bilik gerakan sekolah menengah kebangsaan tenom

Upload: arul-moorthy

Post on 18-Jul-2015

118 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Bilik Gerakan Sekolah Menengah Kebangsaan TenomBilik Gerakan SMK Tenom ditubuhkan pada tahun 1989 hasil dari pengubahsuaian sebuah bilik darjah yang terletak bersebelahan dengan bilik guru. Kini, Bilik Gerakan SMK Tenom telah dilengkapi dengan sebuah meja persidangan hasil daripada sumbangan PIBGU, papan-papan kenyataan, white-board, kabinet-kabinet, kerusi, televisyen, video, OHP dan set kusyen rotan sumbangan daripada kelab guru. Matlamat Bilik Gerakan a. Meninjau pencapaian perancangan sekolah dalam bidang pentadbiran, kurikulum, ko-kurikulum dan bahagian kebajikan. b. Dapat mengadakan mesyuarat, perjumpaan, perbincangan, pengajaran/pembelajaran dan sebagainya dengan lebih selesa dan sistematik. c. Mengeratkan lagi hubungan dan ekrjasama antara ibubapa dan guru. Fungsi Bilik Gerakan a. Sebagai bilik mesyuarat sekolah dan daerah. b. Tempat menjalankan kursus-kursus seperti KBSM, KBSR Ko-kurikulum dan sebagainya. c. Penggerak jentera pentadbiran sekolah. d. Menyimpan dan memaparkan maklumat sekolah dan daerah yang berhubung dengan setiap bahagian pentadbiran sekolah. e. Bilik tambahan untuk Alat Pandang Dengar dalam pengajaran dan pembelajaran. f. Bilik rehat dan perbincangan untuk meningkatkan lagi mutu pengajaran dan pembelajaran bagi semua guru. Pembahagian Bilik Gerakan

Untuk mengemaskinikan lagi, Bilik Gerakan telah dibahagikan kepada beberapa bahagian seperti: a. b. c. d. e. Bahagian pentadbiran. Bahagian kurikulum. Bahagian kebajikan. Bahagian ko-kurikulum. Bahagian KBSM Daerah.

Setiap Bahagian terdapat AJK yang ditugaskan untuk melaksanakan peranan masing-masing. Penutup Dengan tertubuhnya Bilik Gerakan ini, sistem pentadbiran di SM Tenom dapat dijalankan dengan lebih kemas dan lebih berkesan lagi dari masa ke semasa.