bmk3043-tugasan

22
Pengenalan Novel Melunas Rindu adalah novel komsas untuk kajian Tingkatan 4 di Zon 4 iaitu negeri Johor, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan. Novel ini ialah karya Hartini Hamzah dan merupakan terbitan Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd. Penulis Hartini Hamzah dilahirkan pada 3 September 1970 di Selama, Perak Darul Ridzuan. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan LKTP Purun, Triang, Pahang. Setelah tamat pendidikan menengah, beliau meneruskan pelajaran dalam bidang Pengajian Perniagaan di Universiti Teknologi MARA dan seterusnya memperoleh sijil perguruan asas pada tahun1996. Beliau kini berkhidmat sebagai pendidik di Sekolah Kebangsaan Kerayong Jaya, Bera, Pahang Darul Makmur. Beliau berpengalaman menjadi pendidik selama 8 tahun di sekolah menengah dan telah berada di sekolah kebangsaan selama 6 tahun sehingga kini. Beliau mengajar mata pelajaran Bahasa Inggeris, sama seperti watak Farhana dalam novel Melunas Rindu. Selain novel Melunas Rindu, karya lain yang pernah dihasilkan oleh beliau ialah Fatin Nabila (1991),Sesudah Mendung Berlalu (1992), Pia(1998), dan Merentas Kabus (2002). Novel Fatin Nabilatelah menerima hadiah sagu hati kategori

Upload: radensue-raden-abd-muin

Post on 02-Oct-2015

12 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

2

TRANSCRIPT

Pengenalan

Novel Melunas Rindu adalah novel komsas untuk kajian Tingkatan 4 di Zon 4 iaitu negeri Johor, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan. Novel ini ialah karya Hartini Hamzah dan merupakan terbitan Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

PenulisHartini Hamzah dilahirkan pada 3 September 1970 di Selama, Perak Darul Ridzuan.Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan LKTP Purun, Triang, Pahang. Setelah tamat pendidikan menengah, beliau meneruskan pelajaran dalam bidang Pengajian Perniagaan di Universiti Teknologi MARA dan seterusnya memperoleh sijil perguruan asas pada tahun1996. Beliau kini berkhidmat sebagai pendidik di Sekolah Kebangsaan Kerayong Jaya, Bera, Pahang Darul Makmur. Beliau berpengalaman menjadi pendidik selama 8 tahun di sekolah menengah dan telah berada di sekolah kebangsaan selama 6 tahun sehingga kini. Beliau mengajar mata pelajaran Bahasa Inggeris, sama seperti watak Farhana dalam novel Melunas Rindu. Selain novel Melunas Rindu, karya lain yang pernah dihasilkan oleh beliau ialah Fatin Nabila (1991),Sesudah Mendung Berlalu (1992), Pia(1998), dan Merentas Kabus (2002). Novel Fatin Nabilatelah menerima hadiah sagu hati kategori Novel Remaja pads sayembara Hadiah Sastera Utusan-Public Bank 1991.Novel Pia memenangi tempat pertama kategori Novel Remaja sayembara Hadiah Sastera Utusan-Public Bank 1997. Cerpen beliau yang berjudul Sesudah Mendung Berlalu pula telah memenangi hadiah utama kategori Cerpen Remaja pada sayembara Hadiah Sastera Utusan-Public Bank 1991.Novel Melunas mempunyai 209 muka surat tidak termasuk kulit dan terdiri daripada19 bab.

SinopsisFuad ialah seorang pemuda yang berketurunan Cina dan beragama Islam. Selain nama Fuad, dia juga memiliki dua nama lain iaitu Joshua dan Abdul Halim. Robert Lim ialah ayahnya yang berbangsa Cina dan berkahwin dengan Mariana yang berbangsa melayu. Hidup Fuad penuh dengan cabaran dan dugaan sejak kecil lantaran tidak mengenali dan merasai kasih sayang daripada kedua ibu bapanya. Dia dibesarkan oleh Peter Lim iaitu bapa saudaranya yang juga adik kepada ayahnya sebelum dia menjadi anak angkat kepada pasangan Pak Ismail dan Mak Salmah.

Selepas itu, Fuad cuba untuk mencari kubur ibunya. Dengan itu, dia mula mencari petunjuk dan meminta sokongan daripada Pak Ismail, Mak Salmah, Peter Lim dan Swee Lan. Malah Robert Lim sendiri cuba membantu dengan memberikannya cincin yang diberikan oleh Robert Lim kepada Mariana dengan harapan ia dapat memberikan petunjuk. Selain itu, Fuad juga dibantu oleh Pak Said dan Pak Ngah Lias untuk mengesan kubur ibunya itu. Pada akhirnya, Fuad mengetahui yang ibunya masih hidup.Cikgu Abas mengetahui yang Fuad pandai berbahasa Inggeris dan memandangkan murid di sekolahnya masih lemah dan tidak bersemangat dalam mempelajari bahasa Inggeris, Cikgu Abas menawarkan Fuad untuk menjadi guru sandaran tidak terlatih di Sekolah Menengah Seri Setia. Di sekolah itu Fuad telah berkenalan dengan Farhana yang menjadi Ketua Panitia Bahasa Inggeris. Farhana kagum dengan komitmen yang tinggi yang diberikan oleh Fuad dan mereka seterusnya menjadi akrab. Hubungan yang rapat itu akhirnya melahirkan perasaan cinta antara mereka berdua. Walau bagaimanapun, mereka terpaksa melupakan perasaan masing-masing kerana hubungan mereka sebenarnya adalah sebagai adik-beradik daripada ibu yang sama tetapi berlainan bapa.

Di sekolah, Farhana menghadapi konflik dengan Cikgu Zamani, salah seorang guru berstatus bujang di sekolah itu. Hal ini demikian kerana, Cikgu Zamani selalu melontarkan pelbagai kritikan dan kutukan yang tidak berasas terhadapnya. Farhana pula mengatakan bahawa Cikgu Zamani tidak sepatutnya ponteng kelas dan tidak menunaikan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepadanya. Cikgu Zamani seharusnya cermin diri sendiri terlebih dahulu sebelum mengkritik orang kerana apa yang dikutuknya adalah perkara yang sama yang dibuatnya.Fuad sangat mengambil berat terhadap Farhana. Sebagai contohnya, Fuad mengajak Farhana menaiki keretanya dan dia menghantar Farhana ke rumah ibu Farhana di Kuantan. Dia juga turut menemani gadis itu di hospital ketika ibunya diserang penyakit lelah. Ketika berada di hospital itulah Fuad mendapat tahu bahawa nama emak Farhana itu sama dengan nama ibu kandungnya selepas terpandang nama emak Farhana pada rekod catatan perubatan ibu Farhana.

Fuad terpaksa menenangkan perasaan Farhana yang agak sukar menerima hakikat bahawa mereka berdua ialah adik-beradik. Fuad sudah pasrah dengan hakikat itu tambahan pula dia sudah biasa hidup dalam keadaan yang penuh dengan cabaran dan masalah. Ayah kandung Fuad juga mengesali perbuatan silamnya yang meninggalkan Mariana selepas tiga bulan berkahwin tanpa sebarang berita. Robert Lim memohon maaf daripada Pak Ismail, Mak Salmah dan juga Mariana atas kesalahan-kesalahannya itu. Fuad juga akhirnya menerima hakikat bahawa Robert Lim ialah ayah kandungnya, Mariana sebagai ibu kandungnya dan juga Farhana sebagai adik kandungnya.

Watak dan perwatakan1) FuadSemasa baru dilahirkan, dia diberikan nama Abd Halim oleh datuknya. Dia merupakan anak kepada Mariana tetapi dilarikan oleh keluarga ayahnya, Robert Lim. Dia seterusnya membesar dan dijaga oleh adik kepada ayahnya, Peter Lim dan namanya ditukar kepada Joshua. Dia telah melarikan adiknya Sofia daripada jagaan Pak Mail dan Mak Salmah hingga menyebabkan Sofia meninggal. Dia akhirnya sedar akan kesilapannya dan dia pun kembali kepada agama Islam. Dia amat marah kepada ayahnya sendiri iaitu Robert Lim. Dia tinggal di rumah Pak Mail dan Mak Salmah sebagai anak angkat. Dia menggunakan nama Fuad. Dia diminta menjadi guru di sekolahSofiadahulu dan berkenakan dengan Farhana. Daripada perkenalan itu dia berjaya menemui ibunya yang dicari-cari selama ini iaitu Mariana yang juga merupakan ibu kepada Farhana. Setelah bertemu dengan ibu kandungnya barulah Fuad dapat memaafkan bapanya.Fuad merupakan seorang penganut agama Islam yang taat dan rajin belajar ilmu agama.Fuad berasa tenang setelah kembali kepada ajaran Islam dan hidup bersama Pak Mail dan Mak Salmah. Pak Mail banyak mengajarnya tentang agama Islam sehinga dia dapat menghayati ajaran agama Islam dengan baik. Pada bahagian awal novel ini digambarkan Fuad belajar membaca al-Quran dengan Pak Mail di surau selepas sembahyang Maghrib. Fuad arif tentang rezeki dan pembaziran apabila dia mengambil dan memakan ayam goreng yang tidak dihabiskan oleh Farhana semasa mereka makan dalam perjalanan ke Kuantan. Fuad juga menjaga tingkah lakunya dengan perempuan. Dia hanya menyentuh Farhana setelah dia yakin bahawa Farhana adalah adiknya semasa mereka berada di hospital.Fuad juga merupakan seoranganak yang bertanggungjawab terhadap ibu bapa dan keluarga.Ketika tinggal di rumah Pak Mail dan Mak Salmah sebagai anak angkat, Fuad menjaga mereka seperti ibu bapanya sendiri. Dia telah membelikansebuah motosikal kepada Pak Mail agar Pak mail dan Mak Salmah dapat bergerak dengan senang. Fuad juga telah membeli sebidang tanah dan menamakan Pak Mail sebagai pemilik tanah tersebut. Selain daripada itu Fuad juga menunaikan tanggungjawabnya kepada Peter Lim yang juga dianggapnya seperti ayah sendiri. Dia melawat Peter Lim yang sedang sakit dan menjelaskan yuran peperiksaan Ah Soh dan menangunggung belanja persekolah adik-adik sepupunya.Penulis juga menggambarkan Fuad sebagaiseorang yang gigih dalam berusaha dan tidak mudah putus asa.Sifat ini dapat diperhatikan selama beberapa tahun dia tinggal bersama Pak Mail dan Mak Salmah. Walaupun dia tahu Mak Salmah membencinya dan sukar untuk menerimanya sebagai anak angkat kerana Fuad sendiri bertanggungjawab atas kehilanganSofia namun dia tidak berputus asa untuk memenangi hati Mak Salmah. Dia tidak marah atau kecewa walaupun Mak Salmah kurang melayaninya selama bertahun-tahun dia tinggal di rumah itu. Dia melakukan apa yangtermampu untuk memujuk perasaan Mak Salmah. Sebagai guru, Fuad juga komited dalam mendidik pelajarnya. Dia mengajar dalam kelas secara individu agar dia dapat mengetahui kelemahan setiap pelajarnya. Selain daripada itu dia mengajar kelas lanjutan.Perwatakan lain yang terdapat pada diri Fuad ialahsuka menolong orang lain. Dia telah menolong Borhan dengan mengeluarkan wangnya untuk menampung perbelanjaan perkahwinan Borhan. Dia juga membawa anak Borhan yang sedang demam ke hospital. Fuad juga kerap menolong Farhana. Dia telah menumpangkan Farhana dari Kuala Terengganu ke kampung Farhana di Kuantan apabila dia mendapati Farhana tidak mendapat tiket bas.2) FarhanaDia merupakan anak kepada Mariana yang juga ibu kandung kepada Fuad. Ayahnya Fakhrudin telah meninggal dunia. Dia bekerja sebagai seorang guru dan merupakan seorang guru ketua panitia Bahasa Inggeris di Sekolah Menengah Seri Setia.Dari segi perwatakan, Farhana digambarkan sebagaiseorang yang periang. Sifat itu disedari oleh Fuad sendiri bermula pada peringkat awal perkenalan mereka lagi. Fuad melihat Farhana sebagai seorang guru yang tidak mempunyai masalah. Dia mudah ketawa apabila diusik oleh Fuad. Walaupun seorang yang periang, Farhanajuga adalah seorang yangtegas dalam menjalankan tugas dan tanggungjawabsebagai guru. Hal itu digambarkan apabila Farhana berani mempertikaikan kredibiliti Cikgu Zamani dan seterusnya menyebabkan konflik antara mereka.Satu sifat negatif yang terdapat pada diri Farhana ialah diakurang menghayati ajaran agama Islam.Dia terpegun apabila Fuad menghormati azan Zohor yang dilaungkan dan kemudiannya berdoa selepas azan sedangkan dia tidak berbuat demikian. Farhana juga kagum dengan Fuad yang amat menjaga solatnya sedangkan dia sendiri mengaku bahawa dia banyak meninggalkan solat. Solat yang sering ditinggalkan ialah solat Subuh kerana dia suka bangun lewat terutamanya pada hari-hari cuti. Semasa makan dalam perjalanan ke Kuantan, Farhana terpegun apabila Fuad tiba-tiba mengambil ayam goreng di dalam pinggannya. Fuad memberitahunya tentang rezeki dan pembaziran. Farhana merasakan dirinya banyak kekurangan dalam penghayatan agama Islam berbanding dengan Fuad.

3) Pak Mail.

Pak Mail ialah suami kepada Mak Salmah dan juga angkat kepada Fuad. Dari segi perwatakan, Pak Mail digambarkan sebagai seorang yangberilmu dan taat kepada perintah agama. Fuad telah kembali kepada ajaran Islam dan tinggal di rumah Pak Mail sebagai anak angkat setelah kehilanganSofia. Pak Mail yang bertanggungjawab membimbing, memberikan ilmu agama dan keyakinan kepada Fuad. Pada bahagian awal novel ini digambarkan Fuad belajar membaca al-Quran di surau selepas solat Maghrib. Fuad meminta Pak Mail mendengar dan menegur bacaannya. Selain daripada itu Pak Mail juga sentiasa solat berjemaah di surau.Pak Mail juga merupakanseorang yang bertanggungjawab. Tanggungjawab besar yang telah dilaksanakannya ialah memberikan pendidikan agama kepada Fuad yang memeluk agama Islam dan tinggal di rumahnya. Sebagai seorang yang paling dekat dengan Fuad dan sebagai seorang penganut agama Islam, Pak Mail menunaikan tanggungjawab tersebut dengan baik sehinggakan Fuad dapat menghayati ajaran agama Islam dengan baik. Pak Mail juga bertanggungjawab terhadap isterinya. Pak Mail menjaga Mak Salmah dengan baik ketika Mak Salmah sakit akibat daripada tekanan perasaan kerana kehilanganSofia.Pengarang juga menggambarkan Pak Mail sebagai seorang yangrasional dan tidak berdendam.Walaupun Fuad bertanggungjawab atas kehilangan Sofia,namun Pak Mail sebaliknya berfikiran terbuka dan menerima Fuad. Lebih daripada itu Pak Mail telah membela Fuad daripada cercaan masyarakat kampung. Pak Mail juga tidak berdendam dengan Robert Lim yang bertanggungjawab merancang agarSofiadiambil daripada Pak Mail dan Mak Salmah. Ketika Robert Lim datang ke rumahnya untuk mecari Fuad, Pak Mail menerima kedatangan Robert Lim dengan baik dan menerima permohonan maaf daripada Robert Lim.

Plot

Plot novel Melunas Rindu ini adalah plot yang agak kompleks kerana kurang tersusun dari segi kronologi. Sebagai contoh, pada bab-bab akhir, barulah pengarang mula menggunakan teknis imbas kembali yang seterusnya menceritakan apa yang telah menjadi persoalan sejak awal iaitu persoalan tentang ibu Fuad. Bab 18 menceritakan kembali bagaimana Mariana kehilangan Abd. Halim ataupun Fuad dan kemudiannya berkahwin dengan Fakhrudin sehingga berpindah dan menetap di Kuantan.Padaperingkat permulaanplot novel ini, pengarang telah memperkenalkan tiga watak iaitu Fuad yang merupakan watak utama dalam novel dan juga watak Pak Mail serta Mak Salmah sebagai ibu bapa angkat kepada Fuad. Melalui teknik penceritaan disitu, pembaca boleh mengagak yang Fuad suda beberapa tahun menetap di rumah Pak Mail. Dia datang ke situ setelah menyedari keadaan dirinya dan setelah dia dihimpit rasa bersalah atas kehilanganSofia. Fuad telah menjadi anak angkat Pak Mail dan Mak Salmah. Fuad sanggup melakukan apa sahaja yang termampu untuk menebus kesalahannya termasuklah membeli sebidang tanah dan menamakan Pak Mail sebagai pemiliknya.Plot terus ke peringkat perkembanganapabila Cikgu Abas datang menemui Fuad dan menawarkan Fuad peluang untuk menjadi guru sandaran untuk mengajar pelajarnya mata pelajaran Bahasa Inggeris kerana pelajarnya masih lemah dan Fuad bijak dalam bahasa Inggeris. Fuad bersetuju dan telah melaporkan diri di sekolah tersebut. Di sekolah itu dia telah berkenalan dengan Farhana selaku ketua panitia Bahasa Inggeris. Farhana terlibat dalam konflik dengan Cikgu Zamani gara-gara sikap sambil lewa guru tersebut.Persahabatan yang terbina antara Fuad dan Farhana telah membuahkan perasaan cinta antara satu sama lain. Namun mereka tidak pernah meluahkannya. Fuad dilanda konflik apabila Chin datang ke sekolah untuk menemuinya. Chin menasihati agar Fuad melawat apaknya diKuala Lumpur. Apaknya, Robert Limrindu untuk bertemu dengan Fuad. Namun Fuad begitu keberatan walaupun apaknya itu merupakan bapa kandungnya. Chin juga menasihati Fuad agar melawat apak di Sungai Ruan, Peter Lim yang merupakan bapa saudara yang telah menjaga dan membesarkannya sejak kecil. Fuad teringat akan ibunya. Selama ini fikirannya telah dipengaruhi oleh apaknya menyebabkan dia memutuskan hubungan dengan keluarga ibunya. Dia mula terfikir untuk mencari kubur ibu kandungnya kerana pada fikirannya ibunya itu telah meninggal dunia.

Dia pergiLembah Klau untuk tujuan itu. Dalam perjalanan dia telah menumpangkan Farhana dan singgap di rumah Farhana di Kuantan. Dia sempat berkenalan dengan Mariana, ibu Farhana sebelum dia melawat rumah bapa saudaranya. Mereka menemui Pak Ngah Lias. Fuad terharu apabila mendapat tahu daripada Pak Ngah Lias bahawa namanya semasa kecil ialah Abd. Halim. Menurut Pak Ngah Lias, ibunya tidak meninggal di situ. Ibunya telah dibawa oleh kakak angkatnya Mariah ke Kampung Sedili. Fuad pun pergi ke Kampung Sedili bersama Pak Said dan Pak Ngah Lias namun begitu Mariah tiada di kampung itu. Mereka berjaya menemui jiran terdekat Mariah iaitu Pak Samsudin. Pak Samsudin mengatakan yang ibu Fuad, Mariana juga tidak meninggal di situ. Maka, terbitlah kemungkinan yang Mariana masih hidup. Namun begitu, Pak Samsudin tidak mengetahui ke mana mereka pergi. Fuad ingin menjejaki ibunya. Dia meminta pertolongan Peter Lim agar meminta gambar ibunya daripada Robert Lim untuk dijadikan petunjuk untuk mencari ibunya.

Plot novel ini menuju keperingkat kemuncak atau klimaksapabila Farhana bergegas pulang ke Kuantan kerana ibunya jatuh sakit dan dimasukkan ke hospital. Fuad yang sangat ambil berat terhadap Farhana segera bertolak ke Kuantan pada petang yang sama. Fuad terkejut apabila melihat rekod rawatan pesakit. Nama yang tertera adalah nama ibunya Mariana binti Osman. Fuad bertanyakan dengan Farhana tentang nama ibu Farhana untuk mengesahkan nama ibunya dan Farhana mengatakan ya. Farhana terkejut lalu menangis. Fuad menenangkan keadaan dan mencadangkan agar mereka merahsiakan dahulu sehingga habis menyiasat perkara itu.

Chin, Robert Lim dan Pak Mail sampai ke hospital dan menemui Fuad dan Farhana. Fuad memeluk apaknya. Robert Lim menunjukkan cincin yang dibawanya kepada Fuad. Robert Lim terkejut dengan penjelasan yang diberikan oleh Fuad. Dia mencadangkan agar mereka naik ke atas supaya dia dapat buat pengecaman. Apabila ditanya oleh Robert Lim, Farhana mengakui bahawa dia mempunyai seorang emak saudara yang bernama Mariah dan selepas itu Farhana terus menangis. Apabila sampai di atas, Robert Lim meminta Farhana dan Fuad masuk terlebih dahulu untuk memastikan Mariana sedang tidur. Setelah Robert Lim masuk, dia menggeletar dan terduduk. Fuad yang memahami keadaan itu terus menangis dan seterusnya memanggil Mariana sebagai emak.

Peringkat anti klimaksplot novel ini bermula apabila Farhana dan Fuad dapat menerima kenyataan dan menenangkan perasaan masing-masing. Fuad dan Farhana berpakat untuk merahsiakan perkara itu daripada pengetahuan ibu mereka untuk sementara. Mereka berdua lalu pulang ke Kuala Terengganu. Mereka terus berjumpa dengan Cikgu Abas dan menjelaskan kedudukan sebenar. Mereka meminta Cikgu Abas memaklumkan kepada semua guru sebelum apa-apa fitnah berlaku. Fuad turut menerima kiriman berupa sampul besar daripada Bahagian Pendidikan Guru yang menyatakan dia akan mengikuti kursus perguruan di MPIK dalam masa sebulan akan datang. Mereka juga mendapat tahu bahawa Cikgu Zamani akan bertukar sekolah pada tahun hadapan. Fuadcubamenggembirakan hati Farhana dan belajar menerima hakikat bahawa mereka berdua adalah adik beradik seibu. Fuad membawa ibunya, Mak Salmah dan Pak Mail mengerjakan umrah. Robert Lim dating ke KLIA untuk bertemu mereka. Fuad menjelaskan kepada ibunya bahawa dialah yang memberitahu apaknya tentang keberangkatannya untuk menunaikan umrah. Robert Lim berpesan supaya penjaga ibunya dengan baik dan mengatakan yang dia akan menyusul kemudian sebelum menarik Fuad ke dalam pelukannya.

TEKNIKA) Teknik plot

Secara umumnya boleh disimpulkan bahawa perkembangan plot utama novel Melunas Rindutidakmengikut kronologiiaitu tidak mengikut perkembangan masa secara teratur. Bab 18 iaitu bab kedua terakhir jelas menceritakan peristiwaimbas kembaliyang telah berlaku pada tahun 1960-an yang meceritakan punca kepada perpisahan antara Abd. Halim dengan ibu kandungnya Mariana. Mariana mengikut Mariah pulang ke kampung Husin di Bentung setelah sepuluh hari melahirkan anak. Hal ini berlaku kerana Mariana gila meroyan. Mariana pulih kemudiannya dan menyesal kerana asyik menangis setelah melahirkan anak sehingga dia kehilangan Abd. Halim. Mariah menyerahkan Abd. Halim kepada ayah Mariana. Selepas dua hari Abd Halim dilarikan, ayah Mariana meninggal akibat dipatuk ular. Mariana seterusnya bertemu jodoh dengan Fakhrudin. Mereka kemudiannya berpindah ke Kuantan dan dikurniakanlimaorang anak. Mariana percaya Abd. Halim dibawa oleh keluarga Roslan ke Sungai Ruan. Ketegangan antar kaum yang masih kuat pada masa itu menyukarkan Mariana untuk menjejaki Abd. Halim.

Dalam novel ini juga pengarang telah menggunakan banyak teknik kejutan dalam penceritaanya. Kejutan pertama ialah kehadiran Chin ke sekolah untuk menemui Fuad. Fuad turut terkejut dengan kedatangan Chin. Kehadiran Chin itu telah mencetuskan konflik dalam diri Fuad kerana Chin cuba mengingatkan Fuad tentang bapa kandungnya Robert Lim sedangkan Fuad masih tidak dapat menerima perbuatan bapanya dahulu. Kejutan kedua pula ialah semasa Fuad menelefon Farhana dan Farhana menyatakan yang dia pulang ke Kuantan kerana ibunya dimasukkan ke hospital. Berita itu mengejutkan Fuad lalu dia mengambil keputusan drastik untuk bertolak ke Kuantan pada petang itu juga. Kejutan itu menjadi titik perkembangan dan perubahan plot novel terus ke klimaks. Kejutan besar berlaku kepada Fuad apabila dia mendapati nama ibu Farhana sama dengan nama ibunya. Tambah mengejutkan apabila dia mendapat pengesahan daripada Farhana dan bapanya sendiri setelah dia mengecam wajah Mariana.

Selain daripada teknik di atas, pengarang juga menggunakanteknik suspensdalam novel ini. Pada peringkat awal cerita dalam novel ini pembaca berasa suspens dan tertanya-tanya tentang penerimaan Mak Salmah terhadap Fuad. Kemungkinan Mak Salmah tidak menerima Fuad kerana dia masih tidak dapat menerima perbuatan Fuad yang menyebabkan dia kehilanganSofia. Pembaca juga berasa suspens semasa Fuad pergi ke Lembah Klau dan Kampung Sedili untuk mencari kubur ibunya. Dia mendapati ibunya masih hidup dan pembaca mula tertanya-tanya adakah dia dapat menemui ibunya kembali. Teknik suspens ini semakin kuat pada kemuncak cerita ketika Fuad dan Farhana berada di hospital Kuantan. Pembaca berasa suspens tentang tindakan dan penerimaan Farhana apabila mengetahui yang dia dan Fuad adalah bersaudara. Pembaca juga suspens semasa Robert Lim masuk untuk mengecam Mariana.

B) Teknik penceritaanSepertimana novel konvensional yang lain, novel ini juga menggunakan teknik penceritaan yang yang utama iaituteknik pemerian. Perlukisan latar, peristiwa, termasuklah watak dan perwatakan telah diceritakan oleh pengarang secara langsung. Contohnya pada bab 2 pengarang telah menggambarkan suasana pantai dan laut di Pantai Batu Buruk semasa Fuad pergi kesanaseorang diri dan Fuad digambarkan melayani perasaannya sendiri. Pada keseluruhan bab 18 pengarang menggunakan teknik pemerian sepenuhnya untuk mengimbas kembali kisah yang dilalui oleh Mariana pada tahun 1960-an hingga menyebabkan dia kehilangan anaknya, Abd. Halim. Mariana mengikut Mariah pulang ke kampung Husin di Bentung setelah sepuluh hari melahirkan anak kerana Mariana gila meroyan. Dia kemudiannya pulih dan menyesal kerana asyik menangis selepas melahirkan anak. Seterusnya dia pun berkahwin dengan Fakhruddin dan dikurniakan 4 orang cahaya mata.Selain daripada teknik pemerian,teknik dialogjuga digunakan oleh penulis dengan meluas dalam karya mereka. Dalam novel ini pengarang telah menggunakan teknik ini dengan kerap untuk menggambarkan perasaan dan perwatakan seseorang. Contohnya melalui dialog antara Farhana dengan Cikgu Zamani semasa mereka bertengkar dalam bilik guru pada halaman 163 memberi idea kepada pembaca mengenai perwatakan Cikgu Zamani. Daripada dialog Farhana pula, pembaca mengetahui yang Cikgu Zamani tidak hadir perjumpaan PBSM pada hari Sabtu. Selain daripada itu, Cikgu Zamani lepas tangan terhadap tanggungjawabnya dan ponteng kelas.

Kebaikan NovelSetiap pengarang akan menerapkan nilai-nilai murni atau nilai-nilai kemanusiaan dalam ceritanya. Nilai murni ini biasanya merujuk kepada tingkah laku atau perbuatan yang baik dan murni serta boleh dijadikan ikutan atau teladan oleh pembaca khususnya para remaja yang menjadikan novel ini sebagai kajian mereka.Terdapat banyak nilai murni dan pengajaran yang diterapkan di dalam novel ini yang penting untuk dipraktikkan oleh remaja masa kini. Nilai murni terbesar yang terdapat dalam novel ini ialah nilai kasih sayang. Ianya digambarkan melalui kasih sayang antara Fuad dan Farhana, kasih sayang Mak Salmah terhadap Sofia waluapun Sofia hanyalah anak angkat dan juga kasih sayang Fuad terhadap ayahnya, Robert Lim walaupun mereka tidak tinggal bersama. Para remaja harus meneladani sifat ini memandangkan semakin banyak kes yang berpunca daripada kurangnya kasih sayang dalam kalangan keluarga. Malah ada remaja yang sanggup membunuh ibu sendiri.Nilai murni yang seterusnya adalah ketabahan yang ditunjukkan oleh Fuad. Kehidupannya penuh liku kerana dia tidak berpeluang merasai kasih sayang seorang ibu sejak lahir. Beliau juga dibenci oleh penduduk kampung kerana melarikan Sofia. Remaja haruslah mengambil contoh daripada Fuad dan jangan mudah putus asa apabila ada masalah. Nilai kerajinan ditunjukkan oleh watak Fuad, Pak Ismail dan Mak Salmah yang rajin mengusahakan tanah yang dibeli oleh Fuad. Para remaja harus mempelajari yang kerajinan akan sentiasa membuahkan hasil walaupun pada permulaannya keadaan adalah sukar, namun pengakhiran akan lebih sempurna jika dipupuk dengan kerajinan.Kebaikan yang seterusnya mesti dicontohi oleh para remaja iaitu ketaatan pada agama. Di zaman moden ini, nilai agama semakin dipandang ringan dan remaja semakin liar dan sukar dikawal. Mereka perlu mencontohi watak Fuad yang tidak pernah meninggalkan sembahyang walaupun dalam keadaan musafir.

Seterusnya, novel ini menekankan sifat suka membantu orang yang dalam kesusahan. Fuad telah membantu rakannya Borhan dengan membawa anaknya yang demam panas ke klinik. Selain itu, Robert Lim juga sering menghulurkan perbelanjaan kepada abangnya, Peter Lim. Para remaja haruslah mencontohi perkara ini dan ringankan tulang untuk membantu keluarga, rakan-rakan atau sesiapa sahaja yang dalam kesusahan.

KekuranganPada pendapat saya, novel Melunas Rindu ini telah diolah dengan baik. Namun begitu, terdapat beberapa persoalan dan misteri yang menyebabkan perasaan tidak puas ketika membaca novel tersebut. Antara persoalannya ialah:1) Apakah yang telah berlaku terhadap Sofia?2) Kenapa Encik Robert Lim sanggup menyerahkan anaknya Sofia kepada Pak Mali danSalmah sebagai anak angkat?3) Kenapa Fuad melarikan Sofia? Apakah yang berlaku antara mereka?4) Bagaimanakah Fuad dapat mengetahui Sofia merupakan adiknya?

Selain itu, saya merasa kurang selesa apabila kisah cinta yang dipaparkan dalam novel ini melibatkan dua insan yang mempunyai pertalian darah. Walaupun ianya tidak berakhir dengan perkahwinan, namun perasaan kasih sayang yang timbul di antara Fuad dan Farhana berlaku dan ianya agak kurang menyenangkan bagi saya.

Penulis juga menggunakan pelbagai gaya bahasa dalam penulisan novel ini. Namun begitu, ketiadaan bahasa dan kekurangan pembudayaan masyarakat Cina di dalam novel ini agak mengecewakan memandangkan Fuad adalah teraju utama dan ramai di antara watak utama adalah dari masyarakat Cina.

CadanganPada pendapat saya, penambahbaikan untuk kekurangan yang saya nyatakan di atas sudah pun diselesaikan oleh penulis. Segala persoalan yang bermain dalam fikiran saya sepanjang pembacaan terjawab apabila penulis menghasilkan novel kesinambungan kepada novel Melunas Rindu ini iaitu novel bertajuk Pia. Selain itu, gaya bahasa yang digunakan oleh penulis sudah pun memuaskan hati. Cuma, saya ingin mencadangkan agar menambah lebih banyak penggunaan bahasa Mandarin yang ditulis dengan tulisan rumi sesuai dengan watak utama Fuad sebagai anak muda berketurunan Cina. Tambahan pula, watak lain seperti Robert Lim juga signifikan dalam novel ini. Namun begitu, jumlah penggunaannya tidak perlu banyak memandangkan ini adalah novel komsas bahasa Melayu. Cuma cukup untuk merealisasikan watak Fuad itu sendiri.Bahan Rujukan1. Novel Melunas Rindu karya Hartini Hamzah.2. Melunas Rindu http://komsas-spm.blogspot.com/p/melunas-rindu.html3. Melunas Rindu, Analisa Danielle Foong http://daniellefoong.wordpress.com/2011/02/18/melunas-rindu/4. Analisis Novel Melunas Rindu, Ghafar Atan, http://cikgu-ghafar.blogspot.com/2013/03/novel-melunas-rindu-tingkatan-4.html5. Khir Kassim, Melunas Rindu, http://khirkassim.blogspot.com/2009/12/sinopsis-novel-melunas-rindu-hartini.html

KesimpulanNovel Melunas Rindu ini adalah bersesuaian dengan tahap kematangan pelajar Tingkatan 4 yang mengkaji novel ini. Selain padat dengan nilai murni, novel ini juga penuh dengan pengajaran dan semua ini perlu diterapkan dan dihayati oleh remaja agar menjadi insan yang lebih baik. Kesimpulannya, novel ini digarap dengan baik dan saya berharap agar lebih ramai yang mendapat input yang berguna hasil dari pembacaan novel ini.