penyempurnaan penganugerahan anak-anak kunci

12
maju www.mod.gov.bn BILANGAN 3 | APRIL—JUN 2016 Ministry of Development Brunei Darussalam PENYEMPURNAAN PENGANUGERAHAN ANAK-ANAK KUNCI RUMAH DI RPN BUKIT BERUANG Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al- Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan mengurniakan penyerahan anak kunci kepada salah seorang penerima. 14 Mei 2016 Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di- Pertuan Negara Brunei Darussalam, telah berkenan berangkat menyempurnakan Penganugerahan anak -anak kunci rumah kepada 593 orang penerima di bawah Rancangan Perumahan Negara (RPN) Bukit Beruang bagi Daerah Tutong yang diadakan di Dewan Sekolah Menengah Tanjong Maya, Mukim Tanjong Maya, Tutong. Baginda juga berkenan melawat rumah para penerima anak-anak kunci rumah di bawah Rancangan Perumahan Negara Bukit Beruang. Pada Majlis tersebut, seramai 160 orang menerima rumah jenis kembar dan 433 orang pula menerima rumah jenis teres. Projek perumahan seluas 127 hektar di kawasan RPN Bukit Beruang ini telah dibina dengan 1,500 unit rumah. Dari jumlah berkenaan 1,000 buah adalah rumah jenis teres dan selebihnya adalah rumah jenis berkembar. Projek perumahan ini dikendalikan oleh Lembaga Kemajuan Ekonomi Brunei (BEDB) dan diserahkan ke Kementerian Pembangunan pada Mei 2014 lalu setelah ianya siap dibina pada Mac 2014. Kawasan perumahan ini merupakan satu konsep pembangunan perumahan komprehensif lengkap dengan ruang tanah untuk kemudahan awam di masa hadapan seperti sekolah, masjid, kemudahan komersial, pusat komuniti, taman dan kawasan rekreasi dan taman permainan. Penganugerahan rumah-rumah berkenaan, jelas mencerminkan keprihatinan dan pemedulian baginda kepada rakyat dan penduduk negara ini dan secara langsung membuktikan komitmen Kerajaan dalam mendukung hasrat dan cita-cita baginda khususnya dalam menyediakan perumahan yang berkonsep berdaya tahan dan mapan dimiliki selaras dengan salah satu objektif Rancangan Kemajuan (RKN) Negara untuk mempertingkatkan kualiti kehidupan rakyat. Beberapa orang penerima anak-anak kunci rumah pada majlis tersebut.

Upload: voxuyen

Post on 14-Jan-2017

258 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENYEMPURNAAN PENGANUGERAHAN ANAK-ANAK KUNCI

maju www.mod.gov.bn

BILANGAN 3 | APRIL—JUN 2016 Ministry of Development Brunei Darussalam

PENYEMPURNAAN

PENGANUGERAHAN

ANAK-ANAK KUNCI

RUMAH DI RPN BUKIT

BERUANG

Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji

Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-

Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi

Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei

Darussalam berkenan mengurniakan penyerahan anak

kunci kepada salah seorang penerima.

14 Mei 2016

Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda

Sultan Haji Hassanal Bolkiah

Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum

Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul

Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-

Pertuan Negara Brunei Darussalam,

t e l a h b e r k e n a n b e r a n g k a t

menyempurnakan Penganugerahan anak

-anak kunci rumah kepada 593 orang

penerima di bawah Rancangan

Perumahan Negara (RPN) Bukit

Beruang bagi Daerah Tutong yang

diadakan di Dewan Sekolah Menengah

Tanjong Maya, Mukim Tanjong Maya,

Tutong.

Baginda juga berkenan melawat rumah

para penerima anak-anak kunci rumah

di bawah Rancangan Perumahan Negara

Bukit Beruang.

Pada Majlis tersebut, seramai 160 orang

menerima rumah jenis kembar dan 433

orang pula menerima rumah jenis teres.

Projek perumahan seluas 127 hektar di

kawasan RPN Bukit Beruang ini telah

dibina dengan 1,500 unit rumah. Dari

jumlah berkenaan 1,000 buah adalah

rumah jenis teres dan selebihnya adalah

rumah jenis berkembar. Projek

perumahan ini dikendalikan oleh

Lembaga Kemajuan Ekonomi Brunei

(BEDB) dan diserahkan ke Kementerian

Pembangunan pada Mei 2014 lalu

setelah ianya siap dibina pada Mac 2014.

Kawasan perumahan ini merupakan

satu konsep pembangunan perumahan

komprehensif lengkap dengan ruang

tanah untuk kemudahan awam di masa

hadapan seperti sekolah, masjid,

kemudahan komersial, pusat komuniti,

taman dan kawasan rekreasi dan taman

permainan.

Pengan uge rahan ru mah -r umah

berkenaan, jelas mencerminkan

keprihatinan dan pemedulian baginda

kepada rakyat dan penduduk negara ini

dan secara langsung membuktikan

komitmen Kerajaan dalam mendukung

hasrat dan cita-cita baginda khususnya

dalam menyediakan perumahan yang

berkonsep berdaya tahan dan mapan

dimiliki selaras dengan salah satu

objektif Rancangan Kemajuan (RKN)

Negara untuk mempertingkatkan

kualiti kehidupan rakyat.

Beberapa orang penerima anak-anak kunci rumah

pada majlis tersebut.

Page 2: PENYEMPURNAAN PENGANUGERAHAN ANAK-ANAK KUNCI

2 | APRIL—JUN 2016 | MAJU: BILANGAN 3

PERASMIAN JEJAMBAT PERSIMPANGAN JALAN BABU RAJA

2 JUN 2016

Jejambat di persimpangan Jalan Babu Raja dan Jalan Raja Isteri

Pengiran Anak Saleha telah dibukakan kepada pengguna-

pengguna jalan raya bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas

yang disebabkan oleh peningkatan jumlah pengguna di kawasan

berkenaan di samping meningkatkan tahap keselamatan serta

memperkemaskan lagi sistem rangkaian jalan raya dengan lebih

teratur.

Hadir merasmikan jejambat baru berkenaan ialah Yang Mulia

Dato Paduka Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar, Timbalan

Menteri Pembangunan.

Projek jejambat ini merupakan salah satu projek di bawah

Rancangan Kemajuan Negara Ke-10. Projek ini mula dibina pada

pertengahan tahun 2012.

Pembinaan jejambat di persimpangan ini juga dihasrat dapat

membuka peluang perkembangan aktiviti sosio-ekonomi di

sepanjang kawasan Jalan Pengiran Babu Raja.

PERASMIAN

Timbalan Menteri Pembangunan, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar selaku tetamu kehormat merasmikan jejambat baru Jalan Babu Raja.

(GAMBAR ATAS) Timbalan Menteri Pembangunan diberikan penerangan ringkas

mengenai projek jejambat berkenaan oleh Pengarah Jalan Raya, Awang Yee Kok On.

(GAMBAR BAWAH) Jejambat Jalan Babu Raja dilengkapi dengan lampu isyarat untuk

kemudahan para pengguna jalan berkenaan.

Page 3: PENYEMPURNAAN PENGANUGERAHAN ANAK-ANAK KUNCI

ALAM SEKITAR

APRIL—JUN 2016 | MAJU: BILANGAN 3 | 3

MESYUARAT KE-18 MSC MENGENAI PENCEMARAN JEREBU RANTAS SEMPADAN

Timbalan Menteri Pembangunan, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar berserta pegawai-pegawai kanan

Kementerian Pembangunan semasa menghadiri Mesyuarat ke-18 MSC mengenai Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan di Republik Singapura.

4 Mei 2016

Dato Paduka Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar, Timbalan

Menteri Pembangunan; Awang Haji Muhammad Lutfi bin

Abdullah, Setiausaha Tetap (Pentadbiran dan Kewangan);

dan beberapa orang pegawai kanan Jabatan Alam Sekitar,

Taman dan Rekreasi telah menghadiri Mesyuarat ke-18

Jawatankuasa Pandu Menteri Sub Rantau (MSC) mengenai

Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan pada 4 Mei 2016, di

Republik Singapura.

Mesyuarat yang dihadiri oleh menteri-menteri alam sekitar

dari Brunei Darussalam, Indonesia, Malaysia, Singapura

dan Thailand itu meramalkan keadaan cuaca kering yang

dijangka melanda Sumatera dan Kalimantan di antara Jun

dan awal Oktober 2016.

Dalam mesyuarat tersebut, negara-negara MSC berikrar

untuk sentiasa berjaga-jaga dan membuat pemantauan

berterusan serta meningkatkan usaha-usaha pencegahan

jerebu bagi mengurangkan sebarang kemungkinan

berlakunya jerebu rentas sempadan dari darat dan

kebakaran hutan semasa cuaca kering dalam beberapa

bulan yang akan datang.

Sidang menteri juga turut meluahkan penghargaan atas

usaha-usaha substantif Indonesia dalam melaksanakan

pelan tindakan bagi menangani pencemaran jerebu rentas

sempadan serta mengambil maklum akan tindakan-

tindakan yang diambil oleh negara-negara MSC untuk

menangani pencemaran jerebu rentas sempadan.

SAMBUTAN HARI ALAM SEKITAR SEDUNIA

4 Jun 2016

Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi telah

mengadakan Majlis Membaca Tahlil dan Doa Arwah

bersempena dengan Sambutan Hari Alam Sekitar

Sedunia.

Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis berkenaan

ialah Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Suhaimi bin

Haji Gafar, Timbalan Menteri Pembangunan.

Majlis kemudian disusuli dengan penanaman pokok di

sekitar kawasan bangunan Kementerian Pembangunan

yang disertai oleh para pegawai dan kakitangan

kementerian ini. Timbalan Menteri Pembangunan, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar

menyiram anak pokok yang ditanam di kawasan bangunan Kementerian Pembangunan.

Page 4: PENYEMPURNAAN PENGANUGERAHAN ANAK-ANAK KUNCI

LAWATAN KERJA

4 | APRIL—JUN 2016 | MAJU: BILANGAN 3

LAWATAN KERJA YANG BERHORMAT MENTERI PEMBANGUNAN

Yang Berhormat Menteri Pembangunan ketika bergambar ramai bersama para pegawai dan

kakitangan Jabatan Perkhidmatan Air, Jabatan Kerja Raya di Loji Rawatan Air Mengkubau.

Yang Berhormat Menteri Pembangunan diberikan penerangan mengenai operasi rawatan air.

Yang Berhormat Menteri Pembangunan meninjau proses rawatan air di Loji

Rawatan Air Mengkubau.

Yang Berhormat Menteri Pembangunan mendengar keterangan mengenai projek Empangan Air

Mengkubau yang disampaikan oleh Pengarah Perkhidmatan Air, Dayang Lim Sui Kau Alice.

Yang Berhormat Menteri Pembangunan berserta rombongan juga turut melawat

kawasan persekitaran Empangan Air Mengkubau.

Yang Berhormat Menteri Pembangunan menyaksikan antara kemudahan di bengkel Jabatan Ukur di

Kampung Sinarubai.

Yang Berhormat Menteri Pembangunan diberikan penjelasan mengenai proses kerja di

Stesen Minyak di bawah Jabatan Mekanikal dan Elektrikal, Jabatan Kerja Raya di

Kampung Sinarubai.

Page 5: PENYEMPURNAAN PENGANUGERAHAN ANAK-ANAK KUNCI

LAWATAN KERJA

APRIL—JUN 2016 | MAJU: BILANGAN 3 | 5

Yang Berhormat Menteri Pembangunan ketika bergambar ramai bersama para pegawai dan

kakitangan Jabatan Ukur di bengkel jabatan berkenaan yang terletak di Kampung Sinarubai.

Yang Berhormat Menteri Pembangunan ketika bergambar ramai bersama para pegawai dan

kakitangan di Bahagian Mekanikal, Jabatan Mekanikal dan Elektrikal, Jabatan Kerja Raya di

Kampung Sinarubai.

Yang Berhormat Menteri Pembangunan menyaksikan sendiri keadaan tempat penghapusan

(scrapyard) di Kampung Sinarubai.

Yang Berhormat Menteri Pembangunan ketika bergambar ramai bersama para pegawai dan

kakitangan di Unit Kenderaan, Jabatan Mekanikal dan Elektrikal, Jabatan Kerja Raya di

Kampung Sinarubai.

Yang Berhormat Menteri Pembangunan ketika bergambar ramai bersama para pegawai dan

kakitangan di Unit Jentera Berat, Jabatan Mekanikal dan Elektrikal, Jabatan Kerja Raya di

Kampung Sinarubai.

Yang Berhormat Menteri Pembangunan ketika bergambar ramai bersama para pegawai dan

kakitangan di Stor Jabatan Perkhidmatan Air, Jabatan Kerja Raya di Kampung Sinarubai.

Yang Berhormat Menteri Pembangunan ketika bergambar ramai bersama para pegawai dan

kakitangan di Stor SME/Stesen Minyak di bawah Jabatan Mekanikal dan Elektrikal, Jabatan

Kerja Raya di Kampung Sinarubai.

LAWATAN KERJA YANG BERHORMAT MENTERI

PEMBANGUNAN KE PEJABAT DAN TAPAK-TAPAK PROJEK

JABATAN KERJA RAYA DAN JABATAN UKUR DI KAMPUNG

SINARUBAI - ISNIN, 2 MEI 2016.

LAWATAN KERJA YANG BERHORMAT MENTERI

PEMBANGUNAN KE LOJI RAWATAN AIR MENGKUBAU DAN

EMPANGAN MENGKUBAU - SABTU, 30 APRIL 2016.

LAWATAN KERJA YANG BERHORMAT MENTERI PEMBANGUNAN

Page 6: PENYEMPURNAAN PENGANUGERAHAN ANAK-ANAK KUNCI

KEUGAMAAN

6 | APRIL—JUN 2016 | MAJU: BILANGAN 3

SAMBUTAN ISRA’ MI’RAJ

Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Paduka Awang Haji Bahrin bin Abdullah menyampaikan hadiah dan sijil Musabaqah Tilawah Al-Quran Kementerian Pembangunan dan

jabatan-jabatan di bawahnya kepada johan qari, Awang Haji Eddy Huzaimin bin Haji Mat Yassin dari Jabatan Perkhidmatan Bangunan, Jabatan Kerja Raya (kiri) dan johan qariah,

Dayang Ratinah binti Haji Hidup dari Jabatan Ukur (kanan).

Majlis juga diisikan dengan ceramah keugamaan bertajuk ‘Solat Kesempurnaan Dunia

Akhirat’ yang disampaikan oleh Awang Hilman bin Haji Salim.

11 MEI 2016

Majlis memperingati peristiwa Isra’ dan Mi’raj tahun 1437

Hijrah telah diadakan bertempat di Pusat Kemahiran Kerja

dan Latihan, Kementerian Pembangunan. Majlis tersebut

diselajurkan dengan Majlis Musabaqah Tilawah Al-Quran.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Menteri

Pembangunan, Yang Berhormat Dato Paduka Awang Haji

Bahrin bin Abdullah dan seterusnya menyempurnakan

penyampaian hadiah kepada para pemenang musabaqah.

Awang Haji Eddy Huzaimi bin Haji Mat Yassin dari Jabatan

Perkhidmatan Bangunan, Jabatan Kerja Raya (JKR) dan

Dayang Ratinah binti Haji Hidup dari Jabatan Ukur masing

-masing muncul johan qari dan qariah. Naib johan qari dan

qariah disandang oleh Awang Mohammad Yusrin bin Daud

dari Jabatan Ukur dan Dayang Rosnani binti Haji Mohiddin

dari Jabatan Perkhidmatan Bangunan, JKR, sementara

Awang Mohammad Isham Mudin bin Haji Maidin dari

Jabatan Perkhidmatan Teknikal, JKR dan Dayang Soffina

binti Ali Hassan dari Jabatan Mekanikal dan Elektrik, JKR

mendapat tempat ketiga.

Majlis turut diserikan dengan ceramah keugamaan yang

berkisar mengenai 'Solat Kesempurnaan Dunia Akhirat'

oleh graduan Ijazah Sarjana dari Universiti Kaherah, Cairo,

Mesir, Awang Hilman bin Haji Salim yang antara lain

menyentuh tentang bagaimana solat yang kita lakukan itu

mampu menjamin kesempurnaan kehidupan kita di dunia

mahupun di akhirat.

Majlis yang diungkayahkan bersama oleh Jabatan Saliran

dan Pembetungan dan Jabatan Mekanikal dan Elektrikal,

JKR itu bertujuan bagi menggalakkan para peserta supaya

akan terus mempelajari dan menguasai bacaan Al-Quran.

Turut hadir ialah Timbalan Menteri Pembangunan, Yang

Mulia Dato Paduka Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar;

Setiausaha Tetap (Pentadbiran dan Kewangan),

Kementerian Pembangunan, Awang Haji Muhammad Lutfi

bin Abdullah; Setiausaha Tetap (Teknikal dan Profesional),

Kementerian Pembangunan, Awang Eddie bin Dato Paduka

Haji Sunny; Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian

Pembangunan, Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin; Ketua

Pengarah Kerja Raya, Chua Pheng Keong; pegawai-pegawai

serta kakitangan Kementerian Pembangunan dan jabatan-

jabatan di bawahnya.

Page 7: PENYEMPURNAAN PENGANUGERAHAN ANAK-ANAK KUNCI

APRIL—JUN 2016 | MAJU: BILANGAN 3 | 7

KEUGAMAAN

CERAMAH KHAS DAN FORUM RAMADHAN

2 Jun 2016

Kementerian Pembangunan telah mengadakan beberapa siri ceramah dan forum

semasa bulan Ramadhan pada tahun ini. Ceramah Menjelang Ramadhan

bertajuk ‘Puasa Yang Sia-Sia (Lagha)’ telah disampaikan oleh Yang Mulia

Ustazah Norhayati binti Haji Abdul Rahman dari Pusat Dakwah Islamiah. Dalam

ceramahnya, beliau antara lain menghuraikan beberapa perkara atau perbuatan

yang dilakukan samada disedari atau tidak yang boleh menyebabkan puasa seseorang itu kurang sempurna dan menjadi sia-sia.

Hadir semasa ceramah ini ialah Timbalan Menteri Pembangunan, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar.

16 Jun 2016

Ke arah meraih ilmu di bulan suci

Ramadhan, satu forum bertajuk

‘Ramadhan—Antara Syariat dan

Adat’ telah dianjurkan. Ahli-ahli

panel pada forum tersebut ialah

Yang Mulia Ustaz Haji Yusuf bin

Haji Abd Majid dari Kementerian

Hal Ehwal Ugama dan Yang Mulia Ustaz Haji Samali bin Haji Adam

dari Universiti Sultan Sharif Ali. Timbalan Menteri Pembangunan,

Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar juga

turut hadir mendengarkan forum berkenaan.

30 Jun 2016

Ceramah Ramadhan bertajuk ‘Keajaiban

Bersedekah’ telah disampaikan oleh Yang Mulia

Ustaz Jupri bin Haji Hidup dari Universiti Brunei

Darussalam. Ceramah ini dihadiri oleh Timbalan

Menteri Pembangunan, Yang Mulia Dato Paduka

Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar, serta pegawai-

pegawai kanan, para pegawai dan kakitangan

Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di

bawahnya.

Page 8: PENYEMPURNAAN PENGANUGERAHAN ANAK-ANAK KUNCI

MAJLIS TEDARUS AL-QURAN DI MASJID

16 Jun 2016

Dalam meraih manfaat dan ganjaran

pahala serta menyemarakkan bulan

suci Ramadhan, Kementerian

Pembangunan telah mengendalikan

Majlis Tadarus Al-Quran di Masjid-

Masjid. Aktiviti keugamaan yang

diadakan setiap tahun ini diselajurkan

dengan bacaan tahlil, penyampaian

wakaf, berbuka puasa dan solat

fardhu Maghrib berjemaah. Pada

tahun ini, Kementerian Pembangunan

telah berkunjung ke tiga buah masjid

di Daerah Brunei dan Muara untuk

sama-sama membaca ayat-ayat suci

Al-Quran.

Masjid pertama yang dikunjungi oleh

rombongan para pegawai dan

kakitangan Kementerian

Pembangunan dan jabatan-jabatan di

bawahnya ialah Masjid Raja Isteri

Pengiran Anak Hajah Saleha,

Kampung Rimba iaitu pada 10

Ramadhan 1437 Hijrah. Rombongan

Kementerian ini diketuai oleh Yang

Berhormat Dato Paduka Awang Haji

Bahrin bin Abdullah, Menteri

Pembangunan. Sebelum majlis

tedarus dimulakan, Yang Berhormat

Menteri Pembangunan telah

menyerahkan sumbangan wakaf

berupa 30 biji rihal kepada Imam

Masjid Raja Isteri Pengiran Anak

Hajah Saleha, Tuan Imam Haji Abidin

bin Haji Matarshad.

Rombongan pegawai-pegawai dan

kakitangan Kementerian

Pembangunan dan jabatan-jabatan di

bawahnya kemudian berkunjung ke

Masjid Kampung Bengkurong pada 15

Ramadhan 1437 Hijrah. Yang

Berhormat Dato Paduka Awang Haji

Bahrin bin Abdullah juga mengepalai

rombongan tersebut. Sumbangan

wakaf berupa 30 biji rihal untuk

masjid tersebut juga turut diserahkan

oleh Yang Berhormat Menteri

Pembangunan kepada Tuan Imam

Haji Nasrul Hazimin bin Haji Sapar,

Imam Masjid Kampung Bengkurong.

Majlis Khatam Al-Quran pula

diadakan pada 19 Ramadhan 1437

Hijrah di Masjid Duli Pengiran Muda

Mahkota Pengiran Muda Haji

Al-Muhtadee Billah, Kampung Tamoi.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis

ialah Yang Berhormat Dato Paduka

Awang Haji Bahrin bin Abdullah.

Semasa majlis tersebut, wakaf berupa

satu unit ‘water jet’ dan satu unit ‘leaf

blower’ telah diserahkan oleh Yang

Berhormat Menteri Pembangunan dan

diterima oleh Tuan Imam Faizal bin

Rosli, Imam Masjid berkenaan.

Sejurus selepas itu, Majlis Khatam

Al-Quran dimulakan dengan bacaan

ayat-ayat suci Al-Quran yang di

dahului oleh Yang Berhormat Menteri

Pembangunan. Majlis disusuli dengan

bacaan takhtim dan tahlil arwah.

Majlis Khatam Al-Quran menandakan

berakhirnya pembacaan Al-Quran 30

Juzuk di bulan Ramadhan oleh

pegawai-pegawai kanan, para pegawai

serta kakitangan Kementerian

Pembangunan dan jabatan-jabatan di

bawahnya.

KEGIATAN

8 | APRIL—JUN 2016 | MAJU: BILANGAN 3

Majlis Tedarus Al-Quran di Masjid Raja Isteri Pengiran Anak

Hajah Saleha, Kampung Rimba.

Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia

Awang Haji Bahrin bin Abdullah menyampaikan wakaf

kepada Imam Masjid Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha,

Tuan Imam Haji Abidin bin Haji Matarshad.

Menteri Pembangunan menyampaikan wakaf kepada

Imam Masjid Kampung Bengkurong, Tuan Imam Haji

Nasrul Hazimin bin Haji Sapar.

Antara yang hadir semasa Majlis Tedarus Al-Quran

di Masjid Kampung Bengkurong.

Page 9: PENYEMPURNAAN PENGANUGERAHAN ANAK-ANAK KUNCI

KEGIATAN

18 Jun 2016

Yang Berhormat Dato Paduka Awang Haji Bahrin bin Abdullah, Menteri Pembangunan telah mengetuai rombongan

Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya semasa Majlis Membaca Surah Yasin dan Tahlil bagi Al-Marhum

Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit. Majlis

diadakan di Kubah Makam Diraja, Jalan Tutong, Bandar Seri Begawan.

Majlis dimulai dengan bacaan Surah Yasin dan diikuti dengan tahlil yang diketuai oleh Awang Mohd Amin bin Haji Salim,

Pegawai Hal Ehwal Masjid, Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Majlis ini merupakan kegiatan keugamaan yang dikendalikan oleh Kementerian Pembangunan bagi meraih keberkatan di bulan

suci Ramadhan.

MAJLIS MEMBACA SURAH YASIN DAN TAHLIL

Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia

Awang Haji Bahrin bin Abdullah semasa Majlis Bertahlil

Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di

bawahnya.

Beberapa orang pegawai dan kakitangan lelaki

Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di

bawahnya yang turut hadir semasa Majlis Bertahlil

berkenaan.

Gambar-gambar di sekitar Majlis Khatam Al-Quran pegawai dan kakitangan Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya yang diadakan

di Masjid Duli Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Kampung Tamoi.

APRIL—JUN 2016 | MAJU: BILANGAN 3 | 9

Page 10: PENYEMPURNAAN PENGANUGERAHAN ANAK-ANAK KUNCI

PENYAMPAIAN DERMA

10 | APRIL—JUN 2016 | MAJU: BILANGAN 3

30 Jun 2016

Majlis Penyampaian Derma Kepada Anak-Anak Yatim telah diadakan di Dewan Indera Pahlawan, Pusat Ujian Kemahiran Kerja

dan Latihan, Kementerian Pembangunan.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Yang Berhormat Dato Paduka Awang Haji Bahrin bin Abdullah, Menteri

Pembangunan.

Pada majlis tersebut, Yang Berhormat Menteri Pembangunan telah berkesudian menyampaikan derma kepada 54 orang anak-

anak yatim warga Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya. Dari jumlah tersebut, 33 orang daripadanya

adalah anak-anak yatim lelaki manakala 21 orang lagi adalah anak-anak yatim perempuan.

Derma yang disampaikan adalah sumbangan daripada pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Pembangunan dan jabatan-

jabatan di bawahnya.

Majlis ini merupakan aktiviti tahunan Kementerian Pembangunan bagi menyemai rasa tanggungjawab golongan para pegawai dan

kakitangan di kementerian ini dalam sama-sama membantu dan memeduli anak-anak yatim dikalangan warga Kementerian

Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya di samping menggalak dan memberikan kesedaran kepada warga kerja untuk

memperbanyakkan amalan sedekah semasa bulan suci Ramadhan.

Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Bahrin bin Abdullah

ketika menyampaikan derma kepada anak-anak yatim.

Menteri Pembangunan

hadir selaku tetamu

kehormat semasa Majlis

Penyampaian Derma

Kepada Anak-Anak

Yatim yang diadakan di

Dewan Indera Pahlawan,

Pusat Ujian Kemahiran

Kerja dan Latihan. Beberapa orang anak-anak yatim yang hadir pada majlis berkenaan.

MAJLIS PENYAMPAIAN DERMA KEPADA ANAK-ANAK YATIM

Page 11: PENYEMPURNAAN PENGANUGERAHAN ANAK-ANAK KUNCI

APRIL—JUN 2016 | MAJU: BILANGAN 3 | 11

LAWATAN

LAWATAN DARI THE NATIONAL DEFENSE COLLEGE OF THE PHILIPPINES KE KEMENTERIAN PEMBANGUNAN

24 Mei 2016

Delegasi seramai 20 orang dari The National Defense College of the

Philippines (NDCP) telah mengadakan lawatan sambil belajar ke

Kementerian Pembangunan. Delegasi ini diketuai oleh Presiden NDCP,

Fermin R. De Leon, Jr.

Tujuan lawatan sambil belajar tersebut ialah bagi meningkatkan strategik

pelajar NDCP dengan mendedahkan mereka kepada isu-isu keselamatan

yang melibatkan Filipina dan juga memberikan peluang untuk memerhati

politik, ekonomi, sosio-budaya, persekitaran, dinamik tekno-saintifik dan

ketenteraan negara-negara ASEAN.

Ketibaan delegasi dialu-alukan disambut oleh Pemangku Pengarah

Pentadbiran dan Kewangan, Pengiran Kamis bin Pengiran Metamin.

Seterusnya rombongan delegasi tersebut telah diberikan taklimat ringkas

mengenai struktur dan projek-projek mega Kementerian Pembangunan oleh

Ketua Divisyen Penyelarasan Polisi dan Pelan Strategik, Dayang Hajah

Rosita binti Abdullah.

Turut hadir menerima lawatan delegasi NDCP ialah Setiausaha Tetap

(Pentadbiran dan Kewangan), Awang Haji Muhammad Lutfi bin Abdullah,

serta ketua-ketua jabatan dan unit yang berkenaan.

Delegasi tersebut berada di Negara Brunei Darussalam selama empat hari

mulai 21 Mei sehingga 24 Mei 2016.

Pemangku Pengarah Pentadbiran dan Kewangan memberikan ucapan alu-

aluan.

Setiausaha Tetap (Pentadbiran dan Kewangan) turut hadir menerima

lawatan delegasi NDCP.

Salah seorang delegasi NDCP mengemukakan pertanyaan semasa sesi soal jawab.

Setiausaha Tetap (Pentadbiran dan Kewangan), Awang Haji Muhammad Lutfi bin Abdullah, Pemangku Pengarah Pentadbiran dan Kewangan, Pengiran Kamis bin Pengiran Metamin, dan

beberapa orang pegawai-pegawai kanan yang terlibat bergambar ramai bersama delegasi The National Defense College of the Philippines (NDCP).

Page 12: PENYEMPURNAAN PENGANUGERAHAN ANAK-ANAK KUNCI

PENASIHAT

Yang Mulia Awg Haji Muhammad Lutfi bin Abdullah

Setiausaha Tetap (Pentadbiran dan Kewangan)

Yang Mulia Awg Eddie bin Dato Paduka Haji Sunny

Setiausaha Tetap (Teknikal dan Profesional)

Yang Mulia Awg Haji Marzuke bin Haji Mohsin

Timbalan Setiausaha Tetap

PENGERUSI PENERBITAN

Yang Mulia Pengiran Kamis bin Pengiran Metamin

Pemangku Pengarah Pentadbiran dan Kewangan

SIDANG PENGARANG

DIVISYEN URUS TADBIR DAN PENGGERAK

Dyg Hajah Rohani binti Haji Chuchu

Awg Muhamad Hairi bin Abd Halim

Dyg Norkamaliah binti Haji Ja’afar

Dyg Siti Noorazriyah binti Johan

FOTO

Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri

Divisyen Urus Tadbir dan Penggerak, Kementerian

Pembangunan

Pejabat Ketua Pengarah Kerja Raya, Jabatan Kerja

Raya, Kementerian Pembangunan

Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi,

Kementerian Pembangunan

BARU BERKHIDMAT

DYG SITI YUSLIYANA BINTI MOHAMED YUSOF

Penolong Pegawai Projek Tingkat I

Autoriti Kawalan Bangunan dan Industri Pembinaan (ABCi)

Tarikh mula berkhidmat: 1 Jun 2016

PG HAJAH HADIJAH BINTI PG HAJI BESAR

Tukang Pelan Kanan, Autoriti Kawalan Bangunan dan Industri Pembinaan

(ABCi)

Tarikh bersara: 7 Jun 2016

BERSARA

DYG MARIAM BINTI HAJI HASSAN

Penterjemah Kanan, Unit Pemeliharaan Istana

Tarikh bersara: 1 April 2016

DK HAJAH SALBIANA BINTI PG HAJI ALI

Pegawai Tugas-Tugas Khas Tingkat II, Divisyen Pembangunan Infrastruktur

Tarikh bersara: 12 April 2016

AWG ABDUL RAJAK BIN HAJI TIMBUL

Pembantu Teknik Kanan, Unit Pemeliharaan Istana

Tarikh bersara: 16 Mei 2016

PEGAWAI DAN KAKITANGAN YANG BERSARA DAN BARU BERKHIDMAT DI KEMENTERIAN PEMBANGUNAN