bidang tugas hem

10
TUGAS PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID A. BIDANG TUGAS : 1. Menjalankan segala tugas dan tanggungjawab pentadbiran sekolah jika ketiadaan Guru Besar dan GPK Pentadbiran. 2. Mengajar sebilangan waktu bagi mata pelajaran yang tertentu atau bidang engkhususan mengikut arahan Guru Besar dari semasa ke semasa. 3. Bertanggungjawab kepada Guru Besar dalam soal-soal kurikulum, ko-kurikulum, disiplin, bimbingan dan kaunseling. 4. Memastikan bahawa segala keselamatan para pelajar adalah terjamin dan diatur mengikut prosedur dan peraturan. 5. Menentukan bahawa kebajikan, Skim Pinjaman Buku Teks, biasiswa dan bantuan kewangan berjalan dengan lancar. 6. Menentukan kelancaran kerja-kerja penerbitan dan percetakan majalah, perayaan dan kantin sekolah berjalan dengan baik. 7. Membantu Guru Besar dalam menyelia dan menilai prestasi perkhidmatan guru dan kakitangan bukan guru. 8. Membantu Guru Besar dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah agar perjalanannya menjadi lebih berkesan.

Upload: sitinorleni

Post on 03-Feb-2016

220 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

a

TRANSCRIPT

Page 1: Bidang Tugas Hem

TUGAS PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID

A. BIDANG TUGAS :

1. Menjalankan segala tugas dan tanggungjawab pentadbiran sekolah jika

ketiadaan Guru Besar dan GPK Pentadbiran.

2. Mengajar sebilangan waktu bagi mata pelajaran yang tertentu atau bidang

engkhususan mengikut arahan Guru Besar dari semasa ke semasa.

3. Bertanggungjawab kepada Guru Besar dalam soal-soal kurikulum, ko-

kurikulum, disiplin, bimbingan dan kaunseling.

4. Memastikan bahawa segala keselamatan para pelajar adalah terjamin dan

diatur mengikut prosedur dan peraturan.

5. Menentukan bahawa kebajikan, Skim Pinjaman Buku Teks, biasiswa dan

bantuan kewangan berjalan dengan lancar.

6. Menentukan kelancaran kerja-kerja penerbitan dan percetakan majalah,

perayaan dan kantin sekolah berjalan dengan baik.

7. Membantu Guru Besar dalam menyelia dan menilai prestasi perkhidmatan

guru dan kakitangan bukan guru.

8. Membantu Guru Besar dalam semua aspek perancangan dan pengurusan

sekolah agar perjalanannya menjadi lebih berkesan.

Page 2: Bidang Tugas Hem

B. SENARAI TUGAS :

PENTADBIRAN

1. Mengurus dan mengemas kini semua buku rekod pendaftaran murid di

sekolahnya.

2. Menyemak semua buku kedatangan harian pelajar sidang pagi dan

memastikan bahawa butirannya adalah kemas kini.

3. Menguruskan kemasukan dan penempatan pelajar-pelajar baru ke kelas

tertentu dengan kerjasama guru-guru kelas berkaitan,.

4. Menguruskan pertukaran pelajar ke sekolah-sekolah lain dengan

mengisi dokumen dan borang-borang yang tertentu.

5. Menentukan bahawa butiran peribadi pelajar yang berhenti sekolah dan

bertuka ke sekolah lain adalah lengkap dan kemas kini.

6. Menguruskan surat akuan, sijil-sijil pelajar, pengesahan dan

pengedaran sijil berhenti sekolah.

7. Membantu menyediakan anggaran belanjawan tahunan sekolah

dengan kerjasama Guru Besar, PK Pentadbiran, Penyelia Petang dan

Pembantu Tadbir sekolah.

8. Membantu dalam merancang dan penyediaan takwin sekolah dan

dalam menentukan pelaksanaan segala program aktiviti di sepanjang

tahun.

Page 3: Bidang Tugas Hem

DISIPLIN:

1. Menentukan bahawa penerapan amalan-amalan dan nilai murni di

peringkat sekolah dilaksanakan dengan sempurna.

2. Memastikan segala peraturan dan undang-undang sekolah dikuat

kuasakan oleh guru, kakitangan dan para pelajar.

3. Bertindak sebagai guru penasihat Lembaga Pengawas Sekolah dan

bertanggungjawab terhadap perlantikan pengawas.

4. Mengambil tindakan yang sesuai terhadap kes-kes para pelajar yang

melanggar peraturan tatatertib dan salah laku.

5. Menyelaras dan menyediakan rekod disiplin dan membuat laporan lengkap

mengenai pelajar terlibat.

BIMBINGAN KAUNSELING:

1. Merancang dan menyelaraskan pelaksanaan program bimbingan dan

kaunseling.

2. Bekerjasama erat dengan guru pembimbing dan kaunseling dalam

pelaksanaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling.

3. Menyelaras dan menyediakan rekod bimbingan dan kaunseling para pelajar

yang menghadapi masalah dari segi pelajaran akademik, sosial, kesihatan,

kerjaya dan sebagainya.

4. Menyediakan laporan lengkap mengenai pelajar yang mendapat

perkhidmatan bimbingan dan kaunseling jikalau diperlukan oleh pihak yang

berkaitan.

5. Merancang dan melaksanakan program kebajikan dan orentasi atau

suaikenal bagi pelajar-pelajar baru.

Page 4: Bidang Tugas Hem

PROGRAM PERLINDUNGAN:

1. Menguruskan kemudahan perubatan dan rawatan di kalangan para pelajar

di sekolahnya agar berjalan dengan baik.

2. Memastikan segala program kesihatan pelajar dijalankan dengan sempurna

seperti menguruskan kad 001 dan kad 002.

3. Menyelaras dan mengadakan menyeliaan yang berkaitan dengan kantin

sekolah untuk menentukan kebersihan dan makanan yang berkhasiat.

4. Menyelaraskan segala perancangan berkaitan dengan kesihatan dan

kebersihan di kalangan pelajar.

SKIM PINJAMAN BUKU TEKS:

1. Menguruskan segala kutipan, pengumpulan data dan butiran peribadi para

pelajar yang bakal menerima buku teks.

2. Menyelaraskan hal-hal yang bersabit dengan pengeluaran, pengambilan,

pengagihan dan hapuskira buku-buku teks di sekolahnya.

3. Mengawal semua buku stok dan mengawal bilik skim pinjaman buku teks.

4. Menyediakan anggaran belanjawan menguruskan SPBT di sekolahnya.

BIASISWA DAN BANTUAN:

1. Menyelenggara dan membuat perakuan-perakuan biasiswa dan bantuan

kewangan pelajar yang mencapai akademik yang tinggi dari golongan yang

kurang berada.

2. Mengemaskinikan segala rekod biasiswa dan bantuan kewangan kepada

para pelajar di sekolah.

3. Menguruskan segala tuntutan dan bayaran biasiswa dan bantuan

kewangan pelajar yang layak menerimanya.

Page 5: Bidang Tugas Hem

KOKURIKULUM

1. Sukan Dan Permainan:

Membantu, merancang, melaksana dan menyelia kegiatan sukan dan

permainan di semua peringkat.

2. Persatuan Dan Kelab:

Menyelaras dan menyelia segala program aktiviti persatuan dan kelab

yang bercorak akademik.

3. Pasukan Pakaian Seragam:

Merancang strategi penglibatan para pelajar dalam program kegiatan

pasukan pakaian seragam.

Menyelaras pelaksanaan, program kegiatan pasukan pakaian seragam

yang disediakan di sekolahnya.

Tugas Dan Tanggungjawab Lain:

1. Membantu dan mengenal pasti guru-guru yang berbakat dalam kegiatan

kokurikulum.

2. Merancang dan mengadakan program latihan untuk guru-guru yang

berpotensi

dalam bidang itu.

3. Merancang dan menentukan pelaksanaan program kegiatan ko-kurikulum

untuk

para pelajar.

4. Melaksanakan arahan dan tugas-tugas lain yang diberikan oleh Guru Besar

dari

semasa ke semasa.

Page 6: Bidang Tugas Hem

1. PEMBANGUNAN MAJU DIRI (PMD)

DISIPLIN

- Tahap kuatkuasa undang-undang dan peraturan sekolah.

- Menyelia rekod dan laporan disiplin.

- Perjumpaan dengan ibu bapa / penjaga murid.

BIMBINGAN DAN KAUNSELING

- Melaksana dan menguruskan projek-projek khas.

- Merancang dan menyelaras program khas seperti kempen anti-dadah.

- Memastikan langkah keselamatan murid semasa berada di sekolah

dilaksanakan.

KESIHATAN

- Menguruskan kemudahan rawatan murid.

- Merancang dan menyelaras program-program kesihatan murid dan kad

tenaga asas.

SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (SPBT)

- Menguruskan kutipan data, mengawal buku-buku stok.

- Mengawal pengagihan dan hapus kira.

BIASISWA DAN BANTUAN

- Menyelenggarakan peraturan-peraturan biasiswa atau bantuan.

- Mengemas kini rekod-rekod biasiswa dan bantuan.

PENGURUSAN BANTUAN PEMAKANAN

- Projek Susu Sekolah.

- Rancangan Makanan Tambahan (RMT)

Page 7: Bidang Tugas Hem

2. PENTADBIRAN.

2.1 Mengurus dan mengemaskini buku rekod pendaftaran murid

2.2 Mengurus kemasukan dan penempatan murid.

2.3 Menyemak buku jadual kedatangan murid.

2.4 Mengurus surat akuan, sijil berhenti sekolah dan lain-lain.

2.5 Menyemak buku laporan / rekod prestasi.

2.6 Membantu menyediakan anggaran belanjawan sekolah.

2.7 Membantu merancang takwim sekolah.

3. KURIKULUM.

3.1 Pengajaran dan pembelajaran.

3.2 Merancang dan menyelia kursus motivasi dan kemahiran belajar.

4. KOKURIKULUM

4.1 Membantu merancang, melaksana dan menyelia kegiatan sukan dan

permainan / kelab serta pasukan unit beruniform.

4.2 Membantu merancang takwim ko-kurikulum.

4.3 Menyelaras kegiatan BSN, Tabung Haji dll.

4.4 Merancang dan melaksanakan program perkhemahan tahunan.

5. PERKEMBANGAN ORGANISASI DAN KENDIRI (SYNERGY)

5.1 Menghadiri kursus.

5.2 Mengadakan kursus dalaman (HEM)

5.3 Memperkayakan pengetahuan ikhtisas.

5.4 Mengadakan hubungan dengan ibubapa / penjaga, masyarakat dan agensi

luar.

5.5 Penglibatan dalam PIBG