bm spm

13
Ayat Mudah daan Ayat Majmuk AYAT MUDAH DAN AYAT MAJMUK. A. MAKSUD AYAT: 1. Ayat mudah/ ayat selapis/ ayat pendek/ ayat tunggal. - ialah ayat yang hanya mempunyai satu subjek dan satu pradikat sahaja. 2. Ayat majmuk/ ayat berlapis/ ayat berkait/ ayat panjang. - ialah ayat yang mempunyai lebih daripada satu subjek dan/ atau lebih daripada satu pradikat. B. MENUKARKAN AYAT MUDAH SUPAYA MENJADI AYAT MAJMUK : Syarat penukaran: i. Jangan mengubah maksud asal ayat yang diberi. ii. Jangan mengubah struktur atau susunan ayat. Ayat yang dahulu mesti didahulukan. iii. Sambung ayat dengan menggunakan kata sendi dan kata hubung. a. Kata sendi : di, ke, dari, daripada, pada, kepada, demi, untuk, yang dan sebagainya. b. Kata hubung : dan, tetapi, atau, maka, walaupun, oleh sebab….maka, walaupun ….namun dan lain-lain. iv. Perkataan yang sama tidak boleh disebut semula kecuali ‘atau’ digunakan. v. Pastikan jumlah ayat yang hendak dibuat berdasarkan soalan yang diberi. vi. Ayat baru boleh dibuat jika sesuatu ayat mudah itu menceritakan perkara yang berlainan daripada perkara yang sebelumnya. vii. Nomborkan ayat majmuk yang telah dihasilkan. C. CONTOH MENUKARKAN AYAT MUDAH KEPADA AYAT MAJMUK 1 : 1. Ah Boon pergi ke pasar raya. Ibu Ah Boon pergi ke pasar raya. Mereka membeli gula. Mereka membeli ikan. Ayat majmuk : Ah Boon dan ibunya pergi ke pasar raya untuk membeli gula dan ikan. 2. Hetty gemuk. Kakak Hetty kurus. Ayat majmuk : Hetty gemuk tetapi kakaknya kurus. 3. Kaum lelaki digalakkan melabur. Kaum perempuan digalakkan melabur juga.

Upload: ridawati-limpu

Post on 11-Dec-2015

44 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

bm spm

TRANSCRIPT

Page 1: BM SPM

Ayat Mudah daan Ayat Majmuk

AYAT MUDAH DAN AYAT MAJMUK.

A. MAKSUD AYAT:1. Ayat mudah/ ayat selapis/ ayat pendek/ ayat tunggal.- ialah ayat yang hanya mempunyai satu subjek dan satu pradikat sahaja.2. Ayat majmuk/ ayat berlapis/ ayat berkait/ ayat panjang.- ialah ayat yang mempunyai lebih daripada satu subjek dan/ atau lebih daripada satu pradikat.

B. MENUKARKAN AYAT MUDAH SUPAYA MENJADI AYAT MAJMUK :

Syarat penukaran:

i. Jangan mengubah maksud asal ayat yang diberi.

ii. Jangan mengubah struktur atau susunan ayat. Ayat yang dahulu mesti didahulukan.

iii. Sambung ayat dengan menggunakan kata sendi dan kata hubung.a. Kata sendi : di, ke, dari, daripada, pada, kepada, demi, untuk, yang dan sebagainya.b. Kata hubung : dan, tetapi, atau, maka, walaupun, oleh sebab….maka, walaupun ….namundan lain-lain.

iv. Perkataan yang sama tidak boleh disebut semula kecuali ‘atau’ digunakan.

v. Pastikan jumlah ayat yang hendak dibuat berdasarkan soalan yang diberi.

vi. Ayat baru boleh dibuat jika sesuatu ayat mudah itu menceritakan perkara yang berlainan daripada perkara yang sebelumnya.

vii. Nomborkan ayat majmuk yang telah dihasilkan.

C. CONTOH MENUKARKAN AYAT MUDAH KEPADA AYAT MAJMUK 1 :1. Ah Boon pergi ke pasar raya. Ibu Ah Boon pergi ke pasar raya. Mereka membeli gula. Mereka membeli ikan.Ayat majmuk : Ah Boon dan ibunya pergi ke pasar raya untuk membeli gula dan ikan.

2. Hetty gemuk. Kakak Hetty kurus.Ayat majmuk : Hetty gemuk tetapi kakaknya kurus.

3. Kaum lelaki digalakkan melabur. Kaum perempuan digalakkan melabur juga.Ayat majmuk : 1. Baik kaum lelaki mahupun perempuan, mereka digalakkan melabur.2. Kaum lelaki atau kaum perempuan digalakkan melabur.

4. Dia malas belajar. Dia gagal dalam peperiksaan itu.Ayat majmuk : Oleh sebab malas maka dia gagal dalam peperiksaan itu.

5. Dia sangat kaya. Dia kedekut.Ayat majmuk : Walaupun kaya tetapi dia sangat kedekut.

Page 2: BM SPM

D. CONTOH LATIHAN MENUKARKAN AYAT MUDAH KEPADA MAJMUK :

Contoh 1 :(Tukarkan supaya menjadi 3 ayat majmuk)

Pasar malam itu diadakan di Jalan Tunku Abdul Rahman. Pasar malam itu diadakan pada hari Jumaat. Pasar malam itu menjual pelbagai barang. Barang yang dijual berharga murah. Ramai pengunjung datang ke situ. Mereka datang dari seluruh Kuala Lumpur.Mereka ingin menikmati suasana pasar malam di situ. Pasar malam itu sungguh meriah. Golongan muda tidak melepaskan peluang. Mereka berkunjung ke pasar malam itu. Mereka pergi bersama ibu bapa. Mereka pergi bersama rakan-rakan.

Jawapan :1. Pasar malam di Jalan Tunku Abdul Rahman yang diadakan pada hari Jumaat itu menjual pelbagai barang dengan harga yang murah.

2. Ramai pengunjung dari seluruh Kuala Lumpur datang ke pasar malam itu untuk menikmati suasana pasar malam yang meriah tersebut.

3. Golongan muda tidak melepaskan peluang untuk berkunjung ke pasar malam itu bersama ibu bapa dan rakan-rakan.

Contoh 2 :(Tukarkan supaya menjadi 3 ayat majmuk)

Kerajaan telah memberi amaran tegas. Amaran itu diberi kepada pemilik kenderaan persendirian. Mereka dikehendaki memasang tali pinggang keselamatan ketiga. Ramai pemilik kenderaan masih engkar. Kerajaan terpaksa mengambil tindakan tegas. Kerajaan menguatkuasakan undang-

undang. Pesalah akan ditangkap. Mereka akan didenda RM300. Pemilik kenderaan tersebut akan disaman. Penumpang ketiga itu akan disaman juga. Saman ini dapat dijadikan pengajaran.

Jawapan :1. Walaupun kerajaan telah memberi amaran tegas kepada pemilik kenderaan persendirian supaya memasang tali pinggang keselamatan ketiga tetapi ramai pemilik tersebut masih engkar.

2. Kerajaan terpaksa mengambil tindakan tegas untuk menguatkuasakan undang-undang dengan menangkap pesalah dan didenda RM300.

3. Baik pemilik kenderaan tersebut mahupun penumpang ketiga itu akan disaman supaya dapat dijadikan pengajaran.

Page 3: BM SPM

LATIHAN SPM 1

Sambung ayat-ayat pendek dalam petikan di bawah ini supaya menjadi tiga ayat saja tanpa

mengubah susunan dan makna asal ayat-ayat tersebut.

Beberapa jenis binatang liar menghuni hutan belantara negara kita. Binatang-binatang liar

tersebut menjadi penghuni hutan sejak beberapa lama dulu. Kini binatang liar tersebut

menghadapi kepupusan. Kepupusan ini berpunca daripada kegiatan manusia. Manusia berburu

sesuka hati mereka. Kepupusan berpunca daripada kegiatan pembangunan. Antara langkah untuk

membendung kepupusan hidupan liar adalah dengan mengadakan kempen kesedaran.

Penyelidikan terhadap hidupan liar juga boleh dilakukan.

LATIHAN SPM 2

Televisyen merupakan salah satu media sebaran am. Televisyen direka untuk memberikan

manfaat kepada manusia. Manfaat tersebut adalah dalam pelbagai aspek. Malangnya, akhir-akhir

ini kemunculan televisyen dikatakan membawa pelbagai masalah pula. Pelbagai penyelidikan

terhadap kesan televisyen kepada masyarakat telah dilakukan. Hasil penyelidikan tersebut

menunjukkan bahawa adegan-adegan ganas dalam siaran televisyen dapat mempengaruhi

masyarakat. Malangnya, para penerbit filem masih membisu terhadap hasil penyelidikan

tersebut. Mereka menegaskan bahawa para penonton terhibur oleh adegan-adegan yang

dipaparkan.

LATIHAN SPM 3

Unsur-unsur keganasan terdapat dalam rancangan-rancangan di televisyen. Rancangan-

rancangan tersebut disiarkan oleh RTM. Rancangan-rancangan tersebut terdapat di TV3 juga.

Sejak akhir-akhir ini penyiaran rancangan yang bercorak keganasan itu meningkat. Hal ini

membimbangkan ibu bapa. Mereka bimbang kalau-kalau unsur-unsur tersebut mempengaruhi

pemikiran kanak-kanak dan golongan remaja. Golongan-golongan ini belum bijak menilai

sesuatu yang baik. Mereka tidak bijak menilai sesuatu yang buruk juga

Page 4: BM SPM

LATIHAN SPM 4

Kementerian Pelajaran telah memperkenalkan pendidikan asas komputer. Pendidikan ini adalah untuk para pelajar di negara ini. Langkah Kementerian Pendidikan ini dialu-alukan oleh ibu bapa. Hal ini kerana langkah ini dapat membantu mengisi kekosongan dalam bidang berkenaan. Kekosongan tersebut ketara sekali di sekolah luar bandar. Banyak pihak yang berharap agar langkah kerajaan ini memberikan peluang kepada pelajar luar bandar mempelajari komputer. Langkah ini diharapkan dapat menarik minat pelajar mendalami bidang komputer juga.

LATIHAN SPM 5Bercuti ke Pulau Sayak ialah judul sebuah buku. Buku ini tergolong dalam jenis novel kanak-kanak. Buku ini dikarang oleh Darulsalam. Buku ini terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Bercuti ke Pulau Sayak menceritakan kisah seorang budak lelaki bernama Syahid bersama-sama dengan rakannya. Mereka bercuti ke Pulau Sayak. Mereka terlibat dengan satu kumpulan penyeludup tanpa disedari. Nasib mereka baik kerana akhirnya mereka berjaya menewaskan kumpulan itu.

LATIHAN SPM 6Pembangunan yang dicapai oleh Malaysia begitu pesat. Kepesatan ini berlaku sejak beberapa tahun yang lalu. Kestabilan ekonomi Malaysia pula berterusan. Faktor-faktor ini mendorong rakyat asing datang ke sini. Kedatangan mereka adalah untuk mencari rezeki. Dengan memiliki taraf kerakyatan, mereka dapat menikmati pelbagai keistimewaan yang disediakan. Keistimewaan-keistimewaan itu dipandang ringan oleh segolongan rakyat asing .

LATIHAN SPM 7Pencemaran alam berlaku pada tahap yang serius. Keadaan ini mencemaskan manusia di seluruh dunia. Pencemaran tersebut berpunca daripada sifat haloba manusia. Manusia memperlakukan bumi sewenang-wenangnya. Tujuan mereka berbuat demikian adalah untuk mengaut keuntungan. Pencemaran alam ini mengakibatkan berlakunya pelbagai fenomena ganjil. Fenomena-fenomena tersebut termasuklah peningkatan suhu dan penipisan lapisan ozon.

LATIHAN SPM 8Penangkapan ikan laut dalam di Malaysia akan dipertingkatkan. Usaha ini adalah selaras dengan Dasar Pertanian Negara. Usaha ini dilakukan dengan kerjasama pakar-pakar perikanan tempatan. Pakar perikanan luar negeri turut memberikan kerjasama. Penangkapan ikan laut dalam ini bertujuan memberikan faedah kepada nelayan tempatan. Usaha ini dapat meningkatkan pendapatan negara. Usaha ini bertujuan memulihkan sumber ikan di perairan pantai juga.

LATIHAN SPM 9

Page 5: BM SPM

Kehadiran pengemis di ibu kota makin meningkat. Mereka terdiri daripada pelbagai keturunan. Peringkat umur mereka pun pelbagai. Kehadiran mereka menimbulkan suatu keadaan yang tidak menyenangkan kita. Kehadiran mereka menimbulkan pelbagai kesan negatif kepada negara. Hal ini boleh menjejaskan usaha kerajaan. Usaha tersebut adalah untuk menarik pelancong datang ke Malaysia. Usaha tersebut dapat menggalakkan perkembangan perusahaan pelancongan. negara.

LATIHAN SPM 10Isu alam sekitar makin diberi perhatian kini. Hal ini berikutan rumusan yang dicapai daripada sidang Puncak Bumi. Sidang tersebut diadakan di Rio de Jenerio pada bulan Jun 1992. Di Malaysia, masalah pencemaran masih dalam keadaan yang terkawal. Langkah berhati-hati perlu diambil. Tujuannya adalah untuk mengelakkan timbulnya pelbagai masalah alam sekitar. Antara masalah alam sekitar itu termasuklah pencemaran air, dan pencemaran udara. Selain itu pencemaran berlaku daripada aktiviti pembangunan yang tidak terancang.

LATIHAN SPM 11Perubahan dalam sistem pendidikan negara kita sedang dilakukan. Perubahan itu bertujuan mengatasi masalah pengangguran di kalangan siswazah. Menteri pelajaran mengenal pasti kelemahan-kelemahan dalam sistem pendidikan sebagai punca bertambahnya penganggur dalam kalangan siswazah. Sistem pendidikan ini sudah ketinggalan zaman. Sistem tersebut hanya mengeluarkan tenaga siswazah bagi “keperluan semalam”. Yang diperlukan ialah siswazah yang terlatih untuk “keperluan esok”.

LATIHAN SPM 12Remaja yang nakal sering menimbulkan masalah. Masalah tersebut terpaksa dipikul oleh anggota keluarga. Masalah tersebut terpaksa juga dipikul oleh anggota masyarakat juga. Kenakalan remaja dianggap suatu masalah sosial. Masalah tersebut begitu rumit. Masalah tersebut kian bertambah. Pertambahan masalah kenakalan remaja ini berlaku mengikut peredaran masa. Yang dimaksudkan dengan perlakuan yang nakal itu ialah sebarang perlakuan yang melanggar norma-norma masyarakat. Perlakuan tersebut mengaibkan kepentingan masyarakat. Perlakuan tersebut mewujudkan konflik.

LATIHAN SPM 13Kejohanan Sukan Korporat Dunia dirasmikan oleh Perdana Menteri. Perasmian sukan itu dilakukan di Stadium Negara. Suasana ketika perasmian sukan itu sungguh meriah. Perasmian sukan itu mendapat pujian para peserta. Rekod penyertaan yang terbanyak dicatat dalam kejohanan ini. Sambutan hebat diberikan oleh syarikat korporat dari luar negara. Hal ini merupakan suatu penghormatan kepada negara kita. Hal ini membayangkan kemampuan Malaysia menganjurkan sukan tersebut.

LATIHAN SPM 14Dasar Kebudayaan Kebangsaan telah digubal. Penggubalan itu berlangsung pada Ogos 1971.

Page 6: BM SPM

Penggubalan itu ialah hasil daripada persidangan di kalangan para cendekiawan Melayu. Satu resolusi telah dicapai daripada persidangan itu. Resolusi itu berasaskan tiga prinsip utama. Prinsip yang pertama ialah Kebudayaan kebangsaan hendaklah berteraskan kebudayaan rakyat asal rantau ini. Prinsip yang kedua ialah unsur-unsur kebudayaan kebangsaan. Prinsip yang ketiga ialah Islam menjadi unsur yang penting dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan itu.. Dasar Kebudayaan Kebangsaan digubal ekoran peristiwa rusuhan kaum. Rusuhan itu berlaku pada 13 Mei 1969. Rusuhan itu mencatat sejarah hitam negara.

Page 7: BM SPM

JAWAPAN

1) Beberapa jenis binatang liar menghuni

hutan belantara negara kita binatang-

binatang liar tersebut menjadi penghuni

hutan sejak beberapa lama dulu

2) Kini binatang liar tersebut menghadapi

kepupusan yang Kepupusan ini berpunca

daripada kegiatan manusia sepertimanusia

berburu sesuka hati mereka dan Kepupusan

berpunca daripada kegiatan pembangunan.

3) Antara langkah untuk membendung

hidupan liar adalah dengan mengadakan

kempen kesedaran dan penyelidikan

terhadap hidupan liar juga boleh dilakukan.

1) Televisyen merupakan salah satu media sebaran am yangtelevisyen direka untuk memberikan manfaat kepada manusia manfaat tersebut adalah dalam pelbagai aspek2) Malangnya, Akhir-akhir ini kemunculan televisyen dikatakan membawa pelbagai masalah pula. Pelbagai penyelidikan terhadap kesan televisyen kepada masyarakat telah dilakukandan hasil penyelidikan tersebut menunjukkan bahawa adegan-adegan ganas dalam siaran televisyen dapat mempengaruhi masyarakat3) Malangnya, Para penerbit filem masih membisu terhadap hasil penyelidikan tersebut danmereka menegaskan bahawa para penonton terhibur oleh adegan-adegan yang dipaparkan

1) Unsur-unsur keganasan terdapat dalam rancangan-rancangan di televisyen yangrancangan-rancangan tersebut disiarkan

oleh RTM dan rancangan-rancangan tersebut terdapat di TV3 juga.2) Sejak akhir-akhir ini penyiaran rancangan yang bercorak keganasan itu meningkat dan hal ini membimbangkan ibu bapa. Mereka bimbang kalau-kalau unsur-unsur tersebut mempengaruhi pemikiran kanak-kanak dan golongan remaja.3) Golongan-golongan ini belum bijak menilai sesuatu yang baik dan mereka tidak bijak menilai sesuatu yang buruk juga

1) Kementerian Pelajaran telah memperkenalkan pendidikan asas komputer. pendidikan ini adalah untuk para pelajar di negara ini.2) Langkah Kementerian Pelajaran dialu-alukan oleh ibu bapa demihal ini kerana langkah ini dapat membantu mengisi kekosongan dalam bidang berkenaan yang kekosongan tersebut ketara sekali di sekolah luar bandar.3) Banyak pihak yang berharap agar langkah kerajaan inimemberikan peluang kepada pelajar luar bandar mempelajari komputer sertalangkah ini diharapkan dapat menarik minat pelajar mendalami bidang ini komputer juga.

1) Bercuti ke Pulau Sayak ialah judul sebuah buku. buku ini tergolong dalam jenis novel kanak-kanak.buku iniyang dikarang oleh Darulsalam.2) Buku itu yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka bercuti ke PulauSayak menceritakan kisah seorang budak lelaki bernama Syahid bersama-sama dengan rakannya ketika mereka bercuti ke Pulau Sayak3) Tanpa disedari mereka terlibat dengan satu kumpulan penyeludup tetapi tanpadisedari.nasib mereka baik kerana akhirnya mereka berjaya menewaskankumpulan itu.

1) Pembangunan yang dicapai oleh Malaysia

Page 8: BM SPM

begitu pesat .kepesatan ini berlaku sejak beberapa tahun yang lalu serta kestabilan ekonomi Malaysia pula berterusan2) Faktor-faktor ini mendorong rakyat asing datang ke sini. Kedatangan mereka adalah untuk mencari rezeki.3) Dengan memiliki taraf kerakyatan, mereka dapat menikmati pelbagai keistimewaan yang disediakan walaupun keistimewaan-keistimewaan itu dipandang ringan oleh segolongan rakyat asing .1) Pencemaran alam berlaku pada tahap yang serius dan keadaan ini mencemaskan manusia di seluruh dunia.2) Pencemaran tersebut berpunca daripada sifat haloba manusia yangmanusia memperlakukan bumi sewenang-wenangnya tujuan mereka berbuat demikian adalah untuk mengaut keuntungan.3) Pencemaran alam ini mengakibatkan berlakunya pelbagai fenomena ganjil. Fenomena-fenomena tersebut termasuklahseperti peningkatan suhu dan penipisan lapisan ozon.

1) Penangkapan ikan laut dalam di Malaysia akan dipertingkatkan. usaha ini adalah selaras dengan Dasar Pertanian Negara.2) Usaha ini dilakukan dengan kerjasama pakar-pakar perikanan tempatan danpakar perikanan luar negeri turut memberikan kerjasama.3) Penangkapan ikan laut dalam ini bertujuan memberikan faedah kepada nelayan tempatan untukusaha ini dapat meningkatkan pendapatan negara serta usaha ini bertujuan memulihkan sumber ikan di perairan pantai juga.

1) Kehadiran pengemis di ibu kota makin meningkat dan mereka terdiri daripada pelbagai keturunan serta peringkat umur mereka pun pelbagai.2) Kehadiran mereka menimbulkan suatu keadaan yang tidak menyenangkan kita

sertaKehadiran mereka menimbulkan pelbagai kesan negatif kepada negara.3) Hal ini boleh menjejaskan usaha kerajaan usaha tersebut adalah untuk menarik pelancong datang ke Malaysia danusaha tersebut dapat menggalakkan perkembangan perusahaan pelancongan negara.

1) Isu alam sekitar makin diberi perhatian kini. hal ini berikutan rumusan yang dicapai daripada sidang Puncak Bumi yang sidang tersebut diadakan di Rio de Jenerio pada bulan Jun 1992.2) Di Malaysia, masalah pencemaran masih dalam keadaan yang terkawal dan langkah berhati-hati perlu diambil. tujuannya adalah untuk mengelakkan timbulnya pelbagai masalah alam sekitar.3) Antara masalah alam sekitar itu termasuklah pencemaran air, dan pencemaran udara dan selain itu pencemaran yang berlaku daripada aktiviti pembangunan yang tidak terancang.

1) Perubahan dalam sistem pendidikan negara kita sedang dilakukan. perubahan itu bertujuanuntuk mengatasi masalah pengangguran di kalangan siswazah.2) Menteri pelajaran mengenal pasti kelemahan-kelemahan dalam sistem pelajaran sebagai punca bertambahnya penganggur dalam kalangan siswazah.3) Sistem pendidikan ini sudah ketinggalan zaman kerana sistem tersebut hanya mengeluarkan tenaga siswazah bagi “keperluan semalam” sedangkan yang diperlukan ialah siswazah yang terlatih untuk “keperluan esok”.

1) Remaja yang nakal sering menimbulkan masalah yangmasalah tersebut terpaksa dipikul oleh anggota keluarga danmasalah tersebut terpaksa juga dipikul oleh anggota masyarakat juga.2) Kenakalan remaja dianggap suatu

Page 9: BM SPM

masalah sosial yangmasalah tersebut begitu rumit danmasalah tersebut kian bertambah pertambahan masalah kenakalan remaja ini berlaku mengikut peredaran masa.3) Yang dimaksudkan dengan perlakuan yang nakal itu ialah sebarang perlakuan yang melanggar norma-norma masyarakat danperlakuan tersebut mengaibkan kepentingan masyarakat sertaperlakuan tersebut mewujudkan konflik.

1) Kejohanan Sukan Korporat Dunia dirasmikan oleh Perdana Menteri perasmian sukan itu dilakukan di Stadium Negara dan Suasana ketika perasmian sukan itu sungguh meriah.2) Perasmian sukan itu mendapat pujian para peserta kerana rekod penyertaan yang terbanyak dicatat dalam kejohanan ini serta sambutan hebat diberikan oleh syarikat korporat dari luar negara.3) Hal ini merupakan suatu penghormatan kepada negara kita danhal ini

membayangkan kemampuan Malaysia menganjurkan sukan tersebut

1) Dasar Kebudayaan Kebangsaan telah digubal dan penggubalan itu berlangsung pada Ogos 1971. penggubalan itu ialah hasil daripada persidangan di kalangan para cendekiawan Melayu.2) Satu resolusi telah dicapai daripada persidangan itu yang resolusi itu berasaskan tiga prinsip utama prinsip yang pertama ialah Kebudayaan kebangsaan hendaklah berteraskan kebudayaan rakyat asal rantau ini , prinsip yang kedua ialah unsur-unsur kebudayaan kebangsaan danprinsip yang ketiga ialah Islam menjadi unsur yang penting dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan itu.3) Dasar Kebudayaan Kebangsaan digubal ekoran peristiwa rusuhan kaum. rusuhan itu berlaku pada 13 Mei 1969 danrusuhan itu mencatat sejarah hitam negara.