bm sjk

22
1 Arahan am: Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan , iaitu A, B, C dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan kamu pada kertas jawapan objektif yang disediakan. Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudian hitamkan jawapan yang baharu. Soalan 1- 20 Isi tempat kosong dalam ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai. Soalan 1 berdasarkan gambar di bawah. 1 Perlawanan bola keranjang itu diadakan di ___________SJKC Selayang Baru. A gelanggang B padang C kantin D makmal

Upload: zuhairi-ahmad

Post on 16-Dec-2015

22 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

Set soalan Bahasa Melayu kertas 1 untuk SJK

TRANSCRIPT

1

14

Arahan am: Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan , iaitu A, B, C dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan kamu pada kertas jawapan objektif yang disediakan. Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudian hitamkan jawapan yang baharu.

Soalan 1- 20Isi tempat kosong dalam ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.Soalan 1 berdasarkan gambar di bawah.

1 Perlawanan bola keranjang itu diadakan di ___________SJKC Selayang Baru.

Agelanggang B padang Ckantin Dmakmal2 Tindakan Hang Jebat yang menderhaka kepada baginda menyebabkan baginda

menjadi________________________ , kata Bendahara. Agering Bberadu Cmurka D berangkatSoalan 3 berdasarkan gambar di bawah.

3 Nelayan itu _______________________ jala ke laut untuk menangkap ikan. Amelempar

Bmembaling

Cmenebar

DmerejamSoalan 4 berdasarkan gambar di bawah.

4 Puan Dewi _____________ anak kesayangannya sebaik sahaja pulang dari pejabat. A mencium Bmemeluk

Cmemegang Dmenyentuh5 Adik terjaga daripada tidur apabila terdengar suara ayah yang __________ itu. Alantang

Bbising

Cmerdu

Denak

Soalan 6 berdasarkan gambar di bawah

6 Murid-murid dikehendaki __________________semasa berjalan ke dalam dewan. Asunyi

Bsenyap

Csuram Dsepi

7 Sup yang dimasak oleh ibu itu _________tawar rasanya.

Apaling

Bagak

Cbenar

DsekaliSoalan 8 berdasarkan gambar di bawah

8 Orang-orang itu diletakkan di __________________ sawah untuk menakutkan burung.

Atengah

Bpenjuru

Cdalam

Datas

9 ____________ nasihat ibu akan sentiasa saya ingati, kata Kamala kepada ibunya.

ASeparuh BSetiap CSegala

DSetengah

10 Saya ________________________ dalam gelap kerana bekalan elektrik terputus.

Aterlihat-lihat

Bteraba-raba

Ctercuit-cuit Dterkapai-kapaiSoalan I1 berdasarkan gambar di bawah.

11 Abang mengambil _________ beras untuk diberi kepada ayam-ayam peliharaannya .

Asecubit

Bselonggok

Csegenggam DsebijiSoalan 12 berdasarkan gambar di bawah.

12 Mereka mandi-manda di kawasan ______________________itu dengan gembira.

Ajeram Bair terjun

Ctasik

Dkolam13 Walaupun bertubuh kecil, Ah Meng lebih berani _____________ abangnya.

Adari

Bkepada

Cdaripada

Duntuk14Fee Ling yang sedang berkhayal itu __________________apabila disoal oleh gurunya

Atersedu- sedu

Bterpinga-pinga

Cterbahak-bahak

Dterlompat-lompat

15 Rantai emas ini saya beli________ ibu saya, kata Vijay kepada rakannya. Akepada

Buntuk

Coleh

Ddemi16 Nelayan itu ___________ hasil tangkapan kepada peraih di jeti . Amembeli Bmemborong Cmenjual DmemintaSoalan 17 berdasarkan gambar di bawah.

17 Oleh sebab terlalu marah, abang ______________ buku yang dipegangnya ke lantai.

Amelepaskan B mengangkat

Cmenghempaskan D meletak

18 Encik Cheong mengusahakan penternakan ikan air tawar.___________________, dia

menanam sayur-sayuran untuk menambahkan pendapatan.

ASeterusnya B Selain itu COleh itu DDengan itu

Soalan 19 berdasarkan gambar di bawah.

19 Pilih perkataan berlawan yang sesuai dengan perbuatan dalam gambar.

Amengibar Bmelipat Cmenurun Dmeletak20 Encik Nathan bercadang membawa keluarganya bercuti ke luar negara pada hujung tahun nanti. Pilih perkataan seerti bagi bercadang. Aberjalan

Bbersedia

Cberhasrat

Dbersetuju. Soalan 21 dan 2221 Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

I Wei Wei seorang murid yang berfikiran sarat.

II Puisi ciptaan penyair itu sarat dengan nasihat dan pengajaran.

III Ah Meng memberikan tempat duduknya kepada wanita yang sarat mengandung itu.

IV Permohonannya ditolak kerana tidak memenuhi sarat yang ditetapkan.

AI dan IIBII dan IIICIII dan IVDI dan IV

22 I Nasi yang dimasak oleh kakak mentah kerana kurang air.

II Jangan mencampuri urusan orang tua kerana kamu masih mentah, kata ibu kepada

kakak. III Mangga itu masam rasanya kerana masih mentah IV Hakim menolak mentah alasan yang diberikan. AI dan II BII dan III

CIII dan IV

DI dan IV

23 Pilih ayat tanya yang paling sesuai bagi ayat di bawah. Nelayan-nelayan itu sedang sibuk memunggah hasil tangkapan mereka di jeti.

A Bilakah nelayan-nelayan menjual hasil tangkapan mereka?

BBagaimanakah suasana di jeti itu semasa nelayan-nelayan pulang ?C Mengapakah nelayan-nelayan itu memunggah hasil tangkapan di jeti ? DApakah yang sedang dilakukan oleh nelayan-nelayan itu di jeti? 24 Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di bawah.

Bagaimanakah kakak menghilangkan kekotoran pada pakaian itu?

AKakak membuang pakaian yang kotor itu. BKekotoran pada pakaian kakak tidak dapat dihilangkan.

CPakaian kakak kotor kerana terkena tumpahan minyak. DKakak merendam pakaian itu semalaman untuk menghilangkan kekotoran.Soalan 25 dan 26 Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

25 Persatuan Kajian Tempatan akan menganjurkan lawatan sambil belajar ke Terengganu pada minggu hadapan.APersatuan Kajian Tempatan telah menganjurkan lawatan sambil belajar ke Terengganu pada minggu hadapan.

BLawatan ke Terengganu dianjurkan oleh Persatuan Kajian Tempatan pada minggu hadapan.CLawatan sambil belajar ke Terengganu pada minggu hadapan akan dianjurkan oleh Persatuan Kajian Tempatan.

DPersatuan Kajian Tempatan belajar melawat Terengganu pada minggu hadapan.

26 Kita mesti menghormati orang yang lebih tua daripada kita, kata Cikgu Maniam kepada murid-muridnya. AKita mestilah menghormati orang yang lebih tua daripada Cikgu Maniam.

BCikgu Maniam menasihati orang-orang yang tua supaya menghormati murid-murid. CMurid-murid menasihati Cikgu Maniam supaya menghormati orang yang lebih tua.

DMurid-murid dinasihati oleh Cikgu Maniam supaya menghormati orang yang lebih tua daripada mereka.Soalan 27 dan 28Pilih ayat yang betul.

27 AEmak sedang menggoreng kari ayam di dapur.

BPetani itu bekerja di kebunnya dari pagi hingga ke petang. CPuan Ling rindu akan anak tunggalnya yang menuntut di seberang laut.

DKerja-kerja membersihkan kelas itu telah mereka siapkan.28 I Adik menangis tersedu-sedu bila dimarahi oleh ibu.

II Sawey mengucapkan tahniah di atas kejayaan rakannya.

III Henry seorang yang periang dan baik hati.

IV Mei Ling belajar bersungguh-sungguh demi mengubah nasib keluarganya.

A I dan IIB II dan III C III dan IVD I dan IVSoalan 29 dan 30Isi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai.

29 Penagih dadah yang terbaring di tepi lorong gelap itu seperti____________ .

Alipas kudung

B ayam tambatan

Cbangkai bernyawa

Dkucing bertanduk

30 Perselisihan antara adik- beradik tidak lama kerana__________

A alah bisa tegal biasa.

B air dicencang tidak akan putus

C di mana ada kemahuan di situ ada jalan

D rambut sama hitam hati lain-lain

Soalan 31 hingga 35.

Baca surat kiriman di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

9,Jalan Sentosa,

Kampung Tanjung Dawai,

08I50 Alor Setar,

Kedah.

28 Jun 2014 Menemui sahabatku Sonia yang berada di Gombak ,Selangor. Semoga saudari sentiasa sihat di samping keluarga tersayang.

Saudara,

Surat saudari yang bertarikh 2 Jun telah selamat saya terima semalam.Terima kasih saya ucapkan kerana sudi mengutus surat kepada saya . Pada masa ini saya agak sibuk membuat persediaan untuk menduduki peperiksaan UPSR pada bulan September nanti.

Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk menceritakan persediaan saya sebelum menduduki peperiksaan. Untuk pengetahuan saudari,saya telah mula mengulang kaji pelajaran sejak tahun lima lagi kerana tidak mahu kelam-kabut pada saat-saat akhir .Saya akan mengulang kaji pelajaran selama 2 jam setiap hari.

Selain itu , saya juga menghadiri kelas tambahan selepas waktu persekolahan .Dengan ini, saya dapat memperbaiki kelemahan saya dalam mata pelajaran Sains dan Matematik. Saya berharap akan mendapat keputusan cemerlang dalam kedua-dua mata pelajaran tersebut.

Saya dan rakan-rakan juga belajar secara berkumpulan. Kami dapat bertukar-tukar pendapat dan pandangan semasa perbincangan kumpulan diadakan. Di samping itu, murid yang pintar dapat membantu murid yang lemah.

Setakat ini sahaja yang dapat saya ceritakan dalam surat ini.Saya harap saudari dapat menceritakan persediaan saudari pula kepada saya.

Sahabatmu, 31Bilakah Liyana menerima surat daripada Sonia?

A2 Jun 2014 B27 Jun 2014 C28 Jun 2014 D29 Jun 201432Apakah tujuan Liana menulis surat lepada rakannya?

Amengucapkan tahniah kepada rakannya .

Bmemberitahu keputusan peperiksaannya.

C mengajak rakannya menghadiri kelas tambahan . Dmenceritakan persediaannya untuk menduduki peperiksaan.33Berapakah umur penulis sekarang? A10 tahun

B1I tahun.

C12 tahun

D13 tahun34Apakah kebaikan belajar secara berkumpulan?

A dapat berbual-bual semasa belajar Bdapat membantu murid yang lemah Cdapat membuang masa lapang Ddapat belajar secara percuma35Semua perkara yang berikut dilakukan oleh Liana sebelum peperiksaan kecuali Amenghadiri kelas tambahan

Bmenjawab soalan latihan.

Cmengulang kaji selama dua jam.

Dmengadakan perbincangan kumpulan Soalan 36 hingga 40.

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya Hutan penting dalam kehidupan manusia . Sebahagian besar daripada negara kita diliputi hutan. Hutan di negara kita kaya dengan pelbagai khazanah seperti kayu balak,rotan dan buah-buahan. Selain itu,hutan juga menjadi habitat pelbagai jenis haiwan.

Sejak akhir-akhir ini , hutan telah banyak diteroka untuk pembangunan dan pertanian . Banyak kediaman mewah telah didirikan di lereng-lereng bukit. Pembinaan rumah-rumah ini boleh mengakibatkan kejadian tanah runtuh berlaku kerana hakisan tanah.

Selain itu, suhu akan menjadi panas apabila pokok-pokok ditebang .Haiwan-haiwan juga akan pupus kerana kehilangan tempat tinggal dan kekurangan makanan .Sesetengah haiwan pula ditangkap oleh pemburu atau tertangkap ketika mencari makanan ke petempatan manusia. Hutan perlu dipelihara supaya khazanah yang terdapat di dalamnya akan terus terpelihara .Manusia bertanggungjawab menjaga dan mengekalkan hutan demi kesejahteraan generasi yang akan datang.

36Hutan membekalkan semua perkara yang berikut kecuali _______________ . Akayu balak

B rumah Crotan

Dbuah-buahan

37 Hutan diteroka oleh manusia untuk ____________ . Amenangkap haiwan Bmembina rumah

Cmemancing ikan

Dmenanam pokok38Perkataan habitat dalam petikan bermaksud __________

Amakanan

Btempat tinggal

Cpokok

Dsungai

39Mengapakah haiwan pupus apabila hutan diteroka? Abanyak kediaman mewah didirikan.

Bcuaca semakin sejuk.

Cbanjir selalu berlaku

Dkekurangan sumber makanan

40Siapakah yang bertanggungjawab menjaga hutan?

A pemburu B orang asli Canggota polis.

Dmanusia.

KERTAS SOALAN TAMATSkema pemarkahan

Bahasa Melayu Pemahaman Set 11.A

2.C3.C4.B5.A6 B7.B8.A9.C10.B11.C12.B

13.C

14.B15.B

16.C

17.C

18.B

19.C20.C

21.B22.A23.D

24.D25DC26.D27.C28 C29.C

30.B31.B

32.D

33.C

34.C

35. B

36.B

37.B

38.B

39.D

40.D