bil: 52 / 2012

36
Datuk KPUP juga menarik perhatian semua warga JUPEM, supaya meningkatkan akauntabiliti dan membentuk integriti diri sebagai penjawat awam untuk memenuhi hasrat kerajaan mewujudkan tadbir urus yang baik. Tadbir urus yang baik ini dapat dicapai dengan mempunyai kefahaman yang jelas dan mantap terhadap unsur-unsur spiritual dan kebendaan berasaskan empat prinsip utama tadbir urus sektor awam, iaitu integriti, akauntabiliti, pengamanahan dan pengawasan (stewardship) dan ketelusan, supaya dapat mewujudkan budaya kerja berintegriti melalui penerapan nilai- nilai peribadi asas yang digariskan dalam Nilai dan Etika Perkhidmatan Awam bagi menghindari unsur-unsur rasuah dan penyalahgunaan kuasa dalam melaksanakan tugas seharian. Mengimbas kembali pencapaian JUPEM pada tahun 2011 dan anugerah diterima seharusnya dikongsi bersama dan berbangga ke atasnya, antaranya ialah; Portal JUPEM telah menerima penarafan 5 Bintang oleh Malaysian Government Portal and Websites Assessment (MPGWA) 2011. Jabatan telah mula menitikberatkan pencapaian inovasi dengan memulakan program-program inovasi dan mewujudkan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) jabatan. Di peringkat kementerian, bersempena Hari Inovasi peringkat NRE 2011, JUPEM telah memenangi 5 anugerah dari beberapa pertandingan yang telah dipertandingkan. Jabatan turut rasa berbangga kerana telah berjaya memperbaharui Sijil bagi Amalan Persekitaran Berkualiti (5S) oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) pada Julai 2011. bersambung di ms 3 Suara Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia Bil : 50 JANUARI - JUN 2011 ISSN 0128-0414 Suara Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia Bil : 52 JANUARI - JUN 2012 ISSN 0128-0414 BERITA UKUR M ajlis Amanat Tahun Baru 2012 yang disampaikan oleh YBhg. Datuk Prof. Sr Dr. Abdul Kadir bin Taib kepada pegawai Pengurusan Tertinggi, Pengarah-pengarah Ukur Negeri, Pengarah-pengarah Seksyen, Pegawai-pegawai Kader serta sebahagian pegawai dan kakitangan Ibu pejabat JUPEM telah di adakan pada 6 Januari 2012 di Dewan Ukur, Jalan Semarak, Kuala Lumpur. Sempena melangkah ke tahun baru 2012, beliau mengucapkan selamat tahun baru kepada semua warga JUPEM dengan tekad dan azam baru serta bersyukur ke hadrat Illahi kerana dikurniakan umur yang panjang dan kesihatan yang baik dan semoga permulaan pada tahun baru ini, akan memberi keazaman dan semangat yang lebih kental serta dengan penuh iltizam untuk kita sama-sama mencorak dan memajukan JUPEM demi memenuhi kehendak pelanggan serta meningkatkan kualiti perkhidmatan jabatan selaras dengan gagasan 1Malaysia “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”. Sudah menjadi kelaziman setiap kali kita melangkah ke tahun baru, mengimbas kembali pencapaian dan kejayaan jabatan di tahun yang lalu menjadi topik utama dalam ucapan beliau. Semoga setahun yang berlalu itu dapat direnung kembali segala kekurangan dan kejayaan , bagi memastikan segala perancangan pada tahun 2012 dapat dilaksanakan oleh Jabatan dengan lebih cemerlang. Bahkan kejayaan yang lalu itu boleh menjadi penanda aras untuk kejayaan pada masa akan datang dan sentiasa berada di landasan yang betul dalam melaksanakan misi dan visi Jabatan. KPUP Sempena Tahun Baru 2012 Amanat Berita UKUR 1

Upload: trinhcong

Post on 23-Jan-2017

255 views

Category:

Documents


11 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bil: 52 / 2012

Berita UKUR 1

Datuk KPUP juga menarik perhatian semua warga JUPEM, supaya meningkatkan akauntabiliti dan membentuk integriti diri sebagai penjawat awam untuk memenuhi hasrat kerajaan mewujudkan tadbir urus yang baik. Tadbir urus yang baik ini dapat dicapai dengan mempunyai kefahaman yang jelas dan mantap terhadap unsur-unsur spiritual dan kebendaan berasaskan empat prinsip utama tadbir urus sektor awam, iaitu integriti, akauntabiliti, pengamanahan dan pengawasan (stewardship) dan ketelusan, supaya dapat mewujudkan budaya kerja berintegriti melalui penerapan nilai-nilai peribadi asas yang digariskan dalam Nilai dan Etika Perkhidmatan Awam bagi menghindari unsur-unsur rasuah dan penyalahgunaan kuasa dalam melaksanakan tugas seharian.

Mengimbas kembali pencapaian JUPEM pada tahun 2011 dan anugerah diterima seharusnya dikongsi bersama dan berbangga ke atasnya, antaranya ialah;• Portal JUPEM telah menerima penarafan 5

Bintang oleh Malaysian Government Portal and Websites Assessment (MPGWA) 2011.

• Jabatan telah mula menitikberatkan pencapaian inovasi dengan memulakan program-program inovasi dan mewujudkan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) jabatan. Di peringkat kementerian, bersempena Hari Inovasi peringkat NRE 2011, JUPEM telah memenangi 5 anugerah dari beberapa pertandingan yang telah dipertandingkan.

• Jabatan turut rasa berbangga kerana telah berjaya memperbaharui Sijil bagi Amalan Persekitaran Berkualiti (5S) oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) pada Julai 2011.

bersambung di ms 3

Suara Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia

Bil : 50 JANUARI - JUN 2011 ISSN 0128-0414

Suara Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia

Bil : 52 JANUARI - JUN 2012 ISSN 0128-0414

BERITA UKUR

Majlis Amanat Tahun Baru 2012 yang disampaikan oleh YBhg. Datuk Prof. Sr Dr.

Abdul Kadir bin Taib kepada pegawai Pengurusan Tertinggi, Pengarah-pengarah Ukur Negeri, Pengarah-pengarah Seksyen, Pegawai-pegawai Kader serta sebahagian pegawai dan kakitangan Ibu pejabat JUPEM telah di adakan pada 6 Januari 2012 di Dewan Ukur, Jalan Semarak, Kuala Lumpur.

Sempena melangkah ke tahun baru 2012, beliau mengucapkan selamat tahun baru kepada semua warga JUPEM dengan tekad dan azam baru serta bersyukur ke hadrat Illahi kerana dikurniakan umur yang panjang dan kesihatan yang baik dan semoga permulaan pada tahun baru ini, akan memberi keazaman dan semangat yang lebih kental serta dengan penuh iltizam untuk kita sama-sama mencorak dan memajukan JUPEM demi memenuhi kehendak pelanggan serta meningkatkan kualiti perkhidmatan jabatan selaras dengan gagasan 1Malaysia “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”.

Sudah menjadi kelaziman setiap kali kita melangkah ke tahun baru, mengimbas kembali pencapaian dan kejayaan jabatan di tahun yang lalu menjadi topik utama dalam ucapan beliau. Semoga setahun yang berlalu itu dapat direnung kembali segala kekurangan dan kejayaan , bagi memastikan segala perancangan pada tahun 2012 dapat dilaksanakan oleh Jabatan dengan lebih cemerlang. Bahkan kejayaan yang lalu itu boleh menjadi penanda aras untuk kejayaan pada masa akan datang dan sentiasa berada di landasan yang betul dalam melaksanakan misi dan visi Jabatan.

KPUP Sempena Tahun Baru 2012Amanat

Berita UKUR 1

Page 2: Bil: 52 / 2012

Berita UKUR 2

Lembaran tahun 2011 telah melabuhkan tirainya. Pelbagai cerita suka dan duka telah diharungi dan kini telah menjadi kenangan dan sejarah tidak boleh diubah atau dipadamkan.

Sejauh mana sejarah dan pengalaman yang dikutip dapat memberikan impak dan seterusnya mempengaruhi cara hidup atau aspek pemikiran dan tingkah laku kita tanpa disedari ianya telah membentuk satu budaya.

Rencana pengarang kali ini menyentuh tentang budaya kerja. Dalam konteks organisasi, budaya boleh diertikan sebagai peraturan dan panduan kepada sistem tingkahlaku dan amalan individu sebagai anggota (pekerja) kepada organisasi. Budaya ini seumpama baja yang menyuburkan organisasi bagi menghasilkan buah yang dapat dimanfaatkan oleh masyarakat.

Organisasi yang digerakkan tanpa budaya kerja yang sihat akan menghadapi krisis tertentu berkaitan dengan sikap, perilaku, tindakan, amalan dan kepercayaan manusia pekerja di dalamnya. Masalah yang timbul adalah berpunca daripada amalan dan tingkahlaku negatif.

Namun begitu cabaran kini dilontarkan untuk kakitangan awam untuk mencapai budaya kerja kelas pertama. Ianya telah tercetus hasil dari Budaya Kerja Cemerlang yang telah dilancarkan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia keempat iaitu YBhg. Tun Dr Mahathir Mohammad pada 27 November 1989.

Budaya kerja kelas pertama didefinisikan sebagai: “Amalan terbaik dan terpuji yang melebihi daripada kebiasaan. Ia merangkumi aspek pemikiran, pengurusan emosi dan dimanifestasikan melalui perlakuan, tindakan dan cara bekerja yang penuh integriti serta dapat memuaskan kehendak pelanggan”.

Budaya kerja kelas pertama juga berkaitan dengan minda kelas pertama yang merupakan cetusan idea YBhg.Tun Abdullah Ahmad Badawi, mantan Perdana Menteri kelima.

Budaya kerja kelas pertama akan dicerminkan oleh kualiti dan kecemerlangan perkhidmatan yang kita berikan. Prestasi diutamakan, sebagaimana saranan YAB Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri kita sekarang, adalah langkah berterusan bagi menghasilkan budaya kerja kelas pertama.

Budaya ini kita namakan First Class Work Culture. Untuk menjadikan sesuatu kerja itu sebagai budaya kerja kelas pertama, tiga peringkat penerapan perlu dilakukan iaitu melalui cara berfikir dan proses pemikiran, cara merasa dan menghayati serta cara bertindak dan berperilaku seseorang itu.

Dari sudut psikologi, cara berfikir dan proses pemikiran kelas pertama adalah merujuk kepada bagaimana kehidupan seseorang itu dapat memberikan kebaikan, manfaat, kemudahan dan kesejahteraan kepada kehidupan orang lain.Inilah yang perlu ada dalam minda semua penjawat awam dan warga JUPEM secara khususnya. Sekiranya ini dapat dilakukan, segala bentuk tugas, pekerjaan yang dilakukan dan perkhidmatan yang akan disampaikan pastinya akan memuaskan hati pelanggan.

Sebagaimana di dalam Firman Allah s.w.t : Ertinya: “Jika Kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan itu adalah untuk diri kamu” (Surah al-Isra’ 17:7).

Selain penerapan cara berfikir, individu juga harus diterapkan dengan menghayati nilai dan kepercayaan (beliefs and values) kelas pertama melalui:

i. Perasaan yang tidak emosional;ii. Tidak mudah melatah, mengambil hati, atau kecewa (adversity quotient);iii. Cintakan keamanan serta kesejahteraan; daniv. Perasaan sayang dan cintakan diri sendiri, keluarga, masyarakat, persekitaran, agama

dan Negara.

Cara bertindak dan berperilaku kerja kelas pertama seharusnya mempunyai ciri-ciriberikut:

i. Bertindak dengan cepat untuk membantu dan tidak menyusahkan orang lain;ii. Mempamerkan budi bahasa dalam kehidupan; daniii. Mengamalkan nilai dan akhlak murni seperti ketulusan, kejujuran, integriti, adil, amanah

dan akauntabiliti.

Kita harus menerima hakikat bahawa usaha mewujudkan kecemerlangan dalam organisasi dalam membentuk apa juga budaya kerja yang positif, tidak kiralah sama ada ianya responsive atau inovatif, semua ini bukan pelaksanaan yang mudah dan boleh diperolehi dengan sekelip mata.

Sesebuah organisasi adalah terdiri daripada sekumpulan manusia yang diikat dengan peraturan, yang bekerja dengan matlamat yang sama untuk mencapai objektif, misi dan visi penubuhan organisasi. Ini bermakna, manusia adalah komponen utama penggerak kepada fungsi organisasi. Hanya manusia yang cemerlang sahajalah yang mampu membawa kegemilangan kepada organisasi dan seterusnya menjadi organisasi yang gemilang dan terbilang.

Sesungguhnya, kecemerlangan prestasi sebuah organisasi adalah bergantung kepada agregat kecemerlangan prestasi individu-individu dalam organisasi tersebut,

Maka benarlah apa yang cuba disebutkan oleh Aristotle apabila beliau menyatakan “kecemerlangan bekerja bukanlah satu perbuatan tetapi satu kebiasaan”. Kejayaan yang dicapai oleh organisasi belum boleh menunjukkan tahap kecemerlangan yang unggul kerana kecemerlangan tiada akhirnya. Usaha organisasi untuk mencapai kecemerlangan adalah suatu usaha yang berterusan tanpa ada had masa yang ditetapkan.

PenasihatYBHG. DATUK PROF. SR DR. ABDUL KADIR BIN TAIB

PJN, DSDK, SDK, KMNKetua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia

PengerusiSR AHMAD FAUZI BIN NORDIN, JSM, KMN

Timbalan Ketua Pengarah Ukur danPemetaan Malaysia I

Ketua PenyuntingSR HAJI RAMLI BIN NOR

PenyuntingSR NORAZMEL BIN ABD. KARIM

ROSMARTINI BINTI ABD RAHMAN

Pengarang/JurugambarSURANI BIN LEGIMEN

MOHD ZUMAIRI BIN AHMADHASANUL ARIFFIN BIN MOHD NOR

Ketua Rekabentuk/PercetakanHAJI MUHAMMAT PUZI BIN AHMAT, KSD

Makluman Semua pendapat dan buah fikiran dalam Berita Ukur ini tidak semestinya pendapat rasmi Pentadbiran Jabatan. Sidang Pengarang Berita Ukur mengalu-alukan sumbangan dari pembaca.

Segala bahan-bahan hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan dan dialamatkan kepada:

PengerusiPenerbitan Berita UkurTingkat 13, Wisma JUPEMJalan Semarak50578 Kuala LumpurTel : 03-26170800 Faks : 603-26170990

RenunganDaripada Abu Hurairah r. a., katanya :

“ Telah bersabda Rasulullah SAW : ‘ Janganlah kamu berdengki-dengkian, dan jangan kamu tipu-menipu, dan jangan benci-membenci, dan jangan musuh memusuhi, dan jangan kamu berjual beli atas jual beli setengah yang lain, dan jadilah kamu sekelian sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara. Seorang Muslim adalah bersaudara sesama Muslim, tidak boleh menganiayanya, tidak boleh membiarkannya tertindas, tidak boleh mendustainya dan tidak boleh menghinanya. Taqwa itu berpunca dari sini - sambil Nabi SAW menunjukkan ke dadanya tiga kali. Sudah memadailah kejahatan seorang itu jika ia menghina saudaranya yang Islam. Seorang Muslim ke atas seorang Muslim yang lain diharamkan darahnya, harta bendanya dan kehormatannya.’ ”

Berita UKUR 2

Sidan

g PEN

GARA

NGRencana PENGARANG

Page 3: Bil: 52 / 2012

Berita UKUR 3

Kebiasaannya apabila tiba tahun baru, kita akan menilai pencapaian tahun lalu sebagai kayu pengukur untuk mencapai kecemerlangan di tahun baru. Datuk KPUP mengharapkan pada tahun 2012 program dan projek baru dalam Rolling Plan ke-2 akan dapat dilaksanakan dengan baik tanpa melupakan nilai-nilai akauntibiliti dan integiriti. Di bawah Projek Pembangunan RMK-10 yang berakhir pada 31 Disember 2011, siling yang telah diluluskan dan melibatkan 17 projek telah disiapkan mengikut jadual.

Di samping merancang pembangunan fizikal, program pembangunan modal insan juga mestilah ditingkatkan seiring dengan pembangunan fizikal. Dalam usaha meningkatkan teknologi dan penambahbaikan prosedur kerja, kita juga perlu sama-sama meningkatkan motivasi dan pembinaan imej diri. Imej pekerja yang cemerlang dapat ditingkatkan melalui pembelajaran yang berterusan atau menimba ilmu sepanjang hayat dan mengamalkan akhlak yang baik.

Kejayaan sesebuah organisasi akan terhasil dengan mengamalkan sikap bekerja secara efisien dan efektif. Mewujudkan persekitaran learning organisation bagi mendokong usaha penambahbaikan secara berterusan yang dapat menghasilkan budaya kerja cemerlang serta sikap suka menjalankan tugas akan menghasilkan kerja yang berkualiti, kreatif dan inovatif.

Pada tahun ini juga usaha ke arah menginovasikan idea-idea kreatif oleh jabatan perlu dipertingkatkan. Apa-apa sahaja idea kreatif yang boleh diinovasikan dan menjadi produk jabatan yang mungkin juga boleh dijadikan produk inovasi negara untuk kita sama-sama usahakan. Sebagai kakitangan awam ke arah melahirkan modal insan yang berinovasi dan kreatif kita juga perlu bekerja dengan mengikut landas 6 National Key Result Areas dan National Key Performance Indicator yang pernah diumumkan oleh kerajaan pada 27 Julai 2009, NKRA dan KPI inilah adalah kayu pengukur kepada apa sahaja yang kita lakukan dalam tugasan sebagai penjawat awam, what we are doing is now being measured. Oleh itu, kita perlu melaksanakan semua arahan dan keputusan Kerajaan dengan cepat, tepat dan berkesan. Kita mahukan improved performance, kita mahukan value for money, kita mahukan idea that is out of the box, kita mahukan outcome.

Beliau juga memaklumkan JUPEM telah membuat penstrukturan semula organisasi pada tahun 2002 yang dilaksanakan bukan secara makro bagi memenuhi keperluan Sistem Saraan Malaysia. Setelah hampir 10 tahun, pihak jabatan akan

mengemukakan cadangan penstrukturan semula organisasi bagi Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia pada tahun 2012 kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Cadangan ini bertujuan untuk melaksanakan pengukuhan organisasi secara menyeluruh dan dinamik sesuai dengan matlamat jabatan ke arah memberikan satu perkhidmatan dan sistem penyampaian yang efisien serta berkualiti.

Cadangan pengukuhan ini bersandarkan visi dan misi JUPEM yang mana untuk menjadikan JUPEM sebuah jabatan yang terbilang dalam menyediakan perkhidmatan ukur dan pemetaan serta pengurusan data geospatial yang berkualiti melalui sistem terbaik, sumber manusia yang kompeten dan persekitaran kerja yang kondusif selaras dengan perkembangan teknologi dan perkembangan jabatan bagi memenuhi wawasan negara.

Cadangan pengukuhan ini juga diyakini dapat membantu jabatan menghasilkan perkhidmatan dan produk-produk yang memenuhi Integrated Service Oriented Architecture (ISOA) Governance yang merangkumi keperluan planning governance, development governance, policy governance dan operational governance. Pengukuhan ini diperlukan supaya hasilnya dapat membantu JUPEM mengenal pasti dan merancang untuk memberi secara proaktif perkhidmatan-perkhidmatan serta produk – produk yang berpotensi dan benar-benar memenuhi kehendak komuniti dengan lebih mudah untuk kepelbagaian kepenggunaan berbanding dengan hanya responsif kepada keperluan setelah menerima aduan segelintir pengguna dari keseluruhan komuniti yang ada. Pengukuhan ini juga dijangka mampu mengurangkan risiko service deployment tetapi sebaliknya membantu ke arah pencapaian Enterprise Architectural Goals jabatan.

Di akhir ucapannya, beliau melahirkan rasa gembira dan bersyukur ke hadrat Allah SWT di atas semua kejayaan dan pencapaian sepanjang tahun 2011 dan mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua warga JUPEM di atas segala sokongan, dan kerjasama serta tanggungjawab yang telah ditunaikan demi kecemerlangan JUPEM. Semoga tahun 2012 ini akan membawa JUPEM ke arah kejayaan yang penuh cemerlang, berinovatif dan berdaya saing serta akan terus unggul di dalam perkhidmatan awam.

Majlis turut diserikan dengan upacara penyampaian sijil penghargaan kepada kakitangan dan pegawai JUPEM yang telah besara bagi tahun 2011.

sambungan dari ms 1

Berita UKUR 3

Page 4: Bil: 52 / 2012

Berita UKUR 4

Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) dan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar

telah diberi penghormatan untuk menganjurkan UNRCC-PCGIAP International Symposium on Spatially Enabled Government and Society mulai 15 hingga 16 Februari 2012 bertempat di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) .

Simposium yang bertemakan ‘Towards Spatial Maturity’ ini telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup dengan kehadiran peserta luar negara dan peserta tempatan. Sebelum itu, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia, YBhg. Datuk Prof. Sr Dr. Abdul Kadir bin Taib telah menyampaikan ucapan pembukaan di majlis tersebut.

Bertemakan “ Geospatial Technology: Digital Impetus to Economic Transformation “, satu

persidangan dan pameran peringkat kebangsaan mengenai teknologi maklumat geografi dan aplikasi telah diadakan di Holiday Inn Melaka pada 6 hingga 7 Mac 2012 . Program yang telah diadakan selama 2 hari ini telah disertai seramai 323 delegasi dari 8 buah negara iaitu Indonesia, India, Thailand, Amerika Syarikat, New Zealand, Korea dan Singapura.

Simposium ini bertujuan untuk memberi peluang membincangkan secara mendalam dan perundingan antara kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan dan sektor swasta di peringkat global. Selain itu, simposium ini merupakan platform untuk menangani isu-isu kritikal semasa dan bertukar-tukar maklumat mengenai instrumen undang-undang dan dasar, model pengurusan institusi dan banyak lagi isu-isu penting dalam pembangunan infrastruktur dan maklumat geografi di seluruh dunia. Antara negara-negara luar yang terlibat ialah Jepun, Korea, Singapura, Brunei, Greece, Iran, Trinidad and Tobago, Australia, Switzerland dan Hong Kong. Majlis penutup telah disempurnakan oleh Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, YB Dato Sri Douglas Uggah Embas.

Majlis ini telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Prof. Sr Dr. Abdul Kadir binTaib, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia. Beliau turut membentangkan kertas kerja bertajuk ‘Developing a Multi-Purpose Cadastre in Malaysia’. Sebanyak 9 kertas kerja telah dibentangkan. JUPEM juga tidak ketinggalan menyertai pameran dengan peralatan ukur terkini dan aplikasi yang digunakan. Di majlis penutup, YAB Datuk Seri Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Ketua Menteri Melaka telah menyampaikan ucapan seterusnya meluangkan masa untuk melawat gerai-gerai pameran.

Simfoni Seni NRE 2012 ForumMalaysia Geospatial

UNRCC-PCGIAP International Symposium on Spatially Enabled Government and Society, Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC)

Page 5: Bil: 52 / 2012

Berita UKUR 5

Giliran kakitangan kumpulan sokongan 1 (Gred 17) berpeluang menyertai Majlis Dialog bersama KPUP apabila majlis tersebut diadakan pada 10 Februari 2012 bertempat di Dewan Ukur, Ibu Pejabat JUPEM,

Jalan Semarak, Kuala Lumpur bertujuan menyediakan platform rasmi lagi holistik kepada kakitangan sokongan Gred 17 berinteraksi atau mengemukakan sebarang isu mengenai pengurusan jabatan dan hal-hal lain yang berkaitan kepada pihak pengurusan demi meningkatkan mutu perkhidmatan dan memperkasakan jabatan.

Satu program untuk mempromosikan kesedaran terhadap alam sekitar di kalangan warga

kementerian, termasuk di peringkat Jabatan/Agensi di bawah Kementerian telah di adakan pada 28 Mac 2012 bertempat di Dewan Baiduri, NRE. Melalui program ini juga, pendedahan berkenaan aspek kesenian yang melibatkan unsur kesedaran terhadap pemuliharaan alam sekitar dan sumber asli dapat disampaikan dalam suasana yang lebih santai selain dapat dijadikan sebagai satu ruang yang paling kondusif untuk membudayakan kreativiti dan inovasi. Sebanyak 11 kumpulan terdiri dari pelbagai jabatan di bawah NRE berentap dalam pertandingan ini.

JUPEM tidak ketinggalan dengan penyertaan 9 orang ahli dari kumpulan Anak Alam menyerikan lagi suasana dalam Simfoni Seni yang julung kali di adakan ini. Persembahan teater muzikal yang ditunjukkan oleh kumpulan ini telah menarik perhatian para hadirin sekali gus dapat mengharumkan nama JUPEM di peringkat kementerian. Tahniah diucapkan kepada Kumpulan Anak Alam di atas usaha dan kretiviti mereka dalam menonjolkan bakat seni mereka di samping mempromosikan JUPEM di peringkat kementerian dan masyarakat umum.

Seramai 215 orang kakitangan dari semua seksyen, Ibu Pejabat JUPEM hadir dalam majlis yang di pengerusikan oleh Datuk KPUP. Turut serta di majlis ini ialah Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan I dan Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan II.

Mengakhiri majlis dialog ini, Datuk KPUP berharap agar pertemuan sebegini akan memberi faedah dan manfaat kepada kedua-dua belah pihak dalam menyelesaikan pelbagai isu terutamanya dalam pengurusan jabatan di samping dapat membuka ruang kepada kakitangan sokongan untuk menyalurkan idea penambahbaikan secara terus kepada pihak pengurusan ke arah meningkatkan kecemerlangan JUPEM.

KPUP

‘Anak Alam’

Majl is Dialog Bersama

Simfoni Seni NRE 2012

Bertanding di

Page 6: Bil: 52 / 2012

Berita UKUR 6

JUPEM telah mengadakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi tahun 2011

pada 18 Jun 2012 bertempat di Hotel Istana, Kuala Lumpur. Majlis ini merupakan acara tahunan JUPEM di dalam memilih dan mengiktiraf warga JUPEM yang cemerlang di sepanjang tahun.

Pada majlis tersebut, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia YBhg. Datuk Prof. Sr Dr. Abdul Kadir bin Taib telah menyampaikan ucapan aluan dan mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, Anugerah Khas Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan dan Anugerah Khidmat Setia bagi tahun 2011 serta berharap semoga semua warga JUPEM terus berusaha meningkatkan kualiti perkhidmatan agar dapat memberikan impak yang positif kepada rakyat dan negara di samping membantu melonjakkan peranan JUPEM di dalam arus pembangunan fizikal dan ekonomi Negara ke arah mencapai Wawasan 2020.Majlis telah dirasmikan oleh YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Josep Kurup, Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar. Dalam ucapan perasmiannya, beliau turut mengajak seluruh

warga JUPEM untuk menanamkan keazaman dan semangat baru untuk terus bekerja dengan lebih efisen, proaktif dan profesional demi kepentingan awam dan negara.

Seramai 390 orang menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang yang sampaikan oleh Timbalan Menteri, manakala seramai 4 orang menerima Anugerah Khidmat Setia dan seramai 5 orang pula telah menerima Anugerah Khas KPUP disampaikan sendiri oleh Datuk KPUP.

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2011

Berita UKUR 6

Page 7: Bil: 52 / 2012

Berita UKUR 7

Anugerah kesihatan yang baik tidak ternilai harganya. Sihat jasmani dan rohani juga

menentukan prestasi kerja cemerlang selain tempoh hayat yang lebih baik. Menyedari hakikat ini, JUPEM terus mengorak langkah dengan 2 siri program yang telah diadakan pada 25 April 2012 dan 30 Mei 2012 bertempat di perkarangan letak kereta bangunan CAMS. Program yang telah dilancarkan pada tahun 2011 oleh YBhg. Datuk KPUP terus mendapat sambutan yang memberangsangkan dari warga JUPEM. Pengisian program ‘Jom Sihat‘ ini berupa sesi senamrobik yang dipimpin oleh dua orang jurulatih jemputan. Selain untuk mendapatkan tubuh badan yang sihat dan minda yang cergas program sebegini dapat memupuk hubungan silaturahim di kalangan warga JUPEM.

JUPEM telah mengadakan dua siri Bengkel Transformasi Jati Diri Individu dan Organisasi pada 25-27 Mei 2012 dan 8-10 Jun 2012. Dalam siri pertama (Zon Tengah), seramai 100 peserta telah mengikuti bengkel

ini yang bertempat di Glory Beach Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan manakala untuk siri kedua (Zon Selatan) pula seramai 78 peserta turut menyertai program ini yang diadakan di Permaisuri Beach Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Program yang diadakan khusus untuk Penolong Juruukur Gred 29 ini bertujuan untuk memupuk semangat kerjasama berpasukan, membina sahsiah diri serta menjana ciri-ciri kepimpinan ke arah perkhidmatan yang lebih cemerlang sejajar dengan keperluan dan kehendak semasa jabatan.

Beberapa aktiviti menarik telah diperkenalkan dalam pengisian program ini antaranya Group Binding, Magic Nail, Dinosour Egg yang disampaikan oleh tenaga pengajar kepada peserta. Setiap peserta pula diminta untuk melakukan aktiviti tersebut secara berkumpulan bagi menguji kebolehan dan ketabahan mereka. Pada keseluruhannya peserta telah dapat melaksanakan aktiviti ini serta menunjukkan sikap kerja berpasukan yang tinggi. Semoga program seperti ini akan memberi faedah yang berguna kepada peserta demi untuk kecemerlangan JUPEM.

Budayakan Hidup Sihat Dengan

JOM SIHAT

Bengkel Tranformasi Jati Diri dan Organisasi

Berita UKUR 7

Page 8: Bil: 52 / 2012

Berita UKUR 8

Dahulunya ia tempat warga JUPEM menjamu selera di waktu rehat. Kini ia telah berubah menjadi pusat penjagaan kanak-kanak dengan nama Taska Permata JUPEM. Bangunan yang terletak di

kawasan sudut belakang Ibu Pejabat kini telah diubah suai dan menjadi pusat jagaan kanak-kanak.

Majlis perasmian telah dilangsungkan pada 31 Januari 2012 oleh YBhg. Datin Shahriah binti Md. Khalid, Timbalan Pengerusi I, PUSPANITA, NRE. Majlis turut dihadiri oleh Datuk Prof. Sr Dr. Abdul Kadir bin Taib, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan serta pegawai-pegawai kanan jabatan. Satu persembahan lakonan dan nyanyian kanak-kanak dari taska tersebut menyerikan lagi suasana majlis perasmian ini.

Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan Tahun 1433H/2012M telah

dirasmikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Almu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah pada 5 Februari 2012M (Ahad) bertempat di Dewan Solat Utama, Masjid Putra, Putrajaya bertemakan “Persefahaman Asas Perpaduan Ummah”.

Seramai 80 warga JUPEM telah mengambil bahagian dalam perarakan Maulidur Rasul bermula dari Istana Kehakiman ke Masjid Putra, Putrajaya. Perarakan diiringi oleh alunan selawat kepada Baginda Nabi SAW.

Berita UKUR 8

KafeteriaTaska Permata Jupem

kini menjadi

JUPEM sertai perarakan

Maulidur Rasul

Page 9: Bil: 52 / 2012

Berita UKUR 9

Unit Komunikasi Korporat, NRE telah menganjurkan Program Kembara Bersama

Media NRE Siri 3 & 4 pada 17 hingga 20 Mei 2012. Program ini bertujuan mengeratkan lagi hubungan baik di antara media massa dengan NRE serta Jabatan/Agensi di bawah NRE yang terlibat. Di samping itu, program ini diharap dapat membantu mempromosikan aktiviti dan program yang dikendalikan oleh Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar serta Jabatan/Agensi di bawahnya. Destinasi kembara pada kali ini diadakan di Pulau Payar, KILIM Geoforest Park Langkawi dan Pusat Konservasi Tuntung, Bukit Pinang, Kedah. Program yang berlangsung selama 4 hari ini turut melibatkan wakil-wakil dari Jabatan/Agensi di bawah NRE termasuk Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM). Manakala media yang terlibat antaranya ialah wartawan dari Utusan Malaysia, Harian Metro, Bernama, Berita Harian serta The New Straits Time Press (NSTP).

JUPEM telah mengadakan satu Bengkel Pemantapan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK)

pada 15 hingga 17 Mei 2012 bertempat di Puteri Resort, Ayer Keroh, Melaka. Seramai 62 orang peserta dari JUPEM Negeri dan pelbagai seksyen Ibu Pejabat JUPEM telah menghadiri program ini. Ia bertujuan untuk memberi pemahaman yang lebih terperinci tentang konsep KIK selaras dengan Panduan Mengenai Kumpulan Inovatif dan Kreatif serta melihat kembali kelemahan-kelemahan yang ada sebelum ini bagi memastikan KIK kali ini mencapai standard yang telah ditetapkan sekali gus dapat meningkatkan kefahaman setiap ahli kumpulan mengenai peranan mereka dalam menjayakan aktiviti-aktiviti KIK. Selain dari itu bengkel yang diadakan ini selaras dengan tuntutan untuk mewujudkan budaya berprestasi tinggi dan inovatif yang ditekankan oleh kerajaan dalam Program Transformasi Kerajaan (GTP) yang berteraskan ciri-ciri inovatif dan kreatif

di dalam Perkhidmatan Awam. Lt Kol Mohd Yusoff bin Awang, seorang penceramah dari Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF) telah menyampaikan ceramah dan latihan sepanjang program dijalankan. Pengisian bengkel ini meliputi sesi taklimat dan penerangan oleh penceramah serta latihan dalam kumpulan dan persembahan oleh peserta bengkel. Satu kumpulan KIK jemputan dari 21 Woksyop Artileri, Kem Syed Sirajuddin, Gemas, Negeri Sembilan telah diundang untuk menyampaikan persembahannya. Kumpulan ini merupakan johan KIK Peringkat Kementerian Pertahanan Malaysia serta telah menerima anugerah Inovasi Terbaik peringkat Angkatan Tentera Darat Tahun 2012. Semoga ia dapat memberi panduan dan contoh yang amat berguna kepada peserta bengkel bagi menghadapi pertandingan KIK di peringkat JUPEM seterusnya di peringkat yang lebih tinggi lagi.

Kembara bersama MEDIA

Bengkel Pemantapan KIK

Page 10: Bil: 52 / 2012

Berita UKUR 10

Seramai 30 orang warga JUPEM dari Ibu Pejabat telah menghadiri Kursus

Emergency Response Team yang telah diadakan di Balai Bomba dan Penyelamat Jelatik, Kuala Lumpur pada 24 dan 25 Mei 2012.

Kursus yang diadakan ini bertujuan memberikan kesedaran dan pendedahan asas menyelamatkan diri dari ancaman kebakaran di bangunan-bangunan tinggi serta sebagai langkah awal bagi memantapkan keupayaan kakitangan JUPEM secara keseluruhannya mengenai aspek pencegahan kebakaran, memberikan pendedahan serta memahami tentang keperluan keselamatan di tempat kerja khususnya bahaya-bahaya kebakaran dan keselamatan.

Penekanan terhadap keselamatan kebakaran dan objektif kursus seperti berikut:

• Memperjelaskan konsep dan logik keselamatan kebakaran;

• Mempertingkatkan kefahaman tentang prinsip kebakaran;

• Mengenali strategi pencegahan dan perlindungan secara menyeluruh tentang kebakaran;

• Mempertingkatkan kefahaman dan kemahiran tentang alat pemadam secara teori dan amali;

• Memahami bahaya kebakaran dan status berkaitan dengan keselamatan kebakaran; dan

• Memahami teknik-teknik asas penyelamatan.

Pada 6 Jun 2012 bertempat di perkarangan Seksyen Percetakan Peta, seramai 20 orang pegawai dan kakitangan JUPEM berpeluang menyaksikan satu lagi keajaiban alam dikenali sebagai Transit Zuhrah. Fenomena ini terjadi apabila planet berkenaan melintasi di antara Bumi dan Matahari. Bagi mendapatkan imej yang lebih jelas dan tujuan keselamatan mata, satu teleskop bersama penapis khas telah digunakan.

Dalam kursus ini juga, para peserta telah diajar secara teori dan praktikal penggunaan alat pemadam api serta teknik membawa, membentang dan menggulung hos. Selain dari itu satu latihan di tempat yang gelap serta menyelamat mangsa yang terperangkap dalam kebakaran telah memberi satu pengalaman yang berguna kepada peserta dalam membantu pencegahan awal sekiranya berlaku kejadian kebakaran di pejabat atau di tempat kerja.

Kursus Emergency Response Team

Fenomena Transit ZUHRAH

Berita UKUR 10

Page 11: Bil: 52 / 2012

Berita UKUR 11

Sr Junaimee bin Dahlan ( 1958 – 2012 )

Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia khususnya warga kerja JUPEM Johor merasa sedih di

atas pemergian Pengarah Ukur dan Pemetaan Johor, Sr Junaimee bin Dahlah yang telah kembali ke rahmatullah pada 17 Januari 2012. Ketika menghadiri satu persidangan Pengarah-Pengarah Ukur yang di adakan di Melaka, Allahyarham telah diserang sakit jantung dan meninggal dunia dalam usia 54 tahun, meninggalkan seorang balu serta tiga orang cahaya mata. Mengimbau zaman persekolahan, Allahyarham mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina sehingga darjah tiga dan telah bertukar ke Sekolah Kebangsaan Pasir Raja, Kulaijaya sehingga darjah enam. Beliau kemudiannya telah melanjutkan pendidikan di Sekolah Menengah Tun Habab, Kota Tinggi sehingga tamat Tingkatan Lima. Kejayaannya mendapat segulung ijazah dalam bidang Ukur Tanah di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Jalan Semarak menjadi titik permulaan Allahyarham menjadi warga JUPEM sebagai seorang Juruukur Percubaan di Jabatan Ukur dan Pemetaan Daerah Kedah Tengah, Sungai Petani, Kedah pada tahun 1981. Pengalaman yang luas dan kelayakan yang dimiliki, Allahyarham menjadi peneraju JUPEM Johor sebagai Pengarah Ukur Negeri selama lebih kurang 8 tahun. Di atas prestasi cemerlang dalam perkhidmatan awam, Allahyarham telah menerima anugerah Sijil Perkhidmatan Cemerlang sebanyak dua kali. Semoga rohnya dicucuri rahmat.

Sr Abdul Manan bin Abdullah ( 1956 – 2012 )

Warga JUPEM bersedih di atas pemergian seorang lagi pegawai, Sr Abdul Manan

bin Abdullah menghadap Ilahi. Allahyarham telah berkhidmat di jabatan ini selama 33 tahun. Memulakan kerjaya sebagai seorang Pembantu Teknik di JUPEM Negeri Sembilan pada tahun 1979. Demi untuk mencapai tahap kerjaya yang lebih tinggi, Allahyarham telah melanjutkan pengajiannya di peringkat Diploma Lanjutan di UiTM dengan mengambil cuti tanpa gaji. Hasil dari pengorbanan yang dilakukan ini, Allahyarham telah berjaya dalam pengajiannya seterusnya memegang jawatan sebagai seorang Juruukur Daerah Kuala Pilah. Di atas faktor pengalaman yang luas serta prestasi kerja yang cemerlang, Allahyarham telah dinaikan pangkat sebagai Juruukur Gred J48 pada tahun 2003 dan bertugas di MaCGDI sehingga tahun 2006. JUPEM Terengganu merupakan tempat terakhirnya dalam melunaskan

tanggungjawab sebagai seorang penjawat awam . Allahyarham telah menghembuskan nafas yang terakhir pada 6 Jun 2012 kerana menghidap penyakit jantung dan meninggalkan seorang balu serta empat orang anak.

Belasungkawa

Berita UKUR 11

Page 12: Bil: 52 / 2012

Berita UKUR 12

5 Januari 2012 - Kunjungan ke Pejabat Datuk KPUP oleh Delegation Singapore Land Authority (SLA)

17 Februari 2012 - Lawatan Delegasi Iran ke Seksyen Penawanan Data

27 Februari 2012 – Taklimat oleh Pegawai BGSP kepada anggota tentera Kem Artileri, Port Dickson

9 Januari 2012 – Lawatan rasmi TKSU 1, NRE

Kunjungan Rasmi & Lawatan JUPEM

Berita UKUR 12

Page 13: Bil: 52 / 2012

Berita UKUR 13

30 Mac 2012 – Pelajar dan Guru SMK AU5, Wangsa Maju membuat lawatan sambil belajar

10 Mei 2012 – Taklimat ringkas kepada pensyarah Institut Perguruan Ilmu Khas Cheras dalam sesi lawatan

26 Mac 2012 – Lawatan pelajar Politeknik Ungku Omar, Ipoh ke Seksyen Percetakan Peta

8 Februari 2012 – Pelajar UTM jurusan Diploma Ukur Tanah melawat ke JUPEM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Berita UKUR 13

Page 14: Bil: 52 / 2012

Berita UKUR 14

15-16 Februari 2012 -

International Symposium On

Spatially Enabled Government

and Society (UNRCC-PCGIAP)

di KLCC Kuala Lumpur

15 Mac 2012 - Seminar Fatwa dan Falak Negeri Terengganu di Dewan Balora KETENGAH, Terengganu

3 Mei 2012 - ‘4th

Geomatics Day’ di

UiTM Shah Alam

15-16 Mac 2012 -

‘Geoinformation Open

Day’ Politeknik Ungku

Omar, Ipoh di Dewan

Jubli Perak PUO Ipoh

Program - program outreach

Berita UKUR 14

Page 15: Bil: 52 / 2012

Berita UKUR 15

12 Mei 2012 - Sambutan 1

Dekad Kompleks Falak Al-

Khawarizmi dan Hari Falak

2012 di Kompleks Falak Al-

Khawarizmi, Melaka

18-20 Mei 2012 - Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Pahang di Taman Indera Mahkota Kuantan, Pahang

21 Jun 2012 - ‘14th International Surveyors Congress’ di Hotel Istana Kuala Lumpur

30 Jun-1 Jul 2012 - Hari

Hidrografi Sedunia di Pusat

Hidrografi National Pulau

Indah Pelabuhan Kelang

Berita UKUR 15

Page 16: Bil: 52 / 2012

Berita UKUR 16

Oleh : Sr Tuan Stia bin Hj. Tuan Sulong Ketua Program Ukur Kadaster, Institut Tanah dan Ukur Negara

Kertas Kerja ini telah dibentangkan semasa Persidangan Pengarah-Pengarah Ukur pada 8-9 Disember 2011 di Hotel Impiana, Ipoh

Abstrak

Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN) melalui Bahagian Ukur dan Pemetaan telah mengendalikan program latihan berkaitan ukuran penentududukan kepada pegawai-pegawai kerajaan. Antara persoalan yang kerap dibangkitkan ialah keupayaan HANDHELD GPS dalam ukuran pemerengganan tanah dan ukuran demarkasi. Penggunaan HANDHELD GPS menjadi pilihan bagi kebanyakan jabatan/agensi kerajaan kerana harganya murah dan mudah dikendalikan serta mampu menghasilkan nilai penentududukan dalam masa yang singkat. INSTUN telah menjalankan satu kajian di lapangan berkaitan dengan persoalan berbangkit. Kajian ini dijalankan kerana belum terdapat kajian di lapangan yang selari dengan keperluan pengguna di jabatan/agensi kerajaan berkaitan. Kajian ini diharap dapat membantu jabatan/agensi kerajaan yang berkaitan dalam merangka peraturan dan prosedur kerja untuk dipatuhi. Pembentangan kertas kajian ini meliputi cadangan teknik kutipan data di lapangan, analisa terhadap hasil cerapan yang menggunakan HANDHELD GPS berbanding dengan nilai asal. Seterusnya penemuan kajian, rumusan kajian serta cadangan kajian lanjutan akan dibentangkan.

Tujuan

Kertas kerja ini bertujuan untuk membentangkan hasil kajian Bahagian ukur dan Pemetaan INSTUN bertajuk keupayaan penggunaan HANDHELD GPS bagi ukuran pemerengganan tanah kepada Persidangan Pengarah-Pengarah Ukur 2011 untuk perhatian dan maklumbalas.

Latarbelakang

INSTUN melalui Bahagian Ukur dan Pemetaan telah mengendalikan program latihan berkaitan ukuran penentududukan kepada pegawai-pegawai kerajaan. Antara persoalan yang kerap dibangkitkan ialah keupayaan HANDHELD GPS dalam pemerengganan tanah dan ukuran demarkasi. Penggunaan HANDHELD GPS menjadi

pilihan bagi kebanyakan jabatan/agensi kerajaan kerana harganya murah dan mudah dikendalikan serta mampu menghasilkan nilai penentududukan dalam masa yang singkat.

Pemerengganan bagi sekeping tanah yang diluluskan untuk pemberian milik adalah diperlukan di bawah perenggan 181(1)(a) Kanun Tanah Negara. Menurut Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 27/1976 (Disemak 2007), cara pemerengganan yang teratur ialah mengukur tanah itu dengan menggunakan alat ukur yang diluluskan dan meletakkan tanda-tanda sempadan sementara yang tahan sehingga selesai kerja ukur muktamad. Pemerengganan adalah dijalankan dengan berpandukan kepada pelan dan perihal tanah yang dinyatakan dalam kelulusan pemberian milik. Pemerengganan yang tepat akan menjamin bahawa pemilik berdaftar menduduki kawasan yang betul dan ini akan mengelakkan pendudukan yang tidak betul atau pendudukan kawasan melebihi dari yang diluluskan.

Menurut Pekeliling KPTG Bilangan 8/1980 (Disemak 2009), pelan untuk Permohonan Ukur (PU) pula hendaklah mengandungi butir-butir mengenai bearing dan jarak kerana tanpa maklumat ini juruukur tidak mungkin boleh mengesan tanah yang berkenaan.

Pernyataan Masalah

i. Perkataan ‘menggunakan alat ukur yang diluluskan’ telah difaham oleh pegawai-pegawai/pengguna (Penolong Pegawai Tanah) di Pentadbiran Tanah adalah apa-apa sahaja alat yang terdapat di pejabat berkaitan. Belum ada satu cara pentadbiran secara rasmi telah diwujudkan untuk memperenggankan tanah yang belum diperenggankan sebagaimana kehendak Pekeliling KPTG Bilangan 27/1976 (Disemak 2007).

ii. Sebahagian pegawai-pegawai/pengguna (Penolong Pegawai Tanah) di Pentadbiran Tanah telah menggunapakai alat HANDHELD GPS untuk tujuan ukur perengganan dan ukur demarkasi.

iii. Handheld GPS menghasilkan koordinat kedudukan tanah berkenaan. Adakah pelan Permohonan Ukur (PU) boleh disediakan dengan hanya mempunyai nilai-nilai koordinat tanpa bearing dan jarak seperti mana kehendak Pekeliling KPTG Bilangan 8/1980.

SUDUT ILMU

Kajian Keupayaan HANDHELD GPS

Bagi Ukuran Pemerengganan Tanah

Berita UKUR 16

Page 17: Bil: 52 / 2012

Berita UKUR 17

Matlamat Kajian

Matlamat kajian ini adalah untuk membantu Jabatan yang berkaitan dalam menyediakan arahan kerja yang jelas dan berkesan kepada pegawai - pegawai di pentadbiran tanah untuk dipatuhi berkenaan ukuran pemerengganan bagi penyediaan pelan PU.

Objektif KajianObjektif kajian ialah mengenalpasti keupayaan alat HANDHELD GPS yang biasa digunapakai oleh Pentadbiran Tanah bagi tujuan ukur pemerengganan.

Skop KajianKajian ini adalah kajian baru bagi peralatan HANDHELD GPS yang biasa digunapakai di Pentadbiran Tanah. Kajian ini telah menggunakan alat berjenama Garmin GPSMap 62s. Kajian ini tidaklah melibatkan peralatan tambahan bagi meningkatkan keupayaan / kejituan alat HANDHELD GPS. Tempat kajian ialah Kawasan Latihamal di (INSTUN) yang menpunyai tanda-tanda sempadan asal dan kawasannya adalah lapang .

Kepentingan KajianKajian ini dibuat kerana wujud kepentingan umum terutamanya kepada Pentadbiran Tanah amnya dan Penolong Pegawai Tanah amnya.

i. Pentadbiran Tanah Kajian ini penting kepada Pentadbiran Tanah

(Pejabat Tanah Daerah, Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) serta Jabatan Ukur dan Pemetaan (JUPEM) kerana keperluan kepada kajian semula peraturan/prosedur kerja yang berkaitan supaya selari dengan perkembangan teknologi terkini, keperluan semasa dan kehendak pelanggan.

ii. Penolong Pegawai Tanah Kajian ini amat diperlukan bagi mengatasi

masalah yang dibangkitkan oleh Penolong Pegawai Tanah berkaitan penyedian pelan PU kepada JUPEM.

Kaedah Kutipan Data KajianJenama alat HANDHELD GPS yang digunakan dalam kajian ini ialah Garmin GPSMap 62s.

Langkah-langkah yang dilakukan sebelum cerapan dibuat adalah seperti berikut:

i. Kenalpasti lokasi dan peralatan yang digunakan;

ii. Dapatkan sumber data tambahan seperti keadaan cuaca, gambar, peta dan pelan lokasi;

iii. Data raster turut boleh dimuat-turun dalam alat untuk menggambarkan keadan sebenar di lapangan;

iv. Dapatkan koordinat sebenar lokasi dengan tetapkan sistem koordinat tertentu di padang dan alat sama ada WGS84 atau RSO dan sebagainya;

v. Pilih titik-titik yang akan ditanda di lapangan dengan mengira dan memasukkan nilai koordinat tersebut di dalam alat dengan dinamakan sebagai STN1, STN2, dan seterusnya; dan

vi. Memastikan alat mempunyai kuasa bateri yang maksima, pita ukur kecil dan beberapa piket kecil serta kompas kecil dan kamera digital jika perlu.

Langkah-langkah yang dilakukan semasa cerapan dibuat adalah seperti berikut:

i. Penetapan Koordinat dari Handheld GPS dibawa ke arah tanda sempadan dari empat arah iaitu Utara, Selatan, Timur dan Barat seperti pada rajah 1; dan

ii. 4 kedudukan yang diperolehi dari HANDHELD GPS ditanda. Satu titik persilangan (TP) ditetapkan bagi menganggap sebagai purata kedudukan seperti pada rajah 2 . Perbezaan bearing dan jarak diukur dari titik TP ke tanda sempadan Stn 7.

Rajah 1 : Kaedah pergerakan HANDHELD GPS untuk penentuan lokasi tanda sempadan

Rajah 2 : Contoh hasil pergerakan HANDHELD GPS dan diperolehi titik persilangan sebagai purata kedudukan.

SUDUT ILMU

Berita UKUR 17

Page 18: Bil: 52 / 2012

Berita UKUR 18

Hasil Cerapan

Ringkasan hasil kutipan data cerapan di lapangan yang telah diperolehi adalah seperti berikut:

Nilai Asal(JUPEM)

CerapanHANDHELD

GPS(PTD) Stesen

Perbezaan di Antara Tanda Sempadan Asal Dengan Stesen

Cerapan HANDHELD GPS Catatan

Bearing Jarak

1 10 207° 45’ 00” 2.700 Kawasan Lapang (Batu GPS)2 20 181° 56’ 00” 0.670 Kawasan Lapang3 30 148° 00’ 00” 2.200 Kawasan Lapang4 40 145° 00’ 00” 1.000 Bucu Bangunan5 50 145° 00’ 00” 2.400 Bucu Bangunan6 60 208° 00’ 00” 2.450 Tepi Pokok7 70 7° 25’ 00” 2.340 Kawasan Lapang

500.044 m 504.278 m 4.23 m Perimeter1.405 ha 1.420 ha 0.015 ha Keluasan

SUDUT ILMU

Berita UKUR 18

Page 19: Bil: 52 / 2012

Berita UKUR 19

Analisa dan Penemuan

Berdasarkan dari hasil cerapan, analisa telah dijalankan dan mendapati perkara-perkara berikut:

i. Beza jarak di antara titik kedudukan sebenar tanda sempadan dengan titik cerapan ialah di antara 0.67 – 2.7 meter;

ii. Arah kedudukan di antara titik kedudukan sebenar dengan hasil cerapan adalah tidak boleh diramalkan (dimodelkan);

iii. Beza perimeter adalah kecil iaitu kurang dari 1% dari jumlah jarak yang diukur;

iv. Kaedah cerapan secara purata empat penjuru dapat membantu meminimakan nilai perbezaan di antara tanda sempadan asal dengan stesen cerapan HANDHELD GPS;

v. Kaedah cerapan secara purata empat penjuru dapat membantu meminimakan nilai perbezaan di antara tanda sempadan asal dengan stesen cerapan HANDHELD GPS; dan

vi. Hasil cerapan menggunakan alat HANDHELD GPS adalah dalam bentuk koordinat. Bering dan jarak adalah daripada kiraan. Semakan ketepatan ukuran (tikaian lurus) tidak dapat dibuktikan terus di lapangan.

Rumusan dan Cadangan Kajian

Rumusan yang berdasarkan kepada kajian awal di lapangan adalah seperti berikut:

i. Alat HANDHELD GPS yang mempunyai spesifikasi yang berkejituan yang rendah seperti dari 5 – 10 meter, tidak sesuai digunakan untuk ukuran pemerengganan tanah terutamanya bagi pelan yang berskala besar;

ii. Kaedah cerapan secara purata empat penjuru dapat meminimakan nilai perbezaan cerapan handheld GPS dengan nilai sebenar; dan

iii. Walaupun perbezaan jumlah jarak dan keluasan di antara cerapan HANDHELD GPS dengan sebenar adalah kecil dan dalam had yang dibenarkan tetapi perbezaan kedudukan tanda sempadan (bearing dan jarak) antara cerapan HANDHELD GPS dengan sebenar adalah di antara 0.5 sehingga 3.0 meter adalah besar dan ketara bagi ukuran pemerengganan lot-lot perumahan dan pertanian yang berskala besar.

Sehubungan itu, dicadangkan pihak pengurusan tertinggi JUPEM dapat memberi perhatian dan mengeluarkan satu ketetapan seperti berikut:

i. Alat HANDHELD GPS yang berjituan rendah tidak boleh digunapakai bagi pemerengganan tanah bagi tujuan penyediaan pelan PU;

ii. Alat HANDHELD GPS yang berjituan rendah boleh digunakan untuk mengenalpasti kedudukan lokasi tanah. Bagi tujuan pemerengganan tanah, peralatan ukur yang boleh menghasilkan nilai bearing dan jarak hendaklah digunapakai , ini bagi membolehkan ketepatan ukuran dibuktikan; dan

iii. Menegaskan bahawa pihak JUPEM boleh mengesan kedudukan tanah bagi pelan PU yang mempunyai nilai-nilai koordinat.

Seterusnya, pihak berkaitan di Pentadbiran Tanah dicadangkan untuk menambahbaik dan mengeluarkan peraturan/prosedur kerja yang selaras dan selari dengan perkembangan teknologi terkini, keperluan semasa dan kehendak pelanggan.

Peralatan HANDHELD GPS Yang DigunakanJenama alat HANDHELD GPS yang digunakan dalam kajian ini ialah Garmin GPSMap 62s. Ia suatu alat navigasi yang agak terkehadapan dalam sirinya dengan mempunyai kompas dan altimeter. Ia rekaan yang kukuh dan kalis air untuk digunakan semasa aktiviti luar sama ada semasa berjalan kaki atau berkenderaan.

Penerimaan isyarat GPSnya juga agak pantas sama ada di kawasan lapang atau dalam kepadatan bandar dengan kejituan sekitar 9 kaki (hampir 3m). Peta raster juga boleh dimuat-naik ke dalamnya. Alat ini tidaklah begitu mahal untuk dimiliki kerana dijual serendah USD450.00 atau sekitar RM1500.00 seunit. Alat bersaiz poket ini amat mudah dan ringan untuk dikendali seperti menggunakan sebuah handphone seperti gambar yang ditunjukkan.

SUDUT ILMU

Berita UKUR 19

Page 20: Bil: 52 / 2012

Berita UKUR 20

Rujukan;

Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (2011). www.kptg.gov.my. Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian: Laman sesawang

International Law Book Services (2010), Kanun Tanah Negara 1965 (Akta 56/1965) Pindaan sehingga 5hb Mei 2010.

Garmin GPSMAP 62 series Owner’s Manual (2011). www.gpsmap62s.net

Spesifikasi peralatan HANDHELD GPS yang telah digunakan dalam kajian ini ialah ;

Physical & Performance:Unit dimensions, WxHxD: 2.4” x 6.3” x 1.4” (6.1 x 16.0 x 3.6 cm)Display size, WxH: 1.43” x 2.15” (3.6 x 5.5 cm); 2.6” diag (6.6 cm)Display resolution, WxH: 160 x 240 pixelsDisplay type: transflective, 65-K color TFTWeight: 9.2 oz (260.1 g) with batteriesBattery: 2 AA batteries (not included); NiMH or Lithium recommendedBattery life: 20 hoursWaterproof: yes (IPX7)Floats: noHigh-sensitivity receiver: yesInterface: high-speed USB and NMEA 0183 compatible

Maps & Memory:Basemap: yesPreloaded maps: noAbility to add maps: yesBuilt-in memory: 1.7 GBAccepts data cards: microSD™ card (not included)Waypoints/favorites/locations: 2000Routes: 200Track log: 10,000 points, 200 saved tracks

Features & Benefits:Automatic routing (turn by turn routing on roads): yes (with optional mapping for detailed roads)

Electronic compass: yes (tilt-compensated, 3-axis)Touchscreen: noBarometric altimeter: yesCamera: noGeocaching-friendly: yes (paperless)Custom maps compatible: yesPhoto navigation (navigate to geotagged photos): yes

Outdoor GPS games: noHunt/fish calendar: yesSun and moon information: yesTide tables: yesArea calculation: yesCustom POIs (ability to add additional points of interest): yes

Unit-to-unit transfer (shares data wirelessly with similar units): yes

Picture viewer: yesGarmin Connect™ compatible (online community where you analyze, categorize yes

SUDUT ILMU

Berita UKUR 20

Page 21: Bil: 52 / 2012

Berita UKUR 21

Oleh : Tuan Hj. Zulkefli bin Che Lah Penolong Juruukur, Seksyen Perancangan, Penyelidikan dan Pembangunan

Kertas Kerja ini telah dibentangkan semasa Sesi Pembelajaran pada 2 Jun 2012 di Campus City, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Kuala Lumpur

Pengenalan

Di Sepanyol, sesetengah kawasan diliputi oleh banjaran-banjaran dan bukit bukau. Sistem pengangkutan mereka terdiri daripada jalan raya dan keretapi. Perhubungan melalui terowong untuk pengangkutan telah wujud berabad-abad lamanya. Kawasan banjaran dan berbukit dibina terowong untuk perhubungan melalui keretapi. Mereka telah membangunkan kedua-dua sistem jalan raya dan terowong keretapi tersebut di antara bandar-bandar untuk pengangkutan terutamanya untuk menyeberangi gunung. Dengan perkembangan teknologi, pembangunan landasan keretapi berkelajuan tinggi di seluruh dunia baru-baru ini telah merangsang pembinaan landasan keretapi mereka dengan lebih meluas lagi. Pembinaan landasan keretapi di kawasan pergunungan menjadi pilihan kerana ianya lebih kukuh dan tahan lama berbanding di kawasan lembah dan kawasan berkecerunan minima.Perkembangan teknologi baru ini telah membuka ruang dalam bidang ukur industri. Teknologi ini menggunakan konsep LiDAR dan telah diperkembangkan untuk digunakan dalam pengukuran pembinaan terowong bawah tanah. Ianya mampu mengukur dengan pantas dan memberi kejituan yang tinggi. Teknologi ini telah mula mendapat perhatian yang meluas untuk menjalankan pengukuran terowong bawah tanah bagi sesetengah negara.

Tujuan

Teknologi ini digunakan untuk pengukuran pembinaan terowong seperti pembinaan landasan keretapi bawah tanah. Teknologi baru ini telah digunakan oleh syarikat pembinaan terowong di Sepanyol pada Julai 2010. Kaedah pengukuran adalah menggunakan peralatan Laser Scanning yang diletakkan pada kenderaan yang bergerak dengan kelajuan sederhana sambil membuat imbasan imej objek dalam terowong dan mendapat profil landasan secara as built. Teknologi ukuran adalah mengintegrasikan GPS dengan alat Laser Scanning semasa pengukuran dijalankan.

Tempat

Tempat pengukuran adalah terowong keretapi bawah tanah di Pajares, Sepanyol. Pembinaan terowong ini terletak di bawah pergunungan Mountains Cantabrian. Terowong keretapi ini merupakan terowong kedua terpanjang di Sepanyol, keenam terpanjang di Eropah dan ketujuh di dunia. Terowong ini adalah terowong berkembar dua landasan tunggal dengan jarak 25 km berdiameter 8.5 m. Untuk tujuan pembinaan, terowong telah dibahagikan mengikut seksyen yang berbeza iaitu Pajares Utara dengan panjang 15 km dan Pajares Selatan dengan jarak landasan 10 km panjang. Selain terowong utama, juga dibina terowong akses tambahan dengan jarak 2 km, dinamakan Terowong Folledo.

SUDUT ILMU

Projek Ukur Terowong (Terowong Pajares, Sepanyol) Mengguna Laser Riegl VMX-250

Berita UKUR 21

Page 22: Bil: 52 / 2012

Berita UKUR 22

Peralatana) RIEGL VMX-250 Mobile Laser Scanner

Peralatan RIEGL VMX-250 Mobile Laser Scanner adalah alat pengimbas imej dengan mengguna halaju gelombang (velocity) berkuasa tinggi, 300 Khz untuk mengimbas imej dengan pantas dan menyelesaikan pelbagai aplikasi dalam perisian. Pengimbas ini dapat memberikan kejituan tertinggi dan tahan lasak walaupun berada dalam keadaan persekitaran yang buruk di dalam terowong. Ia boleh melakukan kerja seperti berikut;

i) Proses automasi monitoringii) Pengukuran imej materialiii) Pengukuran profil objekiv) Mengesan rintangan bagi mengelak

pelanggaran

Semasa pengukuran dijalankan Mobile Laser Scanning (MLS), sistem navigasi Applanix GNSS diintegrasikan dengan Laser Scanner RIEGL VMX-250 . Laser Scanner akan memancarkan gelombang Infra Red yang berhalaju tinggi dan mengimbas imej objek. Laser Scanner ini dipasang pada kenderaan bergerak sekitar halaju 20km/j sepanjang landasan.

b) Alat Total Station

Alat Total Station digunakan untuk pengukuran jaringan terabas untuk meletakkan kodinit kawalan pada sela 25 m.

c) Alat GPS

Alat GPS digunakan untuk mengintegrasikan sistem navigasi Applanix GNSS dengan alat pengimbas RIEGL VMX-250 Mobile Laser Scanner semasa pengukuran.

RIEGL VMX-250 Mobile Laser Scanner Dipasang Pada Kenderaan Semasa Pengukuran

RIEGL VMX-250 Mobile Laser Scanner

Gambarajah 1 : Lokasi Pengukuran Terowong

SUDUT ILMU

Berita UKUR 22

Page 23: Bil: 52 / 2012

Berita UKUR 23

Perisian

RIEGL RiAcquire adalah perisian Unit Kawalan dalam kenderaan digunakan sebagai perisian mengawal semua data mentah ukuran. Dalam perisian memproses data ini ia mempunyai 3 komponen iaitu;

i. MMS POSPac Peringkat pertama, MMS untuk memproses data LiDAR.

ii. RiProcess Peringkat kedua, untuk menghubungkan jaringan kawalan dan alat supaya sentiasa boleh

menerima isyarat gelombang satelit GNSS. RiPROCESS direka untuk mengurus, memproses, menganalisis, dan visualisasi data yang diperolehi

dengan sistem Laser Scanner RIEGL VMX-250 dan integrasi dengan alat GNSS.

iii. RiSCAN Pro Berorientasikan keseluruhan data yang diperolehi semasa pengukuran. Data-data ini termasuk

imbasan, imej digital, data GPS, koordinat titik kawalan dan kodinit sambungan, dan menjalankan transformasi untuk mengubah data imbasan ke dalam sistem koordinat sistem. Sebagai perisian tambahan kepada pemerolehan data, ia menyediakan pelbagai fungsi pemprosesan data.

Konsep Pengukuran

Pengukuran adalah mengguna konsep LiDAR iaitu imej yang dirakam di tafsirkan semula mendapatkan profil objek. Alat Laser Scanner bertindak memancarkan gelombang Infra Red yang berkelajuan tinggi pada objek dan imej akan dirakam pada unit kawalan untuk ditafsirkan. Gambarajah di muka surat seterusnya menerangkan konsep pengukuran alat Laser Scanner RIEGL VMX-250.

Komponen –Komponen Dalam Perisian Prosesan Data

SUDUT ILMU

Berita UKUR 23

Page 24: Bil: 52 / 2012

Berita UKUR 24Berita UKUR 24

i) Laser Range elektronik (1) dioptimumkan untuk memenuhi keperluan pengimbasan berkelajuan tinggi.

ii) Pesongan sudut pancaran laser (2) direalisasikan oleh poligon berputar (3) dengan pada permukaan reflektif.

iii) Bagi setiap pengukuran RANGE, SCAN ANGLE, dan SIGNAL AMPLITUD disediakan melalui internet interface (4). Setiap pengukur Laser Range akan selaraskan masa yang tepat dengan menghubungkan alat GPS.

Cara Pengukuran

Ukur terowong di bahagikan kepada tiga tugas utama;

i) Seting out positioning untuk titik kawalan sela 25m.

ii) Pengukuran imej Laser Scanning untuk mendapat profil setiap sela 2m.

iii) Pemantau tunnel monitoring semasa kerja Semua tugas-tugas ini bergantung kepada inovasi teknologi yang disesuaikan dengan persekitar

dalam terowong bawah tanah di mana keadaan keluasan dan tempat kerja yang terbatas. Ianya melibatkan pembangunan sistem perisian komputer yang berfungsi pentafsiran, pengesanan imej secara automatik dan alat kawalan jauh.

Selain itu sistem pengukuran memerlukan perkakasan untuk tugas-tugas pengukuran yang tepat, seperti kaji selidik asas ke atas tanah untuk rujukan titik permulaan dan akhir terowong dan penubuhan stesen rujukan dalam terowong.

Teknologi ini mengguna integrasi model 3D Laser Scanning dan menghasil model 3D yang yang beresolusi tinggi dan memberi bentuk geometri terowong secara serentak (as built).

Konsep Pengukuran Laser Scanner

SUDUT ILMU

Page 25: Bil: 52 / 2012

Berita UKUR 25Berita UKUR 25

Pengukuran Titik Kawalan

Penubuhan titik kawalan adalah dengan menggunakan alat Total Station dalam jaringan trabas kawalan. Penubuhan kodinit titk kawalan adalah pada sela jarak setiap 25 stesen dalam terowong. Titik kawalan ini diletak pada dinding terowong dengan saiz tanda 30cm x 30cm dicat dengan warna putih.

Prosedur pengukuran adalah membuat ukuran kawalan terabas di sepanjang terowong seterusnya membuat pelarasan koordinat muktamad pada stesen-stesen trabas. Dari stesen-stesen ini, semua koordinat titik kawalan telah ditentukan dengan menggunakan alat Total Station.

Pengukuran Laser Scanner RIEGL VMX-250

Pengukuran dilakukan dengan alat Laser Scanner RIEGL VMX-250 yang dilekatkan pada kenderaan dengan pemanduan yang telah ditetapkan sekitar 20km/jam. Semasa kerja ukuran dilakukan ianya dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu satu kumpulan untuk pemasangan peralatan pada titik kawalan dan satu kumpulan dalam kenderaan untuk memandu dan mengawal pengukuran pada Unit Kawalan sistem komputer.

Alat penerima GNSS telah dipasang sebagai stesen titik kawalan pada titik yang diketahui koordinatnya dalam rangkaian travers di luar terowong. RIEGL RiAcquire adalah perisian Unit Kawalan dalam kenderaan digunakan untuk mengawal semua proses pengukuran. Initializations GNSS ditetapkan sekurang-kurangnya 5 minit dengan kaedah statik dengan 6 - 9 satelit dan PDOP lebih rendah daripada 2.0. Alat Laser Scanning memancarkan sinaran Infra Red yang berkelajuan tinggi untuk mengimbas objek.

Hasil Ukuran

Langkah seterusnya adalah untuk mendapat bentuk geometri terowong dan profil terowong bagi setiap sela 2m seterusnya gambaran keseluruhan profil terowong. Data yang diproses akan memaparkan geometri terowong secara as built yang sedang dibina. Geometri tersebut akan dibuat perbandingan dengan geometri pelan cadangan supaya pembinaan terowong mengikut pelan cadangan.

Penubuhan Stesen Kawalan

Pelan Cadangan Asal Terowong

Profile Terowong Yang Diukur Sela 2m (As Built)

Geometri Terowong Yang Diukur (As Built)

SUDUT ILMU

Page 26: Bil: 52 / 2012

Berita UKUR 26

MasalahKekangan utama yang yang dihadapi semasa pengukuran projek ini adalah gangguna isyarat GPS seperti terputus isyarat gelombang (cycle clips) dan perlu membuat inertialize semula. Gangguan isyarat GPS yang paling lama pernah berlaku ialah 80 minit dalam projek terowong Timur.Keadaan turapan yang tidak sekata menyebabkan berlakunya putaran Yaw, Pitch dan Roll pada alat Laser Scanner perlu dibetulkan data cerapan. Kebocoran air di dalam terowong itu menyebabkan kelajuan kenderaan dalam terowong memberi perubahan kenderaan tidak sekata dan kesukaran mengesan keamatan perubahan pada data kawalan LiDAR pada air kotor dengan air najis.

Ketepatan UkuranData LiDAR yang diperolehi oleh RIEGL VMX-250 memberi kualiti imej yang baik yang berelusi tinggi. Imej cukup untuk mengenalpasti kebanyakan struktur pada keseluruhan terowong.

Tinjauan kawalan kualiti telah dijalankan untuk menilai profil yang telah diukur melalui pengukuran Mobile Laser Scanner (LSM). Profile dipilih secara rawak dalam beberapa bahagian terowong dibandingkan data ukuran dengan kaedah kovensional dan LSM. Keputusan menunjukkan bahawa majoriti perbezaan dalam sela 1cm hingga 2cm dan perbezaan maksimum sehingga hingga 3 cm telah ditemui.

Dalam projek ini, pengurangan kerja ukur di tapak dikurang masa 10 hingga 15 kali ganda dibanding dengan kaedah konvensional. Dengan ini membolehkan pengurangan kos operasi kira-kira 70 hingga 80%.

KesimpulanProjek ini menjanjikan perspektif baru dalam bidang ukur industri bagi pembinaan terowong bawah tanah. Konsep ini lebih cepat dalam menghasil data-data ukuran (as built) dalam mengutip butiran.Penentuan geometri/bentuk terowong adalah lebih cepat dan mampu memberi profil terowong pada sela yang rapat dan boleh dihasilkan dalam masa yang singkat dengan gabungan perisian-perisian baru yang diperkenal dalam modul ukuran MLS ini.

Walaubagaimana pun teknik dalam menyediakan titik kawalan masih menggunakan konsep konvensional dan perlu dibuat kajian lagi jika terdapat penemuan-penemuan baru yang lebih cepat dan mampu memberi kejituan yang tinggi. Imej LiDAR yang dihasilkan beresolusi tinggi dan boleh dikatakan memberi nilai malar pada imej memberi keputusan yang lebih berkualiti.

Keistimewaan ProjekTeknologi ukuran Mobile Laser Scanning ini adalah menggunakan teknologi tinggi dari segi penggunaan alat dan perisian untuk memproses data. Dengan menggunakan kaedah ini masa ukuran dapat disingkat sehingga 70% -80% dan dengan ini dapat mengurang kos operasi. Data imej LiDAR yang diintegrasikan dengan alat penerima telah menghasilkan imej yang beresolusi tinggi secara langsung menghasil kejituan yang tinggi. Teknologi ini dapat menghasilkan model 3D pada permukaan terowong dan boleh digunakan untuk mengenalpasti bentuk fizikal dan memantau geometri terowong mengikut rekabentuk yang dirancang dalam pelan cadangan.

Masa Depan TeknologiTeknologi ini telah dipraktikkan pada tahun 2010 dan pada masa ini terdapat laman sesawang syarikat pembekal (http://www.riegl.com) yang memperkenal perisian dan peralatan untuk melaksanakan pengukuran. Pada masa kini sudah terdapat usaha ke arah ini namun ianya belum dipraktikkan secara meluas lagi. Contohnya untuk projek pemuliharaan bangunan lama dan bersejarah telah mula dibuat namun pada skala yang kecil. Pada masa depan diharapkan pendekatan yang digunakan di dalam projek ini boleh dilaksanakan seperti dalam pengukuran penyediaan hakmilik stratum bawah tanah.

Rujukan :1. http://uww.ita-aites.org/2. http://www.adif.es/en_US/index.shtml3. http://www.adif.es/en_US/infraestructuras/lineas_de_alta_velocidad/leon_asturias/leon_asturias.shtml4. http://www.riegl.com/

SUDUT ILMU

Berita UKUR 26

Page 27: Bil: 52 / 2012

Berita UKUR 2727

Mini Konvensyen 5S

6 Januari 2012 - Seksyen Topografi Sabah telah menerima lawatan kerja YBhg. Dato’ Zoal Azha bin Yusof, Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia (NRE) dan YBhg. Dato’ Mohamad Zabidi bin Zainal Ketua Pengarah MAMPU Malaysia.Tujuan lawatan tersebut adalah bagi membincangkan program transformasi Seksyen Topografi Sabah di samping isu-isu lain yang berkaitan.

Perbincangan tersebut telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Utama, Seksyen Topografi Sabah yang juga dihadiri oleh Dato’ Dr. Mohd Ali bin Mohamad Nor, Timbalan Ketua Setiausaha I NRE, En. Suhaimi bin Hj. Mamat, Setiausaha Bahagian Tanah, Ukur dan Pemetaan NRE, En. Mohammad Zaki bin Mohd Ghazali, Pengarah Ukur Seksyen Topografi Sabah serta pegawai-pegawai kanan Seksyen Topografi Sabah. Rombongan ini juga turut melawat cadangan tapak bagi membina Mini NRE yang akan menempatkan Ibu Pejabat Seksyen Topografi Sabah, pejabat Seksyen Topografi Sabah Wilayah I dan pejabat JKPTG Sabah.

28 Jun 2012 - Buat julung kalinya Mini Konvensyen 5S JUPEM Johor telah berjaya diadakan. Majlis diadakan di Dewan Serbaguna JUPEM Johor dan telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Ukur dan Pemetaan Johor (Pengurusan), Sr Pauzzi bin Ismail. Beliau turut menyeru agar semua pegawai dan kakitangan sentiasa mengamalkan prinsip-prinsip 5S serta dapat memberikan idea baru yang kreatif untuk meningkatkan produktiviti dalam organisasi. Sebanyak sembilan zon telah menyertai Mini Konvensyen ini terdiri dari Zon Khidmat Pelanggan, Zon SSMI, Zon Pentadbiran dan kewangan, Zon Marin, Zon Database, Zon Pelan Berdigit, Zon HMT, Zon Pejabat Ukur Daerah Johor Tengah dan Zon

Pejabat Ukur Daerah Johor Utara. Dua orang pegawai dari Malaysia Productivity Corporation (MPC) telah dijemput sebagai panel penilai.

Lawatan KSU dan KP MAMPU

RangkumanBERITA JUPEM NEGERI / SEKSYEN

Berita UKUR 27

Page 28: Bil: 52 / 2012

Berita UKUR 28

EX EAGLE 2012 Menguji Kemampuan BGSP

26 Jun 2012 - Satu Majlis menandatangani perjanjian sempadan bagi menerima sempadan yang telah ditanda dan diukur oleh pihak JUPEM telah diadakan di Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya. Ia disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri DiRaja Haji Adnan bin Haji Yaakob bersama YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri DiRaja Dr. Zambry bin Abd. Kadir di hadapan YB Setiausaha Kerajaan Negeri masing-masing. Majlis ini juga telah disaksikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak.

Kerja-kerja penandaan dan pengukuran telah dijalankan secara berperingkat-peringkat oleh Seksyen Topografi Semenanjung Malaysia yang turut dibantu oleh kedua-dua JUPEM negeri berkenaan bermula dari 7 Julai 1994 dan telah siap sepenuhnya pada 9 Julai 2003. Jarak keseluruhan sempadan antara negeri Perak dan negeri Pahang yang telah diukur adalah sepanjang 162.7 kilometer dan sejumlah 5,821 tanda sempadan telah ditanam di sepanjang garis sempadan kedua-dua negeri berkenaan. Dengan muktamadnya sempadan antara kedua-dua negeri, Pihak Berkuasa Negeri akan dapat memastikan urusan pelupusan dan pembangunan tanah serta penguatkuasaan di kawasan persempadanan dilaksanakan dengan lancar dan sempurna.

25 Jun hingga 10 Julai 2012 - EX EAGLE merupakan satu latihan ketenteraan yang berskala besar telah diadakan di sekitar Utara Semenanjung Malaysia. Ia merupakan kombinasi latihan yang melibatkan staf 2 Division, kumpulan Briged dan dibantu oleh trup Division, trup Medan, trup Tentera Darat, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). Latihan ini bertujuan untuk menguji keberkesanan ketumbukan 2 Briged selaku Strike Force. Penglibatan BGSP di dalam latihan adalah bagi membantu menjayakan latihan Command Post Exercise (CPX) dan Field Troop Exercise (FTX).

23 hingga 28 Mei 2012 - Penglibatan BGSP di pameran sempena Himpunan Sejuta Belia yang diadakan di Jalan Perpaduan, Presint 4, Putrajaya dalam membantu pasukan Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) telah berjaya menarik ramai pengunjung di tapak pameran. Bahan pameran yang disediakan merupakan Elemen Geospatial, Elemen Tempur, Elemen Pembinaan dan Elemen Jurutera Pakar secara tidak langsung telah dapat memberi gambaran dan kefahaman mengenai peranan penting ATM di negara ini.

BGSP Sertai Pameran Dalam Himpunan Sejuta Belia

Perjanjian Sempadan Negeri Pahang - Perak Dimuktamad

Berita UKUR 28

Page 29: Bil: 52 / 2012

Berita UKUR 29

Bengkel Perancangan Strategik

Majlis Persaraan Pengarah Ukur Seksyen Pangkalan Data

27 Jun 2012 - Lawatan ulung Asisten Ketua Staf Bahagian Operasi Latihan Pertahanan (AKS BOLP) Markas Angkatan Tentera Malaysia, YBhg. Laksda Dato’ Anuwi bin Hassan ke BGSP telah disambut oleh Pengarah BGSP, YBhg. Brig. Jen. Dato’ Zaharin bin Din. Lawatan ini bersempena dengan pelaksanaan Mesyuarat Pra Jawatankuasa Pemetaan Tentera tahun 2012 yang akan dipengerusikan AKS BOLP sebagai persediaan untuk pelaksanaan Mesyuarat Jawatankuasa Pemetaan Tentera yang diadakan pada bulan Julai 2012.

5 hingga 7 Mac 2012 – Seramai 17 orang pegawai dan kakitangan Seksyen Pangkalan Data telah menghadiri Bengkel Perancangan Strategik di Hotel De Palma, Kuala Selangor. Bengkel ini bertujuan untuk membincangkan Pelan Perancangan Strategik bagi tahun 2012 antaranya menyentuh mengenai Pelan Strategik Pengurusan Infrastruktur ICT, Pelan Strategik Pengurusan Global Mapping, Pelan Strategik Perancangan SKT 2012, Pelan Strategik Kualiti Dataset CATMAPS, Pelan Strategik Pengurusan Sumber Manusia dan Pelan Strategik Pencapaian Objektif MS ISO 9001:2008.

12 Julai 2012 - Majlis yang bertemakan ‘Jasamu dikenang’ ini telah dihadiri oleh semua kakitangan Seksyen Pangkalan Data bertempat di Dewan Kristal, D’Saji Restaurant & Café, Felda Villa, Jalan Maktab, Kuala Lumpur. Tujuan diadakan bagi mengenang jasa Pengarah Ukur, Tuan Haji Mazlan bin Haji Asha’ari yang akan bersara pilihan setelah berkhidmat selama 27 tahun di JUPEM.

Lawatan Ulung AKS BOLP Ke BGSP

Perjanjian Sempadan Negeri Pahang - Perak Dimuktamad

Berita UKUR 29

Page 30: Bil: 52 / 2012

Berita UKUR 30Berita UKUR 30

Kursus Penentuan Arah Kiblat

Majlis Amanat Datuk KPUP dan Tautan Kasih

Perarakan Sambutan Maulidur Rasul

6 Februari 2012 – JUPEM Terengganu telah mengadakan Kursus Penentuan Arah Kiblat yang dihadiri oleh seramai 50 orang pegawai dan kakitangan. Kursus sehari yang di adakan di Dewan Serbaguna, Kilang Batu Sempadan Cendering ini bertujuan untuk memberi pemahaman dari segi teori dan teknikal berkaitan penentuan arah kiblat. Kursus ini juga bertujuan untuk meningkatkan kemahiran amali dalam penentuan arah kiblat selain dapat membina sifat peka dalam menyelesaikan masalah menentukan arah kiblat.

5 Februari 2012 - Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Terengganu telah diadakan di Stadium Tertutup Negeri, Batu Buruk, Kuala Terengganu. Sempena sambutan ini, Jabatan Ukur dan Pemetaan Terengganu (JUPEM) telah menyertai perarakan yang bermula daripada Dataran Shahbandar hingga ke Stadium Tertutup Negeri. Kontinjen JUPEM Terengganu dianggotai seramai 43 orang kakitangan yang diketuai oleh Timbalan Pengarah Ukur I, Sr Abdul Manan bin Abdullah.

29 Januari 2012 – JUPEM Terengganu telah mengadakan Majlis amanat Datuk Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan (KPUP) bertempat di Dewan Serbaguna Kilang Batu Sempadan Cendering. Amanat Datuk KPUP ini telah disampaikan oleh Pengarah Ukur dan Pemetaan Terengganu, Sr Hj. Abd. Rahman bin Mohd Don. Majlis dimulakan dengan bacaan doa serta disusuli dengan nyanyian lagu Negaraku, Perkhidmatan Awam serta lagu Jabatan Ukur dan Pemetaan (JUPEM). Satu sesi dialog turut diadakan melibatkan pegawai pengurusan dan kakitangan bertujuan untuk mencari penyelesaian dalam masalah berbangkit selain dapat memberi ruang kepada semua peringkat warga JUPEM Terengganu mengemukakan pertanyaan kepada pihak pengurusan. Satu sesi program tautan kasih turut diadakan melibatkan seramai 33 orang pesara bertujuan mewujudkan ikatan silaturahim pegawai pengurusan dan kakitangan JUPEM Terengganu yang masih berkhidmat dengan kakitangan yang telah bersara. Ianya juga bertujuan untuk berkongsi pelbagai pengalaman yang telah dilalui oleh pesara semasa berkhidmat dan setelah bersara daripada perkhidmatan. Satu kutipan derma kilat telah dibuat dimajlis tersebut bagi membantu meringankan beban seorang pesara JUPEM Terengganu yang menghidap penyakit lumpuh

Berita UKUR 30

Page 31: Bil: 52 / 2012

Berita UKUR 31

Pemantapan Kemahiran Kaunseling

Kursus Peningkatan Kendiri dan Team Building

Malam Menjunjung Kasih

12 hingga 15 Jun 2012 - Jawatankuasa Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB), JUPEM Terengganu telah menganjurkan Program Pemantapan Kemahiran Kaunseling Tahap 1 (PPKK) dengan kerjasama Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) bertempat di D’ Ambang Resort, Pekan, Pahang. Seramai 43 orang peserta terdiri daripada kakitangan JUPEM Terengganu, JUPEM Pahang dan JUPEM Kelantan menyertai program ini. Dua orang Kaunselor dari NRE telah telah dijemput mengendalikan dan menyampaikan ceramah yang berlangsung selama 4 hari ini. Tujuan utama di adakan program ini adalah untuk memberi pendedahan mengenai kaunseling dalam Perkhidmatan Awam. Program ini juga merupakan satu pra-syarat untuk mentauliahkan kakitangan awam sebagai ahli AKRAB. Membuat rakit dan menyusuri sungai Pahang sejauh 3 kilometer merupakan aktiviti dalam slot Team Building dalam program yang telah dijalankan bagi mewujudkan sikap kerjasama dan ikatan ukhwah di antara satu sama lain.

25 hingga 27 Mei 2012 – Seramai 63 orang peserta terdiri dari Pekerja Awam dan Pegawai Kerjaluar JUPEM Perlis telah menghadiri Kursus Peningkatan Kendiri dan Team Building bertempat di Putri Ayu, Yan Kedah. Kursus selama 3 hari ini bertujuan mengenalpasti kekuatan dan kelemahan diri disamping membina semangat kerja berpasukan.

1 Jun 2012 - Bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun Keputeraan ke - 69 DYMM Tuanku Raja Perlis, kerajaan negeri telah mengadakan Majlis Malam Menjunjung Kasih Perkhidmatan Awam 2012 dengan Tema Persembahan Jenakarama. JUPEM Perlis telah terpilih untuk menjayakan persembahan dengan tajuk ‘Batu Oh Batu’ dianggotai seramai 12 orang pegawai dan kakitangan.

Berita UKUR 31

Page 32: Bil: 52 / 2012

Berita UKUR 32

Kejohanan Ten Pin Bowling

Kursus Motivasi dan Jati Diri

Perbincangan Teknikal Dua Negara

6 Julai 2012 – JUPEM Perlis telah menyertai Kejohanan Ten Pin Bowling bagi merebut Piala Pusingan YAB Dato’ Seri Dr. Mat Isa bin Sabu, Menteri Besar Perlis. Sebanyak 20 buah pasukan antara jabatan kerajaan telah menyertai kejohanan ini yang diadakan di Perlis Bowl, Kayangan Square, Kangar. Encik Razali bin Abas, Setiausaha Politik MB Perlis telah menyampaikan hadiah kepada pasukan dari Jabatan Imigresen yang menjadi johan dalam pertandingan ini.

13 hingga 15 Julai 2012 – Seramai 48 orang pegawai dan kakitangan JUPEM Perlis telah menghadiri Kursus motivasi dan Jati Diri Dalam Organisasi di Park Avenue Hotel, Sungai Petani Kedah. Kursus diadakan bertujuan menyuntik semangat kerja cemerlang dan progresif.

21 Mac 2012 – Satu Perbincangan Teknikal Pengarah Projek Bersama (CPD) Penandaan dan Pengukuran Sempadan Antarabangsa Malaysia - Thailand telah di adakan di Kompleks Kastam, Padang Besar, Thailand. Menilai kemajuan kerja-kerja ukuran bersama dan merancang kerja-kerja pengukuran pada masa hadapan antara yang dibincang dalam pertemuan ini. Sr John Elvis Koh, Pengarah Ukur Topografi Semenanjung Malaysia telah mengetuai bagi pihak negara Malaysia manakala Col. Chaiwat Promthong, Director of Geodesy and Geophysics Division, Royal Thai Survey Department (RTSD) bagi pihak Negara Thailand.

Berita UKUR 32

Page 33: Bil: 52 / 2012

Berita UKUR 33

Lawatan Teknikal Pihak Thailand Ke Lokasi Cadangan Pembinaan Pagar Selapis (Single Barrier)

Lawatan Suruhanjaya Persempadanan Vietnam (National Boundary Commission) ke Malaysia

Mesyuarat Ke-4 Joint Compilation and Documentation Group for The Documentation Of Historical Record (JCDG-HR-4) Penandaan, Pengukuran dan Penyelenggaraan Sempadan Antarabangsa Malaysia - Thailand

21 Mac 2012 - Lawatan Teknikal oleh pihak Thailand ke lokasi Cadangan Pembinaan Pagar Selapis (Single Barrier) di Bukit Kayu Hitam / Dannok, Sempadan Antarabangsa Malaysia - Thailand oleh Lt. Gen. Nopphadon Chotsiri, Pengarah Royal Thai Survey Department (RTSD) dan pegawai-pegawai kanan bertujuan untuk melihat dengan lebih dekat keadaan bentuk mukabumi, pembinaan sedia ada dan beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum ianya dibincang dan dimuktamadkan bersama pihak Malaysia dan Thailand. Lawatan ini telah diiringi oleh Sr. Haji Che Sulaiman bin Mat Yunus, Ketua Penolong Pengarah Ukur Topografi (Wilayah Utara) serta beberapa orang pegawai JUPEM.

3 April 2011 – Seramai 3 orang delegasi dari Suruhanjaya Persempadanan Vietnam (National Boundary Commission) di ketuai oleh Mr. Nguyen Anh Dung ke lokasi persempadanan Malaysia - Thailand berhampiran Bukit Kayu Hitam bertujuan untuk mengetahui tatacara pentadbiran di kompleks Kastam dan Imigresen serta pengurusan sempadan di antara Malaysia dan Thailand. Lawatan ini diiringi oleh YBhg. Dato’ Sr Mohd Noor bin Isa, Pengarah Ukur Bahagian (Pemetaan).

23 hingga 24 Mei 2012 – Satu mesyuarat di peringkat Co-Project Directors telah di adakan di Genting Highlands, Pahang untuk menyunting dan menyedia rekod-rekod sejarah berkaitan penandaan, pengukuran dan penyenggaraan sempadan antarabangsa kedua buah negara untuk menerbitkan dokumen terakhir secara bersama sebagai rekod rasmi dan rujukan generasi akan datang. Dalam mesyuarat ini, pihak Malaysia diketuai oleh Sr John Elvis Koh, Pengarah Ukur Topografi Semenanjung Malaysia beserta tujuh (7) orang pegawai manakala Thailand diketui oleh Col. Chaiwat Promthong, Director of Geodesy and Geophysics Division (RTSD) Thailand beserta empat (4) orang pegawai.

Berita UKUR 33

Page 34: Bil: 52 / 2012

Berita UKUR 34

Jabatan Angkat Kontinjen Sukma Sabah di Kejohanan Sukma Ke-15

Kakitangan JUPEM Terlibat Dalam Kemalangan di Lebuhraya Tun Razak

Pertandingan Bowling dan Badminton Tertutup

7 hingga 16 Julai 2012 – JUPEM Pahang telah dipilih sebagai jabatan angkat kepada kontinjen negeri Sabah bagi Kejohanan Sukan Malaysia (SUKMA) Ke-15 di Negeri Pahang. Seramai 35 orang pegawai dan kakitangan JUPEM Pahang telah dilantik sebagai pegawai perhubungan Leason Officer (LO) di kejohanan ini.

21 Mei 2012 – Seorang kakitangan JUPEM Pahang, Encik Azrul bin Fauzi (Juruteknik Ukur J17) telah meninggal dunia akibat satu kemalangan yang berlaku di Lebuhraya Tun Razak berhampiran Felda Selancar, Rompin. Dalam kemalangan ini, kenderaan jabatan yang dinaiki telah bertembung dengan sebuah lori membawa muatan buah kelapa sawit. Kejadian ini berlaku ketika 3 orang kakitangan kerja luar sedang dalam perjalanan untuk menghadiri Taklimat Program Mobilisasi Kerja-Kerja Ukuran Hakmilik di Pejabat Ukur Topografi Wilayah Selatan Segamat, Johor. Pemandu kenderaan dan 2 orang kakitangan yang terlibat dalam kemalangan ini hanya mengalami kecederaan ringan dan dirawat sebagai pesakit luar.

10 hingga 11 Februari 2012 - Kelab Sukan dan Kebajikan JUPEM Sarawak telah mengadakan satu pertandingan bowling tertutup di Crystal Bowl, BDC, Stampin Kuching. Seramai 40 orang kakitangan dan pegawai turut menyertai pertandingan ini dengan tujuan mengeratkan lagi hubungan baik di kalangan kakitangan selain dapat berkumpul untuk tujuan riadah. Dalam pertandingan ini Encik Joly ak Nyandung telah menjadi johan bagi kategori lelaki, manakala Puan Shaferah binti Shabni menjadi juara bagi kategori wanita. Pada hari kedua pula satu pertandingan badminton telah diadakan di Dewan Badminton Arena Kuching. Sebanyak 14 pasukan beregu telah mengambil bahagian dalam pertandingan ini. Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Encik Rahim bin Mohamad Saleh, Timbalan Pengarah Ukur Topografi Sarawak kepada pasukan yang menang.

Berita UKUR 34

Page 35: Bil: 52 / 2012

Berita UKUR 35Berita UKUR

Lawatan Konsulat Jenderal Republik Indonesia

Lawatan 5S Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Kuching

9 April 2012 - JUPEM Sarawak telah menerima lawatan Konsulat Jenderal Republik Indonesia yang diketuai oleh Bapak Djoko Harjanto. Lawatan ini bertujuan untuk mengenali lebih dekat mengenai JUPEM Sarawak disamping bertukar-tukar pandangan mengenai isu sempadan kedua-dua buah Negara.

11 Julai 2012 - JUPEM Sarawak telah menerima lawatan seramai 25 orang pegawai dari Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Kuching. Lawatan ini bertujuan untuk melihat dan menimba pengalaman mengenai 5S yang diamalkan. JUPEM Sarawak merupakan jabatan yang terawal dianugerahkan pensijilan 5S oleh MAMPU. Satu taklimat mengenainya telah disampaikan oleh Puan Nur Akma bt. Shaharuddin selaku Penyelaras Fasilitator Amalan 5S.

10 Pegawai JUPEM Layak Ikuti Kursus AGT25 hingga 27 Jun 2012 – Seramai 10 orang pegawai Seksyen Pemetaan Utiliti (SPU) layak mengikuti kursus Authorised Gas Tester and Entry Supervisor (AGT). Kursus selama 3 hari ini telah diadakan di National Institute of Occupational Safety and Health (NIOSH), Bangi, Selangor. Antara modul kursus AGT adalah meliputi prosedur untuk memasuki ruang terkurung (pentadbiran dan operasi), kemahiran menggunakan peralatan keselamatan bagi mengenal pasti dan menganalisis kemungkinan gas berbahaya, memberi dan memupuk kesedaran akan tanggungjawab seorang penguji gas bertauliah serta mempunyai pemahaman perundangan Akta 514. Sesi ceramah telah disampaikan oleh Ir Daud bin Sulaiman. Sesi latihan praktikal dan satu ujian turut menjadi perkara wajib kepada peserta dalam mengikuti kursus ini. Peserta yang berjaya menghadiri kursus ini serta lulus dalam ujian yang ditetapkan merupakan seorang yang kompeten dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai penguji gas bertauliah. Adalah menjadi harapan SPU agar semua pegawai dan kakitangan mempraktikkan pengetahuan dan pengalaman yang telah diperoleh bagi memantapkan keberkesanan dan kualiti keselamatan Pasukan Ukur semasa melaksanakan aktiviti pengukuran dan pengesanan utiliti di lapangan.

Berita UKUR 35

Page 36: Bil: 52 / 2012

Berita UKUR 36Berita UKUR 36

4 hingga 5 Jun 2012 - Seramai 13 orang pegawai dan kakitangan Seksyen Pemetaan Utiliti (SPU), JUPEM telah mengikuti Kursus Authorised Entrant and Standby Person (AESP) di National Institute of Occupational Safety and Health (NIOSH), Bangi, Selangor. Kursus yang telah diadakan selama 2 hari bertujuan memberi pendedahan dan meningkatkan pengetahuan serta kemahiran kepada pegawai dan kakitangan SPU berhubung bekerja secara selamat dan sihat dalam ruang terkurung (confined space). Sungguhpun pegawai dan kakitangan SPU tidak terlibat secara langsung bekerja sepenuh masa dalam ruang terkurung, namun mereka masih terikat dengan Tataamalan Industri Bekerja Selamat Di Dalam Ruang Terkurung 2010 yang diterbitkan oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP). Bagi memenuhi keperluan dan mematuhi Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514) serta peraturan yang dibuat di bawahnya agar dapat mewujudkan satu tempat bekerja yang sihat dan selamat, SPU telah mewajibkan setiap pegawai kerja luar mengikuti kursus seumpama ini yang perlu dihadiri sekali dalam tempoh 2 tahun. Pegawai dan kakitangan yang telah menghadiri latihan serta lulus ujian atau peperiksaan yang telah ditetapkan akan ditauliahkan kad perakuan latihan oleh pihak NIOSH. Kursus ini merupakan kursus yang berterusan yang dihadiri kakitangan SPU. Antara modul kursus yang dipelajari ialah pengenalan dan peraturan berkaitan ruang terkurung, bahaya-bahaya (hazard) yang terdapat dalam ruang terkurung seperti gas beracun, penggunaan alat perlindungan peribadi (PPE) dan prosedur untuk memasuki ruang terkurung. Peserta kursus juga telah menjalani latihan praktikal dan ujian lisan berkaitan prosedur menyelamat dan langkah-langkah menggunakan alat perlindungan peribadi.

SCP adakan Hari Keluarga19 hingga 20 Mei 2012 - Program Hari Keluarga Seksyen Percetakan Peta (SCP) yang diadakan di Pantai Indah Seaview Resort, Klang di sambut meriah. Sebanyak 30 keluarga dari seksyen ini terlibat dalam pelbagai aktiviti yang telah diadakan seperti melontar belon berisi air, lontaran bowling dari buah kelapa dan lain-lain acara menarik. Program kekeluargaan seperti ini merupakan satu usaha jabatan untuk menyemai perasaan persaudaraan dan meningkatkan ikatan silaturahim di kalangan kakitangan dan pegawai JUPEM di samping memberi ruang beriadah dan mengenali sesama ahli keluarga yang lain.

NIOSH Kendali Kursus AESP