bmk 3023 kk2

Upload: nitotony73

Post on 04-Apr-2018

231 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/31/2019 BMK 3023 KK2

    1/13

    PPGPJJ SEMESTER 1 SESI 2012/2013

    BMK3023KEMAHIRAN KOMUNIKASI

    TUGASAN 2

    TAJUK ESEI

    6. Komunikasi dan kepimpinan guru di sekolah anda.

    KUMPULAN: UPSI 21 (A121PJJ)

    DISEDIAKAN OLEH

    NAMA NO. MATRIK

    NITO ANAK TONY D20112055167

    NAMA TUTOR E-LEARNING: ENCIK KHAIRUL AZAM BIN BAHARI

    TARIKH SERAH: 16 NOVEMBER 2012

  • 7/31/2019 BMK 3023 KK2

    2/13

    Kandungan

    Bil. Perkara Muka surat

    1. Pengenalan 1

    2. Definisi komunikasi 1

    3. Definisi kepimpinan 2

    4. Jenis-jenis komunikasi 3

    5. Komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran 4

    6. Kemahiran-kemahiran yang perlu ada dalam kriteria seorang pemimpin 7

    7. Penutup 8

  • 7/31/2019 BMK 3023 KK2

    3/13

    PENGHARGAAN

    Pertama sekali, saya ingin mengucapkan syukur kepada Tuhan kerana dengan izin-Nya,

    tugasan ini dapat disiapkan tepat pada masanya. Dalam menyiapkan tugasan ini saya

    mendapat sokongan dan bantuan daripada pelbagai pihak yang bersungguh-sungguh dalam

    membantu saya supaya dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya..

    Saya ingin menyampaikan penghargaan yang setinggi-tingginya kepada Encik Khairul

    Azam bin Bahari kerana membantu saya dalam memberikan maklumat dan penjelasan yang

    sejelasnya untuk membuat tugasan ini.

    Tidak ketinggalan juga penghargaan untuk rakan-rakan guru yang turut sama membantu

    dari segi memberi tunjuk ajar dan idea dalam usaha untuk memahami dan menyiapkan tugasan

    yang diberikan mengikut had masa yang ditetapkan.

    Saya juga merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara

    langsung ataupun tidak langsung sepanjang usaha saya menyiapkan tugasan ini.

    Sekian, terima kasih.

  • 7/31/2019 BMK 3023 KK2

    4/13

    Pengenalan

    Al-Quran telah memberi garis panduan sebagai asas untuk mewujudkan perhubungan atau interaksi yang

    berkesan antara seorang insan dengan seorang insan yang lain. Ayat-ayat Al-Quran yang menjelaskan

    mengenai perkara tersebut ialah:

    Perkataan yang baik dan perbuatan yang memaafkan (kesilapan mereka) adalah lebih baik daripada

    memberi sedekah (pemberian) yang diiringi (dengan perbuatan atau perkataan) menyakitkan hati. Dan

    (ingatlah)Allah Maha Kaya lagi Maha Pengampun. (Al-Baqarah: 263)

    Dan kalaulah engkau terpaksa berpaling daripada mereka untuk tidak melayani mereka kerana

    menuntut rahmat Tuhan kamu yang kamu mengharapkannya, maka katakanlah kepada mereka kata-kata

    yang baik yang menyenangkan hati. (Al-Isra: 28)

    Maka rahmat Allah yang menyebabkan kamu berlemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu

    bersifat keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu.(AliImran: 159)

    Petunjuk-petunjuk daripada ayat-ayat Al-Quran di atas telah menggariskan bahawa hikmah,

    kebijaksanaan, lemah lembut, percakapan dan bahasa yang baik adalah asas untuk mewujudkan

    komunikasi dan interaksi berkesan antara sesama insan. Manakala sifat-sifat keras dan berhati kasar serta

    kata-kata yang menyakitkan hati adalah dilarang.

    Dalam keadaan masyarakat yang kompleks dan pelbagai ragam manusia, masalah yang sering

    dihadapi dengan kepelbagaian penyelesaian, di mana kepimpinan merupakan satu instrumen pilihan yang

    tidak dapat dielakkan dalam kehidupan manusia (Razali, 1996). Sesungguhnya, kepimpinan adalah satu

    fenomena yang universal. Jadi, keperihatinan kepimpinan dan perubahan persekitaran harus bersifat

    global. Setiap orang yang terlibat dengan kepimpinan dikaitkan dengan kemampuan melahirkan

    pemimpin masa depan, bertindak sebagai fasilitator dan menjadi contoh bagi menentukan pembangunan

    sesebuah organisasi (Thornton, 1992). Pemimpin yang terbaik adalah fasilitator yang cekap.

    Definisi komunikasi

    Bleum (1966), komunikasi ialah proses yang bermula apabila satu mesej (maklumat) daripada

    pengirim kemudian dipindahkan menerusi alat atau saluran khas kepada penerima yang kemudiannya

    memberi maklum balas (mengekod dan mentafsir) terhadap mesej tersebut yang mengembalikan isyarat

    dalam bentuk sama ada mesej tersebut difahami atau tidak difahami.

    1

  • 7/31/2019 BMK 3023 KK2

    5/13

    Theodorson dan Theodorson (1969), komunikasi adalah pengiriman maklumat, pemikiran, sikap

    atau emosi daripada seseorang individu atau kumpulan kepada individu atau kumpulan yang lain dengan

    menggunakan simbol-simbol.

    Menurut Wilbur Schramn (1971), komunikasi boleh dianggap sebagai satu perkongsian orientasi

    terhadap satu set isyarat maklumat. Sementara Roger (1969) pula, komunikasi sebagai satu proses,

    apabila kedua-dua belah pihak yang terlibat membentuk dan berkongsi antara satu sama lain dengan

    tujuan untuk mencapai kesefahaman. Perkongsian yang ditekankan ialah daripada segi makna sesuatu

    isyarat. Sesuatu isyarat atau maklumat mungkin memberitahu makna yang berlainan kepada dua individu.

    Carl Hovland (1953), komunikasi sebagai proses penyampaian rangsangan (lazimnya secara

    lisan) dengan tujuan untuk menukar tingkah laku individu lain manakala Charles Osgood (1954),

    komunikasi berlaku apabila satu sistem atau sumber cuba mempengaruhi sistem lain atau sasarannya

    dengan memanipulasikan beberapa simbol alternatif yang boleh disampaikan melalui saluran yang

    menghubungkan mereka.

    Carter (1973), komunikasi adalah satu tingkah laku. Menurut beliau, apabila seseorang individu

    berkomunikasi beliau bukanlah bertindak terhadap maklumat yang sampai kepadanya. Di sebaliknya

    apabila individu berkomunikasi, dia berusaha untuk mencari maklumat yang boleh digunakan bagi

    mengatasi permasalahan yang sedang dihadapinya supaya dia mempunyai satu gambaran yang lebih tepat

    tentang alam persekitaran yang perlu dihadapinya.

    Definisi kepimpinan

    Koontz dan ODonnel (1972), mendefinisikan kepimpinan sebagai kemahiran untuk

    mempengaruhi kakitangan menyelesaikan tugas masing-masing dengan penuh minat dan berkeyakinan.

    Hidgets (1975) menyatakan kepimpinan adalah proses untuk mengarah daya usaha kakitangan supaya

    dapat mencapai matlamat organisasi. Manakala Campbell, Corbally & Nystrand (1983) mendefinisikan

    kepimpinan sebagai satu proses bagi seseorang pemimpin mendapatkan kerjasama kakitangan ke arah

    penyempurnaan matlamat tertentu. Fiedler (1976) melihat kepimpinan sebagai satu corak tingkah laku

    mengarah, menyelaras aktiviti anggota kumpulan juga diertikan sebagai pengurusan dengan cara

    menunjukkan dan menginspirasikan tanpa menggugur subordinat lain dan mempengaruhi aktiviti-aktiviti

    kumpulan.

    Bass (1981), Bawret et. al (1980) berpendapat bahawa pujukan adalah bentuk kepimpinan dalam

    2

  • 7/31/2019 BMK 3023 KK2

    6/13

    konsep pengurusan pendidikan di mana aspek kepimpinan adalah aktiviti mempengaruhi antara satu pihak

    dengan pihak yang lain. Dalam konteks sekolah, kebolehan pengetua mempengaruhi guru bergantung

    kepada kuasa kepakaran atau komponen (Bakderson, 1975). Persepsi guru terhadap kompeten dan

    kepakaran merupakan faktor untuk merangsangkan seseorang pengetua menyempurnakan

    tanggungjawabnya. Kejayaan sesebuah organisasi sekolah dan gaya kepimpinan adalah berkait rapat.

    Bagi mendapatkan kerjasama, kakitangan yang bertanggungjawab adalah bergantung kepada interaktif

    positif antara pengetua dengan kakitangan sekolah. Mengikut teori cara yang paling berkesan untuk

    mencapai matlamat bukanlah dengan cara menggunakan kuasa tetapi memenuhi keperluan individu

    (Zaidatul, 1989). Bagi sesetengah orang, istilah kepimpinan membawa erti yang mendalam. Seseorang

    pemimpin itu dianggap orang yang mendorong pengikut untuk bekerja kuat menghasilkan sesuatu yang

    unggul. Sesetengah orang pula melihat pemimpin sebagai orang yang menaikkan semangat atau

    mengarah. Pada asalnya, pemimpin adalah gabungan semua sifat seperti pengarahan, pendorongan dan

    pembantuan (Ibrahim Mamat, 1993).

    Mengikut ahli sains sosial pula melihat konsep kepimpinan sebagai proses interaksi antara

    pemimpin dengan pengikut-pengikutnya. Dalam maksud lain pula, kepimpinan melibatkan cara-cara

    seseorang pengurus berkelakuan dalam hubungannya dengan manusia serta subordinatnya. Ia dikaitkan di

    mana seseorang pengurus itu cuba berikthiar untuk menyelesaikan keperluan manusia dengan kebajikan

    syarikat atau jabatannya (Ahmad Atory, 1991).

    Jenis-jenis komunikasi

    Terdapat beberapa jenis komunikasi yang lazimnya digunakan oleh kumpulan manusia dalam

    berinteraksi sesama manusia. Ia dipraktikkan baik dalam komunikasi formal atau tidak formal. Beberapa

    jenis komunikasi tersebut adalah seperti berikut:

    1. Intrapersonal. Komunikasi jenis ini merupakan komunikasi dalam diri sendiri. Maksudnya

    seseorang itu berinteraksi dengan dirinya sendiri. Contohnya berfikir, mengarang cerita, menulis buku

    dan sebagainya.

    2. Interpersonal. Komunikasi jenis ini melibatkan komunikasi seseorang dengan orang lain.

    Contohnya guru mengajar di dalam bilik darjah, seminar, dialog, mesyuarat dan sebagainya.

    3. Komunikasi kumpulan kecil. Komunikasi yang berlaku dengan ahli-ahli dalam satu kumpulan

    yang kecil. Contohnya mengajar, bermesyuarat, seminar dan sebagainya.

    3

  • 7/31/2019 BMK 3023 KK2

    7/13

    4. Komunikasi awam. Komunikasi dengan kumpulan audien yang besar. Contohnya pemidato

    berucap kepada audien sebagai penerima maklumat. Komunikasi juga boleh dikategorikan kepada dua

    iaitu komunikasi formal dan komunikasi tidak formal. Komunikasi formal melibatkan penyaluran

    maklumat yang rasmi dan terancang daripada penyampai yang dikenal pasti kepada penerima yang

    khusus. Komunikasi tidak formal melibatkan penyaluran maklumat yang tidak rasmi dan tidak terancang

    dan ia boleh berlaku di mana-mana tempat dengan pelbagai penyampai dan penerima maklumat.

    Mengikut Davis (1972), semua komunikasi tak formal dirujuk sebagai grapevine. Hasil penyelidikan

    beliau mengenai grapevine ini, ia telah menghasilkan keputusan seperti berikut; i. Grapevine amat

    pantas, ii. Grapevine adalah tepat, iii. Grapevine membawa maklumat yang banyak, dan iv. Grapevine

    bergerak mengikut pola gugusan. Aspek yang paling negatif mengenai grapevine ialah ia juga bertindak

    sebagai rangkaian yang menyebarkan khabar angin.

    Komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran

    Komunikasi atau interaksi bilik darjah boleh berlaku secara lisan dan bukan lisan. Dalam waktu

    mengajar guru berinteraksi dengan murid melalui percakapan, memberi penjelasan, menyoal soalan-

    soalan, berbincang, meneguh dan menegur, mengarah, memberi isyarat, menghampiri dan mendampingi

    murid, mengenakan denda dan sebagainya. Flanders, 1970 (Edward dan Westergate, 1987) dalam

    kajiannya terhadap interaksi bilik darjah, seseorang guru bercakap dua pertiga daripada keseluruhan

    waktu mengajar. Percakapan guru itu secaa langsung mempengaruhi murid-murid seperti dalam

    menyampai, memberi arahan dan mengkritik. Flanders meletakkan tanggungjawab utama mencorakkan

    interaksi bilik darjah itu adalah pada tangan guru.

    Anderson dan Brewers, 1946 (dalam Amir Sharifudin, 1986) dalam kajiannya menunjukkan

    bahawa terdapat dua jenis tingkah laku guru apabila berinteraksi dengan murid-murid sewaktu mengajar

    dalam bilik darjah iaitu jenis dominatif dan integratif. Guru-guru yang bersifat dominatif menunjukkan

    ciri-ciri berkomunikasi dengan murid-murid seperti berikut:

    1. Menentukan secara terperinci segala gerak-geri murid.

    2. Enggan menerima langsung cadangan dari murid.

    3. Mengatur aktiviti murid tanpa mengkaji hubungan sesama mereka atau di antara murid dengan

    persekitaran bilik darjah.

    4. Suka menengking dan memarahi murid.

    4

  • 7/31/2019 BMK 3023 KK2

    8/13

    5. Selalu memberi amaran.

    6. Gagal menyediakan kemudahan kepada murid.

    Guru-guru yang bersifat integratif pula mempunyai ciri-ciri tingkah laku seperti berikut:

    1. Sentiasa bersetuju dengan cadangan murid.

    2. Menerima perbezaan pendapat dari murid.

    3. Memandu murid melengkapkan jawapan yang kurang sempurna.

    4. Mengambil bahagian bersama murid-murid di dalam aktiviti bilik darjah.

    5. Bersimpati dengan masalah murid.

    6. Memberi kebenaran atau menggalakkan murid-murid mencuba.

    Hasil kajian tersebut telah menunjukkan bahawa guru-guru yang bersifat dominatif lebih banyak

    membawa kesan negatif terhadap perkembangan dan kemajuan murid. Manakala guru-guru yang bersifat

    integratif pula didapati lebih banyak mendatangkan kesan positif kepada pembelajaran murid-murid.

    Dapatan tersebut terbukti memang berasas apabila kajian yang dibuat oleh beberapa orang

    pengkaji terkemudian seperti Taylor, 1962; Evan, 1962 dan Hollis, 1975 (dalam Noran Fauziah dan

    Ahmad Mahzan,1990) telah menyenaraikan antara tingkah laku guru yang disukai murid semasa

    berinteraksi dalam bilik darjah ialah:

    1. Baik hati, mesra, peramah dan sabar sewaktu mengajar.

    2. Menggalakkan murid-murid menyoal dalam kelas.

    3. Sering menyelit humor atau unsur kecintaan dalam masa mengajar.

    4. Membenarkan murid-murid melakukan banyak aktiviti dan dalam masa yang sama dapat

    mengekalkan ketenteraman dan disiplin kelas.

    Abdul Hamid Mahmood, (1990) telah menggariskan beberapa ciri komunikasi guru murid yang

    boleh menghasilkan pengajaran yang berkesan antaranya ialah:

    1. Mempunyai sifat penyabar, penyayang dan suka akan murid-muridnya. Sifat ini dapat melahirkan

    5

  • 7/31/2019 BMK 3023 KK2

    9/13

    kemesraan antara guru dengan murid.

    2. Pandai menghargai dan memuji murid-murid. Penghargaan dan pujian yang diberikan hendaklah

    ikhlas dan jujur.

    3. Sentiasa bersikap positif dan bercakap tentang perkara yang baik dan benar. Elakkan daripada

    bersikap angkuh atau suka melemparkan kritik yang tidak beralasan.

    4. Air muka, pertuturan dan tindakan guru harus mencerminkan perhatian guru dan kejujurannya

    hendaklah membantu dan mendidik anak-anak.

    5. Mengguna bahasa badan dan gerak geri yang sesuai dalam pengajaran.

    6. Sentiasa mewujudkan dan mengekalkan konteks mata semasa bercakap atau berkomunikasi

    dengan murid.

    7. Sentiasa mengulang isi-isi penting.

    8. Sentiasa bertolak ansur dengan murid-murid dalam memberi maklumat atau pengajaran.

    9. Sentiasa memberi peluang kepada murid-murid untuk mengemukakan soalan atau maklum balas.

    Hasil daripada kajian-kajian yang dilakukan menunjukkan bahawa pengajaran dan pembelajaran

    yang bermutu dan berkesan boleh dihasilkan apabila perhubungan atau komunikasi bilik darjah berlaku

    secara berkesan. Perhubungan atau komunikasi boleh berlaku secara berkesan apabila interaksi gurudengan murid atau di antara murid sesama murid terjadi dalam suasana yang ramah mesra, lemah lembut,

    kasih sayang, hormat-menghormati, sabar dan berdisiplin. Antara hadis-hadis Rasulullah (Nabi

    Muhamma [saw]) yang menegaskan mengenai kesimpulan di atas ialah:

    Sesiapa yang tidak menyayangi kanak-kanak dan tidak menghormati hak orang lebih tua maka ia

    bukan dari golongan kami. (Riwayat Al-Bukhari)

    Sesungguhnya Allah menyukai sikap berlemah lembut dalam semua hal. (Riwayat Al-Bukhari)

    Tiga perkara yang boleh mengeratkan persahabatan dengan saudaramu iaitu memberi salam

    apabila bertemu dengannya dan menyediakan tempat duduknya dalam sesuatu majlis serta panggillah ia

    dengan nama yang paling disenanginya. (Riwayat Al-Tabarani)

    6

  • 7/31/2019 BMK 3023 KK2

    10/13

    Kemahiran-kemahiran yang perlu ada dalam kriteria seorang pemimpin

    Mendengar: Pemimpin patut mendengar sumbangan idea daripada setiap ahli yang terlibat.

    Dengan ini, kita dapat mewujudkan komunikasi dua hala yang efektif.

    Komunikasi: Pemimpin bertanggungjawab ke atas keberkesanan pemindahan mesej dan

    memastikan mesej difaham dan diterima oleh penerima. Kejayaan komunikasi bergantung kepada

    semangat (enthusiasm), kualiti suara, keikhlasan, pengucapan yang jelas dan terang, bahasa dan

    penyebutan seorang pemimpin serta keinginan (desire) dan kemampuan keterbukaan orang lain.

    We must establish an environmental where good news communications and bad news

    communications are equally rewarded. (Floyd Kvamme)

    Pewujudan keyakinan: Kemahiran meyakinkan orang lain merupakan satu kriteria yang perlu ada

    pada seorang pemimipin. Meyakinkan orang lain untuk menerima perubahan dan merasa gembira untuk

    berubah merupakan pimpinan yang berjaya kerana ini akan memberi manfaat kepada pembangunan

    organisasi.

    Technology becomes obsolute almost as fast as it is learned. The convincing skills, so vi tal in business

    and private life, however, last a lifetime. Leaders achieve excellence only as they are able to convince

    others that not only does an idea have value but also that it is useful to turn that idea into timely action.

    (Tom Pritchard)

    Disiplin: Pemimpin patut mendisiplinkan diri sendiri terlebih dahulu, kemudian barulah dapat

    memastikan disiplin orang bawahan kerana disiplin merupakan dorongan dalaman seseorang.

    Menyelesaikan konflik: Pemimpin perlu sentiasa berhadapan dengan konflik dan menyelesaikan

    konflik secara berperingkat.

    Rasa kepunyaan: Pemimpin perlu memberi peluang kepada pelajar untuk memikir cara-cara yang

    paling munasabah dalam menyempurnakan tugas mereka supaya mereka merasai diri mereka sebagai satu

    ahli dalam sekolah.

    In a successful project, the leader is able to develop a sense of ownership in the project by each one of

    theparticipants. It becomes our project rather than just the companys project. The successful leader is

    able to develop the crusade mentality in the followers. An individual sense of ownership in the project

    7

  • 7/31/2019 BMK 3023 KK2

    11/13

    tends to bring out the best effort by everyone involved. A leader is able to move among the people who

    have this sense of ownership and inspire them to even greater efforts. (Dr. LeRoy Silva)

    Keinginan untuk menerima idea baru: Pemimpin sebagai seorang fasilitator dengan kemahiran

    yang ada padanya, mereka perlu juga menerima idea dan kemahiran yang baru walaupun daripada orang

    bawahan kita kerana ini amat penting untuk pembangunan sekolah.

    Mewujudkan iklim yang menggalakkan inovasi, kreativiti dan perubahan: Sebagai seorang

    pemimpin, segala tindak-tanduknya adalah dianggap sebagai pendorong dan model kepada pelajar-pelajar

    di sekolah. Oleh sebab itulah dalam sesebuah sekolah, personaliti pemimpin amat penting dalam

    mewujudkan suatu suasana yang dapat menggalakkan inovasi, kreativiti dan perubahan di kalangan

    pelajar.

    Penutup

    Komunikasi yang berkesan dapat menyampaikan maklumat atau perutusan, idea atau

    pengetahuan kepada penerima dengan baik, tepat dan sama makna atau maksudnya tanpa menimbulkan

    kekeliruan atau salah faham. Pengetahuan mengenai ciri-ciri komunikasi yang baik perlu wujud pada

    sumber iaitu guru, saluran iaitu media atau bahasa dan penerima iaitu murid-murid atau pelajar.

    Komunikasi antara ciri-ciri baik pada sumber saluran dan penerima akan membantu mencapai matlamat

    komunikasi yang berkesan. Ini sesuai dengan apa yang dikatakan oleh Richard F. Whitman dan Paul H.

    Boase (1983), yang mengatakan komunikasi adalah proses yang melibatkan penyampai dan penerima,

    yang menyampai dan menerima maklumat dan menghasilkan kesan.

    Hoy & Miskel (1978), telah membuat satu analisis komunikasi dalam organisasi telah

    mengemukakan bahawa komunikasi mempunyai tujuan untuk membangun, makna komunikasi

    merupakan maksud yang ada pada diri individu tidak dalam mesej. Oleh itu, maklum balas sesama ahli

    dan pemimpin begitu perlu, lebih-lebih lagi maklumat yang kompleks dan harus memahami penjelasan

    secara mendalam. Situasi ini harus wujud sebagai aliran komunikasi yang sempurna dalam organisasi

    seperti sekolah.

    Selain itu, saluran rasmi sebagai sumber utama yang boleh menjadikan komunikasi formal harus

    wujud dan komunikasi tidak formal sentiasa berlaku. Kedua-dua saluran saling melengkapi antara satu

    sama lain. Interaksi informal harus wujud antara ahli-ahli dan pemimpin sekolah.

    8

  • 7/31/2019 BMK 3023 KK2

    12/13

    Rujukan

    Abdul Hamid Mahmood (1993). Guru Dan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Media Printext (M) Sdn.

    Bhd.

    Ahmad Atory Hussain (1991). Pengurusan Organisasi. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributers

    Bhd.

    Balderson J H. (1975). Pricipal Power Bases: Some Observation. Kanada: The Canadian.

    BHEIS (1988). PANDUAN Al-Quran dan Hadith Bagi Pegawai dan Kakitangan.

    Dalam Bilik Darjah, dipetik dalam buku kandungan kertas kerja Kursus Ikhtisas Guru-guru Agama Islam,

    Kementerian Pendidikan Malaysia: Bahagian Agama Islam.

    Dipetik dalam Jurnal Dewan Bahasa (Okt. 1990). Komunikasi Berkesan Asas Pendidikan Bermutu. Kuala

    Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Edward, A.D. and Westergate (1987).Investigating Classroom Talk. London and Philadelphia: The

    Falmer Press.

    Fiedler, Fred. E. (1976).A Theory Effectiveness. New York: Houghton Mifflin.

    Hoy W.K. & Miskel C.G. (1978).Educational Administration: Theory. New York: Practice & Research,

    Rardom House Inc.

    Mohd. Amir Sharifudin Hashim (1986). Pengurusan Bilik Darjah: Interaksi Guru-Murid.

    Noran Fauziah Yaakob dan Ahmad Mahzan Ayob (1990). Guru dan Pengurusan. Kuala Lumpur: Dewan

    Bahasa dan Pustaka.

    Razali Mat Zin (1993). Kepimpinan dalam pengurusan. Kuala Lumpur: Utusan Publication &

    Distributors Sdn. Bhd.

    Sulaiman Md. Yassin (2002). Komunikasi Dalam Pengajaran Dan Kepemimpinan Pendidikan. ShahAlam: Karisma Publications Sdn. Bhd.

    Thornton R.P. (1991). Leading People To Make Changes. West Lafayette: Learning System Inc.

    Wilber Schramm & F. Roberts. (1971). The Nature Of Communication Effects: The process and effect of

    mass communication. Illinous: Ministry of Illinous Press.

  • 7/31/2019 BMK 3023 KK2

    13/13

    Zaidatul Ahmaliah Lope Pihie (1998). Pentabdiran Pendidikan. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti.