disediakan oleh : en sugumar a/l baby penyelia...

27
Disediakan oleh : EN SUGUMAR A/L BABY PENYELIA HOSPITAL PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN U32

Upload: lydang

Post on 17-Jun-2019

226 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Disediakan oleh : EN SUGUMAR A/L BABY

PENYELIA HOSPITAL

PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN U32

Manual Plan Tindakan Kebakaran Hospital Sungai Siput Terbitan 2019

1

PLAN TINDAKAN KEBAKARAN BERKUATKUASA BERMULA PADA DAN AKAN

DIKEMASKINI SETIAP TIGA TAHUN SEKALI ATAU SERTA MERTA SEKIRANYA TERDAPAT PERUBAHAN DARI SEGI DASAR PERLAKSANAAN.

SEMAKAN TARIKH DISAHKAN / LULUS DIGUNAKAN

CATATAN

SEMAKAN

PERTAMA

DR. LIAW KOK TOON AMP, MBBS Pengarah Hospital

Hospital Sungai Siput PERAK DARUL RIDZUAN’

No. MMC:46686

Pelan tindakan kebakaran telah digubal dari pelan asal terbitan 2015. Plan dikemaskini bagi tujuan Penambahbaikkan dari segi dasar perlaksanaan

SEMAKAN

KEDUA

SEMAKAN

KETIGA

SEMAKAN

KEEMPAT

SEMAKAN

KELIMA

Manual Plan Tindakan Kebakaran Hospital Sungai Siput Terbitan 2019

2

Kandungan Muka surat

1

Pengenalan

3

3 Keselamatan & Pencegahan Kebakaran

Langkah-Langkah Mencegah Kebakaran Semasa Kebakaran Prosedur Pengosongan Bangunan (Evakuasi ) Bilik Gerakan Takrif dan Istilah

4

5 Tugas dan Tanggungjawab

Anggota Wad/Unit Pengarah Hospital Penyelia Hospital Ketua Penyelaras Peringkat Wad/Unit Timbalan Penyelaras Peringkat Wad/Unit Pakar Psikiatri & Pegawai Perubatan Operator Telefon Anggota Khidmat Sokongan Hospital (HSS) Pengawal Keselamatan

10

6 Lampiran-Lampiran

Carta Aliran Pengosongan Bangunan (Evakuasi) Carta Aliran Tugas Penyelaras Wad/Unit Semasa Belaku Kebakaran Carta Aliran Tugas Dan Tanggungjawab Operator Telefon Semasa

Berlaku Kebakaran Carta Aliran Tugas Dan Tanggungjawab Pengawal Keselamatan

Semasa Berlaku Kebakaran Notis Tindakan Apabila Terperangkap Di dalam Asap Pelan Tindakan Kebakaran Untuk Hospital sungai siput Jawatankuasa Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan HSS

Surat Lantikan ( FOS ) Fire Safety Officer No telefon Agensi berkaitan

15

Manual Plan Tindakan Kebakaran Hospital Sungai Siput Terbitan 2019

3

1.0 PENGENALAN Pelan Tindakan Kebakaran ini disediakan berpandukan kepada :

1.1 Arahan Perkhidmatan 1986, Bab Lapan Peraturan Am; 1.1.1 Mencegah Kebakaran Jabatan-jabatan hendaklah mengadakan latihan dari masa ke semasa bagi

kakitangan-kakitangan mereka tentang cara-cara mencegah kebakaran seperti

penggunaan pemadam api dan tindakan-tindakan menyelamatkan diri apabila

berlaku kebakaran di pejabat-pejabat, terutamanya di bangunan-bangunan tinggi.

Latihan-latihan ini patut di adakan sekali setahun. Jabatan Bomba akan sedia

memberi nasihat dan membantu di dalam latihan-latihan ini yang diaturkan oleh

jabatan-jabatan. Untuk tujuan di atas, adalah juga perlu bagi ketua-ketua jabatan

menghantar pegawai mereka ke Pusat Latihan Bomba untuk menerima latihan

persendirian tentang mencegah kebakaran atau bertindak semasa berlaku

kebakaran di pejabat-pejabat.

1.1.2 Pemeriksaan Tahunan Pemadam Api Ketua-ketua jabatan hendaklah menentukan bahawa alat-alat pemadam api

mestilah di buat pemeriksaan secara berkala dengan perakuan dari Jabatan Bomba

dan Penyelamat sekurang-kurang (1) tahun.

1.1.3 Bilik Rekod Simpanan Api Jabatan-jabatan tertentu seperti Jabatan Rekod Pesakit, Pentadbiran dan Unit Hasil

hendaklah mengadakan bilik simpanan rekod-rekod penting yang tahan api atau

lain-lain cara penyimpanan rekod supaya apabila atau sekiranya berlaku sebarang

kebakaran pada bangunan maka rekod-rekod penting tidak akan terhangus. 3

2.0 OBJEKTIF

2.1 Secara umumnya untuk semua kakitangan HSS bagi meningkatkan tahap

pengetahuan dan kemahiran keselamatan kebakaran dan evakuasi bangunan.

2.2 Khasnya untuk petugas-petugas keselamatan atau pegawai yang bertanggungjawab dalam menyelia dan mengawasi keselamatan kebakaran.

Manual Plan Tindakan Kebakaran Hospital Sungai Siput Terbitan 2019

4

3.0 KESELAMATAN DAN PENCEGAHAN KEBAKARAN

LANGKAH-LANGKAH MENCEGAH KEBAKARAN

3.1. SEBELUM KEBAKARAN :

3.1.1 Mengadakan program penerangan dan kesedaran bagi mencegah kebakaran di Unit / Wad secara berterusan sekurang-kurangnya dua kali setahun.

3.1.2 Sentiasa peka akan risiko kebakaran dengan mengutamakan

pencegahan. 3.1.3 Elakkan dari menyimpan timbunan buku / majalah / kertas / perabut yang

berlebihan pada satu-satu tempat. 3.1.4 Simpan bahan yang mudah terbakar di tempat selamat. 3.1.5 Jauhkan bahan yang mudah terbakar dari punca api.

3.1.6 Papan tanda ”Kawasan Larangan Merokok” perlu dipamerkan dengan jelas di tempat strategik.

3.1.7 Sentiasa berhati-hati semasa menggunakan peralatan elektrik. 3.1.8 Laporkan dengan segera kepada pihak yang berkaitan bila ada berlaku

kerosakan pada alat-alat elektrik atau risiko kebakaran.

3.1.9 Lekatkan label ROSAK atau BAHAYA dengan jelas pada peralatan elektrik yang rosak.

3.1.10 Jangan cuba baiki sendiri bila berlaku kerosakan pada peralatan elektrik. 3.1.11 Gunakan peralatan elektrik yang dibenarkan sahaja di Wad / Unit. 3.1.12 Matikan semua suis kipas, lampu, alat hawa dingin apabila tidak

digunakan. 3.1.13 Jangan gunakan multi soket. 3.1.14 Pelan Evakuasi Kebakaran bagi setiap Wad / Unit dipamerkan di tempat-

tempat yang strategik. 3.1.15 Pastikan setiap anggota tahu di mana dan cara penggunaann alat-alat

pemadam api yang ada di Wad / Unit. 3.1.16 Pastikan penyelengaraan ke atas alat-alat pemadam api yang ada di Wad

/ Unit dilakukan mengikut jadual.

Manual Plan Tindakan Kebakaran Hospital Sungai Siput Terbitan 2019

5

3.1.17 Laporkan kepada pihak Edgenta sekiranya ada kerosakan atau

kebocoran pada alat pemadam api. 3.1.18 Pastikan semua pintu kecemasan sentiasa boleh dibuka. Kunci di

simpan di tempat yang ditetapkan dan mudah diambil. 3.1.19 Jangan menghalang pintu kecemasan dan laluan kecemasan. 3.1.20 Kemaskinikan buku panduan pelan kebakaran dari masa ke semasa. 3.1.21 Pastikan penyelenggaraan peralatan elektrik dijalankan mengikut jadual. 3.1.22 Pastikan pemeriksaan pendawaian dijalankan mengikut jadual.

3.2 SEMASA KEBAKARAN :

3.2.1 Arahan Tetap Semasa Berlaku Kebakaran Di Wad / Unit :

3.2.1.1 Cuba padamkan api dengan alat-alat pemadam api yang sedia ada didalam Wad / Unit dengan tidak membahayakan diri sendiri.

3.2.1.2 Tinggalkan bangunan melalui pintu keluar yang paling hampir dengan

anda seberapa segera yang boleh. 3.2.1.3 Jangan kelam kabut semasa keluar dari bangunan. 3.2.1.4 Jangan pergi ke tandas dan sebagainya. 3.2.1.5 Jangan berhenti dipertengahan jalan atau berpatah balik untuk

mengambil barang atau sesuatu yang tertinggal. 3.2.1.6 Laporkan diri di tempat berkumpul dan pastikan nama anda dipanggil

semasa ‘Roll Call’.

3.2.2 Mengawal Keadaan

3.2.2.1 Apabila kebakaran dikesan, perkara-perkara berikut hendaklah dipatuhi:-

3.2.2.1.1 Semua anggota yang terlibat hendaklah bertenang.

3.2.2.1.2 Tenangkan semua pesakit yang berada didalam wad.

Manual Plan Tindakan Kebakaran Hospital Sungai Siput Terbitan 2019

6

3.2.3 Bertindak Dengan Bijak

3.2.3.1 Apabila berlaku kebakaran, adalah amat mustahak untuk mengambil

tindakan yang segera bagi:

3.2.3.1.1 Mengawal kebakaran dari merebak.

3.2.3.1.2 Menyelamatkan orang yang tidak berupaya dahulu.

3.2.4 Hubungi Bomba Dan Penyelamat

3.2.4.1 Hubungi Operator Telefon Hospital Sambungan 0 bagi menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat dengan memberi butir-butir kebakaran:- 3.2.4.1.1 Tempat kejadian

3.2.4.1.2 Jenis kebakaran ( tilam, perabot, linen, bangunan, minyak)

3.2.4.1.3 Nama dan jawatan yang melapor

3.2.4.1.4 Tahap kebakaran

3.2.5 Tindakan Serta Merta Yang Perlu Diambil Apabila Kebakaran

Berlaku

3.2.5.1 Laporkan kepada Operator Telepon Sambungan 0. 3.2.5.2 Kesan punca kebakaran dengan menilai tahap dan jenis kebakaran dan

cuba padamkan tanpa membahayakan diri. 3.2.5.3 Buka semua laluan keluar dan pintu kecemasan yang berkenaan dan

pastikan laluan tidak terhalang. 3.2.5.4 Beritahu anggota yang berhampiran dengan tempat kejadian. 3.2.5.5 Pindahkan semua pesakit dengan teratur ke tempat yang ditetapkan.

Berikan keutamaan kepada yang tidak berupaya dahulu. Sila rujuk pelan pengosongan (Evakuasi) Bangunan.

3.2.5.6 Pindahkan semua peralatan yang mudah terbakar atau boleh meletup. 3.2.5.7 Pindahkan semua dokumen penting.

Manual Plan Tindakan Kebakaran Hospital Sungai Siput Terbitan 2019

7

3.2.6 Cuba Halang Api Dari Merebak

3.2.6.1 Api dan asap boleh dihalang dari merebak dengan cepat dengan

mengikuti langkah-langkah berikut:

3.2.6.1 Tutup semua pintu dan tingkap dimana berlaku kebakaran dan memastikan tiada sesiapa pun yang berada di tempat tersebut.

3.2.6.2 Cuba padamkan api dengan menggunakan:

3.2.6.2.1 Alat pemadam api yang sedia ada

3.2.6.2.2 Bahan-bahan yang lain yang bersesuaian (Guni

Basah, Kain Basah)

3.2.7 Perkara-Perkara Yang Perlu Diambil Perhatian

3.2.7.1 Pastikan semua pesakit yang berdekatan dengan tempat berlakunya

kebakaran dipindahkan ke tempat yang selamat. 3.2.7.2 Lakukan pengosongan bangunan apabila difikirkan perlu.

3.2.8 Memastikan Semua Pesakit Dan Anggota Meninggalkan Wad/Unit

3.2.8.1 Penyelaras Wad / Unit hendaklah memastikan semua pesakit / anggota /

orang awam keluar dari Wad / Unit dan pastikan tiada yang tertinggal.

3.2.9 Hitung Kepala

3.2.9.1 Penyelaras Wad / Unit hendaklah membuat kiraan kepala untuk:-

3.2.9.1.1 Memastikan semua anggota dan pesakit selamat 3.2.9.1.2 Memastikan tiada yang tertinggal di tempat kejadian 3.2.9.1.3 Tindakan menyelamat hendaklah dilakukan sekiranya ada

mangsa yang masih tertinggal.

Manual Plan Tindakan Kebakaran Hospital Sungai Siput Terbitan 2019

8

3.2.10 Laluan Keluar/Pintu Kecemasan 3.2.10.1 Pastikan semua pintu kecemasan dan laluan keluar dibuka dan tidak

terhalang.

3.2.11 Mematikan Suis Peralatan Letrik

3.2.11.1 Penyelaras peringkat Wad / Unit hendaklah memastikan semua suis

peralatan elektrik sudah dimatikan sebelum meninggalkan tempat kebakaran.

3.2.11.2 Sekiranya kebakaran berlaku pada waktu malam, jangan sekali-kali

memadamkan lampu. Cahaya lampu adalah mustahak pada masa melakukan gerakan menyelamat pada waktu malam.

3.2.12 Oksigen Dan Gas Perubatan

3.2.12.1 Sekiranya terdesak dan tiada pesakit yang menggunakan bekalan

oksigen dan lain-lain gas perubatan, tutup bekalan gas tersebut dan hubungi Perkhidmatan Sokongan Hospital untuk memutuskan terus bekalan tersebut.

3.2.13 Menunggu Pasukan Bomba Dan Penyelamat

3.2.13.1 Penyelaras peringkat Wad/Unit hendaklah mengarahkan salah seorang

anggota untuk menunggu Pasukan Bomba dan Penyelamat di laluan masuk tempat kejadian bagi menunjuk arah ke lokasi kebakaran.

3.2.14 Prosedur Pengosongan Bangunan (Evakuasi)

3.2.14.1 Evakuasi ialah mengeluarkan pesakit atau orang awam atau anggota dari

bangunan akibat dari bencana dengan segera dan selamat apabila pengisytiharan pengosongan bangunan dibuat oleh pegawai yang diberi kuasa.

Manual Plan Tindakan Kebakaran Hospital Sungai Siput Terbitan 2019

9

3.2.15 Bagaimana Membuat Keputusan Pengososngan Bangunan

(Evakuasi)

3.2.15.1 Sebelum membuat pengosongan bangunan akibat kebakaran, Faktor-faktor berikut hendaklah diambil kira :-

3.2.15.1.1 Lokasi kebakaran

3.2.15.1.2 Sejauh mana api merebak/asap

3.2.15.1.3 Adanya bahan-bahan kimia dan gas yang mudah

terbakar.

3.2.16 Kuasa Mengisytiharkan Evakuasi

3.2.16.1 Kuasa mengisytiharkan pengosongan (Evakuasi) bangunan untuk

keseluruhan atau sebahagian hospital adalah tanggungjawab Pengarah Hospital atau Pegawai yang diberi kuasa oleh Pengarah Hospital.

3.2.16.2 Pengarah Hospital bertindak atas nasihat Pegawai Bomba yang berada

di tempat kejadian. 3.2.16.3 Pengarah Hospital atau Pegawai yang diberi kuasa boleh

mengisytiharkan Evakuasi sebelum ketibaan Pegawai Bomba jika difikirkan perlu untuk keselamatan pesakit atau orang awam.

3.2.17 Langkah-Langkah Dan Peraturan Semasa Pengosongan Bangunan

3.2.17.1 Semua pintu kecemasan hendaklah dibuka

3.2.17.2 Gunakan laluan keluar yang ditetapkan/arahkan

3.2.17.3 Berkumpul di tempat yang telah ditetapkan/arahkan

3.2.17.4 Matikan semua suis untuk peralatan elektrik yang perlu

3.2.17.5 Sentiasa beringat dan berwaspada terhadap risiko yang tidak diduga.

3.3 BILIK GERAKAN

3.3.1 Bilik gerakan hendaklah ditubuhkan serta merta oleh Pengarah Hospital.

Manual Plan Tindakan Kebakaran Hospital Sungai Siput Terbitan 2019

10

3.3.2 Penyelia Hospital adalah dipertanggungjawabkan untuk menyelia Bilik

Gerakan. 3.3.3 Bilik Gerakan adalah dipertanggungjawabkan untuk mengemaskini

maklumat semasa. 3.3.4 Hanya anggota kanan sahaja yang dibenarkan berada di Bilik Gerakan. 3.3.5 Hanya Pengarah Kesihatan Negeri sahaja yang boleh membuat

kenyataan akhbar. 3.3.6 Bedah siasat untuk kejadian kebakaran hendaklah dibuat serta merta.

4.0 TAKRIF DAN ISTILAH

a. PENGARAH HOSPITAL ialah Pengarah Hospital Hospital Sungai Siput

b. PENYELIA HOSPITAL ialah Penyelia Pen Pegawai Perubatan Hospital Sungai Siput

c. Penyelaras Peringkat Wad / Unit ialah Ketua Unit / pegawai yang paling kanan.

d. Timbalan Penyelaras Wad / Unit ialah Pegawai Kanan Kedua

5.0 TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

5.1 TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENGARAH HOSPITAL

5.1.1 Mengisytiharkan pengosongan bangunan (evakuasi) sekiranya perlu. 5.1.2 Memastikan kerja-kerja evakuasi bangunan dibuat dengan cepat,

selamat dan teratur. 5.1.3 Menentukan anggota yang menolong dalam evakuasi mencukupi. 5.1.4 Berkerjasama dengan Bomba untuk kerja-kerja menyelamat. 5.1.5 Menentukan arahan tempat untuk berkumpul dipatuhi. 5.1.6 Menghubungi Hospital lain untuk bantuan sekiranya perlu. 5.1.7 Menubuhkan dan mengetuai bilik gerakan.

Manual Plan Tindakan Kebakaran Hospital Sungai Siput Terbitan 2019

11

5.1.8 Maklumkan kepada Pengarah Kesihatan Negeri. 5.1.9 Menubuhkan Ahli Jawatankuasa Penyiasat (post mortem). 5.1.10 Memastikan latihan pengosongan bangunan dan cara menggunakan

pemadam api dibuat sekurang-kurangnya setahun sekali.

5.1.11 Mengambil langkah-langkah pencegahan secara berterusan.

5.2 TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENYELIA HOSPITAL

5.2.1 Mengambil tugas Pengarah Hospital atas nasihat dari Wakil Pengarah

semasa ketiadaan beliau.

5.2.2 Membantu dalam kerja-kerja Pengarah Hospital semasa berlaku kebakaran.

5.2.3 Mengambil langkah-langkah pencegahan seperti:-

5.2.3.1 Membuat pemeriksaan bangunan

5.2.3.2 Latihan dan demonstrasi pengosongan bangunan dan

menggunakan alat pemadam api

5.2.3.3 Menyimpan Pelan Kontinjensi yang mengandungi pelan Hospital Sungai Siput dengan pintu-pintu keluar masuk, pelan lokasi pili Bomba dan alat-alat pemadam api, pelan lantai setiap unit bangunan dan pelan bilik suis elektrik setiap Jabatan/unit.

5.2.3.4 Menyimpan senarai nama, alamat dan nombor telefon semua

ketua jabatan dan kakitangan penting hospital. 5.2.3.5 Menyediakan pengangkutan untuk membawa kakitangan yang

penting semasa kebakaran atau memindahkan pesakit-pesakit yang terlibat ke hospital lain.

5.2.3.6 Mendapatkan maklumat dan merekod semua aktiviti semasa

berlaku kebakaran.

5.3 TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEGAWAI KESELAMATAN

KEBAKARAN 5.3.1 Memastikan langkah-langkah keselamatan kebakaran yang digariskan

oleh Jawatankuasa Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan di patuhi setiap masa oleh semua kakitangan hospital.

Manual Plan Tindakan Kebakaran Hospital Sungai Siput Terbitan 2019

12

5.3.2 Memberi laporan tentang kedudukan keselamatan kebakaran di hospital dan mengambil tindakan susulan atas segala keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa tersebut pada setiap mesyuaratnya.

5.3.3 Memastikan alat-alat pemadam api, sistem pancur basah atau pancur

kering (sprinkler), alat semburan bantu mula (hose reel) dan sistem penggera kebakaran berada di dalam keadaan baik dan berfungsi setiap masa. Alat-alat perlu di periksa bersama pihak Bomba (jika ada keperluan yang dibangkitkan) atau pemeriksaan secara berkala bersama-sama Edgenta Mediserve Sdn Bhd.

5.3.4 Memastikan lampu-lampu pintu keluar kebakaran sentiasa di pasang dan

berfungsi sepenuh masa. 5.3.5 Menyimpan rekod segala tindakan keselamatan kebakaran yang telah di

ambil atau di laksanakan sepanjang tahun. 5.3.6 Menghubungi pihak Bomba untuk mengadakan latihan untuk kakitangan

tentang cara-cara menggunakan alat-alat kawalan pemadam api, cara-cara menyelamatkan diri dan cara-cara memindahkan pesakit sekurang-kurangnya sekali setahun.

5.3.7 Menghubungi pihak Bomba untuk mengadakan kawat (drill) kebakaran

sekali setahun. 5.3.8 Membantu Pengarah Hospital menyelaras operasi kawalan kebakaran

semasa berlaku kebakaran. 5.4 TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENYELARAS PERINGKAT WAD /

UNIT 5.4.1 Arahkan anggota untuk memadamkan api sekiranya mampu. 5.4.2 Arah timbalan untuk memberitahu operator telepon dengan serta merta. 5.4.3 Arahkan anggota untuk membuka pintu yang berkaitan dan pastikan

semua laluan keluar/pintu kecemasan tidak terhalang. 5.4.4 Pindahkan pesakit ke tempat yang selamat dan jauh dari tempat

kebakaran / tempat berkumpul yang ditetapkan. 5.4.5 Menyelaras anggota semasa evakuasi. 5.4.6 Memastikan semua pesakit / orang awam / anggota telah keluar dari

bangunan ke tempat berkumpul yang selamat dengan membuat hitungan kepala.

5.4.7 Tubuhkan pasukan pencari sekiranya hitungan kepala di tempat

berkumpul berkurangan:

Manual Plan Tindakan Kebakaran Hospital Sungai Siput Terbitan 2019

13

5.4.7.3 Di dalam bangunan dan luar bangunan sekiranya Pasukan Bomba belum tiba.

5.4.7.4 Diluar bangunan sahaja sekiranya Pasukan Bomba sudah tiba.

5.4.8 Maklumkan kepada Bomba dan Pengarah Hospital. 5.4.9 Membantu bomba dalam kerja menyelamat. 5.4.10 Memastikan suis utama dimatikan. 5.4.11 Memastikan bantuan anggota dari wad lain hanya untuk menjaga

pesakit. 5.4.12 Memastikan rekod-rekod pesakit ditempatkan di tempat yang selamat. 5.4.13 Aturkan penempatan pesakit dan pastikan semua pesakit sentiasa

bertenang. 5.4.14 Memeriksa bangunan 5.4.15 Memberi latihan dan kesedaran kepada anggota akan kepentingan

pencegahan.

5.5 TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB TIMBALAN PENYELARAS

PERINGKAT WAD / UNIT

5.5.1 Mengambil alih tugas Penyelaras Peringkat Wad ketika ketiadaan beliau.

5.5.2 Membantu tugas Penyelaras Peringkat Wad/Unit.

5.6 TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB ANGGOTA WAD / UNIT

5.6.1 Semua anggota dikehendaki mengetahui dan memahami semua

prosedur plan tindakan kebakaran dan tahu bertindak semasa berlaku kebakaran

5.6.2 Ketua Jabatan / Wad / Unit hendaklah berupaya untuk mengetuai aktiviti

pencegahan kebakaran, demonstrasi evakuasi dan cara-cara menggunakan alat pemadam api.

5.6.3 Ketua Wad / Unit yang tidak terlibat dengan kebakaran hendaklah

sentiasa bersedia untuk menghulurkan bantuan.

5.7 TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB OPERATOR TELEFON

5.7.1 Beritahu Pasukan Bomba dengan segera dengan memberikan butir-butir

yang lengkap seperti:

Manual Plan Tindakan Kebakaran Hospital Sungai Siput Terbitan 2019

14

5.7.1.1 Nama dan Lokasi Hospital.

5.7.1.2 Lokasi kebakaran.

5.7.1.3 Jenis kebakaran jika diketahui. 5.7.2 Maklumkan kepada:

5.7.2.1 Penolong Pegawai Perubatan Jabatan Kecemasan & Trauma

5.7.2.2 Pengarah Hospital

5.7.2.3 Penyelia Hospital

5.7.2.4 Khidmat Sokongan Hospital (Edgenta) Sambungan 5128

5.7.2.5 Polis

5.7.2.6 Pengawal Keselamatan

5.7.3 Catit masa untuk semua mesej yang diterima dan panggilan yang dibuat

semasa berlaku kebakaran.

5.8 TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB KHIDMAT SOKONGAN HOSPITAL

(Edgenta)

5.8.1 Mematikan alat hawa dingin dan unit pengudaraan yang dikawal secara

sistem pusat. 5.8.2 Putuskan semua sambungan gas ke tempat yang terlibat. 5.8.3 Bertanggungjawab keatas ‘panel kawalan’. 5.8.4 Memastikan semua alat-alat perhubungan sentiasa berfungsi. 5.8.5 Membantu bomba dalam mengenalpasti pelan bangunan. 5.8.6 Memastikan laluan bomba sentiasa tidak terhalang. 5.8.7 Tutup bekalan air ke semua Wad dan Unit serta ‘Boiler’ untuk

memastikan bomba dapat bekalan air yang mencukupi.

5.9 TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENGAWAL KESELAMATAN

5.9.1 Tutup jalan masuk ke Hospital dari orang awam.

5.9.2 Halang orang awam dari mendekati kawasan kebakaran.

5.9.3 Menerima arahan dari masa ke semasa dari pihak yang

bertanggungjawab.

Manual Plan Tindakan Kebakaran Hospital Sungai Siput Terbitan 2019

15

6.0 LAMPIRAN

Lampiran 1 Carta Aliran Pengosongan Bangunan (Evakuasi)

Lampiran 2 Carta Aliran Tugas Penyelaras Wad/Unit Semasa Kebakaran

Lampiran 3 Carta Aliran Tugas Dan Tanggungjawab Operator

Lampiran 4 Carta Aliran Tugas Dan Tanggungjawab Pengawal Keselamatan

Lampiran 5 Notis Tindakan Apabila Terperangkap Di dalam Asap

Lampiran 6 Jawatankuasa keselamatan kebakaran

Lampiran 7 Jawatankuasa Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan Hospital Sungai Siput

Lampiran 8 Jawatankuasa Keselamatan & Kesihatan Pekerja Hospital Sungai Siput

Lampiran 9 Lokasi berkumpul mengikut zon

Lampiran 10 Peralatan Pencegah, Penggera Dan Sistem Amaran Kebakaran Hospital Sungai Siput

Lampiran 11 Senarai nombor telefon agensi berkaitan

Manual Plan Tindakan Kebakaran Hospital Sungai Siput Terbitan 2019

16

CARTA ALIRAN PENGOSONGAN BANGUNAN

(EVAKUASI)

Bila ada kebakaran Membunyikan penggera / menjerit API !! untuk perhatian Cuba padamkan api dengan alat pemadam api dan pecahkan “ BREAK GLASS” penggera kebakaran

Hubungi operator sambungan 0

Bersedia untuk pengosongan bangunan keluar dengan menggunakan pintu yang paling hampir dengan teratur

Tutup semua pintu dengan memastikan tiada yang tertinggal Pergi ke ke tempat berkumpul yang betul mengikut ZON

Buat hitungan kepala Tunggu arahan selanjutnya dan bertenang

1

9 1

2

8

7

3

5

6

10

12 8

4 1

Dapat

dipadamkan

Bertenang dan tunggu arahan

selanjutnya

Tidak dapat

dipadamkan

Cukup

Tidak cukup

11

Beritahu

pasukan

penyelamat

LAMPIRAN 1

Manual Plan Tindakan Kebakaran Hospital Sungai Siput Terbitan 2019

17

LAMPIRAN 2

CARTA ALIRAN TUGAS PENYELARAS WAD/UNIT

SEMASA BERLAKU KEBAKARAN

ARAH ANGGOTA MEMADAM API 1.FIRE EXTINGUISHER 2.HOSE REEL

ARAH TIMBALAN PENYELARAS

HUBUNGI OPERATOR

ARAH ANGGOTA MEMBUKA PINTU KECEMASAN/LALUAN KELUAR YANG BERKENAAN

PENYELARAS WAD/UNIT

BUAT HITUNGAN

KEPALA

PINDAHKAN PESAKIT KE TEMPAT

SELAMAT

PASTIKAN TIADA MANGSA YANG

TERTINGGAL DI DALAM BANGUNAN

Tubuhkan pasukan

mencari:

Diluar bangunan

sekiranya bomba belum

sampai

ATUR PENEMPATAN PESAKIT

Cukup

Tidak Cukup

Manual Plan Tindakan Kebakaran Hospital Sungai Siput Terbitan 2019

18

CARTA ALIRAN TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB OERATOR TELEFON

SEMASA BERLAKU KEBAKARAN

CATIT MASA UNTUK SEMUA MESEJ YANG DITERIMA DAN PANGGILAN YANG DI BUAT SEMASA BERLAKU KEBAKARAN

LAMPIRAN 3

BILA KEBAKARAN DIKETAHUI

HUBUNGI JABATAN BOMBA & PENYELAMAT DENGAN SEGERA

BERIKAN BUTIR –BUTIR YANG LENGKAP SEPERTI :

NAMA DAN LOKASI HOSPITAL

LOKASI KEBAKARAN

JENIS KEBAKARAN

MAKLUMKAN KEPADA :

PENGARAH HOSPITAL

PENYELIA HOSPITAL

BERITAHU PEN.PEG PERUBATAN JABATAN KECEMASAN & TRAUMA

KHIDMAT SOKONGAN HOSPITAL

POLIS

PENGAWAL KESELAMATAN

Manual Plan Tindakan Kebakaran Hospital Sungai Siput Terbitan 2019

19

CARTA ALIRAN TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENGAWAL KESELAMATAN

SEMASA BERLAKU KEBAKARAN

BILA KEBAKARAN DIKETAHUI

BUKA SEMUA LALUAN KELUAR DAN PINTU

KECEMASAN DAN PASTIKAN TIADA HALANGAN

TUTUP JALAN MASUK KE HOSPITAL DARI ORANG AWAM

HALANG ORANG AWAM DARI MENDEKATI

KAWASAN KEBAKARAN

MENERIMA ARAHAN DARI MASA KE SEMASA DARI PIHAK YANG BERTANGGUNGJAWAB

LAMPIRAN 4

Manual Plan Tindakan Kebakaran Hospital Sungai Siput Terbitan 2019

20

LAMPIRAN 5

NNOOTTIISS JJIIKKAA TTEERRPPEERRAANNGGKKAAPP DDAALLAAMM AASSAAPP

A. BERTENANG, JANGAN PANIK.

B. REBAHKAN DIRI, MERANGKAK DI PARAS LANTAI UNTUK MENCARI JALAN KELUAR (UDARA MASIH BOLEH DIDAPATI DI PARAS 1 KAKI DARI PERMUKAAN LANTAI).

C. BERNAFAS SECARA PERLAHAN-LAHAN. GUNAKAN TUALA

BASAH UNTUK MENUTUP MULUT DAN HIDUNG SEMASA BERNAFAS.

D. HAMPIRI TINGKAP YANG PALING HAMPIR DAN LAMBAIKAN

TANGAN ATAU MENJERIT UNTUK MENARIK PERHATIAN PASUKAN PENYELAMAT.

Manual Plan Tindakan Kebakaran Hospital Sungai Siput Terbitan 2019

21

LAMPIRAN 6

JAWATANKUASA KESELAMATAN KEBAKARAN HOSPITAL SUNGAI SIPUT

Bil Nama Jawatan Jawatan

1 Dr Liaw Kok Toon Pengarah Hospital

2 En Ahmad Rashidi Bin Hj Hussain

Pen Pegawai Perubatan U32

3 En Sugumar A/l Baby Pen Pegawai Perubatan U32 (Penyelia Hospital)

4 En Naharzadli Bin Ahmad Johar Pen Pegawai Perubatan U32

5 En Norazli Bin Ahmad Pen Pegawai Perubatan U32

6 Pn Pairus Bt Razman Penyelia Jururawat U36

7 Pn Eliza Bt Ahmad Termizy Ketua Jururawat U32

8 Pn Hasliza Bt Abbas Ketua Jururawat U32

9 En Parameswaran A/l Lasser Juru Xray U32

10 En Abdul Rahman Bin zainal Abidin

Edgenta

11 En Mazalan Bin Abdul wahab Edgenta

12 En Mohammad Ikram Bin Mat Tajudin

Pem Keselamatan Hospital

Manual Plan Tindakan Kebakaran Hospital Sungai Siput Terbitan 2019

22

LAMPIRAN 7

Manual Plan Tindakan Kebakaran Hospital Sungai Siput Terbitan 2019

23

LAMPIRAN 8

Manual Plan Tindakan Kebakaran Hospital Sungai Siput Terbitan 2019

24

LAMPIRAN 9 LOKASI BERKUMPUL KETIKA EVAKUASI

Bil Lokasi Jabatan Berkaitan

1 ZON A

PENTADBIRAN WAD 1 WAD 2 UNIT PEMANDU UNIT HASIL KUARTERS DOKTOR

2 ZON B

WAD 3 WAD 4 KLINIK PAKAR FISIOTERAPI BILIK MAYAT UNIT REKOD MAKMAL PERUBATAN KUARTERS 1,2&3 ASRAMA JURURAWAT

3 ZON C

UNIT PEASKIT LUAR X-RAY FARMASI CSSD DEWAN BEDAH KANTIN KLINIK METHADON / KLINIK DADA UNIT KECEMASAN DAN TRAUMA

4 ZON D

HEAMODIALISIS UNIT SAJIAN STOR PERUBATAN EDGENTA MEDISERVE SDN BHD

Manual Plan Tindakan Kebakaran Hospital Sungai Siput Terbitan 2019

25

LAMPIRAN 10

PERALATAN PENCEGAH, PENGGERA DAN SISTEM AMARAN KEBAKARAN

HOSPITAL SUNGAI SIPUT

1. HEAT DETECTOR

2. SMOKE DETECTOR

3. ABC DRY POWDER

4. CO2 2.2 KG

5. HOSE REEL

6. HYDRANT

7. JOCKEY/STANBY PUMP

8. BOMBA WATER TANK

9. BREAKGLASS

10. ALARM BELL

11. FLASH LAMP

12. AREA ALARM PANEL

13. MASTER ALARM PANEL

14. DMS TO BOMBA (Direct Monitoring System)

15. CO2

16. INDICATOR LAMP

17. KELUAR SIGN

18. EMERGENCY LAMP

19. LPG VALVE

20. FIRE DOOR

21. KITCHEN HOOD

Manual Plan Tindakan Kebakaran Hospital Sungai Siput Terbitan 2019

26

LAMPIRAN 11

SENARAI NOMBOR TELEFON HOSPITAL NEGERI PERAK

BIL HOSPITAL NO TELEFON

1 HOSPITAL RAJA PERMAISURI BAINUN 05-2085000

2 HOSPITAL KUALA KANGSAR 05-7763333

3 HOSPITAL TELUK INTAN 05-6213333

4 HOSPITAL SERI MANJUNG 05-6881333

5 HOSPITAL SLIM RIVER 05-4526467

6 HOSPITAL BAHAGIA ULU KINTA 05-5332333

7 HOSPITAL PARIT BUNTAR 05-7163333

8 HOSPITAL BATU GAJAH 05-3663333

9 HOSPITAL TAIPING 05-8083333

10 HOSPITAL TAPAH 05-4011333

11 HOSPITAL GERIK 05-7911333

12 HOSPITAL SELAMA 05-8083333

13 HOSPITAL KAMPAR 05-4653333

14 HOSPITAL CHANGKAT MELINTANG 05-3761333

SENARAI NOMBOR TELEFON PEJABAT KESIHATAN DAERAH

BIL HOSPITAL NO TELEFON

1 PKD KINTA 05-3652062

2 PKD BATANG PADANG 05-4011342

3 PKD LARUT MATANG 05-8072027

4 PKD MANJUNG 05-6913355

5 PKD HULU PERAK 05-7911335

6 PKD HILIR PERAK 05-6221011

7 PKD PERAK TENGAH 05-3711891

8 PKD KUALA KANGSAR 05-7761355

9 PKD KERIAN 05-7612355

10 PKD KAMPAR 05-4667011

SENARAI NOMBOR TELEFON AGENSI BERKAITAN

BIL HOSPITAL NO TELEFON

1 PEJ DAERAH SUNGAI SIPUT 05-5982055

2 IPD POLIS SUNGAI SIPUT 05-5982222

3 BOMBA DAN PENYELAMAT SG SIPUT 05-5982444

4 RELA SUNGAI SIPUT 05-5984057

5 ANGKATAN PERTAHANAN AWAM SG SIPUT 05-5971576