teknik menjawab kertas 1 (bm) spm

83
TEKNIK MENJAWAB BAHASA MELAYU SPM Dihasilkan oleh ; SAHARUDDIN BIN ABDULLAH Guru Cemerlang Bahasa Melayu SMK Sijangkang Jaya. [email protected] Saharuddin-abdullah.blogspot.com

Upload: saharuddin-abdullah

Post on 20-Jan-2015

24.121 views

Category:

Education


11 download

DESCRIPTION

Meningkatkan Kemahiran Menulis Karangan

TRANSCRIPT

Page 1: Teknik Menjawab Kertas 1 (BM) SPM

TEKNIK MENJAWAB BAHASA MELAYU

SPMDihasilkan oleh ;

SAHARUDDIN BIN ABDULLAH

Guru Cemerlang Bahasa Melayu

SMK Sijangkang Jaya.

[email protected]

Saharuddin-abdullah.blogspot.com

Page 2: Teknik Menjawab Kertas 1 (BM) SPM

TARGET

BAHASA MELAYUA+ /A /A-

Page 3: Teknik Menjawab Kertas 1 (BM) SPM

GARIS PANDUAN MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU SPM

KEPERLUAN KERTAS 11103/1

Bentuk Soalan Jenis ItemUjian Berbentuk Subjektif Karangan Rangsangan Karangan Umum  Tempoh Ujian

2 jam 15 minit  

 

Page 4: Teknik Menjawab Kertas 1 (BM) SPM

  Bilangan soalan

a.Hanya satu soalan dan tiada pilihan-wajib jawab

b. 5 soalan pilihan dan hanya jawab satu soalan sahaja

 

Page 5: Teknik Menjawab Kertas 1 (BM) SPM

 30

100

JUMLAH MARKAH : 130 MarkahBahagian A :

  

Bahagian B :

Page 6: Teknik Menjawab Kertas 1 (BM) SPM

FORMAT SOALAN

 

Panjang Karangan

Antara 200 hingga 250 patah perkataan

Bahagian AKarangan Berpandu – Bahan RangsanganMasa yang dicadangkan ialah 45 minit

Page 7: Teknik Menjawab Kertas 1 (BM) SPM

Bentuk Soalan

a) Gambar fotob) Gambar rajahc) Ilustrasi kartun d) Pelan / Petae) Iklanf) Petikang) Catatanh) Dialog

Page 8: Teknik Menjawab Kertas 1 (BM) SPM

Lihat carta di bawah ini dengan teliti. Huraikan pendapat anda kebaikan program di televisyen.

Program Televisyen Banyak Membawa Kebaikan

Sumber ilmu Mendedahkan isu global

Mempelajari pelbagai Memahami unsur-unsur

bahasa budaya asing

Sumber hiburan yang selamat dan murah

Page 9: Teknik Menjawab Kertas 1 (BM) SPM

Bahan Rangsangan

Gambar / Gambar Foto. Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan

pendapat anda tentang kepentingan kawasan riadah dalam kehidupan manusia. Panjang huraian anda hendaklah antara 200-250 patah perkataan

Page 10: Teknik Menjawab Kertas 1 (BM) SPM

Bahan Rangsangan

Gambar Rajah. Lihat gambarajah di bawah dengan teliti.

Huraikan pendapat anda tentang fungsi – fungsi bahagian tubuh manusia. Panjang huraian anda hendaklah antara 200-250 patah perkataan.

Page 11: Teknik Menjawab Kertas 1 (BM) SPM

Bahan Rangsangan

Ilustrasi Kartun. Lihat ilustrasi kartun di bawah dengan teliti.

Huraikan pendapat anda kepentingan berbudi bahasa dalam kalangan remaja. Panjang huraian anda hendaklah antara 200-250 patah perkataan.

Page 12: Teknik Menjawab Kertas 1 (BM) SPM

Bahan Rangsangan

Pelan / peta Lihat peta di bawah dengan teliti. Huraikan

pendapat anda tentang manfaat pembinaan lebuh raya tersebut kepada pengguna. Panjang huraian anda hendaklah antara 200-250 patah perkataan.

Page 13: Teknik Menjawab Kertas 1 (BM) SPM

Bahan Rangsangan

Iklan. Lihat dan fahami iklan di bawah dengan teliti.

Huraikan pendapat anda tentang ciri-ciri seorang usahawan yang berjaya. Panjang huraian anda hendaklah antara 200-250 patah perkataan.

Page 14: Teknik Menjawab Kertas 1 (BM) SPM

Bahan Rangsangan

Catatan. Lihat catatan di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat

anda tentang faedah menyertai kegiatan kokurikulum di sekolah. Panjang huraian hendaklah antara 200-250 patah perkataan.

9.00 pg : Pertandingan Kawad Kaki. 11.00 pg : Pertandingan Gubahan / Masakan. 12.30 ptg : Makan & Solat Berjemaah. 2.45 ptg : Ceramah Motivasi. 5.00 ptg : Sukaneka. 8.00 malam : Solat Maghrib & Kuliah Maghrib

Page 15: Teknik Menjawab Kertas 1 (BM) SPM

Bahan Rangsangan

Petikan. Lihat petikan di bawah dengan teliti. Huraikan

pendapat anda tentang perbuatan vandalisme yang banyak mendatangkan kerugian. Panjang huraian anda hendaklah antara 200-250 patah perkataan.

Page 16: Teknik Menjawab Kertas 1 (BM) SPM

TEKNIKLATIHANKESUNGGUHANKESABARAN

Page 17: Teknik Menjawab Kertas 1 (BM) SPM

Karangan berpandu yang cemerlang memenuhi syarat-syarat yang berikut:-

 

a) Memenuhi dan menepati kehendak arahan soalan b) Mempunyai isi-isi penting yang cukup c) Mempunyai idea yang tersusun iaitu isi yang penting

didahulukan dan isi yang kurang penting dikemudiankand) Mempunyai perenggan yang padu dengan isi , huraian, serta

contoh yang sesuaie) Menggunakan kosa kata mengikut laras bahasa yang betulf) Menggunakan ejaan dan tanda baca yang betul

Page 18: Teknik Menjawab Kertas 1 (BM) SPM

PROSES 1

(a)Memahami dan Mentafsirkan Bahan RangsanganSebelum Menulis :

I

II

III

Sebelum menulis, calon perlu membaca dan memahami arahan soalan serta mengenal pasti kehendaknya

Meneliti tajuk yang diberi bersama –sama dengan bahan rangsangan dan kaitkan dengan kehendak soalan

Perlu menangkap mesej utama daripada bahan rangsangan dan skop karangan yang perlu ditulis

Page 19: Teknik Menjawab Kertas 1 (BM) SPM

PROSES 2

I. Menganalisis Bahan Rangsangana) Perlu menganalisis dengan kritis

dan analitisb) Tujuan supaya karangan tidak

terpesong 

PROSES 3

Menyediakan Isi dan Rangka KaranganRangka Karangan

a) Pendahuluan

b) Isi-isi penting

c) Penutup

-Ayat yang berkaitan dengan tajuk dan bahan rangsangan secara am

-Isi yang terdapat dalam bahan rangsangan diperkayakan denganPengetahuan calon

Pandangan,cadangan,dan kesimpulan

Page 20: Teknik Menjawab Kertas 1 (BM) SPM

PROSES 4

Menulis Karangan Berpandu

Penggunaan Bahasa Kesinambungan isi Penanda Wacana 

Ringkas, tepat, dan padat

Perlu diberi perhatian supaya karangan lancar

Dalam pada itu, sehubungan dengan itu, sungguhpun demikian, dan sebagainya

Page 21: Teknik Menjawab Kertas 1 (BM) SPM

PROSES 5

Menyemak Karangan

 

1.

 

2.

 

3.

 

4.

 

Semak semula setelah selesai menulis

Beri perhatian kepada ejaan ,tanda baca, dan struktur ayat agar tiada kesalahan yang disengajakan

Jumlah kata dalam lingkungan yang telah ditetapkan

Catat jumlah kata baris terakhir karangan

Page 22: Teknik Menjawab Kertas 1 (BM) SPM

PERINGATAN !!!

Karangan yang lengkap dengan segala isi penting tetapi susunan yang tidak teratur hingga menyebabkan gaya dan pengolahan kurang lancar akan menyebabkan markah tidak dapat diberi pada peringkat cemerlang kerana cacat dari aspek gaya persembahan dan kelancaran

Page 23: Teknik Menjawab Kertas 1 (BM) SPM

PEMARKAHAN CEMERLANG KEPUJIAN

26 – 30 20 – 25

28 – 30 23 – 25

26 – 27 20 – 22

MEMUASKAN KURANG MEMUASKAN

15 – 19 10 – 14

17 – 19 12 - 14

15 – 16 10 – 11

PENCAPAIAN MINIMUM

01 – 09 ( 06 – 09, 01 – 05 )

Page 24: Teknik Menjawab Kertas 1 (BM) SPM

CONTOH SOALAN Lihat peta di bawah ini dengan teliti.Huraikan

pendapat anda tentang kesan transmigrasi penduduk di Malaysia. { Malaysia – Transmigrasi Penduduk dari Negeri-Negeri ke Kuala Lumpur }

Perhatikan iklan di bawah ini. Huraikan pendapat anda tentang kebaikan kempen cuti-cuti Malaysia. {Kempen Cuti-Cuti Malaysia}

Baca petikan di bawah ini degan teliti. Huraikan pentingnya kakitangan awam memiliki mentaliti kelas satu. {Perdana Menteri Mahu Kakitangan Awam Memiliki Mentaliti Kelas Satu

Page 25: Teknik Menjawab Kertas 1 (BM) SPM

CONTOH SOALAN 2013 (JUN) Huraikan pendapat anda tentang langkah-langkah

menjaga keselamatan di jalan raya. Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

Pematuhan undang-undang jalan raya. Penyelenggaraan kenderaan. Penguatkuasaan undang-undang.

Page 26: Teknik Menjawab Kertas 1 (BM) SPM

Contoh Pendahuluan:Dalam era ledakan maklumat hari ini, isu …… kerap kali terpampang di dada-dada akhbar atau tersiar di smedia elektronik. Isu … ini bukan sahaja telah menjadi bualan masyarakat sama ada di warung-warung kopi, di jabatan-jabatan kerajaan malahan telah mendapat perhatian oleh pemimpin pemimpin masyarakat. Persoalannya, mengapakah isu ini berlaku? Hal ini perlu diambil perhatian serius oleh semua pihak dan jalan penyelesaian harus dicari untuk merungkaikan kebimbangan masyarakat terhadap isu ini. Sikap lepas tangan atau ambil mudah akan menyebabkan isu ini akan terus bernanah dan menjadi pekung yang sukar untuk dibendung…(fokus) ini akan saya jelaskan dalam huraian berikutnya.

Page 27: Teknik Menjawab Kertas 1 (BM) SPM

Contoh Isu: Kesan-kesan Pencemaran Alam Sekitar. Punca-Punca Pembuangan Bayi. Kesan-kesan Penderaan Kanak-kanak. Punca-punca Kemalangan Jalan Raya. Kesan-kesan Keruntuhan Institusi Keluarga. Cara-cara Mengatasi Penyakit Berjangkit. Punca-punca Masalah Disiplin Pelajar. Punca-punca Masalah Sosial Remaja. Kepentingan Kegiatan Kokurikulum Keburukan Telefon Bimbit / Internet kepada Pelajar

Page 28: Teknik Menjawab Kertas 1 (BM) SPM

Contoh Penutup:Daripada huraian yang telah saya huraikan di atas, ternyatalah…(isu)… dapat ditangani secara bijaksana jika semua pihak dapat seia sekata dan sederap melangkah dalam memahami isu ini. Sikap saling menunding jari atau melihat kesalahan orang lain bukalah jalan terbaik dan harus dielakkan. Peribahasa Melayu ada menyatakan di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Nah, sudah terang lagi bersuluh, apa jua isu yang mendatang sudah tentu ada jalan penyelsaiannya. Kita haruslah bersikap rasional dan positif. Jalan penyelesaian yang konkrit yang disepakati akan dapat menyelesaikan isu…..… dan secara tidak langsung mampu melahirkan masyarakat yang harmoni dan sejahtera.

Page 29: Teknik Menjawab Kertas 1 (BM) SPM

CONTOH HURAIAN ISILangkah-langkah Menjaga Keselamatan di Jalan Raya. …Pematuhan kepada undang-undang jalan raya.

Undang-undang digubal dan dipinda untuk memastikan pengguna tidak mendapat kecelakaan ketika berada di jalan raya. Pengguna perlulah mematuhi semua peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan demi untuk keselamatan diri sendiri dan juga pengguna yang lain. Antara pematuhan undang yang perlu diberi perhatian ialah berkaitan dengan had laju, memakai tali pinggang keselamatan, tidak menggunakan telefon bimbit dan sebagainya. Peribahasa Melayu ada mengingatkan kita bahawa malang tidak berbau. Jelaslah bahawa dengan pematuhan undang-undang, kita dapat menjaga keselamatan di jalan raya.

Page 30: Teknik Menjawab Kertas 1 (BM) SPM

MATLAMAT UJIAN

1. Menguji pemahaman calon terhadap bahan rangsangan secara keseluruhan.

2. Menguji kecekapan calon membuat tafsiran dan analisis daripada bahan rangsangan dan tajuk

Page 31: Teknik Menjawab Kertas 1 (BM) SPM

Kome bace,kome dapat

Page 32: Teknik Menjawab Kertas 1 (BM) SPM

TEKNIK MENJAWAB SOALAN SPM

Bahasa Melayu

KARANGAN UMUM

Page 33: Teknik Menjawab Kertas 1 (BM) SPM

MAKSUD AL QURAN

“ Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka

sendiri mengubah apa yang ada pada diri mereka”

(Surah ar-Ra’d ayat 11)

Page 34: Teknik Menjawab Kertas 1 (BM) SPM

BENTUK KARANGAN

BerformatU

Umum

Page 35: Teknik Menjawab Kertas 1 (BM) SPM

BAHAGIAN B :KARANGAN UMUM Keperluan SPM

  

Pembahagian soalan :1. Dimensi diri/individu/remaja.2. Dimensi keluarga3. Dimensi masyarakat/kerajaan/

negara.4. Dimensi Serantau/Global/

Antarabangsa5. Dimensi Komsas

Page 36: Teknik Menjawab Kertas 1 (BM) SPM

BAHAGIAN B :KARANGAN UMUM Keperluan SPM

  

1. 5 soalan dikemukakan dan pilih 1 soalan sahaja

2. Panjangnya perlu melebihi 350 patah kata

3. Masa yang dicadangkan 1 jam 30 minit

4. 100 markah

Page 37: Teknik Menjawab Kertas 1 (BM) SPM

1.Surat Kiriman2.Laporan3.Rencana4.Berita5.Wawancara6.Ulasan7.Perbahasan8.Ceramah

1.Keperihalan2.Cereka3.Fakta4.Perbincangan 5.Bahas6 Komsas

Page 38: Teknik Menjawab Kertas 1 (BM) SPM

Kriteria Respons

Bahasa: kegramatisan-kata dan ayat tanda baca dan ejaan Laras : pemilihan kosa kata Idea : tema,isi utama, pengembangan-huraian/bahasan/ hujahan/contoh/ kerelevanan Pengolahan: wacana,logik,pemerengganan,format Gaya Bahasa:keindahan

bahasa,ungkapan,peribahasa

Page 39: Teknik Menjawab Kertas 1 (BM) SPM

1. Aspek bahasa yang dinilai:   (a)   (b)   (c)   (d)   (e)

Tatabahasa meliputi ayat dan kata

Ejaan

Tanda baca

Pembahagian perenggan

Pemilihan kata yang tepat

Page 40: Teknik Menjawab Kertas 1 (BM) SPM

SKEMA PEMARKAHAN

(a)   Takrif   (b)   Isi / Fikiran   (c)   Bahasa   (d)Pengolahan / Penyampaian / Pemerengganan

Page 41: Teknik Menjawab Kertas 1 (BM) SPM

Markah akan ditolak sekiranya berlaku kesilapan ejaan

Kesalahan Format

Maksimum 3 markah

Maksimum 2 markah

Page 42: Teknik Menjawab Kertas 1 (BM) SPM

KRITERIA PENSKORAN

Cemerlang : 80-100 Kepujian : 66-79 Baik : 51-65 Memuaskan : 36-50 Kurang memuaskan : 21-35 Pencapaian minimum : 01-20

Page 43: Teknik Menjawab Kertas 1 (BM) SPM

Markah kurang Daripada 350

Baik bawah: 51 - 65

Memuaskan: 36 - 50

Kurang memuaskan: 21 - 35

Tidak memuaskan: 0 - 20

Page 44: Teknik Menjawab Kertas 1 (BM) SPM

STRATEGI MENULIS KARANGAN

(a) Memilih soalan yang tepat

(b) Menentukan kunci tajuk

(c) Menyediakan rangka karangan

(d) Menulis karangan

(e) Menyemak karangan

Page 45: Teknik Menjawab Kertas 1 (BM) SPM

KATA KUNCI TAJUK

Nyatakan sebab Cadangkan cara Nyatakan perasaan

Berikan hujah Huraikan peranan Ulaskan

Kemukakan pandangan

Jelaskan pendapat

Ceritakan pengalaman

Gambarkansuasana dan

keadaan

Nyatakan pendirian

Page 46: Teknik Menjawab Kertas 1 (BM) SPM

ANALISIS TAJUK Contoh Soalan: Buruh asing banyak yang bekerja di negara kita.

Mereka ini banyak bekerja di sektor perladangan, pembinaan, dan perkilangan. Kemasukan mereka banyak menimbulkan kesan. Huraikan kesan daripada kemasukan buruh asing ini kepada negara kita.

Page 47: Teknik Menjawab Kertas 1 (BM) SPM

Kata Kunci:   Skop:   Tema:   Kehendak Tajuk:   Jenis Karangan:  

Huraikan kesan

Kesan daripada kemasukan buruh

Kemasukan buruh asing

Memberi pendapat

Jenis pendapat

Page 48: Teknik Menjawab Kertas 1 (BM) SPM

  Skop

  Tema / Isu

  Fokus

  Jenis Karangan: 

Kesan daripada kemasukan buruh

Kemasukan buruh asing

Memberi pendapat

Jenis pendapat

Page 49: Teknik Menjawab Kertas 1 (BM) SPM

CONTOH SOALAN 2   Pelbagai kempen membaca diadakan untuk

memupuk tabiat membaca dan mewujudkan budaya membaca dalam kalangan rakyat negara ini. Andaikan anda diundang memberikan ceramah yang berkaitan dengan kempen membaca. Tajuk ceramah anda ialah ‘Membaca Jambatan Ilmu’ Tuliskan teks ceramah tersebut.

Page 50: Teknik Menjawab Kertas 1 (BM) SPM

Rangka Karangan  1. Pendahuluan: pelbagai bidang ilmu dapat diperolehi, daripada pembacaan.2. Isi-Isi Pentinga). Tujuan membaca: sebagai hobi, untuk lulus

peperiksaan, mendalami pelbagai bidang ilmub). Golongan Pembaca: kanak-kanak, pelajar, orang

dewasa, sesuai dengan adanya pelbagai bahan bacaan untuk pelbagai tingkat umurc). Budaya membaca dalam kalangan masyarakat perlu dipertingkatkan – menambah ilmu.

Page 51: Teknik Menjawab Kertas 1 (BM) SPM

3.Langkah-Langkah menggalakkan rakyat membacaa. Peranan ibu bapab. Peranan guru di sekolahc. Menambahkan bahan bacaand. Mempergiat kempen membacae. Memperbanyak perpustakaan awam 4. Kesan daripada membaca

a. Masyarakat lebih matang dan majub. Matlamat wawasan 2020 mudah

dicapai 3. Penutup : Pentingnya membaca ;

mewujudkan masyarakat berilmu dan negara maju

 

Page 52: Teknik Menjawab Kertas 1 (BM) SPM

Menulis PendahuluanJenis-jenis Pendahuluan.• Berbentuk Soalan/Persoalan.• Berbentuk Definisi• Berbentuk fakta• Bentuk sejarah.• Bentuk suasana• Bentuk peribahasa• Bentuk puisi• Bentuk gabungan• Petikan tokoh

Page 53: Teknik Menjawab Kertas 1 (BM) SPM

JENIS-JENIS PENDAHULUAN

Definisi: Menurut Kamus Dewan ‘buli’ mmbawa maksud ‘perbuatan mendera’ atau ‘mempermainkan seseorang supaya dapat menyesuaikan diri dengan suasana baru’.Berdasarkan definisi yang diberikan,jelaslah kepada kita bahawa………..

Pendapat: Menerusi Sukan Komanwel 2006 di Melbourne, Australia, kontinjen negara menduduki tempat kelapan dari 71 negara peserta yang bertanding dengan meraih tujuh pingat emas,sembilan perak dan 18 gangsa. Tahniah kepada atlet Malaysia yang……….

Page 54: Teknik Menjawab Kertas 1 (BM) SPM

Pendahuluan Persoalan.Pembangunan negara kita semakin pesat dan rancak. Namun demikian, isu keganasan rumah tangga yang merupakan penyakit sosial semakin gawat melanda negara kita. Gejala ini ibarat “duri dalam daging” Apakah yang dimaksudkan dengan keganasan rumah tangga? Apakah faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya masalah sosial ini. Siapakah yang harus dipersalah? Ke manakah hilangnya nilai-nilai kemanusiaan kita? Mengapakah usaha-usaha yang telah dijalankan selama ini gagal mencari jalan penyelesaian untuk menangani gejala ini? Apakah rencah yang terbaik untuk membanteras penyakit sosial yang rumit ini? Inilah persoalan yang harus dijadikan renungan dan perbincangan kita.

Page 55: Teknik Menjawab Kertas 1 (BM) SPM

Pendahuluan Definisi Pembalakan boleh didefinisikan sebagai kerja-kerja atau

usaha-usaha penebangan hutan untuk menghasilkan kayu dengan cara menebang pokok-pokok besar, memotong dahan-dahan pokok dan sebagainya. Pembalakan boleh diklasifikasikan kepada dua jenis, iaitu pembalakan sah dan pembalakan haram. Pembalakan sah merupakan aktiviti membalak yang sah di sisi undang-undang kerana telah mendapat kebenaran dan dokumen daripada kerajaan. Sebaliknya pembalakan harap merupakan kegiatan membalak yang dijalankan secara haram. Akibat pembalakan haram, jumlah kawasan hutan di negara kita semakin berkurangan. Oleh itu, langkah-langkah konkrit perlu diambil untuk membendung kegiatan ini.

Page 56: Teknik Menjawab Kertas 1 (BM) SPM

Pendahuluan Fakta

Gejala ponteng sekolah yang berlaku sejak akhir-akhir ini kian menjadi-jadi dan sukar dibendung. Kajian yang dijalankan oleh Jabatan Perdana Menteri membuktikan bahawa masalah ini boleh dikatakan berlaku di seluruh sekolah di dunia. Lebih malang lagi peratusan kes di negara kita dikatakan meningkat setiap tahun. Hakikatnya budaya ponteng sekolah ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja, justru perlu ditangani segera,

Page 57: Teknik Menjawab Kertas 1 (BM) SPM

Pendahuluan Peribahasa. Orang Melayu memang kaya dengan peribahasa

yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan. Antara peribahasa yang menggambarkan seseorang yang tidak mengenang budi dan jasa ialah “seperti kacang lupakan kulit” dan seperti “ulat lupakan daun”. Peribahasa “ seperti kacang lupakan kulit” bermaksud seseorang yang lupa akan jasa orang yang menolongnya setelah menikmati kesenangan.Oleh itu sikap seperti ini perlu dikikis dalam hidup kita. Kita haruslah sentiasa menghargai dan berterima kasih kepada segala jasa, pertolongan, dan penbgorbanan orang lain kepada kita. Orang yang mengamalkan prinsip hidup “seperti kacang lupakan kulit” tidak akan hidup bahagia, sama ada di dunia mahupun di akhirat.

Page 58: Teknik Menjawab Kertas 1 (BM) SPM

Pendahuluan Sejarah.

Malaysia dan Nusantara mempunyai bahasanya yang tersendiri iaitu bahasa Melayu. Bahasa Melayu telah menjadi bahasa perhubungan atau “lingua franca’ sejak lebih 600 tahun yang lalu, lebih lama daripada bahasa Inggeris yang hanya bermula pada pertengahan kurun ke-16. Sejak tahun 1955, bahasa Melayu telah dinobatkan sebagai bahasa kebangsaan atau bahasa rasmi negara sejak merdeka. Pada tahun 1957, iaitu selepas merdeka, bahasa Melayu diisytiharkan sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara yang termaktub dalam perlembagaan

Page 59: Teknik Menjawab Kertas 1 (BM) SPM

Pendahuluan Gabungan

Boleh juga menggunakan pendahuluan gabungan seperti;

Definisi sesuatu persoalan Isu-isu semasa tentang sesuatu tajuk. Pendapat/pandangan tokoh/ pandangan

umum. Pendapat peribadi berkenaan tajuk

karangan.

Page 60: Teknik Menjawab Kertas 1 (BM) SPM

Contoh Pendahuluan Gabungan - Tajuk Vandalisme

‘Tiga buah pondok telefon dibakar’, ‘sampah sarap bertaburan di pusat rekreasi’, dan ‘tandas awam diconteng dengan kata-kata lucah’. Begitulah bunyinya tajuk-tajuk berita yang sering dipaparkan di media massa. Sejak kebelakangan ini gejala vandalisme semakin berleluasa dalam masyarakat kita. Masalah sosial ini tidak pernah lali daripada kamus kehidupan masyarakat ekoran arus pemodenan yang semakin rancak. Di sana-sini, kemudahan awam dirosakkan oleh segelintir masyarakat yang tidak bertanggungjawab dan singkat akalnya. Persoalannya, adakah pembangunan dan kemajuan negara terpaksa mengorbankan kemudahan awam? Siapakah yang harus dipersalah? Oleh itu kerjasama daripada semua pihak amatlah diperlukan agarfenomena ini tidak semakin gawat. Janganlah apabila sudah terhantuk baru tengadah.

Page 61: Teknik Menjawab Kertas 1 (BM) SPM

Suasana: Baru-baru ini kita dikejutkan dengan

pembunuhan seorang murid berusia tujuh tahun yang dilakukan oleh pelajar berusia 13 tahun. Sebelum itu, kita dilaporkan tentang kejadian sebuah sekolah di Alam Shah dan Rawang yang dibakar. Apabila sesuatu berita itu disiarkan oleh media massa, masyarakat begitu terkejut,gempar,dan mahu pihakkerajaan menangani masalah masalah itu.

Page 62: Teknik Menjawab Kertas 1 (BM) SPM

Puisi:

Banyak duri perkara duri,

Tidak sama duri mengkuang;

Banyak budi perkara budi,

Tidak sama budimu seorang.

Rangkap pantun di atas sengaja diperturunkan untuk melihat akan kehindahan dan kecerdikan masyarakat dahulu dalam menyampaikan ucapan terima kasih kpada orang yang pernah berbudi.Walaupun budi yang dilakukan tidak mngharapkan balasan,namun……..

Page 63: Teknik Menjawab Kertas 1 (BM) SPM

Persoalan:

Kempen ‘Rumahku Syurgaku’ bertujuan untuk mmastikan masyarakat penyayang dapat diwujudkan. Walaupun kempen tersebut telah dijalankan,masalah penderaan,kaum perempuan yang menghadapi masalah gantung tidak bertali, dan sikap negatif masyarakat terhadap kanak-kanak yang cacat sering dipaparkan di media massa.Hal ini menunjukkan kempn tersebut kurang memberi kesan. Di manakah silapnya?Apakah kmpen tersebut tidak disusuli dengan tindakan yang sewajarnya?

Page 64: Teknik Menjawab Kertas 1 (BM) SPM

Sejarah:

Teriakan ‘Merdeka’ oleh Tunku Abdul Rahman pada 31 Ogos 1957 memberi makna yang besar pada kita. Untuk memaknakan kemerdekaan, semua kaum, baik Melayu, Cina,India dan kaum-kaum lain diminta memperteguhkan ikatan perpaduan agar makna kemrdekaan boleh diisi.

Page 65: Teknik Menjawab Kertas 1 (BM) SPM

Gabungan:

Sebagai rakyat sebuah negara berbilang kaum dan agama,kita tidak boleh memanda ringan soal integrasi.Kita juga secara jujur harus mengakui,selepas hampir setengah abad mencapai kemerdekaan, isu perkauman masih menjadi masalah di negara kita.Di manakah silapnya apabila kaum Melayu,Cina, dan India tidak dapat duduk semeja dalam suasana yang mesra?Semua pihak akur bahawa sekolah berperanan penting memupuk perpaduan,tetapi…………. Memang menyedihkan apabila anak kita pergi ke sekolah berlainan dalam usia yang begitu muda, sekali gus terlepas peluang berinteraksi dan beramah mesra. Kata bidalan Melayu, “Sepakat kita kuat, berpecah kita rebah”.Bagi memperkasakan integrasi nasional, hubungan kaum rakyat Malaysia perlu diperteguh.

Page 66: Teknik Menjawab Kertas 1 (BM) SPM

ANALISIS TAJUK SOALAN DAN ISI-ISI PENTING

CARA-CARA MEMAJUKAN SEKTOR PERTANIAN

Melalui sistem pendidikanLatihan dan kursusBantuan kewanganPenyelidikan – benih/baja/racunKhidmat nasihatPemasaran

Page 67: Teknik Menjawab Kertas 1 (BM) SPM

LANGKAH-LANGKAH MELAHIRKAN RAKYAT YANG BERJIWA PATRIOTIK

- Melalui sistem pendidikan – m/p Sejarah- Kempen – media massa

- PLKN- Penganjuran sambutan – kemerdekaan,

Hari Pahlawan

Page 68: Teknik Menjawab Kertas 1 (BM) SPM

PENGENALAN

Rakyat yang berjiwa patriotik amat penting dalam sesebuah negera. Patriotik bermaksud cinta akan negara, iaitu sanggup berjuang dan mempertahankan negara dalam apa-apa jua bentuk ancaman. Tidak ketinggalan juga, berjiwa patriotik bermakna sentiasa ingin melihat negara dalam suasana aman, tenteram dan membangun dalam segala aspek. Untuk memupuk nilai tersebut dalam diri individu atau masyarakat, pelbagai langkah perlu diambil dan diatur.

 

Page 69: Teknik Menjawab Kertas 1 (BM) SPM

ISI KARANGAN

Kempen merupakan salah satu cara bagi melahirkan rakyat yang berjiwa patriotik. Kempen boleh dilakukan melalui media massa, sama ada secara bercetak atau elektronik.Kempen juga boleh dilaksanakan melalui ceramah-ceramah yang dianjurkan oleh badan-badan tertentu. Dengan adanya kempen patriotik, semangat cinta akan negara akan dipupuk dalam jiwa rakyat lebih-lebih lagi kepada jenerasi muda, bak kata pepatah, ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’.Biasanya dalam aktiviti kempen tersebut, tokoh-tokoh negara akan dijemput dan dipaparkan bagi mencetuskan semangat berjuang untuk

Page 70: Teknik Menjawab Kertas 1 (BM) SPM

untuk negara. Antara tokoh atau wira negara ialah Tunku Abdul Rahman, Leftenan Adnan, dan lain-lain lagi. Jelaslah disini bahawa kempen dapat memupuk dan membentuk jiwa rakyat yang cinta akan negara.

Page 71: Teknik Menjawab Kertas 1 (BM) SPM

PENUTUP Ketiadaan nilai patriotik dalam diri individu atau

masyarakat akan membawa padah kepada sesuatu negara. Negara akan mundur, kucar-kacir dan ketinggalan dalam pelbagai segi sekiranya rakyat tidak cinta akan negara. Hal ini berikutan tiadanya kerjasama, tolak ansur dan saling memahami antara satu sama lain. Oleh yang demikian, amatlah diharapkan agar setiap individu menanam atau menyemai nilai patriotik dalam diri dan mempunyai iltizam untuk mempertahan dan memajukan negara.

Page 72: Teknik Menjawab Kertas 1 (BM) SPM

Faedah-faedah menguasai kemahiran ICT-diri Menghargai Jasa Ibu Bapa (ceramah)-

keluarga Peranan Pelbagai Pihak dalam Memajukan

Industri Pertanian di Negara Kita - negara Kerjasama yang Dapat dilakukan oleh

Malaysia dengan Negara-Negara jiran untuk Menangani masalah jerebu - antarabangsa

Penghayatan nilai-nilai murni dalam karya sastera dapat membentuk peribadi yang baik dalam kalangan pembaca (komen) - masyarakat

Page 73: Teknik Menjawab Kertas 1 (BM) SPM

Contoh Karangan Pengguna sering tertipu dengan taktik peniaga untuk

melariskan barangan mereka termasuklah melalui iklan. Dalam jangka masa panjang, hal ini akan membawa kesan buruk kepada pengguna. Kemukakan cara mengelakkan pengguna daripada tertipu oleh muslihat peniaga sedemikian.

Pendahuluan: Peniaga atau pengeluar lazimnya mengiklankan barangan keluaran mereka melalui pelbagai taktik demi melariskan jualan.

Sesetengah maklumat dalam iklan tersebut tidak tepat dan dalam hal ini yang sering menjadi mangsa ialah pengguna.

Page 74: Teknik Menjawab Kertas 1 (BM) SPM

Isi-Isi Penting Menyebarluaskan pendidikan kepenggunaan

supaya pengguna tahu cara mereka harus bertindak sebagai pengguna apabila mereka mendapati mereka telah tertipu.

Orang ramai perlu disedarkan dan didedahkan dengan gejala dan kes penipuan oleh peniaga atau pengiklan. Publisiti mengenainya mesti dibuat dan sekiranya perlu tindakan pemulauan perlu disarankan.

Anak-anak perlu dididik agar merancang perbelanjaan dan dipupuk dengan sifat jujur dan bertanggungjawab.

Page 75: Teknik Menjawab Kertas 1 (BM) SPM

-Badan penyiaran perlu teliti ketetapan maklumat dalam iklan yang disiarkan. Mereka janganlah terlalu mengejar pendapatan yang diperoleh daripada penyiaran iklan.

- Persatuan pengguna mesti bergerak aktif untuk mengesan peniaga yang tidak bertanggungjawab.

Page 76: Teknik Menjawab Kertas 1 (BM) SPM

Penutup

Peniaga harus lebih bertimbang rasa dan jujur dalam menjalankan perniagaan.

Tanpa tipu helah tidak bermakna mereka gagal meraih keuntungan.

Frasa menarik – mengeksploitasi pengguna – sedangkan realitinya tidak seperti yang digambarkan – mesti dibanteras demi menjaga kepentingan pengguna – kesedaran dapat disemai – mutu dan kewajaran harga – sifat kepenggunaan yang tulen – terpukau dengan pendapatan – keuntungan yang dikejar – pendekatan bersifat psikologi.

Page 77: Teknik Menjawab Kertas 1 (BM) SPM

TERIMA KASIH

HENDAK SERIBU DAYA,

MAHU SERIBU CARA.

KEBERKESANAN CERAMAH INI

BERGANTUNG SEPENUHNYA KEPADA DIRI ANDA SENDIRI.

YA! DIRI ANDA SENDIRI.

BUKANNYA PENCERAMAH

Page 78: Teknik Menjawab Kertas 1 (BM) SPM

Fokus SPM 2013

Pendidikan maya/sepanjang hayat Pengangkutan awam Pelaburan/aktiviti menabung/skim cepat

kaya Pelancongan Memulihara bangunan bersejarah Perpaduan antara kaum Gejala rasuah Permainan tradisional

Page 79: Teknik Menjawab Kertas 1 (BM) SPM

Fokus SPM 2013

Barang Buatan Malaysia Telefon Bimbit Kafe siber Bahasa- Melayu/Inggeris/Asing Gejala Sosial Krisis Ekonomi Dunia Kenaikan harga minyak/barang Amalan

membaca-kebaikan/punca/langkah

Page 80: Teknik Menjawab Kertas 1 (BM) SPM

Fokus SPM 2013

Pengalaman/program yang pernah disertai

Kemalangan Jalan Raya-punca/langkah Kokurikulum-kebaikan/punca/langkah Semangat patriotik Bahan Sastera (KOMSAS) Ulasan filem/novel/cerpen Guru/ibubapa-peranan

Page 81: Teknik Menjawab Kertas 1 (BM) SPM

3 JENIS MANUSIA

ORANG YANG HARI INI LEBIH BAIK DARI SEMALAM

ORANG YANG HARI INI SAMA MACAM SEMALAM

ORANG YANG HARI INI LEBIH TERUK DARI SEMALAM

Page 82: Teknik Menjawab Kertas 1 (BM) SPM

‘KECEMERLANGAN, KESEDERHANAAN ATAU

KEGAGALAN ADALAH PILIHAN SENDIRI’

Page 83: Teknik Menjawab Kertas 1 (BM) SPM

SELAMAT SELAMAT BERJAYA BERJAYA

SEMOGA SEMOGA AA DI DALAM DI DALAM

GENGGAMANGENGGAMAN