borang pengesahan status tesis - fp.utm.my filekajian berbentuk kuantitatif ini bertujuan untuk...

27
UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM) BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: TAHAP KEFAHAMAN DAN AMALAN GURU PELATIH MATEMATIK TERHADAP PEMBELAJARAN INKUIRI-PENEMUAN SEMASA LATIHAN MENGAJAR SESI PENGAJIAN: 2009/2010 Saya AHMAD ZAINAL BIN MOHAMAD ( HURUF BESAR ) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( ) SULIT Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malyasia seperti yang termaktub di dalam (AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan TIDAK TERHAD Disahkan oleh: __________________________ __________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat tetap: B 12 JALAN PUSARA, DR. HAMDAN BIN SAID KG ATAS TOL, 21070 KUALA TERENGGANU Tarikh: _____19/04/2010_______________ Tarikh: _____________________

Upload: hoangdat

Post on 24-Mar-2019

227 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileKajian berbentuk kuantitatif ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap kefahaman dan amalan guru pelatih matematik UTM terhadap pembelajaran

UTPSZ 19:16 (Pind.1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan

** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL: TAHAP KEFAHAMAN DAN AMALAN GURU PELATIH MATEMATIK TERHADAP PEMBELAJARAN INKUIRI-PENEMUAN SEMASA

LATIHAN MENGAJAR

SESI PENGAJIAN: 2009/2010 Saya AHMAD ZAINAL BIN MOHAMAD ( HURUF BESAR ) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( )

SULIT Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malyasia seperti yang termaktub di dalam

(AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh

organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan

√ TIDAK TERHAD Disahkan oleh:

__________________________ __________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat tetap: B 12 JALAN PUSARA, DR. HAMDAN BIN SAID KG ATAS TOL, 21070 KUALA TERENGGANU Tarikh: _____19/04/2010_______________ Tarikh: _____________________

Page 2: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileKajian berbentuk kuantitatif ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap kefahaman dan amalan guru pelatih matematik UTM terhadap pembelajaran

ii

TAHAP KEFAHAMAN DAN AMALAN GURU PELATIH MATEMATIK TERHADAP PEMBELAJARAN INKUIRI-PENEMUAN SEMASA LATIHAN

MENGAJAR

AHMAD ZAINAL BIN MOHAMAD

Projek Sarjana Muda ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2010

Page 3: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileKajian berbentuk kuantitatif ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap kefahaman dan amalan guru pelatih matematik UTM terhadap pembelajaran

iii

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik)”.

Tandatangan : …………………………………..

Nama Penyelia: DR. HAMDAN BIN SAID

Tarikh : …………………………………..

Page 4: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileKajian berbentuk kuantitatif ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap kefahaman dan amalan guru pelatih matematik UTM terhadap pembelajaran

iv

“Saya akui bahawa penulisan ini yang bertajuk “Tahap Kefahaman Dan Amalan

Guru Pelatih Matematik Terhadap Pembelajaran Inkuiri-Penemuan Semasa Latihan

Mengajar “ adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap

satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan :…………………………………..

Nama Penulis: AHMAD ZAINAL BIN MOHAMAD

Tarikh :…………………………………..

Page 5: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileKajian berbentuk kuantitatif ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap kefahaman dan amalan guru pelatih matematik UTM terhadap pembelajaran

v

DEDIKASI

ISTIMEWA BUAT….

Ibunda dan Ayahanda Tercinta,

Zainab Bt Ali dan Mohamad Bin Jusoh

Abang dan Kakak disayangi,

Segala Berkat Doamu, Pengorbananmu, Doronganmu, Kesabaranmu

Serta Kasih Sayangmu

Dari Kalian Amat Ku Sanjungi dan Ku Hargai

KHAS BUAT….

Pensyarah Pembimbing yang disanjungi,

Dr. Hamdan Bin Said dan PM. Dr. Othman Md. Johan

Terima Kasih Atas Segala Bimbingan, Nasihat Dan Tunjuk Ajar Mu

Buat Rakan-rakan Seperjuangan 4SPM

Terima Kasih

Di atas Segala Sokongan dan Semangat Dari Kalian Semua

Sepanjang Pengajian Ku

Page 6: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileKajian berbentuk kuantitatif ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap kefahaman dan amalan guru pelatih matematik UTM terhadap pembelajaran

vi

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, Segala Puji Bagi Allah S.W.T. Tuhan Sekalian Alam dan

selawat dan salam ke atas JunjunganNya, Nabi Muhammad S.A.W. Saya bersyukur

kepada Allah di atas limpah kurniaNya dan keizinanNya serta berkat kesabaran,

projek sarjana muda ini dapat disiapkan dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Jutaan terima kasih kepada penyelia yang saya sanjungi iaitu PM. Dr.

Othman Bin Md. Johan dan Dr. Hamdan Bin Said yang sentiasa memberi bimbingan,

pandangan dan teguran yang membina dalam usaha menyiapkan projek penyelidikan

ini.

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa dan

keluarga saya yang disayangi di atas segala doa, sokongan, dorongan dan galakan

tidak pernah jemu dan putus asa semasa saya menyiapkan projek ini.

Tidak ketinggalan juga ucapan terima kasih kepada guru-guru pelatih sains

dan matematik UTM yang sudi menjadi responden kajian sepanjang menjalankan

kajian ini.

Akhir sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-

rakan 4SPM dan sahabat handai saya serta semua pihak yang sudi membantu dan

memberi nasihat kepada saya bagi menyiapkan projek sarjana muda ini dengan

jayaanya. Sekian, wassalam.

Page 7: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileKajian berbentuk kuantitatif ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap kefahaman dan amalan guru pelatih matematik UTM terhadap pembelajaran

vii

ABSTRAK

Kajian berbentuk kuantitatif ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap

kefahaman dan amalan guru pelatih matematik UTM terhadap pembelajaran inkuiri-

penemuan semasa latihan mengajar. Kajian ini juga bertujuan untuk mengenalpasti

masalah yang dihadapi oleh guru pelatih matematik semasa melaksanakan

pembelajaran inkuiri-penemuan. Satu set soalselidik digunakan sebagai instrumen

kajian. Seramai 74 orang guru pelatih matematik UTM daripada program pengajian

3SPM, 4SPM, dan 4SPT terlibat dalam kajian ini. Data dianalisis dengan

menggunakan perisian SPSS. Hasil kajian menunjukkan bahawa tahap kefahaman

dan amalan perlaksanaan pembelajaran inkuiri-penemuan guru pelatih matematik

adalah tinggi.

Page 8: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileKajian berbentuk kuantitatif ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap kefahaman dan amalan guru pelatih matematik UTM terhadap pembelajaran

viii

ABSTRACT

The purpose of this quantitative study was to determine level of

understanding and practices among UTM mathematics teacher trainees towards

discovery-inquiry learning method during their teaching practice. The study also

seeks to determine problems faced by Mathematics teacher trainees while

implementing discovery-inquiry learning. A set of questionnaire was used as

research instrument. A total of 74 Mathematics teacher trainees from 3SPM, 4SPM

and 4SPT involved in this study. The data were analyzed descriptively using SPSS.

The findings indicated that the level of understanding and practices of discovery-

inquiry learning method among UTM mathematics training teachers were high.

Page 9: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileKajian berbentuk kuantitatif ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap kefahaman dan amalan guru pelatih matematik UTM terhadap pembelajaran

ix

SENARAI KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL ii

PENGESAHAN PENYELIA iii

PENGAKUAN PENYELIDIK iv

DEDIKASI v

PENGHARGAAN vi

ABSTRAK vii

ABSTRACT viii

SENARAI KANDUNGAN ix

SENARAI JADUAL xiv

SENARAI RAJAH

SENARAI LAMPIRAN

xvi

xvii

SENARAI SINGKATAN xviii

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 5

1.3 Pernyataan Masalah 9

1.4 Objektif Kajian 9

1.5 Persoalan Kajian 10

1.6 Kepentingan Kajian 11

1.7 Skop Dan Batasan Kajian 13

Page 10: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileKajian berbentuk kuantitatif ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap kefahaman dan amalan guru pelatih matematik UTM terhadap pembelajaran

x

1.8 Definisi Istilah 14

1.8.1 Tahap kefahaman 14

1.8.2 Amalan Pengajaran 14

1.8.3 Pembelajaran Secara Inkuiri-Penemuan 15

1.9 Kesimpulan 16

BAB 2 TINJAUAN LITERATUR

2.1 Pengenalan 17

2.2 Model Konstruktivisme 17

2.2.1 Pendekatan Inkuiri-Penemuan 19

2.2.2 Sejarah Inkuiri-Penemuan 20

2.2.3 Perkembangan 20

2.2.4 Pembelajaran Inkuiri-Penemuan 22

2.2.5 Matlamat Pembelajaran Inkuiri-Penemuan 25

2.2.6 Kefahaman Guru Terhadap Pembelajaran Inkuiri-Penemuan Terbimbing 25

2.2.7 Kelebihan Pembelajaran Inkuiri-Penemuan 27 2.3 Amalan Pengajaran Matematik Melalui

Inkuiri- Penemuan 28

2.4 Kemahiran dan Amalan Guru Melaksanakan

Inkuiri - Penemuan 29

2.4.1 Teknik Penyoalan 30

2.4.2 Kaedah Tunjuk Cara 31

2.4.3 Perbincangan 32

2.5 Pendekatan Konvensional 33

2.6 Kajian-Kajian Lepas 34

Page 11: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileKajian berbentuk kuantitatif ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap kefahaman dan amalan guru pelatih matematik UTM terhadap pembelajaran

xi

2.6.1 Kajian Luar Negara 34

2.6.1 Kajian Dalam Negara 36

2.7 Kesimpulan 37

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 38

3.2 Reka Bentuk Kajian 38

3.3 Responden Kajian 39

3.4 Instrumen Kajian 39 3.4.1 Soal selidik 39

3.4.1.1 Bahagian - Bahagian Soal Selidik 40

3.4.1.2 Skala Likert 5 Mata 41

3.4.1.3 Skala Empat Mata 41

3.5 Prosedur Kajian 42

3.6 Analisis Data 43

3.7 Kesimpulan 43

BAB 4 ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 44 4.2 Analisis Latar Belakang Responden 45 4.3 Tahap kefahaman Guru Matematik Terhadap

Inkuiri-Penemuan 47

4.3.1 Analisa Kefahaman Guru Matematik

Terhadap Inkuiri-Penemuan 48

4.4 Amalan Pembelajaran Inkuiri-Penemuan 51

4.4.1 Analisa Amalan Strategi Inkuiri-Penemuan 52

Page 12: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileKajian berbentuk kuantitatif ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap kefahaman dan amalan guru pelatih matematik UTM terhadap pembelajaran

xii

4.5 Masalah – Masalah Semasa Melaksanakan Inkuiri-Penemuan 56

4.5.1 Analisa Masalah Semasa Melaksanakan Inkuiri-Penemuan 57

4.6 Cadangan Untuk Meningkatkan Perlaksanaan Inkuiri-Penemuan 61

4.6.1 Analisa Cadangan Untuk Meningkatkan

Inkuiri-Penemuan 62

4.7 Kesimpulan 65

BAB 5 PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN

CADANGAN

5.1 Pengenalan 66

5.2 Perbincangan 67

5.2.1 Tahap Kefahaman Guru Pelatih Matematik

Terhadap Inkuiri-Penemuan 67

5.2.2 Amalan Guru Pelatih Matematik Terhadap

Perlaksanaan Inkuiri-Penemuan 68

5.2.3 Masalah Dihadapi Semasa Melaksanakan Inkuiri-Penemuan 69

5.2.4 Cadangan Untuk Meningkatkan Perlaksanaan Inkuiri-Penemuan 70

5.3 Kesimpulan 71

5.4 Cadangan 73

5.4.1 Cadangan Kepada Pihak Bertanggungjawab 74

Page 13: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileKajian berbentuk kuantitatif ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap kefahaman dan amalan guru pelatih matematik UTM terhadap pembelajaran

xiii

5.4.2 Cadangan Kajian Lanjutan 76

5.5 Penutup 77

RUJUKAN 78 LAMPIRAN 83

Page 14: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileKajian berbentuk kuantitatif ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap kefahaman dan amalan guru pelatih matematik UTM terhadap pembelajaran

xiv

SENARAI JADUAL

NOMBOR JADUAL TAJUK MUKA SURAT 2.0 Empat Aras Pembelajaran Inkuiri 24

(Herron, 1971)

3.1 Pecahan Item 40 3.2 Skala Likert 5 Mata 41 3.3 Skala 4 Mata 42 3.4 Kaedah Analisis 43 3.5 Skala Rujukan 43 4.3a Purata Min Setiap Aspek Kefahaman

Inkuiri-Penemuan 48 4.3b Aspek Ciri – Ciri Inkuiri-Penemuan 49 4.3c Aspek Penglibatan Guru dan Pelajar 50 4.4a Purata Min Bagi Aspek Amalan Terhadap

Inkuiri-Penemuan 51

4.4b Aspek Cara Perlaksanaan 53 4.4c Aspek Perancangan 54 4.4d Aspek Teknik 55 4.5a Purata Min Bagi Aspek Masalah 56 4.5b Kategori Masalah Kandungan 58

Page 15: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileKajian berbentuk kuantitatif ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap kefahaman dan amalan guru pelatih matematik UTM terhadap pembelajaran

xv

4.5c Kategori Masalah Pelajar 59 4.5d Kategori Masalah Pengurusan Dan Pengajaran 60 4.6a Purata Min Bagi Cadangan 61 4.6b Kategori Pemahaman 62 4.6c Kategori Pengurusan 63 4.6d Kategori Penguatkuasaan 64

Page 16: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileKajian berbentuk kuantitatif ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap kefahaman dan amalan guru pelatih matematik UTM terhadap pembelajaran

xvi

SENARAI RAJAH

RAJAH NOMBOR TAJUK MUKA SURAT 4.2a Peratus Jantina Dan Kaum Dalam Kalangan

Guru Praktikal Matematik 45 4.2b Peratus Sekolah Latihan Praktikal Bagi

Guru Matematik 46 4.2c Peratus Keputusan Latihan Mengajar Guru

Pelatih Matematik 47

Page 17: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileKajian berbentuk kuantitatif ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap kefahaman dan amalan guru pelatih matematik UTM terhadap pembelajaran

xvii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT A SET SOAL SELIDIK 78 B SURAT PENGESAHAN SOAL SELIDIK 83 C RQ 84

Page 18: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileKajian berbentuk kuantitatif ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap kefahaman dan amalan guru pelatih matematik UTM terhadap pembelajaran

xviii

SENARAI SINGKATAN

BPG Bahagian Pendidikan Guru HS Hampir Setuju IPTA Institusi Pengajian Tinggi Awam KBKK Kemahiran Berfikir Kreatif dan Kritis KBSM Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah KBSR Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah KPM Kementerian Pelajaran Malaysia RMK9 Rancangan Malaysia Kesembilan S Setuju SPM Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik) SPSS Statistical Packages for Social Science SPT Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer Serta Pendidikan

(Matematik) STS Sangat Tidak Setuju SS Sangat Setuju TS Tidak Setuju UTM Universiti Teknologi Malaysia

Page 19: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileKajian berbentuk kuantitatif ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap kefahaman dan amalan guru pelatih matematik UTM terhadap pembelajaran

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menyarankan bahawa setiap Institusi

Pengajian Tinggi Awam (IPTA) perlu menyediakan program latihan mengajar dalam

bidang pendidikan pada peringkat ijazah mahupun diploma. Latihan mengajar atau

latihan praktikal ini merupakan komponen penting sebagai satu usaha untuk memberi

pendedahan dan pengalaman awal kepada bakal guru dalam profesion perguruan.

Program latihan mengajar ini juga disediakan kepada bakal guru sebagai pelengkap

kepada kursus pengajian pendidikan yang telah ditetapkan oleh KPM. Program

latihan mengajar sebenarnya diwujudkan untuk memberi peluang kepada guru

pelatih untuk mengaplikasikan segala ilmu pengetahuan dan kemahiran yang telah

dipelajari. Ilmu yang diperolehi ini sewajarnya digunakan untuk mengajar secara

berkesan di samping mengaplikasikan segala teori yang telah didedahkan kepada

mereka semasa mengikuti kursus pendidikan di IPTA. Program ini bertujuan

memberi peluang dan kesempatan kepada guru pelatih untuk memperoleh

pengalaman awal sebelum mereka melangkah ke dunia perguruan sebenar yang

bakal ditempuhi nanti selepas tamat pengajian.

Sebelum guru pelatih menjalani latihan praktik di sekolah, mereka telah

didedahkan dengan pelbagai cara, teknik serta kaedah pengajaran yang akan mereka

gunakan untuk mengajar di hadapan kelas nanti. Sebagai guru pelatih matematik,

mereka telah mempelajari kaedah mengajar matematik dan digalakkan

Page 20: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileKajian berbentuk kuantitatif ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap kefahaman dan amalan guru pelatih matematik UTM terhadap pembelajaran

2  

mengaplikasikan secara berkesan dalam proses pengajaran matematik. Sebelum

mempraktikkannya dalam kelas, guru pelatih perlu menguasai dan memantapkan

segala ilmu pengetahuan mengenai kaedah mengajar matematik dan bertindak

professional dalam memilih strategi yang sesuai serta mahir untuk melaksanakannya

dalam proses pengajaran matematik terutamanya kemahiran berfikir menyelesaikan

masalah. Menurut Abu Hassan (2003) sebelum seseorang pelatih ditauliahkan

sebagai guru, kemampuannya untuk mempraktikkan segala teori, kaedah, strategi,

pendekatan, kemahiran dan pengetahuan yang dipelajari di dalam bilik kuliah digilap

terlebih dahulu melalui latihan mengajar.

Amalan strategi pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan oleh guru

sebenarnya mempengaruhi keberkesanan proses pengajaran di dalam kelas. Kaedah

pengajaran dan pembelajaran yang lebih berpusatkan guru dan merujuk sepenuhnya

kepada buku teks merupakan amalan yang dilakukan oleh hampir kesemua guru

matematik, ini menyebabkan pelajar cepat rasa bosan dan sukar sekaligus memberi

impak kepada pelajar yang kurang berminat untuk belajar matematik. Tiada konsep

matematik diterapkan secara penemuan, bahkan pelajar lebih banyak menghafal

rumus, petua dan kaedah yang ditunjukkan guru tanpa memahami konsep yang

sebenar. Keadaan ini tentunya akan melahirkan pelajar yang hanya pandai mengira

tetapi jahil tentang matematik, dan tidak mampu menyelesaikan masalah harian yang

melibatkan matematik (Nik Azis, 1996).

Sewaktu di IPTA, pelbagai pendekatan pengajaran telah didedahkan dalam

kuliah oleh pensyarah kepada bakal guru. Apabila menjejaki ke sekolah, sebilangan

besar daripada guru kembali menggunakan kaedah konvensional seperti menekankan

kepada latih tubi tanpa memberi penerangan konsep dan kaedah yang mapan dan

kukuh. Pendekatan ini akan melahirkan pelajar yang kurang cekap berfikir secara

kritis dan kreatif. Pengajaran dan pembelajaran matematik banyak melibatkan

kemahiran berfikir dan teknik penyelesaian masalah memerlukan daya pemikiran dan

kreativiti yang tinggi. Sebagai guru, mereka seharusnya lebih memahami masalah

ini dan mengetahui cara untuk mengatasi serta meningkatkan keberkesanan

pengajaran dan pembelajaran. Menurut Nik Azis (1992) pengajaran dan

pembelajaran matematik di dalam kelas perlu kepada strategi yang kemas dan teratur

Page 21: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileKajian berbentuk kuantitatif ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap kefahaman dan amalan guru pelatih matematik UTM terhadap pembelajaran

3  

supaya hasrat di atas tercapai sepenuhnya. Jadi strategi pengajaran dan pembelajaran

yang paling sesuai ialah melalui pengalaman aktif, reflektif dan pengabstrakan.

Pendekatan pembelajaran secara inkuiri-penemuan lebih menekankan kepada

pembelajaran melalui pengalaman. Kessen (1964) menyatakan pendekatan inkuri

penemuan menekankan pembelajaran melalui pengalaman. Takrifan inkuiri-

penemuan ialah mencari maklumat, menyoal dan menyiasat sesuatu fenomena atau

masalah yang berlaku. Pendekatan inkuiri-penemuan berlaku apabila konsep,

hukum, prinsip dibina melalui pemerhatian terhadap sesuatu fenomena atau situasi

yang membolehkan pelajar membuat kesimpulan (Abu Hassan, 2006). Penemuan

merupakan hasil kepada inkuiri-penemuan. Pembelajaran secara inkuiri-penemuan

berlaku apabila konsep kemahiran berfikir dan prinsip matematik disiasat dan

ditemui oleh pelajar sendiri dalam sesuatu penyelesaian masalah. Matematik sebagai

inkuiri-penemuan mementingkan pelajar mempelajari kemahiran proses berfikir

matematik secara KBKK seperti mengenalpasti masalah, mengkaji masalah,

mengumpul maklumat, menganalisis masalah dan merumus masalah. Semasa

melaksanakan strategi pembelajaran inkuiri-penemuan dalam pengajaran matematik,

guru hendaklah memberi peluang kepada pelajar untuk menanyakan soalan,

menerangkan konsep dan kaedah, berkongsi dengan menguji idea sedia ada dan

berkomunikasi tentang kandungan yang dipelajari. Dalam inkuiri-penemuan,

peranan guru sebenarnya adalah sebagai pemberi semangat, pencabar dan penggalak

ke arah pembelajaran (NRC, 1996).

Pengajaran dan pembelajaran secara inkuiri-penemuan menjadikan

matematik sebagai satu subjek yang menarik kerana pelajar akan terlibat secara aktif.

Pelajar mengalami situasi sebenar dan melakukan pencarian maklumat serta

menggalakkan murid membuat penemuan. Pernyataan di atas selari dengan

matlamat, Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia KPM

(2001) telah memilih pembelajaran secara inkuiri-penemuan sebagai pendekatan

yang utama dalam kurikulum matematik sekolah rendah dan menengah di negara ini.

Walau bagaimanapun, guru mestilah mempunyai kemahiran dan kefahaman yang

tinggi untuk melaksanakan inkuiri-penemuan dalam pengajaran dan pembelajaran

mereka.

Page 22: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileKajian berbentuk kuantitatif ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap kefahaman dan amalan guru pelatih matematik UTM terhadap pembelajaran

4  

Menurut Rodziah Ismail (2002) peranan guru tidak lagi sebagai pemberi dan

penyampai maklumat tetapi lebih fokus kepada fasilitator pembelajaran, penanya

soalan, pencabar idea murid dan sumber rujukan (resource person). Oleh itu,

pembelajaran matematik secara inkuiri-penemuan memerlukan guru matematik yang

cekap dan mampu merancang persoalan secara sistematik dan berfokus. Dalam

pengajaran, guru matematik memainkan peranan sebagai penanya soalan melibatkan

situasi masalah. Guru juga bertindak sebagai perangsang pembentukan idea,

pengujian idea dan pembinaan konsep yang menggunakan soalan sebagai mekanisme

untuk membentuk kemahiran berfikir pelajar. Bodner (1986) mengatakan bahawa

pengetahuan tidak hanya diberikan daripada guru kepada pelajar, tetapi pelajar

membina pengetahuan secra aktif berdsarakan pengetahuan baru diterima dengan

pengetahuan sedia mereka.

Matlamat Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) dan Kurikulum

Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) menitikberatkan pendekatan secara inkuiri-

penemuan dalam pengajaran dan pembelajaran, guru perlu melaksanakan strategi

inkuiri-penemuan dalam pengajaran matematik seiring dengan acuan yang

disarankan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Perlaksanaan inkuiri-

penemuan dalam KBSM memerlukan sikap guru yang positif terhadap gaya

pembelajaran (Zahara Aziz, 1998). Untuk memupuk perkembangan pelajar dalam

aspek kognitif, afektif dan psikomotor, strategi inkuiri-penemuan dalam pengajaran

dan pembelajaran matematik boleh dilakukan dengan mempelbagaikan aktiviti yang

sesuai dengan topik yang akan diajar. Hasil daripada pembelajaran secara inkuiri-

penemuan menunjukkan pembelajaran yang berpusatkan pelajar lebih efektif

berbanding pendekatan tradisional yang berpusatkan guru. Sebagai guru pelatih

matematik yang baru melangkah ke arah pendidikan, mereka disarankan untuk

mengajar matematik secara inkuiri-penemuan. Sehubungan itu, kajian tahap

penguasaan pendekatan pembelajaran inkuiri-penemuan penting untuk memberi

gambaran jelas kepada guru pelatih agar mempraktikkannya dalam pengajaran

matematik sewaktu latihan mengajar. Penguasaan dan pemahaman secara mendalam

terhadap teori-teori serta pendekatan inkuiri-penemuan memberikan satu inisaitif

kepada guru pelatih dalam mempelbagaikan kaedah dan teknik dalam pengajaran.

Peluang ini digunakan untuk menambahkan pengalaman mereka.

Page 23: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileKajian berbentuk kuantitatif ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap kefahaman dan amalan guru pelatih matematik UTM terhadap pembelajaran

5  

1.2 Latar Belakang Masalah Pada semester kelima, Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

(UTM) menyediakan satu program latihan mengajar kepada guru pelatih. Latihan ini

dapat memberi satu pengalaman baru kepada guru pelatih untuk berhadapan dengan

pelajar dalam situasi pengajaran dan pembelajaran yang sebenar. Pengajian

pendidikan matematik ditawarkan adalah bermatlamat untuk melahirkan guru yang

berpotensi, berpengalaman, berpengetahuan dan berkemahiran dalam melaksanakan

kurikulum Matematik secara berkesan di sekolah-sekolah di mana mereka

ditempatkan (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2001). Guru pelatih disarankan

menggunakan program latihan mengajar ini sebaik mungkin untuk memperolehi

pengalaman mengajar matematik dengan mengaplikasikan kaedah pengajaran yang

pernah dipelajari sebelum ini.

Kursus pengajian pendidikan matematik di UTM dibahagikan kepada dua

kategori penting iaitu akademik dan kaedah. Kategori akademik mengenai

pendedahan kepada guru pelatih untuk menguasai pengetahuan dan kefahaman

berkaitan fakta, definisi, konsep, prinsip dan teori kemahiran berfikir dalam

menyelesaikan matematik. Kesemua ini selaras dengan susunan kandungan yang

termaktub dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) dan Kurikulum

Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). Manakala kategori kaedah pula memberi

peluang kepada guru pelatih untuk menguasai kemahiran dan kaedah mengajar

matematik, pengajaran mikro, asas pedagogi, psikologi, kurikulum sains dan

matematik, pendidikan matematik, pengukuran dan penilaian dalam matematik.

Tumpuan diberikan kepada proses pembelajaran yang diperolehi melalui pengalaman

supaya guru dapat mengubah peranannya daripada penyampai maklumat kepada

fasilitator yang memudahkan proses pengajaran. Model pengajaran dan

pembelajaran secara inkuiri-penemuan menggalakkan murid melibatkan diri secara

aktif dalam aktiviti pembelajaran mereka dan guru pula merupakan pemimpin untuk

memandu murid menjalankan aktiviti pembelajaran (Mok, 1993).

Page 24: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileKajian berbentuk kuantitatif ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap kefahaman dan amalan guru pelatih matematik UTM terhadap pembelajaran

6  

Kaedah pengajaran matematik merupakan satu subjek yang menekankan cara

pengajaran guru pelatih matematik yang perlu difahami dan dikuasai sebelum guru

pelatih menjalani latihan mengajar. Tetapi tidak kesemua kaedah telah dipelajari

dapat dikuasai dan diaplikasikan dengan baik oleh guru pelatih dalam proses

pengajaran dan pembelajaran. Keadaan ini berlaku kerana pengalaman mengajar

guru pelatih masih lagi pada tahap permulaan dalam proses pengajaran dan

pembelajaran. Guru pelatih berkemungkinan menghadapi masalah dalam memilih

pendekatan kaedah pengajaran paling sesuai dalam pengajaran matematik di sekolah.

Walaupun, guru pelatih telah didedahkan kepada pengajaran mikro iaitu

pembelajaran cara untuk mengajar dalam kelas yang sebenar. Pada hakikatnya

pengajaran mikro ini tidak dapat memberikan gambaran dan keadaan yang sebenar

dalam kelas kepada guru pelatih untuk menimba pengalaman mengajar. Ini

menyebabkan guru pelatih berhadapan dengan masalah dalam mengaplikasikan teori

kaedah mengajar matematik dengan sebaiknya dalam latihan mengajar disebabkan

kekurangan pengalaman dan tanpa pendedahan yang kukuh.

Oleh kerana pemahaman guru yang kurang terhadap pengajaran berpusatkan

pelajar serta teori pengajaran yang telah didedahkan kurang dikuasai dan

dititikberatkan, maka kebanyakan guru mengambil peluang untuk tidak

menggunakan teknik dan pendekatan pengajaran yang disarankan oleh KPM. Maka

dengan itu, amalan pengaplikasian kaedah mengajar menggunakan teori pengajaran

yang dipelajari diabaikan oleh guru. Kebanyakan guru lebih berfokuskan kepada

pengajaran berpusatkan guru kerana menyenangkan mereka untuk mengajar. Jelas

sekali, kefahaman guru matematik terhadap pembelajaran inkuiri-penemuan masih

diragui, kerana kebanyakan mereka tidak mengamalkan pendekatan ini dalam

pengajaran matematik mereka, sebaliknya masih kekal dengan teknik berpusatkan

guru semata-mata. Ini menyebabkan pelajar kurang memahami konsep matematik

secara mendalam dan melahirkan juga pelajar lemah dalam kemahiran KBKK serta

tidak dapat memotivasikan matematik dalam diri pelajar. Secara tak langsung ia

akan mempengaruhi miskonsepsi dan kemahiran menyelesaikan masalah matematik

pelajar adalah lemah. Sehubungan dengan itu, pelajar tidak dapat memanipulasikan

konsep matematik dalam kehidupan seharian. Situasi ini berlawanan dengan

matlamat pengajian matematik adalah untuk meningkatkan pemikiran secara mantik,

Page 25: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileKajian berbentuk kuantitatif ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap kefahaman dan amalan guru pelatih matematik UTM terhadap pembelajaran

7  

analisis, bersistem dan kritis, kemahiran penyelesian masalah serta kebolehan

menggunakan ilmu pengetahuan matematik supaya individu dapat berfungsi dalam

kehidupan harian yang berkesan (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1938).

Matlamat KBSM menekankan proses pengajaran dan pembelajaran

berpusatkan kepada pelajar, namun kebanyakan guru masih mengamalkan strategi

berpusatkan guru dan terikat dengan pengajaran secara konvensional. Kenyataan ini

disokong Jemaah Nazir Sekolah (1992) yang menjelaskan bahawa guru masih kekal

dengan peranan lama mereka sebagai pengajar. Aspek lain seperti pemahaman,

amalan dan penghayatan kurang diberi perhatian sewajarnya. Sehingga kini masih

ramai guru kekal menggunakan kaedah tradisional iaitu “chalk and talk”. Menurut

Laporan Penilaian Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) yang dibuat oleh

para pensyarah maktab-maktab perguruan di Malaysia mendapati sebilangan besar

guru-guru tetap dan kekal mengamalkan gaya pengajaran sehala “chalk and talk”.

Kaedah ini dikatakan lebih mudah dan tanpa perlu menyediakan perancangan yang

sempurna. Kebanyakan guru lebih menekankan pembelajaran yang boleh

meningkatkan pencapaian pelajar dan sekolah daripada menumpukan kepada

pembelajaran sepanjang hayat (life long learning). Oleh itu kaedah “chalk and talk”

menjadi keutamaan guru kerana lebih menjimat masa dan peralatan tidak diperlukan.

Akibat daripada pengaruh tersebut, guru pelatih matematik kemungkinan akan turut

menjejaki cara tersebut dan tidak mahu mencuba kaedah berpusatkan pelajar dalam

proses pengajaran dan pembelajaran mereka.

Pembelajaran secara tradisional menyebabkan pelajar menjadi pasif dan tiada

komunikasi berlaku antara guru dan pelajar. Oleh itu, guru tidak dapat

mengenalpasti masalah pelajar sekaligus menyebabkan memperoleh keputusan

matematik yang kurang baik mahupun secara individu atau peringkat sekolah. Ini

mungkin kerana konsep dan kaedah yang tidak diterapkan oleh guru mempengaruhi

kaedah penyelesaian masalah pelajar dalam matematik turut lemah. Menurut Wan

Zahid (1993), perlaksanaan Kurikulum (KBSR) dan Kurikulum (KBSM) membawa

kepada perubahan penekanan daripada pendekatan tradisional kepada pendekatan

baru dalam proses pembelajaran di sekolah. Beliau menegaskan bahawa

pembelajaran yang tertumpu kepada pelajar (student centered) mesti diamalkan dan

Page 26: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileKajian berbentuk kuantitatif ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap kefahaman dan amalan guru pelatih matematik UTM terhadap pembelajaran

8  

sebaliknya mengurangkan atau menghapuskan pembelajaran yang tertumpu kepada

guru (teacher centered). Mengikut Mook Soon Sang (1993), model pengajaran dan

pembelajaran secara inkuiri-penemuan menggalakkan murid melibatkan diri secara

aktif dalam aktiviti pembelajaran mereka dan guru pula merupakan pemimpin untuk

memandu murid menjalankan aktiviti pembelajaran. Dewey sebagai ahli pendidik

menjelaskan proses berorientasikan pelajar mempastikan pelajar-pelajar menganalisa

pengalaman mereka dan menggalakkan mereka menjadi lebih bertanggungjawab

terhadap diri sendiri dan terarah kendiri (Withall, 1991). Pengajaran yang

berteraskan dengan penekanan pemahaman dan pembinaan konsep akan

mendatangkan rasa minat, dan kesedaran dalam diri pelajar terhadap kepentingan

matematik dan mengaplikasikan matematik untuk menyelesaikan masalah dalam

mata pelajaran lain disamping dapat mengaitkan dengan kehidupan seharian. Judith

(2001), kelemahan dari segi kaedah yang digunakan oleh guru akan menyebabkan

pelajar kurang faham terhadap apa yang disampaikan dan ini seterusnya

menyebabkan pelajar kurang berminat untuk menumpukan perhatian terhadap apa

yang disampaikan guru.

Sebelum dihantar menjalani latihan mengajar, bakal guru pelatih matematik

telah mempelajari pelbagai kaedah serta strategi pengajaran dan pembelajaran

semasa di Fakulti Pendidikan. Antara subjek-subjek penting dipelajari mereka ialah

kaedah mengajar matematik, asas pedagogi, psikologi, kurikulum sains dan

matematik, teori-teori dalam pendidikan serta pengajaran mikro. Sepanjang

penempatan mereka di sekolah selama 13 minggu untuk menjalani latihan mengajar,

adakah guru pelatih ini melaksanakan kaedah dan strategi pengajaran yang telah

mereka pelajari diaplikasikannya sepenuhnya di dalam bilik darjah. Sejauhmanakah

perlaksanaannya? Apakah masalah yang akan berlaku?, Apakah tahap kefahaman

mereka?. Persoalan ini kebiasaannya timbul semasa pensyarah menyelia dan

memerhati guru pelatih mengajar di dalam bilik darjah.  

Page 27: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileKajian berbentuk kuantitatif ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap kefahaman dan amalan guru pelatih matematik UTM terhadap pembelajaran

9  

1.3 Pernyataan Masalah

Pengajaran secara inkuiri-penemuan penting untuk meningkatkan kemahiran

berfikir KBKK dan memotivasikan matematik dalam diri pelajar disamping

melahirkan pelajar yang boleh memanipulasikan matematik dalam kehidupan

seharian mereka dan juga tidak bergantung harapan sepenuhnya kepada pengajaran

guru. Maka, kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti tahap kefahaman dan

kemahiran guru pelatih terhadap pendekatan pembelajaran secara inkuiri-penemuan,

mengenalpasti amalan guru pelatih matematik mengaplikasikan pendekatan ini

dalam pengajaran matematik. Kajian ini juga bertujuan untuk mengenaplasti

masalah yang dihadapi semasa melaksanakan inkuiri-penemuan dalam pengajaran

matematik.

1.4 Objektif Kajian

Secara khususnya, objektif utama kajian ini adalah untuk:

i. Mengenalpasti tahap kefahaman guru pelatih matematik UTM terhadap

pembelajaran inkuiri-penemuan semasa latihan mengajar.

ii. Mengenalpasti tahap amalan pendekatan pembelajaran inkuiri-

penemuan oleh guru pelatih matematik UTM dalam pengajaran

matematik.

iii. Mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh guru pelatih matematik

UTM dalam melaksanakan strategi inkuiri-penemuan dalam

pengajaran matematik.

iv. Mengenalpasti cadangan untuk meningkatkan kesedaran guru terhadap

keberkesanan pengaplikasian pembelajaran secara inkuiri-penemuan

dalam pengajaran matematik.