borang pengesahan status tesis - fp.utm.my · barisan pensyarah-pensyarah di fakulti pendidikan dan...

24
UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: KEBERKESANAN KAEDAH KOPERATIF DALAM PEMBELAJARAN BAHASA ARAB KOMUNIKASI TINGKATAN 2.” SESI PENGAJIAN: 2008/2009 Saya : ZURAIHAN BINTI SHAFII________________ (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malyasia seperti yang termaktub di dalam (AKTA RAHSIA RASMI 1972). TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan). TIDAK TERHAD Disahkan oleh ________________________ ____________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: DR. AZHAR BIN MUHAMMAD PT 1324, TAMAN IKHWAN, PANCHOR, KEMUMIN, Nama Penyelia 16100 KOTA BHARU,KELANTAN CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

Upload: others

Post on 03-Sep-2019

10 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · barisan pensyarah-pensyarah di Fakulti Pendidikan dan Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial (PPIPS) yang turut memberi sumbangan

UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

JUDUL

mengakUnivers 1. Tesi2. Perp

peng3. Perp

insti4. **S

_____ (TAN Alama PT 132 PANCH 16100 K

CATA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS : KEBERKESANAN KAEDAH KOPERATIF DALAM PEMBELAJARAN

BAHASA ARAB KOMUNIKASI TINGKATAN 2.”

SESI PENGAJIAN: 2008/2009

Saya : ZURAIHAN BINTI SHAFII________________ (HURUF BESAR)

u membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan iti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

s adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. ustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan ajian sahaja. ustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara tusi pengajian tinggi. ila tandakan ( )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau

kepentingan Malyasia seperti yang termaktub di dalam (AKTA RAHSIA RASMI 1972). TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan

oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan).

TIDAK TERHAD Disahkan oleh

___________________ ____________________ DATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

t Tetap: DR. AZHAR BIN MUHAMMAD 4, TAMAN IKHWAN, OR, KEMUMIN, Nama Penyelia OTA BHARU,KELANTAN

TAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

Page 2: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · barisan pensyarah-pensyarah di Fakulti Pendidikan dan Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial (PPIPS) yang turut memberi sumbangan

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah

Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam)

Tandatangan : _____________________

Nama Penyelia : DR. AZHAR BIN MUHAMMAD

Tarikh : 13 OKTOBER 2008

Page 3: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · barisan pensyarah-pensyarah di Fakulti Pendidikan dan Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial (PPIPS) yang turut memberi sumbangan

KEBERKESANAN KAEDAH KOPERATIF DALAM

PEMBELAJARAN BAHASA ARAB KOMUNIKASI TINGKATAN 2

ZURAIHAN BINTI SHAFII

AP050480

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada

syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan

(Pengajian Islam)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

13 OKTOBER 2008

Page 4: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · barisan pensyarah-pensyarah di Fakulti Pendidikan dan Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial (PPIPS) yang turut memberi sumbangan

ii

“ Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya adalah telah saya sertakan sumbernya.”

Tandatangan : _____________________

Nama Penulis : ZURAIHAN BINTI SHAFII

Tarikh : 13 OKTOBER 2008

Page 5: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · barisan pensyarah-pensyarah di Fakulti Pendidikan dan Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial (PPIPS) yang turut memberi sumbangan

iii

DEDIKASI

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Segala pujian atas limpah dan kurniaNya Tuhan sekalian alam

Selawat dan salam ke atas junjungan آNabi Muhammad SAW.

Teristimewa buat ayah dan bonda tersayang..

Shafii bin Daud

Rosiah binti Junus

Pengorbanan kalian amat bermakna buat anakanda

Kalian adalah insan yang tidak pernah jemu mendidik anakanda

Dari kecil hingga dewasa

Tidak mengenal penat melayani karenah anakanda

Sehingga dapat menjejak kaki di menara gading

Terima kasih ayah dan bonda….

Buat kakanda dan adinda-adindaku sekalian…

Fadhlina, Hafizi, Nordalila, Hafizulhilmi, Hafizulafiq & Syahida

Kalian adalah sumber semangatku..

Doaku untuk kalian tetap bersama…

Semoga kalian berjaya di dunia dan di akhirat…

Buat sahabat-sahabat tersayang

Jasa kalian akan ku kenang…

Semoga Allah memberkati kalian ….

Buat semua..

Terima kasih atas segala-galanya

Moga kalian berbahagia dalam rahmatNya

Page 6: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · barisan pensyarah-pensyarah di Fakulti Pendidikan dan Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial (PPIPS) yang turut memberi sumbangan

iv

PENGHARGAAN

Syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah

kurniaNya dan pertolonganNya penyelidikan yang dijalankan ini dapat disiapkan

dengan sepenuhnya. Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan jutaan penghargaan

kepada penyelia yang dihormati, iaitu Dr. Azhar bin Muhammad atas segala

sumbangan dari segi tunjuk ajar dan bimbingan yang telah diberikan sehingga

selesainya penulisan Projek Sarjana Muda (PSM) ini.

Sekalung penghargaan juga saya ucapkan kepada ayah, bonda serta seluruh

ahli keluarga yang banyak memberi dorongan, bantuan sama ada dari segi masa dan

kewangan sepanjang tempoh pengajian saya di UTM. Tidak lupa juga kepada

barisan pensyarah-pensyarah di Fakulti Pendidikan dan Pusat Pengajian Islam dan

Pembangunan Sosial (PPIPS) yang turut memberi sumbangan idea dan dorongan

kepada saya.

Jutaan terima kasih disampaikan kepada guru-guru dan para pelajar

Tingkatan 2P2 dan 2P3 di sekolah yang terlibat, Yayasan Islam Kelantan,

Perpustakaan Sultanah Zanariah, Pusat Sumber Fakulti PendidikanUTM,dan juga

beberapa institusi-institusi lain yang banyak membantu dalam menyumbangkan

maklumat-maklumat yang diperlukan dalam menyelesaikan penulisan (PSM) ini.

Tidak lupa juga kepada sahabat-sahabat perjuangan yang tidak pernah putus

memberi semangat serta semua pihak yang terlibat sepanjang menyiapkan projek

PSM ini

Dengan kerjasama daripada semua pihak, Projek Sarjana Muda ini dapat

disiapkan dengan jayanya. Semoga segala sumbangan dan bantuan yang diberikan

mendapat balasan yang baik daripada Allah SWT.

Page 7: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · barisan pensyarah-pensyarah di Fakulti Pendidikan dan Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial (PPIPS) yang turut memberi sumbangan

v

ABSTRAK

Kajian ini dibuat bertujuan mengkaji keberkesanan kaedah koperatif dalam

pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab Komunikasi Tingkatan Dua yang

dijalankan di salah sebuah sekolah Yayasan Islam Kelantan. Kajian ini

menggunakan kaedah eksperimental dengan dua instrumen kajian iaitu ujian dan soal

selidik. Responden kajian terdiri daripada 91 orang pelajar yang mewakili kumpulan

kawalan dan kumpulan eksperimen. Kedua-dua kumpulan menggunakan instrumen

ujian pra dan ujian pos. Manakala bagi soal selidik hanya diberikan kepada

kumpulan eksperimen yang terdiri daripada 45 orang pelajar. Ujian pra dan ujian

pos digunakan untuk mengkaji keberkesanan kaedah koperatif melalui pencapaian

pelajar dan juga bagi melihat perbezaan pencapaian yang diperolehi oleh kedua-dua

kumpulan. Wujudnya peningkatan pencapaian yang tinggi bagi pelajar kumpulan

eksperimen selepas mengalami proses P&P menggunakan kaedah koperatif. Data

soal selidik dianalisis dalam bentuk kekerapan, peratus dan min menunjukkan pelajar

daripada kelas eksperimen berminat terhadap kaedah koperatif yang dilaksanakan

dalam proses pembelajaran mereka. Ini terbukti melalui perolehan skor min yang

tinggi antara 3.71 hingga 4.42. Beberapa cadangan telah diutarakan agar kaedah ini

dapat dilaksanakan dengan jayanya dalam pengajaran bahasa Arab.

Page 8: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · barisan pensyarah-pensyarah di Fakulti Pendidikan dan Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial (PPIPS) yang turut memberi sumbangan

vi

ABSTRACT

This paper sets out to examine the effectiveness of the co-operative method in the

teaching and learning of Form Two Arabic Communication at one of the schools in

Yayasan Islam Kelantan. The experimental procedure using two types of

instrumentation, which are test and questionnaire, were used to gather data for this

study. The respondents comprised of 91 students which represents both the control

and experiment group. Both groups were administered with pre-test and post-test.

However, the questionnaires were only distributed to the experiment group of 45

students. The purpose of the pre-test and post-test was to determine the effectiveness

of the co-operative method through the students’ achievement and by comparing test

results of the two groups. It was found that there was a steep increase in students’

performance after using the co-operative method. Data from the questionnaires were

analysed in terms of frequency, percentage and min. Based on the min between 3.71

to 4.42, it was found that students from the experiment group favoured the co-

operative method in their learning. It is suggested that the co-operative method be

used in the teaching and learning of the Arabic language.

Page 9: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · barisan pensyarah-pensyarah di Fakulti Pendidikan dan Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial (PPIPS) yang turut memberi sumbangan

vii

ISI KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

PENGESAHAN STATUS TESIS

KELULUSAN PENYELIA

JUDUL

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

ISI KANDUNGAN vii

SENARAI GAMBAR RAJAH xii

SENARAI JADUAL xiii

SENARAI SINGKATAN xvi

BAB I PENGENALAN HALAMAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 2

1.3 Pernyataan Masalah 5

1.4 Objektif Kajian 6

1.5 Persoalan Kajian 6

Page 10: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · barisan pensyarah-pensyarah di Fakulti Pendidikan dan Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial (PPIPS) yang turut memberi sumbangan

viii

1.6 Kepentingan Kajian 7

1.7 Skop Kajian 7

1.8 Takrif Istilah 8

1.9 Kesimpulan 10

BAB II SOROTAN KAJIAN HALAMAN

2.1 Pengenalan 11

2.2 Sukatan Pelajaran Bahasa Arab 12

Komunikasi

2.3 Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa 15

Arab Berkesan

2.4 Kaedah Pengajaran 16

2.4.1 Kaedah Pengajaran Bahasa Arab 17

2.4.2 Kaedah Komunikatif 19

2.4.3 Kaedah Bercerita 20

2.4.4 Kaedah Perbincangan 21

2.4.5 Kaedah Kuliah 22

2.5 Kaedah Pembelajaran Secara 24

Koperatif

2.5.1 Prinsip Pembelajaran Koperatif 25

2.5.2 Ciri-Ciri Pembelajaran Koperatif 26

2.5.3 Model-Model Pembelajaran Koperatif 30

2.6 Kajian Tentang Pembelajaran Koperatif 36

2.6.1 Kajian Dalam Negara 36

2.6.2 Kajian Luar Negara 37

2.7 Kebaikan Kaedah Koperatif 38

2.7.1 Kebaikan Kaedah Koperatif Dalam 40

Mata Pelajaran Bahasa Arab Komunikasi

2.8 Kesimpulan 41

Page 11: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · barisan pensyarah-pensyarah di Fakulti Pendidikan dan Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial (PPIPS) yang turut memberi sumbangan

ix

BAB III METODOLOGI KAJIAN HALAMAN

3.1 Pengenalan 42

3.2 Reka Bentuk Kajian 43

3.3 Pengumpulan Data 45

3.3.1 Kajian Perpustakaan 45

3.3.2 Kajian Lapangan 46

3.4 Tempat Kajian 47

3.5 Populasi Kajian 47

3.6 Sampel Kajian 48

3.6.1 Kumpulan Eksperimen 49

3.6.2 Kumpulan Kawalan 49

3.7 Kerangka Konseptual Kajian 50

3.8 Instrumen Kajian 51

3.8.1 Ujian Bertulis 51

3.8.2 Kuiz 51

3.8.3 Soal Selidik 53

3.9 Prosedur Kajian Sebenar 55

3.10 Jangka Masa Kajian 57

3.11 Analisis Data 57

3.12 Kesimpulan 58

BAB IV DAPATAN KAJIAN HALAMAN

4.1 Pengenalan 59

4.2 Pencapaian Pelajar Kumpulan Eksperimen 60

Melalui Ujian

4.2.1 Pencapaian Pelajar Kumpulan Eksperimen 60

Melalui Ujian Pra

4.2.2 Pencapaian Pelajar Kumpulan Eksperimen 61

Melalui Ujian Pos

Page 12: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · barisan pensyarah-pensyarah di Fakulti Pendidikan dan Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial (PPIPS) yang turut memberi sumbangan

x

4.2.3 Pencapaian Pelajar Kumpulan Eksperimen 62

Melalui Ujian Pra dan Pos

4.3 Pencapaian Pelajar Kumpulan Kawalan 64

Melalui Ujian

4.3.1 Pencapaian Pelajar Kumpulan Kawalan 64

Melalui Ujian Pra

4.3.2 Pencapaian Pelajar Kumpulan Kawalan 66

Melalui Ujian Pos

4.3.3 Pencapaian Pelajar Kumpulan Kawalan 66

Melalui Ujian Pra dan Pos

4.4 Perbandingan Pencapaian Pelajar Kumpulan 68

Eksperimen dan Kumpulan Kawalan

Melalui Ujian Pra dan Pos

4.5 Analisis Data Menggunakan Soal Selidik 71

Bahagian A : Latar Belakang Responden (Pelajar)

4.5.1 Tahap Kepuasan Hati Pelajar Dalam 72

Pencapaian Ujian Pra

4.5.2 Tahap Kepuasan Hati Pelajar Dalam 72

Pencapaian Ujian Pos

4.6 Bahagian B : Maklum Balas Dari Pelajar 73

Kumpulan Eksperimen Mengenai Proses P&P

Yang Menggunakan Kaedah Koperatif

4.7 Rumusan Dapatan Ujian Pra dan Pos Serta 83

Soal Selidik

4.7.1 Rumusan Dapatan Ujian Pra Dan Pos 83

4.7.2 Rumusan Dapatan Soal Selidik 84

4.8 Kesimpulan 85

Page 13: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · barisan pensyarah-pensyarah di Fakulti Pendidikan dan Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial (PPIPS) yang turut memberi sumbangan

xi

BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN HALAMAN

DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 86

5.2 Perbincangan 86

5.2.1 Pencapaian Pelajar Eksperimen Melalui 87

Ujian Pos

5.2.2 Perbandingan Pencapaian Pelajar 88

Kumpulan Eksperimen Dan Kumpulan

Melalui Ujian Pra Dan Ujian Pos

5.2.3 Maklum Balas Dari Pelajar Kumpulan 88

Eksperimen Mengenai Proses P&P

Yang Menggunakan Kaedah Koperatif

5.3 Rumusan 90

5.4 Cadangan 90

5.4.1 Cadangan Untuk Kajian Lanjutan 92

5.5 Kesimpulan 93

SENARAI RUJUKAN 94-98

Page 14: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · barisan pensyarah-pensyarah di Fakulti Pendidikan dan Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial (PPIPS) yang turut memberi sumbangan

xii

SENARAI GAMBAR RAJAH

GAMBAR RAJAH TAJUK HALAMAN

Gambar rajah 2.1 Carta Alir Langkah-Langkah 35

Pengajaran STAD

Gambar rajah 3.1 Model Kerangka Konseptual Kajian 50

Eksperimental

Page 15: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · barisan pensyarah-pensyarah di Fakulti Pendidikan dan Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial (PPIPS) yang turut memberi sumbangan

xiii

SENARAI JADUAL

JADUAL TAJUK HALAMAN

Jadual 2.1 Perbezaan Pembelajaran Tradisional 30

dan Pembelajaran Koperatif

Jadual 3.1 Reka Bentuk Kajian Eksperimen 45

Jadual 3.2 Bentuk Soalan dan Agihan Pemarkahan 52

Jadual 3.3 Tahap Pemeringkatan Skor Di Dalam 53

Skala Likert

Jadual 3.4 Skala Min Mengikut Tahap Persetujuan 54

Jadual 3.5 Skala Min Mengikut Tahap Persetujuan 54

Yang dikategorikan Semula

Jadual 4.1 Jadual Gred Penilaian Bagi Ujian Pra Dan 60

Ujian Pos

Jadual 4.2.1 Jadual Kekerapan dan Peratus Ujian Pra 61

Bagi Kumpulan Eksperimen

Jadual 4.2.2 Jadual Kekerapan dan Peratus Ujian Pos 62

Bagi Kumpulan Eksperimen

Jadual 4.2.3 Jadual Kekerapan dan Peratus Ujian Pra 63

dan Ujian Pos Bagi Kumpulan Eksperimen

Jadual 4.3.1 Jadual Kekerapan dan Peratus Ujian Pra 65

Bagi Kumpulan Kawalan

Jadual 4.3.2 Jadual Kekerapan dan Peratus Ujian Pos 66

Bagi Kumpulan Kawalan

Jadual 4.3.3 Jadual Kekerapan dan Peratus Ujian Pra 67

dan Ujian Pos Bagi Kumpulan Kawalan

Page 16: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · barisan pensyarah-pensyarah di Fakulti Pendidikan dan Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial (PPIPS) yang turut memberi sumbangan

xiv

Jadual 4.4.1 Jadual Kekerapan dan Peratus Ujian Pra 68

Bagi Kumpulan Kawalan dan

Kumpulan Eksperimen

Jadual 4.4.2 Jadual Kekerapan dan Peratus Ujian Pos 70

Bagi Kumpulan Kawalan dan

Kumpulan Eksperimen

Jadual 4.5.1 Taburan Tahap Kepuasan Hati Pelajar 72

Dalam Pencapaian Ujian Pra

Jadual 4.5.2 Taburan Tahap Kepuasan Hati Pelajar 72

Dalam Pencapaian Ujian Pos

Jadual 4.6.1 Taburan Kekerapan, Peratusan dan 73

Min Pelajar Tentang Peningkatan

Pencapaian Bahasa Arab Komunikasi

Melalui Kaedah Koperatif

Jadual 4.6.2 Taburan Kekerapan, Peratusan dan Min 74

Pelajar Tentang Kaedah Pembelajaran Koperatif

Dapat Meningkatkan Kemahiran Membaca

Jadual 4.6.3 Taburan Kekerapan, Peratusan dan Min 75

Pelajar Tentang Minat Mereka Terhadap

Proses P&P Menggunakan Kaedah Koperatif

Jadual 4.6.4 Taburan Kekerapan, Peratusan dan Min 76

Pelajar Tentang Kaedah Koperatif Dalam

Mengembangkan Kemahiran Komunikasi

Dalam Kelas

Jadual 4.6.5 Taburan Kekerapan, Peratusan dan Min 77

Pelajar Tentang Kaedah Koperatif Dalam

Mewujudkan Sikap Tanggungjawab

Di Kalangan Pelajar

Jadual 4.6.6 Taburan Kekerapan, Peratusan dan Min 78

Pelajar Tentang Kaedah Koperatif Dapat

Mewujudkan Hubungan Positif Di Antara Pelajar

Jadual 4.6.7 Taburan Kekerapan, Peratusan dan Min Pelajar 79

Tentang Kaedah Koperatif Memberi Peluang

Terlibat Aktif Dalam Kelas

Page 17: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · barisan pensyarah-pensyarah di Fakulti Pendidikan dan Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial (PPIPS) yang turut memberi sumbangan

xv

Jadual 4.6.8 Taburan Kekerapan, Peratusan dan Min Pelajar 80

Tentang Kaedah Koperatif Membantu

Mengembangkan Kemahiran Bekerja Dalam

Kumpulan

Jadual 4.6.9 Taburan Kekerapan, Peratus dan Min Pilihan 81

Pelajar Mengenai Penggunaan Kaedah

Koperatif Dapat Membantu Dalam Memahami

Pelajaran Dengan Lebih Baik

Jadual 4.6.10 Taburan, Kekerapan dan Min Pilihan Pelajar 82

Mengenai Aplikasi Kaedah Koperatif Dalam

Semua Mata Pelajaran

Jadual 4.7.2 Purata Min Keseluruhan Bagi Soal Selidik 84

Page 18: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · barisan pensyarah-pensyarah di Fakulti Pendidikan dan Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial (PPIPS) yang turut memberi sumbangan

xvi

SENARAI SINGKATAN

KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

KBSR - Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah

Proses P&P - Proses Pengajaran dan Pembelajaran

PMR - Penilaian Menengah Rendah

KAA - Kelas Aliran Agama

SBP - Sekolah Berasrama Penuh

SWT - Subhanahu Wata’ala

STAD - Student Teams-Achievement Division

SPSS - Statistical Package For Social Science

Page 19: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · barisan pensyarah-pensyarah di Fakulti Pendidikan dan Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial (PPIPS) yang turut memberi sumbangan

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Bahasa Arab mempunyai kedudukan yang penting dan istimewa dalam

masyarakat Islam di Malaysia. Bahasa Arab merupakan bahasa keilmuan iaitu

bahasa peradaban pengajian Islam sejak zaman berzaman hingga kini. Tidak ada

sesiapa pun yang dapat menafikan sumber peradaban Islam yang berteraskan kepada

al-Quran, al-Hadith serta karya-karya Islam yang berbentuk penulisan oleh para

ulama dan cendikiawan Islam sebahagiannya adalah dalam bahasa Arab.

Bahasa Arab yang dipilih oleh Allah SWT untuk menjadi bahasa al-Quran

telah mendapat perhatian dalam masyarakat Islam untuk dipelajari dan dikuasai.

Perkembangannya telah diperluaskan dengan adanya kaedah-kaedah tertentu untuk

mempelajarinya yang telah banyak diaplikasikan dalam proses pengajaran dan

pembelajaran dalam bidang pendidikan. Kini, bahasa Arab sudah berjaya bertapak di

dunia antarabangsa seiring dengan perkembangan Islam. Hubungan antara bahasa

Arab dengan Islam juga dapat dilihat sebagai hubungan antara wasilah dan matlamat,

ataupun hubungan antara bekas dengan isinya (Khaled Ahmad Bani Omar, 2003: 1).

Page 20: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · barisan pensyarah-pensyarah di Fakulti Pendidikan dan Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial (PPIPS) yang turut memberi sumbangan

2

Di Malaysia pengajaran bahasa Arab telah dimulakan sejak sebelum zaman

merdeka. Malah untuk lebih tepat lagi ia bermula sejak kedatangan Islam ke Tanah

Melayu ketika itu sekitar kurun ketujuh. Pada hari ini, arus perubahan yang berlaku

dalam pengajaran bahasa Arab seiring dan selari dengan apa yang berlaku dalam

dunia pengajaran dan pembelajaran di sekelilingnya. Ia membawa maksud sebarang

perubahan dan inovasi yang berlaku di dunia luar hasil perkembangan teori

pengajaran, perubahan tersebut juga memberi kesan kepada bentuk pengajaran

bahasa Arab di negara ini. Pelbagai kaedah dan usaha yang telah digunakan dalam

mempelajari bahasa Arab sama ada di peringkat sekolah dan masyarakat luar bagi

memastikan proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab akan berjaya mencapai

wawasan dan matlamat untuk membolehkan pelajar menguasai kemahiran-

kemahiran berbahasa iaitu mendengar, bertutur, membaca dan menulis; menguasai

perbendaharaan kata dan meningkatkan kepekaan mereka bagi menggunakannya

dengan tepat serta meningkatkan penghayatan akhlak mulia dan nilai-nilai murni.

1.2 Latar belakang Masalah

Pembelajaran bahasa Arab mula diperkenalkan secara rasminya pada 1

Januari 1977 oleh Kementerian Pelajaran Malaysia seiring dengan penubuhan

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama di Malaysia. Perkembangan pembelajaran

bahasa Arab bukan sahaja berada di bawah tadbir Kementerian Pelajaran malah ada

juga ditadbir oleh rakyat yang menerima bantuan daripada Jabatan Hal Ehwal Agama

Islam dan juga di bawah Yayasan Negeri.

Di Malaysia, dapat dilihat sejak KBSM diperkenalkan pada tahun 1988,

program pembelajaran bahasa Arab di peringkat menengah telah diatur dan disusun

semula berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan di mana perkembangannya

haruslah sejajar dengan perkembangan perubahan teknologi dalam pendidikan agar

dapat bersaing dengan bahasa-bahasa lain. Perubahan yang berlaku juga memastikan

Page 21: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · barisan pensyarah-pensyarah di Fakulti Pendidikan dan Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial (PPIPS) yang turut memberi sumbangan

3

supaya bentuk pengajaran guru dipertingkatkan sejajar dengan perkembangan

semasa bagi memastikan keberkesanan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Keberkesanan sesuatu kaedah pengajaran bergantung kepada pengetahuan

guru terhadap objektif kursus, iaitu jenis-jenis kemahiran yang hendak dicapai, siapa

pelajarnya dan kemudahan-kemudahan yang wujud bagi mengendalikan kaedah yang

dipilih dengan teratur. Guru pula sewajarnya mengetahui semua kaedah pengajaran

dan pembelajaran yang wujud dengan tujuan memilih satu yang sesuai bagi tujuan-

tujuan pengajaran pada ketika dan peringkat tertentu.

Selain itu, melalui laporan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah 1995,

melaporkan antara kelemahan pelajar dalam kertas peperiksaan Bahasa Arab

Komunikasi ialah mereka tidak memahami makna perkataan dan struktur ayat,

walaupun tahap perkataan dan struktur ayat itu sesuai untuk tahap mereka. Pelbagai

faktor yang boleh menjadi penyebab mengapa berlakunya keadaan ini. Salah satu

langkah yang boleh diambil ialah kesedaran di kalangan guru. Mereka seharusnya

melengkapkan diri dengan pengetahuan berkaitan kaedah pengajaran agar dapat

menarik minat pelajar dalam mempelajari bahasa Arab.

Dengan wujudnya masalah dalam proses P&P yang menggunakan kaedah

“chalk and talk”, sudah seharusnya guru mencari alternatif yang terbaik bagi

membaiki keadaan tersebut demi memastikan matlamat yang telah ditetapkan dalam

mata pelajaran bahasa Arab terlaksana. Pelbagai kaedah pembelajaran yang boleh

diaplikasikan dan guru bebas memilih kaedah yang terbaik bagi menjamin

keberkesanan proses pengajaran mereka. Antara salah satu kaedah yang terbaik

adalah kaedah pembelajaran koperatif. Menurut Salvin (1995:2) dalam kajiannya

menyatakan bahawa kaedah pembelajaran koperatif adalah satu kaedah yang efektif

dalam setiap tahap pembelajaran dan beliau juga menyatakan bahawa kaedah

pembelajaran koperatif bukan lagi sesuatu yang baru dalam bidang pendidikan

kerana ia sudah lama diperkenalkan cuma sehingga sekarang tidak ramai di kalangan

guru menggunakan kaedah ini, tambahan pula penggunaannya hanyalah terhad

Page 22: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · barisan pensyarah-pensyarah di Fakulti Pendidikan dan Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial (PPIPS) yang turut memberi sumbangan

4

kepada tujuan-tujuan tertentu sahaja seperti dalam membuat laporan dan

membangunkan projek.

Kaedah pengajaran koperatif telah lama diamalkan di negara-negara maju.

Berdasarkan kajian yang telah dilakukan didapati pembelajaran koperatif mempunyai

kelebihan yang jauh lebih baik berbanding kaedah pengajaran tradisional yang

diamalkan di sekolah (Anuar Ahmad,1998: 167). Kaedah pengajaran dan

pembelajaran secara koperatif adalah satu kaedah yang boleh dilaksanakan kepada

semua peringkat pelajar bermula dari peringkat rendah hinggalah ke peringkat tinggi.

Ia dapat memberi kefahaman dan penguasaan pelajar dalam proses pembelajaran.

Manakala menurut Jan Terwel (2003:54) kaedah pembelajaran koperatif

adalah kaedah pembelajaran yang diperakui keberkesanannya dalam P&P. Ia

dikatakan berkesan kerana pembelajaran dilaksanakan dalam bentuk fleksibel dan

boleh diaplikasikan dalam mana-mana teori pembelajaran dan konteks pendidikan.

Selain itu konsep pembelajaran koperatif ini juga dibentuk dan dilaksanakan untuk

membangunkan hubungan sosial di kalangan pelajar melalui kumpulan kerja. Ini

kerana pembelajaran secara koperatif adalah corak pembelajaran yang dibentuk

dalam kumpulan dan ia sekaligus memberi kesan kepada kehidupan sosial pelajar.

Dalam kajian ini, penyelidik mencadangkan kaedah koperatif merupakan

salah satu langkah yang terbaik dan sesuai dilaksanakan oleh guru-guru dalam

membantu memberi kefahaman dan meningkatkan pencapaian pelajar di samping

dapat mewujudkan interaksi sosial yang merupakan salah satu elemen yang penting

dalam menghasilkan satu sesi P&P yang berkesan.

Page 23: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · barisan pensyarah-pensyarah di Fakulti Pendidikan dan Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial (PPIPS) yang turut memberi sumbangan

5

1.3 Penyataaan Masalah

Setiap sesuatu perkara tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan

masalah, begitu juga halnya yang berlaku dalam proses P&P bahasa Arab seperti

teknik pengajaran yang kurang berkesan, kelemahan guru sendiri, pelajar yang

kurang berminat terhadap mata pelajaran bahasa Arab dan lain-lain. Seharusnya

sebagai seorang guru, perlulah sentiasa melakukan perubahan dalam

mempelbagaikan teknik persembahan di dalam kelas. Ini bagi memastikan guru

tersebut benar-benar dapat melahirkan pelajar yang mempunyai daya intelek yang

tinggi.

Analisis Keputusan PMR Bahasa Arab Komunikasi bagi tahun beturut-turut

iaitu 1997,1998, dan 1999 jelas menunjukkan peratus pelajar yang memperolehi

pencapaian lemah dan gagal adalah agak besar. Pada tahun 1997 misalnya, peratus

pelajar yang mendapat gred D dan E ialah sebanyak 36.3 peratus (2031 orang).

Kemudian pada tahun 1998, peratus tersebut menurun sedikit kepada 32.3 peratus

(2100 orang). Tetapi telah meningkat semula kepada 33.6 peratus (2498 orang) pada

tahun 1999 (Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, Kementerian Pelajaran Malaysia

2000).

Menurut Anuar Ahmad (1998:168) melalui kajian yang dijalankan oleh Pusat

Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran pada tahun 1985 mendapati

bahawa 92 peratus guru di Malaysia masih mengamalkan kaedah pengajaran secara

kuliah. Antara alasan mengapa guru tidak melaksanakan pembelajaran secara

berkumpulan adalah kerana masalah kekangan masa.

Menurut laporan Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) 1992, antara faktor

yang mempengaruhi pencapaian prestasi pelajar ialah kaedah pengajaran yang

dipraktikkan oleh guru dalam bilik darjah. Kajian-kajian pendidikan yang terdahulu

mendapati bahawa antara sebab pelajar tidak berminat mengikuti pembelajaran

Page 24: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · barisan pensyarah-pensyarah di Fakulti Pendidikan dan Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial (PPIPS) yang turut memberi sumbangan

6

dalam kelas adalah kerana corak dan pola pengajaran guru membosankan mereka

(Anuar Ahmad, 1998; 164). Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi mengetahui dan

melihat sejauh mana perlaksanaan kaedah koperatif dalam proses P&P di sekolah.

1.4 Objektif Kajian

i. Mengetahui keberkesanan kaedah koperatif dalam pembelajaran

Bahasa Arab Komunikasi melalui pencapaian pelajar dalam ujian pos.

ii. Mengenal pasti perbezaan pencapaian pelajar dalam pembelajaran

Bahasa Arab Komunikasi menggunakan kaedah koperatif dengan

kaedah tradisional.

iii. Mengenal pasti pandangan pelajar terhadap kaedah koperatif dalam

meningkatkan pencapaian mereka.

1.5 Persoalan kajian

Kajian ini menumpukan kepada beberapa persoalan seperti:

i. Adakah wujudnya peningkatan pencapaian pelajar yang menggunakan

kaedah koperatif dalam ujian pos berbanding ujian pra?

ii. Adakah wujud perbezaan pencapaian antara pelajar yang

menggunakan kaedah koperatif dengan pelajar yang menggunakan

kaedah tradisional?

iii. Adakah pelajar yang berada dalam kelas eksperimen lebih berminat

menggunakan kaedah koperatif dalam pembelajaran mereka?