bimbingan dan kaunseling (autosaved) 1

26
1.1 BIMBINGAN Terdapat beberapa tokoh yang mempunyai pendapat yang berbeza tentang konsep bimbingan dan kaunseling.Shertzer dan Stone (1974) menyatakan bahawa bimbingan adalah satu proses yang membantu individu memahami diri mereka dan dunia mereka. Guru bimbingan akan membantu murid bagi mengenalpasti kekuatan dan kelemahan diri. Justeru, mereka dapat menentukan aras aspirasi yang bersesuaian dan selari dengan kebolehan mereka. Secara tidak langsung, mereka dapat mengembangkan kebolehannya secara maksimum pada landasan yang betul. Hal ini juga dapat mengelakkan mereka daripada mengalami tekanan apabila memilih jalan yang tidak bersesuaian dengan minat mereka. Alice Crow (1964) pula berpendapat bahawa bimbingan merupakan bantuan yang diberikan kepada seseorang bagi menentukan matlamat jangka pendek dan panjang,merancang cara bertindak serta memperbaiki sikap dan tingkah laku dalam aspek tertentu.McDaniel dan Shaftel (1956) menyatakan bimbingan ialah pola khidmat yang terdiri daripada orientasi maklumat pendidikan dan kerjaya,inventori individu,kaunseling,penempatan dan aktiviti susulan.D.W.Lefever (1970) pula menjelaskan bahawa bimbingan adalah satu proses pendidikan yang berlanjutan,tersusun dan sistematik. Bimbingan yang diberikan adalah untuk membantu seseorang individu berusaha bagi mengembangkan kebolehannya dan menyesuaikan diri mengikut kehendak masyarakat agar dapat membina kesejahteraan hidup. George, R.L. dan Cristiani, T.S.(1995) menyatakan bahawa bimbingan merupakan suatu perbuatan bagi memberi maklumat berkaitan 1 1.0 KONSEP

Upload: hani-subri

Post on 13-Nov-2015

52 views

Category:

Documents


13 download

DESCRIPTION

b

TRANSCRIPT

1.0 KONSEP BIMBINGAN DAN KAUNSELING

1.1 BIMBINGANTerdapat beberapa tokoh yang mempunyai pendapat yang berbeza tentang konsep bimbingan dan kaunseling.Shertzer dan Stone (1974) menyatakan bahawa bimbingan adalah satu proses yang membantu individu memahami diri mereka dan dunia mereka. Guru bimbingan akan membantu murid bagi mengenalpasti kekuatan dan kelemahan diri. Justeru, mereka dapat menentukan aras aspirasi yang bersesuaian dan selari dengan kebolehan mereka. Secara tidak langsung, mereka dapat mengembangkan kebolehannya secara maksimum pada landasan yang betul. Hal ini juga dapat mengelakkan mereka daripada mengalami tekanan apabila memilih jalan yang tidak bersesuaian dengan minat mereka.Alice Crow (1964) pula berpendapat bahawa bimbingan merupakan bantuan yang diberikan kepada seseorang bagi menentukan matlamat jangka pendek dan panjang,merancang cara bertindak serta memperbaiki sikap dan tingkah laku dalam aspek tertentu.McDaniel dan Shaftel (1956) menyatakan bimbingan ialah pola khidmat yang terdiri daripada orientasi maklumat pendidikan dan kerjaya,inventori individu,kaunseling,penempatan dan aktiviti susulan.D.W.Lefever (1970) pula menjelaskan bahawa bimbingan adalah satu proses pendidikan yang berlanjutan,tersusun dan sistematik. Bimbingan yang diberikan adalah untuk membantu seseorang individu berusaha bagi mengembangkan kebolehannya dan menyesuaikan diri mengikut kehendak masyarakat agar dapat membina kesejahteraan hidup.George, R.L. dan Cristiani, T.S.(1995) menyatakan bahawa bimbingan merupakan suatu perbuatan bagi memberi maklumat berkaitan dengan minat dan keperluan peribadi murid seperti maklumat pendidikan,sosial atau vokasional.Bimbingan lebih menekankan pencegahan daripada rawatan masalah psikologi.Muhd Mansur Abdullah & Siti Nordinar Mohd Tamin (1996) pula berpendapat bahawa bimbingan merupakan pertolongan yang diberikan kepada seseorang bagi meningkatkan pemahaman terhadap diri sendiri dan persekitarannya. Pendapat beliau juga dipersetujui oleh Othman Mohamed (2000) yang menyatakan bahawa bimbingan adalah salah satu proses bagi membantu seseorang individu.

1.2 KAUNSELINGIstilah Kaunseling berasal daripada perkataan inggeris iaitu counseling.Shertzer dan Stone(1974) berpendapat bahawa kaunseling merupakan satu proses interaksi yang dapat meningkatkan pemahaman diri seseorang terhadap dirinya dan persekitarannya.Hal ini secara tidak langsungnya dapat menggalakkan mereka membina matlamat dan nilai yang menjadi asas kepada tingkah lakunya pada masa hadapan.Corey (1977) pula menyatakan bahawa kaunseling ialah suatu proses bagi memberi ruang kepada klien bagi meneroka diri sendiri yang meyebabkan kesukaran dalam dirinya. Hal ini dapat membantu mereka membuat pilihan hidup yang terbaik dan menimbulkan keinsafan dalam dirinya.Boy dan Pine (1968) juga menjelaskan bahawa kaunseling melibatkan pertemuan bersemuka di antara dua pihak iaitu kaunselor dan klien. Perhubungan diantara kedua-dua pihak tersebut melibatkan komunikasi yang efektif,saling hormat-menghormati,penerimaan klien secara tulen oleh kaunselor, dan penumpuan terhadap keperluan,masalah serta keperluan klien.Selain itu,Arbuckle (1965) juga menerangkan bahawa kaunseling adalah proses bagi mengenali diri sendiri,kekuatan diri,kelemahan diri,apa yang dimiliki, dan apa yang boleh dicapai oleh seseorang.Cottle dan Downie (1970) pula berpendapat bahawa kaunseling adalah suatu proses memahami diri sendiri dengan bantuan kaunselor dan seterusnya menggalakkan klien tersebut menentukan pilihan terbaik dalam hidupnya. Gustael dan Berdie (1953) pula menyatakan bahawa kaunseling adalah satu proses yang berorientasikan pembelajaran dalam suasana yang mudah. Proses ini melibatkan seorang kaunselor terlatih yang akan cuba membantu klien mencapai matlamat hidupnya agar mereka dapat menjadi anggota masyarakat yang gembira dan produktif.Selain itu, Hansen, J.(1972) beranggapan bahawa kaunseling melibatkan suatu proses bagi membantu klien membina cara hidup baharu yang dapat menggalakkan murid menyesuaikan diri dalam apa sahaja situasi kehidupan sama ada secara individu atau berkumpulan. Secara tidak langsung, mereka dapat memperkembangkan potensi secara optimum agar dapat menjadi individu yang berkualiti.Menurut Dustin dan George, kaunseling merupakan suatu proses pembelajaran yang dapat meningkatan tingkah laku penyesuaian dan mengurangkan tingkah laku salah penyesuaian.

1.3 BIMBINGAN DAN KAUNSELINGBerdasarkan definisi bimbingan dan kaunseling yang dinyatakan di atas, dapatlah dirumuskan bahawa terdapat perkaitan antara kedua-dua konsep tersebut.G.S Belkin juga menyatakan dalam bukunya iaitu Practical Counseling in the Schools dengan mengatakan bahawa bimbingan melibatkan aspek-aspek orientasi,inventori,maklumat pendidikan dan kerjaya.Manakala kaunseling merupakan penempatan dan perkhidmatan yang diberikan dalam bimbingan tersebut.Di peringkat sekolah, sesi kaunseling dijalankan oleh kaunselor bagi membantu pelajar menyelesaikan masalah yang dihadapi melalui proses pertemuan secara bersemuka.Bimbingan yang dijalankan dalam sesi kaunseling tersebut meliputi tunjuk ajar,nasihat serta tindakan susulan.Menurut Muhd Mansur Abdullah & Siti Nordinar Mohd Tamin (1996), bimbingan dan kaunseling ialah satu perkhidmatan bagi memberi bantuan kepada individu dalam memahami dan menerima diri sendiri.Kemudian, membuat penyesuaian dalam menentukan pilihan hidupnya mengikut kepuasan.

2.0 MATLAMAT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Bimbingan dan kaunseling merupakan suatu keperluan bagi setiap individu bagi menjamin kehidupan yang lebih baik.Justeru, bimbingan dan kaunseling diwujudkan di setiap sekolah bagi membantu mereka menyelesaikan masalah dan menunjukkan hala tuju yang betul.Antara matlamat bimbingan dan kaunseling ini ialah membantu menyelesaikan masalah individ sama ada dalam masa jangka pendek atau panjang.Masalah dalam jangka panjang kebiasaannya melibatkan masa hadapan klien dengan memberi kefahaman tentang setiap keputusan yang diambil dalam kehidupannya.Selain itu, bimbingan ini juga adalah untuk mengubah tingkah laku seseorang kearah yang lebih baik dan positif.Ia membantu individu meningkatkan keupayaan dirinya untuk mencapai kebebasan psikologi bagi mengurus kehidupannya dengan baik.Seseorang individu dapat membuat keputusan yang tepat setelah mempertimbangkan segala pilihan dan risiko bagi setiap keputusan dengan adanya bimbingan daripada kaunselor. Selain itu,bimbingan dan kaunseling juga dapat mengembalikan pemikiran rasional seseorang individu yang bermasalah.Kaunselor dapat membantu dalam menstrukturkan kembali Contohnya, masalah seorang murid yang mendapat keputusan peperiksaan yang rendah walaupun sudah berusaha bersungguh-sungguh.Hal ini menjadikannya kecewa dengan dirinya dan benci dengan dunia.Kaunselor berperanan dalam memberi semangat dan menggalakkan klien berfikiran positif dalam menghadapi masalah tersebut.Bimbingan dan kaunseling juga membantu individu yang bermasalah dan berisiko dalam kehidupannya seperti golongan yang terlibat dalam penyalahgunaan dadah.Kaunselor akan memberi kesedaran kepada mereka akan bahaya dadah dan seterusnya memberi panduan untuk berhenti daripada amalan yang tidak sihat itu.Selain itu,bimbingan dan kaunseling juga dapat menggalakkan klien menyesuaikan diri dengan persekitaran.Kaunselor akan menerangkan tentang nilai-nilai dan personaliti diri yang perlu ada pada seseorang untuk mewujudkan satu perhubungan yang baik dengan masyarakat.Kaunselor dapat membimbing seseorang dalam membuat penyesuaian sosial,peribadi dan intelek mengikut kehendak sekolah dan masyarakat.Perhubungan yang terbina melalui nilai yang baik dapat menjamin kehidupan yang sejahtera pada setiap individu.Ia juga dapat membantu meningkatkan perkembangan diri seseorang individu.Ia dapat menggalakkan murid memahami diri sendiri dengan mengenalpasti kecenderungannya,minat,bakat dan kebolehannya pada satu tahap yang optimum.Menurut Tang (1987) kaunselor akan membantu klien mengenalpasti kekuatan dan kelemahan dirinya supaya mereka dapat membuat pilihan yang bersesuaian dengan kebolehannya bagi merancang masa depannya kearah yang lebih baik.Justeru, murid dapat mengembangkan kebolehan yang dimiliki dan secara tidak langsungnya dapat mencapai matlamatnya sendiri.Kesimpulannya,matlamat bimbingan dan kaunseling lebih menekankan kepada proses memupuk murid menyelesaikan masalah dengan baik,meningkatkan kemahiran penyesuaian diri dan menggunakan potensi dalam diri sendiri dan sumber sedia ada bagi mencapai pencapaian yang baik dalam hidup.

3.0 KEPERLUAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Bimbingan dan kaunseling sememangnya memainkan peranan yang penting dalam memastikan perkembangan dalam diri seseorang.Ia dapat membantu individu membina kemahiran-kemahiran tertentu bagi menyelesaikan masalah,membuat keputusan,mengumpul, memilih dan mengaplikasikan pelbagai maklumat yang diperolehi supaya dapat membuat pilihan yang terbaik dalam kehidupan mereka.Ia merupakan satu perkhidmatan yang sangat penting terutamanya di sekolah.Antara keperluan bimbingan dan kaunseling ini ialah pelajar dapat mengenali dirinya sendiri dengan mengenalpasti kekuatan diri,kelemahan diri,bakat,minat dan kecenderungannya.Justeru,bimbingan dan kaunseling yang diberikan dapat memudahkan pelajar untuk membina pengetahuan diri dan memiliki keperibadian yang positif bagi memastikan kecemerlangan diri.Selain itu,bimbingan dan kaunseling juga akan menyedarkan pelajar bahawa pendidikan merupakan suatu aset yang sangat berguna dalam kehidupan.Hal ini kerana, pelajar dapat mencapai matlamat melalui pendidikan dengan menggunakan segala pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki.Justeru,murid akan menyedari bahawa pendidikan sememangnya penting bagi menentukan pekerjaan yang baik pada masa hadapan.Pelajar akan diberi kesedaran tentang perkaitan antara ekonomi,gaya hidup dan pekerjaan.Hal ini dapat melahirkan semangat dalam diri untuk sentiasa berusaha bagi memenuhi segala keperluan hidup bagi mencapai kehidupan yang harmoni.Akhir sekali,bimbingan dan kaunseling ini juga dapat melahirkan individu yang mempunyai sikap dan sahsiah diri yang baik.Sikap dan apresiasi yang terbina dapat menjadikannya cemerlang dalam kerjaya dan juga pergaulan yang baik dengan masyarakat.Guru pembimbing akan memberi panduan berkaitan dengan sikap dan personaliti yang perlu ada pada diri untuk meningkatkan perkembangan diri dari pelbagai aspek.

4.0 PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Terdapat pelbagai jenis perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang disediakan di sekolah bagi kemudahan murid.Antara perkhidmatan dalam bimbingan dan kaunseling ialah perkhidmatan inventori individu atau rekod.Kaunselor berperanan untuk mengendalikan fail bimbingan bagi setiap murid.Segala maklumat berkaitan dengan penilaian dan pentafsiran minat murid akan dikumpulkan dan direkodkan.Kaunselor juga bertanggungjawab untuk mengemas kini rekod murid-murid agar maklumat tentang pencapaian dan perkembangan murid dapat diketahui.Selain itu, perkhidmatan bagi bimbingan dan kaunseling ialah perkhidmatan kaunseling. Perkhidmatan ini boleh dilaksanakan secara berkumpulan atau secara individu.Ia melibatkan kaunseling berkaitan dengan masalah pencapaian akademik,aspek peribadi dan kerjaya,masalah disiplin dan sebagainya.Kaunseling keluarga juga boleh dilaksanakan bagi mengenalpasti masalah klien dengan lebih lanjut dan seterusnya bekerjasama dengan ibu bapa bagi menyelesaiakan permasalahan yang berlaku.Seterusnya adalah perkhidmatan penempatan yang diberikan bagi membantu klien memilih kegiatan bidang kokurikulum yang bersesuaian dengan minat,kebolehan dan kecenderungan mereka.Selain itu,kaunselor juga bertanggungjawab sebagai penyelaras penempatan sekolah menengah dan membantu pengurusan Bahagian Sekolah Berasrama Penuh dengan memberi data murid-murid lepasan sekolah rendah.Kaunselor juga memainkan peranan dalam perkhidmatan perundingan dan rujukan.Ia bertujuan untuk membantu pihak pendaftar dan staf sekolah dalam memahami kepentingan program bimbingan yang diadakan di sekolah dan berbincang tentang cara meningkatkan pencapaian murid.Akhir sekali,kaunselor berperanan dalam perkhidmatan mencegah penyalahgunaan dadah dengan mengadakan sesi bimbingan bagi menanam sifat bencikan dadah dalam diri murid.Mereka juga perlu membuat penilaian dan memberi maklum balas tentang program berkaitan dengan pencegahan dadah kepada pihak Jabatan Pendidikan Negara(JPN). 5.0 APLIKASI TEORI DAN KEMAHIRAN

5.1MASALAH :

Terdapat murid perempuan tahun 4 di Sekolah Kebangsaan Bijaksana yang sering menimbulkan permasalahan di dalam kelas.Murid ini bernama Aisyah Binti Abdullah. Aisyah merupakan seorang murid yang pendiam dan suka bersendiri.Keadaan Aisyah juga seakan-akan seorang murid yang tidak terurus dengan keadaan kasut dan baju yang kotor.Dia juga sering tertinggal buku di rumah dan tidak mempunyai kelengkapan alat tulis yang cukup.Terdapat khabar angin yang menceritakan tentang kehidupannya yang merupakan seorang anak luar nikah dan sering didera oleh ibunya. Murid ini sering mengganggu rakannya dan mencuri barang rakannya di dalam kelas. Dia tidak mempunyai kawan kerana telah dilabel sebagai pencuri.Dia sering kelihatan keseorangan apabila waktu rehat.Rakan-rakannya tidak suka berkawan dengannya kerana tidak suka dengan perangainya yang suka mencuri. Hal ini kerana perbuatannya itu menyebabkan pergaduhan berlaku.Apabila guru datang untuk meleraikan pergaduhan tersebut, Aisyah tidak akan mengakui kesalahannya mengambil barang rakannya.Sebaliknya, dia akan menangis dan mereka cerita untuk memastikan dia tidak dipersalahkan atas perbuatannya itu.Semasa pengajaran dilaksanakan, dia juga suka melakukan sesuatu yang mengganggu sesi PDP.Dia pernah mencuba untuk memakan kertas semasa guru sedang mengajar di dalam kelas.Apabila guru memarahinya atas perbuatannya itu, dia lantas menangis dengan kuat.Aisyah juga sangat terkenal dengan perangainya yang suka menangis..Dia merupakan seorang murid yang sangat sensitif dan amat mudah menangis tanpa sebarang sebab.Dia juga pernah mengamuk di dalam kelas dengan melemparkan semua barang rakannya kerana rakannya tidak membenarkannya untuk meminjam pensil.Walaubagaimanapun, perangai Aisyah juga berubah-ubah dan ada angin.Ketika anginnya baik,dia akan berkelakuan baik dan melakukan segala tugasan yang diarahkan dengan baik.Dia juga dapat menulis dan membaca dengan baik apabila disuruh.

5.2APLIKASI KEMAHIRAN Sebagai seorang guru pembimbing yang berhadapan dengan pelajar yang mempunyai masalah, beberapa pendekatan yang sesuai perlu digunakan bagi memastikan proses bimbingan dan kaunseling dapat dilaksanakan dengan lancar.Bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh Aisyah ini,saya telah mendekatkan diri dengannya.Apabila saya melihat dia keseorangan semasa rehat, saya sering menegurnya dan mengajaknya ke kantin bersama bagi menjalinkan hubungan yang baik dengannya.Setelah perhubungan baik dapat dibina dengan Aisyah, saya sentiasa mencari masa terluang untuk memanggilnya dan menggalakkannya untuk bercerita tentang kehidupannya.Saya juga sentiasa menunjukkan pandangan yang positif dan menunjukkan sikap dan tubuh badan yang menyatakan bahawa kata-kata anda menarik minat saya.Saya juga cuba untuk mendengar dengan baik segala masalah Aisyah apabila dia menceritakan bahawa dirinya tidak disayangi dan dihargai oleh sesiapa.Saya juga sentiasa memberi perhatian dengan segala bait kata yang diluahkan oleh Aisyah.Hal ini,menyebabkan Aisyah semakin selesa dan berasa selamat untuk menceritakan masalahnya satu persatu.Saya juga memastikan bahawa kedudukan tubuh badan(posture) saya condong ke hadapan, iaitu kearah Aisyah bagi menunjukkan bahawa saya berminat untuk mendengar cerita daripadanya.Ekspresi muka yang ditunjukkan pula mestilah sentiasa berseri dan sedia menerima segala cerita daripada Aisyah.Saya juga membuat tentangan mata dengan Aisyah semasa dia bercerita dan mengalihkan pandangan mata apabila Aisyah kelihatan malu. Semasa Aisyah bercerita,saya mendorongnya untuk bercakap melalui gerak syarat,anggukan kepala,perkataan tunggal,perawakan badan,ulangan perkataan dan dorongan minima seperti menyebut Mmm, A-ha, Ya. Sepanjang sesi bimbingan dan kaunseling ini dijalankan, saya sentiasa menunjukkan perasaan berempati kepadanya dengan menggunakan 2 aspek iaitu kognitif(idea klien) dan afektif (perasaan).Justeru,Aisyah terdorong untuk bercerita dengan lebih lanjut permasalahannya kepada saya kerana merasakan bahawa saya memahami situasinya.Saya juga dapat membina hubungan mesra dengannya apabila sentiasa mengambil berat dan menunjukkan sifat empati kepadanya.Saya juga telah melakukan pendedahan kendiri supaya Aisyah merasakan bahawa ramai lagi orang lain yang mempunyai nasib yang sama sepertinya.Saya menyatakan bahawa saya juga pernah berhadapan dengan masalah yang sama dengannya.Semasa Aisyah menceritakan bahawa dia merasa sedih kerana ibunya sering memarahinya dan tiada orang mempedulikannya, saya menyatakan bahawa saya juga pernah dimarahi oleh ibu kerana melakukan kesalahan.Hal ini membuatkan Aisyah lega apabila mengetahui bahawa dia tidak keseorangan dalam menghadapi permasalahan ini.Saya menggunakan soalan terbuka kepadanya bagi menggalakkannya bercerita tentang masalah hidupnya.Contohnya,saya bercakap kepadanya Cuba ceritakan apa yang berlaku pada diri anda.Justeru, saya dapat mengetahui maklumat yang lebih banyak berkaitan dengan latar belakang Aisyah.Secara tidak langsung, saya mendapat sedikit gambaran tentang kehidupannya dan kesukaran yang dialami.Saya juga menggunakan soalan tertutup berdasarkan situasi yang sesuai yang memerlukan jawapan ya atau tidak.Contohnya, saya bertanya kepadanya adakah kamu suka ke sekolah?.Setelah mendengar masalah yang diluahkan oleh Aisyah,saya cuba memahami masalah yang dialami.Saya bertanya tentang masalah Aisyah secara beransur-ansur bagi memahami perasaannya dengan lebih jelas.Saya juga cuba membayangkan bahawa saya berada di dalam situasi kehidupannya agar dapat memahami keadaannya.Saya juga menggunakan kaedah konfrontasi apabila Aisyah melakukan kelakuannya yang kurang baik iaitu mencuri.Saya menasihatinya dengan berkata Nampaknya kamu masih mencuri lagi walaupun saya sudah berulang kali mengatakan bahawa mencuri itu berdosa.Hal ini dapat menyedarkan kembali bahawa perbuatannya itu tidak disukai oleh orang lain.Kemudian, saya telah membuat refleksi setiap kali saya berjumpa dengannya.Saya selalu bertanya perkara-perkara penting yang diperolehi oleh Aisyah setiap kali pertemuan dilaksanakan.Hal ini adalah untuk menyemak kembali input yang diperolehi daripada bimbingan yang dilaksanakan.Justeru, ia dapat memudahkan saya merancang dan menyusun strategi penyelesaian masalah yang lebih efektif dan bersesuaian dengan situasi yang dihadapi.Selain itu, saya juga sering bertanya tentang perasaannya sama ada sedih,gembira,bimbang dan sebagainya.Setelah Aisyah bercerita,saya juga membuat pemparafrasaan iaitu meringkaskan setiap permasalahan yang diceritakan.Berdasarkan penceritaannya,saya membuat pemprafasaan bahawa Aisyah berasa sedih kerana tiada orang yang memberi perhatian kepadanya.Pemprafasaan ini digunakan supaya Aisyah mengetahui pemahaman saya tentang situasi yang dialami. Ia juga dapat membantu Aisyah memahami perasaannya sendiri yang berhadapan dengan masalah dan seterusnya menjadikan dirinya lebih terbuka dalam menyelesaikan masalahnya dengan baik.Semasa melaksanakan pemprafasaan,saya menggunakan perkataan yang mudah difahami oleh Aisyah.Saya juga sentiasa memberi nasihat kepadanya agar dia mendapat panduan dan penyelesaian bagi permasalahannya.Walaubagaimanapun,saya juga sentiasa memastikan bahawa saya tidak bertindak terburu-buru dalam memberikannya nasihat, sebaliknya saya memikirkan dan mempertimbangkan dahulu nasihat yang akan diberi.Nasihat yang diberi mestilah bersesuaian dan tidak menyukarkan Aisyah.Justeru, dalam permasalahan ini,saya menasihatinya untuk sentiasa berdoa kepada Allah agar disenangi oleh semua orang dan sentiasa melakukan kebaikan kepada orang yang disayangi. Berdasarkan penceritaan Aisyah ini, saya telah dapat membuat satu rumusan tentang masalah yang dihadapi.Rumusan yang dinyatakan kepadanya adalah ringkas,jelas dan mudah difahami agar Aisyah mengetahui bahawa saya memahami situasi yang dialami.Saya merumuskan bahawa Aisyah sebenarnya sedih kerana menganggap bahawa orang sekelilingnya tidak menyukainya termasuk ibunya sendiri.Justeru,dia selalu melakukan sesuatu kelakuan yang kurang baik di luar kesedarannya.

5.3APLIKASI TEORI Sebagai seorang guru pembimbing bagi murid yang menghadapi permasalahan ini, saya telah mengambil beberapa langkah pendekatan bagi meyelesaikan masalah tersebut.Saya telah menggunakan teori Rational Emotive Behaviour Theraphy (REBT) yang menekankan bahawa manusia perlu mengubah cara berfikir supaya memperbetulkan fikiran yang tidak rasional.Menurut Albert Ellis,manusia adalah unik dan mempunyai kecenderungan sama ada ingin berfikiran secara rasional atau tidak rasional.Pemikiran tidak rasional akan memberi kesan kepada seseorang daripada aspek reaksi emosi yang tidak dapat dikawal. Apabila reaksi seseorang itu tidak rasional, dia akan menganggap bahawa dirinya dan orang sekelilingnya adalah jahat,tidak boleh dipercayai,tidak bertanggungjawab dan sebagainya.Reaksi tersebut wujud melalui tafsiran,penilaian dan falsafah yang terbina dalam keadaan sedar atau tidak.Hal ini menyebabkan orang lain juga mempunyai satu kepercayaan yang tidak rasional kepada individu yang berfikiran tidak rasional.

Gambar Rajah 5.3(i)Gelungan pemikiran tidak rasional

Berdasarkan gambar rajah 5.0 di atas, ia menunjukkan satu gelungan pemikiran tidak rasional bagi masalah yang dihadapi oleh Aisyah.Dia telah menerapkan satu pemikiran yang tidak rasional dalam sistem kepercayaannya iaitu dengan menganggap bahawa semua orang perlu mengambil berat dan menyayanginya. Dia juga sentiasa berada dalam kebimbangan dan menjadi terlalu sensitif kerana menghadapi sesuatu yang menakutkan semasa di rumah.Dia mula membenci dirinya dan kehidupannya kerana tidak mendapat perhatian yang diinginkan.Justeru dia mencuba untuk melakukan sesuatu kelakuan yang tidak menyenangkan untuk mendapat perhatian daripada orang lain dengan cara mencuri.Dia menjadi benci kepada orang sekeliling kerana tidak memberikan perhatian kepadanya dan tidak memahaminya. Aisyah juga merasakan bahawa orang sekelilingnya adalah jahat dan tidak boleh dipercayai.Justeru,dia merasa tidak selamat dan sentiasa bimbang dalam kehidupannya.Hal ini menyebabkan dia sering menangis disebabkan oleh perkara-perkara kecil. Akhirnya, orang sekeliling juga akan membina satu pandangan yang tidak rasional terhadap Aisyah kerana kelakuannya yang tidak baik dan menyusahkan orang ramai. Justeru, guru pembimbing perlu menstrukturkan kembali pemikiran Aisyah menjadi pemikiran yang rasional.Terdapat 3 asas dalam membina kembali tingkah laku Aisyah iaitu Antecedent Event(A),Belief(B), dan Emotional Consequences(C).EFFECT

ACTIVATING EXPERIENCEBELIEF SYSTEM

CONSEQUENCES

PERANAN KAUNSELOR

DISPUTE

Rajah 5.3(ii) Teori A-B-C-D-EBerdasarkan gambar rajah di atas, ia menunjukkan satu teori A-B-C-D-E. Antecedent Event (A) ialah peristiwa yang dialami oleh seseorang individu yang bermasalah.Dalam kes ini, Aisyah berhadapan dengan masalah kurang perhatian daripada ibu bapa dan orang sekeliling.Belief(B) pula ialah satu kepercayaan yang terbina disebabkan peristiwa yang berlaku. Contohnya, Aisyah mula membina satu kepercayaan yang tidak rasional dalam dirinya bahawa tiada orang yang menyayangi dirinya dan menyebabkannya membenci dirinya sendiri.Emotional Consequences(C) pula ialah akibat dan kesan yang berkait dengan peristiwa dan kepercayaan yang terbina.Kepercayaan yang rasional akan menghasilkan tindakan yang baik dan juga sebaliknya.Dalam permasalahan Aisyah ini, dia memberi respon dengan melakukan sesuatu yang tidak baik iaitu mencuri sebagai satu cara dia bertindakbalas disebabkan oleh emosinya yang tidak dapat dikawal.Dia juga kerap menangis dan berasa sedih kerana menganggap dirinya tidak dipedulikan.Justeru, guru pembimbing berperanan dalam membetulkan pemikiran Aisyah.Dalam teori ini, Albert Ellis menambah lagi 2 peringkat iaitu Dispute(D) iaitu melawan kepercayaan yang tidak rasional.Guru pembimbing berperanan dalam memberi nasihat dan membantu Aisyah dalam melawan kepercayaannya yang menganggap bahawa orang sekeliling tidak mempedulikannya dan menganggap hidupnya tidak bermakna.Guru pembimbing perlu menyatakan bahawa orang sekelilingnya termasuk ibu bapanya menyanyanginya dan dia perlu menghargai hidupnya.Effect (E) pula ialah kesan positif yang diperolehi daripada pemikirannya yang kembali rasional.Apabila dia dapat berfikir secara rasional, maka kehidupannya akan menjadi lebih bahagia dan dapat menggalakkannya untuk bergaul dengan orang ramai dengan cara yang betul.

6.0 KESIMPULAN

Berdasarkan tugasan ini, saya dapat membuat kesimpulan bahawa bimbingan dan kaunseling sememangnya penting dalam memastikan perkembangan murid dari aspek rohani,jasmani,intelek,emosi dan sosial.Bimbingan dan kaunseling juga penting dalam melihat pencapaian murid mengikut peringkat.Klien juga akan mendapat idea dan dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan baik apabila terdapat seseorang yang membimbingnya.Klien juga akan lebih bersemangat dalam kehidupan apabila mendapat sokongan dan perhatian daripada guru pembimbing.Klien dapat mengurangkan tekanan dalam hidupnya dengan menceritakan masalahnya kepada klien.Hakikatnya, tugasan dalam membimbing murid ini bukan sahaja terletak pada bahu kaunselor,malah setiap guru juga memainkan peranan yang penting dalam membimbing dan memberi kaunseling kepada murid.Setiap guru menggalas tanggungjawab yang besar dalam memastikan murid-murid dapat belajar tanpa adanya gangguan.Teori Rasional Emotif Behaviour juga menjelaskan bahawa murid yang dapat berfikir secara rasional dapat melahirkan tingkah laku yang baik.Justeru,guru berperanan dalam memastikan murid-murid berfikir dalam keadaan rasional bagi melahirkan murid yang cemerlang dan berkualiti.Walaubagaimanapun, guru pembimbing juga perlu menguasai kemahiran-kemahiran asas dalam membimbing bagi memastikan keberkesanan strategi penyelesaian masalah yang akan digunakan.Pelbagai pendekatan perlu dilakukan bagi melahirkan kepercayaan klien terhadap guru untuk menceritakan masalah dan hal peribadinya.Antara kemahiran yang perlu dikuasai ialah kemahiran mendengar,kemahiran memberi tumpuan,kemahiran menyoal,kemahiran memahami,kemahiran empati, kemahiran menginterpretasi,pendedahan kendiri,pemprafasaan,konfrontasi dan sebagainya.Justeru, sebagai seorang guru pembimbing yang baik, kita wajar untuk mempelajari dan mengaplikasikan pelbagai kemahiran dalam bimbingan dan kaunseling bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh murid.

REFLEKSIBerdasarkan tugasan bimbingan dan kaunseling yang telah dilaksanakan, saya telah memperolehi pelbagai ilmu pengetahuan baru dan sangat bermakna untuk diaplikasikan dalam profesion ini.Melalui tugasan ini,saya telah dapat mengetahui akan kepentingan bimbingan dan kaunseling ini dalam memastikan perkembangan murid secara keseluruhan.Saya juga menyedari bahawa setiap guru perlulah menggalas tanggungjawab dalam membimbing dan memberi kaunseling kepada pelajar.Guru perlu mengambil berat akan pelajar yang bermasalah dan cuba untuk mendekatinya bagi mengetahui dengan lebih lanjut tentang masalah yang dihadapi.Guru juga perlu bertindak dalam membantu mereka menyelesaikan masalah tersebut.Saya juga menyedari bahawa,pembelajaran murid pasti akan terganggu apabila mereka berhadapan dengan masalah.Justeru,guru berperanan dalam mengembalikan semangat murid dan menggalakkan murid untuk sentiasa berfikiran positif.Saya juga menyedari bahawa bimbingan dan kaunseling bukanlah perkara yang mudah.Ia sememangnya memerlukan kesabaran yang tinggi dan kemahiran-kemahiran tertentu.Kemahiran-kemahiran dalam bimbingan dan kaunseling perlu dikuasai terlebih dahulu agar murid dapat menceritakan masalah yang dihadapinya dengan yakin.Justeru, hubungan mesra antara guru dan klien perlu diwujudkan terlebih dahulu sebelum bertanya murid tentang masalah yang dihadapi. Antara kemahiran yang perlu dikuasai ialah kemahiran mendengar,menyoal,mengintepretasi,konfrontasi,pemprafsaan dan sebagainya.Kemahiran tersebut perlu diaplikasikan semasa sesi bimbingan dan kaunseling agar guru dapat memperolehi pelbagai maklumat tentang masalah murid dan dapat menyelesaikan masalahnya dengan baik.Selain itu, guru juga perlu menggunakan pelbagai teori bimbingan dan kaunseling yang bersesuaian dengan masalah murid bagi memastikan keberkesanan dalam membimbing.Dalam tugasan ini,saya telah menggunakan teori tingkah laku emosi rational yang diasaskan oleh Albert Ellis.Teori ini sememangnya dapat membantu saya dalam menyelesaikan permasalahan yang dihadapi oleh Aisyah.Hal ini kerana,Aisyah mempunyai system kepercayaan dalam dirinya bahawa orang sekelilingnya tidak menyukainya.Secara tidak langsung ia memberi kesan kepada kelakuan Aisyah yang suka mencuri,menangis dan benci dengan dirinya.Justeru, sebagai guru pembimbing,saya telah mencuba menstrukturkan kembali pemikirannya agar menjadi lebih rrasional dalam berhadapan dengan masalah dalam kehidupannya.Saya juga menyedari bahawa sistem kepercayaan yang tidak rasional sememangnya memberi kesan kepada kehidupan seseorang secara keseluruhan.Ia akan menyebabkan seseorang benci kepada dirinya dan juga orang di sekelilingnya.Akhir kata,tugasan ini sememangnya memberikan pengalaman yang menarik dan bermakna dalam diri saya.Hal ini kerana, saya dapat mengetahui ilmu tentang bimbingan dan kaunseling dengan lebih jelas.Saya juga dapat mengaplikasikan segala teori yang telah dipelajari serta kemahirannya bagi menyelesaikan masalah murid.

BIBLIOGRAFI

INTERNET1. (n.d.). Retrieved 01 20, 2014, from 1. http://www.cikgukaunseling.com/2013/01/teori-kaunseling-teori-rebt-rational.html 15/1/13.2. (2008, 08 27). Retrieved 01 20, 2014, from http://kaunseling.wordpress.com/2008/08/27/definisi-bimbingan-dan-kaunseling/ .3. (2010, 01 08). Retrieved 01 20, 2014, from http://bimbingandankaunselingipg.blogspot.com/2010/01/matlamat-dalam-bimbingan.htm.4. (2010, 02 10). Retrieved 01 20, 2014, from http://mazitakaunselor.blogspot.com/2010/02/teori-rasional-emotif-behavioral-terapi.html .5. Kemahiran asas kaunseling. (2011, 05 11). Retrieved 01 24, 2014, from http://bnkkk.blogspot.com/2011/05/kemahiran-asas-kauseling.html .6. (2013, 01 15). Retrieved 01 20, 2014, from http://www.cikgukaunseling.com/2013/01/teori-kaunseling-teori-rebt-rational.html .7. Aqilah, H. (2013, 03 18). Retrieved 01 24, 2014, from http://duniapendidikanipg.blogspot.com/kemahiran-asas-kaunseling.html.8. Elly. (n.d.). Retrieved 01 20, 2014, from http://cikgumuzikcun.blogspot.com/2012/08/1.html 29/8/2012.9. Ling, L. S. (n.d.). Retrieved 01 20, 2014, from http://psikologidplimu2012.blogspot.com/2012/08/esei-kaunseling.html .

BUKU1. Ishak, N. A. (2009). Pendekatan "Brief Caunselling". Kedah: Universiti Utara Malaysia.2. Shaharom, P. D. (2003). Psikologi dan kaunseling remaja. Pahang: Percetakan Zafar Sdn.Bhd.3. Meng, E. A. (2012). Bimbingan dan kaunseling kanak-kanak. In E. A. Meng, Bimbingan dan Kaunseling Kanak-kanak (pp. 1-23,50-70,94-112). Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

LAMPIRAN

1