bilik perkhidmatan bimbingan dan kaunseling

6
BILIK PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING( FUNGSI 6 SUB UNIT) Peranan Kaunseling Individu Sesi Kaunseling Individu iaitu sesi yang melibatkan hanya kaunselor dan klien sahaja.Tujuannya adalah untuk membincangkan permasalahan individu serta membantu klien mencari jalan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh klien. Kaunseling individu lebih kepada perkara yang bersifat peribadi dan kerahsiaan.Oleh itu sebagai kaunselor adalah menjadi tanggungjawab baginya utnuk menjaga rahsia berkaitan cerita atau permasalahan klien yang diperbincangkan. Tujuan kaunseling individu :- untuk memberi maklumat secara terperinci menggalakkan celik akal memberi sokongan emosi & mewujudkan minda yang tenang untuk penyelesaian konflik / masalah untuk membuat keputusan yang tepat dan jelas Peranan Kaunseling Kelompok Sesi Kaunseling Kelompok pula ia melibatkan kaunseling yang melibatkan sejumlah pelajar yang mempunyai masalah yang sama atau hampir sama.Semasa sesi berlangsung kaunselor boleh memilih sama ada bertindak sebagai fasilitator iaitu membimbing kumpulan terbabit untuk mencapai matlamat yang hendak dicapai di penghujung sesi tersebut atau sebagai ahli dalam kumpulan

Upload: ramapraba-thannimalai

Post on 14-Dec-2015

48 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

hhhghgh

TRANSCRIPT

Page 1: Bilik Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling

BILIK PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING( FUNGSI 6 SUB UNIT)

Peranan Kaunseling Individu

Sesi Kaunseling Individu iaitu sesi yang melibatkan hanya kaunselor dan klien

sahaja.Tujuannya adalah untuk membincangkan permasalahan individu serta

membantu klien mencari jalan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh klien.

Kaunseling individu lebih kepada perkara yang bersifat peribadi dan kerahsiaan.Oleh itu

sebagai kaunselor adalah menjadi tanggungjawab baginya utnuk menjaga rahsia

berkaitan cerita atau permasalahan klien yang diperbincangkan.

Tujuan kaunseling individu :-

untuk memberi maklumat secara terperinci

menggalakkan celik akal

memberi sokongan emosi & mewujudkan minda yang tenang

untuk penyelesaian konflik / masalah

untuk membuat keputusan yang tepat dan jelas

Peranan Kaunseling Kelompok

Sesi Kaunseling Kelompok pula ia melibatkan kaunseling yang melibatkan sejumlah

pelajar yang mempunyai masalah yang sama atau hampir sama.Semasa sesi

berlangsung kaunselor boleh memilih sama ada bertindak sebagai fasilitator iaitu

membimbing kumpulan terbabit untuk mencapai matlamat yang hendak dicapai di

penghujung sesi tersebut atau sebagai ahli dalam kumpulan tersebut.Semasa

permulaan sesi kaunselor perlu menerangkan tentang kerahsiaan yang perlu dijaga

oleh setiap ahli kelompok.

Matlamat kaunseling kelompok :-

menjadi lebih terbuka dan jujur dengan pilihan orang lain.

mengurangkan kepura - puraan dan berlagak (yang boleh menghalang kemesraan).

bergerak kea rah keaslian dan kemurnian.

membebaskan diri daripada tunduk kepada dorongan luar seperti “mesti”, “harus”

dan “hendaklah”.

Page 2: Bilik Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling

mempelajari bagaimana mahu mempercayai diri sendiri dan diri orang lain.

menanamkan rasa penerimaan diri sendiri dn belajar mengurangkan tarik diri.

menyedari dan menerima beberapa persamaan dalam diri seseorang.

Peranan Sudut Terapi

Menurut Patterson dan Eisenberg (1983) menyatakan bahawa kaunseling

sebagai satu proses pertemuan secara bersemuka di antara seorang kaunselor dengan

kliennya yang akhirnya membawa perubahan kepada klien tersebut. Setiap individu

mempunyai kebolehan dan keupayaan untuk memperkembangkan diri mereka.

Berdasarkan kepercayaan ini maka terapi dalam bimbingan dan kaunseling diwujudkan

untuk meneroka perkembangan tersebut. Terapi dalam bimbingan dan kaunseling bagi

sistem sekolah berdasarkan ciri-ciri seperti ia merupakan satu proses yang berterusan,

bersifat pendidikan, berdasarkan tingkah laku dan konsep kendiri serta peranan klien

yang mempunyai hak untuk memilih.

Fokus utamanya berdasarkan prinsip-prinsip berikut iaitu : -

Harga diri individu adalah paling mutlak ;

Setiap individu adalah unik;

Sikap dan persepsi kendiri individu ialah asas dimana seorang individu bertindak;

Individu-individu bekerja untuk meningkatkan konsep kendiri mereka;

Individu-individu mempunyai kebolehan dalaman untuk belajar dan boleh dibantu

untuk membuat keputusan ke arah proses arah kendiri agar serasi dengan

persekitaran mereka.

Individu-individu memerlukan proses bantuan bimbingan daripada peringkat

perkembangan kanak-kanak kepada peringkat dewasa.

Untuk mencapai prinsip - prinsip tersebut maka terapi dalam bimbingan

kaunseling diwujudkan melalui jenis- jenis terapi berikut iaitu :

Terapi Perkembangan - membantu dan membimbing murid-murid untuk mencapai

kejayaan dalam sistem sekolah.

Page 3: Bilik Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling

Terapi Pencegahan - mencegah murid-murid daripada menghadapi masalah

penyesuaian.

Terapi Pemulihan - menggunakan teknik-teknik bimbingan dan kaunseling untuk

membantu murid-murid yang mempunyai masalah dalam proses pendidikan.

Terapi Intervensi Krisis - membantu kaunselor menghadapi serta mengendalikan

situasi-situasi kritikal atau kejadian-kejadian yang berlaku dalam kehidupan klien-

kliennya.

Ruang Pentadbiran

Ruang pentadbiran yang dimaksudkan adalah urusan dan pentadbiran yang

berkaitan dengan bidang Bimbingan dan Kaunseling serta hubungannya dengan pihak

pentadbir sekolah ataupun agensi luar. Perkara yang termasuk dalam pengurusan

antaranya ialah mengurus dan menyelia sistem fail.Dalam urusan ini kaunselor

bertanggungjawab terhadap pengurusan segala jenis fail yang telah diwujudkan.Segala

jenis fail hendaklah mempunyai nama dan siri nombor. Fail mestilah dalam keadaan

yang terurus dan teratur bertujuan agar senang dicari bila fail itu dikehendaki.

Kaunselor juga membuat sebaran berkenaan perkara yang berkaitan dengan

bidang kaunseling.Ini bermaksud kaunselor perlu membuat sebaran seperti

mengedarkan buletin,paparan ,poster,buku skrap berkenaan maklumat

kerjaya,maklumat pendidikan dan latihan,maklumat dadah,bahaya rokok dan kesihatan

dan jadual waktu perkhidmatan kepada para pelajar.Ini semua bertujuan untuk

memaklumatkan pelajar agar mereka tahu akan kepentingan dan tugas Unit Bimbingan

dan Kaunseling di sekolah.

Fungsi maklumat kerjaya

Maklumat kerjaya merujuk kepada maklumat berkenaan peluang melanjutkan diri

seleps Penilaian Menengah Rendah,Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi

Persekolahan Malaysia. Pengumpulan maklumat ini adalah perlu agar para pelajar

mendapat maklumat tentang ke mana hala tuju mereka selepas melepasi tahap-tahap

tertentu. Bidang kerjaya pula memerlukan kaunselor untuk membantu murid dalam

Page 4: Bilik Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling

membuat pemilihan cita-cita terhadap kerjaya pilihan secara pendedahan melalui

pengumpulan maklumat kerjaya yang dilakukan oleh murid . Sudut maklumat kerjaya ini

penting bagi murid mengetahui skop kerjaya yang terdapat di Negara ini. Dengan ini,

memberi peluang kepada murid untuk mengembangkan minat mereka dalam skop

tersebut. Tambahan pula, pendedahan maklumat kerjaya penting bagi pelajar supaya

mereka dapat meluaskan pengetahuan mereka tentang bidang kerjaya yang terdapat di

Negara kita. Mereka akan mencari info-info bagi kerjaya yang diminati oleh mereka.

Maklumat kerjaya juga perlu meliputi tentang penerangkan pembiayaan

pendidikan iaitu sama ada biasiswa atau pinjaman serta penajaan oleh syarikat atau

badan berkanun tertentu yang boleh diperolehi pelajar sekiranya mereka berjaya

dengan keputusan yang cemerlang. Beberapa pertandingan juga akan diadakan di

peringkat sekolah,daerah,negeri dan kebangsaan berkaitan kerjaya turut diadakan bagi

membantu pelajar untuk mendapatkan maklumat berkaitan kerjaya pilihan.Antara

pertandingan yang melibatkan kerjaya adalah Eksplorsai Alam Kerjaya,kain rentang

kerjaya, dan poster kerjaya.Dengan dibimbing oleh kaunselor maka para pelajar akan

berusaha untuk mendapatkan bahan bagi kegunaan mereka.

Fungsi Ruang Tamu

Ruang tamu amat penting agar memudahkan pelajar mudah dipanggil untuk sesi

kaunseling. Keceriaan ruang tamu perlulah selesa dan kondusif bagi menjamin suasana

sesi kaunseling yang berlangsung adalah teraputik. .Suasana yang teraputik hasil dari

keindahan dan keceriaan bilik ruang tamu sebenarnya mempengaruhi klien yang

datang untuk mendapatkan perkhidmatan.Kedudukan ruang tamu juga perlu selesa dan

muat . Ini kerana pelajar akan duduk di ruang tamu tersebut sehingga menunggu

giliran untuk sesi kaunseling. Di samping papan kenyataan perlu disediakan di ruang

tamu untuk menampalkan maklumat berkenaan bimbingan dan kaunseling. Tambahan

pula, ruang tamu juga dikenali sebagai tempat mempamerkan maklumat dan alat - alat

bimbingan dan kaunselig. Di sebaliknya, ruang tamu juga difungsi sebagai kerja - kerja

perkeranian dan menaip bagi kakitangan bimbingan.