pelan tindakan inovasi jakess - jakess.gov.my tindakan inovasi 2.0.pdf · sesungguhnya pada...

17
2015 - 2020 JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH SELANGOR (JAKESS) Pelan Tindakan Inovasi JAKESS

Upload: voduong

Post on 30-Apr-2019

235 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Pelan Tindakan Inovasi JAKESS 0│16

2015 - 2020

JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH SELANGOR

(JAKESS)

Pelan Tindakan Inovasi JAKESS

Pelan Tindakan Inovasi JAKESS 1│16

Kandungan

Perutusan Ketua Hakim Syarie JAKESS 2

Sejarah Jabatan 3

Pengenalan kepada Jabatan 3

i. Dasar

ii. Visi

iii. Misi

iv. Fungsi &Objektif

Pelaksanaan Pelan Tindakan Inovasi 4

i. Tujuan

ii. Definisi Inovasi

iii. Kategori/ Skop

Struktur & Carta Pengurusan Inovasi 5

Teras Strategik & Kerangka Pelan Tindakan Inovasi 6

Penutup 14

Pelan Tindakan Inovasi JAKESS 2│16

Perutusan Ketua Hakim Syarie

هتالسالم عليكم ورمحة هللا وبركا

Terdapat banyak penulisan

oleh sarjana Islamberkaitan

konsep inovasi dari

perspektif Islam. Antaranya

karya oleh Umar Feruz

Abd-Allah bertajuk

„Innovation and Creativity in

Islam‟ yang menyatakan

“two of the most important

components of Islam that

make it a mobile idea are

the concepts of innovation

and ijtihad (critical legal

thinking in search for

answers to new problems)”.

YAA Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar

Allah swt berfirman yang bermaksud :

Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal. (Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka. (Al-Imran:190 & 191)

Jabatan Kehakiman Syariah Selangor merupakan institusi perkhidmatan awam

yang mengadili kes-kes berkaitan hal ehwal orang-orang Islam di Selangor. Sejajar

dengan hasrat ini, antara pendekatan yang sangat penting diambil adalah melalui

kreativiti dan inovasi. Adalah diharapkan melalui penghasilan Pelan Tindakan

Inovasi JAKESS ini, ianya dapat meningkatkan pembudayaan inovasi yang mana

hasilnya dapat menambahbaik prestasi perkhidmatan dan rakyat beroleh

manfaatnya dalam persekitaran semasa yang sering berubah dengan pantas.

Saranan terhadap berinovasi telah bermula 1400 tahun

dahulu ketika Rasulullah SAW menyahut wahyu di dalam

surah yang menyarankan umat islam supaya berfikir.

Ingin saya menarik perhatian bahawa sebagai umat islam,

Al-Quran adalah pencetus manusia untuk berfikir secara

kritis dan inovatif. Maksudnya Al-Quran tidak pernah

melarang kita meraih ilmu dan berfikir bahkan Al-Quran

menggesa manusia untuk berfikir secara sihat tentang

tanda-tanda terhadap keluasan Allah diciptakannya

sebagai saranan kepada manusia untuk beriman

kepadanya.

Cabaran utama dalam memberi respon terhadap perubahan persekitaran ini adalah

dengan memobilasi sumber yang ada melalui eksperimentasi, kolaborasi dan

pembelajaran berterusan. Dengan wujudnya Pelan ini, saya percaya JAKESS tidak

akan ketinggalan dalam berganding bahu merealisasikan usaha ke arah

transformasi sektor awam seterusnya menterjemahkan arkitektur inovasi nasional

sebagai budaya di JAKESS.

Akhir kalam, saya berharap agar melalui pelan ini, budaya inovasi di JAKESS

berjaya diterap dan diserap dengan baik oleh keseluruhan warganya. Rasulullah

saw ada bersabda:

“Sebaik-baik manusia antara kamu adalah yang orang yang paling banyak

manfaatnya bagi orang lain” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Pelan Tindakan Inovasi JAKESS 3│16

Dasar

Memastikan pengurusan

perkhidmatan pengadilan

kes-kes Syariah berjalan

lancar selari dengan visi dan

misi Jabatan Kehakiman

Syariah Selangor (JAKESS)

secara adil dan berkesan

melalui pendekatan yang

inovatif untuk memenuhi

kehendak pelanggan

berasaskan Hukum Syarak

dan undang-undang semasa.

Fungsi & Objektif

• • •

1.Mengurus dan mengendali

kes-kes Mal dan Jenayah

secara tepat dan teratur

mengikut hukum syara’ dan

undang-undang mengikut

masa yang ditetapkan.

2.Menguatkuasa dan

melaksanakan penghakiman

secara teratur dan berkesan.

3.Memberi perkhidmatan

penyelesaian kes secara

alternatif yang berkesan.

4.Merancang dan

membangunkan sumber

manusia yang mencukupi,

terlatih dan kompeten.

Sejarah Jabatan Kehakiman Syariah Selangor

Mahkamah Syariah Negeri

Selangor ditubuhkan

berdasarkan kepada Seksyen

44(1) dan 44(2) Undang-

Undang Pentadbiran Agama

Islam Selangor (1952).Sejak

ditubuhkan hingga September,

1991, Mahkamah Syariah

Negeri Selangor ditadbirkan

bersama Jabatan Agama Islam

Selangor (JAIS). Mulai 01hb.

September, 1991, pengurusan

pentadbiran Mahkamah

Syariah telah diasingkan

daripada pengurusan

pentadbiran JAIS dan dikenali

sebagai Mahkamah Syariah

Negeri Selangor. Pusat

pentadbiran Mahkamah

Syariah Negeri Selangor

beroperasi di Tingkat 5 & 6,

Bangunan Mahkamah Sultan

Salahuddin Abdul Aziz Shah,

Persiaran Pegawai, Seksyen 5,

40000 Shah Alam, Selangor

Darul Ehsan.

Mulai 02hb Oktober 2003,

pengurusan pentadbiran

Mahkamah Syariah Negeri

Selangor telah ditukar

namanya dan dikenali sebagai

Jabatan Kehakiman Syariah

Selangor (JAKESS). Bermula

18 Julai 2011, JAKESS telah

berpindah dan memulakan

operasinya ke bangunan yang

baru di Bangunan Mahkamah

Syariah Sultan Idris Shah,

Persiaran Masjid, seksyen 5,

40000 Shah Alam,

Selangor.Jabatan Kehakiman

Syariah Selangor (JAKESS)

terdiri daripada Mahkamah

Rayuan Syariah, Mahkamah

Tinggi Syariah dan 12

Mahkamah Rendah Syariah.

VISI

JAKESS sebagai Institusi Kehakiman Syariah yang

terunggul di Malaysia berteraskan keadilan Islam.

MISI

Melaksanakan pengadilan dan pengurusan Mahkamah

Syariah secara berkesan dan sistematik berasaskan

peruntukan Undang-undang Islam.

JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH SELANGOR

Tujuan

Pelan tindakan ini adalah direkabentuk sebagai landasan bagi pembudayaan inovasi di

Jabatan Kehakiman Syariah Selangor ke arah mencapai konstituen yang lebih besar

dalam konteks organisasi yang inovatif. Justeru, pelan ini adalah bertujuan untuk

mencapai objektif-objektif berikut:

1. Membangunkan kesedaran inovasi (KI) di kalangan warga JAKESS.

2. Membina kapasiti berinovasi.

3. Mendaya ungkit (leverage) kelebihan melalui kerjasama strategik.

4. Memperkukuh kepemimpinan di setiap peringkat ke arah keberanian

(courage) berinovasi.

Definisi Inovasi

Inovasi adalah suatu idea, praktik atau objek yang boleh diterima sebagai suatu perkara

yang baru oleh seseorang atau sekumpulan orang untuk diadaptasi. Inovasi yang

dihasilkan hendaklah berupaya menambah nilai (value add) output semasa serta

membawa transformasi dan perubahan kepada amalan sedia ada. Inovasi boleh terdiri

daripada sistem dan prosedur, kaedah dan cara bekerja mahupun pengenalan

teknologi.

Kategori/ Skop

Dalam memanfaatkan inovasi bagi tujuan penyampaian perkhidmatan yang berkualiti

tinggi, maka penjanaan, pemilihan dan penyebaran idea-idea secara eksplisit di setiap

tahap dalam organisasi harus merangkumi keseluruhan pembudayaan inovasi di

JAKESS.

PELAKSANAAN PELAN TINDAKAN INOVASI

Pelan Tindakan Inovasi JAKESS 5│16

Struktur & Carta Pengurusan Inovasi

Governan pelaksanaan dasar inovasi di JAKESS diselia oleh satu Jawatankuasa

Pemandu Inovasi dan dibantu oleh ketua-ketua seksyen dan lokasi.

JAWATANKUASA PEMANDU INOVASI

PENGERUSI

(Ketua Hakim Syarie)

AHLI (Semua Ketua Seksyen &

Lokasi)

SETIAUSAHA (Seksyen Latihan & Inovasi

JAKESS)

Pelan Tindakan Inovasi JAKESS 6│16

Kerangka dan Teras Strategik Pelan Tindakan Inovasi JAKESS

Kerangka Pelan Tindakan Inovasi JAKESS

TERAS 1:

Membangunkan kesedaran inovasi (KI) di

kalangan warga JAKESS.

TERAS 2:

Membina kapasiti berinovasi.

JAKESS YANG

INOVATIF

TERAS 3:

Mendaya ungkit (leverage) kelebihan

melalui kerjasama strategik.

TERAS 4:

Memperkukuh kepemimpinan di setiap

peringkat ke arah keberanian (courage)

berinovasi.

Pelan Tindakan Inovasi JAKESS 7│16

Bagi merusuk inovasi ke dalam JAKESS, adalah menjadi satu keperluan untuk

membangun, berkongsi dan mentekal pemahaman mengenai inovasi dan mencipta

kesedaran melalui praktis dan lorongan perspektif yang tepat. Tanpa perkongsian

pemahaman dan nukilan kata mengenai justifikasi perlunya keterlibatan dalam inovasi,

persekitaran yang receptif terhadap perubahan ke arah inovasi agak sukar dijayakan.

Komponen KI dalam pelan tindakan menyediakan pemahaman mengenai peri

pentingnya inovasi menjadi amalan di JAKESS.

Bagi memenuhi teras strategik KI ini, maka 2 langkah strategik telah dikenalpasti seperti

berikut:

Langkah Strategik 1 :Memastikan minda inovasi sumber manusia kelas pertama

Langkah Strategik 2 :Mencetuskan idea-idea untuk berinovasi

TERAS 1

Membangunkan Kesedaran Inovasi (KI) di Kalangan Warga JAKESS

Pelan Tindakan Inovasi JAKESS 8│16

Langkah-langkah strategik ini dicapai melalui beberapa inisiatif strategik seperti berikut:

Langkah Strategik 1 :

Memastikan minda inovasi sumber manusia kelas pertama

INISIATIF

STRATEGIK

INDIKATOR TEMPOH PEMILIK OUTCOME

Program KI4U :

Kesedaran

Hari Inovasi

Jumlah program

diadakan

(Sekali Setahun)

2015 - 2020

Seksyen

Inovasi

80%

Kesedaran

warga

JAKESS

Langkah Strategik 2 :

Mencetuskan idea-idea untuk berinovasi

INISIATIF

STRATEGIK

INDIKATOR TEMPOH PEMILIK OUTCOME

Pertandingan

Hasil Inovasi

Jumlah inovasi

yang dihasilkan

5 Tahun

2015 - 2020

Seksyen

Latihan &

Inovasi

3 inovasi

berimpak

tinggi

Penubuhan

Kumpulan KIK

Jumlah kumpulan

KIK

5 Tahun

2015 - 2020

Seksyen

Latihan &

Inovasi

13 kumpulan

KIK

Pelan Tindakan Inovasi JAKESS 9│16

Membina kapasiti berinovasi akan meningkatkan keupayaan JAKESS menjana serta

melaksanakan penyelesaian baharu terhadap masalah yang kompleks. KB

menekankan peningkatan dalam skil dan pengetahuan mengenai inovasi. Oleh kerana

skil baharu diperlukan, dan pemantauan keupayaan inovasi dilaksanakan, teras ini akan

menyokong pembangunan skil berinovasi melalui langkah-langkah strategik seperti

berikut:

Langkah Strategik 1 : Memperkasa keupayaan berfikir secara inovasi

Langkah Strategik 2 : Mewujudkan persekitaran yang mendokong inovasi

TERAS 2

Membina Kapasiti Berinovasi (KB)

Pelan Tindakan Inovasi JAKESS 10│16

Langkah-langkah strategik ini dicapai melalui beberapa inisiatif strategik seperti berikut:

Langkah Strategik 1 :

Memperkasa keupayaan berfikir secara inovasi

INISIATIF

STRATEGIK

INDIKATOR TEMPOH PEMILIK OUTCOME

Program

Inotelektual

(menggabungkan

inovasi dan

intelektual)

Jumlah warga

JAKESS yang

dapat berfikir

secara inovatif

5 Tahun

2015 – 2020

Jawatankuasa

Pemandu

30%

daripada

jumlah

warga

JAKESS

Langkah Strategik 2 :

Mewujudkan persekitaran yang mendokong inovasi

INISIATIF

STRATEGIK

INDIKATOR TEMPOH PEMILIK OUTCOME

Interactive

Innovation

Platform

Jumlah sesi

interaktif

dilaksanakan

5 Tahun

2015 – 2020

Jawatankuasa

Pemandu

15 idea

Pelan Tindakan Inovasi JAKESS 11│16

Secara umumnya, kebanyakan organisasi mengguna penuh keupayaan dalaman bagi

menukar input kepada output yang inovatif. Bagi memperkukuh usaha ini, JAKESS

melipat ganda kapasiti berinovasi dalam konteks yang lebih luas merentasi sempadan

yang sedia ada melalui kerjasama strategik bagi mendaya ungkit usaha yang sedia ada

dengan langkah strategik di bawah :

Langkah Strategik 1 : Memperkukuh kolaborasi strategik inter agensi/ seksyen/

unit bagi merealisasi inovasi

Langkah strategik ini dicapai melalui inisiatif strategik seperti berikut:

Langkah Strategik :

Memperkukuh kolaborasi strategik inter agensi/ seksyen/ unit bagi merealisasi inovasi

INISIATIF

STRATEGIK

INDIKATOR TEMPOH PEMILIK OUTCOME

Sinergivasi-

JAKESS

Jumlah program

kolaborasi yang

disinergikan

5 tahun

2015 – 2020

Pengurusan

Tertinggi

5 program

sinergi

berimpak

tinggi

TERAS 3

Mendaya Ungkit (Leverage) Kelebihan melalui

Kerjasama Strategik

Pelan Tindakan Inovasi JAKESS 12│16

Dalam menangani perubahan transformatif, JAKESS perlu menunjukkan keberanian

untuk berinovasi, walau ranjau berliku dan tekanan kerja seharian. Komponen

keberanian berinovasi dapat digalur etosnya melalui pengiktirafan dan penghargaan

terhadap pencapaian yang ditunjukkan oleh kepemimpinan di setiap hierarki dalam

organisasi.

Langkah Strategik 1 : Menstimulasi kepimpinan JAKESS ke arah paradigma

berinovasi

Langkah Strategik 2 : Mengapresiasi julang bitara

Langkah-langkah strategik ini dicapai melalui beberapa inisiatif strategik seperti berikut:

Langkah Strategik 1 :

Menstimulasi kepimpinan JAKESS ke arah paradigma berinovasi

INISIATIF

STRATEGIK

INDIKATOR TEMPOH PEMILIK OUTCOME

Program “KFA

(Key Focus

Activity)”

Jumlah program

yang dihasilkan

5 tahun

2015 – 2020

Pengurusan

Tertinggi

5 Jumlah

inovasi yang

dilaksanakan

TERAS 4

Memperkukuh Kepemimpinan di setiap Peringkat ke

Arah Keberanian (Courage) Berinovasi

Pelan Tindakan Inovasi JAKESS 13│16

Langkah Strategik 2 :

Mengapresiasi julang bitara

INISIATIF

STRATEGIK

INDIKATOR TEMPOH PEMILIK OUTCOME

Program

Anugerah

“Cendekia

Bitara”

Jumlah calon

pemimpin

anugerah

tahunan

5 tahun

2015 – 2020

PSM dan

Pengurusan

Tertinggi

1 inovasi

bertaraf

antarabangsa

Program

Anugerah

Inovasi

Jumlah calon

pemimpin

anugerah

tahunan

5 tahun

2015 – 2020

PSM dan

Pengurusan

Tertinggi

10 inovasi

Pencalonan &

Penyertaan

Inovasi di

Peringkat Negeri

Jumlah

pencalonan hasil

inovasi

4 tahun

2016 – 2020

PSM dan

Pengurusan

Tertinggi

Mendapat

tempat 1-5 di

peringkat

negeri

Pencalonan &

Penyertaan

Inovasi di

Peringkat

Kebangsaan

Jumlah

pencalonan hasil

inovasi

Setahun

2017

PSM dan

Pengurusan

Tertinggi

Mendapat

tempat 1-5 di

peringkat

kebangsaan

Pelan Tindakan Inovasi JAKESS 14│16

Penutup

Pelan Tindakan Inovasi JAKESS yang julung-julung kalinya dizahirkan di Jabatan ini

akan menjadi paksi utama dalam menggerakkan proses pembudayaan kreativiti dan

inovasi.

Dengan wujudnya pelan ini, adalah menjadi harapan menggunung agar segala usaha

mewujudkan pelbagai inovasi kepada kepada setiap warga JAKESS dapat dijayakan ke

arah melahirkan sistem penyampaian yang cekap, telus dan inovatif.

Senja nan merah disinar mentari,

Menghilang rawan bercambah seri,

Syariah asas keadilan pemacu inspirasi,

Anjakan paradigma diterokai.

Indah purnama bintang menari,

Biar resah membawa sepi,

Menambah mutu meningkat produktiviti,

Menggerak warga kerja berinovasi.

Cantik rerama dipuja ratu,

Bagai gemala istana syurgawi,

Ayuh kita berganding bahu,

Semarakkan bersama budaya inovasi.

Pelan Tindakan Inovasi JAKESS 15│16

JAWATANKUASA PENYEDIAAN

PELAN TINDAKAN INOVASI JAKESS

(2015 – 2020)

PENAUNG

YAA Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji MokhtarAMN., BSK., PPC.

PENASIHAT

Puan Noor Huda binti Roslan

KETUA

Tuan Azharizal bin Arsad

ANGGOTA

Tuan Mohd Nahar bin Mohamad

Tuan Kamarulzaman bin Ali

Tuan Shaiful Azli bin Jamaludin

Tuan Akmalluddin bin Ilyas

Puan Noor Lidyawati binti Salehhudin

Puan Norliana binti Zaimon

FASILITATOR

Tuan Saiful Yazan bin Alwi (INTAN)

Sekalung terima kasih atas kerjasama dan bimbingan.

Pelan Tindakan Inovasi JAKESS 16│16

Jawatankuasa Penyediaan Pelan Tindakan Inovasi JAKESS

(2015 – 2020)

YAA Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar Puan Noor Huda binti Roslan

AMN., BSK., PPC. Ketua Pendaftar

Ketua Hakim Syarie JAKESS

Tuan Azharizal bin Arsad Tuan Mohd Nahar bin Mohamad

Hakim Hakim

Mahkamah Rendah Syariah Kuala Langat Mahkamah Rendah Syariah Sabak Bernam

Tuan Kamarulzaman bin Ali Tuan Shaiful Azli bin Jamaludin

Hakim Hakim

Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur

Puan Noor Lidyawati binti Salehhudin Puan Norliana binti Zaimon

Ketua Seksyen Latihan & Inovasi Penolong Pendaftar

JAKESS Mahkamah Rendah Syariah Kuala Langat