bmm 3107

21
NUR E’ZZATI BT. NORIZAN BMM 3107 1.0 PENGENALAN Bidang lingusitik merupakan bidang yang lama dikaji oleh pengkaji bahasa di Malaysia dan serata dunia. Pengkajian bidang ini adalah penting sejak dahulu hingga kini. Tidak hairanlah, subjek ini diajar di peringkat tinggi seperti di institusi pengajian tinggi, institut perguruan, hingga ke peringkat yang lebih rendah, iaitu di sekolah- sekolah. Jelasnya, subjek ini terus menjadi penting, walaupun negara telah menuju ke arah globalisasi yang menjadikan teknologi sebagai fokus utama. Walaupun pada masa ini, bidang teknologi diberi perhatian oleh kerajaan, namun ilmu linguistik terus diberi perhatian untuk mengimbangi keperluan rohaniah di kalangan rakyat. Pengantar Linguistik Bahasa Melayu merupakan salah satu bidang yang mengkaji ilmu linguistik secara amnya. Menurut Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), linguistik ialah kajian saintifik tentang bahasa dan berkaitan dengan bahasa. Menurut Kamus Dwibahasa (1981), linguistik merupakan bidang pengajian ilmu bahasa. Linguistik juga merupakan pengkajian sains mengenai bahasa kerana linguistik memenuhi syarat yang diperlukan seperti pengkajian sains yang lain. Konsep pemikiran dalam linguistik merujuk kepada bagaimana ilmu bahasa dan tatabahasa dihuraikan oleh ahli-ahli linguistik. Dengan perkataan lain, perbincangan tentang pemikiran dalam linguistik difokuskan kepada aliran yang menjadi pegangan tokoh- tokoh bahasa. Oleh itu, pemikiran dalam linguistik ini terbahagi kepada tiga orang tokoh iaitu Ferdinand de Saussure, Edward Sapir dan Leonard Bloomfield. Dalam tugasan kali ini, penulis telah diminta membandingbezakan pemikiran antara Edward Sapir, Leonard Bloomfield dan Ferdinand de Saussure kepada perkembangan ilmu bahasa melalui hasil kajian empirikal mereka serta membincangkan sejauhmana sumbangan ketiga-tiga tokoh tersebut kepada perkembangan ilmu linguistik sehingga kini. Penulis juga diminta membincangkan dan menghuraikan tentang ciri-ciri bahasa Melayu Saintifik dengan menunjukkan contoh-contoh yang sesuai. 1

Upload: nur-ezzati

Post on 23-Oct-2015

48 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

bahasa melayu

TRANSCRIPT

Page 1: BMM 3107

NUR E’ZZATI BT. NORIZAN BMM 3107

1.0 PENGENALAN

Bidang lingusitik merupakan bidang yang lama dikaji oleh pengkaji bahasa di

Malaysia dan serata dunia. Pengkajian bidang ini adalah penting sejak dahulu

hingga kini. Tidak hairanlah, subjek ini diajar di peringkat  tinggi seperti di

institusi pengajian tinggi, institut perguruan, hingga ke peringkat yang lebih

rendah, iaitu di sekolah-sekolah. Jelasnya, subjek ini terus menjadi penting,

walaupun negara telah menuju ke arah globalisasi yang menjadikan teknologi

sebagai fokus utama. Walaupun pada masa ini, bidang teknologi diberi

perhatian oleh kerajaan, namun ilmu linguistik terus diberi perhatian untuk

mengimbangi keperluan rohaniah di kalangan rakyat.

Pengantar Linguistik Bahasa Melayu merupakan salah satu bidang yang

mengkaji ilmu linguistik secara amnya. Menurut Menurut Kamus Dewan Edisi

Keempat (2005), linguistik ialah kajian saintifik tentang bahasa dan berkaitan

dengan bahasa. Menurut Kamus Dwibahasa (1981), linguistik merupakan

bidang pengajian ilmu bahasa. Linguistik juga merupakan pengkajian sains

mengenai bahasa kerana linguistik memenuhi syarat yang diperlukan seperti

pengkajian sains yang lain.

Konsep pemikiran dalam linguistik merujuk kepada bagaimana ilmu

bahasa dan tatabahasa dihuraikan oleh ahli-ahli linguistik. Dengan perkataan

lain, perbincangan tentang pemikiran dalam linguistik difokuskan kepada aliran

yang menjadi pegangan tokoh-tokoh bahasa. Oleh itu, pemikiran dalam

linguistik ini terbahagi kepada tiga orang tokoh iaitu Ferdinand de Saussure,

Edward Sapir dan Leonard Bloomfield.

Dalam tugasan kali ini, penulis telah diminta membandingbezakan

pemikiran antara Edward Sapir, Leonard Bloomfield dan Ferdinand de

Saussure kepada perkembangan ilmu bahasa melalui hasil kajian empirikal

mereka serta membincangkan sejauhmana sumbangan ketiga-tiga tokoh

tersebut kepada perkembangan ilmu linguistik sehingga kini. Penulis juga

diminta membincangkan dan menghuraikan tentang ciri-ciri bahasa Melayu

Saintifik dengan menunjukkan contoh-contoh yang sesuai.

1

Page 2: BMM 3107

NUR E’ZZATI BT. NORIZAN BMM 3107

2.0 BANDINGBEZA PEMIKIRAN ANTARA EDWARD SAPIR, LEONARD

BLOOMFIELD DAN FERDINAND DE SAUSSURE

2.1 Edward Sapir

Edward Sapir dilahirkan pada tahun 1884 di Lauenberg, Germany. Beliau dan

keluarganya berhijrah ke Amerika Syarikat pada tahun 1889 lalu menetap di

New York. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda pada tahun 1904 dan

kemudiannya mendapat Ph.D pada tahun 1909 dari Columbia Universiti. Di

universiti inilah pemikiran Edward Sapir telah diilhamkan daripada seorang ahli

antropologi iaitu Franz Boas (1858-1942). Karya terkemuka Franz Boas ialah

Handbook of American Indian Languages (1911-1922) yang menghuraikan

tentang fonetik, kategori makna dan proses gramatikal yang digunakan untuk

mengungkapkan makna.

Sehubungan dengan itu, Edward Sapir (1884-1939) merupakan pengikut

Boas yang berpendidikan Amerika yang juga seorang ahli antropologi yang

teah berjaya menghasilkan karya-karya bermutu dalam bidang fonologi. Dalam

buku Pengantar Linguistik Bahasa Melayu (2013:53) menerangkan bahawa

karya terulung Edward Sapir ialah Language (1921) yang menghuraikan

tentang tipologi bahasa. Beliau telah diberi gelaran sebagai Bapa Linguistik

Moden dan merupakan sarjana linguistik struktural dan antropologi.

Setelah mengkaji tokoh linguistik yang terkenal iaitu Edward Sapir,

pelbagai maklumat mengenai diri dan pemikiran beliau telah diketahui. Edward

Sapir merupakan tokoh yang terkemuka dalam linguistik struktur Amerika.

Beliau adalah orang pertama yang memeriksa dengan teliti hubungan-

hubungan antara kajian bahasa dengan antropologi. Perkaedahannya

mempunyai pengaruh yang kuat kepada semua penggantinya. Linguistik Sapir

tidak terhenti pada struktur bahasa, tetapi juga meliputi kawasan budaya,

sastera, mitologi, dan agama.

2

Page 3: BMM 3107

NUR E’ZZATI BT. NORIZAN BMM 3107

Secara ringkasnya, pemikiran Edward Sapir boleh dihuraikan seperti

yang berikut:

i.

ii.

iii.

iv.

2.2 Leonard Bloomfield

Selain daripada Edward Sapir, seorang lagi ahli linguistik Amerika yang

menyumbang dalam pemodenan ini, iaitu Leonard Bloomfield. Leonard

Bloomfield dilahirkan pada 1 April 1887 di Chicago, Amerika Syarikat. Beliau

merupakan ahli linguistik dan menjadi pengasas kepada Persatuan Linguistik

Amerika Syarikat. Bloomfield merupakan ahli linguistik yang mempelopori teori

behaviourisme yang berkait rapat dengan fahaman ahli psikologi dalam

menghuraikan bahasa. Bloomfield ialah pengikut yang amat terpengaruh

dengan pemikiran Sapir yang melalui kuliah dan karyanya mendominasi dunia

linguistik hingga akhir hayatnya.

Leonard Bloomfield (1887-1949) merupakan salah seorang ahli linguistik

struktural yang terkenal di Amerika Syarikat pada zamannya. Bloomfield

menggunakan konsep Ferdinand de Saussure sebagai asas pengkajian, iaitu

3

Beliau mengkaji hubungan bahasa dengan pemikiran manusia dari

aspek psikologi.

Beliau berpendapat psikologi mendasari pengkajian bahasa dalam

sains. Kesimpulan kajian beliau mendapati bahawa struktur bahasa

merupakan unsur yang menentukan struktur pemikiran manusia.

Menurut beliau, bahasa ialah sistem manusiawi yang instingtif, iaitu

bersifat arbitrari untuk menyampaikan perasaan dan fikiran. Buku

beliau bertajuk Language berbeza dengan Bloomfield kerana

menggunakan pendekatan antropologi yang melihat bahasa dari segi

fungsinya dalam masyarakat.

Merumuskan hasil pemikiran beliau ialah tiada bahasa yang

sempurna kerana bahasa akan sentiasa berubah.

Page 4: BMM 3107

NUR E’ZZATI BT. NORIZAN BMM 3107

dalam struktur bahasa. Beliau turut meneliti dua kejadian sejarah di Amerika

sehingga mencetuskan pemesatan perkembangan aliran struktural.

Selain menjadi seorang ahli linguistik, Bloomfield juga terkenal dengan

teori behaviorisme yang berakar daripada pemikiran Plato yang percaya

bahawa proses bahasa ini berpunca daripada proses peniruan atau mimetic.

Setiap perkataan yang dilafazkan pasti mempunyai struktur. Sebagai contoh,

sekiranya seseorang individu itu menyebut rumah, strukturnya mesti rumah,

bukan hamur atau maruh. Beliau lebih mengutamakan bahasa lisan sebagai

objek kajian dan menyebabkan wujudnya Linguistik Deskriptif.

Pemikiran linguistik Bloomfield bertentangan dengan Sapir kerana Sapir

berpendapat fonem sebagai satuan psikologis, manakala Bloomfield

berpendapat fonem merupakan satuan behavioral (Faridah Nasir dan Tuan Jah

Yusof, 2013: 54). Beliau melakukan penelitian atas dasar struktur bahasa yang

diteliti, kerana itu mereka disebut kaum strukturalisme dan pandangannya

disebut strukturalis. Selain itu, pemikiran linguistik beliau turut mengemukakan

fonologi, morfologi dan sintaksis sebagai bidang yang tiada kaitan antara satu

sama lain.

Secara ringkasnya, pemikiran Bloomfield boleh dihuraikan seperti

berikut:

i.

ii.

4

Beliau beranggapan bahawa bahasa sebagai pangkalan data

ucapan yang boleh mengeluarkan segala unit bahasa. Dengan

perkataan lain, ayat-ayat itu tersusun dalam otak dan dikeluarkan

apabila adanya rangsangan.

Rumusan beliau, sekiranya tingkah laku manusia lain berpunca

daripada adanya rangsangan atau stimulus, maka bahasa pun dapat

dilahirkan sebagai gerak balas atau respons terhadap rangsangan

itu.

Page 5: BMM 3107

NUR E’ZZATI BT. NORIZAN BMM 3107

iii.

2.3 Ferdinand De Saussure

Ferdinand Mongin de Saussure atau dengan panggilan nama yang terkenal

Ferdinand de Saussure merupakan salah seorang tokoh linguistik yang

terkenal berbangsa Swiss. Hasil-hasil kajian beliau masih digunakan sehingga

kini. Beliau juga dikenali sebagai “Bapa Linguistik Moden” kerana beliau

merupakan pengasas kepada linguistik moden. Beliau telah dilahirkan di

Geneva pada 26 November 1857 dan menghembuskan nafas terakhir pada 22

Februari 1913.

Beliau daripada keluarga protestan Perancis yang berhijrah dari daerah

Lorraine ketika perang agama pada akhir abad ke-16. Pada tahun 1870, beliau

belajar di Institut Martine, di Paris. Essai sur les langues merupakan karya

pertama beliau yang dipersembahkan kepada Pictet pada tahun 1872. Mula

belajar bahasa Sanskrit dan akhirnya, Saussure semakin tertarik pada kajian

terhadap bahasa dan mempelajarinya di Leipzig. Di institut tersebutlah beliau

telah menimba ilmu daripada tokoh linguistik iaitu Brugmann dan Hubschmann.

Melalui pemikiran linguistik, beliau telah membuat kajian dalam linguistik,

antaranya ialah linguistik perbandingan, linguistik deskriptif struktur dan

lingustik secara sinkronik serta diakronik. Menurut Faridah Nazir dan Tuan Jah

Tuan Yusof (2013), linguistik sinkronik merujuk kepada kajian terhadap sesuatu

bahasa tertentu dalam jangka masa tertentu. Manakala, linguistik diakronik pula

bermaksud kajian yang dijalankan berdasarkan perkembangan yang dilalui oleh

sesuatu bahasa. Ferdinand mengemukakan bahawa linguistik deskriptif

(sinkronik) haruslah dibezakan daripada linguistik historis (diakronik) kerana

kedua-duanya menggunakan pendekatan yang berlainan, khususnya dalam

menganalisis sesuatu bahasa. Beliau juga mengulas berkenaan tugas seorang

linguistik yang seharusnya bertindak sebagai mendeskripsikan cara-cara

5

Bloomfield turut berharap beranggapan bahawa bahasa ialah satu

tingkah laku manusia. Beliau memperlihatkan konsep saintifik dalam

kajiannya, iaitu suatu kenyataan yang menunjukkan bahawa semua

bahan kajian hendaklah dapat diperhatikan dan dianalisis secara

empirikal. Buku beliau yang popular ialah Language (1933).

Page 6: BMM 3107

NUR E’ZZATI BT. NORIZAN BMM 3107

seseorang itu bertutur dan menulis dalam bahasa yang dituturkan dan bukan

memberi keputusan kepada kaedah atau cara seseorang itu harus berbicara

atau bertutur.

Beliau juga berpendapat bahasa dibezakan antara hubungan

sintagmatik dan paradigmatik dalam sesuatu bahasa. Hubungan sintagmatik

merupakan peraturan penyusunan bahan bahasa menurut penyusunan secara

linear atau mendatar, manakala hubungan paradigmatik ialah keterampilan

memilih output bahasa yang paling sesuai untuk digunakan dalam keperihalan

keadaan tertentu untuk memenuhi tujuan komunikasi yang tertentu. Zulkifley

Hamid (2012) berpendapat sintagmatik melibatkan aspek nahu dan

paradigmatik pula melibatkan aspek kecekapan berbahasa.

Ferdinand juga menghuraikan bahasa merupakan sistem tanda yang

terdiri daripada signifier dan signified, iaitu penanda dan petanda. Kedua-dua

unsur saling berkaitan dan apabila satu daripada unsurnya berubah, maka

unsur yang lain juga akan berubah. Ferdinand berpendapat signifier bersifat

fizikal serta dapat ditaakuli oleh deria manusia, manakala signified ialah konsep

yang tidak berkaitan dengan bentuk-bentuk fizikal. Bermaksud, persepsi atau

idea dalam fikiran manusia adalah pelbagai. Signified juga melibatkan konsep

mental yang diperlukan untuk melakukan komunikasi antara individu dalam

masyarakat tersebut. Dengan kata lain, signified bersifat arbitrari yang diujarkan

oleh seseorang individu.

Secara ringkasnya, pemikiran Ferdinand de Saussure boleh dihuraikan

seperti yang berikut:

i.

ii.

6

Ketokohan beliau sebagai ‘Bapa Ilmu Linguistik Moden’ telah terbukti

melalui penemuan-penemuan konsep dan pendekatan baharu dalam

bidang bahasa secara moden.

Orang pertama yang mengemukakan konsep ‘langue’ dan ‘parole’.

Langue bermaksud loghat atau dialek dan parole bermaksud ciri-ciri

bahasa yang dituturkan atau diucapkan oleh individu dalam

masyarakat.

Page 7: BMM 3107

NUR E’ZZATI BT. NORIZAN BMM 3107

iii.

iv.

Berdasarkan penerangan tentang pemikiran daripada tokoh-tokoh di

atas, berikut merupakan secara ringkas persamaan dan perbezaan pemikiran

mereka terhadap bidang linguistik:

EDWARD

SAPIR

LEONARD

BLOOMFIELD

FERDINAND DE

SAUSSURE

PERSAMAAN

Ketiga-tiga tokoh merupakan “Bapa Linguistik Moden”

Pendekatan penelitian bahasa bersifat strukturalis dan fungsionalis.

Menghasilkan kajian empirikal tentang linguistik.

menghasilkan buku linguistik (Language) yang kini dijadikan sebagai bahan

rujukan.

PERBEZAAN

7

Tokoh pertama yang mengemukakan dan menekankan pentingnya

kajian bahasa dilakukan dari sudut yang berbeza-beza, iaitu secara

sinkronis (mengkaji bahasa pada suatu masa tertentu) dan diakronis

(mengkaji bahasa dari segi sejarah yang dilalui oleh bahasa serta

perubahan-perubahan yang dialami oleh sesuatu bahasa tertentu).

Ketokohan beliau adalah hasil penelitiannya sehingga menerbitkan

buku bertajuk Couse de Linguistique Generale pada tahun 1915.

Karya agung beliau adalah hasil daripada usaha pelajar-pelajarnya

yang telah mengumpul dan menyusun semula bahan-bahan kuliah

sehingga terhasilnya buku tersebut yang kemudiannya

diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris pada tahun 1959.

Page 8: BMM 3107

NUR E’ZZATI BT. NORIZAN BMM 3107

Bahasa bersifat arbitrari

yang menyampaikan

perasaan dan fikiran

seseorang

Bahasa sebagai pusat

dimana ucapan yang

diujarkan mempengaruhi

segala unit bahasa.

Kajian bahasa dilakukan

secara sinkronis dan

diakronis.

Pendekatan antropologi

digunakan untuk melihat

bahasa dari segi fungsi

dalam kalangan

masyarakat.

Tingkah laku manusia

mempengaruhi bahasa

disebabkan ransangan

yang ada.

Bahasa lisan lebih utama

daripada bahasa tulis.

Pemikiran manusia

mempengaruhi struktur

bahasa seseorang.

Ransangan

mempengaruhi ayat-ayat

yang dibina di dalam otak

dan dikeluarkan apabila

terdapat rangsangan.

Bahasa terdiri dari signifiant

(penanda) dan sigfnifie

(ditandai).

Mengkaji hubungan

bahasa dengan

pemikiran manusia dari

aspek psikologi.

Menyatakan bahawa

semua bahan kajian

hendaklah dianalisis.

Bahasa dibezakan antara

hubungan sintagmatik dan

paradigmatik dalam sesuatu

bahasa.

Tidak ada bahasa yang

sempurna kerana

bahasa akan sentiaa

mengalami

perkembangan.

Bahasa bergerak balas

terhadap ransangan

disebabkan tingkahlaku

manusia juga bergerak

balas terhadap

ransangan.

Bahasa adalah satu sistem

tanda-tanda atau lambang-

lambang yang arbitrari yang

digunakan untuk

menyampaikan idea

3.0 SUMBANGAN EDWARD SAPIR, LEONARD BLOOMFIELD DAN

FERDINAND DE SAUSSURE DALAM PERKEMBANGAN ILMU LINGUISTIK

8

Page 9: BMM 3107

NUR E’ZZATI BT. NORIZAN BMM 3107

3.1 Edward Sapir

Dalam bidang linguistik, Edward Sapir telah banyak menyumbang dalam aspek

antropologi bahasa yang diperkatakan oleh manusia serta naskhah Language

yang keseluruhannya meliputi tripologi bahasa. Linguistik Sapir tidak hanya

pada pengkajian struktur bahasa sahaja, malah ia juga meliputi beberapa

lapangan, iaitu budaya, agama, sastera dan metodologi.

Beliau telah memperkenalkan Hipotesis Sapir-Whorf hasil gabungan

pemikiran beliau dan anak muridnya Whorf. Hipotesis Sapir-Whorf menyatakan

bahawa pemikiran dan tingkah laku ditentukan (ataupun sekurang-kurangnya

dipengaruhi) oleh bahasa. Sekiranya ini benar, kemungkinan bahawa budaya

ditentukan oleh “newspeak” atau bahasa lain bukanlah fiksyen sains semata-

mata. Sejak permulaannya pada 1920-an dan 1930-an, teori Sapir-Whorf telah

mengundang kontroversi dan menggalakkan penyelidikan dalam pelbagai

bidang termasuk linguistik, psikologi, falsafah dan pendidikan. Sehingga hari ini

hipotesis itu masih belum dapat disanggah dan dipertahankan, tetapi

menggalakkan penyelidik diseluruh dunia.

Edward Sapir dan Benjamin Lee Whorf telah menekankan hubungan

antara bahasa, pemikiran, dan budaya. Kedua-duanya tidak menulis hipotesis

secara formal berserta formula empirik, tetapi melalui kajian yang mendalam

melalui penulisan mereka tentang linguistik, penyelidik telah menemui dua idea.

Pertama, satu teori linguistik penentuan (determinism) yang menyatakan

bahawa bahasa yang kita gunakan menentukan bagaimana kita akan

mengintepretasi dunia sekeliling. Kedua, satu teori linguistik relatif (relativism)

yang lebih lemah menyatakan bahawa bahasa mempunyai sedikit kesan dalam

mempengaruhi pemikiran kita terhadap realiti dunia.

Selain itu, Sapir juga menekankan fonem sebagai satuan psikologis. Ini

bermakna daripada bahasa dapat melahirkan perkataan-perkataan lain.

Bahasa juga bersifat distingtif yang boleh membezaka makna. Penekankan

fonem sebagai satuan psikologi kerana bahasa dapat melahirkan perkataan-

perkataan yang mengandungi lambang dan makna pada setiap ujaran

merupakan konsep yang lahir daripada pendapat Sapir ini. Sapir turut mengkaji

tentang perkaitan bahasa dengan makna. Bahasa lahir daripada interprestasi

9

Page 10: BMM 3107

NUR E’ZZATI BT. NORIZAN BMM 3107

individu terhadap persekitaran manusia. Dalam menjalankan kajian, Sapir juga

mengemukakan teori struktural tentang struktur bahasa. Ia merangkumi pola

dan binaan ayat. Struktur bahasa yang terbentuk biasanya terhasil daripada

pemikiran yang dibuat oleh manusia. Struktur bahasa yang diujarkan juga

dipengaruhi oleh sifat dan perwatakan seseorang. Oleh demikian, struktur

bahasa daripada teori struktural berpendapat bahawa proses kejiwaan terlibat

sama dalam pembentukan pemikiran idea-idea sebelum diujarkan. Struktur

bahasa yang dipersetujui hasil daripada pemikiran masyarakat inilah yang

membentuk alat perhubungan yang dipanggil bahasa.

Dasar teori Sapir menyatakan bahawa bahasa itu merupakan aktiviti

rohani, proses kejiwaan yang berulang-ulang untuk membentuk gagasan atau

pemikiran melalui bunyi yang berartikulasi. Setiap bahasa memiliki

keistimewaan iaitu lambang jiwa, tabiat dan sifat bangsa. Akibatnya timbul

keragaman bahasa dan perbezaannya. Seterusnya prinsip dasarnya

menyebutkan bahawa bahasa milik suatu bangsa menentukan pandangannya

terhadap dunia dan lingkungan sekitarnya melalui kategori gramatikal dan

klasifikasi semantik yang mungkin dalam bahasa yang diwarisinya bersama

kebudayaannya.

3.2 Leonard Bloomfield

Antara sumbangan Leonard Bloomfield ialah melalui penulisan buku An

Introduction to Linguistic Science pada tahun 1914. Artikel beliau banyak

diterbitkan dalam jurnal Language yang dihasilkan oleh Linguistic Society of

America tahun 1924. Pada tahun 1933, Bloomfield menerbitkan buku Language

yang mengungkapkan pandangan behaviourismenya berkaitan dengan fakta

bahasa iaitu stimulus-response ataupun ransangan dan tindak balas. Teori ini

dimanfaatkan oleh Skinner (1957) dari Universiti Harvard dalam pengajaran

bahasa melalui teknik drill.

Linguistik Taksonomik yang diperkenalkan oleh Bloomfield menganalisis

bahasa secara bahagian-bahagian tertentu. Bloomfield dalam teorinya

berpendapat fonologi, morfologi, dan sintaksis merupakan berada pada bidang

yang sama tetapi tidak berkaitan antara satu sama lain. Selain itu, analisis

bahasa yang dilakukan oleh Bloomfield ini juga menjelaskan bahawa bahasa

10

Page 11: BMM 3107

NUR E’ZZATI BT. NORIZAN BMM 3107

terdiri daripada sejumlah tanda-tanda berupa unsur vokal yang dikenali sebagai

fonem. Analisis dilbuat dalam fonologi, morfologi dan sintaksis untuk melihat

hubungan bahagian-bahagian tersebut dalam bahasa. Oleh demikian,wujudlah

linguistik taksonomik hasil daripada analisis yang dibuat oleh beliau.

Menurut teori Bloomfield, sebuah fonem adalah bahagian yang beraneka

ragam dari propertifonetik, iaitu unit minimum daripada sebuah identiti suara

tertentu, yang ketika diinterpretasikan, mempunyai satu set elemen tersendiri

secara fonetik. Selain itu, Bloomfield beranggapan morfem adalah unit

tatabahasa terkecil. Morfem terdiri dari serangkaian fonem, dan fonem-fonem

tersebut membentuk sebuah representasi, iaitu bentuk dasar dan morfem tanpa

perlu adanya penerangan.

3.3 Ferdinand de Saussure

Ferdinand de Saussure (1857-1913) merupakan seorang ahli linguistik yang

memulakan kajian tentang linguistik deskriptif. Pada awalnya, beliau lebih

cenderung dalam bidang linguistik sejarah dan perbandingan. Hashim Hj. Musa

(1994) berpendapat bahawa aliran linguistik formal atau struktural ini bertujuan

untuk membebaskan kajian linguistik daripada cengkaman kaedah historis

(sejarah) dan komparatif (perbandingan). Oleh hal yang demikian, pemikiran

beliau telah berkembang dengan pesat serta mendapat perhatian yang meluas

dan menerima ramai pengikut hasil daripada pemikiran yang dibawa oleh

beliau.

Sumbangan pemikiran de Saussre telah mewujudkan dua aliran

pemikiran iaitu di Eropah dan di Amerika. Di Eropah, aliran pemikiran ini

dikenali sebagai aliran Praha iaitu aliran yang menumpukan kajian linguistik

dalam bidang fonologi. Hasil daripada pemikaran ini, wujud Teori Fonologi

Struktur Fungsional. Aliran pemikiran ini telah mengembangkan konsep fonem.

Mereka telah menggolongkan bunyi-bunyi bahasa dalam Parole dan fonem

dalam bahasa. Sistem fonologi digolongkan dengan pelbagai cara menurut ciri-

ciri yang membezakan fonem komponennya.

11

Page 12: BMM 3107

NUR E’ZZATI BT. NORIZAN BMM 3107

Di Amerika pula idea Ferdinand de Saussure diteruskan lagi oleh tokoh-

tokoh lain seperti Leonard Bloomfield, Eugene Nida, Bernard Bloch, George L

Trager, Rulon Wells III,dan Zellig Harris. Akhirnya,. satu siri kongres ahli

bahasa antarabangsa dibentuk secara rasmi pada tahun 1928 untuk

perkembangan bidang linguistik am. Kongres ahli bahasa yang dibentuk ini

bertujuan menjadi pusat perbincangan dan perkembangan bidang linguistik

yang berlaku di seluruh dunia.

Beliau mempunyai dua pengaruh besar dalam linguistik moden.

Pengaruh beliau yang pertama adalah dari segi penulisannya yang telah

dikarang oleh beliau di antara 1878-1924 dalam bentuk memoir. Beliau telah

membicarakan darihal sistem vokal primitif dalam bahasa proto Indo-Eropah.

Kedua pula ialah beliau telah membezakan di antara langue dan parole.

Langue merupakan keseluruhan yang terkumpul dalam sesuatu bahasa, iaitu

suatu sistem yang abstrak yang digunakan sebagai rujukan oleh setiap penutur

dalam sesuatu masyarakat bahasa. Parole pula merupakan tingkah laku

pertuturan sebenarnya yang dilakukan oleh penuturnya, iaitu suatu bentuk

bahasa yang dikawal oleh seseorang dan wujud pada suatu masa dan tempat

tertentu.

De Saussure membezakan antara langue dan parole kerana bagi beliau,

apabila seseorang pengkaji bahasa cuba mengaitkan apa-apa bidang yang

berkaitan dengan linguistik untuk mengkaji bahasa, keadaan akan menjadi

sangat bercelaru. Maka objek yang koheren perlu disisihkan untuk

memudahkan pengkajian linguistik dilakukan. Dalam hal ini, apabila seseorang

pengkaji hanya menumpukan pengkajian terhadap satu objek sahaja, misalnya

Langue yang merupakan satu sistem yang mempunyai satu set rumus yang

mengawal penghasilan ayat yang gramatis, maka para pengkaji bahasa akan

tahu apa yang cuba direkonstruksikannya.

Seterusnya beliau mencontohkan metaforanya yang amat terkenal

tentang buah catur dan kereta api yang masing-masing dikenal pasti dan

diketahui kedudukannya dalam sistem keseluruhan , iaitu sistem permainan itu

atau sistem rangkaian kereta api, dan bukannya daripada kandungan yang

sebenar. Beliau juga berpendapat bahawa bahasa memiliki bahan dan bentuk.

12

Page 13: BMM 3107

NUR E’ZZATI BT. NORIZAN BMM 3107

Bunyi yang dituturkan merupakan bunyi garis-garis lakar yang dikatakan

sebagai bahan grafik dan lain-lain bagi sesuatu bahasa itu. Bentuk pula

merupakan pola-pola perhubungan yang abstrak (ditentukan oleh bahasa ke

atas bahannya).

Sumbangan Ferdinand de Saussure yang seterusnya ialah tentang

tanda pada linguistik. Menurut De Saussure, tanda linguistik merupakan satu

unit yang abstrak yang tidak seharusnya dikelirukan dengan urutan bunyi fizikal

yang dihasilkan dan juga rujukan sesuatu benda yang digambarkan. Unit

bahasa sebagai sistem yang mestilah didefinisikan secara formal dan dengan

istilah yang berbeza. Perbezaan tanda linguistik terhasil daripada cantuman

antara satu penanda dan yang ditandai kerana dipengaruhi oleh pemikiran,

persekitaran dan makna yang dipersetujui oleh masyarakat. Maksudnya, tanda

linguistik wujud apabila hubungan antara satu penanda dan yang ditandai

mempunyai kaitan antara sama sama lain. Sebagai contoh, gambar lampu

merupakan yang ditandai manakala perkataan lampu merupakan penanda bagi

objek berkenaan.

Selain itu, Ferdinand De Saussure juga berjaya membezakan antara

kajian bahasa secara sinkronik dan kajian bahasa secara diakronik. Kajian

bahasa secara sinkronik ialah kajian bahasa yang dilakukan dalam satu jangka

masa tertentu sahaja. Manakala, kajian bahasa secara diakronik pula ialah

kajian yang cuba mencari evolusi pensejarahannya melalui pelbagai peringkat.

Alkisahnya, menurut Ferdinand de Saussure, pengkajian sesuatu bahasa itu

perlu dilakukan secara sinkronik sebab sistem item dalam sesuatu bahasa

adalah berkaitan dan item itu pula ditentukan oleh tempatnya, dan bukan

sejarahnya.

4.0 CIRI-CIRI BAHASA MELAYU SAINTIFIK

13

Page 14: BMM 3107

NUR E’ZZATI BT. NORIZAN BMM 3107

Bahasa Melayu Saintifik tidak hanya terhad kepada pengertian Sains (Fizik,

Kimia, Matematik, Biologi dan sebagainya) tetapi juga bidang sains sosial.

Sehubungan dengan otu, perkataan “saintifik” mempunyai maksud yang sama

dengan perkataan “akademik”. Bahasa saintifik juga turut dikenali sebagai

bahasa akademik merupakan bahasa yang wujud dengan munculnya pelbagai

bidang bahasa. Bahasa ilmu ialah bahasa yang digunakan untuk mengungkap

ilmu dan memiliki ciri-ciri yang tersendiri. Sehubungan dengan itu, terdapat

bukti bahawa bahasa Melayu sudah menjadi bahasa ilmu yang mampu

memperkatakan pelbagai bidang ilmu sejak abad ke-7 Masihi lagi.

Kemudian, pada abad ke-14 Masihi, selepas kedatangan Islam ke Alam

Melayu terdapat banyak manuskrip dan buku atau kitab Melayu yang

menunjukkan kewujudan ilmu SAKTI (sains, kesihatan, kejuruteraan dan

teknologi). Seterusnya, pada zaman moden ini, bahasa Melayu mampu untuk

membahas pelbagai lagi bidang ilmu seperti falsafah, agama, sains dan

teknologi.

Bahasa Melayu saintifik sebenarnya ialah bahasa akademik atau bahasa

ilmu sebab keupayaannya mengungkapkan pelbagai bidang ilmu seperti ilmu

sains (sains tabii, sains fizikal, sains perubatan, sains sosial) dan bidang ilmu

yang lain, Menurut Asmah Haji Omar (1987), konsep saintifik tidak terhad

kepada pengertian sains seperti fizik, kimia, biologi, dan matematik, malah

merangkumi juga bidang-bidang seperti sains sosial. Justeru, konsep bahasa

Melayu saintifik mempunyai pengertian yang sama dengan konsep bahasa

akademik atau ilmu.

Sebagai bahasa akademik, bahasa Melayu saintifik mempunyai laras

bahasa khususnya untuk memperkatakan pelbagai bidang ilmu misalnya,

bidang perubatan. Sebagai bahasa ilmu bahasa Melayu saintifik juga

mempunyai perbendaharaan kata, istilah dan bahasa yang sesuai untuk

mengungkapkan konsep dan pemikiran tentang hal-hal perdagangan

antarabangsa, perindustrian ringan dan berat, perniagaan saham, pengurusan

perakaunan dan perangkaan. Selain itu, bahasa Melayu saintifik juga

mempunyai ciri-ciri keintelektualan dan kesempurnaan bahasa melalui

14

Page 15: BMM 3107

NUR E’ZZATI BT. NORIZAN BMM 3107

perbendaharaan kata dan sistem tatabahasanya yang mantap (Pengantar

Linguistik Bahasa Melayu, 2013:111).

Bahasa Melayu saintifik antara lain cirinya adalah dengan menggunakan

istilah-istilah sesuai yang boleh dibuktikan secara emperikal dan boleh

menghuraikan sesuatu konsep yang berfokus kepada penghuraian bahasa.

Istilah-istilah dapat menerangkan struktur, sistem dan pola-pola bahasa

sesempurna yang mungkin. Penggunaan istilah-istilah ini penting kerana

dengan langsung dapat merujuk kepada benda-benda, peristiwa-peristiwa,

objek-objek, sifat-sifat dan konsep-konsep dan sebagainya yang diperlukan

dalam penghuraian sesuatu fenomena. Tambahan itu, bahasa Melayu ilmiah

menggunakan istilah-istilah teknikal dalam penghuraian bahasa supaya ia

wujud sebagai subjek yang diselidiki dengan segala sifatnya yang saintifik.

Secara amnya, bahasa adalah suatu bidang kajian yang saintifik kerana

penyelidikannya yang bersifat empirikal, tepat dan mempunyai objektif tertentu.

Perkataan saintifik dan akademik sebenarnya mempunyai maksud yang

sama. Bahasa Melayu saintifik sebenarnya mempunyai satu ciri utama iaitu

fungsinya sebagai rujukan melalui penggunaan istilah, gaya dan laras bahasa

sesuatu bidang tertentu. Berikut merupakan contoh-contoh petikan yang

menunjukkan penggunaan istilah, gaya dan laras bahasa:

Berdasarkan petikan di atas, laras bahasa yang digunakan ialah laras

bahasa sastera. Laras ini berfungsi sebagai media untuk menyampaikan

mesej, pengalaman dan bentuk perasaan kepada pembaca.Ia merupakan

saluran untuk mengungkapkan ekspresi dan pemikiran, memperlihatkan nilai

seni dan estetika yang tergabung dalam satu bentuk pemakaian yang segar

lagi bertenaga. Karya kreatif ini biasanya wujud dalam bentuk-bentuk prosa

15

Apabila berbicara mengenai kesusasteraan, kita sebenarnya akan

membincangkan beberapa aspek seperti tema, kronologi, mesej yang

ingin disampaikan, watak dan perwatakan unsur termasuk

personifikasi dan metafora.

(Petikan daripada novel, Perkarangan Tempur)

Page 16: BMM 3107

NUR E’ZZATI BT. NORIZAN BMM 3107

(cerita, cerpen dan novel), puisi (syair, pantun, sajak) dan drama (filem, teater,

dan pementasan). Laras bahasa sastera yang bermutu tinggi memerlukan

kejelasan, perpautan, kesatuan serta bentuk gaya yang dipelbagaikan.

Laras bahasa yang memperkatakan bidang sastera mengandungi istilah-

istilah teknikal yang mempunyai makna yang khusus. Istilah-istilah ini bersifat

teknikal dan digunakan dalam memperkatakan aspek-aspek tertentu yang

berkaitan dengan karya sastera. Penggunaan istilah-istilah ini menjadi penanda

laras bahasa sastera yang nyata. Istilah tersebut tidak digunakan dalam bidang

ilmu yang lain. Contohnya istilah Imbas kembali, Imbas muka, watak

protoganis, dialog, sudut pandangan orang ketiga, hiperbola, personifikasi,

klimaks, tema, analogi, rima dan sebagainya. Perkataan yang dihitamkan di

dalam petikan novel di atas merupakan contoh penggunaan istilah dalam laras

bahasa sastera.

Dari segi tatabahasa, morfologi dan sintaksis merupakan aspek yang

penting dalam laras bahasa sastera. Aspek morfologi merangkumi

pengimbuhan, manakala aspek sintaksis meneliti penggunaan bentuk, struktur,

dan binaan ayat. Pengimbuhan dalam karya-karya sastera mencakupi bentuk

imbuhan awalan, apitan, dan sisipan.

Huruf yang dihitamkan di atas menunjukkan bentuk imbuhan awalan,

apitan dan akhiran. Ayatnya pula terdiri daripada pelbagai ragam, ada ayat

tergantung, dan ayat susunan songsang. Berikut merupakan contoh

penggunaan ayat tergantung dan ayat susunan songsang:

16

“Pak cik masih mengharapkan keadaan yang harmoni dalam rumah.

Rumah itu diduduki dengan doa selamat. Jangan wujudkan sebarang

gejala yang bertentangan dengan kesucian doa itu.” Pak cik menyudahkan

pesannya.

(Petikan daripada novel Norhana, karya Rahman Shaari)

Page 17: BMM 3107

NUR E’ZZATI BT. NORIZAN BMM 3107

Selain itu, unsur penggandaan dan klitik ‘ku’, ‘mu’, dan ‘kau’ juga lazim

digunakan.

4.0 Penutup

Gaya bahasa laras bahasa sastera memperlihatkan manipulasi struktur

sintaksis, pemilihan bahasa figurative, ungkapan, peribahasa, kiasan dan

sindiran serta unsur-unsur stilistik yang lain. Bentuk dialog juga boleh

digunakan. Berikut merupakan contoh ayat bersifat konotasi:

Berikut pula merupakan contoh penggunaan ayat pendek, tegas dan

pengulangan:

17

Betapa tidak rugi, bapa, kerana bagi berpindah daripadanya itu tiadalah

menaruh beberapa keberatan dan kerugian lain daripada ditakuti khayal-

khayal yang tidak berhakikat yang tidak bermakna, istimewa bahawa

government kita telah berlelah paya dan telah berugi-rugi mengusahakan

beberapa sebab-sebab yang boleh menjadi contoh perbandingan dan

yang boleh menjadi iktibar seperti sekolah-sekolah dan lain-lain

sebagainya.

(Petikan daripada novel: Lakah Salmah)

pulangkan kembali

pada saat ini

gerak yang sejak dulu kaukumpul

warna-warna yang kautusuk ke dada dinding

kata-kata yang kaubenam ke mulut almari

(Petikan daripada sajak Pulangkan Kembali karya Latiff Mohidin)

“Hari telah tua. Air sungai Usar menerima pantulan sepah matahari sore

yang merah pekat, juga warna kelam pangkal malam.”

(Petikan daripada novel Arus, karya Anwar Ridhwan)

Page 18: BMM 3107

NUR E’ZZATI BT. NORIZAN BMM 3107

Selain itu, laras bahasa sastera juga banyak menggunakan istilah

personifikasi dan metafora. Perkataan yang dihitamakan dalam petikan novel di

bawah merupakan contoh penggunaan istilah personifikasi dan metafora.

Kesimpulannya, sesuatu laras bahasa merupakan satu variasi bahasa

yang dicicirkan oleh pemilihan kata, frasa dan ayat yang dituturkan atau ditulis

bergantung kepada siapa kita berhubung, cara kita berhubung dan bidang

pengkhususan yang diperkatakan. Bagi laras bahasa sastera, laras ini

mempunyai perbezaan yang amat jauh dengan laras bahasa saintifik. Oleh itu,

ciri-ciri khusus bahasa teknikal seperti penggunaan gambar rajah, graf, jadual,

carta dan lain-lain tidak terdapat dalam laras bahasa sastera. Sebaliknya,

unsur-unsur ketaksaan, iaitu kekaburan dan ketidakjelasan sengaja

dimasukkan bagi pembaca membuat tafsiran masing-masing.

18

Gagasan tentang tamu:

Tamunya kali ini seorang yang agung

Tamu itu juga pelanggannya

Langganan yang diimpikannya selama ini.

Sekalipun cukuplah kunjungan tamu agung

itu kepadanya.

Tamu itu seorang menteri.

(Petikan daripada cerpen Tamunya Seorang Menteri, karya S.Othman Kelantan)

“…gema itu tending-menendang, berpuing-puing mencetuskan bahana-

bahana yang lain. Bahana-bahana itu terus beranak dan bercucu…seribu

garis bahana menyirat dinding-dinding tengkoraknya yang besar.”

(Petikan daripada novel Daerah Zeni, karya A.Samad Said)

Page 19: BMM 3107

NUR E’ZZATI BT. NORIZAN BMM 3107

5.0 PENUTUP

Dalam Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat, linguistik boleh didefinisikan

sebagai kajian saintifik tentang bahasa. Menurut Abdullah Hassan (2009),

kajian bahasa merupakan satu kajian yang sama dengan bidang-bidang kajian

sains yang lain yang memerlukan pemerhatian yang teliti dan mendalam.

Kajian bahasa memerlukan undang-undang dan syarat-syarat tertentu

berdasarkan teori- teori yang tertentu. Dengan perkataan lain, kajian bahasa

mestilah dilakukan berdasarkan data-data yang empirikal dan dapat dijadikan

satu kenyataan. Hasil analisis yang dijalankan mestilah konsisten iaitu tidak

bercanggah antara satu sama lain.

Zaman perkembangan ilmu linguistik dalam abad ke-20 boleh dianggap

sebagai zaman perkembangan linguistik moden. Kajian linguistik pada zaman

ini dijalankan berdasarkan kaedah penyelidikan sains. Ramai ahli bahasa yang

telah muncul dalam zaman ini dengan membawa pelbagai pembaharuan dalam

aspek pengkajian bahasa. Antara ahli bahasa tersebut ialah Edward Sapir,

Leonard Bloomfield dan Ferdinand de Saussure. Tokoh-tokoh linguistik

tersebut mempunyai pemikiran mereka yang tersendiri dan melalui pemikiran

tersebut, banyak sumbangan yang telah mereka sumbangkan dalam dunia

linguistik ini.

Bahasa Melayu pada hari ini sudah mencapai tahan bahasa Melayu

saintifik kerana dapat memperkatakan bidang yang berbeza daripada apa yang

mampu dilakukan pada masa dahulu. Hal ini ditambah pula dengan sifat

perbendaharaan kata bahasa Melayu yang turut mengalami perubahan. Melalui

kerjasama dengan Dewan Bahasa dan Pustaka, telah banyak istilah dan laras

bahasa pelbagai bidang ilmu yang telah dihasilkan. Istilah dan laras bahasa ini

secara beransur-ansur telah menggantikan laras bahasa dan istilah bahasa

Inggeris yang digunakan secara meluas khususnya untuk bidang sains,

teknologi maklumat dan undang-undang pada masa lalu. Perkara ini turut

meningkatkan penggunaan sistem tatabahasa yang meliputi segala aspek

tatabahasa sama ada ayat, klausa, frasa, ejaan, sebutan dan seumpamanya.

19