mfha masms nwnaw nib naamz - jakess.gov.my 2019/pendakwa sy…enakmen pentadbiran agama islam...

21
1 DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH Pendakwa Syarie lwn. MFHA MASMS NWNAW NIB NAAMZ [Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Selangor. Kes Jenayah Bil : 10008-143-0004- 2019, 10008-143-0005-2019, 10008-143-0007-2019, 10008-143-0008-2019, 10008-143- 0009-2019 (Tuan Abdul Hadi Bin Umar, HMRS Gombak Barat)] [14 Rejab 1440H bersamaan 21 Mac 2019M] Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995 Pertuduhan berdasarkan peruntukan Seksyen 29 (1) (a) dan (b) Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995 Penerimaan pengakuan salah Tertuduh Iqrar sama ada Mahkamah mempunyai pilihan dalam menjatuhkan hukuman selain daripada peruntukan Seksyen 29 (1) (a) dan (b) Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995 Pertimbangan Mahkamah dalam menjatuhkan hukuman Penggantian hukuman dengan pelaksanaan hukuman alternatif dengan penahanan Tertuduh di Pusat Pemurniaan Akidah Baitul Iman (bagi Tertuduh Lelaki) dan Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan (bagi Tertuduh Perempuan) selama enam bulan Fakta Kes [1] Lima orang Tertuduh telah dipertuduhkan di bawah Seksyen 29(1)(a) dan (b) Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995 (selepas ini disebut EJSS 1995) dan Tertuduh-Tertuduh tersebut telah membuat pengakuan salah atas pertuduhan masing-masing setelah Tertuduh-Tertuduh tersebut memahami pertuduhan, faham kesan pengakuan salah dan pengakuan dibuat tanpa wujud paksaan daripada mana- mana pihak.

Upload: others

Post on 24-Oct-2019

17 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: MFHA MASMS NWNAW NIB NAAMZ - jakess.gov.my 2019/PENDAKWA SY…Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 (selepas ini disebut EPAIS 2003) yang juga dibaca bersama dengan

1 DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN

SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH

Pendakwa Syarie

lwn.

MFHA

MASMS

NWNAW

NIB

NAAMZ

[Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Selangor. Kes Jenayah Bil : 10008-143-0004-

2019, 10008-143-0005-2019, 10008-143-0007-2019, 10008-143-0008-2019, 10008-143-

0009-2019 (Tuan Abdul Hadi Bin Umar, HMRS Gombak Barat)]

[14 Rejab 1440H bersamaan 21 Mac 2019M]

Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995 – Pertuduhan berdasarkan peruntukan

Seksyen 29 (1) (a) dan (b) Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995 – Penerimaan

pengakuan salah Tertuduh – Iqrar sama ada Mahkamah mempunyai pilihan dalam

menjatuhkan hukuman selain daripada peruntukan Seksyen 29 (1) (a) dan (b) Enakmen

Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995 – Pertimbangan Mahkamah dalam menjatuhkan

hukuman – Penggantian hukuman dengan pelaksanaan hukuman alternatif dengan

penahanan Tertuduh di Pusat Pemurniaan Akidah Baitul Iman (bagi Tertuduh Lelaki) dan

Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan (bagi Tertuduh Perempuan) selama enam bulan

Fakta Kes

[1] Lima orang Tertuduh telah dipertuduhkan di bawah Seksyen 29(1)(a) dan (b)

Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995 (selepas ini disebut EJSS 1995)

dan Tertuduh-Tertuduh tersebut telah membuat pengakuan salah atas pertuduhan

masing-masing setelah Tertuduh-Tertuduh tersebut memahami pertuduhan, faham

kesan pengakuan salah dan pengakuan dibuat tanpa wujud paksaan daripada mana-

mana pihak.

Page 2: MFHA MASMS NWNAW NIB NAAMZ - jakess.gov.my 2019/PENDAKWA SY…Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 (selepas ini disebut EPAIS 2003) yang juga dibaca bersama dengan

2 DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN

SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH

[2] Mahkamah tidak mensabitkan Tertuduh-Tertuduh tersebut atas kesalahan yang telah

dipertuduhkan berdasarkan peruntukan Seksyen 97 (2) Enakmen Tatacara Jenayah

Syariah (Negeri Selangor) 2003 dan Tertuduh-Tertuduh tersebut telah diperintahkan

sebagai ganti hukuman ditahan di rumah kebajikan yang diluluskan [Pusat

Pemurniaan Akidah Baitul Iman (bagi Tertuduh Lelaki) dan Pusat Perlindungan

Wanita Baitul Ehsan (bagi Tertuduh Perempuan)] selama enam bulan.

Diputuskan

Setelah Mahkamah mendengar dan meneliti pertuduhan, fakta kes yang dibentangkan, alasan

rayuan Tertuduh-Tertuduh tersebut serta hujah Pendakwa Syarie DAN SETELAH

Mahkamah menimbangkan perkara tersebut, MAKA Mahkamah memerintahkan seperti

berikut:

1. Bagi kes 10008-143-0004-2019 dan 10008-143-0005-2019, Mahkamah memerintahkan

Tertuduh ditahan di Pusat Pemurniaan Akidah Baitul Iman selama enam bulan mulai hari

ini berdasarkan Seksyen 97 (2) (b) Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor)

2003.

2. Bagi kes 10008-143-0007-2019, 10008-143-0008-2019, 10008-143-0009-2019

Mahkamah memerintahkan Tertuduh ditahan di Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan

selama enam bulan mulai hari ini berdasarkan Seksyen 97 (2) (b) Enakmen Tatacara

Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003.

Pendakwa Syarie dan Peguam Syarie

1. Pendakwa Syarie : Puan Khairunnisa Laila dari Jabatan Pendakwaan Syariah

Negeri Selangor.

2. Tertuduh-Tertuduh : Tertuduh-tertuduh tidak diwakili.

Surah al-Quran yang dirujuk

1. Surah al-Isra’: ayat 32.

Page 3: MFHA MASMS NWNAW NIB NAAMZ - jakess.gov.my 2019/PENDAKWA SY…Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 (selepas ini disebut EPAIS 2003) yang juga dibaca bersama dengan

3 DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN

SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH

Kitab-kitab yang dirujuk

1. Shamsuddin Muhammad Bin Muhammad Al-Khatib As-Syarbini. 2006. Al-Mughni Al-

Muhtaj. Jilid Kedua.

2. Al Syahid Sayyid Qutb Rahimahullah. 2000/1420H. Tafsir Fi Zilal al-Quran. Jilid 10.

Cetakan Pertama. Terj. Yusoff Zaky Haji Yacob. Kota Bharu: Pustaka Aman Press Sdn.

Bhd.

Undang-undang yang dirujuk

1. Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995 – s. 29 (1)(a).

2. Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 – s. 62 (1) dan (2).

3. Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003 – s. 17 (2) dan s. 18.

4. Enakmen Tatacara Jenayah Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003 – s. 97 (2).

Kes-kes yang dirujuk

1. Muhammad Ridhwan Bin Tokiri & Seorang Lagi lwn. Ketua Pendakwa Syarie, JH 34 (2).

Penghakiman Tuan Abdul Hadi Bin Umar, HMRS

[3] Kes ini merupakan kesalahan jenayah syariah berkaitan dengan kesalahan berkhalwat

berdasarkan Seksyen 29 (1) (a) dan (b) Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor)

1995. Tertuduh-Tertuduh tersebut dalam kes ini telah dituduh melakukan kesalahan

berkhalwat pada 25hb Mei 2018 jam lebih kurang 08.55 pagi di Bilik No. 225 Sky Hotel

Selayang beralamat di Lot T3-02 Tingkat 3, Selayang Capitol Complex, Selayang –

Kepong Expressway. Tertuduh dalam kes ini ialah MFHA (No. K/P: XXXXXX),

MASMS (No. K/P: XXXXXX), NWNAW (No. K/P: XXXXXX), NIB (No. K/P:

XXXXXX) dan NAAMZ (No. K/P: XXXXXX).

[4] Pertama sekali, bidangkuasa adalah menjadi sandaran penting dalam apa jua tindakan di

Mahkamah. Merujuk keseluruhan kes ini, Mahkamah berpuashati berkenaan dengan

Page 4: MFHA MASMS NWNAW NIB NAAMZ - jakess.gov.my 2019/PENDAKWA SY…Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 (selepas ini disebut EPAIS 2003) yang juga dibaca bersama dengan

4 DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN

SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH

kedudukan bidangkuasa adalah selaras dengan peruntukan Seksyen 62(1) dan (2)

Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 (selepas ini disebut EPAIS

2003) yang juga dibaca bersama dengan Seksyen 29(1)(a) dan (b) EJSS 1995

sebagaimana berikut:

Seksyen 62(1) EPAIS 2003. Sesuatu Mahkamah Rendah Syariah hendaklah

mempunyai bidangkuasa di seluruh Negeri Selangor dan hendaklah diketuai oleh

seorang Hakim Mahkamah Rendah.

(2) Mahkamah Rendah Syariah hendaklah:

(a) dalam bidangkuasa jenayahnya, membicarakan apa-apa kesalahan yang

dilakukan oleh seseorang orang Islam di bawah Enakmen Jenayah Syariah

(Negeri Selangor) 1995 atau mana-mana undang-undang bertulis lain yang

menetapkan kesalahan-kesalahan terhadap rukun-rukun agama Islam yang

baginya hukuman maksimum yang diperuntukan oleh Enakmen atau mana-

mana undang-undang bertulis itu tidak melebihi riga ribu ringgit, atau

pemenjaraan selama tempoh 2 tahun atau kedua-duanya, dan boleh

mengenakan mana-mana hukuman yang diperuntukan bagi kesalahan itu.

Seksyen 29(1) EJSS 1995 mana-mana:

(a) Orang lelaki yang didapati berada bersama dengan seorang atau lebih

daripada seorang perempuan yang bukan isteri atau mahramnya;

(b) Orang perempuan yang didapati berada bersama dengan seorang atau lebih

daripada seorang lelaki yang bukan suami atau mahramnya

Di mana-mana tempat yang terselindung atau di dalam rumah atau bilik dalam

keadaan yang boleh menimbulkan syak bahawa mereka sedang melakukan perbuatan

yang tidak bermoral adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh

didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak

melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Page 5: MFHA MASMS NWNAW NIB NAAMZ - jakess.gov.my 2019/PENDAKWA SY…Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 (selepas ini disebut EPAIS 2003) yang juga dibaca bersama dengan

5 DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN

SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH

[5] Selanjutnya setelah Pendakwa dan Tertuduh bersedia, pertuduhan terhadapTertuduh

telah dibacakan pada 21 Mac 2019 sebagaimana berikut:

A. Bagi kes Jenayah No: 10008-143-0004-2019, Tertuduh MFHA

Bahawa kamu, pada 25HB MEI 2018 jam lebih kurang 08.55 pagi di BILIK

NO.225 SKY HOTEL SELAYANG beralamat LOT T3-02 TINGKAT 3,

SELAYANG CAPITOL COMPLEX, SELAYANG – KEPONG EXPRESSWAY

bersama dengan 3 orang perempuan bernama (1) NWNAW NO. K/P:

XXXXXX (2) NIB NO. K/P: XXXXXX (3) NAAMZ NO. K/P: XXXXXX

sedangkan mereka bukan isteri atau mahram kamu yang sah dalam keadaan

yang boleh menimbulkan syak sedang melakukan perbuatan yang tidak

bermoral. Maka dengan itu, kamu dituduh melakukan kesalahan berkhalwat

di bawah Seksyen 29 (1)(a) Enakmen Jenayah (Syariah) Selangor Tahun 1995

dan apabila disabitkan kesalahan boleh dihukum denda tidak melebihi tiga

ribu ringgit atau dipenjarakan tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya di

bawah Seksyen dan Enakmen yang sama.

B. Bagi kes Jenayah No: 10008-143-0005-2019, Tertuduh MASMS (No. K/P:

XXXXXX):

Bahawa kamu, pada 25HB MEI 2018 jam lebih kurang 08.55 pagi di BILIK

NO.225 SKY HOTEL SELAYANG beralamat LOT T3-02 TINGKAT 3,

SELAYANG CAPITOL COMPLEX, SELAYANG – KEPONG EXPRESSWAY

bersama dengan 3 orang perempuan bernama (1) NWNAW NO. K/P:

XXXXXX (2) NIB NO. K/P: XXXXXX (3) NAAMZ NO. K/P: XXXXXX

sedangkan mereka bukan isteri atau mahram kamu yang sah dalam keadaan

yang boleh menimbulkan syak sedang melakukan perbuatan yang tidak

bermoral. Maka dengan itu, kamu dituduh melakukan kesalahan berkhalwat

dibawah Seksyen 29 (1) (a)Enakmen Jenayah (Syariah) Selangor Tahun 1995

dan apabila disabitkan kesalahan boleh dihukum denda tidak melebihi tiga

Page 6: MFHA MASMS NWNAW NIB NAAMZ - jakess.gov.my 2019/PENDAKWA SY…Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 (selepas ini disebut EPAIS 2003) yang juga dibaca bersama dengan

6 DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN

SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH

ribu ringgit atau dipenjarakan tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya di

bawah Seksyen dan Enakmen yang sama.

C. Bagi kes Jenayah No: 10008-143-0007-2019, Tertuduh NWNAW (No. K/P:

XXXXXX):

Bahawa kamu, pada 25HB MEI 2018 jam lebih kurang 08.55 pagi di BILIK

NO.225 SKY HOTEL SELAYANG beralamat LOT T3-02 TINGKAT 3,

SELAYANG CAPITOL COMPLEX, SELAYANG – KEPONG EXPRESSWAY

bersama dengan 3 orang lelaki bernama (1) MFHA NO. K/P: XXXXXX (2)

MASMS NO. K/P: XXXXXX (3) MFAZ NO. K/P: XXXXXX sedangkan mereka

bukan suami atau mahram kamu yang sah dalam keadaan yang boleh

menimbulkan syak sedang melakukan perbuatan yang tidak bermoral. Maka

dengan itu, kamu dituduh melakukan kesalahan berkhalwat di bawah Seksyen

29 (1) (b) Enakmen Jenayah (Syariah) Selangor Tahun 1995 dan apabila

disabitkan kesalahan boleh dihukum denda tidak melebihi tiga ribu ringgit

atau dipenjarakan tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya di bawah

Seksyen dan Enakmen yang sama.

D. Bagi kes Jenayah No: 10008-143-0008-2019, Tertuduh NIB (No. K/P:

XXXXXX):

Bahawa kamu, pada 25HB MEI 2018 jam lebih kurang 08.55 pagi di BILIK

NO.225 SKY HOTEL SELAYANG beralamat LOT T3-02 TINGKAT 3,

SELAYANG CAPITOL COMPLEX, SELAYANG – KEPONG EXPRESSWAY

bersama dengan 3 orang lelaki bernama (1) MFHA NO. K/P: XXXXXX (2)

MASMS NO. K/P: XXXXXX (3) MFAZ NO. K/P: XXXXXX sedangkan mereka

bukan suami atau mahram kamu yang sah dalam keadaan yang boleh

menimbulkan syak sedang melakukan perbuatan yang tidak bermoral. Maka

dengan itu, kamu dituduh melakukan kesalahan berkhalwat di bawah Seksyen

29 (1) (b) Enakmen Jenayah (Syariah) Selangor Tahun 1995 dan apabila

disabitkan kesalahan boleh dihukum denda tidak melebihi tiga ribu ringgit

Page 7: MFHA MASMS NWNAW NIB NAAMZ - jakess.gov.my 2019/PENDAKWA SY…Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 (selepas ini disebut EPAIS 2003) yang juga dibaca bersama dengan

7 DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN

SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH

atau dipenjarakan tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya di bawah

Seksyen dan Enakmen yang sama.

E. Bagi kes Jenayah No: 10008-143-0009-2019, Tertuduh NAAMZ (No. K/P:

XXXXXX):

Bahawa kamu, pada 25HB MEI 2018 jam lebih kurang 08.55 pagi di BILIK

NO.225 SKY HOTEL SELAYANG beralamat LOT T3-02 TINGKAT 3,

SELAYANG CAPITOL COMPLEX, SELAYANG – KEPONG EXPRESSWAY

bersama dengan 3 orang lelaki bernama (1) MFHA NO. K/P: XXXXXX (2)

MASMS NO. K/P: XXXXXX (3) MFAZ NO. K/P: XXXXXX sedangkan mereka

bukan suami atau mahram kamu yang sah dalam keadaan yang boleh

menimbulkan syak sedang melakukan perbuatan yang tidak bermoral. Maka

dengan itu, kamu dituduh melakukan kesalahan berkhalwat di bawah Seksyen

29 (1) (b) Enakmen Jenayah (Syariah) Selangor Tahun 1995 dan apabila

disabitkan kesalahan boleh dihukum denda tidak melebihi tiga ribu ringgit

atau dipenjarakan tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya di bawah

Seksyen dan Enakmen yang sama.

[6] Setelah disoal oleh Mahkamah, Tertuduh-Tertuduh tersebut mengaku dengar dan

faham pertuduhan tersebut dan mengaku salah terhadap pertuduhan tersebut. Bagi

memastikan pengakuan salah tersebut dinyatakan oleh Tertuduh-Tertuduh tersebut

atas kefahamannya terhadap pertuduhan tersebut, Mahkamah telah bertanya kepada

Tertuduh-Tertuduh tersebut sama ada faham atau tidak pertuduhan tersebut. Tertuduh-

Tertuduh tersebut telah menyatakan bahawa Tertuduh-Tertuduh tersebut memahami

pertuduhan tersebut dan mengaku bersalah. Tidak ada paksaan dari mana-mana pihak

atas pengakuan salah Tertuduh-Tertuduh tersebut.

[7] Tertuduh-Tertuduh tersebut juga mengekalkan pengakuan bersalah setelah memahami

kesan dan akibat pengakuan salah yang telah dinyatakan oleh Tertuduh tersebut.

Page 8: MFHA MASMS NWNAW NIB NAAMZ - jakess.gov.my 2019/PENDAKWA SY…Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 (selepas ini disebut EPAIS 2003) yang juga dibaca bersama dengan

8 DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN

SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH

[8] Mahkamah berpuas hati terhadap pengakuan salah yang dinyatakan oleh Tertuduh-

Tertuduh tersebut dan Mahkamah telah mengarahkan Pendakwa Syarie untuk

membentangkan fakta kes ini. Pendakwa Syarie membentangkan fakta kes ini seperti

berikut:

No. Aduan:

Aj-gbk/554/2018

No. Report Balai Polis:

KES-GOMBAK/424/2018

Tarikh 25/05/2018

Jam 08.55 pagi

PENGENALAN

DIRI

LELAKI (1) PEREMPUAN (1)

Nama MFHA NWNAW

No. K/P XXXXXX XXXXXX

Status/Asal BUJANG / KUALA

LUMPUR

ANAK DARA / PAHANG

Tarikh

Lahir/Umur

17/06/1997

21 TAHUN

13/05/1999

19 TAHUN

Alamat Sekarang XXXXXX 68100 BATU

CAVES, SELANGOR

DARUL EHSAN

XXXXXX 68100 BATU CAVES,

SELANGOR DARUL EHSAN

Pekerjaan/Pendap

atan

BERNIAGA / RM 1000 TIDAK BEKERJA

Bangsa dan

Agama

MELAYU / ISLAM MELAYU / ISLAM

PENGENALAN

DIRI

LELAKI (2) PEREMPUAN (2)

Nama MASMS NIB

No. K/P XXXXXX XXXXXX

Status/Asal BUJANG / KUALA

LUMPUR

ANAK DARA / KUALA LUMPUR

Tarikh

Lahir/Umur

20/03/1996

22 TAHUN

26/11/1998

20 TAHUN

Page 9: MFHA MASMS NWNAW NIB NAAMZ - jakess.gov.my 2019/PENDAKWA SY…Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 (selepas ini disebut EPAIS 2003) yang juga dibaca bersama dengan

9 DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN

SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH

Alamat Sekarang XXXXXX 68100 BATU

CAVES, SELANGOR

DARUL EHSAN

XXXXXX 51100 KUALA

LUMPUR (WP)

Pekerjaan/Pendap

atan

TIDAK BEKERJA TIDAK BEKERJA

Bangsa dan

Agama

MELAYU / ISLAM MELAYU / ISLAM

PENGENALAN

DIRI

LELAKI (3) PEREMPUAN (3)

Nama MFAZ NAAMZ

No. K/P XXXXXX XXXXXX

Status/Asal BUJANG / JOHOR ANAK DARA / SELANGOR

Tarikh

Lahir/Umur

20/02/1999

19 TAHUN

08/04/1997

21 TAHUN

Alamat Sekarang XXXXXX, 62300

PUTRAJAYA (WP)

XXXXXX, 25150 KUANTAN,

PAHANG DARUL MAKMUR

Pekerjaan/Pendap

atan

TIDAK BEKERJA TIDAK BEKERJA

Bangsa dan

Agama

MELAYU / ISLAM MELAYU / ISLAM

Tempat Kejadian Di dalam BILIK NO.225 SKY HOTEL SELAYANG

beralamat LOT T3-02 TINGKAT 3, SELAYANG CAPITOL

COMPLEX, SELAYANG – KEPONG EXPRESSWAY, 68100

BATU CAVES, SELANGOR DARUL EHSAN

Jenis Kesalahan 29 (1) (a) & (b) ENAKMEN JENAYAH SYARIAH (NEGERI

SELANGOR) NO. 9 TAHUN 1995

FAKTA KES Kesemua OKT ditahan oleh PPA JAIS yang bertindak hasil

aduan awam.

Ketika pemeriksaan, pintu bilik bertutup serta berkunci dari

Page 10: MFHA MASMS NWNAW NIB NAAMZ - jakess.gov.my 2019/PENDAKWA SY…Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 (selepas ini disebut EPAIS 2003) yang juga dibaca bersama dengan

10 DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN

SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH

dalam. PPA telah mengetuk pintu serta memberi salam

beberapa kali dan beberapa minit kemudian pintu bilik dibuka

oleh OKT (P1) yang berbaju sweater hitam serta berseluar

pendek hitam tanpa bertudung.

Setelah mendapat keizinan PPA telah masuk ke dalam bilik

tersebut untuk melakukan pemeriksaan lanjut.

Hasil pemeriksaan PPA menemui OKT (L1) yang berbaju

sweater kelabu serta berseluar pendek gelap sedang tidur di

atas katil 1 bersebelahan bilik air.

Turut ditemui OKT (L2) yang berbaju t-shirt merah serta

berseluar kelabu sedang tidur di atas katil 2 bersama OKT (P2)

yang berbaju singlet putih serta berseluar panjang ketat hitam

putih tanpa bertudung.

Pemeriksaan lanjut turut menemui OKT (L3) yang berbaju t-

shirt hijau serta berseluar pendek gelap sedang tidur di atas

katil 3 bersama OKT (P3) yang berbaju singlet hitam kelabu

serta berseluar pendek merah paras peha tanpa bertudung.

Hasil siasatan kesemua OKT tiada hubungan suami isteri atau

mahram yang sah.

PEGAWAI YANG

MENANGKAP

NO K/P ALAMAT

PPA Abdul Rahman Lai Bin

Abdullah

770714-02-

5009

Unit Penguatkuasaan, Kompleks

Islam Daerah Gombak

PPA Farah Wahida Binti

Tajuddin

861126-56-

5862

Unit Penguatkuasaan, Kompleks

Islam Daerah Gombak

PPA Nafarulazian Bin Che

Nan

760624-09-

5071

Unit Penguatkuasaan, Kompleks

Islam Daerah Gombak

PPA Hirdayanti Binti Hairi 850502-14-

5260

Unit Penguatkuasaan, Kompleks

Islam Daerah Gombak

Page 11: MFHA MASMS NWNAW NIB NAAMZ - jakess.gov.my 2019/PENDAKWA SY…Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 (selepas ini disebut EPAIS 2003) yang juga dibaca bersama dengan

11 DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN

SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH

[9] Mahkamah telah bertanya kepada Tertuduh-Tertuduh tersebut berkaitan fakta kes

yang dibentangkan oleh Pendakwa Syarie dan Tertuduh-Tertuduh tersebut

menyatakan dengar dan setuju dengan fakta kes tersebut. Oleh yang demikian,

Mahkamah berkeyakinan untuk menerima pengakuan bersalah Tertuduh-Tertuduh

tersebut.

[10] Sehingga peringkat ini, Mahkamah berpuas hati perkara-perkara seperti berikut:

a. bahawa Tertuduh-Tertuduh tersebut memahami pertuduhan yang dikenakan,

b. bahawa Tertuduh-Tertuduh tersebut memahami keadaan dan akibat pengakuan

salah yang diberikan,

c. bahawa pertuduhan terhadap Tertuduh-Tertuduh tersebut terdapat peruntukan di

sisi undang-undang;

d. bahawa fakta-fakta yang dikemukakan oleh Pendakwa Syarie yang mana telah

dipersetujui oleh Tertuduh-Tertuduh tersebut menunjukkan terdapat kesalahan

yang telah dilakukan oleh Tertuduh-Tertuduh tersebut.

[11] Mahkamah merekodkan pengakuan salah Tertuduh-Tertuduh tersebut. Pensabitan

kesalahan ini adalah berdasarkan iqrar (pengakuan salah) Tertuduh-Tertuduh tersebut

bahawa Tertuduh-Tertuduh tersebut telah melakukan kesalahan berkhalwat.

Mahkamah berpuas hati bahawa iqrar Tertuduh-Tertuduh tersebut ini telah memenuhi

kehendak Seksyen 17 (2) Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Negeri

Selangor) 2003 iaitu:

17(2): Apa-apa iqrar hendaklah dibuat-

(a)di dalam Mahkamah, di hadapan Hakim; atau

di luar mahkamah, di hadapan dua orang saksi lelaki yang aqil, baligh

dan adil.

[12] Iqrar yang dibuat oleh Tertuduh-Tertuduh tersebut ini adalah satu iqrar yang mesti

diterima kerana tidak ada alasan yang membolehkan iqrar tersebut tidak boleh

diterima. Iqrar yang tidak boleh diterima menurut Hukum Syarak telah diperuntukkan

Page 12: MFHA MASMS NWNAW NIB NAAMZ - jakess.gov.my 2019/PENDAKWA SY…Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 (selepas ini disebut EPAIS 2003) yang juga dibaca bersama dengan

12 DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN

SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH

dalam undang-undang sebagaimana peruntukan Seksyen 18 Enakmen Keterangan

Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003 iaitu:

18 (1) Iqrar yang berikut tidak boleh diterima:

(a) iqrar seseorang yang tidak aqil baligh;

(b) tertakluk kepada subseksyen (2), iqrar orang belum dewasa;

(c) iqrar orang gila atau orang terencat akal (ma’tuh);

(d) iqrar wali atau penjaga yang dibuat bagi pihak seseorang yang di bawah

jagaan atau tanggungjawabnya;

(e) iqrar yang tidak dibuat secara sukarela; atau

(f) iqrar seseorang yang dihalang di bawah mana-mana undang-undang

bertulis untuk mentadbirkan hartanya (Mahjur ‘alaih).

[13] Mahkamah juga berpuashati bahawa iqrar Tertuduh-Tertuduh tersebut telah

memenuhi setiap rukun iqrar sebagaimana dalam kitab Mughni al Muhtaj, jilid

kedua, muka surat 238 iaitu:

واركانه اربعة مقر ومقر له وصيغة ومقر به

Bermaksud:

Rukun iqrar itu ada empat perkara iaitu muqirrun (orang yang

melafazkan iqrar), muqarrun lahu (orang/pihak yang diberikan iqrar

untuknya oleh pembuat iqrar), sighah (ucapan atau kata-kata iqrar),

dan muqirrun bihi (hak atau kepentingan yang diiktiraf oleh orang

yang beriqrar)

[14] Semasa peringkat mitigasi, Tertuduh-Tertuduh tersebut telah mengemukakan rayuan

supaya hukuman terhadap mereka diringankan iaitu denda dikurangkan dan tidak

dipenjarakan kerana tiada pekerjaan.

Page 13: MFHA MASMS NWNAW NIB NAAMZ - jakess.gov.my 2019/PENDAKWA SY…Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 (selepas ini disebut EPAIS 2003) yang juga dibaca bersama dengan

13 DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN

SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH

[15] Manakala semasa Pendakwa Syarie berhujah berkenaan dengan kesalahan yang

dilakukan oleh Tertuduh-Tertuduh tersebut, Pendakwa Syarie telah menyatakan

bahawa pengakuan salah Tertuduh-Tertuduh tersebut dibuat dalam keadaan Tertuduh-

Tertuduh tersebut sedar dan faham akan kesan dan akibat pengakuan salah yang

dibuat tersebut. Peluang mitigasi yang telah diberikan kepada Tertuduh-Tertuduh

tersebut tidak digunakan sebaiknya kerana kesalahan yang telah dilakukan merupakan

kesalahan yang serius. Tambahan pula dalam kes ini, enam orang atau tiga pasangan

lelaki dan perempuan ditangkap dalam satu premis yang sama dalam satu masa.

[16] Pendakwa Syarie juga menghujahkan bahawa kesalahan tersebut tidak sepatutnya

dibuat oleh Tertuduh-Tertuduh tersebut dan berdasarkan Surah al-Isra’ ayat 32, jelas

Allah melarang keras umatnya supaya tidak menghampiri zina. Hal ini sangat

bertepatan dengan pertuduhan dan kesalahan kes ini. Pendakwa Syarie juga

menyatakan kepada Mahkamah bahawa hukuman yang Mahkamah akan jatuhkan

kepada Tertuduh-Tertuduh tersebut menjadi pengajaran kepada mereka agar tidak

mengulangi kesalahan yang sama di masa akan datang. Pendakwa Syarie juga

menyarankan kepada Mahkamah bahawa oleh kerana umur Tertuduh-Tertuduh

tersebut masih muda dan masing-masing tiada pekerjaan yang tetap, Tertuduh-

Tertuduh tersebut dijatuhkan hukuman bon berkelakuan baik.

[17] Berdasarkan mitigasi Tertuduh-Tertuduh tersebut dan hujahan Pendakwa Syarie,

Mahkamah telah membuat beberapa pertimbangan dan penelitian dalam menjatuhkan

hukuman dalam kes ini. Mahkamah mengambilkira rayuan Tertuduh-Tertuduh

tersebut serta hujahan Pendakwa Syarie yang mencadangkan hukuman tersebut.

[18] Mahkamah bersetuju dengan hujahan Pendakwa Syarie dan Mahkamah berpendapat

bahawa kesalahan yang dilakukan oleh Tertuduh-Tertuduh tersebut adalah sangat

serius dan Tertuduh-Tertuduh tersebut wajar dikenakan satu hukuman yang

sewajarnya dan berlandaskan undang-undang yang telah diperuntukan berdasarkan

keadaan Tertuduh-Tertuduh tersebut semasa tangkapan dibuat oleh Pegawai

Penguatkuasa Agama. Mahkamah berpendapat tidak wajar Tertuduh-Tertuduh

tersebut berada dalam premis hotel yang boleh mengundang perbuatan maksiat seperti

Page 14: MFHA MASMS NWNAW NIB NAAMZ - jakess.gov.my 2019/PENDAKWA SY…Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 (selepas ini disebut EPAIS 2003) yang juga dibaca bersama dengan

14 DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN

SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH

zina. Malahan, terdapat tiga pasangan berada dalam premis hotel yang sama dalam

satu masa semasa tangkapan dibuat.

[19] Perbuatan Tertuduh-Tertuduh tersebut dilarang sama sekali oleh Allah s.w.t. seperti

Firman-Nya dalam Surah al-Isra’ ayat 32 iaitu:

شة ا وساىء سبيل ول ت قربوا ٱلز نى إنهۥ كان فح

Bermaksud:

Dan janganlah kamu menghampiri zina, Sesungguhnya zina itu adalah

satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa

kerosakan).

[20] Manakala dalam kitab Tafsir Fi Zilal al-Quran oleh al-Syahid Sayyid Qutb

Rahimahullah, terjemahan Yusoff Zaky Haji Yacob, terbitan Pustaka Aman Press

Sdn. Bhd., Kota Bharu, Kelantan, cetakan pertama 2000/1420H, Jilid 10 muka surat

190, menghuraikan ayat 32 Surah al-Isra’ antara lain menyebut:

“Justeru itulah Islam menyekat jalan zina dengan menjauhi sebab-

sebab yang mendorong ke arahnya untuk menjaga supaya seseorang

itu tidak terjerumus ke dalamnya. Islam melarang percampuran bebas

di antara lelaki dan perempuan yang tidak perlu, mengharamkan

khalwat dan perbuatan bersolek secara berlebih-lebihan.”

[21] Dalam kes ini Tertuduh-Tertuduh tersebut jelas tidak mematuhi larangan-larangan

Allah s.w.t. Tertuduh-Tertuduh tersebut juga langsung tidak berasa bersalah berada

dalam premis hotel yang sama dalam satu masa. Seolah-olah ada parti yang

berlangsung memandangkan tiga pasangan berada dalam premis hotel yang sama

dalam satu masa. Mahkamah berpendapat jika hukuman ringan dikenakan,

Mahkamah dianggap seolah-olah tidak memandang serius kes seperti ini dan

Page 15: MFHA MASMS NWNAW NIB NAAMZ - jakess.gov.my 2019/PENDAKWA SY…Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 (selepas ini disebut EPAIS 2003) yang juga dibaca bersama dengan

15 DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN

SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH

Mahkamah takut untuk menjatuhkan hukuman sedangkan masyarakat sering

mengambil berat terhadap hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Syariah.

Penghakiman Mahkamah Syariah selalu disensasikan dan menjadi polemik yang tidak

berkesudahan oleh masyarakat. Malah isu-isu di Mahkamah Syariah juga kerap

dijadikan bahan mainan oleh sesetengah pihak yang menggambarkan tentang

kelemahan Mahkamah Syariah seperti tidak efisen, hukuman yang dijatuhkan sangat

ringan dan Mahkamah kelas kedua.

[22] Selanjutnya, dalam isu rayuan peringanan dan pemberatan hukuman ini juga

Mahkamah tertarik sepertimana pernah diulas oleh YAA Tan Sri Ibrahim Lembut

pada kes Muhammad Ridhwan Bin Tokiri & Seorang Lagi lwn. Ketua Pendakwa

Syarie, (JH 34 (2) yang memberikan beberapa asas panduan hukuman dan

faktorfaktor yang berhak untuk diambilkira dalam menentukan hukuman iaitu:

i) Faktor Pesalah Muda dan Faktor Kesihatan Tertuduh

Kedua-dua faktor ini adalah tiada kaitan dalam kes ini secara khusus

memandangkan Tertuduh tidak lagi tertakluk pada seksyen 2 ETJSS

2003 (tafsiran Pesalah Muda) dan berkenaan dengan factor kesihatan,

tiada dibangkitkan perkara ini dalam keseluruhan kes di mana-mana

peringkat sekalipun.

ii) Faktor Perayu telah insaf dan bertaubat

Faktor ini jelas sepertimana yang telah diulas terdahulu oleh Mahkamah

bahawa tiada langsung penzahiran rasa keinsafan dan kekesalan

diterbitkan daripada diri Tertuduh sendiri ketikamana rayuan dibuat,

yang ada hanyalah sikap sambil lewa dan tiada rayuan langsung serta

tanpa apa-apa justifikasi.

iii) Faktor Kejahilan Tertuduh berkaitan Hukum Islam

Perkara ini tidak dibangkitkan sepanjang prosiding berlangsung samada

daripada pihak Tertuduh mahupun pihak Pendakwa. Maka jelas konsep

asas hukum fiqh adalah sepertimana kaedah:

Page 16: MFHA MASMS NWNAW NIB NAAMZ - jakess.gov.my 2019/PENDAKWA SY…Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 (selepas ini disebut EPAIS 2003) yang juga dibaca bersama dengan

16 DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN

SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH

“Iaitu kejahilan tidak akan mengubah Hukum”

[23] Walaupun kesalahan ini merupakan kesalahan pertama Tertuduh-Tertuduh tersebut,

perkara tersebut tidak boleh dijadikan alasan oleh Mahkamah untuk meringankan

hukuman ke atas Tertuduh-Tertuduh tersebut lebih lebih lagi Mahkamah mendapati

tiada tanda-tanda keinsafan daripada Tertuduh malah rayuan Tertuduh dibuat secara

bersahaja.

[24] Walau bagaimanapun, wajarkah Mahkamah ini berpegang dan bergantung kepada

pilihan hukuman yang diperuntukkan di bawah Sekyen 29 (1) (a) dan (b) Enakmen

Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995 semata-mata atau terdapat pilihan lain yang

diperuntukan dalam undang-undang semasa menjatuhkan hukuman? Adakah menjadi

keperluan Mahkamah membuat pilihan lain selain peruntukan Sekyen 29 (1) (a) dan

(b) Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995 sekiranya pilihan lain yang

ada lebih memberikan pengajaran, keinsafan dan kebaikan kepada Tertuduh pada

masa akan datang seperti yang telah disarankan oleh Pendakwa Syarie semasa

hujahannya? Peruntukan Sekyen 29 (1) (a) dan (b) Enakmen Jenayah Syariah

(Negeri Selangor) 1995 adalah seperti berikut:

29(1) Mana-mana

(a) Orang lelaki yang didapati berada bersama dengan seorang atau lebih

daripada seorang perempuan yang bukan isteri atau mahramnya;

(b) Orang perempuan yang didapati berada bersama dengan seorang atau

lebih daripada seorang lelaki yang bukan suami atau mahramnya, di

mana- mana tempat yang terselindung atau di dalam rumah atau bilik

dalam keadaan yang boleh menimbulkan syak bahawa mereka sedang

melakukan perbuatan yang tidak bermoral adalah melakukan suatu

kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu

Page 17: MFHA MASMS NWNAW NIB NAAMZ - jakess.gov.my 2019/PENDAKWA SY…Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 (selepas ini disebut EPAIS 2003) yang juga dibaca bersama dengan

17 DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN

SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH

ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau

kedua-duanya.

[25] Berdasarkan peruntukan tersebut, Mahkamah berpendapat bahawa hukuman yang

diperuntukkan dalam seksyen tersebut tidak mengikat Mahkamah dengan hanya

bergantung kepada tiga jenis hukuman yang diperuntukkan tersebut sahaja. Akan

tetapi, perkataan “boleh dihukum” yang terdapat dalam seksyen tersebut

menunjukkan bahawa ruang dan peluang lain yang boleh menjadi pilihan Mahkamah

dalam membuat pertimbangan untuk menjatuhkan hukuman selain daripada hukuman

seperti peruntukan seksyen tersebut.

[26] Berdasarkan peruntukan undang-undang, Mahkamah mendapati bahawa terdapat

pilihan lain dalam menjatuhkan hukuman seperti peruntukan Seksyen 97 (2) (b)

Enakmen Tatacara Jenayah (Negeri Selangor) 2003 yang memperuntukkan seperti

berikut:

“apabila mana-mana orang dipertuduh di hadapan Mahkamah atas suatu

kesalahan yang boleh dihukum oleh Mahkamah itu, dan Mahkamah

mendapati bahawa pertuduhan itu telah dibuktikan, tetapi berpendapat

dengan mengambil kira watak, latar belakang, umur, kesihatan atau keadaan

mental orang yang dipertuduh itu, atau kepada hakikat ringannya jenis

kesalahan itu, atau kepada hal keadaan peringan yang dalamnya kesalahan

itu telah dilakukan, adalah tak suaimanfaat untuk mengenakan apa-apa

hukuman selain daripada suatu hukuman nominal atau bahawa adalah

suaimanfaat melepaskan pesalah itu dalam cubaan akhlak, Mahkamah boleh

tanpa merekodkan suatu sabitan, membuat perintah-

(a) …………;

(b) memerintah pesalah itu ditahan di suatu rumah kebajikan yang diluluskan

oleh Majlis selama apa-apa tempoh yang tidak melebihi enam bulan

sebagaiman yang difikirkan patut oleh Mahkamah;

(c) ………….

Page 18: MFHA MASMS NWNAW NIB NAAMZ - jakess.gov.my 2019/PENDAKWA SY…Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 (selepas ini disebut EPAIS 2003) yang juga dibaca bersama dengan

18 DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN

SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH

[27] Berdasarkan peruntukan Seksyen 97 (2) (b) Enakmen Tatacara Jenayah (Negeri

Selangor) 2003, Mahkamah boleh memerintahkan Tertuduh yang telah disabitkan

kesalahan untuk dikomitkan ke rumah kebajikan yang diluluskan selama tempoh tidak

melebihi 6 bulan. Namun begitu, sebelum peruntukan seksyen tersebut digunakan,

Mahkamah perlu mengambil kira perkara-perkara yang dinyatakan di dalam seksyen-

seksyen tersebut terlebih dahulu iaitu:

a. Watak, Latar Belakang dan Umur

i. Dalam kes ini, umur Tertuduh-Tertuduh tersebut ini ketika tangkapan

dibuat berusia antara 19 hingga 22 tahun. Walaupun Tertuduh telah

dikenakan taklif syarak terhadap dirinya, Mahkamah berpendapat bahawa

pada usia 19 hingga 22 tahun merupakan usia yang masih muda dan

mentah dalam membuat pertimbangan dalam menentukan hala tuju

kehidupannya. Tambahan pula sejak akhir-akhir ini gejala sosial semakin

membimbangkan dalam masyarakat dan kebanyakan golongan yang

terlibat adalah golongan yang terdiri dari belia yang berumur seusia

dengan Tertuduh-Tertuduh tersebut. Mahkamah mendapati golongan

tersebut sering mengambil kesempatan atas kebebasan yang telah

diberikan oleh keluarga. Hal ini menunjukkan bahawa golongan tersebut

masih belum dapat membuat pertimbangan yang wajar dan tindak tanduk

golongan tersebut berpaksikan kepada keseronokan semata-mata.

ii. Selain itu, Tertuduh-Tertuduh tersebut telah menyatakan kepada

Mahkamah bahawa Tertuduh tidak bekerja dan tidak mempunyai

pendapatan tetap semasa peringkat mitigasi. Bagaimana Tertuduh-

Tertuduh tersebut boleh membayar denda sekiranya tiada pendapatan?

Adakah wajar Mahkamah mengenakan hukuman penjara atas sebab

Tertuduh-Tertuduh tersebut tidak bekerja? Tentu tidak sama sekali.

iii. Oleh itu, pengajaran yang berguna seharusnya diberikan kepada Tertuduh-

Tertuduh tersebut khususnya dari aspek kefahaman berkenaan dengan

Page 19: MFHA MASMS NWNAW NIB NAAMZ - jakess.gov.my 2019/PENDAKWA SY…Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 (selepas ini disebut EPAIS 2003) yang juga dibaca bersama dengan

19 DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN

SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH

akhlak dan hukum hakam agama Islam agar dapat menjadi panduan

kepada Tertuduh-Tertuduh tersebut dalam melayari bahtera kehidupan

yang penuh ranjau, onak dan duri pada masa hadapan. Tertuduh-Tertuduh

tersebut masih mempunyai masa depan yang panjang dan cerah untuk

berbakti kepada keluarga dan masyarakat serta melakukan sesuatu yang

terbaik untuk kehidupannya. Maka sewajarnya Tertuduh-Tertuduh tersebut

perlu diberikan bimbingan dan panduan hidup yang sejajar dengan

kehidupan sebagai seorang muslim. Sekiranya pensabitan kesalahan ini

diambil kira dan Mahkamah menjatuhkan hukuman berdasarkan Sekyen

29 (1) (a) dan (b) Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995, pasti

hukuman tersebut akan memberikan rekod buruk kepada Tertuduh-

Tertuduh tersebut dengan diklasifikasikan sebagai seorang yang telah

disabitkan dan dihukum kerana melakukan kesalahan jenayah yang sudah

pasti akan menimbulkan pelbagai kesukaran kepada Tertuduh-Tertuduh

tersebut sekiranya Tertuduh-Tertuduh tersebut berkehendak untuk

menyambung pelajaran dan menceburi alam pekerjaan kelak.

b. Apa-Apa Hal Keadaan Peringanan Kesalahan Yang Dilakukan

i. Kesalahan ini merupakan kesalahan pertama Tertuduh-Tertuduh tersebut

dan sebelum ini Tertuduh-Tertuduh tersebut tidak pernah disabitkan

dengan kesalahan jenayah. Mahkamah berpandangan bahawa faktor ini

perlu diambilkira sebagai pertimbangan dalam menjatuhkan hukuman

terhadap Tertuduh-Tertuduh tersebut. Begitu juga dengan pengakuan salah

yang dinyatakan oleh Tertuduh-Tertuduh tersebut ternyata menjimatkan

kos dan perbelanjaan kerajaan serta masa Mahkamah sekaligus

meringankan beban Pendakwa Syarie kerana tidak perlu menanggung

beban pembuktian yang berat dalam kes ini selain memberi ruang kepada

Pendakwa Syarie memberi tumpuan kepada kes-kes yang lain.

[28] Selain alasan-alasan di atas, Seksyen 97 (2) (b) Enakmen Tatacara Jenayah (Negeri

Selangor) 2003 juga menyatakan bahawa Mahkamah perlu mengambil kira kesihatan

Page 20: MFHA MASMS NWNAW NIB NAAMZ - jakess.gov.my 2019/PENDAKWA SY…Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 (selepas ini disebut EPAIS 2003) yang juga dibaca bersama dengan

20 DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN

SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH

atau keadaan mental Tertuduh-Tertuduh tersebut namun Mahkamah berpendapat

bahawa alasan tersebut tidak terpakai dalam kes ini.

[29] Berdasarkan Seksyen 97 (2) (b) Enakmen Tatacara Jenayah (Negeri Selangor) 2003,

Mahkamah diberi kuasa untuk tidak merekodkan pensabitan kesalahan yang

dilakukan oleh Tertuduh-Tertuduh tersebut sebelum peringanan hukuman diberikan

kepada Tertuduh-Tertuduh tersebut kerana sekiranya rekod pensabitan ini tidak

dibatalkan dalam rekod perbicaraan sudah tentu akan memberi kesan kepada

Tertuduh-Tertuduh tersebut walaupun setelah Tertuduh-Tertuduh tersebut selesai

menjalani perintah tahanan tersebut.

[30] Dalam kes ini, Tertuduh-Tertuduh tersebut tidak disabitkan dengan kesalahan yang

telah dipertuduhkan tersebut.

[31] Oleh itu, SETELAH Mahkamah menimbangkan dengan mendalam segala fakta dalam

kes ini, DAN SETELAH Mahkamah meneliti serta menimbangkan rayuan yang

dikemukakan oleh Tertuduh-Tertuduh tersebut, hujahan Pendakwa Syarie, peruntukan

undung-undang serta hukum syarak, MAKA Mahkamah berpendapat bahawa

keputusan kes ini adalah wajar dan munasabah.

Page 21: MFHA MASMS NWNAW NIB NAAMZ - jakess.gov.my 2019/PENDAKWA SY…Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 (selepas ini disebut EPAIS 2003) yang juga dibaca bersama dengan

21 DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN

SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH

KEPUTUSAN

Setelah Mahkamah mendengar dan meneliti pertuduhan, fakta kes yang dibentangkan, alasan

rayuan Tertuduh-Tertuduh tersebut serta hujah Pendakwa Syarie DAN SETELAH

Mahkamah menimbangkan perkara tersebut, MAKA Mahkamah memerintahkan seperti

berikut:

1. Bagi kes 10008-143-0004-2019 dan 10008-143-0005-2019, Mahkamah memerintahkan

Tertuduh ditahan di Pusat Pemurniaan Akidah Baitul Iman selama enam bulan mulai hari

ini berdasarkan Seksyen 97 (2) (b) Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor)

2003.

2. Bagi kes 10008-143-0007-2019, 10008-143-0008-2019, 10008-143-0009-2019

Mahkamah memerintahkan Tertuduh ditahan di Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan

selama enam bulan mulai hari ini berdasarkan Seksyen 97 (2) (b) Enakmen Tatacara

Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003.