ps lwn ha & kan - jakess.gov.my v ha & kan.pdf · yang memenuhi kriteria bidangkuasa...

36
1 PS Lwn HA & KAN [Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Selangor, Kes Jenayah Bil : 10016-143-0104-2017 & 10016-143-0105-2017 (Tuan Abdul Halim Bin Abu Samah, HMRS Petaling)] Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) No.9 Tahun 1995 - Seksyen 29 (1) (a) dan (b)Pertuduhan atas kesalahan berkhalwat Sabitan Bersalah dibuat di atas pengakuan salah Tertuduh Pertimbangan dan kewajaran Mahkamah dalam menjatuhkan hukuman. Fakta Kes [1] Kes ini adalah kes jenayah syariah berkaitan dengan kesalahan berkhalwat di bawah Seksyen 29 (1) (a) dan (b) Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) No. 9 Tahun1995. Kedua-dua OKT dalam kes ini telah dituduh melakukan kesalahan berkhalwat pada 26 Disember 2016 lebih kurang jam 4.20 petang di dalam sebuah rumah XXX, 47301 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. [2] OKT (1) dalam kes ini ialah HA yang beralamat di XXX, 47301 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan dan berasal dari Kelantan. Manakala OKT (2) ialah KAN yang beralamat di XXX, 40150 Shah Alam, Selangor dan berasal dari Pahang. [3] Sebaik sahaja pertuduhan dibacakan ke atas kedua-dua OKT, kedua-dua OKT telah membuat pengakuan bersalah tanpa paksaan atau pujukan dari sesiapa, faham akibat pengakuan bersalah dan kekal dengan pengakuan bersalah walaupun telah faham akibat daripada pengakuan bersalahnya. [4] Setelah Mahkamah berpuashati dengan pengakuan bersalah kedua-dua OKT dan fakta-fakta kes yang dipersetujui oleh kedua-dua OKT, maka Mahkamah mensabitkan OKT (1) telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 29 (1) (a) Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) No. 9 Tahun 1995, manakala OKT (2) di bawah Seksyen 29 (1) (b) enakmen yang sama. Seterusnya Mahkamah telah

Upload: others

Post on 30-Aug-2019

98 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

1

PS Lwn HA & KAN

[Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Selangor, Kes Jenayah Bil : 10016-143-0104-2017

& 10016-143-0105-2017 (Tuan Abdul Halim Bin Abu Samah, HMRS Petaling)]

Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) No.9 Tahun 1995 - Seksyen 29 (1) (a) dan (b)–

Pertuduhan atas kesalahan berkhalwat – Sabitan Bersalah dibuat di atas pengakuan salah

Tertuduh – Pertimbangan dan kewajaran Mahkamah dalam menjatuhkan hukuman.

Fakta Kes

[1] Kes ini adalah kes jenayah syariah berkaitan dengan kesalahan berkhalwat di bawah

Seksyen 29 (1) (a) dan (b) Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) No. 9

Tahun1995. Kedua-dua OKT dalam kes ini telah dituduh melakukan kesalahan

berkhalwat pada 26 Disember 2016 lebih kurang jam 4.20 petang di dalam sebuah

rumah XXX, 47301 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.

[2] OKT (1) dalam kes ini ialah HA yang beralamat di XXX, 47301 Petaling Jaya,

Selangor Darul Ehsan dan berasal dari Kelantan. Manakala OKT (2) ialah KAN

yang beralamat di XXX, 40150 Shah Alam, Selangor dan berasal dari Pahang.

[3] Sebaik sahaja pertuduhan dibacakan ke atas kedua-dua OKT, kedua-dua OKT

telah membuat pengakuan bersalah tanpa paksaan atau pujukan dari sesiapa,

faham akibat pengakuan bersalah dan kekal dengan pengakuan bersalah walaupun

telah faham akibat daripada pengakuan bersalahnya.

[4] Setelah Mahkamah berpuashati dengan pengakuan bersalah kedua-dua OKT dan

fakta-fakta kes yang dipersetujui oleh kedua-dua OKT, maka Mahkamah

mensabitkan OKT (1) telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 29 (1) (a)

Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) No. 9 Tahun 1995, manakala OKT

(2) di bawah Seksyen 29 (1) (b) enakmen yang sama. Seterusnya Mahkamah telah

2

memberi peluang kepada kedua-dua OKT untuk membuat rayuan dan diikuti

dengan hujah balas oleh pihak Pendakwa Syarie.

Diputuskan

[5] Setelah mendengar dan meneliti pertuduhan, fakta kes yang dibentangkan, alasan

rayuan Tertuduh serta hujahan Pendakwa Syarie dan setelah Mahkamah

menimbangkan perkara tersebut, maka Mahkamah memerintahkan seperti

berikut:

1. Mahkamah memerintahkan OKT (1) dihukum dengan denda sebanyak

RM2,500.00 dan penjara empat belas (14) hari.

2. Mahkamah memerintahkan penjara selama satu (1) bulan jika gagal

membayar denda tersebut mulai hari ini.

3. Mahkamah memerintahkan OKT (2) dihukum dengan denda sebanyak

RM2,500.00 dan penjara empat belas (14) hari.

4. Mahkamah memerintahkan penjara selama satu (1) bulan jika gagal

membayar denda tersebut mulai hari ini.

Rujukan al-Quran

1. Surah An-Nisa’, ayat 135

2. Surah An-Nisa’, ayat 59

3. Surah Al-Isra’ , ayat 32

3

Kitab Yang Dirujuk

1. Abu Bakr Othman Muhammad Syatta al-Dimyaty, t.th., Kitab Hasyiah I’anat al-

Talbin, jilid 3, al-Maktabah al-Taufiqiyah, Mesir

2. Samsuddin Muhammad bin Muhammad al-Khatib al-Syarbiny, t.th., Kitab Mughny al-

Muhtaj, jilid 3, al-Maktabah al-Taufiqiyah, Mesir

3. Dr. Wahbah al-Zuhaily, 1984, Kitab al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh, jilid 6, Cetakan 1,

Dar al-Fikr, Damsyik

4. Kamus Besar Bahasa Melayu Susunan Haji Zainal Abidin Safarwan, terbitan Utusan

Publications Distributions Sdn. Bhd., terbitan Pertama 1995

5. Kamus Dewan Edisi Baru, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka tahun 1993

Undang-Undang Yang Dirujuk

1. Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) No. 9 Tahun 1995 – s.29(1)(b)

2. Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) No.5 Tahun 2003 – s.17

dan s.23

3. Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) (Pindaan) (No. 2) 2015 – s.62

(2) (a)

4. Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) No.3 Tahun 2003 – s.2, s.67,

s.96 dan s.129.

Kes Yang Dirujuk

1. Abdul Rahman bin Salleh dan seorang Lagi lwn Pendakwa Hal Ehwal Agama,

Terengganu (1995) 10 Bhg.1 JH 121

2. Ibrahim bin Rosman lwn Ketua Pendakwa Syarie Selangor (Kes Jenayah Bil. 10500-

166-0017-2003, Mahkamah Tinggi Rayuan Selangor -kes tidak dilaporkan)

3. Mevani lwn PP (1971) 1 MLJ 137

4. Mohd. Ibrahim bin Mohd. Shariff lwn Pendakwa Syarie Pulau Pinang (1999) 13 Bhg

2 JH 185

4

5. Muhamad Taufik Kamaluddin lwn. PP [2007] CLJ 195

6. Norazlisham bin Ramli lwn Ketua Pendakwa Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan

JH XV/II 165

7. Pendakwaraya lwn Chew Chee Wah [1995] 4 MLJ 26

8. Pendakwa Syarie lwn Jalil Bin Embong Dan Zaliha Binti Endut JH(1425) JLD. XVII

BHG I

9. PP lwn Leo Say & Ors (1985) 2 CLJ 155

10. PP lwn Alfred Vincent [2004] CLJ 515

Pendakwa Syarie : diwakili oleh Puan Khafizah Binti Ahmat Khairi, Bahagian

Pendakwaan, JAIS.

Orang Kena Tuduh : Kedua-dua Tertuduh hadir bersendirian tanpa diwakili peguam.

Penghakiman Tuan Abdul Halim Bin Abu Samah, HMRS Petaling.

Isu Pertama : Bidangkuasa Mahkamah

[6] Sebelum Mahkamah memberikan keputusan, Mahkamah perlu meneliti sama ada

Mahkamah ini mempunyai bidangkuasa mendengar kes ini dan seterusnya

menjatuhkan hukuman terhadap kedua-dua OKT di atas pengakuan salahnya. Oleh

itu, Mahkamah hendaklah terlebih dahulu meneliti kertas pertuduhan yang

dikemukakan oleh pihak pendakwa di dalam kes ini. Pertuduhan terhadap kedua-

dua OKT telah dibacakan pada 10 Ogos 2017 seperti berikut :

Pertuduhan terhadap OKT (1) adalah seperti berikut :

Tertuduh : HA

“Bahawa kamu, pada 26HB DISEMBER 2016 jam lebih kurang 04.20

PETANG di dalam SEBUAH RUMAH beralamat XXX, 47301

5

PETALING JAYA, SELANGOR DARUL EHSAN dalam Daerah

Petaling dalam Negeri Selangor Darul Ehsan didapati berada

bersama dengan seorang perempuan bernama KAN sedangkan dia

bukan isteri atau mahram kamu yang sah dalam keadaan yang boleh

menimbulkan syak sedang melakukan perbuatan yang tidak bermoral.

Maka dengan itu, kamu dituduh melakukan kesalahan berkhalwat di

bawah Seksyen 29 (1)(a) Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) Tahun

1995 dan apabila disabitkan kesalahan boleh dihukum denda tidak

melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan tidak melebihi 2 tahun

atau kedua-duanya di bawah Seksyen dan Enakmen yang sama”.

Pertuduhan terhadap OKT (2) adalah seperti berikut :

Tertuduh : KAN

“Bahawa kamu, pada 26HB DISEMBER 2016 jam lebih kurang 04.20

PETANG di dalam SEBUAH RUMAH beralamat XXX, 47301

PETALING JAYA, SELANGOR DARUL EHSAN dalam Daerah

Petaling dalam Negeri Selangor Darul Ehsan didapati berada bersama

dengan seorang lelaki bernama HAA sedangkan dia bukan suami atau

mahram kamu yang sah dalam keadaan yang boleh menimbulkan syak

sedang melakukan perbuatan yang tidak bermoral. Maka dengan itu,

kamu dituduh melakukan kesalahan berkhalwat di bawah Seksyen 29

(1)(b) Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) Tahun 1995 dan apabila

disabitkan kesalahan boleh dihukum denda tidak melebihi tiga ribu

ringgit atau dipenjarakan tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya di

bawah Seksyen dan Enakmen yang sama”.

Setelah disoal oleh Mahkamah, kedua-dua OKT mengakui faham dengan

pertuduhan tersebut tanpa sebarang bantahan dari mana-mana pihak.

6

[7] Justeru itu, bagi menentukan bidangkuasa Mahkamah, antara autoriti yang dirujuk

adalah seperti berikut :

i. Seksyen 62 (2) (a) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor)

(Pindaan) (No. 2) 2015 menyatakan bahawa:-

Mahkamah Rendah Syariah hendaklah

(a) dalam bidangkuasa Jenayah, membicarakan apa-apa kesalahan yang

dilakukan oleh seseorang orang Islam di bawah Enakmen Jenayah Syariah

(Selangor) 1995 atau mana-mana undang-undang bertulis lain yang

menetapkan kesalahan-kesalahan terhadap rukun-rukun agama Islam yang

baginya hukuman maksimum yang diperuntukkan oleh Enakmen atau

mana-mana undang-undang bertulis itu tidak melebihi RM 3,000.00, atau

pemenjaraan selama tempoh dua tahun atau kedua-duanya, dan boleh

mengenakan mana-mana hukuman yang diperuntukkan itu; dan

ii. Seksyen 2 (1) Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) No. 3

Tahun 2003 menyatakan :

(1) Dalam Enakmen ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna

yang lain -

“kesalahan” ertinya apa-apa perbuatan atau peninggalan yang dijadikan

boleh dihukum oleh mana-mana undang-undang bertulis yang menetapkan

kesalahan-kesalahan terhadap rukun-rukun agama Islam dan yang atasnya

Mahkamah mempunyai bidang kuasa;

“kesalahan boleh tangkap” ertinya sesuatu kesalahan yang boleh dihukum

dengan pemenjaraan selama tempoh satu tahun atau lebih yang baginya

7

pada lazimnya Pegawai Penguatkuasa Agama atau pegawai polis boleh

menangkap tanpa waran

iii. Manakala Seksyen 67 Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor)

No. 3 Tahun 2003 pula menyatakan :

Tiap-tiap kesalahan hendaklah pada lazimnya dibicarakan oleh Mahkamah

yang di dalam had bidang kuasa tempatannya kesalahan itu telah

dilakukan.

iv. Seterusnya Seksyen 29 (1) (a) dan (b) Enakmen Jenayah Syariah (Selangor)

No.9 Tahun 1995 menyatakan :

(1) Mana-mana :-

(a) orang lelaki yang didapati berada bersama dengan seorang atau

lebih daripada seorang perempuan yang bukan isteri atau

mahramnya;

(b) orang perempuan yang didapati berada bersama dengan seorang

atau lebih daripada seorang lelaki yang bukan suami atau

mahramnya,

di mana-mana tempat yang terselindung atau di dalam rumah atau bilik dalam

keadaan yang boleh menimbulkan syak bahawa mereka sedang melakukan

perbuatan yang tidak bermoral adalah melakukan suatu kesalahan dan

apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau

dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

[8] Dalam kes ini, kedua-dua OKT telah dikenakan pertuduhan atas kesalahan

berkhalwat di bawah Seksyen 29 (1) (a) dan (b) Enakmen Jenayah Syariah

(Selangor) No.9 Tahun 1995. Berdasarkan pertuduhan dan fakta-fakta kes yang

telah diakui dan dipersetujui oleh kedua-dua OKT, Mahkamah dapat memahami

8

bahawa kedua-dua OKT telah ditahan bersama di dalam sebuah rumah yang mana

kedua-duanya bukan suami/isteri atau mahramnya di tempat kejadian pada tarikh

dan waktu yang dinyatakan. Di samping itu kedua-dua OKT juga faham dengan

pertuduhan dan akibat pengakuan salahnya dalam kes ini.

[9] Sedangkan kesalahan khalwat tersebut merupakan suatu "kesalahan" yang terdiri

dari "kesalahan boleh tangkap", jika disabitkan oleh Mahkamah, kedua-dua OKT

boleh dijatuhkan dengan hukuman denda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau

dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali

yang memenuhi kriteria bidangkuasa Mahkamah Rendah Syariah Selangor

sebagaimana yang dikehendaki oleh Seksyen 62 (2) (a) Enakmen Pentadbiran

Agama Islam (Negeri Selangor) (Pindaan) (No. 2) 2015 di atas.

[10] Seterusnya, tempat kejadian yang didakwa dalam pertuduhan berlaku di dalam

sebuah rumah beralamat di XXX, 47301 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan,

yang mana tempat tersebut berada di dalam bidangkuasa Mahkamah ini dan

menepati kehendak Seksyen 67 Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri

Selangor) No. 3 Tahun 2003 di atas.

[11] Maka, berdasarkan keadaan-keadaan yang dinyatakan di atas, Mahkamah

berpuashati bahawa Mahkamah ini mempunyai bidangkuasa untuk mendengar

dan seterusnya menjatuhkan hukuman kepada kedua-dua OKT kerana jelas

tempat/lokasi kejadian dan jenis kesalahan yang dipertuduhkan kepada kedua-

dua OKT adalah di dalam bidangkuasa Mahkamah ini sewaktu kesalahan

dilakukan oleh kedua-dua OKT.

Isu Kedua : Kaedah Sabitan Kesalahan Tertuduh Oleh Mahkamah

[12] Mahkamah telah mensabitkan kedua-dua OKT melakukan kesalahan di bawah

Seksyen 29 (1) (a) dan (b) Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) No.9 Tahun

1995 seperti yang dinyatakan dalam pertuduhan pihak Pendakwa Syarie dan

setelah Mahkamah mendapati bahawa pihak Pendakwa Syarie telah

9

mengemukakan keterangan-keterangan yang jelas dan kukuh serta

membuktikan kedua-dua OKT telah melakukan kesalahan seperti dinyatakan di

atas berdasarkan fakta-fakta seperti di bawah :

i. Kertas Pertuduhan yang telah dibacakan kepada kedua-dua OKT, dan

ii. Fakta kes yang telah dibentangkan

[13] Pada pendapat Mahkamah, pihak pendakwa telah berjaya membuktikan fakta-

fakta tersebut dan berjaya membuktikan kedua-dua OKT berkhalwat yang mana

pembuktian dakwaan tersebut adalah menjadi tanggungjawab Pendakwa Syarie

selari dengan kaedah fiqh yang berbunyi :-

مدعى واليمين على من أنكرالبينة على ال

Maksudnya: “Keterangan atas yang mendakwa dan sumpah

atas yang engkar”

[14] Dalam kes ini, sabitan bersalah kedua-dua OKT juga disabitkan oleh Mahkamah

berdasarkan pengakuan bersalah kedua-dua OKT, pengakuan secara sukarela tanpa

sebarang paksaan atau pujukan dari mana-mana pihak terhadap pertuduhan yang

dibacakan kepada kedua-dua OKT dan di atas kebenaran fakta kes yang

dikemukakan pihak Pendakwa Syarie. Kedua-dua OKT juga memahami kesan atau

akibat pengakuan salah tersebut ketika disoal oleh Mahkamah.

[15] Pengakuan salah oleh kedua-dua OKT dan fakta kes yang dipersetujuinya, pada

pandangan Mahkamah sudah memadai dan amat mencukupi untuk Mahkamah

mensabitkan kesalahan mereka telah berkhalwat pada 26 Disember 2016, jam

lebih kurang 04.20 petang di dalam sebuah rumah beralamat XXX, 47301

Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan Dalam Daerah Petaling Dalam Negeri

Selangor. Pendapat Mahkamah, pengakuan oleh kedua-dua OKT tersebut adalah

mengikat diri kedua-dua OKT sendiri selari dengan kaedah yang menyebut :

10

المرء مؤاخذ بإقراره

“Seseorang itu dipegang berdasarkan pengakuannya”

[16] Isu ini, sebagaimana yang dibahas oleh YA Dato’ Ismail bin Yahya dalam kes

Mohd. Ibrahim bin Mohd. Shariff lwn Pendakwa Syarie Pulau Pinang. Pada

pendapat Mahkamah pengakuan salah oleh kedua-dua OKT itu juga merupakan

satu iqrar Tertuduh terhadap fakta pertuduhan yang dikenakan ke atasnya dan iqrar

Tertuduh itu telahpun memenuhi kehendak seperti yang disyaratkan oleh Hukum

Syarak dan peruntukan undang-undang yang sedia ada di negeri Selangor ini.

Dalam hal ini, Mahkamah merujuk Kitab Hasyiah I’anat Talibin, juzu’ 3

mukasurat 382 yang berbunyi :

إلقرار لغة اإلثبات وشرعا إلحق بحق عليه أيضا بحق عليه يسمى اعترافا

Maksudnya : Iqrar dari segi bahasa bererti mensabitkan

manakala menurut syarak diertikan sebagai memberitahu hak

seseorang ke atas dirinya. Iqrar juga disebut sebagai iktiraf.

[17] Manakala di dalam Kitab Mughni Muhtaj jilid 3 muka surat 233 menyatakan :

“Rukun Iqrar itu ada empat perkara iaitu muqirrun (orang yang beriqrar)

muqarrun lahu (orang yang memberikan iqrar untuknya oleh orang yang

beriqrar), sighah (ucapan atau kata-kata iqrar) dan muqirrun bihi (hak atau

kepentingan yang diiktiraf oleh pihak yang beriqrar)”

[18] Seterusnya dalam Surah An-Nisaa ayat 135 ada menyebut tentang “kesaksian ke

atas diri kamu sendiri itu” ialah iqrar, iaitu pengakuan dengan hak yang

didakwa ke atas diri sendiri:-

م ولو على أنف سك امين بالقسط ش هداء لل ون وا قو .....يا أيها الذين آمن وا ك

Ertinya : “Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang-

orang yang sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi (yang

11

menerangkan kebenaran) kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri

....”

[19] Rasulullah SAW menerima iqrar melakukan zina daripada Maiz dan Ghamidiyyah

dan Baginda memerintahkan had zina dijatuhkan ke atas mereka membuktikan

keesahan pembuktian secara iqrar dalam hukum syarak.

[20] Manakala dari sudut perundangan, Mahkamah merujuk Seksyen 17 Enakmen

Keterangan Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) No.5 Tahun 2003 yang

menyebut:-

(1) Iqrar adalah suatu pengakuan yang dibuat oleh seseorang, secara bertulis

atau lisan atau dengan isyarat, menyatakan bahawa dia mempunyai

obligasi atau tanggungan terhadap seseorang lain berkenaan dengan

sesuatu hak.

(2) sesuatu Iqrar hendaklah dibuat –

(a) dalam mahkamah, di hadapan hakim; atau

(b) di luar mahkamah, di hadapan dua orang saksi lelaki yang

akil baligh dan adil.

[21] Kedua-dua seksyen di atas juga jelas telah memenuhi kehendak Seksyen 96 (a) dan

(b) Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) No.3 Tahun 2003 yang

mana, di dalam kes ini rukun iqrar telah dipenuhi sepenuhnya. Orang yang berikrar

ialah Tertuduh sendiri, orang yang diberikan iqrar ialah Hakim, pengakuan

bersalah merupakan sighah, dan hak yang diiqrarkan ialah melakukan kesalahan

di bawah sub Seksyen 29 (1) (a) dan (b) Enakmen Jenayah Syariah (Selangor)

No.9 Tahun 1995.

Seksyen 96 Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) No.3 Tahun

2003 menyatakan :

12

Tatacara yang berikut hendaklah diikuti oleh Hakim dalam perbicaraan:

(a) apabila orang yang dituduh menghadirkan diri atau dibawa ke

hadapan Mahkamah, maka pertuduhan yang mengandungi butir-

butir kesalahan yang dia dituduh itu hendaklah dibentuk, dibaca

dan dijelaskan kepadanya, dan dia hendaklah ditanya sama ada dia

bersalah atas kesalahan yang dipertuduh itu atau meminta

dibicarakan;

(b) jika tertuduh mengaku bersalah atas sesuatu pertuduhan sama ada

pertuduhan asal atau yang dipinda, akuan itu hendaklah direkodkan

dan dia boleh disabitkan atas kesalahan itu;

Dengan syarat bahawa sebelum sesuatu akuan bersalah direkodkan,

Mahkamah hendaklah menentukan bahawa tertuduh memahami sifat dan

akibat daripada akuannya itu dan dia berniat untuk mengakui, tanpa

bersyarat, kesalahan yang dikatakan terhadapnya itu;

[22] Dalam kes ini, Mahkamah telah mendapatkan pengakuan bersalah kedua-dua OKT

sebanyak tiga kali yang mana kedua-dua OKT mengakui mendengar dan faham

akan pertuduhan yang dikenakan ke atasnya, dan bersetuju dengan pertuduhan yang

dibacakan oleh Pembantu Pendaftar Mahkamah.

[23] Selain itu, kedua-dua OKT juga mengakui bahawa fakta kes yang dibentangkan

oleh Pendakwa Syarie adalah didengari, difahami dan dipersetujui akan kebenaran

segala fakta tersebut. Selain itu juga, berdasarkan iqrar kedua-dua OKT bahawa

kedua-dua OKT faham akibat daripada pengakuan salahnya dan pengakuan

bersalah yang dibuat adalah secara sukarela, tiada paksaan dan tidak bersyarat.

[24] Oleh itu, dengan pengakuan kedua-dua OKT tersebut, Mahkamah berpuashati

bahawa pengakuan bersalah kedua-dua OKT hendaklah diterima dan bolehlah

direkodkan oleh Mahkamah. Dan setelah akuan atau pengakuan bersalah kedua-

13

dua OKT diambil dan direkodkan, Mahkamah boleh menjatuhkan hukuman

terhadap kedua-dua OKT di atas sabitan bersalah tersebut.

Isu Ketiga : Prinsip Hukuman Ta’zir Oleh Pemerintah

[25] Oleh kerana hukuman dalam kes ini adalah hukuman ta’zir, Mahkamah merujuk

kitab Al Ahkam As Sultaniyyah di dalam mukasurat 205 karangan Al-Mawardi

menyebut yang maksudnya :-

“Ta’zir juga suatu istilah yang kalau disebut secara tunggal akan

bermaksud hukuman atau keseksaan. Bagi maksud kesalahan ia perlu

disebut kesalahan-kesalahan ta’zir. Sebagai suatu hukuman para

fuqaha mendefinisikannya sebagai hukuman atau keseksaan yang tidak

ditentukan secara terperinci oleh syarak dan dilaksanakan samada

untuk kepentingan individu atau masyarakat dalam semua kes selain

kes hudud dan qisas.”

[26] Manakala di dalam Kitab Al-Fiqh al-Islami waadillatuh, Juzu’ 6 halaman 197 pula

menyebut : “ta’zir merupakan hukuman yang dikenakan ke atas jenayah atau

maksiat yang tidak ditentukan hukuman had atau kaffarah.”

Hukuman ini termasuklah sama ada jenayah tersebut terhadap hak Allah seperti

makan di siang hari dalam bulan Ramadhan tanpa uzur dan meninggalkan solat

atau terhadap hak manusia. Hukuman ta’zir ini boleh dilakukan dalam bentuk

pukulan/sebatan, tahanan/penjara dan memberi malu (tawbikh).

[27] Para imam mazhab tidak mengharuskan ta’zir dengan cara mengambil harta

pesalah kerana ianya merupakan kezaliman. Manakala Ibn Taimiyyah dan Ibn

Qayyim menentukan bahawa ta’zir dengan mengambil harta boleh dilakukan

dengan kesalahan-kesalahan tertentu dalam mazhab Maliki, Hambali dan salah

satu qaul dalam mazhab Shafi’i.

14

[28] Di dalam kitab yang sama juga di halaman 202 dijelaskan bahawa telah

diriwayatkan dari Abi Yusuf bahawa harus bagi pemerintah melaksanakan ta’zir

dengan cara mengambil harta pesalah ialah dengan menahan harta pesalah dalam

jangka masa tertentu dengan tujuan memberi pengajaran kepadanya kemudian

dipulangkan kembali harta tersebut. Penahanan harta tersebut hendaklah bukan

untuk kepentingan pemerintah atau Baitul Mal.

[29] Tujuan utama perlaksanaan hukuman ta’zir dalam syariat Islam ialah untuk

mengajar, (ta’dib), pencegahan dan pengajaran di samping pemulihan dan

pendidikan. Pencegahan ertinya mencegah pesalah dari mengulangi

kesalahannya di samping mencegah orang lain daripada melakukan kesalahan

yang sama.

[30] Disebabkan pencegahan merupakan tujuan utama hukuman ta’zir, maka apa-apa

hukuman mestilah mencapai tujuan dan objektif yang telah ditetapkan tersebut.

Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab Mahkamah memastikan setiap hukuman

yang dijatuhkan terhadap seseorang pesalah atau tertuduh adalah hukuman yang

setimpal dengan kesalahan yang dilakukan dan memastikan hukuman yang boleh

dijadikan sebagai panduan kepada tertuduh dan masyarakat Islam awam lain dan

mendidik tertuduh dan masyarakat kita supaya patuh kepada perintah Allah,

Rasul dan Pemimpin kita sendiri yang mana kita telah memilih mereka.

Sebagaimana firman Allah dalam Surah An-Nisa’ ayat 59 yang berbunyi:-

س ول وأ ولي األمر وا الر وأطيع وا للا م فإن تنازعت م في شيء يا أيها الذين آمن وا أطيع منك

س ول والر وه إلى للا د فر

Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman! Taatilah Allah

dan taatilah Rasul-Nya dan pemimpin-pemimpin diantara kamu.

Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu maka

15

hendaklah kembalikan ia kepada Allah (Al-Quran) dan Rasul-Nya

(Sunnah).

[31] Dalam syariat Islam, pemerintah mempunyai kuasa mengarah dan menyuruh ke

atas rakyatnya yang mana arahan itu menjadi kewajipan yang mesti dipatuhi dan

dilaksanakan oleh rakyat selagi tidak bercanggah dengan hukum Islam.

Contohnya, Kerajaan Malaysia telah membuat peraturan tentang seseorang

pemandu kenderaan di jalan raya perlu untuk berhenti apabila lampu isyarat untuk

laluannya bertukar kepada warna merah. Jika dilanggar juga perturan ini maka

boleh dikenakan denda maksimum RM300.00 atau apa-apa tindakan lain

sebagaimana ditetapkan. Jadi, apakah tujuannya peraturan tersebut dibuat?

Bukankah ianya untuk dipatuhi?

[32] Begitu juga dalam hal ini, Kerajaan Negeri Selangor telah membuat dan

meluluskan satu undang-undang yang menyatakan bahawa berkhalwat adalah

suatu kesalahan di sisi Undang-undang bagi memenuhi kehendak Ayat 32 Surah

Al-Isra’ yang berbunyi:-

نا إنه كان فاحشة وساء سبيل ول تقرب وا الز

Maksudnya : Dan janganlah kamu menghampiri zina, Sesungguhnya

zina itu adalah satu perbuatan Yang keji dan satu jalan Yang jahat

(yang membawa kerosakan).

[33] Y.A Dato Ismail Bin Yahya dalam kes Pendakwa Syarie lwn Jalil Bin Embong

Dn Zaliha Binti Endut JH (1425) JLD. XVII BHG I telah memetik petikan dari

kitab tafsir Fi Zilalil Quran oleh Asy-Syahid Sayyid Qutb Rahimahullah,

terjemahan Yusoff Zaky Haji Yacob, cetakan pertama 2000/1420H, Jilid 10,

muka surat 190 dalam menghuraikan ayat di atas;

16

“Justeru itulah Islam menyekat jalan zina dengan menjauhi sebab-sebab

yang mendorong ke arahnya untuk menjaga supaya seseorang itu tidak

terjerumus ke dalamnya. Kerana Islam melarang percampuran bebas di

antara lelaki dan perempuan yang tidak perlu, mengharamkan khalwat dan

perbuatan bersolek secara berlebih-lebihan...”

[34] Mahkamah berpendapat tujuan pembentukan undang-undang dalam perkara ini

adalah bukan sahaja demi menjaga maslahah dan maruah umat Islam, bahkan

melibatkan halangan bergaul bebas tanpa batasan antara yang berbeza jantina

mahupun yang bukan mahram yang boleh mendekati kepada perbuatan zina di

dalam masyarakat Islam di Negeri Selangor khususnya.

[35] Mahkamah juga berkeyakinan bahawa sewaktu perkara ini ditaqninkan oleh

kerajaan Negeri Selangor, sudah tentulah ianya mengandungi hasrat untuk

menjaga maslahah ummat Islam dalam Negeri Selangor dan juga untuk dipatuhi

bukan dilanggar sewenang-wenangnya sesuai dengan kaedah :

بالمصلحة منوط الرعية على المام تصرف

“Kebijaksanaan pemimpin terhadap rakyatnya dikaitkan dengan

kemaslahatan”.

[36] Berdasarkan pembahasan-pembahasan di atas, jelaslah bahawa hukuman

penahanan diri atau pemenjaraan seseorang pesalah adalah disepakati sebagai

“harus” oleh para ulama’ dalam kes-kes ta’zir. Walaupun hukuman “penahanan

harta” pesalah pula terdapat perbezaan pendapat oleh para ulama’, namun ramai

yang mengharuskan dengan syarat-syarat tertentu.

[37] Dalam masa yang sama, tujuan hukuman kepada seseorang pesalah kesalahan

jenayah adalah untuk mengajar (ta’dib), pencegahan dan pengajaran di samping

pemulihan dan pendidikan bagi pesalah dan masyarakat.

17

[38] Sedangkan bentuk hukuman ta’zir yang diberikan oleh undang-undang dalam

kesalahan Jenayah Syariah Khalwat boleh dipilih antara denda atau penjara atau

kedua-duanya dendan dan penjara. Maka, apabila merujuk kepada fakta kes ini,

Mahkamah berpendapat, Mahkamah lebih cenderung menggunakan hukuman

pemenjaraan kerana ianya merupakan hukuman yang disepakati oleh

ulama’, bahkan ianya boleh memenuhi hasrat kesemua tujuan hukuman di

dalam Islam, khususnya bagi kes Jenayah Khalwat.

Isu Keempat : Keseriusan Kes Tertuduh

[39] Berdasarkan pertuduhan yang telah dikenakan, Mahkamah mendapati kedua-dua

OKT telah mengaku faham dengan pertuduhan berkhalwat tersebut yang mana

dapat difahami sebagaimana fakta-fakta kes dan dapat disimpulkan seperti berikut:

1. Kedua-dua OKT telah dituduh berkhalwat pada 26 Disember 2016 jam lebih

kurang 4.20 petang.

2. Kedua-dua OKT telah ditahan bersama oleh Pegawai Masjid di dalam sebuah

rumah iaitu rumah OKT (1) beralamat di XXX, 47301 Petaling Jaya, Selangor

Darul Ehsan yang bertindak hasil aduan awam.

3. Sewaktu ditahan, pihak Pegawai Masjid pasti telah berlaku perbuatan berkhalwat

di dalam rumah tersebut oleh kedua-dua OKT yang boleh menimbulkan syak

sedang berlakunya perbuatan yang tidak bermoral oleh kedua-duanya; dan

4. Hal ini adalah menepati kehendak Seksyen 29 (1) (a) & (b) Enakmen Jenayah

Syariah (Selangor) No.9 Tahun 1995 tersebut.

[40] Dalam kes ini, kedua-dua OKT telah mengaku faham dengan pertuduhan yang

dibacakan kepada mereka dan kedua-dua OKT bersetuju dengan fakta-fakta kes

yang telah dibentangkan oleh Pendakwa Syarie, antaranya :

Tertuduh (1)

Nama : HA

18

No. K/P : XXX

Status : Berkahwin

Asal : Kelantan

Umur : 38 Tahun

Alamat : XXX, 47301

Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan

Pekerjaan : Tukang masak (RM3,000.00)

Bangsa/Agama : Melayu/Islam

Tertuduh (2)

Nama : KAN

No. K/P : XXX

Status : Berkahwin

Asal : Pahang

Umur : 38 Tahun

Alamat : XXX, 40150

Shah Alam, Selangor

Pekerjaan : Tidak bekerja

Bangsa/Agama : Melayu/Islam

[41] Berdasarkan fakta-fakta tersebut Mahkamah mendapati :

i. Kedua-dua OKT adalah beragama Islam yang berusia 38 tahun dan

masing-masing sudah berkahwin semasa kejadian iaitu sudah

mempunyai isteri dan suami sendiri;

ii. Tiada fakta yang menunjukkan kedua-dua OKT merupakan orang yang

kurang akal atau tidak cukup umur iaitu belum akil baligh untuk

bertindak dan dipertuduhkan dalam kes ini;

iii. Sewaktu tangkapan dibuat pada 26 Disember 2016 jam lebih kurang

4.20 petang, kedua-dua OKT didapati berada bersama di dalam sebuah

19

rumah iaitu rumah OKT (1) tanpa mempunyai hubungan suami isteri ;

dan

iv. Keadaan kedua-dua OKT sewaktu ditahan oleh Pegawai masjid, adalah

dalam keadaan yang boleh menimbulkan syak bahawa mereka sedang

melakukan perbuatan yang tidak bermoral.

[42] Dapat difahami bahawa, pertuduhan dan fakta-fakta kes tersebut telah diakui

dan dipersetujui oleh kedua-dua OKT tanpa sebarang bantahan dalam

keadaan kedua-dua OKT tidak dipaksa dan tidak dipengaruhi oleh mana-mana

pihak untuk mengaku salah serta kedua-dua OKT mengaku dengan kerelaannya

sendiri apabila disoal oleh Mahkamah. Maka, tidak timbul isu jika kedua-dua OKT

tidak faham dengan pertuduhan tersebut atau tidak faham akibat pengakuan

salahnya dan perkara-perkara di dalam fakta-fakta kes yang dibentangkan

termasuk keadaan-keadaan perbuatan kedua-dua OKT tersebut berkhalwat di

dalam sebuah rumah pada tarikh dan waktu itu boleh menimbulkan syak bahawa

kedua-dua OKT ada melakukan perbuatan tidak bermoral.

[43] Dalam fakta kes ini, adalah dipersetujui oleh kedua-dua OKT bahawa, sewaktu

tangkapan dibuat, Pegawai Masjid mendapati pintu utama dan grill bertutup serta

berkunci. Penangkap telah mengetuk pintu serta memberi salam dan 5 minit

kemudian pintu utama dibuka oleh OKT (1) yang hanya bertuala putih paras

pinggang hingga lutut tanpa berbaju. Pemeriksaan lanjut mendapati keadaan

rumah tersebut terang. Manakala OKT (2) ditemui dengan berpakaian baju lengan

panjang, serta berseluar jeans dan bertudung sedang duduk di atas kerusi meja

makan di bahagian dapur rumah tersebut. Hasil siasatan juga mendapati, kedua-

dua OKT tiada hubungan suami isteri atau mahram yang sah.

[44] Dalam isu ini, Mahkamah berpendapat, dalam keadaan pintu utama dan grill

bertutup serta berkunci dan keadaan OKT (1) yang hanya bertuala putih paras

pinggang hingga lutut tanpa berbaju berada di dalam rumah bersama

20

pasangannya iaitu OKT (2) serta pengakuan-pengakuan oleh kedua-dua OKT

terhadap pertuduhan dan fakta-fakta kes, menunjukkan memang boleh untuk

mengesyaki kedua-dua OKT ada melakukan perbuatan yang tidak bermoral pada

waktu itu. Ini ditambah lagi dengan suatu keadaan yang tidak munasabah bagi

seorang wanita Islam yang statusnya sudah berkahwin untuk membiarkan

dirinya berada bersama seorang lelaki yang bukan mahram atau suaminya di dalam

sebuah rumah pada waktu tersebut.

[45] Berdasarkan fakta-fakta tersebut, keadaan kedua-dua OKT, masa dan tempat

tersebut adalah amat tidak wajar untuk kedua-duanya berada bersama di dalam

sebuah rumah apatah lagi kedua-dua OKT sudah mempunyai isteri dan suami

masing-masing, yang pastinya boleh disyaki melakukan apa-apa perkara yang tidak

bermoral atau maksiat yang boleh menjurus kepada perbuatan jenayah yang lebih

besar iaitu perzinaan. Apatah lagi semasa Mahkamah memberi peluang kedua-dua

OKT merayu, mereka tidak memberi satu pun alasan kenapa berada bersama di

rumah tersebut.

[46] Dan ingin Mahkamah tekankan, sepatutnya kedua-dua OKT sedar dan berterima

kasih dengan tindakan Pegawai Masjid kerana telah mencegah kedua-dua OKT dari

melakukan tindakan yang lebih bahaya dari berkhalwat, yang bukan sahaja boleh

memberikan kesan hukuman yang lebih berat, bahkan boleh menyebabkan

'kecelaruan yang besar dalam masyarakat' tentang maruah diri kedua-dua OKT

mahupun keluarganya atau nasabnya jika ada. Hal ini bertepatan dengan kehendak

al-Quran di dalam Surah Al-Isra’ ayat 32 di atas dan hujah oleh Pendakwa Syarie.

[47] Atas dasar itulah salah satu Maqasid al-syariah adalah untuk memelihara nasab

atau keturunan manusia. Ini kerana sekiranya pergaulan di antara lelaki dan wanita

tidak dibataskan, maka sudah pastinya akan mencambahkan perzinaan dan

seterusnya akan merosakkan nasab dan keturunan manusia. Islam bukan sahaja

melarang umatnya daripada melakukan zina tetapi juga jalan-jalan yang boleh

membawa kepada perzinaan.

21

[48] Mahkamah berpendapat, dalam semua keadaan di atas adalah jelas menunjukkan

bahawa terdapat fakta kes yang cukup berat dan serius di dalam kes kedua-dua

OKT ini. Dalam keadaan keseriusan kes ini, kedua-dua OKT masih lagi

merayu dalam keadaan yang paling “mudah” dan “tidak serius” tanpa

menunjukkan dan menyatakan perkara-perkara yang boleh meringakan

hukuman seperti kehendak kes jenayah seperti ini.

[49] Jika diambilkira nilai umum bahawa kesalahan ini merupakan kesalahan pertama

kedua-dua OKT dan sewajarnya kedua-dua OKT hanya diberikan hukuman

ringan, maka akan timbul nanti dalam setiap diri orang yang ingin

melakukan kesalahan yang sama, sikap ingin mencuba melakukan kesalahan itu

dengan mengambil jalan singkat untuk berkhalwat dengan pasangan masing-

masing mahupun secara beramai-ramai yang mana ianya boleh menjerumus

kepada perbuatan jenayah yang lain termasuk zina sama ada secara tersembunyi

mahupun terang-terangan.

[50] Ini disebabkan sudah diketahui, kalau dilakukan juga, jika ditangkap kali pertama

dan mengaku salah di hadapan Mahkamah, hukuman yang dikenakan pada

kebiasaanya adalah ringan kerana ini kesalahan pertama si pelaku untuk

memohon peringanan hukuman. Sedangkan hukuman itu sepatutnya bertujuan

bukan sahaja untuk dapat menghalang orang lain dari melakukan kesahalan

tersebut bahkan sepatutnya memberikan peringatan kepada diri pelaku sebelum

melakukan kesalahan tersebut.

[51] Namun di dalam kes ini, hukuman yang perlu dikenakan kepada kedua-dua OKT

bukan untuk menghalang kedua-dua OKT dari melakukan kesalahan ini kerana

kesalahan telahpun berlaku, tetapi sebagai tujuan pengajaran kepada kedua-dua

OKT kerana telah melakukan satu kesalahan dan diharapkan ianya akan

menghalang kedua-dua OKT dan masyarakat dari terus melakukan apa-apa

kesalahan jenayah syariah yang lain.

22

[52] Dalam masa yang sama juga, apa yang ingin ditekankan oleh Mahkamah dalam

isu ini ialah Mahkamah tidak melihat suatu keperluan dan alasan yang mendesak

dari kedua-dua OKT untuk berada bersama di dalam rumah tersebut pada waktu

itu kerana perbuatan tersebut sudah pastinya akan menimbulkan tohmah dan

syak yang buruk terhadap kedua-dua OKT. Apatah lagi dalam keadaan OKT (1)

yang hanya bertuala putih paras pinggang hingga lutut tanpa berbaju

berada bersama isteri orang.

[53] Mahkamah juga berpendapat dan ingin Mahkamah menegaskan bahawa kedua-dua

OKT dengan tenangnya mengaku bersalah, bersetuju dengan fakta-fakta kes dan

merayu dalam keadaan sambil lewa, jelas telah menunjukkan sikap sebenar kedua-

dua OKT yang tidak pernah memikirkan bahawa mereka telah melakukan suatu

kesalahan bukan sahaja melanggar undang-undang dunia, bahkan tidak pernah

insaf serta lupa bahawa tindakan mereka dalam kesalahan ini juga merupakan suatu

maksiat kepada Allah SWT.

[54] Justeru itu, apakah hanya dengan hukuman yang ringan seperti denda sahaja

mampu menjadi suatu hukuman yang adil kepada kepentingan awam dalam kes

ini, atau sekadar akan memberikan “ruang yang lebih luas” kepada kedua-dua

OKT dan msyarakat di luar sana mengulangi kesalahan yang sama.

[55] Mahkamah mendapati, hal ini adalah bersesuaian dengan prinsip kes Mevani lwn

PP (1971) 1 MLJ 137 yang mana Mahkamah telah memutuskan apabila

seseorang mengaku salah, Mahkamah ketika menilai hukuman patut

menimbangkan pengakuan salah sedemikian sebagai faktor peringanan.

Walau bagaimanapun, apa jua nilai yang perlu diberikan oleh Mahkamah

bergantung kepada fakta-fakta kes itu.

[56] Begitu juga dalam kes PP lwn Leo Say & Ors (1985) 2 CLJ 155, Hakim Chan

telah berkata : "walaupun ketiga-tiga tertuduh telah mengaku salah dan berhak

23

untuk mendapat sedikit kepujian kerana itu, ia mesti diukur bersetentangan

dengan keberatan dan seriusnya jenayah yang telah mereka lakukan”.

Isu Kelima : Keadaan Pengakuan Bersalah Tertuduh

[57] Mahkamah telah merekodkan pengakuan (iqrar) kedua-dua OKT dan mensabitkan

kesalahan OKT (1) di bawah seksyen 29 (1) (a) Enakmen Jenayh Syariah Negeri

Selangor No. 9 Tahun 1995, manakala OKT (2) di bawah seksyen 29 (1) (b)

Enakmen yang sama atas kesalahan berkhalwat. Bagi kesalahan kes ini iaitu

pelanggaran terhadap Seksyen 29 (1) (a) dan (b) Enakmen Jenayah Syariah

(Selangor) No.9 Tahun 1995 telah menyatakan dengan jelas tentang hukuman bagi

kesalahan yang dilakukan di bawah seksyen ini seperti kes kedua-dua OKT pada

hari ini. Seksyen tersebut menyatakan :-

(1) Mana-mana :-

(a) orang lelaki yang didapati berada bersama dengan seorang atau lebih

daripada seorang perempuan yang bukan isterinya atau mahramnya;

(b) orang perempuan yang didapati berada bersama dengan seorang atau lebih

daripada seorang lelaki yang bukan suami atau mahramnya,

di mana-mana tempat yang terselindung atau di dalam rumah atau bilik dalam

keadaan yang boleh menimbulkan syak bahawa mereka sedang melakukan

perbuatan yang tidak bermoral adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila

disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan

selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

[58] Mahkamah mendapati bahawa berdasarkan peruntukan tersebut adalah jelas,

sekiranya seseorang itu telah disabitkan melakukan kesalahan di bawah Seksyen 29

(1) (a) dan (b) Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) No.9 Tahun 1995, maka

Mahkamah boleh menjatuhkan hukuman ke atas kedua-dua OKT dengan salah satu

24

daripada tiga (3) bentuk hukuman yang diperuntukkan iaitu sama ada menjatuhkan

hukuman denda tidak melebihi RM3,000.00 atau penjara tidak melebihi dua tahun

atau kombinasi kedua-duanya sekali.

[59] Namun, persoalan juga timbul berdasarkan peruntukan di atas, apakah Mahkamah

mempunyai kuasa budibicara yang luas dalam membuat keputusan untuk menjatuh

hukuman?

[60] Berdasarkan peruntukan tersebut di atas, Mahkamah berpendapat bahawa hukuman

yang boleh dijatuhkan kepada kedua-dua OKT boleh dikenakan secara khusus dan

tidak perlu bagi Mahkamah menjatuhkan hukuman mengikut turutan bentuk

hukuman yang dinyatakan seperti peruntukan Seksyen 29 (1) (a) (b) Enakmen

Jenayah Syariah (Selangor) No.9 Tahun 1995 tersebut.

[61] Mahkamah berpendapat, dalam peruntukan tersebut jelas dinyatakan bahawa

Mahkamah mempunyai budibicara yang luas dalam menjatuhkan hukuman kerana

peruntukan itu menggunakan perkataan “boleh dihukum” yang mana ianya tidak

mengikat Mahkamah untuk menjatuhkan hukuman mengikut turutan hukuman

yang dinyatakan dalam peruntukan tersebut. Apatah lagi, berdasarkan peruntukan

Seksyen 29 (1) (a) dan (b) Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) No.9 Tahun 1995

tersebut menggunakan perkataan “atau” sebagai perantaraan di setiap hukuman

yang diperuntukkan.

[62] Mahkamah merujuk Kamus Besar Bahasa Melayu, Susunan Haji Zainal Abidin

Safarwan, terbitan Utusan Publications Distributions Sdn. Bhd., terbitan Pertama

1995 dalam mukasurat 93 dinyatakan bahawa perkataan “atau” diertikan sebagai

“pilihan”. Manakala di dalam Kamus Dewan Edisi Baru, terbitan Dewan

Bahasa dan Pustaka tahun 1993 dalam muka surat 64, perkataan “atau”

membawa maksud; 1. kata yang digunakan untuk menunjukkan atau

menyatakan) 2. salah satu di antara beberapa hal (barang, perbuatan dll].

25

[63] Oleh itu, perkara utama yang perlu dipertimbangkan oleh Mahkamah dalam

menentukan sesuatu hukuman adalah sebarang hukuman oleh Mahkamah

terhadap kedua-dua OKT, boleh menjadi iktibar, inzar, pengajaran, peringatan

dan balasan bukan sahaja kepada kedua-dua OKT, malah kepada semua

masyarakat Islam khususnya di negeri Selangor supaya tidak sewenang-

wenangnya melakukan kesalahan yang sama seperti kedua-dua OKT ini. Maka,

dalam menentukan apa-apa hukuman terhadap kedua-dua OKT atau pesalah

bagi kesalahan ini, ianya tidak dapat lari daripada bentuk hukuman yang

dinyatakan di atas.

[64] Namun, dalam pada masa yang sama, Mahkamah juga perlu memastikan

bahawa hukuman yang dijatuhkan adalah setimpal dan bertujuan untuk

mencegah pesalah mengulanginya dan orang lain dari terus melakukannya.

Dalam pada itu, Mahkamah berpendapat dalam kes hukuman ta’zir ini, kuasa

Mahkamah dalam menentukan hukuman yang telah ditetapkan oleh undang-

undang agak luas dan Mahkamah boleh membuat pelbagai pilihan dalam

menentukannya.

[65] Justeru itu, semasa Mahkamah menimbangkan keadaan kedua-dua OKT

sewaktu kedua-dua OKT mengaku faham akan akibat (kesan) pengakuan

bersalah kedua-dua OKT, Mahkamah berkeyakinan kedua-dua OKT

sememangnya faham dengan pengakuan itu iaitu kedua-dua OKT boleh

dihukum dengan hukuman-hukuman yang diperuntukkan. Ini disebabkan,

sewaktu ditanya oleh Mahkamah, didapati kedua-dua OKT mengaku faham

akan akibat pengakuan bersalah di mana kedua-dua OKT boleh dihukum

dengan hukuman-hukuman berikut :

i. denda tidak melebihi RM3,000.00, atau

ii. penjara tidak melebihi tempoh dua tahun, atau

iii. kedua-dua hukuman, denda dan penjara itu.

26

[66] Maka, Mahkamah berkeyakinan bahawa tidak timbul isu kemudiannya

kedua-dua OKT tidak berpuashati jika hukuman dijatuhkan melibatkan

salah satu dari bentuk hukuman sama ada denda atau penjara itu sahaja,

atau dihukum dengan denda dan penjara secara bersekali. Dan ingin

ditekankan bahawa, kedua-dua OKT telahpun MEMAHAMI AKIBAT

daripada pengakuan bersalah itu, tidak mungkin Mahkamah akan

mengenakan hukuman denda sahaja kerana Mahkamah perlu melihat kes

ini secara keseluruhannya untuk menjatuhkan mana-mana bentuk

hukuman itu, bukan hanya menjatuhkan hukuman ringan sahaja seperti

denda sahaja sebagaimana yang difikirkan oleh kedua-dua OKT.

Ditambah lagi dengan TIADANYA SEBARANG RAYUAN

PEMENJARAAN dari kedua-dua OKT.

Isu Keenam : Keadaan Rayuan Tertuduh Dari Aspek Peringanan Hukuman

[67] Dalam kes ini, Mahkamah cuba menilai isu-isu asas yang biasanya digunakan

oleh seseorang Tertuduh dalam rayuannya bagi meringankan sesuatu hukuman

antaranya:-

1. Umur Tertuduh

2. Kesalahan pertama

3. Pengakuan bersalah

4. Kesihatan Tertuduh

5. Kelakuan Tertuduh selepas melakukan sesuatu kesalahan

6. Sebab kesalahan dilakukan

7. Kerajasama Tertuduh dengan pihak berkuasa

8. Status Tertuduh

Secara keseluruhannya, Mahkamah mendapati tiada satupun isu itu

diungkapkan oleh kedua-dua OKT di dalam rayuannya, bahkan Mahkamah

27

sendiri yang "perlu" menilainya agar Mahkamah tidak "tersasar" dalam

memberikan hukuman di dalam kes ini.

[68] Mahkamah ingin menegaskan bahawa, berdasarkan Catatan Perbicaraan,

Mahkamah mendapati bahawa OKT (1) hanya mengemukakan rayuan agar

Mahkamah meringankan hukuman kerana ada tanggungan, manakala OKT (2)

minta denda sahaja dikurangkan tanpa ada apa-apa justifikasi atau bukti yang

boleh Mahkamah jadikan asas dan panduan dalam rayuannya bagi Mahkamah

menjatuhkan hukuman, malah Mahkamah mendapati kedua-dua OKT TIDAK

MERAYU SECARA SPESIFIK TERHADAP HUKUMAN

PEMENJARAAN.

[69] Mahkamah seterusnya berpendapat dan beranggapan, berdasarkan situasi dalam

kes ini, sepatutnya apabila seseorang Tertuduh itu dihadapkan ke Mahkamah,

Tertuduh hendaklah mengambil serius kesnya kerana akan ada pertuduhan

kesalahan jenayah ke atasnya akan dibuat oleh Pendakwa Syarie. Hal ini

sepatutnya difahami oleh seseorang Tertuduh kerana kes ini dibawa ke

Mahkamah rentetan dari adanya proses tangkapan ke atas dan proses siasatan di

Pejabat Agama Islam berkaitan oleh Pegawai Penguatkuasa Agama.

[70] Dalam masa yang sama, sebagai tambahan dari proses tangkapan dan siasatan

tersebut, kedua-dua OKT telahpun diberikan Bon Jaminan oleh Pegawai

Penguatkuasa Agama untuk hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Petaling pada

hari ini untuk pertuduhan kes dibuat ke atas kedua-dua OKT di hadapan

Mahkamah.

[71] Kesemua peringkat proses kes dibawa ke Mahkamah sebagaimana di atas,

merupakan panduan awal kepada seseorang Tertuduh untuk mengambil serius

kesnya sama ada akan hadir bersendirian atau melantik Peguam Syarie untuk

membela bagi pihaknya di Mahkamah.

28

[72] Begitu juga, jika seseorang Tertuduh merasakan kesnya ini adalah serius,

sudah pasti Tertuduh akan berusaha mengambil tahu apakah prosiding kes

yang akan dilalui di hadapan Mahkamah kemudiannya, termasuklah apakah

pertuduhan kes ke atasnya, apakah kesan jika beliau mengaku bersalah atau

kesan jika beliau tidak mengaku bersalah atas pertuduhan itu, apakah hukuman

yang mungkin boleh dikenakan kepadanya oleh Mahkamah, bagaimana jika

kes dibicarakan, dan berbagai isu lagi yang mungkin dan boleh berlaku

sepanjang prosiding kes berjalan di hadapan Mahkamah nanti.

[73] Walaubagaimanapun, apa yang sering berlaku kebiasaannya dalam

kebanyakan kes-kes jenayah di Mahkamah Syariah atau khususnya dalam kes

ini, kedua-dua OKT hanya mengambil sikap sambil lewa dan tidak serius

dengan pertuduhan dalam kes ini dengan beranggapan ini kes mudah sahaja

dan mungkin Mahkamah akan mengenakan hukuman ringan sahaja apabila

mengaku salah dan ingin kes selesai dengan cepat. Ini ditambah lagi dengan

sikap dan persepsi umum masyarakat Islam di Negeri Selangor khususnya

yang melihat isu-isu melibatkan hal ehwal agama Islam adalah "mudah"

termasuklah apa-apa perkara berkaitan urusan kes-kes di Mahkamah Syariah

seperti ini.

[74] Hal ini nyata terbukti, apabila dalam kes ini, walaupun Mahkamah telah

memberikan peluang untuk kedua-dua OKT menambah rayuannya, namun

OKT (1) hanya merayu agar diringankan hukuman atas alasan masih ada

tanggungan, manakala OKT (2) hanya minta hukuman denda dikurangkan

atas alasan tidak bekerja. Malangnya kedua-dua OKT langsung tidak

mengemukakan sebarang dokumen untuk membuktikan alasannya.

[75] Sedangkan, rayuan tersebut dibuat oleh kedua-dua OKT dalam keadaan kedua-dua

OKT faham dan mengaku bersalah berkaitan kesalahan yang dipertuduhkan

kepadanya, fakta-fakta kes yang juga telah dipersetujui olehnya dan yang paling

ditekankan oleh Mahkamah adalah, kedua-dua OKT telah faham berkaitan

29

hukuman yang boleh dikenakan kepada mereka berdua jika Mahkamah

mensabitkan kesalahan yang dipertuduhkan.

[76] Malah, apa yang lebih mendukacitakan, kedua-dua OKT langsung tidak

merayu secara spesifik terhadap hukuman pemenjaraan kerana mungkin

kedua-dua OKT beranggapan Mahkamah hanya menjatuhkan hukuman

denda sahaja. Mahkamah juga mendapati kedua-dua OKT langsung tidak

menyatakan penyesalan atau keinsafannya dalam kedaan mereka bukan sahaja

telah melanggar undang-undang bahkan melanggar hukum Allah seolah-olah

mereka berdua ini tidak takut dengan azab Allah.

[77] Hal ini juga amat bertepatan dengan Hujah Pendakwa Syarie yang mana

Pendakwa Syarie merasa amat dukacita dengan rayuan kedua-dua OKT kerana

kedua-dua OKT gagal mengambil peluang merayu yang diberikan oleh

Mahkamah kepada mereka berdua dan tidak serius dengan prosiding Mahkamah.

Oleh itu pihak Pendakwa Syarie berhujah dan memohon supaya suatu hukuman

maksimun dikenakan ke atas kedua-dua OKT agar menjadi pengajaran kepada

mereka berdua.

[78] Justeru itu, di manakah alasannya lagi atau justifikasi yang Mahkamah boleh

gunakan bahawa kedua-dua OKT ini dalam keadaan jahil, dipaksa, dipengaruhi

untuk membuat pengakuan bersalahnya dalam kes ini. Ini termasuklah, adakah

kedua-dua OKT yakin Mahkamah hanya akan mengenakan hukuman denda

sahaja ke atasnya apabila kedua-dua OKT mengaku bersalah, dalam keadaan

jika hanya denda dikenakan, kedua-dua OKT mampu untuk melunaskannya.

Begitulah sikap ambil mudah kedua-dua OKT dalam kes ini pada pandangan

Mahkamah.

[79] Hal ini sangat bersesuaian dengan prinsip Mahkamah yang hanya

mempertimbangkan sesuatu isu kes termasuk sebarang peringanan hukuman adalah

berdasarkan apa yang diminta dan dinyatakan secara jelas oleh Tertuduh

30

sebagaimana kes Abdul Rahman bin Salleh dan seorang Lagi lwn Pendakwa Hal

Ehwal Agama, Terengganu (1995) 10 Bhg.1 JH 121, Tan Sri Ahmad Ibrahim

memberikan penghakiman dalam Penal Rayuan menyatakan :

”... dan hendaklah Mahkamah memberi pertimbangan kepada

sebarang pertimbangan kepada sebarang permintaan kerana

mengurangkan hukuman. Kami diberi tahu bahawa orang-orang

yang dituduh itu adalah petani dan pendapatan tiap-tiap orang

mereka adalah petani dan pendapatan tiap-tiap orang mereka adalah

hampir $2000/- setahun dan mereka ada isteri dan anak sebagai

tanggungan. Sesungguhpun kami setuju hukuman pencegahan

mungkin perlu bagi kes-kes seperti itu, kami memutuskan dalam

keadaan kes ini untuk mengurangkan hukuman itu kepada $2,500/-

atau penjara 1 ½ tahun bagi tiap-tiap mereka”.

Isu Ketujuh : Peningkatan dan Kekerapan Kes Jenayah Khalwat Yang Didaftarkan

di Mahkamah Ini

[80] Seterusnya, Mahkamah merujuk kepada kadar bilangan kesalahan khalwat di

dalam Daerah Petaling khususnya yang dibicarakan di Mahkamah ini, adalah

agak tinggi dan amat serius. Sebagai perbandingan, pada tahun 2015 terdapat

189 kes khalwat yang didaftar di Mahkamah ini dan meningkat kepada 215 pada

tahun 2016. Manakala bagi tahun 2017 setakat bulan Julai sahaja sudah

mencecah sebanyak 148 kes didaftarkan. Ini jelas menunjukkan bahawa terdapat

pertambahan atau peningkatan jumlah kes khalwat dari setahun ke setahun yang

didaftarkan di Mahkamah ini, tidak termasuk lagi dengan kes-kes jenayah syariah

yang lain.

[81] Mahkamah merasakan adalah wajar untuk Mahkamah merujuk statistik tersebut

dalam kes ini kerana ianya adalah satu maklumat yang perlu diberikan

pengiktirafan kehakiman berdasarkan keterangan yang bersifat qarinah daripada

31

sistem e-syariah bagi tahun 2015 sehingga bulan Julai 2017 di Mahkamah ini. Hal

ini bertepatan dengan peruntukan Seksyen 23 Enakmen Keterangan Mahkamah

Syariah (Negeri Selangor) No.5 Tahun 2003 yang menyatakan :

Sesuatu catatan dalam mana-mana daftar, rekod atau mana-mana buku

awam atau buku rasmi yang lain yang menyatakan sesuatu fakta

persoalan atau fakta relevan dan dibuat oleh seseorang pengkhidmat

awam pada menunaikan tugas rasminya atau oleh mana-mana orang

lain pada melaksanakan sesuatu kewajipan yang diperintahkan dengan

khususnya oleh undang-undang negara di mana daftar, rekod atau buku

itu disimpan, ia dengan sendirinya qarinah.

[82] Apa yang difahami berdasarkan statistik tersebut, peningkatan jumlah kes

jenayah khalwat telah meningkat dengan begitu mendadak sekali di Mahkamah

ini, itupun baru dilihat dalam tempoh dua tahun setengah. Justeru itu,

kesimpulannya adalah, hukuman denda yang telah banyak dikenakan oleh

Mahkamah terhadap kes-kes khalwat sebelum ini nampaknya tidak

memberikan kesan dan sudah tidak mampu memberikan pengajaran

kepada umat Islam khususnya di negeri Selangor termasuklah kepada

kedua-dua OKT dalam kes ini.

[83] Isu peningkatan dan kekerapan kes khalwat perlu diterima oleh Mahkamah sebagai

bukti keseriusan kes ini dan ianya bersesuaian dengan kes Muhamad Taufik

Kamaluddin lwn. PP [2007] CLJ 195 yang mana Hakim Azahar Mohamed

menyatakan :

“Saya juga perhatikan dalam alasan penghakimannya Hakim Mahkamah

Sesyen telah memberikan pertimbangan tentang “kekerapan kejadian

kes-kes samun di kawasan Johor Bahru dan sekelilingnya”. Pada hemat

saya pendekatan yang sedemikian tidak silap atau menyalahi mana-mana

prinsip undang-undang. Malahan Mahkamah berhak memberikan

32

pengiktirafan penghakiman (judicial notice) tentang kekerapan atau

kelaziman berlakunya sesuatu kesalahan di kalangan masyarakat

setempat sewaktu menghukum pesalah. Mahkamah berhak untuk memberi

pengiktirafan sedemikian tentang apa yang diketahui umum. Kelaziman

atau kekerapan berlakunya sesuatu jenayah memerlukan Mahkamah

sensitif kepada keadaan ini dan memandangkan kesalahan sedemikian

dengan serius dan mengutamakan faktor deteran dalam menjatuhkan

hukuman ke atas pesalah”.

[84] Maka, Mahkamah amat bersetuju dengan hujah Pendakwa Syarie yang memohon

hukuman maksimum dikenakan sebagai pengajaran kepada kedua-dua OKT.

Namun pada pendapat Mahkamah, apakah hukuman yang wajar, setimpal dan

boleh dijadikan pengajaran kepada kedua-dua OKT dan kepada seluruh

masyarakat Islam.

[85] Mahkamah seterusnya, merujuk kepada kes-kes Norazlisham bin Ramli lwn

Ketua Pendakwa Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan JH XV/II 165,

Pendakwaraya lwn Chew Chee Wah [1995] 4 MLJ 26 dan PP lwn Alfred

Vincent [2004] CLJ 515. Ingin Mahkamah tegaskan, apa yang dipentingkan

oleh ketiga-tiga kes tersebut adalah kewajaran Mahkamah menimbangkan untuk

memberikan hukuman yang lebih ringan kepada seseorang Tertuduh dengan

kesalahan pertama KECUALI terdapatnya kepentingan awam.

[86] Ingin Mahkamah tegaskan bahawa, berdasarkan kesalahan kedua-dua OKT

tersebut, maka ianya boleh dianggap sebagai suatu kesalahan yang amat serius

dan berat ditambah lagi dengan peningkatan statistik kes khalwat di Mahkamah

ini yang amat ketara setakat ini, maka adakah masih wajar dan memadai untuk

Mahkamah ini hanya mengenakan hukuman denda sahaja kepada kedua-dua

OKT. Pada pandangan Mahkamah, kesalahan kedua-dua OKT ini memerlukan

hukuman yang sewajarnya dan mampu memberikan keutamaan kepada

33

kepentingan awam berbanding kepentingan memberikan pengajaran kepada

kedua-dua OKT jika hanya hukuman denda dikenakan.

[87] Apatah lagi keadaan kedua-dua OKT juga boleh dianggap sebagai sengaja

mencabar kewibawaan undang-undang yang telah dikanunkan serta mencabar

kredibiliti pemerintah Negeri Selangor yang membuat dan meluluskan undang-

undang tersebut secara khususnya termasuklah Sultan Selangor yang

merupakan penaung dan Ketua Agama Islam di dalam Negeri ini.

[88] Justeru itu, wajarkah Mahkamah ini mempertimbangkan rayuan yang

dikemukakan kedua-dua OKT dan seterusnya hanya memberikan hukuman

denda sahaja sudah cukup memberikan pengajaran kepada kedua-dua OKT,

sedangkan kedua-dua OKT sendiri merupakan sebahagian daripada statistik kes

bagi tahun 2017 tersebut.

Peringatan Mahkamah

[89] Pergaulan tanpa batasan dewasa ini menjadi seperti satu perbuatan biasa seolah-

olah bukan menjadi satu kesalahan. Sekiranya tidak diambil tindakan serius,

Mahkamah percaya pada suatu masa nanti larangan dan tegahan syarak pastinya

akan menjadi sesuatu yang dipermain-mainkan. Apa yang menyedihkan adalah

kesalahan khalwat sebegini bukan sahaja melibatkan golongan muda mudi yang

sedang dibuai cinta dan nafsu tetapi yang lebih memalukan ia melibatkan

golongan-golongan mereka yang sudah berstatus suami dan bapa juga

isteri dan ibu yang sepatutnya mempunyai tanggungjawab sebagai pemimpin

untuk menunjukkan contoh teladan yang baik kepada orang yang dipimpin.

[90] Di dalam kes ini kedua-dua OKT telah tidak mengendahkan larangan Allah. Malah

kedua-dua OKT juga telah tidak mematuhi sekatan jalan zina sebagai mana

dinyatakan oleh ahli-ahli tafsir, termasuk sebagai mana di dalam tafsiran di atas.

Perbuatan kedua-dua OKT menunjukkan mereka ini sengaja melanggar undang-

34

undang dan hukum syarak dan perbuatan sebegini sudah semakin serius berlaku

sejak kebelakangan ini. Mahkamah percaya, perbuatan sebegini sekiranya

dibiarkan pastinya akan menyebabkan berlakunya perkara yang tak dingini. Ini

kerana pada diri lelaki dan wanita itu ada gelora syahwat, lebih-lebih lagi dalam

keadaan berdua-duaan tanpa ada ikatan perkahwinan kerana bila berdua-duaan

lelaki dan wanita, pihak ketiga adalah syaitan sepertimana sabda Rasulullah

S.A.W dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Jabir R.A ;

Maksudnya : Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari

akhirat maka janganlah dia berdua-duaan dengan seorang

wanita yang tidak bersamanya mahram kerana yang ketiga

selepas mereka berdua ialah syaitan.

[91] Bagi OKT (1), Mahkamah memandang serius kesalahan yang dilakukan kerana

tidak sepatutnya kesalahan sebegini dilakukan oleh OKT (1) yang sudah

mempunyai tanggungjawab sebagai suami dan bapa. Pada waktu-waktu

tangkapan tersebut sepatutnya OKT (1) berada bersama keluarganya dan

bukannya bersama wanita yang bukan mahram melakukan maksiat di rumah

sendiri. Adalah menjadi tanggungjawab OKT (1) untuk menunjukkan tauladan,

sikap dan contoh yang baik kepada anak-anak kerana tanggungjawab suami dan

bapa ini akan disoal oleh Allah S.W.T kelak. Sepatutnya OKT (1) memelihara

kepercayaan yang diberikan oleh isteri dan sekiranya perkara ini diketahui oleh

isteri dan keluarga, pastinya ia akan mewujudkan krisis dalam rumahtangga.

[92] Begitu juga dengan OKT (2), sebagai seorang yang berstatus isteri orang,

sepatutnya OKT (2) memelihara kesucian diri dan maruah. Sebagai suri rumah

tangga, pada waktu-waktu tangkapan tersebut, sepatutnya OKT (2) berada di

rumah sendiri menjalankan tanggungjawabnya sama ada sebagai isteri atau ibu

dan bukannya bertandang ke rumah lelaki yang bukan mahramnya. Mahkamah

tidak pasti, apakah sebenarnya yang bermain di fikiran OKT (2) ini ketika itu

sehingga tergamak untuk masuk ke rumah dan berada berdua-duaan dengan lelaki

35

yang bukan suaminya. Perbuatan ini pastinya menjatuhkan maruah diri OKT (2)

dan wanita Islam yang lain yang martabatnya berada di tempat yang cukup mulia

dalam Islam. Paling menyedihkan, kesalahan ini pastinya memalitkan keaiban

dan mencemarkan maruah keluarganya.

[93] Disebabkan itu, Mahkamah memandang kesalahan ini sebagai satu kesalahan

yang serius kerana ianya dilakukan oleh pasangan yang sudah berkahwin.

Sekiranya perbuatan-perbuatan seperti ini tidak dibendung mulai sekarang,

pastinya akan mengundang kemurkaan dan bala dari Allah dan bala Allah ini

turunnya bukan hanya pada pelaku-pelaku maksiat tetapi juga menimpa manusia

lain.

Kesimpulan

[94] Berdasarkan alasan-alasan di atas, Mahkamah berkeyakinan bahawa hukuman

yang maksimum sebagaimana yang dimohon oleh pihak Pendakwa Syarie ke

atas kedua-dua OKT yang telah jelas sengaja melanggar undang-undang yang

berkuatkuasa dalam Negeri Selangor ini adalah wajar.

[95] Mahkamah berpendapat, sudah tiba masanya untuk Mahkamah ini memberikan

suatu hukuman yang setimpal supaya ianya dapat menjadi pengajaran bukan

sahaja kepada kedua-dua OKT, malah kepada keluarga, rakan-rakan dan

masyarakat Islam khusunya di negeri Selangor ini. Jika hanya hukuman

ringan dikenakan, maka ia akan memberi gambaran salah kepada

masyarakat seolah-olah Mahkamah Syariah tidak memandang serius kes-

kes jenayah syariah seumpama kes ini.

[96] Selain itu, jika kedua-dua OKT hanya dikenakan hukuman denda walaupun

bersifat maksima, ianya tidaklah mencukupi kerana Mahkamah percaya kedua-

dua OKT berkemampuan untuk membayar denda tersebut. Justeru itu,

Mahkamah berpendapat bahawa, kombinasi hukuman adalah paling wajar untuk

36

dikenakan sebagai pengajaran kepada kedua-dua OKT walaupun ini merupakan

kesalahan pertama kedua-dua OKT dan tiada keperluan untuk Mahkamah ini

meringankan hukuman kerana kesalahan yang dilakukan sangat serius.

[97] Mahkamah juga telah mengambilkira kesukaran Pegawai Penguatkuasa Agama

dan Pendakwa Syarie yang telah bersungguh-sungguh membawa kes ini ke

Mahkamah demi melaksanakan tugas dan yang lebih penting adalah menjaga

maruah agama Islam dalam mencapai matlamat kepentingan awam itu

dipelihara.

[98] Mahkamah juga percaya, hukuman yang akan dikenakan ini akan memberikan

ruang yang sewajarnya untuk kedua-dua OKT merasa insaf dan berfikir tentang

keseriusan kesnya atas keadaan sikapnya yang mengambil ringan tentang

undang-undang jenayah Syariah dan juga sikap mengambil lewa sewaktu

mengemukakan rayuan.

KEPUTUSAN

[99] Setelah meneliti semua kertas kausa, keterangan dan hujahan, maka adalah

dihakimkan seperti berikut :

1. Mahkamah memerintahkan OKT (1) dihukum dengan denda sebanyak

RM2,500.00 dan penjara empat belas (14) hari.

2. Mahkamah memerintahkan penjara selama satu (1) bulan jika gagal

membayar denda tersebut mulai hari ini.

3. Mahkamah memerintahkan OKT (2) dihukum dengan denda sebanyak

RM2,500.00 dan penjara empat belas (14) hari. dan

4. Mahkamah memerintahkan penjara selama satu (1) bulan jika gagal

membayar denda tersebut mulai hari ini.