bm karangan

7
ISU-ISU SEMASA TENTANG BENCANA ALAM DI MALAYSIA (BAHAN INTERNET) Tanah runtuh Bukit Antarabangsa 2008 adalah sebuah peristiwa kejadian tanah runtuh yang telah berlaku pada 6 Disember 2008 di kawasan Bukit Antarabangsa, Ulu Klang, Selangor, Malaysia. Empat orang terkorban dan 15 yang lain cedera di samping 14 buah rumah banglo ranap dalam tragedi tanah runtuh di Taman Bukit Mewah dan Taman Bukit Utama, yang berlaku kira-kira jam 3.50 pagi (waktu Malaysia). Tragedi itu berlaku kira-kira 1.5 kilometer dari kawasan tragedi Highland Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia atau SMART (Special Malaysia Disaster Assistance and Rescue Team) merupakan sebuah pasukan khas mencari dan menyelamat yang ditubuhkan di bawah Majlis Keselamatan Negara Malaysia yang berdasarkan kelulusan Jemaah Menteri pada 18 Mei 1994. Sejarah Susulan daripada tragedi keruntuhan pangsapuri Highland Towers, Ulu Kelang pada 11 Disember 1993, Jawatankuasa Kabinet yang bersidang 21 Disember 1993 telah meluluskan penubuhan Pasukan SMART di bawah pengurusan Pejabat Majlis Keselamatan Negara; Pasukan SMART ini dianggotai oleh pegawai dan anggota daripada jabatan kerajaan yang berkaitan seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Misi Di antara misi-misi yang pernah disertai termasuklah:- Misi Mencari Dan Menyelamat Mangsa Tsunami di Aceh, Indonesia pada Disember 2004 Misi Mencari Dan Menyelamat Mangsa Gempa Bumi Di Muzafarabad, Pakistan pada 2005 Misi Mencari Dan Menyelamat Mangsa Tanah Runtuh Di Leyte, Filipina pada 2006 Misi Mencari Dan Menyelamat Mangsa Gua Tanah Runtuh Perak Cave Templer, Perak Thong pada 12 Januari 2009 Misi Mencari Dan Menyelamat Mangsa Bangunan Runtuh Jaya Supermarket Seksyen 14, Petaling Jaya Pada 28 Mei 2009 TSUNAMI DI MALAYSIA Kesan tsunami yang telah melanda beberapa negara di persekitaran Lautan India pada 26 Disember 2004 tidak begitu teruk di Malaysia jika dibandingkan dengan negara-negara lain. Kawasan pantai barat Malaysia telah menerima kesan yang agak teruk lebih-lebih lagi di negeri Pulau Pinang dan Kedah, manakala di negeri Perlis dan Perak pula tidak begitu

Upload: valar-mathei-padmanadhan

Post on 13-Dec-2015

247 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

.

TRANSCRIPT

Page 1: Bm Karangan

ISU-ISU SEMASA TENTANG BENCANA ALAM DI MALAYSIA (BAHAN INTERNET)

Tanah runtuh Bukit Antarabangsa 2008 adalah sebuah peristiwa kejadian tanah runtuh yang telah berlaku pada 6 Disember 2008 di kawasan Bukit Antarabangsa, Ulu Klang, Selangor, Malaysia. Empat orang terkorban dan 15 yang lain cedera di samping 14 buah rumah banglo ranap dalam tragedi tanah runtuh di Taman Bukit Mewah dan Taman Bukit Utama, yang berlaku kira-kira jam 3.50 pagi (waktu Malaysia). Tragedi itu berlaku kira-kira 1.5 kilometer dari kawasan tragedi Highland

Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia atau SMART (Special Malaysia Disaster Assistance and Rescue Team) merupakan sebuah pasukan khas mencari dan menyelamat yang ditubuhkan di bawah Majlis Keselamatan Negara Malaysia yang berdasarkan kelulusan Jemaah Menteri pada 18 Mei 1994.SejarahSusulan daripada tragedi keruntuhan pangsapuri Highland Towers, Ulu Kelang pada 11 Disember 1993, Jawatankuasa Kabinet yang bersidang 21 Disember 1993 telah meluluskan penubuhan Pasukan SMART di bawah pengurusan Pejabat Majlis Keselamatan Negara; Pasukan SMART ini dianggotai oleh pegawai dan anggota daripada jabatan kerajaan yang berkaitan seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).MisiDi antara misi-misi yang pernah disertai termasuklah:-Misi Mencari Dan Menyelamat Mangsa Tsunami di Aceh, Indonesia pada Disember 2004Misi Mencari Dan Menyelamat Mangsa Gempa Bumi Di Muzafarabad, Pakistan pada 2005Misi Mencari Dan Menyelamat Mangsa Tanah Runtuh Di Leyte, Filipina pada 2006Misi Mencari Dan Menyelamat Mangsa Gua Tanah Runtuh Perak Cave Templer, Perak Thong pada 12 Januari 2009Misi Mencari Dan Menyelamat Mangsa Bangunan Runtuh Jaya Supermarket Seksyen 14, Petaling Jaya Pada 28 Mei 2009                     TSUNAMI DI MALAYSIAKesan tsunami yang telah melanda beberapa negara di persekitaran Lautan India pada 26 Disember 2004 tidak begitu teruk di Malaysia jika dibandingkan dengan negara-negara lain. Kawasan pantai barat Malaysia telah menerima kesan yang agak teruk lebih-lebih lagi di negeri Pulau Pinang dan Kedah, manakala di negeri Perlis dan Perak pula tidak begitu

Page 2: Bm Karangan

teruk. Di Malaysia, tsunami tersebut telah meragut 69 nyawa dan lebih daripada 8,700 orang di Malaysia telah mengalami masalah tekanan disebabkan oleh kemusnahan rumah-rumah dan juga sumber pendapatan mereka.

kepercayaan dan sosio budaya penduduk orang asli di situ         TSUNAMI. - Tsunami adalah siri beberapa ombak besar yang berpunca daripada pergerakan dasar laut, gempa bumi, tanah runtuh atau ledakan gunung berapi di bawah laut kawasan laut dalam. Dari pusat tsunami, ombak mula melanda kesemua arah pada kelajuan yang tinggitepi pantai. Menyebabkan ombak yang besar. 

Petanda: Air Laut Tiba-Tiba Surut. - Jika anda berada di pantai atau tepi laut dan merasa bumi bergegar, terus lari ke kawasan tinggi. Jangan tunggu amaran tsunami untuk diberi. - Air yang surut secara tiba-tiba menjadikan parasnya menurun hinggasejauh satu kilometer atau lebih adalah tanda ombak tsunami akanmelanda. Jangan berlengah, bergerak ke kawasan tinggi dengan segera.- Jangan mendekati kawasan pantai untuk menyelidik apa yang berlaku. - Jika anda dinasihatkan untuk berpindah ke kawasan lain, lakukannya dengan segera. 

Apa Yang Harus Anda Lakukan Jika Dilanda Tsunami. •Berpindah Ke Kawasan Tinggi. - Bagi rumah-rumah dan bangunan yang terletak di kawasan rendah seperti dipantai yang selamat. - Jangan terus berada di bangunan sedemikian jika terdapat amaran tsunami. - Segera berpindah ke kawasan tinggi. •Dapatkan Perlindungan Di Bangunan Teguh. - Tingkat atas bangunan tinggi, bangunan berkonkrit teguh boleh memberi perlindungan jika anda tiada masa untuk berpindah ke kawasan pedalaman atau kawasan yang lebih tinggi. 

Page 3: Bm Karangan

•Tuju Ke Kawasan Perairan Yang Lebih Dalam. - Sekiranya anda berada di dalam bot atau kapal dan jika masa tidak mengizinkan, pandu bot anda ke kawasan perairan yang lebih dalam. - Jika cuaca buruk, mungkin lebih selamat untuk meninggalkannya di jeti dan anda berpindah ke kawasan tinggi. • Tunggu Untuk Isyarat “ALL CLEAR”. - Jauhi dari kawasan yang terjejas sehingga ia benar-benar selamat. - Jangan menganggap bahawa tiada lagi bahaya setelah dilanda satu ombak. - Tsunami akan terjadi dalam beberapa siri ombak yang berbeza

                        BANJIR KILAT DI KUALA LUMPURBanjir Kilat melanda Kuala Lumpur sehingga sedalam 1.8 meter pada hari Ahad, 10 Jun 2007 , jam 6.00 petang hingga 8.00 malam , selama 4 jam akibat hujan lebat.Kawasan utama yang tenggelam ialah Dataran Merdeka, Jalan Tun Perak, Jalan Raja, Kelab Diraja Selangor, Jalan Ipoh, Jalan Masjid India , Masjid Jamek , Stesen LRT Masjid Jamek , Kampung Baru, Kampung Chubadak dan Sentul. Jalan Tun Razak, Jalan Ampang, Jalan Dang Wangi, Jalan Kampung Pandan dan Jalan P Ramlee turut dilanda banjir.Bangunan mahkamah iaitu bangunan Sultan Abdul Samad termasuk Dataran Merdeka sedalam paras pinggang. Air memenuhi bawah Dataran Merdeka dan terpaksa disedut keluar. Tahun 2003 , banyak kereta yang ditempatkan di bawah Dataran Merdeka tengelam selama seminggu kerana air tidak dapat keluar. Air melimpah hingga ke dewan sembahyang Masjid Jamek. Langkah mengatasi yang meragukanKerajaan melalui Jabatan Pengairan dan Saliran mengeluarkan RM2 bilion bagi projek Stormwater Management and Road Tunnel. Air Sungai Kelang akan dialihkan dilencongkanTiga daripada 20 projek tebatan sungai telah siap. Tetapi tebatan di Sungai Gombak/Sungai Batu dan projek tebatan banjir Sungai Kerayong belum siap. 17 lagi belum siap. Sepatutnya projek tebatan banjir ini siap pada 2005. Kos Projek Tebatan Banjir Kuala Lumpur RM2.2 bilion..Memasang kamera televisyen litar tertutup (CCTV) bagi memantau paras air sungai di pusat bandar semasa hujan lebat. Soalnya di mana papan

Page 4: Bm Karangan

tanda elektronik dan CCTV itu.DBKL telah memasang 11 buah terminal amaran banjir di 11 buah bangunan di pusat bandar raya yang sering dilanda banjir. Tetapi gagal berfungsi kali ini.Sistem Elektronik Amaran Banjir (SEAB) dan lima stesen memantau kadar aliran air sungai dan dua stesen merakam paras air sungai telah dibina.Terowong Pengurusan Air Banjir dan Jalan Raya ( Terowong SMART) belum siap sepenuhnya . Lebuh raya dan laluan air Terowong SMART bernilai RM 1.3 bilion hanya siap lebuh raya sepanjang 3 km dan akan dikenakan tol RM 2.00 mulai hari Jumaat , 15 Jun 2007. Laluan air belum siap dan hanya siap pada bulan Julai 2007. Timbalan Ketua Pengarah JPS Ahmad Fuad Embi menjelaskan terowong pengaliran air sepanjang 10km SMART memang bertujuan mencegah berlakunya limpahan air dari Sungai Klang apabila alirannya dialihkan. Terowong jalan sepanjang 3km SMART dibuka kepada lalu lintas pada 14 Mei 2007 .Semua rumah setinggan di tepi Sungai Kerayong dan lain-lain kawasan mestilah dipindahkan ke perumahan PPR dengan segera. Sampah sarap banyak dibuang oleh penduduk setinggan kerana tidak ada sistem pembuangan sampah di sana.

Setiap jambatan baru hendaklah dibina melengkung ke atas supaya sampah tidak mudah tersangkut. Rekabentuk jambatan lurus dan banyak tiang seperti sekarang tidak sesuai lagi.Sungai Gombak dan Sungai Kelang yang melalui Kuala Lumpur mestilah didalamkan dan dilebarkan tanpa berdolak dalih lagi. Seboleh mungkin bangunan di tepi sungai tersebut hendaklah diruntuhkan bagi tujuan tersebut. Pelan bangunan di tepi sungai adalah kesilapan total perancang bandar masa lalu.

Kaedah kejuruteraan dan pemuliharaan ekosistem perlu digabungkan. Meluruskan hulu-hulu sungai hanya akan mempercepatkan aliran air. Sepatutnya sungai tidak diluruskan tetapi dibiarkan secara tabii. Pokok-pokok akuatik dibiarkan tumbuh dan membesar di dalam sungainya dan boleh membantu melambatkan pergerakan air ke hilir. Strategi ini akan lebih berkesan jika digabungkan dengan tanah bencah (wetlands). Pendekatan pengenyahan pantas (rapid disposal) air sungai ini diragui oleh para teknokrat dan perancang bandar di Malaysia.

         BANJIR LUMPUR DI POS DIPANG_Tragedi Pos Dipang (1996) merupakan antara tragedi yang meninggalkan sejarah hitam kepada negara, sepanjang sepuluh tahun kebelakangan ini, malahan mendapat liputan meluas semua pihak. Bencana alam datang dalam pelbagai bentuk dan saiz. Ada sesetengah bencana ini boleh dijangkakan manakala sebahagian lainnya tidak. Inilah

Page 5: Bm Karangan

yang berlaku di Pos Dipang, Kampar, Perak. Tragedi banjir lumpur yang secara tiba – tiba berlaku pada 29 Ogos 1996, kira-kira jam 6 petang yang mengorbankan 44 mangsa .Kerja – kerja pembalakan yang telah berleluasa disitu, yang kemungkinan besar menjadi punca utama tragedi lumpur ini.Berbeza pula pendapat penduduk tempatan (orang asli) mengatakan bahawa kejadian tersebut dipercayai adalah satu bala. Dokumentari ini akan menyajikan kesan peristiwa hitam ini yang telah merubah kepercayaan dan sosio budaya penduduk orang asli di situ               BAHAGIAN BKarangan: soalan berbentuk ceramah:

Kesedaran masyarakat tentang langkah-langkah menghadapi kecemasan bencana amat diperlukan. Oleh itu, anda telah dilantik oleh Pihak Berkuasa Tempatan untuk memberi ceramah di kawasan tempat tinggal anda. Sediakan teks ceramah tersebut.

Soalan contoh PELAJAR TERENGGANUSesetengah bencana alam yang berlaku  disebabkan perbuatan manusia yang tidak bertanggungjawab.

     Jelaskan sebab-sebab bencana alam yang berlaku akibat perbuatan manusia sendiri.

Rangka Karangan

Pendahuluan- kita sering dikejutkan dengan kejadian bencana alam

Isi-isi Karangani. aktiviti pembalakan menjadi faktor berlakunya bencana alami. individu-individu yang tidak bertanggungjawab melakukan pembakaran terbukaiii. anggota masyarakat membuang sampah ke dalam longkang dan sungaiiv. aktiviti pembangunan yang tidak terancang di lereng bukit

Penutup- semua pihak harus bekerjasama dan berganding bahu

Karangan Contoh     Dewasa ini, kita sering dikejutkan dengan bencana alam yang berlaku di seluruh dunia. Berita yang menyedihkan hati kita ini terpampang di dada-dada akhbar dan dikongsi bersama-sama oleh manusia sejagat.

Page 6: Bm Karangan

Kesannya, bencana alam ini telah meragut nyawa yang tidak berdosa. Fenomena ini dibuktikan melalui kejadian tanah runtuh, banjir kilat, jerebu, tsunami, gempa bumi dan letusan gunung berapi yang sering melanda dunia. Malangnya, tiada jalan penyelesaian untuk menghalang bencana alam ini daripada berlaku. Hal ini demikian kerana, sudah menjadi lumrah alam iaitu apabila tiba saat dan ketikanya, bencana alam ini pasti akan terjadi. Tiada satu kuasapun yang mampu menangani kuasa alam, namun kejadian bencana alam yang berpunca daripada sikap manusia itu sendiri perlu diberikan perhatian agar nyawa manusia tiddak terancam.

     Aktiviti pembalakan memang merupakan antara penyumbang ekonomi negara, namun antara sedar ataupun tidak, aktiviti ini menjadi faktor berlakunya bencana alam. Individu-individu yang terbabit dalam aktiviti pembalakan seharusnya memikirkan kesannya sebelum menebang pokok kerana, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya. Kawasan hutan yang telah ditebang dan jika tidak digantikan dengan anak pokok yang baharu, biasanya akan terdedah kepada hujan dan menyebabkan hakisan tanah berlaku. Keadaan ini akan menyebabkan berlakunya kejadian tanah runtuh yang akan meragut nyawa dan menyebabkan kerosakan harta benda. Oleh itu, langkah yang bijaksana dan efektif perlulah dijalankan untuk menangani masalah ini daripada berlaku.

     Selain itu, terdapat segelintir manusia yang tidak bertanggungjawab yang suka melakukan pembakaran terbuka. Hal ini nampaknya remeh, kerana yang kelihatan hanyalah asap, namun asap inilah yang menyebabkan kejadian jerebu yang menyulitkan kehidupan manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Jerebu ini pula boleh menyebabkan pesakit asma mengalami masalah dan menyebabkan penyakit mereka semakin kronik. Oleh itu, kita seharusnya sedar dan berhati-hati semasa melakukan sesuatu perkara kerana pandang jauh dilayangkan, pandang dekat ditukikkan supaya tidak berlaku sebarang bencana. Hal ini secara tidak langsung dapat membantu kita untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar dan membantu kita untuk menyelamatkan nyawa manusia sejagat yang tidak berdosa.

     Seterusnya, terdapat sesetengah anggota masyarakat yang tidak bertanggungjawab, iaitu dengan membuang sampah ke dalam longkang dan sungai dengan sesuka hati. Secara sedar atau tidak, golongan ini sebenarnya menganiayai masyarakat seperti kata pepatah, “kapak tak boleh membelah kayu, kalau bukan kayu pula yang menjadi hulunya”. Hal ini demikian kerana, sistem perparitan akan tersumbat oleh sampah sarap yang dibuang ke dalam sungai dan longkang. Masalah sistem perparitan

Page 7: Bm Karangan

yang tersumbat ini pula akan menyebabkan banjir kilat berlaku. Kejadian ini sudah pastinya akan menyusahkan banyak pihak yang tidak berdosa. Oleh itu, pihak berkuasa haruslah mengkaji masalah ini hingga ke akar umbinya.

     Punca lain yang menyebabkan bencana alam ini berlaku adalah disebabkan oleh aktiviti pembangunan yang tidak terancang di lereng-lereng bukit. Keadaan ini sudah tentu menimbulkan keadaan yang tidak selamat dan boleh menyebabkan tanah runtuh berlaku. Sebagai contohnya, sebanyak 14 buah rumah banglo di Bukit Antarabangsa musnah akibat tanah runtuh dan mengorbankan empat nyawa pada 6 Disember 2008 yang lalu. Hal ini disebabkan oleh pihak pemaju yang membangunkan kawasan tersebut tidak mengambil langkah-langkah keselamatan untuk mengelakkan berlakunya kejadian tanah runtuh. Mereka tidak membuat sistem perparitan yang sempurna untuk menyalurkan air atau membina tembok konkrit untuk mengelakkan kejadian tanah runtuh. Perkara ini penting dilakukan kerana kebanyakan kejadian tanah runtuh berlaku akibat pergerakan air di dalam tanah yang menyebabkan tanah itu longgar dan mudah runtuh.

     kesimpulannya, semua pihak haruslah bersama-sama dan berganding bahu dengan mengamalkan peribahasa “seperti aur dengan tebing” untuk menangani masalah ini. Janganlah kita mengamalkan peribahasa “seperti enau di dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing”. Jika perkara ini tidak dilakukan, sudah pastinya semua pihak terpaksa menanggung akibat buruk daripada sikap kita sendiri. Oleh itu, anggota masyarakat perlulah sedar bahawa tanggungjawab untuk menjaga alam sekitar tidak terletak di bahu kerajaan semata-mata. Kita harus sedar bahawa, sebenarnya Allah menganugerahkan alam ini kepada kita sebagai amanah untuk dijaga. Mahukah kita hidup di dalam kawasan tanah runtuh, jerebu, banjir dan kemarau? Oleh hal yang demikian, tepuklah dada, tanyalah selera, sebelum bertindak.