ramalan bm 2015 spm

49
Senarai Peribahasa Mengikut Sukatan Pelajaran 1. Bulat air kerana pembentung, Bulat manusia kerana muafakat Kata sepakat yang dicapai dalam masyarakat 2. Darah daging Anak dan saudara-mara daripada keturunan sendiri 3. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing Mengalami susah senang bersama-sama 4. Meninggi diri Sombong 5. Bermuka dua Tidak jujur 6. Baik hati Bersikap baik dan penyayang 7. Tulang belakang Punca kekuatan / orang harapan 8. Bara yang digenggam biar sampai menjadi arang Mengerjakan sesuatu yang sukar hendaklah sabar sehingga mencapai kejayaan 9. Bagai kaca terhempas ke batu Sangat sedih / kecewa 10. Melentur buluh biarlah dari rebungnyaMendidik anak biarlah sejak mereka kecil lagi 11. Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi Dua pihak / pihak yang sama darjat & adat 12. Seperti lembu dicucuk hidung Orang yang selalu meburut kemahuan orang 13. Dayung sudah di tangan, perahu sudah di air

Upload: wanda-john

Post on 03-Dec-2015

205 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

asdfghjkl

TRANSCRIPT

Page 1: ramalan Bm 2015 spm

Senarai Peribahasa Mengikut Sukatan Pelajaran

1. Bulat air kerana pembentung, Bulat

manusia kerana muafakat

Kata sepakat yang dicapai dalam masyarakat

2. Darah daging

Anak dan saudara-mara daripada keturunan

sendiri

3. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing

Mengalami susah senang bersama-sama

4. Meninggi diri

Sombong

5. Bermuka dua

Tidak jujur

6. Baik hati

Bersikap baik dan penyayang

7. Tulang belakang

Punca kekuatan / orang harapan

8. Bara yang digenggam biar sampai

menjadi arang

Mengerjakan sesuatu yang sukar hendaklah

sabar sehingga mencapai kejayaan

9. Bagai kaca terhempas ke batu

Sangat sedih / kecewa

10. Melentur buluh biarlah dari

rebungnyaMendidik anak biarlah sejak

mereka kecil lagi

11. Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi

Dua pihak / pihak yang sama darjat & adat

12. Seperti lembu dicucuk hidung

Orang yang selalu meburut kemahuan orang

13. Dayung sudah di tangan, perahu sudah di

air

Segala yang dikehendaki sudah diperoleh

14. Terang hati

Lekas pandai

15. Rendah hati

Tidak sombong

16. Murah hati

Pemurah

17. Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek

panas

Adat yang tidak berubah / sesuatu yang tetap

utuh

18. Tangan kosong

Hampa

19. Lintah darat

Page 2: ramalan Bm 2015 spm

Peniaga yang mengambil keuntungan terlalu

tinggi

20. Bagai aur dengan tebing

Hubungan rapat anata sesame dan saling

membantu

21. Anak dagang

Orang luar yang datang menetap di sesuatu

tempat

22. Hujan emas di negeri orang, hujan batu

di negeri sendiri, lebih baik di negeri

sendiri

Walaubagaimanapun kelebihan di negara

orang, tetap negeri sendiri lebih baik lagi

23. Kalau taku dilambng ombak, jangan

berumah di tepi pantai

Kalau takut berhadapan dengan penderitaan,

lebih baik jangan melakukan sesuatu yang

susah

24. Indah khabar daripada rupa

Perkhabaran tentang sesuatu perkata yang

dilebih-lebihkan

25. Hati gajah sama dilapah, hati kuman

sama dicecah

Pengagihan yang sama banyak

26. Bukit sama didaki, lurah sama dituruni

Perhubungan akrab, susah senang bersama

27. Kacang lupakan kulit

Orang yang melupaka asalnya / melupakan

jasa

28. Di mana bumi dipijak, disitu langit

dijunjung

Menurut adat / peraturan di tempat yang

didiami

29. Masuk kandang kambing mengembek,

mesuk kandang kerbau menguak

Menyesuaikan diri dengan keadaan

30. Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji,

pecah semua

Kesilapan yang dilakukan oleh seseorang

menyebabkan orang lain menerima

akibatnya

31. Memerah otak

Berfikir bersungguh-sungguh

32. Kalau tidak dipecahkan ruyung,

manakan dapat sagunya

Tak akan tercapai maksudnya kalau tak

mahu berusaha & bersusah payah

33. Berakit-rakit ke hulu, berenan-renang ke

tepian, bersusah-susah dahulu,

bersenang-senang kemudian

Bersusah payah dahulu untuk mendapatkan

kesengan

34. Yang bulat tidak datang menggolek, yang

pipih tidak datang melayang

Sesuatu benda tidak akan datang tanpa usaha

35. Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit

Page 3: ramalan Bm 2015 spm

sabar mengerjakan sesuatu lama-lama

berhasil juga

36. Bak cendawan tumbuh selepas hujan

Terlalu banyak pada sesuatu masa

37. Bulat air kerana pembentung, bulat

manusia kerana muafakat

Kata sepakat dicapai dalam masyarakat

38. Yang dikejar tak dapat, yang kita

kendong pula keciciran

Bernasib malang kerana setelah mendapat

sesuatu, tetapi yang sudah tangan hilang

pula

39. Mencari jalan

Berikhtiar menyelesaikan sesuatu perkara

40. Biar mati anak, jangan mati adat

Orang yang berpegang kuat kepada adat

41. Sediakan paying sebelum hujan

Berjaga-jaga dulu sebelum mendapat

sesuatu bencana

42. Berbesar hati

Gembira

43. Anak buah

Anak saudara

44. Tuan rumah

Tempat berlangsungnya sesuatu acara

45. Yang lama dikelek, yang baharu

didukung

Adat yang lama tetap diamalkan di samping

budaya hidup yang baru

46. Batu penghalang

Halangan

47. Untung anak lelaki cari-carikan, untung

anak perempuan nanti-nantikan

Orang lelaki yang merisik bakal isterinya

48. Bagai ikan pulang ke lubuk

Orang yang pulang ke tempat asal /

kehidupan senang

Page 4: ramalan Bm 2015 spm

NO PERIBAHASA MAKSUD

1 bagai kaca terhempas ke batu sangat sedih

2 bagai menatang minyak yang penuh menjaga dengan penuh kasih sayang

3 berat sama dipikul, ringan sama dijinjing

sama-sama menghadapi kesusahan dan

kesenangan

4 ingat sebelum kena, jimat sebelum habis berjimat cermat sementara ada wang

5

kais pagi makan pagi, kais petang makan

petang hidup miskin dan melarat

6 kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan berterima kasih atas bantuan orang

7

kerana pulut santan binasa, kerana mulut

badan binasa kerana salah cakap, imej diri tercemar

8

kuman di seberang laut nampak, gajah di

depan mata tak nampak

kesalahan orang lain yang kecil nampak,

kesalahan sendiri yang ketara tak nampak

9 menangguk di air keruh

mengambil peluang atau kesempatan sewaktu

orang lain menghadapi masalah

10 mendapat durian runtuh mendapat bonus

11 menjaga tepi kain orang suka mencampuri urusan orang lain

12 pisang tidak akan berbuah dua kali tidak mahu mengulangi kesalahan yang sama

13 sediakan payung sebelum hujan

membuat persediaan rapi untuk menghadapi

sesuatu

14 sekali jalan sesat, dua kali jalan tahu tidak mahu mengulangi kesilapan yang sama

15 seperti cacing menjadi naga tidak berkuasa dan berpura-pura berkuasa

16 seperti pahat dengan penukul

hanya membuat kerja apabila dipaksa atau

disuruh

Page 5: ramalan Bm 2015 spm

17

sudah gaharu cendana pula, sudah tahu

bertanya pula

seseorang yang berpura-pura ingin tahu sesuatu

perkara walaupun dia sudah mengetahuinya

18

yang baik dijadikan teladan, yang buruk

dijadikan sempadan

perkara yang baik dijadikan contoh dan perkara

yang tidak baik dijauhi

CIRI-CIRI REMAJA BERWAWASAN

Dalam menempuh milenium yang sarat dengan cabaran reformasi ini ciri-ciri remaja

yang kamil dan mempunyai nilai keinsanan yang syumul amat penting untuk membangunkan

negara. Malahan, darah setampuk pinang inilah yang bakal mewarisi tampuk kepimpinan negara.

            Berakhlak mulia merupakan salah satu ciri remaja berwawasan. Hal ini demikian kerana akhlak

yang luhur, datang dari hati yang bersih. Remaja yang berakhlak mulia akan suka didampingi malah akan

meraih rasa hormat daripada orang sekeliling. Remaja yang berakhlak mulia pasti tidak akan terjebak

dengan kemelut sosial yang mementingkan dunia hedonistik semata-mata serta berusaha untuk

menghindarkan diri daripada bergaul dengan remaja-remaja yang bermasalah. Taat pada agama sudah

pasti dapat melahirkan individu yang berakhlak mulia kerana semua agama di dunia menyeru kepada

kebaikan dan melarang kepada kemungkaran. Secara tidak langsung, remaja yang mempunyai sikap

mahmudah dapat dilahirkan seterusnya dapat menjadi seorang insane yang kamil. Remaja yang berakhlak

mulia juga sudah pasti dapat membezakan antara yang baik dan yang buruk, yang mana kaca, yang mana

permata, bak kata peribahasa yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan. Jelaslah

bahawa berakhlak mulia merupakan salah satu ciri remaja berwawasan.

            Selain itu, remaja berwawasan sudah pasti mempunyai ilmu pengetahuan yang luas dan tinggi.

Remaja yang berwawasan pasti akan berusaha untuk mencari ilmu dan sentiasa dahagakan ilmu. Pepatah

ada juga mengatakan ‘carilah ilmu sehingga ke negeri China’ kerana ilmu yang ada hanya setitik daripada

selautan. Malahan, Albert Einstein juga pernah berkata ‘semakin banyak yang dipelajari, semakin banyak

yang tidak diketahui’. Dengan melahirkan remaja yang berilmu pengetahuan, anak muda ini tidak akan

mudah ditipu oleh pihak yang tidak bertanggungjawab serta akan sentiasa dihormati dan disanjung oleh

masyarakat sekeliling. Jelaslah bahawa, remaja yang berilmu pengetahuan juga merupakan ciri yang vital

dalam melahirkan remaja yang berwawasan.

Page 6: ramalan Bm 2015 spm

            Di samping itu, remaja yang berwawasan juga akan sentiasa gigih untuk menggapai gamitan

menara impian. Sudah tentulah budaya pesimistik dan culas dikikis serta dibuang jauh untuk mencapai

kejayaan walau seruwet manapun yang diamalkan oleh remaja berwawasan ini. Secara langsung, remaja

berwawasan akan gigih berusaha menggunakan setiap detik dan waktu agar diisi dengan perkara yang

bermanfaat  dan berfaedah kerana masa itu emas. Selain itu, masa yang pergi tidak mungkin akan

kembali. Oleh itu, remaja yang berwawasan akan memastikan setiap masa yang terluang diisi dengan

perkara yang mendatangkan maslahat seperti menelaah buku, beriadah atau melakukan ibadah kerana

cendekiawan ada mengatakan masa ibarat pedang,sekiranya kita leka mata pedang itu akan  memenggal

kita. Jelaslah bahawa, gigih berusaha merupakan ciri yang signifikan dalam melahirkan remaja yang

berwawasan.

            Sementelahan itu, bersemangat patriotik juga merupakan ciri remaja berwawasan. Remaja yang

berwawasan akan berusaha menjaga nama baik negara serta memerah keringat untuk menaikkan nama

negara. Remaja yang berwawasan juga akan mengekalkan perpaduan negara yang sudah sedia terjalin

ukhuwah sesama manusia mahupun berlainan bangsa dan agama demi menyahut seruan ‘Satu Malaysia’

yang diuar-uarkan oleh Dato’ Seri Najib bin Tun Abdul Razak. Terbuktilah bahawa, remaja yang

berwawasan akan mempunyai semangat patriotik yang tinggi.

            Tuntasnya, semua pihak haruslah bergabung tenaga melahirkan remaja yang berwawasan agar

Malaysia akan terus maju dan terkenal di seluruh pojok dunia pada masa hadapan.

Page 7: ramalan Bm 2015 spm

KEPENTINGAN KEJIRANAN

 Nusa tercinta kita Malaysia merupakan negara yang mempunyai anak watan berbilang kaum dan hidup

secara bersama sehati sejiwa ibarat seikat bak sirih serumpun bak serai.  Sehubungan dengan itu,

kebanyakan anggota masyarakat hidup berjiran di kawasan bandar ataupun di kawasan luar bandar dan

mereka saling berhubung, bertemu dan berurusan antara satu sama lain. Namun ada lakaran suram yang

menyelubungi kita bahawa ada pandangan yang menyatakan bahawa semangat kejiranan dalam kalangan

masyarakat Malaysia pada masa ini dikatakan semakin terhakis ibarat hidup segan mati tak mahu.

Banyak kempen dan  usaha telah dijalankan oleh pelbagai pihak untuk merapatkan kembali hubungan

dalam kalangan jiran kerana semangat kejiranan begitu penting dalam kehidupan bermasyarakat.

            Sebenarnya semangat kejiranan dapat memupuk kerjasama dalam kalangan anggota

masyarakat di sesuatu tempat . Kerjasama ini boleh dipupuk melalui penglibatan anggota masyarakat

dalam pelbagai aktiviti yang diadakan di kawasan tempat mereka tinggal. Aktiviti kemasyarakatan seperti

gotong-royong, majlis sambutan perayaan  atau perjumpaan bulanan komuniti dapat mempertemukan

semua jiran, saling berkenalan dan merapatkan hubungan . Mereka akan lebih mesra, saling

membantu bagai aur dengan tebing tanpa membezakan warna kulit, bangsa atau kepercayaan. Hal ini

menunjukkan bahawa semangat kejiranan yang dipupuk dapat membentuk kerjasama dalam kalangan

anggota masyarakat seterusnya membentuk ukhuwah yang kukuh dan ampuh.

            Selain itu semangat kejiranan juga penting kerana dapat membentuk semangat kekitaan dan

melahirkan masyarakat yang bersatu padu. Mengimbas kembali Peristiwa 13 Mei 1969 menunjukkan

Page 8: ramalan Bm 2015 spm

bahawa jika masyarakat tidak bersatu padu dan berpecah-belah, negara akan musnah dan kehidupan

anggota masyarakat tidak akan selesa dan aman. Tuntasnya, semangat kejiranan membolehkan semua

anggota masyarakat memahami antara satu sama lain. Masyarakat yang berbilang kaum ini boleh

mempelajari  perbezaan budaya dan sistem sosial masyarakat lain seterusnya memahami sensitiviti

mereka agar dapat bertoleransi, bekerjasama dan saling menghormati. Tegasnya semangat kejiranan

penting dalam membentuk masyarakat yang bersatu padu dan seterusnya dapat memacu pembangunan

negara ke arah kegemilangan.

            Di samping itu, semangat kejiranan juga penting kepada negara kerana memudahkan kerajaan

melaksanakan pelbagai program pembangunan dan membawa kemajuan kepada rakyat.

Slogan Negara Maju Rakyat Sihat menunjukkan apabila rakyat hidup dalam keadaan sihat sejahtera

maka pelbagai rancangan pembangunan dapat diatur, dirancang dan dilaksanakan secara lancar tanpa

sebarang kekangan. Jika masyarakat dapat hidup bersama dalam suasana yang aman dan harmoni maka

segala kemajuan yang disediakan oleh kerajaan di seluruh pelosok tanah air akan dapat dinikmati

bersama-sama secara adil dan saksama. Sebagai contohnya, kerajaan telah berupaya membina pelbagai

kemudahan dan infrastrukutr di kawasan taman-taman perumahan seperti dewan orang ramai, balai raya,

taman permainan kanak-kanak mahupun pusat komuniti atas inisiatif, semangat kejiranan dan perpaduan

yang ditunjukkan oleh anggota masyarakat di sesetengah kawasan tempat tinggal. Jelaslah semangat

kejiranan penting bagi membantu anggota masyarakat dalam suatu kawasan kejiranan menikmati pelbagai

kemudahan awam yang disediakan oleh pihak kerajaan.

 

            Negara yang cemerlang lahir daripada rakyatnya yang berhemah tinggi dan hidup bersatu padu

seia sekata . Jika masyarakat dapat berganding bahu dan saling mengekalkan kehidupan yang harmoni

maka negara akan melakar kejayaan gemilang. Semangat kejiranan merupakan salah satu elemen penting

dan vitalyang membantu melahirkan anggota masyarakat yang harmoni, mempunyai jati diri dan 

semangat cinta akan negara . Melalui hubungan kejiranan, pelbagai aktiviti berbentuk pemupukan nilai-

nilai patriotisme dapat diimplimentasikan. Sebagai contoh, mengibarkan jalur gemilang, mengadakan

pameran sempena ulang tahun kemerdekaan negara ataupun menyertai perarakan dalam sesebuah pesta.

Datuk Azhar Bin Mansor merupakan  contoh paling jelas, dan atas sokongan  rakyat Malaysia

membolehkan beliau melakukan pelayaran solo mengelilingi dunia sambil mengibarkan jalur gemilang

dengan penuh kejayaan. Hal Ini jelas menunjukkan keharmonian kehidupan rakyat Malaysia

membolehkan mereka  melakukan sesuatu hal dan perkara yang amat hebat bagi melaonjakkan Malaysia

di persada antarabangsa.

            Semangat kejiranan yang wujud dalam kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum

juga penting sebagai produk pelancongan. Sesungguhnya, kedatangan pelancong asing ke negara ini

banyak disebabkan kehidupan masyarakat Malaysia yang unik, mempunyai pelbagai seni budaya yang

menarik dan hidup secara harmoni dalam komuniti kejiranan. Sesungguhnya, perpaduan masyarakat

banyak membantu menarik kehadiran pelancong terutamanya ketika musim perayaan besar. Sebagai

Page 9: ramalan Bm 2015 spm

contohnya pada sambutan Hari Kemerdekaan, Majlis Rumah Terbuka dan sambutan pesta-pesta tertentu

menampilkan perpaduan masyarakat berbilang kaum di negara kita yang amat  disukai oleh para

pelancong asing tersebut . Selain di kawasan bandar, produk pelancongan seperti Program Homestay atau

Inap Desa di kawasan luar bandar juga dapat menunjukkan semangat hidup berjiran dalam kalangan

masyarakatnya . Maka sememangnya semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat Malaysia sangat

berfaedah dan membawa pulangan ekonomi yang begitu memberangsangkan kepada negara.

            Intihanya, semangat kejiranan merupakan sebahagian daripada amalan dan menjadi budaya

masyarakat di Malaysia yang menjadikan negara kita unik pada pandangan masyarakat di luar sana malah

dikenali di seluruh dunia. Tuntasnya, Semangat kejiranan bukan sahaja penting dalam mengekalkan

suasana harmoni dalam kalangan rakyat di negara kita malah sumbangannya cukup besar terutamanya

bagi memastikan Malaysia terus cemerlang dan mampu berdaya saing pada masa akan datang kerana 

rakyatnya yang bersahsiah terpuji bagi melahirkan modal insan berminda kelas pertama yang dapat

memacu negara tercinta ke arah kegemilangan di puncak jagat.

PERPADUAN Oleh sebab perpaduan sangat penting, pelbagai langkah perlulah diambil untuk meningkatkan perpaduan di negara kita. Bincangkan langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengukuhkan perpaduan.Perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum perlu dipupuk dari semasa ke semasa. Usaha ini amat penting dilakukan untuk memastikan keamanan negara sentiasa

Page 10: ramalan Bm 2015 spm

terpelihara. Pernahkah terlintas dalam benak kita tentang apakah yang dimaksudkan dengan ‘perpaduan rakyat’? Mengikut definisi yang diberikan dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, perpaduan rakyat dapat diertikan sebagai rakyat berganding bahu untuk melakukan sesuatu dan sentiasa menyelesaikan masalah secara musyawarah. Persoalannya ialah apakah langkah-langkah yang perlu dilaksanakan bagi memastikan perpaduan rakyat dapat dikekalkan dan ditingkatkan?Satu daripada langkah yang perlu dilakukan ialah rakyat Malaysia haruslah mempunyai nilai-nilai murni yang tinggi terutamanya nilai toleransi. Hal ini amat penting untuk mengelakkan berlakunya sebarang pertelingkahan atau perselisihan faham yang akan memecahbelahkan rakyat Malaysia. Menurut Tun Dr. Mohathir Mohamad, mantab Perdana Menteri Malaysia ke-4, kita haruslah mengetepikan emosi yang akan menyebabkan perpecahan. Oleh itu, rakyat Malaysia haruslah meneruskan kehidupan dalam suasana yang aman dan saling membantu atau bekerjasama serta mengikis sikap ‘bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing untuk memastikan perpaduan dalam kalangan rakyat terus berkekalan.Selain itu, badan bukan kerajaan (NGO) juga memainkan peranan yang penting dengan mengadakan pelbagai kempen untuk meningkatkan perpaduan. Dalam hal ini, mereka hendaklah menganjurkan ceramah yang bertajuk

Page 11: ramalan Bm 2015 spm

seperti “ Perpaduan Teras Kejayaan”. Aktiviti sebegini haruslah diadakan secara berterusan dan bukannya setakathangat-hangat tahi ayam sahaja. Hal ini amat penting kerana melalui aktiviti tersebut, rakyat Malaysia akan terdedah dengan kepentingan perpaduan. Persengketaan dan perpecahan yang berlaku seperti di kebanyakan negara di dunia disebabkan mereka tidak sedar akan kepentingan perpaduan. Puncanya ialah ketiadaan kempen yang dijalankan secara berterusan. Oleh hal yang demikian, sesebuah negara yang dahulunya mempunyai perpaduan yang erat dalam kalangan rakyat, kini, mereka hidup porak-peranda. Adakah kita mahu agar perkara sebegini berlaku di negara kita? Jawapannya tentulah tidak!Pertubuhan seperti Rukun Tetangga pula seharusnya mengadakan aktiviti-aktiviti yang melibatkan pelbagai kaum. Melalui aktiviti tersebut, rakyat pelbagai kaum akan dapat saling memahami budaya kaum yang lain. Dengan ini, perpaduan rakyat dapat dikekalkan. Sebagai contohnya, mereka haendaklah menganjurkan aktiviti Majlis Rumah Terbuka sempena hari perayaan supaya dapat dihadiri oleh semua penduduk. Melalui aktiviti seperti ini, perkara sensitif yang melibatkan kaum tertentu dapat dielakkan dan rakyat pula tidak akan membangkitkan persoalan tersebut dan seterusnya mengelakkan berlakunya pertelingkahan mahupun pertelagahan yang tidak diingini. Mereka juga harus memahami bahawa ‘ bersatu teguh bercerai roboh’. Pernahkan terlintas dalam fikiran kita bahawa ibu bapa juga memainkan peranan yang penting bagi memastikan perpaduan rakyat dapat dikekalkan? Ibu bapa merupakan orang yang terdekat dengan anak-anak. Oleh itu, sudah menjadi tanggungjawab ibu bapa mendidik anak-anak mereka dengan nilai-nilai yang murni seperti toleransi. Berbalik pada zaman tradisi, asuhan dalam keluarga merupakan pendidikan yang paling ampuh bagi kanak-kanak mempelajari nilai-nilai murni daripada ibu bapa mereka. Oleh sebab itu, ibu bapa hendaklah menunjukkan teladan kepada anak-anak mereka agar anak-anak bergaul dengan kawan-kawan daripada pelbagai kaum dengan harmoni. Pepatah Melayu mengatakan bahawabagaimana acuan begitulah kuihnya. Melalui cara ini, anak-anak akan menjaga sensitiviti kaum lain dan tidak akan menimbulkan masalah atau pergaduhan yang akan menyebabkan perpaduan tidak dapat dikekalkan. 

Page 12: ramalan Bm 2015 spm

Sebagai konklusinya, semua pihak haruslah berganding bahu ibarat ke bukit sama-sama didaki, ke lurah sama-sama dituruni untuk memastikan perpaduan dalam kalangan rakyat dapat dikekalkan. Janganlah meranapkan impian Malaysia untuk mencapai wawasan 2020. Biar matahari terus bersinar, biar pepohon terus menghijau dan biarlah Malaysia terus gemilang. Ingatlah bahawa sekali sahaja perpaduan hancur, maka sukarlah untuk kita membinanya kerana telur sesanggkak, pecah sebiji pecah semuanya. 

KEPENTINGAN PERPADUAN KAUM

  Umum mengetahui bahawa Malaysia merupakan sebuah negara yang unit lantaran rakyatnya

terdiri daripada pelbagai kaum. Ramai penduduk dunia tertanya-tanya apakah formula ampuh yang telah

digunakan oleh pemimpin-pemimpin berwibawa di Malaysia sehingga rakyatnya dapat hidup bersatu-

padu dan aman damai tanpa sebarang pertelingkahan. Namum, persoalan sedemikian hanya dapat dijawab

apabila semangat perpaduan itu tersemat di dalam diri setiap anak watan yang akan mewarisi tampuk

pentadbiran Malaysia. Tambah pula, aspek perpaduan telah dianggap sebagai tulang belakang kepada

kegemilangan Malaysia. Oleh sebab itu, setiap rakyat Malaysia perlu sedar akan kepentingan perpaduan

kaum kerana aspek perpaduan ini memberi impak yang besar kepada seluruh rakyat Malaysia.

Dalam hal ini, perpaduan kaum amat penting untuk mengekalkan kestabilan politik.

Kestabilan politik dalam setiap jabatan amat  perlu bagi menjamin keutuhan struktur pentadbiran

Malaysia. Fungsi pentadbiran Negara pula perlu dilaksanakan secara sistematik kerana banyak

negara luar yang gemar berurusan dengan pemimpin Malaysia. Impak positif yang berlaku ialah

Negara Malaysia dapat melebarkan ruang lingkup jalinan persahabatan dan perdagangan bagi

mencakupi arena global. Umpamanya, kestabilan politik di Johor telah memberi keyakinan

kepada pelabur-pelabur asing untuk melabur di Malaysia bagi membangunkan Wilayah

Pembangunan Iskandar (WPI). Oleh itu, perpaduan kaum yang telah menyumbang ke arah

kestabilan politik memberi pulangan yang lumayan kepada Malaysia bak kata pepatah Melayu’

pucuk dicta, ulam mendatang’ kerana kedua-duanya memberikan faedah kepada Malaysia.

Seperkara lagi, perpaduan kaum dapat menjamin Negara Malaysia. Amnya mengetahui

bahawa Malaysia terdiri  daripada berbilang bangsa di mana majoriti rakyatnya terdiri daripada

bangsa Melayu, Cina dan India yang mempunyai pelbagai adat resam, agama dan kepercayaan

sejak lima dekad yang lalu. Pemimpin-pemimpin yang lalu seperti Tunku Abdul Rahman, Tun

Tan Cheng Lock, Tun Sambathan serta ramai pemimpin berwibawa yang lain telah berunding dan

bertolak ansur untuk mencapai perpaduan demi sebuah negara yang tercinta. Kini, sudah menjadi

tanggungjawab kita untuk terus memelihara perpaduan yang telah kita warisi sejak zaman-

berzaman lagi. Melalui perpaduan dan keharmonian, Malaysia telah mengorak langkah serta

melalui satu fasa perubahan yang drastik sehingga kita standing dengan negara-negara maju yang

lain dan dikagumi oleh seluruh pelusok dunia. Tambahan pula, ada segelintir pemimpin dunia

yang menjadikan Malaysia sebagai suri teladan untuk membentuk perpaduan rakyat mereka

seterusnya mencetuskan keharmonian negara,

Page 13: ramalan Bm 2015 spm

Dalam nada yang sama, perpaduan kaum amat penting bagi merapatkan jurang perbezaan

ekonomi pelbagai kaum di Malaysia. Melalui penemuan satu formulasi ekonomi iaitu Dasar

Ekonomi Baru (DEB) yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia ke- 2, Allahyarham

Tun Abdul Razak pada tahun 1970, beliau berjaya merungakai satu masalah yang membelenggu

rakyat Malaysia yang mana, pada masa itu satu kaum telah memusuhi kaum yang lain dalam

peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Impak positif daripada formulasi ini, wujud semangat bertolak-

ansur dalam kalangan rakyat dalam usaha membasmi kemiskinan. Tindakan ini juga jelas dapat

dilihat apabila pihak kerajaan sendiri berusaha meningkatkan taraf kehidupan golongan miskin

melaui proses memodenkan kawasan luar bandar. Intihanya, usaha merapatkan jurang ekonomi

antara kaum amat penting dalam usaha memupuk perpaduan kaum.

Akhirulkalam, tanggungjawab menyemai benih perpaduan dalam diri setiap individu

menjadi tugas rakyat Malaysia bersama-sama. Moga-moga usaha yang telah dilakukan oleh

pemimpin-pemimpin terdahulu dihargai oleh kita dengan terus memupuk sikap bersatu-padu

tanpa mengira latar belakang agama, bangsa, maupun budaya. Oleh itu marilah sama-sama kita

menghayati cogan kata ‘bersatu teguh, bercerai roboh’ dalam usaha meningkatkan lagi kesedaran

kita tentang peri penting hidup bersatu-padu.

 

Page 14: ramalan Bm 2015 spm

USAHA-USAHA MEMPERKUKUH PERPADUAN KAUM RAKYAT MALAYSIA

Sejak 31 Ogos 1957, penduduk Malaysia yang terdiri daripada masyarakat berbilang

kaum hidup bagai aur dengan tebing. Walaupun menyedari hakikat bahawa rambut sama hitam,

hati lain-lain , namun masyarakat yang berbilang kaum ini hidup dengan aman dan damai. Oleh

itu, pelbagai pihak perlu memegang pada kekuatan jata negara, yakni“Bersekutu Bertambah

Mutu”untuk mengeratkan perpaduan kaum di Malaysia. Perpaduan kaum di Malaysia seyogianya

menjadi kebanggaan Negara kita.

Sebenarnya, kita bolehlah mengadakan aktiviti gotong-royong di taman-taman

perumahan untuk memupuk perpaduan kaum rakyat di Malaysia. Masyarakat yang berbilang

kaum akan keluar untuk bekerjasama membersihkan taman-taman perumahan. Melalui aktiviti

kemasyarakatan ini, mereka dapat lebih mengenali antara satu sama lain melalui perbualan dan

berinteraksi kerana tak kenal maka tak cinta. Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir pernah

menegaskan bahawa bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat; perpaduan

merupakan kekuatan negara. Oleh sebab itu, saya percaya bahawa jika kita mengamalkan

prinsip berat sama dipikul, ringan sama dijinjing, kita dapat menikmati pembangunan nusa

tercinta ini bersama-sama.

Selain itu, kita juga boleh mengamalkan amalan kunjung-mengunjung ke rumah rakan-

rakan yang berlainan bangsa sempena hari-hari perayaan untuk memupuk semangat perpaduan

dalam kalangan rakyat berbilang kaum di Malaysia. Kebudayaan antara kaum dapat difahami

dengan lebih mendalam sekali gus dapat menjana tahap kefahaman dan membina masyarakat

yang saling menghormati. Amalan rumah terbuka juga boleh dipraktikkan untuk memupuk

perpaduan kaum rakyat Malaysia dengan amalan saling memaafkan sesama insan. Oleh itu,

sikap buang yang keruh , ambil yang jernih ternyata mampu menjalinhubungkan semangat

perpaduan yang tersedia utuh.

Seterusnya, pihak kerajaan sentiasa membuat anjakan paradigma demi memperkuat

jalinan kemesraan rakyat dengan mengadakan banyak aktiviti pada peringkat taman-taman

perumahan. Dengan langkah bestari itu, kita dapat memupuk perpaduan kaum rakyat Malaysia.

Misalnya, sambutan hari keluarga dan jamuan tahunan yang diadakan oleh organisasi atau

pertubuhan kerajaan dapat mempererat hubungan antara pemimpin dengan penduduk tempatan.

Selain dapat mendengar rintihan hati rakyat, pemimpin turut dapat menjadi suri teladan sebagai

agen perpaduan. Saya yakin, orang ramai yang berbilang kaum akan lebih mempercayai dan

meyakini kewibawaan pemimpin dan saling menghormati antara satu sama lain. Cara ini pasti ini

akan mengurangkan pertengkaran dan perselisihan faham antara kaum.

Di samping itu, kita juga dapat memupuk perpaduan kaum di Malaysia dengan

menghantar anak-anak ke sekolah kebangsaa . Dengan cara ini, kita akan dapat melahirkan

pemuda-pemuda yang tidak mempunyai masalah perhubungan dan pergaulan antara kaum yang

Page 15: ramalan Bm 2015 spm

berlainan. Pergaulan mesra dan semangat bersatu padu yang dijalin ini sudah mampu menjadi

tiang kukuh untuk membuktikan bahawa rakyat Malaysia patuh pada Rukun Negara. Hal ini

sangat penting untuk memupuk perpaduan kaum di Malaysia dalam sanubari anak-anak sejak

bangku sekolah kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Semua kekangan untuk

mempererat perpaduan kaum akan dapat diselesaikan jika anak-anak telah mempelajari cara-cara

untuk berinteraksi dengan orang yang berlainan kaum sejak kecil.

Tuntasnya, semua pihak haruslah menggembleng tenaga dan bekerjasama untuk memupuk perpaduan

kaum rakyat di Malaysia. Hal ini penting supaya negara dapat berkembang maju dengan lebih lancar

bawah dasar 1Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak. Saya

yakin dan percaya bahawa rakyat Malaysia mengenali peribahasa ke bukit sama didaki, ke lurah sama

dituruni. Oleh itu, kita yang sudah melalui zaman prakemerdekaan yang perit dan pahit haruslah mengisi

kemerdekaan dengan penuh semangat perpaduan kaum. Ingatlah wahai rakyatku bahawa semangat

perpaduan harus disemai dan diingati sampai bila-bila agar Wawasan 2020 menjadi realiti, bukannya

fantasi semata-mata.

Kebaikan & Keburukan Laman Sosial

       Pada masa ini, penggunaan laman sosial melalui internet amat popular di Malaysia. Laman sosial

seperti “Facebook”, “My Space”, “Frienster”, “Twitter” dan sebagainya mendapat perhatian masyarakat

Page 16: ramalan Bm 2015 spm

di negara ini terutamanya golongan remaja. Laman sesawang rangkaian sosial tersebut telah menjadi satu

trend dalam kehidupan masyarakat masa kini. Remaja kini telah menjadikan penggunaan laman sosial di

internet ini sebagai medium untuk mengisi kekosongan waktu mereka. Hal ini disebabkan oleh aplikasi

yang terdapat di laman sosial yang canggih dapat menarik perhatian masyarakat di Malaysia. Secara tidak

langsung, penggunaan laman sosial ini telah memberikan kesan positif dan negatif terhadap gaya hidup

para remaja. 

       Sebagaimana yang kita ketahui,penggunaan laman sosial dapat menambah kenalan yang baru di

samping hubungan yang telah lama terputus dapat dieratkan semula. Apabila seseorang itu telah

menamatkan sesuatu pengajian di sekolah menyebabkan mereka telah terputus hubungan antara satu sama

lain. Laman sosial ini digunakan sebagai suatu medium utama untuk mencari kenalan lama yang telah

terputus. Mereka dapat mengetahui kerjaya yang telah diceburi oleh rakan dan dapat berinterasi antara

satu sama lain. Gambar yang telah diletakkan di dalam profil juga boleh dilihat dan dikomen oleh semua

rakan. Mereka juga dapat menyampaikan maklumat seperti mengadakan satu perjumpaan di sesuatu

tempat dengan mengumpulkan guru-guru dan rakan-rakan. Perkara ini menjadi mudah kerana dapat

menjimatkan masa dan tenaga dengan cara menggunakan kemudahan yang sedia ada. Jadi jelaslah

bahawa penggunaan laman sesawang sosial boleh menambahkan kenalan yang baru.

Selain itu,ramai remaja juga menghabiskan masa mereka dengan laman sosial. Dengan adanya laman

sesawang sosial, mereka dapat mengisi masa lapang mereka dengan melayari facebook. Bagi mereka

yang bijak, di samping mengisi masa lapang ada antara mereka membuat bisnes dan membuat promosi

melalui laman sesawang sosial seperti Facebook dan Twitter. Mereka juga dapat menjadikan laman

sesawang sosial tersebut sebagai alternatif untuk menambahkan pendapatan bulanan mereka. Orang ramai

boleh membeli dengan mengklik di laman sesawang dan barangan tersebut akan dihantar melalui pos laju.

Siapa sahaja yang berminat untuk membeli barangan tersebut hanya membayar dengan memasukan wang

ke dalam bank yang telah ditetapkan oleh penjual. Oleh itu, medium ini dapat menjimatkan masa dan

tidak perlu bersesak-sesak di pusat membeli belah untuk membeli sesuatu barangan.

Penggunaan laman sosial bukan sahaja mendatangkan kesan yang positif malah mendatangkan kesan

negatif iaitu penggunaan laman sosial melalui internet menyebabkan berlakunya banyak penipuan atau

pemalsuan. Hal ini demikian kerana, terdapat banyak kes penipuan yang berlaku terutamanya dalam

kalangan remaja perempuan. Perkara ini disebabkan oleh mereka yang baru dikenalinya melalui laman

sosial. Mereka biasanya akan mengikut semua kemahuan yang diminta oleh rakan dalam laman sosial

tersebut. Sebagai contohnya, perkara ini berlaku apabila pasangan dalam laman sosial menghantar sistem

pesanan ringkas(sms) untuk membuat temu janji dengan menyatakan tempat dan masanya. Seterusnya,

remaja perempuan tersebut akan pergi ke tempat yang telah dinyatakan tanpa berfikir panjang. Namun

demikian, setibanya di tempat yang dinyatakan oleh kenalan laman sosial itu, mereka mungkin ditipu dan

ada juga yang telah menjadi mangsa rogol.

 

Page 17: ramalan Bm 2015 spm

Selain itu,penggunaan laman sosial menyebabkan golongan remaja menjadi lalai dalam melakukan

sesuatu tugasan. Kepelbagaian aplikasi yang menarik seperti permainan yang terdapat dalam laman sosial

mampu menarik minat pengguna laman sosial tersebut. Hal ini menyebabkan pengguna akan berasa

seronok sehingga leka dan lalai untuk menyempurnakan urusan mereka. Tambahan pula, penggunaan

laman sosial juga memberikan kesan kepada prestasi pelajaran dalam kalangan remaja. Hal ini akan

menyebabkan mereka mengabaikan pelajaran kerana tiada masa yang diperuntuk untuk mengulang kaji

pelajaran.Apabila berlangsungnya sesuatu peperiksaan markah yang diperolehi merosot dari peperiksaan

sebelum ini menyebabkan mereka tercari-cari kesilapan yang telah dilakukan untuk diperbetulkan.

Golongan pelajar yang menjadi tunjang kecemerlangan negara tidak dapat dilahirkan ekoran

penggunaannya yang melalaikan masyarakat. Oleh itu, penggunaan laman menyebabkan seseorang itu

membazir masa.     

Kesimpulannya, penggunaan laman sosial ini mendatangkan pelbagai kebaikan dan keburukan kepada

golongan remaja. Namun impak negatif yang wujud harus diberi perhatian yang serius oleh pihak

berkuasa untuk mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap laman sesawang sosial yang tidak

bertanggungjawab. Sebagai manusia yang berakal pastinya kita perlu menangkis setiap perkara yang

buruk. Pepatah ada mengatakan bahawa “mencegah itu lebih baik daripada mengubati".

 

 

Laman sosial mempunyai kebaikan yang boleh dimanfaatkan. Antaranya ialah :-

 

1. Berkomunikasi: Boleh menghubungi teman lama yang  terpisah.

Mempertemukan sahabat lama terpisah. Kita boleh mencari kembali rakan-rakan sekolah melalui jaringan

antara satu sama lain. Sambil berhubung boleh mengenang kembali kisah lama. Kisah manis, masin,

pahit, tawar dan sebagainya. Talian hubungan dapat dikekalkan. Mengeratkan tali silatulrahim, mengikuti

Page 18: ramalan Bm 2015 spm

perkembangan aktiviti pemimpin seperti Twitter PM Dato Sri Najib, bertanya khabar dengan cara paling

menjimatkan, berbincang, nasihat menasihati, berkongsi pengalaman dan petua.

 

2. Boleh membantu mempromosi sesuatu.

Melalui laman sosial, entri terbaru boleh dikhabarkan kepada rakan-rakan di laman sosial. Barangan dan

perkhidmatan yang baik dapat disebarkan. Misalnya masakan restoran yang enak dan murah dapat

diketahui dengan meluas. Jenis kamera yang terbaik untuk nilai wang ringgit dapat dibincangkan.

 

3. Mudah menyebarkan maklumat.

Sebagai contoh, di waktu dulu ketika ingin melakukan majlis jemputan kahwin perlu mencari alamat

rakan-rakan masing-masing. Tapi kini dengan kecanggihan laman sosial, kad kahwin boleh di letakkan di

sana dan dimaklumkan kepada rakan-rakan. Mudah dan cepat. Permintaan bantuan cemas seperti derma

darah jens tertentu untuk membantu pesakit tenat juga dapat disebarkan. Kes-kes penipuan dan wajah

penjenayah dapat disebarkan dalam usaha membanteras jenayah.

 

4. Perkongsian maklumat/ilmu.

Kalau kita bijak mencari kawan yang sesuai, kita akan mendapat maklumat terkini dengan cepat. Ada

rakan-rakan yang rajin berkongsi berita dan maklumat untuk dikongsi bersama. Sebagai contoh, laman

sosial dapat menggantikan tv untuk mengetahui berita terkini. Malah perbicaraan mahkamah diketahui

dengn serta merta melalui twitter dan laman web tertentu. Peristiwa terkini dapat diketahui serta merta.

Imlu dalam bidang perubatan, teknologi dan sebagainya juga dapat disebarkan.

 

Laman web sosial seperti ini sebenarnya dapat memberikan banyak kebaikan kepada remaja sekiranya

digunakan dengan betul. Tetapi kebanyakannya tidak manfaatkan kemudahan seperti ini dengan sebaik-

baiknya sehinggakan ada di antara mereka yang salah guna sehingga mencetuskan kontroversi seperti

ugutan kepada individu tertentu.

Page 19: ramalan Bm 2015 spm

Mengapa remaja taksub dengan laman web sosial seperti facebook.

 

1. Untuk perkongsian ilmu dan maklumat

Pelajar merupakan individu yang menggunakan kemudahan laman web sosial ini bagi tujuan perkongsian

maklumat dan ilmu dengan rakan-rakan. Bagi mereka, dengan cara ini mereka boleh berbincang bersama

rakan-rakan dengan pantas tentang sesuatu masalah atau isu yang dikemukakan. Ada juga yang

memanfaatkannya dengan perkongsian maklumat tentang perniagaan.

 

2. Sekadar untuk mengisi masa lapang

Ramai remaja menghabiskan masa mereka dengan facebook. Dengan adanya laman web sosial seperti ini,

mereka dapat mengisi masa lapang mereka dengan melayari facebook. Bagi mereka yang bijak, di

samping mengisi masa lapang ada antara mereka membuat bisnes dan membuat promosi melalui laman

web sosial seperti facebook dan twitter.

 

3. Untuk mencari pasangan hidup

Tidak dinafikan juga ada antara remaja yang melayari laman web sosial semata-mata untuk mencari

pasangan hidup. Dalam bahasa mudah, mencari teman lelaki ataupun teman wanita. Adakah anda salah

seorang daripada mereka? Kepada mereka yang kesunyian dan masih single tu, silalah aktifkan diri anda

dengan laman web sosial.

 

4. Hendak menonjolkan imej diri/hendak pamer body yang mantap.

Sebab ini saya rasa adalah paling releven kenapa remaja terlalu taksub dengan laman web sosial terutama

facebook dan myspace. Tidak kira perempuan ataupun lelaki, mereka berlumba-lumba mempamerkan

wajah dan imej diri dengan gaya yang istimewa termasuk kemantapan body masing-masing. Bagi yang

kacak dan cun memang menjadi kegilaan sesetengah individu.

 

Page 20: ramalan Bm 2015 spm

5. Ingin mendapatkan berita terkini dengan cepat

Ada juga remaja yang taksub dengan laman web sosial kerana ingin mendapatkan sesuatu info terkini

dengan cepat dan pantas. Golongan ini mungkin juga terdiri daripada golongan pelajar dan mereka-

mereka yang suka sesuatu yang baru. Perasaan ingin tahu dalam diri sangat tinggi.

 

6. Aplikasi menarik dan ketagih game

Laman web sosial seperti facebook menyediakan pelbagai aplikasi dan game menarik kepada

penggunanya. Bagi mereka yang ketagih dengan game, facebook merupakan tempat atau medium terbaik

untuk melepaskan gian tersebut kerana setakat ini tiada laman web sosial lain yang dapat menandingi

facebook terutama aplikasi yang disediakan. Dengan adanya aplikasi seperti akan menyebabkan remaja

sanggup melayari facebook 24 jam dan sanggup untuk tidak tidur pada waktu malam.

Keburukan laman sosial

1. Melalaikan/melekakan.

Terlalu lama berdepan dengan teman-teman sosial hingga menyebabkan lupa dengan tanggungjawab.

Kadang-kadang terganggu tugas samada hakiki mahupun penulisan blog. Ianya mampu mengganggu

tumpuan terutamanya jika anda menyertai ‘games’, ‘group provokasi/gossip’ dan sebagainya. Ketagihan

melayari laman web sosial ini menyebabkan produktiviti menurun dan pendapatan bulanan sepatutnya

Page 21: ramalan Bm 2015 spm

diperoleh daripada bekerja disia-siakan dengan aktiviti melalaikan. Pelajar akan abaikan pelajaran

mereka.

 

2. Obses/ketagihan.

Berlakunya kegilaan terhadap laman sosial hingga sukar untuk berengang darinya. Boleh juga

menimbulkan kemarahan sekiranya diganggu ketika bersosial di laman tersebut. Tidak mustahil ada yang

menjadi gila disebabkan obses terhadap laman sosial. Ada yang mengurung diri dalam bilik berhadapan

dengan komputer buat beberapa hari berterusan kerana melayari web.

 

3. Terhakis pergaulan secara realiti.

Ramai yang memencilkan diri dan lebih menumpukan komuniti online berbanding offline. Sedikit

sebanyak mengugat komuniti tempatan. Hubungan sesama ahli keluarga dan jiran semakin renggang.

 

4. Gangguan kesihatan.

Sudah pasti akan memberi kesan kepada kesihatan samada fizikal ataupun mental. Hal ini kerana terlalu

khusyuk mengadap komputer mampu memberikan impak buruk terhadap tubuh badan. Sakit sendi,

pening kepala, terjejasnya penglihatan, obesiti, malah kanser kerana terdedah kepada radiasi komputer

merupakan fenomena biasa merosotnya kesihatan seseorang yang terlibat dalam laman web sosial.

 

5. Gangguan oleh individu yang tidak dikenali.

Kadangkala ada individu yang tanpa disedari menceroboh peribadi. Sebab itu perlu berhati-hati dalam

membenarkan mereka memasuki senarai kawan anda. Penipuan wang, cinta dan sebagainya sering

berlaku. Fitnah dan tohmahan terhadap seseorang disebarkan. Ini memalukan mangsanya.

 

6. Boleh meruntuhkan rumah tangga/menjurus ke arah keghairahan maksiat.

Termasuk mempengaruhi remaja berzina. Remaja perempuan terjebak dalam gejala zina berpunca

daripada Facebook. Mereka terpengaruh dan ghairah dengan kata-kata pujian serta pujaan lelaki menerusi

Facebook sehingga membawa perbuatan zina. Gambar-gambar lucah disebarkan. Seks maya dijalankan

kerana identiti sebenar tidak diketahui. Facebook juga menyebabkan berlaku kes perceraian kerana suami

atau isteri curang selepas berkenalan dengan kekasih menerusi laman web social

 

Pada kesimpulannya, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menerusi sebuah

kenyataan sebelum ini berkata, kematangan berfikir penting bagi setiap individu yang menggunakan

media baru seperti laman web sosial untuk menilai kebaikan dan keburukan setiap aktiviti di alam maya.

Pendek kata, apa yang penting ialah semua pihak perlu berhati-hati, cermat dan bertanggungjawab ke atas

segala maklumat yang ingin disebarkan serta dikongsi agar ia tidak membawa padah kepada diri dan

orang lain

Page 22: ramalan Bm 2015 spm

Amalan Berjimat-cermat Mendatangkan Pelbagai Manfaat

Kepada Sesebuah Negara. Huraikan Kepentingan-Kepentingan dan Langkah-Langkah Amalan

Berjimat-cermat.

Pendahuluan :

Istilah berjimat-cermat sering diuar-uarkan oleh pihak kerajaan pada zaman muasir ini. Adakah

masyarakat Malaysia tidak tahu berjimat-cermat? Sebenarnya berjimat-cermat merupakan istilah

keramat yang memacu kepada kejayaan sesebuah bangsa dan negara.Tanpa amalan tersebut maka

tidak mustahilah negara akan terdedah kepada krisis ekonomi,maka mundurlah ekonomi negara

tersebut. Dalam konteks ini, semua individu dalam sebuah negara memainkan peranan penting

dalam mengamalkan amalan berjimat-cermat.Terdapat banyak faedah yang diperoleh daripada

amalan itu.

Isi 1: Persediaan dan Jaminan Masa Hadapan.

Page 23: ramalan Bm 2015 spm

Apakah kepentingan amalan berjimat-cermat?

Amalan berjimat-cermat membolehkan individu merancang masa depan mereka.

Mengapakah amalan berjimat-cermat perlu dilakukan?

Hal ini perlu dilakukan oleh semua orang bak kata pepatah “beringat sebelum kena, berjimat

sebelum habis”kerana kita tidak menduga sesuatu perkara yang akan berlakupada masa hadapan.

Bagaimanakah amalan ini perlu dilakukan?

Golongan masyarakat terutamanya ibu bapa perlu mengamalkan sikap berjimat-cermat terutamanya

dalam aspek kewangan kerana “sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit”dan “sehari selembar benang

lama-lama menjadi kain”. Hal ini akan dapat membantu mereka membiayai perbelanjaan pendidikan

anak-anak apabila melanjutkan pelajaran ke menara gading. Masyarakat terutamanya generasi muda perlu

merancang perbelanjaan mereka agar tidak berdepan dengan masalah apabila menempuh usia emas

kelak. Kebanyakan warga emas menghadapi masalah kerana mereka gagal merancang kewangan ketika

usia muda. Hal ini perlu dielakkan supaya tidak seperti pepatah “sudah terhantuk baru tengadah”.

Contoh

Sebagai contoh, apabila anak-anak berjaya melanjutkan pelajaran, ibu bapa akan memerlukan kos yang

banyak.Sekiranya ibu bapa mempunyai wang simpanan, mereka tidak menghadapi apa-apa masalah,

sebaliknya jika ibu bapa tidak mempunyai wang simpanan, mereka akan tertekan dengan kemelut

kewangan sekali gus akan mengharapkan biasiswa dan pinjaman daripada pihak kerajaan.

 

Rumusan isi

Oleh itu, kita janganlah menjadi masyarakat yangn sentiasa mengharapkan bantuan daripada pihak

kerajaan dan melahirkan bangsa yang sentiasa bertongkat. Oleh hal yang demikian, amalan berjimat-

cermat ini dapat melahirkan masyarakat yang harmoni dan keluarga yang bahagia kerana tidak

mengalami sebarang tekanan kewangan kerana mempunyai wang simpanan mereka sendiri.

 

Isi 2 : Persediaan Menghadapi Waktu Kecemasan.

Apakah kepentingan amalan berjimat-cermat?.

“Malang tidak berbau”. Peribahasa ini sangat sinonim dengan fitrah kehidupan manusia. Tiada

sesiapapun yang mengetahui akan musibah yang bakal dihadapi pada masa akan datang.Sejajar dengan

itu, amalan berjimat-cermat boleh membantu masyarakat sebagai suatu persediaan apabila menghadapi

waktu kecemasan seperti perbelanjaan merawat pembedahan, kemalangan dan penyakit kronik yang

dialami oleh diri sendiri, ibu bapa atau kaum keluarga.

Mengapakah amalan berjimat-cermat perlu dilakukan?

Sehubungan dengan itu, melalui amalan berjimat-cermat, kita tidak perlu “mengemis” di merata-rata

tempat apabila memerlukan rawatan kesihatan. Langkah berjimat-cermat ini sangat penting kepada

Page 24: ramalan Bm 2015 spm

masyarakat sebagai satu persediaan jika berlaku sesuatu kecemasan kerana manusia hanya merancang

sedangkan Tuhan yang menentukan.

Bagaimanakah amalan ini penting kepada seseorang?

Hal ini disebabkan kos rawatan yang tinggi dan biasanya tidak mampu dibiayai oleh pesakit terutamanya

apabila melibatkan pembedahan dan penyakit kronik yang memerlukan perbelanjaan beratus-ratus ribu

ringgit. Kos rawatan yang terlalu tinggi ini tentulah membebankan pesakit tersebut.

 

Contoh.

Apabila seseorang dimasukkan ke hospital kerana menghidap penyakit kronik seperti kanser, rawatan

pembedahan melibatkan perbelanjaan berjumlah beratus-ratus ribu ringgit. Kegagalan pesakit

menyediakan sejumlah wang yang besar ini boleh menyebabkan pesakit tidak mendapat rawatan yang

sewajarnya dan akan berakhir dengan kematian.

Rumusan isi.

Rumusannya, langkah berjimat-cermat ini sangat penting kepada masyarakat sebagai satu persediaan

menghadapi waktu kecemasan agar rawatan segera dapat menyelamatkan nyawa pesakit.

 

Isi 3 : Kestabilan Ekonomi Negara.

Apakah kepentingan amalan berjimat-cermat?

Salah satu faedah berjimat-cermat ialah ekonomi negara dapat distabilkan.

Mengapakah amalan berjimat-cermat perlu dilakukan?

Tanpa kestabilan ekonomi negara, sesebuah negara tidak dapat dibangunkan atau dimajukan. Komitmen

seseorang amatlah diharapkan bagi membangunkan ekonomi Negara.

Bagaimanakah amalan berjimat-cermat perlu dilakukan?

Seseorang itu dapat berjimat cermat dengan cara membeli barangan buatan tempatan atau

melancong dalam negara mereka sendiri. Apabila seseorang itu membeli barangan buatan tempatan, hal

ini akan mengelakkan pengaliran wang keluar wang dan menggalakkan wang beredar dalam negara. Jika

kita membeli barangan buatan tempatan dan bukannya barangan import, wang yang kita bayar atau

belanjakan itu akan diterima oleh pengeluar tempatan dan wang tersebut boleh mengalirdalam negara.

Contoh

Maka pendapatan yang ada, negara akan dapat membiayai pelbagai projek yang mendatangkan

keuntungan, lebih-lebih lagi ketika kegawatan ekonomi. Negara juga tidaklah perlu memuat pinjaman

kewangan dari Bank Dunia justeru, maruah negara dapat diselamatkan. Oleh yang demikian itu, kegiatan

ekonomi tempatan dapat dihidupkan secara lebih aktif dan efektif. Impaknya, ekonomi menjadi lebih

mampan.Seseorang individu atau masyarakat turut dapat membantu kestabilan ekonomi negara dengan

mengamalkan pelancongan domestik. Mereka digalakkan melancong dalam negara mereka sendiri seperti

peribahasa “hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri lebih baik di negeri sendiri” Apabila

hal ini berlaku, maka secara tidak langsung mereka telah memberi sumbangan kepada pertumbuhan

Page 25: ramalan Bm 2015 spm

ekonomi. Ekonomi negara akan menjadi lebih teguh dan mantap. Wang yang dibelanjakan akan diterima

oleh pengusaha tempatan dan hal ini bermakna wang itu seterusnya akan beredar dalam kalangan rakyat

tempatan.

Rumusan isi

Oleh itu, jelaslah bahawa sikap berjimat-cermat merupakan salah satu punca yang menyumbang ke arah

kekukuhan ekonomi negara. Sejajar dengan itu, marilah kita bersama-sama mengamalkan amalan yang

terpuji itu.

 

Langkah-Langkah Amalan Berjimat-cermat

Isi 4: Peranan ibu bapa

Apakah peranan ibu bapa untuk memupuk amalan berjimat -cermat.

Ibu bapa turut memainkan peranan penting dalam mendidik anak-anak mengamalkan tabiat suka

berjimat-cermat,sebagaimana pepatah Melayu ada menyebut “ bagaimana acuan begitulah kuihnya”.

 

Mengapakah ibu bapa perlu menunjukkan sikap berhemah ketika berbelanja?

Ibu bapa menunjukkan sikap bijak dan berhemah apabila berbelanja dan menunjukkan contoh yang baik

kepada anak-anak sama juga seperti peribahasa “bapa borek anak rintik”.

 

Bagaimanakah ibu bapa boleh memupuk amalan berjimat-cermat?

Antara langkah permulaan yang boleh dilakukan ialah menggalakkan anak-anak membawa bekal

makanan ke sekolah.Dalam hal ini, anak-anak mereka bukan sahaja ditanam minat suka menabung dan

berjimat-cermat tetapi juga membawa bekalan makanan seimbang yang disediakan oleh ibu dari segi

khasiatnya malah terjamin kebersihannya. Tidak timbul lagi masalah keracunan makanan yang sering

dihadapi oleh pelajar seandainya mereka makan makanan di kantin sekolah atau yang dibeli di luar.

 

Contoh

Sebenarnya, penabungan wang belanja yang diberi oleh ibu bapa dapat digunakan untuk membeli barang

keperluan yang berfaedah seperti barangan peribadi ataupun buku-buku rujukan.Hal ini,

sebagai serampang dua mata, selain berjimat-cermat, pada masa yang sama dapat merasai  air tangan ibu

dan boleh mengeratkan kasih sayang ibu dan anak.

 

Rumusan isi.

Page 26: ramalan Bm 2015 spm

Kesimpulannya, membawa bekalan makanan dari rumah ini perlu dijadikan satu budaya yang patut

diamalkan oleh setiap pelajar.

 

Isi 5: Peranan kerajaan dan rakyat

 

Apakah peranan kerajaan dan rakyat dalam usaha menggalakkan sikap berjimat-cermat?

Salah satu langkah untuk menggalakkan sikap berjimat-cermat, kerajaan perlu menyeru rakyat agar

membuat pelaburan pendidikan untuk anak-anak.

 

Mengapakah pelaburan pendidikan ini amat berguna kepada ibu bapa dan anak-anak?

Pelaburan pendidikan ini amat berguna kerana para ibu bapa dapat mempersiapkan diri awal-awal lagi

untuk membiayai pendidikan anak-anak agar tidak perlu berhadapan dengan masalah kewangan ketika

sampai masanya anak-anak memasuki institusi pendidikan. Janganlah nanti anak-anak terpaksa mengalah

untuk tidak menyambung pelajaran disebabkan masalah kewangan.

 

Bagaimanakah caranya ibu bapa boleh melabur dalam skim pelaburan pendidikan?

Para ibu bapa boleh memperuntukkan sebahagian daripada pendapatan mereka untuk membuat simpanan

dalam skim pelaburan pendidikan.

 

Contoh

Pada hari ini, banyak syarikat insuran, umpamanya Malaysian National Insurance (MNI),  Malayan

Alliance Assurance (MAA), Insuran Takaful dan Takaful Nasional serta bank-bank perdagangan lain

yang menawarkan pelan pendidikan untuk meringankan beban ibu bapa bagi menampung pembiayaan

pendidikan anak-anak pada masa depan. Amalan ini sesuai dengan peribahasa Melayu yang berbunyi “

sediakan payung sebelum hujan”.

 

Rumusan isi.

Sesungguhnya, kita tidak boleh mengharapkan bantuan kerajaan semata-mata kerana kita perlu berusaha

sendiri untuk menempa kejayaan anak-anak. Pelaburan awal ini dapat menjamin penerusan kegemilangan

generasi cemerlang.

 

Isi 6: Peranan golongan wanita

 

Page 27: ramalan Bm 2015 spm

Apakah peranan golongan wanita dalam amalan berjimat-cermat?

Kajian menunjukkan bahawa golongan wanita memainkan peranan penting dalam mencorak perbelanjaan

keluarga.

 

Mengapakah wanita perlu mempunyai pengetahuan dalam bidang ekonomi?

Bagi golongan wanita yang celik ekonomi,mereka akan sentiasa peka dan mengambil berat tentang wang

yang dibelanjakan.

 

Bagaimanakah golongan wanita boleh menstabilkan ekonomi rumahtangga?

Oleh itu, untuk memastikan ekonomi dalam rumahtangga mereka sentiasa stabil, wanita yang bergelar

suri rumah harus bertindak dengan bijaksana serta teliti ketika berbelanja. Suri rumah perlu mengikis

sikap terburu-buru semasa membuat pilihan kerana hal ini akan merugikan diri.

 

Contoh

Sebagai contoh, mungkin mereka terpaksa membeli barangan yang tidak perlu atau tidak berkualiti hanya

kerana tertarik dengan iklan-iklan jualan murah yang “indah khabar daripada rupa”. Selain itu, sekiranya

mereka ada masa terluang, suri rumah ini juga boleh menyahut seruan kerajaan agar berjimat-cermat

melalui penanaman sayur-sayuran atau memelihara ayam itik di belakang rumah. Kebaikannya memang

ketara iaitu di samping dapat menghidangkan sayur-sayuran yang segar untuk keluarga, mereka juga

dapat membantu suami mengurangkan perbelanjaan rumahtangga. Pada masa yang sama, kempen yang

dilancarkan oleh kerajaan agar membeli barangan buatan tempatan perlu dimanfaatkan oleh golongan

wanita. Jika selama ini mereka terlalu taksub dengan barang-barang buatan luar negara yang kononnya

berkualiti tinggi,kini mereka boleh beralih arah dengan barang-barang buatan tempatan yang tidak kurang

hebatnya. Selain murah, barang-barang ini juga mempunyai kualiti yang lebih baik.

 

Rumusan isi

Oleh itu, di samping berjimat cermat, suri rumah juga dapat membantu menjana ekonomi negara.

 

Penutup

Konklusinya, amalan berjimat-cermat perlu diamalkan oleh setiap lapisan masyarakat agar hasrat murni

kerajaan untuk menggalakkan pertumbuhan ekonomi akan tercapai.Sesungguhnya, amalan berjimat-

cermat dapat meloloskan diri daripada belenggu inflasi yang melanda negara. Secara tidak langsung, hal

ini akan melahirkan warga negara yang bijak dan berhemah dalam mengurus ekonomi

keluarga,masyarakat dan negara.Maka, sekiranya kita sayang akan keluarga dan negara daripada dibebani

kebejatan ekonomi,kita perlu menggembleng tenaga dalam mengamalkan budaya berjimat-cermat. Akhir

kalam, “berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian,bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang

kemudian”.

Page 28: ramalan Bm 2015 spm

Huraikan perwatakan watak sampingan dalam dua buah novel yang anda pelajari.

          Dua buah novel yang saya pelajari ialah Novel Melunas Rindu karya Hartini Hamzah dan Kabus di

Perbukitan karya Mohamad Kholid Hamzah.

          Watak Sampingan dalam Novel Melunas Rindu ialah watak Farhana. Nama penuhnya ialah

Farhana Binti Fakhrudin. Dia merupakan anak sulung dan mempunyai empat orang adik iaitu Muhammad

Fikri, Muhammad Fadli, Muhammad Syukri dan Muhammad Faisal. Dia bertugas sebagai guru Bahasa

Inggeris di Sekolah Menengah Seri Setia. Dia juga memegang jawatan sebagai Ketua Panitia Bahasa

Page 29: ramalan Bm 2015 spm

Inggeris. Dia berkelulusan Pendidikan dari Universiti di United Kingdom. Perwatakan Farhana

ialah seorang yang bertanggungjawab. Contohnya, Farhana sering pulang ke Kuantan apabila

mengetahui ibunya sakit lelah. Farhana juga seorang yang penyayang. Contohnya, Farhana amat

menyayangi ibu dan adik-adiknya. Selain itu, Farhana seorang yang tegas. Contohnya, Farhana sering

menegur sikap Cikgu Zamani yang sering tidak masuk kelas.

         Manakala dalam Novel Kabus di Perbukitan ialah  Azrul. Azrul seorang graduan UPM dan bekas

teman lelaki Rahayu. Dia seorang mahasiswa yang mencintai alam sekitar. Azrul dan rakan-rakannya

telah menaja penubuhan Penubuhan Persatuan Pencinta Alam dan Hutan yang kerap memberi

pendedahan kepada murid tentang alam sekitar. Azrul seorang yang penyayang. Semasa Rahayu masih

hidup Azrul amat menyayanginya dan sentiasa berada di sisi Rahayu ketika Rahayu sakit. Azrul

juga seorang yang berdikari. Setelah tamat pengajian di universiti, dia tidak berharap untuk makan gaji,

sebaliknya dia mahu menjadi penternak kambing. Seorang yang gigih berusaha. Dia berjaya menjadi

usahawan yang berjaya dalam bidang penternakan hasil usaha gigihnya itu. Azrul berperwatakan

sebagai Seorang yang suka menolong orang. Contohnya, Azrul telah menolong Anne ketika kereta

Anne rosak. Azrul juga seorang yang menghormati orang tua. Dia telah menunjukkan rasa hormat

yang tinggi terhadap Pn. Faridah dan Encik Soleh ketika bertandang ke rumah mereka. Akhirnya

dipaparkan Azrul memperoleh gelaran Datuk.

Huraikan pengajaran yang terdapat dalam dua buah novel yang anda pelajari.

          Dua buah novel yang saya pelajari ialah Novel Melunas Rindu karya Hartini Hamzah dan Novel

Kabus di Perbukitan Karya Mohamad Kholid Hamzah.

           Dalam novel Melunas Rindu terdapat banyak pengajaran. Antaranya ialah Kita perlulah

menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan agar dapat berbakti kepada masyarakat. Fuad

belajar di luar negara dan sebelum mendapat pekerjaan tetap dia bekerja sebagai Guru Sementara di SMK

Seri Setia dan menabur bakti sebagai seorang guru bahasa Inggeris di sana. Kita haruslah tabah

menghadapi ranjau kehidupan demi kesenangan pada masa hadapan. Sebagai contoh, Fuad

menghadapi pelbagai rintangan dalam kehidupannya tetapi ditempuhi dengan tenang dan akhirnya berkat

Page 30: ramalan Bm 2015 spm

kesusahan itu dia berjaya menemukan ibunya Mariana. Kita mestilah reda dengan ketentuan Ilahi

agar hidup kita lebih diberkati. Setelah diketahui bahawa Farhana adalah adik kandungnya, Fuad reda

dengan ketentuan Illahi bahawa dia harus menerima hakikat bahawa dia tidak harus bercinta dengan

Farhana. Kita hendaklah saling membantu dalam hidup bermasyarakat agar sesuatu kerja menjadi

mudah. Fuad sering membantu Borhan sejak awal perkenalan lagi. Majlis perkahwinan Borhan juga

ditaja oleh Fuad selain membayarkan kos perubatan anak Borhan yang sakit.  Kita mestilah saling

menyayangi antara satu sama lain demi mewujudkan keharmonian dalam keluarga. Fuad

menyayangi Mak Salmah dan Pak Ismail dan menganggap kedua-duanya seperti orang tuanya sendiri.

Akhirnya, kita mestilah mengerjakan suruhan Allah demi kesejahteraan hidup di dunia dan

akhirat. Fuad kembali kepada kehidupan seorang Muslim dan akhirnya mendapati hidupnya lebih

lengkap dan tenang.

         Manakala dalalm Novel Kabus di Perbukitan, pengajaran yang diperoleh ialah Kita perlulah

mempunyai jati diri yang teguh. Contohnya, walaupun Faridah sudah 25 tahun tinggal di New Zealand,

dia tetap mengingati dan menghargai tanah airnya, Malaysia. Setiap orang perlu gigih berusaha untuk

mencapai kemajuan. Contohnya, Salmah dan Azrul gigih memajukan projek ternakan kambing dan

tapak semaiannya hingga berjaya. Setiap ibu bapa perlu bertanggungjawab menjaga anak-anak

mereka. Contohnya, Salmah sanggup bekerja di sawah bagi menampung kehidupan bersama-sama anak

kembarnya, Faridah dan Rahayu setelah Kamarudin meninggalkan mereka. Sebagai penganut agama

yang taat, kita hendaklah mematuhi ajaran dan tuntutan agama. Contohnya, Soleh menunaikan

sembahyang di masjid pada setiap hari dan selalu menderma kepada badan kebajikan. Kita perlu

mengamalkan budaya bangsa kita. Contohnya, Faridah mengenakan baju kurung dan berselendang

semenjak balik ke tanah air. Sebagai seorang siswazah, janganlah terlalu mengharapkan tawaran

kerja makan gaji sahaja.Contoh, Azrul bertekad untuk menjadi penternak kambing dan hasratnya itu

dipersetujui oleh bapanya.

Huraikan nilai murni yang terdapat dalam dua buah novel yang anda pelajari.

        Novel yang dipelajari di Tingkatan 4 ialah Melunas Rindu manakala Novel yang dipelajari di

Tingkatan 5 ialah Novel Kabus di Perbukitan.

Page 31: ramalan Bm 2015 spm

        Dalam novel Melunas Rindu terdapat banyak nilai murni. Antaranya ialah Nilai kerajinan. Buktinya

Fuad merupakan seorang guru yang rajin dalam menjalankan tugasnya sebagai  guru. Selain itu, Nilai

ketabahan juga ada dalam novel tersebut. Buktinya Fuad tabah menghadapi dugaan sepanjang pencarian

ibu kandungnya. Nilai ketegasan juga dikesan dalam novel ini. Buktinya Farhana bersikap tegas ketika

menegur Cikgu Zamani kerana tidak masuk kelas. Nilai kasih sayang juga jelas dipaparkan. Buktinya

Mariana sering mengingati dan menyayangi Fuad walaupun telah lama berpisah. Tidak ketinggalan, Nilai

bertanggungjawab. Buktinya Mak Salmah sentiasa menjaga minum suaminya dan Fuad. Nilai keikhlasan

juga ada dalam novel ini. Buktinya Fuad membantu membawa anak Borhan ke klinik walaupun sudah

lewat malam. Nilai bekerjasama juga ada dalam novel ini. Buktinya Farhana dan Fuad sentiasa

bekerjasama untuk meningkatkan pencapaian anak didik mereka dalam bahasa Inggeris. Akhirnya,

terdapat nilai rasional dalam novel Melunas Rindu ini. Buktinya Fuad masih lagi dapat berfiki secara

rasional setelah mendapat tahu bahawa wanita yang dicintainya ialah adik kandungnya sendiri.

        Manakala dalam Novel Kabus di Perbukitan pula terdapat Nilai kasih sayang.  Buktinya, Rahayu

amat merindui kakaknya Faridah yang terpisah sejak mereka berusia tujuh tahun kerana kasih sayangnya

yang mendalam terhadap kakak kembarnya itu. Nilai ketabahan pula memaparkan Faridah tabah

menghadapi dugaan yang bertimpa-timpa akibat kematian orang-orang yang disayanginya iaitu adiknya,

Rahayu, ibunya, Salmah dan suaminya, Ghazali. Manakala Nilai kegigihan dipaparkan melalui watak

Azrul yang gigih berusaha memajukan projek ternakan kambing dan tapak semaiannya hingga

berjaya. Nilai bertanggungjawab dipaparkan melalui watak Salmah. Setelah ditinggalkan suami, Salmah

bekerja di sawah untuk menampung kehidupannya sebagai memenuhi tanggungjawabnya menjaga dua

orang anak lelakinya. Nilai cinta akan tanah air juga ada dalam novel ini, sungguhpun sudah 25 tahun

menetap di New Zealand, Faridah tetap memegang kerakyatan Malaysia kerana dia amat cinta akan tanah

airnya. Nilai taat akan ajaran agama jelas terpapar. Semasa di Cameron Highlands, setiap hari Soleh

menunaikan sembahyang di masjid secara berjemaah. Nilai mengamalkan budaya bangsa jelas apabila

Datuk Azrul mengenakan baju Melayu Johor dan bersongkok hitam semasa mengunjungi keluarga

Faridah di Cameron Highlands. Nilai berdikari ada dalam Novel Kabus di Perbukitan ini. Buktinya,

Golongan siswazah tidak seharusnya menunggu tawaran kerja yang diberikan oleh pihak kerajaan atau

swasta. Sebagai contoh, Azrul bertekad untuk menjadi penternak kambing dan hasratnya itu dipersetujui

oleh bapanya. Nilai cinta akan alam sekitar turut dipaparkan dalam novel Kabus di Perbukitan ini. Soleh

mahu penebangan hutan untuk membina chaletperanginannya dilakukan dengan lebih terkawal serta

dihiasi dengan kebun teh, padang ragut untuk kuda liar, dusun buah-buahan sitrus dan taman-taman

bunga.

Page 32: ramalan Bm 2015 spm

Huraikan perwatakan watak utama dalam dua buah novel yang anda pelajari.

        Dua buah novel yang saya pelajari ialah Novel Melunas Rindu karya Hartini Hamzah dan Novel

Kabus Di Perbukitan Karya Mohamad Kholid Hamzah.

         Dalam Novel Melunas Rindu Karya Hartini Hamzah, watak utama dalam novel tersebut ialah Fuad.

atau nama lain sebagai Joshua atau  Abdul Halim. Fuad dilahirkan sebagai seorang Islam dan dibesarkan

dalam keluarga Cina dan kembali semula kepada ajaran Islam setelah berlaku tragedi dalam

hidupnya. Nama sebenarnya Abdul Halim Bin Roslan Dia juga dikenali dengan nama Joshua ketika

tinggal bersama Peter Lim dan Swee Lan. Fuad merupakan anak saudara kepada Peter Lim dan Swee Lan

Kemudian dia diberi nama Fuad dan menjadi anak angkat Pak Ismail dan Mak Salmah. Dia merupakan

anak kepada En. Roslan (Robert Lim) dan Pn. Mariana. Fuad  berkelulusan Ijazah Pentadbiran Perniagaan

dari sebuah Universiti ternama di Amerika Syarikat.  Fuad menjadi guru sementara (sandaran) di Sekolah

Menengah Seri Setia dan mengajar subjek Bahasa Inggeris. Fuad mempunyai adik tiri bernama Sofia dan

Farhana. Fuad seorang yang taat kepada perintah agama. Contohnya, Fuad tidak pernah meninggalkan

solat dan sentiasa membaca al-Quran. Fuad juga seorang yang bertanggungjawab. Sebagai seorang guru,

dia bertanggungjawab memastikan anak muridnya dapat menguasai Bahasa Inggeris. Fuad seorang yang

gigih. Contohnya, Fuad gigih berusaha mencari ibu kandungnya. Fuad juga seorang yang suka membantu

Contohnya, Fuad membantu menanggung perbelanjaan perkahwinan Borhan. Dia seorang yang

mengambil berat. Contohnya, Fuad mengambil berat tentang diri Farhana terutamanya apabila Farhana

ditimpa masalah berkaitan kesihatan ibunya.

         Manakala dalam Novel Kabus di Perbukitan, watak utama dalam novel tersebut ialah

Faridah. Faridah merupakan watak utama dan dia mempunyai saudara kembar bernama Rahayu. Ayahnya

berkahwin kali kedua dengan seorang wanita bernama Hamidah. Faridah terpisah daripada adik

kembarnya semasa berusia tujuh tahun akibat ayahnya berpindah ke Pontianak, Indonesia. Faridah

seorang yang tabah menghadapi dugaan hidup. Contohnya, dia tabah menghadapi kematian adik kembar

kesayangannya, Rahayu akibat barah paru-paru. Selepas itu dia juga kehilangan ibu kesayangannya dan

suaminya yang tercinta, Ghazali. Faridah seorang yang sangat prihatin akan kanak-kanak istimewa.

Contohnya, dia menganggap menjalankan khidmat kepada kanak-kanak istimewa dianggap sebagai satu

ibadah. Faridah seorang yang beriman. Dia bersolat Tahajud selepas mengalami mimpi Ayu dan ibunya.

Dia yakin akan berasa tenang selepas menunaikan solat sunat Tahajud. Faridah juga mementingkan ilmu

pengetahuan. Contohnya, dia sanggup menggadaikan tanahnya untuk perbelanjaannya semasa berkursus

di New Zealand. Faridah seorang yang penyayang. Dia sentiasa berusaha memenuhi permintaan anak-

anaknya, terutama yang melibatkan penyediaan makanan untuk anak-anaknya, Anne dan Melina. Dia

juga seorang yang mempunyai jati diri yang tinggi. Walaupun hidupnya senang dan sudah 25 tahun di

New Zealand, Faridah sanggup pulang semula ke Malaysia kerana terlalu rindu akan kampung

halamannya. Dia juga berjanji akan mengekalkan kerakyatannya sebagai rakyat Malaysia sampai bila-

bila.

Page 33: ramalan Bm 2015 spm

Huraikan Teknik Plot daripada dua buah novel yang anda pelajari.

       Novel yang dipelajari ialah Novel Melunas Rindu karya Hartini Hamzah dan Novel Kabus di

Perbukitan karya Mohamad Kholid Hamzah. Dalam Novel Melunas Rindu terdapat banyak Teknik Plot.

Antaranya ialah Teknik Pemerian. Contoh : Suasana ruang legar balai berlepas di aras lima Lapangan

Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hangar binger dengan suara orang ramai yang menghantar

sanak saudara atau handai taulan mengerjakan umrah di Makkah. Kanak-kanak berlari ke sana ke mari.

Kadang kala terlanggar beg-beg yang telah siap diikat untuk disorong ke ruang bagasi.

          Teknik Dialog   juga didapati dalam novel Melunas Rindu. Contohnya perbualan antara Fuad

dengan Cikgu Zamani ketika dipujuk untuk menghadiri majlis ilmu dan dtolak dengan baik oleh Fuad.

Majlis tersebut tampaknya kurang sesuai sebagai penjawat awam.

            Teknik Imbas Kembali   juga ada dalam novel ini. Contohnya Mak Salmah sering teringatkan

Sofia yang telah meninggal dunia. Fuad masih teringat suatu masa dulu Mak Salmah pernah

membencinya kerana kehilangan Sofia. Manakala Peter Lim dan Swee Lan menceritakan kembali tentang

Fuad dilarikan orang semasa kecil. Pak Ngah Lias dan Shamsuddin menceritakan kembali tentang ibu

Fuad semasa hayatnya.

           Teknik   Imbas Muka   juga ada diyatakan dalam Novel ini. Contohnya  Fuad berangan Sofia masih

hidup dan dia menghantar adiknya ke universiti untuk meneruskan pengajian.

           Teknik Plot yang seterusnya ialah Teknik Suspens. Dala novel Melunas Rindu Fuad tertanya-

tanya sama ada ibu Farhana itu ialah ibunya juga.

          Teknik   Monolog dalaman   jelas dalam novel Melunas Rindu ini. Monolog dalaman digunakan

untuk menggambarkan perasaan watak melalui pengucapan. Dalam novel ini, Fuad mengucapkan terima

kasih kepada bapanya. Contoh : “Terima kasihlah apak” bisik hati kecilnya sambil menarik selimut.

 

Manakala dalam Novel Kabus di Perbukitan karya Mohamad Kholid Hamzah, terdapat pelbagai teknik

plot. Antaranya ialah Teknik Pemerian.   Contohnya Gambaran Azrul dan Rahayu yang sedang

menikmati sarapan pagi sambil memerhatikan gelagat siswa dan siswi UPM yang lalu lalang di hadapan

mereka.

         Teknik Dialog  juga dipaparkan dalam Novel Kabus di Perbukitan ini. Contohnya, Dialog yang

pendek-pendek dan pantas antara Azrul dan Rohaya. Mereka bersoal jawab tentang tugasan yang diberi

oleh pensyarah dan program Kempen Save Our River.

Page 34: ramalan Bm 2015 spm

          Teknik yang seterusnya ialah Teknik Imbas kembali. Contohnya, penceritaan tentang peranan dan

sejarah Rumah Rehat Sri Berkat suatu masa dahulu. Semasa zaman kolonial, rumah tersebut digunakan

untuk berehat oleh pengurus-pengurus ladang.

          Seterusnya Teknik Imbas Muka .Contohnya, Buyong membuat andaian bahawa Mejar (B)

Kamarudin pasti akan terpesona dengan kawasan Bukit Kutu.

          Teknik Suspens   juga jelas dalam novel Kabus di Perbukitan. Contoh, pihak-pihak yang terlibat

dalam operasi pencarian Faridah dan Iqbal tertanya-tanya ke manakah hilangnya jasad kedua-dua mangsa.

Malah kehilangan Benny menimbulkan tanda tanya kepada pembaca.  

         Teknik   Monolog Dalaman  juga turut dipaparkan dalam novel ini. Contohnya, “Tidak mungkin

boleh bertahan hingga pagi,” desis hati kecilBuyung.

         Akhirnya, Teknik   Kejutan  dipaparkan dalam Novel Kabus di Perbukitan ini.  Contohnya, Salmah

terkejut menerima berita kehilangan Faridah.