big sem2

54
Nama LING CHIN CHUAN Siri Siri 1 / 2013 (WAJ 3114) Tarikh Program 29 JULAI 2013 Lokasi Pelaksanaan MAJLIS KAMPUNG GONG DUEK,22000 JERTEH, BESUT, TERENGGANU

Upload: siaw-sing-ong

Post on 27-Dec-2015

23 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: BIG sem2

Nama LING CHIN CHUAN

Siri Siri 1 / 2013 (WAJ 3114)

Tarikh Program 29 JULAI 2013

Lokasi Pelaksanaan MAJLIS KAMPUNG GONG DUEK,22000 JERTEH,

BESUT, TERENGGANU

Nama Tutor ENCIK ZARIZI BIN ABD RAHMAN

Isi Kandungan

Page 2: BIG sem2

Tajuk Muka Surat

Halaman pengakuan i

Biodata ii

Penghargaan iii

1.0 Pengenalan 01

2.0 Objektif 02

3.0 Kandungan

3.1 Program ceramah “Pembinaan Modal Insan

Guru yang Seimbang”

3.1.1 Ahli jawatankuasa pelaksana program BIG 03-04

3.1.2 Tentatif program 05

3.1.3 Aktiviti-aktiviti yang dijalankan 06-07

3.2 Aktiviti khidmat masyarakat

3.2.1 Ahli jawatankuasa 08-09

3.2.2 Tentatif Program 10

3.2.3 Agihan tugas 11

3.2.4 Aktiviti-aktiviti yang dijalankan 12-13

4.0 Refleksi kendiri 14-17

5.0 Laporan reflektif

5.1 Program ceramah “Pembinaan Modal Insan 18-21

Guru yang Seimbang”

5.2 Aktiviti khidmat masyarakat 22-25

6.0 Lampiran 26-59

Page 3: BIG sem2

Halaman Pengakuan

“ Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan

dan ringkasan yang telah saya nyatakan sumbernya ”

Tandatangan : _____________________________________________

Nama : _____________________________________________

Tarikh : _____________________________________________

i

Page 4: BIG sem2

Biodata Diri

Nama : Ling Chin Chuan

No. Pengenalan : 930425-13-5586

No. Telefon : 010-9824532

Tempat Asal : Sarawak

Semester : PISMP Sem 2

Unit : PJ1 (SJKC)

Penghargaan

ii

Page 5: BIG sem2

Salam sejahtera, saya, Ling Chin Chuan dari unit 2PISMP, Pendidikan

Jasmani (1) telah berjaya menyiapkan tugasan kerja kursus pendek (KKP) bagi

program bina insan guru (WAJ 3114). Kami dapat manghantar Kerja Kursus

program bina insan guru (WAJ 3114) ini dalam masa yang telah ditetapkan dengan

jayanya walaupan menghadapi masalah ketika menyiapkan kerja kursus ini.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada tutor

saya iaitu Encik Zarizi Bin Abd Rahman yang membimbing dan memberi tunjuk ajar

kepada saya dalam menyiapkan tugasan ini. Tunjuk ajar yang diberinya amat

dihargai dan sangat berkesan untuk menyiapkan tugasan kerja kursus pendek (KKP)

bagi program bina insan guru kerana penerangan yang diberikan oleh pensyarah

sangat jelas dan padat. Selain itu, Encik Zarizi juga telah menggalakkan saya

supaya saya bermotivasi untuk menyiapkan kerja kursus ini. Dengan motivasi yang

tinggi, saya sentiasa bersemangat untuk melaksanakan kerja kursus ini dengan

jayanya.

Seterusnya, saya juga mahu mengucapkan ribuan terima kasih kepada

rakan-rakan saya yang turut memberi bantuan dan berkongsi maklumat kepada

saya sepanjang proses menyiapkan kerja kursus ini. Maklumat yang saya peroleh

telah menjadi panduan untuk saya menyiapkan tugasan ini. Cadangan-cadangan

serta idea-idea yang diberi telah membantu saya menyediakan tugasan ini dengan

lebih lancar.

Akhir kata, jutaan penghargaan diucapkan kepada ibu bapa kami yang telah

memberi sokongan moral kepada kami dan semua pihak yang terlibat dalam

membantu dan membimbing kami bagi menjayakan tugasan ini. Sekian, terima

kasih.

1.0 Pengenalaniii

Page 6: BIG sem2

Guru adalah pembina generasi Malaysia. Pembangunan modal insan

berkualiti tinggi merupakan suatu keperluan dalam usaha melahirkan rakyat yang

berilmu, berkemahiran serta memiliki kekuatan spiritual dan sahsiah yang unggul.

Kursus Bina Insan Guru (BIG) merupakan suatu wahana ke arah pembinaan dan

pembentukan kualiti insan guru yang dihasratkan selaras dengan Falsafah

Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan Falsafah Pendidikan Guru (FPG). Program ini

melibatkan semua Program Ijazah sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian.

Program BIG merupakan satu program yang dilaksanakan oleh Bahagian

Pendidikan Guru (BPG) dalam usaha melahirkan insan guru yang berkualiti tinggi,

berilmu, berkemahiran serta mempunyai spiritual dan sahsiah yang tinggi. Bagi

menjayakan Program BIG yang dirancang oleh BPG ini, guru-guru Malaysia bukan

sahaja perlu mempunyai menguasai kekuatan ilmu dari pelbagai bidang tetapi perlu

juga mengaplikasikan segala yang dipelajari melalui praktikalnya. Penghayatan yang

begitu mendalam terhadap pelbagai aktiviti-aktiviti yang dijalankan di dalam proram

BIG ini akan mengukuhkan keperibadian dan sahsiah yang terpuji serta etika

keguruan dalam diri setiap bakal-bakal guru iaitu selaras dengan hasrat negara.

YAB Dato’ Seri Abdullah Badawi, mantan Perdana Menteri Malaysia ketika

membentangkan Rancangan Malaysia ke-9 di Parlimen telah menegaskan bahawa

pendidkatan kepada pembangunan modal insan haruslah secara holistik iaitu

menyeluruh, Beliau menekankan pembangunan ilmu pengetahuan, kemahiran,

modal intelektual, pembudayaan sikap progresif serta nilai etika dan moral yang

tinggi. Oleh yang demikian, program BIG ini telah dirancang secara menyeluruh

untuk melahirkan modal insan yang bergelar guru. Program BIG ini mengandungi

pelbagai aktiviti sebagai intinya contohnya perkhemahan, khidmat komuniti dan

sebagainya. Semua aktiviti ini dirancang serta diadakan untuk membentuk insan

guru secara menyeluruh dari semua aspek.

Sesungguhnya Bina Insan Guru seharusnya menjadi elemen yang berkesan

untuk menjadikan warga bakal pendidik menjadi insan yang sentiasa bersedia untuk

Berkhidmat & Berbakti kepada nusa, bangsa dan juga negara.

2.0 Objektif 01

Page 7: BIG sem2

Setelah tamat program ini, para pelatih guru PISMP diharapkan akan dapat

mencapai objektif seperti berikut :

2.1 Membina dan membentuk profesionalisme guru permulaan.

2.2 Membina dan membentuk sahsiah guru permulaan.

2.3 Membina dan membentuk kepimpinan guru permulaan.

2.4 Meningkatkan kemahiran berfikir pada aras yang tinggi dalam menganalisis

masalah untuk membuat keputusan yang jitu bagi penambahbaikan secara

berterusan.

2.5 Memupuk gerak balas secara positif tidak kira dalam apa jua keadaan

sekalipun.

2.6 Dapat meningkatkan kemahiran berkomunikasi mengikut persekitaran dan

kepelbagaian budaya dalam sesuatu komuniti.

2.7 Meningkatkan sifat kepimpinan dengan kemahiran mengurus dan

mengorganisasi sesuatu program dengan baik.

2.8 Meningkatkan daya ketahanan dan kekuatan individu dari aspek fizikal,

mental, emosi, rohani dan sosial.

2.9 Menimba pengetahuan dan pengalaman praktikal asas mengenai

persediaan dan pelaksanaan aktiviti kemasyarakatan.

3.0 Kandungan02

Page 8: BIG sem2

3.1 Program ceramah “Pembinaan Modal Insan Guru yang Seimbang”

3.1.1 Ahli jawatankuasa pelaksana program BIG

Penaung : En Kamarudin Bin Hashim

Penasihat : En. Mohamad Ab Latiff

Penyelaras : En. Mohamad Yussoff bin Ali

Pensyarah : En. Zarizi bin Abduk Rahman

En. Khairuddin bin Mat Hassan

YM Raja Zaid bin Raja Kadir

En. Abdullah bin Deraman

Wan Ahmad Abd Hakim bin Wan Dagang

En. Ismail bin Mamat

En. Mohd Anuar Hussain

En. Azmi bin Ibrahim

Puan Nor’azah binti Abdul Aziz

En. Mohammad bin Abdullah

03

Page 9: BIG sem2

Pengerusi : Azhar Bin Husin

Naib pengerusi : Nik Madihah Binti Nik Mohamad

Setiausaha : Muhammad Izzat Syahir Bin Jusuh

Naib Setiausaha : Lee Joo Haa

Bendahari : Anis Azreena Binti Roslee

Naib Bendahari : Nur Iman Nazleen Binti Kamarulzaman

AJK : Muhammad Ariffuddin Bin Sukiat

Aida Sakira Binti Mamat

Muhammad Huzair Al Hakim Bin Zaini

Noratiqah Hanim Binti Mohd Roslin

Muhammad Nazif Bin Che Rosli

Alice Chua Pei Ling

Shafiq bin Shaharizan

Nur Hayati Binti Ab. Hamed

Muhammad Shafiq Bin Badrul Hisham

Syahindah Binti Reoslan

Pang Chui Hong

Siaw Sing Ong

Nurul Amira Atika Binti Azmi

Hemarani a/p Mohan

Bea Shu Hui

Noor Faradzilla Iswana Binti Ommar

Zainol Harith Bin Muhamad

Amirah Aimi Binti Ismail

Farah Wahibbah Binti Hilaluddin

Rebecca Mary a/p Sartho

3.1.2 Jadual 1:Tentatif Program04

Page 10: BIG sem2

Masa Program

2.00 petang Peserta mengambil tempat di Dewan Al Khindi

2.10 petang Kehadiran penceramah jemputan

(En Zulkefle Ab. Rahaman)

2.15 petang Ceramah : Pembinaan Insan Guru Yang

Seimbang

5.15 petang Majlis bersurai

Jadual 1:Tentatif Program

3.1.3 Aktiviti yang dijalankan

05

Page 11: BIG sem2

Sebuah ceramah Bina Insan Guru telah dijalankan pada 24 Julai 2013 di Dewan

Kuliah Al-Khindi, Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan. Seramai 191 orang

guru pelatih bagi Program ijazah Sarjana Muda Perguruan Ambilan Januari 2013

telah melibatkan diri dalam ceramah Bina Insan Guru (BIG). Ceramah ini bermula

pada pukul 2:15 petang mengambil masa selama tiga jam. Ceramah ini bertujuan

untuk membangunkan insan guru seimbang, guru dan hubungan dengan komuniti,

guru dan akuantabiliti profesionalisma, ativiti kemasyarakatan, jenis khidmat

kemasyarakatan, khidmat pendidikan kepada komuniti, berakauntabiliti dan amanah,

kreativiti dan inovatif.

Sebelum memulakan ceramah, semua guru pelatih telah datang tepat pada

masa dan duduk di tempat masing-masing untuk menunggu ketibaan tetamu.

Ceramah ini telah dimulakan dengan ketibaan tetamu VIP, Encik Zulkiflee bin

Rahman sebagai penceramah. Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada

pengerusi majlis, Muhammad Izzat Syahir bin Jusuh. Pengerusi majlis juga

memperkenalkan latar belakang Encik Zulkefle Bin Ab. Rahman. Pihak penganjur

telah menjemput Encik Zulkiflee bin Rahman untuk memberi ceramah yang bertajuk

“ Pembinaan Insan Guru Yang Seimbang”. Beliau telah disambut mesra oleh Encik

Mohamad bin Latif selaku pensyarah penasihat unit kokurikulum. Tetamu dan

pensyarah dijemput duduk di tempat yang telah disediakan. Majlis diteruskan

dengan bacaan doa oleh saudara Muhammad Ariffuddin bin Sukiat dari unit

Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.

Kemudian, Encik Zulkiflee telah dijemput untuk memberi ucapan beliau.

Sebelum beliau memasuki ke tajuk yang dibincangkan, beliau memperkenalkan diri

beliau terlebih dahulu. Ceramah ini adalah untuk memberi pendedahan kepada para

guru pelatih untuk memahami cara yang berkesan menjadi seorang bakal guru yang

seimbang dari segi jasmani, rohani, sosial, emosi dan intelek serta mencapai

kecemerlangan dalam bidang perguruan. Nasihat dan teguran juga dibincangkan

dalam ceramah ini sebagai panduan bagi guru pelatih untuk melakukan perubahan

yang boleh membawa bidang perguruan menuju ke arah yang lebih berkualiti.

Sepanjang ceramah dijalankan, terdapat beberapa aktiviti kecil dijalankan

untuk menguji dan mengetahui sikap individu. Setiap guru pelatih telah diberikan 06

Page 12: BIG sem2

sekeping A4 untuk menuliskan 15 perasaan masing-masing dalam kertas tersebut.

Perasaan-perasaan yang disenaraikan akan merangkumi perasaan yang positif dan

negatif. Aktiviti ini bertujuan kami memahami diri sendiri dengan lebih mendalam.

Selain itu, beliau menjelaskan bahawa setiap guru pelatih perlu memiliki sikap

berani berjuang dalam mendidik anak murid semasa memberi ceramah. Setiap guru

pelatih telah melibatkan diri secara langsung dalam aktiviti yang dijalankan. Menurut

beliau, seorang guru yang berjaya adalah guru yang sanggup melakukan perubahan

terhadap kerjaya mereka untuk menentukan pengajaran dan pembelajaran yang

sesuai bagi anak murid mereka.

Di samping itu, beliau juga menceritakan dan berkongsi pengalaman beliau

dengan para guru pelatih dan juga kewajipan sebagai seorang guru. Tanpa

melengahkan masa, ceramah ini telah diteruskan dengan majlis penutupan untuk

mengucapkan terima kasih setinggi-tinggi terhadap penceramah yang dijemput dan

juga pensyarah penasihat yang banyak membantu dalam mengadakan ceramah

pada hari tersebut. Cenderahati telah diberikan sebagai kenangan kepada

penceramah dan pensyarah-pensyarah.

Secara keseluruhannya, ceramah program Bina Insan Guru telah memberi

motivasi yang tinggi kepada para guru pelatih agar bersedia melakukan perubahan

dalam melahirkan insan yang mampu membawa kemajuan dan kecemerlangan

negara. Melalui ceramah ini, setiap guru pelatih mampu berfikir dengan kritis dan

kreatif serta melakukan perubahan yang sesuai supaya mencapai puncak kejayaan

dalam bidang perguruan. Seorang guru yang berpekerti mulia dapat melahirkan

insan yang berketerampilan dan berkaliber.

Amat bersyukur bahawa program Bina Insan Guru kali kedua telah berjaya

dilaksanakan dengan sempurna bagi guru pelatih semester 2. Semua guru pelatih

telah memberikan kerjasama sepenuhnya sepanjang ceramah ini dijalankan.

Ceramah ini telah dijalankan dengan lancar dan semua pihak telah memperoleh

pengetahuan yang ternilai dan berharga.

3.2 Aktiviti khidmat masyarakat

3.2.1 Ahli Jawatankuasa07

Page 13: BIG sem2

Tutor : En. Zarizi bin Abdul Rahman (PJK 1)

En.Khairuddin bin Mat Hassan (PJK 2)

Pengerusi : Muhammad Asyraf bin Shaari

Naib Pengerusi : Sonia Yap Yiying (PJK 1)

Setiausaha : Nurulazmira bt Azmi

Penolong Setiausaha : Nor Bahiah bt Samsudin (PJK 1)

Bendahari : Low Ying Yee (PJK 1)

AJK Pengangkutan : Amir Ikhmal bin Zuhaimi (PJK 1)

Muhamad Tajuddin bin Manap (PJK 1)

AJK Keselamatan : Mohamad Hanif bin Mamat

Mohd Ikhwan bin Mohd Sabies

AJK Kebajikan & : Muhammad Hidhir bin Abd Ghani (PJK 1)

Kerohanian Lisa Wong Siao Ching

Heu Wai Yee

AJK Aktiviti : Muhammad Fabil bin Abu Hassan

Syahidah bt Ali (PJK 1)

Siti Fatihah bt Abdullah (PJK 1)

AJK Cenderahati : Nurul Anis Syamimi bt Mat Asri (PJK 1)

Siti Suhaila bt Mat Hassan

AJK Multimedia : Muhammad Arifuddin bin Sukiat (PJK 1)

Wan Nurzaleha bt Wan Zaidi

AJK Makanan : Ling Chin Chuan (PJK 1)08

Page 14: BIG sem2

Aida Sakira bt Mamat (PJK 1)

Nurul Amirah bt Hazizi

Noratiqah Hanim bin Mohd Rosli

09

Page 15: BIG sem2

Masa Aktiviti

7.00 pagi – 7.30 pagi Guru Pelatih bertolak ke Masjid Kampung

Gong Duek,Jerteh,22000,Besut,Terengganu

7.30 pagi – 8.00 pagi Taklimat bersama Pengerusi masjid

En.Yusof bin Sulaiman

8.00 pagi – 11.00 pagi Guru Pelatih menjalankan gotong royong

bahagian luar dan persekitaran masjid

11.00 pagi – 11.30 pagi Rehat

11.30 pagi – 2.00 petang Guru pelatih menjalankan gotong royong

dibahagian dalam masjid

2.00 petang – 2.15 petang Majlis penutup secara ringkas (beri

sumbangan dan cenderahati)

2.15 petang – 2.30 petang Guru pelatih bertolak pulang ke IPG

Kampus Sultan Mizan.

3.2.2 Jadual 2:Tentatif Program

Jadual 2: Tentatif Program

3.2.3 Jadual 3:Agihan Tugas

10

Page 16: BIG sem2

Kumpulan 1 Kumpulan 2 Kumpulan 3

LISA WONG SIAO CHING LOW YING YEE AIDA SAKIRA BINTI MAMAT

LING CHIN CHUAN LIM KOH KHENGNOR BAHIAH BINTI

SAMSUDIN

LEE SEO LIN LEE HOOI SUNNURUL ANIS SYAMIMI BINTI

MAT ASRI

HEU WAI YEEMUHAMMAD HIDHIR BIN

ABD GHANISITI FATIHAH BT ABDULLAH

MUHAMAD TAJUDDIN BIN

ABDUL MANAPAMIR IKHMAL BIN ZUHAIMI

AMIR NURAKMAL BIN

AJAHAR

MOHD IDRIS BIN JUSOH SUNIA YAPP YIYINGNOR BAHIAH BINTI

SAMSUDIN

MUHAMMAD ASYRAF BIN

SHAARI

MOHD IKHWAN BIN MOHD

SABIESSYAHIDAH BINTI ALI

MOHAMAD HANIF BIN

MAMATNURUL AZMIRA BINTI AZMI

NORATIQAH HANIM BINTI

MOHD ROSLIN

NURUL AMILIANI BINTI

AZMI

SITI SUHAILA BINTI MAT

HASSAN

NURUL AMIRAH BINTI

HAZIZI

MUHAMMAD HUZAIR AL

HAKIM BIN ZAINI

WAN NURZALEHA BINTI

WAN ZAIDI

MUHAMMAD ARIFFUDDIN

BIN SUKIAT

Jadual 3: Agihan Tugasan

3.2.4 Aktiviti yang dijalankan

11

Page 17: BIG sem2

Setiap guru pelatih diwajibkan untuk menjalankan aktiviti khidmat masyarakat

bagi program Bina Insan Guru semeseter 2. Saya dari unit Pendidikan Jasmani

Kesihatan 1 telah menjalankan aktiviti khidmat masyarakat bersama dengan unit

pendidikan Jasmani Kesihatan 2. Kami telah memilih melakukan aktiviti khidmat

masyarakat di sebuah masjid di Kampung Gong Duek, Jerteh pada 29 Julai 2013.

Aktiviti ini telah melibatkan 30 orang guru pelatih. Para guru pelatih diwajibkan

melibatkan diri dalam aktiviti khdmat masyarakat ini untuk menjayakan program Bina

Insan Guru. Aktiviti ini dijalankan selama 7 jam dan diiringi oleh 2 orang tutor

sebagai pemantau sepanjang aktiviti dijalankan. Aktiviti khidmat masyarakat yang

akan kami jalankan di masjid tersebut adalah aktiviti gotong-royong.

Pada hari tersebut, kami semua telah bersiap sedia dan menunggu di depan

Dewan Bendahara untuk ketibaan bas IPG. Kemudian, bas bertolak pada pukul 7:30

pagi. Masa yang diperlukan untuk tiba di destinasi adalah selama 20 minit.

Sepanjang perjalanan, kami diberi nasihat oleh ketua kami iaitu Muhammad Asyraf

Bin Shaari supaya menjaga tindak laku kami di masjid supaya tidak mencemarkan

nama IPG kami dan juga menjaga imej kami sebagai seorang guru pada masa

depan. Guru pelatih yang bukan muslim juga diberitahu tindakan yang dilarang di

masjid sebagai tanda hormat kepada muslim.

Sebaik saja sampai di Masjid Kampung Gong Duek, pengurus masjid telah

menunggu dan menyambut ketibaan kami di pintu pagar masjid. Kami telah

dijemput mesra oleh pengurus masjid tersebut. Kemudian, pengurus masjid

membawa kami memerhati sekeliling masjid dan seterusnya kami dijemput duduk di

atas kerusi yang disediakan. Beliau bersama penghulu tempatan memberi sedikit

ucapan ringkas kepada kami. Kemudian, kami dibahagikan kepada tiga kumpulan

seperti yang dibincangkan sebelum ini untuk memulakan kegiatan gotong-royong di

masjid. Guru pelatih yang bukan muslim akan bersama beberapa guru pelatih lelaki

membersihkan kawasan masjid dan mengecat tempat meletakkan kenderaan

manakala guru pelatih perempuan yang muslim dan lelaki lain akan menguruskan

dalam masjid.

Setiap guru pelatih telah memulakan pembersihan tanpa melengahkan masa

sebaik saja ucapan pengerusi bagi aktiviti khidmat masyarakat diberi. Semua guru 12

Page 18: BIG sem2

pelatih bekerjasama dan melaksanakan tugasan masing-masing supaya aktiviti

dapat dijalankan dengan lancar dan juga dapat diselesaikan dengan cepat. Guru

pelatih di kawasan luar bekerjasama membersihkan kawasan yang penuh dengan

daun-daun kering dan longkang-longkang yang terdapat sampah-sarap. Daun-daun

kering dan sampah-sarap dimasuki ke beg plastik yang disediakan oleh pihak

pengurus masjid. Bukan itu sahaja, guru pelatih di dalam majlis juga menyapu,

mengemop dan mengelap meja-meja, kerusi-kerusi, lantai, kipas dan lain-lain.

Setiap guru pelatih telah menggunakan sedaya upaya mereka supaya kawasan

masjid kelihatan bersih dan ceria.

Tutor kami juga menyumbang tenaga dalam membersihkan kawasan masjid.

Mereka telah membantu mencabut rumput, memotong dahan-dahan pokok dan lain-

lain. Ini telah meringankan beban kami dan menjimatkan masa kami. Sepanjang

pembersihan dijalankan, kami sambil bergurau sambil membersih supaya tidak akan

berasa letih dan bosan. Kami juga berehat seketika semasa berasa letih dan

menyambung tugas seterusnya.

Sebelum bertolak balik ke IPG, penutupan bagi aktiviti khidmat masyarakat

telah dijalankan. Pihak pengurus masjid telah memberi sedikit ucapan dan

mengucapkan terima kasih atas pertolongan kami dalam menceriakan kawasan

masjid. Beliau berharap selepas pembersihan ini, lebih ramai penganut muslim akan

datang mengunjungi dan sembahyang untuk menunaikan solat. Kemudian,

pengerusi bagi aktiviti ini, Muhammad Asyraf Bin Shaari telah memberi sedikit

ucapan dan cadangan supaya masjid ini akan dapat sambutan yang lebih mesra

daripada penganut muslim. Dia juga mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih

terhadap pihak pengurus masjid yang sudi memberi peluang kepada kami untuk

menjalankan aktiviti khidmat masyarakat yang begitu berfaedah di masjid.

Kemudian, cenderahati telah diberikan kepada kepada pihak pengurus sebagai

tanda penghargaan kami untuk membenarkan kami menjalankan aktiviti khidmat

masyarakat di masjid. Sumbangan daripada kami juga diberikan kepada pihak

pengurus untuk sebarang penggunaan dan pengurusan masjid. Sebelum

meninggalkan masjid, kami telah mengambil gambar bersama untuk kenangan kami.

4.0 Refleksi Kendiri

13

Page 19: BIG sem2

Saya telah mengikuti Program Bina Insan Guru (BIG) selama sehari di Masjid

Kampung Gong Duek, 22000, Jerteh, Besut, Terengganu bersama-sama dengan

rakan-rakan seperjuangan saya. Program ini sememang amat diperlukan demi

melatih dan menghasilkan seorang guru yang kental, berani dan gagah akan dalam

apa jua aktiviti yang lasak mahupun tidak lasak. Pada mulanya, saya menganggap

aktiviti ini merupakan aktiviti biasa sahaja. Namun, tidak saya sangka bahawa aktiviti

ini sebenarnya mempunyai ciri-ciri tersendiri.

Sebelum saya mengikuti program ini, semua guru pelatih diberi satu ceramah

yang bertajuk ‘Pembinaan Insan Guru Yang Seimbang’ di Dewan Al-Khindi pada 24

Julai 2013. Ceramah ini bertujuan untuk mendedahkan tentang cara-cara untuk

menjadi seorang guru yang seimbang dan cemerlang dalam bidang perguruan. Hal

ini perlu dititikberatkan kerana hasrat program Bina Insan Guru ini ialah untuk

memberi pendedahan kepada guru pelatih dengan domain pembangunan diri insan

guru yang seimbang, guru dan hubungan dengan komuniti, guru dan akauntabiliti

profesionalisme, aktiviti kemasyarakatan, jenis khidmat kemasyarakatan, khidmat

pendidikan kepada komuniti, berakauntabiliti, amanah, kreativiti dan inovatif. Melalui

ceramah ini, saya menyedari bahawa seorang guru bukan sahaja perlu mempunyai

ilmu pengetahuan yang banyak malah mereka juga perlu mempunyai keperibadian

diri yang mulia. Ini perlu dititikberatkan untuk melahirkan pelajar yang merupakan

modal insan cemerlang dan seimbang dari semua aspek.

Sebelum menjalankan aktiviti khidmat masyarakat, saya berasa amat tertekan

kerana tempat yang dipilih untuk menjalankan aktiviti ini adalah berada di masjid.

Saya merupakan seorang non-muslim dan saya tidak tahu adakah dibenarkan

masuk ke dalam masjid. Oleh sebab itu, saya bertanya kepada kawan-kawan yang

beragama Islam, namun mereka juga keliru, ada yang bagitahu non-muslim

dibenarkan masuk ke Majlis mah ada yang memberitahu tidak dibenarkan. Saya

juga tidak memahami peraturan yang perlu dipatuhi semasa di masjid. Saya riasu

akan saya melakukan sesuatu yang dilarang atau akan mengganggu penganut

Islam di tempat tersebut. Hal ini demikian kerana masjid merupakan tempat yag suci

dan perlu dihormati. Oleh itu, semasa unit saya memilih masjid sebagai tempat

untuk melakukan aktiviti khidmat masyarakat, saya agak rimas dan bimbang kerana

tidak mengenali dan juga tidak pernah mengunjungi tempat tersebut. 14

Page 20: BIG sem2

Melalui program BIG ini, saya telah memahami kepentingan menghormati

agama orang lain. Perkara yang perlu dilakukan dan perkara yang dilarang semasa

berada di masjid juga dapat saya fahami. Peraturan yang ditetapkan di masjid telah

saya patuhi semasa membersihkan kawasan masjid. Selain itu, semasa orang

muslim sedang sembahyang, saya akan cuba merendahkan suara supaya tidak

mengganggu mereka. Ini merupakan satu perbuatan yang boleh dilakukan untuk

menunjukkan penghormatan terhadap agama orang lain. Saya juga lebih memahami

agama Islam melalui aktiviti khidmat masyarakat kali ini.

Selain itu, saya juga memahami pengurusan masa adalah suatu perkara

yang wajib dipatuhi oleh setiap manusia bagi memastikan setiap aktiviti yang

dijalankan berjalan dengan lancar seperti yang dijadualkan dalam perancangan

sebelum ini. Hal ini berlaku demikian kerana kelewatan atau ketidakpatuhi masa

boleh menyebabkan aktiviti yang dirancang berjalan dengan tidak lancar dan

sempurna. Sebelum kami bertolak ke Masjid Kampung Gong Duek, kawan-kawan

saya telah melanggar peraturan iaitu tidak berkumpul di tapak bekumpul. Semasa

waktu bertolak yang ditetapkan sudah sampai, banyak lelaki-lelaki dari kelas saya

masih tidak sampai lagi. Oelh itu, kawan-kawan lain terpaksa menelefon mereka

supaya berkumpul secepat mungkin. Ini telah menyebabkan kami bertolak lambat

dan sampai lewat.

Dalam peristiwa tersebut, saya telah mengambil ikhtibar bahawa kami

sepatutnya menepati masa supaya tidak menyusahkan orang lain dan saya juga

menyedari masa itu adalah emas. Segala perancangan perlu ditepati dan tidak boleh

dilengah-lengah walaupun ia hanyalah perkara remeh-temeh. Sehubungan itu, saya

telah menetapkan peraturan ini supaya sentiasa menepati masa walaupun berlaku

masalah agar segala perancangan berlaku dan berjalan dengan sempurna.

Selanjutnya, program ini juga telah berjaya memupuk semangat bekerjasama

antara satu sama lain walaupun berlainan bangsa dan jantina. Dalam pernyataan ini,

saya ingin menjelaskan dalam situasi penubuhan kumpulan sendiri. Bilang guru

pelatih dalam kelas saya seramai 30 orang dimana 11 orang lelaki yang berbangsa

melayu, 11 orang perempuan yang berbangsa melayu dan juga 8 orang perempuan 15

Page 21: BIG sem2

yang berbangsa cina. Oleh sebab saya dan kawan-kawan saya yang berbangsa

cina tidak dibenarkan masuk majlis, kawan-kawan yang berbangsa melayu telah

meberi kelonggaran kepada kami, iaitu kami diberi tanggungjawab untuk

memberikan kawasan luar Majlis tersebut. Walaubagaimanpun, kami yang

berbangsa cina semua terdiri daripada perempuan, beberapa orang lelaki yang

berbangsa melayu telah masuk kumpulan kami untuk memberi bantuan kepada

kami.

Ini menunjukkan bahawa jika setiap orang sanggup memberi kerjasama

dalam meneyelesaikan masalah ia memberi kesan dalam memupuk semangat yang

patut dicontohi. Segala kesusahan yang berlaku, saya bersama-sama ahli kumpulan

berkongsi sama-sama agar semangat ini dapat disemaikan dalam diri masing-

masing. Sikap ini perlu digunapakai dalam setiap aktiviti dan wajib disemaikan dalam

diri masyarakat zaman sekarang terutamanya generasi muda. Hal ini berlaku

demikian kerana mereka merupakan penjana dan penentu masa depan bagi negara

ini. Jika ia tidak disemaikan, maka akan berlaku perpecahan dan timbul masalah.

Program ini telah mengkuatkan fikiran saya iaitu sentiasa bekerjasama antara satu

sama lain dan menjaga hubungan yang baik dengan kawan kelas yang berlainan

kaum, bangsa dan agama. Hubungan silaturahim antara pelbagai kaum adalah

sangat penting kerana kami semua merupakan Malaysian.

Di samping itu, aktiviti berbuka puasa di kawasan masjid juga membantu saya

dalam lebih memahami budaya dan adat resam orang lain terutamanya yang

berbangsa Melayu. Hal ini berlaku demikian kerana sebelum ini saya tidak pernah

merasai suasana semasa berbuka puasa dengan orang ramai. Saya dapat merasai

masakan orang Melayu di Besut ini yang istimewa bagi saya dan kebanyakan

makanan adalah tidak pernah saya cubai. Melalui program ini, saya memperoleh

sesuatu yang baru bagi saya. Saya menyedari bahawa seorang guru seharusnya

mempunyai keinginan untuk mencuba sesuatu yang baru. Hal ini kerana ia dapat

meningkatkan kreativiti guru semasa mengajar untuk menjadikan proses pengajaran

dan pembelajaran menjadi lebih menarik.

Akhir sekali, saya berasa sangat bersyukur kerana berjaya melibatkan diri

dalam program BIG ini yang telah banyak memberi saya pengetahuan, menguji

mental dan fizikal diri saya dan yang paling penting dapat membantu saya membina 16

Page 22: BIG sem2

jati diri seorang pendidik yang berkualiti tinggi. Saya berharap BIG yang seterusnya,

saya akan lebih banyak menimba pengalaman dan ilmu bagi mencapai matlamat

saya untuk menjadi seorang pendidik yang gemilang.

5.1 Laporan Refleksi (ceramah bina insan guru)17

Page 23: BIG sem2

KEKUATAN (Strengths) KELEMAHAN (Weakness)

melibatkan diri secara aktif

hubungan silaturahim antara guru pelatih dieratkan.

masa yang digunakan terlalu

panjang.

Aktiviti tidak menarik.

PELUANG (Opportunities) ANCAMAN (Threats)

menghormati orang lain yang

sedang memberi ucapan.

pisau dan cangkuk yang tajam.

Kewujudan serang semut yang

besar.

Melalui ceramah yang diberikan, saya telah meneliti beberapa kekuatan,

kelemahan, peluang dan ancaman yang diperlihatkan dalam ceramah ini. Kekuatan

ceramah ini adalah semua guru pelatih melibatkan diri secara aktif. Hal ini berlaku

demikian kerana semua guru pelatih telah menghadir diri di dewan pada masa yang

ditetapkan. Bukan itu saja, semasa aktiviti dijalankan, guru pelatih telah memberi

18

Page 24: BIG sem2

perhatian dan respon yang baik. Aktiviti yang dijalankan memerlukan guru pelatih

berinteraksi dengan guru pelatih yang lain. Ini menyebabkan para guru pelatih

berkomunikasi dan berinteraksi dengan guru pelatih yang mungkin berada di unit

yang berbeza. Dengan itu, hubungan silaturahim antara guru pelatih telah dieratkan

tanpa mengira agama, bangsa dan budaya.

Kekuatan yang dapat diiperlihatkan dalam ceramah adalah memperoleh

banyak pengetahuan baru dan teknik yang sesuai untuk melakukan perubahan

terhadap pengajaran dan pembelajaran. Ini telah meningkatkan pengetahuan guru

pelatih dan juga perubahan yang sesuai bagi mendidik murid-murid. Seseorang guru

pelatih mampu mengetahui ciri-ciri insan guru yang berperibadian mulia melalui

ceramah pembinaan insan guru yang seimbang. Pengetahuan tambahan dapat

memudahkan guru pelatih mengawal sesebuah kelas dan mencapai pencapaian

yang cemerlang. Selain itu, guru pelatih dapat mengetahui cara yang berkesan

untuk menyalurkan pengetahuan kepada murid-murid supaya memudahkan murid-

murid menguasai ilmu yang disampaikan.

Bukan itu sahaja, terdapat juga kelemahan dalam ceramah ini iaitu masa

yang digunakan terlalu panjang. Ceramah tersebut telah mengambil masa 3jam iaitu

dari 2pm sampai 5pm. Oleh sebab pag hari tersebut setiap guru pelatih menghadir

diri dalam kuliah masing-masing, semua mesti penat untuk mendengar ceramah

lagi. Hal ini akan menyusahkan para guru pelatih untuk menumpukan perhatian

terhadap perkara yang dibincangkan. Guru pelatih tidak dapat memperoleh

maklumat yang ingin disampaikan dengan sepenuhnya kerana mereka tidak dapat

menumpukan perhatian.

Lantaran itu, aktiviti yang dijalankan juga tidak menarik untuk guru pelatih

melibatkan diri secara langsung dalam aktiviti tersebut. Topik yang dibincangkan

perlu dapat memikat hati dan perhatian para guru pelatih untuk mendengar ceramah

yang dijalankan. Jika guru pelatih tidak berminat malah mereka akan berasa bosan

kerana aktiviti tidak memotivasikan guru pelatih untuk melibatkan diri. Hal ini berlaku

demikian kerana pensyarah yang memberikan ceramah hanya memberikan kertas

untuk guru pelatih menulis tentang perasaan mereka. Ini kurang menarik perhatian

orang ramai kerana aktiviti ini hanya dianggap sebagai aktiviti yang biasa dan tidak

19

Page 25: BIG sem2

ada tempat yang istimewa. Seterusnya, slaid yang ditunjukkan oleh penceramah

juga tidak menarik dan semuanya kebanyakan penuh dengan perkataan dan jarang

ada video ditayangkan kepada guru pelatih. Slaid yang terlalu banyak dan tidak

menunjukkan kandungan-kandungan yang penting kepada para guru pelatih.

Ceramah Bina Insan Guru ini juga memberi peluang kepada para peserta

untuk mempelajari untuk menghormati orang lain yang sedang memberi ucapan. Hal

ini mampu berlatih guru pelatih untuk membiasakan diri dalam pelbagai keadaan

dan tidak membangkitkan isu-isu yang sensitif semasa bergaul dan berkmunikasi

dengan orang lain. Sifat hormat-menghormati semasa seseorang memberi

maklumat dan ucapan dapat membantu guru pelatih memperoleh maklumat yang

tepat dan betul. Selain itu, guru pelatih yang selalu menghormati orang lain dapat

mewujudkan suasana yang harmoni dan juga mengelakkan percanggahan pendapat

antara satu sama lain. Ini juga dapat membantu menyelsesaikan sesuatu kerja

dengan cepat.

Selanjutnya, saya juga dapat melihat ancaman yang wujud semasa

perlaksanaan program ini. Sebelum ketibaan penceramah, semua guru pelatih yang

terlibat telah menghadir diri di dewan Al-khidin pada waktu yang ditepatkan dan

menduduk di tempat masing-masing. Malangnya, tiba-tiba semua guru pelatih yang

terlibat diminta bertukar tempat ke tempat sebelah. Oleh sebab para guru pelatih

risau tidak dapat duduk bersama-sama kawan-kawan sekumpulan, semua guru

pelatih berebut-rebut dalam proses penukaran dewan. Tindakan ini amat berbahaya

dan mungkin berlakunya kejatuhan dan kecedaraan. Selepas 5 minit bertukar

dewan, sistem PA sudah dipasang semula dan penceramah sudah bersedia

memberi ceramah, para guru pelatih diminta bertukar dewan ke dewan Al-Khindin

semula. Oleh sebab itu, semua guru pelatih berebut-rebut lagi. Tindakan ini adalah

amat berbahaya.

Sehubungan dengan itu, ceramah yang diadakan juga perlu melakukan

penambahbaikan dengan membuat pengurusan yang baik sebelum membuat

pengumuman. Penukaran dewan berulang-ulang perlu dielakkan kerana amat

membahayakan para guru pelatih yang berebut-rebut dan juga menyusahkan AJK

yang terlibat. Yang saya nampak, ajk peralatan telah mengangkat dan memasang

20

Page 26: BIG sem2

sistem PA berulang-ulang. Selain itu, aktiviti-aktiviti yang dapat menarik perhatian

guru pelatih semasa ceramah dijalankan perlu dipertingkatkan agar maklumat yang

ingin disampaikan dapat diperoleh sepenuh oleh semua guru pelatih. Bukan itu

sahaja, slaid yang ditunjukkan juga perlu menggunakan gambar-gambar yang

menarik supaya guru pelatih dapat menumpukan perhatian kepada topik yang

dibincangkan.

Disediakan oleh,

____________________

(LING CHIN CHUAN)

2 PISMP Pendidikan Jasmani 1

5.2 Laporan Refleksi (aktiviti khidmat masyarakat)

KEKUATAN (Strengths) KELEMAHAN (Weakness)

21

Page 27: BIG sem2

sikap kerjasama

sikap positif tutor-tutor.

tidak memberi perhatian semasa ceramah diberi oleh pengurus

sikap tidak peduli.

PELUANG (Opportunities) ANCAMAN (Threats)

memperkembangkan tahap

kepimpinan guru pelatih.

Memupuk sikap prihatin kepada

alam sekitar.

Membantu meningkatkan

keyakinan guru pelatih.

pisau dan cangkuk yang tajam.

Kewujudan serang semut yang

besar.

Sepanjang saya menjalankan program BIG ini, saya telah menemui pelbagai

kekuatan yang terdapat dalam program BIG ini. Salah satu kekuatannya ialah sikap

kerjasama dalam kalangan guru pelatih yang berbangsa lain. Guru pelatih yang

terlibat dalam aktiviti khidmat masyarakat ini telah saling membantu apabila mereka

mendapati salah satu pihak menghadapi masalah dan memerlukan bantuan. Guru

pelatih yang beragama islam telah memberi kelonggaran kepada guru pelatih yang

berbangsa cina supaya tidak memasuki masjid. Mereka juga bekerjasama untuk

melaksanakan sesuatu tugas dengan sempurna. Sebagai contoh, mereka

bekerjasama dalam kumpulan untuk membersihkan kawasan dengan ada yang

menyapu lantai, ada yang mencabut rumput, ada yang mengutip sampah-sarap dan

lain-lain.

Kekuatan yang terdapat aktiviti khidmat masyarakat ialah sikap positif yang

ditunjukkan oleh tutor-tutor. Tutor-tutor juga melibatkan diri dalam aktiviti khidmat

masyarakat sebagai pemantau sepanjang program khidmat masyarakat. Mereka 22

Page 28: BIG sem2

juga sanggup menyumbang tenaga dalam membersihkan kawasan masjid.

Walaupun mereka sebagai tutor yang menduduki kelas yang lebih tinggi daripada

kami, mereka juga banyak membantu dalam mengangkat barang-barang berat untuk

meringankan beban para guru pelatih. Sifat-sifat sedemikian patut dipelajari dan

dicontohi oleh para guru pelatih semasa menjadi guru pada masa depan.

Sehubungan dengan itu, program BIG ini juga mempunyai kelemahannya

sendiri. Kelemahan yang paling ketara adalah semasa tetamu yang dijemput untuk

memberi ceramah kebanyakan guru pelatih tidak memberi perhatian. Mereka juga

membincang hal-hal mereka sendiri dan tidak menumpukan perhatian kepada

perkara yang disampaikan oleh penceramah. Sebagai seorang guru pada masa

depan, kami perlu belajar menghormatkan orang yang bercakap di depan. Kami

mesti amat mengharap murid-murid kami memberi perhatian kepada kami semasa

kami mengajar di depan mereka. Oleh sebab itu, kami perlu bersikap demikian

supaya dapat dicontohi oleh murid-murid kami pada masa depan.

Lantaran itu, sikap tidak peduli juga merupakan kelemahan dalam program

BIG ini. Terdapat sesetengah guru pelatih tidak mengemaskan barang yang

digunakan dengan baik. Selepas gotong-royong, mereka tidak meletakkan barang

ke tempat asal. Sikap tidak peduli merupakan kelemahan yang terdapat dalam

program Bina Insan Guru yang kali kedua. Mereka tidak mengerakkan diri untuk

meletak balik barang dan duduk di kerusi untuk berehat. Hal ini berlaku demikian

kerana aktiviti gotong-royong amat memberatkan kawan-kawan muslim yang

berpuasa pada masa itu. Oleh sebab guru pelatih muslim membersihkan masjid

dengan kesungguhan pada permulaan, mereka terus berehat dan tidak rela

bergerak lagi selepas aktiviti gotong-royong dijalankan.

Program Bina Insan Guru ini juga memberi peluang kepada para peserta

untuk memperkembangkan tahap kepimpinan mereka. Hal ini berlaku demikian

kerana guru pelatih dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan terdapat seorang

ketua bagi setiap kumpulan. Ketua tersebut dapat menggunakan kepimpinan

mereka untuk memimpin sesebuah kumpulan dengan baik dan bersistematik. Selain

itu, guru pelatih yang menjadi ketua juga dapat belajar untuk merancang dan

mengatur sesuatu dengan lebih adil terutamanya dari segi tugas dan tanggungjawab

23

Page 29: BIG sem2

setiap ahli kumpulan. Mereka dapat mempelajari sikap untuk memikul tugas dan

melaksanakan tugas yang diberikan dengan sempurna. Sikap seperti ini dapat

membantu seseorang mendapat kepercayaan daripada orang lain.

Seterusnya, guru pelatih juga berpeluang untuk memupuk sikap prihatin

kepada alam sekitar. Melalui gotong-royong, guru pelatih dapat memahami betapa

pentingnya alam sekitar kepada mereka. Mereka juga akan berusaha untuk menjaga

kebersihan alam sekitar melalui program ini. Di samping itu, guru pelatih juga

berpeluang untuk meningkatkan kerjasama dan toleransi antara guru pelatih. Bagi

membersihkan kawasan masjid, guru pelatih perlu bekerjasama dengan guru pelatih

lain supaya kerja dapat dilakukan dengan lebih cepat dan mudah.

Sehubungan itu, program ini juga memberi peluang kepada peserta untuk

membantu meningkatkan keyakinan mereka. Guru pelatih berupaya melakukan

tugasan yang diberi dengan yakin untuk dilaksanakan dalam masa yang ditetapkan.

Di samping itu, melalui ceramah mereka juga mampu meningkatkan keyakinan diri

dalam melakukan perubahan yang ssesuai terhadap pelajar bagi meningkatkan

prestasi mereka dalam bidang akademik dan kokurikulum. Selain meningkatkan

keyakinan diri, para peserta juga memperoleh peluang untuk berkenalan dengan

peserta yang lain. Mereka dapat bergaul dan berinteraksi bersama melalui aktiviti

yang dijalankan. Hal ini kerana program ini telah memberi peluang kepada mereka

untuk merapatkan hubungan sesama mereka dan berkongsi pandangan bersama-

sama. Selain ini, interaksi antara mereka juga dapat memudahkan komunikasi ketika

melaksanakan sesuatu aktiviti.

Selanjutnya, saya juga dapat melihat ancaman yang wujud semasa

perlaksanaan program ini. Ancaman yang dihadapi adalah pisau dan cangkuk yang

digunakan amat tajam ketika digunakan untuk memotong rumput dan membersihkan

kawasan masjid. Oleh itu, ketika penggunaan alatan-alatan sedemikian, para guru

pelatih haruslah menjaga keselamatan diri dan berwaspada setiap saat. Selain itu,

kewujudan sarang semut yang besar juga merupakan salah satu ancaman. Ini

memberikan ancaman kepada guru pelatih kerana gigitan semut akan menyebabkan

kulit bengkak dan kemerah-merahan. Oleh itu masalah sarang semut ini perlu

diselesaikan bagi mengelakkan perkara yang tidak diigini untuk berlaku.

24

Page 30: BIG sem2

Setelah melaksanakan tugasan ini, saya telah melihat beberapa

penambahbaikan yang dapat dilakukan dalam menjadikan BIG ini lebih berjaya,

antaranya ialah aktiviti-aktiviti yang dijalankan haruslah lebih mencabar dan mampu

memperkembangkan insan guru dalam diri setiap peserta dalam BIG ini, kerana

saya percaya bahawa semua peserta dalam BIG ini adalah bakal cikgu jadi dalam

menghasilkan guru yang memenuhi kehendak FPK dan FPG.

Selain daripada itu, masa yang diperuntukkan untuk menjalankan aktiviti

khidmat masyarakat juga patut dipanjangkan supaya guru pelatih dapat

melaksanakan kerja yang begitu manfaat dengan bersungguh-sungguh. Seterusnya,

kemudahan kasut selipar dan peralatan penyapu dan penyodok perlu ditambah

supaya dapat memudahkan kerja pembersihan. Alatan-alatan yang digunakan

untuk kegiatan gotong-royong juga perlu diperbaiki supaya guru pelatih dapat

menggunakannya dengan selamat. Beg plastik bagi mengisi sampah-sarap juga

perlu disediakan dengan mencukupi supaya dapat memudahkan kerja pembersihan.

Disediakan oleh,

____________________

(LING CHIN CHUAN)

2 PISMP Pendidikan Jasmani1

6.0 Lampiran

Gambar-gambar (aktiviti ceramah)25

Page 31: BIG sem2

Gambar-gambar (aktiviti khidmat masyarakat)

Guru pelatih mengambil duduk masing-masing.

Penceramah, Encik Zulkiflee.

Cenderahati diberi kepada penceramah.

26

Page 32: BIG sem2

Pengurus Masjid.

Pengurus member ucapan ringkas.

Semasa perjalanan ke masjid.

27

Page 33: BIG sem2

Mengecat tiang.

Mengutip samaph.

Membersihkan bilik air.

Cenderahati dan sumbagan diberi kepada pengurus.

28

Page 34: BIG sem2

Bertolak balik ke IPG.

Mengambil gambar sebagai kenangan.

29

Page 35: BIG sem2

30

Page 36: BIG sem2

31

Page 37: BIG sem2

32

Page 38: BIG sem2

33

Page 39: BIG sem2

34

Page 40: BIG sem2

35

Page 41: BIG sem2

36

Page 42: BIG sem2

37

Page 43: BIG sem2

38

Page 44: BIG sem2

39

Page 45: BIG sem2

40

Page 46: BIG sem2

41

Page 47: BIG sem2

42

Page 48: BIG sem2

43

Page 49: BIG sem2

44

Page 50: BIG sem2

45

Page 51: BIG sem2

46

Page 52: BIG sem2

47

Page 53: BIG sem2

48

Page 54: BIG sem2

49

Page 55: BIG sem2

50

Page 56: BIG sem2