27 - 52 dr shukeri

26
Al-Basirah (2011), Vol 1, No. 1, 27-52 27 Keberkesanan Program Keislaman yang dijalankan oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) dari Tahun 1990 Hingga Tahun 2000: Kajian di Kalangan Kakitangan MPKB Shukeri Mohamad 1 Mohamad Azrien Mohamed Adnan 2 Syed Abdurahman Syed Hussin 3 Abstrak The government of Kelantan since 1990 has introduced Islamic policy in the state administration activities through the slogan of "Rising with Islam”. For the success of the Islamic mission, Kota Bharu Municipal Council (MPKB) is the most important institution that is responsible in implementing Islamic programs. This article has identified seven key areas that have been infused with Islamic policies; (1) Islam as MPKB administration policy, (2) the application of Islamic values in the administration, (3) guiding youth, (4) keeping the appreciation of worship, (5) improving missionary activities and knowledge, (6) reducing evil such as ban the gambling and nightclubs activities, and (7) welfare of the citizens. A study has been done among MPKB staff through questionnaire method to find out the extent of the effectiveness of these programs. A total of 319 questionnaires were analyzed. The findings showed that Islamic programs that were carried out had achieved the goals and could obtrude Islam as a new value among society in Kota Bharu in particular and in Kelantan in general. Keywords: Islamic mission, Islamic program, Islamic policy Pendahuluan Kerajaan Kelantan telah mengemukakan satu gagasan politik baru yang bertunjangkan Islam selepas pilihanraya umum kelapan. Di bawah kepimpinan Angkatan Perpaduan Ummah, kerajaan Kelantan telah memperkenalkan falsafah pentadbiran Islam dengan slogan “Membangun Bersama Islam”. Bertolak dari falsafah itu, kerajaan pimpinan DatoNik Abdul Aziz Nik Mat melaksanakan beberapa pembaharuan Islam dalam pelbagai sektor pentadbiran seperti urustadbir, kebudayaan, dakwah dan pembangunan insan, ekonomi dan kewangan, pendidikan, perundangan dan sebagainya. Majlis Perbandaran Kota Bharu merupakan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang diberi 1 Shukeri Mohamad, PhD, Profesor Madya di Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Nilam Puri. 2 Mohamad Azrien Mohamed Adnan, MEd, Guru Bahasa Kanan di Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Nilam Puri. 3 Syed Abdurahman Syed Hussin, PhD, Pensyarah Kanan di Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Nilam Puri.

Upload: abusaif-saif

Post on 09-Jul-2016

261 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: 27 - 52 Dr Shukeri

Al-Basirah (2011), Vol 1, No. 1, 27-52

27

Keberkesanan Program Keislaman yang dijalankan oleh

Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) dari Tahun 1990

Hingga Tahun 2000: Kajian di Kalangan Kakitangan MPKB

Shukeri Mohamad1

Mohamad Azrien Mohamed Adnan2

Syed Abdurahman Syed Hussin3

Abstrak

The government of Kelantan since 1990 has introduced Islamic policy in

the state administration activities through the slogan of "Rising with

Islam”. For the success of the Islamic mission, Kota Bharu Municipal

Council (MPKB) is the most important institution that is responsible in

implementing Islamic programs. This article has identified seven key areas

that have been infused with Islamic policies; (1) Islam as MPKB

administration policy, (2) the application of Islamic values in the

administration, (3) guiding youth, (4) keeping the appreciation of worship,

(5) improving missionary activities and knowledge, (6) reducing evil such

as ban the gambling and nightclubs activities, and (7) welfare of the

citizens. A study has been done among MPKB staff through questionnaire

method to find out the extent of the effectiveness of these programs. A total

of 319 questionnaires were analyzed. The findings showed that Islamic

programs that were carried out had achieved the goals and could obtrude

Islam as a new value among society in Kota Bharu in particular and in

Kelantan in general.

Keywords: Islamic mission, Islamic program, Islamic policy

Pendahuluan

Kerajaan Kelantan telah mengemukakan satu gagasan politik baru yang bertunjangkan

Islam selepas pilihanraya umum kelapan. Di bawah kepimpinan Angkatan Perpaduan

Ummah, kerajaan Kelantan telah memperkenalkan falsafah pentadbiran Islam dengan

slogan “Membangun Bersama Islam”. Bertolak dari falsafah itu, kerajaan pimpinan

Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat melaksanakan beberapa pembaharuan Islam dalam

pelbagai sektor pentadbiran seperti urustadbir, kebudayaan, dakwah dan pembangunan

insan, ekonomi dan kewangan, pendidikan, perundangan dan sebagainya. Majlis

Perbandaran Kota Bharu merupakan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang diberi

1 Shukeri Mohamad, PhD, Profesor Madya di Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Nilam Puri. 2 Mohamad Azrien Mohamed Adnan, MEd, Guru Bahasa Kanan di Akademi Pengajian Islam, Universiti

Malaya, Nilam Puri. 3 Syed Abdurahman Syed Hussin, PhD, Pensyarah Kanan di Akademi Pengajian Islam, Universiti

Malaya, Nilam Puri.

Page 2: 27 - 52 Dr Shukeri

Keberkesanan Program Keislaman yang dijalankan oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) dari Tahun 1990 Hingga Tahun 2000: Kajian di Kalangan Kakitangan MPKB

28

tanggungjawab besar untuk menjayakan pelbagai bentuk program keislaman tersebut

kerana ia merupakan nadi kepada perkembangan politik dan pentadbiran di Kelantan.

Prof. Dr. Muhammad Shukri Salleh dari Universiti Sains Malaysia (USM) telah

mengkaji persepsi rakyat Kelantan terhadap Kerajaan “Membangun Bersama Islam”

dan program keislamannya iaitu lebih kurang tiga bulan sebelum pilihanraya umum

ke-10. Aspek yang dikaji termasuklah kepimpinan kerajaan, program kerajaan dan

prestasi kerajaan. Kajian beliau yang berbentuk soal selidik itu telah memberikan

beberapa petunjuk bahawa secara keseluruhannya masyarakat menerima dan mengalu-

ngalukan pembaharuan yang dijalankan.

Merujuk kepada rekod pembaharuan yang telah dijalankan, jelas menunjukkan

MPKB mengambil peranan yang besar dalam merealisasikan konsep pembaharuan

Islam di negeri Kelantan melalui beberapa pendekatan semasa seperti penerapan nilai-

nilai Islam dalam pentadbiran, bimbingan remaja, penghayatan ibadat, peningkatan

kefahaman Islam, pencegahan maksiat, menjaga kebajikan wanita dan warga kota dan

sebagainya.

Setelah berlalu dua puluh tahun pelaksanaan program tersebut, maka amat wajar

satu kajian khusus yang melibatkan MPKB yang merupakan nadi utama kepada

perlaksanaan pembaharuan Islam, lebih-lebih lagi bandar Kota Bharu pula merupakan

Ibu Negeri Kelantan. Untuk tujuan tersebut, kajian menggunakan soalan soal selidik di

kalangan kakitangan MPKB sendiri dijalankan bagi mengukur sejauhmana kejayaan

dan keberkesanan program keislaman tersebut dalam urusan politik dan pentadbiran.

Sejarah Ringkas Bandar Kota Bharu

Bandar Kota Bharu bermula perkembangannya pada tahun 1844 sebagai sebuah

penempatan Diraja apabila ia telah dirasmikan sebagai pusat pemerintahan Negeri

Kelantan oleh Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia al-Marhum Sultan Muhammad ke-2.

Kota Bharu dibina bagi menggantikan kota atau bandar di Pulai Saba’ dan Kebun

Menggesta yang terancam akibat keruntuhan tebing sungai.4 Kota tersebut dikenali

sebagai Istana Balai Besar. Sejarah Kota Bharu sangat menonjol dengan ciri-ciri

budaya keilmuan yang begitu hebat samada di istana atau pondok-pondok dan

madrasah-madrasah. Budaya keilmuan merupakan tunggak budaya yang telah diwarisi

oleh bandar Kota Bharu zaman berzaman.

Dari segi pentadbiran dan pengurusan, Kota Bharu telah melalui beberapa

peringkat perkembangan sebagai memenuhi tuntutan semasa. Pada tahun 1896,

pentadbiran bandar Kota Bharu diletakkan di bawah Kelolaan Pejabat Tanah Jajahan

Kota Bharu iaitu pejabat tanah yang pertama ditubuhkan di Kelantan. Pada tahun 1903

pula, pejabat tanah dipindahkan ke bawah pentadbiran Ketua Pejabat Kerjaraya.

Namun begitu pentadbiran bandar telah dikembalikan semula kepada Pentadbiran

Ketua Pejabat Tanah yang mempunyai kakitangannya sendiri di bawah kelolaan

Merinyu pertamanya En. Muhammad dari Singapura pada tahun 1913. Pada tahun

4 Taklimat Pembangunan, Sempena Keberangkatan Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan ke

Jajahan Kota Bharu pada 16 Oktober 1992, Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB), h. 48.

Page 3: 27 - 52 Dr Shukeri

Al-Basirah (2011), Vol 1, No. 1, 27-52

29

1927 pula Majlis Mesyuarat Bandaran telah ditubuhkan di bawah pentadbiran Pejabat

Tanah.5

Semenjak tahun 1928 bermulalah bandar Kota Bharu sebagai sebuah Kerajaan

Tempatan di bawah Undang-undang The Municipal and Health Enactment 1928.

Seterusnya Kota Bharu telah dinaikkan taraf sebagai Majlis Bandaran Kota Bharu di

bawah Seksyen 51 (1) “The Local Authorities Election Ordinance 1950”. Serentak

dengan itu, Majlis Bandaran Kota Bharu telah diberikan taraf autonomi kewangan di

bawah Seksyen 64 “Kelantan Municipal Enactment 1938”. Pentadbiran bandar Kota

Bharu terus berjalan berpandukan perlembagaan yang diwujudkan di bawah Local

Autorities Election Ordinance 1950 sehingga tahun 1961 apabila satu perlembagaan

diberikan di bawah The Local Government Election Act 1960 yang mengekalkan taraf

Majlis Bandaran Kota Bharu.6

Pada tahun 1971 perubahan pentadbiran dibuat dengan memansuhkan Majlis

Bandaran Kota Bharu dan ditukar kepada Lembaga Bandaran di mana ahli-ahli

mesyuarat dilantik oleh Kerajaan Negeri. Pada masa itu, keluasan kawasan bandaran

ialah 4.4 batu persegi dengan penduduk seramai 55,124 orang. Lembaga Bandaran

Kota Bharu telah disusun semula pada tahun 1978 dan dinaikkan taraf kepada Majlis

Perbandaran Kota Bharu (MPKB) melalui warta kerajaan negeri Kelantan P.U.I.S.

Pada tahun tersebut, pemakaian akta 171 akta Kerajaan Tempatan 1976 mula

dikuatkuasakan. Keluasan kawasan pentadbiran diperluaskan kepada 44.65 batu

persegi (134 KM persegi) dengan jumlah penduduk seramai 186,000 orang. Sehingga

tahun 2000, keluasan kawasan pentadbiran meliputi 136.74 KM persegi dengan

jumlah penduduk mencecah angka hampir 400,000.7

Lokasi MPKB terletak di Timur Laut Negeri Kelantan di kelilingi oleh kawasan

perairan iaitu Laut Cina Selatan di utara, Sungai Pengkalan Datu dan Sungai

Pengkalan Chicha di Timur, Daerah Pendek di Selatan dan Sungai Kelantan di sebelah

Barat.8 Dari segi sempadan, Kota Bharu disempadani oleh Jajahan Pasir Mas di

sebelah Barat, Jajahan Bachok di sebelah Timur, Jajahan Tumpat di sebelah utara dan

Machang di Selatan.9

Sebagai sebuah pihak Berkuasa Tempatan yang ditubuhkan mengikut Akta 171,

Akta Kerajaan Tempatan 1976, fungsi utama MPKB ialah:10

a) Menyediakan perkhidmatan perbandaran yang sempurna kepada warga kota

supaya dapat mewujudkan persekitaran yang bersih dan selesa didiami.

b) Merancang dan menyusun pembangunan bandar supaya ianya tumbuh dengan

kemas dan teratur serta tidak menimbulkan masalah kepada warga kota.

c) Mengurus dan mengadakan projek-projek infrastruktur dan sosio ekonomi serta

kemudahan-kemudahan riadah dalam kawasan Majlis.

5 Laporan Tahunan. (1994). Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB), h. 2. 6 Ibid. 7 Ibid., h. 3. 8 Taklimat kepada Jawatankuasa Tindakan dan Pembangunan Negeri, pada 15hb Februari 2000, Bilik

Gerakan Negeri, Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB), h. 4. 9 Taklimat Pembangunan, Sempena Keberangkatan Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan ke

Jajahan Kota Bharu pada 16 Oktober 1992, op.cit., h. 1. 10 Ibid., h. 8-9.

Page 4: 27 - 52 Dr Shukeri

Keberkesanan Program Keislaman yang dijalankan oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) dari Tahun 1990 Hingga Tahun 2000: Kajian di Kalangan Kakitangan MPKB

30

d) Menguatkuasakan undang-undang bagi menjamin keselesaan penghuni dan

pengunjung bandar Kota Bharu.

Dalam usaha untuk mempertingkatkan kualiti hidup warga kota Kota Bharu, mulai

tahun 1990 MPKB telah merangka strategi bertindak berdasarkan visi yang dibentuk

iaitu “Ke arah Mengujudkan Sebuah Bandaraya Islam yang berdikari dan sempurna”.

Dalam usaha merealisasikan visi ini, tiga matlamat utama telah digariskan iaitu:11

a) Menjadikan MPKB sebuah organisasi yang melaksanakan pentadbiran secara

Islam.

b) Menjadikan MPKB sebagai Penguasa Tempatan yang bersih, indah dan selesa di

diami.

c) Menjadikan MPKB organisasi yang teguh dari segi kewangan dan mampu

melaksanakan dasar-dasar kerajaan.

Ke arah mencapai visi dan matlamat yang digariskan, enam objektif dikenalpasti

untuk dilaksanakan:12

a) Memperkemaskan jentera pentadbiran Majlis supaya menjadi pihak Berkuasa

Tempatan yang melaksanakan segala tindakan berasaskan perancangan yang

teratur dan tersusun.

b) Memperkukuhkan kewangan Majlis dengan mempertingkatkan keupayaan jentera

pungutan hasil dan mengenal pasti punca hasil baru.

c) Mempertingkatkan perkhidmatan perbandaran dengan memberi penekanan kepada

aspek kebersihan dan keindahan bandar.

d) Mempertingkatkan program pembangunan insan untuk melahirkan warga kota

yang berwibawa seterusnya menyumbang ke arah pembanguan fizikal dan rohani.

e) Mengutama dan menggalakkan penglibatan masyarakat di dalam aktiviti dan

program pembangunan Majlis.

f) Mempertingkatkan langkah-langkah pencegahan aktiviti maksiat dan

kemungkaran dalam kawasan Majlis.

Rekod Pembaharuan Islam oleh MPKB

MPKB merangka pelbagai program pembaharuan Islam setelah bermulanya era

kepimpinan Ulama yang dibawa oleh Kerajaan Angkatan pada penghujung tahun

1990. Rangka kerja perubahan tersebut telah dimulakan di MPKB di bawah

kepimpinan YB Dato Hj. Halim Bin Mohamad iaitu Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan

Tempatan, Perumahan dan Alam Sekitar, merangkap Yang DiPertua Majlis pada

masa itu. Untuk merealisasikan dasar Islam yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri

melalui slogan "Membangun Bersam Islam", banyak perubahan dasar telah dilakukan

oleh pihak MPKB, khususnya dalam aspek pelesenan, hiburan dan lain-lain yang

menekankan pengawalan kegiatan judi dan sebarang bentuk maksiat atau yang

11 Ibid., h. 9. 12 Ibid., h. 9.

Page 5: 27 - 52 Dr Shukeri

Al-Basirah (2011), Vol 1, No. 1, 27-52

31

bertentangan dengan ajaran Islam.13

Setelah empat tahun pembaharuan Islam

diperkenalkan oleh Kerajaan Angkatan, Akhbar Harakah bertarikh 28 November 1994

telah membuat satu liputan penuh yang menyentuh pelbagai perubahan yang berjaya

dilaksanakan oleh MPKB.14

Di antara rekod pembaharuan Islam yang telah

dilaksanakan oleh MPKB ialah seperti berikut:

A. Penubuhan Unit/Bahagian Pembangunan Islam

Bahagian Pembangunan Islam merupakan bahagian yang bertanggungjawab

sepenuhnya dalam aspek dakwah dan kerohanian di bawah MPKB. Bahagian ini telah

ditubuhkan pada awal tahun 1994 sebagai menyahut seruan kerajaan untuk

membentuk masyarakat bandar yang berilmu dan bertakwa. Pada masa yang sama,

bahagian-bahagian lain juga terlibat secara langsung dalam merealisasikan dasar-dasar

Islam yang diperkenalkan oleh kerajaan melalui slogan "Membangun Bersama Islam".

Banyak program pembaharuan dalam aspek dakwah dan kerohanian telah dijalankan

oleh Bahagian Pembangunan Islam (BPI) MPKB khusus untuk warga kota selaras

dengan dasar Islam yang digariskan oleh kerajaan negeri semenjak tahun 1990. BPI

bertanggugjawab penuh dalam aspek keislaman seperti berikut:

a) Menerapkan penghayatan nilai-nilai Islam ke dalam pentadbiran MPKB.

b) Mempastikan semua program dan pelaksanaan Pembangunan Majlis berlandaskan

kehendak Islam.

c) Menambahkan kefahaman Islam kepada masyarakat dan meningkatkan kesedaran

mereka terhadap keunggulan serta kewibawaan sistem pentadbiran Islam.

d) Meningkatkan pembangunan rohani dan jasmani masyarakat secara Islam.

e) Membina sebuah masyarakat yang penyayang dan cintakan Islam.

f) Menyuruh yang makruf dan mencegah kemungkaran.

BPI mengandungi tiga unit kecil iaitu unit operasi, unit pentadbiran dan unit

kursus. Setiap unit kecil tersebut memegang tanggungjawab masing-masing bagi

melicinkan kegiatan bahagian ini sebagaimana berikut:

a) Unit operasi bertanggungjawab menyusun jadual operasi, menyediakan laporan

kes-kes, menerima laporan dari orang ramai dan membuat tindakan segera, urusan

penghantaran pulang kumpulan /individu terlibat.

b) Unit pentadbiran pula menjalankan tugas yang berkaitan dengan urusan

pentadbiran pejabat-pejabat dan rekod.

c) Unit kursus menyelia kursus motivasi Islam, menyelia kursus bina insan dan

tazkirah jabatan, menyelia kelas tajwid, menyelia program sudut syar’ie, mengatur

kuliah pengajian di masjid al-Bara’ah, pasar pusat Kota Bharu.

13 Bahagian Dewan Undangan Negeri, Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan, Penyata Rasmi Persidangan

Kali Kedua Bagi Tempoh Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Kelantan yang Kesembilan pada

10hb dan 11hb Safar 1418H bersamaan 16hb dan 17hb Jun 1997, h. 9-11, h. 25-27. 14 Lihat Harakah, Isnin 28.11.1994.

Page 6: 27 - 52 Dr Shukeri

Keberkesanan Program Keislaman yang dijalankan oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) dari Tahun 1990 Hingga Tahun 2000: Kajian di Kalangan Kakitangan MPKB

32

Di antara program keislaman yang telah dijalankan oleh BPI adalah seperti

berikut:15

1) Program Penghayatan Islam/Kursus Bina Insan kepada Kakitangan

MPKB

Kursus ini diadakan pada hari Rabu dan berakhir pada pagi Khamis pada setiap

minggu. Ia bermula jam 5.00 petang dan tamat jam 1.00 tengahari hari Khamis dengan

latihan dan aktiviti qiamullail, bacaan ma'thurat dan riadah pada waktu pagi. Semua

kakitangan lelaki MPKB diwajibkan mengikutinya. Tiga kertas kerja akan dibentang

oleh penceramah jemputan dari Unit Dakwah Halaqat dan Jabatan Hal Ehwal Agama

Islam Kelantan (JAHEAIK) berhubung dengan fardhu ain dan tauhid. Peserta juga

dibawa keluar meninjau realiti dalam bandar pada waktu malam dan bertindak sebagai

penasihat, memberi teguran atau membuat laporan kepada pihak atasan.

2) Kursus Kefahaman/Motivasi Islam Sektor Perkilangan dan Pasaraya.

Kursus ini dijalankan pada hari Jumaat sebanyak dua minggu sekali dari jam 8.00 pagi

hingga 12.00 tengahari. Tumpuannya ialah kepada pekerja-pekerja wanita dari kilang,

restoran makanan segera, pasaraya dan lain-lain. Biasanya dua kertas kerja berkaitan

dengan ilmu feqah dan tauhid akan dibentangkan oleh penceramah jemputan dari

Yayasan Islam Kelantan (YIK) atau Unit Dakwah Halaqat. Dari segi sambutan, kursus

ini sangat menggalakkan dengan jumlah kehadiran melebihi 100 orang. Peserta

disediakan sedikit minuman ringan. Sepanjang tahun 1993, MPKB berjaya

membimbing 600 orang pekerja wanita membabitkan 15 kilang.16

3) Kursus Khas Muslimat MPKB

Kursus bulanan ini adalah khusus untuk anggota wanita MPKB yang berkaitan dengan

pengajian feqah dan tauhid. Ia disampaikan oleh penceramah dari JAHEAIK.

4) Ceramah Agama di Bengkel MPKB Jalan Kuala Krai

Program ini dijalankan pada hari Khamis sebelum masuk waktu Zohor di bengkel

MPKB jalan Kuala Krai, khusus untuk kakitangan rendah. Ia berkaitan aspek hukum

fardhu ain dan penceramah adalah dari Unit Dakwah Halaqat.

5) Majlis Usrah

Ahli-ahli majlis MPKB, ketua-ketua jabatan/bahagian serta anggota perkhidmatan

kumpulan "B" akan menjalankan usrah bulanan di kaunter bayaran MPKB. Ia bermula

15 maklumat program tersebut akan dinyatakan secara ringkas sahaja, kerana kesemua program tersebut

bukanlah suatu yang asing bagi masyarakat awam. 16 Harian Metro, 15.10.1994.

Page 7: 27 - 52 Dr Shukeri

Al-Basirah (2011), Vol 1, No. 1, 27-52

33

selepas solat Maghrib berjemaah sehingga jam 11.00 malam dengan dipimpin oleh

naqib dari JAHEAIK atau ketua UPI/BPI. Liputan awal tentang perancangan program

usrah ini telah dibuat oleh Harian Metro pada 11.10.1994. Menurut pegawai

perhubungan awam MPKB, Azman Mohd Dahan, 60 pegawai atasan akan menerima

pendedahan mengenai pentadbiran Islam mulai awal tahun 1995 melalui kursus

berbentuk usrah.

6) Sudut Syar`ie atau Speaker's Corner

Para pelajar sekolah sekitar MPKB dihidangkan dengan program perbincangan secara

bebas, tetapi tidak menyentuh politik, seperti syarahan, nasyid, bacaan sajak dan

sebagainya. Program ini pada awalnya diadakan pada petang Sabtu dari jam 2.00

petang hingga 5.00 petang, bertempat di Taman Hijau. Ia kemudiannya diubah ke

sebelah pagi bermula jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari.17

Ia telah dimulakan

pada bulan April 1994. Majlis perasmiannya telah disempurnakan oleh Dato’ Nik Aziz

Nik Mat pada awal tahun 1995.18

Harian Metro telah membuat liputan penuh

berkenaan program ini setelah ia berjalan selama lima bulan.19

Namun begitu,

kelemahan program ini ialah ia hanya mampu menarik pelajar sekolah dari Yayasan

Islam Kelantan (YIK). Menurut pegawai perhubungan awam MPKB, Azman Mohd

Dahan, penyertaan pelajar sekolah lain terutama sekolah bantuan penuh kerajaan

kurang menggalakkan.20

7) Majlis Tazkirah MPKB

Majlis ini dijalankan pada pagi Ahad jam 8.00 pagi dan akan disampaikan oleh ketua-

ketua jabatan/bahagian atau pegawai kanan majlis yang lain.

8) Program Solat Maghrib Berjemaah di Pasar-pasar Malam

Beberapa lokasi pasar malam yang mempunyai kemudahan tempat solat telah

diarahkan menghentikan jualan dalam tempoh 15 minit untuk menunaikan solat

Maghrib secara berjemaah. Penguatkuasaan akan dijalankan oleh beberapa pegawai

khas yang diilantik untuk mengambil tindakan ke atas orang yang tidak mematuhi

peraturan tersebut.

Pada peringkat permulaan, Unit Pembangunan Islam MPKB telah menggunakan

empat langkah untuk memberikan pendedahan secukupnya kepada para peniaga

seterusnya mereka bersedia melaksanakan peraturan solat jemaah dengan

menghentikan sementara kegiatan perniagaan. Langkah pertama; memberikan

penerangan secara langsung tentang kebaikan peraturan ini melalui pertemuan dengan

para peniaga. Kedua; mendengar dan meneliti masalah yang dibangkitkan berkaitan

17 Berita Minggu, Ahad 17.4.1994. 18 Harakah, Isnin 23.1.1995. 19 Harian Metro, Jumaat 30.9.1994. 20 Harian Metro, Rabu 5.10.1994.

Page 8: 27 - 52 Dr Shukeri

Keberkesanan Program Keislaman yang dijalankan oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) dari Tahun 1990 Hingga Tahun 2000: Kajian di Kalangan Kakitangan MPKB

34

dengan pelaksanaan peraturan baru itu. Ketiga; menggunakan sistem pembesar suara

untuk menghebahkan peraturan baru itu secara terperinci dan keempat; mengedarkan

risalah yang mengandungi panduan khas kepada peniaga dan pembeli berhubung

dengan peraturan baru itu.21

Pada 1 Ogos 1995, tercetuslah suasana baru apabila para penjaja dan peniaga gerai

pasar malam Parit Dalam dalam bandar Kota Bharu bersepakat meninggalkan gerai

dan jualan mereka menjelang azan Maghrib. Solat Maghrib berjemaah ditunaikan di

masjid al-Bara'ah. Pada masa yang sama, sepasukan kira-kira 10 orang kakitangan

Penguatkuasa MPKB mengambil tempat di kawasan pasar malam. Orang ramai tidak

dibenarkan masuk dan pengunjung Islam dimaklumkan bahawa pasar malam ditutup

sementara kerana menunaikan solat Maghrib. Kelihatan pelancong orang kulit putih

yang agak ramai terpinga-pinga, tetapi mereka telah diberitahu peraturan itu dengan

hormat. Ada di kalangan mereka yang terus berada di situ berbual-bual sesama

mereka.22

9) Aktiviti Keagamaan pada Bulan Ramadhan

Pada bulan Ramadhan, pihak MPKB menyediakan air-air soya dan kurma untuk

berbuka puasa. Pihak swasta seperti Mydin, pasaraya, restoran A&W dan McDonald

juga menghulurkan juadah berbuka puasa termasuk peniaga pasar malam Parit Dalam

dan orang ramai dari kawasan berhampiran.

Manakala aktiviti ibadat malam, MPKB menganjurkan solat Maghrib dan Isyak

berjemaah di dataran MPKB, seterusnya diikuti dengan solat Tarawih, tazkirah dan

qiamullail pada 10 malam terakhir Ramadhan. Solat Aidilfitri juga diadakan di dataran

MPKB.

Penghayatan Ramadhan telah dijadikan sebagai agenda penting dalam bandar

Kota Bharu terutamanya bagi menarik pelancong menjadikan Kelantan sebagai

distinasi bercuti sambil beribadat. Antara keistemewaan yang disediakan ialah tempat

berbuka puasa serta solat sunat Terawih di kawasan lapang dalam bandar Kota Bharu,

perkhidmatan beca roda tiga untuk aktiviti lawatan, tawaran istimewa jualan batik di

Pasar Besar Buluh Kubu, peluang menunaikan solat Terawih di Masjid Pulau Melaka

dan sebagainya. Menurut Yang Dipertua MPKB, Haji Hassan Abdullah, para

pelancong tidak menghadapi masalah, malah dapat menghayati roh Ramadhan melalui

program yang disusun. Katanya, MPKB melalui Unit Pembangunan Islamnya

mendapat kerjasama pemilik hotel dan pusat penerangan pelancong (TIC)

menyediakan peluang bercuti yang menarik di Kelantan pada bulan Ramadhan.23

10) Operasi Fakir Miskin

Fakir miskin tidak dibenarkan berada atau tidur di kawasan-kawasan masjid, stesen

bas, kawasan taman hijau, kawasan padang bank dan lain-lain tempat. Mereka

21 Harian Metro, Isnin 24.7.1995. 22 Buletin, UOKNK, Bil 67, Ogos 1995, h. 6. 23 Harakah, Jumaat 12.1.1996.

Page 9: 27 - 52 Dr Shukeri

Al-Basirah (2011), Vol 1, No. 1, 27-52

35

ditempatkan di Taman Orkid dan disediakan juadah untuk berbuka puasa.

Pengumuman akan dibuat kepada orang ramai yang ingin mengeluarkan zakat mereka

menerusi suara MPKB ketika mengadakan solat Tarawih. Pihak Public Bank dan

Hong Kong Bank pernah menjemput fakir miskin untuk diberikan zakat.

11) Tabung Ihya’ Ramadhan

Tabung ini bertujuan menguruskan majlis berbuka puasa dan pemberian duit kepada

kanak-kanak pada pagi 1 Syawal di Dataran. Untuk itu, beberapa buah tabung

diletakkan di dataran, di bank-bank perniagaan, restoran-restoran makanan segera dan

pasaraya-pasaraya.

12) Aktiviti Pengajian di Masjid al-Bara’ah, Pasar Pusat Kota Bharu

Masjid ini terletak di hadapan Bazar Buluh Kubu, telah didirikan oleh MPKB dalam

rangka menjana dan menonjolkan penghayatan Islam dalam bandar Kota Bharu. Ia

menjalankan aktiviti solat jemaah secara berterusan dan memberi kemudahan

beribadat kepada para peniaga berdekatan dan para pengunjung.

Aktiviti pengajian yang dijalankan di masjid ini termasuklah pengajian tauhid,

feqah, al-Quran, sambutan Maulid al-Rasul, Israk Mikraj dan lain-lain. Kuliah dan

ceramah disampaikan oleh tenaga yang dipilih oleh MPKB seperti Unit Dakwah

Halaqat dengan pemberian saguhati hasil daripada kutipan tabung masjid al-Bara'ah

dan kutipan bayaran bilik air al-Bara'ah (tandas awam MPKB). Bilik air tersebut telah

diberi pajak oleh MPKB kepada jawatankuasa Masjid al-Bara'ah dengan harga

RM1300.00 sebulan dengan purata pendapatan sebanyak RM3,000.00.

13) Kun mustami‘an (Dakwah Bergerak)

Kegiatan dakwah MPKB diperluaskan kepada sistem dakwah bergerak menggunakan

alat pembesar suara pada setiap pagi hari bekerja, dari jam 8.30 pagi hingga 10 pagi, di

beberapa kawasan yang menjadi tumpuan awam. Lokasi tumpuan antaranya ialah

Pasar Borong Jalan Hamzah, Pasar MPKB, Stesen Bas Kota Bharu, Pasar Berek 12,

Pasar Kubang Pasu, Dataran MPKB, Pasar Siti Khadijah, Pasar Tani Wakaf Che Yeh

dan lain-lain. Ia telah bermula pada awal Oktober 1994.

Program ini bertujuan memperluaskan lagi sasaran dakwah kepada orang ramai

terutamanya golongan remaja, di kawasan stesen bas, pasar, stesen teksi, kedai kopi,

pusat membeli belah dan sekitar kaki lima. Menurut pegawai perhubungan awam

MPKB, Azman Mohd Dahan, dakwah bergerak ini dilaksanakan oleh Unit Hal Ehwal

Agama Islam MPKB dengan kerjasama JAHEAIK.24

Para penceramah yang terlibat dalam dakwah bergerak ini dikehendaki mematuhi

garis panduan yang telah ditetapkan oleh MPKB, seperti ceramah tidak boleh

menyentuh politik, perkauman atau isu semasa. Mereka dibenarkan bercakap

24 Harian Metro, Jumaat 11.11.1994.

Page 10: 27 - 52 Dr Shukeri

Keberkesanan Program Keislaman yang dijalankan oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) dari Tahun 1990 Hingga Tahun 2000: Kajian di Kalangan Kakitangan MPKB

36

mengenai persoalan semasa Islam seperti soal pergaulan dalam Islam, ekonomi,

akhlak, ibadah atau isu semasa.

14) Siar raya/Suara MPKB

Program ini menyiarkan syarahan-syarahan YAB Datuk Menteri Besar, azan solat dan

sebagainya dalam kawasan bandar Kota Bharu.

15) Operasi Nasihat Harian

Operasi ini bertujuan memberi nasihat dan teguran kepada dua aspek iaitu aurat di

premis-premis MPKB dan masalah sosial di taman-taman, wakaf-wakaf, pusat

membeli belah dan kawasan tumpuan para remaja. Ia dikendalikan oleh dua orang

petugas dari UPI, seorang dari Bahagian Penguatkuasa dan seorang dari Jabatan

Perlesenan. Masa operasi bermula pada pukul 10.30 pagi hingga pukul 12.00 tengahari

dan jam 2.30 petang sehingga jam 4.00 petang setiap hari.

16) Operasi Nasihat Hari Sabtu

Operasi ini dijalankan setiap hari Sabtu bermula jam 2.00 petang hingga 6 petang, bagi

menangani masalah sosial seperti lepak dan pergaulan bebas di kalangan para remaja.

Petugas akan memberi nasihat dan menghantar mereka pulang.

17) Operasi Dataran

Operasi ini bermula dari jam 9.00 malam hingga jam 12 malam, bertujuan mencegah

kemungkaran terutama di Dataran MPKB serta kawasan lain. Biasanya mereka akan

diberi nasihat supaya tidak mengulangi perbuatan yang tidak sopan dan dimurkai

Allah.

18) Operasi Bersepadu antara Jabatan Kerajaan dalam kawasan MPKB

(Jabatan Hal Ehwal Agama Islam, Polis, Imegresen dan Kastam)

Operasi ini diadakan mengikut keperluan, terutamanya pada hari menyambut

kedatangan Krismas, malam menyambut Tahun Baru Cina dan malam menyambut

Tahun Baru Masihi. Ia melibatkan banyak pihak seperti polis, kastam, imegresen,

bahagian penguatkuasa bahagian agama dan sebagainya. Manakala jabatan MPKB

yang terlibat ialah Jabatan Perlesenan, Bahagian Penguatkuasa dan BPI/UPI.

Operasinya ini bertujuan membenteras kegiatan tak bermoral.

19) Operasi Siok

Dengan kerjasama JAHEAIK, MPKB melancarkan operasi benteras kegiatan maksiat

seperti khalwat, pelacuran, pondan di sekitar bandar Kota Bharu, terutama Jalan

Hamzah dan bahagian belakang bangunan MARA Kota Bharu di Jalan Dato’ Pati.

Page 11: 27 - 52 Dr Shukeri

Al-Basirah (2011), Vol 1, No. 1, 27-52

37

Pasangan muda yang ditangkap dalam operasi itu akan disoal siasat dan jika mereka

sedia berkahwin, MPKB akan menyediakan bayaran maskahwin sebanyak RM32.00.

Manakala perbelanjaan lain perlu ditanggung oleh keluarga masing-masing.25

B. Pengharaman Judi Kedai TOTO dan 4 Nombor Ekor

Selaras dengan dasar “Membangun Bersama Islam” yang diperkenalkan dalam

pentadbiran, Kerajaan Negeri Kelantan telah mengeluarkan beberapa perintah

mengharamkan kegiatan judi yang telah beroperasi semasa kerajaan yang terdahulu.

Serentak dengan itu, keputusan diambil untuk membatalkan lesen dan permit yang

berkaitan dengan kegiatan perjudian di Negeri Kelantan serta menghentikan

pengeluarannya atau pembaharuan lesen tersebut.

Dengan itu, MPKB telah membatalkan semua lesen premis kedai TOTO dan

Kedai 4 Nombor Ekor yang beroperasi di bandar Kota Bharu. Pembatalan ini

melibatkan 17 buah kedai TOTO dan 2 buah kedai 4 Nombor Ekor.26

Menurut pihak MPKB, tindakan membatalkan lesen premis ini adalah untuk

memberi kesedaran dan menghindarkan orang ramai daripada sebarang bentuk

kegiatan judi kerana ianya bertentangan dengan ajaran Islam. Kegiatan ini adalah

merugikan golongan yang terlibat dan akan melemahkan masyarakat.

Langkah tersebut selaras dengan dasar kerajaan menghapuskan semua bentuk judi

di Negeri Kelantan. Menurut Menteri Besar Kelantan, pengharaman judi sepatutnya

tidak hanya dilihat dalam konteks ajaran Islam sahaja, tetapi harus dipandang sebagai

satu pemikiran global, meliputi pelbagai kepentingan yang menganggap judi sebagai

satu gejala sosial yang buruk dan membawa banyak kerosakan kepada masyarakat.

Perkara ini dihuraikan oleh Menteri Besar ketika mengemukakan peraturan

mengharamkan segala bentuk judi dalam belanjawan Negeri Kelantan 1991 pada 11

Disember 1990.27

Beliau menjelaskan:

“Pengharaman judi ini hendaknya tidak dilihat dari sudut agama semata-

mata. Ianya hendaklah dipandang dari sudut ekonomi dan sosial. Kegiatan

judi adalah satu pembocoran kepada aliran modal, satu penyelewengan

penggunaan sumber-sumber, dan kegiatan kaunter-produktif yang sia-sia.

Sebelum nasib pembeli tiket judi ini berubah, nasib para pengusaha judi ini

lebih terdahulu dijamin. Ketagihan judi akan menyebabkan seseorang mungkin

akan menghabiskan pendapatan harian yang diperolehinya dengan

mengharapkan keuntungan berganda, dengan melupakan anak dan isteri yang

mungkin sedang kelaparan di rumah. Bayangkan jutaan ringgit setahun

mungkin mengalir dari wang rakyat negeri ini, tanpa membuahkan apa-apa

nilai hasil”.

25 Berita Harian, Rabu 20.7.1994. 26 Taklimat Kepada Jawatankuasa Tindakan dan Pembangunan Negeri pada 15 Februari 2000 di Bilik

Gerakan Negeri, op.cit., h. 27. 27 Lihat Buku Belanjawan Negeri Kelantan 1991 pada 11 Disember 1990.

Page 12: 27 - 52 Dr Shukeri

Keberkesanan Program Keislaman yang dijalankan oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) dari Tahun 1990 Hingga Tahun 2000: Kajian di Kalangan Kakitangan MPKB

38

Langkah ini memperlihatkan bahawa kerajaan negeri berazam melahirkan rakyat

yang berusaha mengubah nasib mereka melalui usaha dan kerja keras, melalui

kegiatan produktif dan bukannya pengharapan kepada nasib yang tidak menentu. Ia

juga sebagai langkah awal untuk menunjukkan adanya batasan halal dan haram dalam

semua urusan belanjawan dan kewangan negeri.

Dari segi material/pendapatan, pengharaman judi ini adalah satu kerugian kepada

MPKB dan kerajaan sendiri, kerana kehilangan sumber cukai daripada lesen judi

tersebut. Namun begitu, ia dikira satu cabaran yang perlu dihadapi dalam usaha

membebaskan masyarakat daripada belenggu kemungkaran dan maksiat. Syaitan

selalu menakutkan manusia dengan kemiskinan lantaran melaksanakan sedekah atau

kerana meninggalkan kegiatan mungkar seperti judi.

Sebab itu pada peringkat awal langkah kerajaan ini ditentang oleh beberapa

golongan yang mempunyai kepentingan dalam industri perjudian. Pengharaman judi

ini telah memberikan kesan positif kepada seluruh masyarakat termasuk orang bukan

Islam, kerana ia dapat menghindarkan pelbagai gejala buruk yang dikaitkan dengan

kegiatan judi seperti pelacuran, kongsi gelap, rompakan, pembunuhan, keruntuhan

rumahtangga, pergaduhan, tekanan hutang dan sebagainya. Perkara ini telah

dinyatakan oleh al-Quran sejak sekian lama sebagaimana firman Allah Taala:

طي ريد ٱلش

ا يم إن

ٱلة و

و د ع ٱلكم

ني بوقع

أن ي

ر ن

ن ذك

كم ع د

صيس و

يمٱلر و

م خ

ف ٱل

اء ض

غب

ون

نت م

أنتللوة فه ن ٱلص

ع و ﴾١٩﴿ٱلل

Maksudnya: Sesungguhnya syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan

dan kebencian di antara kamu lantaran (meminum) khamar dan berjudi itu, dan

menghalangi kamu dari mengingat Allah dan sembahyang; Maka berhentilah kamu

(dari mengerjakan pekerjaan itu).

(Sural a-MÉ’idah: 91)

Perkara ini diakui sendiri oleh masyarakat bukan Islam bahawa kehidupan

rumahtangga mereka lebih selesa tanpa kegiatan judi.

C. Peraturan Baru Kedai Gunting Rambut

bandar Kota Bharu telah mengalami perubahan seperti bandar-bandar lain,

termasuklah kewujudan kedai-kedai gunting yang dikenali sebagai unisex salon. Ia

dianggap sebagai satu “gaya hidup moden” yang membawa Ê baru kepada masyarakat

sekarang. Kebanyakan pekerja di unisex salon adalah dari kalangan wanita. Samada

disedari atau tidak keadaan ini melahirkan suatu fenomena sosial bagi setengah pihak

yang suka mengambil kesempatan keseronokan bersama tukang gunting wanita yang

dirasakan sebagai suatu kepuasan diri. Situasi ini ditegah oleh Islam kerana boleh

membuka jalan kepada perkara mungkar dan kesempatan yang ada boleh

disalahgunakan oleh sesiapa sahaja.

Page 13: 27 - 52 Dr Shukeri

Al-Basirah (2011), Vol 1, No. 1, 27-52

39

Pihak MPKB telah dapat mengenalpasti bahawa kegiatan maksiat juga berlaku di

sebilangan kedai gunting dalam kawasan MPKB. Pada tahun 1990, terdapat 144 buah

kedai gunting yang beroperasi dalam kawasan MPKB iaitu 55 Melayu, 85 Cina, 3

India dan 1 Siam. Daripada jumlah ini, 52 daripadanya adalah kedai gunting Unisex.

Pihak MPKB membuat keputusan membatalkan lesen kedai gunting Unisex dan

pengusaha terlibat diberi pilihan menentukan jenis kedai gunting yang dikehendaki

samada lelaki atau perempuan. Terdapat enam kedai gunting yang gagal mematuhi

arahan tersebut dan masih terus menjalankan aktiviti unisex pada peringkat awal

penguatkuasaan ini dijalankan. Kesemuanya telah dibatalkan lesen kerana melanggar

peraturan dan disahkan menjadi sarang maksiat.28

Utusan Malaysia hari Rabu,

15.4.1992 melaporkan tindakan MPKB menurunkan papan iklan di empat buah kedai

gunting unisex. Menurut ketua Jabatan Undang-undang MPKB, Encik Afandi

Hamzah, tindakan itu diambil setelah penguasaha kedai tersebut masih meneruskan

kegiatan mereka walaupun diberi amaran beberapa kali. Jika mereka berdegil tindakan

mahkamah akan diambil ke atas mereka. Menurut sisatan MPKB, kedai-kedai

berkenaan juga menyediakan ruang-ruang yang boleh berlakunya kejadian maksiat.

Ada di antaranya mempunyai bilik-bilik yang tidak mendapat kelulusan MPKB.29

Selaras dengan tindakan tersebut, MPKB telah mengenakan syarat-syarat untuk

memperbaharui lesen bagi semua kedai gunting sebagaimana berikut:30

a) Kawasan perniagaan hendaklah lapang dan tidak berbilik.

b) Pekerja hendaklah berpakaian sopan dan berpakaian seragam.

c) Memakai kad pengenalan.

d) Pekerja tidak boleh melebihi sekali ganda dari jumlah kerusi.

e) Minuman adalah tidak dibenarkan.

f) Waktu berniaga tidak melebihi jam 10.00 malam.

g) Pengambilan pekerja hendaklah tertakluk kepada undang-undang buruh.

h) Tidak dibenarkan menjalankan perniagaan pada malam jumaat.

Syarat-syarat yang dikenakan ini bertujuan untuk menghindarkan gejala maksiat di

premis-premis kedai gunting khususnya kedai gunting rambut wanita. Menurut

MPKB, masih terdapat kedai-kedai gunting yang melanggar syarat-syarat. Oleh itu,

pada Julai 1995, MPKB telah membekukan permohonan untuk lesen premis kedai

gunting rambut wanita dan mempertingkatkan operasi ke atas premis-premis sedia ada

serta mengambil tindakan tegas termasuk membatalkan lesen kepada mereka yang

didapati melanggar syarat-syarat yang ditetapkan.

Walau bagaimanapun, mulai Oktober 1999, pengeluaran lesen ini diberi

kelonggaran dan diluluskan oleh MPKB khususnya bagi kawasan-kawasan di luar

bandar.

Dalam usaha melaksanakan dasar Islam yang mulia ini, pihak MPKB menghadapi

banyak cabaran dan tekanan dari pihak yang mempunyai kepentingan. Melalui laporan

akhbar menunjukkan betapa sukarnya pihak MPKB menjalankan kerja

28 Buletin, UPKNK, Keluaran Khas April 1995, h. 7. 29 Utusan Malaysia, Rabu 15.4.1994. 30 Lihat laporan dalam Berita Harian, Sabtu 15.1 1994.

Page 14: 27 - 52 Dr Shukeri

Keberkesanan Program Keislaman yang dijalankan oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) dari Tahun 1990 Hingga Tahun 2000: Kajian di Kalangan Kakitangan MPKB

40

penguatkuasaan peraturan baru tersebut, kerana banyak pihak yang melakukan

perlanggaran terhadap peraturan itu, sehingga MPKB terpaksa mengambil tindakan

tegas.31

Namun begitu, pelaksanaan dasar ini ditangani dengan baik, termasuk

memberikan nasihat supaya arahan kerajaan dipatuhi demi kepentingan ramai. Yang

jelas, pihak MPKB telah menutup satu ruang yang boleh mendorong berlakunya

mungkar dan maksiat di kalangan warganya bagi melahirkan suasana yang terbaik dan

selamat kepada semua waga kota dan pengunjungnya daripada perangkap maksiat.

D. Pembatalan Lesen Pusat Hiburan dan Permainan Seperti Video Games,

Snooker dan Karaoke32

Kagiatan ekonomi dan perniagaan dalam bandar Kota Bharu tidak terlepas dari arus

perubahan, di mana semasa kerajaan terdahulu memerintah, pusat hiburan dan

permainan seperti video games, snooker dan karaoke menjadi tumpuan masyarakat

bandar terutama golongan remaja/belia, termasuk pelajar-pelajar sekolah. Situasi ini

telah memberi cabaran yang besar kepada umat Islam kerana meningkatnya gejala

sosial seperti lepak, pergaulan bebas, ponteng sekolah dan sebagainya. Malah ada

pengusaha pusat permainan tersebut menjalankan aktiviti judi dan maksiat. Menurut

pengerusi Jawatankuasa Perlesenan dan Peniaga Kecil MPKB, Haji Wan Hassan Wan

Othman, MPKB dengan kerjasama polis pernah menahan beratus-ratus pelajar sekolah

di pusat-pusat hiburan termasuk ketika dalam pakaian sekolah.33

Menjadi tanggungjawab pihak kerajaan untuk melindungi masyarakat terutama

para remaja daripada gejala negatif kerana ia melibatkan kepentingan negara. Kerajaan

amat menyedari bahawa golongan remaja amat mudah terperangkap dengan kegiatan

hiburan dan permainan yang melalaikan, sehingga pihak pengusaha dapat

mengeksploitasi keadaan ini demi keuntungan perniagaan mereka, tanpa

menghiraukan berlakunya keruntuhan moral di kalangan anggota masyarakat.

Pada peringkat permulaannya, kerajaan mengarahkan pusat video memasang

papan peringatan yang melarang kanak-kanak di bawah 18 tahun daripada memasuki

pusat tersebut. Jika berlaku perlanggaran syarat, tindakan akan diambil.34

Beberapa

peraturan/syarat dikenakan untuk mengelakkan unsur negatif seperti tidak melebihi

pukul 12 malam, melarang kanak-kanak bawah umur dan lain-lain. Menurut ketua

Bahagian Penguatkuasa MPKB, Encik Afandi Hamzah, MPKB mempertingkatkan

operasi bagi mempastikan pusat hiburan di bandar Kota Bharu mematuhi syarat yang

dikenakan.35

Bermula pada 1/1/1993, MPKB telah membatalkan semua lesen premis pusat

video games dan snooker. Pusat permainan ini dibatalkan kerana terdapat kegiatan

perjudian dan maksiat. Tindakan ini adalah selaras dengan keputusan jawatankuasa

Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Alam Sekitar Bil.4/91 pada 22/6/1992. Di

31 Lihat laporan Berita Harian, Rabu 24.6. 1992. 32 Taklimat Kepada Jawatankuasa Tindakan dan Pembangunan Negeri pada 15 Februari 2000 di bilik

Gerakan Negeri, op.cit., h. 29. 33 Berita Harian, Rabu 22.1.1992. 34 Berita Harian, Khamis 18.6.1992, Utusan Malaysia, Selasa 6.10.1992. 35 Utusan Malaysia, Khamis 5.9.1991.

Page 15: 27 - 52 Dr Shukeri

Al-Basirah (2011), Vol 1, No. 1, 27-52

41

samping itu, pusat ini juga telah dikenalpasti menjadi tumpuan pelajar-pelajar yang

ponteng sekolah dan meningkatkan lagi gejala sosial.36

Manakala pusat karaoke juga telah dihentikan operasinya apabila MPKB

membatalkan lima lesen karaoke pada tahun 1995 kerana melanggar syarat-syarat

MPKB. Setakat ini, tidak ada lagi lesen karaoke dikeluarkan oleh MPKB.

Pada peringkat awal pelaksanaan peraturan baru ini, pelbagai halangan dan

cabaran dihadapi oleh MPKB dan kerajaan sendiri kerana menyentuh kepentingan

ekonomi para pengusaha dan beberapa pihak lain yang mempunyai kepentingan

sendiri termasuk Dewan Perniagaan Cina.37

Kerajaan dituduh tidak demokratik dan

ketinggalan zaman. Namun begitu, ketepatan tindakan MPKB dan kerajaan itu

terserlah kebelakangan ini apabila Kerajaan Pusat sendiri telah mengambil tindakan

mengharamkan mesin permainan video pada 4hb Oktober 2000 bagi tujuan

menghapuskan kegiatan judi melalui mesin-mesin slot. Media masa tanah air telah

membuat liputan besar-besaran dan memberi sokongan kepada langkah Kerajaan Pusat

kerana dianggap dapat mengurangkan gejala sosial di kalangan para remaja.

Para ibu bapa pernah melahirkan rasa lega dan senang hati dengan peraturan yang

dibuat oleh Kerajaan Kelantan kerana dilihat dapat menghindarkan para remaja dari

terjebak dalam gejala keruntuhan moral dan budaya negatif. Menteri Besar juga

pernah menyuarakan matlamat tersirat dari peraturan itu dalam ucapannya di Tumpat

pada 17 April 1995, katanya:

“Tempat video games kita tutup, walaupun mengurangkan hasil kita. Tempat

billiard kita tutup, tempat snooker kita tutup. Ini semua menyebabkan budak-

budak muda samada dia duduk di rumah, samada dia pergi ke sekolah,

samada dia pergi berniaga, samada dia pergi ke masjid. Itu saja tempat-

tempat dia. Alhamdulillah, dengan cara ini harapan kitanya perangai lepak

akan berkurangan di Kelantan, dan keputusan peperiksaan di sekolah akan

meningkat, kerana peluang bagi anak-anak kita buang masa di tempat-tempat

itu sudah tidak ada”.38

E. Pelaksanaan Peraturan Baru Lesen Hiburan

Kerajaan Kelantan era kepimpinan ulama mempunyai persepsi sendiri tentang konsep

hiburan. Secara dasarnya kerajaan menerima konsep hiburan dan seni sebagai elemen

yang dapat membangunkan manusia dari segi sikap dan perwatakan. Oleh itu, mana-

mana bentuk hiburan yang merosakkan sikap dan perwatakan Islam tidak diterima

seperti hiburan yang melalaikan, atau yang mempunyai unsur syirik, pendedahan aurat

atau unsur khayalan secara berlebihan, lucah dan sebagainya.

Sehubungan dengan itu, pihak MPKB tidak lagi mengeluarkan lesen hiburan bagi

permainan makyong, menora dan wayang kulit. Walau bagaimanapun, lesen hiburan

36 Berita Harian, Sabtu 2.4.1994. 37 Utusan Malaysia, Khamis 9.12.1993. 38 Maahad ad-Dakwah Wal-Imamah. (1995). Kelantan Universiti Politik Terbuka. Nilam Puri, Kelantan,

h. 131.

Page 16: 27 - 52 Dr Shukeri

Keberkesanan Program Keislaman yang dijalankan oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) dari Tahun 1990 Hingga Tahun 2000: Kajian di Kalangan Kakitangan MPKB

42

dikir barat dibenarkan dengan syarat ianya tidak melibatkan kaum wanita mengambil

bahagian serta tidak menggunakan kata-kata lucah, mencela, memaki hamun, unsur-

unsur syirik dan fitnah.

Menteri Besar telah membuat beberapa kenyataan berhubung peraturan baru

tersebut di mana beliau menekankan bahawa nilai hiburan yang terdapat dalam

permainan-permainan yang diharamkan itu terkeluar dari kehendak Islam kerana

wujudnya unsur syirik, pendedahan aurat, khayalan, percampuran lelaki perempuan

tanpa kawalan dan sebagainya. Mengenai wayang kulit beliau ada menyatakan:

“Walaupun saya tahu ini mainan orang Melayu yang paling disukai oleh

orang Kelantan, tetapi dengan sebab barang ini barang khayal, barang tidak

ada, maka kerana apa kita biar rakyat kita pergi duduk di tanah tengah

malam buta tengok barang tidak ada? Barang ada banyak, mengapa tidak

buat”.39

Hiburan pentas yang melibatkan penyanyi seperti konsert rock juga diharamkan

kerana mengandungi unsur yang bercanggah dengan ajaran Islam.

Dari aspek material dan pendapatan, Kerajaan Negeri kehilangan satu sumber

cukai yang besar daripada penganjuran konsert. Mengikut kaca mata ekonomi kapitalis,

langkah ini adalah satu kerugian kepada kerajaan. Namun begitu, kerajaan mengambil

tanggungjawab keislaman yang mengatasi aspek yang lain.

Walaupun hasrat kerajaan untuk merealisasi kemuliaan Islam, tetapi sekali lagi

pihak kerajaan menghadapi kecaman kerana dituduh memusuhi seni dan budaya. Bagi

menjawab tuduhan tersebut, Menteri Besar sendiri telah menunjukkan sikap terbuka

dengan menghadiri majlis permainan yang tidak bercanggah dengan ajaran Islam

seperti permainan wau dan kertok. Di samping itu, beliau membuat beberapa kenyataan

bagi menjelaskan sikap kerajaan terhadap konsep seni dan budaya yang dipegang oleh

kerajaan. Beliau menyebut:

“…Bola sepak kita beri. Main sepak (sepak raga) tidak apa. Hendak main

kertok tidak apa... Begitu jugalah main wau apa semua sekali. Setengah kita

berasa tidak sedap tengok Menteri Besar Kelantan pergi Tumpat, rasmi naik

wau bulan. Saya pun tebal muka juga naik wau, tapi pergi juga tu dengan

tujuan hendak memperbetulkan pemikiran masyarakat tentang Islam, kerana

orang dok kata kalau Islam naik, semua tak boleh: go tu tak leh, go ni tak leh.

Kita hendak royat ke orang, ada benda boleh dan ada benda tak boleh. Wau

bulan boleh, tetapi kena sembahyang asar. Serupa juga bola boleh, kena

sembahyang asar, kena jaga ajaran Islam”.40

Kenyataan seperti ini juga telah ditegaskan berulang-ulang kali oleh Timbalan

Menteri Besar dan para Exco yang lain.41

Jelasnya, Kerajaan Negeri berhasrat untuk

39 Ibid., h. 133. 40 Islam Boleh. 1995. op.cit., h. 44. 41 Buletin, UPKNK, Kelantan Bil. 31, April 1993, h. 12.

Page 17: 27 - 52 Dr Shukeri

Al-Basirah (2011), Vol 1, No. 1, 27-52

43

memurnikan lagi penghayatan budaya hiburan dan seni dalam masyarakat Kelantan,

supaya tidak ada unsur yang negatif dalam persembahan-persembahan yang

dijalankan.

F. Penghapusan Cukai Jalan Beca Roda Tiga

Pihak MPKB amat bersimpati dengan nasib pengayuh beca roda tiga di bandar Kota

Bharu yang berjumlah seramai 1,100 orang. Bagi meringankan bebanan kewangan

yang ditanggung oleh mereka, maka mulai 1.1.1991 MPKB telah menghapuskan

bayaran cukai jalan yang dikenakan sebelum ini sebanyak RM24.00/setahun bagi

sebuah beca. Walau bagaimanapun, bagi tujuan untuk memudahkan kawalan dibuat ke

atas pengayuh beca berkenaan, bayaran lesen sebanyak RM2.00 setahun masih

dikekalkan bagi memastikan:42

a) Pemiliknya sendiri yang mengayuh beca tersebut.

b) Peralatan beca mencukupi dan selamat digunakan untuk penumpang.

c) Pemilik/pengayuh mematuhi undang-undang jalanraya.

d) Mengawal beca roda tiga yang beroperasi di Kota Bharu.

G. Perkhidmatan Letak Kereta Percuma43

Mulai awal tahun 1991 MPKB telah mengisytiharkan bayaran perkhidmatan letak

kereta percuma pada hari jumaat bagi seluruh kawasan letak kereta MPKB.

Perkhidmatan percuma ini bertujuan memberi kemudahan dan keselesaan kepada

orang ramai yang datang untuk membeli belah di pasar atau menghadiri majlis-majlis

keagamaan. Bagi maksud yang sama, MPKB telah menawarkan kemudahan bayaran

letak kereta secara bermusim dengan kadar yang lebih rendah sebagaimana berikut:

Bil Perkara Kadar Asal Kadar Semasa 1 Sticker a) 1 Bulan - RM 70.00

b) 2 bulan – RM130.00 c) 3 bulan - RM180.00 d) 6 bulan - RM330.00

e) 1 tahun – RM600.00 2 Petak Pusat Bandar

RM 260.00 a) 1 bulan – RM230.0 b) 1 hari – RM10.00

Luar Pusat Bandar RM208.00

a) 1 bulan – RM165.00

b) 1 hari – RM8.00

Mulai tahun 1997, MPKB melaksanakan sistem letak kereta bermeter di kawasan

pusat bandar. Sistem ini berjaya memberi kemudahan kepada orang ramai khususnya

42 Buletin, UPKNK, Bil. 20, Mac/april 1992, h. 2. 43 Taklimat kepada Jawatankuasa Tindakan dan Pembangunan Negeri pada 15hb. Februari 2000, op.cit.,

h. 31.

Page 18: 27 - 52 Dr Shukeri

Keberkesanan Program Keislaman yang dijalankan oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) dari Tahun 1990 Hingga Tahun 2000: Kajian di Kalangan Kakitangan MPKB

44

pengguna petak letak kereta di samping menigkatkan hasil letak kereta MPKB

daripada purata RM1.2 juta kepada RM3 juta setahun.

H. Kempen Kesedaran Menutup Aurat, Kuatkuasa Pakaian Menutup Aurat dan

Pakaian Bersopan di Pejabat Kerajaan dan di Premis Perniagaan

Kerajaan Kelantan telah menganjurkan kempen kesedaran menutup aurat yang

bertujuan menggesa kaum wanita menutup aurat sebagai mematuhi perintah Allah.

Kempen ini meliputi semua bidang kerja samada di pejabat kerajaan atau premis

perniagaan, termasuk juga para jururawat.

Selaras dengan dasar kerajaan negeri, MPKB telah melaksanakan beberapa

program bagi menyedarkan masyarakat Islam mengenai tuntutan menutup aurat. Di

antara langkah yang telah diambil ialah mengadakan beberapa siri penerangan dan

kursus kepada pekerja kilang dan peniaga-peniaga dalam bandar Kota Bharu.

Penerangan ini dibuat secara berperingkat-peringkat dan berterusan sehingga kini.

Menurut Dato’ Haji Abdul Halim Mohamad, kerajaan negeri mengambil masa

satu tahun memberi penerangan dan kesedaran bahawa Islam menuntut wanita supaya

menutup aurat dan menutup kepala.44

Arahan untuk menguatkuasakan pakaian menutup aurat bagi anggota

perkhidmatan awam semasa bertugas telah dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan

melalui pekeliling Perkhidmatan Bil 1/1993 bertarikh 5 Syakban 1413 bersamaan

dengan 28 Januari 1993.

Kerajaan negeri juga telah menetapkan kuatkuasa pakaian menutup aurat kepada

pekerja-pekerja di premis perniagaan pada 1 Januari 1992. Untuk itu, tindakan tegas

akan diambil kepada mana-mana premis termasuk menarik balik lesen-lesen premis

perniagaan sekiranya didapati pekerja-pekerja tidak mematuhi peraturan menutup

aurat. Kuatkuasa etika pakaian Islam (menutup aurat) menetapkan bahawa ianya

menjadi syarat pengeluaran lesen premis oleh pihak berkuasa tempatan.

Ketua bahagian penguatkuasa MPKB, Nik Aman Nik Mohamad memberitahu

dalam gerakan yang dibuat sejak awal September 1992 hingga laporan ini dibuat,

terdapat seramai 31 wanita Islam yang bekerja dipelbagai jenis kedai dikenakan

kompaun kerana tidak memakai pakaian menutup aurat. Sekiranya kesalahan yang

sama berulang, pengusaha kedai pula akan dikenakan tindakan tertentu.45

Dalam laporan akhbar Berita Harian pada 2 Jun 1994 pula menyebut seramai 100

pekerja wanita Islam di Negeri Kelantan didenda oleh MPKB kerana enggan

mematuhi peraturan memakai pakaian menutup aurat. Setiap kesalahan dikenakan

denda RM10. Namun begitu mereka terlebih dahulu diberi nasihat, jika masih engkar,

barulah tindakan undang-undang diambil.46

44 Utusan Malaysia, Jumaat 27.9.1991. 45 Utusan Malaysia, 6.10.1992. 46 Berita Harian, 2.6.1994.

Page 19: 27 - 52 Dr Shukeri

Al-Basirah (2011), Vol 1, No. 1, 27-52

45

I. Penggantungan Sementara Urusniaga Waktu Solat47

Mulai tahun 1995, MPKB telah mengarahkan semua pasaraya menggantung urusniaga

masing-masing waktu solat jumaat. Di samping itu, 3 kawasan/tempat pasar malam

diarah supaya menghentikan sementara urusan jual beli untuk menunaikan solat

Maghrib secara berjemaah, iaitu pasar malam Parit Dalam, Kubang Kerian dan

Pengkalan Cepa. MPKB bercadang memperluaskan lagi pelaksanaan solat ini ke

pasar-pasar malam yang lain yang mempunyai kemudahan tempat solat berjemaah.

Untuk tujuan pelaksanaan, MPKB melantik pegawai khas yang akan

mengambil tindakan ke atas orang yang melanggar peraturan. Beberapa penguatkuasa

ditugaskan memberi peringatan sebelum masuknya waktu solat Maghrib, supaya para

peniaga dan orang ramai yang berada dalam kawasan pasar malam tersebut

menunaikan solat Maghrib.

J. Penyusunan Semula Penjualan Arak48

Kerajaan Kelantan telah mengambil langkah menyusun semula penjualan arak pada

1hb Julai 1993 dalam rangka mengawal kegiatan minum arak di kalangan orang Islam.

Dengan penyusunan semula tersebut, hanya 19 premis penjualan arak diberikan

kebenaran seluruh Kelantan berbanding 32 buah premis sebelum itu. Dari jumlah itu,

12 buah di Kota Bharu, 3 di Gua Musang, 2 di Kuala Krai, 1 di Tanah Merah dan 1 di

Pasir Mas.

Serentak dengan itu, bahagian pelesenan MPKB tidak lagi memperbaharui lesen

perniagaan arak yang telah tamat tempohnya. Langkah kerajaan ini bukan bermaksud

menafikan hak orang bukan Islam kerana mereka tidak dihalang untuk minum arak

ditempat yang sesuai asalkan bukan tempat awam. Malah kelonggaran tetap diberikan

kepada mereka ketika meraikan majlis agama, perkahwinan, hari jadi dan kebudayaan,

dengan syarat terlebih dahulu memaklumkan kepada pihak berkuasa tempatan. Ini

adalah satu pengecualian yang istimewa kepada penduduk yang bukan Islam, kerana

kerajaan menghormati hak-hak mereka yang memang diakui oleh Islam sejak sekian

lama.

Bagi memastikan penjualan arak lebih tersusun dan terkawal, MPKB menetapkan

beberapa peraturan kecil iaitu setiap kedai yang menjual minuman keras hendaklah

menyediakan tempat minum yang khusus iaitu yang terlindung daripada pandangan

orang ramai. Kedai-kedai tersebut juga tidak dibenarkan menjual barang-barang atau

makanan-makanan lain. Berdasarkan peraturan di atas, MPKB memastikan tiada lagi

penjualan arak secara terbuka termasuk di hotel-hotel, restoran dan kedai-kedai

makan.

Seperti yang diketahui umum, peraturan baru ini telah mendapat tentangan

daripada beberapa pihak, termasuklah MCA bahagian Kota Bharu telah merancang

satu pesta minum arak untuk menunjukkan bantahan terhadap peraturan kerajaan

47 Taklimat Kepada Jawatankuasa Tindakan dan Pembangunan Negeri pada 15 Februari 2000 di Bilik

Gerakan Negeri, op.cit., h. 32. 48 Buletin, UPKNK, Keluaran Khas, Februari 1995, h. 10.

Page 20: 27 - 52 Dr Shukeri

Keberkesanan Program Keislaman yang dijalankan oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) dari Tahun 1990 Hingga Tahun 2000: Kajian di Kalangan Kakitangan MPKB

46

negeri melarang orang ramai minum arak di tempat awam. Namun begitu, rancangan

tersebut tidak diteruskan oleh pihak MCA.49

Menjawab persoalan yang timbul ini, pihak kerajaan menjelaskan bahawa

peraturan baru itu sangat berfaedah kepada semua lapisan masyarakat, terutamanya

golongan remaja dapat dibendung dari terjebak dengan ketagihan alkohol dan

minuman keras yang telah menjadi budaya baru masyarakat bandar masa kini,

sekaligus dapat menghindarkan pelbagai bahaya yang berpunca daripada penagihan

arak/alkohol.50

K. Pencegahan Maksiat Pelacuran

Kerajaan negeri Kelantan telah mengambil satu tanggungjawab yang serius dalam

mencegah maksiat walaupun terpaksa berdepan dengan pelbagai masalah. Salah satu

bentuk maksiat yang dikenalpasti dalam bandar Kota Bharu ialah kegiatan pelacuran

yang kebiasaannya berjalan pada waktu malam di beberapa kawasan tertentu seperti di

Jalan Hamzah. Pondok-pondok kecil yang didirikan untuk tujuan tersebut, pada siang

harinya dipenuhi dengan kegiatan perniagaan, tetapi bertukar menjadi pusat pelacuran

pada sebelah malam, terutamanya pada malam minggu.51

Menyedari gejala buruk yang dianggap terlalu keji oleh Islam itu, maka MPKB

telah mengambil langkah tegas merobohkan tempat-tempat yang menjadi sarang

maksiat tersebut. Operasi pembersihan kawasan sarang maksiat itu dijalankan dengan

kerjasama Jabatan Imegresen, Jabatan Agama Islam, Unit Dakwah Halaqat serta di

bantu oleh pihak polis.52

Namun begitu kerja-kerja merobohkan rumah kotak yang menjadi sarang pelacur

itu menghadapi banyak halangan dan kesukaran sebagaimana yang dinyatakan oleh

Yang Dipertua MPKB, Dato' Halim Mohamad.53

Selain daripada itu, MPKB dengan kerjasama pihak Jabatan Agama Islam telah

mengadakan sebanyak 20 kali operasi untuk membasmi kegiatan pelacuran ini. MPKB

telah menahan seramai 39 orang dalam tempoh tersebut, dengan tumpuan operasi di

Pantai Cahaya Bulan, kawasan Jalan Hamzah, kawasan perindustrian Pengkalan

Chepa, hotel-hotel dan rumah-rumah tumpangan pelancung.

Bahagian perlesenan dan penguatkuasaan MPKB juga bersedia untuk bertindak

menarik balik lesen premis sebuah hotel di bandar Kota Bharu kerana dipercayai

menjalankan kegiatan pelacuran. Ini adalah langkah-langkah tegas MPKB dalam

membenteras pelacuran.54

49 Menteri Besar Kelantan memberikan reaksi spontan terhadap hasrat pihak yang ingin mengadakan

pesta minum arak dengan berkata: Biarkan mereka berarak dan mabuk sehingga pecah perut. (Lihat

Buletin Kelantan, Keluaran Khas, April 1995, h. 10). Mungkin dengan itu menimbulkan rasa gerun lalu

mereka membatalkan rancangan mengadakan pesta arak tersebut. 50 Buletin Kelantan, Bil 34, Jun 1993, h. 2-4. 51 Berita Minggu, Ahad 13.1.1991. 52 Lihat laporan penuh dalam Utusan Malaysia, Isnin 21.12.1992, bertajuk: Operasi MPKB: Kasino Mini

dan Sarang Pelacuran Jalan Hamzah diroboh. Lihat juga Berita Harian, 17.1.1991. 53 Utusan Malaysia, Sabtu 31.8.1991, Berita Harian, 30.10.1992. 54 Utusan Malaysia, 14.9.1992.

Page 21: 27 - 52 Dr Shukeri

Al-Basirah (2011), Vol 1, No. 1, 27-52

47

Perlaksanaan operasi di atas berjaya membersihkan bandar Kota Bharu daripada

kegiatan pelacuran yang sangat dibenci oleh Islam, malah agama-agama lain. Dengan

itu, pihak kerajaan dan MPKB sebenarnya telah menyelamatkan anggota masyarakat

daripada satu penyakit masyarakat yang sangat bahaya kerana perbuatan zina

membawa kesan buruk kepada seseorang samada di dunia atau di akhirat. Nabi

Muhammad SAW menyatakan dalam hadisnya yang bermaksud:

Wahai manusia, takutlah pada perbuatan zina kerana perbuatan ini akan

mengakibatkan enam perkara, tiga perkara di dunia dan tiga perkara di

akhirat. Adapun yang akan menimpa mereka di dunia ialah menghilangkan

wibawa, mengakibatkan kefakiran dan mengurangkan usia. Tiga lagi akan

dijatuhkan di akhirat iaitu mendapat kemurkaan Allah, hisab yang

menghinakan dan siksa api neraka.

L. Mengawal Kegiatan Khalwat atau Berdua-duaan Tanpa Kahwin

Perbuatan khalwat merupakan satu bentuk maksiat yang ditegah oleh Islam

berdasarkan keterangan al-Quran dan al-Sunnah. Ia termasuk dalam kategori

muqaddimah kepada perbuatan zina kerana pergaulan bebas yang dilakukan oleh

pasangan lelaki dan perempuan yang belum berkahwin akan mendorong kedua-duanya

tergoda dengan bisikan hawa nafsu. Gejala ini akan menjadi faktor utama kepada

perlakuan zina yang sangat dimurkai Allah Taala sebagaimana yang telah diterangkan

sebelum ini. Oleh itu, perbuatan berdua-duaan atau khalwat yang boleh membawa

kepada terjadinya zina merupakan sesuatu yang ditegah oleh Islam.

Dalam usaha menangani gejala buruk tersebut supaya dapat dikawal daripada

meruntuhkan masyarakat, pihak MPKB telah memainkan peranan yang penting

membantu JAHEAIK menjalankan operasi-operasi pembersihan maksiat khalwat

tersebut. MPKB telah menyertai operasi-operasi yang dijalankan dalam kawasan

pentadbirannya. Sebagai contoh, sepanjang tahun 1992, MPKB dengan kerjasama

JAHEAIK dan Unit Halaqat telah mengadakan 20 kali operasi bersama dan menahan

seramai 39 pasangan yang terlibat.

Tindakan susulan akan diambil ke atas pesalah yang ditahan dengan pelbagai cara.

Antaranya, memberi nasihat dan bimbingan di samping denda yang tertentu.

M. Peraturan Papan Tanda (iklan) yang Melibatkan Wanita

Satu lagi aspek yang diberi tumpuan oleh kerajaan melalui MPKB ialah berkaitan

dengan iklan atau papan tanda yang menggunakan wanita mendedahkan aurat.

Perhatian diberikan kepada papan tanda berkenaan kerana ia dapat melindungi

kesucian dan maruah wanita di samping dapat mengurangkan rangsangan ke arah

unsur negatif yang berkait dengan gejala seksual.55

Kebanyakan iklan yang menggunakan wanita ini meletakkan gambar wanita yang

tidak menutup aurat dan mengghairahkan. Golongan peniaga pada zaman ini terlalu

55 Utusan Malaysia, Sabtu 16.11.1991.

Page 22: 27 - 52 Dr Shukeri

Keberkesanan Program Keislaman yang dijalankan oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) dari Tahun 1990 Hingga Tahun 2000: Kajian di Kalangan Kakitangan MPKB

48

banyak mengeksploitasi wanita bagi mendapatkan keuntungan berlipatganda dalam

urusan perniagaan mereka sehingga wanita menjadi alat golongan tersebut. Perkara ini

telah disedari oleh kepimpinan kerajaan negeri dan mengambil langkah melindungi

kehormatan wanita yang sangat diambil berat oleh ajaran Islam.

Untuk tujuan tersebut, papan iklan (billboard) yang memaparkan wajah wanita

sekitar bandar Kota Bharu ditutup dan dipadamkan sebagai mematuhi arahan Menteri

Besar Kelantan. Ini merupakan tindakan awal kerana selepas itu papan iklan

berkenaan telah ditukar dengan yang baru yang tidak lagi memperagakan wanita

mendedahkan aurat. Sebab itu didapati gambar-gambar wanita yang menutup aurat

menghiasi billboard.56

Rata-rata masyarakat memberikan sokongan kepada langkah tersebut kerana

benar-benar menepati kehendak Islam dan dapat melindungi kepentingan wanita.

N. Panduan bagi Majlis-majlis Rasmi Kerajaan, Bacaan al-Fatihah Memulakan

Majlis, Masa Memulakan Majlis, Menutup Majlis, Amalan Menyemat Bunga

atau Rozet 57

Kerajaan Negeri Kelantan telah menetapkan satu peraturan yang dapat menonjolkan

syiar Islam dalam pengendalian urusan rasmi seperti majlis-majlis rasmi kerajaan

dengan beberapa amalan yang diajar oleh Rasulullah SAW. Kerajaan Negeri telah

mengeluarkan arahan tersebut melalui pekeliling pentadbiran Islamiah Bil 1 Tahun

1994 yang bertajuk: Garis Panduan Bagi Majlis-majlis Rasmi Kerajaan, bertarikh 1

safar 1415 bersamaan 10 Julai 1994. Arahan tersebut ditujukan kepada jabatan-jabatan

kerajaan negeri, termasuk juga MPKB sebagai sebuah kerajaan tempatan. Garis

panduan tersebut menetapkan:

Pertama: Memulakan sesuatu majlis dengan membaca surah al-Fatihah dan

mengakhirinya dengan membaca surah al-Asr dan Tasbih Kaffarah. Bacaan

doa tidak diperlukan selepas itu.

Kedua: Susunan tempat duduk lelaki dan wanita diasingkan jika ruang mencukupi,

pengasingan secara sebelah menyebelah. Jika ruang sempit maka wanita

ditempatkan di belakang.

Ketiga: Amalan menyemat bunga/rozet dihentikan. Jika hendak diadakan,

hendaklah wanita menyemat wanita dan lelaki untuk lelaki.

Keempat: Menghentikan amalan memberikan cenderamata kecuali buku-buku,

risalah-risalah dan penerbitan-penerbitan serta hasil keluaran sendiri.

Kelima: Memulakan majlis selepas solat Zohor dan ditamatkan sebelum Asar. Jika

majlis sebelah pagi, hendaklah ditamatkan sebelum waktu solat Zohor serta

beberapa perincian lain.

56 Utusan Malaysia, 16.11.1991. 57 Lihat Kerajaan Negeri Kelantan, Pekeliling Pentadbiran Islamiah Bil. 1 Tahun 1994, Garis Panduan

bagi Majlis-majlis Rasmi Kerajaan bertarikh 1 Safar 1415/ 10 Julai 1994.

Page 23: 27 - 52 Dr Shukeri

Al-Basirah (2011), Vol 1, No. 1, 27-52

49

Keberkesanan Program Keislaman MPKB Menurut Perspektif Kakitangan

MPKB

Pelbagai program Islam telah diperkenalkan oleh MPKB bagi merealisasikan dasar

“Membangun Bersama Islam” seperti yang dinyatakan di atas. Persoalan yang menarik

di sini ialah sejauhmana pencapaian dan keberkesanan program keislaman tersebut.

Untuk melihat persoalan ini secara lebih dekat, satu kajian dibuat di kalangan

kakitangan MPKB untuk meninjau penerimaan mereka terhadap pembaharuan Islam

tersebut dengan menggunakan satu set soal selidik yang dirangka bagi memenuhi

tujuan kajian ini. Analisis penerimaan yang diperolehi ini dianggap sebagai jawapan

kepada sejauhmana keberkesanan program keislaman yang telah dijalankan.

Hasil Analisis Deskriptif

Bilangan soal selidik yang dihantar ke MPKB adalah sebanyak 1000 soal selidik dan

diterima sebanyak 349 soal selidik. Walau bagaimanapun, hanya 319 soal selidik

sahaja yang diisi dengan lengkap. Jumlah keseluruhan maklum balas memberikan

peratus yang mencukupi iaitu 31.9 peratus. (Peratusan maklum balas minimum yang

diterima pakai ialah 30 peratus).

1. Latar Belakang Responden

Hasil kajian mendapati responden daripada kalangan lelaki adalah 52.2 peratus,

perempuan adalah 43.8 peratus, berumur dalam lingkungan 25 hingga 35 tahun

sebanyak 45 peratus, 36-45 tahun sebanyak 30.3 peratus, 45-56 tahun sebanyak 7.8

peratus, beragama Islam 76.6 peratus, bukan Islam 13.8 peratus. Responden yang

mempunyai tahap pendidikan peringkat SPM adalah paling ramai iaitu 55.3 peratus,

diikuti tahap diploma/STPM sebanyak 18.8 peratus, ijazah sebanyak 10 peratus, SRP

ke bawah sebanyak 11.3 peratus dan lain-lain sebanyak 4.8 peratus.

Dari segi aliran pendidikan, yang pernah mengikut aliran umum ialah 59.1 peratus

dan yang mempunyai pengajian agama ialah 39.1 peratus. Dari segi skim

perkhidmatan, kakitangan sokongan adalah paling ramai iaitu 50.3 peratus,

pengurusan tertinggi 0.9 peratus, pengurusan dan profesional 10 peratus. Dari segi

tempoh perkhidmatan, yang mempunyai pengalaman bekerja dalam lingkungan lima

hingga sepuluh tahun adalah 43.1 peratus, lima tahun ke bawah 15.9 peratus, sebelas

hingga lima belas tahun 13.8 peratus dan pengalaman lebih dari dua puluh tahun 16.9

peratus.

2. Islam sebagai Dasar Pentadbiran MPKB

Kerajaan negeri Kelantan di bawah pimpinan Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat

menjadikan Islam sebagai dasar pentadbiran. Islam adalah akidah perjuangan Kerajaan

Kelantan. Ianya adalah kesinambungan daripada yang dibawa oleh Nabi Muhammad

SAW yang ditegakkan dalam diri individu, keluarga dan masyarakat sehinggalah

menegakkan negara Islam yang mendaulatkan hukum Allah secara menyeluruh. Hasil

Page 24: 27 - 52 Dr Shukeri

Keberkesanan Program Keislaman yang dijalankan oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) dari Tahun 1990 Hingga Tahun 2000: Kajian di Kalangan Kakitangan MPKB

50

kajian mendapati seramai 98.1 peratus responden menyatakan persetujuan mereka

bahawa MPKB telah melaksanakan pembaharuan Islam selaras dengan dasar kerajaan

negeri semenjak tahun 1990 hingga sekarang.

3. Penerapan Nilai-nilai Islam dalam Pentadbiran

Hasil kajian menunjukkan peratusan responden berkenaan penerapan nilai-nilai Islam

dalam pentadbiran MPKB adalah tinggi. Seramai 87.2 peratus dan 77.7 peratus

responden mengatakan keberkesanan kursus bina insan pada hari Rabu dan Khamis

kepada semua kakitangan lelaki MPKB dan kursus khas kepada kakitangan wanita

pada akhir setiap bulan. Manakala program ceramah agama pada setiap Khamis

sebelum solat Zohor di bengkel MPKB untuk kakitangan peringkat rendah, usrah

bulanan bagi kakitangan bermula waktu Maghrib, dan kelas tajwid kepada kakitangan

wanita sekali seminggu, kebanyakan responden mengatakan bahawa langkah-langkah

yang dijalankan adalah sangat wajar dan memberi kesan yang positif kepada

kakitangan MPKB. Walau bagaimanapun, ada sebahagian kecil responden yang tidak

mengetahui dengan kewujudan program-program ini.

4. Membimbing Remaja

Remaja merupakan aset negara. Penglibatan remaja dalam aktiviti yang tidak bermoral

akan memberikan kesan negatif kepada negara. Oleh itu, MPKB telah melakukan

beberapa program bagi mengurangkan penglibatan remaja dalam aktiviti yang tidak

bermoral. Dalam kontek ini, seramai 79.7 peratus responden mengatakan bahawa

kursus motivasi Islam kepada pekerja wanita dari kilang, pasaraya, restoran dan lain-

lain pada setiap pagi Jumaat memberi kesan yang positif dalam membendung remaja

daripada terlibat dengan aktiviti yang tidak bermoral. Operasi nasihat hari Sabtu untuk

mengatasi masalah sosial seperti lepak dan pergaulan bebas mendapat persetujuan

ramai (72.4 peratus) begitu juga operasi dataran MPKB dari jam 9 malam hingga jam

12 malam untuk mengatasi budaya buruk muda mudi (79.7 peratus). Bagi

mengelakkan aktiviti pergaulan bebas antara muda mudi, MPKB menguatkuasakan

larangan berdua-duaan antara lelaki dan perempuan yang belum kahwin dan

menguatkuasakan peraturan memasang lampu dalam pawagam semasa tayangan

dijalankan. Kebanyakan responden mengatakan bahawa perkara ini sangat wajar

dilakukan bagi membendung remaja daripada terlibat dengan aktiviti yang tidak

bermoral.

5. Penghayatan Ibadat

Usaha MPKB meningkatkan penghayatan ibadat telah mendapat perhatian yang baik

daripada responden. Mereka merasa sangat senang hati dan menyokong program-

program tersebut dapat menghidupkan suasana ibadat sehingga mampu menjadi syiar

yang menonjol dalam kehidupan. Hasil kajian menunjukkan semua program yang

dianjurkan mendapat lebih daripada 70 peratus responden yang menyatakan bahawa ia

Page 25: 27 - 52 Dr Shukeri

Al-Basirah (2011), Vol 1, No. 1, 27-52

51

dapat menghidupkan penghayatan ibadat. Ia menggambarkan keberkesanan program

penghayatan ibadat yang dijalankan oleh MPKB.

6. Kegiatan Dakwah dan Keilmuan

Bagi meningkatkan kefahaman Islam dan penghayatannya di kalangan warga kota,

MPKB telah melaksanakan beberapa pembaharuan. Kajian menunjukkan bahawa

sebahagian besar responden menyatakan keberkesanan program yang dianjurkan oleh

MPKB. Seramai 76.1 peratus responden menyokong aktiviti pengajian secara tetap di

Masjid al-Bara’ah dan majlis sambutan hari kebesaran Islam kerana ia memberi kesan

yang positif kepada warga kota. Begitu juga dengan dakwah bergerak (Kun

Mustami’an) melalui alat pembesar suara pada setiap pagi hari bekerja, seramai 78.7

peratus responden menyetujui program tersebut.

7. Mencegah Kemungkaran

Oleh kerana MPKB mahu membersihkan masyarakat daripada kekotoran maksiat dan

kemungkaran, ia telah mengambil langkah tegas mencegah atau menyekat perkara-

perkara tersebut. Hasil kajian mendapati responden menyokong baik program-program

tersebut kerana dikira berkesan dalam mengatasi gejala mungkar dan maksiat yang

dibenci oleh Islam. Ini terbukti apabila tidak ada sokongan yang kurang daripada 70

peratus diberikan oleh responden terhadap program-program tersebut. Malah ada

program yang mencapai 80 peratus sokongan seperti program larangan iklan wanita

mendedahkan aurat dan Enakmen Kawalan Hiburan.

8. Pengharaman Judi dan Kelab Malam

Kajian menunjukkan bahawa responden sangat bersetuju pengharaman judi dapat

mengurangkan gejala sosial iaitu sokongan 88.3 peratus. Begitu juga responden sangat

menyokong kuat tindakan pengharaman kelab malam dapat mengurangkan gejala

sosial iaitu sebanyak 86.5 peratus.

9. Kebajikan Warga Kota

MPKB sedar bahawa tanggungjawab menjaga kebajikan warga kota amat besar. Oleh

itu pelbagai langkah diambil untuk memberikan khidmat dan menjaga kebajikan

mereka. Kajian menunjukan rata-rata responden menyatakan sokongan yang tinggi

bahawa program kebajikan masyarakat adalah berkesan dan memberangsangkan di

mana semua program tersebut mendapat lebih daripada 70 peratus sokongan.

Penutup

MPKB telah mengambil satu pendekatan pentadbiran yang telus dengan menjadikan

Islam sebagai landasan pembaharuan melibatkan berbagai-bagai sektor pentadbiran

dan pengurusannya. Langkah ini memberikan impak yang besar kepada kesejahteraan

Page 26: 27 - 52 Dr Shukeri

Keberkesanan Program Keislaman yang dijalankan oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) dari Tahun 1990 Hingga Tahun 2000: Kajian di Kalangan Kakitangan MPKB

52

masyarakat dan telah mendapat perhatian yang mendalam daripada anggota

masyarakat terutama kakitangan MPKB sendiri yang mengakui bahawa program-

program tersebut begitu berkesan dan dapat memenuhi tujuan yang telah digariskan

oleh pihak MPKB sendiri, di mana MPKB merupakan badan pelaksana utama kepada

polisi kerajaan negeri Kelantan yang memperkenalkan dasar “Membangun Bersama

Islam” sejak tahun 1990 lagi. Semoga pencapaian keislaman dalam pentadbiran dan

pengurusan ini dapat dipertingkatkan oleh MPKB dan dapat diambil manfaat oleh

pihak berkuasa tempatan yang lain. Amin.