analisa pencapaian objektif kualiti jabatan … piagam pelanggan.pdf · analisa pencapaian objektif...

9
ANALISA PENCAPAIAN OBJEKTIF KUALITI JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI SELANGOR (JAKESS) BAGI TAHUN 2008 DAN 2009. Berikut adalah rumusan bagi analisis pencapaian objektif kualiti keseluruhan lokasi di Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor (JAKESS) bagi tahun 2008 dan 2009. Analisa pada kali ini akan membuat perbandingan pencapaian objektif kualiti selama 2 tahun berturut-turut bermula tahun 2008 hingga 2009. Sumber yang digunakan bagi mengukur pencapaian ini adalah menggunakan Buku Data Jangkamasa yang digunapakai, Buku Daftar Kaunter, Buku Daftar Kes, Senarai Kes dan Sistem e-Syariah. Bagi Objektif Kualiti Pertama menyatakan Pelanggan akan diberi tarikh sebutan, bicara atau sulh pada hari yang sama selepas permohonan sempurna didaftarkan. Hasil analisis data pencapaian objektif ini menunjukkan peningkatan pendaftaran kes daripada 12,278 kes (tahun 2008) kepada 14,666 (tahun 2009). Peningkatan adalah sebanyak 2,238 kes (16.30%). Tahap keakuran mencapai 100% sepanjang dua (2) tahun (2008-2009). Cadangan Penambahbaikan:- Objektif ini wajar diteruskan disebabkan ianya masih relevan dengan kehendak pelanggan. Bagi Objektif Kualiti Kedua menyatakan bahawa Kes Mal akan mula disebut atau mula dibicarakan atau dibawa ke Majlis Sulh dalam tempoh 21 hari selepas didaftarkan, telah berlaku peningkatan iaitu 11,176 kes (2008) ke 12,176 kes (2009), oleh itu wujud peningkatan sebanyak 1,000 kes (8.20%). Keakuran telah menurun sebanyak 0.05% dari 96.85% (2008) ke 96.80%. (2009). Walaubagaimanapun peratus Ketidakakuran juga telah meningkat dari 3.15% (2008) ke 3.20% (2009) iaitu sebanyak 0.05%. Ini menunjukkan peningkatan keakuran adalah lebih besar dari peningkatan ketidakakuran.

Upload: phungcong

Post on 27-Apr-2019

242 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

ANALISA PENCAPAIAN OBJEKTIF KUALITI JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI SELANGOR (JAKESS)

BAGI TAHUN 2008 DAN 2009.

Berikut adalah rumusan bagi analisis pencapaian objektif kualiti keseluruhan

lokasi di Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor (JAKESS) bagi tahun 2008

dan 2009. Analisa pada kali ini akan membuat perbandingan pencapaian objektif

kualiti selama 2 tahun berturut-turut bermula tahun 2008 hingga 2009. Sumber yang

digunakan bagi mengukur pencapaian ini adalah menggunakan Buku Data

Jangkamasa yang digunapakai, Buku Daftar Kaunter, Buku Daftar Kes, Senarai Kes

dan Sistem e-Syariah.

Bagi Objektif Kualiti Pertama menyatakan Pelanggan akan diberi tarikh sebutan, bicara atau sulh pada hari yang sama selepas permohonan sempurna

didaftarkan. Hasil analisis data pencapaian objektif ini menunjukkan peningkatan

pendaftaran kes daripada 12,278 kes (tahun 2008) kepada 14,666 (tahun 2009).

Peningkatan adalah sebanyak 2,238 kes (16.30%). Tahap keakuran mencapai 100%

sepanjang dua (2) tahun (2008-2009).

Cadangan Penambahbaikan:-

Objektif ini wajar diteruskan disebabkan ianya masih relevan dengan kehendak

pelanggan.

Bagi Objektif Kualiti Kedua menyatakan bahawa Kes Mal akan mula disebut atau mula dibicarakan atau dibawa ke Majlis Sulh dalam tempoh 21 hari

selepas didaftarkan, telah berlaku peningkatan iaitu 11,176 kes (2008) ke 12,176

kes (2009), oleh itu wujud peningkatan sebanyak 1,000 kes (8.20%). Keakuran telah

menurun sebanyak 0.05% dari 96.85% (2008) ke 96.80%. (2009).

Walaubagaimanapun peratus Ketidakakuran juga telah meningkat dari 3.15% (2008)

ke 3.20% (2009) iaitu sebanyak 0.05%. Ini menunjukkan peningkatan keakuran

adalah lebih besar dari peningkatan ketidakakuran.

Punca Peningkatan Keakuran

a) Pertambahan kes yang didaftarkan pada tahun 2009 berbanding tahun 2008.

Punca Peningkatan Ketidakakuran

a) Pertambahan kes yang didaftarkan pada tahun 2009 berbanding tahun 2008.

b) Kekurangan Hakim bicara kerana terdapat perjawatan hakim yang belum di isi.

c) Tarikh yang ditetapkan dalam tempoh 21 hari bertembung dengan cuti umum

seperti cuti Hari Raya Aidilfitri.

d) Permohonan dari peguam agar tarikh diberikan sama dengan kes yang telah

didaftarkan terlebih dahulu oleh peguam yang sama.

e) Pendengaran kes bagi kes-kes pendaftaran peguam syarie melebihi 21 hari

kerana mengikut tarikh yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Peguam Syarie

Selangor.

f) Tarikh sebutan dalam tempoh 21 hari telah penuh dan peningkatan kes yang

amat mendadak.

Cadangan Penambahbaikan :-

i) Bagi MRS Hulu Langat, peruntukan 2 Hakim masih tidak mencukupi dan perlu

penambahan Hakim bicara.

ii) Menambah dewan perbicaraan daripada 2 yang sedia ada kepada 3 bagi

mengatasi kesesakan perjalanan perbicaraan. Cadangan ini boleh diatasi

dengan perpindahan Mahkamah Rendah Syariah ke bangunan baru.

iii) Sebutan kali pertama dibuat di hadapan Penolong Pendaftar pada hari yang

sama kes didaftarkan bagi mengurangkan ketidakakuran yang berlaku.

Bagi Objektif Kualiti Ketiga menyatakan bahawa Kes Saman Jenayah akan mula

disebut atau mula dibicarakan dalam tempoh 30 hari selepas didaftarkan. Hasil

analisis data pencapaian objektif ini menunjukkan peningkatan pendaftaran kes

daripada 592 (2008) kepada 1255 (2009). Peningkatan adalah sebanyak 663 kes

(52.80%). Tahap keakuran meningkat daripada 98.31% pada tahun 2008 dan

mencapai 100% pada tahun 2009.

Cadangan Penambahbaikan :-

1. Menempatkan Hakim Bicara yang tetap bagi setiap daerah atau Dewan Bicara.

Bagi Objektif Kualiti Keempat menyatakan bahawa 80 peratus keputusan kes akan dibuat dalam tempoh 30 hari setelah perbicaraan selesai bagi setiap tahun. Pada tahun 2008 mencatat 98.70% (9473 kes dari 9598 kes) keakuran dan

meningkat kepada 99.00% (11,722 kes dari 11,836 kes) pada tahun 2009. Ini

menunjukkan peningkatan sebanyak 0.30%. Manakala ketidakakuran mencatat

penurunan dari 1.30% pada tahun 2008 kepada 1.00% pada tahun 2009.

Punca ketidakakuran :-

a) Peguam lambat memasukkan hujah dan menyebabkan Hakim sukar membuat

keputusan.

b) Pihak-pihak tidak hadir tanpa sebab.

c) Kekurangan hakim bicara. Wujud perjawatan yang belum diisi.

d) Keputusan kes terlalu banyak.

e) Pertambahan kes yang selesai tahun 2009 meningkat dengan banyaknya.

f) Pertambahan fakta-fakta atau keterangan baru yang ingin dikemukakan oleh

pihak-pihak pada tarikh yang ditetapkan keputusan.

Cadangan Penambahbaikan:-

i) Jabatan hendaklah mengeluarkan surat pemberitahuan kursus/seminar lebih

awal kepada pegawai-pegawai yang terlibat.

ii) Mengarahkan peguam menyerahkan hujah selewat-lewatnya dalam tempoh 14

hari sebelum tarikh keputusan.

iii) Objektif kualiti ini terus dikekalkan kerana masih relevan dengan kemampuan

warga kerja Jabatan.

Bagi Objektif Kualiti Kelima menyatakan bahawa 80 peratus sijil faraid sedia dikeluarkan kepada pelanggan dalam tempoh 14 hari selepas permohonan

didaftarkan. Pendaftaran kes permohonan Sijil Perakuan Faraid telah menunjukkan

peningkatan pada tahun 2009 iaitu jumlah kes keseluruhannya ialah 1294

berbanding pada tahun 2008 sebanyak 1078 kes.

Cadangan Penambahbaikan:

1. Pindaan objektif Kualiti ini dari sasaran 80% semasa kepada sasaran keakuran

90% kerana JAKESS telah Berjaya mencapai sasaran objektif sehingga 95% ke

atas.

Bagi Objektif Kualiti Keenam menyatakan bahawa Surat Kebenaran Berkahwin

ditandatangani oleh Hakim dalam tempoh 14 hari selepas kes diputuskan kecuali diperintahkan sebaliknya, mencatat penurunan jumlah kes didaftar iaitu

sebanyak 837 kes pada tahun 2009 dan mencapai 100% keakuran, berbanding

pada tahun 2008 mencatat 869 kes dengan keakuran 99.89%. Peningkatan tahap

keakuran ialah sebanyak 0.11 %.

Cadangan terhadap objektif ini :

Objektif kualiti ini digugurkan kerana objektif telah mencapai keakuran yang tinggi

dan mudah dicapai setiap tahun. Ini tidak menjejaskan prestasi Jabatan.

Bagi Objektif Kualiti Ketujuh menyatakan perintah perbicaraan bagi kes

perceraian boleh diberikan dalam tempoh 30 hari selepas kes diputuskan dan dipohon oleh pelanggan . Pencapaian objektif kualiti ini telah mencatat 4792

dengan keakuran sebanyak 99% (2008) dan berlaku peningkatan jumlah kes kepada

5818 (2009) iaitu peningkatan 17.6% dengan keakuran menurun kepada 98%.

Punca ketakakuran:-

a) Kecekapan kakitangan menjana perintah perceraian yang bermula dari deraf

perintah hingga ke perintah bersih.

b) Penggunaan komputer yang lebih canggih yang telah dibekalkan kepada

kakitangan.

Cadangan Penambahbaikan :-

Objektif kualiti ini wajar diteruskan kerana masih relevan dengan kehendak

pelanggan dan kemampuan warga kerja Jabatan.

Bagi Objektif Kualiti Kelapan yang menyatakan bahawa Kes rayuan akan diberi tarikh sebutan/ pendengaran dalam tempoh 21 hari selepas rekod rayuan yang lengkap diterima. Mahkamah Tinggi/ Rayuan Syariah Selangor menunjukkan

tahap keakurannya adalah sebanyak 100% dari tahun 2008 hingga 2009. Objektif

kualiti kelapan ini hanya terpakai di Mahkamah Tinggi/Rayuan Syariah sahaja dan

melibatkan kes sebanyak 47 kes pada tahun 2008 dan 61 kes pada tahun 2009.

Cadangan Penambahbaikan:-

Objektif kualiti ini wajar diteruskan kerana masih relevan dengan kehendak

pelanggan dan kemampuan warga kerja Jabatan.

Kesimpulan.

Keseluruhannya bagi Objektif Kualiti Pertama, Kelima dan Kelapan mencatat

100% sepanjang tahun 2008 dan 2009. Seterusnya berlaku peningkatan pencapaian

kepada 100% bagi Objektif Kualiti Ketiga dan Keenam bagi tahun 2009 berbanding

tahun 2008 hanya mencatat 98.31% dan 99.88% sahaja. Manakala bagi Objektif

Kualiti Keempat berlaku peningkatan sebanyak 0.30% pada tahun 2009 berbanding

pencapaian tahun 2008 iaitu 98.70% sahaja. Manakala bagi Objektif Kualiti Kedua

dan Ketujuh telah berlaku penurunan pencapaian dari tahun 2008 ke tahun 2009

iaitu Objektif Kualiti Kedua telah menurun sebanyak 1.64% dan Objektif Ketujuh

sebanyak 1.00%. Berdasarkan pencapaian objektif ini menunjukkan prestasi sistem

pengurusan kualiti Jabatan secara keseluruhannya berada ditahap yang terbaik dan

memuaskan.

STATISTIK PENCAPAIAN OBJEKTIF KUALITI JAKESS BAGI TAHUN 2008

OBJEKTIF DAFTAR AKUR PERATUS TAK

AKUR PERATUS

OBJEKTIF

1 12,278 12,278 100.00 0 0.00

OBJEKTIF

2 10,337 10,176 98.44 261 1.56

OBJEKTIF

3 592 582 98.31 10 1.69

OBJEKTIF

4 9598 9473 98.70 125 1.30

OBJEKTIF

5 1078 1069 100 (99.17) 9 0(0.83)

OBJEKTIF

6 869 868 99.88 1 0.12

OBJEKTIF

7 4792 4744 99.00 48 1.00

OBJEKTIF

8 47 47 100.00 0 0.00

0

2000

4000

6000

8000

10000

12000

14000

Objektif 1 Objektif 2 Objektif 3 Objektif 4 Objektif 5 Objektif 6 Objektif 7 Objektif 8

kes

Objektif

Statistik Objektif Kualiti JAKESS Bagi Tahun 2008

100 98.44 98.31 98.7 100 99.89 99 100

0 1.56 1.69 1.3 0 0.11 1 00

20

40

60

80

100

120

Objektif 1

Objektif 2

Objektif 3

Objektif 4

Objektif 5

Objektif 6

Objektif 7

Objektif 8

Pera

tus

Objektif

Pencapaian Objektif Kualiti JAKESS Bagi Tahun 2008

Keakuran

Ketidakakuran

STATISTIK PENCAPAIAN OBJEKTIF KUALITI JAKESS BAGI TAHUN 2009

OBJEKTIF DAFTAR AKUR PERATUS TAK

AKUR PERATUS

OBJEKTIF 1 14,666 14,666 100.00 0 0

OBJEKTIF 2 12,176 11,790 96.80 386 3.20

OBJEKTIF 3 1255 1255 100.00 0 0

OBJEKTIF 4 11,836 11,722 99.00 144 1.0

OBJEKTIF 5 1294 1264 100 (97.70) 30 0 (2.30)

OBJEKTIF 6 837 837 100.00 0 0

OBJEKTIF 7 5818 5699 98.00 119 2.00

OBJEKTIF 8 61 61 100.00 0 0

0

2,000

4,000

6,000

8,000

10,000

12,000

14,000

16,000

Objektif 1

Objektif 2

Objektif 3

Objektif 4

Objektif 5

Objektif 6

Objektif 7

Objektif 8

Kes

Objektif

Statistik Objektif Kualiti JAKESS Bagi Tahun 2009

*Laporan Objektif Kualiti ini dianalisa berdasarkan Piagam Pelanggan JAKESS

0

20

40

60

80

100100 96.8 100 99 100 100 98 100

0 1.66 0 0.64 0 0 2.27 0

Pera

tus

Objektif

Pencapaian Objektif Kualiti JAKESS Bagi Tahun 2009

Keakuran

Ketidakakuran

14,666

12,278

Statistik Jumlah Kes Bagi Tahun 2008 Dan 2009

2009

2008