9 bimbingan dan kaunseling

27
PENGENALAN Negara kita Malaysia merupakan sebuah negara yang pesat membangun dari segi ekonomi,sosial,budaya,pendidikan,sains dan teknologi dan pembangunan. Pembangunan pesat ini adakalanya membawa kesan baik dan buruk kepada masyarakat. Pelajar sekolah juga tidak tertinggal daripada masalah sosial. Sejak kebelakangan ini terpapar dalam berita dan suratkhabar mengenai masalah dadah di kalangan anak-anak muda,gangsterisme dan masalah disiplin di sekolah- sekolah. Pendidik juga menghadapi pelajar yang bermasalah keluarga dan pembelajarannya terganggu. Pelajar yang perlu membuat pengkhususan tetapi tidak tahu arah tuju dan pelajar yang stress. Pelajar-pelajar yang menghadapi masalah yang tersebut di atas memerlukan pertolongan kaunselor untuk membantu mereka mencari jalan penyelesaiannya. Maka tugas pendidik bukan sahaja mengajar tetapi mereka juga mempunyai kemahiran kaunseling untuk membantu pelajar-pelajar bermasalah iaitu klien. Dalam keadaan ini kaunselor memainkan peranan yang penting dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pelajar. Oleh itu Kementerian Pelajaran telah mewujudkan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah.

Upload: herney-aqilah-kay

Post on 19-Jun-2015

20.860 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

PENGENALAN

Negara kita Malaysia merupakan sebuah negara yang pesat membangun dari segi

ekonomi,sosial,budaya,pendidikan,sains dan teknologi dan pembangunan. Pembangunan

pesat ini adakalanya membawa kesan baik dan buruk kepada masyarakat. Pelajar sekolah

juga tidak tertinggal daripada masalah sosial.

Sejak kebelakangan ini terpapar dalam berita dan suratkhabar mengenai masalah

dadah di kalangan anak-anak muda,gangsterisme dan masalah disiplin di sekolah-

sekolah. Pendidik juga menghadapi pelajar yang bermasalah keluarga dan

pembelajarannya terganggu. Pelajar yang perlu membuat pengkhususan tetapi tidak tahu

arah tuju dan pelajar yang stress.

Pelajar-pelajar yang menghadapi masalah yang tersebut di atas memerlukan

pertolongan kaunselor untuk membantu mereka mencari jalan penyelesaiannya. Maka

tugas pendidik bukan sahaja mengajar tetapi mereka juga mempunyai kemahiran

kaunseling untuk membantu pelajar-pelajar bermasalah iaitu klien.

Dalam keadaan ini kaunselor memainkan peranan yang penting dalam

menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pelajar. Oleh itu Kementerian Pelajaran telah

mewujudkan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah.

DEFINISI KAUNSELING

Kaunseling mempunyai pelbagai erti mengikut pendekatan yang

mempraktikkannya. Antara definisi yang diutarakan terdapat banyak persamaan

misalnya, satu definisi menyatakan bahawa kaunseling bertujuan membantu seseorang

belajar membuat sesuatu pilihan dan laksanakan pilihan yang telah dibuat.

Krumboltz (1965),seorang pakar kaunseling mengatakan,kaunseling ialah apa

sahaja aktiviti yang beretika yang dilakukan oleh kaunselor dalam usaha untuk

membantu klien menunjukkan tingkah laku yang mendorong kepada penyelesaian

masalah klien.

Zainal Abidin ( 2002 ) kaunseling adalah satu perbincangan antara seorang

kaunselor yang terlatih dengan seorang individu atau kelompok kecil yang mengalami

kekeliruan dan memerlukan bantuan , bersama-sama memikirkan dan meneliti beberapa

alternatif untuk mengatasi sesuatu kecelaruan dan seterusnya melaksanakan alternative

yang dipilih.

SOALAN 1

Perkhidmatan Bimbingan dan kaunseling adalahsatu perkhidmatan yang penting

di sekolah-sekolah dan di institusi-institusi Pengajian Tinggi. Perkhidmatn Bimbingan

dan kaunseling ini amat penting dari segi memberi tunjuk ajar dan nasihat kepada pelajar-

pelajar yang bermasalah.

Kami telah memilih Sekolah Menengah Kebangsaan Slim,Slim River untuk

menjalankan tinjauan kami tentang Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling yang

dijalankan di sekolah tersebut. Sekolah ini terletak di Bandar Slim River di Perak.

Sekolah ini juga telah di pilih sebagai “JUARA” dalam program ‘Benchmark’

Pengurusan perkhidmatan Bimbingan dan kaunseling Sekolah-Sekolah Menengah Negeri

Perak Tahun 2007 – 2008.

Seramai 866 orang pelajar belajar di sekolah ini. Pelajar-pelajar dari sekolah ini

terdiri daripada murid-murid Melayu,India,Cina dan Asli. Seramai 66 orang guru sedang

berkhidmat di sekolah ini dan diketuai oleh Tn Haji Abd Rahman Bin Haji Harun PPT

selaku guru besar sekolah ini. Sekolah ini menyediakan Perkhidmatan Bimbingan dan

Kaunseling dan mempunyai dua orang guru yang bertauliah yang menguruskan seisi

bimbingan dan kaunseling. Kedua-dua guru ini berkelulusan ijazah dalam bidang

bimbingan dan kaunseling.

Pn Nor Azian Binti Mohd Bukhari yang bertanggungjawab untuk sesi pagi dan

En Mahendran a/l Balaguru bertanggungjawab untuk sesi petang. Dari tinjauan ,kami

mendapati bahawa kedua-dua guru kaunselor menggunakan buku panduan

perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dengan sepenuhnya. Aktiviti-aktiviti yang

dirancang oleh kedua-dua kaunselor juga memenuhi keperluan perkhidmatan yang telah

digariskan oleh Kementerian Pelajaran.

Objektif utama perkhidmatan Bimbingan dan

Kaunseling di sekolah ini ialah:

• Memberi perkhidmatan bersifat membaikan dan memulihkan atau

mengorientasikan pelajar yang menghadapi masalah

peribadi,pelajaran,kerjaya dan sosial agar mampu menghadapi atau

mengatasi masalah-masalahnya .

• Memberi perkhidmatan kaunseling kepada pelajar yang memerlukan

• Memberi perkhidmatan penyuburan dan penghayatan yang meliputi semua

aspek perkembangan pelajar dengan menyediakan

peluang,kemudahan dan pengalaman yang selaras dengan kemampuan dan

potensi pelajar

• Memberi perkhidmatan pencegahan iaitu mengelakkan pelajar daripada

terlibat dalam perbuatan salah laku,tidak berdisiplin dan lain-lain.

Tugas Ketua Bimbingan dan Kaunseling

1. Inventori Individu Dan Rekod

a. Mengendalikan fail bimbingan untuk setiap orang pelajar

b. Bertanggung jawab mengumpul dan merekodkan butiran-butiran berkait dengan

penilaian dan pentafsiran minat pelajar.

c. Mengawas perangkaan dan corak kehadiran pelajar yang dirujuk untuk tujuan

kaunseling.

d. Menyelaras, menjaga dan mengemaskini rekod pelajar.

e. Memberi maklumat objektif mengenai pencapaian, kemajuan dan prestasi

pembelajaran pelajar bermasalah untuk tujuan pemulihan.

f. Menjalankan dan memberi pentafsiran atau kaji selidik yang difikirkan perlu atau

berguna untuk membantu perkembangan diri pelajar.

2. Perkhidmatan Pengumpulan dan Memberi Maklumat.

a.Mengumpul, menyedia dan menyebar maklumat kerjaya, vokasional, latihan dan

pelajaran kepada pelajar, misalnya, melalui risalah-risalah, buku-buku kecil, poster,

hari kerjaya, pameran kerjaya dan buletin sekolah

b.Menambah dan mengemaskinikan fail-fail maklumat kerjaya, peluang latihan,

pelajaran, sosial dan peribadi.

c.Memberi maklumat dan penerangan tentang pentingnya mengisi borang

permohonan dengan tepat.

d.Mengelola lawatan terancang kerjaya atau pelajaran ke kilang perusahaan atau

tempat pekerjaan lain.

e.Memberi maklumat mengenai kerjaya dan lain-lain pertolongan yang diperlukan

oleh guru-guru dan anggota masyarakat.

f.Menyebar maklumat mengenai pendidikan pencegahan dadah, AIDS, bahaya

merokok dan inhalen.

3. Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Kelompok

a.Mengadakan bimbingan dan kaunseling kelompok atau bimbingan dan kaunseling

tunjuk ajar mengenai sesuatu topik yang sesuai dengan sesuatu kelompok tertentu,

misalnya masalah disiplin, masalah peribadi, masalah sosial dan lain-lain topik seperti

yang dicadangkan oleh pelajar-pelajar dari semasa ke semasa.

b.Membantu pelajar memilih mata pelajaran elektif untuk peperiksaan, SPM, SPMV

dan STPM.

c.Menubuh dan melatih pasukan Pembimbing Rakan Sebaya dan menyelia aktiviti

mereka.

4. Perkhidmatan Kaunseling

Kaunseling dengan pelajar secara individu atau kelompok mengenai:

o Pencapaian akademik yang tidak memuaskan.

o Rujukan yang dilakukan oleh guru-guru dan ibu bapa atau orang lain.

o Kerjaya, pelajaran dan peribadi.

o Tidak turut serta dalam aktiviti ko-kurikulum.

o Masalah disiplin seperti ponteng, budaya peleseran, mrokok, bertumbuk

dan menggunakan dadah dan bahan inhalen.

Kaunseling tunjuk ajar -- Guru bimbingan dan kaunseling mengadakan kelas untuk

mengajar perkara-perkara berkait dengan penilaian kendiri, penjelasan nilai, kemahiran-

kemahiran berkomunikasi, menghadapi masalah, membuat keputusan dan menghindar

diri dari tercebur dalam penggunaan dadah dan inhalen.

5. Perkhidmatan Penempatan

Membantu pelajar memilih aktiviti ko-kurikulum berdasarkan kebolehan, minat kerjaya

pilihan dan kemampuan.

Penempatan pekerjaan:

1. Menjadi penyelaras menempatkan pelajar mengikuti program pengalaman

bekerja (jika program seumpama ini diadakan).

2. Membantu Bahagian Pendidikan Vokasional dan Teknik dalam

mengadakan sistem memperoleh data atau butiran yang perlu bagi laporan

susulan mengenai pelajar lepasan sekolah vokasional dan teknik (khusus

untuk sekolah menengah vokasional dan teknik).

3. Membantu menempatkan pelajar sekolah menengah untuk memasuki

institusi-institusi pekerjaan.

6. Perkhidmatan Mencegah Penggunaan Dadah dan Inhalen

• Mengadakan bimbingan dan kaunseling individu atau kelompok atau kaunseling

tunjuk ajar dalam menanam dan memupuk sikap dan memberi nilai membenci

dadah dan inhalen.

• Memberi bantuan atau pertolongan kepada pelajar untuk mendapatkan bantuan

pemulihan dan rawatan.

• Membuat penilaian dan memberi maklum balas atau laporan kepada kementerian

atau jabatan Pendidikan Negeri tentang program pencegahan dadah diperingkat

sekolah.

7. Perkhidmatan Konsultasi dan Rujukan

• Membantu bekas pelajar sekolah berkenaan dalam hal berkait dengan soal

peribadi, kerjaya, pelajaran dan sebagainya apabila diminta.

• Membantu pihak pentadbir dan staf sekolah dalam memahami dengan mendalam

mengenai program bimbingan di sekolah.

• Membantu ibu bapa atau penjaga dalam hal berkait dengan kebajikan pelajar.

• Berunding dan berbincang dengan staf sekolah tentang cara-cara untuk

meningkatkan prestasi perkhidmatan bimbingan di sekolah.

• Merancang bersama dengan guru-guru tentang cara yang paling berkesan sekali

untuk mengawasi kemajuan pelajar.

• Mengadakan prosedur-prosedur yang tertentu dalam merujuk kes-kes seperti

penagihan dadah kepada agensi-agensi atau pakar-pakar seperti doktor, pakar

kanak-kanak, pakar jiwa, pegawai kebajikan dan sebagainya.

8. Perkhidmatan Penyelarasan Resos

• Penyelaras bagi aktiviti-aktiviti berhubung dengan kebajikan pelajar di antara

sekolah dengan agensi lain.

• Menjadi punca rujukan dalam aktiviti-aktiviti ko-kurikulum.

• Penyelaras bagi penglibatan majikan, agensi kebajikan dan orang-orang

kenamaan tempatan dalam program bimbingan di sekolah.

• Merancang dan menjadi penyelaras dalam usaha untuk memperkenalkan lagi

aktiviti-aktiviti bimbingan kepada agensi-agensi dan komuniti setempat.

9. Perkhidmatan Konferens Dengan Ibu Bapa

• Mengadakan hubungan dengan penjaga pelajar untuk bersama mengawasi

kemajuan pelajar terutamanya dalam pelajaran.

• Mengubungi ibu bapa atau penjaga apabila kemajuan pelajar tidak memuaskan.

• Menjadi penyelaras program orientasi untuk pelajar dan ibu bapa pelajar baru.

• Bekerjasama dengan ibu bapa atau penjaga dalam mewujudkan disiplin di

kalangan pelajar.

• Mengadakan kaunseling keluarga jika dikenal pasti bahawa masalah yang

dihadapi pelajar berpunca daripada keluarga.

10. Perkhidmatan Penilaian

• Membuat penilaian aktiviti bimbingan di sekolah dengan tujuan untuk

membaikinya seperti Pembimbing Rakan Sebaya, Pembimbing Rakan Dinamik,

Kem Jaya Diri, Skim Lencana Anti Dadah dan motivasi pelajar.

• Menilai modul atau model bimbingan sebelum dilaksanakan di peringkat sekolah.

11. Sistem Fail, Rekod dan Dokumentasi

Sebagai urusetia kepada jawatankuasa penyelaras aktiviti bimbingan dan kaunseling,

seorang guru bimbingan dan kaunseling juga hendaklah menjalankan kerja-kerja

pentadbiran di bilik bimbingan dan kaunseling, mengadakan sistem fail, menyimpan

rekod, perhubungan awam, surat menyurat, pengelolaan unit bimbingan, pengendalian

bahan bercetak, penyediaan laporan aktiviti dan tugas lain yang diarah oleh jawatankuasa

Penyelaras Aktiviti, Pengetua, Pegawai Pendidikan Daerah, Negeri dan Kementerian.

BIODATA KAUNSELOR

1. NAMA : PN NOR AZIAN BINTI MOHD BUKHARI

2. NOMBOR K.P : 701215-06-5066

3. KELAYAKAN IKHTISAS

SIJIL : SIJIL PERGURUAN ASAS

TEMPAT :MAKTAB PERGURUAN TERENGGANU

TAHUN : 1992

DEGREE : BIMBINGAN DAN KAUNSELING

TEMPAT : UNIVERSITI PERGURUAN MALAYSIA

TAHUN : 2002

MASTER : SARJANA SAINS (BIM & KAUNSELING)

TEMPAT : UNIVERSITI PERTANIAN MALAYSIA

TAHUN : 2002

4. TAHUN DIPILIH SEBAGAI KAUNSELOR: 01.01.2001

5. TUGAS LAIN SELAIN KAUNSELOR.

- Penyelaras Kelab Bimbingan dan Kerjaya

- Pembimbing rakan sebaya

- Jawatan kuasa Dadah

- Jawatan kuasa Majlis Kaunseling

- Sukan ,Merentas desa

6. JUMLAH WAKTU MENGAJAR DALAM SEMINGGU: -

BIODATA KAUNSELOR

1. NAMA : EN MAHAINDRAN A/L BALAGURU

2. NOMBOR K.P : 661025-106425

3. KELAYAKAN IKHTISAS

SIJIL : SIJIL PERGURUAN ASAS

TEMPAT :MP MOHD KHALID JOHOR BAHRU

TAHUN :1990-1992

DEGREE :PSIKOLOGI DAN KOMUNIKASI

TEMPAT : UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

TAHUN : 2001

4. TAHUN DIPILIH SEBAGAI KAUNSELOR: 2003

5. TUGAS LAIN SELAIN KAUNSELOR.

- Mengajar Geografi dan Moral

- Penyelaras Kelab Bimbingan dan Kerjaya

- Jawatan kuasa Biasiswa

- Pembimbing rakan sebaya

- Sukan,Merentas desa

6. JUMLAH WAKTU MENGAJAR DALAM SEMINGGU: 9 waktu

PERKHIDMATAN YANG DIBERIKAN OLEH KAUNSELOR

PELAJAR

Untuk mengenal personaliti kerjaya dan kepentingan memilih kerjaya

yang tepat.

Mendedah pelajar kepada suasana baru sekolah,memberi maklumat .

Meningkatkan tahap disiplin pelajar sasaran.

Mendedahkan pelajar tentang bahaya rokok dan kesannya.

Mendedahkan pelajar tentang bahaya pil khayal.

Memberi teknik belajar berkesan.

Mendedahkan pelajar tentang maklumat melanjutkan pelajaran .

Mengurangkan kes ponteng.

Meningkatkan moral pelajar.

Menanam rasa benci pelajar dengan dadah,arak,inhalan,pil,khayal dan

ubat batuk.

Meningkatkan keyakinan dan harga diri pelajar.

Mendedahkan tentang kesan buruk hubungan rambang antara pelajar.

PENTADBIR DAN GURU-GURU

Menggalakkan guru menghargai pelajar dan rakan sejawat.

Guru yang menghadapi masalah peribadi akan berjumpa dengan kaunselor.

Kaunselor mewujudkan kepercayaan kepada pentadbir dan guru-guru.

IBU BAPA DAN MASYARAKAT

Memberi ilmu keibubapaan

Menggalakkan perhubungan positif pelajar untuk cemerlang dalam peperiksaan.

Mengenalpasti masalah keluarga pelajar.

Memberi ceramah.

PENGERUSI

EN HAJI ABD RAHMAN BIN HJ HARUN PPT

(PENGETUA)

NAIB PENGERUSI 1

TN HJ MOHD ROSLAN B HJ JAMIL

(GURU PENOLONG KANAN KOKURIKULUM)

NAIB PENGERUSI 2

TN HAJI MOHD ZAIN B ABDUL KARIM(GPK HEM)

TN HAJI SAHAM @ SHAHAROM B ISMAIL(PENYELIA PETANG)

PN HJH NORHASIMAH BT ABD HAMID(GPK KOKURIKULUM)

SETIAUSAHA

PN NOR AZIAN BT MOHD BOKHARI

AHLI JAWATANKUASA

EN MAHENDRAN A/L BALAGURU

GURU-GURU KANAN MATA PELAJARAN

PN ROZITA BT ADNAN

EN SHAHARUDIN B ISHAK

ORGANISASI UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SLIM,SLIM RIVER

PN KHAIRUNISAK BT JAMALUDDIN

Ambil borang Permohanan Temujanji

di kaunter Borang

Hantar kepada kaunselor untuk

Dapatkan tarikh dan masa temujanji

Kaunselor hantar surat jemputan kepada

Pelajar melalui guru

Mengadakan sesi bimbingan dan kaunseling

Individu atau Kelompok

Pengesahan Kaunselor kepada

Guru Mata Pelajarn /Kelas setelah habis sesi

Laporan sesi kepada pentadbir(sulit)

(jika perlu)

CARTA ALIRAN PROSESPERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Tindakan Susulan

AKTIVITI –AKTIVITI YANG DIJALANKAN OLEH

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

BIL RINGKASAN AKTIVITI/PROJEK KUANTITI/KUALITI/MASA/KOS1. Minggu Orientasi Murid Tingkatan 1 dan KP 183 orang pelajar(3-7 Jan 2008)2. Minggu Orientasi Murid Ting 4 152 orang pelajr (3-4 Jan 2008)3. Hari Pendaftaran & Minggu Silaturrahim Ting 1 RK 50 orang pelajar (16-18 Jan 2008)4. Program Tautan Ukhwah pelajar asrama 50 orang pelajar(16-17 Feb2008)5. Program Mutiara kasih pelajar hard core 50 orang pelajar( 23-24 Feb 2008)6. Kem Remaja Berwawasan (Pelajar Tamil) 100 orang pelajar (4-6 April 2008)7. Minggu PPDA,HIV,AIDS Semua pelajar (31 mac-4 April 2008)8. Program Peningkatan Kecemerlangan PMR &SPM Pelajar PMR & SPM (7-11April 2008)9. Minggu istimewanya seorang remaja(Perempuan) 200 orang pelajar(17-20 Jun 2008)10. Program Minggu kerjaya Semua pelajar (23-27 Jun 2008)11. Motivasi Matematik 100 orang pelajar (8-10 Ogos 2008)12. Sains Dalam Rekreasi 130 orang pelajar(9 Ogos 2008)13. Majlis Restu Ilmu & bacaan yassin PMR 150 orang pelajar(26 September 2008)14. Aktiviti selepas PMR 150 orang pelajar(20Okt-14Nov 2008)15. Majlis Restu Ilmu & Bacaan Yassin SPM 150 orang pelajar(31 Oktober 2008)16. Menjalankan sesi kaunseling & Bimbingan individu Januari – November17. Menjalankan sesi Kaunseling & Bimbingan Kelompok Januari – November18. Menjalankan sesi konsultasi ibu bapa Januari – November19. Menjalankan tugas guru B&K sepenuh masa Januari – November20.. Menyediakan rancangan tahunan perkhidmatan B&K Januari21 Mengumpul kad laporan dan kad 001 2 kali setahun Ting satu & dua22 Mengedarkan surat amaran tidak hadir ke sekolah Sebulan sekali

VISI BIMBINGAN

Mewujudkan iklim pendidikan yang kondusif dan efektif dari aspek

fizikal,perhubungan dan pengurusan berteraskan konsep Perkhidmatan

Bimbingan berkualiti secara menyeluruh dan berkesan dari kecemerlangan

murid dan sekolah.

MISI BIMBINGAN

Dengan penuh rasa tanggungjawab dan bersungguh-sungguh menyediakan

perkhidmatan menolong Bantu murid dari aspek

perjayaan,perkembangan,pencegahan dan pemilihan untuk mempertingkatkan

pengetahuan,keterampilan dan konsep kendiri posotif melalui perkhidmatan

bimbingan yang berkesan, beramanah,berteraskan falsafah Pendidikan

kebangsaan

SENARAI TUGAS

GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING

(KAUNSELOR SEKOLAH)

Menyediakan rancangan tahunan program dan aktiviti Perkhidmatan

Bimbingan dan Kaunseling di sekolah.

Mengenalpasti keperluan Perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling

sekolah melalui kajian keperluan soal selidik,temu bual dan

perbincangan engan plajar,guru,pentadbir,kakitangansekolah,ibu bapa

dan bekas pelajar.

Merancang, mengawalselia dan mengemaskini rekod dan inventori

pelajar.

Mengumpul,menyedia,menyebar maklumat Bimbingan & Kaunseling

kepada semua pelajar melalui sebarng media yang sesuai.

Mengelola dan melaksanakan aktiviti Bimbingan & Kaunseling

Kelompok dan tunjuk ajar (instructional) yang merangsang

perkembangan pelajar secara optimum.

Merancang,melaksana dn mengawalselia Perkhidmatan Bimbingan &

Kaunseling individu secara professional dan beretika.

Merancang,melaksana,mengawalsetia aktiviti kemahiran belajar untuk

semua pelajar.

Merancang,melaksana,mengawalselia serta menilai program dan

aktiviti pemilihan mata pelajaran elektif untuk peperiksaan seperti

PMR,SPM, SPVM dan STPM.

Merancang,melaksana,mengawalselia dan menilai program dan

aktiviti pendidikan pencegahan dadah,inhalan,rokok dan alcohol.

Merancang,menyediakan dan mendedahkan pelajar kepad peluang

melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi dalam dan luar

negara.

Merancang,melaksana,mengawalselia dan menilai program dan

aktiviti perkhidmatan konsultasi dan rujukan,berhubung Bimbingan

dan Kaunseling kerjaya dan pendidikan pencegahan dadah.

Merancang,melaksna,mengawalselia dan menilai program dan aktiviti

konferns dengan ini bapa,guru,kakitangan bukan guru dan agensi

kerajaan dan bukan kerajaan yang terlibat dalam proses pendidikan

dan perkembangan pelajar.

Membuat penilaian aktiviti,model,mudul,instumen,pendekatan dan

sebagainya secara menyeluruh bagi meningkatkan mutu dan

profesionalisma perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling.

Merancang, menyelaras dan menilai sumber dan bahan resos

Perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling.

Menjadi uruseti akepada Jawatankuasa Penyelaras Perkhidmatan

Bimbingan & Kaunseling.

Menjadi penggerak utama dalam program latihan dalaman bagi

menyebarkan kefahaman dan peningkatan profeseonalisma

perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling di sekolah.

Memberi khidmat kaunseling krisis kepada pelajar, guru,kakitangan

dan siapa sahaja yang memerlukan.

Menjadi personel perhubungan seranta sekolah dengan agensi-agensi

luar yang berkaitan.

Menjadi ahli jawatankuasa ex-oficio dalam jawatankuasa Kurikulu

Sekolah.

Menjadi ahli jawatankuasa dalam Majlis Perancangan Sekolah.

Menjadi penyelaras dalam program mentor-mentee sekolah.

Menjadi penyelaras dalam program-program pengembangan pelajar

seperti kolokium,motivasi,kem jaya diri,kursus ketatanegaraan dan

sebagainya.

LAPORAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SLIM RIVER,PERAK.

Laporan ini mengenai tinjauan perkhidmatan Bimbingan dan kaunseling di

Sekolah Menengah Kebangsaan Slim River,Perak. Tujuan laporan ini adalah untuk

mengkaji Perkhidmatan Bimbingan yang disediakan oleh sekolah tersebut. Tinjauan ini

dijalankan melalui pengumpulan data dan soal selidik guru kaunselor sekolah berkenaan.

Melalui tinjauan , kami mendapati bahawa Perkhidmatan Bimbingan &

Kaunseling sekolah ini memberi lebih penekanan dalam bidang akademik. Bilik

Bimbingan & Kaunseling di sekolah ini berada dalam keadaan kondusif. Guru-guru

kaunselor di sekolah ini merupakan guru yang bertauliah. Mereka telah merancang dan

menjalankan banyak aktiviti yang berkaitan dengan Bimbingan & Kaunseling. Sistem

fail di sekolah ini dikemaskinikan dan jug bersistematik. Tambahan pula sekolah ini

telah dipilih sebagi JUARA dalam Program sekolah “BENCHMARK”,Pengurusan

Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Sekolah-Sekolah Menengah Negeri Perak

Tahun 2007.

Namun sekolah ini juga perlu penambahbaikkan perkhidmatannya. Antaranya

ialah perkhidmatan yang diberikan kepada pentadbir,guru-guru dan masyarakat kurang

memuaskan. Untuk mengatasi masalah ini guru-guru kaunselor haruslah merancang dan

melebihkan perkhidmatan kepada pentadbir,guru-guru dan masyarakat. Sebagai

contohnya mengadakan ceramah yang berkaitan dengan kerjaya,keluarga dan cara

menyesuaikan diri dengan persekitaran.

Selain daripada itu Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling boleh mengadakan

konferens dengan ibubapa . Antaranya ialah memberi penjelasan khidmat bimbingan dan

kaunseling di sekolah dan cara ibu bapa boleh bekerjasama dengan pihak sekolah.

Pihak Bimbingan dan Kaunseling juga boleh mengadakan aktiviti-aktiviti

pembangunan diri pelajar. Contohnya mentor-menti,bicara hari,kursus kepimpinan

pengawas serta cara-cara belajar yang berkesan. Secara keseluruhannya tinjauan ini

dapat memberikan maklumat mengenai perkhidmatan yang diberikan oleh pihak

bimbingan dan kaunseling di sekolah menengah . Perkhidmatan yang ditawarkan

haruslah merangkumi keperluan pelajar dan persekitarannya.

SIFAT-SIFAT KAUNSELOR

1. Mampu menyesuaikan dirinya.(sanggup mendengar)

2. Seorang yang menarik dan suka bersahabat dan memiliki keyakinan diri.

3. Memiliki sifat-sifat terpuji.(sifat-sifat Mahmudah)

4. Bersifat terbuka

5. Bersifat tenang dalam menghadapi sesuatu situasi

6. Bertingkahlaku yang bercirikan konsisten, beriltizam,

tawakkal,berketramilan dan kreatif.

7. Berterus-terang , jujur , amanah dan ikhlas.

8. Peramah , sabar dan penyayang

9. Penuh keyakinan

10. Tidak mudah jemu

11. Mudah dihampiri

12. Tidak menghukum

13. Baik perwatakan,tingkah laku dan emosi

14. Sanggup menyatakan kebenaran

15. Seorang yang berprinsip

16. Anjal(bertolak ansur , fleksibel)

17. Peka , kreatif, inovatif

18. Suka menolong

19. Pendengar dan pemerhati yang baik

20. Kecindan(humor)

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

PROGRAM PRA SARJANA MUDA (KDP 14MINGGU)

(AMBILAN JULAI2008)

HBEF2203

BIMBINGAN DAN KAUNSELING

SEMESTER : JULY 2008

_______________________________________________________________________

_

LETCHUMY A/P KERISHNAMOORTHY (700520-08-6002)

JAGTHESWARI A/P NARAYANAN(800919-08-6598)

MOHD SHUKRI B.ZAKARIA(760210-03-5685)

PENSYARAH

DR.RAJAGOPAL

INSTITUT PERGURUAN BAHASA – BAHASA ANTARABANGSA

LEMBAH PANTAI , KUALA LUMPUR

SEKAPUR SIRIH

Syukur kepada Tuhan di atas segala nikmat dan rahmat yang dilimpahkanNya

sehingga kami dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Sekalung penghargaan dan

terima kasih kami ucapkan kepada Pensyarah Pembimbing iaitu En Syed Jahangir B.Ali

Mohaideen yang banyak memberi bimbingan. Sesungguhnya keprihatinan pensyarah

mencurahkan idea amat kami hargai.

Tugasan ini memberi pengalaman berharga kepada kami. Sebagai guru, tugasan ini

memberi makna kepada pengajaran berkualiti yang perlu kami jalankan untuk anak-anak

didik kami di sekolah. Tugasan ini membantu kami mengenali tentang subjek Penilaian

dan Pengukuran dengan lebih mendalam dan terperinci.

Sekalung terima kasih juga diucapkan kepada rakan-rakan KDP OUM kumpulan 2

yang memberi sokongan dan percambahan idea untuk menyiapkan tugasan ini. Semoga

dengan kesungguhan dan restu Tuhan, keluarga dan teman-teman, memberi kita kekuatan

dan akal budi bagi menghadapi cabaran mendidik anak bangsa di era globalisasi ini.

Akhirnya, bersama kita memohon kepada Tuhan, semoga kita dikurniakan ilham

dan kesabaran untuk terus menghayati profesion perguruan yang murni ini seterusnya

dapat menabur bakti kepada anak bangsa untuk melahirkan modal insan yang luhur hati

budinya.

Sekian,

LETCHUMY A/P KERISHNAMOORTHY (700520-08-6002)

JAGTHESWARI A/P NARAYANAN(800919-08-6598)

MOHD SHUKRI B.ZAKARIA(760210-03-5685)

ISI KANDUNGAN

1. Sekapur sirih

2. Pengenalan

3. Definisi kaunseling

4. Visi Bimbingan

5. Misi Bimbingan

6. Pengenalan Tugasan

7. Carta Organisasi Unit Bimbingan & kaunseling

8. Objektif utama Perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling di sekolah

9. Keperluan Perkhidmatan

10. Plan Sekolah

11. Pelan Kelas

12. Pelan Bilik Bimbingan dan Kaunseling

13. Biodata Kauselor

14. Perkhidmatan yang diberikan oleh kaunselor

- Pelajar

- Pentadbir

- Guru

15. Sifat-sifat Kaunselor

16. Carta Aliran Proses Bimbingan & Kaunseling

17. Sifat kaunselor

18. Pembentangan Power Point

19. Laporan

20. Lampiran