bilangan 34 januari 2017

2
3 0 DISEMBER - Majlis pendaftaran murid Tahun 1 untuk sesi persekolahan 2017 telah diadakan dengan jayanya bertempat di Dewan Terbuka SK Beseri. Manakala pendaftaran Pra Sekolah bertempat di Pra sekolah Bestari dan Pra sekolah Amanah. Majlis perdaftaran dimulakan dengan bacaan doa, taklimat ringkas oleh Tuan Guru Besar, Encik Nordin bin Abdullah, pengesahan kehadiran dan ujian diagnostik. Ujian diagnostik diadakan bagi menentukan kelas murid bagi sesi 2017. Dalam ucapan ringkas guru besar, beliau mengucapkan syabas dan terima kasih kepada semua ibu bapa yang dapat menghadirkan diri untuk pendaftaran murid Tahun 1 dan Pra Sekolah Tahun 2017. Guru besar turut memaklumkan tentang Program Transisi yang akan dilalui oleh semua murid Tahun 1 yang akan dijalankan sebaik sahaja sesi persekolahan bermula dan akan berlangsung selama dua minggu .Seramai 57 orang murid Tahun 1 dan 42 orang murid Pra Sekolah telah mendaftar di SK Beseri pada Tahun ini. PENDAFTARAN MURID TAHUN SATU DAN PRA SEKOLAH SESI 2017 SEJAK 1924 JANUARI 2017 BILANGAN 34 PERATUS KEDATANGAN MURID (BULAN OGOS 2016) KELAS PERATUS TAHUN 1 96% TAHUN 2 94% TAHUN 3 96% TAHUN 4 94% TAHUN 5 96% TAHUN 6 98% Purata Keseluruhan : 96 % Jumlah Murid: 397 orang SIDANG PENGARANG Penasihat En. Nordin bin Abdullah Guru Besar SK Beseri Ketua Pengarang Pn. Suhaila Yusoff Pen. Ketua Pengarang Pn. Faradilah Hamzah EDITOR Pn. Rosmarina Mahmud En. Zamzuri Yahya Hubungi Kami: Telefon : 04-9381516 Facebook : www.facebook.com/ bridgetbestariskbeseri Laman Web : www.skbeseri.edu.my 6 JANUARI – Bertempat di Dewan SK Beseri, telah diadakan satu majlis sempena pertukaran Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Puan Norhayati binti Abdullah ke Sekolah Kebangsaan Bukit Keteri bagi menjawat jawatan sebagai Penolong Kanan Pentadbiran. Pemergian beliau merupakan satu kehilangan besar bagi seluruh warga SK Beseri. Tahniah diucapkan dan selamat bertugas di sekolah yang baru. MAJLIS PERPISAHAN PN. NORHAYATI BINTI ABDULLAH KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS 9 JANUARI - Melibatkan seramai 103 orang murid yang terdiri daripada tiga badan pengawas, iaitu Pengawas Sekolah (54 orang), Pengawas PSS (40 orang) dan Pengawas SPBT (9 orang). Kursus yang dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling dan Unit Disiplin ini bertujuan bagi melahirkan individu yang berkeyakinan dan berketrampilan dalam potensi diri pelajar, menjadi murid yang mempunyai sahsiah yang tinggi serta berguna pada agama, bangsa dan Negara, membina dan meningkatkan kemahiran memimpin yang berkualiti dan berkesan, melahirkan pemimpin yang dapat menjadi “Role Model” kepada pelajar-pelajar lain serta memahami dan mengetahui bidang tugas, peranan dan fungsi serta tanggungjawab mereka masing-masing.

Upload: others

Post on 29-Nov-2021

9 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: BILANGAN 34 JANUARI 2017

3 0 DISEMBER - Majlis pendaftaran murid Tahun 1 untuk sesi persekolahan 2017 telah

diadakan dengan jayanya bertempat di Dewan Terbuka SK Beseri. Manakala

pendaftaran Pra Sekolah bertempat di Pra

sekolah Bestari dan Pra sekolah Amanah. Majlis

perdaftaran dimulakan dengan bacaan doa,

taklimat ringkas oleh Tuan Guru Besar, Encik

Nordin bin Abdullah, pengesahan kehadiran dan

ujian diagnostik. Ujian diagnostik diadakan bagi

menentukan kelas murid bagi sesi 2017.

Dalam ucapan ringkas guru besar, beliau mengucapkan syabas dan terima kasih

kepada semua ibu bapa yang dapat menghadirkan diri untuk pendaftaran murid Tahun 1

dan Pra Sekolah Tahun 2017. Guru besar turut memaklumkan tentang Program Transisi

yang akan dilalui oleh semua murid Tahun 1 yang akan

dijalankan sebaik sahaja sesi persekolahan bermula dan

akan berlangsung selama dua minggu .Seramai 57 orang

murid Tahun 1 dan 42 orang murid Pra Sekolah telah

mendaftar di SK Beseri pada Tahun

ini.

PENDAFTARAN MURID TAHUN SATU DAN PRA SEKOLAH SESI 2017

SEJAK 1924

JANUARI 2017 BILANGAN 34

PERATUS

KEDATANGAN MURID

(BULAN OGOS 2016)

KELAS PERATUS

TAHUN 1 96%

TAHUN 2 94%

TAHUN 3 96%

TAHUN 4 94%

TAHUN 5 96%

TAHUN 6 98%

Purata Keseluruhan :

96 %

Jumlah Murid:

397 orang

SIDANG PENGARANG

Penasihat

En. Nordin bin Abdullah

Guru Besar SK Beseri

Ketua Pengarang

Pn. Suhaila Yusoff

Pen. Ketua Pengarang

Pn. Faradilah Hamzah

EDITOR

Pn. Rosmarina Mahmud

En. Zamzuri Yahya

Hubungi Kami:

Telefon : 04-9381516

Facebook :

www.facebook.com/

bridgetbestariskbeseri

Laman Web :

www.skbeseri.edu.my

6 JANUARI – Bertempat di Dewan SK Beseri, telah diadakan satu majlis sempena pertukaran

Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Puan Norhayati binti Abdullah ke Sekolah Kebangsaan Bukit

Keteri bagi menjawat jawatan sebagai Penolong Kanan Pentadbiran. Pemergian beliau merupakan satu

kehilangan besar bagi seluruh warga SK Beseri. Tahniah diucapkan dan selamat bertugas di sekolah

yang baru.

MAJLIS PERPISAHAN PN. NORHAYATI BINTI ABDULLAH

KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS

9 JANUARI - Melibatkan seramai 103 orang murid yang terdiri daripada tiga badan pengawas, iaitu

Pengawas Sekolah (54 orang), Pengawas PSS (40 orang) dan Pengawas SPBT (9 orang). Kursus yang

dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling dan Unit Disiplin ini bertujuan bagi melahirkan individu

yang berkeyakinan dan berketrampilan dalam potensi diri pelajar, menjadi murid yang mempunyai

sahsiah yang tinggi serta berguna pada agama, bangsa dan Negara, membina dan meningkatkan

kemahiran memimpin yang berkualiti dan berkesan, melahirkan pemimpin yang dapat menjadi “Role

Model” kepada pelajar-pelajar lain serta memahami dan mengetahui bidang tugas, peranan dan

fungsi serta tanggungjawab mereka masing-masing.

Page 2: BILANGAN 34 JANUARI 2017

20 JANUARI – Merupakan acara tahunan sekolah yang melibatkan semua murid di

Tahap 2. Acara dimulakan dengan senamrobik sebagai aktiviti regangan sebelum

memulakan larian. Murid Tahap 1 terlibat dengan

pertandingan mewarna bertempat di Dewan Terbuka SK Beseri. Johan

bagi Kejohanan Merentas Desa pada Tahun 2017 dimenangi oleh

Rumah Biru, diikuti oleh Rumah Kuning, Rumah Merah dan Rumah

Hijau. Majlis penyampaian hadiah telah disampaikan oleh Tuan Guru

Besar, Encik Nordin bin Abdullah. Tahniah dan syabas diucapkan

kepada mereka yang telah berjaya.

KEJOHANAN MERENTAS DESA

Muka Surat 2

SUARA BESERI BILANGAN 34/JANUARI 2017

23 JANUARI – Majlis pelantikan ketua-ketua kelas sesi

2017 telah dilancarkan. Tuan Guru Be-

sar, secara rasminya memakaikan tali

leher khas kepada ketua kelas yang

dilantik. Syabas kepada semua ketua

kelas yang telah

dilantik. Semoga

semua ketua

kelas dapat menjalankan tugas

dengan baik.

PELANTIKAN KETUA-KETUA KELAS SESI 2017

25 JANUARI – Dewan Terbuka SK Beseri, satu majlis penyerahan

Jersi untuk pasukan bola sepak dan sumbangan buku untuk PSS

SK Beseri diadakan. Terima Kasih kepada Dr Hj Zainol Abidin bin

Kasim, bekas murid SK Beseri Tahun 1970-1975 yang telah

menyumbangkan jersi dan buku hasil penulisan beliau. Semoga

memberi manfaat kepada murid-murid SK Beseri.

CERAMAH PROGRAM KITAR SEMULA

20 JANUARI - Satu ceramah berkaitan program kitar semula

telah diadakan selepas berakhirnya Kejohanan Merentas

Desa. Ceramah tersebut telah disampaikan oleh Encik

Muhammad Syazwan Hamdi Bin Mohammad Sharif dan

dibantu oleh Encik Muhammad Hazwan Bin Mohd dan Cik

Norlida Binti Megat Anuar daripada E-Idaman Group Of

Companies. Ceramah ini bukan sahaja dapat memberi

pendedahan kepada murid tentang pentingnya menjaga

alam sekitar malah dapat memberi kesedaran kepada

murid bahawa mereka boleh memainkan peranan untuk

menjaga alam sekitar.

KEJOHANAN SEPAK TAKRAW PKP PAYA MAJLIS PENYERAHAN JERSI PASUKAN BOLA

SEPAK DAN SUMBANGAN BUKU UNTUK PUSAT

SUMBER SEKOLAH. 24 JANUARI – Kejohanan Sepak Takraw PKP Paya telah diadakan

di SK Abi. Pasukan sepak takraw SK Beseri telah berjaya menjadi

Johan di Peringkat Kecemerlangan Pendidikan (PKP) Paya.

Tahniah kepada peserta dan jurulatih yang terlibat.

PERJUMPAAN WARIS TAHUN 6

25 JANUARI – Bertempat di Bilik Kuliah SK Beseri. Antara objektif program ini ialah mewujudkan ibu bapa yang

prihatin kepada kemajuan anak dan dapat membantu kearah kecemerlangan UPSR 2017. Majlis ini juga memberi

peluang menjalinkan hubungan rapat antara guru dan ibu bapa. Di harapkan pencapaian UPSR tahun ini lebih baik

dari tahun-tahun terdahulu.