bimbingan dan kauseling

25
BIMBINGAN DAN KAUNSELING (DPU 2233) DIPLOMA PENDIDIKAN ISLAM KELAS 3: SEMESTER 3 PENSYARAH: USTAZAH MALEHA BINTI LAUTO MUHAMMAD NUR AFIQ BIN SANI (PI 120315)

Upload: -

Post on 27-Jun-2015

53 views

Category:

Education


3 download

DESCRIPTION

BIMBINGAN DAN KAUSELING

TRANSCRIPT

Page 1: BIMBINGAN DAN KAUSELING

BIMBINGAN DAN KAUNSELING (DPU 2233)

DIPLOMA PENDIDIKAN ISLAMKELAS 3: SEMESTER 3

PENSYARAH: USTAZAH MALEHA BINTI LAUTO

MUHAMMAD NUR AFIQ BIN SANI (PI 120315)

Page 2: BIMBINGAN DAN KAUSELING

LATAR BELAKANG TOKOH

Sigmund Freud telah dilahirkan di Freiberg, Moravia (Czechoslovakia) pada 6 Mei 1856

Bapa Freud merupakan seorang saudagar bulu kambing dan pernah berkahwin sebanyak dua kali

.Ibunya meninggal dunia ketika berusia 95 tahun

Semasa beliau berumur empat tahun, iaitu pada tahun 1860, Freud dan keluarganya telah berpindah ke Vienna.

Pada umur 9 tahun, beliau belajar di Sperl Gymnasium High School

Page 3: BIMBINGAN DAN KAUSELING

.Ketika berusia 17 tahun, iaitu pada tahun 1873, Freud memasuki sekolah perubatan di Universiti Vienna.

Ketika di universiti, beliau telah banyak menemui beberapa orang guru terkenal yang terdiri daripada ahli falsafah dan ahli psikologi

.Freud merupakan seorang yang mempunyai cita-cita yang sangat tinggi semasa hayatnya walaupun beliau terpaksa menghadapi kesengsaraan akibat daripada penyakit barah rahang yang dihadapinya dengan 33 pembedahan.

Freud telah meninggal dunia pada tahun 1939 di London kerana penyakit barah rahang yang telah dialaminya sekian lama.

Page 4: BIMBINGAN DAN KAUSELING

KONSEP UTAMA TERAPI

I. Menurut Freud (1949) sifat manusia adalah berasaskan penentuan.Beliau berpendapat tingkah laku manusia ditentukan oleh kuasa yang tidak menentu, motivasi tanpa sedar, sifat biologi dan naluri dalaman yang berkembang melalui beberapa tahap utama psikoseksual pada enam tahun pertama kehidupan

ii. kovel (1976) menyatakan apabila keadaan tanpa sedar menjadi sedar, dan tabiat yang membuta tuli digantikan dengan kebolehan membuat pilihan.

iii. Teori Psikoanalisis turut memberi tumpuan terhadap aspek naluri

iv. Tujuan kehidupan menurut teori ini adalah untuk mencapai keseronokan dan mengelakkan kedukaan

Page 5: BIMBINGAN DAN KAUSELING

Corey (1977) mengatakan pendekatan Psikoanalisis adalah merupakan pendekatan yang mula-mula muncul dalam tiga pendekatan Psikologi yang paling utama.

Dua pendekatan yang lain ialah pendekatan ketingkahlakuan (behaviorism) dan pendekatan kewujudan manusia (human existential).

Freud telah menegaskan bahawa manusia dilahirkan dengan dorongan naluri dalaman yang bersifat biologi atau kebinatangan.

Page 6: BIMBINGAN DAN KAUSELING

Prinsip Utama Tingkah Laku Yang mempengaruhi Manusia

• Prinsip KeseronokanSegala tingkah laku manusia atau tindakan manusia adalah didorong oleh kehendak untuk memperoleh keseronokan dan berusaha mengelak daripada pengalaman yang menyakitkan.

•Prinsip Realiti KehidupanTingkah laku manusia yang terpaksa disesuaikan dengan melihat kepada batasan realiti, bukan hanya bertindak secara mengikut rasa hati sendiri sahaja

•Prinsip Mengurangkan Ketegangan

Page 7: BIMBINGAN DAN KAUSELING

•Prinsip PolaritiFreud telah menyatakan bahawa manusia menemui dikotomi nilai atau kualiti dalam kehidupannya seharian seperti aspek baik-buruk, benar-salah, hidup-mati, dan lain-lain lagi.

•Prinsip Pengulangan AktivitiManusia melakukan sesuatu tindakan adalah hasil daripada prose pelaziman dan mereka lebih cenderung mengulangi apa-apa aktiviti untuk menyelesaikan permasalahan dalam kehidupan manusia.

Page 8: BIMBINGAN DAN KAUSELING

•Alam SedarBahagian iceberg yang timbul paling atas sekali dikenali sebagai tahap sedar.Pada tahap ini, ia merangkumi perkara-perkara yang kita sedari pada masa tertentu.Pada pandangan freud manusia sememangnya menyedari dan mengetahui apa-apa peristiwa yang berlaku dan telah berlaku di persekitarannya.Contohnya, kadang-kadang kita akan merasa marah, takut, sunyi, sepi, sedih dan sebagainya.

•Alam PrasedarPada tahap ini, ia adalah tahap antara sedar ataupun tidak sedar.Manusia sesungguhnya tidak sedar dan tidak mengetahui apa yang berlaku di sekeliling mereka kecuali ianya diberi perhatian secara sedar kepada apa yang berlaku.Peringkat ini dikenali sebagai peringkat monitoring dan bukan peringkat untuk member perhatian.Sebagai contoh, seorang guru sedang mengajar dalam suasana kelas yang bising dan mengganggu penumpuan pelajar.Akan tetapi jika pelajar member penumpuan yang sepenuh pasti pelajar akan dapat memahi apa yang diajar oleh guru mereka.

Page 9: BIMBINGAN DAN KAUSELING

•Alam Tidak SedarDalam tahap ini, seorang individu sememangnya tidak sedar langsung apa yang berlaku di sekelilingnya.Sebagai contoh, perubahan-perubahan yang berlaku dalam emosi kita disebabkan oleh satu perkara.Kita juga tidak sedar perjalanan darah dalam tubuh badan kita dan sistem saraf kita berfungsi.Bagi Freud ,keadaan ini dipanggil sebagai alam tidak sedar dan dalam analogi ini terletak di bawah iceberg dibawah sekali.

PERHATIKAN GAMBAR INI….

Page 10: BIMBINGAN DAN KAUSELING

IdId

Id merupakan merupakan sumber personaliti. Ketika dilahirkan semua manusia bersifat Id.Id merupakan sumber utama tenaga Psikik dan naluri.

Fungsi Id adalah mengurangkan tekanan dan mengembalikan keseimbangan di dalam tubuh badan.

Id dipandu oleh prinsip keseronokkan dengan tujuan mengurangkan ketegangan, mengelakkan kesakitan dan meningkatkan keseronokkan

Page 11: BIMBINGAN DAN KAUSELING

EgoEgo

• Ego mempunyai hubungan dengan reality dunia luar.Ego bersifat Eksekutif yang memerintah, mengawal, dan mengatur personaliti

•Ego berada diantara naluri dengan persekitaran

•Jika id cenderung kepada aspek realiti yang subjektif, sebaliknya ego pula membezakan antara imej mental dengan sesuatu perkara yang di luar.

Page 12: BIMBINGAN DAN KAUSELING

Super Ego

Super Ego

Superego melibatkan moral manusia, menentukan sesuatu yang baik atau buruk, dan betul atau salah.

Superego mewakili sesuatu yang ideal berbanding realiti dan bertindak bukan untuk keseronokan diri sebaliknya kesempurnaan.

Superego berfungsi menghalang rangsangan id, mengubah ego kepada moral, dan menuju ke arah kesempurnaan

Konsep ganjaran ini berkaitan perasaan bangga dan kasih sayang, manakala konsep hukuman pula berkaitan perasaan rasa bersalah dan rendah diri.

Page 13: BIMBINGAN DAN KAUSELING

KerisauanIa dapat menggambarkan bagaimana manusia bertingkah laku dan berfikir.

Dalam hubungan interaksi ini, id sebagai pendesak, ego sebagai pengatur dan superego sebagai pemerhati dan mengurus gelagat id dan ego.

Andai kata ego Berjaya memuaskan kehendak id maka akan wujud rasa ketenangan tetapi sekiranya gagal maka ego akan mengalami kerisauan.

Page 14: BIMBINGAN DAN KAUSELING

Mekanisma Bela Diri

Tujuannya adalah untuk mengurangkan penderitaan ego yang tidak dapat mengawal id dengan baik dan membantu ego mempertahankan dirinya dari desakan dan dorongan yang kuat dari id.

,seseorang itu tanpa sedar akan menggunakan mekanisma bela diri bagi menangani keadaan yang dihadapi

Page 15: BIMBINGAN DAN KAUSELING

• Represi

Di antara helah bela diri yang sering digunakan dalam kehidupan kita ialah:

•Sublimasi

•Regresi

•Identifikasi

•Penyangkalan

•Pembentukan Reaksi

•Projeksi

•Penyaluran•Pampasan•Undoing•Penarikan•Keagresifan

•Kelekatan•Intelektualisasi

•Tingkah laku provokatif

•Penukaran

Page 16: BIMBINGAN DAN KAUSELING

Peringkat-peringkat Perkembangan Personaliti.

•Peringkat Oral ( lahir- 18 bulan )Kanak-kanak perlukan kasih sayang dan kepuasan dari ibubapa daripada aktiviti menghisap ( sebelum 18 bulan ) dan menggigit ( selepas 18 bulan ).

•Peringkat anal atau dubur ( 2- 4 tahun )Kanak-kanak telah bersedia dan mengawal fungsi biologi seperti membuang air. Kepuasan bukan lagi melalui aktiviti mulut tetapi melalui pembuang najis. Kanak-kanak akan memberi perhatian lebih terhadap kawalan buang air kecil dan besar supaya diterima dan dikasih oleh ibubapa.

Page 17: BIMBINGAN DAN KAUSELING

•Peringkat falik atau kubul ( 4- 6 tahun )Pada peringkat ini kanak-kanak selalu memegang organ kejantinaan untuk mendapatkan kepuasaan. Kanak-kanak telah mula mempunyai perasaan terhadap ibubapa sendiri . Kanak-kanak lelaki terhadap ibu sendiri dan mudah berlaku konflik Oedipus sementara kanak-kanak perempuan berlaku konflik Elektra. Oleh itu ibubapa mesti memain peranan penting dalam mengawal dan memenuhi perasaan supaya konflik tidak berlaku.

•Peringkat pendaman ( 6- 12 tahun )Pada peringkat ini kasih sayang dan keberahian telah bertukar kepada rakan sebaya. Kanak-kanak yang berjaya mengatasi dan mengawal perasaan ini boleh menjadi orang yang baik.

•Peringkat kejantinaan ( 12 tahun ke atas ). Peringkat ini dikatakan awal remaja, mereka mula menaruh minat terhadap rakan sebaya yang berlainan jantina. Menurut Freud, tenaga seks ( labido ) akan mendorong individu menaruh minat terhadap individu di luar keluarga mereka.

Page 18: BIMBINGAN DAN KAUSELING

PROSES DAN TEKNIK

•Perkaitan Bebas Kaunselor akan cuba menenangkan fikiran klien.Klien digalakkan meluahkan segala isi hati dan perasaannya yang tidak logik dan tidak rasional.Kaedah perkaitan bebas ini digunakan untuk mengingat dan meluahkan emosi yang bersabit dengan keadaan-keadaan traumatik masa lalu.Proses ini dikenali sebagai katarsis.Semasa proses ini dilakukan, kaunselor berperanan mengenal pasti bahan represi yang masih terkunci di alam tidak sedar.Dalam hal ini, pendekatan hypnosis juga boleh digunakan.

•PentafsiranPentafsiran adalah prosedur asas yang digunakan untuk menganalisis perkaitan bebas, mimpi, penahanan dan pemindahan.Prosedurnya,Kaunselor perlu memberikan petunjuk, penjelasan, dan nasihat kepada klien tentang makna-makna tingkah laku yang dimanifestasikan oleh perkaitan bebas,mimpi,penahanan dan hubungan terapeutik itu sendiri.

Page 19: BIMBINGAN DAN KAUSELING

•Tafsir MimpiAnalisis mimpi digunakan unuk mendedahkan bahan-bahan tidak sedar klien dan memberi celik akal klien untuk menyelesaikan masalah yang tidak dapat diselesaikan.Freud beranggapan bahawa mimpi adalah jalan di raja kea lam tidak sedar kerana di dalam mimpi terdapat manifestasi perkara atau peristiwa yang tidak biasa muncul dalam alam sedar.

•Analisis PenahananSemasa perkaitan bebas atau perkaitan mimpi, klien mungkin tidak bersedia untuk menceritakan beberapa fikiran, perasaan, dan pengalamannya.

Page 20: BIMBINGAN DAN KAUSELING

•Analisis PemindahanDalam pemindahan ini, klien akan memindahkan perasaan dan pengalaman yang dialami nya semasa zaman kanak-kanak dahulu kepada kaunselor.Kaunselor pula akan menggalakkan pemindahan neurosis dengan bersikap neutral, objektif, dan pasif.Kaunselor akan cuba memahami dan mentafsirkan curahan perasaan dan pengalaman ini supaya klien sedar akan sebab-sebab berlakunya tindakan yang tidak rasional dalam dirinya selama ini.

Page 21: BIMBINGAN DAN KAUSELING

PERANAN KAUNSELOR DAN KLIENKaunselor berperanan:•Menyedarkan klien dari alam tidak sedar kepada alam sedar.•Membina semula asas personality klien.•Menbantu klien dalam menangani masalah tekanan akibat dari pengalaman masa lampau.•Membantu klien dalam menghadapi konflik akibat ingin melupakan atau menghapuskan pengalaman pahit masa lampau.•Bertanggungjawab mengajar klien dalam memahami apa sahaja yang berlaku terhadap dirinya agar ia mencapai celik akal mengenai masalah yang dihadapi oleh klien.

Page 22: BIMBINGAN DAN KAUSELING

Peranan KlienKlien juga berperanan dalam terapi ini dan mempunyai tanggungjawab tertentu.Antara tanggungjawab klien ialah: •Bersedia dan komited untuk melibatkan diri dalam proses kaunseling yang intensif.•Bersedia menurut peraturan-peraturan biasa dalam psikoanalisis seperti berbaring di atas katil selama satu jam setiap kali proses psikoanalisis dilakukan.•Bersetuju secara ikat kontrak untuk membayar yuran-yuran tertentu, dan menghadiri sesi-sesi yang ditetapkan dan bercakap.

Page 23: BIMBINGAN DAN KAUSELING

APLIKASI TEORI PSIKOANALISIS DALAM KAUNSELINGAplikasi psikoanalisis dalam bidang kaunseling adalah agak terhad kerana sifatnya yang agak rumit.Seseorang kaunselor itu perlu mempunyai kemahiran yang tinggi.Teori ini dapat digunakan untuk:•Mengenal pasti masalah klien dengan menghubungkaitkan keterencatan pada peringkat-peringkat tertentu perkembangan diri klien.•Menguji sejauh mana pengalaman masa lampau klien boleh menimbulkan kesan yang tidak baik.•Mengatasi konflik yang sekian lama dan berurutan dalam hidup klien.•Mengenal pasti struktur psyche yang sedang mengawal klien.

Page 24: BIMBINGAN DAN KAUSELING

Antara sumbangan besar yang telah dicurahkan oleh Freud:

•Melalui teorinya kita dapat mengetahui tentang dinamika yang sering berinteraksi dalam jiwa kita sehingga membawa kepada kerisauan.•Kaedah-kaedah yang dicadangkan oleh freud dapat membantu memahami penahanan dan kepentingan perhubungan kaunselor , klien, nilai-nilai pemindahan dan helah bela diri.•Kita juga dapat mengetahui peringkat-peringkat perkembangan personaliti dan permasalahan-permasalahan yang terhasil akibat terlekatnya perkembangan tersebut dalam satu peringkat tertentu.

Page 25: BIMBINGAN DAN KAUSELING

Terima kasih daun keladi ,Kalau tak faham jangan marah yerr

Syukran jazillan