borang pengesahan status tesis - fp.utm.my fileali bin sukor no. matriks bp060089 ... syarat-syarat...

27
PSZ 19:16(Pin.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESISJUDUL: PENYELIAAN PENGAJARAN DI SEKOLAH-SEKOLAH KEBANGSAAN DAERAH JOHOR BAHRU, JOHOR SESI PENGAJIAN: 2008/2009 Saya MOHD. ALI BIN SUKOR No. Matriks BP060089 Mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis ini adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( / ) (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan SULIT atau kepentingan Melaysia seperti termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh _________________________ __________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: 95, JALAN SIMBANG, TAMAN PERLING, DR. HAMDAN BIN SAID 81200 JOHOR BAHRU. Nama Penyelia Tarikh: ___________________ Tarikh: ________________________ CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan meyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah atau Sarjana secara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

Upload: voanh

Post on 10-Mar-2019

236 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileALI BIN SUKOR No. Matriks BP060089 ... syarat-syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda (Pengurusan Pendidikan) Fakulti Pendidikan Universiti

PSZ 19:16(Pin.1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS’ JUDUL: PENYELIAAN PENGAJARAN DI SEKOLAH-SEKOLAH

KEBANGSAAN DAERAH JOHOR BAHRU, JOHOR

SESI PENGAJIAN: 2008/2009 Saya MOHD. ALI BIN SUKOR No. Matriks BP060089 Mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis ini adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian

sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi

pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( / ) (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan SULIT atau kepentingan Melaysia seperti termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh _________________________ __________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: 95, JALAN SIMBANG, TAMAN PERLING, DR. HAMDAN BIN SAID 81200 JOHOR BAHRU. Nama Penyelia Tarikh: ___________________ Tarikh: ________________________

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan

dengan meyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ’ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah atau Sarjana secara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

Page 2: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileALI BIN SUKOR No. Matriks BP060089 ... syarat-syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda (Pengurusan Pendidikan) Fakulti Pendidikan Universiti

PENGESAHAN PENYELIA

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan ijazah Sarjana

Muda Pendidikan (Pengurusan Pendidikan)”

Tandatangan : ...………………...…………….

Nama Penyelia : Dr. Hamdan B Said

Tarikh : …………………………………

Page 3: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileALI BIN SUKOR No. Matriks BP060089 ... syarat-syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda (Pengurusan Pendidikan) Fakulti Pendidikan Universiti

PENYELIAAN PENGAJARAN DI SEKOLAH-SEKOLAH KEBANGSAAN

DAERAH JOHOR BAHRU

MOHD. ALI BIN SUKOR

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada

syarat-syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda (Pengurusan Pendidikan)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

NOVEMBER 2008

Page 4: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileALI BIN SUKOR No. Matriks BP060089 ... syarat-syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda (Pengurusan Pendidikan) Fakulti Pendidikan Universiti

ii

PENGESAHAN PENYELIA

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan ijazah

Sarjana Muda Pendidikan (Pengurusan Pendidikan)”

Tandatangan : ...………………...…………….

Nama Penyelia : Dr. Hamdan B Said

Tarikh : …………………………………

Page 5: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileALI BIN SUKOR No. Matriks BP060089 ... syarat-syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda (Pengurusan Pendidikan) Fakulti Pendidikan Universiti

iii

PENGAKUAN PENGKAJI

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : ...………………...…………….

Nama Penulis : Mohd. Ali Bin Sukor

Tarikh : …………………………………

Page 6: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileALI BIN SUKOR No. Matriks BP060089 ... syarat-syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda (Pengurusan Pendidikan) Fakulti Pendidikan Universiti

iv

DEDIKASI

Khas Buat Emak, Ayah, Ibu Mertua Dan Ayah Mertua

Teristimewa Untuk Isteriku,

Noor Ainda Binti Mohd. Aini Yang Tersayang

Putera-Puteriku Mohd Zakwan Fahim, Mohd. Zahin Fikri, dan Nurul Atikah

Pengorbanan Kalian,

Amat Bermakna Buatku.

Page 7: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileALI BIN SUKOR No. Matriks BP060089 ... syarat-syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda (Pengurusan Pendidikan) Fakulti Pendidikan Universiti

v

PENGHARGAAN

Penulis ingin merakamkan penghargaan ikhlas kepada penyelia tesis iaitu

Dr. Hamdan B Said atas bimbingan, dorongan dan tunjuk ajar yang diberikan

sepanjang tempoh penyelidikan tesis ini.

Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada pihak Kementerian Pendidikan

Malaysia serta pihak pentadbir sekolah serta guru-guru Sekolah Kebangsaan, Johor

Bahru di atas kerjasama yang telah diberikan.

Tidak lupa juga, jutaan terima kasih ini ditujukan buat rakan-rakan

seperjuangan yang sedia membantu dari segi perkongsian idea dan maklumat serta

pihak-pihak yang terlibat samada secara langsung ataupun tidak dalam menjayakan

kajian ini.

Page 8: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileALI BIN SUKOR No. Matriks BP060089 ... syarat-syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda (Pengurusan Pendidikan) Fakulti Pendidikan Universiti

vi

ABSTRAK

Kajian yang menggunakan rekabentuk deskriptif ini bertujuan untuk meninjau

pelaksanaan penyeliaan pengajaran di Sekolah Rendah Kebangsaan Daerah Johor

Bahru. Kajian ini berfokus kepada tanggapan guru terhadap penyeliaan pengajaran;

amalan penyeliaan pengajaran di sekolah; dan implikasi penyeliaan pengajaran

dalam meningkatkan professionalisme guru dari segi kualiti pengajaran, hubungan

professionalisme dengan penyelia, perkongsian maklumat antara penyelia dan guru,

dan bantuan daripada penyelia kepada guru dalam proses pengajaran. Satu

soalselidik yang diubahsuai dari kajian terdahulu telah digunakan sebagai instrumen

kajian ini. Seramai 340 orang guru yang dipilih secara rawak daripada 14 buah

sekolah terlibat dalam kajian ini. Responden yang dipilih terdiri daripada mereka

yang telah disahkan jawatan dan pernah diselia oleh guru besar atau wakilnya. Data

kajian telah dianalisis menggunakan SPSS dan dilaporkan dalam bentuk peratus,

min, dan kerapan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kesemua konstruk yang

dikaji mencatatkan skor min dan peratus yang tinggi. Dapatan ini menunjukkan

bahawa guru-guru di Sekolah Rendah Kebangsaan beranggapan bahawa penyeliaan

pengajaran membantu mereka dalam meningkatkan keberkesanan pengajaran.

Page 9: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileALI BIN SUKOR No. Matriks BP060089 ... syarat-syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda (Pengurusan Pendidikan) Fakulti Pendidikan Universiti

vii

ABSTRACT

This descriptive study aims to survey the implementation of supervision of

instruction at the National Primary Schools in Johor Bahru District. This study

focuses on teachers’ perception towards supervision of instruction; the practice of

supervision of instruction at schools; and the implications of supervision of

instruction in the improvement of teachers’ professionalism with regard to teaching

quality, professional relationship with the supervisors, information sharing between

the supervisors and teachers, and support from the supervisors to the teachers in the

teaching process. A set of modified questionnaire from previous study was used as

an instrument for this study. A total of 340 teachers randomly selected from 14

schools involved in this study. These teachers have been in permanent positions and

have been supervised by the headmasters or their representatives. The data were

analyzed using SPSS and the findings were reported in the form of percentages,

means, and frequencies. The research findings show that all constructs scored high

in mean scores and percentages. The findings show that the teachers in National

Primary Schools agreed that supervision of instruction helped them to improve in

their teaching effectiveness.

Page 10: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileALI BIN SUKOR No. Matriks BP060089 ... syarat-syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda (Pengurusan Pendidikan) Fakulti Pendidikan Universiti

viii

JADUAL KANDUNGAN

BAB

PERKARA MUKA SURAT

Pengesahan Status Tesis

Tajuk Kajian i

Pengesahan Penyelia ii

Pengakuan Pengkaji iii

Dedikasi iv

Penghargaan v

Abstrak vi

Abstract vii

Jadual Kandungan viii

Senarai Jadual xiii

Senarai Rajah xiv

Senarai Lampiran

xv

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 5

1.3 Pernyataan Masalah 8

1.4 Objektif Kajian 9

1.5 Persoalan Kajian 9

1.6 Kepentingan Kajian 10

1.7 Batasan Kajian 11

Page 11: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileALI BIN SUKOR No. Matriks BP060089 ... syarat-syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda (Pengurusan Pendidikan) Fakulti Pendidikan Universiti

ix

BAB

PERKARA MUKA SURAT

1.8 Skop Kajian 12 1.9 Definisi Istilah

1.9.1 Tanggapan

1.9.2 Amalan

1.9.3 Penyeliaan Pengajaran

12

13

13

1.10 Kesimpulan 13

BAB 2 SOROTAN PENULISAN

2.1 Pengenalan 15

2.2 Tujuan Penyeliaan 19

2.3 Fungsi Penyeliaan 22

2.4 Harapan Guru Terhadap Penyelia dan

Penyeliaan

25

2.5 Teori-Teori Penyeliaan 26

2.6 Model-Model Penyeliaan

2.6.1 Model Penyeliaan Pengajaran Acheson

dan Gall (1980)

2.6.2 Model Penyeliaan Klinikal Goldhammer

2.6.3 Model Penyeliaan Guru: Lucio dan

McNeil

2.7 Pendekatan Penyeliaan Pengajaran

2.7.1 Penyeliaan Bersama (collaborative

supervision)

29

31

34

35

34

Page 12: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileALI BIN SUKOR No. Matriks BP060089 ... syarat-syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda (Pengurusan Pendidikan) Fakulti Pendidikan Universiti

x

BAB

PERKARA MUKA SURAT

2.7.2 Penyeliaan Berbeza (differentiated

supervision)

2.7.3 Penyeliaan Berterusan/Pembangunan

(developmental supervision)

35

36

2.8 Kajian Lepas

2.8.1 Penyeliaan Pengajaran

2.8.2 Peranan Guru Besar Dalam Penyeliaan

Pengajaran

37

41

2.8.3 Halangan-Halangan Dalam Menjalankan

Tugas Penyeliaan Pengajaran

45

2.9 Pandangan Guru Terhadap Penyeliaan Pengajaran

2.10 Kesimpulan

47

50

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 52

3.2 Reka Bentuk Kajian 53

3.3 Persampelan 54

3.4 Instrumen Kajian 55

3.5 Kajian Rintis 58

3.7 Penganalisaan Data 60

3.8 Kesimpulan

61

Page 13: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileALI BIN SUKOR No. Matriks BP060089 ... syarat-syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda (Pengurusan Pendidikan) Fakulti Pendidikan Universiti

xi

BAB

PERKARA MUKA SURAT

BAB 4 ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 62

4.2 Latar Belakang Responden 62

4.3 Dapatan Kajian Berdasarkan Persoalan Kajian:

4.3.1 Persoalan 1 : Tanggapan Guru Terhadap

Penyeliaan

4.3.2 Persoalan 2 : Amalan Penyeliaan

Pengajaran Yang Dijalankan di Sekolah

4.3.3 Persoalan 3 : Implikasi Penyeliaan

Pengajaran Terhadap Profesionalisme

Guru:

4.3.3.1 Peningkatkan Kualiti Pengajaran

Guru

4.3.3.2 Memperkukuhkan Hubungan

Profesionalisme

4.3.3.3 Aspek Berkongsi Pengalaman dan

Pengetahuan

4.3.3.4 Aspek Membantu Guru Dalam

Proses Pengajaran

66

67

70

72

70

73

74

4.4 Kesimpulan 75

BAB 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 77

5.2 Rumusan 78

5.3 Perbincangan Dapatan Kajian

79

Page 14: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileALI BIN SUKOR No. Matriks BP060089 ... syarat-syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda (Pengurusan Pendidikan) Fakulti Pendidikan Universiti

xii

BAB

PERKARA MUKA SURAT

5.3.1 Tanggapan Guru Terhadap Penyeliaan

Yang Dijalankan Di Sekolah

5.3.2 Amalan Penyeliaan Pengajaran Yang

dijalankan di Sekolah

5.3.3 Implikasi Penyeliaan Pengajaran

Terhadap Peningkatan Profesionalisme

Guru

79

80

81

5.4 Cadangan 83

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 84

5.6 Penutup 85

RUJUKAN

86

LAMPIRAN

Page 15: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileALI BIN SUKOR No. Matriks BP060089 ... syarat-syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda (Pengurusan Pendidikan) Fakulti Pendidikan Universiti

xiii

SENARAI JADUAL

Jadual Muka

Surat

1.1 Dimensi Penyeliaan Pendidikan 8

3.1 Pemilihan Sampel Kajian 54

3.2 Jumlah Taburan Item 57

3.3 Skala Likert 5 Pemeringkatan 58

3.4 Pekali Alpha Cronbach 59

3.5 Analisis Skor Min 60

4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina Dan Kaum 63

4.2 Taburan Responden Mengikut Kelulusan Akademik

Tertinggi 63

4.3 Taburan Responden Mengikut Pengalaman Mengajar 64

4.4 Taburan Responden Mengikut Kekerapaan Diselia 65

4.5 Taburan Bilangan, Peratusan dan Skor Min Tanggapan Guru

Terhadap Penyeliaan Di Sekolah 66

4.6 Taburan Bilangan, Peratusan dan Skor Min Amalan

Penyeliaan Di Sekolah 68

4.7 Taburan Bilangan, Peratusan dan Skor Min Peningkatan

Kualiti Guru 71

4.8 Taburan Bilangan, Peratusan dan Skor Min Pengukuhan

Hubungan Profesionalisme Guru 72

4.9 Taburan Bilangan,Peratusan dan Skor Min Perkongsian

Pengalaman Dan Pengetahuan 73

4.10 Taburan Bilangan,Peratusan dan Skor Min Membantu Guru

Dalam Proses Pengajaran 74

4.11 Perbandingan Skor Min-Skor Min Konstruk 76

Page 16: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileALI BIN SUKOR No. Matriks BP060089 ... syarat-syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda (Pengurusan Pendidikan) Fakulti Pendidikan Universiti

xiv

SENARAI RAJAH

RAJAH MUKA

SURAT

1.1 Penyeliaan Bagi Sekolah Berjaya 3

2.1 Model Penyeliaan Pengajaran Acheson dan Gall (1980) 29

2.2 Model Penyeliaan Klinikal Goldhammer 31

2.3 Model Penyeliaan Guru - Lucio dan McNeil (1969) 34

3.1 Pemilihan Sampel Kajian 55

Page 17: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileALI BIN SUKOR No. Matriks BP060089 ... syarat-syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda (Pengurusan Pendidikan) Fakulti Pendidikan Universiti

xv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN A Surat Kebenaran Menjalankan Kajian Bahagian Perancangan dan

Penyelidikan Dasar Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia

No. Ruj. KP(BPPDP)603/5/JLD.08(356) bth. 13 Ogos 2008

LAMPIRAN B Surat Kebenaran Menjalankan Kajian Jabatan Pelajaran Johor

No. Ruj. JPNJ/31/1128/Jld.43(38) bth. 22 Ogos 2008

LAMPIRAN C Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1987

LAMPIRAN D Borang Penyeliaan Format Jemaah Nazir (SKPM)

LAMPIRAN E Senarai Sekolah Daerah Johor Bahru 2008

LAMPIRAN F Borang Soal Selidik

Page 18: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileALI BIN SUKOR No. Matriks BP060089 ... syarat-syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda (Pengurusan Pendidikan) Fakulti Pendidikan Universiti

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Sekolah yang cemerlang lahir dari pengurusan dan kepimpinan yang

berkesan. Peranan yang dimainkan oleh pengetua dan guru besar sangat penting bagi

menjadikan sekolah mereka sebagai institusi pembelajaran yang berkesan. Dengan

keupayaan mereka menggembleng seluruh tenaga guru dan pelajar-pelajar diyakini

matlamat menjadikannya sekolah cemerlang akan tercapai. Tumpuan pengurusan

sekolah kepada usaha untuk meningkatkan tahap kecemerlangan bidang akademik di

sekolah akan membolehkan guru-guru melaksanakan tugas pengajaran dan

pembelajaran mereka dengan lebih yakin, teratur dan berkesan. Keberkesanan

pengajaran guru perlu ditingkatkan dalam usaha untuk menjadikan sekolah sebagai

pusat kecemerlangan iaitu tempat penyebaran ilmu pengetahuan dan penyampaian

pelbagai jenis kemahiran serta pembentukan keperibadian pelajar.

Page 19: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileALI BIN SUKOR No. Matriks BP060089 ... syarat-syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda (Pengurusan Pendidikan) Fakulti Pendidikan Universiti

2

Perekat penyeliaan adalah metaphor untuk kejayaan : Kita dapat samakan

penyeliaan di sekolah-sekolah yang berjaya seperti perekat yang menyatukan

elemen-elemen keberkesanan arahan yang terpisah-pisah kepada tindakan bersepadu

sekolah. Kajian menunjukkan bahawa sekolah-sekolah yang dapat menggabungkan

arahan dan pengurusan kelas dengan perkembangan professional, bimbingan terus

kepada guru, perkembangan kurikulum, perkembangan kumpulan dan kajian

tindakan kepada satu matlamat yang sama akan mencapai objektif mereka

(MacKenzie,1983). Dengan kata lain dapat dirumuskan bahawa sesebuah sekolah itu

akan berjaya mencapai matlamatnya apabila guru akur dan menerima matlamat

bersama untuk murid, saling memberi kata-kata semangat kepada rakan sejawatan,

penyelia menjalankan tugas penyeliaan sejajar dengan apa yang guru itu patut

laksanakan kepada pelajar, hanya dengan demikian sekolah itu akan mencapai

matlamatnya. Sekolah-sekolah yang berjaya mempunyai ciri-ciri perekat yang sama

yang mengikat utuh fakulti sekolah dan mewujudkan ketekalan elemen-elemen yang

berbagai yang dinyatakan di atas, mengatasi perkara-perkara yang sering dijadikan

alasan seperti kebolehan pelajar, perbezaan taraf sosio-ekonomi dan keadaan fizikal

sekolah. Perekat yang dimaksudkan ialah adanya proses di mana ada individu atau

kumpulan tertentu memikul tanggungjawab menyediakan saluran bagi memenuhi

keperluan guru dan matlamat organisasi. Dengan itu warga sekolah dapat bekerja

dalam keadaan yang harmomi kearah visi bersama yang telah dipersetujui.

Page 20: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileALI BIN SUKOR No. Matriks BP060089 ... syarat-syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda (Pengurusan Pendidikan) Fakulti Pendidikan Universiti

3

Rajah 1.1: Penyeliaan bagi Sekolah Berjaya

Sumber: Glickman (1998)

Rajah 1 menggambarkan proses penyeliaan yang dilaksanakan di sekolah-

sekolah yang berjaya. Keperluan asas yang mesti ada di dalam diri penyelia ialah

ilmu pengetahuan, kemahiran antara personal dan kemahiran teknikal. Penyeliaan

dilihat sebagai satu bentuk perkembangan guru dengan cara memberi bimbingan

terus kepada guru, perkembangan kurikulum, perkembangan kumpulan,

perkembangan professional dan kajian tindakan. Seterusnya ia akan memenuhi

malamat organisasi dan keperluan guru. Hasil akhirnya ialah pembelajaran pelajar

bertambah baik.

Boardman, et. al. (1953: 3) menyatakan bahawa penyeliaan adalah " to

oversee, to superintend, or to guide and to stimulate the activities of others with a

view to their improvement" bermaksud penyeliaan adalah untuk memerhati,

menyelaras, membimbing dan memberi rangsangan aktiviti-aktiviti pihak lain dengan

pandangan untuk menambah baik. Harris (1975) menyatakan penyeliaan dalam

pengajaran bermaksud segala tindakan yang diambil ke atas kakitangan dengan

tujuan melaksanakan atau membaiki proses pengajaran di sesebuah sekolah. Alfonso

et. al.(1980) menyatakan konsep penyeliaan sebagai satu tingkahlaku yang

Page 21: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileALI BIN SUKOR No. Matriks BP060089 ... syarat-syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda (Pengurusan Pendidikan) Fakulti Pendidikan Universiti

4

dipertanggungjawabkan secara rasmi kepada seseorang yang mendatangkan kesan

kepada guru untuk mempertingkatkan lagi pembelajaran murid-murid dan seterusnya

mencapai sesuatu matlamat tertentu.

Dalam pengurusan kurikulum, aspek penyeliaan adalah penting dalam

memantau keberkesanan pengajaran di sesebuah sekolah. Penyeliaan oleh pihak

pengurusan sekolah amat perlu dalam memastikan kecemerlangan kerja guru secara

berterusan. Penyeliaan akan dapat membantu guru menyelaraskan aktiviti pengajaran

dan merangsang guru untuk mencapai prestasi kerja yang cemerlang serta dapat

memperkembangkan potensi diri dan mengatasi sebarang kekurangan sekiranya ada.

Menurut Aminuddin (2005), penyeliaan oleh guru besar dapat membantu guru

meningkatkan mutu pengajaran supaya menjadi bertambah berkesan. Menurutnya

lagi, dengan penyeliaan guru besar dapat melihat dengan lebih dekat lagi apa yang

sebenarnya berlaku dalam bilik darjah agar kelemahan dapat diperbaiki dan amalan-

amalan yang baik dapat dikukuhkan.

Dalam menjalankan penyeliaan di bilik darjah, guru besar perlu mempunyai

pengetahuan yang cukup serta kemaskini tentang perubahan sukatan pelajaran. Guru

besar juga harus mempunyai kemahiran dan kecekapan dalam mengesan masalah-

masalah pedagogi yang timbul di dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta

dapat mengemukakan cadangan-cadangan yang munasabah untuk membaiki

kelemahan yang dikesaninya. Justeru, kebolehan untuk berkomunikasi juga penting

agar dapat mempengaruhi guru yang diselianya untuk mengubah cara dan sikap

dalam menjalankan tugas. Menurut Asnah (1993), gaya guru besar memainkan

peranan yang penting terutama selepas penyeliaan dilakukan. Contohnya, sokongan

dan cara arahan, penerangan yang positif dapat membantu guru meningkatkan

pengajarannya. Jika wujud pertembungan antara guru besar dan guru ia boleh

mewujudkan ketidak sefahaman haluan antara mereka.

Tugas dan tanggungjawab guru di sekolah atau di bilik darjah ialah mengajar

dan mendidik pelajar secara serius sehingga pelajar tersebut dapat menguasai

Page 22: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileALI BIN SUKOR No. Matriks BP060089 ... syarat-syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda (Pengurusan Pendidikan) Fakulti Pendidikan Universiti

5

kemahiran atau ilmu yang diajarkannya. Pengajaran yang berkesan akan dapat

membantu pelajar memperkembangkan intelek, sosial dan personal dengan baik.

Setiap guru akan merancang pengajaran yang tersusun dan berfokus. Pemilihan tajuk

dan isi pelajaran yang sesuai dan mampu disampaikan kepada murid dengan

berkesan. Objektif pengajarannya mudah difahami dan jelas hala tuju yang hendak

dicapai. Di samping itu, guru tersebut akan menentukan bahan bantu mengajar

(BBM) yang sesuai dan menarik bagi mewujudkan rangsangan murid untuk belajar.

1.2 Latar Belakang Masalah

Penyeliaan pengajaran telah menjadi satu aspek penting dalam pengurusan

dan pentadbiran di semua institusi pengajian seperti di sekolah, politeknik, maktab,

pusat pengajian tinggi dan sebagainya. Penyeliaan pengajaran ini bertujuan untuk

memperbaiki kualiti pengajaran dan pembelajaran para pendidik seterusnya

meningkatkan kualiti pcndidikan di institusi tersebut. Oleh yang demikian arahan

oleh Kementerian Pendidikan yang meminta setiap guru besar menyelia pengajaran

guru di sekolah seperti yang terkandung dalam Surat Pekeliling Ikhtisas, Bil. 3/1987

diharapkan dapat membina suasana penyeliaan yang sihat dan berkesan. Dengan

terlaksananya arahan ini, guru besar terpaksa kembali kepada tugas asas mereka iaitu

membimbing guru dalam tugas profesional mereka (Abdul Shukur, 1988).

Namun begitu, telah berlaku tanggapan dan reaksi yang kurang

menyenangkan di kalangan guru dan guru besar mengenai arahan yang dikeluarkan

oleh Kementerian Pendidikan yang terkandung dalam Surat Pekeliling lkhtisas Bil.

3/1987. Mereka telah menyuarakan pendapat dan pandangan mereka melalui

Kesatuan Perkhidmatan Penguruan Kebangsaan (KPPK). Kesatuan juga merasa

kurang senang dengan arahan tersebut. Masalah ini timbul kerana mereka

menganggap sistem penyeliaan pengajaran yang dijalankan menimbulkan keresahan

Page 23: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileALI BIN SUKOR No. Matriks BP060089 ... syarat-syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda (Pengurusan Pendidikan) Fakulti Pendidikan Universiti

6

dan perasaan cemas di kalangan guru dan penyelia juga tidak menggunakan langkah

penyeliaan yang sepatutnya semasa menyelia (Sapon, 2001). Menurut Hashim

(2000), guru besar atau orang bawahannya yang diberikan kuasa untuk menyelia

hanya kadangkadang menyelia pengajaran dan kalau ada pun hanya menyemak buku

penyediaan rekod mengajar dan hanya menekankan ke atas penyediaan bahan bantu

mengajar sahaja dan kurang meningkatkan profesionalisme guru.

Namun ada juga yang menyokong kejayaan penyeliaan pengajaran ini dan

tidak kurang juga yang mempertikaikan akan kejayaannya. Justeru itu sekiranya

sistem penyeliaan ini dianggap sebagai satu sumber bagi para guru untuk

mendapatkan sesuatu yang positif terhadap profesion perguruan, maka matlamat

penyeliaan itu akan tcrcapai begitu juga sebaliknya.

Pihak yang menyokong sistem ini sudah tentu berpendapat bahawa

penyeliaan pengajaran adalah sumber bagi para guru untuk mendapatkan bimbingan

dan bantuan dalam meningkatkan profesion mereka. Manakala pihak yang

menentang sistem ini beranggapan bahawa kehadiran penyelia sebagai penilai yang

banyak mendatangkan rnasalah bagi yang dinilai. Dari situasi ini wujud satu

fenomena yang yang kurang sihat antara penyelia dan guru-guru.

Persoalannya ialah mengapa perlu adanya penyeliaan pengajaran? Adakah

peranan yang tclah diamanahkan kepada penyelia ini telah dijalankan dengan

rncnggunakan langkah dan pendekatan penyeliaan yang betul? Setakat manakah

keberkesanan perlaksanaan sistem penyeliaan pengajaran yang telah dijalankan

terhadap profesionalisme guru-guru? Adakah sistem penyeliaan yang dijalankan

telah mendatangkan kesan positif terhadap pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Sekolah berkesan adalah hasil dari pengurusan yang cemerlang. Usaha untuk

menjadikan sekolah berkesan atau sekolah cemerlang merupakan cabaran yang perlu

dilalui oleh setiap pengetua dan guru besar. Bagi mewujudkan sekolah berkesan,

Page 24: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileALI BIN SUKOR No. Matriks BP060089 ... syarat-syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda (Pengurusan Pendidikan) Fakulti Pendidikan Universiti

7

peranan yang dimainkan oleh guru besar sebagai pemimpin kurikulum atau

pemimpin pengajaran adalah merupakan faktor penting. Menurut Duke (1993)

kepimpinan pengajaran mestilah terlibat dalam dua bidang aktiviti yang saling

berkaitan antara satu dengan lain iaitu :

i. Usaha guru untuk menjadikan pengajaran mereka berkesan dan

ii. Keupayaan guru besar secara berterusan memastikan proses pengajaran dan

pembelajaran guru sentiasa mempunyai standard dan kualiti yang baik.

Oleh itu, sebagai pemimpin kurikulum guru besar perlu menilai dan menyelia

supaya guru telah melaksanakan aktiviti yang dinyatakan dengan cara yang terbaik

dan sentiasa berusaha meningkatkan prestasi pengajaran dan pembelajaran mereka

dari semasa ke semasa.

Pada kebiasaannya, budaya sekolah yang menitikberatkan aspek

kecemerlangan akan menjadikan proses penyeliaan sebagai satu aspek penting di

sekolah berkenaan. Penyeliaan juga merupakan tanggungjawab pihak guru besar

sepertimana yang dinyatakan dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1987, iaitu

menjadikan pemantauan sebagai sebahagian tugas harian bagi memastikan

pengajaran guru berada dalam keadaan yang baik dan mempunyai piawai serta kualiti

yang tinggi.

Penyeliaan kurikulum terhadap guru bertujuan untuk meningkatkan

perkembangan profesionalisme guru dan bukan bertujuan mencari kelemahan

mereka. Di samping itu juga penyeliaan kurikulum ini bertujuan untuk memperbaiki

atau memajukan lagi kualiti pengajaran serta memperbaiki kelemahan para guru.

Untuk berbuat demikian, adalah menjadi tanggungjawab guru besar, sebagai

pemimpin pengajaran menjalankan penyeliaan kurikulum atau pencerapan bercorak

Page 25: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileALI BIN SUKOR No. Matriks BP060089 ... syarat-syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda (Pengurusan Pendidikan) Fakulti Pendidikan Universiti

8

klinikal, memberi bimbingan dan sokongan membina sama ada secara formal atau

tidak formal.

Jadual 1.1 : Dimensi Penyeliaan Pendidikan

Formal Tidak formal

Menentukan matlamat

Merancang cerapan

Perbincangan selepas

Maklum balas

Refleksi

Menyelesai masalah

Membuat laporan

Menilai

Interaksi harian

Cadangan tak langsung

Memberi galakkan

Mengenepikan halangan untuk menjadi

lebih kreatif

Mencontohi kaedah pengajaran yang

berkesan /berjaya

Memahami tabiat murid

Sumber : Abu Bakar (1995)

Secara khususnya, staf profesional seperti guru diamanahkan untuk

menjalankan tugas, aktiviti dan tanggungjawab yang telah dirancang dan ditetapkan.

Menurut Asnah (1995), jika mereka tidak diselia dan melakukan kesilapan tanpa

menyedarinya, maka kebiasaan melakukannya akan terbentuk. Kebiasaan ini akan

menjadi sebati dan dianggap betul dan baik. Lama kelamaannya staf berkenaan akan

berasa sukar untuk membuat perubahan walaupun perubahan diperlukan. Oleh sebab

itu, dengan melakukan proses penyeliaan, staf dapat dibimbing, dibantu supaya lebih

imaginatif, kreatif dan inovatif untuk perkembangan kendiri sekali gus ke arah

peningkatan mutu pencapaiannya.

Page 26: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileALI BIN SUKOR No. Matriks BP060089 ... syarat-syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda (Pengurusan Pendidikan) Fakulti Pendidikan Universiti

9

1.3 Pernyataan Masalah

Ketidakfahaman tentang proses dan konsep penyeliaan akan menyebabkan

penyeliaan diberikan tanggapan yang negatif oleh guru-guru dan dilihat sebagai helah

untuk mencari salah. Jika ini berlaku maka peranan guru besar sebagai pemimpin

pengajaran juga diragui dan dipersoalkan. Kekeliruan ini ditambah lagi berikutan

ada guru besar yang mendelegasikan fungsi menyelia kepada guru penolong kanan

yang juga diragui kemahiran dan kebolehan mereka di dalam penyeliaan pengajaran.

Berikutan dengan tindakan konsep dan amalan penyeliaan sudah tergelincir dari

konsep asasnya.

Berdasarkan kepada latarbelakang masalah yang dinyatakan di atas, melalui

kajian ini pengkaji ingin melihat sejauh manakah keberkesanan perlaksanaan sistem

penyeliaan pengajaran yang dilakukan oleh penyelia terhadap guru-guru di sekolah.

Kajian ini bertujuan untuk melihat tanggapan guru dan amalan pelaksanaan

penyeliaan dalam kalangan guru-guru di sekolah-sekolah kebangsaan di daerah Johor

Bahru. Kajian ini juga turut meninjau samada penyeliaan pengajaran dapat

meningkatkan kualiti pengajaran dan profesionalisme guru-guru di sekolah-sekolah

kebangsaan di daerah Johor Bahru.

1.3 Objektif Kajian

Kajian ini bertujuan untuk :

1.4.1 Mengenalpasti tanggapan guru-guru terhadap penyeliaan pengajaran

yang dilaksanakan di sekolah;

1.4.2 Mengenalpasti amalan penyeliaan pengajaran yang dijalankan

di sekolah;

Page 27: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileALI BIN SUKOR No. Matriks BP060089 ... syarat-syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda (Pengurusan Pendidikan) Fakulti Pendidikan Universiti

10

1.4.3 Mengenalpasti keberkesanan amalan penyeliaan pengajaran terhadap

tahap profesionalisme guru.

1.5 Persoalan Kajian

Kajian ini bertujuan untuk menjawab persoalan berikut :

1.5.1 Apakah tanggapan guru-guru terhadap penyeliaan pengajaran yang

dilaksanakan di sekolah?

1.5.2 Apakah amalan penyeliaan pengajaran yang dijalankan di sekolah?

1.5.3 Adakah amalan penyeliaan pengajaran di sekolah dapat meningkatkan

profesionalisme guru?

.

1.6 Kepentingan Kajian

Kajian ini penting untuk menjawab persoalan di atas dan seterusnya menjadi

panduan kepada guru besar dan guru-guru sekolah:-

1.6.1 Membantu dan menjadi pegangan kepada guru besar, makna dan

fungsi penyeliaan pengajaran yang sebenar seterusnya dapat

merancang dan melaksanakan proses penyeliaan pengajaran dengan

betul dan bersistematik.

1.6.2 Panduan untuk guru-guru memahami proses penyeliaan pengajaran

yang dipertanggungjawabkan kepada guru besar. Dengan cara