quek miow leng - fp.utm.my · hubungan antara sikap, minat, pengajaran guru dan pengaruh rakan...

27
HUBUNGAN ANTARA SIKAP, MINAT, PENGAJARAN GURU DAN PENGARUH RAKAN SEBAYA DENGAN PENCAPAIAN MATEMATIK DI KALANGAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT DI DAERAH BATU PAHAT, JOHOR. QUEK MIOW LENG UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: danganh

Post on 07-Mar-2019

280 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: QUEK MIOW LENG - fp.utm.my · hubungan antara sikap, minat, pengajaran guru dan pengaruh rakan sebaya dengan pencapaian matematik di kalangan pelajar tingkatan empat di daerah batu

HUBUNGAN ANTARA SIKAP, MINAT, PENGAJARAN GURU DAN

PENGARUH RAKAN SEBAYA DENGAN PENCAPAIAN MATEMATIK DI

KALANGAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT DI DAERAH BATU PAHAT,

JOHOR.

QUEK MIOW LENG

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: QUEK MIOW LENG - fp.utm.my · hubungan antara sikap, minat, pengajaran guru dan pengaruh rakan sebaya dengan pencapaian matematik di kalangan pelajar tingkatan empat di daerah batu
Page 3: QUEK MIOW LENG - fp.utm.my · hubungan antara sikap, minat, pengajaran guru dan pengaruh rakan sebaya dengan pencapaian matematik di kalangan pelajar tingkatan empat di daerah batu
Page 4: QUEK MIOW LENG - fp.utm.my · hubungan antara sikap, minat, pengajaran guru dan pengaruh rakan sebaya dengan pencapaian matematik di kalangan pelajar tingkatan empat di daerah batu

HUBUNGAN ANTARA SIKAP, MINAT, PENGAJARAN GURU DAN

PENGARUH RAKAN SEBAYA DENGAN PENCAPAIAN MATEMATIK DI

KALANGAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT DI DAERAH BATU PAHAT,

JOHOR.

QUEK MIOW LENG

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains Dan Komputer Serta Pendidikan

(Matematik)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2006

Page 5: QUEK MIOW LENG - fp.utm.my · hubungan antara sikap, minat, pengajaran guru dan pengaruh rakan sebaya dengan pencapaian matematik di kalangan pelajar tingkatan empat di daerah batu
Page 6: QUEK MIOW LENG - fp.utm.my · hubungan antara sikap, minat, pengajaran guru dan pengaruh rakan sebaya dengan pencapaian matematik di kalangan pelajar tingkatan empat di daerah batu

iii

Untuk ayah, ibu dan keluarga tersayang

Page 7: QUEK MIOW LENG - fp.utm.my · hubungan antara sikap, minat, pengajaran guru dan pengaruh rakan sebaya dengan pencapaian matematik di kalangan pelajar tingkatan empat di daerah batu

iv

PENGHARGAAN

Sesungguhnya segala pujian dan setinggi-tinggi kesyukuran saya panjatkan

kepada Tuhan Yang Maha Esa kerana dengan Izin Tuhan projek sarjana muda ini

telah berjaya saya siapkan.

Penghargaan yang menggunung tinggi dan terima kasih yang tidak terhingga

saya ucapkan kepada penyelia saya iaitu Puan Yeo Kee Jiar atas bimbingan, tunjuk

ajar, saranan yang bernas dan kesudian meluangkan masa serta kesabaran

mengadakan sesi perbincangan sepanjang projek ini dijalankan. Terima kasih juga

dirakamkan kepada Dr. Tan Soo Yin yang banyak membimbing saya dalam

penulisan Bab 1, Bab 2 dan Bab 3.

Sekalung kasih buat ibu bapa dan adik-beradik yang jauh berada di kampung

halaman kerana dengan sokongan dan dorongan mereka menguatkan semangat saya

untuk terus menyiapkan projek ini.

Ribuan terima kasih ingin saya rakamkan kepada sekolah-sekolah di daerah

Batu Pahat yang sudi memberi peluang kepada saya untuk mengagihkan soal selidik.

Tanpa kerjasama daripada pihak sekolah, projek ini tidak akan berjalan lancar.

Tidak ketinggalan juga rakan sekursus saya atas bantuan dan galakan yang

dihulurkan semasa saya menghadapi masalah dalam usaha menyiapkan projek ini.

Akhirnya, jasa kalian akan saya kenang sepanjang hayat. Semoga Tuhan

akan membalas jasa baik kalian.

Page 8: QUEK MIOW LENG - fp.utm.my · hubungan antara sikap, minat, pengajaran guru dan pengaruh rakan sebaya dengan pencapaian matematik di kalangan pelajar tingkatan empat di daerah batu

v

ABSTRAK

Pencapaian Matematik pelajar tingkatan empat masih belum memuaskan.

Oleh itu, faktor yang berkaitan dengan pencapaian Matematik mendapat perhatian

pengkaji. Dalam konteks kajian ini, hanya empat faktor yang dikaji iaitu sikap

pelajar terhadap Matematik, minat pelajar terhadap Matematik, pengajaran guru dan

pengaruh rakan sebaya. Seramai 361 orang pelajar tingkatan empat dari tiga buah

sekolah di daerah Batu Pahat telah diambil sebagai sampel kajian. Pencapaian

Matematik adalah berdasarkan keputusan PMR. Kajian ini dijalankan dengan

kaedah tinjauan secara soal selidik. Soal selidik mengandungi 40 item dengan nilai

kebolehpercayaan α = 0.85. Semua data diproses dengan Statistical Packages for

Social Sciences (SPSS) for Windows Version 11.5. Analisis deskriptif dan analisis

inferensi telah digunakan dalam tatacara menganalisis data. Dapatan menunjukkan

bahawa kebanyakan responden mempunyai tahap sikap yang tinggi dan minat yang

sederhana terhadap Matematik. Persepsi responden tentang pengajaran guru dan

pengaruh rakan sebaya terhadap pencapaian Matematik adalah positif. Sikap dan

minat mempunyai hubungan yang positif signifikan dengan pencapaian Matematik.

Page 9: QUEK MIOW LENG - fp.utm.my · hubungan antara sikap, minat, pengajaran guru dan pengaruh rakan sebaya dengan pencapaian matematik di kalangan pelajar tingkatan empat di daerah batu

vi

ABSTRACT

The Mathematics achievement among the form four students is not

satisfactory. Therefore, most of the researchers are interested on the factors which

influence the achievement of Mathematics. In this study, only four factors were

considered which include the students’ attitude toward Mathematics, students’

interests toward Mathematics, teaching methods and peer groups effect. A total of

361 form four students from three secondary schools in Batu Pahat were chosen as

samples of the study. The Mathematics achievement was based on PMR result. The

data was collected by using questionnaire which consists of 40 items with reliability

coefficient α = 0.85. Data was analyzed using Statistical Packages for Social

Sciences (SPSS) for Windows Version 11.5. Descriptive and inference analysis were

used in the procedures of data analysis. The outcomes indicated most of the

respondents had positive attitude and moderate interest towards Mathematics. The

perception of respondents on teaching method and peer groups effect towards

Mathematics were positive. The result also showed that the students’ attitude

towards Mathematics and the students’ interests toward Mathematics had positive

significant relation with Mathematics achievement.

Page 10: QUEK MIOW LENG - fp.utm.my · hubungan antara sikap, minat, pengajaran guru dan pengaruh rakan sebaya dengan pencapaian matematik di kalangan pelajar tingkatan empat di daerah batu

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA

HALAMAN

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI RAJAH xiv

SENARAI SINGKATAN xv

SENARAI LAMPIRAN

xvi

1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

1.2 Latar Belakang Masalah

1.3 Pernyataan Masalah

1.4 Objektif Kajian

1.5 Persoalan Kajian

1.6 Hipotesis Kajian

1.7 Rasional Kajian

1.8 Kepentingan Kajian

1.8.1 Kepentingan kepada Pelajar

1.8.2 Kepentingan kepada Guru Matematik

1.8.3 Kepentingan kepada Pihak Sekolah

1

2

6

7

8

8

9

10

10

10

11

Page 11: QUEK MIOW LENG - fp.utm.my · hubungan antara sikap, minat, pengajaran guru dan pengaruh rakan sebaya dengan pencapaian matematik di kalangan pelajar tingkatan empat di daerah batu

viii

1.8.4 Kepentingan kepada Kementerian Pelajaran

Malaysia dan Agensi-agensinya

1.8.5 Kepentingan kepada Ibu Bapa

1.9 Batasan Kajian

1.10 Definisi Kajian

1.10.1 Pencapaian

1.10.2 Mata Pelajaran Matematik

1.10.3 Sikap

1.10.4 Minat

1.10.5 Pengajaran Guru

1.10.6 Pengaruh Rakan Sebaya

1.11 Penutup

11

12

12

13

13

13

14

14

15

15

16

2 SOROTAN PENULISAN

2.1 Pengenalan

2.2 Faktor-faktor yang Mempengaruhi Pembelajaran

2.2.1 Sikap

2.2.2 Minat

2.2.3 Pengajaran Guru

2.2.4 Pengaruh Rakan Sebaya

2.3 Kerangka Teori

2.3.1 Teori Pembelajaran Sosial

2.3.2 Teori Pembelajaran Behaviorisme

2.3.3 Teori Humanistik

2.3.4 Teori Garner tentang Multiple Intelligences

2.4 Kajian-kajian Lepas dalam Negeri

2.4.1 Sikap

2.4.2 Minat

2.4.3 Pengajaran Guru

2.4.4 Pengaruh Rakan Sebaya

2.5 Kajian-kajian Lepas Luar Negera

2.5.1 Sikap

2.5.2 Minat

17

17

18

18

19

20

22

22

23

24

26

26

27

28

29

30

31

32

33

Page 12: QUEK MIOW LENG - fp.utm.my · hubungan antara sikap, minat, pengajaran guru dan pengaruh rakan sebaya dengan pencapaian matematik di kalangan pelajar tingkatan empat di daerah batu

ix

2.5.3 Pengajaran Guru

2.5.4 Pengaruh Rakan Sebaya

2.6 Penutup

34

35

36

3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan

3.2 Reka Bentuk Kajian

3.3 Lokasi Kajian

3.4 Populasi dan Sampel Kajian

3.5 Instrumen Kajian

3.6 Kajian Rintis

3.7 Prosedur Mengumpul Data Kajian

3.8 Analisis Data

3.8.1 Analisis Deskriptif

3.8.2 Analisis Inferensi

3.9 Penutup

37

37

38

38

39

43

44

44

45

45

46

4 ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan

4.2 Analisis Deskriptif

4.2.1 Analisis Maklumat dan Latar Belakang

Responden

4.2.1.1 Taburan Responden Mengikut

Jantina

4.2.1.2 Taburan Responden Mengikut

Kumpulan Etnik

4.2.1.3 Taburan Pencapaian Matematik

Responden dalam PMR

4.2.1.4 Taburan Taraf Pendidikan Ibu

Bapa Responden

4.2.1.5 Taburan Pendapatan Keluarga

Responden

47

47

48

48

48

49

50

51

Page 13: QUEK MIOW LENG - fp.utm.my · hubungan antara sikap, minat, pengajaran guru dan pengaruh rakan sebaya dengan pencapaian matematik di kalangan pelajar tingkatan empat di daerah batu

x

4.2.2 Analisis Tahap Sikap Responden terhadap

Matematik

4.2.3 Analisis Tahap Minat Responden terhadap

Matematik

4.2.4 Analisis Persepsi Responden tentang

Pengajaran Guru terhadap Pencapaian

Matematik

4.2.5 Analisis Persepsi Responden tentang

Pengaruh Rakan Sebaya terhadap

Pencapaian Matematik

4.2.6 Analisis Item Soal Selidik Berdasarkan

Faktor Sikap, Faktor Minat, Faktor

Pengajaran Guru dan Faktor Pengaruh

Rakan Sebaya

4.3 Analisis Inferensi

4.3.1 Analisis Hubungan antara Sikap Responden

dengan Pencapaian Matematik

4.3.2 Analisis Hubungan antara Minat Responden

dengan Pencapaian Matematik

4.3.3 Analisis Hubungan antara Pengajaran Guru

dengan Pencapaian Matematik

4.3.4 Analisis Hubungan antara Pengaruh Rakan

Sebaya dengan Pencapaian Matematik

4.4 Penutup

51

52

53

53

54

67

67

68

69

69

70

5 KESIMPULAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan

5.2 Kesimpulan (Perbincangan dan Rumusan)

5.2.1 Tahap Sikap Responden terhadap Matematik

5.2.2 Tahap Minat Responden terhadap

Matematik

5.2.3 Persepsi Responden tentang Pengajaran

Guru terhadap Pencapaian Matematik

71

71

71

73

73

Page 14: QUEK MIOW LENG - fp.utm.my · hubungan antara sikap, minat, pengajaran guru dan pengaruh rakan sebaya dengan pencapaian matematik di kalangan pelajar tingkatan empat di daerah batu

xi

5.2.4 Persepsi Responden tentang Pengaruh Rakan

sebaya terhadap Pencapaian Matematik

5.2.5 Hubungan antara Sikap dengan Pencapaian

Matematik

5.2.6 Hubungan antara Minat dengan Pencapaian

Matematik

5.2.7 Hubungan antara Pengajaran Guru dengan

Pencapaian Matematik

5.2.8 Hubungan antara Pengaruh Rakan Sebaya

dengan Pencapaian Matematik

5.3 Implikasi Kajian

5.4 Cadangan Kajian Lanjutan

5.5 Penutup

74

75

76

76

77

78

81

82

SENARAI RUJUKAN 83

LAMPIRAN 91

Page 15: QUEK MIOW LENG - fp.utm.my · hubungan antara sikap, minat, pengajaran guru dan pengaruh rakan sebaya dengan pencapaian matematik di kalangan pelajar tingkatan empat di daerah batu

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK

HALAMAN

1.1 Perbandingan peratusan kelulusan mata pelajaran berlainan dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun 2004 dan tahun 2005 untuk seluruh negara

4

1.2 Perbandingan peratusan kelulusan mata pelajaran berlainan dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun 2004 dan tahun 2005 untuk daerah Batu Pahat

5

3.1 Pemberian skor bagi maklumat dan latar belakang responden

40

3.2 Pecahan-pecahan item positif dan item negatif mengikut faktor

40

3.3 Pemberian skor bagi item positif dan item negatif

41

3.4 Selang kelas bagi penentuan tahap sikap dan minat pelajar terhadap Matematik

42

3.5 Selang kelas bagi persepsi pelajar terhadap pengajaran guru dan pengaruh rakan sebaya

42

3.6 Klasifikasi kekuatan korelasi (Rowntree, 1981)

46

4.1 Taburan kekerapan dan peratusan responden mengikut jantina

48

4.2 Taburan kekerapan dan peratusan responden mengikut kumpulan etnik

49

4.3 Taburan kekerapan dan peratusan pencapaian Matematik responden mengikut gred

49

4.4 Taburan kekerapan dan peratusan taraf pendidikan ibu bapa responden

50

4.5 Taburan kekerapan dan peratusan pendapatan keluarga responden

51

Page 16: QUEK MIOW LENG - fp.utm.my · hubungan antara sikap, minat, pengajaran guru dan pengaruh rakan sebaya dengan pencapaian matematik di kalangan pelajar tingkatan empat di daerah batu

xiii

4.6 Analisis tahap sikap responden terhadap Matematik

52

4.7 Analisis tahap minat responden terhadap Matematik

52

4.8 Analisis persepsi responden tentang pengajaran guru terhadap pencapaian Matematik

53

4.9 Analisis persepsi responden tentang pengaruh rakan sebaya terhadap pencapaian Matematik

54

4.10 Taburan bilangan dan peratusan responden menjawab setiap item dalam bahagian “Faktor Sikap”

55

4.11 Taburan bilangan dan peratusan responden menjawab setiap item dalam bahagian “Faktor Minat”

58

4.12 Taburan bilangan dan peratusan responden menjawab setiap item dalam bahagian “Faktor Pengajaran Guru”

61

4.13 Taburan bilangan dan peratusan responden menjawab setiap item dalam bahagian “Faktor Pengaruh Rakan Sebaya”

64

4.14 Analisis hubungan antara sikap responden dengan pencapaian Matematik

67

4.15 Analisis hubungan antara minat responden dengan pencapaian Matematik

68

4.16 Analisis hubungan antara pengajaran guru dengan pencapaian Matematik

69

4.17 Analisis hubungan antara pengaruh rakan sebaya dengan pencapaian Matematik

69

Page 17: QUEK MIOW LENG - fp.utm.my · hubungan antara sikap, minat, pengajaran guru dan pengaruh rakan sebaya dengan pencapaian matematik di kalangan pelajar tingkatan empat di daerah batu

xiv

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK

HALAMAN

2.1 Piramid hierarki keperluan Maslow

25

Page 18: QUEK MIOW LENG - fp.utm.my · hubungan antara sikap, minat, pengajaran guru dan pengaruh rakan sebaya dengan pencapaian matematik di kalangan pelajar tingkatan empat di daerah batu

xv

SENARAI SINGKATAN

AS - Amat Setuju

ATS - Amat Tidak Setuju

Bil - Bilangan

EPRD - Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan

KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

KBSR - Kurikulum Baru Sekolah Rendah

KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia

PMR - Penilaian Menengah Rendah

PPK - Pusat Perkembangan Kurikulum

S - Setuju

SPM - Sijil Pelajaran Malaysia

SPSS - Statistical Packages for Social Sciences

STPM - Sijil Tinggi Peperiksaan Malaysia

TIMSS - Third International Mathematics and Science Survey

TP - Tidak Pasti

TS - Tidak Setuju

UPSR - Ujian Penilaian Sekolah Rendah

Page 19: QUEK MIOW LENG - fp.utm.my · hubungan antara sikap, minat, pengajaran guru dan pengaruh rakan sebaya dengan pencapaian matematik di kalangan pelajar tingkatan empat di daerah batu

xvi

xvi

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK

HALAMAN

A Borang soal selidik hubungan sikap, minat, pengajaran guru dan pengaruh rakan sebaya dengan pencapaian Matematik pelajar.

91

B Jadual penentuan saiz sampel berdasarkan populasi Krejcie, R.V. dan Morgan, D.W.

94

C Surat pengesahan item soal selidik.

95

D Surat pengesahan pelajar dari Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.

96

E Surat kebenaran menjalankan kajian dari Jabatan Pelajaran Johor.

97

F Surat kebenaran menjalankan kajian dari Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia.

98

Page 20: QUEK MIOW LENG - fp.utm.my · hubungan antara sikap, minat, pengajaran guru dan pengaruh rakan sebaya dengan pencapaian matematik di kalangan pelajar tingkatan empat di daerah batu

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Dalam mengharungi arus globalisasi yang kian deras, pelbagai bidang telah

mengalami perubahan yang pesat lagi mendadak. Begitu juga halnya dengan bidang

pendidikan negara kita. Bidang pendidikan tetap memainkan peranan penting dalam

melahirkan bakal pemimpin yang akan menerajui pemerintahan negara kita pada

masa kelak. Tanpa sistem pendidikan yang kukuh, maka berkecailah negara.

Pada umumnya, pendidikan merupakan proses penyampaian ilmu

pengetahuan daripada pendidik kepada pelajar. Proses ini boleh berlaku secara

formal atau tidak formal. Berdasarkan Laporan Jawantankuasa Kabinet Mengkaji

Pelaksanan Dasar Pelajaran (1979), Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) telah

diperkenalkan pada tahun 1982, diikuti dengan Kurikulum Bersepadu Sekolah

Menengah (KBSM) pada tahun 1988 dengan tujuan untuk mewujudkan sistem

pendidikan yang bermutu. Dalam pelaksanaan KBSR, penekanan diberi kepada

kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M). KBSM pula digubal berteraskan

prinsip-prinsip kesinambungan pendidikan asas dari KBSR dan penumpuan khusus

kepada ilmu dan kemahiran, nilai murni dan bahasa (Yew, 1994).

Antara mata pelajaran yang diterap dalam sistem pendidikan negara kita,

Matematik yang digelar Ilmu Hisab Moden merupakan salah satu subjek yang

mustahak. Mata pelajaran ini diajar daripada tadika disambung ke sekolah rendah

Page 21: QUEK MIOW LENG - fp.utm.my · hubungan antara sikap, minat, pengajaran guru dan pengaruh rakan sebaya dengan pencapaian matematik di kalangan pelajar tingkatan empat di daerah batu

2

dan diteruskan ke sekolah menengah serta ke peringkat institusi pengajian tinggi bagi

kursus-kursus tertentu. Di bawah pelaksanaan KBSR dan KBSM, Matematik

diajarkan di sekolah dengan tujuan untuk memberikan pengetahuan kira-mengira

secara spontan kepada pelajar (Yew, 1994).

Kita sedia maklum bahawa pendidikan Matematik di negara kita dirancang

berlandaskan Falsafah Pendidikan Negara dan penegasan diberi kepada penguasaan

bahasa Matematik, kefahaman konsep, penguasaan kemahiran mengira dan

penggunaan Matematik dalam penyelesaian masalah (Mok Soon Sang, 1996). Abdul

Latif (1983) menyatakan bahawa kebolehan penaakulan secara operasi formal yang

diperlukan oleh seseorang individu dalam pembelajaran Matematik biasanya dapat

dikaitkan dengan kebolehan menyelesaikan Matematik serta Sains dan seterusnya

mempengaruhi pencapaian individu dalam subjek tersebut.

1.2 Latar Belakang Masalah

Tidak dapat dinafikan bahawa penguasaan Matematik adalah amat penting

bagi seseorang. Hal ini demikian kerana ilmu Matematik mempunyai kaitan yang

rapat dengan kemahiran mengira iaitu salah satu kemahiran yang perlu dikuasai

dalam KBSR seperti yang dijelaskan di atas. Berbekalkan ilmu pengetahuan

Matematik yang cukup, pelajar dapat menyesuaikan diri dan mengendalikan dunia

ledakan teknologi yang semakin kompleks dan sentiasa berubah-ubah. Ini

disebabkan Matematik bukan sahaja digunakan dengan meluas dalam bidang

perniagaan, perdagangan, perindustrian, malahan sektor kejuruteraan juga. Daripada

aktiviti jual beli, pengukuran objek, pengiraan kuantiti objek dan sebagainya

semuanya tidak dapat lari daripada penggunaan Matematik. Ini jelas membuktikan

betapa relevannya fungsi Matematik dalam kehidupan harian. Cuba bayangkan,

tanpa Matematik, bagaimanakah pertukaran wang asing dikira? Bagaimana pula

Menara Kembar yang melangit tinggi itu didirikan?

Oleh hal yang demikian, mata pelajaran Matematik menikmati kedudukan

yang istimewa dalam sistem pendidikan negara kita. Keadaan ini berlaku disebabkan

Page 22: QUEK MIOW LENG - fp.utm.my · hubungan antara sikap, minat, pengajaran guru dan pengaruh rakan sebaya dengan pencapaian matematik di kalangan pelajar tingkatan empat di daerah batu

3

Matematik telah menjadi salah satu subjek yang wajib diambil oleh semua pelajar

dalam peperiksaan awam negara kita bermula daripada Ujian Penilaian Sekolah

Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia

(SPM), dan akhirnya Sijil Tinggi Peperiksaan Malaysia (STPM). Keutamaan

Matematik ternyata sekali apabila penguasaan Matematik menjadi salah satu

matlamat utama pembangunan tenaga manusia seperti yang dinyatakan dalam

Rangka Rancangan Jangka Panjang Ke-2 (RRJP2).

Mengikut kajian Kementerian Pelajaran Malaysia, kebanyakan pelajar tidak

mendapat keputusan yang cemerlang khasnya dalam subjek Matematik. Ini

dibuktikan dengan ucapan Dr Sharifah Maimunah Syed Zin, Pengarah Pusat

Perkembangan Kurikulum (PPK), sempena Persidangan Kebangsaan Pendidikan

Matematik 2002 yang menyatakan bahawa pencapaian mata pelajaran Matematik di

kalangan pelajar sekolah di negara ini masih pada tahap rendah sama ada dari segi

kualiti mahupun kuantiti (Berita Harian, 30 Oktober 2001).

Pencapaian yang rendah ini jelas menunjukkan bahawa ramai pelajar

mempunyai pandangan yang negatif terhadap Matematik kerana ‘tekanan

Matematik’ (D’Augustine, 1993). Akibatnya, bilangan pelajar yang gagal meningkat,

malahan pelajar benci dan takut kepada Matematik dan matlamat pendidikan

Matematik menemui jalan buntu (Nik Aziz Nik Pa, 1989).

Menurut Masmuda (1980) dalam kajiannya mendapati bahawa pelajar

biasanya menganggap mata pelajaran seperti Sains, Matematik dan Matematik

Tambahan sebagai mata pelajaran yang berkecenderungan saintifik dan memerlukan

penelitian dan ketekunan untuk belajar. Penerokaan yang baik dan teliti ini tidak

dapat dilaksanakan jika pelajar tidak mempunyai sikap yang positif terhadap mata

pelajaran itu.

Ekoran daripada itu, langkah awal telah diambil bagi membendung masalah

yang kian membimbangkan ini. Misalnya, Projek Gerak Gempur Matematik telah

dilaksanakan sejak tahun 1995 bagi memperbaiki prestasi pencapaian Matematik

pelajar. Walaupun usaha telah dilakukan, tetapi penguasaan Matematik di kalangan

Page 23: QUEK MIOW LENG - fp.utm.my · hubungan antara sikap, minat, pengajaran guru dan pengaruh rakan sebaya dengan pencapaian matematik di kalangan pelajar tingkatan empat di daerah batu

4

pelajar masih belum memuaskan. Situasi ini boleh dibukti melalui laporan akhbar,

jurnal, kritikan daripada masyarakat dan juga daripada keputusan peperiksaan.

Perbandingan peratusan kelulusan PMR bagi tahun 2004 dan 2005 untuk seluruh

negara dapat dilihat dalam jadual 1.1 manakala perbandingan peratusan kelulusan

PMR untuk daerah Batu Pahat dapat dilihat dalam jadual 1.2.

Jadual 1.1: Perbandingan peratusan kelulusan mata pelajaran berlainan dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun 2004 dan tahun 2005 untuk

seluruh negara (Sin Chew Daily, 23 Disember 2005) Mata Pelajaran Tahun 2004 Tahun 2005 Peratusan Meningkat (+) atau

Merosot (-) Bahasa Melayu 93.2 92.3 -0.9 Bahasa Inggeris 70.1 73.8 +3.7 Bahasa Cina 86.9 87.0 +0.1 Matematik 83.7 84.1 +0.4 Sains 88.5 90.1 +1.6 Sejarah 94.7 96.1 +1.4 Geografi 93.8 95.1 +1.3 Pendidikan Islam 91.7 91.1 -0.6 Bahasa Arab 90.2 90.3 +0.1 Bahasa Tamil 75.4 75.3 -0.1

Page 24: QUEK MIOW LENG - fp.utm.my · hubungan antara sikap, minat, pengajaran guru dan pengaruh rakan sebaya dengan pencapaian matematik di kalangan pelajar tingkatan empat di daerah batu

5

Jadual 1.2: Perbandingan peratusan kelulusan mata pelajaran berlainan dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun 2004 dan tahun 2005 untuk

daerah Batu Pahat

Mata Pelajaran Tahun 2004 Tahun 2005 Peratusan Meningkat (+) atau Merosot (-)

Bahasa Melayu 90.46 90.63 +0.17 Bahasa Inggeris 69.29 75.84 +6.55 Bahasa Cina 86.67 89.27 +2.60 Matematik 86.21 87.31 +1.10 Sains 84.70 89.68 +4.98 Sejarah 92.61 94.69 +2.08 Geografi 91.58 94.00 +2.42 Pendidikan Islam 92.60 94.34 +1.74 Bahasa Arab 92.79 93.05 +0.26 Bahasa Tamil 78.10 75.86 -2.24 Kemahiran Hidup 1 (Kemahiran Teknikal)

94.40 92.55 -1.85

Kemahiran Hidup 2 (Ekonomi Rumah Tangga)

97.13 97.53 +0.40

Kemahiran Hidup 3 (Pertanian)

85.48 95.74 +10.26

Kemahiran Hidup 4 (Perdagangan dan Keusahawanan)

- 97.66 -

Daripada jadual 1.1 dan jadual 1.2 dapat diperhatikan bahawa peratusan

kelulusan bagi mata pelajaran Matematik untuk tahun 2005 telah meningkat. Namun

demikian, jika dilihat secara keseluruhan, didapati bahawa tahap pencapaian

Matematik adalah lebih rendah berbanding dengan mata pelajaran lain. Pada tahun

2005, peratusan kelulusan bagi mata pelajaran wajib yang lain seperti Bahasa

Melayu, Sejarah dan Geografi adalah melebihi 90% sedangkan peratusan kelulusan

bagi Matematik adalah 84.1% sahaja untuk peringkat negara dan 87.31% untuk

peringkat daerah.

Walau bagaimanapun, terdapat banyak faktor yang boleh mempengaruhi

pencapaian pelajaran dalam mata pelajaran Matematik. Antara faktor-faktor tersebut

boleh dikategorikan dalam dua jenis. Yang dimaksudkan di sini ialah faktor dalaman

dan faktor luaran. Faktor dalaman dalam erti kata lain adalah faktor yang berkaitan

atau disebabkan oleh pelajar itu sendiri. Antara yang dikategorikan sebagai faktor

dalaman ialah minat, sikap dan persepsi pelajar terhadap mata pelajaran Matematik.

Page 25: QUEK MIOW LENG - fp.utm.my · hubungan antara sikap, minat, pengajaran guru dan pengaruh rakan sebaya dengan pencapaian matematik di kalangan pelajar tingkatan empat di daerah batu

6

Bagi faktor luaran pula ialah faktor yang disebabkan oleh persekitaran pelajar.

Kaedah pengajaran guru, pengaruh rakan sebaya, ibu bapa, kemudahan dan peralatan

sekolah, isi pelajaran dan seumpamanya adalah dikelaskan sebagai faktor luaran.

Sedia maklum bahawa sikap pelajar terhadap Matematik adalah amat

mustahak. Jika pelajar tidak bersikap positif sebaliknya bersikap acuh tak acuh

terhadap sesuatu mata pelajaran. Sudah pastinya dengan sedikit sebanyaknya ini

akan menjejaskan pencapaian pelajar dalam subjek tersebut. Di samping itu,

perlu kita mengakui bahawa adalah susah bagi seseorang itu mempelajari sesuatu

yang langsung tidak boleh menarik perhatiannya. Oleh itu, lumrahnya pelajar hanya

akan belajar bersungguh-sungguh bagi mata pelajaran yang diminati oleh mereka.

Selain itu, guru juga memainkan peranan penting dalam pencapaian

akademik pelajar juga. Kaedah pengajaran guru yang mudah dan jelas akan

memudahkan pemahaman pelajar. Beberapa kajian telah menunjukkan sikap dan

harapan guru memberi kesan yang kuat dalam peningkatan kualiti akhlak dan

pencapaian pelajar (T. Marimuthu, 1990).

Biasanya, pada zaman remaja, rakan sebaya mempunyai pengaruh yang besar

terhadap pelajar. Segala gerak-geri dan tingkah laku akan ditiru atau diikuti oleh

rakan sebayanya. Menurut syarifah Alwiah Alsagoff (1988), rakan sebaya turut

berperanan dalam mempengaruhi pencapaian akademik pelajar. Kajian tentang

kumpulan sebaya banyak membawa kesan terhadap pencapaian dan aspirasi pelajar

jika dibandingkan dengan latar belakang atau komposis sekolah.

1.3 Pernyataan Masalah

Penguasaan dan pencapaian Matematik pelajar secara keseluruhannya masih

belum memuaskan berbanding dengan mata pelajaran lain. Menurut Ishak Harun

(1989), pencapaian akademik adalah berbeza antara pelajar. Antara faktor yang

menyebabkan wujudnya masalah pencapaian akademik ialah kurangnya usaha untuk

Page 26: QUEK MIOW LENG - fp.utm.my · hubungan antara sikap, minat, pengajaran guru dan pengaruh rakan sebaya dengan pencapaian matematik di kalangan pelajar tingkatan empat di daerah batu

7

mengenal pasti kelemahan pelajar serta kurangnya aktiviti pengukuhan dalam

pendidikan untuk mewujudkan asas yang mantap bagi perkembangan selanjutnya.

Sekiranya keadaan tersebut dibiarkan berlanjutan, sudah pasti akan

menimbulkan impak negatif terhadap sistem pendidikan negara kita. Selain

berlakunya keciciran pelajar dalam mata pelajaran Matematik, peluang pelajar untuk

melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi dalam bidang Matematik atau

jurusan yang berkaitan dengannya turut terjejas. Seterusnya, pelajar akan mengalami

kesukaran semasa mencari pekerjaan. Sekiranya, tuntutan bagi tenaga manusia yang

celik ilmu gagal dipenuhi, hatta, wawasan unggul Malaysia untuk menjadi negara

maju menjelang tahun 2020 tentulah susah direalisasikan.

Oleh itu, dengan mengambil kira empat faktor iaitu sikap pelajar terhadap

Matematik, minat pelajar terhadap Matematik, pengajaran guru dan pengaruh rakan

sebaya, pengkaji cuba mengenal pasti hubungan antara faktor-faktor tersebut dengan

pencapaian Matematik pelajar.

1.4 Objektif Kajian

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan antara faktor-faktor (sikap,

minat, pengajaran guru dan pengaruh rakan sebaya) dengan pencapaian pelajar

tingkatan empat dalam mata pelajaran Matematik di daerah Batu Pahat. Secara

khusus, objektif yang hendak dicapai adalah untuk

i. Mengenal pasti tahap sikap pelajar terhadap Matematik.

ii. Mengenal pasti tahap minat pelajar terhadap Matematik

iii. Mengenal pasti persepsi pelajar tentang pengajaran guru terhadap

pencapaian Matematik.

iv. Mengenal pasti persepsi pelajar tentang pengaruh rakan sebaya

terhadap pencapaian Matematik.

v. Mengenal pasti hubungan antara faktor sikap dengan pencapaian

Matematik pelajar.

Page 27: QUEK MIOW LENG - fp.utm.my · hubungan antara sikap, minat, pengajaran guru dan pengaruh rakan sebaya dengan pencapaian matematik di kalangan pelajar tingkatan empat di daerah batu

8

vi. Mengenal pasti hubungan antara faktor minat dengan pencapaian

Matematik pelajar.

vii. Mengenal pasti hubungan antara pengajaran guru dengan pencapaian

Matematik pelajar.

viii. Mengenal pasti hubungan antara pengaruh rakan sebaya dengan

pencapaian Matematik pelajar.

1.5 Persoalan Kajian

Berdasarkan objektif kajian, persoalan yang cuba dijawab dalam kajian ini

adalah seperti berikut:

i. Apakah tahap sikap pelajar terhadap Matematik?

ii. Apakah tahap minat pelajar terhadap Matematik?

iii. Apakah persepsi pelajar tentang pengajaran guru terhadap pencapaian

Matematik?

iv. Apakah persepsi pelajar tentang pengaruh rakan sebaya terhadap

pencapaian Matematik?

v. Adakah terdapat hubungan antara faktor sikap dengan pencapaian

Matematik pelajar?

vi. Adakah terdapat hubungan antara faktor minat dengan pencapaian

Matematik pelajar?

vii. Adakah terdapat hubungan antara pengajaran guru dengan pencapaian

Matematik pelajar?

viii. Adakah terdapat hubungan antara pengaruh rakan sebaya dengan

pencapaian Matematik pelajar?