borang pengesahan status tesis - fp.utm.my · pdf file“saya/kami* akui bahawa saya telah...

37
PSZ 19:16Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: PELAKSANAAN SISTEM PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) DALAM KALANGAN GURU MATAPELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH PASIR GUDANG SESI PENGAJIAN: 2012/2013 Saya, ARIFIN BIN WAHID @ ABDUL WAHID (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan Pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara Institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( ) (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau SULIT kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) SULIT (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh, ___________________________ ___________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: No. 33, Jalan Mawar 47, Taman Mawar, DR. ASNUL DAHAR BIN MINGHAT 81700 Pasir Gudang, Johor. (NAMA PENYELIA) Tarikh: ______________________ Tarikh:_______________________ CATATAN * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara Penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Upload: truongnguyet

Post on 06-Feb-2018

236 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

PSZ 19:16Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL: PELAKSANAAN SISTEM PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) DALAM KALANGAN GURU MATAPELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH PASIR GUDANG

SESI PENGAJIAN: 2012/2013

Saya, ARIFIN BIN WAHID @ ABDUL WAHID

(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

Pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

Institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( � )

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau SULIT kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) SULIT (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh, ___________________________ ___________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap:

No. 33, Jalan Mawar 47, Taman Mawar, DR. ASNUL DAHAR BIN MINGHAT 81700 Pasir Gudang, Johor. (NAMA PENYELIA)

Tarikh: ______________________ Tarikh:_______________________ CATATAN * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD

� Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara Penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

I

“Saya/Kami* akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan

saya/kami* karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan

penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan (Teknik & Vokasional)

Tandatangan : ………………………………………..

Nama Penyelia : DR. ASNUL DAHAR BIN MINGHAT

Tarikh : ………………………………………..

II

PELAKSANAAN SISTEM PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

DALAM KALANGAN GURU MATAPELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP

SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH PASIR GUDANG

ARIFIN BIN WAHID @ ABDUL WAHID

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan

( Teknik & Vokasional )

FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALYSIA

JANUARI 2014

III

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : …………….……………………

Nama Penulis : ARIFIN BIN WAHID @ ABDUL WAHID

Tarikh : ….…..…………………………..

IV

DEDIKASI

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih

Kesyukuran yang tidak terhingga kepadaNya kerana telah memberikan ketabahan

dan kecekalan serta kesihatan diri yang baik sehingga mampu untuk insan yang

lemah ini menyempurnakan tesis ini.

Kepada ibu bapa yang dikasihi lagi dihormati, jasamu serta iringan doa yang tidak

putusnya daripada kalian menjadi dorongan dan kekuatan.

Pastinya tidak akan ku lupai.

Untukmu isteri tersayang

Segala dorongan, semangat dan jasamu yang dilimpahkan

Tidak akan pernah ku abaikan

Dan kejayaan ini adalah cerminan daripada pengorbananmu jua.

Juga buat anak-anak yang memahami. Dari sudut pandanganmu

Sangat memberikan semangat ini.

Kepada adik-beradik yang sedia memahami, terima kasih yang tidak terhingganya

diucapkan kerana telah memberi sokongan dan semangat seikhlasnya.

Kejayaan ini adalah untuk kita bersama, tiada yang lebih indah selain daripada

kejayaan hasil pengorbanan yang tidak pernah dihitung.

Segala pengorbanan, semangat dan perhatian yang diberikan ini pastinya akan

bersemadi selamanya dalam ingatanku.

Terima Kasih Atas Segalanya.

V

PENGHARGAAN

Alhamdulillah dengan kudrat yang dikurniakan Allah s.w.t, saya dapat menyiapkan

kajian Pelaksanaan Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Dalam Subjek

Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah Dalam Daerah pasir Gudang. Setinggi-

tinggi ucapan terima kasih dan penghargaan kepada penyelia penulisan kajian saya,

Dr. Asnul Dahar bin Minghat atas kritikan, pandangan dan bimbingan yang

diberikan kepada saya. Tanpa galakan berterusan daripada beliau, kajian ini

berkemungkinan tidak dapat dihasilkan sehingga ke tahap ini. Ucapan tahniah dan

terima kasih juga kepada rakan-rakan seperjuangan. guru-guru yang membantu

dalam menjawab soal selidik dan semua pihak yang terlibat secara langsung atau

tidak langsung dalam membantu saya melaksanakan kajian ini. Setiap komen,

pandangan dan dorongan yang diterima amat besar maknanya buat saya.

VI

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap pengetahuan, kemahiran dan sikap guru

dalam melaksanakan PBS di Sekolah Menengah Kebangsaan Harian di Daerah Pasir

Gudang. Ia melibatkan kajian di 10 buah Sekolah Menengah Kebangsaan Harian di

daerah Pasir Gudang, Johor dan seramai 100 orang responden yang terdiri daripada

guru-guru Teknik dan Vokasional telah dilibatkan sebagai sampel. Instrumen soal

selidik yang dibuat sendiri dan telah diuji kesahan dan kebolhpercayaan digunakan

untuk kajian ini. Set borang soal selidik diedarkan kepada responden untuk

mendapatkan maklum balas. Data-data mentah telah dianalisis secara berkomputer

menggunakan perisian Statistical Package for the Sosial Sciences (SPSS) versi 20.0

untuk mendapatkan jumlah peratus dan min Hasil dari kajian yang dilakukan untuk

mengenalpasti tahap pengetahuan, kemahiran dan sikap guru terhadap perlaksanaan

PBS di sekolah. Di dapati tahap guru terhadap ke tiga-tiga elemen tersebut adalah

sama iaitu berada pada tahap sederhana iaitu nilai min pada pengetahuan guru adalah

3.35. Manakala kemahiran ialah 3.21 dan sikap pula ialah 2.81. Di samping itu,

ujian T-Test turut dilakukan dalam kajian ini untuk menunjukkan bahawa tiada

perbezaan yang signifikan antara guru lelaki dan wanita dalam aspek pengetahuan,

kemahiran dan sikap terhadap perlaksanaan Pentaksiran berasaskan Sekolah.

Beberapa cadangan turut dikemukakan sebagai panduan untuk memantapkan dan

menambahbaikan pada masa hadapan khususnya bagi yang ingin membuat kajian

lanjutan terhadap Pentaksiran Berasaskan Sekolah.

VII

ABSTRACT

The purpose of this study is to identify the level of teachers’ knowledge, skills and

attitude in implementing School-Based Assessment (PBS) in national secondary

school in Pasir Gudang District. The study involved 10 national secondary schools

within Pasir Gudang, Johor. 100 Technique and Vocational teachers were selected to

participate as respondents in this study. Questionnaire was used as the instrument as

the validity and reliability have been tested for the purpose of this study. Sets of

questionnaire were distributed to the respondents for the purpose of data collection.

The raw data was analyzed using Statistical Package for the Social Sciences (SPSS)

version 20.0 to calculate the total percentage and the mean value. The findings

suggest that teachers’ level of knowledge, skills and attitudes towards implementing

School-Based Assessment (PBS) in school is still at average level, as the mean

values for knowledge is at 3.35, skills at 3.21 and attitudes at 2.81. Besides, T-test

was carried out in this study to prove there was no significant difference in terms of

knowledge, skills and attitude between male and female teachers towards

implementing PBS in school. A few suggestions are proposed in this study for

improvisational purpose for future studies on the implementation of PBS in school.

VIII

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

JUDUL i

KELULUSAN PENYELIA ii

PENGAKUAN iii

DEDIKASI iv

PENGHARGAAN v

ABSTRAK vi

ABSTRACT vii

KANDUNGAN viii

SENARAI JADUAL ix

SENARAI LAMPIRAN x

1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 4

1.3 Pernyataan Masalah 13

1.4 Objektif Kajian 14

1.5 Persoalan Kajian 15

1.6 Kepentingan Kajian 16

1.7 Skop Dan Batasan 17

1.8 Definisi Operasional 18

1.8.1 Perlaksanaan 18

1.8.2 Pentaksiran Berasaskan Sekolah 18

1.8.3 Instrumen Penilaian 19

IX

1.8.4 Sistem Peperiksaan 20

1.9 Kesimpulan 20

2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 22

2.1.1 Pentaksiran Sekolah (PS) 26

2.1.2 Pentaksiran Pusat (PP) 27

2.1.3 Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan

Kokurikulum (PAJSK) 28

2.1.4 Pentaksiran Psikometrik (Psi) 29

2.2 Prinsip Asas Pentaksiran 31

2.3 Konsep Pentaksiran 34

2.4 Prosedur dan Proses Pentaksiran Berasaskan Sekolah 37

2.5 Model Pembangunan Kurikulum-Model Stenhouse 41

2.6 Kajian-kajian Lepas 43

2.7 PBS Sebagai Transformasi dalam Pentaksiran. 46

2.8 Kesimpulan 50

3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 52

3.2 Rekabentuk Kajian 53

3.3 Kaedah Pengumpulan data 54

3.4 Prosedur Kajian 55

3.5 Sampel Kajian 57

3.6 Instrumen Kajian 60

3.7 Kajian Rintis 60

3.8 Kaedah Analisis Data 64

3.9 Kesimpulan 66

X

4 ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 68

4.2 Bahagian A – Profil Responden 69

4.3 Dapatan Persoalan Kajian 72

4.3.1 Analisis Persoalan Kajian Pertama 73

4.3.2 Analisis Persoalan Kajian Kedua 77

4.3.3 Analisis Persoalan Kajian Ketiga 81

4.3.4 Analisis Persoalan Kajian Keempat 86

4.3.5 Analisis Persoalan Kajian Kelima 87

4.3.6 Analisis Persoalan Kajian Keenam 88

4.4 Kesimpulan 89

5 RUMUSAN DAPATAN, PERBINCANGAN DAN

CADANGAN KAJIAN

5.1 Pengenalan 90

5.2 Rumusan Kajian 91

5.3 Perbincangan 92

5.4 Perbincangan Bahagia A (Latar Belakang Responden) 92

5.5 Perbincangan Bahagia B (Persoalan kajian) 93

5.5.1 Tahap Pengetahuan Guru Dalam Melaksanakan

PBS 94

5.5.2 Tahap Kemahiran Guru Dalam Melaksanakan

PBS 96

5.5.3 Tahap Sikap Guru Dalam Melaksanakan

PBS 98

5.5.4 Hubungan Pengetahuan, kemahiran dan

Sikap Guru Dalam pelaksanaan PBS 101

5.6 Implikasi Kajian 103

XI

5.7 Cadangan Kajian 105

5.7.1 Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan

Pelajaran Negeri dan Pegawai Pelajaran Daerah 106

5.7.2 Sekolah 106

5.7.3 Guru 107

5.8 Cadangan Kajian Lanjutan 108

5.9 Rumusan 109

RUJUKAN 110

Lampiran A - C 118 - 139

XII

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

1.1 Bilangan murid mengikut Band Tingkatan 1 Tahun 2012

(Kemahiran Teknikal) 6

1.2 Bilangan murid mengikut Band Tingkatan 1 tahun 2012

(Ekonomi Rumah Tangga) 8

1.3 Bilangan murid mengikut Band Tingkatan 1 tahun 2012

(Perdagangan & Keusahawanan). 9

1.4 Bilangan murid mengikut Band Tingkatan 1 tahun 2012

(Pertanian). 11

2.1 Menunjukkan Kerangka Standard Prestasi yang digunakan

dalam PBS. 35

2.2 Kerangka Dokumen Standard Prestasi 36

3.1 Populasi dan Jumlah Responden Mengikut Sekolah. 57

3.2 Elemen dan Item Dialam Soal Selidik Kajian. 59

3.3 Skala Likert Lima Mata 60

3.4 Pekali Alpha Cronbach’s 61

3.5 Klasifikasi Kekuatan Alpha 63

3.6 Jadual Kebolehpercayaan 63

3.7 Pengkelasan Baru Skala Likert Lima Mata 65

3.8 Pengkelasan Tahap Markat Skor Min 66

4.1 Taburan Kekerapan Dan Peratus Responden Mengikut Jantina 69

4.2 Taburan Kekerapan Dan Peratus Responden Mengikut Umur 70

4.3 Taburan Kekerapan Dan Peratus Responden Mengikut Tempoh

Perkhidmatan 70

4.4 Taburan Kekerapan Dan Peratus Responden Mengikut

Kelayakan Akademik 71

4.5 Taburan Kekerapan Dan Peratus Responden Mengikut

XIII

Bilangan Kehadiran Kursus 71

4.6 Tahap Penilaian Berdasarkan Peratus 73

4.7 Analisis Peratus Kekerapan dan Min Tahap Pengetahuan

Guru Terhadap Perlaksanaan PBS. 74

4.8 Analisis Peratus Kekerapan dan Min Tahap Kemahiran

Guru Terhadap Perlaksanaan PBS. 78

4.9 Analisis Peratus Kekerapan dan Min Tahap Sikap Guru Terhadap

Perlaksanaan PBS. 82

4.10 Analisis Ujian-t Perbandingan Tahap Pengetahuan Guru

Dalam Pelaksanaan PBS Dari Segi Jantina. 86

4.11 Analisis Ujian-t Perbandingan Tahap Kemahiran Guru

Dalam Pelaksanaan PBS Dari Segi Jantina. 87

4.12 Analisis Ujian-t Perbandingan Tahap Sikap Guru

Dalam Pelaksanaan PBS Dari Segi Jantina. 88

XIV

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Set Soal Selidik 118

B Kebolehpercayaan 122

C Analisis Min 123

D Frekuensi 135

E Analisis Ujian-T 136

PELAKSANAAN SISTEM PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

DALAM KALANGAN GURU MATAPELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP

SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH PASIR GUDANG

ARIFIN BIN WAHID @ ABDUL WAHID

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Pembangunan modal insan yang telah diperkenalkan oleh mantan

Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdullah Ahmad bin Badawi telah menjadi

aspirasi utama ke arah merealisasikan Malaysia sebagai salah sebuah negara

maju yang mempunyai daya saing menuju wawasan 2020. Aspek utama yang

diberikan penekanan adalah pendidikan yang menjadi asas kepada

pembangunan insan sebagai khalifah di muka bumi ini. Untuk itu kerajaan

mengekalkan tahap pelaburan yang tinggi dalam bidang pendidikan sejak

negara mencapai kemerdekaan, 56 tahun yang lalu. Pada tahun 2012, kerajaan

terus menyediakan peruntukan yang terbesar, iaitu RM36 bilion atau 16 peratus

daripada jumlah keseluruhan bajet kepada Kementerian Pendidikan Malaysia

(KPM) (Muhyiddin, 2013). Sejajar dengan Pelan Pembangunan Pendidikan

Malaysia (PPPM), penyediaan sokongan dan sumber adalah penting bagi

membolehkan guru fokus kepada tugas utama mereka melaksanakan pengajaran

dan pembelajaran yang berkesan untuk meningkatkan prestasi sekolah.

� 2

Menurut Syed M. Naquib (2012), pendidikan tidak hanya berfungsi

sebagai sarana pencapaian tujuan sosioekonomi, tetapi secara khusus juga

berperanan dalam mencapai tujuan spiritual manusia. Kini, pelbagai dasar dan

pendekatan telah diperkenalkan untuk diaplikasikan di peringkat sekolah

bertujuan meningkatkan kualiti pendidikan. Atas kesedaran itu, KPM telah

berusaha membangunkan program pendidikan yang mampu memberikan

penilaian yang lebih tepat dan mempunyai kesahan yang tinggi dalam

mengukur tahap pengajaran dan pembelajaran yang berlaku.

Dalam dunia pendidikan semasa, sistem peperiksaan menjadi

pengukur tunggal terhadap tahap pencapai pelajar dalam pembelajarannya.

Namun, mulai tahun 2012 KPM telah memperkenalkan sistem Pentaksiran

Berasaskan Sekolah (PBS) dengan hasrat agar pencapaian dapat diperolehi

terhadap pelajar dalam setiap pembelajaran. Ini menunjukkan sistem

peperiksaan berpusat bukan lagi merupakan penilaian tunggal dalam

mengukur pencapaian murid untuk menguasai pembelajaran (Kementerian

Pendidikan Malaysia, 2012). Menurut Mohd. Musa (2008), pendidikan di

Malaysia yang berpusat kepada peperiksaan dikatakan tidak lengkap untuk

memberikan maklumat yang lebih holistik tentang perkembangan dan

peningkatan potensi individu seorang pelajar. Atas dasar inilah, bermula

tahun 2012 PBS telah diperkenalkan sebagai penambahbaikkan sistem

pendidikan kini. Ia berperanan sebagai instrumen penilaian bagi

menggantikan sistem peperiksaan yang telah lama diguna pakai untuk menilai

setiap pelajar.

PBS ialah satu kaedah pentaksiran yang direka oleh Lembaga

Peperiksaaan Malaysia (LPM) dan dirancang, ditadbir, diskor dan dilapor

oleh sekolah. LPM menyediakan instrumen merangkumi piawai, kriteria,

panduan dan peraturan pelaksanaan PBS. PBS bertujuan untuk membolehkan

calon mengukur tahap penguasaan pengetahuan, kemahiran dan nilai

berbanding kriteria yang ditetapkan pada subjek-subjek yang dinilai. Cara ini

membolehkan calon memperbaiki pencapaian diri sendiri sepanjang tahun

� 3

pentaksiran tersebut. Ianya lebih kepada penilaian secara holistik di mana

pencapaian sebenar setiap murid dapat dikesan selain menerapkan kemahiran

yang diperlukan. Selain itu, PBS juga berperanan untuk menyusun semula di

samping penambahbaikan kurikulum sedia ada agar pengetahuan sebenar

dapat dicerap sepenuhnya dalam situasi pengajaran dan pembelajaran

sebenar.

Melalui sistem PBS yang diperkenalkan, penilaian pelajar adalah

berdasarkan Band di mana ia mempunyai enam peringkat bergantung kepada

keupayaan individu setiap pelajar itu sendiri dalam menguasai setiap

pembelajaran yang dilaluinya. Sistem pendidikan berpusat masih dikekalkan

di mana pihak Kementerian Pendidikan akan menyusun setiap bab (chapter)

dan kesemuanya harus dipelajari dan dikuasai oleh setiap pelajar. Kaedah

pengajaran adalah lebih bergantung kepada kemahiran guru itu sendiri dalam

merangka situasi pembelajaran yang berkesan. Selaras dengan hasrat

menyediakan modul insan yang menyeluruh di dalam membangunkan negara

dan melahirkan negara bangsa yang diharapkan, perkembangan potensi

individu pelajar-pelajar sekolah melalui pendidikan perlulah dilakukan secara

harmonis, seimbang, menyeluruh dan bersepadu (Ikhsan dan Rohizani, 2010).

Selaras dengan matlamat matapelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu

(KHB) iaitu ����������� �������������� ��� �����������������������

���������� ��� �������� ������������������� �����������������������

������� �� ���� ������ ��������� � ��� Pendekatan PBS bukan sekadar

chalk and talk, sebaliknya ia menerapkan penguasaan pengetahuan melalui

pembelajaran agar dapat dilaksanakan sehingga mencapai tahap yang

dikehendaki. Oleh itu, penilaian dapat dilaksanakan secara lebih realistik dan

nilai kesahan tersebut akan mencerminkan prestasi sebenar pelajar tersebut.

Pentaksiran dibuat dengan menggunakan Dokumen Standard Prestasi (DSP)

untuk mentaksir tahap pengetahuan, tahap berdikari di samping kenal dan

faham terhadap teknologi seterusnya dapat mengaplikasikan apa yang telah

dipelajari serta berkebolehan mendokumentasikan kembali maklumat secara

� 4

sistematik. DSP yang digunakan ini merangkumi Band (tanda aras), Standard

(gambaran holistik), Deskriptor (tajuk silibus) dan evidence (bahan dan

soalan). Kesemua elemen ini diaplikasikan sepanjang sesi pengajaran dan

pentaksiran dengan menggunakan Manual Pentaksiran Pusat (MPP) yang

dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM). Namun, dalam sesi

pengajaran berlaku khususnya dalam KHB, guru masih wajib menggunakan

Huraian Sukatan Pelajaran (HSP) yang dikeluarkan oleh Bahagian

Pembangunan Kurikulum.

Abdul Shukor (2000), menyatakan bahawa pendidikan KHB yang

dilaksanakan di sekolah memberi penekanan kepada nilai murni dan semangat

patriotik bagi menyedarkan murid tentang peranan dan tanggungjawab mereka

sebagai masyarakat berilmu. Sehingga kini, kurikulum KHB telah mengalami

banyak perubahan dalam merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu

ke arah membangunkan jiwa insan yang mempunyai potensi secara

menyeluruh dan seimbang rohani serta jasmaninya.

1.2 Latar belakang Masalah

Kandungan pengetahuan dalam matapelajaran KHB diolah dalam dua

bahagian iaitu Bahagian Teras dan Bahagian Elektif. Bahagian teras

mengandungi semua tajuk kemahiran sebagai pendedahan asas pengetahuan

kepada semua pelajar yang terbabit. Bahagian elektif pula pelajar diberi pilihan

untuk mengambil kemahiran yang khusus bergantung kepada minat dan

kecenderungan untuk kelangsungan pembelajarannya yang lebih terjamin.

Aktiviti dan pengalaman semasa dijadikan panduan masa hadapan

sebagaimana pendidikan adalah satu proses berlakunya penyusunan dan

organisasi semula segala pengalaman secara berterusan (Mohamed, 1990).

� 5

Menyentuh tentang tajuk kemampuan Penilaian Berasaskan Sekolah

(PBS) yang menjadi intipati perbincangan dalam kajian ini, sudah pasti ianya

telah mendapat maklum balas daripada pelbagai peringkat khususnya yang

terlibat secara langsung dalam pelaksanaan dasar kerajaan di dunia

pendidikan. Di peringkat warga pendidik, apa juga bentuk pelaksanaan yang

diperkenalkan oleh pihak kerajaan telah dapat dilaksanakan dengan penuh

berhemah dan dedikasi. Namun, persoalannya mampukah suatu perubahan

yang dilaksanakan itu memberikan satu anjakkan paradigma terhadap

keputusan dan tahap kemahiran setiap pelajar dalam bidang yang diceburinya.

Menurut Leap dan Crino (1993), penilaian prestasi sebagai satu proses

yang meliputi aspek kuantitatif dan kualitatif terhadap pencapaian kerja

subordinat dengan dua tujuan utama yang bertindak sebagai serampang dua

mata iaitu untuk membangun dan memperbaiki pencapaian subordinat dan

memastikan pencapaian terbaik organisasi secara keseluruhannya. Oleh itu,

pengkaji telah mengumpul maklumat dari sebuah sekolah dalam daerah Pasir

Gudang untuk menilai sejauh manakah keberkesanan PBS ini yang

menggantikan sistem berasaskan peperiksaan. Ia digunakan untuk meninjau

kesan yang lebih positif dalam meningkatkan prestasi pembelajaran setiap

pelajar seterusnya meningkatkan prestasi kerja pihak yang terlibat dalam

pendidikan. Maklumat yang diperolehi adalah beradasarkan kepada keputusan

prestasi pada tahun 2012 di mana sistem PBS ini mula diperkenalkan

seterusnya dikuatkuasakan di sekolah-sekolah seluruh negara. Maklumat yang

diperolehi adalah daripada jadual pencapaian Band setiap pelajar tingkatan

satu di Sekolah Menengah Pasir Gudang.

Dalam jadual 1.1, keputusan prestasi seramai 117 pelajar yang

mengambil elektif Kemahiran Teknikal mengikut Band dan ia telah

ditunjukkan dalam simbol B1, B2, B3, B4,B5 dan B6.

� 6

Jadual 1.1: Bilangan murid mengikut Band Tingkatan 1 Tahun 2012

(Kemahiran Teknikal). Bil. Kelas B1 B2 B3 B4 B5 B6 Belum

Mencapai

Band

Jumlah

Murid

1 GEMILANG 0 1 18 0 0 0 0 19

2 DINAMIK 0 0 0 24 1 0 0 25

3 FIKRAH 0 0 17 2 0 0 1 20

4 KAA 1 0 0 0 0 7 0 0 7

5 ELIT 0 0 20 0 0 0 0 20

6 KAA 2 0 0 0 0 9 0 0 9

7 ARIF 0 0 0 17 0 0 0 17

Jum. 0 1 55 43 17 0 1 117

Sumber : Bidang Teknik dan Vokasional. SMKPG (2012).

Secara keseluruhannya, Band tiga mempunyai jumlah pelajar yang

teramai iaitu seramai 55 pelajar. Ini menunjukkan pelajar tersebut telah

memahami apa yang dipelajari seterusnya mampu melakukan setiap tugasan

yang diberikan. Manakala 43 pelajar telah mendapat B4 di mana ia

menunjukkan setiap tugasan yang diberikan pelajar telah melalui langkah-

langkah yang lebih bersistematik dan berdisiplin. Pencapaian terbaik adalah

B5 iaitu seramai 17 pelajar yang telah menunjukkan tahap pengetahuan gerak

kerja yang berdisiplin dan penuh hemah dengan kecacatan yang minima.

Namun, masih terdapat seorang yang mempunyai pencapaian yang agak

rendah iaitu B2 yang menunjukkan pelajar tersebut sekadar tahu dan faham

apa yang dipelajari. Pelajar ini juga dinilai sebagai mempunyai tahap

komitmen dalam kelas yang sangat minima seperti masalah kehadiran yang

kritikal. Agak mencacatkan rekod apabila terdapat seorang lagi yang didapati

belum mencapai Band atau pelajar tersebut tidak melalui setiap peringkat

pembelajaran dan pengujian yang diperlukan semasa di dalam kelas. Pelajar

terbabit hanya mempunyai rekod pendaftaran di sekolah namun gagal

menghadirkan diri sepanjang waktu pembelajaran yang diwajibkan. Secara

� 7

keseluruhannya, pelajar dalam elektif Kemahiran Teknikal mempunyai

prestasi dalam pembelajaran yang sederhana dan telah melepasi tahap

menguasai di tahun tersebut. Tahap menguasai di sini bermaksud pelajar

tersebut telah tahu, faham dan dapat melakukan tugasan yang diberikan

melalui langkah kerja yang betul tetapi masih kurang teliti dan dedikasi.

Menurut Mohamed Sani (1992), perlu dijelaskan bahawa penilaian

prestasi merupakan suatu sistem formal yang akan membolehkan satu

ulangkaji dan penilaian dibuat ke atas prestasi kerja subordinat. Jelasnya di

sini, tahap pelajar dilihat lebih dinilai pada pemerhatian dan dalam masa yang

sama peranan guru yang sedia memberikan bantuan dalam pelbagai cara agar

sekurang-kurangnya melepasi tahap yang sepatutnya. Oleh itu, keputusan

yang diperolehi sudah pasti tidak cukup memberi gambaran kemampuan diri

setiap pelajar itu sendiri. PBS perlu mengatasi situasi keputusan yang

meragukan seperti ketidakhadiran pelajar sebenarnya tidak boleh

diklasifikasikan sebagai pelajar tersebut tidak mampu atau gagal dalam

pembelajarannya. Selain itu, terdapatnya jurang yang ketara terhadap

keputusan dalam penilaian pelajar di mana hanya seorang yang terendah (B

2) manakala seramai 55 pelajar memperolehi Band tiga. Ini bercanggah

dengan prinsip PBS iaitu memastikan setiap pelajar tidak tercicir dalam

berpengtahuan dan berkemahiran dalam setiap pembelajaran (Unit Penilaian

dan Peperiksaan, 2012).

� 8

Jadual 1.2: Bilangan murid mengikut Band Tingkatan 1 tahun 2012

(Ekonomi Rumah Tangga). Bil. Kelas B1 B2 B3 B4 B5 B6 Belum

Mencapai

Band

Jumlah

Murid

1 KAA 1 0 0 5 4 0 0 0 9

2 ARIF 0 0 22 0 0 0 0 22

3 GEMILANG 0 0 15 0 0 0 0 15

4 DINAMIK 0 1 9 2 0 0 0 12

5 HARMONI 0 0 8 0 0 0 0 8

6 ELIT 0 0 16 0 0 0 0 16

7 FIKRAH 0 1 15 0 0 0 0 16

8 KAA 2 0 0 13 1 0 0 0 14

Jum. 0 2 103 7 0 0 0 112

Sumber : Bidang Teknik dan Vokasional. SMKPG (2012).

Dalam Jadual 1.2 menunjukkan jumlah pelajar yang mengambil

elektif Ekonomi Rumah Tangga pula adalah seramai 112 pelajar. Majoriti

didapati para pelajar dalam elektif ini juga telah dinilai menguasai

pembelajarannya di Band tiga (B3) iaitu seramai 103 pelajar. Ini bermakna

kebanyakkan pelajar dalam elektif ini sekadar melepasi tahap menguasai dan

dapat melakukan apa yang telah ditugaskan. Manakala tujuh pelajar telah

menunjukkan prestasi yang lebih baik melalui gerak kerja yang lebih

bersistem telah memperolehi Band empat (B4). Namun didapati dua pelajar

berada di bawah paras menguasai sebagaimana yang ditetapkan oleh pihak

Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) iaitu sekadar memperolehi B2. Apa yang

dapat dirumuskan berdasarkan keputusan tersebut adalah wujudnya

kesukaran untuk mengesan daya saing antara para pelajar secara hakiki.

Selain itu, terdapat juga calon pelajar yang belum mencapai Band di mana

pelajar tersebut tidak dapat dinilai atas sebab-sebab tertentu seperti tidak

hadir di dalam kelas.

� 9

Menurut Mohd. Najib (2012), perubahan minda sukar diukur dan

dinilai kerana apa yang ada dalam fikiran seseorang tidak diketahui oleh

orang lain, kecuali diceritakan secara ikhlas oleh individu tersebut. Oleh yang

demikian, jadual 1.2 masih meunjukkan suatu penilaian terhadap keputusan

yang tidak mencerminkan keupayaan sebenar akan daya intelektual dan

kemahiran pelajar kerana majoriti telah memperolehi tahap yang sama.

Keupayaan intelek itu pula perlu diaplikasikan dengan kemahiran sebagai

menunjukkan keupayaan sebenar yang menjadi kayu pengukur terhadap diri

pelajar itu sendiri.

Jadual 1.3: Bilangan murid mengikut Band Tingkatan 1 tahun

2012(Perdagangan & Keusahawanan).

Bil. Kelas B1 B2 B3 B4 B5 B6 Belum

Mencapai

Band

Jumlah

Murid

1 CEMERLANG 0 0 0 0 19 0 0 19

2 BISTARI 0 0 0 0 17 1 0 18

3 HARMONI 0 0 18 2 0 0 2 22

Jum. 0 0 18 2 36 1 2 59

Sumber : Bidang Teknik dan Vokasional. SMKPG (2012).

Seperti jadual yang sebelumnya, keputusan yang ditunjukkan pada

Jadual 1.3 telah menunjukkan perbezaan walaupun masih kelihatannya ada

sedikit persamaan. Dalam elektif Perdagangan dan Keusahawanan

kebanyakkan pelajarnya adalah kalangan yang mempunyai daya intelektual

yang tinggi dan lebih berdisiplin. Ini dapat dilihat melalui keputusan yang

telah diperolehi di mana seramai 18 daripada 59 pelajar keseluruhannya telah

berjaya melepasi sekurang-kurangnya pada tahap menguasai iaitu Band tiga

(B3). Hanya dua pelajar telah memperolehi Band empat (B4) di mana segala

tugasan dapat dilaksanakan dengan agak kemas dan bersistematik. Jelas

dilihat seramai 36 pelajar telah berjaya melakukan amali dengan lebih kemas

dan penuh disiplin (B5). Terdapat seorang pelajar telah memperolehi B6 di

� 10

mana ia menunjukkan tugasan dapat dilaksanakan dengan lebih krearif dan

berinovasi serta punyai kemampuan kendiri yang tinggi sepanjang

pembelajaran berlaku. Namun, seperti kenyataan yang sebelumnya ini,

taburan keputusan mengikut Band dilihat masih tidak menunjukkan

perbezaan yang ketara antara semua pelajar. Hal ini kerana terdapat

kumpulan keputusan yang besar khususnya di tahap B3 dan diikuti oleh B4

dan B5. Manakala di tahap rendah (B1 dan B2) dan tahap tertinggi (B6) pula

amat sedikit atau tiada langsung.

Menurut Zaidatol Akmaliah (2002), komponen perdagangan dan

keusahawanan KHB membekalkan pelajar dengan pengetahuan dan

kemahiran asas perniagaan dan keusahawanan yang menekankan amalan

perniagaan termasuk aspek kewangan dan simpan kira, pengurusan

perniagaan, etika dalam perniagaan dan penge1uaran. Oleh yang demikian

kita sendiri maklum bahawa elektif perdagangan dan keusahawanan

merupakan satu bidang yang tidak banyak diceburi oleh pelajar kerana ia

berkonsepkan pengiraan dan perniagaan serta amat sedikit atau tiada

langsung bentuk kemahiran yang melibatkan psikomotor. Hanya pelajar yang

mempunyai daya intelektual yang tinggi dan fokus kepada akademik mampu

menguasai elektif ini. Namun, berdasarkan jadual tersebut pentaksiran yang

berlaku masih belum cukup mencapai objektif PBS. Terdapat keciciran di

mana wujud jurang yang besar terhadap segelintir pelajar. Pelaksanaan PBS

itu sendiri adalah mencakupi penguasaan dalam pengetahuan dan kemahiran

secara serentak di samping memastikan tidak wujud jurang yang ketara dalam

membuat penilaian.

� 11

Jadual 1.4: Bilangan murid mengikut Band Tingkatan 1 tahun 2012

(Pertanian). Bil. Kelas B1 B2 B3 B4 B5 B6 Belum

Mencapai

Band

Jumlah

Murid

1 CEMERLANG 0 0 0 0 19 0 0 19

2 BISTARI 0 0 0 0 17 1 0 18

3 HARMONI 0 0 18 2 0 0 2 22

Jum 0 0 18 2 36 1 2 59

Sumber : Bidang Teknik dan Vokasional, SMKPG (2012).

Dalam elektif Pertanian pula, Jadual 1.4 telah menunjukkan senario

bentuk keputusan yang hampir sama dengan elektif-elektif yang lain. Secara

keseluruhannya pelajar dalam elektif ini adalah seramai 59 pelajar, terdapat

18 pelajar telah melepasi tahap yang dikehendaki iaitu tahap menguasai (B3).

Terdapat dua pelajar sahaja yang memperolehi B4 yang menunjukkan cara

kerja yang lebih bersistematik. Manakala sejumlah besar iaitu seramai 36

pelajar telah mencapai B5 di mana mereka dinilai telah dapat melakukan

secara lebih bersistematik dan penuh berdisiplin. Terdapat juga seorang

pelajar yang telah mencapai tahap terbaik (B6) di mana beliau telah berjaya

mengaplikasikan segala pengetahuannya secara bersistematik dan dinilai

telah mempunyai kemampuan membimbing rakan pelajar yang lain. Secara

umumnya dalam elektif ini telah menunjukkan keputusan yang lebih baik

berbanding elektif-elektif lain. Namun begitu, taburan keputusan yang tidak

seragam dapat dilihat dalam setiap peringkat atau Band. Kelemahan ini

ditambah pula dengan dua orang pelajar yang dikategorikan sebagai belum

mencapai band di mana status penilaian terhadap mereka tidak dapat untuk

ditaksirkan lagi.

Keputusan hasil pentaksiran ini masih menunjukkan jurang perbezaan

yang ketara. Peranan guru seolah-olah mengemukakan sebarang persoalan

berkaitan tajuk dan menilai pelajar melalui pemerhatian secara umum pada

� 12

semua gerak kerja pelajar tanpa melakukan penilaian semula. Manakala

hanya sebilangan kecil yang telah dikenal pasti untuk diberi perhatian dan

diberikan keputusan yang khusus sama ada akan memperolehi Band yang

rendah atau yang terbaik. Di samping itu, dalam masa yang sama guru bebas

untuk memberikan sebarang bentuk bantuan sepanjang pembelajaran dan

pengujian terhadap pelajar demi mencapai tahap yang telah ditetapkan oleh

pihak berwajib. Situasi ini sudah pasti memberikan gambaran yang tidak

tepat terhadap kemampuan diri setiap pelajar yang dinilai. Dunn (1986),

menyarankan bahawa pelajar perlu diajar dengan menggunakan pendekatan

dan bahan yang bersesuaian dengan gaya pembelajaran mereka kerana

strategi belajar tersebut dapat meningkatkan pencapaian akademik pelajar.

Namun, dalam situasi sebenar guru bukan sahaja sebagai pemerhati

sebaliknya pembimbing terhadap setiap pelajar agar dapat melakukan hingga

ke tahap yang dikehedaki.

Kesimpulannya, Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang

diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia mulai 2012 dilihat

dapat memainkan peranannya sebagai satu sistem pentaksiran dan penilaian

terhadap pelajar. Namun, guru yang memainkan peranan utamanya perlu

diberikan pengetahuan yang lengkap agar pengajaran berpandukan sukatan

yang telah ditetapkan dapat mencapai objektif. Selain itu, kemahiran guru

dalam membuat pentaksiran sangat penting agar dapat memberikan penilaian

yang telus dan mempunyai kesahan yang tinggi. Dalam masa yang sama

prestasi sebenar pelajar dapat dibangunkan secara optimum tanpa adanya

jurang yang ketara antara satu sama lain.

� 13

1.3 Pernyataan Masalah

Pentaksiran adalah suatu proses yang berterusan dan bukan bermusim

mengikut situasi atau keperluan secara berkala. Dalam pendidikan khususnya,

pentaksiran sangat penting untuk memangkinkan pendidikan yang berkualiti

sejajar dengan perkembangan semasa. Oleh itu, penambahbaikan dalam

pentaksiran adalah perlu bagi menjamin suatu penilaian itu adalah telus dan

mempunyai kesahan yang tinggi. Pelaksanaan PBS dianggap satu pendekatan

terkini dan diyakini mampu merealisasikan hasrat tersebut. Ia bertujuan untuk

menggantikan sistem peperiksaan yang dilihat masih mempunyai kelemahan

dalam mentaksir tahap sebenar pelajar. Kajian ini memperlihatkan peranan

guru sebagai pihak yang bertanggungjawab dalam menjayakan PBS.

Cabarannya, kemampuan sebenar guru dalam mentaksir berdasarkan format

yang digariskan dalam PBS teruji. Ini kerana pelaksanaan PBS dilihat agak

drastik di mana Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengarahkan

PBS dilaksanakan terus di sekolah-sekolah seluruh Negara bermula 2012. Di

waktu yang sama guru belum cukup didedahkan sepenuhnya bentuk sebenar

PBS. Sebaliknya kursus-kursus singkat dan taklimat ringkas sahaja yang

diberikan dan guru-guru perlu meneroka sendiri maklumat dari masa ke

semasa.

Di samping itu, pengkaji juga ingin mengenalpasti tahap sebenar

pengetahuan dan kemahiran guru-guru khususnya dalam matapelajaran

Kemahiran Hidup Bersepadu terhadap pelaksanaan PBS. Faktor ini sangat

mempengaruhi setiap pentaksiran yang dilakukan terhadap pelajar selain

sikap guru-guru terhadap PBS sebagai sistem baru dalam penilaian pelajar.

Selain itu juga, pengaruh luar seperti perbezaan jantina juga perlu ditinjau

untuk melihat kesan atas perbezaan PBS yang dilaksanakan. Oleh itu,

disebabkan oleh masalah pengajaran dan pembelajaran yang kurang berkesan

di samping pentaksiran yang dilakukan sebelum ini tidak mencerminkan

keputusan sebenar maka kajian ini telah dijalankan. Proses kajian ini

bertujuan untuk mengenalpasti pelaksanaan PBS dalam kalangan guru-guru

� 14

khususnya bagi matapelajaran KHB di sekolah-sekolah menengah dalam

daerah Pasir Gudang.

1.4 Objektif Kajian

Sebelum ini sistem pembelajaran yang berkonsepkan peperiksaan

telah diamalkan secara konsisten sebagai satu penilaian terhadap tahap

pembelajaran setiap pelajar. Dari penilaian itu akan dapat mengesan tahap

intelektual dan kemahiran psikomotor pelajar seterusnya memberikan

gambaran mudah ke arah mana sepatutnya seseorang pelajar itu untuk

mencapai karier sebenarnya. Namun kini, sistem itu telah diubah kepada

pendekatan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dengan harapan dapat

memperkasakan lagi sistem pendidikan sejajar dengan perkembangan dunia

moden. Oleh itu, bagi memudahkan perlaksanaan kajian ini, empat objektif

telah dipilih :

i. Mengenalpasti tahap pengetahuan guru-guru terhadap perlaksanaan

PBS di sekolah-sekolah dalam daerah Pasir Gudang.

ii. Mengenalpasti tahap kemahiran guru-guru terhadap prosedur

perlaksanaan PBS di sekolah-sekolah dalam daerah Pasir Gudang.

iii. Mengenalpasti tahap sikap guru-guru terhadap pelaksanaan PBS di

sekolah-sekolah dalam daerah Pasir Gudang.

iv. Melihat perbezaan jantina antara guru lelaki dan guru perempuan

terhadap pelaksanaan PBS di sekolah-sekolah dalam daerah Pasir

Gudang.

� 15

1.5 Persoalan Kajian

Dalam kajian ini, penyelidik mempunyai enam persoalan untuk dikaji.

Persoalan tersebut adalah seperti berikut:

i. Apakah tahap pengetahuan guru-guru terhadap pelaksanaan PBS di

sekolah-sekolah di daerah Pasir Gudang?

ii. Apakah tahap kemahiran guru-guru terhadap prosedur pelaksanaan

PBS disekolah-sekolah di daerah Pasir Gudang?

iii. Apakah tahap sikap guru-guru terhadap pelaksanaan PBS di sekolah-

sekolah di daerah Pasir Gudang?

iv. Adakah terdapat perbezaan tahap pengetahuan di antara guru lelaki dan

guru perempuan dalam pelaksanaan PBS di Sekolah-sekolah di daerah

Pasir Gudang?

v. Adakah terdapat perbezaan tahap kemahiran di antara guru lelaki dan

guru perempuan dalam pelaksanaan PBS di Sekolah-sekolah di daerah

Pasir Gudang?

vi. Adakah terdapat perbezaan sikap di antara guru lelaki dan guru

perempuan dalam pelaksanaan PBS di Sekolah-sekolah di daerah Pasir

Gudang?

� 16

1.6 Kepentingan Kajian

Selain daripada pihak LPM, ibubapa dan pelajar, kajian ini sangat

penting khususnya kepada guru dalam memudahkan dan mempercepatkan

lagi proses pengajaran dan pembelajaran mereka iaitu dengan memberikan

fokus terhadap tahap pengetahuan dan kemahiran guru. Apabila aspek ini

diberikan pengkhususan utama, penjimatan masa secara berkualiti dapat

dilakukan dengan tanpa bersusah payah dalam mencari strategi pengajaran

yang sesuai di samping dapat memberikan penilaian yang lebih tepat.

Selain itu kajian ini sangat penting kerana ia bertujuan untuk melihat

secara lebih dekat akan tahap kemampuan PBS sebagai instrumen penilaian

yang berkesan dalam jangka masa yang panjang untuk memajukan kualiti

pembelajaran. Diharapkan juga, kajian ini akan menjadi panduan untuk

pihak-pihak terlibat khususnya yang secara langsung dalam pendidikan

seperti di peringkat Jabatan Pendidikan dan juga diperingkat sekolah.

Langkah ini sekurang-kurangnya dapat melakukan penilaian berterusan

terhadap sistem pentaksiran sedia ada agar pelaksanaannya memenuhi

matlamat yang hendak dicapai.

Di pihak ibu bapa, kajian ini penting sebagai pencetus untuk melihat

lebih jelas akan keupayaan sebenar anak mereka dalam setiap mata pelajaran

khususnya di bidang teknik dan vokasional yang semakin menjadi keutamaan

dalam pendidikan kini. Setelah memahami situasi pembelajaran anak mereka,

ibu bapa dengan bantuan guru boleh melakukan strategi yang lebih berkesan

bagi mengatasi masalah pembelajaran anak mereka. Kerjasama ini sudah

pasti dapat dilaksanakan melalui sistem pentaksiran yang mampu

berhubungan terus antara ke dua- dua pihak secara lebih mudah.

� 17

1.7 Skop dan Batasan

Memandangkan terdapat kekangan masa dan kewangan dalam

menyiapkan kajian ini penyelidik telah menghadkan kajian ini kepada satu

tajuk sahaja iaitu “Pelaksanaan Sistem PBS Dalam Kalangan Guru

Matapelajaran Kemahiran Hidup di Sekolah-Sekolah Menengah Dalam

Daerah Pasir Gudang”. Skop kajian ini adalah untuk melihat sejauh mana

tahap pengetahuan, kemahiran dan sikap guru-guru dalam matapelajaran

Kemahiran Hidup terhadap perlaksanaan PBS. Di samping itu juga, kajian

juga dijalankan untuk mengenalpasti perbezaan signifikan antara guru lelaki

dan guru wanita terhadap pelaksanaan PBS. Dalam kajian ini penyelidik telah

memberi fokus kepada elemen kekuatan dan kelemahan PBS sebagai

instrumen penilaian terhadap pembelajaran setiap pelajar.

Manakala batasan kajian ini telah dijalankan dalam daerah Pasir

Gudang, Johor. Pengkaji telah memilih 10 buah sekolah di mana kesemua

guru yang mengajar matapelajaran Kemahiran Hidup di sekolah menengah

berkenaan telah terlibat sebagai responden dalam kajian ini. Oleh itu, adalah

diharapkan proses ini akan dapat menghasilkan suatu keputusan yang mampu

memberi manfaat ke arah meningkatkan sistem pentaksiran berkesan dan

mempunyai nilai kesahan yang boleh dipercayai. Ini kerana kajian yang

dijalankan ini tidak akan mampu memberikan satu keputusan yang tepat dan

jitu memandangkan skop kajian yang tidak menyeluruh iaitu di sekitar daerah

Pasir Gudang, Johor. Manakala responden yang terlibat dalam kajian ini

adalah dalam jumlah yang terhad.

� 18

1.8 Definisi Operasi

Bagi memudahkan pemahaman dan mengelakkan kekeliruan dalam

kajian ini, beberapa definisi dan istilah yang digunakan dalam kajian ini

diperjelaskan.

1.8.1 Pelaksanaan

Merujuk kepada perihal menjalankan atau mengusahakan suatu

tindakan atau rancangan yang telah dilakukan (Kamus Dewan, 2002).

Perlaksanaan dalam kajian ini merujuk kepada tahap keberkesanan dan

kebolehpercayaan PBS yang dilaksanakan sebagai satu sistem pentaksiran

yang lebih diyakini oleh semua pihak.

1.8.2 Pentaksiran Berasaskan Sekolah

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu pentaksiran

yang bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif, afektif dan psikomotor

selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan kurikulum kebangsaan

(Kementerian Pendidikan Malaysia, 2011). Pentaksiran ialah integrasi proses

mengumpul maklumat, menginterpretasi maklumat atau memberi nilai

kepada maklumat itu dan membuat keputusan berdasarkan interpretasi yang

dibuat ke atas maklumat. Daripada pengertian pentaksiran di atas, adalah

disarankan seperti di bawah:

� 19

Pentaksiran = Pengukuran + Penilaian

Dalam konteks kajian ini, pentaksiran bermaksud suatu usaha

berterusan yang dilakukan sepanjang tempoh waktu pengajaran dan

pembelajaran di dalam kelas. Aspek penilaian dilihat pada tahap penguasaan

pelajar terhadap pengetahuan yang telah disampaikan oleh guru. Selain itu,

kemahiran juga dinilai untuk mentaksir prestasi sebenar setiap pelajar.

Perincian kajian ini dilihat pada tahap kesediaan dan kemahiran pelajar dalam

melakukan tugasan yang diberikan dalam setiap sesi pembelajaran. Tugasan

ini termasuklah pengujian semasa proses pembelajaran yang menguji daya

kognitif sama ada yang berbentuk lisan mahu pun secara bertulis.

1.8.3 Instrumen Penilaian

Instrumen merujuk kepada alat manakala Penilaian bermaksud perihal

menentukan tahap kualiti atau harga suatu yang dinilai. Melalui kepada kajian

ini, instrumen penilaian adalah dirujuk kepada alat atau sistem khusus yang

digunakan untuk menentukan tahap kualiti suatu keputusan yang bakal

diperolehi. Oleh itu, ia merujuk kepada PBS itu sendiri yang berperanan

sebagai suatu alat yang menjadi sistem khusus untuk menilai tahap kualiti dan

penguasaan setiap pelajar dalam pembelajarannya. Ia bertujuan sebagai

penambahbaikan oleh daripada pihak Kementerian bagi menggantikan

penilaian berasaskan sistem peperiksaan yang telah dilaksanakan selama ini.

� 20

1.8.4 Sistem Peperiksaan

Sistem adalah aturan atau kaedah dalam melakukan sesuatu mengikut

yang telah ditetapkan. Manakala peperiksaan pula adalah suatu bentuk ujian

yang lakukan untuk mengetahui tahap pengetahuan atau pencapaian

seseorang. Di sini kajian telah memberikan maksud sistem peperiksaan

adalah bentuk pengujian yang telah dilaksanakan di sekolah-sekolah

mengikut kadar waktu yang telah ditetapkan atau diseragamkan di seluruh

negara. Bahkan bentuk pengujian dan bahan juga dibuat secara berpusat di

mana semuanya telah ditentukan oleh pihak Kementerian Pendidikan

Malaysia sendiri.

1.9 Kesimpulan

Adalah menjadi harapan agar PBS yang diperkenalkan sebagai satu

sistem pentaksiran baru ini dapat mencapai matlamat yang diharapkan. Ia

sebagai pemangkin pendidikan yang lebih berkualiti di mana akan dapat

menjadi satu sistem pentaksiran yang lebih telus dan mempunyi kesahan yang

yang tinggi berbanding sistem peperiksaan sebelum ini. Namun apabila

melihat pada pelaksanaannya yang kelihatan drastik sudah pasti terdapat

kelemahan-kelemahan yang ketara sepanjang proses pentaksiran berlaku.

Atas dasar inilah kajian dijalankan khususnya ke atas guru-guru sekolah

menengah yang mengajar dalam matapelajaran Kemahiran Hidup.

Guru memainkan peranan utama dalam setiap dasar yang

diperkenalkan. Oleh itu, PBS tidak terkecuali terhadap peranan guru yang

memberikan kesan secara langsung terhadap pelaksanaan PBS. Pengkhususan

kajian ini untuk melihat tahap pengetahuan guru terhadap pelaksanaan PBS.

� 21

Selain itu tahap kemahiran guru sepanjang proses pentaksiran berlaku di

samping melihat sikap guru yang melaksanakan PBS. Kajian juga dijalankan

untuk melihat apakah terdapat perbezaan terhadap guru lelaki dan guru

wanita terhadap ke tiga-tiga aspek tersebut.

Walau pun PBS telah lama diamalkan di negara-negara luar, namun ia

mesti dilihat akan tahap keberkesanannya terlebih dahulu terhadap negara

Malaysia. Kemampuan sebenar adalah terletak pada guru-guru sebagai

pelaksana setiap dasar KPM. Sementelah pentaksiran melalui PBS telah

meletakkan guru sebagai suatu kuasa autoriti dalam menentukan markah

nilaian terhadap pelajar. Di sini boleh wujud ketidaktelusan yang sebenar di

mana nilaian markah yang diperolehi boleh berubah bergantung kepada guru

dan bukan daripada kemampuan sebenar pelajar.

Sekiranya perkara asas ini tidak diperkukuhkan terlebih dahulu,

adalah tidak mustahil keputusan yang baik mampu diraih namun hakikatnya

penguasaan sebenar proses pengajaran dan pembelajaran tidak berlaku seperti

yang diharapkan. Ini kerana, melalui sistem PBS ini guru lebih memainkan

peranan dalam menentukan tahap yang dikehendaki oleh pihak Jabatan atau

Kementerian berbanding dengan sistem peperiksaan di mana ia jelas lebih

telus menguji tahap intelektual dan kemahiran setiap pelajar itu sendiri.