizik

4.3.4 Hubungan Antara Minat dan Sikap 50

Pelajar Tingkatan Tiga Terhadap

Mata Pelajaran Fizik dan Persepsi

Pelajar Tingkatan Tiga Terhadap

Pengajaran dan Pembelajaran Fizik

4.3.5 Hubungan Antara Aliran Pilihan 51

Semasa Tingkatan Empat dengan

Minat dan Sikap Pelajar Tingkatan

Tiga Terhadap Mata Pelajaran

Fizik dan Persepsi Pelajar

Tingkatan Tiga Terhadap

Pengajaran dan Pembelajaran Fizik

4.4 Rumusan 53

5 PERBINCANGAN, IMPLIKASI, CADANGAN DAN

RUMUSAN

5.1 Pendahuluan 55

5.2 Minat Pelajar Terhadap Mata Pelajaran 56

Fizik

Page 13: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Binti Khamis.TP.pdf · Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap minat, sikap dan persepsi pelajar tingkatan tiga terhadap mata pelajaran

xiii

5.3 Sikap Pelajar Terhadap Mata Pelajaran 57

Fizik

5.4 Persepsi Pelajar Terhadap Pengajaran 57

dan Pembelajaran Fizik

5.5 Hubungan Antara Minat dan Sikap 58

Pelajar Tingkatan Tiga Terhadap Mata

Pelajaran Fizik dan Persepsi Pelajar

Tingkatan Tiga Terhadap Pengajaran dan

Pembelajaran Fizik

5.5.1 Hubungan Antara Minat dan 58

Sikap Terhadap Mata Pelajaran

Fizik

5.5.2 Hubungan Antara Minat Terhadap 59

Mata Pelajaran Fizik dan Persepsi

Terhadap Pengajaran dan

Pembelajaran Fizik

5.5.3 Hubungan Antara Sikap Terhadap 60

Mata Pelajaran Fizik dan Persepsi

Terhadap Pengajaran dan

Pembelajaran Fizik

5.6 Hubungan Antara Aliran Pilihan 60

Semasa Tingkatan Empat dengan Minat

dan Sikap Terhadap Mata Pelajaran Fizik

dan Persepsi Terhadap Pengajaran dan

Pembelajaran Fizik

5.7 Implikasi Kajian 61

5.8 Cadangan 63

5.9 Cadangan Kajian Lanjutan 64

5.10 Rumusan 64

RUJUKAN 65

LAMPIRAN 68 - 76

Page 14: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Binti Khamis.TP.pdf · Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap minat, sikap dan persepsi pelajar tingkatan tiga terhadap mata pelajaran

xiv

SENARAI JADUAL

NO.

JADUAL

TAJUK MUKA

SURAT

3.1 Pengkelasan Skala Likert Bagi Item Soal Selidik 29

3.2 Pengkaedahan Kajian 33

4.1 Taburan Bilangan Responden Berdasarkan Sekolah 37

4.2 Taburan Bilangan Responden Berdasarkan Jantina 38

4.3 Taburan Bilangan Responden Berdasarkan Aliran Pilihan 39

4.4 Taburan Bilangan Responden Mengikut Peratusan, Min

dan Sisihan Piawai Bagi Tahap Minat Terhadap Mata

Pelajaran Fizik (n=112)

41

4.5 Taburan Bilangan Responden Mengikut Skor Berdasarkan

Tahap Minat Pelajar Terhadap Mata Pelajaran Fizik

43

4.6 Taburan Bilangan Responden Mengikut Peratusan, Min

dan Sisihan Piawai Bagi Tahap Sikap Terhadap Mata

Pelajaran Fizik (n=112)

44

4.7 Taburan Bilangan Responden Mengikut Skor Berdasarkan

Tahap Sikap Pelajar Terhadap Mata Pelajaran Fizik

46

4.8 Taburan Bilangan Responden Mengikut Peratusan, Min

dan Sisihan Piawai Bagi Persepsi Pelajar Terhadap

Pengajaran dan Pembelajaran Fizik (n=112)

47

4.9 Taburan Bilangan Responden Mengikut Skor Berdasarkan

Persepsi Pelajar Terhadap Pengajaran dan Pembelajaran

Fizik

49

Page 15: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Binti Khamis.TP.pdf · Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap minat, sikap dan persepsi pelajar tingkatan tiga terhadap mata pelajaran

xv

4.10 Hubungan Antara Minat dan Sikap Pelajar Tingkatan Tiga

Terhadap Mata Pelajaran Fizik dan Persepsi Pelajar

Tingkatan Tiga Terhadap Pengajaran dan Pembelajaran

Fizik.

50

4.11 Hubungan Antara Aliran Pilihan dengan Minat dan Sikap

Pelajar Tingkatan Tiga Terhadap Mata Pelajaran Fizik dan

Persepsi Pelajar Tingkatan Tiga Terhadap Pengajaran dan

Pembelajaran Fizik.

52

4.12 Ringkasan Dapatan Kajian Mengikut Persoalan Kajian 53

Page 16: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Binti Khamis.TP.pdf · Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap minat, sikap dan persepsi pelajar tingkatan tiga terhadap mata pelajaran

xvi

SENARAI RAJAH

NO.

RAJAH

TAJUK MUKA

SURAT

1.1 Kerangka Kerja Konsep 12

Page 17: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Binti Khamis.TP.pdf · Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap minat, sikap dan persepsi pelajar tingkatan tiga terhadap mata pelajaran

xvii

SENARAI SINGKATAN

KBSM Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

KBSR Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah

KPM Kementerian Pelajaran Malaysia

KPT Kementerian Pengajian Tinggi

MOSTI Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi

PMR Penilaian Menengah Rendah

SP Sisihan Piawai

SS Sangat Setuju

S Setuju

TP Tidak Pasti

TS Tidak Setuju

STS Sangat Tidak Setuju

UTM Universiti Teknologi Malaysia

Page 18: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Binti Khamis.TP.pdf · Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap minat, sikap dan persepsi pelajar tingkatan tiga terhadap mata pelajaran

xviii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA

SURAT

A Soal Selidik 68

B Jadual Konstruk Soal Selidik 72

C Ulasan dan Komen Pakar Rujuk 73

Page 19: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Binti Khamis.TP.pdf · Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap minat, sikap dan persepsi pelajar tingkatan tiga terhadap mata pelajaran

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Pendidikan sains dan matematik telah diperkenalkan kepada Malaysia sejak

tahun 1823 (Esther dan Noraini, 2007). Pendidikan yang bertapak hampir 200 tahun

di negara ini telah menunjukkan bahawa Malaysia juga ingin bergerak seiring

dengan negara-negara maju yang lain. Kemajuan dalam sains dan teknologi

menggambarkan juga kemajuan sesebuah negara (Pehlivan dan Koseoglu, 2011).

Dalam usaha merealisasikan Wawasan 2020, perkembangan teknologi memberi

cabaran yang besar kepada pendidikan sains dan matematik di Malaysia (Esther dan

Noraini, 2007). Perubahan teknologi yang berlaku hampir setiap hari memerlukan

sistem pendidikan yang dapat memberi kesediaan kepada pelajar menghadapi

cabaran global abad 21 ini (Tuan Mastura et al., 2010).

Sistem pendidikan sains dan matematik penting kepada kemajuan negara

(Tuan Mastura et al., 2010; Pehlivan dan Koseoglu, 2011). Kajian menunjukkan

banyak negara yang mengambil berat tentang segala permasalahan yang berkaitan

dengan sains dan matematik (Hansen, 1999; Hoffman, 2002; Akpinar et al., 2009;

Kiraz et al., 2010; Selcuk dan Caliskan, 2010). Malaysia juga sentiasa mencari

inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan sains dan matematik (Esther

dan Noraini, 2007) agar dapat melahirkan pelajar yang mampu berdaya saing dalam

Page 20: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Binti Khamis.TP.pdf · Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap minat, sikap dan persepsi pelajar tingkatan tiga terhadap mata pelajaran

2

abad ke-21 yang penuh mencabar. Hal ini menegaskan bahawa sains dan matematik

sangat penting dan persepsi pelajar terhadap mata pelajaran ini perlu berada pada

tahap yang postif.

Menurut Zanaton et al. (2006), Wawasan 2020, Falsafah Pendidikan Sains

Negara dan Misi Pendidikan Sains menyimpulkan bahawa ketiga-tiganya

menekankan ke arah melahirkan masyarakat berliterasi serta membudayakan sains

dalam setiap ruang dan dimensi kehidupan. Dalam berhadapan dengan era ilmu (era

baru), tujuan utama sains moden atau pun pendidikan fizik adalah untuk mengajar

individu yang boleh mengkaji, mengenalpasti (menyiasat) dan membuktikan kolerasi

antara kehidupan seharian dengan subjek sains dan menggunakan kaedah saintifik

untuk menyelesaikan masalah dan sikap tehadap kehidupan dari perspektif seorang

saintis (Celik et al., 2011).

Mata pelajaran fizik menyediakan kemahiran-kemahiran seperti

penyelesaian masalah, semangat keusahawanan dan kreativiti yang mana akan

menjadi tunjang kepada cabaran kemahiran abad ke-21 (Tuan Mastura et al., 2010).

Sehubungan ini, mata pelajaran fizik menjadi amat penting sejajar dengan kemajuan

teknologi yang dilihat saling bergantung kepadanya (Celik et al., 2011). Keperluan

hidup pula semakin meningkat dengan perkembangan mendadak teknologi dan

komputer (Tuan Mastura et al., 2010) serta kemahiran-kemahiran saintifik yang

harus ada pada setiap individu khususnya pelajar.

Persepsi yang positif terhadap mata pelajaran sains sangat penting dalam

melahirkan generasi yang berdaya saing dalam era baru dunia tanpa sempadan.

Menurut Seth et al. (2005), antara mata pelajaran sains berikut; fizik, kimia dan

biologi, mata pelajaran fizik adalah yang paling sukar. Persepsi negatif tentang fizik

diutarakan oleh pelajar sekolah menengah, kolej matrikulasi dan pusat pengajian

tinggi (Zanaton et al., 2006). Hal ini sangat merunsingkan kerana dapat memberikan

kesan negatif kepada penglibatan pelajar yang bakal mengambil mata pelajaran fizik

yang mana dijangkakan bilangan pelajar fizik akan menurun sekiranya tiada

sebarang tindakan yang diambil oleh pihak tertentu. Oleh yang demikian, penulisan

ini akan mengetengahkan masalah yang berlaku kepada minat, sikap dan persepsi

pelajar terhadap fizik.

Page 21: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Binti Khamis.TP.pdf · Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap minat, sikap dan persepsi pelajar tingkatan tiga terhadap mata pelajaran

3

1.2 Latar Belakang Masalah

Kebelakangan ini, banyak negara mengalami kemerosotan jumlah pelajar

untuk meneruskan pengajian dalam bidang sains (termasuk fizik) (Akpinar et al.,

2009). Malaysia juga mengalami masalah yang sama iaitu kekurangan penglibatan

pelajar dalam sains di sekolah, kolej matrikulasi dan pusat pengajian tinggi (Zanaton

et al., 2006). Berikutan masalah tersebut, banyak kajian yang dijalankan antaranya

ialah persepsi pelajar terhadap fizik terutama minat pelajar terhadap fizik yang

semakin menurun (Zanaton et al., 2006) dan sikap pelajar terhadap fizik yang negatif

(Akpinar et al., 2009; Tuan Mastura et al., 2010).

Minat dan sikap dalam fizik memberi impak yang besar kepada negara.

Minat yang tinggi terhadap fizik akan memberikan pencapaian yang baik (Renninger

dan Hidi, 2002) dan memberi kesan yang positif kepada sistem pendidikan.

Manakala minat yang menurun akan menyebabkan masalah serius kepada

kemandirian negara seperti kekurangan tenaga pakar yang terlibat dalam bidang

sains (Zanaton et al., 2006).

Sikap yang positif akan membentuk minat yang berterusan dan keinginan

untuk belajar sains fizik sepanjang hidup (Akpinar et al., 2009). Sekolah dan kelas

fizik memainkan peranan dalam pembentukan sikap pelajar (Tuan Mastura et al.,

2010). Kurikulum sekolah menjadikan perkembangan sikap positif terhadap sains

sebagai sasaran penting dalam literasi pendidikan sains (Ahmad Nurulazam et al.,

2010). Pelajar yang mempunyai sikap yang positif terhadap sains akan membentuk

sikap yang positif juga terhadap guru, program-program pendidikan, pembelajaran

dan sekolahnya (Mihladiz et al., 2011). Sikap itu juga akan membuka pemikiran

mereka terhadap kerjaya-kerjaya profesional dalam bidang sains seperti doktor

perubatan, jurutera dan sebagainya (Zanaton et al., 2006).

Persepsi pelajar terhadap sains agak membimbangkan. Menurut Zanaton et

al. (2006) dalam kajian mereka, pelajar menganggap sains adalah mata pelajaran

yang abstrak dan membosankan. Dari sudut kerjaya pula, fizik tidak menjanjikan

pekerjaan dan pendapatannya juga tidak lumayan (Seth et al., 2005; Zanaton et al.,

2006). Faktor-faktor berikut menjadikan mata pelajaran fizik tidak menjadi pilihan

pelajar-pelajar masa kini. Oleh yang demikian, perkara ini harus dikaji agar pelajar-

Page 22: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Binti Khamis.TP.pdf · Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap minat, sikap dan persepsi pelajar tingkatan tiga terhadap mata pelajaran

4

pelajar generasi seterusnya memilih fizik sebagai bidang ilmu yang penting agar

negara Malaysia setanding dengan negara-negara maju yang lain.

1.2.1 Minat Pelajar Terhadap Fizik

Kajian menunjukkan minat pelajar terhadap fizik semakin menurun (Hansen,

1999; Hoffman, 2002). Pelbagai faktor menyumbang kepada permasalahan ini.

Kandungan mata pelajaran (Ahmad Nurulazam et al., 2010), aktiviti pembelajaran

(Renninger dan Hidi, 2002), suasana pembelajaran (Mihladiz et al., 2011),

pencapaian (Renninger dan Hidi, 2002; Pehlivan dan Koseoglu, 2011) dan

kematangan peringkat pendidikan pelajar (Zanaton et al., 2006; Akpinar et al., 2009)

antara perkara yang mempengaruhi minat pelajar. Suasana pembelajaran di dalam

kelas dilihat sangat mempengaruhi minat pelajar (Hoffman, 2002; Hardre dan

Sullivan, 2008; Mihladiz et al., 2011). Guru dan sekolah digesa membentuk suasana

pembelajaran yang berkesan agar perkembangan dan minat belajar terus kekal

(Hoffman, 2002).

Minat pelajar berkait rapat dengan motivasi pelajar. Kajian menunjukkan

motivasi pelajar semasa di tingkatan dua berada pada tahap tinggi tetapi berkurangan

semasa di tingkatan empat (Zanaton et al., 2006). Hal ini menunjukkan bahawa

perkembangan kandungan pelajaran sains dari peringkat umum kepada peringkat

yang spesifik (fizik) mempengaruhi kemerosotan motivasi pelajar begitu juga

minatnya.

Fizik Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) adalah mata

pelajaran yang berorientasikan peperiksaan (Seth et al., 2005). Oleh yang demikian,

latih tubi yang banyak (pengukuhan) sering dilaksanakan di sekolah dan

menyebabkan pelajar tidak berasa seronok (Seth et al., 2005; Zanaton et al., 2006).

Sistem sebegini menyebabkan pelajar hilang minat belajar kerana terlalu terdorong

untuk mendapat pencapaian yang baik tetapi mengabaikan beberapa kemahiran-

kemahiran sains yang penting yang lebih perlu diterapkan kepada pelajar walhal

kemahiran-kemahiran ini yang menjadi pendorong untuk meningkatkan minat

pelajar. Dalam kajian Zanaton et al. (2006), mereka menyokong bahawa pelajar

seronok belajar sains dalam kelas, menjalankan aktiviti dalam makmal, bercerita

Page 23: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Binti Khamis.TP.pdf · Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap minat, sikap dan persepsi pelajar tingkatan tiga terhadap mata pelajaran

5

tentang sains dan menonton program sains. Ini menunujukkan bahawa kemahiran-

kemahiran sains dapat menambah minat pelajar yang mana bukan pembelajaran

berbentuk latih tubi.

Menurut kajian Seth et al. (2005), amalan biasa sekolah dalam latih tubi

hanya membiasakan pelajar dengan format soalan tetapi bukan masalah fizik. Oleh

sebab itu, pelajar hanya mampu menjawab soalan yang lazim ditemui tetapi

penyelesaian masalah yang berbentuk konsep dan pengetahuan fizik yang sama

seperti latihan tidak dapat dilaksanakan. Selain itu, kemahiran generik juga tidak

dapat dikuasai sehingga memberi kesan ke atas pelajar apabila melangkah ke alam

pekerjaan (Seth et al., 2005). Apabila keadaan ini berlaku pelajar generasi seterusnya

berasa terancam untuk terlibat serius dengan fizik kerana khuatir tidak memperoleh

pekerjaan. Hal ini akan menyebabkan minat pelajar semakin menurun dan menjadi

penyumbang kepada kemerosotan minat pelajar terhadap mata pelajaran fizik.

Di Malaysia, mata pelajaran sains dan fizik dianggap dipelopori oleh pelajar

yang pandai yang mana hanya pelajar yang memperoleh gred yang baik dalam

matematik dan sains semasa Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) diberi peluang

menceburi bidang sains di peringkat menengah atas. Sebaliknya, pelajar yang kurang

cemerlang tidak diberi peluang untuk memilih aliran sains tulen walaupun meminati

mata pelajaran sains dan fizik. Perkara ini memberi tekanan kepada pelajar dan tidak

menggembirakan mereka (Zanaton et al., 2006).

1.2.2 Sikap Pelajar terhadap Fizik

Komponen sikap terbahagi kepada tiga bahagian iaitu kognitif, afektif dan

komponen tingkah laku (Zanaton et al., 2006; Mihladiz et al., 2011) atau lebih

dikenali sebagai psikomotor. Ketiga-tiga komponen tersebut merangkumi sikap

terhadap sains yang difokuskan kepada sikap terhadap mata pelajaran fizik dan

hubungannya terhadap pencapaian. Sikap seseorang dipengaruhi oleh minatnya

(Zanaton et al., 2006). Minat yang berkurang akan membentuk sikap yang kurang

positif. Mata pelajaran fizik dikatakan sebagai mata pelajaran yang susah kerana

mempunyai pencapaian A yang paling rendah berbanding dengan mata pelajaran

matematik, sains am, kimia dan biologi (Esther dan Noraini, 2007). Pencapaian yang

Page 24: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Binti Khamis.TP.pdf · Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap minat, sikap dan persepsi pelajar tingkatan tiga terhadap mata pelajaran

6

rendah ‘memakan’ motivasi pelajar dan minatnya. Tingkah lakunya akan

menggambarkan sikap yang kurang positif kerana terkesan dengan markah yang

kurang cemerlang.

Kajian menunjukkan terdapat kemerosotan sikap terhadap fizik di tahap

pendidikan seseorang pelajar (Akpinar et al., 2009). Dalam kajian Zanaton et al.

(2006), sikap pelajar tingkatan satu dan dua terhadap sains berada pada tahap tinggi

tetapi semakin berkurangan di tingkatan empat dan institusi tinggi. Kerisauan dalam

sains dan kepentingan sains kepada masyarakat menjadi sikap yang paling kritikal

dalam kalangan pelajar. Kajian menunjukkan kedua-dua dimensi itu berada pada

tahap yang rendah (Zanaton et al., 2006).

Di Malaysia mata pelajaran sains telah diperkenalkan sejak dari tahun satu

mulai 2002 melalui pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR)

(Zanaton et al., 2006) sebagai salah satu usaha membendung sikap negatif pelajar

terhadap sains. Lanjutan daripada itu, silibus mata pelajaran sains diteruskan dengan

Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Namun, penglibatan pelajar

yang mengambil aliran sains tulen masih berkurang (Esther & Noraini, 2007). Ini

menunjukkan sikap pelajar di tahap yang rendah kerana masih kurang sedar akan

kepentingan sains dan fizik terhadap kemajuan masyarakat dan negara.

1.2.3 Persepsi Pelajar Terhadap Fizik

Persepsi pelajar berhubung rapat dengan sikap dan minat (Ahamd Nurulazam

et al., 2010). Minat dapat menarik motivasi pelajar dan membawa kepada

pencapaian yang baik. Pencapaian yang baik mendorong sikap yang positif dan

persepsi yang positif terhadap fizik akan membuatkan pelajar suka terhadap apa-apa

sahaja aktiviti yang berkaitan dengan fizik (Zanaton et al., 2006). Kajian juga

menunjukkan minat yang kurang memberi impak kepada pencapaian, manakala

pencapaian yang kurang cemerlang menyebabkan motivasi semakin berkurang.

Motivasi yang rendah mengakibatkan pelajar tidak seronok, tertekan dan persepsi

pelajar terhadap fizik berada pada tahap yang negatif. Persepsi yang negatif

menyebabkan penglibatan pelajar dalam aliran sains fizik berkurang (Zanaton et al.,

2006; Esther dan Noraini, 2007).

Page 25: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Binti Khamis.TP.pdf · Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap minat, sikap dan persepsi pelajar tingkatan tiga terhadap mata pelajaran

7

Pelbagai usaha telah dijalankan oleh kerajaan dalam menangani masalah

diatas. Usaha-usaha tersebut dilakukan agar penglibatan pelajar terhadap sains

bertambah dan jumlah pelajar yang mengambil aliran sains tulen juga meningkat.

Dalam membentuk persepsi pelajar, kajian dalam pengajaran dan pembelajaran fizik

difokuskan. Suasana pembelajaran dan aktiviti dalam pembelajaran mempengaruhi

penerimaan pelajar terutama di dalam kelas (Mihladiz et al., 2011). Jelasnya, semasa

pembelajaran berlaku pelajar membentuk persepsinya terhadap pelajaran itu.

Pembelajaran yang menarik dan berkesan membentuk sikap yang positif

kepada pelajar. Pelajar akan lebih bermotivasi untuk mengeksplorasi sendiri

kemahiran proses sains yang diterapkan. Kemahiran-kemahiran ini akan membantu

pelajar mendapatkan masa depan yang lebih baik (Akpinar et al., 2009; Tuan

Mastura et al., 2010). Menurut kajian Tuan Mastura et al. (2010), persepsi ke atas

pengajaran dan pembelajaran fizik berada pada tahap sederhana iaitu skor min =

3.22. Semasa proses pengajaran dan pembelajaran, aktiviti dan kandungan mata

pelajaran didedahkan kepada pelajar. Persepsi yang kurang baik ini menunjukkan

bahawa terdapat isi kandungan fizik dan proses pengajaran dan pembelajaran yang

sepatutnya tidak diperolehi oleh pelajar dengan maksimum.

1.3 Penyataan Masalah

Latar belakang masalah menunjukkan bahawa persepsi pelajar terhadap sains

berada pada tahap yang membimbangkan. Pendidikan fizik adalah salah satu cabang

sains yang berada pada kedudukan paling rendah dalam kalangan pelajar. Dalam era

sains dan teknologi, fizik dilihat amat penting kepada keperluan individu dan negara

kerana cara hidup masa kini tidak dapat ‘lari’ dari inovasi dan teknologi (Celik et al.,

2011). Masalah ini perlu dikaji agar pelajar generasi seterusnya bersedia dan sedar

tentang kepentingan pendidikan fizik ini. Kesedaran dari semua pihak terutamanya

guru, sekolah dan ibubapa juga perlu supaya dapat memupuk minat dan motivasi

pelajar terhadap fizik. Sokongan padu yang diberikan mungkin dapat meningkatkan

sikap yang positif sekaligus memperbetulkan persepsi sebenar terhadap mata

pelajaran fizik. Diketahui persepsi juga berhubung kait dengan minat dan sikap

pelajar (Zanaton et al., 2006; Ahmad Nurulazam et al., 2010). Maka, kajian ini

dijalankan untuk mengenalpasti minat pelajar tingkatan tiga terhadap sains sebelum

Page 26: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Binti Khamis.TP.pdf · Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap minat, sikap dan persepsi pelajar tingkatan tiga terhadap mata pelajaran

8

menceburi mata pelajaran fizik yang menjadi sebahagian dari cabangnya dan juga

mengkaji sikap mereka terhadap mata pelajaran ini.

1.4 Objektif Kajian

Berdasarkan latar belakang masalah dan penyataan masalah yang telah

dibincangkan di atas terdapat empat objektif kajian bagi kajian ini iaitu:

i) Mengenalpasti minat pelajar tingkatan tiga terhadap mata pelajaran fizik.

ii) Mengenalpasti sikap pelajar tingkatan tiga terhadap mata pelajaran fizik.

iii) Mengenalpasti persepsi pelajar tingkatan tiga terhadap pengajaran dan

pembelajaran mata pelajaran fizik.

iv) Mengenalpasti hubungan antara minat pelajar tingkatan tiga terhadap

mata pelajaran fizik, sikap pelajar tingkatan tiga terhadap mata pelajaran

fizik dan persepsi pelajar tingkatan tiga terhadap pengajaran dan

pembelajaran mata pelajaran fizik.

v) Mengenalpasti hubungan antara aliran pilihan semasa tingkatan empat

dengan minat pelajar tingkatan tiga terhadap mata pelajaran fizik, sikap

pelajar tingkatan tiga terhadap mata pelajaran fizik dan persepsi pelajar

tingkatan tiga terhadap pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran fizik.

Page 27: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Binti Khamis.TP.pdf · Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap minat, sikap dan persepsi pelajar tingkatan tiga terhadap mata pelajaran

9

1.5 Persoalan Kajian

Berikut adalah enam persoalan kajian bagi kajian yang dijalankan:

i) Apakah tahap minat pelajar tingkatan tiga terhadap mata pelajaran fizik?

ii) Apakah tahap sikap pelajar tingkatan tiga terhadap mata pelajaran fizik?

iii) Apakah persepsi pelajar tingkatan tiga terhadap pengajaran dan

pembelajaran mata pelajaran fizik?

iv) Adakah terdapat hubungan antara minat dan sikap pelajar tingkatan tiga

terhadap mata pelajaran fizik?

v) Adakah terdapat hubungan antara minat pelajar tingkatan tiga terhadap

mata pelajaran fizik dan persepsi pelajar tingkatan tiga terhadap

pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran fizik?

vi) Adakah terdapat hubungan antara sikap pelajar tingkatan tiga terhadap

mata pelajaran fizik dan persepsi pelajar tingkatan tiga terhadap

pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran fizik?

vii) Adakah terdapat hubungan antara aliran pilihan semasa tingkatan empat

dan minat pelajar tingkatan tiga terhadap mata pelajaran fizik?

viii) Adakah terdapat hubungan antara aliran pilihan semasa tingkatan empat

dan sikap pelajar tingkatan tiga terhadap mata pelajaran fizik?

ix) Adakah terdapat hubungan antara aliran pilihan semasa tingkatan empat

dan persepsi pelajar tingkatan tiga terhadap pengajaran dan pembelajaran

mata pelajaran fizik?

1.6 Hipotesis

Terdapat enam hipotesis kajian yang dibina untuk mencapai tujuan kajian.

i) Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara minat dan sikap

pelajar terhadap mata pelajaran fizik.

ii) Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara minat pelajar

terhadap mata pelajaran fizik dan persepsi pelajar terhadap pengajaran

dan pembelajaran mata pelajaran fizik.

Page 28: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Binti Khamis.TP.pdf · Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap minat, sikap dan persepsi pelajar tingkatan tiga terhadap mata pelajaran

10

iii) Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara sikap pelajar terhadap

mata pelajaran fizik dan persepsi pelajar terhadap pengajaran dan

pembelajaran mata pelajaran fizik.

iv) Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara aliran pilihan semasa

tingkatan empat dan minat pelajar tingkatan tiga terhadap mata

pelajaran fizik.

v) Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara aliran pilihan semasa

tingkatan empat dan sikap pelajar tingkatan tiga terhadap mata

pelajaran fizik.

vi) Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara aliran pilihan semasa

tingkatan empat dan persepsi pelajar tingkatan tiga terhadap

pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran fizik.

1.7 Kepentingan Kajian

Kajian ini dijalankan berikutan kemerosotan penglibatan pelajar aliran sains

diperingkat sekolah menengah atas, kolej matrikulasi dan pusat pengajian tinggi

(Zanaton et al., 2006). Perkara ini sangat membimbangkan kerana Malaysia

menginginkan masyarakat yang berliterasi serta membudayakan sains dalam setiap

dimensi kehidupan sejajar dengan Misi Pendidikan Sains Malaysia dan Wawasan

2020 (Zanaton et al., 2006; Kamisah et al., 2007). Kajian ini bertujuan membantu

banyak pihak terutama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dalam

memberi kesedaran kepada masyarakat khususnya pelajar tentang kepentingan sains

dan teknologi yang berlaku setiap hari dalam kehidupan seharian (Tuan Mastura et

al., 2010).

Dapatan kajian juga dapat menyedarkan pelajar tentang kerjaya-kerjaya

profesional yang penting di negara seperti doktor perubatan dan kejuruteraan

(Zanaton et al., 2006) kerana Malaysia kini memerlukan lebih ramai pakar dalam

bidang tersebut (Norlia et al., 2006). Kajian ini juga diharap dapat mengubah

persepsi yang kurang positif dikalangan pelajar agar dapat membentuk masyarakat

yang berliterasi sains (Kamisah et al., 2007). Dengan ini, penglibatan pelajar dalam

aliran sains dan Fizik akan bertambah.

Page 29: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Binti Khamis.TP.pdf · Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap minat, sikap dan persepsi pelajar tingkatan tiga terhadap mata pelajaran

11

Kajian ini boleh menyedarkan peranan guru dalam mempromosikan mata

pelajaran fizik di peringkat menengah rendah dan membentuk persepsi yang positif

kepada pelajar. Guru juga berperanan membantu pelajar membina persepsi yang baik

dan jelas tentang kepentingan fizik. Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran,

penggubalan kurikulum dan corak pengajaran dapat diperbaiki untuk meningkatkan

minat, sikap dan persepsi pelajar.

1.8 Kerangka Kerja Konsep

Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti minat dan sikap pelajar tingkatan

tiga di beberapa buah sekolah daerah Johor Bahru terhadap mata pelajaran fizik.

Pelajar tingkatan tiga yang bakal menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR)

pada hujung tahun 2013 ini belum pernah lagi mempelajari mata pelajaran fizik.

Pelajar-pelajar ini terdiri daripada pelajar-pelajar kelas terbaik di sekolah mereka.

Kajian ini dilakukan untuk menyiasat persepsi pelajar tersebut terhadap pengajaran

dan pembelajaran dalam mata pelajaran fizik serta tahap sikap dan minat mereka.

Page 30: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Binti Khamis.TP.pdf · Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap minat, sikap dan persepsi pelajar tingkatan tiga terhadap mata pelajaran

12

Rajah 1.1 Kerangka Kerja Konsep

Minat pelajar terhadap mata pelajaran Fizik 1. Kandungan

pelajaran 2. Aktiviti 3. Suasana 4. Pencapaian 5. Kematangan

peringkat pendidikan

Komponen Sikap 1. Kognitif 2. Afektif 3. Psikomotor

Persepsi terhadap pengajaran dan pembelajaran Fizik

Pengajaran guru; 1. Dalam kelas 2. Makmal

Hubungan antara aliran pilihan dengan minat, sikap mata pelajaran fizik dan persepsi

pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran Fizik

Pelajar Tingkatan Tiga Kelas Terbaik Sekolah di

daerah Johor Bahru

Hubungan antara minat, sikap pelajar terhadap mata pelajaran fizik dan persepsi

pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran fizik

Page 31: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Binti Khamis.TP.pdf · Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap minat, sikap dan persepsi pelajar tingkatan tiga terhadap mata pelajaran

13

1.9 Definisi Istilah

Terdapat beberapa istilah yang digunakan dalam kajian ini. Istilah-istilah

tersebut adalah minat, sikap, dan persepsi pengajaran dan pembelajaran dalam fizik.

Istilah-istilah ini sejajar dengan tujuan kajian.

1.9.1 Minat

Minat ialah sesuatu yang disukai dan pasti menyeronokkan bagi seseorang.

Oleh itu, pelajar perlu berasa seronok ketika belajar agar dapat mengekalkan minat

terhadap mata pelajaran yang dipelajarinya (Seth et al., 2005). Minat

menterjemahkan dalaman seseorang yang berhubung dengan ciri-ciri suasana

pembelajaran (Hansen, 1999). Minat juga berhubung kait dengan interaksi seseorang

dengan persekitaran (Hoffman, 2002). Menurut Renniger dan Hidi (2002), minat

berhubung dengan pencapaian seorang pelajar. Pelajar lelaki dan perempuan

mempunyai pencapaian yang berbeza dalam mata pelajaran fizik (Zanaton et al.,

2006; Akpinar et al., 2009).

Dalam kajian ini, komponen minat dilihat melalui pencapaian pelajar dalam

bidang sains, aktiviti pembelajaran dan suasana yang menyeronokkan. Oleh itu,

dapat disimpulkan bahawa minat adalah dalaman seorang pelajar yang boleh

mempengaruhi pencapaian mereka dalam pembelajarannya. Menurut Mihladiz et al.

(2011), suasana yang menyeronokkan dan persekitaran pembelajaran yang kondusif

dapat mempengaruhi minat dalam kalangan pelajar sama ada lelaki atau perempuan.

Justeru, pelajar lelaki dan pelajar perempuan memiliki potensi tersendiri dalam

membentuk minat semasa proses pengajaran dan pembelajaran fizik dijalankan.

Komponen yang digunakan bagi mengukur minat pelajar merangkumi kandungan

mata pelajaran yang menarik minat pelajar, aktiviti pembelajaran yang

menyeronokkan, suasana pembelajaran yang kondusif serta pencapaian dan

kematangan peringkat pendidikan.

Page 32: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Binti Khamis.TP.pdf · Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap minat, sikap dan persepsi pelajar tingkatan tiga terhadap mata pelajaran

14

1.9.2 Sikap

Sikap ditakrifkan sebagi perasaan seorang pelajar terhadap sesuatu

(Kyriacou, 1986). Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi sikap pelajar. Antara

perkara yang mempengaruhinya ialah proses pengajaran dan pembelajaran (Mihladiz

et al., 2011). Bagi kajian ini, sikap ialah pandangan semulajadi dan kesediaan pelajar

mempelajari fizik (Tuan Mastura et al., 2010). Justeru itu mengkaji tahap sikap

terhadap fizik amat penting kerana mereka dipengaruhi kognitif, afektif dan

psikomotornya (Zanaton et al., 2006; Kamisah et al., 2007; Mihladiz et al., 2011).

Berdasarkan definisi-definisi tersebut dapatlah disimpulkan bahawa proses

pengajaran dan pembelajaran yang mempengaruhi sikap pelajar menekankan 3

komponen tersebut iaitu kognitif, afektif dan psikomotor. Ketiga-tiga komponen

tersebut menjadi kayu ukur terhadap sikap pelajar seperti yang dilaksanakan dalam

kajian Zanaton et al. (2006) dan Kamisah et al. (2007). Pelajar membentuk sikap

yang positif dan negatif dari pembentukan yang diperolehi dalam kognitif, afektif

dan tingkah lakunya. Tambahan pula, sikap yang positif menyebabkan pelajar suka

semua aktiviti yang berkaitan dengan mata pelajaran fizik (Mihladiz et al., 2011)

1.9.3 Persepsi Pelajar Terhadap Pengajaran dan Pembelajaran Fizik

Kajian Tuan Mastura et al. (2010) menyatakan bahawa proses pengajaran

dan pembelajaran adalah proses memberikan panduan kepada pelajar untuk belajar

sama ada dengan bertujuan atau tidak. Proses pengajaran dan pembelajaran yang

dapat menarik minat pelajar akan membuatkan mereka seronok dan membentuk

sikap yang positif terhadap sains (Akpinar et al., 2009). Pengalaman saintifik yang

positif meyakinkan mereka untuk mengaplikasikannya didalam kehidupan seharian.

Dalam kajian ini pengajaran dan pembelajaran adalah ruang kepada pelajar

membentuk minat, sikap dan persepsi yang positif terhadap mata pelajaran fizik.

Pandangan pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran fizik sama ada di

dalam kelas ataupun luar kelas memberikan satu persepsi kepada pelajar (Tuan

Mastura et al., 2010). Kesan hubungan guru dengan pelajar dan pengalaman semasa

proses pengajaran dan pembelajaran membentuk persepsi pelajar (Mihladiz et al.,

Page 33: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Binti Khamis.TP.pdf · Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap minat, sikap dan persepsi pelajar tingkatan tiga terhadap mata pelajaran

15

2011). Maka, dalam kajian ini persepsi pelajar tingkatan tiga dikaji melalui aktiviti

fizik dan proses pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan di dalam kelas dan di

luar kelas (makmal). Oleh itu, faktor yang mempengaruhi persepsi dapat ditonjolkan

secara telus semasa proses pengajaran dan pembelajaran sama ada terbentuk di

dalam kelas atau di makmal.

1.10 Rumusan

Kajian yang dijalankan adalah untuk mengenalpasti hubungan minat, sikap

dan persepsi pelajar tingkatan tiga kelas terbaik di sekolah kawasan Johor Bahru

terhadap mata pelajaran fizik. Minat pelajar mempengaruhi pencapaian mereka

dalam fizik begitu juga jantina mereka. Selain itu, komponen sikap yang terdiri

daripada kognitif, afektif dan psikomotor mendorong pelajar membentuk persepsi

yang ditonjolkan semasa aktiviti dan proses pengajaran dan pembelajaran fizik di

dalam dan di luar kelas. Dalam bab ini, penyelidik menjelaskan tentang latar

belakang masalah, penyataan masalah, objektif, persoalan kajian dan definisi istilah

yang menjadi tujuan kajian ini dijalankan.