bil 3 2005 / 1425 syariah asas keadilan - jakess.gov.my jakess 3.pdf · aktiviti dan program jakess...

24
SYARIAH ASAS KEADILAN BIL 3 2005 / 1425 http://sukweb.selangor.gov.my/mss

Upload: trankien

Post on 19-Jul-2019

249 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: BIL 3 2005 / 1425 SYARIAH ASAS KEADILAN - jakess.gov.my JAKESS 3.pdf · AKTIVITI DAN PROGRAM JAKESS UNIT BARU JAKESS ... yang sedimikian itu adalah selemah-lemah iman.” ... teknologi

SYARIAH ASAS KEADILAN BIL 3 2005 / 1425 http://sukweb.selangor.gov.my/mss

Page 2: BIL 3 2005 / 1425 SYARIAH ASAS KEADILAN - jakess.gov.my JAKESS 3.pdf · AKTIVITI DAN PROGRAM JAKESS UNIT BARU JAKESS ... yang sedimikian itu adalah selemah-lemah iman.” ... teknologi

JAKESS PERUTUSAN KETUA HAKIM SYAR’IE

BICARA PENGARANG

PENCAPAIAN JAKESS

PERSONALITI JAKESS

BERITA ISO 9001 : 2000

LAPORAN BAKEMAS

AKTIVITI DAN PROGRAM JAKESS

UNIT BARU JAKESS

MENARIK AJARAN SESAT DAN ENAKMEN

MASALAH PEMBAHAGIAN HARGA PUSAKA

LAIN LAIN KENALI ISTILAH PERUNDANGAN ISLAM

TOKOH ISLAM

SOAL JAWAB PERUNDANGAN

MOTIVASI JAKESS

ALBUM WARNA-WARNI JAKESS

Sidang Redaksi Buletin JAKESS

PENAUNG

Y.A.A. Dato Hj Zohdi bin Hj Toha

PENASIHAT

Puan Noor Hadina bt Ahmad Zabidi

Tuan Mohamed Fouzi bin Hj Mokhtar

KETUA PENGARANG

Tuan Mohamad Ridzuan bin Zainudin

PENGARANG

Tuan Hj Zainal Abidin bin Hj Kusmin

SIDANG EDITOR

Ust . Hj Harun bin Hashim

Ust. Abdul Hakim bin Mohd Bisri

Puan Norizan bt Faharudin

SIDANG PENGARANG

En Mohd Syarifuddin bin Sajiman

En Mohd Suhairil Nizra bin Mohamad Puad

Cik Siti Zarina bt Jamaluddin

Puan Haryanti bt Hj Abu Hassan

Puan Rogayah bt Mohd Parof

Puan Siti Asmah bt Mat Wasis

GRAFIK & JURUFOTO

En. Muhamad Fuad bin Abdul Latip

En Mohd Isham bin Ismail

EDARAN

En Yusri bin Yunos

En Mohamad Razali bin Hassin

En Abu Hashim bin Mohd Nor

Terbitan

Unit Penerbitan JAKESS [email protected]

Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS)Tingkat 5 & 6 , Bangunan Mahkamah Sultan

Salahuddin Abdul Aziz Shah, Persiaran Pegawai, Seksyen 5, 40000 Shah Alam Selangor Darul

Ehsan

S epintas lalu

Page 3: BIL 3 2005 / 1425 SYARIAH ASAS KEADILAN - jakess.gov.my JAKESS 3.pdf · AKTIVITI DAN PROGRAM JAKESS UNIT BARU JAKESS ... yang sedimikian itu adalah selemah-lemah iman.” ... teknologi

Alhamdulillah Shukur atas limpah kurnia dan rahmat Allah SWT yang memberikan manusia akal fikiran, kesihatan dan nikmat keimanan, selawat dan salam ke atas Rasul junjungan para sahabat se-terusnya para pengikutnya yang setia.

Bertemu kita sekali lagi dalam Buletin Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) kali ke tiga sebagai wadah rasmi Jabatan dan salah satu bentuk komunikasi berkesan dari aspek dalaman dan luaran di antara jabatan, kakitangan dan masyarakat umumnya, semoga Allah melimpahkan rezeki kefahaman atas para pembaca budiman agar lebih memahami hala tuju JAKESS yang bekerja berpaksikan Al-Quran dan Sunnah serta disokong prosedur-prosedur yang dirangka sebagai nad-inya.

Acapkali kita disogokkan dengan berita permasaalahan keruntu-han akhlak muda mudi yang kian parah di dada-dada akhbar, bagi yang kurang peka barangkali ini hanya-lah berita biasa yang pasti dipaparkan setiap hari, namun bagi insan yang beriman, berita sebegini amatlah menyesakkan dada, sekaligus menyedarkan diri bahawa kiamat hampir tiba, bilamana maksiat berleluasa, dan manusia sudah hampir tidak mempedulikan kebejatan sosial ini, malah lebih memburukkan lagi keadaan, mereka menyokong dan bersorak mendorong kearah jalan-jalan maksiat. Bagi pihak yang diberikan kuasa perundangan untuk menyekat unsur ini dari terus mendarah daging umat Islam, pihak JAKESS cuba menggunakan kuasa ini seoptimum mungkin, sabda Rasul SAW yang bermaksud:

“Barang sesiapa yang melihat kemungkaran maka hendaklah berusaha mengubahnya dengan tangan, jika tidak beru-paya maka ubahlah dengan kalamnya, jika tidak berupaya maka berqasadlah di dalam hati (tidak redha dengan perbuatan maksiat) yang sedimikian itu adalah selemah-lemah iman.”

Janganlah ada yang hendaknya perasaan simpati dengan hukuman yang telah dijatuhkan oleh Hakim Syarie, ketahuilah hukum Allah adalah lebih dahsyat azabnya berbanding kesannya di dunia ini. Apabila empati menyelubungi diri kadang-kadang manusia bertindak di luar batas syara’, hukum Allah dijadikan mainan, dirabik dicela samada dalam keadaan sedar atau tidak, jangan nanti bila turun murka Allah SWT barulah kita mula mengkoreksi diri, apa salah kami?, mana silap kami? adilkah taqdir ini?.

Bukankah lebih baik kita mengambil pengajaran dan berusaha menyokong perundangan syarie se-terusnya meneguhkan keimanan dan ketaqwaan dengan menyampaikan tanzir hukuman di dunia dan akhi-rat, jika setiap individu Muslim di Negeri Selangor khususnya, berjaya merubah dirinya sendiri dan men-corak manusia di persekitarannya pasti Selangor Maju bakal digenggami dengan jayanya, bila mana kema-juan duniawi dan ukhrawi diseimbangkan seiring sejalan pastinya rahmat Allah turun bercucuran.

Akhir kalam sempurnakanlah pengetahuan anda dengan segala maklumat dalam buletin yang dipersembahkan ini. Allah sahajalah yang mentauliahkan petunjuk serta pengajaran kepada hamba-hambanya yang dikehendaki.

Y.A.A Dato’ Hj. Zohdi Bin Hj. Toha DPMS., PJK. Ketua Hakim Syari’ie Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor Darul Ehsan

Perutusan Ketua Hakim Syarie

Page 4: BIL 3 2005 / 1425 SYARIAH ASAS KEADILAN - jakess.gov.my JAKESS 3.pdf · AKTIVITI DAN PROGRAM JAKESS UNIT BARU JAKESS ... yang sedimikian itu adalah selemah-lemah iman.” ... teknologi

Assalamualaikum Wrt. Wbt.

Puji dan Syukur buat Pencipta yang denganNya sahaja kita berupaya meneruskan kesinambungan kehidupan dengan penuh rasa kehambaan kepadaNya.

Bermula paparan kali ini , pertukaran tampuk pen-gurusan Buletin di pertanggungjawab kepada Unit Penerbi-tan Jabatan Kehakiman Syariah Selangor di dalam rangka ke arah membentuk pengurusan yang lebih efisyen.

Menelusuri penganugerahan sijil MS ISO 9001:2000 pada 24 haribulan Jun 2004 yang bersejarah itu nyata ia terus mengubah tautan resam kerja kakitangan dan pegawai Ja-batan Kehakiman Syariah Selangor yang mana dahulunya bak tegak bukannya tinggi dan terapung tidak berumbi. Rata-rata pengurusan Jabatan semuanya diperhalusi dan diprosedurkan demi menjamin keabsahan dan ketelusan untuk menyampaikan nilai khidmat yang berkualiti dan ber-piawaian.

Dalam usaha melestarikannya, warga Jabatan Keha-kiman Syariah Selangor dengan masyarakat pengguna, pe-numpuan yang teramat diberikan kepada sudut penyeraga-man khidmat penyampaian yang lebih efisyen dan penilaian takat kepuasan hati pelanggan, sejajar dengan kehendak per-sijilan yang telahpun dalam genggaman, pastinya kini kerin-gat tenaga penggerak yang terdiri dari wakil pengurusan, unit kualiti, dokumentasi, para auditor mahupun auditee terbalas sudah.

Pun bergitu, bak perwira Badar pulang mendada kemenangan, diseru Rasul (SAW) sebagai peringatan bahawa disebalik kemenangan bakal datangnya ujian, jesteru wajar persijilan yang di dalam pelukan bukan hanya sekadar dilirik dengan ulitan senyuman kebanggaan bahkan ianya perlu dilaraskan dengan keredhoan Rabbul Izzati. Janganlah men-jadi hanya sekadar menanti auditan baru di kerah perih tenaga seadanya, tetapi mestilah tanggungjawab yang di amanahkan pada setiap individu ditatang setiap masa den-gan sifat istiqamah dan dawamah oleh setiap warga Jabatan.

“Air bukit disekat jangan, biarkan ia kelaut lepas’, Tak-kan sayang dilupa Tuan, Budi baik dingat jelas”. Begitulah re-sam dalam perkhidmatan awam, demi meningkatkan pro-duktiviti dan peluang kenaikan pangkat, pertukaran dan perpindahan kakitangan ke Jabatan lain tidak mungkin dapat di elakkan. Justeru buat kalian yang begitu berjasa kepada Jabatan , ucapan tahniah dan terimakasih yang tidak ter-hingga daripada kami semua, teruskanlah usaha yang cemer-lang di mana jua Jabatan yang ditugaskan.

Meladeni kehebatan Imam Abu Hanifah di dalam lipatan sejarah Islam yang terkenal dengan seorang yang ilmuan lagi warak, juga kisah perjuangannya yang sentiasa dikagumi, wajar di jadikan sumber motivasi diri ke arah menjadikan perkhidmatan awam yang kita dokongi ini di jadikan oleh pelanggan sebagai jabatan yang membantu dan memberikan perkhidmatan kelas terbaik buat mereka.

Unit Perhubungan dan Pengaduan JAKESS telah

ditubuhkan sebagai usaha memberikan khidmat buat war-ganya juga kepada pelanggan khususnya di dalam apa jua permasalahan yang berlaku samada melibatkan undang-undang atau sebagainya dan akan sedikit sebanyak dapat membantu menyelesaikan apa yang tidak jelas pada perkara perundangan dan juga pentadbiran .

Tidak cukup dengan mereka yang tidak me-matuhi arahan mahkamah, rakyat dikejutkan pula dengan fenomena ajaran sesat yang disangkakan telah lenyap seperti karamnya ajaran Al-Arqam sedikit masa lalu. Rata-rata kita merasakan dalam ledakan arus teknologi maklumat sepatut-nya hukum hakam agama Islam dimanfaatkan terlebih da-hulu bagi mengelakkan perkara songsang dari berulang. Na-mun siapa sangka ‘cempedak menjadi nangka’ hakikatnya ber-beza dari yang kita dambakan, kesedaran informasi teknologi yang diadaptasikan dalam kehidupan masyarakat kita telah digunakan sewenang-wenangnya, penyebaran pa-paran digital tidak bermoral, nada deringan yang tidak men-cerminkan keimanan pemakainya, sms untuk mengundi ca-lon kegemaran dalam program realiti dan lebih jauh lagi ada yang menggunakan sms untuk menceraikan isterinya, siapa sangka teknologi 3G akan dimanipulasi sepenuhnya oleh mereka yang tidak bertanggungjawab mengucapkan lafaz penceraian berimej secara langsung dari jarak jauh?

Menyebut tentang program tv realiti hiburan yang kebelakangan ini telah membudayakan sebahagian besar masyarakat Melayu Islam khususnya, tidakkah kita ternanti-nanti satu bentuk rancangan realiti yang memaparkan ke-luarga bahagia menurut pedoman Al-Quran dan Sunnah dimana rakaman litar tidak tersembunyi memaparkan ketua keluarga mengimamkan solat fardhu dirumah, anak-anak yang menghormati kedua ibu bapanya atau kehidupan rumahtangga dihiasi ibadat sunat dan penuh tradisi ilmu dan sudah tentu rancangan ini ditapisi mengikut lembaga penapisan hukum syarak.

Atau sebagai alternatif anda boleh datang ke dewan perbicaraan menyaksikan realiti masyarakat di dalam dewan perbicaraan (rakaman tanpa kebenaran adalah menyalahi peraturan dewan) tanpa memerlukan saluran berbayar dan kiriman undian sms bagi memilih dan menyokong calon terpilih untuk disempadani atau cara hidup bagaimana yang perlu dijauhi, bukankah ini lebih bermunafaat ataupun kita terpaksa menelan hakikat yang masyarakat kita memang sukar diubah dari sikap hedonisma seperti perumpamaan ‘sepuluh jong masuk, anjing bercawat ekor jua’?.

Abu Razeen

Bicara Ketua Pengarang

Page 5: BIL 3 2005 / 1425 SYARIAH ASAS KEADILAN - jakess.gov.my JAKESS 3.pdf · AKTIVITI DAN PROGRAM JAKESS UNIT BARU JAKESS ... yang sedimikian itu adalah selemah-lemah iman.” ... teknologi

E MPA T

MAJLIS PENYERAHAN SIJIL MS ISO OLEH SIRIM QAS

AUDIT DALAM SIRI 3/2004

B ertarikh 3 Mei hingga 3 Jun 2005 satu program Audit Dalam Siri 3 telah di adakan oleh Pasukan Audit Jabatan Kehakiman Syariah Selangor

di beberapa daerah yang diwakili oleh Ketua Juru Audit yang dilantik bagi setiap Mahkamah.

Audit dalam siri 3 tahun 2004 pada kali ini dilakukan dengan lebih teliti terhadap prosedur yang di gariskan. Dalam siri audit ini juga beberapa juru audit yang baru telah dilibatkan bersama bertujuan bagi memberi pendedahan kepada juru audit yang baru dilantik lantas menjadi pelapis kepada juru audit yang telah lalu.

Auditan pada siri ini mendapat penemuan banyak ketidak patuhan yang tidak di temui oleh auditan sebelumnya. Audit yang dilakukan bukanlah bertujuan mencari kesalahan setiap individu kerja tetapi lebih bertujuan ke arah penambahbaikan. Ia juga dapat mempertingkatkan lagi mutukerja dan juga sebagai persediaan awal bagi setiap lokasi yang akan menghadapi kunjungan audit SIRIM dalam masa yang terdekat. Dengan adanya pemantauan dari Audit-Audit yang diadakan, pihak Jabatan dapat menilai sejauh mana pemahaman setiap kakitangan terhadap manual kualiti JAKESS, Prosedur Kualiti JAKESS serta Prosedur Kualiti Sokongan JAKESS yang telah di gunapakai dan diselaraskan seperti mana yang didokumenkan.

Audit susulan pula bagi memastikan tindakan pembetulan telah dilaksanakan pada 6hb hingga 10hb Jun, 2005 di setiap lokasi. Antara tujuan lain, Audit Susulan adalah untuk memastikan ketidakpatuhan yang dilakukan tidak lagi berulang di masa-masa akan datang.

Berita MS ISO 9001 :

D engan menyahut seruan kerajaan ke arah jabatan yang berkualiti, Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) telah mengorak se-

tapak kehadapan apabila dianugerahkan Sijil Pendaftaran Sistem Kualiti (Quality System Registration Quality) atau Sijil MS ISO 9001:2000 oleh SIRIM pada 24hb Jun 2004 . Penganugerahan ini sejajar dengan kehendak Pekeliling Kema-juan Pentadbiran Awam Bilangan 2 Tahun 1996 yang mana memastikan setiap jabatan kerajaan mesti mengamalkan pengurusan yang berkualiti dan mendapat pengiktirafan MS ISO. Satu majlis penyampaian sijil secara rasmi telah diadakan pada 17hb September 2004 di dalam satu majlis penyerahan Sijil MS ISO 9000:2000 pada Majlis SIRIM Industri Sesi Kedua anjuran SIRIM di Sunway Lagoon Resort Hotel. Sijil tersebut telah disampaikan oleh YB Dato’ Ja-maludin bin Mohd Jarjis, Menteri Sains , Teknologi dan Inovasi kepada JAKESS. Sijil MS ISO 9001:2000 diserahkan pula kepada 12 buah Mahkamah terdiri daripada 10 buah Mahkamah Rendah Syariah Daerah dan Mahkamah Tinggi Syariah yang juga meliputi Mahkamah Rayuan. Pen-yerahan sijil tersebut telah dibuat pada 13hb Oktober 2004 di dalam satu Majlis Makan Malam yang berlangsung di Kelab Shah Alam ,Selangor. Penganugerahan sijil-sijil tersebut telah disampaikan oleh YB Dato’ Mohd Adzib bin Mohd Isa selaku Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.

Page 6: BIL 3 2005 / 1425 SYARIAH ASAS KEADILAN - jakess.gov.my JAKESS 3.pdf · AKTIVITI DAN PROGRAM JAKESS UNIT BARU JAKESS ... yang sedimikian itu adalah selemah-lemah iman.” ... teknologi

L IMA

STATISTIK KES MAL , JENAYAH DAN SULH JAKESS BULAN JANUARI HINGGA JUN 2005

Graf Kes Mal (Jan 2005-Jun 2005)

0

100

200

300

400

500

600

M Ray

uan S

yaria

hMTS

MT Ray

uan

MRS Ban

daray

a S.A

lam

MRS Petalin

g Jay

a

MRS Gom

bak T

imur

MRS Gom

bak B

arat

MRS Hulu

Selang

or

MRS Klang

MRS Kua

la La

ngat

MRS Hulu

Lang

at

MRS Sepan

g

MRS Kuala

Selang

or

MRS Sab

ak B

ernam

Jum

lah

Daftar Selesai

Graf Kes Jenayah (Jan 2005-Jun 2005)

0

50

100

150

200

250

300

350

M Ray

uan S

yaria

hMTS

MT Ray

uan

MRS Banda

raya S

.Alam

MRS Petalin

g Jay

a

MRS Gom

bak T

imur

MRS Gom

bak B

arat

MRS Hulu

Selang

or

MRS Klang

MRS Kuala

Lang

at

MRS Hulu

Lang

at

MRS Sepan

g

MRS Kuala

Selang

or

MRS Sabak

Bernam

Jum

lah

Daftar Selesai

Graf Kes Sulh (Jan 2005-Jun 2005)

0

50

100

150

200

250

MTS

MRS Ban

daray

a S.Alam

MRS Peta

ling Ja

ya

MRS Gomba

k Tim

ur

MRS Gomba

k Barat

MRS Hulu

Selango

r

MRS Klan

g

MRS Kua

la Lang

at

MRS Hulu

Langat

MRS Sep

ang

MRS Kua

la Selang

or

MRS Sab

ak Bern

am

Baki

Daftar

Berjaya

Gagal

Tangguh

Berdasarkan graf kategori kes Mal dari bulan Januari hingga Jun tahun 2005 secara keseluruhannya 2/3 daripada kes pendaftaran yang di daftarkan dapat diselesaikan di per-ingkat semua Mahkamah. Ini jelas menunjuk-kan anjakan yang paling baik pada perten-gahan tahun 2005 ini kerana banyak kes Mal dapat diselesaikan di dalam Majlis Sulh yang mana merupakan salah satu faktor penyum-bang kepada penyelesaian kes dengan ce-pat .Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat dan Mahkamah Rendah Syariah Klang meru-pakan penerima pendaftaran kes yang tertinggi berbanding dengan yang lain.

Berdasarkan graf ini , kategori kes Jenayah dari bulan Januari hingga Mei tahun 2005 menunjukkan secara keseluruhannya Mahkamah Rendah Syariah Bandaraya Shah Alam dan Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat menerima pendaftaran kes yang tertinggi. Kes yang paling sedikit pendaftaran pula adalah Mahkamah Rendah Syariah Hulu Selangor dan Mahkamah Rendah Syariah Sepang.

Berdasarkan graf ini , kategori kes Sulh dari bulan Januari hingga Mei tahun 2005 se-cara keseluruhannya berjaya mencapai per-setujuan bersama. Dan kes pendaftaran Sulh yang tertinggi adalah daripada Mahkamah Rendah Syariah Klang dan Mahkamah Tinggi Syariah.

Daripada jumlah pendaftaran kes yang melibatkan Sulh pada graf ini didapati peratus Sulh yang berjaya pada setiap daerah menunjukkan peningkatan di lokasi masing-masing.

Info JAKESS

Statistik Sulh pada tahun 2004 mencatatkan kes pendaftaran adalah sebanyak 1950 kes. Daripada jumlah tersebut sebanyak 1257 kes telah berjaya dan 656 kes dibicarakan dan sebanyak 178 yang tertangguh .

Page 7: BIL 3 2005 / 1425 SYARIAH ASAS KEADILAN - jakess.gov.my JAKESS 3.pdf · AKTIVITI DAN PROGRAM JAKESS UNIT BARU JAKESS ... yang sedimikian itu adalah selemah-lemah iman.” ... teknologi

Info JAKESS

ENAM

PENYAMPAIAN SIJIL PEGUAM Penyampaian Sijil Peguam Syarie

Satu majlis penyampaian sijil kepada peguam-peguam syarie yang

diterima masuk sebagai Peguam Syarie Negeri Selangor Darul Ehsan

telah diadakan pada 23 April 2005 bertempat di Dewan Umar Al-

Khattab (Dewan 1) JAKESS. Senarai peguam-peguam syarie yang

menerima sijil pada tarikh tersebut adalah seperti berikut :

Nur Azlin @ Azliana binti Arifin (Kuala Lumpur)

Nor Hazura Hamzah (Kuala Lumpur)

Fadhlina binti Sidek (Selangor)

Samsiah binti Hassan (Selangor)

Noorul Huda binti Sahari (Selangor)

Boestamam bin Ahmad (Selangor)

Rozita binti Kasim (Selangor)

Shahruddin bin Othman (Kuala Lumpur)

Md Noor bin Bahari (Selangor)

Azizah binti Sulaiman (Kelantan)

Jefri bin Mohamed Yacob (Kuala Lumpur)

Ku Aminah binti Tuan Ibrahim (Kuala Lumpur)

Senarai Nama Pentauliahan Watikah Perlantikan Pegawai Syariah

Oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor

pada 13 Jun 2005 di Dewan Jubli Perak, Shah Alam

Bil. Nama Pegawai Jawatan Yg Ditauliahkan

1 Tuan Mawardi bin Che Man Hakim MRS

2 Tuan Ghazali bin Ahmad Hakim MRS

3 Pn Mazlina binti Jalani Penolong Pendaftar MRS

4 Pn Siti Noraini binti Mohd Ali Penolong Pendaftar MRS

5 Pn Nik Suhaila binti Nik Hussin Penolong Pendaftar MRS

6 En. Zahrudin bin Mohamed Jawawi Penolong Pendaftar MRS

Senarai Nama Penerima

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2003

Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor

Bil Nama Jawatan 1 Tuan Hakim Mohamad Zakian bin Dio Hakim MRS Gred LS41

2 Puan Nik Suhaila binti Nik Husin Pegawai Sulh L41

3 Tuan Saharuddin bin Selamat Pegawai Sulh L41

4 Pn. Ana Faiza binti Md. Nor Penolong Pendaftar S27

5. Puan Hairul Ummah binti Sahidin @ Zaidon Pemb. Tadbir (P/O) N17

6. Puan Shamsinar binti Abu Bakar Pemb. Tadbir (P/O) N17

7. Puan Edah binti Mat Tahir Pemb. Tadbir (PA) N17

8. En. Muhamad Kasim bin Hj. Mohd Osman Pemb. Hal Ehwal Islam S17

9. Puan Haryanti binti Abu Hassan Pemb. Hal Ehwal Islam S17

10. Puan Norlian binti Sulaiman Pemb. Pendaftar S17

Page 8: BIL 3 2005 / 1425 SYARIAH ASAS KEADILAN - jakess.gov.my JAKESS 3.pdf · AKTIVITI DAN PROGRAM JAKESS UNIT BARU JAKESS ... yang sedimikian itu adalah selemah-lemah iman.” ... teknologi

TUJUH

T uan Mawardi bin Che Man telah di lahirkan pada 18 hb Disember 1974 di Batu 17, Padang Lumat, Daerah Yan, Kedah adalah merupakan anak bongsu dari 7 adik

beradik. Pendidikan beliau bermula di Sekolah Rendah Kebangsaan Padang Lumat. Tamat darjah 6 beliau meneruskan persekolahan di Sekolah Menengah Agama Taufiki-yah Al-Khairiah Al-Halimiah sehingga tingkatan 5 beliau meneruskan pengajian ke ting-katan 6 di Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu, Negeri Sembilan.

Bermula pada tahun 1994 anak jati Hijau Kuning ini telah melanjutkan pengajian ke puncak menara gading dalam bidang Ijazah Pengajian Islam Syariah dan pada masa yang sama mengikuti pengajian Diploma Pentadbiran Kehakiman dan Guaman Islam di Universiti Kebangsaan Malaysia sehingga tahun 1998.

Setelah menamatkan pengajian di Bangi beliau telah memulakan kerjaya sebagai seorang pendidik di Kolej Yayasan Saad di Melaka sehingga tahun 2000. Pada tahun yang sama tanpa menoleh kebelakang lagi, beliau menebarkan sayapnya ke bidang perundangan syariah dengan menjawat jawatan sebagai Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah di Negeri Melaka sehingga Oktober 2004. Pada 1 hb Mac 2005 beliau telah diarahkan bertugas di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat sebagai Hakim Mahkamah Rendah dengan memangku gred LS 44.

SELAMAT BERTUGAS DI JAKESS

T uan Abu Zaky Bin Mohammad merupakan anak kelahiran Kuala Rompin Pahang. Dilahirkan pada tanggal 5 hb Februari tahun 1967 dan merupakan anak keempat daripada lapan adik beradik dan beliau telahpun berumahtangga.

Memulakan pendidikan di Sekolah Rendah Kebangsaan Kuala Rompin Pahang dan seterusnya di SRK Tanah Putih, Pekan, Pahang. Di peringkat menengah beliau di didik di Sekolah Menengah Agama Kuala Rompin Pahang. Seterusnya beliau menamatkan Pengajian Tingkatan 6 di Kuliah Tinggi Agama Sultan Abu Bakar Pekan Pahang. Di per-ingkat universiti beliau meneruskan pengajian di Universiti Malaya di Fakulti Syariah Akademi Islam dari tahun 1988 hingga 1992, dan pada masa yang sama beliau telah menamatkan pengajian Diploma Pentadbiran Kehakiman Islam.

Kerjaya beliau sebagai Pegawai Syariah bermula pada tanggal 31 hb Oktober 1994 dengan menyandang jawatan sebagai Pendaftar di Mahkamah Tinggi Syariah

Wilayah-Wilayah Persekutuan (MTSWWP). Seterusnya beliau dinaikkan pangkat sebagai Ketua Pendaftar di Mahkamah yang sama iaitu pada 17 Mac 2000 seterusnya beliau menjadi Hakim Mahkamah Rendah di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada 1 hb September pada tahun 2001. Pada 3 hb Februari tahun 2004 sekali lagi beliau maju setapak di mana telah di lantik menjadi Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Melaka. Pada tanggal 16 hb Jun 2005 beliau ditugaskan sebagai Hakim Mahkamah Tinggi di Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor .

Personaliti JAKESS

T uan Ghazali bin Ahmad dilahirkan pada 3hb Ogos 1976 di Kampung Paya Meng-kuang, Pendang Kedah dan telahpun mendirikan rumahtangga.

Mula mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Paya Mengkuang dan seterusnya di Maahad Tarbiah Islamiah Derang, Pokok Sena, kemudian berhijrah ke Madrasah Taufiqiah Khairiah Al-Halimiah Batu 16, Gurun atau dikenali sebagai Pondok Pak Ya se-hingga ke tingkatan 3 kemudian ke Sekolah Menengah Agama Alawiyah, Arau, Perlis dan mengakhiri pendidikan di peringkat menengah di Sekolah Menengah Agama Wilayah di Labu Negeri Sembilan. Seterusnya beliau menamatkan pengajian di UKM pada tahun 2000 di bidang Sarjana Muda Pengajian Islam dengan ijazah kepujian di bidang Syariah.

Memulakan kerjaya sebagai Pembantu Perangkaan di Jabatan Perangkaan Malaysia di Sungai Petani, Kedah, kemudiannya dalam bidang syariah di Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia sebagai Pegawai Penye-lidik. Sebelum berkhidmat di Jabatan Kehakiman Syariah Selangor pada 6hb Jun 2005, beliau telah berkhidmat di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan..

Page 9: BIL 3 2005 / 1425 SYARIAH ASAS KEADILAN - jakess.gov.my JAKESS 3.pdf · AKTIVITI DAN PROGRAM JAKESS UNIT BARU JAKESS ... yang sedimikian itu adalah selemah-lemah iman.” ... teknologi

LAPAN

Penampilannya sederhana, berpengalaman luas dalam bidang Kehakiman Syariah serta sentiasa menjadi sumber rujukan oleh semua warga Jabatan Kehakiman Syariah Selangor.

Beliau yang dimaksudkan adalah Tuan Haji Mukhyuddin bin Haji Ibrahim, yang kini menjawat jawatan sebagai Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Wliayah Persekutuan.

Kerjaya beliau di dalam bidang perundangan bermula dengan Hakim Mahkamah Rendah Syariah Gombak bermula pada 1hb.September, 1991. Kemudian bertugas sebagai Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Selangor dan pernah menjawat jawatan sebagai pemangku kepada Ketua Hakim Syarie Selangor. Sepanjang perkhidmatan beliau selama 14 tahun di Jabatan ini, beliau pernah menjadi Yang Di Pertua BAKEMAS dan ditawarkan oleh JKSM untuk berkursus di Muslim Collage Of

London selama tiga bulan. Terkini beliau telah diarahkan ke Mahkamah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur kerana kenaikan pangkat dan menjawat jawatan sebagai Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan Gred LS 52 mulai 16hb.Julai 2005. Jasa beliau akan sentiasa diingati dan dikenang oleh warga JAKESS.

Y.A TUAN HJ MUKHYUDDIN BIN HJ IBRAHIM

Jasamu DIKENANG

Memulakan perkhidmatan sebagai Hakim di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya pada 16 hb Ogos 1999 . Seorang yang begitu prihatin dan sentiasa memberikan tumpuan dalam apa jua tugas yang diberikan kepadanya.

Penglibatan beliau yang aktif di Jabatan Kehakiman Syariah Selangor secara langsung telah membantu jabatan mendapat penganugerahan pensijilan MS ISO 9001 : 2000. Dan atas sumbangan dan bakti beliau tersebut , beliau telah dianugerahkan sebagai tokoh MS ISO 9001 : 2000 oleh JAKESS kerana menjadi penggerak dan pegawai dokumentasi MS ISO 9001 : 2000 JAKESS.

Kini Beliau telah ditukarkan ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bermula 1hb. Mac, 2005.Seluruh warga JAKESS mengucapkkan jutaan terima kasih atas segala bakti,

sumbangan dan pengorbanan beliau sepanjang berkhidmat di JAKESS.

Merupakan seorang anak jati kelahiran Selangor. Menjawat jawatan sebagai Hakim Mahkamah Rendah Syariah Selangor mulai 1hb. September 1998.

Sepanjang khidmatnya di JAKESS beliau banyak memberi sumbangan yang besar dalam memperbaiki mutu perkhidmatan dan pentadbiran JAKESS disamping membantu memperolehi anugerah pensijilan MS ISO 9001 : 2000. Beliau juga turut menyumbangkan idea dan tenaga yang banyak dalam BAKEMAS. Beliau telah dilantik menjadi Ahli Jawatankuasa Tertinggi Latihan JAKESS dan Ketua JuruAudit MS ISO 9001 : 2000.

Selepas 7 tahun perkhidmatan beliau yang cemerlang di jabatan ini, beliau telah diarahkan ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebagai Hakim Mahkamah Rendah Syariah

bermula 1hb. Mac 2005.

TUAN ZULFIKRI BIN YASOA’

TUAN MOHAMAD ZAKIAN BIN DIO

Jawatan terakhir beliau adalah sebagi Hakim di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat.

Pernah berkhidmat sebagai Penolong Pendaftar sebelum beliau dilantik menjadi hakim.

JAKESS menerima sumbangan yang besar daripada beliau dalam memperbaiki mutu perkhidmatan dan pentadbiran jabatan. Beliau pernah memangku jawatan Pendaftar di JAKESS selama beberapa bulan dan turut menjadi AJK dalam BAKEMAS.

Kini beliau telah ditukarkan ke Mahkamah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebagai Hakim Mahkamah Rendah Syariah bermula 1hb. Mac 2005.

TUAN ZAINOR RASHID BIN HASSIN

Page 10: BIL 3 2005 / 1425 SYARIAH ASAS KEADILAN - jakess.gov.my JAKESS 3.pdf · AKTIVITI DAN PROGRAM JAKESS UNIT BARU JAKESS ... yang sedimikian itu adalah selemah-lemah iman.” ... teknologi

SEPULUH

PERTUKARAN, KENAIKAN PANGKAT DAN LANTIKAN BARU KAKITANGAN JAKESS Perkembangan KAKITANGAN

Bil. Nama Kakitangan Jawatan Tarikh Lantikan Catatan

1 Radi bin Mohamad Peg. Sistem Maklumat F41 16.1.2005 JAKESS

2 Irwan Harnadi bin Amaludin Pen. Peg. Sistem Maklumat F29 16.1.2005 JAKESS

3 Mohd Saiful bin Norzali Bailif Gred N11 1.3.2005 MRS Hulu Lgt

4 Muhammad Syahir b. Hasan Pemb. Tadbir (S/U) N17 16.3.2005 JAKESS

5 Ezatul Nur binti Othman Pemb. Tadbir (S/U) N17 16.3.2005 JAKESS

6 Mohd Azlan bin Mohd Amer Pemandu R3 1.4.2005 MRS Gombak Barat

7 Siti Hjh Norlela binti Saad Pemb. Tadbir Rendah (Jurutaip) N11 19.4.2005 MRS Sepang

8 Nor Suhaida bt Mohd Supar Pemb. Tadbir Rendah (Jurutaip) N11 19.4.2005 MRS Hulu Langat

9 Mohd Isham Bin Ismail Pen. Peg. Sistem Maklumat F29 11.5.2005 JAKESS

Bil. Nama Kakitangan Jawatan Tarikh Pertukaran Catatan

1 Noraliza binti Asmuni Pemb. Tadbir (S/U) N17 16.1.2005 MRS Sepang ke MRS Klg

2 Zainor Rashid bin Hassin Hakim MRS LS41 1.3.2005 Hakim MRS Memangku Gred LS44 (BTNP) di MS Wilayah Persekutuan

3 Zakian bin Dio Hakim MRS LS41 1.3.2005 Hakim MRS Memangku Gred LS44 (BTNP) di MS Wilayah Persekutuan

4 Abu Bakar bin Hj Mohd Daud Hakim MRS LS41 1.3.2005 Hakim MRS Memangku Gred LS44 (BTNP) di MRSB Shah Alam

5 Mawardi bin Che Man Hakim MRS LS41 1.3.2005 Dari MTS Melaka (BTNP)ke MRS Hulu Langat

6 Zulfikri bin Yasoa’ Hakim MRS LS41 7.3.2005 (BTNP) Khas Untuk Menyandang bagi mengisi Gred LS48 sebagai Hakim MT di MS Wilayah Persekutuan

7 Ghazali bin Ahmad Hakim MRS LS41 15.3.2005 Dari MS Wilayah Persekutuan ke MRS Petaling

8 Latiffah bin Ibrahim Pembantu Am Rendah N1 16.3.2005 Dari JAKESS ke JAIS

9 Habibah binti Talib Pembantu Am Rendah N1 16.3.2005 Dari JKR ke JAKESS

10 Zaizuriana binti Mohd Rawian Pemb. Tadbir (P/O) N17 1.4.2005 Dari MRS S.Bernam ke MRS H.Selangor

11 Farah binti Mohamad Shah Pemb. Tadbir (P/O) N17 1.4.2005 Dari MRS H.Sel ke MRS S.Bernam

12 Noraliza binti Asmuni Pemb. Tadbir (S/U) N17 1.4.2005 Dari MRS Klg ke MRS K.Lgt 13 Nasrullah bin Hj Husen Pemb. Syariah LS17 1.6.2005 Dari JAKESS ke MRS Klg 14 Haryanti binti Abu Hassan Pemb. Syariah LS17 1.6.2005 Dari MRS Klg ke JAKESS 15 Hj Mukhyuddin bin Hj Ibrahim Hakim MTS LS52 15.6.2005 Dari JAKESS ke MS Wilayah Persekutuan (BTNP) 16 Abu Zaky bin Mohammad Hakim MTS LS48 15.6.2005 Dari Mah.Syariah Melaka ke JAKESS 17 Hj Saarani bin Ismail Hakim MTS LS52 15.6.2005 Kenaikkan Pangkat JAKESS LS 48—LS 52

KAKITANGAN BARU JAKESS 2005

PERTUKARAN KAKITANGAN DAN KENAIKKAN PANGKAT

Page 11: BIL 3 2005 / 1425 SYARIAH ASAS KEADILAN - jakess.gov.my JAKESS 3.pdf · AKTIVITI DAN PROGRAM JAKESS UNIT BARU JAKESS ... yang sedimikian itu adalah selemah-lemah iman.” ... teknologi

“Ex- Parte” –Pengertian dari segi bahasa: Daripada atau kepada satu pihak atau daripada sebelah pihak, manakala “permohonan ex-parte” – seseorang yang membuat permohonan tanpa memberitahu atau memberi peluang kepada pihak lawan (sekurang-kurangnya sehinggalah perintah itu disampaikan kepada pihak lawan).

Dalam takrifan lain, “Merupakan satu permohonan di mana mahkamah membuat sesuatu keputusan setelah mendengar keterangan sebelah pihak sahaja. Lazimnya perintah atau kepu-tusan yang dikeluarkan dalam permohonan ex-parte tersebut adalah bersifat sementara (interim)” (Tn. Hj. Mohd Naim Hj. Mokhtar dalam Permohonan Ex-Parte dan Perintah Interim di Mahkamah Syariah).

Walaupun penghakiman secara biasa memerlukan kepada penemuan setiap pihak yang bertikai dalam sesuatu kes dan bu-kannya secara sebelah pihak, terdapat juga keadaan dimana ketetapan ini tidak dapat dipraktikkan dan dalam situasi ini Hakim dibenarkan untuk berjumpa dengan hanya satu pihak, contohnya apabila pihak Plaintif memohon perintah interim hadhanah, perintah injunksi, perintah interlokutori dan sebagainya.

Kadangkala Hakim akan me-mutuskan perintah sementara bersama exparte (dalam masa permohonan ketika kehadiran pemohon tanpa mendengar dari pihak lawan) apabila masa sangat mendesak atau kehadiran sebelah pihak tidak akan mendatang-kan kebaikan. Seperti contoh, jika se-seorang isteri yang telah dilakukan penderaan rumahtangga oleh suaminya, Mahkamah boleh dengan serta merta setelah mendapat sabit pembuktian untuk mengeluarkan perin-tah ex-parte supaya pihak suami untuk menjarakkan dirinya, sehinggalah perin-tah itu disampaikan kepada suami, sekiranya suami tersebut tidak ber-puashati dengan keputusan ex-parte tersebut beliau boleh memfail-kan inter partes atas tajuk permohonan untuk mengenepikan perin-tah.

Ex parte juga adalah salah satu kaedah yang dipraktikan dari sebuah Hadis Rasulullah SAW dalam satu riwayat oleh Aishah dalam Sahih Muslim di mana Hindun binti Utbah sebagai isteri Abu Sufyan mengadu perihal nafkah perbelanjaan diri dan anak-anaknya yang tidak mencukupi kepada Rasulullah SAW, dalam kes ini baginda membenarkan Hindun untuk mengambil wang perbelanjaan daripada Abu Sufyan walaupun tanpa kebenarannya dengan syarat tidak melebihi apa yang diperlukan.

Prosiding Ex Parte di Mahkamah Syariah Selangor hanya didengar dihadapan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah (Arahan Ama-lan JKSM No.2 Tahun 2002), dimulakan dengan permohonan meng-gunakan borang permohonan dan affidavit (borang MS 26) jika se-kiranya perintah yang dipohon tersebut perlu didengar segera atas alasan yang munasabah maka permohonan perakuan segera hen-daklah difailkan bersekali dengan permohonan beserta alasan-alasan. Permohonan ini akan didengar hari kes difailkan atau paling

lewat dalam masa 7 hari dari tarikh kes difailkan bergantung kepada alasan yang dikemukakan (Arahan Amalan JKSM No.3 Tahun 2001)

Sekiranya Hakim Mahkamah Tinggi berpuashati dengan keterangan yang diberikan melalui affidavit beserta eksibit (lampiran) yang kemukakan maka perintah akan dikeluarkan mengi-kut kesesuaian Hakim sendiri, perlu diingatkan Hakim mempunyai kuasa samaada membenar, meminda atau menolak mana-mana permohonan ex parte yang didengarnya.

Sekiranya permohonan itu dibenarkan, maka perintah akan dikeluarkan oleh pihak Mahkamah, dan untuk satu permoho-nan ex-parte hanya sahlaku dalam tempoh 30 hari dari tarikh ia dikeluarkan, dan Plaintif hendaklah menyerahkan permohonan dan perintah tersebut kepada Defendan dalam tempoh 14 hari. Mana-kala tarikh bicara inter partes ditetapkan dalam tempoh 30 hari dari

tarikh perintah sementara dikeluarkan. (Arahan Amalan No.11 Tahun 2003)

Setelah dokumen berkaitan diserahkan (permohonan, affidavit, pera-kuan segera dan perintah) secara sem-purna samaada oleh penghantar saman, peguam atau pihak Plaintif sendiri maka pihak Defendan dibenarkan untuk men-gubah atau membatalkan perintah terse-but dalam tempoh 14 hari dengan difail-kan ke mahkamah dimana permohonan itu dibuat dengan secara permohonan dua belah pihak (inter partes). [subseksyen 194 (1) dan (2) Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003 {ETMMSS 2003]

Sekiranya fail induk (hak jagaan anak kekal contohnya) masih belum di-failkan semasa permohonan ex parte dibuat, maka pihak pemohon dimestikan membuat pemfailan permohonan hak jagaan kekal dalam tempoh 14 hari, se-kiranya beliau gagal berbuat demikian, perintah ex parte tersebut akan terbatal

selepas tempoh 30 hari.

Terdapat banyak kekeliruan bagi para pengguna yang baru pertama kali menggunakan khidmat mahkamah, dan antara yang ketara adalah prosiding ex parte, untuk kemudahan pembaca ula-san lanjut bolehlah didapati daripada mana-mana kaunter mahkamah syariah yang berhampiran dan untuk rujukan sempurna boleh didapati di subseksyen 187 (3) untuk prosiding interlokutori, subseksyen 200 (1) untuk Injunksi, dan subseksyen 201 (3) untuk interim hadhanah di dalam ETMMSS 2003.

Dan untuk mengkayakan ilmu pengetahuan para pembaca boleh merujuk kepada artikel Permohonan Ex-Parte dan perintah Interim di Mahkamah Syariah dalam buku Siri Isu-Isu Mahkamah Syariah. Harta Sepencarian, Prosiding Ex-Parte, Perintah Injunksi terbitan UIAM 2003 ataupun Kertas Kerja Pengurusan Permohonan Sementara (Interlocutory Application), permohonan Ex-Parte/Inter Parte dan pengenepiannya oleh Tn. Hj. Salleh Buang.

Abu Razeen.

TAFSIRAN BERKAITAN ISTILAH PERUNDANGAN Sudut PENGETAHUAN

SEBELAS

Hak jagaan anak sementara boleh dipohon sebelum kes induk difailkan dengan bersyarat.

Page 12: BIL 3 2005 / 1425 SYARIAH ASAS KEADILAN - jakess.gov.my JAKESS 3.pdf · AKTIVITI DAN PROGRAM JAKESS UNIT BARU JAKESS ... yang sedimikian itu adalah selemah-lemah iman.” ... teknologi

DUA BELAS

Bertarikh pada 1hb hingga 2hb Ogos 2005 JAKESS telah menganjurkan Kursus Keberkatan dan Kecemerlangan Diri Sebagai Organisasi Yang Berkesan Siri 2 yang berlangsung di Excel Training Resort Sdn Bhd Kampung Kapal , Ulu Beranang Negeri Sembilan Darul Khusus. Sebagai langkah bagi memotivasikan kakitangan JAKESS sejajar dengan matlamatnya untuk menjadikan setiap pegawai dan kakitangan sebagai pemangkin kepada organisasi yang cemerlang semasa bertugas di jabatan. Kursus yang berlangsung selama dua hari, disertai oleh seramai kira-kira 73 orang kakitangan yang terdiri daripada semua peringkat jawatan. Kursus motivasi ini merupakan salah satu program yang dikendalikan oleh Unit Latihan Jabatan Kehaki-man Syariah Selangor bagi tahun 2005 .

Penceramah yang terlibat di dalam menjayakan kursus ini adalah Datuk Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah dan Encik Mohd Johar. Antara pengisian proram selama dua hari satu malam tersebut, peserta kursus didedahkan dengan pelbagai perkara berkai-tan dengan Personaliti Ahli Kumpulan yang Cemerlang , mencipta keseronokkan dan keberkatan bekerja serta ke arah merealisasikan perkara tersebut di dalam kerjaya. Pada hari pertama peserta di dedahkan dengan satu aktiviti yang disebut sebagai “Outdoor Debriefing” , satu aktiviti yang bertujuan menguji ketahanan fizikal dan mental bagi peserta kursus. Pada hari kedua telah berlangsung satu sesi ceramah berkenaan dengan keseronokkan dan keberkatan dalam bekerja.

Program penutup di akhiri dengan penyampaian sijil oleh Ketua Hakim Syarie, YAA Dato’ Hj. Zohdi bin Hj. Toha dan Dato’ Hj Hussien bin Hj. Harun selaku Ketua Pendaf-tar daripada Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia.

LAWATAN KE JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI KELANTAN

KURSUS KEBERKATAN DAN KECEMERLANGAN DIRI SEBAGAI ORGANISASI YANG BERKESAN SIRI II

Pada 19 hb hingga 20 hb Mac 2005 yang lalu JAKESS

telah mengadakan satu lawatan ke Jabatan Kehakiman

Syariah Kelantan . Lawatan ini bertujuan untuk membincang-

kan isu-isu dua hala bagi penyeragaman dan pengurusan

kes-kes Mal,Jenayah dan Sulh serta hal-hal berkaitan pen-

tadbiran jabatan.Lawatan ini diketuai oleh Y.A.A Dato’ Haji

Zohdi bin Haji Toha serta terdiri daripada barisan Hakim

Mahkamah Syariah Selangor, Pega-

wai Sulh, Penolong Pendaftar serta

kakitangan sokongan JAKESS yang

berjumlah seramai 40 orang. Mu-

dah-mudahan eratan hubungan sila-

turrahim dikalangan warga JAKESS

dan Jabatan Kehakiman Syariah Ke-

lantan dapat dikekalkan walaupun

dipisahkan oleh jarak batu yang jauh

tetapi hakikatnya dekat di hati .

Aktiviti & Program JAKESS

Bertarikh 7hb hingga 9hb Ogos 2005 bertempat di

Hotel Goldcourse Klang telah diadakan satu mesyuarat

Kajian Semula Pengurusan Jabatan Kehakiman Syariah

Selangor kali ke dua. Mesyuarat yang dihadiri oleh Ketua

Hakim Syarie, Hakim Mahkamah Tinggi, semua hakim

Mahkamah Rendah dan Penolong Pendaftar daerah

serta wakil daripada Pegawai Sulh, antara lain menyen-

tuh tentang pencapaian objektif

kualiti JAKESS dan beberapa

perkara yang berkaitan dengan

MS ISO 9001-2000. Secara keseluru-

hannya pencapaian objektif kualiti

yang digariskan, telah dapat dipe-

nuhi, sekaligus menjadikan penca-

paian semua objektif adalah

baik .Tahniah di ucapkan kepada

semua warga JAKESS yang ber-

sama menjayakannya

MESYUARAT KAJIAN SEMULA PENGURUSAN JAKESS

Para peserta Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan Jabatan Kehakiman Syariah Selangor kali ke dua

Page 13: BIL 3 2005 / 1425 SYARIAH ASAS KEADILAN - jakess.gov.my JAKESS 3.pdf · AKTIVITI DAN PROGRAM JAKESS UNIT BARU JAKESS ... yang sedimikian itu adalah selemah-lemah iman.” ... teknologi

Aktiviti &

DUA BELAS

B ertarikh 25hb hingga 27hb Mac 2005 di Hotel Heritage Cameron Highland seramai 19 peserta telah mengikuti

kursus tersebut. Ia terdiri daripada Penolong Pendaftar bagi setiap Mahkamah Syariah Selangor.

Kursus ini diadakan bagi tujuan penyelarasan borang-borang di setiap lokasi mahkamah. Penyeragam ini meliputi borang-borang mahkamah yang tidak digazet mengikut Enakmen Tatacara Mal 2003.

Penyeragaman ini melibatkan kepada borang-borang untuk kes mal, jenayah dan faraid. Diselaraskan dengan format dan aturan tertentu supaya dapat memudahkan pelanggan untuk membuat pengisiannya.

Mereka yang terlibat telah bercengkang mata bertungkus lumus menyiapkan borang-borang tersebut hingga larut pagi dimana akhirnya telah berjaya membuah hasil. Penyeragaman ini akan dikuatkuasakan ke seluruh Mahkamah Syariah Negeri Selangor dalam masa terdekat. Ucapan terima kasih di ucapkan kepada setiap peserta yang terlibat. Diharapkan tiada lagi keluhan dari pelanggan dalam usaha mengisi borang-borang di mahkamah syariah.

KURSUS PENYERAGAMAN BORANG

B ertepatan dengan saranan YAB Dato’ Seri

Menteri Besar Selangor berkaitan kecergasan

diri dalam melahirkan kaitangan awam yang sihat,

berkualiti dan berdayasaing, Jabatan kehakiman Syariah

Selangor yang terdiri dari kakitangan Mahkamah Syariah di

tingkat lima dan enam Bangunan Mahkamah Sultan Sala-

huddin Abdul Aziz Shah telah menjalankan aktiviti riadah.

Atas arahan YAA Dato’ Hj. Zohdi bin Hj. Toha hari

Sabtu terakhir pada 25 Jun 2005 bagi para penjawat awam

sebelum pelaksanaan lima hari bekerja telah digunakan

sepenuhnya bagi tujuan tersebut. Antara aktiviti yang di-

jalankan adalah berjogging mengelilingi tasik dan melaku-

kan aktiviti regangan dengan diketuai oleh Pegawai Pe-

hubungan Awam dan pengendalian sepenuhnya oleh En.

Yusri bin Yunos. Saranan YA Dato sekurang-kurangnya sena-

man lima minit secara berkumpulan seminggu sekali sebe-

lum memulakan kerja wajar dipraktikkan oleh semua

mahkamah syariah daerah.

SUKAN

Kursus Pengurusan Kewangan Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor (JAKESS) telah diadakan pada 9 hb hingga 11 hb Mei 2005 bertempat di The Orient Star Resort, Lumut, Perak Darul Ridzuan.

Kursus ini melibatkan Penolong Pendaftar dan Pembantu Tadbir Kewangan di setiap mahkamah. Usaha ini adalah untuk memantapkan tugas harian di Mahkamah Syariah terutama berkaitan Penyata Penye-suaian Hasil dan Penyata Penyesuaian Buku Vot (Flimsy) .

Selain itu para peserta berpeluang bertukar-tukar pendapat dan maklumat melalui program dan agenda yang diadakan sepanjang kursus tersebut. Dengan adanya program seperti ini ianya amat berguna dalam memupuk budaya kerja toleran dan tekun disamping mengeratkan hubun-gan silaturrahim di kalangan warga JAKESS.

KURSUS KEWANGAN JAKESS DI THE ORIENT STAR RESORT, LUMUT, PERAK

Page 14: BIL 3 2005 / 1425 SYARIAH ASAS KEADILAN - jakess.gov.my JAKESS 3.pdf · AKTIVITI DAN PROGRAM JAKESS UNIT BARU JAKESS ... yang sedimikian itu adalah selemah-lemah iman.” ... teknologi

Sepintas LALU

EMPAT BELAS

PENUBUHAN UNIT BARU JAKESS

UN

IT I

CT J

AKES

S

J abatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) telah mewujudkan satu unit yang menguruskan dan mengen-dalikan segala aduan pelanggan. Tatacara Pengendalian Aduan Pelanggan telah diwujudkan, bagi memasti-kan proses tersebut dijalankan dengan cekap dan berkesan, seterusnya dapat menentukan tindakan pem-

betulan, pencegahan serta penambahbaikan yang berterusan. Dan pada akhir proses tersebut, satu analisa dike-luarkan supaya dapat dinilai status serta keberkesanan bagi setiap tindakan. Bagi memastikan tindakan yang berkesan, Prosedur Pengendalian Aduan Pelanggan dan Maklumbalas Pelanggan (PK JAKESS (S) 12) telah diwujud-kan, isebagai salah satu cara pihak JAKESS memberi tumpuan kepada pelanggan dan menggunakan maklumat daripada pelanggan sebagai input untuk penambahbaikan yang berterusan.

Selain daripada mengendalikan aduan pelanggan, JAKESS melalui ini juga menyediakan mekanisme ter-tentu seperti menyediakan borang soal selidik dan peti cadangan bagi mengenalpasti maklumbalas pelanggan selaras dengan keperluan standard MS ISO 9001: 2000. Tanggungjawab pengendalian unit ini adalah di bawah Ketua Pendaftar yang dikawal selia oleh seorang Pegawai Perhubungan dan Pengaduan Awam dilantik dari kalan-gan pegawai sekurang-kurangnya LS 41 dan dibantu oleh seorang Penolong Pegawai Perhubungan Awam di per-ingkat ibu pejabat dan semua Penolong Pendaftar sebagai jawatankuasa mesyuaratnya. Dijadualkan bermesyuarat tiga bulan sekali di mana segala laporan berkaitan aduan dan maklumbalas pelanggan dikumpulkan dan dibin-cang serta diputuskan tindakan yang diringkaskan dalam bentuk analisis dan rumusan bagi tujuan bentangan me-

syuarat Pengurusan Tertinggi.

Terkini, unit yang diketuai oleh Tuan Mohamad Ridzuan bin Zainudin serta dibantu oleh Cik Siti Zarina binti Jamaluddin, dengan kerjasama semua penolong pegawai telah pun menjalankan bulan maklumbalas pelanggan dan mempromosikan alternatif aduan pe-langgan di email [email protected]. Selain dari mengkaji tahap kepuasan hati pelanggan, unit ini juga bertanggungjawab mengendalikan sebarang majlis yang melibatkan pihak JAKESS den-gan pihak luar dan kini amatlah mengalu-alukan sebarang respon yang datang dari pihak dalam mahupun luar jabatan demi untuk meningkatkan mutu dan efiseinsi kerja dari masa kesemasa.

UN

IT A

DU

AN P

ELAN

GG

AN J

AKES

S

U nit ICT JAKESS ditubuhkan adalah bertujuan untuk menyokong dan mere-alisasikan matlamat Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor dalam mempertingkatkan penggunaan teknologi komunikasi dan maklumat dalam pentadbiran.

Antara misi unit ini ialah memaksimumkan penguasaan ICT dan membudaya-kan penggunaannya di seluruh Mahkamah Syariah Negeri Selangor. Dengan kekua-tan 5 petugas tetap dan kontrak, Unit ICT JAKESS terdiri daripada Ketua Unit (Pegawai Sistem Maklumat F41), dua Penolong Pegawai Sistem Maklumat(F29), seorang Jurutek-nik Komputer (FT 17)dan seorang OMPD (F11).

Diharapkan dengan penubuhan unit ini, pihak JAKESS dapat memastikan penggunaan ICT secara berkesan, mesra pengguna dan memenuhi semua keper-luan pengguna JAKESS dan juga pelanggan.

BIL Nama Pegawai Nama Jawatan dan Gred

1. Radi bin Mohamad Pegawai Sistem Maklumat F 41 ( Ketua )

2. Irwan Harnadi bin Amaludin Penolong Pegawai Sistem Maklumat F 29

3. Mohd Isham Bin Ismail Penolong Pegawai Sistem Maklumat F 29

4. Azizul Azuan bin Aziz Juruteknik Komputer FT 17

5. Nurul Asna binti Ibrahim OMPD F 11

Page 15: BIL 3 2005 / 1425 SYARIAH ASAS KEADILAN - jakess.gov.my JAKESS 3.pdf · AKTIVITI DAN PROGRAM JAKESS UNIT BARU JAKESS ... yang sedimikian itu adalah selemah-lemah iman.” ... teknologi

Laporan BAKEMAS

L IMA BELAS

Sepanjang Januari hingga Julai, 2005 beberapa orang ahli Bakemas telah melangsungkan perkahwinan. Alhamdulillah, Unit terbitan JAKESS merakamkan ucapan TAHNIAH kepada mereka. Semoga jodoh kalian semua berkekalan hingga ke akhir hayat.

WALIMATUL URUS AHLI BAKEMAS 2005

SI COMEL BAKEMAS 2005 Sekalung Tahniah di ucapkan ke atas kelahiran insan baru dari-pada BAKEMAS kepada semua warganya di sepanjang tahun 2005 ini. Ingatlah bahawa anak adalah merupakan anugerah daripada Allah SWT, justeru didiklah ia dengan corak kehidupan yang sewa-jarnya semenjak ia kecil lagi.. “ Anak adalah ibarat kain yang putih, ibu bapalah yang bakal mencorakkan warna kehidupannya pada masa hadapan”.

SEKALUNG TAKZIAH

YDP Bakemas YA Tuan Hj Mukhyuddin bin Ibrahim telah di pilih oleh Jabatan Kehaki-man Syariah Malaysia untuk mengikuti kursus di Muslim Collage Of London selama 3 bulan.

Kursus yang di anjurkan oleh Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia ini antara lain bertu-juan untuk meningkatkan ilmu di kalangan kaki-tangannya .

YDP Bakemas ini telah pun ditugaskan ke Mahkamah Syariah Kuala Lumpur , sebagai Hakim Mahkamah Tinggi Syariah mulai 15hb Jun 2005.

Mesyuarat Agong BAKEMAS bagi melantik YDP BAKEMAS yang baru akan di ada-kan sekitar bulan September, selepas kepulan-gan YDP BAKEMAS YA Tuan Hj Mukhyuddin ke tanah air tidak lama lagi.

BAKEMAS dalam usaha memberi dan membantu apa jua permasalahan kakitangan Mahkamah Syariah Selangor mengharapkan kepada semua kakitangan agar semua dapat menghadiri Mesyuarat Agong berkenaan bagi menjadikan ia sebagai badan kebajikan yang terbaik.

NAMA KAKITANGAN

LOKASI TARIKH PERKAHWINAN

PN. NOOR AZA BT ABDUL RAHMAN

MTS 15HB. JANUARI, 2005

EN.MOHD RAZALI BIN HASSIN

MTS 30HB. JANUARI, 2005

EN.NUR LAILATUL QADRI BIN SARBINI

MTS 04HB. JUN, 2005

PN. HARYANTI BT HJ ABU HASSAN

MTS 28HB.MEI, 2005

EN. FAIRUS BIN JAAFAR

MRS. KLANG 28HB.MEI, 2005

EN.NASRULLAH BIN HUSSIN

MRS. KLANG 05HB. MAC, 2005

PN. SITI MARIZA BT ABDUL RAHMAN

MRS. PETALING 05HB. MEI, 2005

EN. SHAHRIL BIN JOHARI

MRS . PETALING 09HB. APRIL, 2005

PN. NOR IRDAWATI BT MOHD KASSIM

MRS. KUALA SELANGOR

30HB. JANUARI, 2005

NAMA KAKITANGAN YANG DIKURNIAKAN CAHAYAMATA

LOKASI

TN. RIDZUAN BIN ZAINUDDIN MTS EN. SYARIFUDDIN BIN SAJIMAN MTS

TN. SAHARUDDIN BIN SELAMAT MRS. KLANG

PN. NADIA BT ABDUL AZIZ MRS. PETALING

PN. SITI NOR HASHIBAH BT JAMHARI MRS .KUALA SELANGOR PN. SUZANA BT YAHAYA MRS. HULU SELANGOR TN. KHAIRUL ANUAR BIN AHMAD MRS. HULU SELANGOR PN. AZIAN BT MOHD LANA MRS. KUALA LANGAT PN. SANIAH BT SAROJI MRS. GOMBAK BARAT

PN. MAITOM BT JASMAN MRS. GOMBAK BARAT TN. AZMI BIN AZIZ MRS. BANDARAYA

PN. MAZLINA BT JAILANI MRS. HULU LANGAT EN. ABDUL HAKIM BIN MOHD BISRI MRS. HULU LANGAT PN. ZURIANITA BT KADIRON MRS. HULU LANGAT

YAA Ketua Hakim Syarie dan seluruh warga JAKESS mengucapkan Takziah kepada ahli yang kematian waris.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmatNya ke atas roh mereka dan menguatkan iman kita semua dalam menghadapi segala kesulitan dan kesedihan . Sesungguhnya setiap yang bernyawa pasti akan menemui ajalnya tidak mengira apa jua status, pangkat dan darjat kita.

Jesteru , bersedialah kita semua dalam menghadapi saat-saat kematian ini dengan bekalan yang secukupnya di samping melaksanakan kewajipan dengan memohon keredhaan kepadaNya jua.

Al-Fatihah. NAMA

KAKITANGAN LOKASI KEMATIAN

WARIS

PN. NADIA BT KHAMIS

MRS. BANDARAYA

SUAMI

EN. MOHD SHAHIR BIN

OSMAN

MRS. GOMBAK TIMUR

BAPA

YDP DI KOTA LONDON

Page 16: BIL 3 2005 / 1425 SYARIAH ASAS KEADILAN - jakess.gov.my JAKESS 3.pdf · AKTIVITI DAN PROGRAM JAKESS UNIT BARU JAKESS ... yang sedimikian itu adalah selemah-lemah iman.” ... teknologi

Isu SEMASA

ENAM BELAS

Dewasa ini, ajaran sesat semakin berleluasa di Malaysia dengan kehadiran beberapa ajaran yang semakin berani menonjolkan diri tanpa ada rasa takut kepada tindakan undang-undang khususnya bagi mendakwa mereka di Mahkamah.

Justeru, di sini disertakan sedikit kupasan ten-tang ajaran sesat dan beberapa kesalahan yang bo-leh didakwa di Mahkamah Syariah menurut perspektif Enakmen Jenayah Syariah Selangor Tahun 95/2.

Definasi Ajaran Sesat

Ajaran sesat ialah sebarang ajaran atau ama-lan yang dibawa oleh orang-orang Islam atau bukan Islam yang mendakwa bahawa ajaran dan amalan tersebut adalah ajaran Islam atau berdasarkan kepada ajaran Islam, sedangkan hakikatnya ajaran dan amalan yang dibawa itu bertentangan daripada Islam yang berdasarkan kepada Al-Quran dan Al-Sunnah serta bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Terdapat beberapa ciri ajaran sesat yang dida-pati dalam ajaran-ajaran sesat di Malaysia adalah seperti berikut:-

i. Mengaku dirinya sebagai Nabi dan mendakwa menerima wahyu ii. Mempercayai ada Nabi-nabi lain selepas Nabi Mu-hammad. iii. Mempercayai wahyu masih lagi turun selepas wafatnya Rasulullah SAW. iv. Mengakui dirinya atau gurunya sebagai Imam Ma-hdi atau mempercayai bahawa orang-orang tertentu tidak mati dan akan muncul sebagai manusia yang istimewa seperti Imam Mahdi dan sebagainya. v. Mempercayai bahawa roh orang yang mati men-jelma semula ke dalam jasad orang yang masih hidup. vi. Mendakwa pengikut-pengikut ajarannya sahaja akan masuk syurga. vii. Mendakwa gurunya memegang pintu syurga. viii. Mempercayai gurunya boleh menebus dosa den-gan wang. ix. Mendakwa bahawa semua agama adalah sama x. Mempercayai bahawa orang yang telah mati bo-leh memberi pertolongan kepada orang yang men-yeru namanya.

Enakmen Jenayah Syariah Selangor 95/2

Beberapa kes berkaitan dengan ajaran sesat di negeri Selangor telah didakwa dan sedang dibicara-kan mengikut kesalahan-kesalahan yang disabitkan di dalam Enakmen Jenayah Syariah Selangor Tahun 95/2, Antara Kesalahan yang dinyatakan di dalam Enakmen tersebut ialah : -

Kesalahan Yang Berhubung Dengan Akidah

Seksyen 4 . Pemujaan salah.

4. (1) Mana-mana orang yang memuja alam semula jadi atau melakukan apa-apa perbuatan yang menunjukkan pemujaan atau rasa hormat kepada mana-mana orang, binatang, tempat atau benda dengan apa-apa cara yang menyalahi Hukum Syara' adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila dis-abitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya. (2) Mahkamah boleh me-merintahkan supaya apa-apa benda yang digunakan dalam pelakuan atau yang ada kaitan dengan ke-salahan yang disebut dalam subseksyen (1) dilu-cuthakkan dan dimusnahkan, walaupun tiada seorang pun telah disabitkan atas kesalahan itu.

Seksyen 5. Mendakwa bukan orang Islam untuk mengelakkan tindakan.

5. Mana-mana orang yang mendakwa dirinya bukan orang Islam untuk mengelakkan apa-apa tindakan diambil terhadap dirinya di bawah Enakmen ini atau mana-mana Enakmen lain yang berkuatkuasa di Negeri ini adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima

AJARAN SESAT DARI PERPEKTIF ENAKMEN JENAYAH SYARIAH SELANGOR 95/2

Page 17: BIL 3 2005 / 1425 SYARIAH ASAS KEADILAN - jakess.gov.my JAKESS 3.pdf · AKTIVITI DAN PROGRAM JAKESS UNIT BARU JAKESS ... yang sedimikian itu adalah selemah-lemah iman.” ... teknologi

TUJUH BELAS

ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak me-lebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Seksyen 6 . Takfir.

6. (1) Tertakluk kepada subseksyen (2), seseorang yang mengatakan atau mengaitkan melalui kata-kata, sama ada secara lisan atau tulisan, atau dengan isyarat, atau dengan gambaran tampak, atau dengan apa-apa perbuatan, kegiatan atau kelakuan, atau dengan mengelolakan, menganjurkan atau mengaturkan apa-apa kegiatan, atau selainnya dengan apa-apa jua cara, bahawa mana-mana orang yang menganuti agama Islam, atau orang-orang yang tergolong dalam mana-mana kumpulan, kelas atau perihalan orang yang menganuti agama Islam-

(a) adalah orang kafir; (b) telah berhenti menganuti agama Is-lam; (c) tidak patut diterima, atau t idak dapat diter-ima,sebagai menganuti agama Islam; atau

(d) tidak mempercayai, mengi-kuti, menganuti atau tergolong dalam agama Islam,

adalah melakukan suatu kesala-han dan apabila disabitkan bo-leh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

(2) Subseksyen (1) tidaklah ter-pakai bagi-

(a) apa-apa jua yang dilakukan oleh mana-mana Mahkamah atau pihak berkuasa agama yang di-tubuhkan, dibentuk atau dilantik melalui atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis dan yang diberi oleh undang-undang bertulis kuasa untuk memberikan atau mengeluarkan apa-apa fatwa atau keputusan tentang apa-apa perkara mengenai agama Islam; atau (b) apa-apa jua yang dilakukan oleh mana-mana orang menurut atau mengikut apa-apa fatwa atau keputusan yang diberikan atau dikeluarkan oleh Mahkamah atau pihak berkuasa agama itu, sama ada atau tidak fatwa atau keputusan itu adalah secara ber-tulis atau, jika bertulis, sama ada atau tidak disiarkan dalam Warta.

Seksyen 7 . Doktrin palsu.

7. (1) Mana-mana orang yang mengajar atau menje-laskan apa-apa doktrin atau melaksanakan apa-apa upacara atau perbuatan yang berhubungan dengan agama Islam di mana-mana tempat, sama ada tem-pat persendirian atau tempat awam, adalah melaku-kan suatu kesalahan jika doktrin atau upacara atau perbuatan itu bertentangan dengan Hukum Syara' atau mana-mana fatwa yang sedang berkuatkuasa di Negeri ini dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak

melebihi enam sebatan atau dihukum dengan manamana kombinasi hukuman itu.

(2) Mahkamah boleh memerin-tahkan supaya manamana do-kumen atau benda yang digunakan dalam pelakuan ke-salahan atau yang ada kaitan dengan kesalahan yang disebut dalam subseksyen (1) dilucuthak-kan dan dimusnahkan, walau-pun tiada seorang pun telah dis-abitkan atas kesalahan itu.

Seksyen 8. Dakwaan palsu.

8 . Mana-mana orang yang :-

(a) mengisytiharkan dirinya atau mana-mana orang lain sebagai rasul atau nabi, Imam Mahadi atau wali; atau (b) menyatakan atau mendakwa bahawa dia atau mana-mana orang lain mengetahui peristiwa atau perkara di luar pemahaman atau pengetahuan manusia, se-

dangkan perisytiharan, pernyataan atau dakwaan itu adalah palsu serta bertentangan dengan ajaran Islam, adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila dis-abitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Dengan penjelasan perihal ajaran sesat dan beberapa perkara yang berkaitan dengan kesalahan dan hukuman di dalam Enakmen Jenayah Syariah Se-langor 95/2 , jelas membuktikan bahawa kuasa Mahkamah amat diperlukan bagi menjatuhkan huku-man kepada ajaran-ajaran sesat yang berleluasa ini dalam memastikan ajaran Islam yang kita anuti ini be-bas dari sebarang kekeliruan dan kebejatan akal manusia yang begitu mudah di sesatkan .

Isu SEMASA

Page 18: BIL 3 2005 / 1425 SYARIAH ASAS KEADILAN - jakess.gov.my JAKESS 3.pdf · AKTIVITI DAN PROGRAM JAKESS UNIT BARU JAKESS ... yang sedimikian itu adalah selemah-lemah iman.” ... teknologi

LAPAN BELAS

( Sambungan Siri yang lalu )

5.Akta Tanah (Kawasan-kawasan Penempatan Berkelompok) 1960

Akta ini dilaksanakan terha-

dap tanah-tanah yang

dibuka di bawah rancan-

gan pembangunan FELDA.

Tanah tersebut akan didaf-

tar atas nama Daftar

Pegangan Desa dan hak-

milik hanya akan dikeluar-

kan apabila semua

bayaran telah dijelaskan oleh peneroka. Apabila berlaku

kematian, seksyen 16 akta ini menghendaki supaya tanah

itu diturun milik kepada seorang waris yang berhak sahaja.

Jika lebih seorang yang berhak, maka ahli waris perlu ber-

muafakat untuk memberi kepada salah seorang sahaja, jika

sebaliknya Pentadbir Tanah berhak menjualnya dan diba-

hagikan kepada ahli-ahli waris mengikut hukum syarak.

6. Enakmen Rizab Melayu Negeri-negeri

Enakmen ini melarang sebarang urusniaga dan pindah milik

tanah simpanan melayu kepada bukan melayu. Enakmen

ini menhadkan penurunan milik antara si mati kepada ahli

waris yang bukan melayu sedangkan mengikut hukum

syarak mereka berhak kepada harta pusaka itu.

7. Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri-negeri

Enakmen ini memberikan kuasa kepada Mahkamah Syariah

untuk memutuskan perkara berkaitan orang Islam seperti

harta sepencarian, pusaka, hibah, wasiat dan wakaf.

8. Undang-undang Berkaitan Penama

Persoalan tentang amalan penamaan (nomination) telah

timbul kerana ianya turut dikuatkuasaan terhadap harta

orang Islam di institusi seperti bank, KWSP, insurans dan lain-

lain melalui Akta Undang-undang Sivil 1956. Pelaksanaannya

jelas bercanggah dengan hukum syarak. Walaupun telah

ada fatwa yang menjelaskan keadaan tersebut namun per-

soalan yang timbul sejauhmana ia diterima dan mengikat

mahkamah.

9. Enakmen Pegangan Adat 1960

Enakmen ini digunapakai di sebahagian kawasan di Negeri

Sembilan dan Melaka berkaitan cara-cara pembahagian

pusaka tanah adat secara turun-temurun. Pelaksanaannya

jelas becanggah dengan syarak kerana lebih mengu-

tamakan golongan wanita sebagai waris harta pusaka.

10. Akta Wasiat 1950/1959 (No.38/59)

Akta ini adalah berkaitan tentang cara-cara membuat

wasiat dan prosedur berkaitan dengannya bagi orang-

orang bukan Islam. Ia tidak dikuatkuasakan kepada orang

Islam kerana mereka tertakluk kepada hukum syarak melalui

enakmen negeri-negeri.

11. Kanun Tanah Negara 1965

Undang-undang ini berkaitan dengan pentadbiran tanah di

Malaysia yang berkuatkuasa sama ada kepada harta orang

Islam atau bukan Islam. Pindaan terbaru undang-undang ini

telah memasukkan dan menerimapakai perintah

Mahkamah Syariah berkaitan harta orang Islam.

12. Peraturan-peraturan Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955 dan Pekeliling-pekeliling berkaitan

Selain dari undang-undang di atas, terdapat Peraturan-

peraturan Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955 (L/N 495/55)

dan pekeliling-pekeliling yang dikeluarkan oleh Jabatan

Ketua Pengarah Tanah dan Galian di Kementerian Tanah

danPembangunan Koperasi dari semasa ke semasa bagi

menyelesaikan pembahagian Harta Pusaka Kecil.

PENTADBIRAN HARTA PUSAKA DALAM ISLAM SIRI II

Anda & Mahkamah SYARIAH

Page 19: BIL 3 2005 / 1425 SYARIAH ASAS KEADILAN - jakess.gov.my JAKESS 3.pdf · AKTIVITI DAN PROGRAM JAKESS UNIT BARU JAKESS ... yang sedimikian itu adalah selemah-lemah iman.” ... teknologi

I mam Abu Hanifah atau nama sebenarnya Nu'man bin Tsabit bin Zhuthi' lahir pada tahun 80H/699M di Kufah, Iraq, sebuah bandar

yang sudah sememangnya terkenal sebagai pusat ilmu pada ketika itu. Ayahnya seorang pedagang besar, sempat hidup bersama ‘Ali bin Abi Talib radhiallahu ‘anh. Abu Hanifah sekali-sekala ikut serta dalam urusniaga ayahnya akan tetapi minatnya yang lebih besar ialah ke arah membaca dan menghafal Qur'an.

Pada satu hari Imam Abu Hanifah telah berjumpa dengan seorang tokoh agama yang masyhur pada ketika itu bernama al-Sya’bi, melihatkan kepintaran dan kecerdasan luar biasa yang terpendam dalam Abu Hanifah, al-Sya'bi menasihatkan beliau agar lebih banyak mencurahkan usaha ke dalam bidang ilmu-ilmu Islam. Dengan nasihat dan dorongan al-Sya'bi, Abu Hanifah mula menceburkan diri secara khusus mempelajari ilmu-ilmu Islam.

Abu Hanifah mula belajar dengan mendalam ilmu-ilmu qiraat, ilmu bahasa Arab, ilmu kalam dan lain-lain. Akan tetapi bidang ilmu yang paling diminatinya ialah ilmu hadis dan fiqh. Beliau banyak meluangkan masa dan tenaga mendalaminya. Abu Hanifah meneruskan pembelajarannya dengan bergurukan kepada Al-Sya’bi dan beberapa tokoh ilmuan lain di Kufah. Menurut riwayat, jumlah gurunya di Kufah sahaja berjumlah 93 orang. Beliau kemudiannya berhijrah ke bandar Basrah untuk berguru bersama Hammad bin Abi Sulaiman, Qatadah dan Shu’bah. Setelah sekian lama berguru dengan Shu’bah yang pada ketika itu terkenal sebagai Amir al-Mu’minin fi Hadis

Kemudian beliau turun ke Mekah dan Madinah untuk menuntut ilmu. Di sana beliau duduk berguru kepada ‘Atha’ bin Abi Rabah. Kemudiannya Abu Hanifah duduk pula bersama Ikrimah, seorang tokoh besar di Mekah yang juga merupakan anak murid kepada ‘Abd Allah ibn ‘Abbas, ‘Ali bin Abi Talib, Abu Hurairah dan ‘Abd Allah ibn ‘Umar radhiallahu ‘anhum. Kehandalan Abu Hanifah dalam ilmu-ilmu hadis dan fiqh diiktiraf oleh Ikrimah sehingga beliau kemudiannya membenarkan Abu Hanifah menjadi guru kepada penduduk Mekah.

Abu Hanifah kemudiannya meneruskan pengajiannya di Madinah bersama Baqir dan Ja’afar al-Siddiq. Kemudiannya beliau duduk bersebelahan dengan Malik bin Anas, tokoh besar kota Madinah ketika itu.

Walaupun Abu Hanifah 13 tahun lebih tua daripada Malik, ini tidak menghalangnya untuk turut serta belajar. Apabila guru kesayanganya Hammad meninggal dunia di Basrah pada tahun 120H/738M, Abu Hanifah telah diminta untuk mengganti kedudukan Hammad sebagai guru dan sekaligus tokoh agama di Basrah.

Mulai di sinilah Abu Hanifah mengajar dan menjadi tokoh besar terbaru dunia Islam. Orang ramai dari serata pelusuk dunia Islam datang untuk belajar bersamanya. Disamping mengajar, Abu Hanifah ialah juga seorang pedagang dan beliau amat bijak dalam mengadili antara dua tanggung-jawabnya ini sebagaimana terang anak muridnya al-Fudail ibn ‘Iyyad:

Adalah Abu Hanifah seorang ahli hukum, terkenal dalam bidang fiqh, banyak kekayaan, suka mengeluarkan harta untuk sesiapa yang memerlukannya, seorang yang sangat sabar dalam pembelajaran baik malam atau siang hari, banyak beribadat pada malam hari, banyak berdiam diri, sedikit berbicara terkecuali

apabila datang kepadanya sesuatu masalah agama, amat pandai menunjuki manusia kepada kebenaran dan tidak mahu menerima pemberian penguasa. Pada zaman pemerintahan Abbasiah, Khalifah al-Mansur telah beberapa kali meminta beliau menjawat kedudukan qadi kerajaan. Abu Hanifah berkeras menolak tawaran itu. Jawapan Abu Hanifah membuatkan al-Mansur marah lalu dia menghantar Abu Hanifah ke penjara. Akan tetapi tekanan daripada orang ramai menyebabkan al-Mansur terpaksa membenarkan Abu Hanifah

meneruskan pengajarannya walaupun daripada dalam penjara. Apabila orang ramai mula mengerumuni penjara untuk belajar bersama Abu Hanifah, al-Mansur merasakan kedudukannya mula tergugat. al-Mansur merasakan Abu Hanifah perlu ditamatkan hayatnya sebelum terlambat.

Akhirnya Abu Hanifah meninggal dunia pada bulan Rejab 150H/767M ketika di dalam penjara disebabkan termakan makanan yang diracuni orang. Dalam riwayat lain disebutkan bahawa beliau dipukul dalam penjara sehingga mati. Kematian tokoh ilmuan Islam ini dirasai oleh dunia Islam. Solat jenazahnya dilangsungkan 6 kali, setiapnya didirikan oleh hampir 50,000 orang jamaah. Antara anak-anak murid Abu Hanifah yang ulung ialah Zufar (158H/775M), Abu Yusuf (182H/798M) dan Muhammad bin Hasan al-Syaibani (189H/805M).

SEMBILAN BELAS

ABU HANIFAH TOKOH ILMUAN ISLAM TERBILANG

Tokoh ISLAM

Pada zaman pemerintahan Abbasiah, Khalifah al-

Mansur telah beberapa kali meminta beliau menjawat kedudukan qadi kerajaan.

Abu Hanifah berkeras menolak tawaran itu.

Page 20: BIL 3 2005 / 1425 SYARIAH ASAS KEADILAN - jakess.gov.my JAKESS 3.pdf · AKTIVITI DAN PROGRAM JAKESS UNIT BARU JAKESS ... yang sedimikian itu adalah selemah-lemah iman.” ... teknologi

Motivasi JAKESS

DUA PULUH

J angan kamu duduk disamping orang yang berilmu, kecuali ianya mengajak kamu menghilangkan LIMA perkara dan menanam LIMA perkara :

1]menghi langkan RAGU menanamkan YAKIN 2]menghi langkan RIYA' menanamkan IKHLAS 3]menghilangkan CINTA DUNIA menanamkan ZUHUD 4]menghilangkan SOMBONG menanamkan RENDAH DIRI 5]menghilangkan PERMUSUHAN menanamkan PERSAHA-BATAN

PERUBAHAN SIKAP

Menuntut ilmu adalah suatu kewajipan kepada setiap indi-vidu. Ia tidak kira dalam sesi formal atau tidak formal. Dalam menuntut ilmu apa yang ada adalah sikap untuk berkongsi maklumat dengan orang lain. Kita juga berpeluang untuk belajar dari sahabat yang berkongsi maklumat dengan kita. Itu adalah saat yang menyeronokkan dalam situasi pembe-lajaran. Kekuatan akal dan sifat cintakan ilmu itu penting dalam menuntut ilmu. Banyak kisah tauladan yang boleh dijadikan contoh dan pengajaran. Namun dalam cenderung untuk memiliki ilmu kita haruslah mengubah si-kap. Ini kerana sikap adalah jalan utama bagi merealisasi-kan perubahan diri.

Sikap mempunyai tiga eleman penting:

Berubah Pemikiran

Pemikiran adalah pergantungan utama yang menyebab-kan manusia itu bertindak. Hentikan alasan-alasan yang bo-leh mengganggu dan berubah kepada pemikiran yang le-bih positif. Perbaiki cara berfikir untuk menuju kecemerlan-gan.

Berubah Perasaan

Perasaan juga disebut sebagai emosi yang sering mengua-sai diri. Ubah perasaan yang negatif kepada yang positif. Terdapat tiga perasaan yang perlu dikikis iaitu:

1. Perasaan rendah diri

Ubah perasaan rendah diri kepada perasaan yang boleh membina keyakinan diri. Kita berhak cemerlang seperti orang lain. Jangan biarkan perasaan rendah diri menguasai dalam bersaing mencapai kecemerlangan. Pupuklah se-mangat ingin bersaing itu adalah baik untuk masa depan.

2. Tidak mahu mengaku kelemahan diri

Sikap ini adalah penyebab kepada kegagalan manusia. Kita adalah makhluk yang hebat. Maka dari itu, manusia yang hebat selalu bertanya untuk mengetahui dan mem-pertingkatkan kredibiliti diri yang menjurus ke arah kewi-bawaan dan karisma sebagai orang yang cemerlang.

3. Berpuas hati dengan apa yang telah didapati

Keadaan zon yang selesa menyebabkan manusia tidak mempunyai motivasi yang tinggi, tidak mahu berubah dan berganjak kepada jalan kejayaan. Manusia perlu berusaha untuk mengubah nasib dan bukan hanya merasai hidup sudah sempurna.

Berubah Tingkahlaku

Tingkahlaku merupakan penampilan dan hasil terjemahan

perubahan emosi dan perasaan dan pemikiran. Tingkahlaku mempunyai unsur-unsur luaran yang boleh dilihat dengan mata kasar. Perubahan perasaan dan pemikiran akan men-gubah tingkahlaku. Keberanian itu perlu kerana ia adalah ÎibuÌ kepada perubahan tingkahlaku. Justeru itu, kita boleh simpulkan bahawa tingkahlaku adalah pancaran dari pe-rubahan perasaan dan pemikiran.

MATLAMAT DAN CIRI-CIRINYA

Matlamat adalah perkara penting dalam aspek perubahan sikap. Seharusnya kita tidak boleh memandang ringan hal ini kerana matlamat adalah kompas kehidupan. Kita perlu mempunyai matlamat khusus demi mencapai apa yang kita mahukan.

Boleh diukur Ia perlu dinyatakan dengan bertulis dan dapat diterje-mahkan secara jelas dan dapat dilihat. Ciri ini akan membo-lehkan kita mudah bertindak.

Spesifik

Ciri ini perlu pada matlamat yang khusus agar mudah dica-pai. Jika tidak dikhususkan, maka matlamat tidak mempun-yai asas yang kukuh.

Berdoa

Berdoa adalah senjata yang paling mustajab. Berdoalah selepas berusaha bersungguh-sungguh, mengikut jangka masa yang teratur dan belajar dengan kaedah yang betul. Natijah yang baik akan diperolehi jika kita berdoa sepan-jang usaha yang kita lakukan.

Mengenal potensi dan sikap diri

Perasaan positif lahir dari kebolehan diri sendiri (Mizan 1996). Rasa suka dan gembira akan menimbulkan motivasi dala-man pelajar. Kesungguhan dan motivasi dalaman yang positif dapat membentuk sikap untuk bertindak dan berting-kahlaku yang lebih positif.

Kesimpulan

Perubahan sikap adalah satu tuntutan. Ia perlu untuk men-capai kecemerlangan hidup. Prioriti harus diletakkan bagi ketiga-tiga eleman sikap. Sikap sambil lewa dan hanya memberatkan salah satu aspek atau elemen sahaja bu-kanlah pelengkap kepada perubahan sikap. Sikap boleh diubah oleh diri kita.

MEMBINA KEYAKINAN DIRI MENURUT ISLAM

Binalah keyakinan diri dalam apa jua tindakan yang di lakukan

Page 21: BIL 3 2005 / 1425 SYARIAH ASAS KEADILAN - jakess.gov.my JAKESS 3.pdf · AKTIVITI DAN PROGRAM JAKESS UNIT BARU JAKESS ... yang sedimikian itu adalah selemah-lemah iman.” ... teknologi

Soal

DUA PULUH SAT U

Soal Jawab Perundangan ini adalah di bawah

kelolaan : Tuan Salehan bin Yatim

Hakim Mahkamah Rendah Syariah Kuala Langat

1. Pernikahan Rahsia di Thailand Soalan: Saya telah bernikah di Siam secara senyap-senyap untuk mengelakkan dosa maksiat. Apa hukumnya setelah bernikah di Siam, kemudian saya bernikah sekali lagi di Malaysia? Dan kalau ada orang bertanya sudah kahwin ataupun belum, saya jawab belum bagi menutup rahsia, bagaimana?

JAWAPAN

Sesuatau penikahan yang menepati kehendak syarak hukumnya sah. Jika pernikahan tersebut dilakukan di Siam atau di mana-mana tempat sekalipun dan telah menepati kehendak syarak tersebut, maka hukumnya adalah sah. Pernikahan itu hendaklah di daftarkan di tempat ia bermukim dan pernikahan sekali lagi tidak perlu dijalankan. Jawapan apabila di tanya hendaklah menjawab sudah berkahwin bagi mengelakkan fitnah

2. Mematuhi Suami yang Tidak Menjalankan Perintah Agama

Soalan:

Apakah seorang isteri wajib mematuhi suaminya yang bukan sahaja tidak sembahyang malah minum arak dan suka berfoya-foya dengan wanita lain? Contohnya, ke-luarga wanita tersebut membuat perjumpaan keluarga (family day) tetapi suaminya tidak membenarkan. Bo-lehkah wanita ini mengingkari perintah suaminya itu? Dalam perkara yang berkaitan, bolehkah wanita ini menuntut cerai? Kalau boleh, apakah cara yang terbaik?

JAWAPAN

Seorang isteri wajib taat kepada perintah suami, selagi mana suami tersebut tidak mengajak atau menggalak-kan melakukan maksiat. Apabila suami berkeadaan be-gitu, iaitu ingkar kepada perintah agama maka seorang isteri itu hendaklah menasihatinya mengikut kadar ke-mampuan. Sekiranya usaha-usaha menasihatinya itu ma-sih gagal, isteri hendaklah mengadu di pejabat Agama dan sessi kaunseling akan dibuat. Sekiranya masih mene-mui kegagalan, si isteri bolehlah memohon cerai atau fasakh di mahkamah Syariah yang berhampiran. Allahu A’lam.

3. Pemberian Nafkah Seorang Suami

Soalan:

Saya mempunyai seorang adik perempuan yang sudah bersuami dan mempunyai anak seramai enam orang

yang sedang meningkat remaja. Masalahnya sekarang ialah adik saya bekerja sementara suaminya tidak bekerja. Untuk makluman ustaz suami adik saya ini seo-rang pengikut Tabligh yang kadang-kadang meninggal-kan keluarga sehingga seminggu atau pun lebih. Menun-tut ilmu agama sememangnya dituntut tetapi masalah-nya sepeninggalannya suami tidak meninggalkan nafkah makan minum isteri dan anak. Baginya isteri bekerja, jadi suami tidak ambil endah langsung. Ke-mungkinan si suami berfikir ibubapanya ada yang masih boleh melihat anak isterinya samada makan atau pun tidak, tak kan datuk nak biarkan anak cucunya kebulu-ran.... Si isteri kadang-kadang tidak tahan lalu mengadu dengan kakak dan abang... Di sini saya ingin mendapat pandangan ustaz mengenai perkara ini.

JAWAPAN

Memberi nafkah merupakan kewajipan dan tanggung-jawab asal suami kepada isteri dan anak-anak, maka tidak seharusnya tugas ini di bebankan kepada isteri atau kepada orang lain. Hal ini telah di jelaskan oleh syarak dan juga di dalam Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003 (EUKIS) seksyen 60 dan 73.

Firman Allah yang bermaksud:

“dan setiap anak yang dilahirkan itu tanggungjawab baginya (suami) menyediakan nafkah dan juga pakaian dengan yang baik”

Firman Allah yang seterusnya bermaksud:

“lelaki itu adalah pemimpin kepada wanita”

Oleh itu tidak sewajarnya seorang suami meninggalkan anak-anak dan isterinya berminggu-minggu tanpa dis-ediakan nafkah , maka ini telah menyalahi maqasid syariah dan tujuan perkahwinan itu sendiri. Dalam kes seperti ini pihak isteri mempunyai hak untuk menuntut fasakh kepada Mahkamah. Allahu A’lam .Umpamanya ketiadaan wali aqrab disebabkan jarak yang lebih dua marhalah , wali enggan , wali berihram haji dan seba-gainya, maka wali akan berpindah ke wali hakim.

5. Daftar Nusyuz

Soalan:

Bagaimanakah saya hendak mendaftar Nusyuz

JAWAPAN

Nusyuz boleh di daftarkan di Mahkamah Rendah Syariah yang berbidangkuasa yang berhampiran dengan tem-pat tinggal. Pendaftaran boleh melalui Saman dan Pen-yata Tuntutan yang dibuat oleh pihak agar mengisthar-kan Isteri sebagai Nusyuz sebagaimana di dalam seksyen 61 (3) (b) (i) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor tahun 2003, sekiranya pihak isteri tidak memfailkan apa-apa permohonan perceraian, pihak suami boleh mem-failkan kes nusyuz sebagai Tuntutan Balas

Page 22: BIL 3 2005 / 1425 SYARIAH ASAS KEADILAN - jakess.gov.my JAKESS 3.pdf · AKTIVITI DAN PROGRAM JAKESS UNIT BARU JAKESS ... yang sedimikian itu adalah selemah-lemah iman.” ... teknologi

AL

BU

M W

AR

NA

WA

RN

I JA

KE

SS

Kursus Motivasi JAKESS Siri II di Kem Excell

Santapan sebelum penganugerahan sijil ISO

Aktiviti luar pejabat pada hari terakhir Sabtu bekerja

Pasukan-pasukan bolasepak JAKESS

Kursus Kewangan JAKESS di Lumut

Lawatan KementerianKehakiman Kuwait ke JAKESS

Hari keluarga JAKESS : Bersama YAA Dato’ Syeikh Ghazali

Induksi Jabatan 2005 dalam kenangan

Page 23: BIL 3 2005 / 1425 SYARIAH ASAS KEADILAN - jakess.gov.my JAKESS 3.pdf · AKTIVITI DAN PROGRAM JAKESS UNIT BARU JAKESS ... yang sedimikian itu adalah selemah-lemah iman.” ... teknologi

Bengkel Penyeragaman Borang di Cameron Highland

Pameran MAIS : Menanti ketibaan DYMM Sultan

YAA Dato’ Hj Zohdi diberi penerangan oleh PRO JAKESS

YB Dato’ Rahman Palil : menanti tetamu dari Kuwait

Hari Keluarga JAKESS : Urusetia bersama para peserta

Aktiviti pembaikan komputer oleh Unit ICT JAKESS

Checkpoint terakhir sebelum air terjun Ulu Beranang

Ceramah berkesan oleh Dato Dr Hj Fadzilah Kamsah

AL

BU

M W

AR

NA

WA

RN

I JA

KE

SS

Page 24: BIL 3 2005 / 1425 SYARIAH ASAS KEADILAN - jakess.gov.my JAKESS 3.pdf · AKTIVITI DAN PROGRAM JAKESS UNIT BARU JAKESS ... yang sedimikian itu adalah selemah-lemah iman.” ... teknologi

Keyakinan diri dapat di gapai diperolehi ...

♦ Anggapkan diri anda yang diciptakan oleh Allah adalah sama seperti orang lain.

♦ Orang lain boleh buat, kenapa anda tidak boleh buat?

♦ Apa kekurangan/kelemahan yang ada pada diri anda dan baikinya.

♦ Jangan takut-takut atau teragak-agak untuk melakukan sesuatu yang positif

♦ Elakkan perasaan malu yang tidak bertempat.

♦ Lakukan riadah yang ringan sebelum melakukan sesuatu pekerjaan, Ianya sebagai

"warm up" dan dapat mengaktifkan diri seseorang.

♦ Kemas diri dan anggapkan diri anda adalah terbaik pada hari itu.

♦ Apabila berinteraksi pandang tepat pada muka dan mata orang yang kita sedang ber-

interaksi dan gunakan sedikit pergerakan tangan untuk menerangkan sesuatu. Jangan terlalu kaku.

♦ Apabila memulakan sesuatu tugas jangan memikirkan tentang masalah, tetapi

fikirkan tentang hasilan yang akan dapat selepas tugas tersebut.

♦ Sentiasa peka terhadap waktu, jangan berlengah-lengah atau bertangguh dalam me-

laksanakan sesuatu tugas.

MOTIVASI DIRI