menarik di dalam - jabatan kehakiman syariah negeri selangor jakess bil 27 2_2016_f1.pdf · isi...

20
www.jakess.gov.my Syariah Asas Keadilan PERMOHONAN MEMBUANG PERKATAAN ISLAM PADA KAD PENGENALAN PERSIDANGAN KEHAKIMAN DAN PERUNDANGAN SYARIAH NUSANTARA 2016 Koleksi Penghakiman Fokus Menarik Di Dalam m/s 3 m/s 9 m/s 10 m/s 13 QUALITY SYSTEM CERTIFIED TO ISO 9001 : 2008 CERT. NO.: MY-AR 3282 CERTIFIED TO MS 9001 : 2014 CERT. NO.: AR 6524 QUALITY SYSTEM QUALITY SYSTEM MS ISO/IEC 17021:2011 QS 02121999 CB 01 BULETIN JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH SELANGOR KELUARAN : 24 BIL 1/2015 BULETIN JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH SELANGOR KELUARAN : 27 BIL 2/2016

Upload: others

Post on 07-Sep-2019

39 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • www . j a k e s s . g o v . m ySyariah Asas Keadilan

    PERMOHONAN MEMBUANG PERKATAAN ISLAM PADA KAD PENGENALAN

    PERSIDANGAN KEHAKIMAN DAN PERUNDANGAN SYARIAH NUSANTARA 2016

    KoleksiPenghakiman

    Fokus

    Menarik Di Dalam

    m/s 3

    m/s 9

    m/s 10

    m/s 13

    QUALITYSYSTEM

    CERTIFIED TO ISO 9001 : 2008 CERT. NO.: MY-AR 3282 CERTIFIED TO MS 9001 : 2014CERT. NO.: AR 6524

    QUALITYSYSTEM

    QUALITYSYSTEM

    MS ISO/IEC 17021:2011QS 02121999 CB 01

    BULETIN JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH SELANGORKELUARAN : 24 BIL 1/2015BULETIN JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH SELANGORKELUARAN : 27 BIL 2/2016

  • PENAUNGYAA Prof. Adjung Dato’ Dr. Mohd Na’im bin Mokhtar

    PENASIHATPuan Noor Huda binti Roslan

    KETUA PENGARANGPuan Herlina Ainizawati binti Zakaria

    SETIAUSAHAPuan Nurul Nadia binti Tahad

    PENOLONG SETIAUSAHAPuan Zairatul Anati binti Miskon

    PENGARANGTuan Abdul Majid bin Abdul Rahman

    Tuan Muhammad Amir Firdaus bin SidinPuan Marina binti Abdul Rahman

    Puan Siti Noraini binti IsmailPuan Ruziana binti Abd.Hamid

    Puan Norhaslinda binti Abd.GhaniEncik Zul Helmi Azam bin Zulkepli

    JURUFOTOEncik Sufian Hanif bin Manan

    DICETAK OLEHFirdaus Press Sdn. Bhd.

    Isi Kandungan

    Sidang Redaksi

    Sidang Redaksi 2Visi, Misi & Objektif 2Piagam Pelanggan .. 2Perutusan:Ketua Hakim Syarie 3Ketua Pengarang 3Fokus:Persidangan Kehakiman dan PerundanganSyariah Nusantara 2016 4-5Koleksi Penghakiman: Permohonan membuang perkataan Islam pada Kad Pengenalan 6-8

    Aktiviti JAKESS 9-13Kursus & Latihan JAKESS 14Lawatan JAKESS 15Program Turun Padang JAKESS 16Anugerah Pekerja Contoh 17Pertukaran Pegawai & Kakitangan JAKESS 18Kelahiran & Perkahwinan 19Keratan Akhbar 20

    VISI

    Menjadi institusi kehakiman syariah yang terunggul di Malaysia pada tahun 2020 yang berteraskan keadilan Islam.

    MISI

    Melaksanakan pengadilan dan pengurusan Mahkamah Syariah secara berkesan dan sistematik berasaskan peruntukan undang-

    undang.

    OBJEKTIF

    1. Mengurus dan mengendalikan kes-kes mal dan jenayah secara tepat dan teratur mengikut hukum syarak dan undang-undang mengikut masa yang ditetapkan.

    2. Menguatkuasakan dan melaksanakan penghakiman secara teratur dan berkesan.

    3. Memberi perkhidmatan penyelesaian kes secara alternatif yang berkesan.

    4. Merancang dan membangunkan sumber manusia yang mencukupi, terlatih dan kompeten.

    PIAGAM PELANGGAN

    1. Pelanggan akan diberi tarikh sebutan atau Majlis Sulh pada hari yang sama selepas permohonan sempurna didaftarkan.

    2. Kes Mal akan mula disebut atau mula dibicarakan atau dibawa ke Majlis Sulh dalam tempoh 19 hari selepas didaftarkan.

    3. Kes Saman Jenayah akan mula disebut atau mula dibicarakan dalam tempoh 19 hari selepas didaftarkan.

    4. Keputusan kes akan dibuat dalam tempoh 30 hari setelah perbicaraan selesai bagi setiap tahun.

    5. Perintah Faraid sedia dikeluarkan kepada pelanggan dalam tempoh 14 hari selepas kes diputuskan.

    6. Perintah Perbicaraan bagi kes perceraian boleh diberikan dalam tempoh 30 hari selepas kes diputuskan dan dipohon oleh pelanggan.

    7. Kes Rayuan akan diberi tarikh sebutan atau pendengaran dalam tempoh 19 hari selepas rekod rayuan yang lengkap diterima.

    Jabatan Kehakiman Syariah Selangor2

  • ,

    Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan izinNya buletin keluaran ke-27 bilangan 2/2016 Jabatan Kehakiman Syariah Selangor ini dapat diterbit dan diedarkan.

    Untuk makluman sidang pembaca sekalian, keluaran kali ini merangkumkan aktiviti-aktiviti sepajang tahun 2016 yang belum diterbitkan dalam buletin keluaran lalu yang merupakan edisi khas sempena Persidangan Kehakiman dan Perundangan Syariah Nusantara Tahun 2016.

    Semoga dengan paparan ini dapat dijadikan dorongan serta suntikan motivasi kepada warga JAKESS untuk meningkatkan lagi prestasi kerja cemerlang dan sentiasa melakukan penambahbaikan ke arah menepati visi dan misi jabatan.

    Akhir kata, jutaan terima kasih dikalungkan kepada YAA Prof. Adjung Dato’ Dr. Mohd Na’im bin Mokhtar, Ketua Hakim Syarie Selangor dan pihak pengurusan tertinggi atas sokongan padu terhadap Unit Penerbitan JAKESS dalam usaha kami menerbitkan bahan bacaan yang berkualiti untuk tatapan warga jabatan dan juga khalayak pembaca awam.

    Sekalung penghargaan dan terima kasih juga diucapkan kepada semua pihak yang membantu menerbitkan buletin kali ini khususnya sidang redaksi yang sentiasa padu menyumbang idea dan tenaga. Tanpa kerjasama semua pastinya sukar untuk buletin ini diterbitkan.

    Sebelum mengundur diri, saya mengalu-alukan sebarang komen serta cadangan berkenaan buletin JAKESS. Komen dan cadangan tersebut bolehlah diemelkan ke alamat [email protected]

    Sekian, wassalam.

    HERLINA AINIZAWATI BINTI ZAKARIAKetua Pengarang

    ,

    Segala puji bagi Allah S.W.T tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia, Nabi Muhammad S.A.W, ahli keluarga Baginda, para sahabat, para tabi’in serta muslimin dan muslimat yang saya kasihi sekalian.

    Alhamdulillah, saya merafakkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah S.W.T kerana dengan segala limpah kurniaan-Nya kita diberi kudrat untuk meneruskan kesinambungan bagi melaksanakan amanah Allah SWT di maka bumi ini. Setinggi-tinggi rasa kesyukuran juga, sekali lagi kita berjaya menerbitkan Buletin Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) bilangan 2 tahun 2016.

    Saya ingin merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh warga JAKESS yang telah menunjukkan prestasi cemerlang sepanjang tahun 2016 sehingga membawa JAKESS melakar pelbagai kejayaan. Antaranya kejayaan besar tahun ini adalah kejayaan kita dalam menganjurkan Persidangan Kehakiman dan Perundangan Syariah Nusantara pada 7 November sehingga 9 November 2016 yang telah menerima pelbagai reaksi positif daripada pelbagai pihak termasuk daripada delegasi luar negara.

    Saya percaya ini hanyalah permulaan kepada kejayaan-kejayaan yang lebih besar pada masa akan datang. Semoga warga JAKESS terus istiqamah dan kerjasama berpasukan ini terus diperkukuh dari semasa ke semasa.

    Sebelum mengundur diri, sekali lagi saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua warga jabatan yang terlibat sama ada secara langsung ataupun tidak dalam semua kejayaan yang diraih jabatan. Terima kasih juga diucapkan kepada sidang redaksi dan semua pihak yang terlibat atas segala kerjasama dan komitmen yang ditunjukkan dalam menerbitkan buletin kali ini.

    Sekian, terima kasih. Wassalam.

    PROF. ADJUNG DATO’ DR. MOHD NA’IM BIN MOKHTARDPMS., AMN., BSK., PPC.Ketua Hakim SyarieJabatan Kehakiman Syariah Selangor

    BICARA KETUA PENGARANG

    PERUTUSAN KETUA HAKIM SYARIE

    PERUTUSAN DAN BICARA

    Jabatan Kehakiman Syariah Selangor 3

  • FOKUS

    PERSIDANGAN KEHAKIMAN DANPERUNDANGAN SYARIAH NUSANTARA 2016

    Sekretariat Kehakiman Syariah Nusantara bakal diwujudkan bagi menghubungkan jalinan kerjasama antara negara-negara Nusantara yang terlibat dalam bidang kehakiman dan perundangan Syariah secara bersepadu dan kolektif. Ia hasil persetujuan yang dicapai pada sesi mesyuarat yang dijalankan antara wakil Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), Jabatan Kehakiman Syariah Negeri, Mahkamah Syariah Negeri bersama delegasi nusantara iaitu Singapura, Indonesia, Brunei dan Thailand.Mesyuarat berkenaan diadakan sempena Persidangan Kehakiman dan Perundangan Syariah Nusantara 2016 bertemakan Institusi Kehakiman Syariah Nusantara: Mendepani Cabaran Globalisasi. yang diadakan pada 7 hingga 9 November 2016 bertempat di Hotel Concorde, Shah Alam, Selangor.

    Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan merasmikan persidangan tersebut. Baginda diiringi Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah, Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Ketua Pengarah JKSM, Tan Sri Dr. Ibrahim Lembut dan Ketua Hakim Syarie Selangor, Prof. Adjung Dato’ Dr. Mohd Na’im Mokhtar selaku tuan rumah.

    Jabatan Kehakiman Syariah Selangor4

  • FOKUS

    Dalam titah ucapan Sultan Sharafuddin, baginda mahu Mahkamah Syariah dipandang mulia dan dihormati sebagai institusi kehakiman terunggul kepada umat Islam selaras dengan kedudukan Mahkamah Syariah seperti yang diperuntukkan dalam Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan.Persidangan anjuran JKSM dan JAKESS itu antara lain melibatkan wacana perkongsian pengalaman daripada wakil-wakil delegasi nusantara yang dijemput dalam usaha pemerkasaan undang-undang Syariah di rantau ini. Perwakilan yang hadir dan juga peserta seramai hampir 380 orang yang terdiri daripada Pegawai Syariah seluruh Malaysia turut menzahirkan minat yang tinggi terhadap penganjuran persidangan kali ini sambil tidak melepaskan peluang beramah mesra dengan delegasi luar.

    Jabatan Kehakiman Syariah Selangor 5

  • RASYIQAH MISHA BINTI ABDULLAH

    Lwn.

    MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR[Mahkamah Tinggi Syariah (Selangor) di Shah Alam, Permohonan No.: 10600-070-0037-2016

    (Y.A.A Dato’ Dr. Haji. Mohd Na’im Bin Haji Mokhtar, Ketua Hakim Syarie)]

    [22 Ramadhan 1437H bersamaan 27 Jun 2016]

    oleh Pemohon dan Responden, dan juga SETELAH MAHKAMAH berpuashati dengan afidavit Pemohon dan Responden serta dokumen-dokumen yang dikemukakan, MAKA DENGAN INI MAHKAMAH memutuskan dan memerintahkan seperti berikut: 1. Permohonan Pemohon untuk menghidupkan

    semula kes Saman No: No. 10200-043-0455-2013 adalah dibenarkan/diluluskan; dan

    2. Kes Saman No. 10200-043-0455-2013 tersebut dihidupkan semula untuk dibicarakan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Selangor.

    PEGUAM SYARIE 1. Pemohon diwakili oleh Encik AB Kadir Bin Ismail

    dari Tetuan Ab Kadir Ismail 2. Responden ialah Majlis Agama Islam Selangor.

    Undang-Undang Yang Dirujuk 1. Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (2003)

    Seksyen 5,40, 121, 193 dan 209. 2. Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri

    Selangor) 2003 Seksyen 2, 61. 3. Arahan Amalan No. 12 Tahun 2005. 4. Arahan Amalan No. 15Tahun 2002.

    Kes Yang Dirujuk 1. Wan Ismail Bin Wan Endut lwn Wan Puziah Binti

    Wan Awang, JH XXII/II 1427H

    Alasan Penghakiman YAA Dato’ Dr. Haji Mohd. Na’im Bin Haji Mokhtar, KHS

    Bidangkuasa [1] Kes ini berkenaan dengan kes Saman Pemohon

    yang telah dibatalkan oleh Mahkamah Tinggi

    KOLEKSI PENGHAKIMAN

    Pentadbiran Agama Islam – Bidangkuasa Mahkamah Tinggi Syariah – Seksyen 61(3)(b)(i)Enakmen Pentadbiran Agama Islam(Negeri Selangor) 2003.Tatacara Mal Mahkamah Syariah – Bidangkuasa Ketua Hakim Syarie untuk Menghidupkan Semula Kes – Seksyen 209 (4) Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah(Negeri Selangor) 2003– Ketidakhadiran Pemohon dalam kes –Seksyen 193 (4) Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003- Ketidakhadiran pihak – Seksyen 121(1)(c) Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003Arahan Amalan – No. 12 Tahun 2005 – Prosedur Menghidupkan Semula Kes – Arahan Amalan No 15 Tahun 2002 – Membuka Semula Kes

    FAKTA KES [1] Pemohon dalam kes ini telah memohon kepada

    Mahkamah untuk menghidupkan semula Kes Saman No. 10200-043-0404-2011 iaitu untuk mendapatkan suatu perintah pengisytiharan bukan agama Islam (permohonan membuang perkataan Islam pada Kad Pengenalan) yang telah didaftarkan pada 3 Oktober 2011.

    [ 2] Kes tersebut kemudiannya telah dibuang oleh Mahkamah Tinggi Syariah pada 20 Oktober 2015 atas sebab ketidakhadiran pemohon lebih dari satu kali. Pemohon kemudiannya telah memfailkan permohonan menghidupkan semula kes tersebut pada 29 Februari 2016.

    [3] Pemohon di dalam afidavitnya untuk menghidupkan semula kes menyatakan kepada Mahkamah sebab tidak hadir ke Mahkamah pada tarikh kes tersebut dibuang adalah kerana tidak mendapat kebenaran dari majikannya walaupun telah diberitahu awal.

    DIPUTUSKAN SETELAH MAHKAMAH meneliti permohonan dan mendengar keterangan dan hujah yang dikemukakan

    Jabatan Kehakiman Syariah Selangor6

  • Syariah melalui perintah bertarikh 20 Oktober 2015 kerana kegagalan Pemohon untuk menghadiri perbicaraan yang telah ditetapkan oleh Mahkamah, dan tidak mengikut Peruntukan Seksyen 121 (c) Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003.

    [2] Dalam menjalankan kuasa eksklusifnya untuk mendengar permohonan menghidupkan semula kes yang ditolak oleh Mahkamah Tinggi Syariah, bidangkuasa umum Mahkamah Tinggi Syariah telah diperuntukkan oleh Seksyen 61 (3) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 seperti berikut:

    (b) dalam bidang kuasa Malnya, mendengar dan memutuskan semua tindakan dan prosiding jika semua pihak dalam tindakan dan prosiding dalam tindakan atau prosiding itu adalah orang Islam dan tindakan atau prosiding itu adalah berhubungan dengan-

    (xiii) perkara-perkara lain yang berkenaan dengannya bidangkuasa diberikan oleh mana-mana undang-undang bertulis.

    [3] Oleh itu dalam menjalankan kuasa untuk menghidupkan semula kes yang telah ditolak/dibuang, tidak timbul persoalan sama ada permohonan ini menepati bidang kuasa yang diperuntukkan atau tidak, kerana Seksyen 209(4) Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003 telah memperuntukkan bahawa:

    “Seorang Ketua Hakim Syarie boleh, atas permohonan mana-mana pihak atau mengikut budi bicaranya sendiri memerintahkan Mahkamah Tinggi Syariah supaya menghidupkan semula mana-mana kes yang telah ditolaknya.”

    Seterusnya Seksyen 193 (4) Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003 pula memperuntukkan:

    “Jika permohonan itu telah dibuang tanpa pendengaran oleh sebab pemohon tidak hadir, maka Mahkamah, jika berpuas hati bahawa adil berbuat sedemikian, boleh membenarkan permohonan itu dimasukkan semula.”

    Seksyen 2 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 seterusnya telah memperuntukkan:

    “Mahkamah Syariah atau Mahkamah ertinya Mahkamah Tinggi Syariah atau Mahkamah Rendah Syariah, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang ditubuhkan di bawah subseksyen 55(1) atau 55(2).”

    [4] Oleh kerana Mahkamah yang membuat keputusan untuk menolak Kes Saman No. 10200-043-0404-2011 adalah Mahkamah Tinggi Syariah, maka bidangkuasa untuk mendengar permohonan menghidupkan semula kes ini terletak ke atas Ketua Hakim Syarie, seperti yang telah diperuntukkan secara tersurat oleh Seksyen 209 (4) Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003.

    [5] Mahkamah juga merujuk kepada kes Wan Ismail Bin Wan Endut lwn Wan Puziah Binti Wan Awang, JH XXII/II 1427H, Y.A.A Dato’ Haji Ismail Bin Yahya, Ketua Hakim Syarie Negeri Terengganu dalam penghakimannya menjelaskan bahawa;

    “Peruntukkan subseksyen itu jelas menunjukkan bahawa Ketua Hakim Syarie berkuasa memerintahkan supaya dihidupkan semula mana-mana kes yang telah ditolak oleh mana-mana Mahkamah Rendah Syariah atau Mahkamah Tinggi Syariah dan tidak termasuk yang ditolak oleh Mahkamah Rayuan Syariah. Pengkhususan bidangkuasa Ketua Hakim Syarie mengikut undang-undang sebagaimana yang diperuntukkan itu adalah tidak bertentangan dengan Hukum Syara’ bahkan ianya adalah menepati kehendak Hukum Syara’ sebagaimana yang diperjelaskan di dalam Kitab Nizam Al-Qadha’ fi al-Syariah al-Islamiah oleh Dr. Abdul Karim Zaidan….”

    Autoriti dan Hukum Syara’ [6] Arahan Amalan No 12 Tahun 2005 berkenaan

    dengan Prosedur Menghidupkan Semula Kes Yang Telah Dibuang/Ditolak Sebelum Selesai telah mengesahkan untuk menerima pakai arahan amalan mengenai prosedur menghidupkan semula kes yang telah dibuang atau ditolak sebelum selesai seperti berikut:-

    (i) Pemohon hendaklah mengemukakan Permohonan untuk menghidupkan semula kes beserta afidavit sokongan

    [7] Arahan Amalan ini merupakan medium yang memberikan alternatif kepada pihak-pihak yang ingin membuka semula kes yang telah ditolak atau dibuang, Setelah Mahkamah meneliti Permohonan dan Afidavit yang difailkan ntuk menghidupkan semula Kes Saman No. 10200-043-0404-2011, Mahkamah mendapati kedua pihak telah menepati kehendak Arahan Amalan No 12 Tahun 2005.

    [8] Walaubagaimanapun Mahkamah Yang Mulia ini merujuk juga Arahan Amalan No 15 Tahun 2002 berkenaan dengan Membuka Semula Kes yang berbunyi seperti berikut:

    “…mengesahkan untuk menerima pakai keputusan berhubung apa-apa arahan berhubungan pendengaran semula kes bagi fail yang telah dibatalkan atau ditolak hendaklah dinyatakan alasan-alasan berkaitan agar membantu pihak-pihak terlibat menyegerakan prosiding kes.

    [9] Hakim Bicara di dalam kes ini juga telah mematuhi peruntukkan di bawah Seksyen 121 (c) Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003 yang memperuntukkan bahawa;

    “Seksyen 121. Ketakhadiran pihak-pihak

    KOLEKSI PENGHAKIMAN

    Jabatan Kehakiman Syariah Selangor 7

  • (1) Jika, apabila mana-mana tindakan dipanggil untuk pendengaran—

    (c) plaintif tidak hadir, Mahkamah boleh membuang tindakan itu dan mendengar memutuskan apa-apa tuntutan balas.”

    [10] Berdasarkan autoriti-autoriti tersebut di atas, Mahkamah berpuashati dan berpendapat bahawa kehadiran pemohon pada setiap prosiding Mahkamah adalah amat penting untuk membantu Mahkamah mencapai keadilan, dan sebagai bukti kesungguhan untuk mendapatkan atau menafikan hak masing-masing.

    [11] Sebelum Mahkamah mengulas lebih lanjut berkaitan kes di atas, Mahkamah ingin mengingatkan khususnya kepada Pemohon, bahawa kehadiran ke Mahkamah pada setiap prosiding amatlah penting bagi memastikan Mahkamah dapat melaksanakan tugasan dengan lancar.

    [12] Merujuk kes yang difailkan, pada tarikh kes tersebut dibuang Peguam Syarie Pemohon hadir tetapi Pemohon tidak hadir. Pemohon menyatakan kepada Mahkamah dia tidak dapat hadir ke Mahkamah adalah kerana tidak mendapat kebenaran untuk bercuti dari majikan walaupun permohonan telah dibuat awal.

    [13] Kes ini telah difailkan pada tahun 2011 dan telah berjalan selama lebih kurang 5 tahun dan telah sampai di peringkat perbicaraan. Pegaum Syarie Pemohon menyatakan dan mengakui kealahan Pemohon yang tidak dapat hadir ke Mahkamah sewaktu perbicaraan telah ditetapkan namun Pemohon dengan rendah hati memohon kepada Mahkamah agar memberi peluang sekali lagi bagi menghidupkan semual kes Pemohon memandangkan ketidakhadiran Pemohon ke Mahakamah bukanlah suatu perkara yang disengajakan.

    [14] Kes ini telah berada di peringkat soal balas Pemohon dan telah menlalaui beberapa sesi bicara yang berjalan tanpa masalah. Oleh itu Pemohon berhujah bahawa adalah tidak adil sekiranya kes ini dibuang tanpa mendapat kebenaran untuk dihidupkan semula.

    [15] Responden di dalam kes ini berhujah bahawa sebelum Mahkamah membuat keputusan untuk emluluskan permohonan adalah elok jika Mahkamah menimbang sewajarnya kerana ia melibatkan status agama Islam dan dikhuatiri akan mencemarkan kesucian agama Islam.

    [16] Responden juga berhujah bahawa Pemohon telah lebih dari satu kali tidak hadir ke Mahkamah tanpa memaklumkan alasan yang munasabah dan ini menunjukkan sikap Pemohon yang tidka serius terhadap kesnya dan telah menyusahkan banyak pihak serta mencemarkan kesucian Mahkamah Syariah.

    [17] Mahkamah dalam membuat keputusan bukan sahaja melihat kepada kuasa

    KOLEKSI PENGHAKIMAN

    sedia ada yang diberikan untuk menghidupkan kes namun melihat juga kepada keperluan sesuatu kes itu dihidupkan. Mahkamah bersetuju dengan alasan yang diberikan oleh Responden berkaitan sikap Pemohon yang tidak hadir ke Mahakamah tersebut telah menyusahkan pihak-pihak yang lain.

    [18] Walau bagaimanapun Mahkamah melihat ada merit pada kes ini kerana ia melibatkan status agama Islam dan Mahkamah memberikan peluang yang terakhir kepada Pemohon untuk menyelesaikan kesnya. Beri kerjasama yang secukupnya kepada semua pihak kerana tanpa kerjasama kes ini tidak akan berjaya untuk diputuskan.

    KEPUTUSANSETELAH MAHKAMAH meneliti permohonan dan mendengar keterangan dan hujah yang dikemukakan oleh Pemohon dan Responden serta SETELAH MAHKAMAH berpuashati dengan afidavit Pemohon dan Responden serta dokumen-dokumen yang dikemukakan, MAKA DENGAN INI MAHKAMAH memutuskan dan memerintahkan seperti berikut: 1) Mahkamah memerintahkan Kes Saman No.

    10200-043-0404-2011 dihidupkan semula untuk dibicarakan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Selangor; dan

    2) Pendengaran kes yang telah dihidupkan semula ini hendaklah disegerakan dan didaftarkan semula dengan diberi nombor dan kod yang baru pada fail kes yang sama.

    Disediakan oleh,

    YAA. Dato’ Dr. Haji. Mohd Na’im Bin Haji MokhtarKetua Hakim SyarieJabatan Kehakiman Syariah Selangor27 Jun 2016

    Jabatan Kehakiman Syariah Selangor8

  • P ada 21 Mei 2016 (Sabtu), Badan Kebajikan Mahkamah Syariah Selangor (BAKEMAS) telah mengadakan program Hari Keluarga untuk seluruh warga Jabatan. Program tersebut diadakan di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Kepong dan telah dirasmikan oleh YAA Prof. Adjung Dato’ Dr. Mohd Na’im bin Mokhtar, Ketua Hakim Syarie. Semua warga Jabatan mula mendaftar di kaunter pendaftar seawal 7.00 pagi dan masing-masing bersemangat datang bersama ahli keluarga bagi memeriahkan lagi program ini. Pelbagai acara sukaneka yang terdiri daripada kategori sukan kanak-kanak dan sukan dewasa telah diadakan sepanjang program tersebut dijalankan. Antara acara sukaneka

    FAMILY DAY BAKEMAS

    bagi kategori kanak-kanak adalah pertandingan mewarna, rebut gula-gula, isi air dalam botol dan sebagainya. Bagi acara kategori sukan dewasa pula ialah terompah gergasi, lari dalam guni, joran terpantas dan banyak lagi acara sukan yang menarik. Di samping acara sukan, pelbagai gerai makanan disediakan untuk semua warga Jabatan. Rata-rata warga Jabatan dan ahli keluarga sangat berpuas hati dengan pelbagai makanan yang disediakan. Sekitar jam 12.00 tengah hari semua acara telah selesai dan tiba masa untuk acara yang ditunggu-tunggu semua warga Jabatan iaitu acara penyampaian hadiah dan cabutan bertuah. Selesai majlis penutup, semua warga Jabatan bersurai.

    AKTIVITI

    Jabatan Kehakiman Syariah Selangor 9

  • AKTIVITI

    Tanggal 26 Ogos 2016 telah diadakan Sambutan Bulan Kemerdekaan Tahun 2016 Peringkat Jabatan Kehakiman Syariah Selangor bertempat di Dewan Muktamar. Sebanyak 300 Jalur Gemilang sumbangan Jabatan Penerangan Malaysia diagihkan kepada semua pegawai dan kakitangan JAKESS.Dalam ucapan perasmian, YAA Prof. Adjung Dato’ Dr. Mohd Na’im bin Mokhtar menyeru seluruh warga JAKESS supaya mengenang jasa dan pengorbanan pejuang-pejuang kemerdekaan negara serta menghayati erti sebenar kemerdekaan.Pada majlis tersebut, turut diadakan Kuiz Kemerdekaan, Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor, Jalur Gemilang dan Tanggal 31 serta kibaran Jalur Gemilang.

    Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat dipilih sebagai tuan rumah Majlis Perhimpunan Bulanan, Penyampaian Sijil MS ISO 9001:2008 dan MS 1900:2014 Serta Sambutan Hari Raya Aidilfirti 1437H/2016 yang diadakan pada 22 Julai 2016.Seawal jam 9 pagi para pegawai serta kakitangan JAKESS dari seluruh Negeri Selangor mula berkumpul di MRS Hulu Langat. Majlis dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor, bacaan ikrar dan bacaan doa. Seterusnya ucapan alu-aluan oleh Tuan Muhamad Nazri bin Hj. Basrawi, Hakim MRS Hulu Langat diikuti ucapan perasmian dan amanat oleh YAA Prof. Adjung Dato’ Dr. Mohd Na’im Mokhtar, Ketua Hakim Syarie Selangor. Turut diadakan sesi penyampaian Sijil MS ISO 9001:2008 dan MS 1900:2014, Anugerah Pekerja Contoh, sumbangan daripada BAKEMAS dan penyampaian hadiah pertandingan gerai.Pelbagai juadah turut disediakan antaranya kambing golek, lemang, ketupat, rendang, satey, yong tau fu, laksa, cendol, roti jala, aneka kek dan buah-buahan dan yang paling dinanti-nantikan raja buah – durian.

    SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN TAHUN 2016PERINGKAT JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH SELANGOR

    MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN, PENYAMPAIAN SIJIL MS ISO 9001:2008 DAN MS 1900:2014 SERTA SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFIRTI 1437H/2016

    Jabatan Kehakiman Syariah Selangor10

  • AKTIVITI

    LAWATAN KERJA UNIT SULH JAKESS KEJABATAN INSOLVENSI MALAYSIA

    LAWATAN SEKSYEN TEKNOLOGI MAKLUMAT BERSAMA PEGAWAI SULH KEMAHKAMAH SIVIL SHAH ALAM

    Unit Sulh JAKESS telah mengadakan satu lawatan kerja ke Jabatan Insolvensi Malaysia di Putrajaya pada 23 Ogos 2016 bertujuan memberi pendedahan kepada Pegawai Sulh dalam perkara-perkara yang melibatkan pihak-pihak di Mahkamah Syariah yang berhadapan dengan masalah kebankrapan.Antara isu yang dibincangkan adalah berkaitan dengan Pelaksanaan perintah Nafkah Anak/Isteri/Tunggakan dan bagaimana perintah bagi kes Harta Sepencarian dapat dilaksanakan bila mana salah satu pihak telah diisytiharkan bankrap. Selain itu, turut dibincangkan isu-isu yang timbul dari sudut prosedur dan dokumen apabila suatu perintah berkenaan dengan pembayaran nafkah anak dan nafkah isteri yang dikenakan kepada bapa atau suami yang ditahan hartanya di bawah Ketua Pengarah Insolvensi.Kedua-dua agensi mengambil maklum bahawa terdapat lacuna atau kekosongan di peringkat perundangan yang perlu dilakukan kajian segera bagi membantu sekali gus mengelakkan penganiayaan terhadap orang yang berhutang, pemiutang dan juga ahli keluarga orang yang berhutang yang juga memerlukan nafkah dan pembelaan.

    Seksyen Teknologi Maklumat bersama Unit Sulh Jabatan Kehakiman Syariah Selangor telah mengadakan lawatan ke Mahkamah Sivil Negeri Selangor di Shah Alam pada 2 Disember 2016. Lawatan ini diketuai oleh Pendaftar JAKESS bersama pegawai dari Seksyen Teknologi Maklumat dan Unit Sulh bertujuan untuk melihat penggunaan teknologi maklumat dan system elektronik yang dapat melancarkan perjalanan pengurusan fail-fail kes di Mahkamah Sivil.Para peserta lawatan diberi penerangan oleh Pendaftar Mahkamah Majistret Shah Alam mengenai penggunaan Court Management System, sistem e-Filing iaitu kaedah pemfailan kes secara elektronik dan penggunaan Court Recording Transcription iaitu sistem rakaman semasa proses perbicaraan di dalam mahkamah. Penerangan mengenai kos yang digunakan sepanjang proses-proses awal sebelum semua kaedah ini dilaksanakan juga turut diberikan.Para peserta lawatan turut dibawa melawat ke kaunter pendaftaran kes bagi melihat sendiri bagaimana proses dan pelaksanaan system e-Filing dilakukan selain turut melawat dewan bicara bagi menyaksikan rakaman prosiding perbicaraan menggunakan system Court Recording Transcription. Semua penggunaan teknologi di dalam pengurusan kes di Mahkamah Sivil Selangor dilihat sangat membantu dalam mempercepatkan perjalanan kes selain turut mengambil kira faktor keselamatan data dan maklumat bagi setiap kes yang didaftarkan.Sepanjang sesi lawatan ini, para peserta telah mengumpul maklumat dan melakukan perbincangan bagi mencari ruang dan peluang penambahbaikan yang boleh diambil daripada system di Mahkamah Sivil Selangor untuk diaplikasi di Mahkamah Syariah khususnya di Jabatan Kehakiman Syariah Selangor pada masa akan datang.Di akhir sesi lawatan ini, kedua-dua wakil daripada Mahkamah Sivil dan JAKESS menyatakan rasa gembira di atas peluang perkongsian pengalaman ini dan diharapkan hubungan baik ini akan berterusan pada masa akan datang.

    Jabatan Kehakiman Syariah Selangor 11

  • AKTIVITI

    Majlis Perhimpunan Bulanan dan Hari Integriti Jabatan diadakan pada 25 November 2016 bertempat di Dewan Muktamar, JAKESS. Antara pengisian sambutan kali ini adalah Wacana Integriti bertajuk ‘Pembudayaan Integriti dalam Perkhidmatan Awam’ yang disampaikan oleh Pegawai Agama, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tuan Nik Mohd Sukiman bin Nik Yusof. Beliau menyentuh antara lain tentang nilai-nilai murni dalam menjalankan tugas serta aspek kebertanggungjawaban dalam memikul amanah.YAA Prof. Adjung Dato’ Dr. Mohd Na’im Mokhtar dalam ucapan amanatnya berpesan kepada para hadirin agar memantapkan lagi aspek perkhidmatan kepada pelanggan serta meningkatkan mutu kerja seiring dengan sasaran yang digariskan dalam Pelan Strategik Jabatan. Majlis diteruskan dengan penyampaian anugerah dan hadiah Pertandingan EKSA Tahun 2016, Anugerah Inspektorat Pengurusan Rekod, penyampaian Piala Pusingan sempena Mini Sukan JAKESS, penyerahan surat pelantikan kepada atlet-atlet yang bakal mewakili JAKESS ke temasya Sukan Mahkamah Syariah 2017 serta pemenang-pemenang peraduan Hari Integriti.

    S yarahan Perdana bagi sesi ketiga telah diadakan pada 30 September 2016 bertempat di Dewan Muktamar, JAKESS. Prof. Madya Dr. Mohd Iqbal bin Abdul Wahab, Pensyarah Undang-undang Universiti Islam Antarabangasa Malaysia dijemput bagi berkongsi ilmu dan pengalaman berkaitan topik Pembelaan Dalam Kes Jenayah di Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil.Pelbagai pengalaman telah dikongsi antaranya pengalaman beliau berada di Indonesia dan bagaimana undang-undang syariah di negara itu diterapkan. Di samping itu elemen-elemen pembelaan di Mahkamah Sivil juga diterangkan dengan konsep yang lebih realistik dan jelas bagi memperlihatkan bagaimana seharusnya pembelaan itu boleh digunakan.Prof. Madya Dr. Mohd Iqbal turut berpendapat bahawa Mahkamah Syariah pada hari ini perlu lebih berani dalam membuat keputusan agar bersesuaian dengan peredaran zaman dan keadaan semasa. Walau bagaimanapun, ianya masih perlu berlandaskan kepada Al Quran dan As Sunnah.

    PERHIMPUNAN BULANAN DANHARI INTEGRITI JABATAN

    SYARAHAN PERDANA TAHUN 2016

    Jabatan Kehakiman Syariah Selangor12

  • AKTIVITI

    Pada 12 Disember 2016, seramai 40 orang warga JAKESS menyertai perarakan Maulidur Rasul pada tahun ini yang diketuai oleh Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Yang Arif Tuan Mohamed Fouzi bin Mokhtar. Para peserta tiba di ibu pejabat seawal jam 6.30 pagi sebelum bertolak ke Stadium Mini, Shah Alam pada jam 7.00 pagi. Setelah selesai urusan pendaftaran dan sarapan, kontinjen bersiap sedia dalam perbarisan tepat jam 7.45 pagi.

    PERARAKAN MAULIDUR RASUL1438H/2016M

    Walaupun dalam keadaan hujan renyai, para peserta kontinjen tetap bersemangat berarak sejauh 1.6 kilometer menuju ke Stadium Malawati, Shah Alam. Perarakan bermula tepat jam 8.30 pagi yang turut disertai Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah. Kontinjen-kontinjen lain yang terlibat terdiri daripada agensi kerajaan, pihak berkuasa tempatan (PBT), institusi pengajian tinggi (IPT), masjid, sekolah dan badan bukan kerajaan (NGO).

    Jabatan Kehakiman Syariah Selangor 13

  • KURSUS DAN LATIHAN

    KURSUS DAN AKTIVITI SEKSYEN LATIHAN DAN INOVASI 2016

    • Taklimat Pegawai Lantikan Kontrak

    15Januari

    • Syarahan Perdana Siri 1/2016

    22Januari

    • Kursus Penulisan Surat Rasmi dan Minit

    Mesyuarat

    17-18Februari

    • Bengkel Gerak Kerja KIK

    24-25Februari

    • Kursus Pengurusan Aduan dan Maklum

    Balas Pelanggan Sektor Awam

    15-16Mac

    • Bengkel Pengurusan Aset dan Stor

    16-17Mac

    • Bengkel Persediaan KIK

    21-23Mac

    • Syarahan Perdana Siri 2/2016

    29April

    • Kursus Pekerja Cemerlang

    16-18Mei

    • Kursus Pemahaman Undang-undang Keluarga

    20Mei

    • Kursus Pengurusan Kewangan (Perakaunan

    Akruan)

    30-31, 1Mei, Jun

    • Kursus Pengukuhan Pasukan (Teambuilding)

    1-3Jun

    • Program Khatam Quran dan Iftar

    Ramadhan

    30Jun

    • Bengkel Penyediaan Minit Mesyuarat

    14Julai

    • Kursus E-Faraid Siri 2/2016

    15Julai

    • Kursus Pemahaman Undang-Undang

    Pentadbiran

    20-21Julai

    • Bengkel Penyediaan Program Audit 2/2016

    26-28Julai

    • Taklimat Khusus EKSA (Mrs Gombak)

    18Ogos

    • Seminar Kesedaran EKSA

    29September

    • Syarahan PerdanaSiri 3/2016

    30September

    • Kursus Pemandu

    6-7Oktober

    • Bengkel Pemantapan Kualiti Siri 2

    • Taklimat AKPK

    14Oktober

    • Taklimat Dasar Keselamatan ICT

    28Oktober

    • Kursus Pemahaman Undang - Undang dan Pemahaman Undang-Undang Pentadbiran

    20-21Oktober

    • Bengkel Pengurusan Kes Mal Lanjutan dan

    Rayuan

    24-26Oktober

    • Kursus Kawalan Dokumen Terperingkat

    22-24November

    • Kursus Peningkatan Juru Audit Dalam

    28-30November

    • Kursus Teambuilding Siri 2/2016

    7-9Disember

    • Bengkel Semakan Pelan-Pelan / Bengkel

    Pelan Integriti

    8-9Disember

    • Program Tahsin Solat

    23Disember

    Jabatan Kehakiman Syariah Selangor14

  • LAWATAN

    BIL TARIKH LAWATAN

    1. 14 Januari 2016 Lawatan Sambil Belajar daripada Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan Pahang2. 26 Januari 2016 Kunjungan Hormat daripada Ketua Pendaftar Mahkamah Keluarga Antarabangsa Dubai dan Mantan Ketua Hakim Dubai 3. 17 Februari 2016 Kunjungan Hormat daripada Wanita IKRAM4. 04 April 2016 Lawatan Penanda Aras Ekosistem Kondusif Sektor Awam daripada Jabatan Latihan Khidmat Negara ke Mahkamah Rendah Syariah

    Ampang5. 21 April 2016 Lawatan Sambil Belajar daripada Sekolah Agama Sri Ayesha6. 17 Mei 2016 Lawatan daripada Unit Penerbitan, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia7. 18 Mei 2016 Lawatan Sambil Belajar daripada Universiti Sains Islam Malaysia 8. 02 Jun 2016 Lawatan Penanda Aras Ekosistem Kondusif Sektor Awam daripada Jabatan Penjara Malaysia ke Mahkamah Rendah Syariah Sepang9. 20 Julai 2016 Kunjungan Hormat Delegasi Persatuan Cina Muslim Malaysia

    10. 10 Ogos 2016 Lawatan Penanda Aras Sistem Pengurusan Kualiti Ms 1900:2014 (Pematuhan Syariah) daripada Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor

    11. 11 Ogos 2016 Lawatan Penanda Aras Ekosistem Kondusif Sektor Awam daripada Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak12. 18 Ogos 2016 Kunjung Hormat daripada Bahagian Sokongan Keluarga, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia13. 18 Ogos 2016 Lawatan daripada Monash University14. 19 Ogos 2016 Lawatan Kerja daripada Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Johor15. 24-25 Ogos 2016 Lawatan Sambil Belajar daripada Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor16. 04 Oktob er 2016 Kunjungan Hormat Wakil Majlis Kebangsaan Pertubuhan-Pertubuhan Wanita Malaysia17. 07 Oktober 2016 Lawatan Kerja daripada Ketua Pendaftar Mahkamah Keluarga Antarabangsa Dubai18. 11 Oktober 2016 Lawatan Kerja daripada Ketua Polis Selangor19. 25 Oktober 2016 Kunjungan Hormat Wakil Majlis Kebangsaan Pertubuhan-Pertubuhan Wanita Malaysia20. 03 November 2016 Lawatan Penanda Aras Ekosistem Kondusif Sektor Awam daripada Pejabat Agama Islam Daerah Kuala langat Ke MRS Kuala Langat21. 10 November 2016 Lawatan Kerja daripada Mahkamah Singapura 22. 17 November 2016 Lawatan Sambil Belajar daripada Universiti Sains Islam Malaysia 23. 29 November 2016 Lawatan Sambil Belajar daripada Universiti Islam Antarabangsa 24. 14 Disember 2016 Lawatan Penanda Aras Ekosistem Kondusif Sektor Awam daripada Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor

    Jabatan Kehakiman Syariah Selangor 15

  • Bil Program Tempat Tarikh1. Klinik SBSK bersama Kakitangan

    Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat dan Hari Bersama Pelanggan

    Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat

    19 Februari 2016

    2. Karnival Kampungku Kesayanganku Daerah Sabak Bernam

    Masjid Ijtimai’e Kampung Tebuk Pulai, Sabak Bernam

    26-27 Februari 2016

    3. Karnival Kampungku Kesayanganku Daerah Klang

    Masjid Al Bakri, Kampung Bukit Naga, Klang

    25-26 Mac 2016

    4. Karnival Kampungku Kesayanganku Daerah Sepang

    Masjid Jameatus Solehah, Dengkil Sepang

    15-16 April 2016

    5. Klinik SBSK bersama Kakitangan Mahkamah Rendah Syariah Petaling dan Hari Bersama Pelanggan

    Mahkamah Rendah Syariah Petaling 29 April 2016

    6. Karnival Kampungku Kesayanganku Daerah Hulu Selangor

    Masjid Al-Ubudiah, Kerling Hulu Selangor

    29-30 April 2016

    7. Karnival Masjid Al-Azim 2016 Masjid Al-Azim, Pandan Indah 06 – 07 Mei 20168. Karnival Kampungku Kesayanganku

    Daerah Hulu LangatMasjid Kariah Kampung Rinching Hilir, Hulu Langat

    13-14 Mei 2016

    9. Karnival Kampungku Kesayanganku Daerah Gombak

    Masjid Al Ehsaniah Kampung Melayu Batu 16, Rawang

    29-30 Julai 2016

    10. Klinik SBSK bersama Kakitangan Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur dan Hari Bersama Pelanggan

    Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur

    5 Ogos 2016

    11. Karnival Kampungku Kesayanganku Daerah Kuala Selangor

    Masjid Nurul Hasanah Kampung Bukit Belimbing

    19-20 Ogos 2016

    12. Program Literasi Undang-Undang Syariah Pusat Wanita Berdaya Dun Batu 3, Shah Alam

    21 Ogos 2016

    13. Karnival Kampungku Kesayanganku Daerah Petaling

    Masjid As Salam, Puchong Perdana 23-24 September 2016

    14. Karnival Kampungku Kesayanganku Daerah Kuala Langat

    Masjid Al Istiqomah, Kampung Sungai Buaya, Banting

    28-29 Oktober 2016

    PROGRAM PROMOSI TAHUN 2016

    PROGRAM TURUN PADANG

    Jabatan Kehakiman Syariah Selangor16

  • MAHKAMAH RENDAH SYARIAH GOMBAK TIMUR 1) Abu Hashim bin Mohd Nor Pemandu Gred H11

    MAHKAMAH RENDAH SYARIAH PETALING 1) Mohd Rizal bin Yahya Pembantu Tadbir (kewangan) Gred W17

    MAHKAMAH RENDAH SYARIAH HULU LANGAT 1) Norhaya binti Abd Kharir Pembantu Syariah Gred LS17

    MAHKAMAH RENDAH SYARIAH KLANG 1) Mohamad Yuszairi bin Mohamad Zam Zam Pegawai Syariah Gred LS41

    MAHKAMAH RENDAH SYARIAH KUALA LANGAT 1) Mohd Januri bin Saibani Penghantar Notis Gred N11

    MAHKAMAH RENDAH SYARIAH SEPANG 1) Erny Wirdayu binti Hosnan Pembantu Syariah Gred LS17

    ANUGERAH PEKERJA CONTOH JULAI – SEPTEMER 2016

    MAHKAMAH TINGGI SYARIAH 1) Mahmudah binti Narowi Pegawai Syariah Gred LS41 2) Nurusaadah Binti Baharudin Penolong Pegawai Syariah Gred LS27 3) Norshafarina binti Rosli Juruteknik Komputer FT17 4) Nur Fazliyanna binti Rosli Pembantu Tadbir Kewangan Gred W19

    MAHKAMAH RENDAH SYARIAH SABAK BERNAM 1) Siti Marwiyana binti Pitah Pembantu Setiausaha Pejabat Gred N17

    MAHKAMAH RENDAH SYARIAH AMPANG 1) Shah Rizza bin Hassanudin Pembantu Operasi Gred N11

    MAHKAMAH RENDAH SYARIAH GOMBAK BARAT 1) Nor Irdawati binti Mohd Kasim Pembantu Syariah Gred LS19

    MAHKAMAH RENDAH SYARIAH GOMBAK TIMUR 1) Mohamad Hafiz bin Mohamad Mokhtar Pembantu Tadbir Kewangan Gred W19

    MAHKAMAH RENDAH SYARIAH SEPANG 1) Mohd Anas bin Kadir Pembantu Syariah Gred LS22

    ANUGERAH PEKERJA CONTOH OKTOBER - DISEMBER 2016

    MAHKAMAH TINGGI SYARIAH 1) Mohd Firdaus bin Rossly Pemandu Kenderaan Gred H11 2) Aniralisa binti Adnan Pembantu Syariah Gred LS19 3) Norhaslinda binti Abd Ghani Pembantu Tadbir (P/O) Gred N19 4) Ariff Akmal bin Abdul Malek Pembantu Tadbir (kewangan) Gred W19

    MAHKAMAH RENDAH SYARIAH SABAK BERNAM 1) Radiah binti Abdul Rahman Pembantu Tadbir (P/O) Gred N19

    MAHKAMAH RENDAH SYARIAH AMPANG 1) Norazura binti Salimi Pembantu Syariah Gred LS19

    MAHKAMAH RENDAH SYARIAH GOMBAK BARAT 1) Syahrul Syafie bin Harith Pembantu Syariah Gred LS19

    MAHKAMAH RENDAH SYARIAH GOMBAK TIMUR 1) Amalludin bin Azman Pembantu Operasi Gred N11

    MAHKAMAH RENDAH SYARIAH SEPANG 1) Arif bin Yahya Pekerja Sambilan Harian

    ANUGERAH PEKERJA CONTOH JANUARI – MAC 2016

    MAHKAMAH TINGGI SYARIAH 1) Nazrina binti Shod Pembantu Operasi Gred N11 2) Wan Khairin Nissa binti Wan Azizan Pegawai Syariah Gred LS41 3) Noraini binti Mizlan Setiausaha Pejabat Gred N27

    MAHKAMAH RENDAH SYARIAH SHAH ALAM 1) Siti Muhaini binti Abdullah Hamam Pembantu Syariah Gred LS17

    MAHKAMAH RENDAH SYARIAH SABAK BERNAM 1) Mohd Hapizal bin Mispan Pembantu Operasi Gred N11

    MAHKAMAH RENDAH SYARIAH KUALA SELANGOR 1) Nor Ramlee bin Muhammed Penghantar Notis Gred N11

    MAHKAMAH RENDAH SYARIAH AMPANG 1) Muhammad Faizal bin Abdullah Pembantu Syariah Gred LS17

    MAHKAMAH RENDAH SYARIAH HULU SELANGOR 1) Salasiah binti Shamsuddin Penolong Pegawai Syariah Gred LS32(KUP)

    MAHKAMAH RENDAH SYARIAH GOMBAK BARAT 1) Mohd Iszanis bin Bakar Penghantar Notis Gred N11

    MAHKAMAH RENDAH SYARIAH GOMBAK TIMUR 1) Nor Hidayah binti Sairon Pembantu Syariah Gred LS17

    MAHKAMAH RENDAH SYARIAH PETALING 1) Siti Nor Aishah binti Karim Pembantu Syariah Gred LS17

    MAHKAMAH RENDAH SYARIAH HULU LANGAT 1) Mardzahnar binti Idris Pembantu Tadbir (P/O) Gred N22(KUP)

    MAHKAMAH RENDAH SYARIAH KLANG 1) Nurul Hana binti Mohd Arif Pembantu Tadbir (P/O) Gred N17

    MAHKAMAH RENDAH SYARIAH KUALA LANGAT 1) Siti Rosnah binti Md. Salim Pembantu Setiausaha Pejabat Gred N17

    MAHKAMAH RENDAH SYARIAH SEPANG 1) Nur Atiqah binti Noryim Setiausaha Pejabat Gred N27

    ANUGERAH PEKERJA CONTOH APRIL - JUN 2016

    MAHKAMAH TINGGI SYARIAH 1) Muhammad Syafiq bin Jamil Pembantu Syariah Gred LS17 2) Hariani binti Mohamad Penolong Pegawai Syariah Gred LS27 3) Saharil bin Ali Juruteknik Komputer FT17

    MAHKAMAH RENDAH SYARIAH SHAH ALAM 1) Hazwani binti Abdul Rahim Pembantu Syariah Gred LS17

    MAHKAMAH RENDAH SYARIAH SABAK BERNAM 1) Norfazila binti Saimon Pembantu Tadbir (kewangan) Gred W17

    MAHKAMAH RENDAH SYARIAH KUALA SELANGOR 1) Muhammad Firdaus bin Ahmad Razali Pembantu Syariah Gred LS17

    MAHKAMAH RENDAH SYARIAH AMPANG 1) Wajihah binti Zainuddin Pembantu Setiausaha Pejabat Gred N17

    MAHKAMAH RENDAH SYARIAH HULU SELANGOR 1) Nur Liyana binti Meswan Pembantu Syariah Gred LS17

    MAHKAMAH RENDAH SYARIAH GOMBAK BARAT 1) Norhanim binti Miskhan Pembantu Operasi Gred N11

    ANUGERAH PEKERJA CONTOH

    Jabatan Kehakiman Syariah Selangor 17

  • Nama : Masnizar @ Mohd Nizar bin MohtarJawatan : Pegawai SyariahLokasi : Mahkamah Rendah Syariah Shah AlamTarikh Lapor Diri : 15 Februari 2016

    Nama : Che Abdullah bin Che HassanJawatan : Pegawai SyariahLokasi : Mahkamah Rendah Syariah Kuala SelangorTarikh Lapor Diri : 15 Februari 2016

    Nama : Suhada binti SuraniJawatan : Pen. Peg. Teknologi MaklumatLokasi : Mahkamah Tinggi SyariahTarikh Lapor Diri : 03 Mei 2016

    Nama : Mohd Tajudin Saifullah bin Abdul WahabJawatan : Pegawai SyariahLokasi : Mahkamah Tinggi SyariahTarikh Lapor Diri : 01 Jun 2016

    Nama : Masroha binti DukiJawatan : Pegawai SyariahLokasi : Mahkamah Tinggi SyariahTarikh Lapor Diri : 01 Jun 2016

    Nama : Mohd Firdaus bin MohedJawatan : Pegawai SyariahLokasi : Mahkamah Rendah Syariah Hulu LangatTarikh Lapor Diri : 01 Jun 2016

    Nama : Mohd Hannan bin JalilJawatan : Pegawai SyariahLokasi : Mahkamah Rendah Syariah AmpangTarikh Lapor Diri : 01 Jun 2016

    Nama : Muhammad Fuad bin Abdul LatifPejabat Baru : Jabatan Agama Islam SelangorTarikh Pertukaran : 01 Febuari 2016

    Nama : Abdul Malik bin Hj. SolehPejabat Baru : Jabatan Kehakiman Syariah MalaysiaTarikh Pertukaran : 15 Febuari 2016

    Nama : Azmi bin AzizPejabat Baru : Jabatan Kehakiman Syariah Negeri SembilanTarikh Pertukaran : 15 Febuari 2016

    Nama : Siti Noraini binti Mohd AliPejabat Baru : Jabatan Agama Islam Wilayah PersekutuanTarikh Pertukaran : 01 Jun 2016

    Nama : Syed Muhammad Syahadi bin Syed SikshPejabat Baru : Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Tarikh Pertukaran : 01 Jun 2016

    Nama : Mawardi bin Che ManPejabat Baru : Jabatan Kehakiman Syariah MalaysiaTarikh Pertukaran : 27 Jun 2016

    Nama : Rosdi bin HanapiPejabat Baru : Jabatan Peguam NegaraTarikh Pertukaran : 27 Jun 2016

    SENARAI PEGAWAI DAN KAKITANGAN BAHARU (JANUARI – DISEMBER 2016)

    SENARAI PEGAWAI DAN KAKITANGAN BERPENCEN

    SENARAI PEGAWAI DAN KAKITANGAN YANG BERPINDAH (JANUARI – DISEMBER)

    Nama : Nurdiyana binti AzizJawatan : Pegawai SyariahLokasi : Mahkamah Tinggi SyariahTarikh Lapor Diri : 01 Jun 2016

    Nama : Nenney Shuhaidah binti ShamsuddinJawatan : Pegawai SyariahLokasi : Mahkamah Tinggi SyariahTarikh Lapor Diri : 27 Jun 2016

    Nama : Firdawaty binti MohammadJawatan : PegawaiSyariahLokasi : Mahkamah Rendah Syariah Shah AlamTarikh Lapor Diri : 27 Jun 2016

    Nama : Abdul Hamid bin OthmanJawatan : Pemandu KenderaanLokasi : Mahkamah Tinggi SyariahTarikh Lapor Diri : 08 September 2016

    Nama : Shahnorzalina binti Mat YusofJawatan : Pembantu TadbirLokasi : Mahkamah Rendah Hulu SelangorTarikh Lapor Diri : 01 November 2016

    Nama : Mohammad Adib bin HusainJawatan : Pegawai SyariahLokasi : Mahkamah Tinggi SyariahTarikh Lapor Diri : 16 Disember 2016

    Nama : Muhammad Izzat Uzair bin JaffarPejabat Baru : Perbadanan Kemajuan Negeri SelangorTarikh Pertukaran : 12 Julai 2016

    Nama : Azilah binti MarliahPejabat Baru : Jabatan Perkhidmatan Vaterinar Negeri SelangorTarikh Pertukaran : 31 Julai 2016

    Nama : Amerhamzah bin Abdul KarimPejabat Baru : Jabatan Kerja Raya Daerah Sabak BernamTarikh Pertukaran : 16 Ogos 2016

    Nama : Salbiah binti MahatPejabat Baru : Pejabat Agama Islam Daerah Hulu SelangorTarikh Pertukaran : 01 November 2016

    Nama : Nurul Fadzliana binti Ahmad FadhilPejabat Baru : Jabatan Perhutanan Negeri Selangor Tarikh Pertukaran : 14 November 2016

    Nama : Mohamad Zakian bin DioPejabat Baru : Jabatan Kehakiman Syariah MalaysiaTarikh Pertukaran : 16 Disember 2016

    Nama : Nur Farahin binti ZabriPejabat Baru : Pejabat Tanah dan Daerah Hulu LangatTarikh Pertukaran : 29 Disember 2016

    PERTUKARAN PEGAWAI & KAKITANGAN JAKESS

    Nama : Hajjah Norsidah binti HamriJawatan : Pembantu Tadbir (P/O)Lokasi : Mahkamah Rendah Syariah Shah AlamTarikh Berpencen : 03 Januari 2016

    Nama : Suhaida binti SufianJawatan : Ketua Pembantu Tadbir (Kewangan)Lokasi : Mahkamah Tinggi Syariah Tarikh Berpencen : 01 Mac 2016

    Nama : Hajjah Norafidah binti Abu BakarJawatan : Setiausaha PejabatLokasi : Mahkamah Rendah Syariah KlangTarikh Berpencen : 01 Mei 2016

    Nama : Mardziah binti Abdul ManapJawatan : Pembantu Tadbir (P/O)Lokasi : Mahkamah Rendah Syariah Hulu SelangorTarikh Berpencen : 01 Ogos 2016

    Nama : Abu Hashim bin Mohd. NorJawatan : Pemandu KenderaanLokasi : Mahkamah Rendah Syariah Gombak TimurTarikh Berpencen : 04 Disember 2016

    Jabatan Kehakiman Syariah Selangor18

  • Nama Pegawai:Noor Turisinin binti Afi(Pembantu Tadbir)Lokasi Pejabat:Mahkamah Tinggi SyariahNama Pasangan:Mohd Hazriq bin Mohd Norshah Tarikh Perkahwinan:01 Oktober 2016

    Nama Pegawai:Puan Nur Farahin binti ZabriPembantu Tadbir (P/O)Lokasi pejabat:Mahkamah Tinggi SyariahNama pasangan:Encik Sharil bin Datu UgisTarikh Perkahwinan:08 Mei 2016

    Nama Pegawai:Ahmad Faizal bin Haji Tahiron(Pengawai Penyelidik)Lokasi Pejabat:Mahkamah Tinggi SyariahNama Pasangan:Siti Aishah binti Hamzah Tarikh Perkahwinan:07 Ogos 2016

    PERKAHWINAN DAN KELAHIRAN

    Nama Pegawai:Mohd Taufik Naim bin Kamarudin(Pegawai Sulh)Lokasi Pejabat:Mahkamah Tinggi SyariahNama Pasangan:Nurina Musta’ani binti HusaimiTarikh Perkahwinan:25 Oktober 2016

    Nama Pegawai:Nurusaadah binti Baharudin (Penolong Pegawai Syariah)Lokasi pejabat:Mahkamah Tinggi SyariahNama pasangan:Mohd Zaimi bin GhazaliTarikh Perkahwinan:02 Januari 2016

    Nama Pegawai:Nur Fazliyanna binti RosliPembantu Tadbir (Kewangan)Lokasi Pejabat:Mahkamah Tinggi SyariahNama Pasangan:Mohammed Iqbal bin BajuriTarikh Perkahwinan:13 Februari 2016

    Nama Pegawai:Zairatul Anati binti MiskonPembantu Tadbir (Kewangan)Lokasi Pejabat:Mahkamah Tinggi SyariahNama Pasangan:Muhammad Nadzme bin HelmeeTarikh Perkahwinan:26 Mac 2016

    Kelahiran

    Zulazmi Bin JaidZulaikha Binti Zulazmi

    02 Disember 2015

    Norhaslinda binti Abd Ghani Nuraisyah Medina binti Mohd Rafie

    16 Disember 2015Nor Kamilah Binti Othman

    Qasyaf Imtiyaaz Bin Khairul Aizat

    21 Disember 2015

    Saharil Bin Ali Muhammad Aryan Bin Saharil

    15 Februari 2016

    Ruziana binti Abd Hamid Aulia Syifa binti Mohamad Mahadi

    03 November 2016

    Nur Zakina Elmy binti Ahmad ZakiSafran Helmy bin Mohd Shahrul Amin

    02 April 2016

    Noor Fadzillah binti Mohd Tajudin Noor Farhana Aulia binti Muhammad Azhari

    06 November 2016

    Suhada Binti Surani Ainuha Maisarah Binti Mohd Nazri

    17 Februari 2016

    Rosliza Binti Abd Rashid Raudhatu Insyirah Binti Muhamad Shaheran09 September 2016

    Nahariah Bt Abdul Jabar Syamil Syafiq Bin Syahril Suhor

    25 Januari 2016

    Nurzihidaya binti Musleh Irdina Faqihah binti Mohd Farid

    01 Januari 2016

    Zuraidah binti HamzahZaim Rizqi bin Mohd Farit

    29 Februari 2016

    Herlina Ainizawati binti Zakaria Hani Raisha binti Mahathir

    02 Oktober 2016

    Jabatan Kehakiman Syariah Selangor 19

  • JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH SELANGOR

    BANGUNAN MAHKAMAH SYARIAH SULTAN IDRIS SHAH,PERSIARAN MASJID, SEKSYEN 5,

    40000 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN.

    NO.TEL: 03-5519 1291, 03-5519 1294, 03-5519 1304, 03-5511 3708

    NO.FAKS : 03-5510 5620 (PENTADBIRAN) 03-5510 5816 (PERUNDANGAN) 03-5510 1075 (PEJABAT KETUA HAKIM SYARIE)