· laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan...

25

Upload: vuongnhi

Post on 10-Aug-2019

230 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1:  · Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam)
Page 2:  · Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam)
Page 3:  · Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam)
Page 4:  · Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam)

i

PENYEDIAAN PELAJAR-PELAJAR TAHUN 4 SARJANA MUDA SAINS

SERTA PENDIDIKAN TERHADAP PENGGUNAAN BAHASA INGGERIS

DALAM PENGAJARAN MATAPELAJARAN SAINS DAN MATEMATIK

HAFIZULLAH BIN ALI

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kejuruteraan Awam)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

OKTOBER, 2003

Page 5:  · Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam)
Page 6:  · Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam)

iii

DEDIKASI

Istimewa buat

Ayah, Ali B. Talib

Dan

Ibu, Habsah@Hasmah Bt. Idris

Serta

Abang-abang dan Kakak-kakakku,

Hasni Bt. Ali Hasnon Bt. Ali

Hasdi B. Ali Hazman B. Ali

Hasliza Bt. Ali Hasyimah Bt. Ali

"Segala Jasa, Pengorbanan dan Sokongan serta

Doa Kalian akan Ku Kenang Sehingga Akhir Hayatku"

dan

Yang Tersayang,

Norliza Bt. Roslin

“Kasihmu Pembakar Semangat Bagiku, Terima Kasih Sayang”

Amin Ya Rabalalamin

Page 7:  · Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam)

iv

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang Segala puji dan syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izinNYA

dapatlah saya menyempurnakan Projek Sarjana Muda saya ini dengan selengkapnya.

Selawat dan salam untuk junjungan Nabi Muhammad s.a.w. dan para sahabat

baginda.

Salam penghargaan dan ucapan jutaan terima kasih saya tujukan kepada

penyelia yang dihormati dan disanjungi iaitu Puan Rohana Binti Hamzah di atas

segala tunjuk ajar, bimbingan, teguran dan juga nasihat yang telah diberikan kepada

saya sehingga laporan projek ini berjaya disiapkan.

Tidak lupa juga, kalungan terima kasih dihulurkan buat para pensyarah yang

membantu saya dengan memberikan kerjasama untuk saya melengkapkan lagi kajian

saya ini.

Penghargaan ini juga ditujukan kepada rakan-rakan seperjungan, orang

perseorangan atau kumpulan yang terlibat secara langsung atau tidak langsung di

dalam proses penyiapan projek ini. Kerjasama dan bantuan yang kalian berikan

amatlah dihargai. Hanya Allah s.w.t sahaja yang dapat membalasnya. Ucapan jutaan

terima kasih dariku khas buat kalian semua.

Hafizullah Bin Ali

Ogos, 2003

Page 8:  · Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam)

v

ABSTRAK

Kajian yang dilakukan ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap penyediaan

pelajar-pelajar tahun 4 Sarjana Muda Sains serta Pendidikan terhadap penggunaan

Bahasa Inggeris dalam pengajaran matapelajaran Sains dan Matematik. Responden

yang dikaji adalah seramai 154 orang dan melibatkan 4 aliran kursus iaitu Sarjana

Muda Sains serta Pendidikan (Kimia), Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Sains),

Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Fizik) dan Sarjana Muda Sains serta

Pendidikan (Matematik). Instrumen kajian adalah soal selidik dan skala likert telah

digunakan untuk mendapatkan maklumbalas jawapan dari responden. Segala data

yang diperolehi telah diproses dengan menggunakan perisian SPSS (Statistical

Package for Social Sciences) versi 11.0 untuk mendapatkan peratus dan min. Hasil

kajian ini menunjukkan bahawa penyediaan pelajar terhadap penggunaan Bahasa

Inggeris dalam pengajaran Sains dan Matematik melalui proses pengajaran dan

pembelajaran yang diamalkan oleh pensyarah Sains dan Matematik, tahap keyakinan

pelajar, penggunaan alat bantu mengajar di sekolah, sokongan persekitaran dari

Universiti Teknologi Malaysia dan juga tahap penyediaan pelajar itu sendiri.adalah

berada pada tahap yang lemah. Di akhir kajian ini, pengkaji telah mengemukakan

beberapa cadangan kepada pihak-pihak yang tertentu iaitu Universiti Teknologi

Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia dan sekolah untuk kebaikan bersama di

masa hadapan.

Page 9:  · Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam)

vi

ABSTRACTS

This research is determined with the aim to identify the preparation of Fourth

Years Bachelor Science with Education students towards the English usage in

teaching Science and Mathematic subjects. 154 students involved different types in

Science stream course namely Bachelor Science with Education (Chemistry),

Bachelor Science with Education (Science), Bachelor Science with Education

(Physics) and Bachelor Science with Education (Mathematics) as respondents. The

research instruments are questionnaires and 5 points scales were used to measure the

respondents feedback. The data collected are being processed with SPSS (Statistical

Package for Social Sciences) version 11.0 software to get the mean and percentage.

The result show that the students preparations was at the lower level which mean that

they are not prepare yet to teach Sciences and Mathematic in English. It also shows

that teaching and learning process practice by the Science and Mathematic lecturer,

student’s confidence, teaching aid tools in school, supported environmental from

university and students willingness itself are in the feeble situation. In final section,

the researcher had outlined a few suggestions to university, Ministry of Education

and school to improve student’s preparation for better education in future.

Page 10:  · Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam)

vii

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI RAJAH xiv

SENARAI LAMPIRAN xv BAB I PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 4

1.3 Pernyataan Masalah 5

1.4 Objektif Kajian 6

1.4.1 Objektif Am 6

1.4.2 Objektif Khusus 6

1.5 Persoalan Kajian 7

1.6 Kepentingan Kajian 8

1.6.1 Universiti Teknologi Malaysia 8

1.6.2 Sekolah 8

1.6.3 Kementerian Pendidikan Malaysia 8

Page 11:  · Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam)

viii

1.7 Batasan Kajian 9

1.8 Kerangka Kajian 9

1.9 Definisi Istilah 10

1.9.1 Penyediaan 10

1.9.2 Pelaksanaan 10

1.9.3 Bahasa Inggeris 10

1.9.4 Sains 11

1.9.5 Matematik 11

1.9.6 Pengajaran Dan Pembelajaran 11

1.9.7 Alat Bantu Mengajar 12

1.9.8 Penilaian 12

1.9.9 Sokongan Persekitaran 13

1.9.10 Keyakinan 13

1.10 Penutup 14

BAB II SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 15

2.2 Pelaksanaan Bahasa Inggeris 15

2.3 Guru Dan Kesediaan 17

2.4 Guru Dan Bahasa Inggeris 18

2.5 Program Pendidikan Kebangsaan Di Malaysia 21

2.5.1 Falsafah Pendidikan Kebangsaan 23

2.6 Program Pendidikan Di UTM 24

2.6.1 Program Pendidikan Bagi Pelajar

SPN, SPF, SPC Dan SPM. 26

2.7 Proses Pengajaran Dan Pembelajaran 27

2.8 Tahap Keyakinan 31

2.9 Sokongan Persekitaran 34

2.10 Alat Bantu Mengajar 37

Page 12:  · Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam)

ix

BAB III METODOLOGI PENYELIDIKAN

3.1 Pengenalan 42

3.2 Rekabentuk Kajian 42

3.3 Populasi 43

3.4 Instrumen Kajian 44

3.4.1 Bahagian A 46

3.4.2 Bahagian B 46

3.5 Kajian Rintis 49

3.5.1 Keesahan 49

3.5.2 Kebolehpercayaan 50

3.6 Prosedur Kajian 50

3.7 Analisa Data 51

3.7.1 Skala Min 52

3.8 Penutup 53

BAB IV ANALISA DATA 4.1 Pengenalan 54

4.2 DAPATAN KAJIAN : Bahagian A 55

4.2.1 Taburan Responden Mengikut

Umur 56

4.2.2 Taburan Responden Mengikut

Jantina 57

4.2.3 Taburan Responden Mengikut

Bangsa 57

4.2.4 Taburan Responden Mengikut

Agama 58

4.2.5 Taburan Keputusan Bahasa Inggeris

Dalam Peperiksaan SPM 59

4.2.6 Taburan Responden Mengikut Bahasa

Pengantar Semasa Sekolah Menengah 60

Page 13:  · Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam)

x

4.2.7 Taburan Responden Mengikut Aliran

Ketika Sekolah Menengah 60

4.2.8 Taburan Keputusan Peperiksaan

Matapelajaran UHB1212, UHB1222

Dan UHB1232 61

4.3 DAPATAN KAJIAN : Bahagian B 62

4.3.1 Persoalan Kajian 2 63

4.3.2 Persoalan Kajian 3 66

4.3.3 Persoalan Kajian 4 69

4.3.4 Persoalan Kajian 5 72

4.3.5 Persoalan Kajian 6 74

BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 77

5.2 Rumusan Dapatan 78

5.3 Perbincangan 79

5.3.1 Latarbelakang Pelajar-pelajar tahun

4 Sarjana Muda Sains serta Pendidikan

Di UTM 79

5.3.2 Proses Pengajaran Dan Pembelajaran

Yang Diamalkan Oleh Pensyarah

Sains Dan Matematik 81

5.3.3 Keyakinan Pelajar Untuk Mengajar

Dalam Bahasa Inggeris. 83

5.3.4 Kesesuaian Alat Bantu Mengajar

Di Sekolah 85

5.3.5 Persekitaran Sokongan Di UTM 87

5.3.6 Tahap Penyediaan Pelajar 89

5.4 Implikasi Kajian Dan Cadangan 90

5.5 Kesimpulan 92

Page 14:  · Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam)

xi

5.6 Cadangan 92

5.6.1 Universiti Teknologi Malaysia 92

5.6.2 Pihak Sekolah 93

5.6.3 Kementerian Pendidikan Malaysia 93

5.4 Cadangan Kajian Lanjutan 94

5.5 Penutup 94

RUJUKAN 95 LAMPIRAN Lampiran A

(Borang Soal Selidik) 98

Lampiran B

(Borang Keesahan isi Kandungan Instrumen Kajian) 99

Page 15:  · Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam)

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT 3.1 Kursus dan bilangan pelajar 44 3.2 Taburan skor mengikut Skala Likert 46 3.3 Contoh isi kandungan borang selidik 47 3.4 Item-item soalan mengikut pecahan

positif dan negatif 48

3.6 Kaeadah Analisis Persoalan Kajian 53 4.1 Bilangan Responden 55 4.2 Taburan Responden Mengikut Umur 56 4.4 Taburan Responden Mengikut Bangsa 58 4.5 Taburan Responden Mengikut Agama 58 4.8 Taburan Responden Mengikut Aliran

Ketika Sekolah Menengah 61

4.10 Skor Bagi Skala Liket 63

Page 16:  · Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam)

xiii

4.11 Taburan Responden Mengikut Peratus

Dan Min Bagi Proses Pengajaran dan

Pembelajaran Yang Diamalkan Oleh

Pensyarah Sains Dan Matematik Dapat

Membantu Pelajar Untuk Mengajar

Dalam Bahasa Inggeris. 64

4.12 Taburan Responden Mengikut Peratus

Dan Min Bagi Keyakinan Pelajar Untuk

Mengajar Di Dalam Bahasa Inggeris

Bagi Matapelajaran Sains Dan Matematik. 67

4.13 Taburan Responden Mengikut Peratus

Dan Min Bagi Alat Bantu Mengajar

Yang Disediakan Di Sekolah Bersesuaian

Dengan Pelaksanaan Bahasa Inggeris

Di Dalam Matapelajaran Sains Dan

Matematik. 70

4.14 Taburan Responden Mengikut Peratus

Dan Min Bagi Persekitaran Di UTM

Memberikan Sokongan Yang Sewajarnya

Kepada Pelajar Terhadap Pelaksanaan

Bahasa Inggeris Bagi Matapelajaran

Sains Dan Matematik. 73

4.15 Taburan Responden Mengikut Peratus

Dan Min Bagi Tahap Penyediaan

Pelajar-Pelajar Tahun 4 Sarjana Muda

Sains Serta Pendidikan Terhadap

Penggunaan Bahasa Inggeris Dalam

Pengajaran Sains Dan Matematik. 75

Page 17:  · Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam)

xiv

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

1.1 Kerangka kerja kajian. 9 3.5 Carta alir perjalanan kerja kajian 51 4.3 Carta Pai Taburan Responden

Mengikut Jantina 57

4.6 Graf Garis Taburan Keputusan Bahasa

Inggeris dalam Peperiksaan SPM 59

4.7 Carta Pai Taburan Responden Mengikut

Bahasa Pengantar Semasa Sekolah

Menengah 60

4.9 Taburan Keputusan Peperiksaan

Matapelajaran UHB 1212,UHB 1222

dan UHB 1232 62

Page 18:  · Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam)

xv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT A Borang Soal Selidik 98 B Borang Keesahan Isi Kandungan

Instrumen Kajian 99

Page 19:  · Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam)

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Di dalam konteks negara yang membangun, Malaysia berada di ambang

peralihan menuju ke arah era baru. Negara harus bersedia menghadapi pelbagai

kemungkinan dan ketentuan pada dekad ini. Tekanan terhadap persaingan

antarabangsa makin bertambah ketara dan kini ditambah pula dengan harapan

Wawasan 2020 yang memerlukan strategi pendidikan yang sedemikian mencabar.

Menurut Dr. Sidek bin Baba (1992), matlamat Wawasan 2020 ialah untuk

mewujudkan negara maju mengikut acuan sendiri. Acuan sendiri merujuk kepada

corak pendidikan yang dipilih dan menepati maksud fitrah. Maksud fitrah ialah

ukuran kecemerlangan bukan hanya dihubungkan dengan pencapaian akademik

semata-mata tetapi ia juga mengambil kira aspek peribadi.

Salah satu keupayaan yang perlu ada dalam diri individu untuk

merealisasikan Wawasan 2020 ialah mempunyai kebolehan untuk berkomunikasi

selain daripada Bahasa Malaysia iaitu boleh berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris.

Era globalisasi, k-ekonomi dan keperluan memanfaatkan teknologi komunikasi dan

maklumat (ICT) yang melanda dunia dewasa ini menuntut kepada keperluan

penguasaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa ilmu dan komunikasi global bagi

memudahkan kita berdaya saing di peringkat antarabangsa. Dari segi kedudukan

bahasa dunia yang utama, bahasa yang mempunyai paling ramai penuturnya ialah

Page 20:  · Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam)

2

Bahasa Mandarin iaitu sekitar 1.5 billion, diikuti Bahasa Sepanyol, Bahasa Inggeris

dan Bahasa Malaysia iaitu 250 juta sahaja (Khairul Ariffin Mohd Munir, 2000).

Kerajaan memberi penekanan serius terhadap penggunaan Bahasa Inggeris

dalam pendidikan di Malaysia. Ini kerana bahasa tersebut merupakan medium yang

digunakan sebagai pencetus teknologi daripada Barat yang mengunakan Bahasa

Inggeris sebagai bahasa perantaraannya.

Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai bahasa komunikasi sudah pun

dilaksanakan di kedua-dua peringkat persekolahan. Lain-lain bahasa tidak diberikan

tumpuan yang sama seperti Bahasa Inggeris. Walaupun begitu, sistem persekolahan

perlu mengemukakan alternatif yang membolehkan lain-lain bahasa diajar dengan

pelbagai cara selain daripada cara biasa yang diamalkan ketika ini.

Menurut Menteri Pendidikan, Tan Sri Musa Mohammad (Massa, 4 Nov 2000,

m.s. 12) menyatakan bahawa asas penguasaan bahasa berlegar kepada tiga asas

utama, pertama ialah membaca, kedua ialah menulis dan ketiga ialah bertutur.

Kebanyakan pelajar, khususnya pelajar Melayu lemah dalam aspek penulisan,

komunikasi atau pertuturan sekalipun mereka memahaminya. Beliau berpendapat

sistem pembelajaran yang ada sekarang sudah cukup tetapi perlu dimantapkan lagi

bagi memastikan pelajar mampu mengatasi kelemahan ini.

Sains dan Matematik merupakan suatu bidang ilmu yang sangat dinamik

dengan pelbagai inovasi dan penemuan baru berlaku hampir setiap hari melalui

penyelidikan dan pembangunan. Bidang ini merupakan asas penting kepada

kemajuan dan pembangunan negara. Sebahagian besar maklumat terkini mengenai

sains dan teknologi ditulis atau disampaikan dalam Bahasa Inggeris. Pendedahan

Bahasa Inggeris kepada pelajar akan menambahkan lagi pengetahuan mereka dalam

proses pencarian maklumat dan ilmu yang kebanyakkannya ditulis dalam Bahasa

Inggeris terutamanya yang berkaitan dengan Sains dan juga Matematik.

Page 21:  · Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam)

3

Pengajaran dalam Bahasa Inggeris akan dipraktikkan oleh semua guru-guru

yang mengajar matapelajaran Sains dan juga Matematik. Ini termasuklah juga kepada

pengajar-pengajar yang baru keluar dari Institut Pengajian Tinggi Awam,

termasuklah penuntut-penuntut lepasan dari Universiti Teknologi Malaysia yang

mengambil pengajian dalam jurusan Pendidikan Sains dan Matematik. Tetapi yang

menjadi kebimbangan sekarang, adakah pelajar-pelajar tersebut sudah bersedia untuk

keluar mengajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris.

Yang Dipertua Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia (GMGBM), Sanip

Suradi (2002) berkata, setiap guru dilatih asas penggunaan Bahasa Inggeris semasa

mereka menuntut di Maktab Perguruan atau Institusi Pengajian Tinggi. Katanya,

keupayaan mengajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris berkemungkinan

tidak menjadi masalah tetapi berkomunikasi dalam bahasa tersebut mungkin menjadi

halangan.

Oleh itu, pengajaran dengan menggunakan Bahasa Inggeris adalah satu

langkah bijak yang diambil oleh kerajaan untuk dilaksanakan di negara ini. Menurut

Dato` Dr. Zainal Abidin Wahid (2002), agak menghairankan kalau Pasukan

Keamanan Amerika Syarikat (American Peace Corps) boleh menguasai Bahasa

Melayu dalam tempoh 6 bulan belajar di Amerika Syarikat dan tiga hingga enam

bulan lagi bagi menyesuaikan bahasanya untuk mengajar di sekolah Bahasa Melayu

tetapi pelajar kita yang diwajibkan belajar Bahasa Inggeris selama sebelas tahun, dari

darjah satu hingga tingkatan lima, kebanyakannya tidak dapat bertutur dalam Bahasa

Inggeris dengan memuaskan.

Page 22:  · Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam)

4

1.2 Latar Belakang Masalah

Menurut Dato Seri Musa Mohamad (2002), sebahagian besar maklumat

terkini mengenai sains dan teknologi ditulis atau disampaikan dalam Bahasa

Inggeris. Oleh itu, pendedahan awal kepada Sains dan Matematik dalam Bahasa

Inggeris akan memberi peluang kepada pelajar untuk menguatkan lagi asas bagi

memperolehi maklumat dan ilmu terutama dalam bidang Sains dan Matematik, selain

menambah masa kontak terhadap Bahasa Inggeris.

Projek pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran bagi matapelajaran Sains

dan Matematik dalam Bahasa Inggeris akan dimulakan pada tahun 2003. Ini akan

melibatkan semua pelajar di sekolah rendah dan menengah, kecuali pelajar

Tingkatan 6.

Pelaksanaan penggunaan Bahasa Inggeris di dalam matapelajaran Sains dan

Matematik adalah usaha besar yang dirancang untuk meningkatkan taraf pendidikan

di dalam negara. Sejajar dengan perkembangan teknologi, perubahan-perubahan

yang besar dari segi pengajaran dan pembelajaran perlu dirancang untuk

dilaksanakan.

Berikutan itu, guru-guru pelatih harus mempunyai persediaan dari segi

mental dan fizikal untuk merealisasikan setiap perubahan. Persediaan adalah tidak

tertakluk kepada diri bakal guru terbabit itu sahaja tetapi juga melibatkan pihak

Institusi Pengajian Tinggi dan Maktab-maktab Perguruan di mana bakal guru

tersebut belajar.

Kurikulum bagi matapelajaran Sains dan Matematik di sekolah rendah dan

menengah akan diubahsuai supaya ianya selaras dengan apa yang dirancangkan.

Oleh itu, pihak Institusi Pengajian Tinggi dan Maktab Perguruan juga harus

mengubah kurikulum bagi kursus pendidikan Sains dan Matematik yang ditawarkan

supaya ianya selaras dengan kehendak kementerian dan juga sekolah.

Page 23:  · Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam)

5

Sejajar dengan usaha untuk membina budaya pengajaran dan pembelajaran

Sains dan Matematik yang baru, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia telah

menubuhkan Jawatankuasa Pelaksana bagi merangka strategi pelaksanaan

pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik di dalam Bahasa Inggeris.

1.3 Pernyataan Masalah

Untuk melaksanakan matapelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa

Inggeris, kemudahan prasarana dan persiapan mestilah lengkap sepenuhnya. Pihak

Kementerian juga haruslah memastikan bahawa tenaga pengajar bagi kedua-dua

matapelajaran ini iaitu matapelajaran Sains dan juga matapelajaran Matematik adalah

mencukupi, benar-benar mahir dan mampu melaksanakan tanggungjawab tersebut

dengan baik.

Sejajar dengan itu, bakal guru yang akan mengajar matapelajaran Sains dan

Matematik seharusnya sudah mempunyai kemahiran yang mencukupi dan keyakinan

diri yang sepenuhnya untuk melaksanakan program ini.

Sehubungan itu, pengkaji ingin membuat satu kajian mengenai “Penyediaan

Pelajar-Pelajar Tahun 4 Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan Terhadap Penggunaan

Bahasa Inggeris Dalam Pengajaran Matapelajaran Sains dan Matematik”

Penyediaan pelajar-pelajar akan dilihat dari segi latar belakang pelajar, proses

pengajaran dan pembelajaran yang diamalkan oleh pensyarah Sains dan Matematik,

tahap keyakinan, penggunaan alat bantu mengajar di sekolah, sokongan persekitaran

di Universiti Teknologi Malaysia dan tahap kesediaan pelajar itu sendiri.

Page 24:  · Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam)

6

1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian terbahagi kepada dua iaitu objektif am dan objektif

khusus.

1.4.1 Objektif am

Mengenalpasti tahap penyediaan pelajar-pelajar Tahun 4 Sarjana Muda Sains

serta Pendidikan terhadap penggunaan Bahasa Inggeris dalam pengajaran

matapelajaran Sains dan Matematik.

1.4.2 Objektif khusus

1.4.2.1 Mengenalpasti latar belakang pelajar-pelajar Tahun 4 Sarjana Muda

Sains serta Pendidikan dari segi jantina, keputusan Bahasa Inggeris

dalam peperiksaan SPM, pencapaian Bahasa Inggeris di UTM dan

jenis bahasa pengantar ketika sekolah menengah.

1.4.2.2 Mengenalpasti tahap kesesuaian proses pengajaran dan pembelajaran

yang diamalkan oleh pensyarah Sains dan Matematik dapat membantu

pelajar untuk mengajar dalam Bahasa Inggeris.

1.4.2.3 Mengenalpasti tahap keyakinan pelajar-pelajar Tahun 4 Sarjana Muda

Sains serta Pendidikan untuk mengajar dalam Bahasa Inggeris.

1.4.2.4 Mengenalpasti kesesuaian Alat Bantu Mengajar di sekolah untuk

digunakan dalam proses pengajaran sains dan matematik dalam

Bahasa Inggeris.

1.4.2.5 Mengenalpasti tahap sokongan persekitaran di UTM terhadap

kesediaan pelajar mengajar dalam Bahasa Inggeris.

Page 25:  · Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam)

7

1.4.2.6 Mengenalpasti tahap penyediaan pelajar-pelajar Tahun 4 Sarjana

Muda Sains serta Pendidikan terhadap penggunaan Bahasa Inggeris

dalam pengajaran Sains dan Matematik.

1.5 Persoalan Kajian

1.5.1 Apakah latar belakang pelajar Tahun 4 Sarjana Muda Sains serta

Pendidikan dari segi jantina, keputusan Bahasa Inggeris dalam

peperiksaan SPM, pencapaian Bahasa Inggeris di UTM dan jenis

bahasa pengantar ketika sekolah menengah?

1.5.2 Adakah proses pengajaran dan pembelajaran yang diamalkan oleh

pensyarah Sains dan Matematik dapat membantu pelajar untuk

mengajar dalam Bahasa Inggeris?

1.5.3 Adakah pelajar Tahun 4 Sarjana Muda Sains serta Pendidikan

berkeyakinan untuk mengajar dalam Bahasa Inggeris bagi

matapelajaran Sains dan Matematik?

1.5.4 Adakah Alat Bantu Mengajar yang disediakan di sekolah bersesuaian

dengan pelaksanaan Bahasa Inggeris di dalam matapelajaran Sains

dan Matematik?

1.5.5 Adakah persekitaran di UTM memberikan sokongan yang sewajarnya

kepada pelajar Tahun 4 Sarjana Muda Sains serta Pendidikan terhadap

pelaksanaan Bahasa Inggeris bagi matapelajaran Sains dan

Matematik?

1.5.6 Apakah tahap penyediaan pelajar-pelajar Tahun 4 Sarjana Muda Sains

serta Pendidikan terhadap penggunaan Bahasa Inggeris dalam

pengajaran Sains dan Matematik?