ncmd lwn arc - jakess.gov.my 2019/ncmd v arc.pdf · dan, hendaklah wujud semasa kematian pewasiat,...

17
DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH 1 NCMD lwn ARC [Mahkamah Tinggi Syariah Selangor, Shah Alam. Kes Mal Bil : 10200-039-0233-2017 (YA Tuan Salehan Haji Yatim, HMTS) ] [5 Jamadilawal 1439H bersamaan 22 Januari 2018M] Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam Pengesahan Wasiat Seksyen 66 Enakmen Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003. Undang-Undang Wasiat Orang Islam Sama ada Rukun Wasiat dipenuhi - Seksyen 229 Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003 Wasiat kepada ahli waris dengan kadar yang melebihi satu pertiga Seksyen 26 (2) Enakmen Wasiat Orang Islam (Negeri Selangor) Tahun 1999. Fakta Kes [1] Permohonan kes ini telah dibuat oleh Pemohon NCMD iaitu isteri si mati untuk mengesahkan wasiat yang dibuat oleh si mati yang bernama ZC. Responden Pertama merupakan abang kandung kepada si mati dan abang ipar kepada Pemohon. [2] Si mati telah meninggal dunia pada 11 Febuari 2017. Sebelum meninggal dunia, si mati telah berwasiat secara bertulis pada tarikh 5 Ogos 2011. Si mati telah mewasiatkan harta tak alih dan harta alih kepada Pemohon dan anak angkatnyn iaitu MDHA. Wasiat bertulis ini telah disaksikan dua (2) orang saksi daripada Amanah Raya iaitu MSAW dan AAA.

Upload: dinhtu

Post on 05-Jun-2019

266 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: NCMD lwn ARC - jakess.gov.my 2019/NCMD v ARC.pdf · dan, hendaklah wujud semasa kematian pewasiat, jika tidak ditentukan. (2) Sesuatu yang diwasiatkan hendaklah benda yang harus dan

DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH

1

NCMD lwn ARC

[Mahkamah Tinggi Syariah Selangor, Shah Alam. Kes Mal Bil : 10200-039-0233-2017

(YA Tuan Salehan Haji Yatim, HMTS) ]

[5 Jamadilawal 1439H bersamaan 22 Januari 2018M]

Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam – Pengesahan Wasiat – Seksyen 66 –

Enakmen Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003.

Undang-Undang Wasiat Orang Islam – Sama ada Rukun Wasiat dipenuhi - Seksyen 229

– Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003 – Wasiat kepada

ahli waris dengan kadar yang melebihi satu pertiga – Seksyen 26 (2) – Enakmen Wasiat

Orang Islam (Negeri Selangor) Tahun 1999.

Fakta Kes

[1] Permohonan kes ini telah dibuat oleh Pemohon NCMD iaitu isteri si mati untuk

mengesahkan wasiat yang dibuat oleh si mati yang bernama ZC. Responden

Pertama merupakan abang kandung kepada si mati dan abang ipar kepada

Pemohon.

[2] Si mati telah meninggal dunia pada 11 Febuari 2017. Sebelum meninggal dunia, si

mati telah berwasiat secara bertulis pada tarikh 5 Ogos 2011. Si mati telah

mewasiatkan harta tak alih dan harta alih kepada Pemohon dan anak angkatnyn

iaitu MDHA. Wasiat bertulis ini telah disaksikan dua (2) orang saksi daripada

Amanah Raya iaitu MSAW dan AAA.

Page 2: NCMD lwn ARC - jakess.gov.my 2019/NCMD v ARC.pdf · dan, hendaklah wujud semasa kematian pewasiat, jika tidak ditentukan. (2) Sesuatu yang diwasiatkan hendaklah benda yang harus dan

DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH

2

Peguam Syarie

Pemohon : diwakili oleh Pn Nurilyana Binti Dzulkifli dari Tetuan

Norilyana & Associates.

Responden : tidak diwakili oleh mana-mana peguam Syarie

Surah al-Quran Yang Dirujuk

1. Surah al-Baqarah ayat 180.

Kitab - Kitab Yang Dirujuk

1. Abi Bakr Uthman bin Muhamad Syatta al-Dimyati al-Bakri, 1995, I’aanat Al-

Talibin, Juzu’ III, Beirut, Lubnan: Dar Kutub al-‘Ilmiyah.

2. Dr. Mustofa Al-Khin, Dr. Mustafa Al-Bugho & Ali As-Syarbaji, 1996, Al-Fiqh al-

Manhaji Ala Mazhab al-Imam as-Syafie, Cet. Keempat, Juz. 5, Beirut : Dar al-

Qalam.

3. Ridzuan Hashim, Juanda jaya, Azizi Ismail Mohd Asri Hashim dan Salehan Ayub,

Fiqh Mazhab Syafie, Jilid 5, Kuala Lumpur : Pustaka Salam.

4. Sheikh Muhammad Hamsuddin Bin Muhammad Bin Muhammad Syarbini al-Khatib,

Al-Iqna’ Fi Hal Al-Alfaz Abi Suja’, Jilid 2, Beirut : Darul Kutub Al-Ilmiyyah..

Undang-Undang Yang Dirujuk

1. Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 – s. 61(3)(b)(v).

2. Enakmen Wasiat Orang Islam (Negeri Selangor) 1999 – s. 1(2), s. 3, s. 6, s. 7, s. 9, s.

26.

Page 3: NCMD lwn ARC - jakess.gov.my 2019/NCMD v ARC.pdf · dan, hendaklah wujud semasa kematian pewasiat, jika tidak ditentukan. (2) Sesuatu yang diwasiatkan hendaklah benda yang harus dan

DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH

3

Kes-Kes Yang Dirujuk

1. Amanullah bin Haji Ali lawan Hajjah Jamlilah (1975) 1 MLJ 70.

2. In Re The Will of M. Mohamed Haniffa deceased Abdul Jabbar lwn. M. Mohamed

Abu Backer (1940) 9 MLJ 286.

3. Sheikh Abdul Latif dan lain-lain lwn. Sheikh Elias Bux [1915] 1 (FMSLR 204).

4. Siti Binti Yatim lwn. Mohamed Nor Bin Bujal (1983) 3 JH 217.

Penghakiman Y.A Tuan Salehan Bin Haji Yatim, HMTS.

Isu Pertama : Bidang kuasa Mahkamah.

[3] Mahkamah berpuashati bahawa Mahkamah ini berbidangkuasa untuk mendengar

dan memutuskan tuntutan ini berdasarkan bidangkuasa Mahkamah ini untuk

mendengar dan memutuskan semua tindakan dan prosiding berhubung wasiat

atau alang semasa marad-al-maut berdasarkan kepada seksyen 61 (3) (b) (v)

Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 [EPAINS 2003] yang

memperuntukkan seperti berikut :

“Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah-

(b) Dalam bidangkuasa malnya, mendengar dan memutuskan semua

tindakan dan prosiding jika semua pihak dalam tindakan dan prosiding itu

adalah orang Islam dan tindakan atau prosiding itu adalah berhubung

dengan-

(v) wasiat atau alang semasa marad-al-maut;

[4] Selain itu, peruntukan subseksyen 1 (2) Enakmen Wasiat Orang Islam (Negeri

Selangor) 1999 yang memperuntukkan:-

“(2) Enakmen ini hendaklah terpakai bagi-

a) Negeri Selangor; dan

Page 4: NCMD lwn ARC - jakess.gov.my 2019/NCMD v ARC.pdf · dan, hendaklah wujud semasa kematian pewasiat, jika tidak ditentukan. (2) Sesuatu yang diwasiatkan hendaklah benda yang harus dan

DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH

4

b) orang yang menganut agama Islam sahaja.”

[5] Mahkamah berpuashati bahawa Pemohon adalah seorang Islam yang tinggal di

Negeri Selangor berdasarkan kepada Afidavit Sokongan Pemohon dan Ekshibit

bertanda N-1.

[6] Oleh itu, berdasarkan peruntukan undang-undang dan autoriti yang telah

dikemukakan, maka Mahkamah berpuashati dan bersetuju bahawa Mahkamah ini

sememangnya berbidang kuasa untuk mendengar dan memutuskan permohonan

ini.

Wasiat

[7] Islam telah memberikan pengiktirafan kepada wasiat melalui firman Allah s.w.t di

dalam Surah al-Baqarah, ayat 180 yang bermaksud :

“Kamu diwajibkan, apabila seseorang dari kamu hampir mati, jika ia

ada meninggalkan harta, (hendaklah ia) membuat wasiat untuk ibu

bapa dan kaum kerabat Dengan cara Yang baik (menurut peraturan

ugama), sebagai suatu kewajipan atas orang-orang Yang bertaqwa”.

[8] Mengenai definisi wasiat, Mahkamah merujuk kepada kitab I'aanat al-Talibin,

juzuk 3, muka surat 343 ada menyatakan seperti berikut :

الوصية : تربع حبق مضاف ملا بعد املوت

Bermaksud :

"Wasiat : Pemberian sukarela oleh seseorang kepada seseorang yang

lain terhadap haknya dan dilaksanakan setelah kematian orang yang

berwasiat itu."

[9] Di dalam Kitab I'anah al-Talibin, juzuk 3, muka surat 344 juga ada

menyatakan juga tentang wasiat iaitu maksudnya;

Page 5: NCMD lwn ARC - jakess.gov.my 2019/NCMD v ARC.pdf · dan, hendaklah wujud semasa kematian pewasiat, jika tidak ditentukan. (2) Sesuatu yang diwasiatkan hendaklah benda yang harus dan

DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH

5

"Makruh wasiat melebihi 1/3 jika tidak berniat menahan waris-waris

mendapat pusaka. Jika ada niat mengelak waris daripada mendapat pusaka

maka haram wasiat itu."

[10] Di dalam menentukan sama ada sesuatu wasiat itu wujud ataupun sebaliknya,

Mahkamah perlu memastikan terlebih dahulu kesemua Rukun Wasiat yang empat

(4) iaitu Pewasiat, Penerima Wasiat, Harta yang diwasiat dan Lafaz Wasiat

hendaklah dipenuhi.

Rukun Pertama - Pewasiat

[11] Di dalam kitab al-Fiqh al-Manhaji Ala Mazhab al-Imam as-Syafie karangan Dr.

Mustofa Al-Khin, Dr. Mustafa Al-Bugho dan Ali As-Syarbaji di halaman 222

menyatakan berkaitan syarat-syarat pewasiat sebagaimana berikut di bawah :

“Wasiat adalah sah bagi orang yang memenuhi syarat berikut-

i. Akal. Ia adalah syarat yang mesti ada khususnya dalam soal

member hadiah atau sedekah. Wasiat tidak sah jika dilakukan oleh

orang gila atau terencat akal, orang yang pengsan dan orang yang

mebuk. Kesemua mereka dianggap orang yang kehilangan akal

yang merupakan asas kepada taklif. Dengan ini, orang-orang ini

tidak layak member sedekah.

ii. Baligh. Syarat ini juga adalah asas kepada taklif. Dengan ini,

adaalah tidak sah wasiat daripada seorang kanak-kanak walaupun

telah mumaiyiz kerana ia tidak layak untuk bersedekah.

iii. Pilihan. Wasiat tidak sah jika dilakukan oleh orang yang dipaksa.

Ini kerana wasiat bermakna menyerahkan hak milik maka ia perlu

melalui keredhaan dan pilihan pemiliknya.

Page 6: NCMD lwn ARC - jakess.gov.my 2019/NCMD v ARC.pdf · dan, hendaklah wujud semasa kematian pewasiat, jika tidak ditentukan. (2) Sesuatu yang diwasiatkan hendaklah benda yang harus dan

DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH

6

iv. Merdeka. Tidak sah wasiat daripada seorang hamba kerana

hamba bukan pemilik.”

[12] Mahkamah merujuk kepada Seksyen 6 Enakmen Wasiat Orang Islam (Negeri

Selangor) Tahun 1999 ada memperuntukkan bahawa :

“6. (1) Seseorang pewasiat hendaklah seseorang yang-

(a) telah mencapai umur 18 tahun;

(b) tidak merupakan orang yang tak sempurna akal;

(c) bertindak dengan sukarela dan tidak dipaksa; dan

(d) tidak dilarang daripada menguruskan hartanya.

(2) Seseorang yang tidak layak menjadi pewasiat menurut Hukum Syarak,

wasiatnya adalah tidak sah kecuali dengan izin dan kebenaran Mahkamah.

(3) Jika seseorang pewasiat dalam keadaan sakit, dia hendaklah

waras fikirannya, balk ingatan dan memahami semasa wasiat dibuat.

(4) Jika seseorang pewasiat dalam keadaan marad al-maut,

wasiatnya hendaklah tidak melebihi dari satu pertiga dari hartanya

dan jika harta yang diwasiatkan itu melebihi satu pertiga, wasiatnya

hanya boleh diterima dengan persetujuan semua waris.

[13] Berdasarkan fakta kes, adalah jelas Pemohon mendakwa si mati tersebut telah

membuat suatu wasiat bertulis semasa hayatnya pada 5 Ogos 2011 sepertimana

dokumen wasiat yang disediakan oleh Amanah Raya Berhad di dalam ekshibit

bertanda ”N-4”.

[14] Oleh yang demikian, berdasarkan keterangan dan juga dokumen sokongan yang

telah dikemukakan oleh pihak Pemohon tersebut, maka Mahkamah berpuashati

Page 7: NCMD lwn ARC - jakess.gov.my 2019/NCMD v ARC.pdf · dan, hendaklah wujud semasa kematian pewasiat, jika tidak ditentukan. (2) Sesuatu yang diwasiatkan hendaklah benda yang harus dan

DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH

7

bahawa pewasiat iaitu si mati di dalam kes ini yang bernama ZC adalah

memenuhi syarat-syarat pewasiat sepertimana yang telah diperuntukkan di dalam

undang-undang dan juga Hukum Syarak.

Rukun Kedua - Penerima Wasiat

[15] Bagi rukun kedua iaitu penerima wasiat pula hendaklah tertakluk kepada dua (2)

golongan iaitu golongan yang dikhususkan atau tidak dikhususkan dan syarat-

syarat tertentu bagi setiap satunya. Di dalam kitab al-Fiqh al-Manhaji Ala

Mazhab Imam as-Syafie karangan Dr. Mustofa Al-Khin, Dr. Mustafa Al-Bugho

dan Ali As-Syarbaji, Juz 5, di halaman 49-50 juga ada menyatakan bahawa :

Bermaksud :

"Penerima wasiat yang dikhususkan perlu memenuhi syarat berikut

iaitu-

i. Mestilah dikalangan orang yang layak memiliki harta ketika

kematian pewasiat.

ii. Bukan maksiat.

iii. Mestilah dikhususkan.

iv. Hendaklah penerima wasiat wujud ketika wasiat dibuat.”

Page 8: NCMD lwn ARC - jakess.gov.my 2019/NCMD v ARC.pdf · dan, hendaklah wujud semasa kematian pewasiat, jika tidak ditentukan. (2) Sesuatu yang diwasiatkan hendaklah benda yang harus dan

DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH

8

Bermaksud :

“Syarat penerima Wasiat yang tidak dikhususkan hendalah terdiri

daripada golongan seperti berikut-

i. Fi Sabilillah.

ii. Para ulamak.

iii. Orang fakir.

iv. Ahli keluarga Rasulullah.”

v. Saudara mara.

vi. Haji dan umrah."

[16] Mahkamah merujuk kepada Seksyen 7 Enakmen Wasiat Orang Islam (Negeri

Selangor) 1999 ada memperuntukkan bahawa :

“Seseorang benefisiari wasiat itu hendaklah seseorang yang-

(a) diketahui;

(b) mempunyai kelayakan untuk memiliki harta yang diwasiatkan;

dan

(c) jika ditentukan, dia hendaklah wujud ketika wasiat dibuat dan

jika tidak ditentukan, benefisiari tidak disyaratkan wujud sama

ada ketika wasiat itu dibuat atau ketika pewasiat itu mati.”

[17] Di dalam kes ini, penerima wasiat yang mana merujuk kepada wasiat yang ditulis

oleh si mati adalah Pemohon iaitu isteri dan seorang anak angkat yang bernama

Page 9: NCMD lwn ARC - jakess.gov.my 2019/NCMD v ARC.pdf · dan, hendaklah wujud semasa kematian pewasiat, jika tidak ditentukan. (2) Sesuatu yang diwasiatkan hendaklah benda yang harus dan

DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH

9

MDHAR. Pada pandangan awal Mahkamah ini, penerima–penerima wasiat yang

di dakwa adalah sah tanpa mengambilkira penyempurnaan rukun-rukun yang lain.

Mahkamah merujuk kepada hadis Rasulullah s.a.w yang menyatakan seperti

berikut :

ال وصية لوارث إال أن يجيز الورثة

Bermaksud :

“Tiada wasiat (tidak sah) untuk ahli waris kecuali atas persetujuan

ahli warisnya yang lain”.

(Riwayat al-Daruquthni)

Rukun Ketiga - Harta Yang Diwasiatkan

[18] Bagi rukun ketiga iaitu harta yang diwasiatkan pula hendaklah tertakluk kepada

syarat –syarat berikut sepertimana yang dinyatakan di dalam kitab Al-Fiqh al-

Manhaji Ala Mazhab Imam as-Syafie, Juz 5, hlm. 51:

Bermaksud :

"Harta yang diwasiatkan juga tertakluk kepada beberapa syarat bagi

menjadikannya sah. Wasiat tidak sah jika tidak memenuhi syarat-

syarat berikut-

i. Hendaklah harta yang diwasiatkan tersebut halal

dimanfaatkan.

ii. Hendaklah harta tersebut boleh dipindah milik.

Page 10: NCMD lwn ARC - jakess.gov.my 2019/NCMD v ARC.pdf · dan, hendaklah wujud semasa kematian pewasiat, jika tidak ditentukan. (2) Sesuatu yang diwasiatkan hendaklah benda yang harus dan

DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH

10

[19] Mahkamah merujuk kepada Seksyen 9 Enakmen Wasiat Orang Islam (Negeri

Selangor) 1999 ada memperuntukkan bahawa :

“9 (1) Sesuatu yang diwasiatkan hendaklah-

(a) sesuatu yang boleh dijadikan pusaka atau boleh menjadi

perkara akad semasa hidup pewasiat;

(b) sesuatu yang bernilai;

(c) sesuatu yang boleh dipindahkan selepas kematian pewasiat;

dan

(d) sesuatu yang wujud dan dalam milik pewasiat, jika ditentukan

dan, hendaklah wujud semasa kematian pewasiat, jika tidak

ditentukan.

(2) Sesuatu yang diwasiatkan hendaklah benda yang harus dan bukan

sesuatu yang haram atau maksiat atau bidaah.”

Rukun Keempat - Sighah

[20] Rukun terakhir adalah lafaz atau sighah wasiat hendaklah memenuhi syarat-syarat

sebagaimana ditetapkan oleh hukum syarak sepertimana telah dijelaskan di dalam

buku Fiqh Mazhab Syafie, Penterjemah Ridzuan Hashim, Juanda jaya, Azizi

Ismail Mohd Asri Hashim dan Salehan Ayub, Jilid 5, Pustaka Salam, Batu Caves,

Kuala Lumpur, halaman 1052 yang menyatakan seperti berikut :

"Lafaz wasiat perlu memenuhi beberapa syarat yang disebutkan di

sini :

Page 11: NCMD lwn ARC - jakess.gov.my 2019/NCMD v ARC.pdf · dan, hendaklah wujud semasa kematian pewasiat, jika tidak ditentukan. (2) Sesuatu yang diwasiatkan hendaklah benda yang harus dan

DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH

11

Hendaklah wasiat tersebut dijelaskan di dalam bentuk jelas atau

kabur. Dalam pada itu, tulisan daripada orang yang bercakap

dianggap wasiat beserta niat sepertimana di dalam jualbeli.

Hendaklah wasiat ini diterima oleh penerima wasiat jika wasiat

itu ditujukan kepada orang yang tertentu. Jikalau wasiat ini

ditujukan kepada pihak yang umum seperti fakir miskin atau

ulamak, persetujuan mereka tidak diperlukan kerana ini

menyukarkan. Wasiat ini hendaklah dilaksanakan setelah

kematian pewasiat.

Hendaklah persetujuan tersebut diambilkira selepas kematian

pewasiat tanpa mengira samada penerima telah bersetujun atau telah

menolak wasiat ini sebelum kematian pewasiat. Ini adalah kerana

penerima tidak mempunyai hak sebelum kematian pewasiat. Masalah

ini sama juga sepertimana menggugurkan hak syuf’ah sebelum

jualbeli.”

[21] Mahkamah merujuk kepada Seksyen 3 Enakmen Wasiat Orang Islam (Negeri

Selangor) 1999 ada memperuntukkan seperti berikut :

“3. (1) Sesuatu wasiat boleh dibuat dengan lisan atau tulisan dan jika

orang yang hendak membuat wasiat itu tidak dapat melakukan

sedemikian, wasiatnya bolehlah dibuat dengan cara isyarat yang

boleh difahami.

(2) Sesuatu wasiat lisan atau wasiat dengan isyarat hendaklah dibuat

di hadapan sekurang-kurangnya dua orang saksi yang boleh diterima

sebagai saksi menurut Hukum Syarak.

(3) Sesuatu wasiat bertulis bolehlah dibuat dalam borang yang

terdapat dalam Jadual Kedua kepada Enakmen ini.”

Page 12: NCMD lwn ARC - jakess.gov.my 2019/NCMD v ARC.pdf · dan, hendaklah wujud semasa kematian pewasiat, jika tidak ditentukan. (2) Sesuatu yang diwasiatkan hendaklah benda yang harus dan

DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH

12

[22] Pemohon-Pemohon di dalam kes ini mendakwa bahawa lafaz wasiat secara lisan

bertulis tersebut telah disaksikan oleh MSAW dan AAA sepertimana merujuk

dokumen wasiat di dalam Ekshibit “N-4” Afidavit Sokongan Pemohon.

Had Wasiat

[23] Apa yang Mahkamah ingin ulas dan tekankan daripada kes ini adalah dari sudut

takat had membuat wasiat yang mana suatu wasiat itu hendaklah tidak lebih

daripada satu pertiga (1/3) berdasarkan kitab Al-Fiqh al-Manhaji Ala Mazhab

Imam as-Syafie, Juz 5, hlm. 54 :

Bermaksud :

"Berdasarkan pandangan Mazhab Syafie : Wasiat melebihi satu

pertiga (1/3) adalah makruh menurut syarak tetapi sah. Namun lebihan

daripada satu pertiga hanya boleh diberikan dengan persetujuan

waris-waris simati. Sekiranya mereka menolak, pertambahan ini

terbatal menurut ijmak ulamak. Ini kerana kadar tambahan ini adalah

hak pusaka mereka jika mereka bersetuju wasiat itu boleh dilaksanakan

bagi menunaikan kehendak pewasiat."

[24] Pandangan ulama berkaitan isu di atas ini ada dinyatakan di dalam kitab Al-Iqna’

Fi Hal Al-Alfaz Abi Suja’, Jilid 2, karangan Sheikh Muhammad Hamsuddin Bin

Muhammad Bin Muhammad Syarbini al-Khatib, Cetakan Darul Kutub Al-

Ilmiyyah, Beirut, Lubnan di halaman 382 yang menyatakan maksud seperti yang

berikut :

Page 13: NCMD lwn ARC - jakess.gov.my 2019/NCMD v ARC.pdf · dan, hendaklah wujud semasa kematian pewasiat, jika tidak ditentukan. (2) Sesuatu yang diwasiatkan hendaklah benda yang harus dan

DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH

13

"Oleh kerana itu, orang yang melakukan wasiat melebihi sepertiga

hukumnya makruh. Ini menurut pendapat yang sahih (Qaul

Mu’tamad) sebagaimana yang dikatakan oleh Imam Mutawali dan

lainnya. Akan tetapi pendapat Imam al-Mutawali ini berbeza dengan

pendapat al-Qadhi kerana menurut al-Qadhi orang yang melakukan

wasiat lebih daripada sepertiga haram hukumnya. Maka orang yang

melakukan wasiat melebihi sepertiga harus mendapat keizinan dari

semua ahli waris. Jika ada salah seorang ahli waris yang tidak

memberi izin maka wasiat tersebut batal hukumnya kerana pada

hakikatnya harta tersebut adalah hak ahli waris tersebut. "

(Penterjemah M. Najib, Muhammad Yasin Abdullah dan Huda, al-Iqna’,

2008, Cetakan Ben Halabi Press, Pattani, Thailand, halaman 346)

[25] Mahkamah merujuk kepada Seksyen 26 Enakmen Wasiat Orang Islam (Negeri

Selangor) 1999 ada memperuntukkan bahawa :

26. (1) Jika sesuatu wasiat dibuat kepada seseorang yang bukan waris

atas kadar yang tidak melebihi satu pertiga daripada harta pusaka

pewasiat selepas diselesaikan segala hutangnya, wasiat tersebut

hendaklah berkuat kuasa tanpa perlu mendapat apa-apa persetujuan

waris-warisnya.

(2) Sesuatu wasiat yang dibuat kepada seseorang waris atas kadar

yang melebihi satu pertiga, hendaklah tidak berkuat kuasa sehingga

diberi persetujuan oleh waris-warisnya selepas kematian pewasiat.

(3) Sesuatu wasiat yang dibuat oleh orang yang berhutang hanya

akan terlaksana setakat harta pusaka yang berbaki selepas dijelaskan

segala hutangnya.

Page 14: NCMD lwn ARC - jakess.gov.my 2019/NCMD v ARC.pdf · dan, hendaklah wujud semasa kematian pewasiat, jika tidak ditentukan. (2) Sesuatu yang diwasiatkan hendaklah benda yang harus dan

DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH

14

[26] Pertamanya Mahkamah akan mengulas berkaitan wasiat Si Mati kepada Pemohon

iaitu NCMD yang merupakan isteri kepada si Mati. Oleh kerana Pemohon

merupakan salah seorang waris si Mati maka Mahkamah perlu memastikan sama

ada wasiat yang dibuat melebihi satu pertiga atau tidak.

[27] Mahkamah merujuk kepada hujah tambahan Pemohon yang menyatakan bahawa

jumlah harta si Mati adalah sebanyak RM1,184,718.15 dan harta yang di wasiat

oleh si Mati kepada Pemohon pula berjumlah RM1, 151,700.00 yang mana telah

melebihi kadar satu pertiga. Oleh kerana wasiat yang dibuat melebihi satu pertiga

maka pengesahan wasiat ini perlulah mendapat persetujuan ahli waris lain. Hal ini

jelas dinyatakan dalam Seksyen 26 (2) Enakmen Wasiat Orang Islam (Negeri

Selangor) 1999 iaitu :

Seksyen 26. Wasiat kepada waris dan bukan waris.

(1) Jika sesuatu wasiat dibuat kepada seseorang yang bukan waris atas kadar yang

tidak melebihi satu pertiga daripada harta pusaka pewasiat selepas diselesaikan

segala hutangnya, wasiat tersebut hendaklah berkuat kuasa tanpa perlu mendapat

apa-apa persetujuan waris-warisnya.

(2) Sesuatu wasiat yang dibuat kepada seseorang waris atas kadar yang

melebihi satu pertiga, hendaklah tidak berkuat kuasa sehingga diberi

persetujuan oleh waris-warisnya selepas kematian pewasiat.

(3) Sesuatu wasiat yang dibuat oleh orang yang berhutang hanya akan terlaksana

setakat harta pusaka yang berbaki selepas dijelaskan segala hutangnya.

[28] Seterusnya Mahkamah merujuk kepada keterangan Responden pada 23 Oktober

2017 yang menyatakan tidak bersetuju dengan permohonan ini. Maka dalam hal ini

Mahkamah berpendapat wasiat si Mati kepada Pemohon adalah tidak sah berikutan

tidak mendpat persetujuan daripada waris lain si Mati.

Page 15: NCMD lwn ARC - jakess.gov.my 2019/NCMD v ARC.pdf · dan, hendaklah wujud semasa kematian pewasiat, jika tidak ditentukan. (2) Sesuatu yang diwasiatkan hendaklah benda yang harus dan

DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH

15

[29] Berkenaan persetujuan ahli waris terhadap wasiat yang melebihi satu pertiga,

Mahkamah merujuk kepada kes Sheikh Abdul Latif dan lain-lain lwn. Sheikh

Elias Bux [1915] 1 (FMSLR 204). Mahkamah Rayuan di Selangor telah

memutuskan bahawa sahnya wasiat dan pembahagian harta seorang Islam

hendaklah mengikut undang-undang Islam seperti yang ditadbir oleh Negeri-

Negeri Melayu Bersekutu dan di bawah undang-undang Islam seseorang Islam

tidak boleh mewasiatkan lebih dari 1/3 dari harta kepunyaannya pada masa ia

meninggal dunia dan baki hartanya hendaklah dibahagikan kepada ahli warisnya

mengikut bahagian yang ditetapkan oleh undang-undang Islam. Dalam kes ini

Sheikh Elias Bux telah membuat wasiat dalam tahun 1913 dan meninggal dunia

tahun 1914. Wasiatnya supaya hartanya dibahagikan sama rata antara anak

angkatnya, dua balunya dan anak perempuannya. Dia juga ada meninggalkan

waris lain iaitu seorang saudara perempuan dan dua orang saudara lelaki. Seorang

saudara lelakinya telah menuntut di mahkamah mengatakan wasiat tidak sah dan

ia telah diterima oleh Mahkamah dan diperintah supaya wasiat di bahagikan ikut

hukum faraid Islam. Rayuan di Mahkamah Rayuan juga telah ditolak.

[37] Mahkamah juga merujuk kepada kes Amanullah bin Haji Ali lawan Hajjah

Jamlilah (1975) 1 MLJ 70. Telah diputuskan di Mahkamah Tinggi bahawa

pewasiat yang cuba memberi lebih 1/3 dari hartanya kepada seorang anak

lelakinya adalah tidak sah dan diperintahkan diberikan kepada ahli waris yang lain

mengikut hukum syarak.

[30] Di dalam kes Siti Binti Yatim lwn. Mohamed Nor Bin Bujal (1983) 3 JH 217, si

mati telah mewasiatkan bahawa kesemua hartanya diberikan kepada anaknya

Mohamed Nor Bin Bujal. Tujuan si mati membuat wasiat sedemikian adalah

untuk menghalang isterinya daripada mendapat semua bahagian dalam hartanya

kerana beliau berpendapat isterinya telah pun diberi cukup harta semasa hidupnya.

Wasiat Bujal yang mengutamakan anaknya dengan mengenepikan hak isterinya

adalah tidak sah. Begitu juga dengan kes In Re The Will of M. Mohamed

Page 16: NCMD lwn ARC - jakess.gov.my 2019/NCMD v ARC.pdf · dan, hendaklah wujud semasa kematian pewasiat, jika tidak ditentukan. (2) Sesuatu yang diwasiatkan hendaklah benda yang harus dan

DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH

16

Haniffa deceased Abdul Jabbar lwn. M. Mohamed Abu Backer (1940) 9 MLJ

286 dan kes Katchi Fatimah lwn. Mohamed Ibrahim (1962) 28 MLJ 374,

Mahkamah turut memutuskan bahawa wasiat kepada ahli waris yang melebihi 1/3

tanpa persetujuan ahli waris yang lain adalah tidak sah.

[31] Mahkamah dengan ini merujuk kepada hadis berikut :

Bermaksud :

“Diriwayatkan dari Said Bin Abi Waqas r.a bahawa dia pernah

bertanya dalam sakitnya : "Ya Rasulullah saw, bahawa hartaku

banyak dan tidak ada yang diwarisi harta itu kecuali anakku yang

perempuan, bolehkah aku mewasiatkan hartaku semuanya ?".

Rasulullah saw menjawab : "Jangan. Dia bertanya lagi." Kalau dua

pertiga bagaimana?. Baginda menjawab. "Jangan. Aku bertanya lagi.

"Bagaimana kalau ½? Beliau menjawab, "Jangan”. Aku bertanya

lagi, "Sepertiga? Baginda menjawab, "ya boleh dan sepertiga itu

banyak. Sesungguhnya apabila engkau tinggalkan ahli waris engkau

itu kaya, lebih baik daripada engkau tinggalkan mereka dalam

kemiskinan meminta-minta kepada manusia.".

[32] Seterusnya Mahkamah akan mengulas berkaitan wasiat si mati kepada MDHAR

yang merupakan anak angkat si mati. Dalam kes ini si mati telah menwasiatkan

wang simpanan Agro Bank Berhad yang berjumlah RM4,317.58 kepada MDHAR.

Berdasarkan jumlah wang tersebut Mahkamah mendapati jumlah wang tersebut

tidak melebihi satu pertiga daripada jumlah keseluruhan harta si mati yang bernilai

Page 17: NCMD lwn ARC - jakess.gov.my 2019/NCMD v ARC.pdf · dan, hendaklah wujud semasa kematian pewasiat, jika tidak ditentukan. (2) Sesuatu yang diwasiatkan hendaklah benda yang harus dan

DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH

17

RM1,184,718.15. Maka dengan itu Mahkamah berpendapat wasiat ini adalah sah

disisi hukum syarak dan selari dengan peruntkan Seksyen 26 (1) Enakmen Wasiat

Orang Islam (Negeri Selangor) 1999 iaitu :

Seksyen 26. Wasiat kepada waris dan bukan waris.

(1) Jika sesuatu wasiat dibuat kepada seseorang yang bukan waris atas kadar

yang tidak melebihi satu pertiga daripada harta pusaka pewasiat selepas

diselesaikan segala hutangnya, wasiat tersebut hendaklah berkuat kuasa tanpa

perlu mendapat apa-apa persetujuan waris-warisnya.

Keputusan

Setelah mahkamah meneliti Permohonan dan Afidavit Sokongan, Afidavit Jawapan, dan

Afidavit Balasan serta setelah meneliti hujahan bertulis pihak-pihak maka Mahkamah

berpuashati dan memerintahkan seperti berikut:

1. Mahkamah mensabitkan bahawa wasiat si mati yang bernama ZC kepada MDHAR

yang bertarikh 5 Ogos 2011 yang tidak melebihi kadar satu pertiga adalah sah

mengikut Hukum Syarak.

2. Mahkamah mensabitkan bahawa wasiat si mati yang bernama ZC kepada NCMD

yang bertarikh 5 Ogos 2011 yang melebihi kadar satu pertiga adalah tidak sah

mengikut Hukum Syarak.

3. Mahkamah memerintahkan agar pembahagian harta pusaka si mati selain daripada

Akuan Simpanan Agro Bank Berhad, No Akaun : XXX adalah dibahagikan

mengikut kiraan Faraid kepada ahli waris yang berhak.