koleksi penghakiman fast track jakess b25 2_2016_d3 full.pdf · belah (syiqaq) dalam perkahwinan...

20
www.jakess.gov.my Syariah Asas Keadilan BULETIN JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH SELANGOR KELUARAN : 24 BIL 1/2015 BULETIN JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH SELANGOR KELUARAN : 25 BIL 2/2015 QUALITY SYSTEM CERTIFIED TO ISO 9001 : 2008 CERT. NO.: MY-AR 3282 CERTIFIED TO MS 9001 : 2014 CERT. NO.: AR 6524 QUALITY SYSTEM QUALITY SYSTEM MS ISO/IEC 17021:2011 QS 02121999 CB 01 Koleksi Penghakiman PENGESAHAN CERAI Fokus FAST TRACK

Upload: buinguyet

Post on 06-Jun-2019

273 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

www . j a k e s s . g o v . m ySyariah Asas Keadilan

BULETIN JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH SELANGORKELUARAN : 24 BIL 1/2015BULETIN JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH SELANGORKELUARAN : 25 BIL 2/2015

QUALITYSYSTEM

CERTIFIED TO ISO 9001 : 2008 CERT. NO.: MY-AR 3282 CERTIFIED TO MS 9001 : 2014CERT. NO.: AR 6524

QUALITYSYSTEM

QUALITYSYSTEM

MS ISO/IEC 17021:2011QS 02121999 CB 01

KoleksiPenghakiman

PENGESAHAN CERAI

Fokus

FAST TRACK

PENAUNGYAA Dato Dr. Hj. Mohd Naim bin Hj. Mokhtar

PENASIHATPuan Noor Huda binti Roslan

KETUA PENGARANGPuan Herlina Ainizawati binti Zakaria

SETIAUSAHAPuan Nurul Nadia binti Tahad

PENOLONG SETIAUSAHAPuan Zairatul Anati binti Miskon

PENGARANGTuan Abdul Majid bin Abdul Rahman

Tuan Muhammad Amir Firdaus bin SidinPuan Marina binti Abdul Rahman

Puan Siti Noraini binti IsmailPuan Ruziana binti Abd.Hamid

Puan Norhaslinda binti Abd.GhaniEncik Zul Helmi Azam bin Zulkepli

JURUFOTOEncik Sufian Hanif bin Manan

DICETAK OLEHFirdaus Press Sdn. Bhd.

Isi Kandungan

Sidang Redaksi

Sidang Redaksi 2Visi, Misi & Objektif 2Piagam Pelanggan .. 2Perutusan:Ketua Hakim Syarie 3Ketua Pengarang 3Anugerah & Pengiktirafan:2015 Tahun Gemilang JAKESS 4-5Fokus:Fast Track 6-7

Koleksi Penghakiman: Pengesahan Cerai 8-10Daerah & Seksyen 11Aktiviti JAKESS 12-15Kursus & Latihan JAKESS 16Lawatan & Promosi JAKESS 17Pegawai & Kakitangan baru dan berpindah 18Kelahiran & Perkahwinan 19Keratan Akhbar 20

VISI

Menjadikan JAKESS sebagai institusi kehakiman syariah yang terunggul di Malaysia berteraskan keadilan Islam.

MISI

Melaksanakan pengadilan dan pengurusan mahkamah syariah secara berkesan sistematik berasaskan peruntukan undang-undang Islam.

OBJEKTIF

1. Menyegerakan pengadilan kes-kes Syariah dengan adil, teratur dan berkesan.

2. Mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran pegawai dan kakitangan dari aspek perundangan dan pengurusan.

3. Menyediakan dan memperingkatkan penggunaan teknologi komunikasi dam maklumat (ICT) dalam pentadbiran.

4. Menyediakan dan mempertingkatkan kemudahan dan infrastruktur yang terbaik dan mencukupi.

PIAGAM PELANGGAN

1. Pelanggan akan diberi tarikh sebutan atau Majlis Sulh pada hari yang sama selepas permohonan sempurna didaftarkan.

2. Kes Mal akan mula disebut atau mula dibicarakan atau dibawa ke Majlis Sulh dalam tempoh 19 hari selepas didaftarkan.

3. Kes Saman Jenayah akan mula disebut atau mula dibicarakan dalam tempoh 19 hari selepas didaftarkan.

4. Keputusan kes akan dibuat dalam tempoh 30 hari setelah perbicaraan selesai bagi setiap tahun.

5. Perintah Faraid sedia dikeluarkan kepada pelanggan dalam tempoh 14 hari selepas kes diputuskan.

6. Perintah Perbicaraan bagi kes perceraian boleh diberikan dalam tempoh 30 hari selepas kes diputuskan dan dipohon oleh pelanggan.

7. Kes Rayuan akan diberi tarikh sebutan atau pendengaran dalam tempoh 19 hari selepas rekod rayuan yang lengkap diterima.

Jabatan Kehakiman Syariah Selangor2

,

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan izinNya buletin keluaran ke-25 bilangan 2/2015 Jabatan Kehakiman Syariah Selangor ini dapat dicetak dan diedarkan.

Untuk makluman sidang pembaca sekalian, keluaran kali ini memberi fokus kepada aktiviti dan pencapaian JAKESS bagi bulan Julai 2015 hingga Disember 2015. Semoga dengan paparan ini dapat dijadikan dorongan serta suntikan motivasi kepada warga JAKESS untuk meningkatkan lagi kualiti kerja masing-masing sekali gus meletakkan JAKESS pada kedudukannya yang tersendiri.

Akhir kata, jutaan ribuan terima kasih kepada YAA Dato Dr. Hj. Mohd Naim bin Hj. Mokhtar, Ketua Hakim Syarie Selangor dan pihak pengurusan tertinggi atas sokongan padu dan semangat yang diberikan kepada seluruh warga jabatan untuk mencapai visi dan misi yang digariskan.

Sebelum mengundur diri, ribuan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang membantu dalam menerbitkan buletin kali ini. Saya juga mengalu-alukan sebarang komen serta cadangan berkenaan buletin JAKESS. Komen dan cadangan tersebut bolehlah diemelkan ke alamat [email protected]

Sekian, wassalam.

HERLINA AINIZAWATI BINTI ZAKARIAKetua Pengarang

,

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah S.W.T, tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia, Nabi Muhammad S.A.W, ahli keluarga Baginda, para sahabat, para tabiin serta muslimin dan muslimat yang saya kasihi sekalian.

Bersyukur kita kepada Allah S.W.T kerana atas limpah kurnia-Nya, dapat kita menerbitkan Buletin Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) bilangan 2 tahun 2015. Tujuan buletin ini diterbitkan adalah sebagai salah satu bahan bacaan dalam menyebarluaskan mengenai aktiviti serta pencapaian jabatan. Alhamdulillah, dengan limpah kurniaNya sepanjang tahun 2015 pelbagai kejayaan yang jabatan lakarkan yang saya kira antara pencapaian terbaik dalam sejarah penubuhan JAKESS. Ini semua adalah dengan izin Allah S.W.T serta usaha yang berterusan daripada seluruh warga jabatan.

Antara bukti keupayaan JAKESS diiktiraf apabila berjaya merangkul Anugerah Ketua Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor dan Anugerah Kategori Pengurusan Rekod Terbaik bagi Anugerah Pengurusan Pejabat dan Pentadbiran Cemerlang (APPC) Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor tahun 2015, Pencapaian 4 Bintang Bagi Anugerah Kecemerlangan Pengurusan Kewangan Berdasarkan Indeks Akauntabiliti Tahun 2014, tempat kedua bagi Anugerah ICT Ketua Pengarah JKSM dalam kategori Mahkamah Syariah Negeri-Negeri SeMalaysia dan tempat ketiga bagi Anugerah ICT Ketua Pengarah JKSM dalam kategori Mahkamah Rendah Syariah Negeri-Negeri SeMalaysia serta pelbagai lagi pencapaian yang diraih.

Bagi keluaran kali ini. JAKESS memberi tumpuan terhadap beberapa pencapaian terbaik jabatan sepanjang tahun 2015. Kejayaan ini bukanlah sesuatu untuk dibanggakan sebaliknya sebagai pembakar semangat serta cabaran buat seluruh warga jabatan mengekalkan momentum serta meningkatkan kualiti kerja masing-masing.

Akhir sekali, saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua warga jabatan yang terlibat secara lansung dan tidak lansung dalam semua pencapaian. Terima kasih juga diucapkan kepada sidang redaksi dan semua pihak yang terlibat atas segala kerjasama dan komitmen yang ditunjukkan dalam menerbitkan buletin kali ini.

Sekian, wassalam.

YAA DATO DR. HJ. MOHD NAIM BIN HJ. MOKHTARDPMS., A.M.N, BSK., PPC.Ketua Hakim SyarieJabatan Kehakiman Syariah Selangor

BICARA KETUA PENGARANG

PERUTUSAN KETUA HAKIM SYARIE

PERUTUSAN DAN BICARA

Jabatan Kehakiman Syariah Selangor 3

ANUGERAH DAN PENGIKTIRAFAN

Tahun 2015 mencatat kejayaan yang cukup gemilang buat Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) apabila julung kalinya memenangi Tempat Pertama Anugerah Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Anugerah Pengurusan Pejabat dan Pentadbiran Cemerlang (APPC) Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor Tahun 2015 (Kategori Pejabat Daerah dan Tanah / Agensi-Agensi Lain).

Selain merangkul anugerah utama, JAKESS turut diktiraf sebagai Pemenang Pengurusan Rekod Terbaik APPC 2015 yang membolehkan JAKESS membawa pulang wang tunai keseluruhan berjumlah RM17,500 selain plak serta sijil. Lebih manis lagi, ini adalah kali pertama agensi agama memenangi kedua-dua anugerah tersebut.

Di samping kejayaan dalam APPC 2015, JAKESS turut meraih beberapa lagi kejayaan dan pengiktirafan sepanjang tahun 2015. Ini termasuklah Anugerah Kecemerlangan Pengurusan Kewangan Berdasarkan Indeks Akauntabiliti, Penarafan Laman Web, Anugerah ICT Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, Pensijilan Cemerlang Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) disamping mengekalkan pensijilan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001: 2008.

Menurut Ketua Hakim Syarie Selangor, YAA Dato Dr. Hj. Mohd Naim Mokhtar, pencapaian-pencapaian tersebut menjadi titik permulaan untuk JAKESS terus mengorak langkah memperbaiki mutu dan kualiti perkhidmatan kepada pelanggan seterusnya memastikan visi jabatan untuk menjadikan JAKESS sebagai institusi kehakiman syariah yang terunggul di Malaysia

pada tahun 2020 yang berteraskan keadilan Islam dapat direalisasikan.

Ujar beliau lagi, pelbagai pengiktirafan yang diterima juga secara tidak langsung menyangkal persepsi serta dakwaan negatif sesetangah pihak terhadap institusi agama khususnya mengenai pengurusan dan tadbir urus pejabat.

Justeru, YAA Dato Dr. Hj. Mohd Naim mahu semua warga jabatan mengekalkan momentum, malah mempertingkatkan lagi kualiti kerja masing-masing bagi menjadikan JAKESS sebagai institusi agama yang terunggul serta mampu memastikan kebajikan, kepentingan dan kemaslahah umat Islam di Negeri Selangor terus terpelihara sekali gus menjadi contoh masyarakat termasuk pihak bukan Islam.

Cabaran sebenar JAKESS bukanlah untuk meraih sebanyak mungkin anugerah, tetapi mengekalkan pencapaian dan memastikan pengiktirafan ini benar-benar terlaksana serta memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan adalah cabaran utama kita, ujar YAA Dato Dr. Hj. Mohd Naim kepada warga JAKESS.

2015 TahunGEMILANG JAKESS

Jabatan Kehakiman Syariah Selangor4

ANUGERAH DAN PENGIKTIRAFAN

ANUGERAH / PENGIKTIRAFAN YANG DIPEROLEHI JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH SELANGOR TAHUN 2015

1. Tempat Pertama Anugerah Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Anugerah Pengurusan Pejabat dan Pentadbiran Cemerlang (APPC) Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor Tahun 2015 (Kategori Pejabat Daerah dan Tanah / Agensi-Agensi Lain).

2. Pemenang Pengurusan Rekod Terbaik, Anugerah Pengurusan Pejabat dan Pentadbiran Cemerlang (APPC) Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor Tahun 2015.

3. Pencapaian 4 Bintang Bagi Anugerah Kecemerlangan Pengurusan Kewangan Berdasarkan Indeks Akauntabiliti Tahun 2014.

4. Penarafan 4 Bintang Bagi Laman Web JAKESS oleh Multimedia Development Corporation (MDeC) Sdn Bhd.

5. Tempat Kedua Anugerah ICT Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) Kategori Ibu pejabat.

6. Tempat Ketiga Anugerah ICT Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) Kategori Mahkamah Rendah Syariah.

7. Pensijilan Cemerlang Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) bagi lokasi ibu pejabat dan 9 Mahkamah Rendah Syariah.

8. Mengekalkan Pensijilan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001: 2008.

Jabatan Kehakiman Syariah Selangor 5

Pasangan yang mencapai persetujuan bersama untuk bercerai tidak perlu lagi menunggu 90 hari bagi menyelesaikan kes mereka. Sebaliknya, proses itu diselesaikan kurang enam jam apabila Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) memperkenalkan proses kerja fast track bagi kes cerai.Di bawah proses tersebut, tempoh masa penyelesaian kes cerai dengan talaq yang difailkan secara persetujuan bersama di bawah seksyen 47 Undang-undang Keluarga Islam Negeri Selangor (2003) dapat dipendekkan iaitu bermula daripada masa pendaftaran kes sehingga perintah bertulis dikeluarkan.Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu dan Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Dato Dr. Ahmad Yunus Hairi ketika hadir merasmikan Majlis Pelancaran Proses Kerja fast track Kes Cerai di ibu pejabat JAKESS berkata, inisiatif yang diambil itu adalah suatu bentuk inovasi yang memberi impak yang besar kepada sistem perundangan dan kehakiman syariah khususnya di Negeri Selangor, sekali gus memberi keadilan kepada semua pihak dan menjamin perkhidmatan yang terbaik, cepat, efektif dan efisien. Saya amat berbangga dan memuji projek dan inisiatif yang dilaksanakan oleh JAKESS ini bagi mengatasi masalah kelewatan penyelesaian kes cerai tersebut dengan tujuan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan dan services delivery kepada masyarakat Islam di seluruh Selangor, ujar Dato Dr. Ahmad Yunus.Tambahnya, usaha itu juga selaras dengan hasrat dan titah DYMM Sultan Selangor sebagai Ketua Agama Islam yang sentiasa mengharapkan agar JAKESS berusaha untuk menyegerakan penyelesaian kes-kes di Mahkamah Syariah Selangor terutamanya bagi kes-kes pembubaran perkahwinanSementara itu, Ketua Hakim Syarie Selangor YAA Dato Dr. Hj. Mohd Naim Mokhtar berkata, Kes Cerai fast track ini adalah satu projek Key Focus Activity (KFA) hasil cetusan idea Hakim-hakim Syarie Negeri Selangor ketika membincangkan mengenai langkah-langkah strategik penyelesaian kes di Mahkamah Syariah Negeri Selangor.Projek Kes Cerai fast track ini telah mula diperkenalkan di beberapa Mahkamah Rendah Syariah di Negeri Selangor sejak November 2014 bagi menilai keberkesanan pelaksanaanya. Bermula Jun 2015, kesemua 12 Mahkamah Rendah Syariah di Negeri Selangor mula melaksanakan Kes Cerai fast track ini.Untuk rekod, sebanyak 1,149 kes berjaya diselesaikan sepanjang tahun 2015 di seluruh Negeri Selangor.

OBJEKTIF 1. Memastikan kes di bawah Seksyen 47 Enakmen

Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 diselesaikan dengan cepat, tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan.

2. Memastikan proses pengurusan prapendaftaran kes Seksyen 47 EUKIS 2003 hingga perintah bersih dikeluarkan dapat dilaksanakan dengan cepat, sistematik dan berkesan.

3. Mewujudkan kesefahaman antara JAKESS, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) dalam menyelesaikan kes Seksyen 47 EUKIS 2003.

4. Memartabatkan sistem perundangan dan kehakiman syariah di Negeri Selangor Darul Ehsan.

SKOPSkop pelaksanaan Proses Kerja Fast Track Kes Cerai ini melibatkan proses permohonan perceraian dengan talaq di bawah Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 dengan syarat-syarat seperti berikut: Dokumen lengkap Suami isteri hadir Persetujuan bersama untuk bercerai Keadaan isteri suci dan tidak berlaku persetubuhan

dalam tempoh suci tersebut Mahkamah berpuas hati dengan alasan pecah

belah (syiqaq) dalam perkahwinan tersebut.

FOKUS

Selangor Perkenal Proses Kerja Fast Track Kes Cerai

CARTA ALIRAN KERJA

Terima dan semak permohonan untuk mengenalpasti kes fast track atau tidak. Tetapkan jumlah bayaran pendaftaran kes termasuk bayaran perintah mengikut Kaedah Tatacara Mal Mahkamah Syariah ( Fi, Elaun dan Kos ) 2006, Keluarkan Resit Kewangan Berkomputer / Resit Kew. 38. Buka fail kes. Isi butiran lengkap di atas kulit fail. Beri penandaan kes fast track dan senarai semak fast track. Serah fail kepada Penolong Pendaftar Mahkamah dan tentukan dewan. Serahan salinan saman kepada pihak-pihak. Beri pelanggan tag kes fast track. - Arahkan pihak-pihak masuk dewan bicara untuk perbicaraan. - Hakim membuat keputusan. Peyediaan draf perintah dan perintah bersih. Serahan perintah yang telah ditandatangani dan dimetrai kepada pihak-pihak. KES SELESAI

30 Minit

30 Minit

2 Jam

3 Jam

Jabatan Kehakiman Syariah Selangor6

FOKUS

KFA ini akan memberi kesan positif ke arah meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan dan kepuasan pelanggan di Mahkamah Syariah.

Dapat menghasilkan satu penambahbaikan proses pengurusan kes seksyen 47 EUKIS 2003 dengan lebih cepat dan sistematik.

Dapat membantu pihak-pihak menjimatkan masa berurusan di Mahkamah terutamanya bagi pihak yang datang dari lokasi yang jauh dan sukar untuk mendapatkan cuti rehat.

Dapat membantu JAKESS dalam mencapai objektif kualiti dan piagam pelanggan berkaitan tempoh pengeluaran perintah perceraian dalam masa 30 hari daripada tarikh keputusan.

Dapat membantu menjimatkan kos perbelanjaan JAKESS dalam mengurangkan penggunaan kertas, dakwat, setem dan bil telefon serta meringankan beban tugas kakitangan berkaitan proses carian perintah.

PENYELESAIAN KESBermula daripada pendaftaran kes selesai sehingga perintah bersih kes dikeluarkan.

KES PENCERAIANPermohonan perceraian yang dibuat di bawah seksyen 47 EUKIS 2003.

90 HARIDalam tempoh 90 hari termasuk hari Sabtu, Ahad dan cuti umum.

6 JAM6 jam waktu bekerja

DEFINISI KESAN PELAKSANAAN KFA

Jabatan Kehakiman Syariah Selangor 7

Noor Farah Hazwani Binti Osman

Lwn.

Wan Mohd Faizal Bin Wan Abd Rahim[Dalam Mahkamah Tinggi Syariah Selangor di Shah Alam (Y.A Tuan Muhamad Zakian Bin Dio, HMTS) 11 Julai 2013M]

[KesMal (Rayuan) No: 10500-054-0003-2013]

PENGHAKIMAN Y.A. MOHAMAD ZAKIAN BIN DIO, HAKIM MAHKAMAH TINGGI SYARIAH SELANGOR

jam 7.00 ptg. Lafaz yang diucapkan oleh responden ialah melalui telefon dimana respondan ketika itu menghubungi perayu melalui telefon dan bercakap dalam keadaan marah. Ketika responden melafazkan lafaz yang dikatakan memberi maksud cerai itu, responden telah memutuskan panggilan menyebabkan perayu hanya dapat mendengar responden melafazkan aku cerai dikau... Namun, responden mengaku, beliau telah melafazkan keseluruhan lafaz tersebut walaupun telah memutuskan talian telefon sebelum habis lafaz tersebut diucapkan.

[4] Dalam keterangannya di hadapan Tn. Hakim Bicara, Responden mengaku ketika lafaz tersebut diucap, beliau dalam kedaan waras dan tiada ada paksaan mana-mana pihak. Responden juga menyatakan bahawa lafaz tersebut adalah untuk menberi amaran kepada isteri. Tiada fakta dibentangkan berkaitan punca kemarahan responden. Namun Responden menegaskan semasa memberi keterangan lisannya bahawa apa yang dimaksudkan dengan perkataan ..talaq 2 ialah talak satu kali kedua. Perayu juga mengesahkan bahawa responden ada menjelaskan kepadanya beberapa hari selepas lafaz itu bahawa maksud talaq dua ialah talaq satu untuk kali ke dua.

[5] Pada 1/2/2011, Tn. Hakim Bicara telah membuat keputusan dengan mensabitkan lafaz tersebut dengan dua(2) talak. Ini menjadikan status perayu dan responden telah bercerai dengan perceraian bain kubra kerana jumlah talak telah mencukupi bilangan tiga (3) talak.

[6] Perayu tidak berpuashati dengan keputusan Tn. Hakim Bicara dan telah memfailkan rayuan ke Mahkamah ini pada 25/5/2012 terhadap keseluruhan keputusan Tn. Hakim Bicara, setelah pelanjutan masa memfailkan Notis Rayuan dibenarkan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Syariah.

[7] Di dalam rayuan ini, perayu telah mengemukakan 8 alasan. Setelah saya meneliti kesemua alasan-alasan tersebut, saya berpendapat, ulasan saya terhadap rayuan ini akan memfokuskan kepada rukun-rukun cerai mengikut hukum syarak, sebagaimana ulasan hakim bicara agar pemahaman semua pihak terhadap persoalan serta prinsip perceraian lebih jelas dan mudah. Sepanjang ulasan tersebut saya akan memberi keputusan isu-isu utama yang dibangkit perayu di dalam alasan rayuannya samada alasan-alasan tersebut mempunyai merit atau sebaliknya.

Rukun Pertama: Suami (Pelafaz)

[9] Berkaitan dengan rukun pertama ini, saya berpuashati dan mengesahkan kesimpulan hakim bicara bahawa ia telah

KOLEKSI PENGHAKIMAN

PERMOHONAN

[1] Dalam kes ini Perayu merayu kepada Mahkamah ini terhadap keseluruhan keputusan Mahkamah Rendah Syariah Hulu Selangor bertarikh 1/2/2011 dalam Kes Mal No. 10009-054-0573-2010. Dalam kes tersebut Tuan Hakim Mahkamah Rendah Syariah telah memutuskan seperti berikut:-

1.1 Mahkamah mensabitkan telah berlaku perceraian di antara Wan Mohd Faizal bin Wan Abd Rahim (Plaintif) dengan Noor Farah Hazwani binti Osman (Defenden) dengan talaq tiga pada 19 hb Disember 2010, kali kedua berjumlah tiga talaq secara talaq bain kubra di luar Mahkamah dan tanpa kebenaran Mahkamah.

1.2 Defendan dalam keadaan suci semasa lafaz dibuat dan hendaklah beriddah tiga (3) kali suci mulai tarikh tersebut.

1.3 Mahkamah perintahkan perceraian tersebut didaftarkan di Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat Selangor dan Daftar Ruju (Negeri Kedah) Nombor Siri: 16323, Bilangan 02/2009 DIBATALKAN.

1.4 Mana-mana pihak yang tidak berpuashati dengan keputusan ini hendaklah memfailkan Notis Rayuan dalam tempoh 14 hari mulai hari ini.

[2] Respondan tidak membantah rayuan ini dan bersetuju dengan tindakan Perayu memfailkan rayuan ke Mahkamah ini.

PEGUAM SYARIE

Peguam Syarie Perayu: En. Mohd Nooraizan Bin Md Idrus dari Tetuan Noor Aizan & Partners

Peguam Syarie Responden: Tidak diwakili peguam

FAKTA KES

[3] Perayu (isteri) dan Responden (suami) adalah pasangan suami isteri yang telah bercerai pada 23/10/2009 dengan talaq satu kali pertama dan telah rujuk semula pada 25/10/2009. Sepanjang pernikahan, mereka telah dikurniakan dengan seorang cahaya mata bernama Wan Nur Fatin Humaira binyti Wan Mohd Faizal (lahir pada 27/6/2010). Pada 22/12/2010, Responden telah memfailkan satu permohonan pengesahan lafaz cerai di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Selangor melalui Kes Mal No: 10009-054-0573-2010. Di dalam kes tersebut, Responden menyatakan telah melafazkan suatu lafaz yang mengandungi maksud cerai iaitu Aku ceraikan kau dengan talaq 2. (selepas ini disebut lafaz tersebut) pada 19/12/2010

Jabatan Kehakiman Syariah Selangor8

sempurna mengikut hukum syarak berdasarkan fakta yang dipersetujui dan keterangan dokumen Sijil Daftar Rujuk yang dikemukan. (Rekod Rayuan m/s 8).

Rukun Kedua dan Ketiga: isteri (Mahal Talaq) dan talaq dijatuhkan dengan kekuasaan suami (wilayah al-talaq)

[10] Berkaitan dengan dua rukun ini juga, saya berpuashati dan mengesahkan kesimpulan hakim bicara mengenainya yang juga berdasarkan pengakuan dan keterangan dokumen daftar rujuk pihak-pihak. Mereka ketika lafaz yang didakwa dilafazkan oleh responden adalah pasangan suami isteri yang sah. (RR m/s 30-31)

Rukun Ke empat: Lafaz Cerai

[11] Secara amnya, saya mengesahkan ulasan hakim bicara berkaitan prinsip-prinsip syarak berkenaan suatu lafaz cerai berbentuk jelas (sorih) atau samar (kinayah) serta otoriti-otoriti fuqaha yang dirujuk dan penghakiman hakim bicara adalah sebagaimana di dalam RR m/s 21-25. Apa yang menarik perhatian saya ialah ulasan hakim bicara terhadap dakwaan responden bahawa lafaz talaq dua bermaksud talaq kali kedua. Hakim bicara merujuk kaedah feqh yang dinukilkan oleh Imam Khatib Syarbiniyy di dalam kitabnya Mughniy al-Muhtaj, m/s 479 iaitu:

Maksudnya: Apabila berlaku percanggahan antara apa yang dilafazkan dengan yang diniatkan, maka hendaklah diutamakan apa yang dilafazkan.

Seterusnya dirujuk kaedah yang tidak dinyatakan dengan jelas sumbernya iaitu:

Maksudnya: sesuatu lafaz dengan semata-matanya (tanpa qarinah) tidak boleh diihtimalkan maksud. Niat diambil kira pada lafaz yang boleh diihtimalkan maksud.

Berasaskan kaedah tersebut, hakim bicara membuat kesimpulan sebagaimana berikut:

Berdasarkan kaedah-kaedah di atas jelas menunjukkan bahawa di dalam bab cerai lafaz yang dizahirkan adalah sesuatu yang didahulukan berbanding niat di dalam hati melainkan ada qarinah yang kuat.

Saya dengan hormatnya bersetuju terhadap kesimpulan hakim bicara berkaitan prinsip niat dalam suatu lafaz sorih atau kinayah dan juga penentuan apabila berlaku pertembungan lafaz dan niat suami, sebagaimana berlaku di dalam kes ini. Namun, harus diambil perhatian bahawa kaedah-kaedah feqh tersebut mempunyai prinisp pengecualiannya. Pengecualian tersebut terkandung didalam ulasan hakim bicara namun tidak diberi tumpuan ke atasnya iaitu apabila lafaz-lafaz zahir dan situasi pelafaz mempunyai qarinah yang boleh mengihtimalkan atau menanggungkan makna lafaz zahir itu kepada makna yang diniatkan. Maka apabila responden ketika melafazkan lafaz cerai dengan lafaz dua talaq dengan niatnya talak satu kali kedua, ditambah hal keadaan sebelum dari lafaz itu mereka telah bercerai kali pertama dengan satu talaq, saya berpuashati bahawa wujud qarinah yang kuat untuk menerima dakwaan responden agar mahkamah menerima apa yang diniatkannya. Qarinah tersebut ialah fakta perceraian cerai sebelum itu.

[12] Prinsip ini telah diulas oleh Panel Rayuan Syariah Selangor dalam kes Azni b. Abd. Samad lwn. Zahurin b. Zulkifly [2013] (Kes Mal No: 10000-054-0009-2012: belum dilaporkan). Panel Rayuan menyatakan:

Maksudnya: Maka apabila lafaz-lafaz yang jelas (soreh) mendatangkan keraguan antara dua perkara, maka penentuannya ialah samada dirujuk dari sudut prinsip syara atau penggunaan dari sudut bahasa atau penggunaan dari sudut adat. Tidak boleh digunakan berdasarkan petunjuk-petunjuk lafaz tersebut melainkan dengan niat pelafaz atau qarinah yang zahir. Lafaz tersebut statusnya hanya memberi petunjuk yang umum, maka dalam hal demikian, ia tidak memerlukan niat pelafaz bagi menentukan salah satu perkara yang meragukan itu, sebaliknya ialah niat tujuan pelafaz menyebut lafaz tersebut. (Dr. Sholeh bin Ghanim al-Sadlaan (Profesor Pengajian Tinggi, Universiti Iman Muhammad Bin Saood al-Islamiyyah, Riyadh), Al-Qawaid al-Fiqhiyyah al-Kubra, Dar Balansiyyah.)

[14] Apa yang berlaku di dalam kes ini ialah perayu telah melafazkan Mulai hari ini, saya Azni bin Abd Samad ceraikan isteri saya yang bernama Zahurin binti Zulkifly dengan talaq dua lantas responden bertanya adakah 2 tambah 1. Perayu menjawab Tidak, kali kedua. Perbualan antara perayu dan responden mengandungi lafaz-lafaz perayu yang jelas memberi maksud cerai. Namun lafaz-lafaz perayu talak dua dan lafaz kali kedua telah menimbulkan keraguan samada yang hendak diterima ialah cerai talak dua atau cerai kali yang kedua. Merujuk kepada prinsip yang diutarakan oleh Dr. Sholeh sebelum ini, proses penentuan maksud lafaz-lafaz sedemikian hendaklah dilihat akan hal keadaan niat pelafaz dan sama ada wujud apa-apa qarinah yang menunjukkan maksud penggunaan lafaz tersebut. Syarat pertama berkaitan niat pelafaz, kami dapati dalam keterangan lisannya, perayu jelas mengaku tanpa dibantah oleh responden bahawa apa yang diniatkan ialah talak kali kedua. Syarat kedua pula adakah wujud qarinah yang boleh memberi petunjuk maksud serta niat perayu itu.

[15] Perayu semasa memberi keterangan di hadapan hakim bicara menyatakan bahawa perceraian yang pertama telah berlaku sebelum lafaz tersebut diucapkan dengan jumlah satu talak. Kami berpendapat, fakta perceraian sebelum itu boleh menjadi qarinah bahawa maksud serta niat perayu dalam lafaz tersebut ialah talak kali kedua. Ini kerana, berdasarkan pertimbangan kelaziman seseorang yang waras pemikirannya sama sekali tidak akan menggunakan alasan tersebut jika tidak wujudnya perceraian sebelum itu. Hal keadaan responden yang tidak membantah apabila perayu menjawab Tidak, kali kedua juga menguatkan status perceraian pertama sebagai qarinah. Dengan ini, kami berpuashati bahawa syarat kedua iaitu kewujudan qarinah yang boleh menggambarkan maksud perayu telah dipenuhi. Hal keadaan ini menepati prinsip yang ditetapkan oleh Dr Sholeh sebelum ini bahawa penentuan lafaz soreh yang meragukan boleh dibuat dengan merujuk kepada pertimbangan kelaziman amalan masyarakat.

Prinisp dalam kes tersebut saya guna pakai dalam kes ini kerana fakta-fakta yang berlaku adalah sama.

KOLEKSI PENGHAKIMAN

Jabatan Kehakiman Syariah Selangor 9

[13] Dengan berdasarkan prinsip yang dijelaskan di dalam kes tersebut, saya berpuashati bahawa hakim bicara telah terkhilaf ketika membuat kesimpulam dalam keputusannya terhadap dakwaan niat responden bahawa lafaz talaq dua diniatkan talak satu talak kali kedua. Dakwaan responden tersebut diterima berdasarkan prinsip kecualian dari prinsip am kerana wujudnya qarinah iaitu fakta perceraian sebelum itu dengan talaq satu. Dengan kesimpulan ini, maka rukun ke empat kes ini tidak memenuhi kehendak syarak untuk disabitkan sebagaimana sabitan hakim bicara dengan talak dua kali ke tiga. Sebaliknya, dakwaan responden diterima untuk disabitkan satu talaq kali ke dua.

[14] Alasan pertama perayu bahawa berlaku percanggahan fakta lafaz di dalam pernyataan tuntutan dan keterangan lisan sesungguhnya tidak memberi kesan kepada perbicaraan. Ini kerana prinsipnya, fakta-fakta di dalam pernyataan tuntutan adalah berupa pengataan fakta manakala fakta dalam keterangan lisan pula adalah keterangan pihak-pihak . Maka sesuatu fakta yang diplidkan di dalam pernyataan tuntutan kemudian diperjelaskan di dalam keterangan lisan pihak-pihak dan sekiranya terdapat perbezaan, maka fakta dalam keterangan lisan pihak-pihak adalah yang digunapakai kerana fakta yang diperolehi dari keteranga lisan adalah fakta yang lahir setelah melalui proses ujian kebolehpercayaan lazim iaitu keterangan utama, soal balas dan soal semula. Dalam kes ini, sudah pasti proses tersebut tidak berjalan, namun soalan oleh hakim bicara kepada pihak-pihak memadai maksud ujian sebagaimana saya utarakan tadi. Syarat seterusnya ialah selama mana perbezaan fakta tersebut masih dalam skop dan isu yang sama, maka ia tetap tidak memberi kesan kerana ia tidak termasuk dalam kategori wujud fakta baru. Apa yang berlaku dalam kes ini ialah fakta dalam pernyataan tuntutan dan dalam keterangan lisan responden yang wujud sedikit perbezaan masih lagi berkisar isu lafaz cerai. Maka penjelasan dalam keterangan lisanlah yang digunapakai berdasarkan prinsip yang saya jelaskan. Dengan itu saya menolak hujah perayu dan alasan pertama perayu ini.

Rukun Ke lima: Qasad (lafaz digunakan untuk menjatuhkan talaq)

[15] Saya telah meneliti keterangan responden dan perayu di dalam Rekod Rayuan m/s 9-11, saya dapati jelas keterangan responden bahawa semasa lafaz tersebut dilafazkan ia dalam keadaan waras, faham kesan lafaz boleh memutuskan hubungan suami isteri dan hanya responden dalam keadaan marah. Perayu berhujjah bahawa hal keadaan marah responden sepatutnya disiasat lanjut oleh Hakim bicara kerana keadaan suami yang melafazkan cerai dalam keadaan marah telah dibahaskan oleh fuqahamempunyai beberapa kategori. Oleh itu, adakah alasan perayu ini boleh dipertimbangkan untuk suatu perintah perbicaraan semula atau sebagainya. Perayu menjelaskan bahawa kegagalan maklumat fakta marah responden menyebabkan hakim bicara tidak mendapat maklumat yang cukup ketika membuat keputusan maka perayu memohon keputusan hakim bicara diubah atau dibicarakan semula.

[16] Setelah saya merujuk keterangan responden kali kedua atas arahan hakim bicara seperti di dalam Rekod Rayuan m/s 11, saya dapati fakta yang diterangkan oleh responden ialah berkaitan tindakan responden menjelaskan niat dan maksud lafaz iaitu talak satu kali kedua kerana perayu tidak mendengar dengan sempurna ekoran responden memutuskan talian telefon. Tindakan-tindakan responden tersebut, pada pendapat saya telah menghilangkan andaian wujudnya keadaan responden yang marah sehingga tertakluk dalam kategori tidak sah lafaz cerai dalam keadaan marah. Ini kerana seperti mana kesimpulan hakim bicara, keupayaan responden memberi penjelasan semula apa yang dilafaz dan diniatkan, memadai untuk suatu kesimpulan dibuat bahawa responden semasa lafaz tersebut dilafazkan dalam keadaan sedar, waras dan sama sekali tiada paksaan. Tiada hujah lanjut responden

KOLEKSI PENGHAKIMAN

berkaitan alasan ini bagi menunjukkan keseriusan kekhilafan hakim bicara, maka saya terima kesimpulan hakim bicara bahawa hal keadaan marah responden tidak menjejaskan kesan lafaz.

[17] Alasan perayu bahawa responden tidak disiasat lanjut samada responden faham kesan lafaz atau sebaliknya sangat menimbulkan persoalan kepada mahkamah. Ini kerana dalam keterangan lisan responden di Rekod Rayuan m/s 9, jelas terdapat kenyataan responden faham kesan lafaz, putus hubungan suami isteri . Jika perayu mahu mahkamah membuat kesimpulan bahawa responden tidak mengetahui makna lafaz tersebut sebagaimana prinsip di dalam otoriti 3 yang dirujuk perayu, saya sama sekali tidak bersetuju. Ini kerana adalah jelas otoriti tersebut memberi prinsip apabila tidak diketahui makna perkataan yang diucapkan maka tidak sah qasad seseorang. Adakah boleh dikatakan responden termasuk di dalam ketegori prinsip tersebut untuk mensabitkan bahawa lafaz yang diucapkan responden tidak mengetahui maknanya. Saya tidak dapat menerim alasan tersebut, lebih-lebih lagi perayu dan responden telah berpengalaman bercerai sebelum itu.

[18] Akhirnya, saya berpuashati bahawa hal keadaan responden semasa lafaz telah memenuhi keperluan rukun qasad ini dan saya mengesahkan kesimpulan hakim bicara. Alasan-alasan perayu tidak dapat menunjukkan bahawa hakim bicara telah terkhilaf dari segi hukum dan undang-undang.

[19] Akhirnya, walaupun semua alasan perayu gagal menunjukan kekhilafan tindakan hakim bicara namun berdasarkan pemerhatian dan pertimbangan saya sendiri, sebagaimana ulasan terhadap rukun ke empat sebelum ini, saya boleh berpuashati bahawa rayuan ini akan saya pertimbangkan.

KEPUTUSAN

Setelah meneliti notis rayuan perayu, alasan-alasan rayuan, hujah serta semua rekod-rekod rayuan, kami berpuashati dan memutuskan:

Rayuan perayu diterima.

Terma pertama keputusan Mahkamah Rendah Syariah Hulu Selangor bertarikh 1/2/2011 dalam Kes Mal No: 10009-054-0573-2010 diubah dari dengan talaq tiga pada 19hb. Disember 2010, kali kedua berjumlah tiga talaq secara talaq bain kubra .. ditukar kepada dengan talaq satu pada 19hb. Disember 2010, kali kedua berjumlah dua talaq rajiy

Y.A. MOHAMAD ZAKIAN BIN DIO HAKIM MAHKAMAH TINGGI SYARIAH SELANGOR11 JULAI 2013

Jabatan Kehakiman Syariah Selangor10

DAERAH & SEKSYEN

Bagi meraikan kedatangan bulan Ramadan al-Mubarak, Mahkamah Rendah Syariah Sepang mengadakan program Ihya Ramadan yangmelibatkan semua pegawai dan kakitangan di mahkamah tersebut. Antara pengisian program termasuklah tadarrus al-quran, khatam al-quran dan penyampaian cenderahati sempena ketibaan Hari Raya Aidilfitri. Program diadakan sepanjang bulan Ramadan iaitu bermula 18 Jun 2015 hingga 10 Julai 2015.

MRS SEPANG

MRS KUALA LANGAT

MRS HULU SELANGOR

Pada 16 Oktober 2015, Seksyen Bahagian Sokongan Keluarga (SBSK) telah mengadakan Hari Bersama Pelanggan atau Klinik SBSK di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Langat bersama kakitangan Pejabat Agama Daerah Kuala Langat. Program ini bertujuan memberi taklimat mengenai peranan SBSK dan memberi peluang secara lansung kepada orang awam untuk mendapatkan khidmat nasihat mengenai tunggakkan nafkah. Program yang memakan masa setengah hari ini dilihat mendapat sambutan yang positif daripada semua pihak yang terlibat.

Program Pencegahan Kebakaran anjuran bersama Mahkamah Rendah Syariah Hulu Selangor dan Jawatankuasa Latihan Ekosistem Kondusif Sektor Awam JAKESS telah diadakan pada 16 Oktober 2015. Objektif program adalah bagi memberi pendedahan kepada peserta berkaitan langkah-langkah keselamatan di dalam bangunan dan tips-tips penjagaan keselamatan di tempat kerja serta cara-cara mengelakkan berlakunya kemalangan di tempat kerja. Sasaran peserta adalah daripada MRS Hulu Selangor, MRS Gombak Barat dan MRS Gombak Timur. Penceramah jemputan adalah Tuan Mohd Ridhwan Ghazali daripada Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia Negeri Selangor Bomba & Penyelamat Kuala Kubu Bharu.

Jabatan Kehakiman Syariah Selangor 11

21-23 Ogos 2015Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang

LENSA TEMASYA SUKAN MAHKAMAH SYARIAH (SMS) KALI KE-3 TAHUN 2015

AKTIVITI

Jabatan Kehakiman Syariah Selangor12

Program Luar Pementoran JAKESS Tahun 2015 telah diadakan pada 9 hingga 10 September 2015 bertempat di Kinrara Resort Puchong Selangor. Antara pengisian program kali ini termasuklah pertemuan mentor dan menti, sesi perkongsian ilmu bersama Y.A.A Ketua Hakim Syarie Selangor serta team building.

Pada 11 September 2015, Perhimpunan Khas Jabatan-Jabatan di Bawah Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam Tahun 2015 telah diadakan di Dewan Muktamar, JAKESS. Majlis bertujuan menghimpun pegawai dan kakitangan jabatan-jabatan di bawah Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam iaitu JAKESS, Jabatan Agama Islam Negeri Selangor, Jabatan Mufti Negeri Selangor. Turut hadir pegawai dan kakitangan daripada pejabat Y.B EXCO, Majis Agama Islam Selangor, Lembaga Zakat Selangor dan Perbadanan Wakaf Selangor.

YB Dato Dr. Ahmad Yunus Hairi, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu dan Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi dalam amanatnya memberi tumpuan terhadap pemantapan penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan, pencapaian serta sasaran setiap jabatan. Majlis berakhir sekitar pukul 10.30 pagi

PROGRAM LUAR PEMENTORAN JAKESS TAHUN 2015

PERHIMPUNAN KHAS JABATAN-JABATAN DI BAWAH JAWATANKUASA TETAP HAL EHWAL AGAMA ISLAM TAHUN 2015

AKTIVITI

Mahkamah Rendah Syariah Sabak Bernam dipilih sebagai tuan rumah Majlis Perhimpunan Bulanan, Persaraan, Pelancaran Bulan Kemerdekaan dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1436H/2015 yang diadakan pada 7 Ogos 2015.

Seawal jam 9 pagi para pegawai serta kakitangan JAKESS dari seluruh Negeri Selangor mula berkumpul di MRS Sabak Bernam. Majlis dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor, bacaan ikrar dan bacaan doa. Seterusnya ucapan alu-aluan oleh

Tuan Nahar Mohamad, Hakim MRS Sabak Bernam diikuti ucapan perasmian dan amanat oleh Y.A.A Dato Dr. Hi. Mohd Naim Hj. Mokhtar, Ketua Hakim Syarie Selangor. Di samping itu, Encik Mohamad Rafli Mohamed Yusof turut dijemput memberikan ucapan sempena majlis persaraan beliau.

Turut diadakan sesi penyampaian Sijil Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) dan penyerahan Jalur Gemilang kepada semua Mahkamah Rendah Syariah. Majlis diakhiri dengan sesi bergambar, jamuan hari raya dan gotong-royong.

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN, PERSARAAN, PELANCARAN BULAN KEMERDEKAANDAN SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFIRTI 1436H/2015

Jabatan Kehakiman Syariah Selangor 13

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Selangor Bagi Tahun 1437H/2015M telah diadakan pada 24 Disember 2016 bersamaan 12 Rabiulawal 1437H

bertempat di Stadium Melawati, Shah Alam. Diketuali Tuan Salehan Yatim dengan kekuatan kontinjen seramai 41 orang, kali ini JAKESS tampil segak berbaju melayu berwarna ungu, lengkap bersampin sedondon berserta songkok hitam.

Seawal pukul 6.30 pagi semua peserta berkumpul di Ibu Pejabat JAKESS dan terus bergerak ke Stadium Melawati menaiki kenderaan jabatan. Acara

dimulakan dengan pendaftaran setiap kontinjen. Tepat pukul 8.30 pagi semua kontinjen mula berarak dengan membawa bendera dan sepanduk masing-masing. Acara perarakan berakhir sekitar pukul 11.30 pagi dan diakhiri dengan majlis penyampaian hadiah kepada setiap pemenang.

Majlis Hi-Tea Ketua Hakim Syarie Bersama Media telah diadakan pada 4 Disember 2015. Majlis yang julung kali diadakan itu bertujuan merapatkan silaturahim antara JAKESS dengan pihak media serta berbincang mengenai kerjasama strategik antara kedua-dua pihak. Selain itu, majlis tersebut juga be rtujuan untuk menguar-uarkan mengenai pencapaian JAKESS sepanjang tahun 2015 serta fokus dan sasaran bagi tahun 2016. Antara wakil media yang hadir termasuklah Utusan Malaysia, Berita Harian, Sinar Harian dan Harian Metro.

MAJLIS HI-TEA KETUA HAKIM SYARIE BERSAMA MEDIA

MOBILE COURT DI KAMPUNG ORANG ASLI BUKIT MANCHUNG

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT NEGERI SELANGOR TAHUN 1437H/2015M

AKTIVITI

Bagi memudahkan urusan pendaftaran dan perbicaraan kes masyarakat orang asli yang tinggal jauh di kawasan pedalaman, JAKESS sekali lagi mengambil inisiatif untuk turun padang dengan mendekati masyarakat orang asli di Kampung Orang Asli Bukit Manchung, Bukit Beruntung, Rawang. Program yang diadakan pada 4 dan 6 Ogos 2015 itu bertujuan untuk pendengaran kes-kes wali raja, permohonan nikah di bawah umur, permohonan pengesahtarafan anak dan juga kes pengesahan nikah. JAKESS turut mendapat kerjasama daripada Pejabat Agama Islam Hulu Selangor dan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Hulu Selangor. Pendengaran kes dibuat di hadapan Y.A.A DatoDr. Hj. Mohd Naim Hj. Mokhtar,

Ketua Hakim Syarie Selangor, Tuan Mohd Sohibul Kahfi Hussin, Hakim Mahkamah Rendah Syariah Hulu Selangor dan Tuan Kamarulzaman Ali, Hakim Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat.

Jabatan Kehakiman Syariah Selangor14

AKTIVITI

SAMBUTAN HARI INTEGRITI, HARI INOVASI, PERHIMPUNAN JABATAN DAN PELANCARAN PELAN-PELAN JAKESS

Sambutan Hari Integriti, Hari Inovasi, Perhimpunan Jabatan dan Pelancaran Pelan-Pelan Jabatan Kehakiman Syariah Selangor telah diadakan pada 16 Disember 2016 bertempat di di Dewan Muktamar, Jabatan Kehakiman Syariah Selangor. Antara lain majlis tersebut bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada pegawai dan kakitangan JAKESS yang menunjukkan kecemerlangan serta kebolehan melalui beberapa kategori yang disediakan. Di samping itu, turut diadakan pelancaran pelan-pelan

Jabatan dan persembahan oleh Kumpulan Inovatif Kreatif (KIK).

SENARAI PENERIMA ANUGERAH TAHUN 2015

1. Anugerah Petugas Kaunter Terbaik:Encik Nor Ramlee bin MohamedPenghantar Notis Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor

2. Anugerah Personaliti Terbaik (Lelaki):Tuan Muhamad Hafiz bin Moksin Pegawai SyariahMahkamah Rendah Syariah Kuala Langat

3. Anugerah Personaliti Terbaik (Wanita):Puan Zuraidah binti HamzahPembantu SyariahMahkamah Rendah Syariah Sabak Bernam

4. Anugerah Pekerja Sihat (Lelaki):Encik Mohd Januri bin SaibaniPenghantar NotisMahkamah Rendah Syariah Kuala Langat

5. Anugerah Pekerja Sihat (Wanita):Puan Siti Zubaidah binti Mohd YusofPembantu SyariahMahkamah Rendah Syariah Sabak Bernam

6. Anugerah Tokoh ICT (Lelaki):Encik Mohd Ismail bin BistamamPenghantar NotisMahkamah Rendah Syariah Hulu Selangor

7. Anugerah Tokoh ICT (Wanita):Puan Mahmudah binti Narowi Pegawai Syariah Mahkamah Tinggi Syariah Selangor

8. Anugerah Tokoh Sukan (Lelaki): Encik Mohamad Farizal bin BajuriPemandu Mahkamah Tinggi Syariah Selangor

9. Anugerah Tokoh Sukan (Wanita):Puan Norafidah binti Abu BakarSetiausaha PejabatMahkamah Rendah Syariah Klang

10. Anugerah Khas EKSA: Puan Siti Rashidah binti SarkomMahkamah Rendah Syariah Ampang

11. Anugerah Tokoh Mentor: Tuan Abdul Halim bin Abu SamahPegawai SyariahMahkamah Rendah Syariah Petaling

12. Anugerah Tokoh Menti: Puan Erny Wirdayu binti Hosnan Pembantu Syariah Mahkamah Rendah Syariah Sepang

13. Anugerah Tokoh Juruaudit (Lelaki):Tuan Mohd Nurulazhar bin Mohd ToharPegawai Syariah Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam

14. Anugerah Tokoh Juruaudit (Wanita):Puan Ana Faiza binti Md. NorPenolong Pegawai Syariah Mahkamah Rendah Syariah Klang

Jabatan Kehakiman Syariah Selangor 15

KURSUS DAN LATIHAN JAKESS TAHUN 2015

KURSUS DAN LATIHAN TARIKH

KURSUS SAINS FORENSIK 29 - 30 JULAI 2015

KURSUS PENGURUSAN KES MAL, JENAYAH DAN RAYUAN 3 - 5 OGOS 2015

BENGKEL PEMAHAMAN PROSEDUR KUALITI SIRI 2/2015 3 - 4 SEPTEMBER 2015

BENGKEL KUMPULAN INOVATIF & KREATIF (KIK) JAKESS 5 - 7 OKTOBER 2015

BENGKEL AFIDAVIT 12 - 13 OKTOBER 2015

BENGKEL TAKLIMAT PINDAAN & EDARAN DOKUMEN ISO JAKESS BIL.2/2015 19 OKTOBER 2015

KURSUS PEMANDU CEMERLANG 2 - 4 NOVEMBER 2015

BENGKEL PENGURUSAN KES MAL SIRI 1/2015 26 - 27 NOVEMBER 2015

BENGKEL PENGURUSAN KES MAL SIRI 2/2015 3 - 4 DISEMBER 2015

BENGKEL PELAN JABATAN 7 - 9 DISEMBER 2015

KURSUS PEMANTAPAN PASUKAN AUDIT DALAM JAKESS 9 - 10 DISEMBER 2015

BENGKEL PENGURUSAN KES MAL SIRI 3/2015 17 - 18 DISEMBER 2015

BENGKEL TAKLIMAT PINDAAN & EDARAN DOKUMEN ISO JAKESS BIL.3/2015 21 - 23 DISEMBER 2015

KURSUS DAN LATIHAN

Jabatan Kehakiman Syariah Selangor16

Bil Program Tempat Tarikh

1. Karnival Kampungku Kesayanganku Daerah Petaling

Masjid Jamiul Ehsan, Kampung Kubu Gajah, Sungai Buloh

11-12 September 2015

2. Karnival Kampung Kesayanganku Daerah Sepang

Masjid Al-Ulum, Kampung Bukit Bangkong, Sungai Pelek,

2-3 Oktober 2015

3. Klinik BSK dan Hari Bersama Pelanggan

Mahkamah Rendah Syariah Kuala Langat

16 Oktober 2015

4. Karnival Kampungku Kesayanganku Daerah Gombak

Masjid As Syakirin Jalan Gombak, Gombak

23-24 Oktober 2015

5. Karnival Kampungku Kesayanganku Daerah Hulu Langat

Masjid Ar Rahman, Batu 21, Sungai Lui, Hulu Langat

13-14 November 2015

6. Pameran Sempena Roadshow Pelan Tindaan Pemerkasaan Ibu Tunggal

Pusat Latihan Mengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST) Seksyen 19, Shah Alam

19 November 2015

7. Karnival Kampungku Kesayanganku Daerah Hulu Selangor

Masjid Jamek Ar-Rahman, Hulu Bernam.

4-5 Disember 2015

LAPORAN PROMOSI JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI SELANGOR TAHUN 2015

LAWATAN & PROMOSI

LAWATAN / KUNJUNGAN JAKESS KE LUAR

LAWATAN / KUNJUNGAN LUAR KE JAKESS

TARIKH AKTIVITI

07 September 2015 Lawatan ke Pameran Beg Terbesar Anjuran Persatuan Seni Jahitan Kreatif & Pusat Latihan Kraftangan Epal

20 Ogos 2015 Lawatan Penanda aras EKSA ke Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia Cawangan Selangor (JUPEM)

16 Oktober 2015 Lawatan ke Malaysia Mediation Centre (MMC)

22 Oktober 2015 Lawatan ke Mahkamah Syariah Singapura

TARIKH AKTIVITI

14 Ogos 2015 Kunjungan Pelajar dan Pensyarah Monach University Malaysia

02 September 2015 East West Centre Visit

08 September 2015 Perbincangan bersama YB Puan Hanizah binti Mohamed Talha

15 Oktober 2015 Lawatan Sambil Belajar SMK Seksyen 18, Shah Alam

23 Oktober 2015 Lawatan daripada Minister of Justice, Afghanistan

24 November 2015 Kunjungan Hakim-hakim Dari Negara Qatar Siri 1

02 Disember 2015 Kunjungan Hakim-hakim Dari Negara Qatar Siri 2

Jabatan Kehakiman Syariah Selangor 17

Nama : Ainah binti MuhammadJawatan : Ketua Pembantu Tadbir (P/O) Gred N26Lokasi : Mahkamah Tinggi Syariah SelangorTarikh Lapor Diri : 1 Ogos 2015

Nama : Zairatul Anati binti MiskonJawatan : Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W17Lokasi : Mahkamah Tinggi Syariah SelangorTarikh Lapor Diri : 1 September 2015

Nama : Hudzaifah bin Abd RahmanJawatan : Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W17Lokasi : Mahkamah Rendah Syariah Hulu SelangorTarikh Lapor Diri : 1 September 2015

Nama : Hayati binti MiswanJawatan : Pembantu Tadbir (P/O) Gred N22 (TBK)Lokasi : Mahkamah Tinggi Syariah SelangorTarikh Lapor Diri : 16 September 2015

Nama : Saifullizan bin ShaharudinPejabat Baru : Pejabat Tanah dan Galian Shah AlamTarikh Pertukaran : 17 September 2015

SENARAI PEGAWAI DAN KAKITANGAN BARU (JULAI DISEMBER 2015)

SENARAI PEGAWAI DAN KAKITANGAN YANG BERPINDAH

Nama : Shahrul Izwan bin MuktiPejabat Baru : Mahkamah Tinggi Shah AlamTarikh pertukaran : 16 November 2015

Nama : Yusof bin SulaimanJawatan : Pegawai Syariah Gred LS44Lokasi : Mahkamah Tinggi Syariah SelangorTarikh Lapor Diri : 2 November 2015

Nama : Ahmad Zuhair bin A.MubinJawatan : Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41Lokasi : Mahkamah Tinggi Syariah SelangorTarikh Lapor Diri : 11 November 2015

Nama : Suhaira binti AminJawatan : Pambantu Tadbir (P/O) Gred N17Lokasi : Mahkamah Tinggi Syariah SelangorTarikh Lapor Diri : 7 Disember 2015

PEGAWAI & KAKITANGAN BARU DAN BERPINDAH

ANUGERAH PEKERJA CONTOH BULANAN

Oktober - Disember 2015

Julai - September 2015

Puan Mahmudah binti NarowiPegawai Syariah LS41Seksyen Perundangan

Encik Amerhamzah binti Abdul KarimPemandu Kenderann H11

Bahagian Khidmat Pengurusan dan Sumber Manusia

Tuan Aminullah binti BahrinPenolong Pegawai Syariah LS27

Seksyen Perundangan

Puan Atrasina binti Mohd ZahrullailPegawai Syariah LS41Seksyen Perundangan

Cik Nurul Najla binti Md AzmiPembantu Tadbir (Kew) W17

Seksyen Kewangan

Cik Siti Norsyahida binti Hasnan BasriPembantu Tadbir (Kew) W17

Seksyen Kewangan

Jabatan Kehakiman Syariah Selangor18

Nama Pegawai:Nur Zakina Elmy binti Ahmad ZakiJurubahasa Lokasi pejabat:Mahkamah Rendah Tinggi SyariahNama pasangan:Mohd Shahrul Amin bin Mohd AdananTarikh Perkahwinan:25 Julai 2015

Nama Pegawai:Nurul Emilia binti Ahmad Diah Pembantu Syariah Lokasi pejabat:Mahkamah Rendah Syariah KlangNama pasangan:Mohd Fitri bin Abdul RahimTarikh Perkahwinan:30 Ogos 2015

Nama Pegawai:Noor Fadzillah binti Mohd Tajudin Juruteknik Komputer Lokasi pejabat:Mahkamah Tinggi Syariah Nama pasangan:Muhammad Azhari bin AsnawiTarikh Perkahwinan:2 Oktober 2015

Nurul Insyirah binti Muhammad FaizalMuhammad Faizal bin Abdullah (MRS Ampang)

02 Ogos 2015

Yasmeen Khairah binti Mohd AsyrafNurul Nadia binti Tahad (MTS)

25 September 2015

Muhammad Syafi bin IzwanRamizah binti Razali (MRS Kuala Selangor)

15 Jun 2015

Muhamad Afif Hakim bin FahruddinFahruddin bin Mohd Bajuri (MTS)

05 November 2015

Muhammad Rizqin bin Mohd RizzuanNor Fazlin Asmira binti Anuar Dzapri (MRS Hulu Selangor)

21 Julai 2015

Muhammad Imaad bin Mohd IsmailMohd Ismail bin Bistamam (MRS Hulu Selangor)

28 Oktober 2015

Muhammad Khalish Amsyar bin Mohd Khaidie HazniNur Liyana binti Meswan (MRS Hulu Selangor)

07 November 2015 Kelahiran

PERKAHWINAN DAN KELAHIRAN

Jabatan Kehakiman Syariah Selangor 19

JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH SELANGORBANGUNAN MAHKAMAH SYARIAH SULTAN IDRIS SHAH,

PERSIARAN MASJID, SEKSYEN 5,40000 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN.

NO.TEL : 03-5519 1291, 03-5519 1294, 03-5519 1304, 03-5511 3708NO. FAKS: 03-5510 1075 (PEJABAT KETUA HAKIM SYARIE) 03-5510 5620 (PENTADBIRAN) 03-5510 5816 (PERUNDANGAN)