kesesuaian isi kandungan, masa, kemudahan … · syarat penganugerahan ijazah sarjana muda...

53
KESESUAIAN ISI KANDUNGAN, MASA, KEMUDAHAN DAN ALATAN DAN KAEDAH TUNJUK CARA (DEMONSTRASI) DALAM MATA PELAJARAN KEMAHIRAN TEKNIKAL DARI PERSPEKTIF GURU-GURU KEMAHIRAN HIDUP DI SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH KUALA KRAI, KELANTAN. MOHD ZAWAWI BIN ISMAIL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: dotuong

Post on 23-Apr-2018

247 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: KESESUAIAN ISI KANDUNGAN, MASA, KEMUDAHAN … · syarat penganugerahan ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan ... Khas Buat Ayahanda ... Data yang diperolehi dianalisis menggunakan

KESESUAIAN ISI KANDUNGAN, MASA, KEMUDAHAN DAN ALATAN

DAN KAEDAH TUNJUK CARA (DEMONSTRASI) DALAM MATA

PELAJARAN KEMAHIRAN TEKNIKAL DARI PERSPEKTIF GURU-GURU

KEMAHIRAN HIDUP DI SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH KUALA

KRAI, KELANTAN.

MOHD ZAWAWI BIN ISMAIL

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: KESESUAIAN ISI KANDUNGAN, MASA, KEMUDAHAN … · syarat penganugerahan ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan ... Khas Buat Ayahanda ... Data yang diperolehi dianalisis menggunakan

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL :

SESI PENGAJIAN : 2007/2008

Saya MOHD ZAWAWI BIN ISMAIL

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi

pengajian tinggi.4. ** Sila tandakan ( )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam

AKTA RAHSIA RASMI 1972).

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan olehorganisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan).

TIDAK TERHAD

Disahkan oleh

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat Tetap :

Nama Penyelia

Tarikh: Tarikh:

CATATAN * Potong yang tidak berkenaan ** Jenis tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi

berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikanatau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek SarjanaMuda (PSM).

PSZ 19:16(Pind. 1/97)

KESESUAIAN ISI KANDUNGAN, MASA, KEMUDAHAN DAN ALATAN DAN KAEDAH TUNJUK CARA (DEMONSTRASI) DALAM MATA PELAJARAN KEMAHIRAN TEKNIKAL DARI PERSPEKTIF GURU-GURU KEMAHIRAN HIDUP DI SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH KUALA KRAI, KELANTAN.

(HURUF BESAR)

DR. ABDUL RAHIM BIN HAMDAN 622, RPT CHUCHOH PUTERI B,

18000 KUALA KRAI,KELANTAN.

Page 3: KESESUAIAN ISI KANDUNGAN, MASA, KEMUDAHAN … · syarat penganugerahan ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan ... Khas Buat Ayahanda ... Data yang diperolehi dianalisis menggunakan

PENGESAHAN PENYELIA

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan

saya karya ini adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup)

Tandatangan :…………………………………………………..

Penyelia : DR. ABDUL RAHIM BIN HAMDAN

Tarikh :…………………………………...

Page 4: KESESUAIAN ISI KANDUNGAN, MASA, KEMUDAHAN … · syarat penganugerahan ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan ... Khas Buat Ayahanda ... Data yang diperolehi dianalisis menggunakan

KESESUAIAN ISI KANDUNGAN, MASA, KEMUDAHAN DAN ALATAN

DAN KAEDAH TUNJUK CARA (DEMONSTRASI) DALAM MATA

PELAJARAN KEMAHIRAN TEKNIKAL DARI PERSPEKTIF GURU-GURU

KEMAHIRAN HIDUP DI SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH KUALA

KRAI, KELANTAN.

MOHD ZAWAWI BIN ISMAIL

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada

syarat penganugerahan ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

2008

Page 5: KESESUAIAN ISI KANDUNGAN, MASA, KEMUDAHAN … · syarat penganugerahan ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan ... Khas Buat Ayahanda ... Data yang diperolehi dianalisis menggunakan

iii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : ….……………………………

Nama Penulis : MOHD ZAWAWI BIN ISMAIL

Tarikh : ………………………………

Page 6: KESESUAIAN ISI KANDUNGAN, MASA, KEMUDAHAN … · syarat penganugerahan ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan ... Khas Buat Ayahanda ... Data yang diperolehi dianalisis menggunakan

iiii

DEDIKASI

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.

Segala pujian atas limpah dan kurnia Allah S.W.T tuhan seluruh alam.

Selawat dan salam ke atas junjungan nabi Muhammad S.A.W.

Khas Buat

Ayahanda & Bonda

Hj. Ismail B. Yusoff & Hjh. Mek Hasmah Bt Mat Amin

Tiada apa yang dapatku bicarakan hanya doamu mengiringi setiap detik perjalanan hidup anakandamu ini. Harapanmu lebih sedekad yang lalu kini telah ku tunaikan jua

dan kasih-sayang yang ayahanda serta bonda berikan tidak terbalas oleh anakanda.

Adik-Beradik Tersayang…

Abg Ziz, Abg Nan, Kak Nik, Abg Din, Kamal, Siti dan Mimi

Segala dorongan, pengorbanan dan keikhlasanmu tidak termampu diungkapkan dengan kata-kata.

Segala pengorbanan dan keperitan dalam menghadapi dugaan hidup selama ini tetap menjadi teladan

dan kenangan kita sekeluarga .

Semoga Allah memberi hidayah dan membuka pintu rahmatNya.

Pensyarah-pensyarah, Guru-guru & Rakan Seperjuangan sekalian….

Terimakasih di atas pengorbanan, kesetiaan , serta

doronganmu yang tidak terhingga. Perangsangmu telah menguatkan azam dan

semangatku dalam mengharungi liku-liku dan pahit getir perjuangan ini.

Page 7: KESESUAIAN ISI KANDUNGAN, MASA, KEMUDAHAN … · syarat penganugerahan ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan ... Khas Buat Ayahanda ... Data yang diperolehi dianalisis menggunakan

iiv

PENGHARGAAN

“Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Penyayang”

Syukur kita kehadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurniaNya, maka

kajian ini dapat disiapkan dalam masa yang dirancang.

Pada kesempatan ini, penulis ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima

kasih kepada penyelia iaitu Dr. Abdul Rahim B. Hamdan di atas segala bimbingan,

tunjuk ajar, nasihat dan dorongan yang telah diberikan. Komitmen yang telah

diberikan itu sangat berguna dan telah membuka laluan bagi memudahkan

menyiapkan kajian ini. Sesungguhnya, hanya Allah S.W.T. yang mampu

membalasnya.

Penghargaan juga ditujukan kepada rakan-rakan seperjuangan kerana banyak

memberi teguran, pandangan, perkongsian maklumat serta idea-idea bernas.

Tidak dilupakan juga ucapan terima kasih kepada semua Pengetua, guru-guru

dan individu yang terlibat di atas kerjasama yang diberikan.

Page 8: KESESUAIAN ISI KANDUNGAN, MASA, KEMUDAHAN … · syarat penganugerahan ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan ... Khas Buat Ayahanda ... Data yang diperolehi dianalisis menggunakan

iv

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kesesuaian isi kandungan,

peruntukan masa, kemudahan dan alatan dan kaedah tunjuk cara (demonstrasi) dalam

matapelajaran Kemahiran Teknikal dari perspektif guru-guru Kemahiran Hidup di

Sekolah Menengah di Daerah Kuala Krai, Kelantan. Instrumen kajian yang

digunakan dalam kajian ini ialah kaedah tinjauan berbentuk soal selidik. Sampel yang

digunakan terdiri daripada 30 orang guru yang mengajar mata pelajaran Kemahiran

Teknikal. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan Pakej Statistik Untuk Sains

Sosial (SPSS) Versi 11.5. Hasil daripada analisis diterjemahkan dalam bentuk

frekuensi, peratus dan min. Hasil kajian mendapati nilai purata min keseluruhan bagi

empat persoalan mencatatkan 3.7 iaitu pada tahap penilaian tinggi. Jika dihalusi

secara lebih terperinci mengikut item menunjukkan bahawa persoalan kajian yang

kedua mencatatkan nilai min 3.3 iaitu pada tahap penilaian sederhana. Di samping

itu, ujian-t digunakan untuk melihat perbezaan kesesuaian isi kandungan, peruntukan

masa ,kemudahan dan alatan dan kesesuaian kaedah tunjuk cara (demonstrasi) antara

pengalaman mengajar guru-guru dalam mata pelajaran Kemahiran Teknikal peringkat

Menengah Rendah. Dapatan daripada ujian-t menunjukkan tidak terdapat perbezaan

yang signifikan terhadap kesesuaian isi kandungan, peruntukan masa, kemudahan dan

alatan dan kesesuaian kaedah tunjuk cara (demonstrasi) antara pengalaman mengajar

guru-guru dalam mata pelajaran Kemahiran Teknikal peringkat Menengah Rendah.

Disarankan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia dan Pihak Pentadbir Sekolah

supaya mengkaji peruntukan masa yang dibekalkan untuk pengajaran matapelajaran

Kemahiran Teknikal.

Page 9: KESESUAIAN ISI KANDUNGAN, MASA, KEMUDAHAN … · syarat penganugerahan ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan ... Khas Buat Ayahanda ... Data yang diperolehi dianalisis menggunakan

ivi

ABSTRACT

This research aimed to identify the appropriateness of the content, time

allocation, facilities and tools, as well as demonstration techniques for lower

secondary school students who are learning Living Skills’ subject. This study is

merely from the perspective of Living Skills’ subject teachers who are teaching the

Technical subjects in the district of Kuala Krai, Kelantan. The research instrument

used in this study are questionnaires. The samples for this study are 30 Technical

Skills teachers. The data and findings of this study are processed using the Statistical

Package for the Social Sciences (SPSS) version 11.5. The data analysis from the

findings is presented in the forms of frequency, percentage and min. The result shows

that min values for the 4 research questions are 3.7 which are at the high level. By

evaluating this accordingly to the item, it is clearly shown that the second research

question shows an average min value of 3.3. Instead of that, the t-test is used to

differentiate the appropriateness of contents, time allocation, facilities and

demonstration techniques during the lesson as far as the teachers’ experience are

concerned. Result shows that there are no significant differences towards the

appropriateness of the content, time allocation, facilities and tools, as well as the

suitability of demonstration techniques, to be compared with the teachers’ experience

teaching the subject matters. It is recommended to the Ministry of Education and

School Administrator to evaluate the justification of the time allocation provided for

teaching and learning of the Technical Subject.

Page 10: KESESUAIAN ISI KANDUNGAN, MASA, KEMUDAHAN … · syarat penganugerahan ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan ... Khas Buat Ayahanda ... Data yang diperolehi dianalisis menggunakan

ivii

KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

HALAMAN JUDUL i

HALAMAN PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI SINGKATAN xiii

SENARAI LAMPIRAN xiv

1 PENDAHULUAN 1

1.0 Pengenalan 1

1.1 Latar belakang Masalah 3

1.2 Pernyataan Masalah 5

1.3 Objektif Kajian 6

1.4 Persoalan Kajian 7

1.5 Hipotesis Kajian 8

1.6 Rasional Kajian 9

Page 11: KESESUAIAN ISI KANDUNGAN, MASA, KEMUDAHAN … · syarat penganugerahan ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan ... Khas Buat Ayahanda ... Data yang diperolehi dianalisis menggunakan

iviii

1.7 Skop dan Batasan Kajian 10

1.8 Definisi Istilah 10

1.8.1 Kemahiran Hidup 11

1.8.2 Guru Kemahiran Teknikal 11

1.8.3 Kemahiran Teknikal 12

1.8.4 Sukatan Kemahiran Hidup 12

1.8.5 Isi Kandungan 12

1.8.6 Peruntukan Masa 13

1.8.7 Alatan dan Kelengkapan 13

1.8.8 Kaedah Pengajaran 13

2 SOROTAN PENULISAN 14

2.0 Pendahuluan 14

2.1 Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) 15

2.2 Kesesuaian Isi Kandungan 17

2.3 Peruntukan Masa 18

2.4 Alatan dan Kemudahan 20

2.5 Kaedah Pengajaran Guru 22

2.5.1 Jenis-jenis Kaedah 23

2.5.1.1 Kaedah Kerja Praktik 24

2.5.1.2 Kaedah Tunjuk Cara 24

2.6 Strategi Pengajaran 25

3 METODOLOGI KAJIAN 28

3.0 Pengenalan 28

3.1 Rekabentuk Kajian 28

3.2 Sampel Kajian 29

3.3 Instrumen Kajian 30

3.3.1 Bahagian A 30

3.3.2 Bahagian B 30

3.4 Kajian Rintis 32

3.5 Prosedur Kajian 33

Page 12: KESESUAIAN ISI KANDUNGAN, MASA, KEMUDAHAN … · syarat penganugerahan ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan ... Khas Buat Ayahanda ... Data yang diperolehi dianalisis menggunakan

iix

3.6 Jangkamasa Kajian 34

3.7 Penganalisasan Data 34

4 ANALISI DATA 37

4.1 Pengenalan 37

4.2 Analisis Data Bahagian A 38

4.2.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 38

4.2.2 Taburan Responden Mengikut Umur 39

4.2.3 Taburan Responden Mengikut Bangsa 39

4.2.4 Taburan Responden Mengikut Kelulusan

Akademik 40

4.2.5 Taburan Responden Mengikut Jawatan 40

4.2.6 Taburan Responden Mengikut Pengalaman 41

4.3 Analisis Data Bahagian B 42

4.3.1 Persoalan Kajian Pertama 43

4.3.2 Persoalan Kajian Kedua 46

4.3.3 Persoalan Kajian Ketiga 49

4.3.4 Persoalan Kajian Keempat 52

4.3.5 Persoalan Kajian Kelima 55

4.4 Analisis Keseluruhan Persoalan Kajian 58

5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN 60

5.0 Pengenalan 60

5.1 Rumusan dan Perbincangan Kajian 61

5.1.1 Kesesuaian isi kandungan mata pelajaran

Kemahiran Teknikal 62

5.1.2 Kesesuaian peruntukan masa 64

5.1.3 Kemudahan dan alatan bagi proses pengajaran

dan pembelajaran 66

5.1.4 Kesesuaian Kaedah tunjuk cara (demonstrasi)

dalam pengajaran Kemahiran Teknikal 69

Page 13: KESESUAIAN ISI KANDUNGAN, MASA, KEMUDAHAN … · syarat penganugerahan ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan ... Khas Buat Ayahanda ... Data yang diperolehi dianalisis menggunakan

ix

5.2 Cadangan 70

5.2.1. Kementerian Pelajaran Malaysia 70

5.2.2. Pihak Pentadbir Sekolah 71

5.2.3. Guru-guru Kemahiran Hidup 71

5.2 Kajian Lanjutan 72

5.3 Penutup 72

RUJUKAN 73

LAMPIRAN A-F 79

Page 14: KESESUAIAN ISI KANDUNGAN, MASA, KEMUDAHAN … · syarat penganugerahan ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan ... Khas Buat Ayahanda ... Data yang diperolehi dianalisis menggunakan

ixi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

1.1 Komponen yang terdapat di dalam KHB 3

3.1 Senarai Nama Sekolah dan Bilangan Responden 29

3.2 Taburan soalan mengikut persoalan kajian 31

3.3 Item persoalan kajian yang diubah 32

3.4 Pekali Alpha Cronbach 33

3.5 Pengkelasan semula Skala Likert 35

3.6 Tahap penilaian responden berdasarkan peratus 35

3.7 Tahap penilaian responden berdasarkan min 36

4.1 Taburan peratus responden mengikut jantina 38

4.2 Taburan responden mengikut umur 39

4.3 Taburan responden mengikut bangsa 39

4.4 Taburan responden mengikut kelulusan akademik 40

4.5 Taburan responden mengikut jawatan 40

4.6 Taburan responden mengikut pengalaman 41

4.7 Pemeringkatan skala likert 42

4.8 Tahap penilaian responden berdasarkan min 42

4.9 Analisis kekerapan,peratusan dan min responden yang menjawab Item bagi kesesuaian Isi kandungan Mata pelajaran Kemahiran Teknikal 43

4.10 Analisis kekerapan, peratusan dan min responden yang Menjawab Item bagi masa yang di peruntukan untuk pengajaran mata pelajaran Kemahiran Teknikal 46

4.11 Analisis kekerapan, peratusan dan min responden yang Menjawab Item kemudahan dan alatan bagi proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Kemahiran Teknikal. 49

Page 15: KESESUAIAN ISI KANDUNGAN, MASA, KEMUDAHAN … · syarat penganugerahan ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan ... Khas Buat Ayahanda ... Data yang diperolehi dianalisis menggunakan

ixii

4.12 Analisis kekerapan, peratusan dan min responden yang menjawab Itembagi kaedah tunjuk cara (demonstrasi) 52

4.13 Analisis perbezaan kesesuaian isi kandungan antara pengalaman mengajar guru-guru. 55

4.14 Analisis perbezaan kesesuaian peruntukan masa antara pengalaman mengajar guru-guru 56

4.15 Analisis perbezaan kesesuaian kemudahan dan alatan antarapengalaman mengajar guru-guru. 57

4.16 Analisis perbezaan kesesuaian kaedah tunjuk cara (demonstrasi)antara pengalaman mengajar guru-guru. 57

4.17 Analisis Keseluruhan Purata Min Dan Tahap Penilaian Persoalan Kajian 58

Page 16: KESESUAIAN ISI KANDUNGAN, MASA, KEMUDAHAN … · syarat penganugerahan ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan ... Khas Buat Ayahanda ... Data yang diperolehi dianalisis menggunakan

ixiii

SENARAI SINGKATAN

EPRD Bahagian Penyelidikan Dasar Pendidikan

ERT - Ekonomi Rumah Tangga

FPN - Falsafah Pendidikan Negara

JPNK - Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan

KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

KH - Kemahiran Hidup

KHB - Kemahiran Hidup Bersepadu

KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia

LPM Lembaga Peperiksaan Malaysia

NO - Nombor.

P&P - Pengajaran dan Pembelajaran

SPSS - Statistical Package For Social Science

SMK - Sekolah Menengah Kebangsaan

% - Peratus

Page 17: KESESUAIAN ISI KANDUNGAN, MASA, KEMUDAHAN … · syarat penganugerahan ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan ... Khas Buat Ayahanda ... Data yang diperolehi dianalisis menggunakan

ixiv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK HALAMAN

A Borang soal selidik 80

B Surat kelulusan menjalankan kajian dari Kementerian

Pelajaran Malaysia 88

C Surat kebenaran menjalankan kajian di negeri

Kelantan 91

D Surat kebenaran menjalani Projek Sarjana Muda 93

E Surat pengesahan menjalankan kajian 95

F Abstract aprroval 100

Page 18: KESESUAIAN ISI KANDUNGAN, MASA, KEMUDAHAN … · syarat penganugerahan ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan ... Khas Buat Ayahanda ... Data yang diperolehi dianalisis menggunakan

BAB 1

PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan

Matlamat kerajaan Malaysia adalah untuk menjadikan Malaysia sebuah

negara maju menjelang tahun 2020. Untuk menjadi sebuah negara maju, kita

mestilah menyediakan lebih ramai tenaga kerja mahir dan separuh mahir. Oleh itu

berbagai usaha sedang dilakukan untuk mendidik masyarakat berilmu berteraskan

perindustrian. Salah satu kaedahnya melalui sistem pendidikan negara. Kurikulum

pendidikan telah diubahsuai supaya mampu menyediakan rakyat yang cenderung ke

arah kemahiran dan vokasional. Dengan itu mata pelajaran KHB diperkenalkan

dalam KBSM sejak tahun 1989. Ia merupakan salah satu mata pelajaran teras dalam

KBSM.

Mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu adalah satu mata pelajaran teras

berunsurkan teknologi di Tingkatan I hingga Tingkatan III. Kemahiran Hidup

Bersepadu merupakan mata pelajaran berbentuk pravokasional yang telah digubal

semula berasaskan mata pelajaran elektif Sains Pertanian, Seni Perusahaan, Ekonomi

Rumah Tangga dan Perdagangan (Draf Kemahiran Hidup Program Peralihan, 1989).

Mata pelajaran ini juga digubal berlandaskan kepada Falsafah Pendidikan

Negara. Ia dirancang untuk meningkatkan lagi daya pengeluaran negara melalui

penglibatan masyarakat dan tenaga kerja secara produktif berlandaskan teknologi

Page 19: KESESUAIAN ISI KANDUNGAN, MASA, KEMUDAHAN … · syarat penganugerahan ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan ... Khas Buat Ayahanda ... Data yang diperolehi dianalisis menggunakan

2

sejajar dengan dasar dan keperluan negara. Mata pelajaran ini merupakan sebahagian

usaha pendidikan ke arah mempertingkatkan kemahiran teknologi dan keusahawanan.

Mata pelajaran ini membekalkan kemahiran yang berguna dan berfungsi agar murid

boleh bertindak dan mengendalikan kehidupan harian secara produktif dalam dunia

teknologi dan industri yang kompleks dan sentiasa berubah. Murid dipupuk sikap

kerja yang positif seperti menghargai kerja yang berkualiti tinggi, berinovasi dalam

pembinaan projek, penuh yakin dan berdikari dalam daya usaha.

Aktiviti yang diberi tumpuan adalah bercorak kerja-buat-sendiri yang mudah

berkaitan dengan pemasangan, pembinaan, baik pulih dan penyenggaraan.

Disamping itu masakan, jahitan, tanaman, ternakan, pengurusan akaun dan

perniagaan turut diberi tumpuan. Nilai murni, sikap yang positif dan budaya kerja

yang baik diterapkan semasa menjalankan aktiviti amali agar kesepaduan dalam mata

pelajaran ini dapat diwujudkan.

Oleh itu, matapelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu digubal sedemikian rupa

dengan harapan dapat memenuhi hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia mengorak

langkah dalam menjayakan Matlamat Falsafah Pendidikan Negara itu iaitu

melahirkan generasi negara akan datang yang seimbang dari aspek rohani, jasmani,

emosi dan intelek serta berketrampilan.

Dengan demikian, keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Kurikulum yang

bersidang pada 29 September 1988 telah memutuskan

Bahawa matapelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu hendaklah

dilaksanakan di semua sekolah menengah pada tahun 1989

yang menggantikan Matapelajaran elektif (Anika Jurusan).

Ia juga merupakan satu mata pelajaran amali yang berunsurkan teknologi. Ia

ditawarkan kepada semua murid di Tingkatan I hingga Tingkatan III. Matapelajaran

ini dirancang adalah untuk mencapai matlamat ke arah mempertingkatkan

Page 20: KESESUAIAN ISI KANDUNGAN, MASA, KEMUDAHAN … · syarat penganugerahan ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan ... Khas Buat Ayahanda ... Data yang diperolehi dianalisis menggunakan

3

produktiviti negara melalui penglibatan masyarakat secara kreatif, inovatif dan

produktif.

Dalam Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup semakan terbaru (2002),

mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu adalah satu matapelajaran yang

berunsurkan teknologi di Tingkatan 1 hinga Tingkatan 3. Ia dirancang untuk

meningkatkan daya pengeluaran negara melalui penglibatan masyarakat dan tenaga

kerja secara produktif berlandaskan teknologi sejajar dengan dasar dengan keperluan

Negara (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2002). Jadual 1 menunjukkan pecahan

huraian terbaru KHB.

Jadual 1.1: Komponen yang terdapat di dalam Kemahiran Hidup Bersepadu

1.1 Latar Belakang Masalah

Dalam tempoh dua dekad yang lalu terdapat usaha secara berterusan untuk

memperbaiki kurikulum sekolah dan pengajaran. Penyusunan Kurikulum Bersepadu

Sekolah Menegah (KBSM) misalnya adalah bertujuan untuk mewujudkan pendidikan

yang mampan dan dapat menyediakan tenaga kerja untuk pasaran negara. Dalam

usaha untuk meningkatkan kualiti pendidikan, beberapa perubahan telah dilaksanakan

oleh Kementerian Pendidikan, antaranya memperkenalkan Matapelajaran Kemahiran

Hidup Bersepadu pada tahun 1989 bagi menggantikan Mata pelajaran Elektif (Anika

Jurusan).

Matapelajaran

Teras Rekabentuk Teknologi

Pilihan 1 Kemahiran Teknikal

Pilihan 2 Ekonomi Rumah Tangga

Pilihan 3 Pertanian

Pilihan 4 Perdagangan Dan Keusahawanan

Page 21: KESESUAIAN ISI KANDUNGAN, MASA, KEMUDAHAN … · syarat penganugerahan ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan ... Khas Buat Ayahanda ... Data yang diperolehi dianalisis menggunakan

4

Di antara objektif KHB ialah untuk membolehkan pelajar menjalankan kerja

mudah dengan sendiri tanpa bantuan orang lain. Untuk merealisasikan objektif ini

pengajaran dijalankan dalam bentuk aktiviti dan kerja praktis yang pelbagai.

Pengetahuan dalam kandungan pelajaran hendaklah disampaikan semasa sesuatu

aktiviti dan kerja amali dijalankan (Yahya,1993).

Pendidikan Kemahiran Hidup Bersepadu adalah matapelajaran pra-vokasional

yang bertujuan untuk membekalkan pelajar dengan kemahiran-kemahiran asas. Ini

adalah untuk membolehkan pelajar mengendalikan kehidupan secara produktif dalam

dunia teknologi dan perindustrian yang kompleks dan sentiasa berubah-ubah.

Kemahiran ini tertumpu kepada kemahiran menjalankan kerja buat sendiri yang

mudah serta boleh dilakukan dalam pelbagai situasi.

Laporan Jemaah Nazir sekolah mendapati guru kurang yakin serta kurang

keupayaan untuk melaksanakan pengajaran KHB secara total. (Utusan Malaysia, 7

September 1996). Ia meliputi penyampaian dan pembelajaran pengetahuan serta

kemahiran yang terkandung dalam sukatan tersebut. Keluh kesah ini timbul bukan

sahaja mereka kurang yakin terhadap kebolehan mereka, faktor minat, keadaan

bengkel, bahan dan peralatan serta kefahaman isi kandungan sukatan.

Bertitik tolak daripada sukatan mata pelajaran KHB yang dirombak pada

tahun 2002, penyelidik merasa perlunya dibuat kajian bagi mengenalpasti kesesuaian

sukatan KHB elektif Kemahiran Teknikal berdasarkan kesesuaian isi kandungan,

masa, alatan dan juga kaedah yang digunakan oleh guru mengikut pandangan guru-

guru Kemahiran Hidup yang mengajar pilihan Kemahiran Teknikal peringkat

menengah rendah.

Page 22: KESESUAIAN ISI KANDUNGAN, MASA, KEMUDAHAN … · syarat penganugerahan ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan ... Khas Buat Ayahanda ... Data yang diperolehi dianalisis menggunakan

5

1.2 Penyataan Masalah

Secara umumnya guru-guru Kemahiran Hidup sekolah menengah rendah

dijangka dapat mendalami pengetahuan dan kefahaman mengenai matlamat mata

pelajaran Kemahiran Hidup, menguasai isi kandungan sukatan pelajaran ini melalui

strategi dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta mempraktikkan pelbagai

strategi pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan di dalam bilik darjah.

Sukatan pelajaran Kemahiran Hidup (rombakan 2002) dirangka untuk

mencapai tujuan tersebut. Walaupun struktur sukatan pelajaran ini merangkumi

semua aspek yang perlu diajar oleh guru Kemahiran Hidup, namun adakah ianya

bersesuaian dengan tahap pelajar menengah rendah dari segi masa, peralatan yang

mencukupi atau tidak atau bengkel yang bersesuaian serta kesediaan guru itu sendiri

dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran. Pendekatan dan strategi

yang digunakan oleh guru juga memainkan peranan yang besar untuk memenuhi

sukatan pelajaran yang dirangka oleh kementerian pelajaran.

Pengajaran yang baik dihasilkan oleh keupayaan untuk merangsangkan murid

supaya menimbulkan minat mereka untuk melibatkan diri di dalam proses

pembelajaran, mengadakan suasana yang boleh mendatangkan proses pemikiran serta

mengekalkan konsep itu (Atan Long, 1978).

Penyelidik ingin mengkaji sejauh mana kesesuaian isi kandungan, peruntukan

masa, kemudahan dan alatan dan kaedah tunjuk cara (demonstrasi) dalam mata

pelajaran Kemahiran Teknikal untuk proses pengajaran dan pembelajaran peringkat

menengah rendah. Bagi menjawab persoalan tersebut, satu kajian yang terperinci

dibuat bagi menilai kesesuaian isi kandungan, peruntukan masa, kemudahan dan

alatan dan dan kaedah tunjuk cara (demonstrasi) untuk pelajaran menengah rendah

mengikut pandangan guru-guru Kemahiran Hidup yang mengajar Mata Pelajaran

Kemahiran Teknikal.

Page 23: KESESUAIAN ISI KANDUNGAN, MASA, KEMUDAHAN … · syarat penganugerahan ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan ... Khas Buat Ayahanda ... Data yang diperolehi dianalisis menggunakan

6

1.3 Objektif Kajian

Dalam mengkaji masalah ini, beberapa objektif telah dikenalpasti bagi

mengetahui kesesuaian sukatan Kemahiran Hidup mengikut pandangan guru-guru

Kemahiran Hidup. Objektif kajian ini ialah untuk :

1.3.1 Mengenalpasti kesesuaian isi kandungan mata pelajaran Kemahiran Teknikal

bagi pengajaran dan pembelajaran peringkat menengah rendah.

1.3.2 Mengenalpasti masa yang diperuntukkan sesuai bagi sesuatu sesi pengajaran

mata pelajaran Kemahiran Teknikal peringkat menengah rendah.

1.3.3 Mengenalpasti kemudahan dan alatan mencukupi bagi proses pengajaran dan

pembelajaran mata pelajaran Kemahiran Teknikal peringkat menengah

rendah.

1.3.4 Mengenalpasti kesesuaian kaedah tunjuk cara (demonstrasi) dalam pengajaran

dan pembelajaran mata pelajaran kemahiran teknikal peringkat menengah

rendah.

1.3.5 Mengenalpasti perbezaan kesesuaian isi kandungan, peruntukan masa ,

kemudahan dan alatan dan kesesuaian kaedah tunjuk cara (demonstrasi) antara

pengalaman mengajar guru-guru dalam mata pelajaran Kemahiran Teknikal

peringkat Menengah Rendah.

Page 24: KESESUAIAN ISI KANDUNGAN, MASA, KEMUDAHAN … · syarat penganugerahan ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan ... Khas Buat Ayahanda ... Data yang diperolehi dianalisis menggunakan

7

1.4 Persoalan Kajian

Di dalam kajian ini penyelidik akan cuba mencari jawapan berpandukan

kepada pernyataan masalah, objektif kajian dan beberapa persoalan yang timbul.

Persoalan kajian yang menjadi asas kepada kajian ini ialah:

1.4.1 Adakah isi kandungan mata pelajaran Kemahiran Teknikal sesuai untuk

pengajaran dan pembelajaran peringkat menengah rendah?

1.4.2 Adakah masa yang diperuntukan sesuai untuk sesuatu sesi pengajaran mata

pelajaran Kemahiran Teknikal peringkat menengah rendah?

1.4.3 Adakah kemudahan dan alatan mencukupi bagi proses pengajaran dan

pembelajaran mata pelajaran Kemahiran Teknikal peringkat menengah

rendah?

1.4.4 Adakah kaedah tunjuk cara (demonstrasi) sesuai dalam pengajaran dan

pembelajaran mata pelajaran kemahiran teknikal peringkat menengah

rendah?

1.4.5 Adakah terdapat perbezaan kesesuaian isi kandungan antara pengalaman

mengajar guru-guru dalam mata pelajaran Kemahiran Teknikal peringkat

Menengah Rendah?

1.4.6 Adakah terdapat perbezaan kesesuaian peruntukan masa antara pengalaman

mengajar guru-guru dalam mata pelajaran Kemahiran Teknikal peringkat

Menengah Rendah?

1.4.7 Adakah terdapat perbezaan kesesuaian kemudahan dan alatan antara

pengalaman mengajar guru-guru dalam mata pelajaran Kemahiran Teknikal

peringkat Menengah Rendah?

Page 25: KESESUAIAN ISI KANDUNGAN, MASA, KEMUDAHAN … · syarat penganugerahan ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan ... Khas Buat Ayahanda ... Data yang diperolehi dianalisis menggunakan

8

1.4.8 Adakah terdapat perbezaan kesesuaian kaedah tunjuk cara (demonstrasi)

antara pengalaman mengajar guru-guru dalam mata pelajaran Kemahiran

Teknikal peringkat Menengah Rendah?

1.5 Hipotesis

Hipotesis yang dibina adalah berdasarkan persoalan kajian berikut :-

1.5.1 Adakah terdapat perbezaan kesesuaian isi kandungan antara pengalaman

mengajar guru-guru dalam mata pelajaran Kemahiran Teknikal peringkat

Menengah Rendah?

Ho1 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap kesesuaian isi

kandungan antara pengalaman mengajar guru-guru dalam mata

pelajaran Kemahiran Teknikal peringkat Menengah Rendah.

1.5.2 Adakah terdapat perbezaan kesesuaian peruntukan masa antara pengalaman

mengajar guru-guru dalam mata pelajaran Kemahiran Teknikal peringkat

Menengah Rendah?

Ho2 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap kesesuaian

peruntukan masa antara pengalaman mengajar guru-guru dalam mata

pelajaran Kemahiran Teknikal peringkat Menengah Rendah.

1.5.3 Adakah terdapat perbezaan kesesuaian kemudahan dan alatan antara

pengalaman mengajar guru-guru dalam mata pelajaran Kemahiran Teknikal

peringkat Menengah Rendah?

Ho3 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap kesesuaian

kemudahan dan alatan antara pengalaman mengajar guru-guru dalam

mata pelajaran Kemahiran Teknikal peringkat Menengah Rendah.

Page 26: KESESUAIAN ISI KANDUNGAN, MASA, KEMUDAHAN … · syarat penganugerahan ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan ... Khas Buat Ayahanda ... Data yang diperolehi dianalisis menggunakan

9

1.5.4 Adakah terdapat perbezaan kesesuaian kaedah tunjuk cara (demonstrasi)

antara pengalaman mengajar guru-guru dalam mata pelajaran Kemahiran

Teknikal peringkat Menengah Rendah?

Ho4 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap kesesuaian kaedah

tunjuk cara (demonstrasi) antara pengalaman mengajar guru-guru

dalam mata pelajaran Kemahiran Teknikal peringkat Menengah

Rendah.

1.6 Rasional kajian

Melalui kajian ini diharapkan ianya dapat memberikan gambaran tentang

kesesuaian sukatan pelajaran, peruntukan masa, alatan dan bahan dan kaedah

tunjukcara mengikut persepsi guru-guru Kemahiran Teknikal di peringkat menengah

rendah. Begitu juga semoga kajian ini dapat memberi panduan kepada beberapa

pihak iaitu:

1.6.1 Dari segi profesion perguruan, diharapkan dapatan kajian ini akan menjadi

panduan kepada guru dalam melaksanakan dan memotivasikan diri khususnya

dalam mempertingkatkan kesediaan guru dalam mengajar matapelajaran

Kemahiran Teknikal.

1.6.2 Kementerian Pelajaran Malaysia dalam merangka isi kandungan mata

pelajaran Kemahiran Teknikal yang sesuai dan dapat dilaksanakan dengan

berkesan oleh guru-guru.

1.6.3 Pihak Kementerian boleh menggunakan dapatan penyelidikan ini untuk

membantu menangani masalah yang dihadapi oleh guru mata pelajaran

Kemahiran Teknikal.

Page 27: KESESUAIAN ISI KANDUNGAN, MASA, KEMUDAHAN … · syarat penganugerahan ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan ... Khas Buat Ayahanda ... Data yang diperolehi dianalisis menggunakan

10

1.6.4 Pihak sekolah agar dapat membuat perancangan atau tindakan bagi

penyusunan jadual, penyelenggaraan bengkel dan pembahagian guru

Kemahiran Hidup Bersepadu.

1.7 Skop dan Batasan Kajian

Walaupun skop dan bidang kajian luas dan menyeluruh, penyelidik

menjalankan kajian mengikut batasan tertentu berdasarkan tempat kajian, sampel

kajian dan bilangan sampel kajian.

Kajian yang dijalankan melibatkan semua Sekolah Menengah Harian Biasa di

Daerah Kuala Krai Kelantan yang terdiri daripada 9 buah sekolah. Sampel kajian

dipilih adalah terbatas kepada guru-guru yang mengajar subjek Kemahiran Teknikal

di sekolah-sekolah menengah daerah Kuala Krai. Bilangan sampel kajian yang

digunakan terdiri daripada keseluruhan populasi guru iaitu seramai 30 orang di daerah

Kuala Krai.

1.8 Definisi Istilah

Terdapat beberapa konsep dan istilah yang boleh diperjelasklan bagi

menerangkan dengan lebih tepat akan kehendak dan keperluan tentang perkara-

perkara yang dibincangkan oleh penyelidik dalam kajian ini. Antaranya adalah

seperti berikut:

Page 28: KESESUAIAN ISI KANDUNGAN, MASA, KEMUDAHAN … · syarat penganugerahan ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan ... Khas Buat Ayahanda ... Data yang diperolehi dianalisis menggunakan

11

1.8.1 Kemahiran Hidup

Kemahiran hidup ialah merupakan salah satu matapelajaran yang digubal

selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. Kemahiran Hidup ialah kemahiran-

kemahiran asas yang perlu dibekalkan kepada pelajar untuk membolehkan mereka

bertindak mengendalikan hidup secara produktif di dalan dunia teknologi dan

perdagangan dan keusahwanan.

Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum, 1989 , KHB ialah satu mata

pelajaran dalam Kurikulum Baru Sekolah Menengah bagi menggantikan mata

pelajaran elektif (Seni Perusahaan, Ekonomi Rumah Tangga, Sains Pertanian,

Perdagangan dan Keusahawanan).

Rombakan terkini sukatan mata pelajaran Kemahiran Hidup adalah dalam

tahun 2002 dengan menawarkan pilihan elektif Kemahiran Teknikal, Ekonomi

Rumahtangga, Pertanian dan Perdagangan dan Keusahawanan.

1.8.2 Guru Kemahiran Teknikal

Guru Kemahiran Teknikal ialah guru yang mengajar mata pelajaran

Kemahiran Hidup pilihan Kemahiran Teknikal di sekolah menengah kebangsaan

bantuan kerajaan dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3.

Kamus Dewan Edisi Baru (1989) mendefinisikan , guru adalah

pendidik, pengajar dan pengasuh. Dalam kajian ini, guru yang dimaksudkan ialah

individu yang dilantik oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan atau Jabatan

Pendidikan Negeri sama ada terlatih atau tidak terlatih untuk mengajar mata pelajaran

KHB di sekolah-sekolah.

Page 29: KESESUAIAN ISI KANDUNGAN, MASA, KEMUDAHAN … · syarat penganugerahan ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan ... Khas Buat Ayahanda ... Data yang diperolehi dianalisis menggunakan

12

1.8.3 Kemahiran Teknikal

Kemahiran Teknikal ialah salah satu pilihan elektif Kemahiran Hidup

Bersepadu. Kemahiran ini membekalkan pelajar dengan pengetahuan dan praktis

dalam bidang teknologi. Dalam kontek kajian ini, kemahiran Teknikal merujuk

kepada komponen mata pelajaran pilihan yang terdapat dalam matapelajaran

Kemahiran Hidup di sekolah menengah. Dalam Kamus Dewan (1994), kemahiran

ditakrifkan sebagai kecekapan dan kepandaian melakukan sesuatu.

1.8.4 Sukatan Kemahiran Hidup

Merupakan dokumen yang memperincikan kandungan yang perlu

dilaksanakan dan diajarkan kepada pelajar mata pelajaran kemahiran hidup.

1.8.5 Isi Kandungan

Merupakan dokumen yang memperincikan kandungan yang perlu

dilaksanakan dan diajarkan kepada pelajar subjek kemahiran hidup. Sukatan dan

huraian ini boleh didapati di sekolah dan dibekalkan oleh Pusat Perkembangan

Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia. Ia digunakan oleh guru sebagai garis

panduan dalam pengajaran sepanjang tahun.

Page 30: KESESUAIAN ISI KANDUNGAN, MASA, KEMUDAHAN … · syarat penganugerahan ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan ... Khas Buat Ayahanda ... Data yang diperolehi dianalisis menggunakan

13

1.8.6 Peruntukan Masa

Peruntukan Masa dalam konteks kajian ini merujuk kepada peruntukan masa

yang diberikan untuk sesuatu tempoh pengajaran dan pembelajaran Mata Pelajaran

Kemahiran Hidup (Kemahiran Teknikal).

1.8.7 Alatan dan Kelengkapan

Peralatan adalah sejenis alat yang menggunakan tangan untuk melakukan

kerja (Kirkpatrick, 1983). Peralatan yang diambil kira dalam kajian ini ialah seperti

alatan pertukangan, alatan automotif, alatan perkebunan, alatan menjahit dan lain-

lain.

Kelengkapan adalah barang-barang tidak habis guna seperti perabot, mesin

dan buku-buku (Lawton, 1993). Maka dalam kontek kajian ini kelengkapan

Kemahiran Hidup adalah bilik yang dilengkapi oleh perabot seperti kerusi dan meja

pelajar yang sesuai, mesin-mesin, buku teks dan komputer.

1.8.8 Kaedah Pengajaran

Kaedah pengajaran dan pembelajaran adalah merujuk kepada kemahiran dan

kecekapan merancang, memilih kaedah, pendekatan atau teknik dan menguruskannya

untuk mencapai objektif pelajaran secara optimum (Mok Soon Sang, 1994). Dalam

kajian ini kaedah pengajaran adalah merujuk kepada kaedah yang digunakan oleh

guru dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

Page 31: KESESUAIAN ISI KANDUNGAN, MASA, KEMUDAHAN … · syarat penganugerahan ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan ... Khas Buat Ayahanda ... Data yang diperolehi dianalisis menggunakan

14

BAB 2

SOROTAN PENULISAN

2.0 Pendahuluan

Dalam bab ini, penyelidik akan membuat sorotan beberapa petikan dan

kajian-kajian yang telah dibuat berkaitan dengan matapelajaran Kemahiran Hidup.

Tumpuan perbincangan adalah berkisar tentang kesesuaian mata pelajaran Kemahiran

Teknikal di sekolah bagi pelajar menengah rendah dari beberpa aspek iaitu isi

kandungan matapelajaran, peruntukan masa, alatan dan kemudahan dan kaedah

tunjukcara yang dilaksanakan oleh guru kemahiran hidup. Menurut Mohd Najib

(1999), semua kajian yang hendak dijalankan seharusnya dilandaskan kepada kajian

lepas yang berkaitan bagi membentuk satu pengetahuan yang boleh menyumbang

kepada perbandingan dapatan atau manfaat untuk pengkaji yang akan datang.

Mengikut Pekeliling Kementerian Pendidikan Malaysian bertarikh 4

November 1988 semua guru Kemahiran Hidup dimestikan mengajar semua

komponen yang terdapat dalam Kemahiran Hidup Program Peralihan. Pada tahun

1991, sukatan sekali lagi dirombak dan digantikan dengan Kemahiran Hidup

Bersepadu. Rombakan terkini sukatan mata pelajaran Kemahiran Hidup adalah

dalam tahun 2002 dengan menawarkan pilihan elektif Kemahiran Teknikal, Ekonomi

Rumahtangga, Pertanian dan Perdagangan dan Keusahawanan.

Page 32: KESESUAIAN ISI KANDUNGAN, MASA, KEMUDAHAN … · syarat penganugerahan ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan ... Khas Buat Ayahanda ... Data yang diperolehi dianalisis menggunakan

15

2.1 Kemahiran hidup bersepadu (KHB)

Kemahiran Hidup Bersepadu merupakan satu mata pelajaran amali yang

berunsurkan teknologi. Ia ditawarkan kepada semua murid di Tingkatan I hingga

Tingkatan III. Mata pelajaran ini dirancang sedemikian rupa untuk mencapai

matlamat ke arah mempertingkatkan produktiviti negara melalui penglibatan

masyarakat secara kreatif, inovatif dan produktif. Mata pelajaran ini digubal ke arah

membekalkan tenaga kerja yang berpengetahuan dan mahir dalam teknologi dan

ekonomi serta sanggup bekerjasama dan sentiasa bersedia untuk belajar dalam

suasana bekerja. Tenaga kerja yang sedemikian rupa dapat memenuhi inspirasi,

aspirasi dan keperluan negara yang sedang membangun dalam zaman yang sedang

menyaksikan kemajuan teknologi komunikasi maklumat.

Mengikut Pekeliling Kementerian Pendidikan Malaysian bertarikh 4

November 1988 semua guru Kemahiran Hidup dimestikan mengajar semua

komponen yang terdapat dalam Kemahiran Hidup Program Peralihan. Sukatan

pelajaran ini telah dirombak sekali lagi apabila matapelajaran Kemahiran Hidup

Bersepadu mula diperkenalkan pada tahun 1991. Elektif Perdagangan telah

dimansuhkan dan yang tinggal hanyalah Manipulatif Tambahan, Ekonomi Rumah

Tangga dan Sains Pertanian. Bagi pilihan Manipulatif Tambahan peratusan bidang

yang terkandung didalamnya adalah terdiri daripada 60 peratus bidang Manipulatif,

20 peratus Perdagangan dan Keusahawanan dan 20 peratus bidang Pertanian. Bagi

pilihan Ekonomi Rumah Tangga dan Sains Pertanian 60 peratus dari Manipulatif, 20

peratus Perdagangan dan Keusahawanan dan 20 peratus lagi adalah dari bidang

masing-masing. Rombakan terkini sukatan mata pelajaran kemahiran Hidup adalah

dalam tahun 2002 dengan menawarkan pilihan elektif Kemahiran Teknikal, Ekonomi

Rumahtangga, Pertanian dan Perdagangan dan Keusahawanan.

Untuk menyediakan guru-guru yang bersesuaian dengan sukatan pelajaran

baru ini, sekali lagi pihak Pusat Perkembangan Kurikulum telah mengadakan kursus

khas untuk guru-guru kanan dari sistem Aneka Jurusan. Guru-guru yang dilatih khas

ini dikenali sebagai kakitangan sumber mata pelajaran kemahiran hidup. Seramai 100

Page 33: KESESUAIAN ISI KANDUNGAN, MASA, KEMUDAHAN … · syarat penganugerahan ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan ... Khas Buat Ayahanda ... Data yang diperolehi dianalisis menggunakan

16

orang guru kanan dari seluruh Malaysia telah dibawa untuk berkursus di Maktab

Perguruan Temenggong Ibrahim selama 8 hari bermula 8 Mei hingga 29 Mei 1990

(Pekeliling PPK April 1990).

Pada 3 Mei hingga 5 Mei satu kursus peringkat kemahiran dalam bidang

elektronik untuk kakitangan sumber sekolah menengah telah diadakan di Pusat

Perkembangan Kurikulum Kuala Lumpur. Bermula dari tahun 1990, Maktab

Perguruan Teknik mula membuat pengambilan pelatih untuk pengkhususan

kemahiran hidup bersepadu. Kumpulan pelatih pertama pengkhususan ini mula

mengajar pada tahun 1992.

Pada tahun 1996, bidang rekacipta telah dimasukkan ke dalam sukatan

pelajaran kemahiran hidup bersepadu. Bidang ini telah disepadukan dalam sukatan

yang sedia ada. Pelajar didedahkan dengan konsep rekacipta dan mereka digalakkan

untuk membuat projek amali berasaskan rekacipta mereka sendiri.

Salleh Hassan (1994), menyatakan Kemahiran Hidup Bersepadu adalah

matapelajaran yang lengkap. Ia meliputi pelbagai bidang kemahiran dan nilai-nilai

murni. Perlaksanaannya dapat memenuhi falsafah dan aspirasi kurikulum bersepadu

sekolah menengah iaitu melahirkan insan yang seimbang dan harmonis.

Kesimpulan daripada penjelasan diatas dapatlah dikatakan bahawa guru-guru

yang mengajar mata pelajaran kemahiran hidup bersepadu kini mempunyai tugas dan

tanggungjawab yang besar. Mereka terpaksa sentiasa meningkatkan keupayaan diri

bagi memastikan kejayaan perlaksanaannya.

Page 34: KESESUAIAN ISI KANDUNGAN, MASA, KEMUDAHAN … · syarat penganugerahan ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan ... Khas Buat Ayahanda ... Data yang diperolehi dianalisis menggunakan

17

2.2 Kesesuaian isi kandungan

Menurut Ramachandran dan Azni Jaffar (2003) di dalam jurnalnya,

berdasarkan kepada persepsi guru-guru KH mengenai sukatan mata pelajaran

Kemahiran Hidup, didapati majoriti daripada guru-guru bersetuju bahawa sukatan

Kemahiran Hidup relevan dengan Falsafah Pendidikan Negara. Ini menunjukkan

bahawa Kementerian Pendidikan mengambil kira kepentingan masyarakat dan

kehendak negara.

Kesesuaian sukatan mata pelajaran juga perlu menitikberatkan kepada

golongan pelajar selaku penerima perubahan dan juga guru sebagai agen kepada

perubahan tersebut. Dapatan kajian oleh Ramanchandran dan Azni Jaffar (2003)

menunjukkan majoriti daripada guru KH tidak suka perubahan-perubahan yang

dibuat oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Ini berpunca daripada perubahan

yang dibuat terlalu drastik dan guru-guru tidak bersedia dari segi pengetahuan dan

Kemahiran. Kementerian Pendidikan tidak mengambil kira pandangan guru-guru

dalam merealisasikan program baru. Mengikut Stufflebeam, Forley dan Guba (1971),

untuk merencanakan sesuatu program baru, masalah yang wujud sebelum itu perlu

diambil kira. Ini adalah untuk memastikan masalah itu diselesaikan.

Abu Bakar Nordin (1991) telah mencadangkan kepada pihak Kementerian

Pendidikan Malaysia supaya membuat pilihan yang rapi terhadap aktiviti-aktiviti dan

kurikulum bagi menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Beliau

mencadangkan tiga langkah sebagai panduan semasa memilih setiap kurikulum

tersebut, iaitu menentukan objektif yang paling sesuai untuk kurikulum-kurikulum

itu, mengetahui keadaan yang membolehkan sesuatu kurikulum itu mencapai

kejayaan, dan meneliti sifat-sifat kurikulum berkenaan untuk mengetahui bahagian

yang tetap dan bahagian yang boleh diubahsuai mengikut keadaan. Di antara

kurikulum yang sesuai untuk strategi pengajaran pembelajaran bagi guru-guru ialah

kuliah, tunjukcara, pemerhatian, temuramah, percambahan fikiran, buzz,

perbincangan kelompok kecil dan main peranan.

Page 35: KESESUAIAN ISI KANDUNGAN, MASA, KEMUDAHAN … · syarat penganugerahan ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan ... Khas Buat Ayahanda ... Data yang diperolehi dianalisis menggunakan

18

Mengikut Abdul Raof Dalip (1991) sesungguhnya kejayaan sukatan pelajaran

baru bergantung besar kepada keupayaan guru untuk melaksanakannya dengan penuh

semangat dan dedikasi. Oleh itu, guru sepatutnya memahami dan menguasai terlebih

dahulu tentang sesuatu kurikulum dari segi matlamatnya dan perlu diberi latihan yang

secukupnya. Sepertimana yang kita sedia maklum KH merupakan gabungan kepada

empat kemahiran iaitu Sains Pertanian, Seni Perusahaan, Perdagangan dan Ekonomi

Rumah Tangga. Ini merumitkan guru untuk mengajar topik yang mereka tidak

pernah belajar. Ada guru-guru tidak diberi latihan yang mencukupi untuk

melaksanakan program KH. Didapati, majoriti daripada guru tidak diberi kursus

yang mencukupi dalam topik-topik yang terdapat dalam sukatan KH seperti enjin,

lukisan teknik, perakaunan, letrik dan sebagainya. Akibatnya mereka sukar

menerima perubahan yang dibuat oleh Kementerian Pendidikan Malaysia kerana

mereka tidak bersedia untuk mengajar kurikulum yang baru dalam mata pelajaran

KH.

Mengikut Stufflebeam (1971) sesuatu program dikira berjaya jika kelemahan-

kelemahan dalam setiap dimensi itu berjaya diperbaiki dan hasil setiap dimensi

menunjukkan tanda-tanda yang baik. Dengan mengkaji pencapaian objektif

pengajaran dan pembelajaran KH, guru dapat mengetahui sama ada objektif KH ini

tercapai atau tidak. Objektif KH adalah untuk melatih pelajar-pelajar berdikari dan

di samping menggunakan pelajaran yang mereka pelajari untuk kegunaan di rumah.

Dengan cara ini kita akan dapat maklumat akan keberkesanannya nanti.

2.3 Peruntukan masa

Elemen masa dalam konteks pembelajaran seseorang pelajar ada kaitannya

dengan kadar dan tahap tenaga pada keadaan berbeza bagi hari tersebut. Samada

masa yang dipilih untuk konsentrasi dalam pembelajaran itu sesuai pada waktu pagi,

tengahari atau petang adalah perkara yang berbeza antara satu individu dengan

individu yang lain. Setiap pelajar mempunyai tahap pemikiran yang berbeza untuk

Page 36: KESESUAIAN ISI KANDUNGAN, MASA, KEMUDAHAN … · syarat penganugerahan ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan ... Khas Buat Ayahanda ... Data yang diperolehi dianalisis menggunakan

19

menerima sesuatu pelajaran. Pelajar yang lemah memerlukan lebih masa untuk

memahami sesuatu pengajaran berbanding pelajar yang pintar. Begitu juga dalam

melakukan aktiviti amali atau kemahiran, tahap penerimaan pelajar mempunyai

jurang perbezaan untuk melakukan sesuatu tugasan.

Dalam mata pelajaran KH peruntukan masa yang diberikan ialah empat waktu

seminggu yang mengandungi 160 minit. Pengagihan waktu seminggu di dalam KH

tidak seragam. Ini semua bergantung kepada budi bicara pihak pentadbir sekolah.

Dalam penyediaan jadual waktu, faktor kesesuaian mata pelajaran perlu

dipertimbangkan untuk memenuhi kehendak mata pelajaran tersebut. Penjadualan

waktu pengajaran haruslah disusun dengan baik supaya mata pelajaran itu dapat

disampaikan pada waktu yang sesuai kepada pelajar. Disamping itu, jadual waktu

yang tersusun kurang merumitkan pelaksanaan pengajaran.

Untuk melicinkan pelaksanaan KH, pihak sekolah telah memberi kerjasama

yang baik bagi memastikan bahawa program KH dapat dilaksanakan dengan lebih

berkesan Keberkesanan sesuatu pengajaran dan pembelajaran itu bergantung kepada

kesesuaian dalam penyusunan jadual waktu (Fowziah,1995). Dalam kajian ini

didapati kebanyakan daripada sekolah menggunakan kombinasi jadual waktu dua

waktu (double period) sekali dalam satu masa pengajaran. Ini amat sesuai dengan

perjalanan program KH kerana ia memudahkan untuk merancang kerja projek yang

berbentuk amali. Jadual waktu yang sistematik kurang menimbulkan masalah kepada

guru-guru terutamanya dari segi kelicinan proses pengajaran dan pembelajaran

(Fowziah ,1995).

Di samping itu juga didapati penyusunan jadual waktu dibuat dengan baik dan

mengambil kira kehendak mata pelajaran tersebut. Tidak banyak berlaku pertindihan

dalam penggunaan bengkel dan ia berjaya dielak oleh pihak sekolah. Perjalanan

amali pertanian juga dibuat mengikut situasi amali iaitu pada waktu pagi. Kajian ini

juga tidak selari dengan dapatan yang dibuat oleh penyelidik-penyelidik sebelum ini.

Di antaranya ialah Mardevan (1990) yang menyatakan bahawa pelaksanaan jadual

waktu KH tidak sesuai dengan waktu amali contohnya dalam amali pertanian di mana

Page 37: KESESUAIAN ISI KANDUNGAN, MASA, KEMUDAHAN … · syarat penganugerahan ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan ... Khas Buat Ayahanda ... Data yang diperolehi dianalisis menggunakan

20

guru membawa pelajar-pelajar ke kebun pada waktu 12.00 tengah hari. Ini tidak

sesuai dengan amalan pertanian yang sebenarnya. Guru-guru merungut kerana

penyusunan jadual yang tidak memuaskan.

Masalah yang timbul dari perubahan, persediaan dan kesediaan guru adalah

faktor penting untuk menentukan keberkesanan pelaksanaan sesuatu kurikulum baru.

Memandangkan topik KH terlalu banyak dan peruntukan waktu yang terhad, pelajar-

pelajar kadang-kadang terpaksa menyiapkan kerja projek sehingga dua minggu di

rumah kerana peruntukan masa yang digunakan di sekolah tidak mencukupi untuk

menyiapkan kerja tersebut. Perancangan perlu dibuat agar pelaksanaan sesuatu

program dapat dijalankan dengan lebih teratur dan memberi manfaat kepada pelajar-

pelajar.

2.4 Alatan dan kemudahan

Bagi mencapai matlamat pendidikan Negara, setiap sekolah telah

diperuntukan dengan bahan dan alatan bagi memudahkan tugas guru menjalankan

sesi pengajaran dan pembelajaran.

Untuk memenuhi keperluan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran KH,

pihak sekolah perlulah menyediakan peralatan yang mencukupi supaya pelajar dapat

belajar dalam keadaan yang memuaskan tanpa sebarang halangan yang boleh

mengganggu proses pembelajaran (Rohana, 1996). Dari aspek persediaan bengkel,

ladang dan rumah bunga perlu disediakan bagi melicinkan pelaksanaan kurikulum

KH. Dengan adanya kemudahan tersebut latihan amali dapat dijalankan tanpa

sebarang gangguan daripada pihak lain (Rohana, 1996). Pelajar-pelajar akan

bergerak ke tempat amali sementara guru akan menunggu di bengkel atau pun di

ladang. Dengan cara ini murid-murid mempunyai tempat khas untuk menjalankan

projek dan menyimpan hasil-hasil projek.

Page 38: KESESUAIAN ISI KANDUNGAN, MASA, KEMUDAHAN … · syarat penganugerahan ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan ... Khas Buat Ayahanda ... Data yang diperolehi dianalisis menggunakan

21

Untuk memastikan pelajar mencapai tahap penguasaan yang maksima dalam

pembelajaran peralatan dan kemudahan mestilah mencukupi, boleh digunakan dan

diselenggaran dengan baik. Ketidakcukupan peralatan ini menyebabkan pelajar tidak

mendapat pengetahuan cara menggunakan dan mengendalikan sesuatu alatan.

Pelajar-pelajar mungkin mahir tetapi ditahap yang rendah dan sederhana. Untuk

menentukan sesuatu program itu berjaya, sumber-sumber dalam dimensi input perlu

mencukupi bagi memastikan penggunaan yang optimum. Walaupun guru guru dan

pelajar menyatakan hasil yang diperolehi dari aspek tingkahlaku, kemahiran dan

pengetahuan adalah baik selepas tamat tingkatan tiga, tetapi ia tidak mencerminkan ia

berjaya seratus peratus kerana kejayaan sesuatu program ditentukan dengan

kemudahan asas yang disediakan.

Saharin (1993), menyatakan dalam kajiannya, kerja amali Kemahiran Hidup

tidak dapat dilaksanakan sekiranya peralatan digunakan tidak mencukupi kerana guru

tidak mengetahuinya disebabkan tidak berpengetahuan dalam perlaksanaan bengkel.

Begitu juga pengetahuan tentang mesin dan pengendalian mesin

Menurut Mok Soon Sang (1996 ), untuk mencapai prestasi yang baik di

bidang akademik pihak sekolah sepatutnya mempunyai kemudahan fizikal yang baik

seperti meja, kerusi, alat-alatan, dan ruang pembelajaran yang selesa bagi

memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran tanpa ada sebarang gangguan dari

pihak luar. Pengelolaan bilik darjah yang baik akan mewujudkan suasana yang

selesa, sistematik, berdisiplin dan dapat mempengaruhi pencapaian yang baik

Menurut Othman Md. Johan (1995), keadaan fizikal bilik darjah yang sesuai

patutlah diwujudkan. Kelas seharusnya cukup besar untuk menampung semua pelajar

dalam keadaan yang selesa. Baharudin Othman (1998), pula menyatakan bahawa

iklim dan susun atur peralatan di bilik darjah yang terancang dan sesuai dengan

aktiviti-aktiviti pendidikan akan membawa kesan yang positif dan dapat

mempertingkatkan prestasi dalam pembelajaran.

Page 39: KESESUAIAN ISI KANDUNGAN, MASA, KEMUDAHAN … · syarat penganugerahan ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan ... Khas Buat Ayahanda ... Data yang diperolehi dianalisis menggunakan

22

2.5 Kaedah pengajaran guru

Kaedah dan teknik pengajaran juga sangat penting dalam sesuatu pengajaran.

Mengikut Mohd. Salleh (1996), dalam kaedah pengajaran moden sekarang, teknik

yang selalu digunakan lazimnya tidak sama dan bergantung kepada tajuk pelajaran,

kandungan, saiz bilik darjah, kumpulan pelajar dan kematangan guru sendiri serta

cara mengendalikannya. Pemilihan teknik pengajaran yang betul dan bersepadu akan

menarik minat pelajar dan menjamin keberkesanan sesuatu pengajaran.

Menurut Ee Ah Meng (1990), kaedah pengajaran yang berpusatkan guru

sebenarnya tidak menggalakkan pelajar memindahkan pembelajaran langsung. Guru

sepatutnya menggunakan kaedah pengajaran yang berpusatkan pelajar. Beliau juga

menekankan bahawa guru perlu memberi motivasi yang kuat supaya mendorong

pelajar-pelajar mencapai objektif pembelajaran pada aras yang lebih tinggi. Oleh itu

guru hendaklah memilih strategi pengajaran dan pembelajaran yang dapat

menimbulkan minat pelajar serta mendorong mereka memperolehi pencapaian yang

baik.

Sharifah Alawiah Alsagoff (1986) mengatakan bahawa kaedah mengajar ialah

peredaran ke arah satu tujuan pengajaran yang telah dirancangkan dengan teratur.

Hasan Langgulung (1981) pula mengatakan bahawa kaedah itu sebenarnya

bermaksud jalan untuk mencapai tujuan. Jadi, apa saja cara yang guru lakukan untuk

memberi kefahaman kepada pelajar bagi mencapai objektif pengajaran, maka itu

adalah kaedah. Melihat kepada contoh-contoh yang diutarakan oleh Sharifah

Alawiah Alsagoff (1986), Mok Soon Seng (1992), Rashidi Azizan & Abdul Razak

Habib (1995), Atan Long (1980) dan Mahfudh Salahuddin (1987), nampaknya yang

dikatakan kaedah itu ialah yang ada nama, seperti kaedah kuliah, demonstrasi,

Socrates, simulasi, inquiri penemuan, Forebel dan sebagainya.

Pembentukan konsep ialah sejenis pembelajaran penemuan yang melibatkan

pembentukan hipotesis, pengujian dan juga membuat generalisasi daripada contoh-

Page 40: KESESUAIAN ISI KANDUNGAN, MASA, KEMUDAHAN … · syarat penganugerahan ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan ... Khas Buat Ayahanda ... Data yang diperolehi dianalisis menggunakan

23

contoh khusus. Melalui proses pembentukan konsep, maka perbezaan konsep-

konsep yang telah diperolehi dengan cara asimilasi, konsep akan berlaku,

kebanyakan konsep baru akan diperolehi dengan cara asimilasi konsep, perbezaan

progresif dan penyesuaian intergratif, Sharifah Alawiyah (1986).

Kaedah adalah satu ikhtiar keseluruhan yang dikehendaki dalam satu set

prosedur yang tersusun berlandaskan kepada sesuatu pendekatan yang dipilih.

Manakala menurut Sharifah Alawiyah (1983) kaedah pengajaran ialah peredaran ke

arah sesuatu tujuan pengajaran yang telah dirancang dengan teratur. Kaedah-kaedah

yang betul adalah sangat penting dalam sesuatu pendidikan yang ideal. Setiap

kaedah yang digunakan oleh guru dalam bilik darjah mempunyai objektifnya yang

tertentu.

Guru perlulah memilih menggunakan kaedah-kaedah yang paling sesuai bagi

membantu pelajar-pelajarnya dan dirinya sendiri mencapai objektif-objektif

pengajaran yang dirancangnya. Hal ini penting kerana wujudnya faktor-faktor yang

mempengaruhi sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran seperti perbezaan latar

belakang pelajar, keadaan persekitaran sekolah, suasana dan keadaan fizikal bilik

darjah, persediaaan peralatan, bilangan pelajar dan masa.

2.5.1 Jenis-Jenis Kaedah.

Kaedah yang baik dan sesuai dapat membantu pelajar-pelajar membina nilai

yang baik dan sikap yang betul terhadap kerja, menekankan pembelajaran yang

bertujuan konkrit dan realistik, memberi peluang pelajar menggunakan pengetahuan

yang dipelajari, melatih murid belajar sendiri, mengembangkan kebolehan berfikir

dan melahirkan pendapat dengan jelas dan meluaskan minat pelajar-pelajar (Musa

Daia, 1992).

Page 41: KESESUAIAN ISI KANDUNGAN, MASA, KEMUDAHAN … · syarat penganugerahan ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan ... Khas Buat Ayahanda ... Data yang diperolehi dianalisis menggunakan

24

Kini, berbagai-bagai pendekatan dan kaedah lain telah dikemukakan, dikaji

dan kemudian diaplikasikan. Tiada satu kaedah yang paling baik untuk semua

situasi pengajaran. Kebiasaannya berbagai-bagai kaedah digunakan bersama

mengikut kesesuaian. Menurut Sharifah Alawiyah (1983) guru harus mengetahui,

memahami dan dapat menggunakan kesemua kaedah ini, dan memilih kaedah-

kaedah yang paling berkesan untuk pengajarannya. Antara kaedah kerja amali

ialah:-

2.5.1.1 Kaedah Kerja Praktik.

Kerja praktik boleh ditakrifkan sebagai suatu aktiviti yang mempunyai tujuan

untuk mendapatkan hasil daripada kerjanya. Dalam pengajaran amali, kaedah kerja

praktik ialah suatu kaedah yang digunakan untuk melatih murid-murid menggunakan

alatan dan yang paling utama ia digunakan untuk menguasai kemahiran dalam

sesuatu bidang kursus. Dalam pengajaran amali kimpalan, kaedah kerja praktik

merupakan kaedah yang utama.

2.5.1.2 Kaedah Tunjuk Cara (Demontrasi)

Tunjuk cara atau lebih dikenali sebagai demonstrasi adalah satu teknik

pengajaran dan pembelajaran yang boleh diamalkan oleh guru-guru dalam bengkel.

Kaedah ini menegaskan pemusatan aktiviti yang melibatkan individu tertentu

menunjukkan cara membuat sesuatu atau menghasilkan sesuatu di hadapan idividu-

individu lain. Teknik ini menekankan kepada pemusatan perhatian pelajar-pelajar

terhadap langkah-langkah atau prosedur, atau peraturan-peraturan yang terlibat

dengan sesuatu proses ‘manual’. Tujuan kaedah ini ialah untuk menunjukkan sesuatu

prinsip supaya pelajar-pelajar dapat melakukan sesuatu itu dengan cara yang

sistematik, teratur, kemas dan berkesan. Apabila sesuatu demontrasi ditunjukkan

Page 42: KESESUAIAN ISI KANDUNGAN, MASA, KEMUDAHAN … · syarat penganugerahan ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan ... Khas Buat Ayahanda ... Data yang diperolehi dianalisis menggunakan

25

dengan cara yang berkesan, maka para pelajar akan dapat meniru perilaku guru tadi,

dan kaedah ini juga boleh dipanggil ‘peniruan pasif’.

2.6 Strategi Pengajaran

Strategi pengajaran dan pembelajaran adalah merujuk kepada kemahiran dan

kecekapan merancang, memilih kaedah, pendekatan atau teknik dan menguruskannya

untuk mencapai objektif pelajaran secara optimum (Mok Soon Sang, 1994).

Menurut Mok Soon Sang (1994), pendekatan strategi, kaedah dan teknik

pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah menengah adalah berlandaskan

kepada rancangan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang telah

digubal berdasarkan kepada falsafah dan matlamat pendidikan negara. Untuk

mencapai objektif tersebut, beberapa pendekatan telah disarankan.

Mengikut program KBSM ini, selain daripada memperolehi ilmu dan

menguasai kemahiran, pelajar juga hendaklah diberi peluang memperkembangkan

serta meningkatkan daya intelek mereka. Ini bermakna, aktiviti pengajaran dan

pembelajaran yang dijalankan sepatutnya diajar bukan sahaja di bawah aras

kemahiran kognitif peringkat rendah iaitu peringkat pengetahuan, kefahaman dan

aplikasi tetapi juga hendaklah pada peringkat yang lebih tinggi iaitu peringkat

analisis, sintesis dan penilaian.

Justeru itu, untuk mencapai objektif ini, aktiviti dalam pengajaran dan

pembelajaran haruslah meliputi pelbagai aktiviti pelajar seperti kerja projek, main

peranan dan lain-lain di samping pelbagai teknik mengajar seperti perbincangan,

penyelesaian masalah dan sumbangsaran bagi mengembangkan dan meningkatkan

daya intelek pelajar.

Page 43: KESESUAIAN ISI KANDUNGAN, MASA, KEMUDAHAN … · syarat penganugerahan ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan ... Khas Buat Ayahanda ... Data yang diperolehi dianalisis menggunakan

26

Keberkesanan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran yang mencapai

matlamat kurikulum bergantung kepada banyak faktor, sama ada yang terdapat pada

guru, pada pelajar mahupun pada keadaan fizikal bilik darjah (Rashidi dan Abdul

Razak, 1996). Kandungan mata pelajaran Kemahiran Teknikal sememangnya sudah

tercatat dalam buku Huraian Sukatan Pelajaran dan buku-buku teks. Terpulanglah

kepada guru untuk menghurai dan memperkembangkan dari satu peringkat ke satu

peringkat yang lain berdasarkan kemampuan murid untuk memahaminya .

Menurut Atan Long (1991), untuk mendapatkan pengajaran yang berkesan

seseorang guru perlu menyampaikan pengajaranya mengikut prinsip-prinsip yang

tertentu. Prinsip-prinsip ini adalah mengikut prinsip-prinsip pembelajaran seperti

berikut:

i.) Pelajar dilibatkan dengan aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran

ii.) Guru menggunakan pelbagai kaedah dalam penyampaian pengajaran

iii) Isi pengajaran dikaitkan dengan pengetahuan dan pengalaman pelajar

iv) Pengajaran guru mempertimbangkan perbezaan sifat-sifat individu yang

ada pada pelajar

v) Pengajaran guru hendaklah terancang

vi) Guru selalu memberikan galakan dan rangsangan kepada pelajar

vii) Guru banyak menggunakan saranan-saranan daripada perintah

viii) Guru mengadakan suasana demokratik dalam bilik darjah

ix) Guru mengujudkan situasi yang sebenar-benarnya di dalam pengajaran.

Untuk memastikan guru melaksanakan tanggungjawab mereka dengan baik,

aktiviti guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran haruslah dipantau oleh pihak

pentadbir sekolah dari semasa ke semasa. Menurut Hussein Mahmood (1993),

penyeliaan terhadap guru hendaklah bertujuan untuk meningkatkan perkembangan

professional para guru. Di samping itu juga, penyeliaan bertujuan untuk

membetulkan kelemahan mereka. Jika penyeliaan terhadap guru dibuat secara

sistematik dan bermakna, prestasi pengajaran dapat dipertingkatkan.

Page 44: KESESUAIAN ISI KANDUNGAN, MASA, KEMUDAHAN … · syarat penganugerahan ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan ... Khas Buat Ayahanda ... Data yang diperolehi dianalisis menggunakan

27

Mengikut Nei dermeyer (1987), penyeliaan yang berfokuskan kepada

pencapaian pelajar dan bukannya berfokus kepada proses, boleh meningkatkan hasil

pembelajaran pelajar. Sesuatu sesi pengajaran dianggap berkesan apabila memenuhi

kriteria penilaian aspek-aspek tertentu yang terdapat dalam proses pengajaran dan

pembelajaran. Guru berjaya menyampaikan keseluruhan isi pengajaran melalui

strategi-strategi tertentu, manakala pelajar-pelajar menerima pengajaran secara

berkesan. Perubahan-perubahan yang positif dari aspek kognitif, afektif dan

psikomotor akan berlaku pada diri pelajar. Tahap keberkesanan yang tinggi dicapai

melalui perancangan yang mantap dan rapi.

Guru yang merancang semua aspek pengajaran dengan teliti dapat

menyampaikan pengetahuan ataupun kandungan dengan berkesan dalam tempoh

yang ditetapkan (Rashidi dan Abdul Razak, 1996). Sekiranya kandungan sesuatu

kurikulum itu dapat disampaikan dengan jayanya menurut kehendak objektif yang

ditetapkan, semestilah matlamat suatu kurikulum dapat dicapai.

Page 45: KESESUAIAN ISI KANDUNGAN, MASA, KEMUDAHAN … · syarat penganugerahan ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan ... Khas Buat Ayahanda ... Data yang diperolehi dianalisis menggunakan

28

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.0 Pengenalan

Metodologi merupakan satu perkara penting di dalam menjalankan sesuatu

penyelidikan. Ia menggambarkan aliran kerja bagaimana sesuatu kajian itu

dijalankan agar persoalan kajian dapat dijawab. Tujuannya supaya maklumat yang

diperolehi boleh dipercayai dan mempunyai tahap kesahan yang tinggi.

Bab ini akan membincangkan perkara-perkara yang berhubung dengan

metodologi kajian khususnya mengenai reka bentuk kajian, lokasi kajian, sampel

kajian, instrumen kajian, kajian rintis, kebolehpercayaan instrumen, prosedur kajian

dan analisis data.

3.1 Rekabentuk Kajian

Kajian yang telah dijalankan merupakan kajian yang berbentuk deskriptif.

Dalam reka bentuk kajian ini, penyelidik telah menggunakan kaedah tinjauan yang

berbentuk soal selidik. Dalam Majid (2000), kaedah tinjauan menerusi penggunaan

soal selidik amat sesuai digunakan bagi mengumpul maklumat mengenai

Page 46: KESESUAIAN ISI KANDUNGAN, MASA, KEMUDAHAN … · syarat penganugerahan ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan ... Khas Buat Ayahanda ... Data yang diperolehi dianalisis menggunakan

29

pembolehubah, malahan cara ini paling berkesan untuk mendapatkan maklumat

tersebut. Dalam konteks kajian ini pembolehubah bebas ialah faktor kesesuaian

sukatan mata pelajaran, peruntukan masa yang dibekalkan, kemudahan alatan dan

bahan dan kaedah pengajaran dan penggunaan kaedah tunjukcara untuk pengajaran

dan pembelajaran mata pelajaran kemahiran teknikal di peringkat Menengah Rendah.

3.2 Sampel Kajian

Sampel kajian yang telah dijalankan terdiri daripada 30 orang guru KHB

yang mengajar Kemahiran Teknikal di Daerah Kuala Krai. Di dalam kajian ini,

penyelidik menggunakan keseluruhan populasi sebagai sampel kajian. Mohd Najib

(1999) menyatakan bahawa jika jumlah populasinya adalah kecil penyelidik boleh

menggunakan keseluruhan ahli sebagai sampel. Justeru itu, keputusan penyelesaian

masalah yang dibuat adalah lebih tepat. Sebanyak 9 buah sekolah digunakan bagi

tujuan mendapatkan maklumat. Senarai nama sekolah dan bilangan responden

ditunjukkan dalam jadual 3.1 dibawah:-

Jadual 3.1: Senarai Nama Sekolah dan Bilangan Responden

Bil Nama Sekolah Bilangan Responden

1 SMK Keroh 2

2 SMK Kuala Krai 2

3 SMK Sultan Yahya Petra 1 5

4 SMK Sultan Yahya Petra 2 3

5 SMK Pahi 4

6 SMK Mengkebang 3

7 SMK Laloh 3

8 SMK Manek Urai 5

9 SMK Dabong 3

JUMLAH 30

Page 47: KESESUAIAN ISI KANDUNGAN, MASA, KEMUDAHAN … · syarat penganugerahan ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan ... Khas Buat Ayahanda ... Data yang diperolehi dianalisis menggunakan

30

3.3 Instrumen Kajian

Soal selidik adalah instrumen yang digunakan dalam kajian ini.

Beberapa perkara telah dipertimbangkan untuk memilih instrumen jenis ini, seperti:

i) Responden lebih mudah memberi tindakbalas terhadap aspek-aspek yang dikaji

kerana responden hanya perlu memilih jawapan sesuai yang telah disediakan. Ini

berbeza dengan kaedah temubual di mana responden terpaksa berfikir dan terikat

dengan emosi.

ii) Instrumen jenis ini adalah lebih cepat, menjimatkan masa dan menjimatkan

kos. Soal selidik yang dibina mengandungi 2 bahagian iaitu Bahagian A

dan Bahagian B. Soalan-soalan dibina berdasarkan persoalan dan objektif kajian.

3.3.1 Bahagian A

Bahagian ini mengandungi 6 soalan yang bertujuan untuk mengetahui

latarbelakang responden. Responden dikehendaki menandakan () pada kotak

jawapan yang disediakan.

3.3.2 Bahagian B

Bahagian ini mengandungi 40 item pernyataan yang berkaitan dengan 4

pembolehubah iaitu iaitu persepsi guru-guru terhadap faktor kesesuaian isi

kandungan mata pelajaran, peruntukan masa yang dibekalkan, kemudahan alatan dan

bahan dan kaedah tunjukcara dalam pengajaran dan pembelajaran untuk pengajaran

subjek kemahiran teknikal di peringkat Menengah Rendah. Pernyataan bagi setiap

pembolehubah adalah seperti di jadual 3.2.

Page 48: KESESUAIAN ISI KANDUNGAN, MASA, KEMUDAHAN … · syarat penganugerahan ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan ... Khas Buat Ayahanda ... Data yang diperolehi dianalisis menggunakan

31

Jadual 3.2 : Taburan soalan mengikut persoalan kajian

Persoalan Kajian No. Item

Bil.

Item

i. Adakah isi kandungan mata pelajaran

Kemahiran Teknikal sesuai untuk pengajaran

dan pembelajaran peringkat menengah rendah?

ii. Adakah masa yang diperuntukan sesuai untuk

sesuatu sesi pengajaran mata pelajaran

Kemahiran Teknikal peringkat menengah

rendah?

iii. Adakah kemudahan dan alatan mencukupi bagi

proses pengajaran dan pembelajaran mata

pelajaran Kemahiran Teknikal peringkat

menengah rendah?

iv. Adakah kaedah tunjuk cara (demonstrasi)

sesuai dalam pengajaran dan pembelajaran

mata pelajaran kemahiran teknikal peringkat

menengah rendah?

1,2,3,4,5,7,8,9,10

11,12,13,14,15,16

,17,18,19,20

21,22,23,24,25,26

,27,28,29,30

31,32,33,34,35,36

,37,38,39,40

10

10

10

10

Responden dikehendaki menyatakan peringkat persetujuan terhadap item-

item yang diberikan dengan membulatkan nombor- nombor yang diletakkan diakhir

item. Skala Likert digunakan untuk untuk mengukur persepsi responden. Lima

peringkat skala Likert adalah seperti berikut:

1. Sangat tidak Setuju (STS)

2. Tidak Setuju (TS)

3. Tidak Pasti (TP)

4. Setuju (S)

5 Sangat Setuju (SS)

Page 49: KESESUAIAN ISI KANDUNGAN, MASA, KEMUDAHAN … · syarat penganugerahan ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan ... Khas Buat Ayahanda ... Data yang diperolehi dianalisis menggunakan

32

3.4 Kajian Rintis

Satu kajian rintis telah diadakan di SMK Tunku Abdul Majid, Majidee, SMK

Seri Tebrau dan SMK Taman Molek, Johor Bahru. Kajian rintis ini menggunakan

item-item dalam borang soal selidik yang akan digunakan sebagai alat pengumpulan

data untuk kajian ini. Kajian rintis ini bertujuan untuk menguji keesahan dan

kebolehpercayaan item-item yang dikemukakan di samping dapat memperbaiki

sebarang kelemahan yang timbul semasa kajian rintis ini dijalankan. Hasil dari kajian

rintis ini akan dianalisis menggunakan perisian SPSS (Statistical Package of Social

Science for Windows) 11.5. Kajian rintis telah dijalankan ke atas 10 orang guru di

tiga buah sekolah tersebut. Daripada kajian rintis yang dijalankan nilai alpha yang

diperolehi adalah 0.742 dan beberapa perubahan telah dibuat bagi memantapkan

soalan yang dikaji. Jadual 3.3 dibawah menunjukkan item persoalan kajian yang

telah diubah setelah mendapat nasihat daripada penyelia.

Jadual 3.3: Item persoalan kajian yang diubah

No

item

Item persoalan Kajian Rintis Item persoalan Kajian Sebenar

3 Kurikulum Kemahiran Teknikal membolehkan pelajar-pelajar melibatkan diri secara aktif dan selamat dalam pengajaran dan pembelajaran.

Isi kandungan Kemahiran Teknikal menggalakkan pelajar-pelajar meningkatkan minat terhadap pembelajaran mata pelajaran ini

22 Saiz ruangan bengkel untuk matapelajaran Kemahiran Teknikal mencukupi untuk menampung bilangan pelajar.

Ruang kerja di dalam bengkel selesa untuk proses kerja amali dilakukan.

11 Jumlah 4 waktu seminggu untuk mata pelajaran Kemahiran Teknikal adalah mencukupi.

Jumlah masa pengajaran yang diperuntukan adalah mencukupi.

40 Pelajar akan lebih cepat menyiapkan kerja amali sekiranya saya melakukan kaedah demonstrasi dalam pengajaran

Pelajar akan merasa lebih yakin dan berani untuk melakukan amali sekiranya saya melakukan pengajaran menggunakan kaedah demontrasi.

Page 50: KESESUAIAN ISI KANDUNGAN, MASA, KEMUDAHAN … · syarat penganugerahan ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan ... Khas Buat Ayahanda ... Data yang diperolehi dianalisis menggunakan

33

Analisis data kajian rintis menggunakan statistik Alpha Cronbach iaitu

‘realibility coefficient’ atau pekali kebolehpercayaan untuk menguji keesahan dan

kebolehpercayaan item. Jadual di bawah menunjukkan nilai pekali Alpha Cronbach,

jika nilai alpha menghampiri 1 bermakna kebolehpercayaan amat tinggi, baik dan

berkesan. Menurut Mohd. Najib (1999), jika pekali Alpha Cronbach di antara 0.8

hingga 1.0 menunjukkan item kajian boleh diterima dan tidak perlu ditukar seperti

yang terdapat di Jadual 3.4.

Jadual 3.4: Pekali Alpha Cronbach

3.5 Prosedur Kajian

Sebelum memulakan kajian pengkaji membuat proposal. Proposal tersebut

dihantar kepada Bahagian Penyelidikan Dasar Pendidikan (EPRD) bagi mendapatkan

kebenaran daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk melakukan

kajian di sekolah-sekolah Menengah di daerah Kuala Krai, Kelantan. Selepas

mendapat pengesahan dari EPRD pengkaji pergi ke Jabatan Pendidikan Negeri

Kelantan (JPNK) untuk mendapatkan persetujuan dari bahagian negeri untuk

melakukan kajian ini.

Setelah melakukan kajian rintis, pengkaji seterusnya membuat kajian sebenar

di sekolah yang telah dipilih. Borang soal selidik telah diedarkan kepada guru-guru

Kemahiran Hidup oleh pengkaji, responden diberi masa selama dua hari untuk

menjawab soal selidik bagi mengelakkan responden merasa tertekan. Selepas itu,

0.0 – 0.2 Rendah (ubah semua item)

0.2 – 0.8 Sederhana (ubah sebilangan item)

0.8 – 1.0 Tinggi ( item boleh diterima)

Page 51: KESESUAIAN ISI KANDUNGAN, MASA, KEMUDAHAN … · syarat penganugerahan ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan ... Khas Buat Ayahanda ... Data yang diperolehi dianalisis menggunakan

34

kesemua borang soal selidik ini telah dikumpulkan oleh pengkaji untuk dianalisis.

Segala borang soal selidik digunakan untuk dianalisis menggunakan SPSS (Statistical

Package For Social Science, Version 11.5).

3.6 Jangkamasa Kajian

Penyelidikan telah dijalankan dari bulan Julai 2007 hingga bulan Februari

2008.

3.7 Penganalisisan Data

Data-data yang diperolehi daripada soal selidik yang diedarkan kepada

responden merupakan data mentah. Pemprosesan data dibuat untuk mendapatkan

hasil kajian yang dijalankan. Data ditunjukkan dalam bentuk frekuensi, peratus dan

min. Di samping itu, ujian-t digunakan untuk menentukan perbezaan kesesuaian isi

kandungan, peruntukan masa , kemudahan dan alatan dan kesesuaian kaedah tunjuk

cara (demonstrasi) antara pengalaman guru-guru dalam matapelajaran Kemahiran

Teknikal peringkat Menengah Rendah.

Menurut Sulaiman Ngah Razali (1996), Ujian-t digunakan untuk

membandingkan antara min yang dimiliki oleh kumpulan kawalan dengan min yang

dimiliki oleh eksperimen dengan syarat kedua-dua kumpulan itu mempunyai

kumpulan yang sama. Daripada penganalisisan tersebut pengkaji dapat membuat

penilaian terhadap responden dengan mengkategorikan penilaian tersebut kepada

beberapa tahap tertentu.

Untuk menganalisis data dalam kajian ini, perisisan SPSS (Statistical

Package For Social Science, Version 11.5) akan digunakan. Pengkelasan semula

Page 52: KESESUAIAN ISI KANDUNGAN, MASA, KEMUDAHAN … · syarat penganugerahan ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan ... Khas Buat Ayahanda ... Data yang diperolehi dianalisis menggunakan

35

skala Likert dibuat bagi menentukan kecenderungan responden dengan lebih mudah.

Pengkelasan yang dimaksudkan itu ialah seperti dalam jadual 3.4 dibawah:

Jadual 3.5: Pengkelasan semula skala likert

Mengikut Mohd. Majid (1994), takrifan terhadap fakta adalah hak individu

pengkaji. Oleh itu pengkaji membuat takrifan bahawa sekiranya responden memberi

jawapan bersetuju bermakna ia mempunyai persepsi positif dan sekiranya tidak

bersetuju ia adalah persepsi yang negatif. Pengkaji juga telah menetapkan julat

peratusan untuk mendapatkan tahap atau kedudukan persepsi. Ketetapan ini adalah

seperti berikut:

Jadual 3.6: Tahap penilaian responden berdasarkan peratus (Dipetik dari buku Mohd

Najib Ghafar, 1997, Pembinaan & Analisis Ujian Dalam Bilik darjah)

Berdasarkan peratusan yang telah ditetapkan di atas pengkaji akan membuat

tahap penilaian terhadap responden. Darjah penilaian terhadap responden dianggap

rendah jika peratusannya berada di antara 0% hingga 30%, Sedarhana jika berada di

antara 31% hingga 60% dan tinggi jika berada sekitar 61% hingga 100%.

Selain itu peratusan nilai min juga akan digunakan dalam analisis data. Menurut

Mohd. Najib (1998), menyatakan nilai min boleh diterjemahkan kekuatannya melalui

perkadaran yang telah diukur. Hubungan kekuatan min adalah seperti berikut:

Likert Pengkelasan

5 dan 4

3

2 dan 1

Bersetuju

Tidak Pasti

Tidak bersetuju

Peratus Skor

61 – 100 Tinggi

31 – 60 Sederhana

0 – 30 Rendah

Page 53: KESESUAIAN ISI KANDUNGAN, MASA, KEMUDAHAN … · syarat penganugerahan ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan ... Khas Buat Ayahanda ... Data yang diperolehi dianalisis menggunakan

36

Jadual 3.7 : Tahap penilaian responden berdasarkan min

Min Tahap Penilaian

3.5 – 5.0 Tinggi

2.5 – 3.4 Sederhana

1.0 – 2.4 Rendah