bme3103nota kaedah penilaian portfolio)

4
Kaedah Penilaian Bahasa Penilaian di sekolah akan mengesan kemajuan pelajar secara individu dengan cara yang fleksibel, bermakna dan tidak menakutkan pelajar. Untuk ini cara penilaian perlu mengambil kira keperluan individu, kepelbagaian cara ( multiple ways of delivery) supaya pelbagai kecerdasan pelajar diambil kira. Implikasi penilaian terhadap pengajaran dan pembelajaran juga perlu ditekankan agar kualiti pendidikan dapat dipertingkatkan. Untuk itu, pelajar yang menunjukkan prestasi cemerlang akan dibimbing dan diberi peluang untuk integrasi menegak supaya potensinya dapat dimaksimumkan. Pelajar yang lemah pula akan dibimbing dalam program pemulihan supaya dia dapat memperbaiki prestasinya. Dengan demikian, guru perlu didedahkan kepada pelbagai cara untuk menjalankan penilaian di dalam bilik darjah dengan lebih berkesan. Seterusnya, langkah-langkah untuk memastikan penilaian itu adalah sah dan mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi hendaklah ditekankan. I. Portfolio Koleksi ini meliputi: memilih kandungan menentukan kriteria pemilihan menentukan penilaian refleksi kendiri pelajar Portfolio juga terdiri daripada bahan-bahan yang menunjukkan kemajuan pelajar terhadap pencapaian matlamat pembelajaran untuk satu jangka masa (Ryan & Kuhs, 1993). Juga, merupakan satu sistem pelbagai dimensi yang memberi gambaran lengkap tentang kebolehan dan perkembangan pelajar ( Harlin, 1992). Kesimpulannya, portfolio merupakan satu bentuk sejarah pembelajaran pelajar yang didokumentasi dan diperkukuhkan dengan bukti-bukti hasil kerjanya dan kesedaran baru melalui penulisan reflektif ( Shulman, 1992). Tujuan Portfolio Tujuan portfolio ialah untuk: memberi peluang pelajar mendokumentasikan kemahiran dan pengetahuan yang diperoleh melalui pengalaman sewaktu menyempurnakan tugasan. 1 i. Apakah Porfolio? Portfolio ialah satu cara mengumpul koleksi pelajar yang menunjukkan usaha pelajar, kemajuan dan prestasi dalam satu/ beberapa bidang.

Upload: mohd-ruslee

Post on 14-Jun-2015

1.636 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: BME3103NOTA Kaedah Penilaian Portfolio)

Kaedah Penilaian Bahasa

Penilaian di sekolah akan mengesan kemajuan pelajar secara individu dengan cara yang fleksibel, bermakna dan tidak menakutkan pelajar. Untuk ini cara penilaian perlu mengambil kira keperluan individu, kepelbagaian cara ( multiple ways of delivery) supaya pelbagai kecerdasan pelajar diambil kira. Implikasi penilaian terhadap pengajaran dan pembelajaran juga perlu ditekankan agar kualiti pendidikan dapat dipertingkatkan. Untuk itu, pelajar yang menunjukkan prestasi cemerlang akan dibimbing dan diberi peluang untuk integrasi menegak supaya potensinya dapat dimaksimumkan. Pelajar yang lemah pula akan dibimbing dalam program pemulihan supaya dia dapat memperbaiki prestasinya. Dengan demikian, guru perlu didedahkan kepada pelbagai cara untuk menjalankan penilaian di dalam bilik darjah dengan lebih berkesan. Seterusnya, langkah-langkah untuk memastikan penilaian itu adalah sah dan mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi hendaklah ditekankan.

I. Portfolio

Koleksi ini meliputi:

memilih kandungan menentukan kriteria pemilihan menentukan penilaian refleksi kendiri pelajar

Portfolio juga terdiri daripada bahan-bahan yang menunjukkan kemajuan pelajar terhadap pencapaian matlamat pembelajaran untuk satu jangka masa (Ryan & Kuhs, 1993). Juga, merupakan satu sistem pelbagai dimensi yang memberi gambaran lengkap tentang kebolehan dan perkembangan pelajar ( Harlin, 1992).

Kesimpulannya, portfolio merupakan satu bentuk sejarah pembelajaran pelajar yang didokumentasi dan diperkukuhkan dengan bukti-bukti hasil kerjanya dan kesedaran baru melalui penulisan reflektif ( Shulman, 1992).

Tujuan Portfolio

Tujuan portfolio ialah untuk:

1

i. Apakah Porfolio?

Portfolio ialah satu cara mengumpul koleksi pelajar yang menunjukkan usaha pelajar, kemajuan dan prestasi dalam satu/ beberapa bidang.

Page 2: BME3103NOTA Kaedah Penilaian Portfolio)

memberi peluang pelajar mendokumentasikan kemahiran dan pengetahuan yang diperoleh melalui pengalaman sewaktu menyempurnakan tugasan.

Menggalakkan pelajar menyemak dan menganalisis pembelajaran mereka secara sistematik.

Menyediakan ruang pelajar membuat refleksi dan menentukan matlamat peribadi.

Kegunaan Portfolio

Portfolio digunakan untuk:

menilai perkembangan dalam satu tempoh (authentic assessment).

menilai perkembangan kemahiran dan kebolehan (performance assessment).

Digunakan bagi menggambarkan keperluan spesifik dalam penyempurnaan gred.

menilai secara sumatif pembelajaran pelajar.

menunjukkan kesesuaian kurikulum dan kejayaan pelajar.

Ciri-Ciri Portfolio

Menggambarkan sejelas-jelasnya aktiviti pelajar iaitu rasional, matlamat, halatuju, prosedur kerja, pengalaman dan harapan.

Sesuatu yang dilaksanakan oleh pelajar secara autentik. Ini adalah kaedah konkrit untuk pelajar menghasilkan kerja yang original melalui pengalaman sendiri ketika melakukan kerja-kerja amali atau kerja lapangan (field work). Hasil kerja didokumentasikan dalam pelbagai bentuk yang boleh menunjukkan keasliaannya.

Menunjukkan perlakuan pelajar yang dibimbing oleh guru seperti ulasan, komen dan cadangan harus direkod untuk menghadapi dan mengatasi sesuatu tugasan pembelajaran.

Memuatkan catatan pembimbing yang membantu pelajar merenung dan membuat refleksi tentang kerja yang sudah dibuat untuk menentukan tindakan susulan.

Kriteria penilaian yang dipilih diterangkan dan dipersetujui bersama dengan pelajar sebagai penggalak kepada pelajar untuk mengambil bahagian secara aktif.

Kandungan Portfolio

Sampel tulisan pelajar Laporan tinjauan buku Rakaman video Sampel aktiviti komputer Senarai buku rujukan Projek atau kerja kursus Markat-markat ujian

2

Cadangan Bahan-bahan Bukti Portfolio

Page 3: BME3103NOTA Kaedah Penilaian Portfolio)

Jenis Contoh Jenis Bahan

A. Bahan Bukti Perlakuan

Bahan bukti perlakuan (performance) pelajar yang menunjukkan prestasinya dalam bidang yang berkenaan dengan tugasnya.

i. senarai semakii. borang prestasi, laporan kemajuan

P&P di bilik darjah Di padang ( mata pelajaran PJK) Di makmal ( Sains) Di bengkel KH/ ERT

iii. rakaman audio-videoiv. surat/ sijil pengiktirafan

B. Bahan Bukti Bertulis

Bahan tulisan hasil usaha pelajar secara individu atau secara kolaboratif. Bahan yang dimuatkan mestilah menunjukkan proses dalam penghasilannya.

i. kertas kerjai. artikel/ eseiii. catatan notaiii. perancangan/ jadual kerjaiv. skrip jawapan ujianv. surat yang ditulis oleh pelajarvi. pengurusan grafikvii. petikan jurnalviii. penulisan/ komen refleksi

c. Bahan Sokongan

Bahan sokongan sebagai lampiran atau ilustrasi untuk mengukuh dan memantapkan hasil tulisan.

i. bahan fotostat yang berkaitanii. gambar fotoiii. nota kuliahiv. carta/ graf/ jadualv. bibliografi

Jenis-jenis Portfolio

a. Portfolio Kerja Koleksi hasil kerja harian pelajar. Mengandungi catatan, lakaran, deraf awal, hasil akhir. Kebanyakan bahan dipilih oleh pelajar. Menggalakkan perkembangan diri melalui proses refleksi. Memberi peluang kepada guru untuk melihat dan membuat refleksi mengenai keberkesanan proses pengajaran.

b. Portfolio Dokumentari Koleksi kerja pelajar yang dikumpulkan khusus untuk penilaian. Kandungan bukan sahaja hasil akhir tetapi termasuk juga bukti proses

yang dilalui untuk menghasilkannya. Bahan dalam portfolio menggambarkan pencapaian pelajar mengenai

hasil pembelajaran dalam sesuatu mata pelajaran.

c. Portfolio Hasil Menggambarkan pencapaian objektif pembelajaran dalam satu-satu

bidang pembelajaran. Bahan bukti mencerminkan pencapaian pelajar. Koleksi bahan yang dipilih khas untuk menggambarkan hasil terbaik

seseorang atau kumpulan pelajar Hanya mengandungi hasil akhir.

Perbezaan Antara Penialain Tradisional Dengan Penilaian PortfolioDimensi Penilaian Tradisional Penilaian Portfolio

3

Page 4: BME3103NOTA Kaedah Penilaian Portfolio)

Tujuan Ujian

Sumatif: rumusan apa yang telah berlaku.Judgmental: paksa pelajar untuk belajar.

Formatif: menjana inputDevelopmental: diagnostik

Fokus Produk Pengajaran: Aktiviti rekabentuk guru hafazan

Proses Pengajaran: Aktiviti rekabentuk pelajar Pemikiran dan bersepadu

Maklum balas

Satu skor sahaja; muktamad; tidak boleh ubah.

Komen dari rakan sebaya, guru:Sepanjang proses dan ada masa untuk mengubah

Tujuan Ujian

Kertas dan pensel Skop sempit formal

Pelbagai tugasan multimedia multidimensi autentik informal

Pengurusan Bilik Darjah

Ambil masa untuk tentukan keputusan

Bersepadu dalam rutin kelas Maklum balas semerta

Garis Panduan

Rujukan Norma Rujukan Kriteria

4