bm karangan tahun 4

5
BM Karangan Tahun 4. Tajuk : Cita-cita Saya. Isi : Mengapakah saya memilih cita-cita itu? Siapakah idola? Apakah yang saya dibuat untuk mencapai cita-cita itu? Harapan saya. Contoh Karangan 1 : Cita-cita Sebagai Seorang Pereka Fesyen Pakaian. Nama saya Shareena binti Shahar. Saya adalah pelajar Tahun 4 Melati. Saya bersekolah di Sekolah Kebangsaan Sri Petaling. Apabila saya besar nanti, saya bercita-cita menjadi seorang pereka fesyen pakaian yang terkenal. Saya memilih untuk menjadi seorang pereka fesyen pakaian kerana saya suka pakaian yang cantik dan berwarna-warni. Saya tertarik hati dan berminat dengan cita-cita ini setelah melihat pertunjukkan pakaian rekaan terbaru yang ditayangkan di televisyen. Semua pakaian tersebut cantik dan baru. Di antara ramai-ramai pereka fesyen di dunia ini. Saya meminati fesyen pakaian yang dihasilkan oleh Rizalman daripada Malaysia. Hal ini kerana rekaan beliau sesuai dengan cita rasa saya. Rekaan beliau juga banyak dipakai oleh artis dan pemimpin negara. Saya banyak membaca dan belajar melukis dan mewarna demi mencapai cita-cita saya ini. Saya juga banyak menyimpan gambar- gambar fesyen terbaru untuk dijadikan rujukkan. Saya juga kerap merakanm dan menonton rancangan pertunjukkan fesyen demi menambah pengetahuan. Saya berharap saya akan mencapai cita-cita saya itu. Saya juga berharap fesyen rekaan saya tersebut akan menjadi kegemaran orang ramai. GURU KESAYANGAN SAYA Nama saya Ahmad Hazim Aiman. Saya bersekolah di Sekolah Kebangsaan Setiawangsa. Saya belajar di kelas 3 Dinamik. Terdapat sepuluh orang guru mengajar di kelas saya. Guru kesayangan saya ialah Puan Nawal. Beliau berasal dari Taiping, Perak. Puan Nawal sudah berkahwin dan mempunyai dua orang anak. Puan Nawal mengajar saya Bahasa Melayu dan Sains. Beliau sangat pandai mengajar. Saya mudah faham apa yang di ajar oleh beliau. Beliau mengajar dengan penuh dedikasi Saya suka cara beliau mengajar. Puan Nawal seorang guru yang baik. Beliau juga sangat rajin bekerja dan tidak jemu mengajar kami. Beliau agak tegas tentang disiplin pelajar-pelajarnya tetapi masih boleh bertolak ansur terhadap pelaja-pelajarnya yang bermasalah. Kami semua sukakan Puan Nawal. Saya sukakan beliau sebab beliau juga seorang yang lemah lembut dan bersifat keibuan. Belaiu

Upload: azlan-ahmad

Post on 28-Dec-2015

874 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

karangan

TRANSCRIPT

Page 1: BM Karangan Tahun 4

BM Karangan Tahun 4.Tajuk  :  Cita-cita Saya.

Isi : Mengapakah saya memilih cita-cita itu? Siapakah idola? Apakah yang saya dibuat

untuk mencapai cita-cita itu? Harapan saya.

Contoh Karangan  1 :  Cita-cita Sebagai Seorang Pereka Fesyen Pakaian.

         Nama saya Shareena binti Shahar. Saya adalah pelajar Tahun 4 Melati. Saya

bersekolah di Sekolah Kebangsaan Sri Petaling. Apabila saya besar nanti, saya bercita-cita

menjadi seorang pereka fesyen pakaian yang terkenal.

         Saya memilih untuk menjadi seorang pereka fesyen pakaian kerana saya suka

pakaian yang cantik dan berwarna-warni. Saya tertarik hati dan berminat dengan cita-cita ini

setelah melihat pertunjukkan pakaian rekaan terbaru yang ditayangkan di televisyen. Semua

pakaian tersebut cantik dan baru.

         Di antara ramai-ramai pereka fesyen di dunia ini. Saya meminati fesyen pakaian yang

dihasilkan oleh Rizalman daripada Malaysia. Hal ini kerana rekaan beliau sesuai dengan cita

rasa saya. Rekaan beliau juga banyak dipakai oleh artis dan pemimpin negara.

         Saya banyak membaca dan belajar melukis dan mewarna demi mencapai cita-cita

saya ini. Saya juga banyak menyimpan gambar-gambar fesyen terbaru untuk dijadikan

rujukkan. Saya juga kerap merakanm dan menonton rancangan pertunjukkan fesyen demi

menambah pengetahuan.

          Saya berharap saya akan mencapai cita-cita saya itu. Saya juga berharap fesyen

rekaan saya tersebut akan menjadi kegemaran orang ramai.

GURU KESAYANGAN SAYANama saya Ahmad Hazim Aiman. Saya bersekolah di Sekolah Kebangsaan

Setiawangsa. Saya belajar di kelas 3 Dinamik.

Terdapat sepuluh orang guru mengajar di kelas saya. Guru kesayangan saya ialah

Puan Nawal. Beliau berasal dari Taiping, Perak. Puan Nawal sudah berkahwin dan

mempunyai dua orang anak.

Puan Nawal mengajar saya Bahasa Melayu dan Sains. Beliau sangat pandai

mengajar. Saya mudah faham apa yang di ajar oleh beliau. Beliau mengajar dengan penuh

dedikasi Saya suka cara beliau mengajar.

Puan Nawal seorang guru yang baik. Beliau juga sangat rajin bekerja dan tidak jemu

mengajar kami.

Beliau agak tegas tentang disiplin pelajar-pelajarnya tetapi masih boleh bertolak ansur

terhadap pelaja-pelajarnya yang bermasalah. 

Kami semua sukakan Puan Nawal. Saya sukakan beliau sebab beliau juga seorang

yang lemah lembut dan bersifat keibuan. Belaiu juga suka memberi nasihat kepada saya

dan rakan-rakan di dalam kelas.

Saya berasa amat bertuah mendapat seorang guru seperti Puan Nawal. Saya juga

bercita-cita mahu menjadi seperti beliau apabila dewasa nanti. Saya akan membalas jasa-

jasa beliau dengan belajar rajin-rajin dan menghormati beliau walaupun beliau sudah tidak

mengajar saya lagi.

Page 2: BM Karangan Tahun 4

AKU SEBUAH BASIKAL

 Aku berasal dari ’Negara Matahari Terbit“. Aku dibuat di sebuah kilang besi 

 waja yang tidak besar .Badanku terdiri daripada besi waja, getah asli, kaca dan 

 plastik.

        Apabila badanku telah siap dibuat, aku disebut basikal. Aku dan kawan -

 kawanku yang lain dipamerkan di sebuah bilik pameran. Aku berasa sungguh

 gembira kerana ramai orang memuji kecantikanku.

        Tidak lama kemudian aku dan kawan-kawanku menaiki sebuah kapal 

 dagang. Aku berasa sungguh seronok apabila mendapati kami akan dihantar 

 ke Malaysia. Melalui perbualan dua orang kelasi kapal itu,aku mendapati 

 ramai kanak-kanak di Malaysia ingin memilikiku. Aku semakin bangga.

        Nasib kami sungguh malang . Kapal kami karam. Aku dan kawan-kawanku 

 lemas. Setahunkemudian, aku dijumpai oleh seorang penyelam. Waktu itu 

 badanku sudah berkarat. Penyelam itu membawaaku dan kawan-kawanku

 ke kedai yang membeli besi buruk. Aku dijual di situ.

        Aku berasa sungguh kesal kerana aku telah menjadi bahan terbuang  

 sebelum sempat mencurahkan baktiku kepada orang Malaysia.

Tajuk : Aku sehelai baju

           Aku dilahirkan di sebuah butik terkenal di ibu kota. Selepas

dilahirkan, aku 

 dipakaikan pada sebuah patung dan diletakkan di dalam cermin. Tanda

harga 

 yang terlekat di badanku menunjukkan RM 350.

            Setelah lima hari berada di situ, aku telah dibeli oleh seorang

gadis 

 bernama Linda.Linda memakaiku pada majlis hari jadinya. Sebaik sahaja

 kawan-kawan Linda melihat diriku, mereka semua

Page 3: BM Karangan Tahun 4

memuji kecantikan yang

 aku miliki.

            Selang beberapa bulan, Linda ingin memakaiku sekali lagi.

Apabila melihat  

 badanku berkedut, dia mengambil seterika lalu menggosokku.

            Ketika badanku diseterika, telefon berdering. Linda berlari

meninggalkan 

 aku sehingga terlupa untuk menutup suis seterika. Badanku mula terasa

panas. 

 Aku cuba menahan keperitan, tetapi akhirnya aku

hanya mampu menangis 

 kerana terlampau sakit. Lama-kelamaan sebahagian badanku terbakar.

            Apabila terhidu bau benda terbakar, Linda tergesa -gesa

mendapatkanku. 

 Tetapi sudah terlambat kerana aku tidak boleh diselamatkan lagi. Kini

aku hanya

 menjadi penghuni setia almari usang.

SOALAN  :

Tuliskan sebuah karangan biografi yang bertajuk “Ibu saya”.

Pendahuluan  :

nama – umur – tempat lahir – tarikh lahir

Isi-isi  :

pendidikan yang diterima ibu bekerja sebagai seorang guru ibu melahirkan, membesarkan sejak kecil pandai menggambil hati anak-anak – tidak garang – lemah lembut

dan penyabar

Penutup  :

Page 4: BM Karangan Tahun 4

mengenang dan menghargai jasa ibu

       Setiap manusia di dunia ini mempunyai seorang ibu.  Begitu juga dengan saya.  Ibu saya bernama Siti Maisarah binti Kassim.  Usianya sekarang ialah 32 tahun.  Beliau dilahirkan di Kampung Air Tawar, Kota Tinggi, Johor.  Tanggal 13 Februari 1970 beliau dilahirkan.          Ibu saya mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Air Tawar selama enam tahun.  Kemudian beliau menyambung pelajaran di Sekolah Menengah Kota Tinggi selama lima tahun.  Keputusan peperiksaannya yang cemerlang telah melayakkannya menempatan diri di Maktab Perguruan Pengkalan Chepa, Kelantan. Pada tahun 1990, bermulalah kerjaya beliau sebagai seorang pendidik di Sekolah Kebangsaan Durian Guling, Terengganu.

          Pada tahun 1996 hingga kini, ibu bertugas di Sekolah Kebangsaan Sri Serdang.  Ibulah insan yang melahirkan dan membesarkan saya dan adik-adik sejak kecil.  Beliau seorang yang pandai mengambil hati anak-anak.  Beliau tidaklah garang walaupun pada wajahnya menampakkan kebengisan.  Ibu saya seorang yang lemah lembut dan penyabar.  Walaupun beliau dalam kepenatan selepas pulang mengajar, tetapi beliau tidak pernah menjadikan kami tempat melepaskan kemarahannya.          Saya berasa sangat bertuah memiliki seorang ibu yang penyayang dan aamt memahami.  Akanku kenang dan hargai jasamu ibu sepanjang hayatku.  Engkaulah ratu hatiku.