kaunseling, bimbingan dan psikoterapi

21
Kaunseling, Bimbingan dan Psikoterapi Dr Sapora Sipon Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) -PENGENALAN Perbezaan definisi kaunseling yang wujud di antara penulis tidak membataskan matlamat utamanya iaitu membantu individu atau klien untuk menjalani kehidupan yang lebih baik melalui satu perhubungan yang profesional di antara kaunselor dengan klien. Apabila membicarakan mengenai kaunseling, sub-tajuk seperti kaunseling, kaunseling individu, definisi, ciri-cirinya, perbezaan antara perhubungan membantu lain seperti psikoterapi dan bimbingan akan dibincangkan. -DEFINISI KAUNSELING Pelbagai definisi kaunseling wujud. Bagaimanapun, kesemua definisi adalah bermatlamatkan ingin membantu individu menjalani kehidupan yang lebih baik dan berkesan untuknya. Jones (2004) menjelaskan istilah kaunseling mempunyai pelbagai makna. Pertama, ia melibatkan individu yang menerima kaunseling. Dimensi seterusnya ialah sebagai satu perhubungan, intervensi, satu proses

Upload: saporasipon

Post on 06-Jun-2015

15.394 views

Category:

Documents


42 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kaunseling, bimbingan dan Psikoterapi

Kaunseling, Bimbingan dan Psikoterapi

Dr Sapora SiponUniversiti Sains Islam Malaysia (USIM)

-PENGENALAN

Perbezaan definisi kaunseling yang wujud di antara penulis tidak membataskan matlamat utamanya iaitu membantu individu atau klien untuk menjalani kehidupan yang lebih baik melalui satu perhubungan yang profesional di antara kaunselor dengan klien. Apabila membicarakan mengenai kaunseling, sub-tajuk seperti kaunseling, kaunseling individu, definisi, ciri-cirinya, perbezaan antara perhubungan membantu lain seperti psikoterapi dan bimbingan akan dibincangkan.

-DEFINISI KAUNSELING

Pelbagai definisi kaunseling wujud. Bagaimanapun, kesemua definisi adalah bermatlamatkan ingin membantu individu menjalani kehidupan yang lebih baik dan berkesan untuknya.

Jones (2004) menjelaskan istilah kaunseling mempunyai pelbagai makna. Pertama, ia melibatkan individu yang menerima kaunseling. Dimensi seterusnya ialah sebagai satu perhubungan, intervensi, satu proses psikologikal dan mempunyai matlamatnya. Kottler & Brown (2000) mendefinisikan kaunseling sebagai satu profesion yang mempunyai sejarah dan set standad dan berbeza dari disiplin lain seperti kerja sosial, psikologi dan psikatri. Kaunseling juga merupakan satu aktiviti yang dibentuk untuk individu yang berfungsi secara normal dan yang mengalami masalah perkembangan dan penyesuaian. Ia adalah satu perhubungan sama ada dalam bentuk kelompok, keluarga atau individu yang bertujuan untuk meningkatkan kepercayaan, keselamatan dan perubahan. Mengikut mereka lagi, kaunseling bersifat multidimensional dan mengendalikan perasaan dan tingkah laku individu sama ada pada waktu lepas, sekarang dan masa hadapan.

Patterson (1995) mendefinisikan kaunseling sebagai satu proses interaktif melalui satu perhubungan yang unik antara kaunselor

Page 2: Kaunseling, bimbingan dan Psikoterapi

dengan klien yang mengarah kepada perubahan klien dalam aspek tingkah laku, kepercayaan dan kemahiran membuat keputusan. Mereka juga menjelaskan perubahan dalam kaunseling juga melibatkan kebolehan berdaya tindak ke atas situasi semasa untuk memaksimakan peluang dan meminimakan keadaan yang merosakkan. Secara ringkasnya, kaunseling perlu menghasilkan tingkah laku yang bebas dan bertanggungjawab di pihak klien diiringi dengan kebolehan memahami dan mengurus emosi.

Sementara itu, Hansen, Rosenberg & Cramer (1994) mendefinisikan kaunseling sebagai satu proses membantu individu untuk mengenali diri dan persekitarannya, dan cara untuk menggerakkan peranan dan hubungan mereka. George & Christiani (1990) menjelaskan kaunseling merangkumi aktiviti-aktiviti yang beretika yang dilakukan oleh kaunselor dalam usaha membantu klien melibatkan diri dengan jenis-jenis tingkah laku yang akan menghasilkan penyelesaian kepada masalah klien.

American Counseling Association (ACA, 1995) pula mendefinisikan kaunseling sebagai satu aplikasi kesihatan mental berdasarkan prinsip-prinisp psikologikal atau perkembangan manusia melalui kognitif, afektif, tingkah laku dalam bentuk intervensi atau strategi secara sistematik yang berkaitan dengan kesejahteraan, perkembangan peribadi atau perkembangan kerjaya dan juga patologi.

Good (dlm Sapora Sipon dan Wan Anor Wan Sulaiman (2002) mendefinisikan kaunseling sebagai bantuan dalam menyelesaikan masalah peribadi individu yang dilakukan oleh pembantu yang benar-benar berpengetahuan dan berkebolehan sehinggalah seseorang itu boleh membuat keputusannya sendiri dengan baik.

Pepinsky & Pepinsky (1954) telah menyatakan kaunseling adalah satu proses yang membabitkan interaksi antara seorang kaunselor dengan kliennya. Interaksi ini berlaku dalam keadaan sulit dengan tujuan membantu klien mengubah tingkah lakunya sehinggalah resolusi yang diambilnya memuaskan kehendaknya. Beliau juga menekankan agar sesi kaunseling dijalankan dalam suasana tertutup, sulit, tidak dilihat dan tidak didengari oleh orang lain.

Dustin dan George (1977) pula mengatakan kaunseling ialah suatu proses pembelajaran yang disediakan untuk meningkatkan tingkah laku penyesuaian dan mengurangkan tingkah laku salah penyesuaian.

Cottle (1973) mendefinisikan kaunseling sebagai satu proses psikologikal di mana seorang yang profesional membantu seorang klien yang normal untuk meneroka dan memahami tingkah laku supaya pemilihan tingkah laku di masa akan datang boleh dilakukan terutama sekali dari aspek pendidikan dan vokasional. Pemilihan ini adalah berdasarkan persepsi diri klien termasuk matlamat dan nilai. Matlamat dan nilai ini akan mempengaruhi bagaimana individu bertingkah laku ke atas diri dan persekitaran.

Page 3: Kaunseling, bimbingan dan Psikoterapi

Patterson & Welfel (1994) berpendapat kaunseling adalah satu proses interaktif yang bercirikan satu perhubungan yang unik di antara kaunselor dengan klien yang menyumbang kepada perubahan dalam diri klien seperti tingkah laku, mempercayai, keupayaan untuk berdaya tindak. Oleh itu, kaunseling perlu menghasilkan tingkah laku klien yang bebas dan bertanggungjawab diikuti dengan kebolehan memahami dan mengurus emosi yang negatif.

Burks dan Stefflre (1979) pula merujuk kaunseling sebagai satu perhubungan profesional antara seorang kaunselor terlatih dengan klien. Perhubungan ini biasanya bersifat bersemuka person-to-person, walaupun kadang-kadangkala ia melibatkan lebih daripada dua orang. Perhubungan ini dibentuk untuk membantu klien memahami dan dapat menyatakan pandangan mereka tentang ruang hidupnya, dan mempelajari bagaimana mencapai matlamat pilihan kendiri melalui pilihan yang bermakna dan bermaklumat setelah menyelesaikan masalah yang bersifat emosional dan interpersonal.

Arbuckle (1975) mentafsirkan kaunseling individu sebagai proses menolong individu melihat siapa dirinya yang sebenar, apa yang dimiliki dan apa pula yang tidak dimiliki serta apa yang boleh dan yang tidak boleh dicapainya.

Patterson (1973) menjelaskan beberapa ciri yang bukan dianggap sebagai kaunseling;

1. kaunseling bukanlah memberi maklumat walaupun maklumat boleh diperolehi

2. kaunseling bukanlah memberi nasihat3. kaunseling bukanlah mempengaruhi sikap, kepercayaan dan

tingkah laku melalui usaha memujuk dan mengancam4. kaunseling bukanlah menemuduga walaupun proses temuduga

berlaku.Penulis tempatan seperti Mizan Adilliah Ahmad Ibrahim dan

Halimatun Halaliah Mokhtar (1995) merumuskan, kaunseling itu sebagai proses pertolongan yang profesional yang bertujuan membantu individu memahami dirinya dan alam sekelilingnya. Tan Chee Yee (1987) pula menyatakan kaunseling merupakan satu proses bersemuka face to face contact di antara kaunselor dan klien. Tujuan pertemuan itu ialah untuk mencari alternatif yang paling sesuai untuk klien membuat keputusan menyelesaikan masalah dirinya di samping mengetahui buruk baik dan halangan yang akan dihadapi oleh klien atas keputusannya itu.

Page 4: Kaunseling, bimbingan dan Psikoterapi

Zainal Abidin Ahmad (2002) menjelaskan kaunseling sebagai satu perbincangan antara seorang kaunselor yang terlatih dengan seorang individu atau kelompok kecil yang mengalami kekeliruan dan memerlukan bantuan, bersama-sama memikirkan dan meneliti beberapa alternatif untuk mengatasi sesuatu kecelaruan dan seterusnya melaksanakan alternatif yang dipilih.

-DEFINISI KAUNSELING INDIVIDU

Gibson dan Mitchell (2003) mendefinisikan kaunseling individu sebagai satu perhubungan satu dengan satu iaitu antara kaunselor terlatih dan berfokus kepada beberapa aspek penyesuaian klien, perkembangan dan keperluan membuat keputusan. Prosess ini melibatkan satu perhubungan dan ciri komunikasi di mana klien boleh membentuk pemahaman menerokai kemungkinan-kemungkinan dan memulakan perubahan. Kecekapan kaunselor memungkinan perubahan positif berlaku. Kemahiran kaunselor dan pengetahuan menyediakan satu rangka kerja dan arah yang memaksimakan potensi klien ke arah hasil yang positif.

Rogers (dlm Capuzzi dan Gross, 1991) pula mendapati terdapat beberapa asas kepada pembentukan hubungan antara seorang klien dengan kaunselor dalam kaunseling individu iaitu terdapat dua orang yang mengalami hubungan psikologikal. Pihak pertama ialah klien yang berada dalam keadaan tidak tenteram, risau yang menghadapi sesuatu gangguan atau kesukaran psikologikal.

Pihak kedua ialah kaunselor yang tenang dalam hubungan itu. Kaunselor mengalami pengalaman empati dan faham-memahami terhadap situasi klien dan berbincang mengenai pengalaman dengan klien. Komunikasi yang dilakukan oleh kaunselor dengan klien melalui sifat empati, faham-memahami dan penerimaan positif tanpa syarat sekurang-kurangnya telah mencapai sesuatu keberkesanan kaunseling.

Zuraidah Abdul Rahman (dlm Sapora Sipon dan Wan Anor Wan Sulaiman, 2002) mentakrifkan kaunseling individu sebagai satu perhubungan yang bersemuka di mana seorang klien mendapatkan bantuan daripada seorang kaunselor. Perhubungan tersebut disifatkan oleh ciri-ciri seperti penerimaan klien secara tulen, saling hormat menghormati dan penekanan terhadap keperluan-keperluan serta perasaan klien. Manakala itu, Shertzer dan Stone (1986) menegaskan kaunseling individu sebagai proses interaksi yang memudahkan pemahaman bermakna mengenai diri dan alam sekitarnya lalu menyebabkan penentuan matlamat-matlamat dan nilai-nilai tingkah laku masa hadapan klien.

Kamaruzaman Jamal (dlm Abdul Halim Othman, 1999) mendefinisikan kaunseling individu sebagai perhubungan antara

Page 5: Kaunseling, bimbingan dan Psikoterapi

seorang yang lain dalam mana ia menolong yang lain itu menyelesaikan satu konflik, atau pertentangan yang belum diselesaikan. Sementara itu, Muhd Mansur Abdullah (1993) mendapati kaunseling individu merupakan suatu pemusatan hal peribadi, hubungan bersemuka antara dua manusia apabila seorang kaunselor dengan kemampuan yang ada padanya menyediakan satu situasi pembelajaran yang membolehkan kliennya mengenali dirinya, membuat perubahan, menukar sikap, membuat keputusan dan pemilihan bagi memenuhi keperluan diri mereka sendiri.

Secara rumusannya, kaunseling individu merupakan satu pertemuan seorang kaunselor dengan seorang klien untuk mengadakan satu proses perhubungan atau interaksi profesional dan memusatkan tumpuan kepada aspek-aspek penyesuaian dan perkembangan diri klien dan diikuti dengan pembuat keputusan terbaik dari alternatif-alternatif yang diperlukan. Kaunseling individu mewujudkan interaksi dan komunikasi di mana klien akan berpeluang membina kesedaran dan pemahaman melalui penerokaan kendiri serta penjelasan ke atas beberapa matlamat dan alternatif penyelesaian. Tujuan akhir kaunseling individu diberikan ialah mengharapkan klien dapat memenuhi keperluan diri dan persekitarannya dan pada masa yang sama melalui perubahan yang dilakukan.

CIRI-CIRI KAUNSELING INDIVIDU

Bagi memahami bidang kaunseling secara keseluruhan, pengetahuan tentang ciri-ciri kaunseling individu itu sendiri haruslah difahami.

(a) Kaunselor sebaiknya menghormati kejujuran klien yang datang meminta pertolongan. Klien berjumpa dengan kaunselor untuk menceritakan persoalan bukanlah perkara yang mudah dan dianggap remeh. Kemungkinan sebelum itu, klien berkonflik dengan dirinya untuk membuat keputusan untuk meminta bantuan atau sebaliknya.

(b) Menjadi tugas kaunselor untuk memberi kefahaman kepada klien tentang matlamat serta limitasi kaunseling supaya tidak timbul salah tanggapan atau persepsi yang meleset.

(c)Kaunselor harus menyedari keupayaan dan tanggungjawabnya dengan mengundurkan diri jika tidak berupaya menangani keperluan klien dengan mencadangkan perkhidmatan profesional lain yang lebih dominan dan signifikan dengan konflik yang dialami oleh klien.

Page 6: Kaunseling, bimbingan dan Psikoterapi

(d) Kaunselor harus sentiasa menyedari limitasi dan menghormati etika untuk menyakinkan klien bahawa segala maklumat yang diberikan adalah dirahsiakan di samping klien bebas memberi maklumat serta memilih alternatif yang difikirkan dapat membantu kaunselor untuk membantunya.

(e) Jika didapati keadaan klien mengancam kebajikan atau keselamatan diri dan orang lain, maka adalah menjadi tanggungjawab kaunselor melaporkan kepada pihak tertentu atau dirujuk kepada pihak pihak yang berkaitan dengan mencadangkan perkhidmatan lain dan profesional lain yang lebih berpengalaman.

(f) Kaunselor perlu menyakinkan klien bahawa segala maklumat yang diberikan adalah rahsia. Bagaimanapun, jika didapati keadaan klien mengancam kebajikan atau kesihatan diri sendiri atau orang lain, maka adalah menjadi tanggungjawab kaunselor melaporkan hal itu kepada pihak-pihak yang tertentu atau dirujuk kepada perkhidmatan yang sesuai.

(g) Sebagai seorang yang profesional, kaunselor berhak meminta pandangan dan nasihat daripada professional lain dengan tujuan menjelajah beberapa kemungkinan memberi pertolongan yang berkesan kepada kliennya.

Stewart et al (1978) mengatakan terdapat beberapa elemen yang perlu diberi perhatian dalam kaunseling individu. Elemen-elemen tersebut adalah seperti berikut;

(a) Kerahsiaan

Dialog perbincangan dalam kaunseling tidak boleh melampaui batas. Bilik kaunseling hendaklah jauh daripada gangguan kebisingan dan gangguan orang lain seperti bunyi telefon dan gangguan suara bising. Ini bertujuan untuk melindungi rahsia klien kerana perbincangan antara kaunselor dengan klien adalah sulit.

(b) Wujud status yang sama antara kaunselor dengan klien.

Kaunselor hendaklah peka kepada perkara yang mungkin mencetus persepsi perbezaan status antara kaunselor dengan klien. Contohnya, duduk di kerusi yang lebih tinggi daripada klien atau duduk di belakang meja yang besar.

Page 7: Kaunseling, bimbingan dan Psikoterapi

(c) Kaunseling yang dilakukan tidak terburu-buru

Seringkali dalam kaunseling, dalam masa setengah jam yang pertama, kaunselor tidak akan dapat menangkap apa persoalan sebenar yang diceritakan oleh klien. Oleh itu, kaunselor hendaklah sabar untuk memberi masa kepada klien menyesuaikan diri dan masuk kepada perbincangan sebenar tanpa tergesa-gesa.

(d) Bilik kaunseling yang bersesuaian

Kaunseling dilakukan dalam bilik yang bersesuaian. Bilik kaunseling seboleh-bolehnya tidak digunakan untuk tujuan lain. Ini penting untuk menyakinkan klien tentang kaunseling yang diberikan dan imej profesion kaunseling itu.

(e) Suasana perbincangan adalah menenangkan

Perbincangan antara kaunselor dengan klien sentiasa berlaku dalam keadaan yang menenangkan. Perbincangan yang boleh menimbulkan perasaan segan klien perlulah dielakkan berlaku. Kaunselor juga hendaklah merancang dan mengawal masa kaunseling.

American Counseling Association (dlm Smith, 2001) menjelaskan ciri-ciri kaunseling individu sebagai;

Kaunseling berkaitan dengan kesejahteraan, perkembangan peribadi, kerjaya dan persoalan patologikal

Kaunseling dilaksanakan oleh individu yang boleh berfungsi dengan baik dan juga mereka yang mempunyai masalah yang lebih serius

Kaunseling adalah berdasarkan teori

Kaunseling adalah satu proses yang bersifat perkembangan atau intervensi.

DEFINISI BIMBINGAN

Bimbingan adalah satu proses membantu individu untuk membuat keputusan yang akan memberi kesan kepada kehidupan

Page 8: Kaunseling, bimbingan dan Psikoterapi

mereka. Contohnya ialah seperti memilih gaya hidup yang diingini. Gladding (2003) menjelaskaan perbezaan ketara antara bimbingan dan kaunseling ialah bimbingan berfokus kepada membantu individu memilih apa yang paling mereka inginkan dan hargai. Sementara itu, kaunseling perlu berfokus kepada membantu klien untuk berubah. Kebanyakan tugas-tugas bimbingan di peringkat awal berlaku di sekolah dan juga pusat kerjaya di mana seorang yang lebih dewasa dan matang.

DEFINISI PSIKOTERAPI

Secara tradisinya, psikoterapi (atau terapi) berfokus kepada masalah serius yang dikaitkan dengan intrapsikik, isu yang bersifat dalaman dan peribadi. Ia banyak menangani “recovery of adequancy” (Casey, 1996). Oleh itu, psikoterapi terutama sekali terapi yang bersifat analitikal menekankan bahawa i.peristiwa lepas lebih daripada peristiwa sekarang, b celik akal lebih daripada perubahan c,peranan ahli terapi sebagai pakar. Tambahan pula, psikoterapi dilihat sebagai melibatkan satu perhubungan yang lebih lama iaitu sebanyak (20-40 sesi) atau selama enam bulan hingga dua tahun. Psikoterapi juga berfokus kepada perubahan yang rekonstruktif jika dibandingkan dengan perhubungan yang lebih bersifat jangka masa pendek (8 hingga 12 sesi) dan jangka masa kurang daripada 6 bulan.

Psikoterapi juga dilihat sebagai perkhidmatan yang lebih bersifat inpatient. Bagaimanapun, dewasa ini, perbezaan di antara psikoterapi dan kaunseling agak sukar ditentukan. Terdapat teori kaunseling yang dirujuk sebagai ahli terapi dan boleh digunakan dalam seting kaunseling dan terapi.

PERBEZAAN ANTARA BIMBINGAN, KAUNSELING DAN PSIKOTERAPI.

Brown dan Pate (1983) menjelaskan agak sukar untuk membezakan antara psikoterapi dengan kaunseling. Terdapat banyak persamaan di antara kedua-duanya. Kedua-dua kaunseling dan psikoterapi adalah proses memberi bantuan yang bertujuan untuk kebajikan. Kedua-duanya banyak menggunakan teknik dan kaedah yang sama dan pendekatan utama. Psikoterapi telah diubahsuai ke dalam tugas-tugas kaunselor.

Bagaimanapun, terdapat perbezaan yang ketara di antara psikoterapi dan kaunseling. Brown dan Pate (1983) menjelaskan antara perkara yang membezakan antara kaunseling dan psikoterapi ialah matlamat dan kaedah. Dari segi objektif, kaunseling bertujuan untuk mempertingkatkan kebajikan individu dan juga perkembangan psikologikal. Individu dilihat sebagai menjelaskan proses

Page 9: Kaunseling, bimbingan dan Psikoterapi

perkembangan dan perubahan dan berhadapan dengan peringkat dan dugaan dalam kehidupan.

Kaunseling membantu individu untuk melalui proses perkembangan dengan berjaya dan menemui kebahagian. Kaunseling adalah satu proses yang bersifat fasilitatif dan promotional bertujuan menyuburkan kebolehan individu dan menggalakkan individu untuk bersifat tidak bergantung dan mermpunyai arah dalam kehidupan. Kaunseling adalah lebih bersifat orientasi pertumbuhan lebih dari orientasi masalah.

Sementara itu, tujuan psikoterapi lebih bersifat khusus daripada objektif umum. Psikoterapi wujud kerana amelioration psikopatologi. Ianya berorientasikan masalah dan klien menghadapi kesukaran masalah dan klien menghadapi kesukaran yang lari dari perkembangan psikologikal yang biasa. Masalah yang dihadapi adalah bersifat debilitaing dan menghalang kejayaan kehidupan. Psikoterapi memerlukan lebih daripada sumber-sumber individu untuk menyelesaikan kecelaruan neurotik.

Tyler (1961) menjelaskan psikoterapi sebagai memberi fokus kepada perubahan personaliti sementara kaunseling memberi fokus membantu individu untuk menggunakan kekuatan yang ada untuk berdaya tindak menjadikan kehidupan lebih baik.

Corsini (1995) berpendapat bahawa perbezaan antara kaunseling dan psikoterapi ialah terdapat persamaan secara kualitatif tetapi berbeza secara kuantitatif. Ahli terapi lebih banyak mendengar, kurang memberi nasihat dan penerangan. Seterusnya ahli terapi berhadapan dengan klien yang menghadapi masalah yang lebih berat dari klien dalam kaunseling.

BPS Division of Clinical Psychology (1979) menjelaskan kedua-dua kaunseling dan psikoterapi menggunakan kerangka teoritikal yang sama dan menekankan keperluan memberi penekanan kepada klien sebagai individu. Kedua-duanya mendengar secara sistematik dan mendengar apa yang dikomunikasikan. Ia juga membentuk keupayaan membantu diri dan bertanggungjawab.

Ramai ahli psikologi seperti Truax dan Carkhuff (1967) dan Corey (1991) menggunakan istilah kaunseling dan psikoterapi secara silih berganti.

PERBEZAAN DI ANTARA KAUNSELING INDIVIDU DENGAN KAUNSELING KELOMPOK.

Kedua-dua jenis kaunseling individu dan kelompok mempunyai matlamat yang sama tetapi cara penggendalian yang berbeza. Di antaranya ialah seperti berikut;

(a).Dalam kaunseling individu , proses terapuitik terhad antara kaunselor dan klien sahaja manakala dalam kaunseling

Page 10: Kaunseling, bimbingan dan Psikoterapi

kelompok ia melibatkan lebih daripada seorang individu atau kelompok tertentu.

(b).Peserta-peserta dalam kaunseling kelompok berpeluang memberi dan menerima pertolongan di antara satu sama lain sementara dalam kaunseling individu pertolongan diberikan oleh kaunselor sahaja.

(c).Dalam kaunseling kelompok kaunselor boleh bertindak sebagai pemimpin dan boleh diambil alih oleh ahli-ahli kelompok manakala dalam kaunseling individu fungsi kaunselor tidak berubah.

(d).Suasana selesa dan mempercayai mudah dibentuk dalam kaunseling individu, namun dalam kaunseling kelompok agak sukar kerana ahlinya terlalu ramai dan berbagai ragam.

(e).Dalam kaunseling individu klien mendapat respons daripada kaunselor, tetapi bagi kaunseling kelompok peserta mendapat perhatian daripada ahli-ahli dan juga daripada kaunselor.

(f).Peserta-peserta dalam kaunseling kelompok mudah berasa terancam dan kurang selamat manakala dalam kaunseling individu kaunselor hanya memberi tumpuan kepada seorang individu sahaja ini akan memberikan perasaan selamat kepadanya.

(g).Dalam kaunseling kelompok perkongsian pengalaman berlaku di antara ahli-ahli dan kaunselor manakala dalam kaunseling individu pengalaman dikongsi di antara kaunselor dengan seorang klien sahaja.Secara keseluruhannya, terdapat perbezaan yang jelas antara

kaunseling individu dengan kaunseling kelompok. Hubungan terapuitik dalam kaunseling individu terhad kepada kaunselor dengan seorang klien sahaja manakala hubungan terapuitik berlaku antara kaunselor dengan beberapa orang individu dalam kaunseling kelompok.

Dalam kaunseling individu, proses pertolongan hanya diterima daripada kaunselor sahaja. Dalam kaunseling kelompok, proses pertolongan boleh datang daripada kaunselor serta ahli-ahli lain. Ahli-ahli kelompok akan memberi dan menerima pertolongan antara satu sama lain. Dalam kaunseling individu, fungsi kaunselor adalah tetap, iaitu membantu klien memahami diri dan menyelesai masalah. Dalam kaunseling kelompok, fungsi kaunselor boleh berubah dari ketua kelompok kepada ahli.

Page 11: Kaunseling, bimbingan dan Psikoterapi

Suasana yang tenang, mesra dan rasa kepercayaan lebih mudah terbentuk dalam kaunseling individu kerana hanya terdapat seorang klien dengan seorang kaunselor. Sebaliknya, dalam kaunseling kelompok, suasana tenang, mesra dan kepercayaan sukar dibentuk kerana ramai ahli yang terlibat. Dalam kaunseling individu, respons hanya terdapat daripada kaunselor dan tumpuan perhatian kaunselor diberi sepenuhnya kepada seorang klien sahaja. Oleh itu, perasaan selamat juga lebih mudah terbina. Sementara itu, dalam kaunseling kelompok, terdapat respons daripada kaunselor dan ahli-ahli lain dan ini menyebabkan perhatian dan layanan kaunselor juga terbahagi kepada ahli-ahli yang ramai tersebut. Keadaan ini membuatkan peserta lebih mudah merasa terancam dan kurang selamat kerana mereka terpaksa berkongsi dengan ramai orang. Tumpuan kaunselor tidak dapat diberikan sepenuhnya kepada setiap ahli.

Dalam kaunseling individu, klien kurang berpeluang untuk mempelajari kemahiran perhubungan jika dibandingkan dengan ahli-ahli dalam kaunseling kelompok. Klien dalam kaunseling individu kurang berpeluang mempelajari cara memerhati dan memahami tingkahlaku orang lain memandangkan terdapat hanya dua orang sahaja dalam perhubungan kaunseling individu.

Dalam kaunseling kelompok, ahli-ahlinya lebih berpeluang mempelajari kemahiran-kemahiran asas seperti bagaimana memberi perhatian, berempati, meneroka, mendengar secara aktif dan meminta penjelasan. Ahli-ahli dalam kaunseling kelompok juga dapat mempelajari perhubungan antara individu dan membantu mereka bersosialisasi. Ahli-ahli juga dapat mempelajari cara memerhati dan memahami tingkah laku individu-individu lain.

RUMUSAN

Kaunseling individu merupakan satu proses bersemuka antara seorang kaunselor dengan klien dalam suasana yang kondusif dan fasilitatif dengan tujuan untuk mengubah tingkah laku klien. Kaunseling individu mempunyai ciri-ciri tertentu seperti kaunselor perlu menghormati keikhlasan klien, klien memberi kefahaman mengenai matlamat dan limitasi kaunseling dan juga syarat kaunseling. Selain daripada itu, kaunselor perlu menyedari keupayaan dan tanggungjawabnya serta mengundur diri sekiranya beliau mendapati beliau tidak berupaya menangani persoalan klien. Kaunseling individu juga terdiri daripada pelbagai jenis. Antaranya ialah kaunseling akademik, kaunseling kerjaya dan kaunseling peribadi.

Dalam melaksanakan kaunseling, kaunselor perlu mewujudkan suasana kaunseling yang teraputik dan kondusif. Antara faktor-faktor yang dapat mewujudkan situasi perhubungan fasilitatif, kaunselor perlu mengurangkan kewujudan tekanan dalam proses kaunseling, meningkatkan keupayaan dalam penerimaan keesahan permasalahan klien, membantu memperjelaskan maksud kepada klien, meningkatkan pengetahuan kesahan perasaan, mempunyai sifat toleransi dalam konflik serta mempunyai penerimaan terhadap klien.

Page 12: Kaunseling, bimbingan dan Psikoterapi

RUJUKAN

Abdul Halim Othman (1999). Kaunseling untuk kesejahteraan Insan. Satu pengalaman di Malaysia. Kota Kinabalu:Universiti Malaysia Sabah

American Counselling Association (1995). Code of Ethics and standards for practice. Alexandria,VA: Author.

Arbuckle, D.S (1975). Counseling and Psychotherapy . Boston: Allyn and Bacon.

BPS Division of Clinical Psychology (1979). Report of the writing Party on the psychological therapists. Leicester. British Psychological Societies.

Brown, J.A.& Pate,R.H. (1983). Being a counselor: Directions and challenges. Brooks/Cole Pub.Co (Monterey. Calif).

Burks, H.M., & Stefflre, B. (1979). Theories of counseling (3rd ed). New York: McGraw Hill.

Capuzzi, D., & Gross, D.R. (1991). Introduction to the counselling profession (2nd

ed). Needham Heights: Allyn & Bacon.

Casey, J.M. (1996). Gail. F. Farwell. A developmentalist who lives his ideas. The school counselor, 43, 134-180.

Corey.C. (1991). Theory and Practice of Counseling and psychotherapy (4 th edn). Pacific Grove:CA Brooks/Cole.

Corsini,R.J. (1995). Introduction. In R.J Corsini and D.Wessing (eds). Current Psychotherapies (5th edn). Itasca:Peacock.pp 1-14

Dustin, R. & George, R. (1977). Action Counselling For Behaviour Change (2nd ed). Granton. Caroll Press.

Capuzzi,D. & Gross,D.R (1995). Counselling and psychotherapy. Englewood Cliffs.

Cottle (1973). Beginning Counseling Practicum. Grune & Straton: New York.

George, R.I & Christiani,T.S (1981). Theory, methods and process of psychotherapies. New Jersey: Prentice Hall.

Gibson, R.L. & Mitchell, M.H.(2003). Introduction to counseling and guidance. Upper Saddle River. New Jersey.

Page 13: Kaunseling, bimbingan dan Psikoterapi

Gladding, S.T (2004). Counseling: A comprehensive profession. Prentice Hall. Upper Saddle River.

Hansen, J.C., Rossenberg, R.H., & Cramer, S.H (1994). Counseling: Theory and process (5th ed). Boston: Allyn & Bacon.

Patterson, C.H. (1973). Theories of counseling and psychotheraphy. New York: Harper & Row.

Patterson,L.E. & Welfel, E.R. ( 1994). The counseling process (4th ed). Brooks/Cole Publishing Company. Pacific Grove. California.

Pepinsky, H.B., & Pepinsky, P. (1954). Counselling, theory and practice. New York: Ronald Press.

Mizan Adilliah Ahmad Ibrahim dan Halimatun Halaliah Mokhtar (1995). Kaunseling individu, apa dan bagaimana. Shah Alam.

Mohd Mansur Abdullah (1993). Proses kaunseling. Kuala Lumpur: DBP.

Sapora Sipon dan Wan Anor Wan Sulaiman (2002). Pengantar Kaunseling. Prentice Hall: Petaling Jaya.

Shetrzer,B., & Stone,S.C. (1986). Fundamentals of counseling. Boston. Houghton Mifflin.

Smith,H (2001). Professional identity for counselors. In D.C. Locke, J.E. Myers, & E.L. Hers (Eds). The handbook of counseling (pp 569-579). Thousand Oaks: CA: Sage.

Stewart, N.R., Winborn,B.B., Burks, H.M., Johnson,R.R., & Englekes, J.R. (1978). Systematic Counseling. Prentice Hall. Inc. Englewood Cliffs, New Jersey.

Tan Chee Yee (1987). Bimbingan dan Kaunseling Di Sekolah Rendah dan Menengah. Kuala Lumpur. Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

Truax,C.B & Carkhuff,R.R. (1967). Toward effective Counseling and Psychotherapy. Chicago,IL:Aldine.

Tyler,L. (1961). The work of the counselor (2nd edn). New York:Appleton.Century Crofts.

Zainal Abdin Ahmad & Wan Abdul Kader Wan Ahmad (2004). Modul Bimbingan dan Kaunseling. University Terbuka Malaysia

Page 14: Kaunseling, bimbingan dan Psikoterapi