bibiliografi pak lah

5
BIBILIOGRAFI Abdullah Ahmad Badawi dilahirkan pada 26 November 1939 di kampung Perlis, Bayan Lepas, Pulau Pinang. Namanya diambil sempena nama datuknya, Sheikh Abdullah Fahim (Abdullah bin Ibrahim), seorang ulama dan ahli falak berpengaruh lagi dihormati. Abdullah adalah anak sulung daripada empat adik beradik hasil perkongsian hidup Haji Ahmad Badawi bin Abdullah dengan Hajah Kailan Hassan. Bapanya adalah pejuang UMNO dan tokoh agama yang memainkan peranan penting ketika perjuangan menuntut kemerdekaan tanah air. Haji Ahmad pernah menjadi Naib Ketua Pemuda UMNO semasa Hussein Onn menjadi Ketua Pemuda UMNO dan merupakan salah seorang tenaga muda menentang rancangan penubuhan Malayan Union. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Permatang Bertam, Kepala Batas, Abdullah kemudiannya melanjutkan pelajaran ke Sekolah Tinggi Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Beliau juga menuntut di Penang Methodist Boys’ School, Pulau Pinang sebelum melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Beliau lulus dengan kepujian dalam bidang Pengajian Islam pada tahun 1964. Abdullah turut mengikuti pendidikan agama di Sekolah Menengah Agama Daeratul Maarif Wataniah, Kepala Batas, Pulau Pinang yang diasaskan oleh datuknya. Lebih mesra dengan panggilan ‘Pak Lah’, Abdullah telah mendirikan rumah tangga dengan Endon binti Mahmood pada tahun 1965. Mereka dikurniakan dua cahaya mata, Kamaluddin dan Nori dan enam cucu. Empat cucu adalah dari hasil perkahwinan Kamaluddin dengan Azrene Abdullah iaitu Alya, Arif, Amira dan Ahmad. Dua cucu lagi adalah anak kepada Nori dengan Khairy Jamaluddin Abu Bakar iaitu Jibreil Ali dan Timor Abdullah. Endon adalah anak kepada pasangan Mahmood Ambak dan Mariam Abdullah. Beliau menerima pendidikan di St. Mary Secondary Girls’ School, Kuala Lumpur sebelum berkhidmat dengan kerajaan hingga tahun 1976. Sifat penyayangnya

Upload: saari-salleh

Post on 28-Jan-2016

223 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Biodata Abdullah Ahmad Badawi

TRANSCRIPT

Page 1: Bibiliografi Pak Lah

BIBILIOGRAFI

Abdullah Ahmad Badawi dilahirkan pada 26 November 1939 di kampung

Perlis, Bayan Lepas, Pulau Pinang. Namanya diambil sempena nama datuknya,

Sheikh Abdullah Fahim (Abdullah bin Ibrahim), seorang ulama dan ahli falak

berpengaruh lagi dihormati. Abdullah adalah anak sulung daripada empat adik

beradik hasil perkongsian hidup Haji Ahmad Badawi bin Abdullah dengan Hajah

Kailan Hassan. Bapanya adalah pejuang UMNO dan tokoh agama yang memainkan

peranan penting ketika perjuangan menuntut kemerdekaan tanah air.  Haji Ahmad

pernah menjadi Naib Ketua Pemuda UMNO semasa Hussein Onn menjadi Ketua

Pemuda UMNO dan merupakan salah seorang tenaga muda menentang rancangan

penubuhan Malayan Union.

Mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Permatang Bertam, Kepala

Batas, Abdullah kemudiannya melanjutkan pelajaran ke Sekolah Tinggi Bukit

Mertajam, Pulau Pinang. Beliau juga menuntut di Penang Methodist Boys’ School,

Pulau Pinang sebelum melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Beliau lulus dengan kepujian dalam bidang Pengajian Islam pada tahun 1964.

Abdullah turut mengikuti pendidikan agama di Sekolah Menengah Agama Daeratul

Maarif Wataniah, Kepala Batas, Pulau Pinang yang diasaskan oleh datuknya.

Lebih mesra dengan panggilan ‘Pak Lah’, Abdullah telah mendirikan rumah

tangga dengan Endon binti Mahmood pada tahun 1965. Mereka dikurniakan dua

cahaya mata, Kamaluddin dan Nori dan enam cucu. Empat cucu adalah dari hasil

perkahwinan Kamaluddin dengan Azrene Abdullah iaitu Alya, Arif, Amira dan

Ahmad. Dua cucu lagi adalah anak kepada Nori dengan Khairy Jamaluddin Abu

Bakar iaitu Jibreil Ali dan Timor Abdullah.

Endon adalah anak kepada pasangan Mahmood Ambak dan Mariam

Abdullah. Beliau menerima pendidikan di St. Mary Secondary Girls’ School, Kuala

Lumpur sebelum berkhidmat dengan kerajaan hingga tahun 1976. Sifat

penyayangnya mendorong beliau mencurahkan bakti dalam aktiviti kemasyarakatan

khususnya kebajikan wanita dan kanak-kanak. Ketika menjadi isteri Perdana Menteri

, Endon menerajui Yayasan Penyayang yang ditubuhkan bagi tujuan pendidikan,

kebajikan masyarakat, penyelidikan, kesihatan dan perubatan. Beliau juga menerajui

Kempen “Pink Ribbon” iaitu organisasi berkaitan pencegahan dan pengubatan

kanser payudara. Beliau juga giat mempromosi batik, kebaya nyonya dan songket.

Page 2: Bibiliografi Pak Lah

Endon kembali ke Rahmatullah pada 20 Oktober 2005, dua tahun selepas dikesan

menghidap kanser.

Hampir dua tahun selepas Endon kembali ke Rahmatullah pada 9 Jun 2007,

Abdullah diijabkabul dengan Jeanne Abdullah, ibu kepada Nadiah Kimie dan

Nadene Kimie hasil dari perkahwinan pertama beliau. Bekas pelajar Sekolah

Mnengah Assunta ini berpengalaman bekerja dalam bidang pentadbiran dan

perhotelan. Ketika menjadi isteri Perdana Menteri, beliau aktif dalam Kempen

Penghijauan Alam Sekitar yang mempromosikan pemeliharaan dan pemuliharaan

alam sekitar.

            

PERJALANAN KARIER POLITIK

Abdullah Ahmad Badawi meletak jawatan dari Pegawai Tadbir dan Diplomatik

(PTD) untuk bertanding sebagai calon Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya

Umum 1978 di kawasan Parlimen Kepala Batas. Beliau menewaskan calon PAS,

Musa Mohd Yatim dengan majority 5029 undi. Pada 27 Julai 1978, beliau dilantik

sebagai Setiausaha Parlimen di Kementerian Wilayah Persekutuan.

Pada 2 Februari 1979, beliau dilantik sebagai Timbalan Pengerusi

Jawatankuasa Perhubungan UMNO Pulau Pinang. Pada September 1980, beliau

diberi kepercayaan menjadi Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan UMNO Pulau

Pinang dan Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan. Pada pemilihan UMNO 1981,

beliau terpilih buat pertama kali sebagai ahli Majlis Tertinggi parti.

Beliau dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada Julai 1981 di

dalam kerajaan pimpinan Dr Mahathir bin Mohamad. Semasa Abdullah memegang

potfolio tersebut sehingga Jun 1983, beliau bertanggungjawab melaksanakan

kempen Kepimpinan Melalui Teladan dan Dasar Pandang Ke Timur yang

diperkenalkan oleh Dr Mahathir.

Setelah terpilih menduduki salah satu daripada tiga kerusi Naib Presiden

UMNO dalam Perhimpunan Agung UMNO yang berlangsung pada tahun 1984,

beliau dilantik menjadi Menteri Pelajaran. Dalam tahun 1986, beliau memegang

jawatan Menteri Pertahanan, kemudiannya digugurkan  daripada barisan Jemaah

Menteri pada 7 Mei 1987.

Pemilihan kepimpinan UMNO 1987 memperlihatkan UMNO berpecah kepada

‘Team A’ di pihak Dr Mahathir dan Ghafar Baba sementara ‘Team B’ diterajui oleh

Page 3: Bibiliografi Pak Lah

Tengku Razaleigh Hamzah dan Musa Hitam. Abdullah yang dikatakan memihak

kepada “Team B” digugurkan dari Jemaah Menteri tetapi diberi kepercayaan semula

oleh Dr Mahathir sebagai Menteri Luar Negeri pada tahun 1991.

Walaupun Abdullah tidak terpilih dalam pertandingan jawatan Naib Presiden

UMNO pada tahun 1993, Dr Mahathir melantiknya sebagai ahli Majlis Tertinggi

UMNO. Pada pemilihan parti 1996, Abdullah terpilih semula menjadi Naib Presiden

dengan memperolehi undi kedua tertinggi iaitu 1053.

Abdullah mengekalkan kerusi Ahli Parlimen Kepala Batas selama enam

penggal berturut-turut sejak Pilihan Raya Umum 1978. Beliau sekali lagi dilantik

sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang pada November 1998

selepas Anwar Ibrahim dilucutkan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan

dipecat dari parti pada September 1998.

Pada 8 Januari 1999, Abdullah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri

oleh Dr Mahathir dan diamanahkan melaksanakan tugas Timbalan Presiden UMNO

mulai 5 Februari tahun yang sama. Abdullah kemudian terpilih memegang jawatan

Timbalan Presiden UMNO pada pemiliham parti Mei 2000.

Abdullah Ahmad Badawi mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana

Menteri Malaysia Kelima pada jam 3.30 petang, Jumaat, 31 Oktober 2003

bersamaan 5 Ramadan 1424 Hijrah setelah diperkenankan oleh Seri Paduka

Baginda Yang di-Pertuan Agong. Beliau menerajui Barisan Nasional (BN) dalam

Pilihan Raya Umum 2004 dan memperolehi kemenangan gemilang apabila BN

memenangi 198 daripada 220 kerusi parlimen dan menawan semula negeri

Terengganu daripada Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan hanya kekurangan dua

kerusi untuk menawan negeri Kelantan dari kerajaan PAS.

Pada Pilihan Raya Umum 2008, BN hanya menang dengan majoriti mudah di

peringkat parlimen sementara di peringkat negeri selain daripada Kelantan,

kerajaan-kerajaan negeri Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Perak jatuh ke tangan

parti lawan. Pada Oktober 2008, Abdullah membuat ketetapan tidak

mempertahankan jawatan Presiden UMNO dan keputusan untuk beliau mengundur

diri sebagai Perdana Menteri di buat selepas Perhimpunan Agung UMNO pada

bulan Mac 2009.

Seperti mana dijanjikan, Abdullah mengumumkan untuk melepaskan jawatan

Perdana Menteri dalam ucapan penangguhan Persidangan UMNO yang

Page 4: Bibiliografi Pak Lah

berlangsung pada 28 Mac 2009. Pada 2 April 2009, beliau menghadap Seri Paduka

Baginda Yang di-Pertuan Agong menyembahkan hasrat untuk meletak jawatan dan

menyerahkan kepimpinan Negara kepada Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

Kronologi jawatan politik Tun Abdullah Ahmad Badawi

Tahun Jawatan

2004-2009 Presiden UMNO

2000 Timbalan Presiden UMNO

1998 Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang

1996 Naib Presiden UMNO

1993-1996 Ahli Majlis Tertinggi UMNO

1984-1993 Naib Presiden UMNO

1981-1984 Ahli Majlis tertinggi UMNO

1980 Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang

1979 Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang

1978 Ketua UMNO Bahagian Kepala Batas

1978 Ahli Parlime Kepala Batas

1977 Ketua UMNO Cawangan Bertam