70 dalil pak lah hilang kelayakan memimpin negara

Upload: goldenscreen

Post on 31-May-2018

249 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 8/15/2019 70 dalil Pak Lah hilang kelayakan memimpin negara

    1/80

    70dalil Pak Lahhilang kelayakanmemimpin negara

    OLEH

    AHLI UMNO KEDAH

  • 8/15/2019 70 dalil Pak Lah hilang kelayakan memimpin negara

    2/80

  • 8/15/2019 70 dalil Pak Lah hilang kelayakan memimpin negara

    3/80

    OLEH

    AHLI UMNO KEDAH

  • 8/15/2019 70 dalil Pak Lah hilang kelayakan memimpin negara

    4/80

  • 8/15/2019 70 dalil Pak Lah hilang kelayakan memimpin negara

    5/80

    Setelah tiga tahun menjadi Perdana MenteriMalaysia, jelas kelihatan bahawa Datuk Seri

    Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri kita

    yang kelima tidak menunjukkan kebolehan atau

    prestasi yang baik untuk memajukan negara kita dan

    semua bangsa Malaysia. Juga dalam tiga tahun yang

    kesudahan ini kita melihat Pak Lah bertukar wajahdaripada imej Mr Clean menjadi Mr Very Dirty.

    Bab terkini dalam riwayatnya memperlihatkan Pak

    Lah mengaku dengan terang bahawa anak dan ahli

    keluarganya boleh menelan kekayaan negara dan hak

    rakyat sebab kononnya dulu anak orang lain pun buat

    macam itu juga.

    Politik negara sekarang meruncing, ekonomi dalam

    keadaan sesak, ketegangan perkauman makin

    meningkat, dasar luar negara kabur dan Malaysia

    dipandang rendah oleh banyak negara.

    ms

    70dalil Pak Lah

    hilang kelayakan

    memimpin negara

  • 8/15/2019 70 dalil Pak Lah hilang kelayakan memimpin negara

    6/80

    70 Dalil Pak Lah hilang kelayakan memimpin

    negara telah ditulis oleh seorang Ahli Umno dari

    negeri Kedah. Walaupun Menteri Besar Kedah Mahdzir

    Khalid berpura-pura menyokong Pak Lah atas alasan

    menjaga periuk nasi beriani beliau, maklumbalas

    daripada akar umbi di Kedah amat berputus asa dan

    menyesali kepimpinan Pak Lah sebagai presiden parti

    dan Perdana Menteri.

    70 Dalil ini adalah rakaman sedikit sahaja daripada

    rintihan ahli Umno bukan sahaja di negeri Kedah

    tetapi di seluruh negara. 70 Dalil ini akan disiarkan

    dalam sepuluh bahagian. Ini adalah Bahagian 1.

    Penulis amat berterima kasih kepada laman web

    Malaysia Today yang sudi menyiarkan 70 Dalil ini

    untuk fahaman umum.

    1Dato Seri Abdullah Badawi atau Pak Lah adalah

    seorang individu yang tidak minat membaca.Kerana itu pengetahuannya mengenai sebarang isu

    sangat terhad. Pak Lah juga menghadapi masalah

    selalu terlena sewaktu mesyuarat dan majlis.

    Mengikut blogger Sang Kelembai, Pak Lah pernah

    terlena sewaktu menghadiri perasmian Tilawah Al

    Quran bersama DYMM Yang Di Pertuan Agong.

    ms

  • 8/15/2019 70 dalil Pak Lah hilang kelayakan memimpin negara

    7/80

    2Apabila pengetahuannya terhad makaasas pertimbangannya tidak konsisten danmengakibatkan kelemahan dalam memutuskan perkara

    penting dan kritikal. Masalah peribadi Perdana Menteri

    yang selalu terlena atau tidur sewaktu menjalankan

    tugas bukan sahaja menjejaskan kesejahteraan negara

    tetapi juga memaksa para Menteri cari jalan pintas

    untuk mendapat perhatian Perdana Menteri. Maka

    wujudlah taktik getting the PMs signature on his wayout iaitu meminta Perdana Menteri menandatangani

    sesuatu dokumen bila beliau sedang berangkat keluar

    dari mesyuarat. Pak Lah sanggup menandatangani

    dokumen tanpa membacanya dengan teliti. Contohnya

    beliau boleh menandatangani dokumen menyokong

    syarikat keluarga sendiri mendapat kontrak Oil For

    Food tanpa disedarinya. Beliau kemudian boleh

    mengaku tanpa sebarang segan silu bahawa saya

    pernah menandatangani banyak surat sokongan.

    3Disebabkan kelemahan tidak tahu-menahu apa

    pun, beliau terpaksa bergantung kepada nasihat

    orang yang beliau senangi iaitu ahli keluarga dan

    kenalannya. Di sinilah timbul peranan anak, menantu

    dan beberapa orang lain. Masalahnya mereka ini

    semua tidak selalunya mementingkan kebaikan negara

    Malaysia, orang Melayu atau parti Umno.

    ms

  • 8/15/2019 70 dalil Pak Lah hilang kelayakan memimpin negara

    8/80

    4Kelemahan ini menyebabkan beliau mudahterpengaruh dengan ahli keluarga dan penasihatyang terdekat itu. Urusan negara dan urusan Kerajaan

    sudah bertukar menjadi urusan keluarga.

    5Selain daripada penasihat tidak rasmi daripadakalangan ahli keluarga dan sahabat tertentuPak Lah sebagai Perdana Menteri tidak melantik

    Penasihat Rasmi di Jabatan Perdana Menteri atau diKementerian Kewangan. Kecuali Penasihat Agama

    yang telah mencetuskan idea Islam Hadhari yang

    tidak bermakna itu, Pak Lah tidak melantik sebarang

    Penasihat Ekonomi, Penasihat Sains, Penasihat

    Kewangan atau Penasihat lain yang boleh memberi

    nasihat secara rasmi kepada Perdana Menteri untukmembantu beliau menimbang keputusan penting.

    6Peranan Penasihat Rasmi pernah menjadicheck and balance di mana Penasihat Rasmi bertanggungjawab menyemak dan mengesahkan

    semua maklumat dan pendapat untuk memastikan

    sama ada sesuatu keputusan itu selaras dengan dasar

    Kerajaan atau tidak - sebelum memberi nasihat secara

    bertulis kepada Perdana Menteri.

    7Sebaliknya penasihat tidak rasmi seperti anak,

    menantu dan sahabat tertentu tidak terikat dengan

    ms

  • 8/15/2019 70 dalil Pak Lah hilang kelayakan memimpin negara

    9/80

    sebarang pertanggungjawaban atau accountability

    seperti ini. Tanpa memegang jawatan rasmi mereka

    boleh memberi nasihat tanpa mengambilkira kesannya.

    Kerjaya dan jawatan mereka tidak terjejas kerana

    mereka bukannya penasihat rasmi kepada Perdana

    Menteri. Hasilnya nasihat mereka tidak teratur dan

    sering tidak mengambilkira kepentingan negara.

    Sebaliknya nasihat mereka lebih mengambilkira

    kepentingan keluarga Perdana Menteri dan kroninya.Inilah antara sebabnya Perdana Menteri membuat

    keputusan yang tidak tegas, kontroversi dan boleh

    berubah-ubah.

    8Maka apabila terjadi keputusan kontroversi beliau

    sering berkata, Saya tidak tahu, Saya tidak pastiatau Saya tidak sedar dan alasan lain. Sebabnya ialah

    keputusan itu memang bukan hasil pemikiran beliau

    tetapi adalah nasihat daripada penasihat tidak rasmi

    yang tidak mempunyai tanggungjawab atau official

    responsibility.

    9Dalam banyak hal pula orang yang menasihatkanbeliau itu mempunyai kepentingan sendiri pula. Inisering menimbulkan implikasi yang tidak baik yang

    mengundang kontroversi. Ini juga mengakibatkan

    Poor ability of judgement bagi Pak Lah membuat

    sebarang keputusan.

    ms

  • 8/15/2019 70 dalil Pak Lah hilang kelayakan memimpin negara

    10/80

    10Poor ability of judgement ini jugamenyebabkan beliau tidak dapat menentukanhaluan atau specific direction dalam mentadbir

    Kerajaan dan kurang wawasan untuk menentukan

    dasar yang terbaik bagi negara.

    Jentera Kerajaan hilang kawalan

    11Pak Lak sendiri telah membuat kenyataan bahawa jika ada perkara penting yang perlu

    keputusan segera, mana-mana Kementerian boleh terus

    mengambil keputusan sendiri tanpa perlu membawa

    kepada Mesyuarat Jemaah Menteri. Ini bermakna

    beliau sebagai Perdana Menteri tidak lagi mengawal

    atau ada kawalan ke atas kementerian-kementerian.Keputusan sesuatu kementerian itu boleh mengikut

    budi bicara menterinya sahaja tanpa diketahui oleh

    Jemaah Menteri ataupun Perdana Menteri.

    12Ini bermakna check and balance dalam sistem

    pentadbiran Kementerian Kerajaan terhakis.

    Apabila keputusan itu menimbulkan kontroversi dan

    masalah kepada negara, beliau hanya dapat menjawab:

    Saya tidak sedar, Saya tidak tahu, Saya tidak

    pasti dan lain-lain lagi. Walaupun Perdana Menteri

    - beliau tidak ada sistem kawalan Hands on ke atas

    jentera pentadbiran Kerajaan.

    ms 10

  • 8/15/2019 70 dalil Pak Lah hilang kelayakan memimpin negara

    11/80

    13Para Menteri pula rasa amat senang sebab tidakada ketetapan arah atau halatuju yang tertentuuntuk mencapai sesuatu matlamat mengikut dasar

    yang terpilih. Menteri berasa cukup bebas membuat

    keputusan dan mereka menganggap Pak Lah memang

    terbuka dan telus kerana mereka senang dengan

    cara non interference atau tidak masuk campur

    oleh Perdana Menteri itu. Mereka seronok sebab

    boleh buat apa saja keputusan tanpa merujuk kepadaPerdana Menteri.

    14Jika mereka rujuk kepada Perdana Menteri pun, Pak Lah tidak akan memberi keputusanyang jelas. Pak Lah yang tidak suka membaca akan

    hanya serahkan kepada budi bicara mereka sendiri.

    15Akibatnya sudah ada Menteri yang beranimembuat keputusan sendiri tanpa mendapatkeputusan Jemaah Menteri terlebih dahulu. Keputusan

    itu kemudian menimbulkan berbagai kontroversi serta

    implikasi kepada negara.

    Contohnya:

    (i) Ada Kementerian yang mengambil keputusan

    sendiri memberi AP yang banyak kepada dua orang

    individu hingga menjejaskan pasaran Kereta Nasional.

    ms 11

  • 8/15/2019 70 dalil Pak Lah hilang kelayakan memimpin negara

    12/80

    Dua individu ini telah menjadi kaya-raya hasil jualan

    AP dan bukan hasil jualan kereta. Salah seorang

    individu itu adalah saudara kepada menantu Pak

    Lah. Tindakan ini bercanggah dengan dasar Kerajaan

    mengenai AP. Apabila pengeluaran AP yang terlalu

    banyak menjadi kontroversi, Pak Lah lepas tangan

    dan minta Menteri sahaja menjawab.

    (ii) ECM Libra menguruskan penjualan sahamkumpulan Hospital Pantai kepada syarikat Singapura.

    Penjualan ini menimbulkan kontroversi kerana

    penjualan itu seharusnya mendapat kelulusan Kerajaan

    dahulu. Bagaimana penjualan ini boleh berlaku hingga

    syarikat asing dapat menguasai Hospital Pantai? Ini

    bermakna tanpa kawalan, Kementerian berkenaantelah dengan sewenang-wenangnya meluluskan

    penjualan tersebut tanpa merujuk kepada Perdana

    Menteri atau menepati dasar Kerajaan. Apabila terjadi

    kontroversi lagi barulah Pak Lah hendak siasat.

    Dan apakah cara penyelesaianya?

    Pak Lah selesaikan isu ini dengan mengarahkan

    Khazanah Nasional Berhad menggunakan wang

    rakyat sekali lagi untuk membeli balik saham

    Hospital Pantai daripada syarikat Singapura itu.

    Sekali dengar, tindakan Pak Lah itu memanglah baik

    ms 12

  • 8/15/2019 70 dalil Pak Lah hilang kelayakan memimpin negara

    13/80

    tetapi keputusan itu sebenarnya terpaksa dibayar

    dengan wang rakyat yang berlebihan. Sehingga hari

    ini Pak Lah tidak mahu umumkan berapa banyakkah

    wang rakyat yang digunakan untuk membeli balik

    saham Hospital Pantai daripada syarikat Singapura.

    Anggarannya adalah disekitar RM100 juta.

    Rakyat rugi dua kali apabila banyak wang rakyat

    terpaksa digunakan untuk menebus kembali

    kesilapan awal. Kita terpaksa membayar dengan

    harga yang tinggi dari wang rakyat untuk menutup

    kesilapan sistem pentadbiran Pak Lah yang begitu

    lemah. Kerugian wang rakyat seperti ini boleh dielak

    dengan mudah jika terlebih awal lagi diteliti sebelumkesilapan boleh berlaku.

    GLC pun tidak terkawal dan rugi besar

    16Setelah mengikut nasihat orang tertentu,

    Pak Lah buat keputusan gugurkan wakil-

    wakil Agensi Kerajaan seperti wakil Kementerian,

    wakil EPU dan wakil Perbendaharaan daripada Ahli

    Lembaga Pengarah syarikat milik Kerajaan atau

    GLC. Tempat mereka telah digantikan dengan orang

    dari sektor korporat. Apakah tujuannya?

    ms 13

  • 8/15/2019 70 dalil Pak Lah hilang kelayakan memimpin negara

    14/80

    17Akibatnya Lembaga Pengarah GLC bebasmembuat keputusan tanpa input daripada AhliLembaga Pengarah yang mewakili Agensi Kerajaan.

    Juga sebarang keputusan GLC itu tidak perlu

    dimaklumkan kepada Kerajaan melainkan kepada

    Menteri Kewangan 2 sahaja. Pak Lah hilang kawalan

    ke atas GLC dan juga Kerajaan tidak tahu-menahu

    keputusan yang dibuat oleh GLC. GLC sekarang

    sudah jadi taman mainan peribadi Menteri Kewangan2 sahaja. Menteri Kewangan Pertama pula (iaitu Pak

    Lah) tidak mahu ambil tahu.

    Buktinya: Setiausaha Parlimen Kementerian

    Kewangan telah memaklumkan di Dewan Rakyat

    pada 3hb Julai 2006 yang mengesahkan bahawapihak GLC beroperasi tanpa kawalan pihak tertinggi

    Kerajaan. Jika ada cadangan dari pihak Kerajaan,

    Lembaga Pengarah GLC berkuasa menentukan sama

    ada untuk menerima atau menolaknya.

    18Apakah muslihat menggugurkan wakil Agensi

    Kerajaan tersebut? Apakah keputusan ini

    boleh membaiki lagi pengurusan GLC ataupun ianya

    boleh memudahkan kerja manipulasi pengurusan

    GLC? Sebabnya ialah nawaitu penasihat tidak

    rasmi yang sangat berpengaruh mempunyai agenda

    tersendiri. Kita perlu fikir masak-masak. Wang yang

    ms 14

  • 8/15/2019 70 dalil Pak Lah hilang kelayakan memimpin negara

    15/80

    digunakan oleh GLC adalah wang Kerajaan dan wang

    rakyat. Tetapi cara mana GLC belanjakan wang itu,

    pihak Kerajaan tidak ada kuasa untuk mengawal atau

    meneliti terlebih dahulu. Justeru itu, semua risiko

    ditanggung oleh Kerajaan dan rakyat. Jika GLC rugi,

    penasihat tidak rasmi dan pengurus yang bergaji

    lumayan akan terlepas dari sebarang tanggungjawab.

    Kerajaan dan rakyat pula yang akan tanggung risiko

    dan kerugian.

    TNB rugi RM200 juta Kementerian diam saja

    Contoh (i) Mengikut laporan Bernama (24/10/06)

    apabila TNB mengalami kerugian RM200 juta di

    Kalimantan, Indonesia baru-baru ini, Ketua PegawaiEksekutifnya Dato Che Khalib Che Noh berkata

    bahawa kerugian RM200 juta itu tidak menjadi

    masalah kerana pendapatan TNB melebihi RM20

    bilion setahun. Kerugian itu sebenarnya akibat

    daripada kecuaian TNB menjalin kontrak. Tetapi bagi

    TNB kehilangan RM200 juta wang rakyat seolah-

    olah small change atau duit pecah yang tidak perlu

    dikhuatirkan! Rakyat kerugian wang tetapi pengurusan

    TNB terlepas dari sebarang pertanggungjawaban.

    Menteri Kewangan 2 dan Menteri Tenaga langsung

    tidak membuat teguran atau memberi katadua untuk

    meyakinkan rakyat bahawa kecuaian seperti ini tidak

    ms 1

  • 8/15/2019 70 dalil Pak Lah hilang kelayakan memimpin negara

    16/80

    akan berulang lagi. Mereka hanya buat tidak tahu.

    Contoh (ii) Khazanah Nasional Bhd membuat

    keputusan membeli Lippo Bank di Indonesia, membeli

    Appolo Hospital di India dan membeli sebuah

    Syarikat Talipon Selular di Singapura. Siapakah yang

    membuat kajian sebelum membelinya? Pelaburan ini

    tidak ada input dari EPU atau dari Perbendaharaan.

    Kalau Kerajaan sudah kehabisan wang, apakahsebabnya Khazanah Nasional melabur begitu banyak

    wang rakyat di luar negara? Dan Kerajaan tidak

    dimaklumkan terlebih dahulu sebelum keputusan

    itu dibuat. Tanpa wakil Agensi Kerajaan dalam

    Lembaga Pengarah GLC, Agensi Kerajaan berkenaan

    tidak dapat membuat kajian dan melaporkan kepada

    Kerajaan untuk membuat keputusan. Tanpa wakil

    agensi Kerajaan dalam Lembaga Pengarah, GLC

    bebas membuat keputusan. Andainya berlaku

    kerugian besar dalam pelaburan itu, apakah Kerajaan

    dengan mudah boleh lepas tangan? Siapakah yangmengawal pengurusan kewangan Khazanah Nasional

    Bhd? Berapa jumlah wang yang telah dibawa ke luar

    negara untuk tujuan melabur ini? Berapakah jumlah

    keuntungan atau kerugian daripada aktiviti pelaburan

    di luar negara itu? Tanpa kawalan teliti apapun boleh

    berlaku.

    ms 1

  • 8/15/2019 70 dalil Pak Lah hilang kelayakan memimpin negara

    17/80

    Warga Singapura pegang berpuluh bilion wang Rakyat

    Contoh (iii) Khazanah Nasional Bhd telah melantik

    seorang warganegara Singapura sebagai Director

    of Investment (Pengarah Pelaburan) dalam

    Khazanah Nasional. Kenapa pula warga Singapura?

    Bagaimanakah kita hendak check and balance ke

    atas seorang Pengurus yang diberi tanggungjawab

    besar menjaga berpuluh bilion Ringgit wang rakyat

    jika Pengurus itu bukan warganegara Malaysia pun?

    Tidak adakah rakyat Malaysia untuk memegang

    jawatan yang sangat penting itu di Khazanah?

    Agaknya itulah sebabnya Khazanah Nasional

    membuat keputusan jual saham Telekom Malaysiadan jual saham Proton kepada Temasek Holding

    Singapura melalui ECM Libra sebagai orang tengah.

    Adakah penjualan saham tersebut telah dimaklumkan

    kepada Kerajaan terlebih dahulu? Berapa banyakkah

    keuntungan komisen yang telah diraih oleh orang

    tengah ECM Libra di mana menantu Perdana Menteriadalah pemegang sahamnya?

    19Sebelum tahun 2004, Proton telah untung dandapat kumpulkan kelebihan tunai berjumlahRM 4 bilion. Belanja membina Proton City di Tanjung

    Malim sebanyak RM 1.8 bilion boleh dibuat tanpa

    ms 1

  • 8/15/2019 70 dalil Pak Lah hilang kelayakan memimpin negara

    18/80

    pinjaman dan bantuan dari Kerajaan. Tetapi tanpa wakil

    agensi Kerajaan dalam Lembaga Pengarahnya, Proton

    mengambil keputusan tamatkan perkhidmatan CEOnya

    yang telah berjaya membawa keuntungan besar kepada

    Proton. Sekarang Proton sudah mengalami kerugian

    RM50 juta. Kemudian, Proton membuat keputusan

    menjual saham kepada Temasek Holdings Singapura.

    Keputusan itu dibuat sesudah CEO itu ditamatkan

    perkhidmatannya.

    20Pak Lah pernah bercakap dalam PerhimpunanAgong Umno 2005 mengenai cita-citanyahendak membangunkan Melayu Perkasa atau The

    Towering Malays. Tetapi kita lihat sahaja ciri Melayu

    Perkasa yang jelas ada pada bekas CEO Proton itudibunuh dan dimusnahkan oleh Pak Lah sendiri. Dalam

    berita terkini sebuah syarikat kereta China, Nanjing

    Automotive akan menggunakan sehingga 100,000

    enjin kereta jenis 1,800cc, 2,000cc dan 2,200cc dengan

    menggunakan enjin hasil usahasama Petronas F1

    dan Sauber. Projek enjin Petronas Sauber ini adalah

    hasil kerja Jurutera Perkasa Melayu juga - yang telah

    dimulakan menerusi penglibatan Proton.

    Tetapi sekarang seorang warganegara Singapura pula

    dilantik menjadi Director of Investments Khazanah

    Nasional Bhd. Apa terjadi dengan Melayu Perkasa?

    ms 1

  • 8/15/2019 70 dalil Pak Lah hilang kelayakan memimpin negara

    19/80

    MV Agusta, Petronas Sauber, Lotus dan Teknoloji

    Pembuatan Kereta

    21Petronas F1 membeli syarikat Sauber,Proton membeli Lotus dan MV Agusta untukmendapatkan teknologi enjin kereta dan motosikal yang

    terbukti. Pelaburan Proton dalam Lotus dan pelaburan

    Petronas dalam Sauber telah menguntungkan negara.

    Lotus masih boleh bertahan di pasaran dunia dan juga memberi peluang jurutera Malaysia menerokai

    teknoloji kereta Eropah yang terkini. Petronas Sauber

    telah menghasilkan enjin kereta baru yang sekarang

    akan digunakan oleh syarikat Nanjing Automotive

    dari China pula. Tetapi dalam kes lembu punya susu

    sapi dapat nama Pak Lah seronok bergambar denganwakil syarikat kereta China itu yang akan membeli

    100,000 enjin daripada Petronas Sauber. Begitu

    juga Proton meneroka teknologi MV Agusta untuk

    meningkatkan lagi mutu pengeluaran enjin.

    Ini adalah pelaburan strategik yang memerlukan

    komitmen dan keberanian serta berpandangan jauh.

    Perancangan wawasan ini tidak dapat difahami oleh

    Pak Lah dan seterusnya oleh pengurusan baru Proton.

    Pak Lah tidak tahu apa pun mengenai pelaburan

    strategik. Kalau tidak ada peluang untuk mencuri

    idea orang lain, beliau sanggup bergambar mencabut

    ms 1

  • 8/15/2019 70 dalil Pak Lah hilang kelayakan memimpin negara

    20/80

    sayur kangkung. Maka keputusan dibuat untuk jual

    MV Agusta dengan harga 1 Euro sahaja.

    Apakah ada muslihat di sebalik penjualan MV Agusta

    dengan harga yang begitu murah? Apakah ECM Libra

    sekali lagi mempunyai peranan dalam penjualan MV

    Agusta sebagai orang tengah yang makan komisen

    tanpa ambil peduli harga jualannya?

    Sebabnya ialah penjualan MV Agusta tidak dibuat

    secara tender untuk mendapat harga yang mencerminkan

    nilai sebenar. Tetapi orang tengah tertentu daripada

    kalangan penasihat tidak rasmimeraih keuntungan

    kerana menjadi agen komisen untuk menjual saham

    MV Agusta. Harta negara dijual untuk menguntungkansahabat dan keluarga.

    AP di luar kawalan Pak Lah, penjual kereta

    bungkus

    22Kementerian Perdagangan Antarabangsa(MITI) masih mengeluarkan AP tanpa kawalan

    kepada dua individu tertentu sehingga pasaran

    kereta tempatan terjejas. Kemudian pengimpot kereta

    pula boleh Under declaration duti Kastam. Pak Lah

    pernah berkata perkara tersebut hendak dikaji semula

    oleh National Autimotive Policy atau NAP. Tetapi

    ms 20

  • 8/15/2019 70 dalil Pak Lah hilang kelayakan memimpin negara

    21/80

    NAP Pak Lah itu memberi implikasi buruk kepada

    semua pengedar kereta, semuanya bungkus. Persatuan

    Pengedar-pengedar Kereta telah kemukakan satu

    memorandum kepada Pak Lah. Beliau berjanji akan

    membaca memorandum tetapi sebaliknya beliau

    tertidur.

    23Kemudian Pak Lah tandatangani Free Trade

    Agreement (FTA) dengan Jepun. PasaranKereta Nasional akan terjejas lagi sebab Jepun boleh

    eksport kereta ke Malaysia tanpa cukai. Malaysia

    pula boleh eksport kangkung ke Jepun tanpa cukai.

    Tetapi berapa banyakkah kangkung yang kita boleh

    eksport ke Jepun untuk mengimbangkan nilai import

    sebiji kereta Toyota?

    24Persaingan daripada Jepun dan lambakankereta asing mengancam masa depan Proton.Pak Lah berjanji akan terus melindungi Proton. Itulah

    sahaja seruan yang mampu dibuat. Mulai tahun 2006Proton telah mula rugi RM 50 juta.

    Gaya pentadbiran YOYO atau FLIP FLOP

    25Dalam membuat keputusan pula Pak Lah

    mengamalkan gaya YOYO dan Flip Flop.

    ms 21

  • 8/15/2019 70 dalil Pak Lah hilang kelayakan memimpin negara

    22/80

    Contohnya:

    (i) Presiden MCA kemukakan memorandum minta

    peruntukan membina SRJKC baru di bawah RMK9.

    Khairy Jamaludin, Naib Ketua Pemuda Umno Malaysia

    terus berkata permohonan itu tidak harus dilayan. Pak

    Lah terus bersetuju dengan Naib Ketua Pemuda Umno

    itu. Kemudian Presiden MCA menjelaskan tuntutan

    itu selaras dengan Dasar Pendidikan Negara di mana pendidikan Sekolah Rendah China dan Tamil masih

    kekal. Dengan penjelasan Presiden MCA itu, Pak Lah

    pun berkata OK boleh. No problem. Permohonan

    lulus. Inilah sistem pentadbiran Flip Flop atau

    YOYO. Sebenarnya Pak Lah sendiri salah faham apa

    ertinya SRJKC itu.

    (ii) Apabila Wakil DAP menayangkan klip video

    di ruang legar Parlimen mengenai seorang wanita

    dalam lokap Polis disuruh buat ketuk ketampi, isu

    ini menjadi heboh apabila pihak media melaporkan

    kononnya wanita itu adalah warganegara China.

    Tanpa usul periksa Pak Lah terus arah seorang

    Menteri pergi ke China untuk minta maaf. Pak Lah

    juga terus mencadangkan ditubuhkan satu jawatan

    kuasa penyiasat untuk memantau salahlaku anggota

    Polis. Selepas siasatan dibuat, terbukti bahawa wanita

    itu sebenarnya adalah Melayu dan bukan warganegara

    ms 22

  • 8/15/2019 70 dalil Pak Lah hilang kelayakan memimpin negara

    23/80

    China. Walau bagaimanapun Menteri berkenaan

    sudah pergi ke China atas arahan Pak Lah. Kemudian

    suruhanjaya yang ditubuhkan untuk siasat Polis pula

    dibantah oleh semua peringkat pegawai PDRM. Inilah

    sistem pentadbiran cara YOYO.

    (iii) Rang Undang Undang Keluarga Islam Wilayah

    Persekutuan (Bill 2005) dipersetujui oleh Jemaah

    Menteri yang dipengerusikan oleh Pak Lah supayadibentangkan dalam Parlimen. Banyak pihak

    membuat bantahan terutama sekali kaum wanita

    termasuk Wakil Rakyat Wanita Penyokong Kerajaan

    mengenai diskriminasi ke atas kaum wanita jika Rang

    Undang Undang itu diluluskan. Pak Lah memberi

    arahan kepada semua wakil BN mesti sokong supayadiluluskan. Setelah undang-undang itu diluluskan

    Parlimen dan ditandatangani Yang DiPertuan Agong,

    Pak Lah mengarahkan supaya Undang-undang

    Keluarga Islam yang telah diluluskan itu tidak

    dilaksanakan dengan alasan hendak dikaji semula.

    Kalau tidak mahu dilaksanakan kenapa Pak Lah

    lanyak saja, memberi arahan semua wakil BN mesti

    sokong Rang Undang-undang itu?

    (iv Pak Lah tidak sedar Perdana Menteri tidak ada

    kuasa untuk melarang mana-mana undang undang

    yang telah diluluskan oleh Parlimen supaya tidak

    ms 23

  • 8/15/2019 70 dalil Pak Lah hilang kelayakan memimpin negara

    24/80

    dilaksanakan. Ini adalah kerana kedudukan Parlimen

    adalah lebih tinggi dari Jemaah Menteri dan juga

    Perdana Menteri. Tetapi Pak Lah tak tahu.

    Ya boleh, tak boleh, memang boleh, kita akan buat,

    kita tak boleh buat....

    (v) Sebelum Pak Lah buat keputusan pada 12 April

    2006 membatalkan Projek Jambatan di Tebrau bagimenggantikan Tambak Johor yang sudah pun bermula

    itu, Pak Lah terlebih dahulu membuat kenyataan

    pada 10 Februari 2006 selepas merasmikan Memorial

    Tun Hussein Onn, di Jalan Dato Onn Kuala Lumpur

    seperti berikut:

    Pendirian kita mengenai Tambak Johor ialah kita

    hendak jambatan baru sama ada bengkok, lurus atau

    herot.

    Kemudian kenyataan pada 3 Mac 2006 seperti

    berikut:

    Pembinaan jambatan separuh bagi menggantikan

    Tambak Johor tidak akan menimbulkan sebarang

    masalah walaupun Singapura mendakwa ia boleh

    mendatangkan implikasi yang serius. Sebaliknya

    pembinaan jambatan separuh itu akan menjadikan

    ms 24

  • 8/15/2019 70 dalil Pak Lah hilang kelayakan memimpin negara

    25/80

    perhubungan Malaysia-Singapura lebih baik.

    Demikian kata YAB Datuk Seri Abdullah Ahmad

    Badawi selepas kempen Buku Hijau Peringkat

    Kebangsaan di Taman Seri Nanding, Hulu Langat,

    Selangor ketika mengulas kenyataan yang dibuat

    oleh Menteri Luar Singapura George Yeo di Parlimen

    Singapura pada 2 Mac 2006.

    Kedua-dua kenyataan Pak Lah ini cukup tegas.

    Rakyat juga tidak pernah membantah terhadap projek

    Jambatan Johor yang sudahpun mula dilaksanakan

    itu. Malah rakyat cukup sedar bahawa pembinaan

    Jambatan itu akan membawa faedah yang besar

    kepada negeri Johor khasnya dan Malaysia amnya.

    Tetapi 22 hari selepas kenyataan yang tegas pada 3

    Mac 2006 itu, Pak Lah telah buat kenyataan yang

    memeranjatkan semua rakyat pada 12 April 2006

    seperti berikut:

    Kerajaan Malaysia telah memutuskan untuk tidak

    meneruskan pembinaan jambatan bagi menggantikan

    Tambak Johor. Keputusan ini dibuat setelah

    mengambilkira suara dan sentimen rakyat Malaysia

    keseluruhannya terutama sekali berkenaan bekalan

    pasir dan ruang udara. Kerajaan juga membuat

    ms 2

  • 8/15/2019 70 dalil Pak Lah hilang kelayakan memimpin negara

    26/80

    keputusan untuk memberhentikan semua rundingan

    bersabit jambatan tersebut.

    Putrajaya 12 April 2006

    Pada hari yang sama juga Pak Lah telah buat satu lagi

    kenyataan iaitu:

    Malaysia tidak meneruskan pembinaan jambatan bagi

    menggantikan Tambak Johor kerana implikasi dan

    komplikasi undang undang yang akan berbangkit kelak

    dan kalau kita teruskan juga, ia akan menjadi projek

    yang tidak disenangi rakyat dan selama-lamanya jadi

    projek yang dipertikaikan malah kita buat keputusan,

    ia keputusan politik. Kita tidak boleh mengenepikan

    perasaan rakyat kerana kita dipilih oleh rakyat untuk

    rakyat.

    Pengumuman Pak Lah membatalkan projek jambatan

    bengkok pada 12 April 2006 itu bercanggah dengan

    pendiriannya pada 10 Februari dan 3 Mac 2006, hanya

    22 hari sebelum itu.

    Keputusan Pak Lah membatalkan projek jambatan itu

    kemudian mengundang berbagai kontroversi terutama

    sekali apabila ditegur oleh Tun Dr Mahathir Mohamad

    hingga mencetuskan perbalahan yang berpanjangan

    hingga sekarang ini.

    ms 2

  • 8/15/2019 70 dalil Pak Lah hilang kelayakan memimpin negara

    27/80

    Kata Pak Lah, pembatalan jambatan itu adalah untuk

    mengelak implikasi dan komplikasi undang-undang

    yang boleh timbul. Tetapi sebaliknya pembatalan

    jambatan itu kini menimbulkan implikasi kewangandan komplikasi yang lain pula.

    Pak Lah kata pembatalan projek itu boleh menjimatkan

    kos. Ini tidak benar. Kita perlu ambilkira fakta

    berikut:

    (a) Bayaran ganti rugi kepada Syarikat Gerbang

    Perdana.

    (b) Tuntutan Kerajaan Negeri Johor ke atas kawasan

    tanah yang telah diberi percuma dengan cara pertukaran

    atau swap dengan kawasan Tambak Johor, tetapi

    apabila projek itu dibatalkan Kerajaan Negeri Johor

    menuntut balik kawasan tanah atau ganti rugi bagi

    projek yang tidak jadi itu.

    (c) Oleh kerana jambatan sudah batal, maka perlu pula

    membina jejambat baru untuk menghubungi pusat CIQ

    yang telah siap dibina dengan Tambak Jahor (jejambat

    ini tidak perlu jika projek jambatan tidak dibatalkan).

    Ini memakan kos yang lebih tinggi.

    Tiga perkara ini akan melibatkan kos yang berlipat

    ganda lebih tinggi dari kos membina jambatan yang

    terbatal.

    ms 2

  • 8/15/2019 70 dalil Pak Lah hilang kelayakan memimpin negara

    28/80

    26Jejambat baru untuk menghubungi Pusat CIQdengan Tambak Johor perlu dibina merentasikawasan pembangunan yang padat. Oleh yang

    demikian, jejambat baru itu melibatkan bayaran ganti

    rugi yang sangat tinggi kepada penduduk dan tuan

    tanah. Laluan jejambat baru itu pula terpaksa dibina

    tinggi dan sangat curam sehingga tidak dapat diguna

    oleh kenderaan berat seperti lori. Maka beberapa

    perubahan struktur perlu, untuk merendahkanketinggian jejambat termasuk pengambilalihan

    kawasan pembangunan padat di bawah laluan

    jejambat secara paksa melalui proses Land

    Acquisition dan menempatkan semula mereka yang

    menduduki kawasan yang terlibat. Kemudian semua

    jenis bangunan di kawasan itu perlu dirobohkan.Ini melibatkan kos yang lebih tinggi dari kos projek

    Jambatan Gerbang Perdana yang dibatalkan itu.

    Sultan Johor membongkar putar-belit Pak Lah

    27Inilah kerugian yang terjadi ekoran dari

    pembatalan Projek Jambatan itu termasuk

    komplikasi cara mana hendak membina jejambat

    baru bagi menghubungi pusat CIQ dengan Tambak

    Johor. Pak Lah berpura-pura tidak sedar akan semua

    kerugian ini. Pada hari Sabtu, 4hb November 2006,

    sewaktu merasmikan South Johor Economic Corridor

    ms 2

  • 8/15/2019 70 dalil Pak Lah hilang kelayakan memimpin negara

    29/80

    (SJEC), DYMM Sultan Johor telah mengejutkan

    Pak Lah (orang lain tidak terkejut sedikit pun)

    apabila Baginda bertitah bahawa Tambak Johor

    harus dirobohkan untuk membuka semula Selat

    Tebrau untuk membiarkan airnya berlalu. Baginda

    bertitah bahawa pembinaan Tambak Johor hampir

    seratus tahun dahulu oleh Mat Salleh adalah untuk

    menguntungkan Pelabuhan Keppel di Singapura dan

    merugikan Johor. Demikianlah titah Sultan Johorsendiri. Tetapi Pak Lah pula berkata semua orang

    Johor tidak mahu jambatan baru dibina!

    28Implikasi ini tidak termasuk kesan positif jangka panjang ke atas prospek PelabuhanPasir Gudang dan Tanjung Pelepas serta prospekkeadaan persekitaran Bandaraya Johor Bharu dan

    lain-lain, jika Tambak Johor dapat diroboh dan laluan

    Selat Tebrau dibuka semula.

    29Flip flop Pak Lah juga telah merugikan

    Malaysia sebab isu lain dengan Singapura

    yang belum lagi selesai dihentikan dan tidak akan

    dirundingkan lagi.

    30

    Sebaik sahaja Pak Lah batalkan projek Jambatan

    Gerbang Perdana Johor itu, pihak YTL terus

    kemukakan cadangan membina sistem keretapi laju

    ms 2

  • 8/15/2019 70 dalil Pak Lah hilang kelayakan memimpin negara

    30/80

    dari Kuala Lumpur ke Singapura yang akan melalui

    Tambak Johor. Keretapi laju hingga ke Singapura

    akan menguntungkan Lapangan Terbang Singapura

    berbanding KLIA di Sepang. Para penumpang dari

    Malaysia boleh menggunakan kemudahan keretapi

    laju ke Singapura untuk penerbangan ke mana-mana

    destinasi disebabkan buat masa ini penerbangan ke

    destinasi dunia lebih banyak terdapat di Singapura

    berbanding KLIA. Projek keretapi laju cadangan YTLitu akan mengancam prospek KLIA di Sepang.

    EPU: Tiang Seri Jabatan Perdana

    Menteri diabaikan

    31Sebelum Pak Lah jadi PM, kajian bagisetiap cadangan projek penswastaan akan

    dibuat oleh EPU (Economic Planning Unit atau Unit

    Perancang Ekonomi) di Jabatan Perdana Menteri.

    Sebagai Tiang Seri Jabatan Perdana Menteri, EPU

    adalah Agensi Perancangan yang unggul yang

    mempunyai ramai pakar berwibawa termasuk dalam bidang ekonomi, kewangan dan sebagainya yang

    telah terbukti kebolehan mereka. Rekod prestasi EPU

    dalam merancang dan melaksanakan projek gergasi

    dengan sungguh berjaya tiada tandingnya. Projek

    lebuhraya, pembinaan sistem LRT, pembangunan

    pelabuhan, stesen janakuasa letrik swasta atau IPP, loji

    ms 30

  • 8/15/2019 70 dalil Pak Lah hilang kelayakan memimpin negara

    31/80

    pembersihan air, keretapi laju ERL ke KLIA, kawasan

    wilayah persekutuan (Federal Territories), kawasan

    Bebas Cukai atau Duty Free Zones, perancangan

    lapanganterbang, KLIA, MSC, Cyberjaya, Putrajaya,

    KHTP semuanya pernah ditangani oleh pakar-pakar

    EPU.

    Apakah sebabnya EPU di mana terdapat ramai pakar

    termasuk pakar Melayu Perkasa yang telah terbuktiberjaya dalam merancang pembangunan negara telah

    diketepikan oleh Pak Lah?

    Setelah Pak Lah jadi PM peranan EPU hampir padam.

    Pakar EPU sekarang tidak ada kerja dan EPU tidak

    diberi tugas yang bermakna. Habis siapakah penggantiEPU?

    Jawapannya terletak di Tingkat 4 Pejabat Perdana

    Menteri. Inilah the Fourth Floor yang sering disebut

    oleh Tun Dr Mahathir sebagai sangat berpengaruh di

    Pejabat Perdana Menteri. Perancangan dan keputusan

    projek sekarang terletak di Tingkat empat. Tingkat

    empat pula mempunyai pertalian rapat dengan

    syarikat perunding tertentu seperti Ethos Consulting

    (yang mempunyai hubungan rapat dengan Khairy

    Jamaluddin, Naib Ketua Pemuda Umno), Binafikir

    (syarikat kepunyaan Azman Mokhtar yang juga

    ms 31

  • 8/15/2019 70 dalil Pak Lah hilang kelayakan memimpin negara

    32/80

    menjadi Pengarah Urusan Khazanah Nasional Bhd)

    mempunyai peranan luar biasa dalam merancang

    nasib 25 juta penduduk Malaysia. Kedua-dua syarikat

    perunding ini mendapat kontrak lumayan untuk

    menyiapkan kajian projek tertentu. Oleh kerana

    mereka mempunyai inside information maka faham-

    faham sajalah.

    Sebagai contoh, seluruh konsep dan dasar NationalAutomotive Policy atau NAP yang sekarang ini sedang

    huru-harakan industri kereta Malaysia, bukan hasil

    kajian Kementerian Pengangkutan, Jemaah Kabinet

    atau sebarang Kementerian yang lain. Sebaliknya,

    keseluruhan National Automotive Policy atau

    NAP telah dirangka oleh Ethos Consulting. TetapiEthos pula subkan tugas ini kepada sebuah syarikat

    perunding British! (Kisah Ali Baba lagi).

    Siapakah Ethos Consulting? Ethos Consulting adalah

    perunding yang ditubuhkan oleh seorang pemuda

    China yang menjadi kawan karib Khairy Jamaluddin

    sewaktu belajar di Britain dulu. Nama Ethos pun

    sebenarnya diambil sempena Ethos Magazine

    yang menjadi majalah Persatuan Pelajar Malaysia di

    UK dan Ireland di mana Khairy Jamaluddin pernah

    menjadi Editornya.

    Jadi EPU terkubur. Jika Khairy Jamaluddin boleh

    ms 32

  • 8/15/2019 70 dalil Pak Lah hilang kelayakan memimpin negara

    33/80

    dianggap sebagai Perdana Menteri Malaysia yang

    sebenarnya, Ethos pula adalah timbalannya. Ethos

    jauh lebih berpengaruh daripada EPU. Pak Lah pula

    boleh slamba saja.

    Satu lagi contoh ialah cadangan keretapi laju YTL

    yang diputuskan oleh Pak Lah supaya dikaji oleh

    Khazanah Nasional Bhd. Apakah rasionalnya

    menyuruh Khazanah Nasional membuat kajianmengenai keretapi laju? Apakah Khazanah lebih

    berkemampuan daripada EPU yang pernah terlibat

    dalam perancangan keretapi laju ERL, sistem keretapi

    LRT, perancangan sistem LRT Putrajaya dan banyak

    lagi. Sudah tentu Khazanah pun akan subkan kajian

    ini kepada perunding tertentu. Sudah tentu segala

    maklumat penting dan rahsia inside information

    akan dilombong habis oleh perunding tersebut.

    32Begitu juga dengan projek Pembangunan

    Ekonomi Wilayah, Pak Lah telah umumkansemua jenis projek Pembangunan Ekonomi Wilayah

    Utara, Timur, Johor Selatan SJER, Sabah dan

    Sarawak akan dikaji oleh Khazanah dan bukan oleh

    EPU. Kenapa perubahan seperti ini? Apa muslihatnya

    mengenepikan EPU? Apakah di bawah pentadbiran

    Pak Lah peranan EPU sudah tidak ada lagi?

    ms 33

  • 8/15/2019 70 dalil Pak Lah hilang kelayakan memimpin negara

    34/80

    Rogues Gallery (Galeri Bangsat) Pak Lah

    33Pentadbiran Pak Lah juga memberi tempatkepada orang yang mempunyai track recordyang tidak baik ataupun yang pernah menyalahi

    undang undang. Mereka ini menjadi ahli Rogues

    Gallery Pak Lah. Contohnya ialah perlindungan

    yang diberi kepada Datuk Zakaria Deros di Klang,ADUN daripada Jasin di Melaka, yang terlibat dalam

    kes import kayu balak secara tutup sebelah mata

    dan ramai lagi. Begitu juga beberapa Menteri yang

    telah terlibat dalam aktiviti yang mencurigakan,

    juga diberi tempat oleh Pak Lah. Lebih mudah bagi

    Pak Lah mengawal orang seperti ini kerana merekasangat terhutang budi kepadanya. Bank Negara

    Malaysia pernah mengalami kerugian dalam urusan

    pasaran pertukaran wang asing berjumlah RM 17

    bilion. Nor Mohd Yakcop yang bertanggungjawab

    atas kerugian tersebut kini telah dilantik menjadi

    Menteri Kewangan Kedua oleh Pak Lah. Menteri

    ini juga sekarang mempunyai kuasa mutlak ke atas

    semua GLC dan semua projek penswastaan. Kerugian

    RM200 juta yang dialami oleh TNB di Indonesia,

    kerugian Proton, kerugian MAS dan banyak kerugian

    lagi adalah sewaktu Nor Mohd Yakcop menjadi

    Menteri Kewangan 2. Nor Mohd Yakcop diberi

    ms 34

  • 8/15/2019 70 dalil Pak Lah hilang kelayakan memimpin negara

    35/80

    jawatan Menteri Kewangan 2 kerana beliau mudah di

    control seperti juga Norwawi Effendi, Rafidah Aziz

    dan beberapa Menteri lain yang mempunyai sejarah

    hitam. Setiausaha Politiknya adalah Datuk Mohd

    Norza Zakaria sahabat karib Khairy Jamaluddin.

    Segala minit mesyuarat dan dokumen yang bakal

    dibaca oleh Nor Mohd Yakcop dibaca oleh Norza

    Zakaria dulu dan dilaporkan kepada Khairy. Pak Lah

    tidak perlu risau apa-apa. Kewangan negara beradadalam tangan ahli keluarganya juga.

    Kemasukan pengaruh Penasihat pro Singapura

    34The Straits Times Press atau STP, satu ketika

    dahulu telah dikuasai oleh Singapura. Denganusaha Tengku Razaleigh Hamzah, Malaysia telah

    dapat kuasai semula STP dan kemudian ditukar

    kepada The New Straits Times Press atau NSTP.

    Dengan perubahan kuasa itu NSTP telah berjaya

    melantik ramai warga Malaysia terutama sekali orang

    Melayu memegang jawatan penting.

    Tetapi Pak Lah telah mengubah kedudukan di NSTP.

    Pak Lah lantik Kalimullah Hassan yang pernah

    bertugas dengan Singapore Straits Times menggantikan

    tempat Dato Abdullah Ahmad untuk menerajui NSTP.

    Sejak itu, ramai rakyat Malaysia yang bertugas dengan

    ms 3

  • 8/15/2019 70 dalil Pak Lah hilang kelayakan memimpin negara

    36/80

    NSTP diganti dengan orang lain. Sekarang ini NSTP

    masih dikuasai oleh orang pro Singapura terutama

    sekali adalah Kalimullah sendiri. Dan Kalimullah

    menjadi penasihat terdekat yang sangat dipercayai

    oleh Pak Lah. Selepas Kalimullah dilantik menerajui

    NSTP, berita terkini yang berlaku di Kuala Lumpur

    sering dibocorkan kepada media Singapura terutama

    sekali kepada Straits Times Singapore. Satu contoh

    ialah pengumuman perlantikan Dato Najib Tun Razak

    sebagai Timbalan Perdana Menteri.

    Akhbar perdana Singapura telah menyiarkan berita itu

    sebelum sebarang pengumuman rasmi oleh Jabatan

    Perdana Menteri. Bagaimanakah ini boleh berlaku?

    Anehnya, akhbar NSTP sekarang mengalami

    kemerosotan yang begitu teruk dalam bilangan

    pembacanya berbanding dengan akhbar lain seperti The

    Star. Malahan akhbar nyamuk seperti The Sun yang

    diberi percuma kepada orangpun sudah mula bersaing

    hebat dengan NSTP. Kalimullah dan rakan gagal

    meningkatkan prestasi akhbar NSTP.

    Penasihat terdekat Pak Lah: Gabungan pro Singapura

    dan menantu

    ms 3

  • 8/15/2019 70 dalil Pak Lah hilang kelayakan memimpin negara

    37/80

    35Setelah menerajui NSTP Kalimullah diberi peluang menerajui ECM Libra. Kalimullahdan beberapa rakan Ahli Lembaga Pengarah ECM

    Libra bersetuju memberi pinjaman mudah sebanyak

    RM 9 juta kepada Khairy Jamaluddin, menantu

    Pak Lah untuk membeli saham ECM Libra bagi

    membolehkan Khairy dilantik menjadi Ahli Lembaga

    Pengarah ECM Libra. Tujuannya supaya ECM Libra

    mendapat berbagai kemudahan serta faedah dari

    Kerajaan melalui pengaruh Khairy. Dalam masa yang

    sama Kalimullah dan Khairy menjadi penasihat yang

    sangat berpengaruh kepada Pak Lah.

    Kemudahan pinjaman yang diberikan kepada Khairyitu merupakan satu bentuk rasuah kerana mereka

    mendapat banyak faedah jika Khairy dilantik sebagai

    Ahli Lembaga Pengarah ECM Libra.

    36Banyak business deal dengan Kerajaan

    terutama sekali Khazanah Nasional Bhd

    semuanya dibuat melalui ECM Libra. Urusan jual

    saham Agensi Kerajaan seperti EPF juga banyak

    disalurkan menerusi ECM Libra yang menghasilkan

    berjuta ringgit komisen bagi syarikat kepunyaan

    Kalimullah dan menantu Pak Lah itu.

    ms 3

  • 8/15/2019 70 dalil Pak Lah hilang kelayakan memimpin negara

    38/80

    37Permohonan ECM Libra untuk bergabungdengan syarikat milik Kerajaan iaitu AvenueCapital diluluskan dengan begitu mudah oleh Menteri

    Kewangan 2 dan Pak Lah. Apa yang berlaku ialah Pak

    Lak telah meluluskan permohonan kepada sebuah

    syarikat di mana menantunya menjadi pemegang

    saham dan Ahli Lembaga Pengarah.

    38Untuk mengelirukan rakyat yangmempersoalkan isu gabungan ECM Libra dan

    Avenue Capital itu, Khairy telah membuat kenyataan

    bahawa gabungan itu telah dibuat mengikut peraturan.

    Itu memang benar, sebabnya mana-mana permohonan

    yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan terbukti

    telah mengikut peraturan. Tetapi yang berkuasameluluskan permohonan itu ialah Menteri Kewangan.

    Yang menjadi Lembaga Pengarah syarikat yang

    memohon itu pula ialah menantu Menterinya sendiri.

    39Dalam wawancara dengan TV3 pada 7 Ogos

    2006 jam 8.30 malam, Pak Lah berkata, beliau

    tidak pernah beri sebarang kontrak kepada Khairy. Itu

    memanglah betul. Beliau memang tidak pernah bagi

    kontrak tetapi beliau bagi lain dari kontrak dan apa

    yang beliau bagi itu lebih besar dari kontrak. Kalau

    dapat kontrak sekejap sahaja, kerjapun siap. Tetapi

    kelulusan bergabung dengan Avenue Capital yang

    ms 3

  • 8/15/2019 70 dalil Pak Lah hilang kelayakan memimpin negara

    39/80

    diberikan ini boleh beroperasi sampai bila-bila.

    40Bila gabungan ECM Libra/Avenue Capital

    dipersoalkan oleh orang tiba-tiba Khairy

    umumkan beliau telah jual sahamnya dalam Avenue

    Capital hingga rugi RM 200 ribu. Kalau semuanya

    dibuat mengikut peraturan, kenapa terpaksa jual

    saham dan terpaksa menanggung rugi? Sebenarnya,

    beliau perlu jelaskan, saham yang dijual itu sahammiliknya sendiri atau miliknya menerusi ECM Libra?

    Khairy memegang saham ECM Libra, kemudian

    ECM Libra bergabung dengan Avenue Capital dan

    menguasai saham majoriti. Kalau beliau jual saham

    kepunyaan peribadinya dalam Avenue Capital tetapi

    pegangan sahamnya menerusi ECM Libra masihkekal, ini bermakna kepentingannya dalam Avenue

    Capital melalui ECM Libra masih kekal. Justeru

    itu, pengumuman kononnya penjualan sahamnya

    dalam Avenue Capital hanyalah satu helah untuk

    mengelirukan orang. Kepentingan beliau dalam

    Avenue Capital masih kekal.

    Urusan negara jadi family business

    41

    Dalam wawancara TV3 itu juga Pak Lah kata

    Syarikat Scomi tidak pernah dapat apa-apa

    kontrak dari Kerajaan. Jelas bahawa Perdana Menteri

    ms 3

  • 8/15/2019 70 dalil Pak Lah hilang kelayakan memimpin negara

    40/80

    Malaysia sanggup mengabui mata rakyat untuk

    menjaga kepentingan anak dan ahli keluarga sendiri.

    Pengakuan Pak Lah ini terbukti palsu dengan begitu

    mudah sekali kerana terdapat terlalu banyak fakta

    bahawa SCOMI dapat kontrak seperti berikut:

    i. Bina 400 buah badan bas untuk Syarikat Prasarana

    Negara Bhd milik Kerajaan RM 120 juta.

    ii. Kerja-kerja menyelenggara gerabak-gerabak

    keretapi milik KTMB selama 5 tahun RM 60 juta.

    iii. SCOMI beli 51% saham majoriti Syarikat

    MTRANS dari Kerajaan dengan harga murah RM 30

    juta saja. Pembelian ini menjadi persiapan awal untukmembolehkan SCOMI merebut kontrak monorel

    RMK9 bernilai RM 9 bilion untuk membekalkan

    peralatan monorel di Kuala Lumpur, Pulau Pinang

    dan Johor Bharu. Mana-mana syarikat yang mendapat

    konsesi Monorel itu sudah pasti akan terpaksa membeli

    gerabak dan peralatan monorel dari SCOMI. Syarikat

    konsesi untung atau rugi tidak menjadi masalah.

    SCOMI tetap untung besar sebagai pembekal gerabak

    monorel.

    iv. SCOMI Marine Services telah dapat kontrak dari

    TNB untuk membawa 500,000 tan arang batu dari

    ms 40

  • 8/15/2019 70 dalil Pak Lah hilang kelayakan memimpin negara

    41/80

    Australia, Indonesia dan Afrika Selatan mulai 1

    Oktober 2006.

    iv. SCOMI dapat kontrak dari Petronas Carigali

    (Turkmenistan) Sdn Bhd bernilai RM 57 juta

    setahun.

    Dalam perkembangan terkini Pak Lah tukar taktik

    sikit. Beliau sedar kesilapannya menafikan anaknyamendapat kontrak kerajaan. No problem. Sekarang

    Pak Lah kata tetapi anak orang lain pun dapat

    kontrak. Maksudnya kalau anak orang lain boleh

    telan duit kerajaan, kenapa anak saya tak boleh?

    Eloklah tu Pak Lah. Esok kalau anak orang lain terjun

    ke dalam sungai apakah anak kita pula kena terjun kedalam laut?

    Tetapi semua kontrak ini perlu kelulusan Kementerian

    Kewangan. Pak Lahlah Menteri Kewangan. Macamana

    Menteri Kewangan boleh naf dan kata Saya tidak

    tahu? Kemudian untuk membuktikan lagi ketelusan

    pentadbirannya, Pak Lah membuat kenyataan yang

    beliau akan siasat mengenai perkara ini. Tetapi Pelik

    bin Ganjil - Pak Lah minta laporan daripada SCOMI

    pula. Seperti yang boleh disangka SCOMI segera

    menyiapkan laporan yang membuktikan bahawa

    mereka dapat kontrak itu mengikut prosedur yang

    ms 41

  • 8/15/2019 70 dalil Pak Lah hilang kelayakan memimpin negara

    42/80

    betul. Soalannya di manakah hikmahnya menerima

    sebagai sah laporan daripada si tertuduh SCOMI

    syarikat kepunyaan anak sendiri untuk membuktikan

    ketidaksalahan sendiri? Kita perlukan penyiasatan

    dan laporan bebas dari pihak ketiga dengan cara telus

    dan terbuka. Tetapi Pak Lah menjawab kemusykilan

    rakyat dengan kemukakan laporan dari syarikat

    anaknya sahaja.

    Untuk tutup pekung SCOMI

    warga asing ditahan ISA

    42Satu lagi isu panas yang membabitkan SCOMI:Atas desakan FBI Amerika, 5 orang Jepundari Syarikat Mitutoyo termasuk presidennya telahditangkap pada Jun 2006 kerana membekalkan mesin

    membuat komponen senjata nuklear kepada SCOMI

    yang dieksport semula ke Libya. Perkara ini menjadi

    isu besar di Amerika. Seorang rakyat Sri Lanka

    bernama BSA Tahir pernah bekerja dengan SCOMI

    dan banyak tahu mengenai aktiviti syarikat ini. Untukmengelak daripada beliau memecahkan rahsia SCOMI,

    Hamba Allah ini dikenakan tahanan ISA sekarang

    sudah masuk pusingan kedua (sudah melebihi dua

    tahun) atas alasan pelik beliau boleh mengancam

    keselamatan negara. Waran melanjutkan tahanan

    BSA Tahir selama dua tahun lagi ditandatangani oleh

    ms 42

  • 8/15/2019 70 dalil Pak Lah hilang kelayakan memimpin negara

    43/80

    Pak Lah sebagai Menteri Dalam Negeri. Apakah

    warga asing yang bernama BSA Tahir ini benar-benar

    mengancam keselamatan negara Malaysia atau beliau

    sebenarnya mengancam keselamatan SCOMI dan

    keselamatan keluarga Abdullah Badawi pula?

    Sebagai warga asing beliau seharusnya dibuang negeri

    sahaja. Seorang warga asing tidak boleh mengancam

    keselamatan dalam negeri kalau beliau tidak beradadalam negeri kita lagi. Lagipun kilang SCOMI yang

    membuat komponen senjata nuklear itu sudah lama

    ditutup. Semua mesin pembuat komponen nuklear

    telahpun dilelong. Dan semua komponen yang dieksport

    ke Libya telahpun dirampas oleh FBI. Jadi di mana

    lagi ancaman BSA Tahir terhadap keselamatan dalamnegeri kita sehingga tahanan penjara beliau perlu

    dilanjutkan lagi? Tetapi sebenarnya Tahir simpan terlalu

    banyak rahsia mengenai penglibatan SCOMI, Syarikat

    Mitutoyo dan komponen nuklear yang dieksport ke

    Libya. Maka beliau dikenakan tahanan ISA. Tidakkah

    menganiaya Hamba Allah ini? Dan tidakkah beliau ini

    dizalimi oleh Kerajaan Islam Hadhari Abdullah Ahmad

    Badawi? Apakah semua ahli Umno sanggup menyokong

    perbuatan zalim dan berdosa ini? Tepuklah dada dan

    tanyalah iman. Jangan sampai BSA Tahir dijumpai mati

    dalam tahanan pula! Ikut kebiasaan sekarang, tahanan

    Polis kerap mati dalam lokap.

    ms 43

  • 8/15/2019 70 dalil Pak Lah hilang kelayakan memimpin negara

    44/80

    Pak Lah dan Skandal Oil For Food

    - Minyak Iraq masih melekat

    43 Nama Pak Lah telah terlibat dengan isuskandal OIL FOR FOOD Iraq sebanyak 50 juta tong minyak di mana beliau ada kepentingan

    dalam dua syarikat dari Malaysia, Tradeyear Sdn

    Bhd dan Mastek Sdn Bhd. milik iparnya Noor Asiah

    Mahmood. Maklumat terperinci mengenai skandal ini

    terdapat dalam laporan rasmi Kerajaan Amerika di

    bawah ini:

    (1) CHARLES DUELFER:- Comprehensive Report

    of the Special Adviser to the Director of CenralIntelligence on Iraqs Weapons of Mass Destruction,

    dated 30 September 2004.

    (2) Paul A. Volcker:- Independent Inquiry Committee

    into The United Nations Oil For Food Programme

    (Manipulation of the Oil For Food Programme by theIraq regime) dated 27 October 2005.

    44Oleh yang demikian di Washington D.C.,Pak Lah berjumpa dengan Presiden AmerikaGeorge Bush juga untuk mendapat ehsan Bush supaya

    menolak usaha beberapa Ahli Kongres Amerika yang

    ms 44

  • 8/15/2019 70 dalil Pak Lah hilang kelayakan memimpin negara

    45/80

    mahu memaklumkan kepada rakyat Amerika mengenai

    dua isu besar tersebut iaitu isu SCOMI dengan

    komponen senjata nuklear dan isu Oil For Food yang

    boleh memberi kesan yang serius kepada imej dan

    ketelusan Pak Lah sebagai Perdana Menteri Malaysia.

    Memang isu ini sekarang telah menjadi senyap di

    kalangan ahli Kongres Amerika Syarikat. Walaupun

    Amerika Syarikat sering mengkritik undang-undang

    ISA kita, mereka langsung tidak bertanya sedikitpunmengenai BSA Tahir.

    45Apakah habuan yang Pak Lah terpaksa bayarkepada Bush untuk membeli persetujuanBush? Lihatlah sendiri. Malaysia membenarkan kapal

    nuklear Amerika yang terlibat dalam pengebomannegara Islam di Timur Tengah berlabuh di Pelabuhan

    Malaysia. Untuk apa? Apakah tujuannya? Ini

    perlu kita fikirkan sebab ia melibatkan maruah dan

    kedaulatan negara. Pak Lah juga sangat cenderung

    menandatangani Free Trade Agreement atau FTA

    dengan Amerika. Rupanya Pak Lah sudi bersetuju

    dengan apa jua permintaan dari Bush nanti.

    ms 4

  • 8/15/2019 70 dalil Pak Lah hilang kelayakan memimpin negara

    46/80

    Syok betul Mat Badui dapat jumpa Bush

    46Pak Lah rasa seolah ianya satu penghormatan

    paling istimewa bagi dirinya bila dapat

    berjumpa Bush. Lebih-lebih lagi bila Bush puji

    beliau sebagai seorang pemimpin yang baik, mudah

    berunding, mudah bertolak ansur dan mudah bersetuju

    dengan segala kehendaknya. Pak Lah begitu seronok

    dan naik syok sendiri berjumpa dan dipuji oleh Bush,sampai Pak Lah sendiri mengaku bahawa beliau

    terlupa bertanya Bush mengenai nasib dua rakyat

    Malaysia yang ditahan secara haram oleh Bush di

    Penjara Teluk Guantanamo. Kesian betul al kisah dua

    orang Mat Guantanamo itu. Perdana Menteri mereka

    terlupa bertanyakan khabar mereka!

    Bush sebenarnya melihat Pak Lah sebagai pemimpin

    clown atau badut yang kerdil. Apakah buktinya?

    Pandangan rendah Bush terhadap Pak Lah jelas

    apabila Bush enggan melawat Pak Lah selepas

    mesyuarat APEC yang bakal berlangsung di Hanoi,

    Vietnam tidak lama lagi. Bush telah bersetuju singgah

    di Singapura dan Indonesia selepas bermesyuarat di

    Hanoi itu. Walaupun Pak Lah adalah Pengerusi OIC

    dan juga Pengerusi NAM (Non Aligned Movement)

    beliau tidak dihiraukan sedikitpun oleh Bush.

    Singapura hanya pulau kecil. Indonesia pula masih

    ms 4

  • 8/15/2019 70 dalil Pak Lah hilang kelayakan memimpin negara

    47/80

    berada dalam keadaan huru-hara tetapi Bush lebih

    menghormati mereka daripada Pak Lah. Rupanya

    pungguk terpaksa rindukan bulan lagi!

    Nasib malang negara kita

    47Inilah kepimpinan Pak Lah. Tanpa kualitikepimpinan dan tahap pengetahuan danwawasan yang amat terhad beliau jadi pemimpinyang tidak cukup kebijaksanaan atau not enough

    wisdom untuk memimpin negara Malaysia yang

    bermasyarakat dinamik. Pak Lah sebenarnya sangat

    sedar akan kelemahannya. Maka beliau terpaksa

    buat seperti penjual ubat kaki lima untuk menutup

    kelemahan dan menonjolkan diri. Maka tercetuslahberbagai slogan jual ubat seperti Kerja dengan saya,

    bukan kerja untuk saya, Cemerlang, Gemilang dan

    Terbilang, Melayu Perkasa atau The Towering

    Malays, Islam Hadhari dan lain-lain slogan yang

    tidak bermakna.

    Kami sokong! Entah apa pun

    kami sokong juga!

    48

    Beliau juga berusaha giat mencari penyokong

    yang sanggup mematuhi dan taatinya. Beliau

    terpaksa mengambil pendekatan membeli ketaatan

    ms 4

  • 8/15/2019 70 dalil Pak Lah hilang kelayakan memimpin negara

    48/80

    atau To Buy The Loyalty. Beliau utamakan orang

    yang bermasaalah untuk diberi kedudukan penting

    dalam Parti dan juga Kerajaan. (Sila lihat Rogues

    Gallery Bah. 4). Dengan cara ini, orang yang dilantik

    itu amat patuh dan taat kepadanya. Contohnya adalah

    Nazri Aziz yang dilantik menjadi Menteri Tutup

    Lampu dan Kipas di bangunan Parlimen satu jawatan

    yang tidak pernah wujud sebelum ini. Rafidah Aziz

    pula perlukan balutan plaster yang sangat besar untukmenutup pekung AP yang sangat besar. Menteri lain

    pula seperti Norwawi Effendi perlukan wang sebanyak

    RM50 juta untuk membayar alimony kepada bekas

    isteri.

    Jom kita tanam sawi pula!

    49Pada masa yang sama beliau memberi kataduakepada para Menteri dan para pemimpin Umnosupaya patuh kepada arahannya. Akibatnya tiada

    Menteri yang berani menegur atau mengkritik sebarang

    dasarnya. Contohnya apabila Pak Lah utamakan

    Pertanian dan Industri Asas Tani, semua pihak terima

    dasar itu bulat-bulat. Suara yang sering kita dengar

    ialah Kami sokong Pak Lah, Kami berdiri teguh di

    belakang Pak Lah. Tidak ada siapapun Ahli Parlimen

    Umno yang berani berhujah, mengkritik dan memberi

    pendapat akan cara yang terbaik untuk memajukan

    ms 4

  • 8/15/2019 70 dalil Pak Lah hilang kelayakan memimpin negara

    49/80

    Pertanian negara ini. Contohnya setakat ini langsung

    tidak ada peruntukan untuk membina Pusat Latihan

    Pertanian di bawah RMK9 untuk melatih para petani

    dalam bidang pertanian dan industri yang berkaitan.

    Tiada usaha memperkasakan organisasi Pertubuhan

    Peladang. Tidak ada cadangan untuk mengenalpasti

    jenis komodoti pilihan atau memajukan industri

    pertanian. Pak Lah sendiri hilang arah dan tidak

    ada fokus untuk mencapai matlamat dasar pertanian beliau. Setelah tiga tahun menjadi Perdana Menteri

    tidak ada sebarang hasil daripada dasar Pertanian

    Pak Lah. Akhirnya muka depan akhbar pengampu

    merakamkan gambar Pak Lah sedang memetik sayur

    kangkung. Pak Lah sudah jadi Perdana Menteri

    Kangkung. Pi mai pi mai tang tu juga. Petik kangkung.Apakah gambar berikutnya akan menunjukkan Pak

    Lah menanam sawi?

    50Oleh kerana Pak Lah seronok menerima pujian dan feel good, maka orang disekeliling beliau jarang memberi feedback yang

    berupa teguran atau kritikan terbuka. Tidak ada siapa

    yang berani menyampaikan perkara yang tidak enak

    didengar beliau. Justeru itu beliau tidak mendapat

    gambaran sebenar mengenai situasi semasa. Maka

    Pak Lah sentiasa berada dalam keadaan slumber atau

    complacent. Oleh demikian apabila beliau terdengar

    ms 4

  • 8/15/2019 70 dalil Pak Lah hilang kelayakan memimpin negara

    50/80

    kritikan atau teguran dari sesiapa pun, beliau mudah

    tersinggung, mudah rasa tercabar dan mudah melatah

    hingga menyebabkan beliau cepat menolak teguran

    dan sudi menghukum sesiapa sahaja yang berani

    menegur dan mengkritiknya.

    Tukang kalut dari Kedah

    51Sewaktu memberi ucapan untuk sabotaj TunDr Mahathir di mesyuarat bahagian Kubang

    Pasu, Menteri Besar Kedah Mahdzir Khalid telah

    menyebut dua cerita kalut orang Kedah.

    Cerita yang pertama melibatkan tiga orang sahabat

    yang bergegas ke stesen keretapi. Oleh kerana keretapi

    yang akan ke Kuala Lumpur itu masih menunggu -

    mereka telah pergi minum kopi dulu. Kemudian bila

    wisel bertiup baru mereka turun ke platfom. Tetapi

    keretapi sudah mula bergerak. Mereka pun hambat

    keretapi itu sepanjang platfom. Akhir sekali duadaripada tiga orang sahabat itu dapat juga melompat

    naik keretapi - sekali dengan beg. Tetapi sahabat

    ketiga yang tertinggal itu pula jatuh tergelak-gelak

    atas platfom. Apabila stesen master bertanya kenapa

    beliau begitu, dia jawab, Yang nak pi Kuala Lumpur

    saya depa dua tu mai hantak saja!

    ms 0

  • 8/15/2019 70 dalil Pak Lah hilang kelayakan memimpin negara

    51/80

    Cerita kalut kedua pula melibatkan seorang pakcik

    tua yang hendak ke Pulau Langkawi. Pakcik itu

    membawa beg dan buah tembikai dan menuju ke feri

    di Kuala Kedah. Setelah melepasi pengawal tiket

    pakcik itu melihat feri sudah tidak rapat lagi dengan

    jeti. Macam sahabat yang hambat keretapi tadi, pakcik

    itu pun berlari mengejar feri. Beliau juga membuat

    keputusan melompat ke atas feri. Akhir sekali pakcik

    itu mencapai juga ke atas feri tetapi pakcik itu terjatuh,buah tembikai pecah, begnya koyak dan juga luka di

    kaki. Kemudian budak bot itu datang bertanya Pakcik

    kenapa pakcik melompat? Bot ini baru sampai dari

    Langkawi. Kita bertolak lambat lagi.

    Cerita ini semua mungkin lucu tetapi cuma setakatsitu saja. Tujuan cerita kalut Mahdzir itu adalah

    untuk menakutkan ahli Umno Kubang Pasu bahawa

    mengundi Tun Dr Mahathir boleh jadi perkara kalut.

    Tetapi yang menjadi kalut ialah bahawa seorang

    Menteri Besar perlu kepada cerita yang tidak masuk

    akal untuk sabotaj seorang negarawan dan pemimpin

    terulung yang hanya berniat untuk menyelamatkan

    bangsa dan negaranya. Dr Mahathir tidak pernah

    kalut. Apabila pemimpin lebih pentingkan duit dan

    kedudukan sendiri dan tidak tahu memimpin negara

    sudah tentu anak buahnya akan melompat-lompat

    mengejar keretapi dan feri. Inilah yang berlaku dalam

    ms 1

  • 8/15/2019 70 dalil Pak Lah hilang kelayakan memimpin negara

    52/80

    barisan pimpinan Umno sekarang.

    Yang menjadi lebih kalut ialah duit RM200 yang

    dimasukkan ke dalam sampul untuk membeli undi

    orang kampong. Maruah perwakilan Kubang Pasu

    dan perjuangan parti Umno diletakkan harga RM200

    sahaja. Inilah kekalutan yang sebenarnya. Dan

    Mahdzir Khalid telah sudi menjadi tukang kalut dari

    Kedah.

    Cerita kalut Mahdzir Khalid dan Johari Baharom

    diarah menghadiri mesyuarat MT Umno.

    Dan yang terkini ialah pendedahan komplot Dolahgate

    oleh laman Malaysia Today (sila lihat THECORRIDORS OF POWER Dolahgate dan Operation

    Deep Throat) di mana Ketua Bahagian Umno Kubang

    Pasu, Johari Baharom, dan Menteri Besar Kedah,

    Mahdzir Khalid, telah diarah menghadiri mesyuarat

    Majlis Tertinggi Umno di mana mereka berdua telah

    diberi arahan haram untuk sabotaj pencalonan Tun

    Dr Mahathir di pilihan bahagian Umno Kubang

    Pasu. Kehadiran Johari Baharom dan Mahdzir Khalid

    di mesyuarat itu melanggar peraturan parti sebab

    mereka berdua bukan Ahli Majlis Tertinggi. Lagi

    pun memang salah dari segi syarat dan perlembagaan

    Umno bagi sesiapa pun ahli Umno berkomplot untuk

    ms 2

  • 8/15/2019 70 dalil Pak Lah hilang kelayakan memimpin negara

    53/80

    menjatuhkan seorang lagi ahli parti. Perbuatan ini

    juga salah dari segi undang-undang. Tetapi kita hidup

    dalam zaman Islam Hadhari.

    Dalam zaman Islam Hadhari - lebih kalut sesuatu

    perkara maka lebih ramai pemimpin Islam Hadhari

    yang akan menyokongnya atau akan buat tidak tahu

    saja. Selain daripada keluarga Perdana Menteri yang

    songlap duit rakyat secara terbuka, selain daripadaMahdzir Khalid dan Johari Baharom berkomplot

    lawan Dr Mahathir, ADUN pula menipu Kastam dan

    minta supaya tutup sebelah mata. Itu adalah ok di

    sisi Islam Hadhari.

    Kemudian bila ADUN bina mahligai RM5 juta tanpakelulusan Pihak Berkuasa Tempatan, itu pun ok

    juga. Kemudian bila Senator dan anaknya jalankan

    perniagaan AP klon itu pun ok juga. Tidak ada

    apa yang akan berlaku kepada mereka. Inilah antara

    banyak kekalutan zaman Islam Hadhari. Tiada had

    setiap hari.

    Berterusanlah kekalutan pentadbiran Pak Lah. Sila

    baca sendiri:

    The Star - A fruit exporter has lodged a report with

    the Anti-Corruption Agency alleging that a deputy

    ms 3

  • 8/15/2019 70 dalil Pak Lah hilang kelayakan memimpin negara

    54/80

    minister was involved in money laundering of up to

    RM10mil. Mohamad Tahir Fazal Mohamad lodged the

    report on Aug 23 along with supporting documents.

    Among them, were certified copies of receipts of

    payment to the deputy minister from 2000 up to the

    present day, and the general ledger of a company of

    which the deputy minister is chairman. I have gone

    to see the ACA four times since filing the report butnothing has been done, he said at a press conference

    yesterday at the Parti Keadilan Rakyat office.

    Timbalan Menteri pula terlibat dalam rasuah sehingga

    RM10 Juta. Sudah empat kali Encik Tahir ini pergi

    buat laporan dengan BPR tetapi tidak ada tindakanyang diambil.

    Inilah kekalutan zaman Islam Hadhari.

    Berita panas terkini (7/11/06) pula melibatkan Abdul

    Razak Baginda penasihat nombor satu kepada

    pemimpin nombor dua Datuk Seri Najib Tun Razak.

    Razak Baginda bersama tiga anggota Polis telah

    ditahan untuk disoal siasat mengenai pembunuhan

    kejam seorang wanita Mongolia yang pernah

    dikenalinya. Wanita itu disyaki mati ditembak oleh

    dua orang pegawai Polis daripada Unit Tindakan

    ms 4

  • 8/15/2019 70 dalil Pak Lah hilang kelayakan memimpin negara

    55/80

    Khas di mana seorang daripadanya adalah dalam

    pasukan pengawal peribadi Perdana Menteri Pak Lah.

    Setelah pembunuhan wanita Mongolia tadi, pengawal

    peribadi itu terus mengiringi PM dalam lawatannya

    ke Pakistan baru ini. Ibupejabat Polis terpaksa

    mengarahnya pulang segera dan menahannya apabila

    tiba di sini. Jadi macam-macam kekalutan sedang

    berlaku dalam negara kita.

    Saya tak suka dengar awak

    cakap, awak diam saja!

    52Apabila Pak Lah ditegur oleh Tun Dr Mahathir, beliau merasa cukup tercabar dan segera bertindak menghukum Tun Dr Mahathir sebagaipengacau dan mengganggu pentadbirannya.

    Tukang-tukang kalut pun dikerah untuk membuat

    cerita kalut melawan Dr Mahathir. Tetapi oleh kerana

    bukan semua orang yang terencat akal macam Mahdzir

    Khalid, Pak Lah tiada pilihan melainkan bertindak

    lebih agresif menyekat Tun Dr Mahathir berjumpaatau bercakap kepada ahli Umno. Pak Lah melarang

    ahli Umno terutama sekali para pemimpin Umno dari

    semua peringkat berjumpa Tun Dr Mahathir.

    Pada 2006 Pak Lah telah halang Tun Dr Mahathir

    daripada berucap di 14 majlis termasuk yang berikut:

    ms

  • 8/15/2019 70 dalil Pak Lah hilang kelayakan memimpin negara

    56/80

    i. Program Jasamu Dikenang dengan Pemuda Umno

    Selangor. Program dibatalkan.

    ii. Upacara Perasmian Mesyuarat Umno Bahagian

    Padang Besar. Jemputan dibatalkan.

    iii. Wacana Patriotik bersama Institut Pemikiran Dr

    Mahathir di Universiti Utara Malaysia pada 6/9/06.

    Program dibatalkan.

    iv. Ceramah kepada pegawai PTD dibatalkan.

    v. Undangan Khas, Kursus Perkembangan Minda,Lagoon Resort, Pulau Langkawi. Jemputan

    dibatalkan.

    vi. Program Forum Sejarah Bersama Pemimpin oleh

    Biro Kebudayaan, Kesenian & Warisan, Pemuda

    Umno Malaysia. Jemputan dibatalkan.

    vii. Perjumpaan bersama ahli Mubarak di Kota Bharu.Program dibatalkan.

    viii. Program Perkida di Johor 1hb Nov. 06. Jemputan

    dibatalkan.

    ix. Program bersama anak miskin di Baling, Kedah.

    Program dibatalkan.

    Apakah maksudnya pembatalan semua program dan

    jemputan tersebut? Maksudnya ialah Abdullah bin Ahmad

    - Perdana Menteri kita yang kelima (Badawi itu bukan

    nama beliau dalam kad pengenalanpun hanya nama

    glamour datuk beliau, macam Daud Iraqi atau Sulaiman

    Palestini) terbukti membohong apabila dia berkata, ...

    ms

  • 8/15/2019 70 dalil Pak Lah hilang kelayakan memimpin negara

    57/80

    Saya tidak beri arahan apa-apa. (Berita Harian).

    Begitu juga Pak Lah telah berbohong sewaktu di

    Pakistan bila beliau berkata langsung tidak adahalangan terhadap Dr Mahathir berucap di manapun

    atau berjumpa dengan siapapun.

    Mengikut Tun Dr Mahathir, Anuar Musa telah menerima

    panggilan telefon terus daripada Pak Lah yang berada di

    Perth, Australia pada masa itu, memberi arahan kepadaAnuar Musa supaya memastikan program Mubarak

    bersama Tun Dr Mahathir di Kota Bharu dibatalkan.

    Inilah kekalutan yang disokong oleh manusia

    seperti Mahdzir Khalid. Kekalutan di mana seorang

    Perdana Menteri sanggup berbohong bahawa diatidak membuat sesuatu apabila semua orang tahu dia

    memang memberi arahan menghalang Dr Mahathir

    daripada berjumpa atau bercakap dengan ahli Umno.

    Dr Mahathir - pemimpin tulen

    yang tidak berputus asa

    53Sejarah Melayu di masa akan datang akanmelimpahkan terima kasih kepada Tun DrMahathir sebagai seorang pemimpin tulen yang

    banyak pengalaman dan berpandangan jauh, yang

    tidak terasa kecil hati bila beliau dituduh sebagai

    ms

  • 8/15/2019 70 dalil Pak Lah hilang kelayakan memimpin negara

    58/80

    pengacau dan disekat dari bercakap dan menegur

    apa jua perkara yang beliau rasa akan merugikan atau

    membantutkan kemajuan orang Melayu dan negara

    kita. Kalau Pak Lah tidak beri dia peluang berjumpa

    dengan ahli Umno, Dr Mahathir sudi merendahkan

    diri mengambil giliran sebagai perwakilan biasa

    untuk bercakap kepada parti Umno. Bila Johari

    Baharom dan Mahdzir Khalid halang Dr Mahathir

    daripada menjadi perwakilan dengan menggunakanduit RM200 dan cerita kalut - Dr Mahathir masih

    tidak putus asa. Dia tulis surat terbuka kepada semua

    ahli Umno. Cuba kita kaji sejarah Dr Mahathir. Sejak

    bilakah beliau berputus asa terhadap apa pun? Itulah

    Dr Mahathir Mohamed pemimpin kita semua. Dr

    Mahathir bukan orang yang kalut.

    Singapura dapat lagi Tanah

    Melayu secara precuma

    54Sebenarnya usaha giat yang sedang dilakukan

    untuk memperkecil dan mengenepikansegala pencapaian Tun Dr Mahathir selama 22 tahun

    memimpin negara bertujuan sebagai satu helah atau

    mengalihkan perhatian umum. Sambil kita semua

    disibukkan dengan perbalahan dengan Dr Mahathir,

    makhluk lain sedang merompak dan mencuri harta

    negara kita. Sekarang sesiapa pun rakyat asing akan

    ms

  • 8/15/2019 70 dalil Pak Lah hilang kelayakan memimpin negara

    59/80

    dibenarkan masuk ke kawasan tertentu di Johor dari

    Singapura tanpa perlu kepada paspot. Ini bermaksud

    orang Singapura boleh masuk ke kawasan Johor

    tanpa had. Mereka boleh membeli rumah dan tinggal

    di Johor. Tetapi mereka bukan bayar cukai di Johor.

    Mereka kerja, berniaga dan membayar cukai di

    Singapura kerana mereka warganegara Singapura.

    Ini bermaksud bahawa dalam sekelip mata sahaja

    Singapura telah dapat lebih banyak lagi TanahMelayu tanpa perlu sebarang perjuangan. Sultan

    Johor mengeluh bahawa selama lapan puluh tahun

    Tambak Johor merugikan Johor dan menguntungkan

    Singapura. Sekarang orang Singapura boleh terus

    masuk ke kawasan khas di negeri kepunyaan Sultan

    Johor tanpa perlu sebarang sembah kepada Tuanku.Siapakah pengasas idea yang sungguh banggang ini?

    Jawapannya ialah Khazanah Nasional Berhad dan

    penasihat tidak rasmi yang berada di sekeliling Pak

    Lah.

    Memang pun banyak peluang pekerjaan akan wujud di

    daerah jajahan Singapura yang bakal wujud di negeri

    Johor ini tetapi pekerjaan jenis apa? Buruh Indon akan

    dikerah membina kondo, kedai dan pejabat. Orang

    Bangla pula akan bekerja menjadi pembantu kedai

    dan pencuci tandas. Orang Nepal pula akan menjadi

    pengawal keselamatan. Anak Melayu mungkin dapat

    ms

  • 8/15/2019 70 dalil Pak Lah hilang kelayakan memimpin negara

    60/80

    bekerja di restoran McDonald dan KFC atau menjadi

    GRO dan pelayan di kelab.

    Satu pembohongan bahawa

    kerajaan tiada duit

    55Apabila paling ramai kontraktor Bumiputeragulung tikar sebab kekeringan projek, PakLah membuat alasan banyak wang telah dihabiskan

    oleh Tun Dr Mahathir kerana membina banyak projek

    mega. Kemudian diikuti pula dengan kritikan Pak Lah

    bahawa Tun Dr Mahathir membangunkan Putrajaya

    just for popularity atau untuk mencari populariti.

    Maksudnya projek besar hanyalah pembaziran wang.

    Tetapi tiba-tiba Dato Najib mengumumkan bahawa

    tiga projek gergasi yang melibatkan RM40 bilion

    akan dilaksanakan dalam negara kita. Tetapi Pelik

    bin Ganjil siapapun tak tahu apakah projek berbilion-

    bilion itu. Tanam kangkung ke, buat besi ke, buat

    lapangan terbang ke? Siapapun tidak tahu. Najib puntidak tahu.

    Kemudian Norwawi Effendi (Menteri Second Hand

    Tiara), pula mengumumkan bahawa kerajaan akan

    belanjakan RM100 bilion untuk majukan lagi 20

    projek gergasi! Maksudnya setiap projek itu puratanya

    ms 0

  • 8/15/2019 70 dalil Pak Lah hilang kelayakan memimpin negara

    61/80

    bernilai RM5 bilion! Tetapi apakah 20 projek gergasi

    itu? Siapapun tidak tahu.

    Dulu projek mega Lebuhraya Utara Selatan pun tak

    sampai RM5.0 bilion. Apakah 20 projek Norwawi

    Effendy yang akan menelan duit rakyat RM100 bilion

    itu? Kalaulah semua duit Kerajaan sudah habis,

    macam mana pula Kerajaan tiba-tiba boleh jumpa duit

    beratus bilion ini? Kemudian projek SJER atau SouthJohor Economic Region pula memerlukan pelaburan

    RM50 bilion dalam tempoh lima tahun saja.

    Cuba bayangkan. Peruntukan untuk RMK9 selama

    lima tahun hanya sebanyak RM220 bilion. Tetapi

    antara empat projek gergasi Najib, 20 projek gergasiNorwawi dan satu projek gergasi SJER sahaja sudah

    telan lebih RM190.0 bilion. Dulu kata tidak suka projek

    gergasi. Sekarang Pak Lah pula buat projek gergasi

    misteri sampai beratus bilion Ringgit. Siapapun tidak

    tahu apakah projek-projek gergasi yang akan menelan

    duit rakyat sebanyak RM20.0 bilion setiap satunya.

    Masih kah kau ingat, suatu masa dulu....

    56

    Ingat lagi lagu yang berbunyi Masih kah kau

    ingat, suatu masa dulu.. ucapan Pak Lah di

    Dewan Rakyat pada September 2005 ketika beliau

    ms 1

  • 8/15/2019 70 dalil Pak Lah hilang kelayakan memimpin negara

    62/80

    membentang Bajet 2006, Pak Lah telah mengumumkan

    penubuhan Yayasan Amanah Hartanah Bumiputera

    dengan modal duit kacang putih sebanyak RM 2

    bilion sahaja? Memandangkan paling sedikit hartanah

    komersil yang dipunyai kaum bumiputera di kawasan

    strategik Kuala Lumpur dan kawasan perbandaran

    lain maka Yayasan ini dicadangkan untuk membeli

    dan memegang hartanah komersil yang boleh disewa

    ataupun dijual kepada usahawan bumiputera. Pak Lah

    juga berkata Maklumat terperinci mengenai Yayasan

    Amanah Hartanah Bumiputera ini akan diumumkan

    oleh Kementerian Kewangan dalam tempoh terdekat.

    I say man, tempoh terdekat sekarang sudah jadi dua

    tahun. Sampai hari ini maklumat tidak terperinci pun

    tiada, tidak ada seorang pun Wakil Rakyat Umno yang

    telah membawa usul untuk membincangkan perkara

    ini di Parlimen. Tetapi yang selalu kita dengar ialah

    laungan YB bahawa Kami sokong Pak Lah, kami

    berdiri teguh di belakang Pak Lah dan sebagainya.

    Masihkah kau ingat, masihkah kau ingat .

    Sebaliknya Pak Lah dan geng hendak padamkan

    daripada ingatan kita segala pencapaian Tun Dr

    Mahathir sebagai Perdana Menteri selama 22 tahun.

    Pak Lah tidak mahu kita ingat apapun mengenai Dr

    Mahathir. Tidak ada siapa pun, kecuali orang yang

    terencat akal seperti Mahdzir Khalid yang boleh

    sengaja lupakan pencapaian Tun Dr Mahathir.

    ms 2

  • 8/15/2019 70 dalil Pak Lah hilang kelayakan memimpin negara

    63/80

    ....Aku terbayang kenangan

    datang, waktu kecil dulu....

    57Keseluruhan peristiwa dan perkara sepertiini mendorong paling ramai rakyat Malaysiadan bukan saja Tun Dr Mahathir, mempertikaikan

    kewibawaan dan kemampuan Pak Lah menjadi

    pemimpin negara. Jelas Pak Lah lebih sesuai menjadi

    pemimpin surau atau pengarah jabatan agama

    sahaja. Tidak perlu terlalu risaukan perjanjian atau

    persetujuan. Lebih kurang pun bolehlah. Saya lebih,

    awak kurang pun lagi eloklah.

    Pak Lah minta berjumpa denganDr Mahathir pusingan kedua. Pasukan Boo

    pun sudah ready!

    58Bisikan burung hud hud yang terkinimengatakan bahawa Mubarak telah didesakgeng Pak Lah untuk mengaturkan perjumpaan keduadi antara Dr Mahathir dan Pak Lah. Dr Mahathir telah

    bersetuju dan perjumpaan itu mungkin akan diadakan

    sebelum Perhimpunan Agung Umno yang akan bermula

    pada 13 hb November ini. Pak Lah minta berjumpa

    dengan Dr Mahathir sebab beliau runsing feedback

    daripada Umno yang kurang meyakinkannya. Pak Lah

    ms 3

  • 8/15/2019 70 dalil Pak Lah hilang kelayakan memimpin negara

    64/80

    takut dia akan di boo sewaktu perhimpunan Umno

    nanti. Perjumpaan dengan Dr Mahathir pada saat

    terakhir sebelum Perhimpunan Agung boleh jadi seperti

    membeli insuran iaitu jika berlaku kemalangan atau

    kebakaran, syarikat insuran akan bayar gantirugi. Jika

    Pak Lah berjaya bergambar bersalam tangan dengan Dr

    Mahathir sambil tersenyum macam kambing, mungkin

    penyokong Dr Mahathir tidak akan boo sewaktu

    Perhimpunan Agung.

    Bagi Dr Mahathir pula perjumpaan kedua, ketiga atau

    keempat tidak akan menjadi masalah. Beliau tetap

    dengan pendiriannya. Maruah negara jangan digadai

    kepada orang lain. Jangan tukar pejabat Perdana Menteri

    jadi family business. Mungkin kali ini Dr Mahathirakan lebih berterus-terang dan minta Pak Lah bersara

    saja. Resign and go away.

    Tetapi geng-geng Pak Lah pun sudah bersedia juga.

    Jika perlu, seorang Dato yang pernah terlibat dalam

    kes menumbuk orang telah diberi tanggungjawab

    menyediakan pasukan boo untuk boo Dr Mahathir

    sekiranya beliau memilih untuk menghadiri Perhimpunan

    Agung ini. Menantu Pak Lah - Khairy Jamaluddin dan

    macainya Datuk Azeez Mat Rempit telah ditugaskan

    menyediakan Mat Rempit di luar dewan PerhimpunanAgung itu untuk boo Dr Mahathir juga. Maksudnya jika

    ms 4

  • 8/15/2019 70 dalil Pak Lah hilang kelayakan memimpin negara

    65/80

    Dr Mahathir memilih untuk menghadiri Perhimpunan

    Agung ini, mungkin beliau akan diboo daripada luar

    sehingga ke dalam dewan. Tujuannya adalah untuk

    memalukan Tun Dr Mahathir Mohamad negarawan

    dan pemimpin Agung kita selama 22 tahun yang telah

    begitu banyak berjasa kepada kita semua. Begitulah

    tahap kurang ajar manusia.

    59Gas pemedih mata askar tidak beruniformtidak dapat menghalang Dr Mahathir daripada

    berucap di Kota Bharu. Apakah boo Mat Rempit

    penghisap dadah dan kaki rogol bergilir (gang rapist)

    boleh menakutkan Dr Mahathir pula? Cuba bayangkan.

    Tun Dr Mahathir sanggup ketepikan segala protokol

    kerana ingin sangat hendak turun ke bawah menjadiAhli Perwakilan Bahagian supaya beliau dapat bercakap

    dalam Perhimpunan Agung Umno. Beliau lebih takuti

    masa depan bangsa dan negara daripada gas pemedih

    mata atau boo mat rempit dan kaki rogol.

    60Pak Lah rasa tercabar dan tergugat dengan

    kritikan Tun Dr Mahathir sebab dia tahu apa

    yang Dr Mahathir cakap itu adalah benar belaka.

    Masalahnya Pak Lah tidak mampu membetulkan

    pentadbirannya sebab beliau tidak tahu macam mana

    cara untuk melakukannya. Tambahan lagi Pak Lah

    di kelilingi penyangak dan penyamun yang telah

    ms

  • 8/15/2019 70 dalil Pak Lah hilang kelayakan memimpin negara

    66/80

    memukau fikiran beliau sehingga melepasi point of

    no return.

    Apakah yang akan terjadi kepada negara kita

    61Memang kelemahan Dr Mahathir yang amatketara ialah memilih ahli silat tongkat pendekdan badut menjadi timbalannya. Tetapi Dr Mahathir

    adalah seorang manusia yang sangat mengikutprosedur. Lihatlah bagaimana beliau merendahkan diri

    menawarkan diri menjadi calon perwakilan Kubang

    Pasu. Semuanya menghormati prosedur. Apabila

    manusia tidak bijak Mahdzir Khalid masuk dewan,

    Tun Dr Mahathir yang berusia 81 tahun serta isteri

    Tun Dr Siti Hasmah berdiri memberi salam hormatkepada Menteri Besar. Melayu boleh tinggalkan

    budaya, semoga budaya tidak tinggalkan Melayu.

    Begitu juga sebenarnya bukan Dr Mahathir yang

    hendak memilih Pak Lah tetapi itulah kehendak parti

    Umno. Dato Najib dianggap masih muda. Begitu juga

    dulu Dr Mahathir terpaksa melantik Anwar Ibrahim

    menjadi Menteri Kewangan sebab Anwar mendapat

    undi tertinggi Naib Presiden parti. Ikut Tan Sri Sanusi

    Junid, Dr Mahathir tidak mempunyai pilihan dan

    terpaksa akur kehendak parti. Dr Mahathir laksanakan

    tugas by the book. Kepada pasukan psy-war yang

    ms

  • 8/15/2019 70 dalil Pak Lah hilang kelayakan memimpin negara

    67/80

    membantu beliau dulu - nasihat Dr Mahathir adalah

    Dont break any laws. Itulah Dr Mahathir. Semuanya

    by the book.

    Dato Najib boleh tunggang kuda polo

    62Tetapi apakah yang bakal terjadi kepadanegara kita? Pertama sekali Datuk SeriNajib Tun Razak boleh membuat persiapan balik kePahang dan tunggang kuda polo saja. Kerjayanya

    sudah terkubur. Jika Pak Lah masih berkuasa selama

    dua tahun lagipun, Khairy Jamaluddin akan dilantik

    menjadi Naib Presiden Umno dan bukan Ketua

    Pemuda. Hishamudin Hussein boleh kekal sebagai

    Ketua Pemuda. (Jangan pandai pandai mahu jadi Naib Presiden? Apa macam hari ini? Keris panjang

    ke pendek?) Apabila Khairy menjadi Naib Presiden

    beliau sudah dekat dengan kerusi Timbalan Perdana

    Menteri. Tidak mungkin Najib akan diberi peluang

    menjadi Perdana Menteri.

    Kepada Datuk Seri Najib, walaupun kepala think

    tank Dato sekarang sudah masuk fish tank kerana

    beliau menggunakan kepala kecil lebih daripada

    kepala besarnya, Dato tidak perlu kepada think tank

    untuk nampak senario ini. Sedikit common sense pun

    sudah cukup sudah tentu Datuk boleh faham. Tidak

    mungkin Datuk akan jadi PM jika Pak Lah pegang

    ms

  • 8/15/2019 70 dalil Pak Lah hilang kelayakan memimpin negara

    68/80

    takhta lagi dua tahun pun. Tidak mungkin. Jika Datuk

    mahu selamatkan masa depan Datuk, kena buka

    langkah sekarang juga.

    Syaitan suka Anwar jadi YAB

    (Yang Amat Berbahaya)

    63

    Pihak syaitan Amerika, Britain, Singapura,

    Australia dan syaitan lain masih mengidamkan

    Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri Malaysia.

    Bab itu belum habis lagi. Mereka sangat seronok

    melihat perbalahan antara Tun Dr Mahathir dan

    Pak Lah berpanjangan. Perbalahan ini memberi

    mereka peluang untuk menonjolkan Anwar Ibrahim

    sebagai calon alternative menjadi Perdana Menteri.Ini adalah satu bahaya besar sebab Anwar berpotensi

    menjadi Y.A.B atau Yang Amat Berbahaya. Saluran

    untuk membawa Anwar masuk balik ke dalam Umno

    telahpun disediakan iaitu menerusi Khairy Jamaluddin

    menantu kesayangan Pak Lah. Sebelum ini Anwar

    telah minta bantuan Khairy untuk memujuk ahli Umnomenerimanya balik. Kebanyakan ahli MT Umno serta

    Pemuda dan Wanita Umno tidak setuju membenarkan

    Anwar kembali masuk Umno.

    Oleh itu Anwar telah cuba cara lain. Anwar telah

    mencuba sebanyak tiga kali untuk berjumpa dengan

    ms

  • 8/15/2019 70 dalil Pak Lah hilang kelayakan memimpin negara

    69/80

    Dr Mahathir. Dalam kiraan Anwar jika dia boleh

    berjumpa dengan Dr Mahathir, minta maaf kepadanya

    dan mendapat restu Tun Dr Mahathir, maka Umno pun

    akan sudi menerimanya kembali. Anwar telah minta

    Vincent Tan telefon Dr Mahathir dan pesan untuk

    bertemu dengan Dr Mahathir. Apabila percubaan

    tersebut gagal, Anwar telah minta Joseph Chong (Sabah

    Shipyard) pula berjumpa dengan Dr Mahathir dengan

    pesanan yang sama. Pun gagal. Percubaan ketiga jugagagal. Dr Mahathir berpendapat bahawa Anwar boleh

    mengancam keselamatan negara kita. Anwar sangat

    disayangi Amerika, CIA, Pentagon dan sebagainya.

    Jika Khairy jadi Naib Presiden?

    64Memang bab ini belum tamat lagi. Jika Khairy jadi Naib Presiden, apakah Anwar akandibenarkan masuk balik ke dalam Umno? Jika Anwar

    masuk kembali ke Umno, sudah tentu dia boleh

    gantikan Pak Lah sebagai presiden parti dan Perdana

    Menteri. Khairy akan dipilih jadi timbalannya. Najib

    boleh balik ke Pekan dan tunggang kuda polo.

    Kalau kita sudah nampak gelagat Anwar Ibrahim

    setelah tiga tahun saja jadi Timbalan Perdana

    Menteri dan juga gelagat Khairy Jamaluddin setelah

    tiga tahun saja Pak Lah jadi Perdana Menteri, cuba

    ms

  • 8/15/2019 70 dalil Pak Lah hilang kelayakan memimpin negara

    70/80

    bayangkan apakah yang akan berlaku kepada negara

    kita jika kedua-dua romeo ini menjadi Perdana

    Menteri dan Timbalan Perdana Menteri? Apakah

    setan akan kencing berlari dalam usaha memadamkan

    api neraka?

    Bukan Pak Lah seorang saja

    benci Dr Mahathir

    65Jadi bukan Pak Lah seorang saja yang hendakmenyekat Tun Dr Mahathir daripada bercakap,menegur dan mengkritik pentadbirannya. Ada ramai

    syaitan lain di sekelilingnya yang tidak mahu Dr

    Mahathir merosakkan komplot jahat mereka.

    Sekarang Dr Mahathir telah jatuh sakit (9/11/06) dan

    dimasukkan ke Institut Jantung Negara. Kita berdoa

    semoga Ayahanda akan pulih dengan cepat dan

    mengambil rehat. Semoga Allah akan memudahkan

    segala urusan bagi Dr Mahathir.

    Tetapi bukan jambatan bengkok, jambatan lurus,Proton atau isu jual pasir saja yang termasuk dalam

    fikiran Tun Dr Mahathir. Dr Mahathir boleh nampak

    bahaya yang lebih besar yang mengancam masa depan

    negara kita dan kedudukan orang Melayu jika Khairy,

    Kalimullah, Pak Lah atau Anwar Ibrahim memegang

    kuasa. Contohnya Kalimullah yang menjadi penasihat

    ms 0

  • 8/15/2019 70 dalil Pak Lah hilang kelayakan memimpin negara

    71/80

    paling akrab kepada Pak Lah pernah ditolak oleh

    Special Branch (SB) sebagai tidak sesuai menjadi

    setiausaha Tun Ghafar Baba atas alasan security

    risk atau mengancam keselamatan negara. SB

    berpendapat bahawa Kalimullah terlalu akrab dengan

    pihak perisikan Singapura. Maka Kalimullah terpaksa

    diberhentikan kerja beberapa minggu saja selepas

    menjadi setiausaha akhbar Tun Ghafar. Habis pasal

    apa Pak Lah lantik dia menjadi penasihat terdekat,

    bagi dia jawatan mengurus New Straits Times, bagi

    dia lesen ECM Libra dan macam-macam lagi? Kenapa

    Pak Lah begitu bodoh?

    Dr Mahathir lebih faham bahaya ini daripada sesiapa

    pun. Bukan air, pasir, udara atau jambatan bengkok

    saja yang merunsingkan fikiran beliau. Apakah Umno

    akan menggadai tanah airnya sendiri kepada orang

    lain? Fikirlah baik-baik.

    Jika tiada Dr Mahathir untuk perjuangkan nasib kita,

    negara kita akan habis dijual oleh penyangak dan

    penyamun. Sudah pasti kita akan dijajah sekali lagi.

    Mengikut cadangan bodoh Khazanah Nasional Berhad,

    wilayah Singapura akan ditambahkan sebanyak 4000

    hektar lagi secara percuma di dalam negeri Johor.

    Orang Singapura boleh masuk tanpa menunjukkan

    paspot ataupun kad pengenalan. Banyak cantiklah

    tu!

    ms 1

  • 8/15/2019 70 dalil Pak Lah hilang kelayakan memimpin negara

    72/80

    Sejarah tetap berulang - history repeats itself

    66Memang benar bahawa sejarah itu berulang.

    History repeats itself. Sejak awal zaman

    manusia, orang yang kurang inteligen pun akan

    cuba manipulasi orang yang bodoh. Sebelum 1969

    pimpinan kita telah leka dalam menjalankan tugas.

    Akibatnya pada pilihan raya 1969 kerajaan Pakatan

    pada masa itu hampir kalah dalam pilihan raya. Negara kita dilanda angkara dan kekecohan. Pada

    pilihan raya akan datang sudah tentu Kerajaan BN

    akan mengalami keruntuhan besar dalam jumlah

    pengundian. Ini pasti akan berlaku. Negeri Kelantan

    akan tetap berada dalam genggaman PAS. Terengganu

    akan hilang sekali lagi ke tangan PAS. Negeri Kedahd