fungsi enam sub unit dalam bilik perkhidmatan bimbingan dan kaunseling

29
FUNGSI ENAM SUB UNIT DALAM BILIK PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING Dalam konteks pendidikan masa kini, perkhidmatan bimbingan dan kaunseling adalah merupakan suatu usaha bertujuan menanam dan menyuburkan nilai, sikap dan kemahiran dalam perkembangan individu. Bilik Perkhidamatan Bimbingan dan Kaunseling mengandungi 6 sub unit utama iaitu Ruang Tamu, Ruang Pentadbiran, Kaunseling Individu, Kaunseling Kelompok, Maklumat Kerjaya serta Sudut Terapi. Setiap sub unit mempunyai fungsi masing-masing. FUNGSI RUANG TAMU Ruang tamu bilik perkhidmatan bimbingan dan kaunseling merupakan tempat mengalukan klien untuk datang ke bilik perkhidmatan. Ruang Tamu juga merupakan satu tempat menarik perhatian klien kerana ia bersih, ceria dan selamat. Ruang ini memenuhi kriteria dari aspek pengudaraan dan pencahayaan bagi membolehkan peredaran udara sentiasa berlaku dan mengekalkan kesegaran udara di dalam bilik ini. Suasana seperti ini memberi keselesaan kepada klien yang menjalani perkhidmatan. Secara ringkasnya ruang tamu menyediakan suasana yang nyaman dan segar bagi klien. Selain itu ruang tamu juga memberikan maklumat bimbingan dan kaunseling kepada klien dengan menampal maklumat di dalam papan kenyataan. Di dalam papan kenyataan terdapat maklumat

Upload: saranya-kaliappan

Post on 11-Jan-2016

262 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

bilk kaunseling

TRANSCRIPT

Page 1: Fungsi Enam Sub Unit Dalam Bilik Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling

FUNGSI ENAM SUB UNIT DALAM BILIK PERKHIDMATAN BIMBINGAN

DAN KAUNSELING

Dalam konteks pendidikan masa kini, perkhidmatan bimbingan dan

kaunseling adalah merupakan suatu usaha bertujuan menanam dan menyuburkan

nilai, sikap dan kemahiran dalam perkembangan individu. Bilik Perkhidamatan

Bimbingan dan Kaunseling mengandungi 6 sub unit utama iaitu Ruang Tamu, Ruang

Pentadbiran, Kaunseling Individu, Kaunseling Kelompok, Maklumat Kerjaya serta

Sudut Terapi. Setiap sub unit mempunyai fungsi masing-masing.

FUNGSI RUANG TAMU

Ruang tamu bilik perkhidmatan bimbingan dan kaunseling merupakan tempat

mengalukan klien untuk datang ke bilik perkhidmatan. Ruang Tamu juga merupakan

satu tempat menarik perhatian klien kerana ia bersih, ceria dan selamat. Ruang ini

memenuhi kriteria dari aspek pengudaraan dan pencahayaan bagi membolehkan

peredaran udara sentiasa berlaku dan mengekalkan kesegaran udara di dalam bilik

ini. Suasana seperti ini memberi keselesaan kepada klien yang menjalani

perkhidmatan. Secara ringkasnya ruang tamu menyediakan suasana yang nyaman

dan segar bagi klien.

Selain itu ruang tamu juga memberikan maklumat bimbingan dan kaunseling

kepada klien dengan menampal maklumat di dalam papan kenyataan. Di dalam

papan kenyataan terdapat maklumat tentang bimbingan dan kaunseling. Dengan ini

tetamu dapat mengetahui maklumat tentang objektif, visi, misi, piagam dan slogan

perkhidmatan bimbingan dan kaunseling, tarik permulaan bimbingan dan kaunseling,

carta organisasi dan sebagainya.

Tambahan pula ruang tamu merupakan satu tempat mempamerkan alat-alat

Bimbingan Kaunseling. Dengan ini klien dapat megetahui alat-alat yang digunakan

oleh kaunselor kepada kliennya.

Page 2: Fungsi Enam Sub Unit Dalam Bilik Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling

FUNGSI RUANG PENTADBIRAN

Ruang pentadbiran merupakan satu tempat untuk menyimpan fail-fail, urusan

surat menyurat dan barang berkaitan program Bimbingan dan Kaunseling. Di dalam

ruang pentadbiran terdapat komputer untuk urusan kerja-kerja perkeranian dan

menaip.

Ruang pentadbiran membantu guru bimbingan dan kaunseling menjalankan

kerja-kerja pentadbiran di dalam bilik bimbingan dan kaunseling. Misalnya

mengadakan sistem fail, menyimpan rekod, perhubungan awam, surat menyurat,

pengelolaan unit bimbingan, pengendalian bahan bercetak, penyediaan laporan

aktiviti dan tugas lain yang diarah oleh Jawatankuasa Penyelaras Aktiviti, Pengetua,

Pejabat pendidikan Dearah, Jabatan Pendidikan Negara, atau Kementerian

Pendidikan.

Di dalam ruang pentadbiran guru bimbingan dan kaunseling dapat

menyimpan rekod nama pelajar yang hadir ke bilik Kaunseling untuk mendapatkan

sesi Kaunseling dan bimbingan, bahan-bahan dokumentasi seperti borang temujanji

dengan pelajar, borang pengesahan kehadiran pelajar, borang laporan sesi individu,

borang laporan sesi kelompok dan borang laporan bimbingan serta perancangan

setahun. Seterusnya di dalam ruang pentadbiran, guru bimbingan dan kaunseling

dapat menyimpan serta menfailkan perancangan tahunan serta menampal dalam

buku Rekod perkhidmatan.

Tambahan pula dengan ruang pentadbiran, guru bimbingan dan kaunseling

dapat menyediakan brosur bagi setiap program Unit Bimbingan Kaunseling dan

memberikan kepada setiap kelas, melekat di bilik guru dan papan kenyataan bilik

kaunseling. Ruang ini membantu guru Bimbingan dan Kaunseling untuk membuat

kertas kerja bagi program yang hendak dilaksanakan.

Seterusnya ruang pentadbiran juga membantu guru bimbingan dan

kaunseling untuk menyediakan fail-fail bimbingan dan kaunseling. Misalnya Fail minit

mesyuarat Bimbingan Kaunseling, Fail program, Fail surat masuk, Fail surat

keluar/tindakan, Fail pendidikan pencegahan Dadah, Fail program orentasi, Fail

Page 3: Fungsi Enam Sub Unit Dalam Bilik Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling

maklumat pelajar dan sebagainya. Guru Bimbingan dan Kaunseling juga dapat

membuat analisis aktiviti di dalam ruang pentadbiran serta membuat laporan-laporan

bagi setiap aktiviti bimbingan dan kaunseling.

Akhirnya Ruang pentadbiran juga merupakan satu tempat menyimpan fail

serta laporan sepanjang tahun untuk rujukan dan dokumentasi. Misalnya

menyimpan gambar-gambar setiap program yang telah dijalankan. Ia disimpan untuk

bahan dokumentasi.

Page 4: Fungsi Enam Sub Unit Dalam Bilik Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling

Kaunseling individu

Unit kaunseling individu merupakan satu tempat menjalinkan perhubungan

yang bersemuka antara klien dengan kaunselor. Perhubungan tersebut disifatkan

oleh ciri-ciri seperti penerimaan klien secara tulen, saling hormat - menghormati dan

penekanan terhadap keperluan-keperluan dan perasaan klien.

Dengan unit kaunseling individu, kaunselor dapat mengenal pasti masalah

klien serta memahami isu yang dibincangkan dengan memberi perhatian yang

sepenuhnya kepada penceritaan klien supaya dapat menentukan masalah utama

klien. Ia juga adalah satu tempat untuk mendapatkan cara untuk menyelesaikan

masalah dan membuat keputusan dengan tepat. Kaunselor mendorong klien serta

membina keyakinan untuk membuat perancangan langkah-langkah yang difikirkan

sesuai bagi membantu diri klien mengatasi masalah yang dihadapi olehnya. Guru

Bimbingan dan Kaunseling menghuraikan setiap alternatif yang telah dibuat oleh

klien di dalam ruang kaunseling individu ini. Setiap alternatif yang diambil dinilai

daripada aspek halangan dan risiko yang bakal klien hadapi.

Dengan ruang kaunseling individu unsur kerahsiaan tidak perlu dibimbangkan

kerana bilik khas yang digunakan mampu menjamin kerahsiaan sesuatu

perkhidmatan yang dijalankan oleh seseorang klien. Keadaan ini akan membuatkan

klien berasa selesa dan tidak takut untuk meluahkan masalah mereka. Hal ini kerana

mereka tidak perlu bimbang masalah mereka akan didengari oleh orang lain. Secara

ringkasnya, kaunseling individu ini bertujuan untuk melindungi rahsia klien kerana

perbincangan antara guru kaunseling dengan klien adalah sulit.

Selain daripada itu, suasana yang tenang serta senyap dapat mewujudkan

proses bimbingan dan kaunseling individu berjalan dengan lancar di dalam ruang ini.

Tambahan pula dengan ruang kaunseling individu, klien dengan mudah datang ke

bilik tersebut untuk sesi-sesi kaunseling. Hal ini kerana mereka berasa selasa untuk

berkongsi masalah mereka dengan kaunselor secara individu.

Page 5: Fungsi Enam Sub Unit Dalam Bilik Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling

Kaunseling individu juga menolong mengubah tingkah laku klien. Misalnya

pencapaian akademik yang tidak memuaskan, kerjaya, pelajaran, peribadi, masalah

displin seperti ponteng, merokok, menggunakan dadah dan sebagainya.

Selain itu kaunseling individu menambahkan kemahiran klien mengendalikan

kehidupannya sendiri, terutama mereka yang terlalu bergantung kepada orang lain

atau bimbang dan ragu-ragu mengenai dirinya. Selain itu kaunseling individu juga

menambahkan kemahiran klien membuat keputusan pada saat-saat penting. Klien

diharapkan dapat menilai sesuatu situasi, membuat pemilihan dengan bijaksana,

kesannya dan sedia menghadapi pelbagai risiko akibat keputusan itu.

Unit kaunseling individu juga memperbaiki hubungan antara klien dengan

masyarakat serta meningkatkan kualiti perhubungannya dengan orang lain, misalnya

perhubungan dalam keluarga, perkahwinan, rakan sebaya, dan seterusnya dalam

masyarakat. Tambahan pula unit kaunseling individu membantu perkembangkan

bakat klien. Kaunselor membantu klien mengenal pasti kebolehan dan bakatnya

supaya dapat mengambil tindakan sewajarnya.

Fungsi seterusnya bilik ini ialah boleh mengadakan latihan kerehatan dan

latihan gerak badan yang dapat mengurangkan tekanan. Dengan mengadakan

latihan seperti ini klien dapat mengurangkan tekanan serta dapat merehatkan minda

mereka.

Justeru dengan unit kaunseling individu, guru bimbingan dan kaunseling

dapat mengadakan kelas untuk mengajar perkara-perkara berkait dengan penilaian

kendiri, penjelasan nilai, kemahiran-kemahiran komunikasi, cara –cara menghadapi

masalah, membuat keputusan serta menghindar diri daripada tercebur dalam

penggunaan dadah, dan gejala negatif di dalam ruang kaunseling individu.

Akhirnya ruang kaunseling individu juga merupakan satu tempat meneroka

masalah bertujuan untuk menimbulkan kepercayaan klien kepada kaunselor dimana

klien merasakan kaunselor berminat untuk membantu dirinya dalam menyelesaikan

pemasalahan yang klien hadapi.

Page 6: Fungsi Enam Sub Unit Dalam Bilik Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling

Kaunseling kelompok

Unit Kaunseling kelompok adalah satu pendekatan yang digunakan oleh

kaunselor terlatih untuk memberi pertolongan berkesan kepada beberapa orang

individu biasa yang sedang menghadapi masalah seharian dalam satu jangka masa

yang sama. Ia juga melibatkan fungsi-fungsi terapi yang mana ahli-ahli dalam

kelompok berkongsi masalah peribadi bersama rakan sebaya dan kaunselor.

Tempoh sesi ini adalah antara 30 – 120 minit serta pemimpin dan ahli menentukan

matlamat kelompok serta matlamat individu. Ahli bertanggungjawab kepada

keberkesanan sesi berkongsi pengalaman serta pendedahan kendiri. Ketua

bertindak sebagai seorang yang dipertanggungjawabkan dalam mengendali dan

mengetuai kelompok berkenaan serta menentukan isu yang ingin dibincangkan.

Ketua juga perlu jelas dengan tujuan dan matlamat sebenar pembentukan kelompok

tersebut agar kelompok yang dibentuk akan menghasilkan perbincangan yang

produktif dan berjaya. Ruang kaunseling kelompok hendaklah dilengkapi dengan

kerusi secukupnya untuk menjalankan sesi kaunseling kelompok.

Keselesaan merupakan salah satu fungsi kaunseling kelompok. Kaunseling

Kelompok memberikan keselasaan kepada klien untuk berbincang dengan ahli

kumpulan mereka. Hal ini kerana kaunseling kelompok diadakan di ruang khas serta

membekalkan satu persekitaran yang selamat untuk klien. Selain itu semua rahsia

kelompok dirahsiakan. Ini memberikan keselesaan kepada peserta.

Selain itu, unit kaunseling kelompok berfungsi sebagai mengelola dan

melaksanakan aktiviti bimbingan serta tunjuk ajar (instructional) yang boleh

menggalakkan perkembangan konsep kendiri, vokasional, kognitif-afektif,

psikososial, fizikal-seksual dan moral agama pelajar. Misalnya menentukan kelakuan

yang hendak diperbaiki, untuk memperolehi kemahiran sosial, membina kekuatan

dan keyakinan dalam kalangan mereka.

Unit Kaunseling kelompok menolong setiap peserta mengenali dan

memahami diri masing-masing. Misalnya bakat mereka seperti melukis, mewarna,

berenang dan sebagainya. Mereka belajar antara satu sama lain dalam mengenali

kekuatan dan kelemahan diri.

Page 7: Fungsi Enam Sub Unit Dalam Bilik Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling

Tambahan pula kaunseling kelompok membina kepekaan terhadap keperluan

orang lain. Misalya apabila rakan mereka berada dalam kesusahan, ahlinya

membantu rakan mereka dari segi kewangan, makanan dan sebagainya. Mereka

meletakkan masalah mereka dalam perspektif dan memahami persamaan atau

perbezaan masalahnya dengan masalah orang lain.

Unit Kaunseling kelompok juga memberikan peluang kepada ahli untuk

menyatakan perasaannya dengan benar dan tepat. Misalnya memberitahu perasaan

gembira, kecewa, marah, benci kepada ahlinya tanpa berasa takut. Dengan ini

mereka dapat mengeluarkan perasaan mereka dengan ahlinya. Ini menolong ahli

untuk mengurangkan tekanan hidup mereka. Justeru unit kaunseling kelompok juga

membantu menolong peserta membina semangat dan berwibawa menghadapi risiko

dalam kehidupan. Misalnya memupk sifat berani untuk menghadapi cabaran serta

risiko dalam kehidupan. Ahlinya memberi kata-kata semangat untuk menghadapi

cabaran tersebut. Ia merupakan tempat mendapatkan sokongan serta kekuatan

supaya dapat menghadapi cabaran hidup mereka.

Selain itu unit kaunseling kelompok berfungsi untuk merancang dan menilai

perkembangan kelompok, menangani konflik yang dihadapi demi memperkayakan

aspek-aspek hidup mereka seperti perhubungan mereka dengan keluarga dan

rakan-rakan, aspek pekerjaan, aspek kerjaya, agama dan lain-lain. Justeru unit

kaunseling kelompok juga membantu peserta memahami perasaan yang

tersembunyi disebalik kata-kata yang dikeluarkan. Contohnya memahami setiap

maksud perkataan yang dikeluarkan daripada ahli. Kaunseling kelompok juga

menolong peserta menentukan matlamat tertentu yang boleh diukur dan dilihat

melalui kelakuan mereka. Ia juga menolong peserta membina rasa dipunyai dan

diterima oleh orang lain. Contohnya menyedarkan mereka bahawa mereka

disayangi dan diterima.

Tambahan pula dengan unit kaunseling kelompok, ahlinya dapat

membincangkan mengenai sesuatu topik yang sesuai dengan sesuatu kelompok.

Contohnya masalah disiplin, masalah peribadi, masalah sosial dan sebagainya.

Seterusnya kaunseling kelompok dapat membantu pelajar memilih mata pelajaran

elektif untuk peperiksaan termasuklah Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Pelajaran

Malaysia Vokasional (SPMV), dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) yang

Page 8: Fungsi Enam Sub Unit Dalam Bilik Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling

sesuai untuk mereka. Dengan ini murid dapat memilih matapelajaran elektif yang

bersesuaian untuk mereka serta dapat mencapai keputusan yang cemerlang

berdasarkan kemampuan mereka.

Dengan kaunseling kelompok, guru kaunseling dapat menubuh dan melatih

pasukan Pembimbing Rakan Sebaya dan meyelia aktiviti mereka. Dengan ini

pelajar-pelajar tidak akan terjebak dalam gejala negatif. Seterusnya dengan

kaunseling kelompok, ahlinya dapat memperbaiki sikap serta perlakuan klien yang

tidak berkesan atau yang tidak mendatangkan faedah. Misalnya memperbaiki sikap

ponteng sekolah, merokok, mengambil dadah dan sebagainya.

Unit Kaunseling kelompok berfungsi menjimatkan masa dan usaha. Hal ini

kerana tidak banyak klien yang dapat dibantu oleh kaunselor melalui kaunseling

individu. Dengan membentuk program kelompok yang baik seseorang kaunselor

kelompok dapat membantu ahli menjelaskan nilai atau menyelesaikan masalah di

samping melayan ahli yang memerlukan tumpuan individu.

Selain itu kehadiran ahli yang ramai dapat memainkan peranan sebagai

sumber dalam berkongsi maklumat, menyumbangkan pelbagai pandangan atau

meneroka nilai peribadi individu yang lain. Pandangan dan pendapat yang berbeza

dapat menjadikan sesuatu pengalaman itu lebih menarik dan lebih rapat dan berkait

dengan realiti hidup.

Seterusnya kaunseling kelompok juga berfungsi mempertingkatkan

kemahiran komunikasi ahli-ahli kumpulan. Hal ini mendedahkan ahli-ahli terhadap

keberkesanan dalam berhubung bukan sahaja dengan ahli-ahli yang lain, malah

masyarakat sekeliling. Ia melatih anggota kelompok agar berani berbicara dengan

orang ramai. Hal ini kerena kaunseling kelompok mempunyai ramai ahli. Mereka

perlu berani berbiacara di hadapan orang ramai. Selain itu, proses kaunseling

kelompok ini bukan sahaja membawa pendekatan satu hala iaitu kaunselor kepada

klien, malah ia juga turut melibatkan pendekatan klien kepada klien serta klien

kepada kaunselor. Hal ini mewujudkan solusi yang bervariasi. Akhirnya, unit

kaunseling kelompok ini menggalakkan ahli dalam menjadi penyumbang secara aktif

dalam perhubungan dengan individu lain.

Page 9: Fungsi Enam Sub Unit Dalam Bilik Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling

MAKLUMAT KERJAYA

Unit Perkhidmatan Maklumat Kerjaya memberikan perkhidmatan yang baik

untuk melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek

serta berilmu, beriman dan beramal. Unit maklumat kerjaya merupakan tempat

mengumpul, menyedia dan menyebar maklumat kerjaya, pendidikan, latihan dan

pelajaran kepada pelajar melalui risalah-risalah, buku-buku kecil, poster, hari

kerjaya, pameran kerjaya dan buletin sekolah.

Unit ini juga memberi maklumat kerjaya kepada para pelajar melalui program

dan aktiviti yang dijalankan. Para pelajar diharapkan dapat menyelesaikan masalah

pemilihan pekerjaan yang bersesuaian dengan kehendak pasaran sekarang. Ia juga

berfungsi sebagai tempat perjumpaan dengan pelajar dalam kelompok kecil

berbincang isu perkembangan kerjaya, mendapat maklumat pendidikan terkini dan

menyediakan papan kenyataan pekerjaan untuk dipamer di tempat yang strategik

atau laluan pelajar.

  Unit Maklumat kerjaya juga dapat mendedahkan para pelajar dengan 80%

peluang-peluang kerjaya yang wujud di negara ini sesuai dengan matlamat

wawasan 2020 yang memerlukan tenaga kerja dalam pelbagai bidang. Selain itu,

unit ini dapat mendedahkan para pelajar dengan 80% mengenai situasi pekerjaan

seperti suasana kerja, kenaikan pangkat, gaji, kelayakan akademik, kebajikan dalam

pekerjaan, peluang-peluang latihan dan segala maklumat tentang pekerjaan yang

ingin diceburi.

Guru Bimbingan dan Kaunseling sentiasa menambah dan mengemaskini fail-

fail maklumat kerjaya, peluang latihan, pelajaran, sosial dan peribadi di dalam ruang

tersebut. Selain itu ruang tersebut memberi maklumat dan penerangan tentang

pentingnya mengisi borang permohanan dengan tepat. Maklumat kerjaya menjadi

tempat bahan-bahan rujukan pelajar seperti maklumat IPTA/IPTS, kerjaya, motivasi,

dan maklumat terkini pendidikan. Ia juga mengelola lawatan terancang kerjaya atau

pelajaran ke kilang perusahaan atau tempat pekerjaan yang lain.

Page 10: Fungsi Enam Sub Unit Dalam Bilik Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling

Kaunselor berperanan menyediakan pelajar dengan dunia pekerjaan.

Kaunselor menyusun dan melaksanakan program-program seperti kursus kerjaya,

lawatan kerjaya dan latihan temuduga untuk membolehkan palajar mempelajari hal-

hal diri supaya pilihan bidang kerjaya yang sesuai dapat dibuat. Kaunselor

bertanggungjawab mengumpul maklumat berkenaan kerjaya serta peluang-peluang

pengajian tinggi dan latihan yang diperlukan.

Seterusnya unit ini juga membantu para pelajar menepati pemilihan kerjaya

yang realistik sesuai dengan kebolehan dan minat mereka. Tambahan pula ia

membantu para pelajar memperolehi pemahaman kerjaya dengan membina sikap

yang bersesuaian dengan pekerjaan selaras dengan permintaan sosial dan keadaan

ekonomi moden yang sentiasa berubah. Unit Maklumat Kerjaya juga membantu para

pelajar memperolehi pengalaman pendidikan yang bermakna melalui peranannya

dalam dunia pekerjaan. Ini diperolehi melalui penilaian diri mereka dengan melihat

kebolehan dan bakat dalam melakukan kerja-kerja yang produktif.

  Program yang dicadangkan akan dapat memberikan kesedaran mengenai

dunia pekerjaan supaya para pelajar mempunyai perancangan yang jelas. Di antara

program yang akan dilaksanakan adalah seperti risalah kerjaya, penggunaan media

pandang dengar, program ibubapa, ceramah kerjaya, majalah kerjaya, rundingcara

kerjaya, seminar kerjaya, lawatan, temuduga kerjaya dan ujian kerjaya. Program

yang akan dilaksanakan akan mendedahkan para pelajar tentang wujudnya pelbagai

peluang yang boleh diceburi untuk menjalani kehidupan seharian.

Kaunselor membantu pelajar dalam meneroka bidang pendidikan lebih tinggi

selepas Sijil Pendidikan Malaysia (SPM). Unit ini juga adalah memberi tunjuk ajar

dan penerangan kepada pelajar supaya memilih aliran yang perlu masuk selepas

Peperiksaan Malaysia Rendah (PMR). Pelajar di sekolah didedahkan kepada

penerokakan ke alam pendidikan dan pekerjaan dan perkembangan akademik dan

pekerjaan. Biasanya sesi ini diadakan secara kelompok dan menfokuskan kepada

apa yang yang diperlukan oleh pelajar.

  Misalnya kursus-kursus Kerjaya bertujuan mendedahkan para pelajar tentang

maklumat-maklumat kerjaya bagi persiapan setelah meninggalkan alam

persekolahan kelak. Ia akan dikendalikan oleh Kaunselor Kerjaya dengan

menjemput agensi-agensi kerajaan seperti Jabatan Buruh, Jabatan Tenaga Rakyat,

Page 11: Fungsi Enam Sub Unit Dalam Bilik Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling

Sektor-sektor Swasta dan Pusat-pusat Pengajian Tinggi (IPTA dan IPTS). Kursus

kerjaya yang akan didedahkan adalah Kursus Maklumat Pekerjaan melalui

Penerokaan dan Kursus Tentang Pekerjaan.

  Selain itu Kursus Maklumat Pekerjaan. Melalui Penerokaan ini adalah

pengenalan kepada satu contoh kursus iaitu aktiviti berorentasikan pekerjaan.

Melalui kursus ini murid mengembangkan sikap, menguji kebolehan, meluaskan

pemahaman, merangsang minat yang bersesuaian terhadap pekerjaan. Para pelajar

diberi peluang meneroka mata pelajaran seperti Sains, Agama, Matematik,

Perdagangan, Keusahawanan, Pertukangan, Ekonomi Rumah Tangga dan lain-lain

mata pelajaran dan didedahkan kesan mata pelajaran yang diambil dengan peluang

kerjaya. Melalui kursus ini pengalaman penerokaan pekerjaan diperolehi dan para

pelajar akan dapat membuat perancangan kerjaya yang realistik. 

  Kursus Tentang Pekerjaan pula meninjau secara terperinci tentang dunia

pekerjaan dalam segala aspek. Ia merangkumi kelayakan, kebajikan, gaji, kenaikan

pangkat dan lain-lain berkaitan pekerjaan. Topik-topik yang akan dimasukan dalam

Kursus Tentang Pekerjaan adalah:

Mengenali diri murid

Meneroka minat, bakat dan kebolehan diri serta meneliti kekuatan dan

kelemahan diri murid.

Meneroka pekerjaan

Membuat persediaan vokasional atau persediaan kerjaya

Langkah dan persediaan untuk mendapatkan pekerjaan

Pasaran tenaga kerja.

Program Poster Kerjaya merupakan pertandingan melukis poster-poster kerjaya

oleh para pelajar untuk ditampal di bilik unit Perkhidmatan Maklumat Kerjaya. Poster

lain tentang dunia pekerjaan akan diperolehi dari Jabatan Penerangan, Jabatan

Buruh, Jabatan Tenaga Rakyat dan IPTA serta IPTS.

Seterusnya risalah Kerjaya juga merupakan satu maklumat disimpan dan

dipamerkan didalam maklumat kerjaya. Ia adalah satu maklumat bertulis pada

sehelai kertas kecil dan mudah dibaca dan disimpan. Tujuan risalah adalah untuk

Page 12: Fungsi Enam Sub Unit Dalam Bilik Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling

memberitahu tentang perkhidmatan kerjaya secara ringkas dan tepat. Perkara yang

perlu ada pada risalah berkenaan adalah:

Jenis perkhidmatan yang ditawarkan.

Tempat perkhidmatan yang diberikan.

Masa untuk mendapatkan perkhidmatan

Pihak yang terlibat

Cogan kata

Pelan lokasi

Grafik yang mudah dan menarik.

Risalah berkenaan boleh disebarkan kepada pelajar melalui:

Dipamerkan seperti poster.

Diberikan kepada guru-guru kelas untuk ditampalkan di papan kenyataan

kelas.

Di masa perhimpunan pelajar iaitu diedarkan kepada ketua-ketua kelas.

Melalui Biro Buku Teks sekolah iaitu semasa para pelajar menerima buku

teks

Semasa majlis orentasi pelajar baru

Rundingcara Kerjaya

Tujuan rundingcara kerjaya adalah untuk memberi maklumat dan mengurus

pertemuan antara kaunselor kerjaya dengan para pelajar. Kaunselor kerjaya akan

mengunakan pelbagai teknik untuk memberikan pendedahan kepada para pelajar

tentang kerjaya yang diminati. Rundingcara kerjaya melibatkan pelbagai latar

belakang klien dengan matlamat yang berbeza tentang kerjaya yang diminati oleh

mereka.

Seminar atau Ceramah Kerjaya

Program ini bertujuan memberi peluang kepada para pelajar mendapatkan

maklumat yang tepat. Melalui program ini para penceramah akan dijemput dari

pelbagai sektor seperti agensi-agensi kerajaan, swasta, IPTA dan IPTS untuk

memberikan ceramah. Melalui pendedahan kerjaya seperti Perubatan, Ekonomi,

Page 13: Fungsi Enam Sub Unit Dalam Bilik Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling

Agama, Kejuruteraan dan pelbagai bidang, para pelajar akan dapat membuat pilihan

yang betul dan tepat bagi masa depan mereka.

  Lawatan

Program lawatan ini akan memberikan satu pengalaman baru kepada para pelajar.

Lawatan-lawatan seperti melawat syarikat-syarikat HICOM, PERWAJA, HOTEL,

PELABUHAN dan agensi kerajaan seperti PDRM, KEMENTAH, SPA, INTAN akan

mendedahkan mereka kepada pekerjaan yang diminati. Para pelajar akan mendapat

gambaran yang sebenarnya tentang gaji, tugas, kenaikan pangkat dan sebagainya.

Melalui pengalaman ini akan dapat menolong dan menimbulkan celik akal bagi

mereka untuk membuat keputusan yang baik tentang kerjaya.

Penggunaan Media Pandang Dengar

Program ini memberikan maklumat kepada para pelajar menerusi filem, video, slaid,

komputer yang memberikan maklumat kerjaya dengan tepat dan betul. Kaedah ini

boleh menyampaikan maklumat tentang keseluruhan dunia pekerjaan. Pelajar akan

dapat mengetahui perubahan yang akan berlaku di masa depan, jenis pekerjaan

yang akan terbuka peluangnya 10 tahun akan dating, industri yang akan memberi

peluang pekerjaan serta bidang yang terdapat banyak kekosonga. Maklumat-

maklumat yang terdapat perlu ditapis terlebih dahulu bagi menentukan

kesesuaiannya kepada para pelajar.

 

Page 14: Fungsi Enam Sub Unit Dalam Bilik Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling

SUDUT TERAPI

Sudut terapi membantu seseorang murid untuk bergerak-balas terhadap

sesuatu aktiviti atau kemahiran. Selain itu sudut ini dapat membantu murid-murid

bermasalah dan ketidakupayaan pembelajaran mencapai perkembangan dari segi

kognitif, emosi, sosial atau psikomotor. Ia membantu untuk meneroka

perkembangan murid-murid.

Terdapat empat terapi dalam bimbingan dan kaunseling iaitu Terapi

Perkembangan, Terapi Pencegahan, Terapi Pemulihan serta Terapi Intervensi

Krisis.

Aktiviti-aktiviti dalam terapi dapat membantu murid menguasai sesuatu

kemahiran ke peringkat yang lebih tinggi. Terdapat pelbagai terapi dalam sudut

terapi iaitu Terapi fisio dan terapi cara kerja, Terapi seni,  Terapi pasir, Terapi muzik

dan nyayian,  Pergerakan kreatif dan drama, Terapi Hidro (Air), Terapi alternative

dan Terapi pertuturan.

Sudut – sudut terapi melatih murid-murid bermasalah pembelajaran

menguasai kemahiran-kemahiran tertentu yang bersesuaian dan berkaitan dengan

kehidupan seharian. Selain itu sudut terapi mewujudkan suasana persekitaran yang

menyeronokkan. Contohnya terapi muzik dan seni mewujudkan suasana yang

menyeronokkan murid. Tambahan pula sudut ini merangsang murid untuk bergerak-

balas secara positif terhadap sesuatu kemahiran. Misalnya, mereka akan beranggap

bahawa mereka dapat menguasai sesuatu kemahiran atau topik pelajaran yang

diajar. Sudut terapi juga meningkatkan perkembangan fungsi kognitif, emosi, sosial,

dan psikomotor murid bermasalah pembelajaran. Hal ini kerana mereka melakukan

pelbagai aktiviti untuk meningkatkan perkembangannya. Contohnya melukis,

menyanyi, melakukan gerakan mengikut rentak lagu, mengawal koordinasi anggota

anggota badan dan sebagainya.

Selain itu sudut terapi mengembangkan bakat dan kreativiti murid. Misalnya

murid dapat mengembangkan bakat melukis, membuat rekaan dan corak, membuat

binaan serta menghasilkan kraftangan. Sudut terapi juga merupakan tempat yang

menunjukkan kemahiran kognitif dan psikomotor pelajar. Mereka dapat

menunjukkan bakat, psikomotor mereka di sudut terapi.

Page 15: Fungsi Enam Sub Unit Dalam Bilik Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling

Dalam terapi seni murid dapat mengenal, membezakan, dan menggunakan

warna yang betul. Mereka juga menghasilkan karya seni yang kreatif serta memberi

peluang ke arah pengembangan diri pelajar.

Sudut terapi merupakan satu tempat melakukan kemahiran motor kasar

(melalui aktiviti contengan), mengawal pergerakan motor halus (lakar, tekap,

gunting), pergerakan motor halus bebas (koyak, ramas, uli, gentel, gunting),

menguasai kemahiran melukis (lukis tanpa alatan di atas meja, udara, pasir) serta

menggunakan alatan seni lukis.

Sudut terapi juga membina kemahiran social dengan rakan dan orang

sekeliling. Misalnya dengan terapi bercerita dan bermain murid dapat membina

kemahiran sosial dengan rakan dan orang sekelilingnya. Selain itu sudut terapi

membantu mengawal dan mengamalkan tingkah laku yang baik murid serta

memupuk semangat kerjasama dan berdisiplin dalam kumpulan. Misalnya apabila

melakukan aktiviti melukis dalam kumpulan, mereka bekerjasam dalam kumpulan

untuk melakukan aktiviti melukis. Sudut tepati juga membantu murid berkemahiran

menggunakan alat muzik.

Selain itu sudut terapi membantu dan membimbing murid-murid untuk

mencapai kejayaan dalam sistem sekolah. Antara kemahiran-kemahiran yang boleh

dicapai melalui program terapi ini ialah melalui mod pengajaran bilik darjah, kaedah

bimbingan secara kumpulan dan program atau projek sekolah seperti hari kerjaya,

kursus motivasi serta seminar-seminar untuk mencapai kecemerlangan akademik.

Hasil daripada kemahiran yang telah dicapai boleh dilihat melalui tiga bidang iaitu

perkembangan kendiri/sosial, perkembangan pendidikan dan perkembangan kerjaya

murid-murid.

Bimbingan dari segi terapi perkembangan ini merujuk kepada aktiviti-aktiviti

yang berusaha untuk memotivasikan individu supaya dapat membentuk personaliti

dan konsep kendiri yang positif. Tujuannya adalah untuk membawa klien ke arah

mencapai prestasi diri yang lebih baik. Contohnya, guru kaunseling melakukan satu

aktiviti mengedarkan satu borang personaliti bagi untuk kenalpasti potensi diri serta

bakat yang tersembunyi. Borang ini boleh diberi semasa sesi seminar mengenal

Page 16: Fungsi Enam Sub Unit Dalam Bilik Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling

personaliti diri. Secara tidak langsung klien atau murid tertarik untuk mengetahui ciri-

ciri personaliti yang mereka ada, yang sebelum ini tidak pernah diketahuinya.

Seterusnya terapi pencegahan dalam sudut terapi. Tujuan utama bimbingan

terapi pencegahan ialah untuk mencegah murid-murid daripada menghadapi

masalah penyesuaian. Bimbingan atau terapi pencegahan ini juga merujuk kepada

penggunaan pendekatan untuk mencegah atau menyekat kemungkinan berlakunya

aktiviti yang tidak diingini. Contohnya seperti aktiviti penyalahgunaan dadah, AIDS,

kelakuan tidak bermoral dan sebagainya. Oleh itu kaunselor bimbingan akan

melibatkan diri dalam satu program bimbingan dan kerjaya pencegahan

komprehensif dengan menggunakan strategi –strategi seperti  intervensi awal dan

memberikan respon dengan serta-merta kepada murid-murid yang sedang

menghadapi masalah atau krisis yang mengganggu pembelajaran mereka.

Intervensi awal atau lebih dikenali sebagai pemulihan awal. Guru kaunseling

boleh mengadakan sesi kaunseling untuk mencegah masalah yang dihadapi oleh

murid di sudut terapi. Guru kelas dapat mengenalpasti sebarang masalah yang

dihadapi oleh murid di dalam kelas.

Bagi mencapai matlamat tersebut, kaunselor juga menggunakan strategi-

strategi seperti menyediakan maklumat lengkap mengenai masalah-masalah yang

dihadapi klien, bimbingan dan kaunseling individu dan kumpulan, konsultasi dengan

guru-guru lain dan ibu bapa serta merekodmendasikan masalah klien kepada pakar-

pakar lain dan ibu bapa. Alat penilaian yang digunakan oleh kaunselor dalam terapi

pencegahan ialah penilaian individu, aktiviti sokongan pembelajaran yang

dikordinasikan oleh murid-murid dan perancangan sistematik dari sekolah rendah ke

sekolah menengah. Bagi murid-murid yang menghadapi masalah akademik dan

penyesuaian yang serius maka kaunselor perlu menggunakan terapi pemulihan

untuk membantu mereka.

Seterusnya dengan sudut terapi guru kaunseling boleh mengadakan Terapi

Pemulihan. Terapi bimbingan pemulihan ialah satu integrasi strategi bimbingan dan

kaunseling dengan aktiviti bilik darjah. Tujuan utama adalah menggunakan teknik-

teknik bimbingan dan kaunseling untuk membantu murid-murid yang mempunyai

Page 17: Fungsi Enam Sub Unit Dalam Bilik Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling

masalah dalam proses pendidikan. Selain itu, dengan sudut terapi pemulihan, guru

dapat mengurangkan masalah pendidikan antara murid-murid dan sekolah.

Di dalam sudut terapi pemulihan guru merancang aktiviti-aktiviti kelab,

menstrukturkan rancangan pengajaran untuk meningkatkan pencapaian murid dan

pengajaran pemulihan dijalankan sama ada masa sistem persekolahan ataupun di

luar masa persekolahan. Pengajaran pemulihan digunakan dalam terapi bimbingan

kerana ia berbeza dari pengajaran biasa. Antara aspek-aspek penting dalam proses

terapi pemulihan ialah :

•      Membekalkan kemahiran belajar

•      Menyiasat dan menyemak kehadiran murid-murid ke sekolah

•      Meningkatkan ilmu kendiri

•      Membincang kemungkinan untuk pendidikan masa depan

•      Membincang profesion, kerjaya dan kehidupan bekerja

Di dalam sudut ini murid dibekalkan kemahiran belajar kepada murid. Contohnya

menyatakan kebaikan serta kelebihan kaedah belajar secara individu ataupun

secara berkumpulan. Ini membantu murid mengetahui kecenderungan mereka untuk

mempersiapkan diri apabila mengahadapi ujian mahupun peperiksaan. Seterusnya

menyiasat dan menyemak kehadiran murid-murid ke sekolah. Dengan berbuat

demikian, guru kaunseling dapat mengenalpasti murid yang bermasalah untuk

datang atau hadir ke sekolah.

Sudut terapi pemulihan meningkatkan ilmu kendiri. Bantuan daripada guru

kaunseling untuk membimbing murid meningkatkan ilmu kendiri yang berkaitan

dengan diri murid itu sendiri. Peningkatan ilmu kendiri di kalangan murid membantu

mereka menerima baik buruk tingkahlaku yang telah sedia ada di samping berusaha

untuk memupuk satu sikap yang baik dari semasa ke semasa dengan terapi yang

ada.

Tambahan pula Sudut terapi juga berfungsi sebagai Terapi Intervensi Krisis.

Terapi ini diadakan untuk membantu murid menghadapi serta mengendalikan

situasi-situasi kritikal atau kejadian-kejadian yang berlaku dalam kehidupannya.

Bimbingan krisis adalah satu pendekatan bimbingan yang merujuk kepada kes-kes

Page 18: Fungsi Enam Sub Unit Dalam Bilik Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling

kritikal. Terapi ini membantu murid untuk mengurangkan stress, ketegangan dan

kekecewaan di sekolah. Seterusnya terapi ini meningkatkan keyakinan mengenai

kemahiran dan kebolehan di tempat kerja serta menstabilkan emosi. Selain itu terapi

ini meningkatkan produktiviti dan mengurangkan kebimbangan dan tingkah laku

yang tidak diingini. Misalnya mengurangkan masalah ponteng sekolah. Justeru

terapi ini juga menbantu mengurangkan dan mengikis sikap dan perasaan negative.

Contohnya merendahkan diri dalam kalangan rakan-rakan mereka. serta

mengurangkan penderitaan emosi disebabkan krisis.

Sudut terapi membantu memberikan maklumat, aktiviti dan struktur yang akan

membantu individu memulih dan bergerak daripada krisis. Kaunselor membimbing

murid-murid di dalam sudut terapi untuk memahami potensi individu bagi

menghadapi krisis bagi pertumbuhan kendiri serta memberi peluang kepada mereka

untuk menemui potensi kendiri tertinggi. Kaunselor membantu klien-klien untuk

memahami cara-cara yang paling penting dalam menyelesaikan masalah peribadi

dengan resos-resos dan kebolehan yang ada semasa sesuatu krisis berlaku. Sudut

terapi membantu individu menjadi aktif dalam cara-cara untuk menamatkan sesuatu

krisis.

Sudut terapi juga meyakinkan murid-murid untuk menerima kenyataan

bahawa krisis ialah masa kesedihan dan cara mereka respon adalah penting. Murid-

murid akan merasa yakin jika mereka dapat mengatasi masalah. Sudut terapi juga

merupakan salah satu tempat menghapuskan gejala negatif. Kaunselor menasihati

klien tidak terjebak gejala negatif kerana setengah dari sesuatu krisis adalah hasil

daripada (adiksi). Sudut terapi juga mencipta Penggantungan Sementara. Kaunselor

membimbing individu-individu untuk membina hubungan ringkas yang sementara

kerana penggantungan sihat ini boleh menolong mereka berkongsi kesedihan dan

kesakitan mereka.

Akhirnya sudut terapi membantu klien menghadapi ketakutan dan kesakitan

emosi. Kaunselor akan mengingatkan klien bahawa menghadapi kesakitan emosi

adalah respon yang paling sihat semasa krisis berlaku.

Page 19: Fungsi Enam Sub Unit Dalam Bilik Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling

http://norhayatid20112054380.blogspot.com/2012/12/keperluan-terapi-untuk-

murid-pendidikan.html

 mengamalkan semangat kerjasama dan berdisiplin dalam kumpulan

-          berkemahiran menggunakan alat muzik

-          melakukan gerakan mengikut rentak lagu

-          mengenal lagu berdasarkan melodi

-          mengawal koordinasi anggota anggota badan

-          melakonkan dan menghayati berbagai watak

-          mengawal dan mengamalkan tingkah laku yang  baik

-          membina kemahiran sosial dengan rakan dan orang keliling

Page 20: Fungsi Enam Sub Unit Dalam Bilik Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling

Aplikasi Terapi Realiti Dalam Kaunseling

http://www.slideshare.net/herneyaqilah/9-bimbingan-dan-kaunseling?related=1

http://www.oocities.org/collegepark/campus/7323/a9.htm

http://kisahkelaskita.blogspot.com/2011/01/edu-3107-tutorial.html

Page 21: Fungsi Enam Sub Unit Dalam Bilik Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling

https://www.scribd.com/doc/89771853/Bimbingan-Dan-Kaunseling-Assign-1

http://hpada.blogspot.com/2012/10/proses-kaunseling-individu_30.html

http://ilmukaunseli ng.blogspot.com/2012/11/kaunselingkelompok-definisi.html