pembangunan modul pembelajaran kendiri · pdf filelaporan projek ini dikemukakan sebagai...

26
PEMBANGUNAN MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI KELIM DAN BELAH PAKAIAN UNTUK KURSUS PAKAIAN DAN FABRIK (SPL1122) NURUL HIDAYAH BT HAJI SAID Universiti Teknologi Malaysia

Upload: phungcong

Post on 06-Feb-2018

255 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: PEMBANGUNAN MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI · PDF fileLaporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

 

PEMBANGUNAN MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI KELIM DAN BELAH

PAKAIAN UNTUK KURSUS PAKAIAN DAN FABRIK (SPL1122)

 

 

NURUL HIDAYAH BT HAJI SAID

Universiti Teknologi Malaysia

Page 2: PEMBANGUNAN MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI · PDF fileLaporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

)

Page 3: PEMBANGUNAN MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI · PDF fileLaporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
Page 4: PEMBANGUNAN MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI · PDF fileLaporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

ii  

 

PEMBANGUNAN MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI KELIM DAN BELAH

PAKAIAN UNTUK KURSUS PAKAIAN DAN FABRIK (SPL1122)

NURUL HIDAYAH BT HAJI SAID

Laporan Projek Ini Dikemukakan

Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL, 2011

 

Page 5: PEMBANGUNAN MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI · PDF fileLaporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

iv  

DEDIKASI TERISTIMEWA BUAT

Pensyarah

Jutaan Terima kasih diatas bimbingan yang telah diberikan.

Pn, Nur Qistina Andin BT Abdullah (Penyelia)

serta Pensyarah-pensyarah yang memberi sumbangan idea dan rujukan

dan siapa juga yang terlibat dalam menjayakan kajian yang dilakukan ini.

Suami

Azam B. Shaharuddin

Terima kasih atas doa, dorongan dan sokongan yang diberikan .

Ayah dan ibu

Terima kasih atas doa dan sokongan mu.

Adik-adik

Semoga kejayaan ini menjadi pendorong kepada adik-adik ku

di masa hadapan.

Buat Rakan-Rakan

Terima Kasih atas bantuan sokongan yang diberi.

Page 6: PEMBANGUNAN MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI · PDF fileLaporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

v  

PENGHARGAAN

Segala puji dan syukur dipanjatkan kehadrat Ilahi kerana dengan limpah dan

kurnia-Nya kajian pembangunan MPK Kelim dan Belah Pakaian ini dapat disiapkan.

Tiada kata seindah bahasa yang dapat diucapkan melainkan ucapan terima kasih dan

setinggi-tinggi penghargaan kepada Pensyarah Pembimbing iaitu Pn Nur Qistina Andin

Bt Abdullah yang telah banyak memberi tunjuk ajar, cadangan serta bimbingan tanpa

rasa jemu dalam menyiapkan kajian ini.

Ucapan terima kasih juga kepada pensyarah-pensyarah yang telah banyak

memberi kerjasama semasa kajian ini dijalankan. Kepada rakan-rakan yang banyak

membantu serta memberikan idea malah sama-sama mengharungi cabaran dalan

menyiapkan Projek Sarjana Muda ini.

Akhir sekali, tidak dilupakan juga sekalung penghargaan kepada individu-

individu yang terlibat secara tidak langsung dalam menyiapkan kajian ini. Semoga

segala bantuan yang dihulurkan dirahmati Allah S.W.T.

 

 

 

 

 

 

 

Page 7: PEMBANGUNAN MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI · PDF fileLaporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

vi  

ABSTRAK

 

 

Kajian ini bertujuan membangunkan Modul Pembelajaran Kendiri (MPK) Kelim

dan Belah Pakaian bagi kursus Pakaian dan Fabrik (SPL1122) untuk kegunaan pelajar

tahun satu program Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran

Hidup). Pembangunan MPK ini merupakan salah satu cara bagi mengatasi masalah

kekurangan bahan rujukan berbahasa melayu, bahan rujukan yang sukar difahami,

kekangan masa amali dan juga perbezaan individu yang wujud diantara pelajar dalam

menguasai isi pelajaran bagi tajuk Kelim dan Belah Pakaian. Model Teras Cabang

Shaharom (1994) digunakan sebagai panduan pembangunan MPK ini. Terdapat dua

penilaian yang dijalankan ke atas MPK yang dibangunkan iaitu Penilaian Formatif Satu

dengan Satu (PFSS) dan Penilaian Formatif Kelompok Kecil (PFKK). Penilaian PFSS

adalah bagi membuat kesahan kandungan dan kesesuaian terhadap MPK, manakala

PFKK pula bagi mengukur kesesuaian MPK yang di bina berdasarkan teks, gambarajah,

soalan, ringkasan bab, aktiviti dan objektif pembelajaran. PFSS melibatkan dua orang

pakar dalam bidang jahitan dan seramai 20 orang pelajar tahun empat semester akhir

telah terlibat dalam PFKK. Kesahan Kandungan MPK dijalankan terlebih dahulu

sebelum kajian kesesuaian MPK dilaksanakan. Instrumen kajian yang digunakan bagi

kajian kesesuaian MPK adalah soal selidik tiga skala likert. Data yang diperolehi

daripada soal selidik tiga skala likert dianalisis secara diskriptif dengan menggunakan

perisian komputer Statistical Packages for Social Sciences (SPSS) Versi 15.0 untuk

mendapatkan nilai frekuensi, peratus dan juga min. Hasil dapatan daripada analisis

kesesuaian MPK menunjukkan 90.8% responden bersetuju bahawa MPK ini sesuai

dengan min skor keseluruhannya adalah 2.87 dan hasil dapatan kajian daripada analisis

kesahan kandungan juga menunjukkan bahawa kandungan MPK yang dihasilkan sesuai

digunakan sebagai bahan pembelajaran untuk kegunaan Pelajar tahun satu program

Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) bagi kursus

SPL1122 Pakaian dan Fabrik.

Page 8: PEMBANGUNAN MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI · PDF fileLaporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

vii  

 

ABSTRAK

The purpose of this research is to develop Seams and Opening Self-Learning

Module (SLM) for Clothing and Fabric (SPL1122) course and used by the first year

students in the program Bachelor of Technology with Education (Living

Skills). Development of this module is intended to overcome the problems realated to

the lack of Malay-language reference material, reference material that difficult to

understand, practical time constraints and individual differences that exist between

students. The Teras Cabang Model by Shaharom (1994) was used as model for

developing this SLM. There are two type of assessment involved in evaluating the

MPK, Formative Assessment One to One (PFSS) and Formative Evaluation of Small

Group (PFKK). PFSS was used to assess the content validity and suitability of the

SLM. PFKK was used to assess the suitability of the SLM in terms of text, diagrams,

questions, chapter summaries, learning objectives and activities. PFSS involved two

experts in the Clothing and Fabric. A total of 20 final year students had been involved

in the PFKK. The Content validity of the SLM was assess before the suitability

assessment. The three likert scale questionnaire was used to assess the suitability. The

three likert scale questionnaires were analyzed descriptively using computer software

Statistical Packages for Social Sciences (SPSS) version 15.0 to obtain the frequency,

percentage and mean. The finding suitability showed that 90.8% of respondents agreed

the SLM is suitable with the mean score of 2.87. The overall findings of content validity

analysis showed that the SLM can be used as a learning material for Clothing and

Fabric students.

Page 9: PEMBANGUNAN MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI · PDF fileLaporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

viii  

ISI KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

ISI KANDUNGAN i

SENARAI JADUAL xi

SENARAI RAJAH xiv

SENARAI SIMBOL xii

SENARAI LAMPIRAN xvii

BAB 1 PENDAHULUAN 1-14

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 2

1.3 Penyataan Masalah 7

1.4 Objektif Kajian 7

1.5 Persoalan Kajian 8

1.6 Kepentingan Kajian 8

1.7 Skop Kajian 9

1.8 Batasan Kajian 10

1.9 Definisi Istilah dan Operasi 10

1.9.1 Modul Pembelajaran Kendiri

1.9.2 Kelim

Page 10: PEMBANGUNAN MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI · PDF fileLaporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

ix  

1.9.3 Belah-Belah Pakaian

1.9.4 Aktiviti Pengayaan

1.9.5 Teks

1.9.6 Aktiviti

1.9.7 Soalan-soalan

1.9.8 Ringkasan

1.9.9 Objektif Pembelajaran

1.10 Kesimpulan 14

BAB 2 SOROTAN PENULISAN 15-41

2.1 Pengenalan 15

2.2 Modul Pembelajaran Kendiri 15

2.2.1 Tujuan Penggunaan MPK 16

2.2.2 Kelebihan dan Kebaikan MPK 18

2.2.3 Ciri-ciri MPK 18

2.3 Kriteria Penilaian MPK 21

2.3.1 Teks 21

2.3.2 Gambarajah 23

2.3.3 Soalan 26

2.3.4 Ringkasan 27

2.3.5 Aktiviti 27

2.3.6 Objektif Pembelajaran 28

2.4 Model Pembinaan Modul Pembelajaran Kendiri 29

Page 11: PEMBANGUNAN MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI · PDF fileLaporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

x  

2.4.1 Model Burn 29

2.4.2 Model Klingstedt 30

2.4.3 Model G.Rex Meyer 32

2.4.4 Model Teras Cabang Shahrom (1994) 32

2.4.5 Model Pembinaan Modul Russel 38

2.4.6 Model Sharifah Alwiah Alsagoff (1981) 38

2.5 Perbandingan model-model pembangunan MPK 40

2.6 Kesimpulan 41

BAB 3 METODOLOGI 42-52

3.1 Pengenalan 42

3.2 Prosedur Kajian 42

3.2.1 Tahap 1: Pembinaan Modul 43

3.2.1.1 Peringkat 1 :Pemilihan Model Pembinaan Modul 44 3.2.1.2 peringkat 2 :Prosedur Pembinaan Modul 46 3.2.1.3 Kesahan Kandungan MPK 47

3.2.2 Tahap 2 47

3.2.2.1 Peringkat 1: Pemilihan Elemen Kajian 47

i. Rekabentuk Kajian ii. Tempat kajian

iii. Populasi kajian iv. Sampel Kajian v. Instrument Kajian

3.2.2.2 Peringkat 2 : Penilaian MPK 49

3.2.3 Tahap 3: Analisis Data 51

3.2.3.1 Analisis data kajian kesesuaian MPK

Page 12: PEMBANGUNAN MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI · PDF fileLaporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

xi  

3.3 Kesimpulan 52

BAB 4 ANALISIS DATA 53-65

4.1 Pengenalan 53

4.2 Analisis kesesuaian MPK 53

4.2.1 Analisis data penilaian formatif satu dengan satu

(PFSS) 54

4.2.2 Analisis data penilaian formatif kelompok kecil

(PFKK) 56

4.3 Kesimpulan 65

BAB 5 HASIL MPK KELIM DAN BELAH PAKAIAN 66-78

5.1 Pengenalan 66

5.2 Komponen-komponen dalam MPK 66

5.2.1 Bab 1 : Pengenalan 68

5.2.2 Bab 2: Kandungan Pembelajaran Teras 70

5.2.3 Bab 3: Penilaian Kendiri 75

5.2.4 Bab 4: Pengukuhan 76

5.2.5 Maklum Balas 77

5.2.6 Rujukan 78

5.3 Kesimpulan 78

Page 13: PEMBANGUNAN MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI · PDF fileLaporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

xii  

BAB 6 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 79-88

6.1 Pengenalan 82

6.2 Perbincangan 82

6.2.1 Membangunkan MPK berlandarkan Model Teras

Cabang Shaharom (1994) 83

6.2.2 Penggunaan aspek yang sesuai dalam MPK 84

6.3 Rumusan 89

6.4 Cadangan 90

6.5 Kesimpulan 91

BIBILIOGRAFI 92

LAMPIRAN

Page 14: PEMBANGUNAN MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI · PDF fileLaporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

xiii  

SENARAI JADUAL

BAB TAJUK MUKA SURAT

2.1 Perbandingan Model Pembangunan MPK 41

3.1 Skala Likert (Ubah Suai Mohd Najib,1999) 49

3.2 Kaedah pengiraan julat tahap kesesuaian MPK 51

3.3 Purata min dan tahap kesesuaian MPK 52

4.2 Purata min dan tahap kesesuaian MPK 54

4.3 Jantina 56

4.4 Peringkat Umur 57

4.5 Bangsa 57

4.6 Pencapaian akademik terdahulu 58

4.7 Kesesuaian Penggunaan Teks 59

4.8 Kesesuaian Gambarajah 60

4.9 Kesesuaian Soalan-soalan 61

4.10 Kesesuaian Ringkasan 62

4.11 Kesesuaian Aktiviti 63

4.12 Kesesuaian Objektif Pembelajaran 64

4.13 Keseluruhan 65

5.1 Kandungan MPK Kelim dan Belah Pakaian 65

Page 15: PEMBANGUNAN MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI · PDF fileLaporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

xiv  

SENARAI RAJAH

NO TAJUK MUKA SURAT

1.1 Contoh Bahan Rujukan Kelim dan Belah Pakaian 4

2.1 Contoh Prinsip Mudah 23

2.2 Contoh Prinsip Penyatuan 24

2.3 Contoh Prinsip Penegasan 25

2.4 Contoh Prinsip Seimbang 25

2.5 Model Teras Cabang Shaharom (1994) 34

2.6 Carta Aliran Model Teras Cabang Shaharom (1994) 37

2.7 Model Pembinaan Modul Russel 38

2.8 Model Pembinaaan Modul Sharifah Alwiah Alsagoff 40

3.1 Kerangka keseluruhan bagi prosedur kajian 43

3.2 Rangka kerja Tahap 1 44

3.3 Rangka kerja pembinaan Modul 46

3.4 Rangka Kerja Penilaian Formatif PFSS dan PFKK 50

5.1 Proses pembelajaran MPK kelim dan belah pakaian 69

5.2 Objektif Pembelajaran 71

5.3 Isi Kandungan Pembelajaran Teras 72

5.4 Kulit MPK 73

5.5 Penambah baikan pada penggunaan teks 74

5.6 Contoh Aktiviti MPK Kelim dan Belah Pakaian 75

Page 16: PEMBANGUNAN MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI · PDF fileLaporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

xv  

5.7 Bahagian Penilaian Kendiri 76

5.8 Bahagian Pengukuhan 78

Page 17: PEMBANGUNAN MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI · PDF fileLaporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

xvi  

SENARAI SIMBOL

P&P - Pengajaran dan Pembelajaran

IPTA - Institut Pendidikan Tinggi Awam

SPH - Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)

MPK - Modul Pembelajaran Kendiri

Page 18: PEMBANGUNAN MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI · PDF fileLaporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

xvii  

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK

A Contoh Soal Selidik Kesesuaian MPK

B Contoh soal selidik tinjauan awal

C Pengesahan Kandungan MPK

Page 19: PEMBANGUNAN MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI · PDF fileLaporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

1

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Pendidikan secara asasnya adalah bermula daripada sebuah sistem yang

mudah difahami dimana ia melibatkan dua komponen iaitu pengajaran dan

pembelajaran (P&P). Pembelajaran merupakan perubahan tingkah laku. Tingkah

laku ini hasil daripada pembelajaran iaitu perubahan yang lebih maju, lebih tinggi

dan lebih baik daripada tingkah laku yang sedia ada sebelum aktiviti pembelajaran

berlangsung.

Disamping itu juga, setiap individu mempunyai gaya pembelajaran yang

berbeza dan tersendiri. Tahap dan kebolehan individu juga adalah berbeza

berbanding dengan individu yang lain. Selain itu juga terdapat individu yang

memerlukan panduan yang jelas dalam memahami ilmu dalam proses pembelajaran

manakala terdapat juga individu yang mampu memahami sesuatu ilmu tanpa

memerlukan penerangan yang terperinci. Ini kerana ia bergantung kepada kebolehan

dan gaya pembelajaran bagi setiap individu itu sendiri. Ini selaras dengan pendapat

Shaharom (1994).

Oleh itu bagi mengatasi masalah ini sistem P&P bercorakkan modul telah

diperkenalkan bagi memudahkan proses P&P berjalan dengan lancar serta mencapai

objektif pengajaran. Modul merupakan sumber pembelajaran yang terperinci (G.Rex

Meyer,1988) serta ia dapat membimbing pelajar supaya boleh bekerja mengikut

kebolehan dan kepantasan masing-masing untuk membuat berbagai tugasan

Page 20: PEMBANGUNAN MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI · PDF fileLaporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

2

misalnya membaca dan lain-lain aktiviti seperti yang dinyatakan dalam modul

berkenaan. Dengan ini, secara tidak langsung modul dapat membantu mengatasi

masalah individu.

Menurut Shahrom (1993), salah satu cara bagi menangani masalah

perbezaaan individu di dalam pengajaran adalah dengan mengindividukan

pengajaran menerusi pengubahsuaian terhadap bahan dan aktiviti-aktiviti

pembelajaran agar sesuai mengikut kebolehan para pelajar. ini selaras dengan

saranan Kamdi (1990) yang menyatakan bahawa dengan menggunakan MPK, satu-

satu aktiviti itu sebenarnya telah dirangka dan diprogramkan selaras dengan

keupayaan dan kebolehan pelajar serta dapat menarik minat, memberikan motivasi

dan cabaran dalam sesuatu pembelajaran.

Sehubungan dengan itu, Modul akademik Pengajian Pakaian - Belah dan

Kelim-kelim Pakaian dibina bagi memenuhi keperluan ini bagi membantu

meningkatkan kefahaman serta prestasi pelajar yang mengikuti subjek Pakaian dan

Fabrik di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Isi kandungan

modul ini dipecahkan kepada bahagian-bahagian kecil yang terperinci dan

berurutan. Soalan dikemukan pada bahagian awal modul ini bagi mengenalpasti

tahap pengetahuan pelajar. Ia bertujuan bagi membolehkan pelajar yang sudah

mempunyai pengetahuan mengenai bahagian awal bab modul ini meneruskan ke

bahagian yang berikutnya tanpa perlu menghabiskan bahagian awal bab tersebut.

Kesimpulannya, modul-modul akademik seperti ini perlu dibangunkan

dengan lebih meluas lagi bagi membantu sistem P&P di Malaysia bagi melahirkan

ganerasi yang berkemahiran serta berilmu.

1.2 Latarbelakang Masalah

Matapelajaran Pengajian Pakaian merupakan salah satu cabang ilmu yang

telah lama wujud di dalam institusi pendidikan di Malaysia samada diperingkat yang

Page 21: PEMBANGUNAN MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI · PDF fileLaporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

3

rendah seperti sekolah-sekolah harian biasa, sekolah-sekolah vokasional sehinggalah

diperingkat yang lebih tinggi seperti Institut Pengajian Tinggi (IPT) dan juga kolej.

Pengajian dalam bidang ini merangkumi 3 komponen iaitu Kajian Fabrik, Seni Reka

Pakaian dan Teknik Membuat Pakaian. Ianya membekalkan pengetahuan dan

kemahiran dalam pembuatan pakaian untuk meningkatkan potensi diri bagi

mencapai kehidupan individu, keluarga dan masyarakat yang berkualiti.

Tajuk kelim dan belah pakaian merupakan asas kepada teknik membuat

pakaian. Ini menunjukkan bahawa mengetahui cara menjahit kelim dan belah-belah

pakaian dengan betul merupakan merupakan aspek penting dalam menghasilkan

sesuatu pakaian. Sekiranya tanpa menggunakan kelim, sesuatu pakaian itu tidak

akan bercantum manakala sekiranya pakaian itu dijahit tanpa mempunyai belah,

pakaian tersebut tidak dapat dipakai ataupun tidak selesa apabila dipakai. Oleh itu

secara tidak langsung ini membuktikan bahawa pengetahuan asas tentang jahitan

kelim dan belah-belah pakaian adalah sangat penting. Terdapat banyak faktor telah

dikenalpasti oleh pengkaji yang menyumbang kepada keperluannya pembinaan

Modul Jahitan Kelim dan Belah-belah Pakaian.

Hasil tinjauan awal telah dilaksanakan dengan melibatkan 40 orang pelajar

4SPH Fakulti Pendidikan bagi meninjau keperluan wujudnya MPK Kelim dan Belah

Pakaian dan hasil tinjauan tersebut didapati bahawa lebih daripada 90% pelajar

4SPH berpendapat bahawa MPK adalah penting dan diperlukan bagi membantu

mereka memahami dan menguasai tajuk ini. Ini adalah kerana mereka memerlukan

bahan rujukan tambahan yang baik dan lengkap bagi membolehkan mereka

mengulangi serta mempraktikkan langkah kerja yang di ajar dalam kelas amali tanpa

bantuan pensyarah.  Menurut Brondenburg dan Carrol (1995), pengurusan pengetahuan

yang baik akan dapat membantu organisasi terus belajar, pengetahuan dapat dipraktikkan

dan ia boleh digunakan pada bila-bila masa ia diperlukan. Jelaslah bahawa ia dapat

dilaksanakan dengan mewujudkan satu MPK.

Buku rujukan dipasaran kebanyakannya terdapat dalam bahasa Inggeris

merupakan faktor kedua bagi keperluan pembinaan MPK ini. Walaupun

matapelajaran ini telah diperkenalkan sejak berpuluh-puluh tahun yang lalu, buku-

Page 22: PEMBANGUNAN MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI · PDF fileLaporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

4

buku rujukan jahitan yang membanjiri pasaran kebanyakannya adalah diterbitkan

dalan Bahasa Inggeris. Oleh itu ia menjadi batasan yang menyekat perkembangan

kemahiran pelajar. Hal ini berlaku kerana kebanyakan pelajar tidak memahami

maklumat yang terkandung dalam buku-buku ini dan ini adalah melalui pengalaman

pengkaji sendiri. Hanya sebilangan kecil buku rujukan berbahasa Melayu boleh

didapati di perpustakaan-perpustakaan serta pasaran dan ianya adalah terhad.

Faktor yang kedua adalah bahan rujukan yang sukar di fahami. Tidak

dinafikan bahawa terdapat nota kuliah yang disediakan di IPT, namun demikian

bahan rujukan lain tetap diperlukan bagi melengkapi nota kuliah tersebut.

Disamping itu bahan rujukan bagi menjahit kelim dan belah-belah pakaian adalah

sangat kurang. Kebiasaannya terdapat satu bahan rujukan yang sering digunakan

oleh pelajar-pelajar yang mengikuti subjek Pakaian dan Fabrik (SPL1122), namun

berdasarkan daripada pengamatan penulis, bahan rujukan ini amat membosankan

kerana ia kurang menarik kerana tulisannya terlalu padat dan tidak mempunyai

banyak gambar. Oleh itu langkah kerjanya sukar diikuti dan difahami. Ini boleh

dilihat dalam Rajah 1.1.

Rajah 1.1 : Bahan Rujukan Kelim dan Belah Pakaian

Page 23: PEMBANGUNAN MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI · PDF fileLaporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

5

Pelajar terlalu bergantung dengan pensyarah dalam melakukan sesuatu amali

merupakan faktor yang ketiga yang menjadikannya sebagai masalah. Setiap langkah

jahitan dibuat satu persatu mengikut arahan pensyarah dan pembantu makmal. Ini

menyebabkan mereka menjadi kurang berfikir bagaimana untuk menyelesaikan

sesuatu tugasan jika tertinggal satu arahan tambahan pula, sekiranya mereka lambat

memahami arahan dalam menjahit kelim dan belah pakaian, mereka akan

ketinggalan dan ini akan menyukarkan mereka kerana tiada bahan rujukan yang

mudah difahami yang boleh dirujuk. Kaedah pembelajaran ini banyak menggunakan

teknik hafalan bagi mengingati setiap arahan yang diberikan sehingga menyebabkan

pelajar menjadi kurang kreatif. Pendekatan hafalan yang melibatkan pelbagai petua

dan cara ringkas telah menyebabkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran menjadi

tidak bermakna (Ibrahim 1994) . Pelajar lebih banyak menghafal langkah kerja

tanpa mengetahui konsep sebenar (Tengku Zawawi 1999; Omar 1994; Amin 1993).

Keadaan ini tentunya akan melahirkan pelajar yang hanya pandai mengingat tetapi

jahil tentang kaedah menjahit Kelim dan Belah-belah Pakaian.

Oleh itu, untuk membantu golongan ini, telah banyak modul pembelajaran

dibangunkan dan kebanyakan modul yang dibangunkan ternyata berjaya membantu

meningkatkan kemahiran kemahiran disamping dapat meningkatkan kefahaman

pelajar. Sebagai contoh, berdasarkan kajian-kajian yang telah dilaksanakan oleh

beberapa orang pengkaji seperti Okey (1974), Kamdi (1990), Hunt dan Lamkin

(1975), Brewer (1977) dan banyak beberapa orang pengkaji lain dan telah terbukti

bahawa penggunaan MPK adalah efektif dalam sistem pengajaran dan pembelajaran

serta meningkatkan tahap pencapaian pelajar.

Faktor yang keempat adalah pelajar kurang berkemahiran dan kurang minat.

Selain daripada itu, berdasarkan daripada pengalaman penulis, terdapat sebilangan

pelajar yang akan ketinggalan dalam setiap kelas amali jahitan. Ini kerana mereka

kurang berkemahiran serta kurang minat berbanding dengan yang lain dan hal ini

menyebabkan mereka agak sukar dalam melakukan kerja-kerja amali kerana mereka

agak sukar dalam memahami arahan dalam kertas langkah kerja yang disediakan

oleh pensyarah ataupun pembantu makmal. Golongan ini memerlukan bimbingan

100% dalam menyiapkan kerja-kerja amali mereka.

Page 24: PEMBANGUNAN MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI · PDF fileLaporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

6

Faktor yang kelima adalah kekangan masa amali. Ia juga merupakan salah

satu masalah yang timbul. Menurut pengalaman pengkaji sendiri, masa yang

diperuntukkan untuk kerja- kerja amali adalah tidak mencukupi dan masa yang telah

diperuntukan tersebut apabila diteliti, tidak sampai separuh daripada masa yang

diperuntukkan tersebut adalah untuk pelajar menjahit. Ini kerana masa yang

diperuntukkan tersebut perlu dibahagi dengan demontrasi, pengambilan bahan,

mengemas dan juga selenggaraan mesin. Oleh itu masa untuk pelajar mempelajari

amali jahitan tersebut adalah sangat terhad dan tidak banyak yang boleh dipelajari

pada satu sesi amali tambahan pula mereka tidak mempunyai bahan untuk

pembelajaran kendiri.

Terdapat juga sebilangan IPT yang menyediakan modul bagi matapelajaran

Pengajian pakaian ini namun terdapat pihak yang mempersoalkan kaedah

interpretasi kandungan sesuatu modul yang sedia ada sebagai contoh tentang

persembahan serta isi kandungan modul tersebut. Hal yang sama berlaku kepada

buku-buku jahitan yang terdapat dipasaran. Penyusunan bahan yang tidak sempurna,

terlalu banyak perkataan yang digunakan tanpa di selitkan dengan gambarajah,

informasi yang terlalu ringkas serta banyak lagi kekurangan. Cara persembahan

keseluruhan kandungan sesuatu modul ataupun buku rujukan akan mempengaruhi

tahap kefahaman pembacanya serta kadar kecepatan ataupun kelambatan individu

tersebut untuk memahami kandungan modul serta buku rujukan tersebut. Oleh hal

yang demikian, interpetasi kandungan modul perlulah berpandukan kepada

kesesuaian gaya ataupun kaedah pembelajaran individu.

Secara kesimpulannya, pembangunan serta penghasilan modul akademik

untuk kegunaan pelajar khususnya dalam bidang Pengajian Pakaian adalah sangat

signifikan. Penggunaan modul akademik dijangka dapat membantu memenuhi

kehendak mereka terhadap sumber bahan P&P yang berkualiti bagi membantu

meningkatkan kefahaman mereka dengan lebih mendalam terhadap subjek

Pengajian Pakaian serta bagi menangani masalah yang timbul seperti kekurangan

bahan rujukan berbahasa Melayu, bahan rujukan yang kurang menarik, terlalu

bergantung dengan pensyarah, pelajar yang kurang kemahiran dan juga kekangan

masa amali.

Page 25: PEMBANGUNAN MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI · PDF fileLaporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

7

1.3 Pernyataan Masalah

Berdasarkan isu-isu yang dibincangkan, MPK Kelim dan Belah Pakaian

harus diwujudkan bagi menangani masalah-masalah yang timbul seperti kekurangan

bahan rujukan berbahasa Melayu, bahan rujukan yang kurang menarik, terlalu

bergantung dengan pensyarah, pelajar yang kurang kemahiran dan kekangan masa

amali. Oleh itu wujudnya keperluan dalam menghasilkan MPK Kelim dan Belah

Pakaian yang lengkap dari segi teks, gambarajah, aktiviti, ringkasan, soalan-soalan,

objektif pembelajaran serta pemulihan dan pengayaan.

    

1.4 Objektif Kajian

MPK yang akan dibangunkan adalah berkonsepkan memberi kemudahan

kepada penggunanya khususnya pelajar universiti bagi subjek Pengajian Pakaian

dalam memahami kandungan ilmu yang hendak disampaikan. Objektif kajian telah

dikenalpasti dalam memenuhi konsep ini. Diantara objektif kajian yang telah

dikenalpasti adalah seperti:

i. Membangunkan MPK Kelim dan Belah Pakaian berlandaskan Model Teras

Cabang Shaharom (1994).

ii. Menilai kesesuaian MPK Kelim dan Belah Pakaian yang dibina dari segi

aspek

a. teks.

b. gambarajah.

c. ringkasan.

d. soalan.

e. aktiviti.

f. objektif pembelajaran

Page 26: PEMBANGUNAN MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI · PDF fileLaporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

8

1.5 Persoalan Kajian

Berdasarkan objektif-objektif yang telah ditetapkan diatas, maka persoalan

kajian adalah seperti berikut:

i. Adakah MPK Kelim dan Belah pakaian dapat dibangunkan berlandaskan

Model Teras Cabang Shaharom (1994)?

ii. Adakah persepsi pengguna terhadap MPK Kelim dan Belah Pakaian

menunjukkan bahawa ia sesuai digunakan sebagai bahan P&P bagi subjek

Pakaian dan Fabrik (SPL1122) dari segi aspek:

a) teks.

b) gambarajah.

c) ringkasan.

d) soalan.

e) aktiviti.

f) objektif pembelajaran